Selasa, 6 Mei 2014

Mulut Busuk.....



Sesumpah Politik...

UMNO ni baik sedikit daripada sesumpah.. Begitu juga hudud. UMNO boleh berpeluk dengan PAS kononnya sebagai seorang Islam "kita tak menentang hudud". Tapi kita.....

Meeting Tok Guru Nik Aziz

I was in Kelantan the last few days. On Saturday, 3rd May I had the opportunity to meet up Tok Guru Nik Aziz(TGNA). As I wanted to perform the Asar prayers with him, I arrived a little earlier. After performing ablution, I entered his Masjid just as the Asar Azan was called. After performing the optional pre- Asar prayers, I sat myself down.
TGNA was seated in the first row on the far right. I was told he always prayed in the first row and always on the right end. He was deep in contemplation. He looked serene.
After the obligatory asar prayers, I inched myself in a crawling position towards him. I held out my hands and he responded likewise and I kissed his hands in filial respect. A friend, who is also a shariah court judge, informed TGNA that here is the MP from Raub who would like to see him.
I had brought a non-Muslim friend along and the driver of our vehicle. We walked to towards TGNA’s house which is adjacent to the mosque.  A few young children were playing. I assumed they must be his grandchildren. The children greeted TGNA as how young children do when they see their grandfather in a teasing manner whereupon TGNA smiled back in a grandfatherly manner.
We entered the house- it is as other people can attest a simple dwelling. There is a day bed at one end- which Malays often used as a bed for the sick and not so healthy. I assumed TGNA often rests here. I have brought some fruits which I bought earlier at Pangkalan Kubor in Tumpat and mentioned that to TGNA. He thanked me.
My friends and I were motioned to sit in chairs arranged in neat rows indicating that even after retirement; many people still visit the Tok Guru. I sat nearest to him. While we were sitting a few people came in bringing infants to get the blessings from this revered man. TGNA admonished these people- they should come in the morning or after Zuhur payers. Saya duduk lama dalam masjid lepas zuhur. Takde oghe maghi. Masa ini saya nak rehat sikit.
After the people left, he asked the doors to his house closed to signify that he does not want any more visitors.
My son Nik Abduh ( MP for Pasir Mas) told me Dato is coming see me. Is there anything in particular that you seek?
In an almost whispering tone- I answered I am here to pay a courtesy call. I have never met Tok Guru and I thought this is a good chance for me to visit. Tomorrow I am meeting the Kelantan MB.

Khairy perlu didik Majlis Ulama Umno

KUALA LUMPUR: Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa Setiausaha Ulamak Muda Umno, Mohd Radzi Othman membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam khususnya muslimah yang hadir pada Himpunan Bantah 501 pada 1 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya (gambar) berkata, kenyataan itu sememangnya suatu fitnah ke atas kehormatan dan kesucian serta maruah keperibadian seorang muslimah.

Tegasnya, muslimah yang melibatkan diri dalam himpunan  itu jelas berpakaian menutup aurat bertepatan dengan tuntutan Islam yang sudah cukup jelas lagi nyata perbezaannya jika hendak disamakan dengan pelacur.

Radzi dalam entrinya di laman facebook menganggap muslimah bertudung labuh yang hadir pada perhimpunan membantah GST, 1 Mei lalu seperti "pelacur kelas atasan".

"Tindakan menyamakan peserta muslimah dengan perumpamaan sedemikian umpama memfitnah sekumpulan wanita baik lagi suci dengan tuduhan yang melampau lagi bercanggah dengan syarak.

"Muslimah atau srikandi pada zaman Rasulullah s.a.w. juga turut keluar berjihad di medan melibatkan perjuangan Islam, apatah lagi demonstrasi aman yang disertai muslimah dalam keadaan yang terjaga akhlak, terkawal pergaulan meskipun disaat padatan demonstran.

Kelkon Sdn Bhd dapat tender lebuh raya rakyat sepanjang 30.5 kilometer

KOTA BHARU: Debaran rakyat Kelantan untuk mengetahui syarikat yang akan mendapat tender projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai berakhir hari ini apabila dimenangi Kelkon Sdn Bhd.

Kelkon anak syarikat kerajaan Kelantan berganding dengan syarikat Afiqah Wira Sdn Bhd diberi tanggungjawab menyiapkan lebuh raya rakyat sepanjang 30.5 kilometer.

Tarikh tutup tender projet tersebut pada 24 Mac lalu. Ketika sesi taklimat pra-tender sebanyak 29 syarikat menyertainya.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pembinaannya dijangka dimulakan pada Jun di mana fasa pertama bermula di Bukit Bakar melibatkan  204.5 ekar tanah kerajaan.

“Pembinaan jalan empat lorong dua hala, di samping lapan jambatan bagi fasa pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Kesyukuran dan Merakyatkan Membangun Bersama Islam di KTC di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad, Datuk Abdul Fattah Mahmood serta pegawai kanan kerajaan.

Projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan negeri ekoran projek tersebut disisihkan kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Ke-5.

Bagaimanapun tahun lepas kerajaan pusat mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM200 juta.

Menteri Besar berkata, fasa pertama turut membabitkan pembinaan empat persimpangan dan dua tempat rehat dan rawat (R&R).

“Pembinaan mengambil masa enam tahun membabitkan kos sebanyak RM570 juta, bagaimanapun ia boleh meningkat kepada RM854 juta kerana tempoh siap dan lain-lain kos.

“Namun apa yang penting lebuh raya itu tanpa tol sebagaimana perancangan awal kerajaan negeri,” ujarnya.

Hudud, agenda jahat UMNO pacu politik perkauman


howard lee


IPOH, 6 MEI: Kesungguhan UMNO kononnya membantu PAS dalam isu hudud merupakan agenda jahat untuk membawa politik perkauman ke tahap lebih membimbangkan.
“Niat jahat UMNO memasang perangkap ini bukan sekadar untuk menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), tetapi memacu politik politik perkauman ke tahap yang tidak boleh diperbetulkan lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pasir Pinji Howard Lee Chuan How.
“Muslihat UMNO dalam perancangan mereka adalah meledakkan senjata utama iaitu semangat asabiyah dan politik perkauman yang jelas sekali tidak berasaskan Islam,” ujar beliau sambil memetik sebuah hadis.
“Telah bertanya seorang lelaki, wahai Rasulullah adakah asabiyyah itu mencintai kaumnya? Sabda Nabi, ‘Tidak, tetapi asabiyyah itu adalah seorang yang menolong kaumnya di atas kezaliman,’” ujar beliau.
Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Perak itu turut mengecam keengganan MCA, sebagai rakan sekutu UMNO, untuk mengakui agenda perkauman yang dimainkan ini.
“Hakikatnya mereka sedar semua perancangan ini, tetapi terlalu pengecut dan ingin menjaga kepentingan peribadi.

