Rabu, 7 Mei 2014

Sinar Harian "Hudud: Sedia Atau Tidak".



Adakah Terengganu bertukar MB atau Kerajaan..???

Ahmad Said kata " No Komen" 
Abdul Razif  dan Wan Hakim dikatakan bakal mengantikan Ahmad Said
"Guana Boh - 17-15"

Kekaburan mengenai hudud masih tebal

MSO

Baru sekejap berakhirnya wacana mengenai hudud bertajuk: Hudud: Bersediakah Kita, anjuran akhbar Sinar Harian yang mengemukakan empat orang penalis, ilmuan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan presiden MCA, Wee Kah Siong dan Timbalan Pengarah Institusi Wasatiyyah Malaysia, Musaddad Hasbulah. Wacana itu dikendalikan oleh akademis, Dr Mazlee Malik.


Wacana hudud anjuran Sinar Harian.
Bila wacana itu meletakkan tajuk demikian, maka saya memfokuskan perhatian atau menanti jawaban apakah persediaan kerajaan Kelantan dan juga seluruh umat Islam serta penduduk negara ini dalam menanti perlaksanaan hukum hudud. Sejauh manakah persediaan kita terhadapnya. Kelantan akan bercadang untuk muncul sebagai negeri pelopor hukum hudud.



Apakah pihak kerajaan Kelantan sebagai pelopor sudah siap menyediakan prasarana diperlukan ke atas pelaksanaan hukum berkenaan, seperti tenaga manusia (man power) yang akan bertanggungjawab ke atas pelaksanaanya sekiranya ia mendapat laluan oleh Perlembagaan. Setelah lebih 20 tahun mencita-cita itu sudah tentu kerajaan Kelantan sudah bersiap sedia?

Saya mengharap sangat Nik Amar akan menyebut dan menghuraikan serba rengkas segala persediaan atau aset-aset yang ada untuk ke arah itu seperti berapa ramai jumlah hakim, pendakwa dan pegawai-pegawai atau kakitangan lain. Kalau tidak silap sebelum ini beliau sudah menyebut bahawa hakim dan kakitangan lain sudah pun ada tetapi tidak dapat disebut secara terperinci. Bagaimana pun sepanjang wacana tadi selama dua jam, beliau tidak menyebut persediaan oleh pihak Kerajaan Kelantan. Mungkin ia masih dalam peringkat rahsia.

Cuma apa dijelaskan Nik Amar mengenai asas atau pun cetusan kenapa kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum berkenaan. Menurutnya segala-gala bermula daripada ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Bahrom di parlimen yang mengatakan bersedia untuk memberi laluan kepada kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Selain itu jelas Nik Amar asas yang digunapakai untuk laksanakan hudud ialah kerana dalam perundangan negara ini belum ada hudud, jadi kerajaan Kelantan mengambil kesempatan yang diberi untuk menerapkan hudud dalam perlembagaan kerana ia adalah tanggungjawab agama dan sosial.

Wacana tadi lebih banyak kepada menjelaskan mengenai kekeliruan mengenai pemahaman hudud dan filsafah serta keperluan melaksanakannya daripada menyatakan persediaan yang dibuat serta aset-aset yang ada. Secara umumnya masih ramai yang tidak faham hudud, masih keliru hudud dianggap sebagai kewajiban seperti sembahyang, puasa atau yang lain.

Misalnya Wee Kah Siong masih mempersoalkan dari segi kemanusiaan mengenai keadilan hudud apabila ia dianggap sebagai undang-undang kedua negara ini. Kerana beliau memahami hudud itu sebagai ciptaan manusia, Kah Siong mengiranya ia melanggar kontrak sosial (Perlembagaan). Perkiraan mengikut logik akal oleh timbalan presiden MCA itu menyebabkan beliau merasakan hudud tidak adil dan menolaknya.

“Tarif elektrik naik, tapi kualiti menurun”

TNBKUALA LUMPUR 7 MEI: Meskipun kadar elektrik dinaikkan sebanyak 4.99 sen atau 14.89 peratus mulai 1 Januari 2014, malangnya kualiti perkhidmatan oleh syarikat pengendali, Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menurun.
Justeru pengerusi Biro Pengguna KEADILAN Yahya Sahri mendesak kerajaan BN dan TNB bertanggungjawab menyelesaikan isu bekalan elektrik yang terputus di beberapa buah negeri.
“Ini kena batang hidung sendiri. Dulu cakap KEADILAN tak boleh urus itu dan ini. Sekarang BN lebih teruk pengurusannya.
yahya-sahri“BN pun tak boleh nak urus isu yang melibatkan bekalan elektrik terputus. Bukan setakat tak urus, nak bagi maklum balas pun lambat,” kata Yahya kepada Keadilandaily.
Tambah Yahya (gambar), sebelum ini Selangor di bawah pentdabiran Pakatan Rakyat berhadapan masalah air dan ia dijelaskan kepada rakyat, tetapi isu bekalan elektrik terputus ini masih belum mendapat maklum balas dari kerajaan dan TNB.
“Dulu isu air, BN terus hentam KEADILAN. Cakap tak pandai nak urus negeri, tak pandai jaga kebajikan rakyat.
“Sekarang bekalan elektrik terputus, pengguna terabai dan tidak mendapat penjelasan dari TNB.
“Bukan sahaja tak ada air rakyat susah, tak ada eletrik pun susah.
“Bukan satu negeri tak ada elektrik, ada tiga negeri tak ada elektrik. Ini lebih menyusahkan rakyat,” katanya.

TNB: Bekalan elektrik putus di enam negeri

Syarikat utiliti Tenaga Nasional Bhd mengesahkan gangguan bekalan elektrik itu berlaku selama tiga jam, bermula jam 2 petang di kawasan berasingan di enam negeri.

