Ahad, 4 Mei 2014

Kempen di Facebook sokong, bantah hudud

Kempen di Facebook sokong, bantah hudud
SHAH ALAM – Apabila soal pelaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan, wujud beberapa pihak yang menjalankan kempen di laman sosial Facebook bagi menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap perkara ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati terdapat beberapa page di Facebook yang menyatakan sokongan terhadap hudud mendapat jumlah ‘likes’ paling tinggi setakat jam 8 malam.

Page 1,000,000 Rakyat Menyokong Hudud Dilaksanakan Di Malaysia mendapat 36,863 ‘likes' manakala Saya Sokong Hudud mendapat 26,908 ‘likes’.

Bagi page 100,000 Sokong Hukum Hudud (Hukum ALLAH) Ganti ISA mendapat 22,426 ‘likes’ dan Malaysia Sokong Pelaksanaan Hudud dengan 16,290 ‘likes’.

Sementara satu ‘page’ membantah hudud pula dengan nama Save Malaysia No Hudud yang dilancarkan parti Gerakan sejak semalam mendapat 712 ‘likes’ setakat ini.

Manakala satu lagi page Kami Bantah Hudud di Malaysia mendapat 214 ‘likes’.

Dalam perkembangan lain, Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.

Wanita MCA lancar kempen tolak hudud

Wanita MCA lancar kempen tolak hudud  
Seai Kei (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Wanita MCA Perak, hari ini.
IPOH – Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.

“Ia selaras dengan penubuhan negara sejak kemerdekaan yang mengutamakan konsep intergrasi perkauman dan bukan asimilasi. Perpaduan harus diutamakan demi keharmonian terutama negara kita yang mempunyai bangsa yang majmuk.

“Wanita MCA bertekad untuk memelihara masyarakat negara yang bersepadu dan aman damai demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA di sini, hari ini.

Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong kempen terbabit terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan kesatuan wanita.

Hudud: Politik siapa lebih jantan?

Liew Chin Tong


Parti-parti pembangkang akan kekal sebagai pembangkang jikalau tidak keluar dari kerangka di mana PAS mewakili dan bersuara hanya untuk umat Islam dan DAP mewakili dan bersuara khususnya untuk bukan Islam.
Kerangka ini membuka peluang kepada Barisan Nasional dan media massa arus perdana untuk memainkan politik "siapa lebih jantan".
Dalam mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat pada Selasa, 29 April yang dihadiri Menteri Besar Negeri Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil Kelantan buat pertama kali, saya mengimbas balik pertemuan saya dengan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali di Canberra, Australia pada hari 11 September 2001, kebetulan hari yang diingati sedunia sebagai titik hitam sejarah – "911".
Selepas berkempen dalam pilihan raya 1999 untuk kawan saya, kini penceramah popular dengan gelaran "Superman", Dr Hew Kuan Yau yang tewas dalam pilihan raya tersebut, saya dilantik sebagai setiausaha politik untuk Teresa Kok yang baru menang sebagai ahli Parlimen kawasan Seputeh.
Lim Kit Siang kalah di Bukit Bendera dan Karpal Singh kalah di Jelutong dalam pilihan raya pada 29 November 1999 lantaran permainan sentimen Islamfobia terhadap PAS, ditambah dengan penampilan imej rusuhan perkauman Mei 1998 di Indonesia oleh media massa kawalan Barisan Nasional (BN).
Isu negara Islam, hudud, PAS dan rusuhan berunsurkan perkauman di Indonesia dijadikan bahan kempen untuk mengalahkan DAP di kawasan pengundi bukan Melayu.
Wanita MCA berkempen dengan "politik bakul sayur" di kalangan makcik dengan mesej ringkas: Adakah makcik bersedia untuk kemungkinan berlakunya rusuhan sebagaimana kejadian 13 Mei dan rusuhan di Indonesia? Malah, PAS terus diberi gelaran "parti potong tangan".
Pengundi bukan Melayu mengundi BN kerana ketakutan manakala pengundi Melayu mengundi PAS beramai-ramai lantaran kemarahan terhadap penganiayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kit Siang dan Karpal kalah di peringkat Parlimen buat pertama kali sejak mengambil tempat di Parlimen pada 1969 (Kit Siang) dan 1978 (Karpal), sementara PAS menang 27 kerusi Parlimen, rekod terbaik dalam sejarah PAS ketika itu.

Hudud: UMNO Kelantan Lebih Sudu dari Kuah?

Pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa UMNO Kelantan telah mengadakan sesi penerangan dan penjelasan terperincin kepada sebahagian 240 ribu orang ahli UMNO negeri tersebut menegnai hukum hudud yang bakal dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan sangat mengelirukan.
Menurut Utusan Onlien, beliau berkata, sesi penerangan itu dibuat memandangkan masih ramai yang tidak faham tentang hukum hudud yang bakal dilaksanakan.
“Dalam hal ini, UMNO Kelantan mendahului pihak lain dalam usaha memberi penerangan tentang hukum itu di Kelantan.
“Saya dapati ada dalam kalangan rakyat yang kurang memahami tentang hukum hudud dan ini adalah peringkat pertama kita laksanakan supaya mereka lebih mengetahui dengan terperinci.
“Saya yakin keseluruhan anggota UMNO akan memahaminya secara mendalam dalam tempoh terdekat memandangkan sambutan hangat dalam majlis-majlis yang dianjurkan di peringkat bahagian,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Tindakan UMNO Kelantan ini sangat mengelirukan kerana mereka belum melihat draf Undang-undang Jenayah Islam (Hudud) yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen nanti. Jika mereka sendiri belum melihat, bagaimana mereka boleh menerangkan mengenai hudud yang didraf oleh Pas ini?

Hudud: Sejarah dan kemahuan demokratik Muslim Kelantan (Bahagian 2)

Ruhan


Sinkretisme ini wajar sahaja kerana tanpa modifikasi, adaptasi dan akulturasi dengan budaya lokal, sukar bagi agama yang baru sampai itu untuk bertapak di bumi barunya.
Begitu jugalah dengan “Islam” yang terkandung di dalam Undang-undang Melaka ini turut disadur dengan unsur-unsur yang berbentuk sinkretik.
Dari apa yang saya belajar, antara sumber-sumber yang menjadi rujukan kepada pembuatan undang-undang Islam ialah urf atau adat/kebiasaan/budaya lokal.
Urf merupakan salah satu sumber yang diperbolehkan untuk dipertimbangkan di dalam pembuatan undang-undang di dalam Islam.
Jadi bagi saya wajar sahaja Undang-undang Melaka ini punya unsur-unsur saduran yang bersifat sinkretik kerana Melaka bukanlah negara Timur Tengah yang berbudaya Arab.
Apa pun di sebalik unsur-unsur sinkretiknya itu, teks Undang-undang Melaka ini jelas membuktikan bahawa kehadiran “undang-undang Islam” di dalam tubuh “keRAJAan” sudah pun wujud sejak lebih daripada 500 tahun dahulu lagi (Undang-Undang Melaka ini dipercayai diperbuat di sekitar tahun 1420an).
Manifestasi “undang-undang Islam” yang di dalamnya turut terkandung undang-undang “hudud” ini dapat dilihat daripada istilah, terma, konsep, jenis kesalahan dan hukuman yang digunakan yang jelas dipengaruhi oleh agama Islam. “Hudud” di dalam Undang-undang Melaka ini juga bersifat sinkretik.
Dari pembacaan saya fenomena ketercantuman agama ke dalam tubuh “keRAJAan” ini bukan sahaja berlaku di pra-kolonial Semenanjung Malaysia semata-mata tetapi juga di hampir seluruh kerajaan-kerajaan tradisional di Kepulauan Melayu ini termasuk juga di tanah besar Asia Tenggara seperti Thailand, Burma, Laos dan Cambodia, di mana agama Buddha menjadi sebahagian daripada tubuh “keRAJAan-keRAJAan” tradisional mereka.
Oleh kerana itu bila kita membincangkan persoalan hubungan antara agama dengan negara atau kerajaan (government) khususnya di Malaysia dan Asia Tenggara amnya, saya fikir kita perlu mengambil kira faktor sejarah rantau ini yang secara historisnya agama dan “keRAJAan” saling terikat di dalam satu simpulan yang kuat yang tidak terputus berbeza dengan sejarah agama di Eropah.
Melihat dari sisi ini, trajektori sejarah Eropah menunjukkan terdapatnya “historical rupture” atau keretakan sejarah antara agama dan negara (state) apabila berlakunya gerakan pemberontakan yang menuntut pemisahan antara agama dan negara.
Agama yang bersekongkol dengan pemerintahan beraja di Eropah ketika itu menjadi alat penindasan terhadap rakyat terbanyak sehingga menimbulkan perlawanan dan pemberontakan terhadap kedua-dua institusi tersebut.