Tsunami Politik total hanya boleh berlaku jika tembok perkauman runtuh


lct


KUALA LUMPUR, 6 MEI: DAP menegaskan tsunami politik secara menyeluruh pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang hanya boleh berlaku jika Pakatan Rakyat berjaya keluar dari persepsi perkauman ciptaan UMNO-BN.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, untuk keluar dari sudut pandang perkauman yang digunakan Barisan Nasional (BN), alternatif untuk Pakatan kini adalah memberi tumpuan sepenuhnya dalam isu ekonomi dan pendemokrasian.
Menurutnya, lawan sebenar Pakatan bukan hanya BN, tapi sistem satu parti berasaskan perkauman yang dipegang parti itu hingga berjaya mendominasi dan menyebabkan mereka tidak pernah ditumbangkan.
“Asas utama sistem satu parti ini adalah perkauman. Kita mungkin tewas dalam politik identiti yang merupakan kekuatan mereka, kerana mereka dapat menggunakan segala saluran seperti Utusan Malaysia untuk memainkan isu kemelayuan, Islam dan institusi diraja.
“Sebab itu, penekanan kita untuk membawa perubahan dan politik baru adalah memberi tumpuan kepada keadilan ekonomi dan hak asasi untuk semua yang telah dipersetujui dalam PR – perkara ini harus dititik-beratkan,” katanya dalam pelancaran buku dan forum PRU 14: Apakah ada lagi Tsunami Politik? di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), semalam.
Ahli Parlimen DAP Kluang itu juga mengharapkan DAP dan PAS tidak lagi menjadi jurucakap kepada kaum atau golongan tertentu tapi berlandaskan semua golongan.

Reezel tidak perlu selar Gerakan, dan jadi "hitch hike"

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahli Majlis Tertinggi Umno Reezel Marican Naina Marican  tidak cukup hanya setakat menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe yang mengomen mengenai hukum hudud yang menurutnya (Reezedl) boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam, dan juga tidak cukup setakat mengingatkan agar pemimpin komponen BN tidak melampau mengeluarkan komen terhadap hudud kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sebagai seorang muslim dan ahli parlimen yang mempunyai satu kuasa di parlimen, apa yang Reezel patut lakukan menyatakan pendirian tegasnya sedia menyokong RUU persendirian yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen.

Juga tidak cukup Islam Reezel kalau setakat memberi peringatan dan teguran kepada Lian Hoe dan pimpinan BN yang lain. Islam bukan sahaja setakat mencegah kemungkaran tetapi membangunkan amal makruf.

Apakah Reezel berani untuk menyatakan pendiriannya dan memberi undi kepada Pas? Kalau setakat hendak menunjukkan daya dan keprihatinan Islam kita lebih dengan membuat selaran dan teguran ia tidak berbolai setakat itu, sebaliknya lebih afdal dan tinggi darjahnya kalau Reezel menyatakan sokongan. Reezel yang mempunyai pengetahuan Islam yang agak mantap patut mendahului mana-mana ahli parlimen atau MT lain termasuk Khairy Jamaluddin atau Ahmad Maslan.

Pemilihan 2014: JPP perlu baiki kelemahan

pemilihan PKR
BATU KURAU - Masalah keciciran nama ahli PKR daripada senarai pengundi pemilihan parti perlu diberi perhatian serius Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berikutan ianya berlaku melibatkan hampir keseluruhan cabang PKR di seluruh negara.

Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, kesalahan keciciran nama ahli tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan PKR cabang terlibat memandangkan urusan penyenaraian ahli boleh mengundi dibuat sendiri JPP.

Menurutnya, masalah sebegini adalah antara isu-isu penting yang perlu diberi penambahbaikan oleh JPP pada pemilihan parti akan datang bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan dan tidak puas hati dalam kalangan calon bertanding.

“Selain itu, tidak dinafikan masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki oleh JPP dalam memastikan proses pemilihan berjalan lancar pada masa hadapan.

Nurul Izzah: Aktor bukan politik berperanan lakukan perubahan

tsunami_Cina
KUALA LUMPUR 6 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, aktor bukan politik juga memainkan peranan dalam usaha perubahan lanskap politik di negara ini.
Katanya, kumpulan ini terutamanya penulis memainkan peranan penting terutamanya pasca reformasi dan usaha melakukan gerakan pembaharuan di Malaysia.
“Ini yang mahu kita cerna dengan peranan ‘aktor bukan politik’ yang secara tidak langsung dapat bergiat dan merubah landskap sehingga mendapat dokongan kuat Pakatan Rakyat.
“Pengorbanan mereka yang tidak bergelar ahli parlimen atau ahli politik mampu merubah landskap politik negara” kata Nurul Izzah dalam ucapannya ketika perasmian buku penulis buku Lim Hong Siang, ‘Tsunami Cina, Retorik atau Realiti? di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), semalam.
Dalam pada itu kata Nurul Izzah, masalah perkauman hanya dapat diruntuhkan sekiranya rakyat negara ini benar-benar ada sikap saling menghormati antara satu sama lain kerana Malaysia adalah tempat di mana generasi hari ini membesar dalam situasi sentimen dan pandangan mencabar.
“Nilai seperti ini yang sukar diperolehi,” kata Nurul Izzah merujuk buku terbaru Lim Hong Siang.
Beliau turut mengulas sikap negatif rakyat Malaysia yang keterlaluan memberikan pandangan terutamanya di media sosial, seolah-olah tidak mempunyai panduan dan etika.
“Sebab kadang kala kita memberi komen sehingga tidak memikirkan had bagaimana kita berkomunikasi antara satu sama lain.

“Terima kasih, keputusan saya terus berjuang di Malaysia” – Anwar

the-diplomat-dsai
KUALA LUMPUR 6 MEI: Meskipun dipujuk kumpulan Islam di United Kingdon dan bekas Naib Presiden AS, Al Gore untuk tinggal di luar negara berikutan kebarangkalian tidak mendapat perbicaraan adil, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menetapkan untuk terus berjuang di Malaysia.
“Saya serta beberapa rakan-rakan di London bermesyuarat dengan kumpulan Al Gore dan kumpulan Islam di UK. Mereka semua tanpa teragak-agak memujuk saya untuk kekal di London supaya tidak pulang.
“Mereka semua tahu sistem badan kehakiman kebal dan menganggap bahawa saya akan masuk ke penjara.
“Tetapi saya berkata kepada mereka. Terima kasih banyak dan saya telah membuat keputusan untuk terus berjuang di Malaysia,” kata Anwar dalam temubual bersama media dari Jepun, The Diplomat minggu lalu.
Ketika ditanya soalan sama ada beliau akan ke penjara berdasarkan rekod perjalanan mahkamah yang pincang, kata Anwar rakyat Malaysia punya had dan kesabaran melihat semua ini.