Beberapa kawasan yang dinyatakan itu termasuk di Bandar Baru Nilai dan Rantau (Negeri Sembilan), Segamat, Bakrim Pagoh (Johor), Merlimau, Masjid Tanah dan Jasin (Melaka).

Selain itu, gangguan tersebut juga berlaku di beberapa tempat di Manjung (Perak), Sungai Petani dan Kulim (Kedah) dan Prai (Pulau Pinang).

“TNB sedang menyiasat punca kejadian. Para pengguna dinasihati supaya menghubungi talian 15454 untuk sebarang pertanyaan,” kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, puluhan pengguna bekalan TNB itu dikesan menyalurkan aduan mereka di laman Facebook syarikat berkenaan.

Pengguna tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat dan Muar (Johor).

Ada juga di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB.

“Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi sibuk,” kata seorang pengguna bernama Redza Blade.

Adakah Perdana Menteri merestui puak ekstremis?

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Datuk Seri Najib Razak perlu menyatakan pendirian sebenarnya, sama ada beliau memang seorang yang mendokong kesederhanaan ataupun ekstremis yang merestui penyebaran kebencian antara kaum dan agama kebelakangan ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini menyifatkan sikap berdiam diri Perdana Menteri sebagai petanda bahawa beliau membenarkan tindakan pihak yang menyebarkan kebencian dan pembohongan yang mencetuskan perselisihan antara rakyat.
“Kenapa Najib biarkan tindakan menyebar kebencian yang boleh memecahbelahkan negara? Kekebalan pihak ini daripada undang-undang di sebuah negara yang rakyatnya daripada pelbagai kaum dan agama adalah sangat mengejutkan,” katanya.
Mengulas kenyataan terbaru Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Abdullah Zaik Abd Rahman yang menyifatkan masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia sebelum merdeka bersekongkol dengan penjajah British untuk menindas orang Melayu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan bahawa negara tidak pernah menyaksikan usaha memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum dan agama seteruk hari ini.
“Selepas lebih empat dekad, tidak pernah kepelbagaian kaum dan agama rakyat Malaysia diperlekeh dengan begitu tidak bertanggungjawab.

Dr Asri: Seragam hukuman hudud, sivil

Bekas mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainal Abidin mencadangkan agar hukuman kepada orang Islam mengikut hukum hudud diseragamkan dengan hukuman untuk orang bukan Islam bagi kesalahan melibatkan keselamatan awam.

Bercakap dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini, pensyarah itu berkata kesalahan itu termasuk jenayah rompakan dan rogol.

Katanya, hukuman hudud itu sepatutnya dikhaskan bagi kesalahan melibatkan dosa peribadi sahaja seperti minum arak dan zina.

Tambahnya, beliau secara dasarnya menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan namun menegaskan, dasar yang bersih dari rasuah dan jenayah harus dibina terlebih dahulu demi keselamatan awam.

"Kita kena bezakan dosa urusan peribadi dan dosa melibatkan keselamatan awam.

"Dalam masyarakat antara isu yang besar ialah rasuah mereka yang laksanakan hukuman termasuk polis hendaklah bersih," kata dalam program anjuran Sinar Harian itu.

Sarjana itu mengingatkan bahawa pelaksanaan undang-undang itu harus adil kepada golongan "sultan, bangsawan dan orang biasa."

"Saya bersama Kelantan (untuk sokong hudud) tetapi untuk perlaksanaan kita ada masalah.

"Janganlah seperti kita ada pintu yang cantik tetapi dipasang atau dipadankan di rumah yang buruk," kata beliau.

Selesai isu zakat dahulu

Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB

HULU TERENGGANU - "No Comment". (Tiada komen).
  
Demikian jawapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baharu dalam masa terdekat.
  
Ditanya mengenai dua nama anggota Dun yang disebut laporan itu calon menteri besar baharu, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.
  
"Biarkan dia," katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir, di sini.
  
Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU13 tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas BN hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.
  

Hudud: Ramai sudah buka mata, kata Dr Asri

Dr Asri Zainul Abidin 
SHAH ALAM - "Bagus juga Pas bawa hudud ini, sebab Dr Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) sudah baca tentang hudud," demikian antara petikan menarik daripada Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin sepanjang berlangsungnya Wacana Sinar Harian Siri ke-27 hari ini.

Menurut Asri, kelantangan Kelantan dalam membawa isu hudud pada masa ini telah menyebabkan ramai pihak mula buka mata dan cuba belajar tentang hukum itu.

"Ramai yang telah cuba belajar hukum ini.

"Tengok hari ini Ka Siong sudah baca tentang hudud,"  katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ka Siong memberitahu kepada peserta wacana dan ahli panel bahawa beliau telah mengambil masa hampir empat hari untuk membaca dan memahami tentang undang-undang hudud Kelantan sebelum memenuhi jemputan sebagai ahli panel wacana kali ini.

"Saya sudah baca empat hari dan minta kawan Melayu tolong jelaskan tentang hukum yang berkaitan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Kempen KeADILan sama saja kempen Umno?

Oleh Dinsman
SEKARANG ini KeADILan tengah sibuk mengundi untuk memilih barisan pimpinan mereka di pelbagai peringkat. Beberapa orang kawan saya terlibat juga dalam kesibukan tersebut. Dan saya pun mendengar pelbagai cerita di sekitar proses kempen dan pengundian itu. 