Mengapa BN pimpinan Umno semakin membusuk…

Oleh Ng Kee Seng
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, rakyat tertanya-tanya samada Pakatan Rakyat mampu melakukan kejutan sebagaimana Tsunami yang melanda pada 2008.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengetuai jentera Selangor bagi mengembalikan kuasanya di negeri termaju itu. Ramai berpendapat Selangor bakal jatuh ke tangan Barisan.
Bagaimanapun, keputusan PRU13 menyaksikan Pakatan kembali memerintah Selangor bagi penggal kedua.Ia menang dengan majoriti dua pertiga, menyapu 44 kerusi daripada 56 yang ditandinginya dan menyaksikan peningkatan dari segi jumlah undi.
Di peringkat persekutuan, buat kali pertama di dalam sejarah, Barisan Nasional kecundang dari segi undi popular kepada Pakatan Rakyat. Pengundi Malaysia memberi pakatan 52 peratus sokongan.
Segala macam hujah diberi bagi menjelaskan bahawa pakatan semakin popular sementara masa depan BN semakin kabur. Keputusan PRU13 dibuat perbandingan dengan PRU12.
Tidak perlu kita menghasilkan tesis tentang merudumnya pengaruh politik Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia hari ini berpengetahuan luas, mendapat pendidikan dan semakin cerdik. Mereka tahu segala retorik yang dilontar pemimpin Barisan. Mereka tidak mudah dimanipulasi dengan agenda ‘tiada tindakan, cakap sahaja berdegar-degar’ yang menjadi senjata BN.
Mereka boleh lihat sendiri bertapa janji yang dibuat BN tidak ditepati sementara kata-kata tidak juga diiringi tindakan.
Ahli politik memang sudah dicap pandai bermain kata, sambil memberi janji-janji kosong buat memenangi pilihanraya.
Bahkan politik wang yang menyaksikan jutaan ringgit ditaburkan ketika musim pilihanraya tidak lagi memberi jaminan kemenangan bagi BN. Di P.Pinang perkara ini dibuktikan.
Rakyat semakin pandai – mereka tahu wang ringgit serta habuan yang diagihkan tidak datang daripada poket pemimpin BN sendiri. Ianya wang rakyat juga.
Kini, apa yang diperhatikan rakyat ialah kejujuran serta kualiti pentadbiran kerajaan. Selepas tamatnya tempoh lima tahun pemerintahan, pengundi akan melaksanakan tanggungjawab memilih kerajaan yang mereka hajati.

Perlembagaan (dan undang-undang) Tuhan lebih tinggi dari perlembagaan negara

Isu hudud semakin panas dan DAP merupakan parti yang paling rasa kepanasannya. Yang terakhir Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan keras kepada PAS dan mengingatkan PAS samada parti itu patut yakin dengan janji-janji UMNO dalam hal hudud ini. LGE bertegas untuk menentang hukum hudud ini dilaksanakan di Kelantan dan beliau mengingatkan PAS yang parti itu telah mengecewakan penyokong bukan Islamnya dan tidak berterima kasih diatas sokongan bukan Islam dalam PRU yang lalu yang membolehkan PAS mendapat kerusi yang banyak dalam pilihanraya yang lalu.
Hanya yang belum di sebut oleh LGE ialah supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sahaja. Jika saya anggap saya sebagai ahli PAS, saya tidak menerima kenyataan LGE yang PAS telah mendapat kelebihan kerusi dalam pilihanraya yang lalu kerana sokongan DAP dan kaum bukan Islam, ia merupakan satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Sesungguhnya dalam pilihanraya yang lalu PAS telah menjadi korban DAP dan Parti itu mendapat satu kerusi kurang dari pilihanraya 2008 yang lalu.
Yang mendapat kelebihan kerusi yang banyak ialah DAP, dari 28 kepada 38 hasil dari PAS yang membawa orang Melayu dan Islam berpusu-pusu menyokong parti itu sehinggakan DAP mengambil kesempatan dengan menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai pembawa poster dan banting sahaja dalam pilihanraya yang lepas.
Jika DAP berterusan mengkritik PAS sebegini ia terlupa yang parti itu telah memungkiri janji untuk menghormati perjuangan politik dan agama lain seperti yang disebutnya semasa berbahas dengan Dr Chua Soi Lek suatu ketika sebelum PRU yang lalu.
PAS sekarang sedang menerima gamitan dari mereka yang tidak suka dengan hukum Islam dan gamitan dari pihak yang berkehendakkan Islam itu di masyurkan dan di tingkatan penerimaannya terhadap umat manusia yang beragama Islam terutamanya. PAS boleh memilih untuk meninggalkan perjuangan Islamnya dan bersekutu dengan pihak yang semuanya tidak betul dengan Islam ini.

Penumpang terkandas, kelam kabut di LCCT... 'Kami juga bayar cukai'


Dianggarkan seramai 1,000 orang penumpang terkandas Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini dalam suasana “kelam kabut” kerana hanya beberapa kaunter imigresen dibuka.

Penumpang yang dihubungi Malaysiakini juga berkata, tiada anggota ditugaskan untuk mengawal barisan penumpang.

“Saya beratur selama 45 minit dan ada seribu orang di hadapan saya.

“Tiada penyaman udara dan ada yang pengsan,” katanya yang enggan dinamakan.

“Saya tidak tahu jika bantuan perubatan diberikan kerana saya tersepit di tengah-tengah orang ramai ini.”

Seorang lagi penumpang, yang juga enggan namanya disebut berkata beliau terperangkap selama kira-kira sejam dan hanya melepasi kaunter imigresen selepas lebih banyak kaunter dibuka.

“Hanya ada satu atau dua kaunter dibuka untuk warga Malaysia tetapi lebih dari 1,000 orang sudah sampai. Tiada barisan atau polis bantuan yang membantu.

“Seorang VIP dibenarkan untuk melepasi sekatan dengan keluarganya, menyebabkan orang ramai berteriak. Mereka menjerit, 'Kami juga bayar cukai'.

“Ini salah Malaysia Airports. Kami bayar cukai lapangan terbang supaya mereka boleh sediakan perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, tiada papan tanda disediakan menyebabkan orang ramai menuju ke kaunter yang salah selepas beratur panjang.