Penganut Kristian mungkin atasi jumlah umat Islam menjelang 2100, kata NGO


Jika Kristian terus berkembang, jumlah mereka akan melebihi umat Islam dalam negara pada tahun 2100, kata kumpulan Islam. Gambar fail The Malaysian Insider.Jika Kristian terus berkembang, jumlah mereka akan melebihi umat Islam dalam negara pada tahun 2100, kata kumpulan Islam. Gambar fail The Malaysian Insider.Dakyah Kristianisasi dibawa sekali lagi hari ini dalam satu forum di sebuah universiti awam di depan kira-kira 1,000 peserta dengan memberitahu mereka, jumlah penganut Kristian akan mengatasi umat Islam  menjelang tahun 2100 di Malaysia.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar, berkata  ini adalah berdasarkan pertumbuhan pesat penganut agama itu di Malaysia.
“Inilah yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia jika Kristianisasi terus dibenarkan di negara ini.
"Berdasarkan kajian kami, peratus perkembangan Kristian sangat besar setiap dekad," katanya di seminar tentang penggunaan nama Allah dan Kristologi di  Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.
Beliau berkata, statistik terakhir menunjukkan bilangan penganut Kristian 10% manakala Islam lebih 60%.
 "Tetapi jika kristianisasi berterusan, menjelang 2100 akan ada jumlah yang sama antara Kristian dan Islam - 40%."
"Ia akan terus meningkat," katanya.

Ganti ‘Tuhan’ dengan ‘Allah’ langkah strategik Kristianisasi, kata NGO


Komuniti Kristian evangelis dikatakan cuba memurtadkan komuniti Islam menggunakan kaedah 'Strategi Kontekstualisasi' untuk lebih mendekati komuniti Melayu Islam melalui budaya dan adat resam mereka. – Gambar Reuters, 6 Mei, 2014.  
Komuniti Kristian evangelis dikatakan cuba memurtadkan komuniti Islam menggunakan kaedah 'Strategi Kontekstualisasi' untuk lebih mendekati komuniti Melayu Islam melalui budaya dan adat resam mereka. – Gambar Reuters, 6 Mei, 2014. Tindakan pihak gereja yang mahu menggunakan kalimah "Allah" menggantikan perkataan "God" dalam Bible berbahasa Melayu merupakan strategi Kristianisasi terhadap umat Islam, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Abdul Karim Omar.
Karim berkata, komuniti Kristian evangelis yang cuba memurtadkan komuniti Islam mula menggunakan kaedah "Strategi Kontekstualisasi" untuk lebih mendekati komuniti Melayu Islam melalui budaya dan adat resam mereka.
"Mereka akan meneruskan identiti komuniti sebagai 'Muslim' tetapi menyatakan ketaatan kepada Tuhan Kristian," katanya ketika seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Kaedah itu katanya menjadikan masyarakat Melayu yang menganut agama Kristian "menyembunyikan identiti" mereka apabila bersama kelompok Melayu beragama Islam.
Beliau menegaskan, melalui kaedah itu juga kelompok Melayu Kristian itu menjadi "gerakan dalaman" dalam usaha memurtadkan masyarakat Islam di negara ini.

NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim

Sebuah NGO Muslim hari ini memberi amaran agar orang Melayu berwaspada terhadap kewujudan Melayu Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka.

Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abd Karim Omar mendakwa golongan itu tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain.

Malah mereka kadang kala didakwa melakukan ibadah Muslim seperti berpuasa dan ke masjid, serta tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan Kristian di rumah mereka.

Menurutnya, kewujudan golongan itu adalah berdasarkan satu disertasi kedoktoran berjudul “Religious identity and life of Malay Christians of Malaysia”.

Disertasi itu didakwa disediakan John Cheong pada September 2012 sewaktu mengikuti pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Trinity International University, Illinois.

Beliau berkata demikian pada "Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Shah Alam, petang ini.

Menurutnya, gerakan ini dikenali sebagai 'gerakan dalaman' dan jika ia berterusan, populasi Kristian Malaysia yang kini 9.2 peratus daripada penduduk Malaysia boleh meningkat kepada 40 peratus dan sama ramai dengan Muslim.

'Kontekstualisasi' mubaligh

Beliau memberi contoh penganut Kristian di Nigeria yang mewakili 21.4 peratus daripada populasi negara itu pada tahun 1953 berkembang biak kepada 49.3 peratus tahun 2010.

MyWatch ancam dedahkan nama polis ada RM1.5 juta dalam akauan

Penculikan di Sabah: KM umum perintah berkurung

HUDUD DI MALAYSIA : MASALAH PINDAAN, KESERAGAMAN & KESEDIAAN

law_hammer
Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang mempunyai pembahagian kuasa perundangan antara Persekutuan dan Negeri. Dalam pemerintahan Persekutuan, undang-undang tertinggi yang ditetapkan adalah Perlembagaan Persekutuan. Dalam rangka perundangan di Malaysia, sebarang undang-undang yang tidak seiring dengannya akan menjadi tidak sah, ataupun dipanggil ultra vires.
Berdasarkan Senarai I (Senarai Persekutuan), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah (“criminal law”) terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan, dan diadjudikasi di Mahkamah Sivil. Sebaliknya, kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam (“offences relating to precepts of Islam”) seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan diadjudikasi di Mahkamah Syariah.
Selepas Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pewartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 ("PKHJS 2013") pada 22/10/2013 bagi melaksanakan hukuman hudud dan qisas di negara itu, pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan juga turut menyatakan keinginan kali kedua bagi memperkenalkan hukuman yang serupa berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan ("Enakmen"), sebagaimana yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1993. Undang-undang itu masih belum dikuat kuasakan sehingga ke hari ini.