Cerita-cerita yang sangat membimbangkan. Sebab apa? Bukan sebab takut Azmin Ali kalah atau takut Khalid Ibrahim kalah atau takut Saifuddin Nasution kalah (dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden, KeADILan itu). Soal kalah-menang itu memang adat bertanding.
Hanya seorang sahaja yang akan menang. Yang lainnya mestilah kalah. Itu tidak membimbangkan dan tidak merisaukan.
Yang membimbangkan dan merisaukan ialah cerita-cerita tak elok atau negatif di sekitar proses mereka atau orang-orang mereka berkempen untuk meraih undi itu.
Politik wang dikatakan berlaku secara berleluasa.
Janganlah minta bukti kepada saya. Saya bukannya bercakap dalam konteks undang-undang.
Saya tidak perlu membawa bukti untuk membenarkan semua apaapa yang saya tulis dalam ruangan ini. Saya hanya menulis kerana saya berasa bimbang dan risau apabila mendengar kawan-kawan bercerita perihal tersebut.
Jangan pula kata saya tolong sebarkan khabar angin. Saya bukan sebar khabar angin. Saya tulis cerita-cerita yang saya dengar itu kerana saya percaya cerita-cerita itu ada kebenarannya. Saya bukan kenal seorang dua yang aktif berkempen di dalam parti tersebut. Saya kenal ramai tokohtokoh pimpinannya dan saya tahu banyak cerita mengenai mereka.
Maka apabila diceritakan hal politik wang yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kempen pemilihan pimpinan KeADILan itu, saya mempunyai banyak alasan untuk mempercayainya. Di samping dalam masa yang sama saya pun tak menafikan beberapa orang tokoh yang berkempen secara bersih, terutama di peringkat Naib Presiden.
Saya pun sebenarnya tak pasti sejauh mana berleluasanya penyelewengan dalam urusan berkempen dan pengundian itu.
Namun melihat atau menilai pada cerita-cerita mengenainya dan bagaimana ceritacerita itu tersebar, sangatlah membimbangkan dan merisaukan.
Pertamanya kita semua tahu mengapa Khalid Ibrahim bertanding hendak merebut jawatan Timbalan Presiden itu.
Kemudian masuk pula Saifuddin Nasution, (yang membawa bersama dengannya Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar). Kita semua tahu apa cerita di sebalik pertandingan tiga penjuru itu.

Husam: Negeri lain juga patut tuntut 20 peratus


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa negeri pengeluar petroleum mengikut jejak langkah Sarawak yang meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum dinaikkan kepada kadar 20 peratus.

Selain itu, bekas anggota Exco Kelantan itu juga menuntut agar negeri berkenaan menuntut pemilikan saham dalam syarikat petroleum negara, Petronas untuk membolehkan negeri tersebut menikmati agihan lebih adil.

"Saya mengucapkan tahniah di atas keberanian kerajaan Sarawak. Saya berharap tiga negeri pengeluar yang lain (Kelantan, Terengganu, Sabah) dapat mengambil langkah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mencadangkan juga agar negeri-negeri pengeluar petroleum yang rata-rata miskin dapat sama menuntut ekuiti dalam Petronas sama seperti kerajaan Malaysia bagi membolehkan negeri-negeri pengeluar menikmati pembahagian kekayaan petroleum yang lebih saksama," katanya.

Beliau mengulas mengenai satu rang undang-undang persendirian diluluskan DUN Sarawak semalam, yang memohon kenaikan royalti minyak dan gas dari kerajaan persekutuan dari kadar lima peratus kepada 20 peratus.

Labur RM300 juta pada Esscom, keselamatan Sabah masih terancam

ESSCOM
KOTA KINABALU 7 MEI: Lebih RM300 juta dilaburkan bagi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), namun prestasi keselamatan di Sabah masih lagi terancam, kata Adun Inanam, Dr Roland Chia.
“Walaupun berjuta-juta dilaburkan, namun keselamatan di sempadan perairan Sabah masih lagi tidak selamat.
“Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, Sabah masih lagi terancam keselamatannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pada April 2014 di Dewan Undangan Negeri Sabah Pakatan Rakyat mengusulkan perbahsan mengenai isu penculikan di Pantai Timur Sabah memandangkan ia menjejaskan keselamatan dan kedaulatan Malaysia
Namun, usul tersebut ditolak kerana atas alasan teknikal.
“Keselamatan di Sabah perlu diatasi kerana Sabah merupakan pusat pelancongan yang menyumbang sumber ekonomi kedua kepada Sabah,” jelas Roland Chia.

Royalti petroleum 20%: Apa tindakan wakil rakyat Sabah?

ROYALTI_MINYAK_20_PERATUSKOTA KINABALU 7 MEI: Ahli parlimen Penampang, Darrel Leiking berkata, beliau kini menunggu tindakan yang diambil wakil rakyat Sabah terutamanya dari BN berikutan langkah Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum dinaikkan kepada 20 peratus.
Kata Darrel, ini kerana parti pembangkang di Sabah sebelum ini sentiasa dikatakan mencari keuntungan politik menggunakan isu royalti minyak dengan memanipulasi emosi rakyat negeri ini.
“Sabah kini sabar menunggu wakil negeri ini untuk mengambil tindakan yang sama,” kata Darrel dalam kenyataannya hari ini.
Tambahnya, parti komponen BN Sabah sebelum ini menekankan bahawa mereka juga berjuang dalam isu ini selama beberapa dekad sehingga ada yang menyatakan tidak perlu melalui usul di Dewan Undangan Negeri, kononnya BN mempunyai cara sendiri menyelesaikan masalah tersebut.
“Kita telah melihat bagaimana sekian lama tiada perkembangan berhubung usul berkenaan.
“Apa yang berlaku di Sarawak minggu ini harus membuka mata semua wakil-wakil rakyat Sabah,” kata Darrel.