Hudud: Sejarah dan kemahuan demokratik Muslim Kelantan (Bahagian 1)

Ruhan


Apakah pelaksanaan hudud itu bisa adil dalam masyarakat yang majmuk dan rencam seperti Malaysia?
Bagaimana pula dengan kemahuan masyarakat Muslim sendiri yang menuntut pelaksanaan hudud? Apakah kemahuan mereka adil ditolak atas nama ketidaksesuaian hudud di dalam mencapai keadilan sosial masyarakat majmuk?
Atau diterima atas nama Tuhan yang diinterpretasikan oleh mereka yang punyai hak autoriti agama sebagai suatu kewajipan untuk setiap Muslim menerima hudud?
Ini adalah antara perkara yang berlegar-legar dalam fikiran saya selepas usai diskusi anjuran MIG (Malaysian Interest Group, Australian National University) tentang “Islam di Malaysia” yang dibicarakan oleh Dr Harith Roslizar, Presiden Ikram Australia.
Dalam masa yang agak singkat, Dr Harith sebagai nara sumbernya menyampaikan topik diskusi yang besar dan rumit itu dengan cukup baik sekali. Pembicaraan Dr Harith ini kemudiannya diikuti sesi soal jawab dan perbincangan.
Kesinambungan daripada diskusi bersama Dr Harith ini dan serta soalan kritis daripada salah seorang anggota aktif MIG Sum Dek Joe, mencetuskan pertanyaan, persoalan dan bahasan fikiran di dalam diri saya.
Jadi saya fikir elok juga saya menuangkan buah fikiran saya dalam bentuk tulisan, khususnya daripada sisi sejarah dan wacana kemahuan demokratik masyarakat untuk kita fikir dan bahaskan.
Aspek sejarah ini lebih tertumpu kepada sejarah di Semenanjung. Ini bukanlah bermakna saya mengetepikan Sabah dan Sarawak, tetapi Sabah dan Sarawak trajektori sejarahnya agak berbeza daripada Semenanjung.
Walaupun ketiga-tiga entiti ini boleh ditelusuri asal-usulnya daripada politi Melayu yang diwakili sembilan keRAJAan-keRAJAan Melayu di Semenanjung dan keRAJAan Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak, namun sejarah kolonial dan juga demografinya jauh berbeza daripada Semenanjung.
Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia lebih disebabkan oleh faktor Perang Dingin, ketakutan Amerika dan blok kapitalis terhadap “Teori Domino” dan juga untuk mengimbangi komposisi demografi antara Melayu dan bukan Melayu.
Jadi daripada sudut sejarahnya, kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam sistem Persekutuan Malaysia adalah lebih disebabkan percaturan geopolitik antarabangsa dalam konteks Perang Dingin dan politik etnik daripada sejarah sepunya bersama Semenanjung.
Biar saya mulakan dengan pernyataan bahawa Islam sudah tersulam rapat di dalam struktur masyarakat Malaysia.

Anti GST: 'Jangan ancam penjawat awam' kata Pemuda Gerakan

Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu.

“Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi... Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Tan juga berkata Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan,” katanya.

Pemuda GERAKAN juga menggesa ketua setiausaha negara agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Ini bertentangan dengan prinsip asas BN,” katanya.

Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan.

Hudud: Pas yakin dapat sokongan

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yakin sekurang-kurangnya majoriti mudah akan diterima daripada ahli Parlimen Islam apabila rang undang-undang persendirian dibentangkan di Parlimen, tidak lama lagi.

Katanya, walaupun mendapat sokongan ahli Parlimen Umno, Pas Kelantan masih perlukan empat ahli Parlimen dari parti lain bagi memastikan rang undang-undang itu diluluskan Parlimen, sekali gus membolehkan Kelantan melaksanakan hudud awal Januari depan.

“Dalam PR masih ada (ahli Parlimen), itu Pas dan Umno sahaja, PR ada, kita lobi lah. Usaha nak laksanakan undang-undang ciptaan ALLAH, saya rasa (sokongan) bukan Islam pun dapat, insya-ALLAH.

“Memang cukup untuk dapat majoriti mudah (112 undi), kita masih perlukan empat, jadi empat tu dalam pakatan kita ada ahli Parlimen Islam, jadi kita harapkan ahli Parlimen Islam memberi sokongan penuh," katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Jambatan Kampung Pulau Kundur di sini, semalam.

ANTARA HUDUD DAN PAKATAN RAKYAT

Sebenarnya aku amat gentar untuk membicarakan isu yang amat sensitif ini. Banyak sebabnya. Pertama pernah dikatakan oleh orang tua-tua bahawa,’ jikalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga’. Sememangnya ‘kail’ aku tak cukup sejengkal pun. Namun demikian biarlah aku memberanikan diri untuk membicarakan hal yang berkaitan dengan Hudud dan tidak akan membicarakan mengenai hukum Hudud ‘per se’ (Latin). Maknanya aku tidak akan membicarakan hukum Hudud dengan cara yang tersendiri –by itself (kata orang putih). Ramai para ulama diluar sana yang akan membicarakannya. Serahkan saja kepada mereka.
Yang memberanikan aku untuk sama-sama membincangkan isu ini adalah berpunca daripada dua tiga pendapat daripada beberapa orang tokoh yang seakan-akan sama dengan apa yang aku fikirkan. Dengan demikian aku akan menumpang ‘sekaki’ pandangan mereka itu dan dengan izin aku akan sesuai dan lanjutkan perbincangan berasaskan pandangan mereka.
Free Malaysia Today bertarikh 2 Mei 2014 ada memetik kenyataan USM associate professor in Islamic studies Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan bahawa,PAS should be pursuing social justice instead of hudud to achieve their dream in forming an Islamic state’. Lantas beliau membandingkan zaman ini dengan zaman Rasullallah.’ “Our present society is consumer-based and there are untouchables who are beyond the law….During the Prophet’s time, there was no reason for theft. All were even. The rulers had no interest taking a cut from the state’s treasury…….it is a just society where everyone is treated equally where there is no reason to commit sins such as adultery and theft,”
Hujah ini pasti akan dipertikaikan. Dan tugas aku bukan untuk berdebat tentang isu ini. Awal-awal lagi sudah aku katakan bahawa aku tidak akan berdebat tetang isu ini kerana ‘kail aku yang panjang sejengkal’. Namun aku merasakan ada kebenarannya. Dan untuk mencari jalan penyelesaiannya, maka aku merasakan bahawa perlulah dipertimbang dan diperhalusi dengan sehalus-halusnya sebelum dikemukakan untuk dipertimbangkan. Dan ini bukan perkara kecil. Memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia bukan kerja senang.
Hukum Hudud adalah undang-undang Islam yang telah terbukti keberkesanannya. Dan pernah diuji dan dilaksanakan. Berkesan. Namun untuk memberikan penjelasan tentang keberkesanannya itu memerlukan kepakaran. Jangankan untuk menjelaskan kepada yang bukan Islam, untuk memberi kefahaman kepada orang Islam pun begitu sukar. Ramai yang hanya tahu menyebut perkataan ‘Hukum Hudud’ yang sering dikaitkan dengan ‘hukum kerat tangan’. Bukan sahaja yang bukan Islam berkata begitu, ramai juga orang Islam yang beranggapan sedemikian. Dan tugas besar yang berada dihadapan kita ialah bagaimana untuk menjelaskan perkara berkenaan supaya rakyat Malaysia betul-betul memahaminya.

A year after GE13, DAP warns of disillusionment with Najib, and break-up of Pakatan


Lim Kit Siang (right), seen here with (from left) PAS deputy president Mohamad Sabu and opposition leader Anwar Ibrahim. Lim today spoke of not only Barisan Nasional's failed policies, but also of a possible break-up of Pakatan Rakyat over the hudud row. – The Malaysian Insider file pic, May 4, 2014. 
Lim Kit Siang (right), seen here with (from left) PAS deputy president Mohamad Sabu and opposition leader Anwar Ibrahim. Lim today spoke of not only Barisan Nasional's failed policies, but also of a possible break-up of Pakatan Rakyat over the hudud row. – The Malaysian Insider file pic, May 4, 2014.On the eve of the first anniversary of the 13th general election, Malaysians are disillusioned with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak over his failed policies, while Pakatan Rakyat faced the prospect of breaking up over the hudud issue, DAP’s Lim Kit Siang said.
The veteran DAP leader said the past one year had brought great disillusionment to those who hoped for political change in Malaysia where the rule of law, justice, good governance and democracy are upheld.
"In broadband speed, education, economic justice, the rule of law, respect for human rights and good governance, Malaysia is trailing behind more and more countries, which have hastened in the past one year.
"Even more worrying, nation-building or the creation of a united Malaysian nation out of the diverse races, religions and regions has never suffered such a serious blow as in the past year, despite the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's 1Malaysia policy and international campaign for a Global Movement of Moderates," the DAP parliamentary leader said in a statement today.