ANTARA 2/3 DAN MAJORITI MUDAH
Difahamkan, kerajaan Kelantan merancang untuk mengemukakan satu rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat untuk kelulusan Ahli Dewan Rakyat. Jika ia dibawa ke Dewan Rakyat, ia memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Pindaan itu perlu dibuat memandangkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa perihal jenayah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pentadbiran Persekutuan, bukannya Negeri. Jika hal itu berlaku, kelulusan sebanyak 2/3 Ahli Dewan Rakyat diperlukan, selaras dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri Kelantan juga berhasrat untuk mengguna pakai peruntukan di bawah Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadap Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi memberikan bidang kuasa yang lebih luas kepada Enakmen itu. Walau bagaimanapun, ia menemui jalan buntu.
Jika demikian halangannya, bagaimana jika pindaan dilakukan terhadap undang-undang jenayah biasa dan sedia ada sahaja seperti di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) hanya memerlukan kelulusan majoriti mudah.

Polis teliti video, gambar individu pukul pengamal media

Polis Kuala Lumpur sedang meneliti rakaman video dan gambar perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) pada Khamis lepas bagi mengenal pasti individu yang memukul pengamal media.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara pada hari yang sama setelah diserang oleh sekumpulan individu dikatakan peserta perhimpunan.
  
"Pengamal media dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu sisatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
  
Beliau berkata, polis akan mengedar gambar individu yang terlibat dalam pergaduhan itu di media dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
    

Pemuda Gerakan sokong 'hudud BN'


KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyatakan sokongan mereka untuk menyokong hudud jika ia di bawa oleh Ahli Parlimen BN.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada sidang media di Alor Setar semalam.

Pemuda Gerakan sebelum ini menentang cadangan Kerajaan Negeri Kelantan PAS yang ingin membawa usul persendirian ke parlimen bagi membentangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud).

Keng Liang bersama sekumpulan Pemuda Gerakan  juga telah menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat  tersebut melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Namun semalam, Keng Liang bersama Pemuda Gerakan itu dilihat bersedia mendengar penjelasan Pemuda Umno mengenai hukuk hudud dan tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen BN yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Belangsungkawa - Aziz Sattar (1925 - 2014)

Hudud: Soal ikhlas urusan Allah, kata Presiden PAS

505: Mahkamah lepas Nik Nazmi dari tuduhan baru

Contohi Indonesia, hargai toleransi & semangat demokrasi – Anwar

dsai_al_azhar_indonesiaJAKARTA 6 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya murni ditonjolkan masyarakat Indonesia melalui sikap menghargai toleransi dalam suasana masyarakat berbilang bangsa dan agama wajar dicontohi.
“Saya suka dengan budaya Indonesia yang menghargai toleransi, menekankan kepentingan demokrasi dan ekonomi liberal yang bebas.
“Mengangkat pemimpin berdasarkan idea dan bukannya personaliti” kata Anwar Ibrahim dalam ucapannya dalam Majlis Perwakilan Daerah (Dewan Perwakilan Daerah (DPD)) ke dialog yang bertajuk ‘Kebangkitan Asia dan Dinamik Integrasi Global’.
Terdahulu Anwar hadir ke Universiti Al-Azhar Indonesia (UIA) menyampaikan Kuliah Eksekutif yang bertajuk ‘Nilai Islam dan Kebangkitan Umat Islam’ bersama Profesor Dr Ir Sardy Sar (Dekan UIA) dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Akademik, Dr Hamad Lubis.
Ketibaan Anwar di Jakarta dalam lawatan dua hari 2 dan 3 Mei lalu disambut bekas Menteri Koperasi Indonesia, Encik Adi Sasono.
Delegasi lawatan kerja itu turut disertai Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaffar dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.
Terdahulu pada hari pertama lawatan, ratusan mahasiswa UIA memenuhi aula Arifin Panigoro YAI, di Jalan Kebayoran Baru untuk mendengar tazkirah disampaikan Anwar.

Lepas PRU13, 'reformis' Najib hilang kawalan

 
  Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sewaktu mengunjungi Malaysia bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "reformis banyak kerja".

Kenyataan itu muncul di ambang negara menyambut ulang tahun pertama pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah Najib masih dianggap reformis, pasca PRU13? Adakah beliau menyelesaikan apa yang dimulakannya?

Sejauh mana rancangan dan polisi beliau merencana masa depan Malaysia? Atau, adakah Najib tersasar dari landasannya?

Najib mengumumkan rancangan rekonsiliasi nasional sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei.

Bagaimanapun, setahun berlalu, perkara ini masih belum menampakkan hasilnya.

Dengan perkembangan terkini - di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dalam kes liwat II - terdapat kesangsian mengenai peluang kedua-dua pihak bekerjasama mengenai perpaduan nasional, yang dilihat semakin tipis.

Peguam wakili Kassim Ahmad bantah pertuduhan baharu


Peguam Syarie yang mewakili bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad (gambar) yang didakwa menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama hari ini membantah pertuduhan baharu dan pindaan dibacakan kepada Kassim.
Peguam Syarie Rosli Dahlan berkata bantahan itu dibuat ekoran tindakan Kassim, menerusi peguam sivil lain, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil semalam dan ia berkaitan bidang kuasa antara Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil.
Beliau turut memohon perbicaraan ditangguhkan bagi mengelak berlaku pertindihan prosiding melibatkan kes yang sama.
Kes itu sepatutnya mula dibicarakan selama dua hari bermula hari ini dengan melibatkan 10 saksi.
Rosli berkata dalam saman sivil tersebut, Kassim mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang didakwa melarikannya daripada tempat tinggalnya di Kulim, Kedah.
"Saya memohon supaya perbicaraan kes ini ditangguh supaya prosiding di Mahkamah Sivil boleh berlangsung dan menunggu keputusannya kerana perkara yang dibangkitkan adalah mengenai bidang kuasa," katanya.
Di awal prosiding Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris memohon supaya pertuduhan baharu dan pindaan dibacakan kepada tertuduh dan memohon mahkamah meneruskan perbicaraan kerana berpendapat Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri.
Hakim Syarie Azzeman Omar yang mendengar kes itu kemudiannya menetapkan 17 Julai untuk keputusan terhadap bantahan awal tersebut dan kesemua pihak perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum itu.