Royalti naik 20% bagi hadapi p’raya negeri Sarawak?


zulhaida_suboh_amk_sarawakKUCHING 7 MEI: Langkah Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam meluluskan usul memohon Kerajaan Persekutuan menambah royalti minyak dan gas kepada negeri itu dari 5 peratus kepada 20 peratus sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri.
“Sudah tentu BN fokuskan perkara ini untuk pilihan raya negeri akan datang kerana takutkan perubahan rakyat yang sudah bijak menilai yang mana baik dan buruk” kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh kepada Keadilandaily.
Sedangkan kata Zulhaidah, sejak 8 April 2011, KEADILAN, DAP dan Pas dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak lebih awal menawarkan peningkatan royalti kepada negeri itu dari 5 peratus ke 20 peratus.
Malah, kandungan manifesto tersebut turut menjamin hak negeri dan mengangkat hubungan baik antara kerajaan persekutuan dengan Sarawak.
Tambah Zulhaidah, laporan kewangan Petronas menyatakan Sarawak merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di Malaysia pada kadar 49.8 peratus dan sememangnya berhak menuntut peningkatan royalti demi penambahbaikan taraf hidup rakyat negeri itu.
Namun Zulhaidah turut mengingatkan bahawa langkah tersebut tidak memberi makna kepada rakyat Sarawak secara keseluruhan manfaat peningkatan royalti hanya memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni BN

Kes APA, kerajaan tidak patut bazir wang rakyat

niknazmiSHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Pusat tidak perlu membazirkan wang rakyat dengan mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dengan pertuduhan sama selepas ditolak, 12 hari lalu.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata seseorang itu tidak boleh didakwa dengan kesalahan yang sama jika beliau dibebaskan mahkamah dan hal itu menyebabkan Nik Nazmi dikenakan pendakwaan dua kali.
Nik Nazmi, 32, pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa gagal memberi notis sepuluh hari kepada polis sewaktu penganjuran himpunan ‘Black 505′, tahun lalu.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan, pada 25 April lalu dan dibebaskan sekali lagi oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas beliau didakwa semula.
“Ia tidak kena daripada segi undang-undang untuk mendakwa beliau semula dengan tuduhan sama. Perkara itu membazirkan wang orang ramai,” katanya dipetik daripada Malaysia Kini.
Semalam, Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam N Surendran untuk menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan semula.
Katanya, pendakwaan perlu meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

Ahmad kekal MB, kata Umno Terengganu

Najib Tun Razak dikatakan membuat jaminan itu dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno akhir bulan lalu. 

Datuk Abdul Rahman BakarPETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dijanjikan kekal memegang jawatan itu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kata pemimpin Umno negeri hari ini.
Najib membuat pengumuman tersebut dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur hujung bulan lalu, dakwa Ketua Penerangan Umno negeri Terengganu, Datuk Senator  Abdul Rahman Bakar.
“Tidak akan ada pertukaran jawatan menteri besar. Kita berpegang kepada janji Datuk Najib. Datuk (Seri) Najib kata tidak akan tukar menteri besar Terengganu.
“Kita nak percaya Datuk (Seri) Najib atau orang lain..Datuk Najib buat pengumuman ini dalam mesyuarat MT Umno dua minggu lalu,” kata Abdul Rahman lagi.
Bekas ahli parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa Ahmad akan digantikan dengan pemimpin lain dalam masa terdekat.
Dua nama disebut mengambilalih tempat Ahmad iaitu Adun Seberang Takir Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Puteh,  Wan Hakim Tan Sri Mokhtar.
Spekulasi mengenai pertukaran Ahmad berlegar sejak beberapa minggu lalu apabila ada laporan mengatakan dua menteri besar akan digantikan.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut nama menteri besar berkenaan tetapi ia difahamkan menjurus kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
`Tidak dengar perubahan’
Manakala bekas Setiausaha Umno Dungun, Datuk Zaaba Mohd Adib juga penuh yakin Ahmad tidak akan ditukarkan.
Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Terengganu berkata, Najib sendiri berjanji akan mengekalkan Ahmad sebagai menteri besar.

MB Terengganu: Antara Ahmad Razif dan Wan Hakim: Istana pilih siapa?

Datuk Seri Ahmad Said dijangka berundur antara 15 hingga 18 Mei ini.

Umno TerengganuPETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua ADUN Terengganu bersiap-sedia untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi.
Menurut akhbar The Star hari ini, Datuk Seri Ahmad Said dijangka berundur antara 15 hingga 18 Mei ini.
Dua nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar yang baru ialah ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.
Abdul Razif ialah Exco Kerajaaan Negeri Terengganu manakala Wan Hakim ialah Pengerusi Backbencher Terengganu.
Ahmad Said dikatakan telah menandatangani surat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pilihanraya umum tahun lepas bahawa beliau akan jadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.
Najib dikatakan kecewa dengan prestasi Ahmad Said pada PRU tahun lepas di mana BN menang 17 kerusi manakala PAS menang 15 kerusi.
Istana Terengganu dikatakan sudah menerima dua nama itu dan Putrajaya sedang menunggu perkenan Sultan Terengganu.
Ahmad Razif, 49, adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus manakala Wan Hakim,45, kalah dalam pertandingan Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman tahun lepas adalah anak bekas Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad.
Sementara itu kain pemidang menyokong kepimpinan Ahmad Said telah dipasang di seluruh negeri. Dua minggu lepas dalam TV3, Ahmad Said berkata beliau terima watikah sebagai menteri besar sehingga 2018.
“Kenapa perlu tukar menteri besar sedangkan BN ada 17 kerusi sahaja,” kata beliau menjawab soalan pemberita.

Malaysia belum kondusif untuk laksana hudud, kata Dr Asri


Mantan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua dari kiri) antara panel dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014. 
Mantan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua dari kiri) antara panel dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014.Malaysia masih mempunyai banyak masalah dari aspek rasuah sehingga jenayah sekaligus menyaksikan pelaksanaan hudud bakal menyukarkan keadaan, kata mantan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri ketika wacana Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di Shah Alam berkata, umat Islam sememangnya menyokong Kelantan untuk melaksanakan hudud namun perkara itu perlu diperhalusi agar tidak menjadi mudarat.
"Sebagai Muslim kita percaya undang-undang ini jika diberi mencapai maksud keadilan membawa kepada kebaikan manusia sejagat.
"Sebagai orang Islam kita perlu dukung hasrat Kelantan. Tetapi kita kena bincang bagaimana ia tidak menjadi mudarat," katanya.
Untuk melaksanakan hudud, Kelantan jelas Asri perlu menyediakan "landasan yang jelas" kerana jika berlaku kesilapan, ia bakal menyebabkan komuniti bukan Islam menjauhi umat Islam.
"Nak buat hudud, 'landasan' mesti jelas. Saya bersama Kelantan dari sudut kehendak. Kepada pelaksanaan, saya bimbang. ibaratnya kita ada 'pintu yang sangat cantik, tetapi pasang di reban."
"PAS perlu duduk dan bincang balik soal hudud. Ini bukan soal tidak bersetuju dengan hudud," katanya.