Gelombang Epal Hijau dekati orang ramai perjelas isu GST

Gelombang Epal Hijau dekati orang ramai KUALA LUMPUR – Ameerah Wilayah Persekutuan mendekati orang ramai melalui satu program hari ini di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur berkenaan beberapa isu termasuk bantahan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menafikan program itu rentetan daripada himpunan bantahan GST pada 1 Mei lalu, Pengarah programnya, Mahirah Abd Rashid menyifatkan kebetulan itu suatu kelebihan buat Ameerah.

Menurutnya, program hari ini sudah dirancang sejak dulu dengan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai isu-isu semasa.

“Program hari ini dianjurkan Ameerah Wilayah Persekutuan yang di bawah Muslimat Pas Wilayah Persekutuan. Ini merupakan program sulung bagi Ameerah.

“Sebenarnya kita memang merancang awal yang kita nak mewujudkan Gelombang Epal Hijau ini untuk menunjukkan wanita muda cakna isu semasa, cuma, Alhamdulillah ia kelebihan (kepada Ameerah) apabila ada himpunan pada 1 Mei itu untuk membantah GST,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketidakcekapan, kehilangan masa ganggu pencarian MH370, kata penulis


Kelemahan yang terdedah dalam laporan awal penerbangan Malaysia Airlines MH370 sangat membimbangkan dan menimbulkan persoalan berhubung kecekapan pusat operasi penerbangan itu, kata kapten Airbus A330 yang menulis buku tentang kemalangan Air France 447.
Dalam artikel beliau di CNN, Bill Palmer berkata laporan lima mukasurat itu menunjukkan Kementerian Pengangkutan Malaysia masih cuba melindungi segala maklumat yang diperolehi.
Beliau berkata perkara ini jelas dilihat apabila dibandingkan dengan laporan awal kemalangan lain seperti penerbangan Air France 447 yang begitu terperinci sekali.
"Apa yang kita dapat tahu daripada laporan ini adalah penerbangan itu memberitahu pengawal – yang sudah pun sedang mencari pesawat MH370 – bahawa keadaan itu normal, melambatkan pengetahuan bahawa pesawat itu sudah tersimpang beratus-ratus batu daripada jalan asalnya dan sebarang tindakan untuk mencarinya.
"Malah, masa yang berlalu tiga jam dan 52 minit antara pengawal di Ho Chi Minh, Vietnam melaporkan kepada pengawal trafik Kuala Lumpur, Malaysia bahawa pesawat MH370 belum menghubunginya, dan masa yang diambil untuk mengaktifkannya," kata Palmer, kapten Airbus 330 penerbangan besar dan penulis buku “Understanding Air France 447” yang menjelaskan butiran dan pengajaran hempasan pesawat itu.

Sokong GST? MB Selangor kata media salah tafsir

Anti GST: Khalid dan pimpinan PR di Dataran Merdeka Malam Tadi
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi hanya menyarankan agar pelaksanaannya ditangguhkan.

Beliau membuat penjelasan itu melalui satu kenyataan di Facebook bagi menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyokong cukai yang akan berkuatkuasa 1 April tahun depan.

“Kenyataan saya mengenai GST disalahtafsir oleh akhbar. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika gini-pekali (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.

"Pelaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan persekutuan menangani isu jurang pendapatan itu,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Dalam tulisannya di Facebook pada hari Jumaat, Khalid berkata beliau tidak bersetuju jika GST dikuatkuasa sebelum isu jurang pendapatan penduduk tidak ditangani terlebih dahulu.

“Pada hemat saya, belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat.

MB Selangor: Pengganti Khalid mesti lebih hebat dari Khalid

Pakatan Rakyat akan menghadapi cabaran untuk memilih Menteri Besar yang baru ekoran tanda aras yang tinggi ditinggalkan oleh Abdul Khalid.

rodziah ismailPETALING JAYA: Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail  (gambar) berkata dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu menjadi Menteri Besar Selangor dua penggal sahaja, pimpinan Pakatan Rakyat harus memikirkan siapa penganti Menteri Besar selepas ini.
Katanya, Pakatan Rakyat akan menghadapi cabaran untuk memilih Menteri Besar yang baru ekoran tanda aras yang tinggi ditinggalkan oleh Abdul Khalid.
“Pakatan harus bersiap sedia siapakah penganti Abdul Khalid. Siapa yang ganti beliau mestilah sama dengan Abdul Khalid atau lebih baik dari Abdul Khalid,” katanya.
“Ia kerana sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid meletakkan diri beliau ke satu tanda aras yang tinggi dalam prestasi memegang jawatan itu,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Abdul Khalid berkata keputusan untuk tidak memegang jawatan Menteri Besar selepas penggal ini dibuat atas kemahuan sendiri dan bukan desakan parti PKR atau Pakatan Rakyat.
Katanya, keputusan itu dibuat lebih awal dan mengambil kira cara pentadbiran kerajaan di negara maju yang kebiasaannya memegang dua penggal sahaja.
Beliau berkata langkah berundur membolehkan legasi kepimpinan di Selangor dipegang pemimpin lain untuk membawa negeri ini ke aras lebih tinggi.

Pemilihan PKR: Undian jawatan Ketua Wanita semakin sengit, hangat

pemilihan-2014SHAH ALAM 4 MEI: Pencabar bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dalam Pemilihan PKR 2014 berpendapat undian yang diperoleh dalam pusingan pertama minggu lalu membuktikan beliau seorang pencabar hebat bagi penyandang jawatan terbabit, Zuraida Kamaruddin.
Rodziah berkata daripada lima negeri yang membuang undi, empat negeri dari Semenanjung menunjukkan penerimaan kepimpinan beliau sebagai Ketua Wanita PKR.
“Bagaimanapun, di Sarawak saya kurang mendapat undi, tetapi empat negeri di Semenanjung boleh dikatakan menerima kepimpinan saya.
“Saya rasa jumlah itu cukup baik, walaupun saya ketinggalan sebanyak lebih 600 undi dari penyandangnya, namun saya rasa pusingan pertama ini cukup baik bagi saya.
“Jumlah undian setakat ini membuktikan kedua-dua pimpinan mempunyai indikasi yang baik dari segi persaingan,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini.
Rodziah berharap pada pusingan kedua itu nanti beliau akan beroleh keputusan yang lebih baik.

Hudud: BN mungkin pecah

Beliau fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mungkin pecah jika Umno menyokong hukum hudud di parlimen kelak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, beliau fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man“Sebaliknya DAP menolak atas dasar Perlembagaan tetapi tidak mencerca hudud. Kita akui ada perbezaan dalam PR kerana enakmen hudud wujud sebelum PR lagi tetapi kita saling hormat menghormati,” katanya
Oleh itu beliau yakin polemik perlaksanaan hudud di Kelantan tidak akan menyebabkan mana-mana parti dalam PR keluar dari gabungan itu.
Katanya, melalui mesyuarat Majlis Setiausaha PR tiga hari lalu, semua pemimpin bersepakat untuk bersama mengurus isu tersebut.
“Kita putuskan tidak akan berpecah. Dalam mesyuarat tiga hari lepas kita bersetuju untuk memperkukuhkan PR, perbezaan pendapat mesti diuruskan. Jadi tak timbul isu PAS, PKR dan DAP bersendirian.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, mengakui tindakan DAP dan PKR menolak hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi, tetapi mereka juga perlu menerima hakikat rakyat Kelantan memberi mandat sehingga lima pilihan raya kepada Pas dan mahu hudud dilaksanakan.
Beliau berkata, sokongan penuh ahli Parlimen Umno dan empat ahli Parlimen daripada komponen BN cukup untuk meluluskan rang undang-undang persendirian yang dibawa, tetapi  Pas masih perlukan sokongan PKR dan DAP.