Dakwa semula guna PAA, Peguam Negara hina mahkamah

nik_nazmi_bebas_PAA
PETALING JAYA 6 MEI: Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail telah menghina mahkamah kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan 25 April lalu yang membatalkan dakwaan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dibawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.
Justeru, peguam N Surendran berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan pejabat AG yang berterusan tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.
“Saya terkejut apabila kerajaan dan Gani Patail membuat perkara sebegini, dan tindakan ini menyebabkan mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.
n_surendran“Kita akan ambil tindakan undang-undang untuk menentang perkara ini,” kata Surendran (gambar) ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata, tindakan Gani Patail itu disifatkan sebagai terdesak dalam mencari jalan untuk menyekat rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan.
“Hakim sendiri terkejut dengan dakwaan ini, kita boleh lihat betapa terdesaknya kerajaan selepas 1 Mei, rakyat sudah mula ramai berhimpun secara aman.
“Mereka cuba cari jalan untuk menyekat apa yang diputuskan oleh mahkamah rayuan tempoh hari,
“Tapi pada saya ini 1 kemenangan untuk kita tapi kita akan tetap lawan tindakan yang tidak masuk akal seperti ini.” ujar Nik.

PAA: Court discharges Nik Nazmi


Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad at the Petaling Jaya Sessions Court where he was today granted a discharge, not amounting to an acquittal, after he was charged for the second time with breaching the Peaceful Assembly Act. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, May 6, 2014. 
Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad at the Petaling Jaya Sessions Court where he was today granted a discharge, not amounting to an acquittal, after he was charged for the second time with breaching the Peaceful Assembly Act. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, May 6, 2014.The Sessions Court today granted Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad a discharge, not amounting to an acquittal, after he was charged for the second time with breaching the Peaceful Assembly Act.
The judge took the position that the lower court was bound by the decision of the Court of Appeal, which had earlier released Nik Nazmi, who is also Selangor Legislative Assembly deputy speaker.
Earlier today, Nik Nazmi was re-charged under Section 9 (1) of the PAA at the Petaling Jaya Sessions Court for his involvement in the Black 505 rally held at the Kelana Jaya stadium on May 8 last year.
On April 25, the Court of Appeal ruled that the charge against Nik Nazmi under Section 9(1) of the PAA for failure to give notice to the police before the rally be struck out.
The three-man Court of Appeal bench led by judge Datuk Mohamad Ariff  Md Yusof had said that while the police could impose restriction on peaceful assembly, they could not penalise organisers and participants for non-compliance of the PAA.

Mahkamah Sesyen lepas Nik Nazmi dari tuduhan baru


Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini daripada satu pertuduhan baru ke atasnya berhubung perhimpunan 'Black 505', Mei tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin Abdul Razak memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu.

Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.

Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

Nik Nazmi, 32, didakwa mengikut Seksyen 9(5) akta tersebut kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, kerana menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.

Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.

AMEERAH Terengganu bantah kenyataan ulama muda Umno

1.Islam sebagai agama langit yang suci dan teragung sangat menghormati dan menjaga kehormatan para wanita. Kedudukan wanita dalam Islam diangkat di tempat yang sepatutnya sesuai dengan jasa dan pengorbanan kaum hawa yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kaum adam seperti tugas pejuang di dalam rumah tangga mahupun di medan luar rumah. Oleh itu, memberikan pandangan mahupun kenyataan yang ditujukan kepada muslimah haruslah berhati-hati. Ia tidak harus dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa asas dan mengikut emosi dan pegangan politik yang sempit.

2.AMEERAH yang bermotokan “Menerajui Perubahan Generasi Baru” memberi perhatian untuk menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan partisipasi generasi wanita muda dalam membangunkan masyarakat. Turun sebagai demonstran dalam Himpunan 1 Mei adalah bukti kesedaran wanita muda yang ingin menuntut masa depan yang lebih baik dari kerajaan, bukan yang meresahkan jiwa dan nurani rakyat.

3.Justeru itu pihak AMEERAH Negeri Terengganu sebagai sayap muda Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu amat kesal dengan kenyataan dari pihak ulama muda Umno yang mengatakan para demonstran muslimah bertudung labuh yang adalah pelacur kelas atasan. Ia merupakan satu kenyataan yang biadap, dangkal dan menyalahi akhlak seorang lelaki muslim.

Hudud: Soal ikhlas urusan Allah, tegas PAS


Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendesak umat Islam tidak mempertikaikan keikhlasan pihak yang menyokong perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.

“Semua pihak di kalangan umat Islam wajib menerima kewajipan melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan antara satu sama lain.

“Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita.

“Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Hadi itu selari dengan pandangan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali semalam yang berkata, tiada sesiapa berhak mempersoalkan keikhlasan mana-mana pihak dalam melaksanakan hudud di Malaysia.

Laksana syariat, ikhlas urusan Allah SWT - Presiden PAS


ISU UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN

1.         Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas”  adalah urusan Allah, bukan urusan kita.
2.         Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (31) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32) فاطر.

Maksudnya :

(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.

(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]

3.         Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.

4.         Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Experts: Australia spent RM3million a day on MH370 search.!!

Bukan semua pencuri dikenakan hudud - TGHA

Hudud: Hakim 'cari jalan' bebaskan tertuduh - TGHA

Percayalah, Sekali Lagi Hudud Akan Ditangguhkan!!

Isu hudud yang telah bergema sejak beberapa minggu lalu masih tidak menunjukkan titik penyudah yang meyakinkan. Walaupun Pas tetap berkeras mahu membentangkan usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi sebagaimana yang diakui oleh salah seorang pemimpinnya, Mohd Hanipa Maidin bahawa terdapat juga sekumpulan pemimpinnya yang mahukan ia ditangguhkan sehingga rakyat bersedia menerimanya.

Di dalam PR sendiri, isu ini kelihatan semakin dikeliru dan mengelirukan dengan pelbagai pandangan pro dan kontra mengenainya.

Di dalam PR, DAP jelas menentang pembentangan usul serta perlaksanaan hukum hudud manakala PKR juga tidak menunjukkan sokongan yang jitu dengan Anwar Ibrahim sendiri mengatakan perbincangan lanjut perlu diadakan, terutama memandangkan belum ada institusi sesuai untuk melaksanakannya serta aspek kehakiman yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan PR akan berpecah jika isu hudud ini terus menjadi isu besar. Anthony Loke dalam nada yang lebih keras mencadangkan agar Pas meninggalkan PR jika ingin terus melaksanakan hudud.

Di ketika Perdana Menteri, Najib Razak dalam reaksi terbarunya menyatakan banyak kekangan dan halangan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hudud dilaksanakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dan kemudian mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal antara UMNO, Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Sebelum itu, Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan telah mengambil kesempatan menziarahi bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di rumahnya serta mengumumkan perlunya penubuhan jawatankuasa bersama itu. Meskipun demikian, Timbalan Perdana Menteri itu masih mengelak untuk menjawab sama ada UMNO akan menyokong atau sebaliknya jika usul persendirian itu dibentangkan oleh Pas. Begitu juga dengan Najib, masih tiada pendirian sama ada akan menyokong atau menentang usul itu.