Kerajaan Kelantan akui enakmen hudud ada kelemahan, perlu tambah baik


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah semasa memberi penerangan berkenaan pelaksanaan hudud di Kelantan dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita, di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014.Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah semasa memberi penerangan berkenaan pelaksanaan hudud di Kelantan dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita, di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014.Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah mengakui terdapat beberapa kekurangan dalam enakmen hudud negeri tersebut yang memerlukan penambahbaikan.
Mohd Amar berkata, perkara itu diperoleh melalui perbincangan dan respons dengan masyarakat umum selepas Kelantan memutuskan untuk membawa enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 ke Parlimen.
"Kita di Kelantan, semenjak kita luluskan pada tahun 1993, kita membuat semakan balik kepada enakmen tersebut
"Memang ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengelirukan seperti hasil daripada respons masyarakat," katanya.

'Bukan mudah jatuh hukum hudud kepada bukan Islam' - Dr Mushaddad

Adil, Islam kena potong tangan, bukan Islam kena penjara - Mohd Amar

Analisis politik Mesir: Reaksi Dr, Maszlee

Thailand court ousts PM Yingluck Shinawatra - BBC News

Kenapa MB Terengganu Seorang Saja Ada Perjanjian Tamat Tempoh Dengan Najib?

Dikhabarkan Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru tidak lama lagi. Mengikut laporan The Star, penyandangnya sekarang, Ahmad Said akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya dan dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Apa yang lebih mengejutkan ialah penggantian Menteri Besar ini dikatakan kerana Ahmad Said mempunyai perjanjian dengan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau telah bersetuju untuk memegang jawatan itu untuk tempoh setahun saja selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013 lalu.

Dengan itu, pengumuman siapa Menteri Besar Terengganu yang baru dijangka akan diumumkan antara 15 hingga 18 Mei ini sementara mendapat persetujuan daripada Istana Terengganu.

Memanglah tiada salahnya dan merupakan hak Najib untuk menukar mana-mana Menteri Besar atau pemimpin lain yang dikehendakinya. Beliau boleh menukarnya dengan apa saja alasan atau tanpa alasan sekali pun. Itulah kelebihan sebagai Perdana Menteri.

Tetapi yang ingin diketahui ialah benarkah Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh dengan Najib? Apakah pula alasan perjanjian itu dibuat, adakah kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam pilihanraya umum lalu dan untuk menyuntik semangat baru menghadapi PRU 14, maka seorang pemimpin baru perlu dilantik atau ia bertujuan menamatkan krisis berterusan antara puak Ahmad Said dengan Idris Jusoh?

TG Hadi: Fahami ilmu jenayah syariah Islam

Abdul Hadi Awang 
SEMUA pihak dalam kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan ALLAH, bukan urusan kita.

 ALLAH telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman ALLAH SWT: Maksudnya: (31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya.

Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan. (32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin ALLAH. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari ALLAH semata-mata). [Surah Fathir]

Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum ALLAH yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.

Kita perlu juga ingat bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu 'hukum hudud' atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia.

Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan Perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang-undang dalam masyarakat majmuk.

Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam Perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.

Hudud hanya boleh dilaksanakan dalam suasana bukan kepentingan peribadi - Dr Asri

Mohd Asri Zainul AbidinSHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan mengemaskini peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah 1993 supaya dilihat lebih adil kepada semua.
Dalam Wacana anjuran Kumpulan Karangkraf, ‘Hudud: Bersediakah Kita’ beliau berkata, perlaksanaan hukum hudud ini perlu dilakukan tanpa kepentingan peribadi serta berada dalam suasana yang kondusif.
Mengambil iktibar daripada kisah perlaksanaan hudud semasa zaman Nabi Muhammad SAW beliau menjelaskan, Baginda sendiri tidak berkompromi untuk menjalankan hudud kepada anaknya, Siti Fatimah sekiranya beliau mencuri seperti yang dinyatakan dalam hadis.
“Ketika Nabi Muhammad SAW memotong tangan (pencuri) (baginda) potong tangan tanpa ada kepentingan diri.
“Hudud tidak boleh dibuat kerana ada orang yang tidak sama dimana ada orang yang boleh dan tidak (boleh) dibawa ke mahkamah.
“Biar sama (pelaksanaan hukum) dari istana mahupun rumah miskin,” katanya yang lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Untuk apa kita risau hudud PAS?

 
Tidak semua Islamis, termasuk dalam PAS, percaya strategi politiknya harus mengutamakan pelaksanaan hudud. Mereka percaya pada hudud tetapi tidak melihat keutamaannya membuta tuli.

Golongan ini bolehlah digelar "Islamis moderat" atau "rasionalis", bagi membezakan puak fundamentalis totok yang menafsir hudud sebagai keutamaan politik.

Kita gelar mereka ini "moderat" atau "rasionalis" kerana mereka lebih memberatkan realiti semasa dan konteks zaman dalam projek Islamisasi.

Mereka ini "kaum kontekstual" – yang menyusun strategi kuasa melalui kajian, pujukan dan bahasan – berbeza daripada "puak tekstual" yang memberatkan firman kitab suci dalam kerangka pertolongan ghaib dari Tuhan melalui tekanan propaganda.