Najib Razak dicabar buat tinjauan bebas dasar BN ke atas masyarakat Cina

UMNO BN 55Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar untuk melaksanakan tinjauan bebas di kalangan masyarakat Cina sama ada dasar yang ditetapkan oleh Barisan Nasionaln(BN) secara langsung membantu kejayaan masyarakat Cina.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata pengundi Cina secara bersepadu menolak BN pada 2008 dan pilihan raya umum (PRU) lepas membuktikan perasaan mereka terhadap BN.
“Najib sepatutnya lebih tahu, banyak masalah belum dapat diselesaikan sehingga kini dengan bilangan sekolah dan guru tidak mencukupi, isu yang sekian lama dibawa parti pembangkang.
“Malah sehingga kini, lembaga pengurusan sekolah terpaksa mengambil langkah lain mencari sumber kewangan membiayai guru sementara bagi menampung masalah yang ada,” katanya di status Facebook miliknya semalam.
Beliau berkata, masyarakat Cina di negara ini berjaya atas usaha gigih mereka yang mana kenyataan Najib itu menyimpang jauh daripada hakikat sebenar yang berlaku.
“Saya pasti hasil kajian akan menunjukkan majoriti tidak bersetuju dengan dakwaan itu,” katanya.
Sebelum ini, Najib dilaporkan mendakwa hasil dasar yang dilaksanakan Kerajaan BN banyak mempengaruhi kejayaan masyarakat Cina pada hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa Najib untuk tidak membezakan kumpulan bangsa dan etnik di Malaysia seperti mana laungan 1 Malaysianya sejak bergelar Perdana Menteri.

Civil war looming in Ukraine?

Food 'out of this world' - BBC News

Egypt adjourns journalist trial

GST 501

Najib: What is the alternative to GST?

GST: Gelombang Epal Hijau Dekati Orang Ramai

Penjawat awam perlu rasional dalam setiap tindakan, kata Cuepacs

Presiden Cuepacs Azih Muda hari ini meminta segelintir penjawat awam supaya lebih rasional dalam tindakan mereka agar ia tidak memberi kesan negatif kepada rakan mereka yang sangat komited menjalankan tugas.
Ini kerana apabila segelintir daripada mereka menyokong pembangkang, ia secara tidak langsung menafikan hak-hak penjawat awam yang menyokong usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
"Apa sahaja yang mereka tidak puas hati sepatutnya perlu guna saluran yang betul... melalui Cuepacs, kita akan ajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malah banyak tuntutan kita yang diambil berat oleh beliau.
"Malangnya, tindakan segelintir mereka ini lah yang memberi persepsi, gangguan dan budaya kekecewaan yang secara tidak langsung akan memberi imej negatif terhadap kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Terengganu yang disempurnakan Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari hari ini.

Hudud: Anjur forum dengan masyarakat bukan Islam kata veteran Umno

KOTA BHARU – Pas Kelantan perlu mengadakan satu forum khas untuk memberi penerangan khusus kepada masyarakat bukan Islam negeri ini tentang hukum hudud sebelum rang undang-undang tersebut dibawa ke parlimen dan diluluskan.

Veteran Umno, Datuk Hassan Harun berkata, ini kerana sehingga kini kerajaan Pas Kelantan didakwa masih lagi tidak berjaya memberi penerangan yang sejelasnya kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.

“Masyarakat bukan Islam masih tidak faham dan rata-rata yang saya temui di Kelantan juga ada yang masih tidak tahu, sepatutnya Pas Kelantan adakan satu forum untuk masyarakat bukan Islam ini, terangkan apa yang sepatutnya mereka tahu.

“Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) ini tidak libatkan mereka (bukan Islam), tapi mereka perlu tahu, faham dengan jelas, tapi Pas Kelantan tidak ajar mereka, sedangkan pemahaman mereka merupakan satu faktor penting yang harus diambil kira dalam pelaksanaan hukum ini,” katanya.

'PR tidak akan berpecah' kata PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man 
KOTA BHARU - Pas yakin polemik perlaksanaan hudud di Kelantan tidak akan menyebabkan mana-mana parti dalam PR keluar dari gabungan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melalui mesyuarat Majlis Setiausaha PR tiga hari lalu, semua pemimpin bersepakat untuk bersama mengurus isu tersebut.

“Kita putuskan tidak akan berpecah. Dalam mesyuarat tiga hari lepas kita bersetuju untuk memperkukuhkan PR, perbezaan pendapat mesti diuruskan. Jadi tak timbul isu Pas, PKR dan DAP bersendirian. Saya fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan.

“DAP menolak atas dasar Perlembagaan tetapi tidak mencerca hudud. Kita akui ada perbezaan dalam PR kerana enakmen hudud wujud sebelum PR lagi tetapi kita saling hormat menghormati,” katanya selepas bertemu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, mengakui tindakan DAP dan PKR menolak hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi, tetapi mereka juga perlu menerima hakikat rakyat Kelantan memberi mandat sehingga lima pilihan raya kepada Pas dan mahu hudud dilaksanakan.

Beliau berkata, sokongan penuh ahli Parlimen Umno dan empat ahli Parlimen daripada komponen BN cukup untuk meluluskan rang undang-undang persendirian yang dibawa, tetapi  Pas masih perlukan sokongan PKR dan DAP.

MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?

PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.

Media tidak provok kumpulan anarki kelmarin, kata mangsa


MJMM @ Macai UMNO gesa penganjur perhimpunan anti-GST ditangkap


Kelajuan jalur lebar Malaysia 3 kali lambat daripada Vietnam

6lambatBerdasarkan kajian global terbaru, purata kelajuan jalur lebar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Vietnam dan Kemboja di rantau ini dan melebih sedikit daripada Myanmar.
Hampir tiga kali lebih perlahan daripada Vietnam di tangga 58 pada kelajuan 14.14 Megabit sesaat, Malaysia dengan kelajuan 5.48 Megabit sesaat (Mbps) menduduki tempat ke 126 daripada 192 negara yang dikaji dari Mei 2013 hingga April tahun ini.
Okla vietnamBerada pada kedudukan teratas ialah Hong Kong dengan kelajuan 78.3 Mbps.
Singapura berada di tempat kedua dengan 66.6 Mbps manakala Korea Selatan berada di kedudukan keempat (53.77Mbps ).
Berada di kedudukan ke-23 ialah United Kingdom (26.85Mbps) dan Amerika Syarikat di tangga ke-32 (23.9Mbps).
Okla lajuKajian itu dijalankan oleh Ookla – ujian jalur lebar global dan rangkaian berasaskan web syarikat yang membandingkan kelajuan muat turun, memuat naik dan kualiti sambungan jalur lebar.
Mengulas mengenai kajian itu, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan multimedia Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dr Neoh Vee Heng berkata anggotanya seramai 2,678 secara amnya mengambil berat tentang kelajuan rangakaian internet di negara ini termasuk kos capaian yang tinggi.
“Seorang ahli kita yang melabur dalam projek besar di Sepang bimbang tentang kelajuan jalur lebar 1Mbps di kawasan itu,” katanya.

Kebebasan akhbar Malaysia lebih buruk daripada Kemboja, Myanmar

guan-eng-media2 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 disambut suram di negara ini ekoran Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF) menunjukkan kedudukan Malaysia berada di kedudukan dua anak tangga terendah.
Dalam laporan itu, Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara.
Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).
Lim berkata kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Namun, banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi.
“Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah,” katanya di Komtar hari ini sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014.
Beliau berkata kebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, malahan oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.
Sebelum ini, laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.”

Langkah hudud: PAS kini Umno 2.0....