Untuk itu, tidak dipastikan tujuan sebenar penubuhan jawatankuasa itu, walaupun Pas nampaknya gembira dengan sikap UMNO yang ditunjukkan melalui Jamil Khir itu.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebagaimana sikapnya sejak dulu, kekal menentang keras perlaksanaan hukum hudud berasaskan keadilan yang dibimbanginya. Dalam jawatankuasa teknikal ini pun, Mahathir mencadangkan agar tokoh agama bebas turut dilantik menganggotainya.

Walaupun UMNO seolah-olah memberi kerjasama kepada hasrat Pas itu, rakan karibnya iaitu MCA dan Gerakan pula menunjukkan penentangan yang keras. Mereka bukan saja akan mengadakan kempen "Say No To Hudud", bahkan Pemuda MCA sudah pun mengadakan demonstrasi bantahan di depan ibu pejabat Pas, baru-baru ini.

GST: Pemerintah baik cari ulama, ulama tak baik ghairah dekati pemerintah

SHAH ALAM, 6 MEI: Kenyataan Mufti Pahang, Abdul Rahman Othman yang meminta rakyat supaya menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tanpa memberi penerangan lanjut boleh menimbulkan kekeliruan ekoran penghujahan tidak kukuh.
812shahbudin_new-buku_penulisAbdul Rahman hanya bersandarkan pandangan ulama, Mohamad Abdullah tetapi mengelak untuk mengulas lanjut dan meminta pihak yang tidak mempercayainya untuk berhujah dengan ulama berkenaan.
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata kenyataan beliau yang ‘tergantung’ boleh mengelirukan sesetengah pihak yang kurang ilmu pengetahuan yang akan beranggapan bahawa usaha mengkritik kesilapan kerajaan pusat sebagai ‘dosa besar’.
“Tentu mereka yang fanatik akan beranggapan bahawa kerajaan sedia ada perlu dikekalkan sehingga kiamat kerana percaya menukar kerajaan atau memburukkan pimpinan sedia ada adalah dosa besar.
“Kenyataan Abdul Rahman tidak ubah seperti kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria sebelum ini yang menyifatkan peserta demonstrasi sempena tahun baru sebagai golongan “bughah” dan darahnya halal dibunuh.
“Tidak dapat dipastikan apakah tujuan dua mufti ini mengeluarkan kenyataan separuh masak seumpama itu, tetapi yang jelasnya ia menambahkan lagi kekeliruan masyarakat dan umat Islam,” tulisnya di blog.
Pada 2 Mei lalu, Abdul Rahman berkata, umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan GST tetapi perlu membantu kerajaan dalam menyokong usaha itu.
Katanya, Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan tetapi perlu mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat.

Dr Syed Husin: Hutang isi rumah M’sia RM754 bilion, tertinggi di Asia

Syed Husin
KUALA LUMPUR 6 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam mendedahkan, jumlah hutang seisi rumah di Malaysia berjumlah RM754.6 bilion, iaitu 80.5 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
“Pada penghujng 2012, jumlah hutang seisi rumah ialah RM754.6 bilion, iaitu 80.5 peratus daripada KDNK dan tertinggi di Asia,” kata Dr Syed Husin di Dewan Negara, semalam.
“Anak-anak muda yang baru keluar universiti dan bekerja sering terbeban dengan hutang yang banyak.
“Hutang pelajaran, hutang beli kereta, mungkin hutang beli rumah dan juga agaknya hutang hendak berkahwin,” kata Dr Syed Husin.
Tambahnya, jumlah hutang isi rumah yang dicatatkan menggambarkan bahawa setiap keluarga di negara ini menanggung beban pinjaman yang tinggi, termasuk golongan yang berpendapatan rendah.
“Mereka yang berpendapatan rendah juga dikenakan cukai GST. Kadar pendapatan lambat meningkat, sebaliknya harga barangan keperluan naik dengan cepat,” kata Dr Syed Husin yang menolak usul meluluskan RUU GST di Dewan Negara semalam.

GST: 78% rakyat M’sia pendapatan kurang RM3 ribu, majoriti Melayu

KUALA LUMPUR 6 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan, kira-kira 78.6 peratus dari pada penduduk negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan majoritinya terdiri dari orang Melayu dan bumiputera.
Bantah_GST_Justeru kata Dr Syed dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam, cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang kerajaan untuk dilaksana berkuatkuasa 1 Mei 2015 adalah tidak masuk akal.
“Selain itu 38 peratus daripada pekerja berpendapatan kurang daripada RM860 sebulan. (Gaji) ini dibawah paras garis kemiskinan.
“Sekali lagi, majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera. GST tidak patut dilaksanakan manakala kadar pendapatan masih rendah,” kata Dr Syed Husin dalam perbahasan di Dewan Negara semalam.
Tambah Dr Syed, tindakan kerajaan meluluskan RUU GST dilihat membiarkan golongan berpendapatan rendah ditekan, berikutan kenaikan kos harga barang dan kepeluan.
Dr Syed Hesin berkata, GST tidak wajar dikenakan dalam keadaan masih meluas berlakunya rasuah atau ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.
“Ketirisan teruk berlaku di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit.

Cukai pintu naik sampai 1,000%: 40 NGO kemuka bantahan bertulis kepada MBKT


Jawatankuasa Bertindak Isu Kenaikan Cukai Pintu Terengganu yang dianggotai 40 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan bantahan bertulis kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhubung kadar baharu cukai pintu yang akan berkuatkuasa 1 Jan 2015.
Pengerusinya, Ahmad Amzad Hashim berkata bantahan itu dikemukakan kerana kadar cukai pintu yang ditaksirkan dalam notis semakan senarai nilaian MBKT itu terlalu tinggi.
"Sebahagian daripada premis kediaman ada yang mengalami kenaikan 100%, 200% dan 600%, malah ada kenaikan sehingga 1,000% di mana sebelum ini nilai cukai pintu hanya RM120 dan dinaikkan sehingga RM1,200.
"Terdapat juga kes, terutamanya rumah di kawasan kampung yang sebelum ini tidak pernah dikenakan cukai pintu menerima notis membayar cukai berkenaan mulai tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantahan bertulis itu kepada Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Datuk Bandar MBKT,Mohamad Muda yang mewakili Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang pada jam 10 pagi tadi.
Ahmad Amzad berkata, jawatankuasa berharap MBKT dapat membatalkan kenaikan kadar cukai pintu ini demi kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan meneliti dan membuat tindakan susulan berhubung bantahan yang diterima daripada rakyat.
"Datuk Bandar Kuala Terengganu sendiri sudah memberitahu semua Ahli Majlis MBKT untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai tempoh bantahan secara bertulis ini yang perlu dikemukakan kepada MBKT sebelum 2 Jun," katanya.