Semua Muslim, termasuk dalam gerakan-gerakan Islam, yang beriman pada pelaksanaan hudud dan syariah berada dalam dua kelompok besar ini.

Tidak sama dengan Muslim yang ragu atau risau, Islamis moderat ini lebih mempercayai hudud dalam semangat asas atau tujuan pokok agama: Keadilan dan rahmat seluruh alam.

Hudud itu hanya satu "bentuk" kehidupan beragama yang harus bernafas dalam "semangat" agama yang lebih besar.

Mereka melihat "isu keselamatan" yang luas; bukan sekadar pakaian seragam, gelar ketenteraan atau persenjataan. Mereka melihat "persoalan pendidikan", bukan sekadar buku teks, sukatan pelajaran atau bilik darjah.

Fundamentalis percaya hudud sebagai senjata dan pakaian seragam; sebagai buku teks dan bilik darjah; bukan persoalan-persoalan keselamatan dan pendidikan. Mereka melihat "bentuk hukuman", bukannya keadilan, kesejahteraan awam atau kesaksamaan umum.

Islamis moderat atau rasionalis selalunya tidak terburu-buru menyediakan enakmen hudud; sebaliknya mereka lebih memikirkan strategi meyakinkan masyarakat, mengukuhkan kerjasama politik dan mengekalkan populariti kuasa.

Sebab tanpa kuasa, hudud hanyalah angan-angan, buku teks atau kuliah di rumah ibadat.

Fundamentalis totok tidak memberatkan hal ini. Paradoks pelik yang mereka lupakan dalam imaginasi keagamaan; paradoks Tuhan tanpa manusia.

Paradoks atau tidak, fundamentalis lebih yakin pada pertolongan ghaib dari Allah jika kita sungguh-sungguh beriltizam inginkan hudud. Laksanakan dulu, sediakan enakmen, cuba dulu dan kita lihatlah kesannya nanti.

Sebab itu, PAS dalam semangat fundamentalismenya segera meluluskan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu, masing-masing tiga tahun selepas memenangi pilihan raya umum.

Soal bagaimana mengekalkan kuasa, dan melegakan pengundi agar terus selesa bawah pentadbirannya, bukan isu terlalu pokok. Bagaimana mencipta keyakinan rakyat pada kepemimpinannya dan mensejahterakan mereka, itu bukanlah isu utama.

Biar rakyat tolak, termasuk majoriti pengundi Islam di Terengganu, yang penting -- sewaktu berkuasa, PAS mesti melaksanakan hudud sebagai tiang seri pentadbiran Islamnya.

Tidak penting bagaimana pengundi menaikkan PAS, atas semangat agama atau sentimen lain; yang penting, selepas diberi kuasa, kita mesti laksanakan hudud.

Hudud: Ibarat kita baru nak beli kereta - Mohd Amar

KUALA LUMPUR: Hasrat Kelantan untuk membawa usul berkaitan undang-undang Syariah ke Parlimen adalah usaha untuk meletakkan undang-undang Islam itu ke tempat yang betul.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana undang-undang syariah masih belum diterima di dalam negara ini.

"Cara mudah faham (ibaratnya) kita baru nak beli kereta bukan nak bawa kereta.

"Seperti hudud, kita baru nak cadang. Yang penting kita kena tengok meletakkan hudud pada tempat yang betul," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-27 yang bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?"

Menurut beliau lagi, Kelantan mengakui terdapat syarat ketat dan memerlukan penelitian sebelum perlaksanaan hudud.

Namun katanya, sebagai orang Islam meletakkan hudud ditempatnya adalah satu kewajipan.

"Sekarang kita usaha untuk melepasi halangan hudud, soal kita bersedia atau tidak itu kemudian," katanya lagi.

Ditanya moderator Dr Maszlee Malik, adakah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bukan 'sebuah kereta', Mohd Amar berkata ia sebuah kereta namun 'tiada lesen'.

'Orang Islam mesti setuju hukuman hudud' - Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah mempertahankan bahawa pelaksanaan hukum hudud di negeri tersebut memberi keadilan kerana hanya dikuatkuasa ke atas orang Islam.

Katanya, orang Islam perlu menerima hukuman bagi kesalahan tersebut memandangkan mereka memilih untuk menjadi orang Islam.

Mereka perlu menerima secara keseluruhan termasuk hukuman yang ditetapkan dalam al-Quran, katanya.

"Macam orang masuk tentera dia kena setuju dengan peraturannya kerana ia pilihannya sendiri. Jadi orang masuk Islam, masuk askar kena terima apa yang berlaku," katanya.

Beliau berkata menjawab satu soalan oleh timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, yang mempersoalkan hukuman tidak adil diberikan kepada pesalah berlainan agama.

Beliau berkata demikian dalam satu program wacana di Shah Alam petang ini, anjuran akhbar Sinar Harian yang membincangkan undang-undang tersebut.

MCA akan kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud - Dr Wee Ka Siong


Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semasa berucap di wacana Hudud: Bersediakah Kita hari ini yang diadakan di Pejabat Karangkraf, Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014. 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semasa berucap di wacana Hudud: Bersediakah Kita hari ini yang diadakan di Pejabat Karangkraf, Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014.MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata Datuk Dr Wee Ka Siong.
Wee ketika wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam berkata, pendirian MCA kekal untuk mempertahankan Perlembagaan seperti mana mereka mempertahankan kontrak sosial ketika negara ini mencapai kemerdekaan.
"Kalau jadi perkara itu, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam BN," kata Wee ketika wacana bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita."
Selain Wee, turut menjadi panel dalam wacana tersebut adalah bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah.
Wee turut berkata, mempertikaikan hudud Islam juga bukan bermakna parti komponen BN itu menolak Islam.
"Itu pandangan MCA yang amat jelas... saya tidak percaya dengan hukum hudud PAS," katanya.
Sementara itu, Mohd Amar bagaimanapun berkata PAS tidak akan sesekali meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika rakan komponen DAP dan PKR menolak rancangan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
"PAS takkan masuk BN kalau PR tolak hudud," katanya.
Beliau berkata, PAS hanya melaksanakan tindakan berkenaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempelawa PAS untuk meneruskan perkara itu.
"Orang sudah bagi jalan, kita hanya menyambutnya," katanya lagi.