Rais Farisi


Tidak berapa lama setelah rakyat Malaysia dikejutkan dengan Langkah Kajang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekarang kita disajikan pula dengan Langkah Hudud oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Ada yang gembira bersorak, ada yang marah berteriak, dan ada yang keliru dengan tindakan PAS ini.
Bukanlah lagi satu kejutan jika PAS bertegas untuk menguatkuasakan undang-undang hudud kerana PAS sudah lazim dikenali sebagai pejuang agenda negara Islam semenjak dari dahulu, kini dan selamanya.
Tetapi, persoalan yang bermain di buah fikiran khalayak ramai adalah, mengapa sekarang?
Rata-rata masyarakat tentu terlepas pandang bahawa sebenarnya isu pelaksanaan hudud kali ini adalah sandiwara yang dimainkan oleh segelintir mereka dalam PAS semata-mata.
Setelah merasakan kekuatan mereka tercabar dan kepentingan mereka terancam, golongan ini merancang dengan begitu tekad untuk menunjukkan kuasa mereka kepada rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dan seteru mereka United Malays National Organisation (Umno).
Salah satu daripada langkah dalam percaturan mereka adalah “Langkah Hudud” yang kita saksikan tempoh hari.
Dengan berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan tanpa menghiraukan pandangan rakan-rakan seperjuangannya, golongan dalam PAS ini menunjukkan kepada umum bahawa PAS tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu lagi parti politik yang mengidamkan kuasa.
Dengan mengetengahkan isu ini secara berseorangan, golongan dalam PAS ini secara langsung membelakangkan muafakat yang mereka meterai bersama rakan-rakan seperjuangan PKR dan Democratic Action Party (DAP).
Hilanglah prinsip janji mesti dikotakan dan muafakat yang dibuat haruslah dihormati.
Dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas, PAS mengetengahkan konsep ‘Negara Berkebajikan’.
Di samping itu, mereka juga mencanangkan slogan ‘PAS untuk semua’ (PAS for ALL) yang mana konsep ini membawa PAS ke arah lebih tengah dalam spektrum politik Malaysia.
Imej yang lebih sederhana yang dibawa oleh PAS membuka hati ramai orang bukan Islam untuk menerima parti yang berasaskan agama ini dan memberi harapan kepada semua rakyat Malaysia bahawa perubahan itu bukan mustahil dan Malaysia sedang bergerak menuju ke arah sistem dua parti.
Persoalannya sekarang, setelah tamatnya PRU13, adakah segelintir golongan dalam PAS ini akan memungkiri janji yang dibuat kepada pengundi semasa PRU13 semata-mata untuk menunjukkan kekuasaan mereka kepada orang ramai?

Azmin: Saya dipersalah kerana masalah PKR


Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau dipersalahkan atas segala masalah dalam parti, sepertimana ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersalahkan atas segala isu dalam negara.

Azmin berkata beliau antara lainnya dikaitkan dengan kes penipuan dalam pemilihan PKR, melibatkan cabang Batang Sadong di Sarawak.

Pemilihan di cabang berkenaan kini digantung sementara satu siasatan dijalankan oleh jawatankuasa pemilihan atas dakwaan ketidaklaziman yang berlaku.

“Saya tahu banyak tuduhan ke atas saya kerana ada kempen dalaman pemilihan parti sedang berlangsung, tapi janganlah berlebih-lebih,” katanya.

“Saya agak terganggu, tapi tidak kisah. Ingatlah apa yang Anwar kata, kita satu keluarga jadi jangan terlalu kasar antara satu sama lain,” kata MP Gombak itu dalam pertemuan dengan kira-kira 100 orang anggota PKR di Seberang Jaya, semalam.

Awer: Gelombang kedua lebih teruk?

Gelombang kedua lebih teruk?  
Empangan Sungai Selangor baru sahaja mencapai paras takungan 40.1 peratus dan catuan sudah ditamatkan kerajaan negeri.
SHAH ALAM - Persatuan Penyelidikan  Air dan Tenaga Malaysia (Awer) bimbang sekiranya gelombang kedua cuaca panas mengakibatkan catuan air berlaku dengan lebih teruk berbanding apa dialami selama dua bulan ini.

Presidennya, S Piarapakaran berkata, pihaknya khuatir sekiranya gelombang kedua cuaca panas berlaku mulai Jun ini bakal menyebabkan paras empangan tersebut lebih menyusut.
Piarapakaran berkata, beliau membidas keputusan kerajaan negeri menghentikan catuan air melibatkan Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, tindakan pengumuman tersebut digambarkan sebagai keputusan tidak profesional kerana sebelum ini kerajaan negeri melalui agensinya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menyatakan empangan tersebut perlu capai paras 55 peratus.

Katanya, sekiranya keadaan tersebut berlaku maka adalah lebih sukar untuk merawat air di bawah paras kritikal 30 peratus yang memerlukan lebih banyak kos kerana kandungan nutrien yang tinggi.

“Tindakan henti catuan ini tak profesional kerana setakat ini semua hanyalah ramalan sahaja maka apa akan jadi sekiranya keadaan cuaca panas lebih teruk.

“Sebelum ini mereka mengatakan empangan perlu capai paras 55 peratus tetapi sekarang baru kira-kira 40 peratus dan mereka sudah umumkan catuan dihentikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dakwa beri air percuma punca catuan, Najib Razak teruk dikecam di laman sosial

SHAH ALAM 4 MEI : Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial.
Semalam, Najib dilaporkan berkata langkah populis Kerajaan Negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini.
Tinjauan Selangor Kini di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran.
“Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah ‘selfie’ di sana,” tulis Sariph Sariphuddin.
“Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik,” luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid.
Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.
“Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang,” kata Rossi Hail.
“Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR,” ulas Joe Faris pula.
Selepas kontroversi kangkung, ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial.
“Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja,” sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook.

Isu notis 10 hari: PKR kata IGP hina mahkamah

Peguam PKR N Surendran berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana menegaskan bahawa peserta perhimpunan perlu memberi notis 10 hari, walau Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, prosiding menghina mahkamah perlu dijalankan ke atas Khalid kerana keputusan itu masih berkuatkuasa.

Beliau memberi alasan, setakat ini masih belum ada permohonan yang difailkan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut.

“Kami akan utus surat kepada Peguam Negara untuk membawa kenyataan IGP ini kepada perhatiannya dan memulakan prosiding menghina mahkamah ke atasnya,” kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Mahkamah Rayuan pada 25 April mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi kesalahan tidak memberi notis 10 hari, sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Bagaimanapun, Khalid semalam menegaskan bahawa undang-undang tersebut masih berkuatkuasa kerana kerajaan masih dalam proses untuk merayu keputusan tersebut.

Kod etika doktor perlu diubah sebelum laksana potong tangan, kata MMA


Presiden MMA Datuk Dr NKS Tharmaseelan (tengah) mengatakan sebelum mana-mana doktor memotong tangan, Kod Etika Profesional Doktor perlu diubah terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. 
Presiden MMA Datuk Dr NKS Tharmaseelan (tengah) mengatakan sebelum mana-mana doktor memotong tangan, Kod Etika Profesional Doktor perlu diubah terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.‎Mereka yang mahukan pakar bedah menjalankan hukuman hudud perlu mengubah Kod Etika Profesional Doktor sebelum menuntut mana-mana doktor melaksanakan pemotongan tangan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan memberitahu The Malaysian Insider sehingga ia berlaku, ‎setiap doktor perlu mematuhi Akta Perubatan di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
"Akta Perubatan sedia ada berdasarkan 'Sumpah ‎Hippocratic' dan mengawal selia amalan doktor. MMA berperanan menasihati doktor mengikuti undang-undang itu.
‎"Kita tidak mahu doktor melanggar undang-undang dengan melakukan pemotongan tangan dan dikenakan tindakan disiplin oleh MMC," katanya.
Dr Tharmaseelan mengulas mengenai kritikan kumpulan pro-hudud yang menyelar MMA kerana menyarankan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging, bukan pakar bedah dalam melaksanakan hukuman hudud.
Ikatan Pengamal Perubahan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan Dr Tharmaseelan itu sangat tidak profesional dan tidak menghormati perasaan umat Islam.
Dr Azmi berkata doktor beragama Islam bukan sahaja akan menjalankan tanggungjawab berdasarkan sumpah perubatan Islam, malah akan memberi sokongan kepada perundangan Syariah.
‎Beliau berkata kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru dan tidak memahami kepentingan undang-undang syariah kepada rakyat.