Sanjeevan selar kelewatan polis ambil tindakan

Agenda Awani: MH370 - Pencarian masuki fasa baru

Analisis Awani: Kesedaran rasuah di kalangan masyarakat

Hudud: Bukan mudah jatuhkan hukuman - TGHA

Nurul Izzah: Pelancaran Buku - Tsunami Cina, Retorik Atau Realiti?

Hishamuddin Rais: Kita Telah Berani Melawan Takut, That's Our Victory

Hishamuddin Rais: Saya Cukup Gembira Jikalau Anwar Ibrahim Dipenjarakan Sekali Lagi

Hishamuddin Rais: Jangan Kita Memberikan Ilusi Ada Kemungkinan Untuk Melakukan Perubahan

Rakyat tak peduli bentang tapi berapa banyak hutang..!!

 
Katakanlah benar bahawa semasa DSAI menjadi Menteri Kewangan selama 7 tahun sebanyak 24 kali beliau membuat pembentangan bajet tambahan dan Najib Razak pula menjadi Menteri Kewangan semenjak 3 tahun baru 8 kali... Itu angka pembentangan bajet tambahan.

Tetapi rakyat mau tahu sebanyak 24 kali DSAI bentangkan bajet tambahan berapa hutang negara dan Najib Razak baru 3 tahun jadi Menteri Kewangan berapa pula hutang negara beliau lakukan? ... Itu perkara asas yang mustahak rakyat nak tahu.

Itu macai Umno lupa masuk untuk tahun 2013 dan 2014 berapa kali lagi?

Jadi tidak perlulah macai-macai Umno cuba nak buat putaran fakta semata-mata nak pertahankan pemimpin yang rakus dan gelojoh serta tidak tahu mengurus ekonomi secara bijaksana.

LFL: Dakwa Nik kali kedua bawah PAA langgar perlembagaan

LFLPETALING JAYA 6 MEI: Tindakan kerajaan menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi undang-undang dan mendakwa semula Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) melanggar Perlembagaan Malaysia.
“Ada dua perkara yang salah. Pertama, Nik Nazmi dituduh pada kesalahan yang sudah tidak wujud.
“Kedua, beliau ditahan untuk kali kedua yang sama sekali melanggar perlembagaan.
“Lagi mengeruhkan keadaan apabila Mahkamah Rayuan sebelum ini membatalkan seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman terhadap Nik Nazmi, kemudian dia ditahan semula pada kesalahan yang sama,” kata Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty (LFL), Eric Paulsen.
Tegas Eric, pendakwaan semula keatas Nik Nazmi berniat jahat dan tidak menghormati Perlembagaan Malaysia seperti terkandung dalam Artikel 10 yang melindungi hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
“Ini satu tindakan yang berniat jahat dan salah guna kuasa yang jelas oleh kerajaan terhadap masyarakat sivil dan golongan pembangkang,” kata Eric.
Semalam, Peguam Negara mengarahkan Nik Nazmi didakwa semula di bawah PAA hari ini dengan kesalahan yang sama meskipun sebelum ini kesalahan tersebut dibatalkan di bawah Seksyen 9(5) kerana tidak berperlembagaan.

Nik Nazmi didakwa semula di bawah PAA petang ini

Nik Nazmi
PETALING JAYA 6 MEI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan didakwa semula di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya jam 2 petang ini.
Semalam, Peguam Negara mengarahkan Nik didakwa semula di bawah PAA walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 25 April lalu membebaskannya Nazmi itu dengan mengisytiharkan hukuman bawah Seksyen 9(5) akta tersebut tidak berperlembagaan.
black505_Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa pendakwaan semula ke atas Nik di bawah PAA adalah ‘hadiah’ kerajaan kepada rakyat Malaysia pada ulangtahun pertama 505 (himpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke014).
“Nampaknya kerajaan tetap mahu memangsakan rakyat yang berani bersuara menentang ketidakadilan,” tegas kenyataan Bersih.

Kes Tembak: Setahun berlalu, IO pun belum tahu - Sanjeevan


Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.

"Malah saya sehingga kini tidak tahu siapa pegawai penyiasat saya. Saya ditembak di Jempol tetapi pegawai penyiasat dari Seremban.

"Tak ada tindakan susulan, saya harap ada tindakan lanjut dari polis," kata beliau dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.

"Peluru ini sama jenis dengan yang telah tembak saya tahun lalu," kata beliau lagi.

Amaran Umno kepada Gerakan: Jangan menghina hudud

Komen yang melampau mengenai hudud mungkin menimbulkan kemarahan kalangan umat Islam

Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  (gambar) mengingatkan pimpinan parti kompenen Barisan Nasional (BN) agar tidak berlebihan dalam mengulas isu mengenai hudud.
Beliau mengulas secara spesifik berkenaan kenyataan dan komen yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yang merupakan satu contoh yang boleh dianggap sebagai menghina hudud dan agama Islam itu sendiri.
“Tan Lian Hoe dan mana-mana pimpinan komponen BN mesti sedar, komen yang melampau mengenai hudud mungkin sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam secara keseluruhannya,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.
Tambah beliau, komen kononnya hudud akan membela perogol sebagai contoh, adalah satu ulasan yang sangat kasar dan tidak berasaskan kepada fakta yang sebenar.
Ujarnya lagi, hudud mestilah dilihat secara keseluruhan dan bukan melalui perspektif hukuman semata-mata seperti yang diberikan ulasan oleh Tan Lian Hoe.
“Oleh yang demikian, perlu ada sikap yang lebih berhati-hati di dalam membuat sebarang komen dan kenyataan mengenai hudud. Percakapan, ulasan dan komen yang tidak berlapik, bersifat semberono dan singkat ilmu akan hanya menyebabkan usaha diskusi terhadap hudud gagal diperkukuh dalam masyarakat,” katanya.