Kelantan mahu hudud diiktiraf undang-undang negara - Mohd Amar


Nik Mohd. Amar Nik Abdullah

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan mahu menjadikan undang-undang jenayah Islam diiktiraf sebagai undang-undang negara.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu menjatuhkan hukum tidak timbul selagi mana hukum hudud itu tidak diiktiraf oleh Perlembagaan.

"Isunya bukan potong tangan tetapi menjadikan undang-undang jenayah Islam sebagai undang-undang dalam negara.

"Kita baru hendak beli kereta bukan bawa kereta takut langgar orang dan lain-lain," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita?" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Bukan mudah jatuh hukum babit bukan Islam - Dr Mushaddad


Wacana Sinar

SHAH ALAM - Perselisihan jumhur ulama mengenai pelaksanaan hukum hudud sewaktu zaman sahabat menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan hukum khususnya melibatkan bukan Islam.

Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata, mengikut mazhab Maliki, hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam.

"Undang-undang Jenayah Islam hudud itu menjadi perselisihan antara jumhur ulama khususnya mazhab Maliki mengatakan isu zina hanya terpakai kepada orang Islam.

"Sebaliknya pendapat ulama lain mengatakan kafir zimmi atau bukan Islam yang taat setia kepada pemerintah Islam boleh dikenakan hudud khususnya isu mencuri dengan potong tangan," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan - Dr Mushaddad


Hudud

SHAH ALAM - Orang bukan Islam boleh dikenakan hukum hudud jika sesuatu kes jenayah itu boleh menjejaskan keamanan sejagat serta mencabul keadilan semua pihak.

Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata isu meminum arak dan zina tidak berkaitan dengan keamanan sejagat dan hanya terpakai kepada umat Islam.

"Hudud bukan untuk tujuan sembahyang dan ibadat, ia untuk menjaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan.

"Dalam isu mencuri semua orang boleh dikenakan hudud kerana ia bukan ibadat malah menjaga dan memberi keadilan kepada semua pihak," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Bukan Islam kena takzir dalam hudud - Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi penjelasannnya bahawa bukan Islam boleh dikenakan takzir dalam hukum hudud jika sabit melakukan jenayah.

Menurutnya, walaupun ketika pembuktian gagal mendatang empat saksi, bukan Islam itu boleh dikenakan takzir sahaja.

"Takzir itu adalah seperti undang-undang jenayah yang diamalkan di negara sekarang.

"Mana-mana kesalahan bukan Islam tidak akan dikenakan di mahkamah syariah, tapi dikenakan di mahkamah sivil," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Hudud bukan hanya untuk rakyat bawahan - Dr Asri


Dr Asri Zainul Abidin 

SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.

"Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud.

"Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja.

"Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan.

"Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Selepas dialog bukan Islam terima hudud - TGHA

MIC: Hentikan penyakit kelamin bernama ISMA

Kelantan: Get royalty first, discuss percentage later

MCA kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud

Hudud: Tangan tak dipotong jika curi kerana terdesak, kata PAS

Hudud in M'sia - debating issues on implementation (Part 2)

Hudud tak berfungsi selagi ada golongan istimewa - Dr Asri

Dalam Ini Negeri UMNO Darul Runtuh

Walaupun disekat, dihalang dan tidak dibenarkan menyampai kuliah dalam masjid oleh pihak pemerintah Terengganu namun sambutan diberikan oleh penduduk tempatan kepada kuliah penceramah agama bebas yang tersohor Ustaz Azhar Idrus tetap mendapat sambutan amat meriah sekali walaupun terpaksa diadakan dalam Stadium tertutup Futsal di Kuala Berang.

Ada Apa Dengan GST.....



Definisi GST:

Goods and Services Tax (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melaikan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.

Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan GST?

GST secara umum dipandang sebagai struktur cukai yang lebih baik. Paling utama kerana GST menjadikannya lebih sukar untuk seseorang lari daripada membayar cukai. Ianya perkara yang biasa di dunia korporat dan business untuk mereka manipulate account mereka sehinggakan mereka tidak perlu membayar cukai individu (income tax) dan corporate tax atau hanya dibayar pada kadar yang minimum.

GST sudah lama dicadangkan oleh International Monetary Fund (IMF) kepada Malaysia untuk dilaksanakan. Malahan Pak Lah sendiri pernah bersuara untuk mencadangkan GST pada tahun 2007/2008. Namun atas banyak sebab maka baru sekarang ingin dilaksanakan.

Kenapa Sekarang?

Sebab utama kerana kedudukan kewangan negara semakin lemah. Boleh jadi juga disebabkan korupsi, atau memang sekadar Malaysia tidak menghasilkan output melebihi hutang yang dibuat. Namun memang Malaysia perlu menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Kedudukan kewangan yang lemah berbahaya buat Malaysia, silap-silap haribulan krisis ekonomi 1998 akan berulang.

Maksudnya Sekarang Kita Akan Kena Bayar Cukai Baru?

Kena tahu bahawa cukai secara umum ada dua jenis. Direct Tax dan Indirect Tax. Direct tax ni contohnya seperti income tax yang memang direct kena kepada kita. Indirect tax adalah cukai yang dikenakan apabila kita membeli barang. Of course, GST adalah indirect tax.

Sekarang ini Malaysia sudah ada Sales and Services Tax (SST) sebagai indirect tax. Sekarang ini kerajaan ingin tukar daripada SST kepada GST.


Apa Beza SST Dengan GST?