MH370 lithium ion batteries: From 200kg to 2453kg?

We were earlier told that the plane was carrying 200kg of lithium ion batteries. And then we were told on 22 March 2014 that they were not lithium ion batteries. But now we see that the consolidated airway bill below from the MH370 cargo manifest states it did indeed contain lithium ore batteries and the weight stated was 2453kg. Why did the Mas CEO reportedly deny it was lithium ore batteries earlier? So what was in the remaining 2.3 tonnes? Mas reportedly says, there were radio accessories and chargers as well. But why does the consolidated airway bill only state “lithium ion batteries”?

The Star reported the following:
According to NNR Global Logistics (Malaysia) Sdn Bhd in Batu Maung, the batteries formed only a small part of a “consolidated” shipment weighing 2.453 tonnes.
The batteries weighed less than 200kg, a company spokesman said. He would not say what the remaining 2.253 tonnes of cargo was.
“I cannot reveal more because of the ongoing investigations. We have been told by our legal advisers not to talk about it,” he said.
He said he could not name the company which manufactured the batteries, stating that the matter was confidential.
Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya had also announced on March 24 that 200kg of lithium batteries were on board the plane. He said they were packed safely.

Perubahan nasib pemain utama PRU13

Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih lagi terasa setahun selepas rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk mengundi sama ada pemerintah Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.
BN menang 133 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei, kurang tujuh kerusi daripada 2008.
PR menang 89 kerusi, tetapi kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Kedah dalam pilihan raya umum yang menyaksikan pakatan pembangkang itu mendapat lebih banyak undi popular.
The Malaysian Insider hari ini melihat kembali nasib pemain politik utamanya 12 bulan selepas pilihan raya umum – pertarungan yang mengesahkan bahawa BN sudah kehilangan sentuhan terhadap pengundi.
Datuk Seri Najib Razak
Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Penyokong paling setianya juga perlu mengaku beberapa bulan selepas 5 Mei, perdana menteri berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Selepas memimpin BN dengan keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah, dengan tekanan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemarahan orang ramai akibat peningkatan kos sara hidup, pintu keluar terbuka bagi Najib, nasib yang sama seperti Tun Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008.
Pada satu tahap, penilaian prestasinya di bawah 50%, tetapi beliau masih selamat tanpa perlu berbuat apa-apa.
Lebih tepat lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mencabar Najib.
Jadi, beliau kekal berkuasa, tetapi jarang sekali memainkan peranan seorang perdana menteri.
Beberapa bulan akan datang akan menjadi lebih kritikal, dan tugas utamanya adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi berjuta rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menunjukkan kepada pelabur, beliau komited mengurangkan defisit bajet.
Pada masa sama, beliau juga perlu mengawal kebangkitan extrimisme dan chauvinisme.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.
Beliau akan meninggalkan arena politik untuk jangka masa lama. Tidak mungkin beliau di dalam penjara untuk empat tahun sahaja.
Mengapa?
Jika berkelakuan baik, pemimpin utama PR dan musuh BN itu akan keluar penjara tepat pada masanya untuk menjadi tandingan utama pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan  pada 2018.
Jadi hukuman penjaranya sedang dalam rayuan, dan nampaknya tokoh politik Malaysia yang paling terkenal dan tunjang yang menyatukan PR itu akan menerima hukuman yang lebih berat.
12 bulan ini merupakan masa yang sukar buat Anwar.
PR kelihatan seperti kerjasama yang longgar daripada gabungan yang kukuh, ditarik ke pelbagai arah dengan kedegilan PAS dengan agenda hudud.
Walaupun sebenarnya, lama sebelum isu hudud muncul juga gabungan itu sudah melihatkan tindakan tidak teratur mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ada pengkritik yang mengatakan ketiadaan Anwar akan mempercepatkan kejatuhan PR, dan mungkin juga melemahkan PKR. Pandangan inilah yang paling konvensional.
Tetapi yang baiknya, mungkin jika Anwar melepaskan tongkatnya dalam parti tersebut, golongan muda DAP, PKR dan PAS akan terpaksa menjadi lebih matang dan mengambil alih kuasa.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.
Beliau merupakan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), dan setakat itu sahajalah kepentingannya.
Pengundi setia PAS mungkin percaya pemimpin mereka berpeluang menjadi perdana menteri, tetapi hakikatnya beliau tidak mempunyai karisma, idea bernas atau ciri-ciri dinamik untuk menjadi lebih daripada seorang pemimpin parti politik.
Ada sebabnya kerajaan yang dipimpin Hadi di Terengganu hanya bertahan untuk satu penggal: ia ketandusan idea.
Empat bulan selepas 5 Mei, PAS kelihatan tidak bermaya dan hanyut sementara ahli progresif partinya sibuk menangkis serangan daripada golongan alim.
Malah, sudahkah PAS menjalankan post-mortem prestasi mereka bagi pilihan raya umum lalu?
Adakah Hadi mempunyai visi ekonomi untuk Malaysia, ataupun semuanya bermula dan berakhir dengan isu hudud?

Tidak ada perubahan dan keinginan SPR ubah proses pilihan raya, kata Bersih

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengatakan tiada yang berubah sejak tuntutan untuk pilihan raya adil dan bersih atau apa-apa keinginan untuk berubah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.  
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengatakan tiada yang berubah sejak tuntutan untuk pilihan raya adil dan bersih atau apa-apa keinginan untuk berubah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. 

 Meskipun terdapat pelbagai desakan dan laungan dilakukan umum bagi menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya disebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dicemari dengan penyelewengan dan salah guna, aktivis reformasi pilihan raya yakin situasi itu masih belum berubah.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin‎ bersama dengan bekas pengerusi badan bukan kerajaan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu The Malaysian Insider bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) langsung tidak mengendahkan untuk mengubah sistem pilihan raya yang dikritik hebat sejak tahun lalu.
"Daripada segi tuntutan kami, tidak ada apa yang berubah," kata Maria.
Ambiga berkata: " SPR tidak berupaya untuk berubah. Matlamat mereka bukan untuk memperbaiki atau menawarkan pilihan raya adil dan bersih. Objektif mereka adalah untuk mengekalkan kerajaan memerintah untuk terus berkuasa.
Peguam dan bekas pengerusi Majlis Peguam itu yang tegas mengkritik SPR berkata badan itu tidak mempunyai "niat ikhlas" untuk membuat perubahan seperti mana dituntut rakyat.
"Kita tidak mendapat apa-apa pencapaian hebat dan bermakna," katanya.
Maria bersetuju dan menambah pemimpin SPR sekarang hanya bertindak untuk Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak nampak mereka bergerak ke mana-mana arah, tiada tindakan ke atas keganasan, pembelian undi dan beberapa lagi insiden PRU13 banyak memberitahu kita. Ia amat mengecewakan," tambah beliau.
"Sudah tentu terdapat sedikit perubahan dilakukan namun akhirnya menjadi tidak berguna kerana dilaksana secara tidak jujur," kata Ambiga.
Beliau menambah, isu dakwat kekal sebagai contoh: " Benar, itu yang kita inginkan namun kita tahu apa yang terjadi."
‎Maria pula berkata bingung mengenai penggunaan dakwat kekal kerana ia berkesan sebelum PRU13.
"Terdapat banyak aduan mengenai dakwat tersebut dan selepas itu ia berkesan pula. Kenapa SPR tidak membuat kerja dengan betul?"