Akta Hasutan: Dakwaan bermotif politik untuk lemahkan Pakatan, kata Teresa Kok


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bercakap kepada media di bangunan mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa atas kesalahan menghasut, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 6 Mei, 2014.Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bercakap kepada media di bangunan mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa atas kesalahan menghasut, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 6 Mei, 2014.Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa tindakan mendakwa beliau di mahkamah mengikut Akta Hasutan, hari ini bermotif politik dan bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat melalui mahkamah.
Beliau berkata, dirinya adalah mangsa seterusnya selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendiang Karpal Singh, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su yang semuanya didakwa sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Semua yang menonton video saya akan tahu ia hanya satira politik di mana isu dan lawak yang dibuat berdasarkan topik yang selalu dibincangkan oleh rakyat biasa," katanya.
Kok berkata, sesiapa yang merasakan diri mereka difitnah oleh video itu sepatutnya menyaman beliau, namun sehingga sekarang tidak ada mana-mana pihak yang berbuat demikian.
Kok berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat janji palsu untuk memansuhkan Akta Hasutan, yang disifatkan sudah ketinggalan zaman dan sepatutnya dibuang ke tong sampah.
"Mendakwa saya kerana satu satira politik bukan saja menunjukkan bagaimana palsu dan tidak jujurnya perdana menteri yang berjanji mahu memansuhkan Akta Hasutan, ia juga menunjukkan politik buruk yang melanda negara ini sejak pilihan raya umum lalu," katanya.

Hudud in M'sia - debating issues on implementation (Part 1)

Kumpulan bersenjata culik lagi warga China di Sabah

Hina Islam: Kassim Ahmad cabar keabsahan pertuduhan

Mahathir: BN tak akan berpecah kerana hudud

Mahathir syor tiada wakil PAS, Umno dalam j/k teknikal hudud

Tangani segera kekeliruan hudud kata Sultan Brunei


Sultan Hassanal Bolkiah 
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengarahkan pihak berkuasa bertindak segera menangani kekeliruan dalam  Kod Panel Syariah 2013.

Gesaan itu disuarakan ketika baginda mempengerusikan mesyuarat dengan Majlis Agama Islam Brunei, semalam.

Dalam titah ucapan, baginda turut melahirkan kebimbangan mengenai kekeliruan orang ramai dan sebaran maklumat yang salah mengenai perkara berkaitan dengan penguatkuasaan kod baharu tersebut.

“Kita perlu bertindak cepat. Segala yang salah perlu diperbetulkan. Terdapat banyak cara untuk memberi penjelasan, memperbetulkan persepsi dan maklumat mengenai undang-undang ini,” katanya.

Menurut baginda, media cetak dan elektronik juga perlu memberi pencerahan dengan menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat tepat mengenai Kod Panel Syariah.

“Jika orang keliru, ia boleh menyebabkan pelbagai tindak balas seperti marah, rasa tidak puas hati  atau takut serta benci,” titahnya lagi.
Brunei muncul sebagai negara Asia pertama memperkenalkan Kod Panel Syariah, sekali gus melaksanakan hudud.

Kelmarin, Kementerian Hal Ehwal Agama memberitahu, sebuah jawatankuasa penguatkuasaan terdiri daripada 32 pegawai dibentuk untuk memberi lebih banyak taklimat secara konsisten mengenai undang-undang itu.

Penerangan mengenai hukuman itu turut disampaikan kepada ketua agama lain bagi memberi pemahaman yang betul.

Hudud PAS: Apa lagi Najib mahu?

 
Setelah berkempen lebih tiga dekad, dan mula meraih saki-baki kuasa di beberapa negeri, PAS sebagai parti fundamentalis sejak 1982 berjaya menekan Umno untuk menerima jawapannya itu.

Jadi, dalam minda pemimpin-pemimpin Umno, berpusing-pusing pertanyaan PAS: Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak?

Sebagai parti pragmatis, separuh sekular dan separuh modernis, Umno menyatakan sikapnya dengan jelas melalui (a) jawapan Najib Abdul Razak dan (b) penubuhan jawatankuasa teknikal bersama antara Putrajaya dengan Kota Bharu.

Presiden Umno tidak berani mengatakan hudud tidak relevan atau bukan sebahagian kepercayaan agama.

Najib tidak mampu mengungkap alasan teknikal, hujah agamawan semasa atau konteks zaman seumpama Anwar Ibrahim (dalam Umno) menangguhkan hudud.

Sebaliknya, perdana menteri ingin melihat sama ada konsep dan agenda hudud PAS itu "serasi dengan kehendak Islam" atau tidak. Sama ada mereka faham atau tidak, Islam tetap diimani tetapi agenda agama PAS harus pula diragui.

Mereka tidak lagi in toto menolak hudud seperti disebutkan dalam al-Quran tetapi mengambil sikap lunak, berjinak-jinak mengajak PAS berbincang tentang enakmen hudud Kelantan dan draf rang undang-undang persendirian parti Islam.

Mudah disergah PAS

Tidak seperti penentangan awal Umno, waktu itu diterajui Dr Mahathir Mohamad, terhadap fundamentalisme PAS pada 1980-an, Najib tiada tiang intelektual atau benteng moral untuk menentangnya secara berdepan.

Sejak kejayaan Islamisasi mulai 1970-an, intelektual agama dalam Umno dan birokrat Islam dalam kerajaan sudah hilang tenaga batinnya untuk tegak berdepan menentang agenda hudud PAS.

Parti Islam berjaya menghududkan legitimasi Umno sehingga parti Melayu itu tiada pilihan lain kecuali meyakini jawapan PAS: Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak?

Seperti Islamis berjaya menukar PAS yang nasionalis kepada PAS yang fundamentalis sewaktu arus fundamentalisme menjadi "game changer" politik negara.

Hari ini, Najib terbiar sendirian menangkis serangan agenda PAS.

Tidak seperti Anwar atau Abdullah Ahmad Badawi, presiden Umno kini tiada sebarang legitimasi agama -- sama ada pada bibirnya, batang tubuhnya atau pakaiannya -- untuk berhujah isu hudud.

Dalam keadaan seperti ini, Najib lebih mudah disergah PAS dalam agenda hudud berbanding Anwar, Abdullah atau Mahathir.

Anda beriman atau tidak?

Celupar hina wanita bertudung: Bubar sahaja ulama muda Umno


KUALA LUMPUR: Kenyataan menyamakan wanita bertudung yang menyertai Himpunan Bantah 501, di Dataran Merdeka, Khamis lalu lalu sebagai pelacur adalah biadab, menghina dan hilang akal, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha Ulama Muda Umno itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang waras apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu hanya menyuarakan penentangan mereka terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina wanita Islam yang bertudung labuh.
"Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama yang digunakan oleh mereka," ujar Nasaie.
Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari Naib Ketua Pemuda Umno,  Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.
Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno, namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada organisasi tersebut.