GSTSales TaxServices Tax
Kadar
6%
10%
5% untuk buah, makanan dan bahan binaan
6%
SkopDikenakan kepada semua barang dan perkhidmatan melainkan dikecualikanSemua kena melainkan dikecualikanSemua tak kena melainkan dinyatakan
PelaksanaanDikenakan di setiap peringkatHanya Satu PeringkatHanya Satu Peringkat (services memangla satu peringkat je)


Jadi Maksudnya......


Maksudnya, untuk barangan, cukai yang akan dikenakan adalah lebih rendah (10% kepada 6%). Manakala untuk buah, makanan dan bahan binaan pula akan meningkat sebanyak 1%. Namun perlu dilihat kembali senarai barang pengecualian daripada GST.

Tarik balik atau saman, Muslimat PAS beri amaran kepada ulama muda Umno

Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya  berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.
"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily.
Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis:”Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya”.
Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"
Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.
Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.

Kenyataan Mufti Pahang terhadap GST dipengaruhi selera politiknya

Mungkin mufti hanya faham huruf T di belakang GST, iaitu taat kepada kerajaan yang membayar gajinya.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mempersoalkan kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Mufti  Pahang, Abdul Rahman Osman  (gambar) mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menurutnya sangat mengelirukan dan terpesong daripada kaedah pengeluaran hukum.
Datuk-Abdul-Rahman-OsmanMenurutnya, sebelum ini, Mufti  Pahang telah mengeluarkan kenyataan iaitu apa sahaja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil yang diperolehi disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi.
“Mungkin mufti hanya faham huruf T di belakang GST, iaitu taat kepada kerajaan yang membayar gajinya.
“Mungkin kalau Mufti Pahang kaji mengenai laporan Kastam Malaysia, hasil dari cukai kastam dan duti eksais serta cukai jualan dan perkhidmatan sekarang ini sekitar RM16 hingga RM17 billion setahun. Apabila GST dilaksanakan kelak, tambahan kepada hasil cukai kastam dan eksais serta GST adalah sebanyak RM6 hingga RM7 billion,” katanya dalam posting blognya yang terbaru.
Tambah Ariff lagi, jumlah bayaran BR1M yang dibayar oleh pihak kerajaan pula adalah sebanyak RM4 hingga RM5 billion. Jumlah yang dibayar itu hampir-hampir melenyapkan hasil tambahan dari kutipan cukai GST.
“Baki sebanyak RM2 hingga 3 billion pula digunakan untuk menampung defisit yang dialami oleh negara kita iaitu sebanyak RM40 billion,” ujarnya.
Jelasnya, Mufti Pahang itu juga telah mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram untuk menggulingkan kerajaan.
“Saya sokong kalau fatwa itu turut sama memasukkan Kerajaan Pulau Pinang, Kelantan,  dan Selangor. Saya juga sokong agar semua kerajaan tersebut haram digulingkan atau ditukar. Saya harap orang-orang Umno boleh patuh kepada fatwa politik  Mufti Pahang ini,” katanya.
Jelasnya, kenyataan Mufti Pahang tersebut sarat dengan prasangka beliau dan dalam pada masa yang sama menyembunyikan selera politiknya. Ternyata bahawa Mufti Pahang akan mendepankan agenda politik kerajaan yang membiayai gajinya.
“Saya doakan Mufti Pahang tidak termasuk golongan al-munafiquun wal munafiqa yang disebut dalam al-Quran,” ujar beliau.

Hudud: Jawatankuasa hanya perlu libat ulama bebas kata Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata, ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
  
"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka. Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.
  
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.
  
Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan Pas.

Hudud: Pemimpin Pas sedia berdialog dengan MCA

Nasrudin Hassan  
TEMERLOH – Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan MCA bersama Gabungan Persatuan Cina Temerloh, bagi menyelesaikan polemik isu pelaksanaan hukuman hudud yang menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Beliau berkata, dialog itu bertujuan untuk merungkai segala salah faham berkenaan pelaksanaan hudud, selain mereka boleh menyuarakan perkara yang tidak mereka faham tentang pelaksanaannya.

“Saya memahami bahawa isu pelaksanaan hukuman hudud ini timbul bukan sahaja daripada kalangan masyarakat bukan Islam, malah masyarakat Islam sendiri sebahagiannya masih memerlukan pencerahan mengenai pelaksanaan hudud ini secara keseluruhannya,” katanya.

Nasrudin berkata, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah adalah salah satu penyelesaian atau alternatif kepada kegagalan semasa yang dihadapi undang-undang konvensional sedia ada.

Justeru katanya, atas hak yang dibenarkan sistem demokrasi, penerangan mengenai hukuman hudud juga perlu dihormati dan diadili sebaiknya supaya isu jenayah dan keselamatan yang sedang melanda negara dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, surat tawaran dialog itu telah dikeluarkan Pejabat Parlimen Temerloh, semalam.

Muslimat demo: Tarik balik atau tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataan beliau berkenaan muslimat yang turun berdemonstrasi seperti pelacur atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.

"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," tegas Siti Zailah, hari ini.

Siti Zailah turut menegaskan pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.

Ucapan tersebut, tambah Siti Zailah adalah satu ucapan yang kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak yang baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.

Empat Penyokong JDT Ditahan



JOHOR BARU: Empat penyokong Johor Darul Takzim (JDT) ditahan kerana bertindak ganas dan mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA, Isnin malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata empat yang ditahan itu gagal mematuhi arahan polis untuk meninggalkan stadium selepas perlawanan berakhir.

Tambah beliau, kesemua empat pemuda berumur dalam lingkungan 20an itu juga ditahan kerana cuba mewujudkan masalah selepas perlawanan pertama Separuh akhir Piala FA.

Penyokong JDT Buat Kacau Lagi Kerana Dendam..!!!



JOHOR BAHARU: Suasana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA, malam Isnin.
Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.

Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium.
Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.
Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.

Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Feb lepas.