Kandungan hudud di Brunei Darussalam


Hukum Hudud sudah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut ialah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini.
Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

Lelaki berlagak menyerupai perempuan atau sebaliknya 198
(1) Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 (RM2,605) dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Tidak membayar zakat atau fitrah 236
(1) Mana-mana orang Islam yang ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Khalwat 196
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat.

Setahun selepas PRU13, Pakatan bakal berpecah kerana hudud.!!

Amin Iskandar@Black

Esok genap setahun selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dan kehangatan perlawanan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masih lagi sama seperti sebelum pilihan raya.
Isu agama dan kaum masih terus dimainkan memperlihatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar sederhana berubah kepada ekstrimisme.
Isu hudud kembali bergema cuma kali ini sedikit berbeza kerana Putrajaya yang dikuasai Umno dilihat bersungguh-sungguh membantu PAS melaksanakannya di Kelantan.
Akan tetapi isu hudud ini serampang dua mata yang mungkin menyebabkan PR yang ditubuhkan pada 2008 kehilangan DAP.
Sama ada Umno benar-benar menyokong hudud atau hanya untuk memecah-belahkan PR menjadi persoalan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak usul dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS untuk memperkenalkan hukum Islam di negeri itu.
Tidak kelihatan pula negeri majoriti Melayu dikuasai Umno seperti Kedah cuba untuk melaksanakan hudud.
Akan tetapi ini tidak menghalang kerajaan PAS Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk bersama-sama dalam jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan Putrajaya bagi mengkaji pelaksanaan hudud di negeri tersebut.
1 Mei lalu lebih 20,000 rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Buruh sedunia bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Pihak berkuasa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menukar strategi daripada bertindak keras dan membazirkan wang pembayar cukai dengan menggunakan sebanyak mungkin gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan kepada berlembut dan membiarkan sahaja perhimpunan yang berakhir tanpa insiden-insiden tidak diingini seperti sebelum ini.
Lebih 20,000 rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Buruh sedunia bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mei, 2014. 
Lebih 20,000 rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Buruh sedunia bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mei, 2014.Apa yang dapat dirasakan adalah kurangnya kehadiran daripada kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina seperti perhimpunan Black 505 dan Bersih 3 sebelum ini.
Apakah masyarakat Cina merasa tertipu dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan?

The changing fortunes of GE13’s main players

In our continuing series to mark the first anniversary of the most heated general election in recent memory, The Malaysian Insider reviews the fortunes of some of the main political players.
At one stage, the approval rating for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was below 50%. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, May 4, 2014. 
At one stage, the approval rating for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was below 50%. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, May 4, 2014.The aftermath of election 2013 is still being felt a year after Malaysians turned up in full force to vote either the ruling Barisan Nasional (BN) or the Pakatan Rakyat (PR) to Putrajaya.
BN won 133 federal seats in the May 5 polls, seven less than in 2004. PR won 89 seats but lost one more state, Kedah, in the general elections which saw the opposition pact take more of the popular vote.
The Malaysian Insider today looks at the fortunes of the main political players 12 months after the general election – a contest which confirmed BNl's loosening grip on the electorate.
* Datuk Seri Najib Razak
Even his most ardent supporter has to concede that for many months after May 5, it was touch and go for the Prime Minister.
A combination of leading BN to worst ever electoral results, months of being in self-induced coma, push back from instigator-in-chief Tun Dr Mahathir Mohamad and the fallout from the rising cost of living seemed to spell an early exit for Najib, much like his predecessor Tun Abdullah Badawi following the 2008 elections.
At one stage, his approval rating was below 50%. But he has survived, by default. Or more accurately, by the unwillingness of either Tan Sri Muhyiddin Yassin or Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to step up to the plate and challenge Najib.
So he remains in power but is hardly prime ministerial. He wears the pallor of someone who carries the weight of the world on his shoulders or have a cupboard stacked with skeletons.
The next few months will be critical and his main job will be to alleviate the biting rising cost of living for millions of Malaysians and yet show investors that he is committed to reducing the budget deficit.
And at the same, keep rising extremism and chauvinism in check. Any wonder that he looks defeated on most days.
* Datuk Seri Anwar Ibrahim
He is going away for a long time. Four years in jail just will not do. Why? With good behaviour, the top leader of PR and BN's nemesis will be out in time to become the face of the opposition at the next polls, scheduled for 2018.
So his jail term is being appealed and the odds are that Malaysia's most famous opposition politician and the person that unifies PR will receive a stiffer jail sentence.

No electoral reforms and no will to bring change, says Bersih

In our continuing series to mark the anniversary of the most heated general election in recent memory, we speak to electoral reform activists on their struggle for clean and fair elections.
The use of indelible ink in last year's general election did not bring about the desired results following problems with the ink. – The Malaysian Insider pic, May 4, 2014. 
The use of indelible ink in last year's general election did not bring about the desired results following problems with the ink. – The Malaysian Insider pic, May 4, 2014.Despite the repeated calls and public cries for electoral reforms following the 13th general election last year, which was marred by allegations of fraud and irregularities, electoral reform activists are convinced not much has changed.
Maria Chin Abdullah, chair of electoral watchdog Bersih 2.0, and her predecessor, Datuk Ambiga Sreenevasan, told The Malaysian Insider that the Election Commission (EC) has not bothered to make any changes to the electoral process, which has come under heavy criticism since last year.
"In terms of our demands, there has been no change at all," noted Maria.
Ambiga said: "The EC is incapable of improving. Their aim is not to improve or to provide clean and fair elections. Their objective is to keep the ruling party in power.”
The lawyer and former Bar Council chief was critical of the EC, saying it did not have any "genuine intention" to improve or make the changes that the people were asking for.
"We have not achieved anything of great significance,” she added.
Maria agreed, adding that the EC's present leadership will only act for Barisan Nasional.
"I don't see it moving in any other direction. Their non-action with regard to the violence, vote-buying and other incidents in GE13 tells us a lot. That was very disappointing," she added.
"Of course there were reforms that were put in place but they turned out to be a disadvantage because they were implemented dishonestly," Ambiga said.
She cited the indelible ink fiasco as an example, adding: "Yes, it was something that we wanted but we know how that turned out."
Maria Chin Abdullah expressed disappointment over the Election Commission's handling of the general election. – The Malaysian Insider pic, May 4, 2014.Maria Chin Abdullah expressed disappointment over the Election Commission's handling of the general election. – The Malaysian Insider pic, May 4, 2014.Maria said she was perplexed over the usage of the indelible ink, as it worked perfectly during the by-elections after GE13.
"There were so many complaints about the ink during GE13, but after that it worked well. Why couldn't the EC do their job properly?"
The indelible ink, which was used for the first time in the elections last year, was adopted as a security measure to ensure that voters only voted once and to assure Malaysians that the polls were fair.
The ink was meant to stay on for a few days but voters found out that it could be washed off almost immediately, prompting widespread protest from the opposition and the public.
The Election Commission admitted last November that the indelible ink had its flaws; among others, it was washable and took longer to dry and because of that, it left stains on ballot papers.

GST: Najib & Co delusional

It is no good claiming that other countries are imposing the same GST without really studying holistically the economic structure of those nations especially their wage model.

Prime Minister Najib Razak is of the opinion that the Goods and Service Tax (GST) is important for the government and good for the country.
But GST is a regressive consumption tax. This means that the more a person consumes the more tax that person has to pay.
This type of tax has been imposed by other countries throughout the world with diverse consequence.
GSTMalaysia studied none of these countries before imposing such tax on its people.
Unlike other countries in the world about 80% of working Malaysians are wage earners.
This means they receive a fixed steady monthly income. Sadly, the value of this income is diminishing due to inflations and the decline of the ringgit.
The situation is exacerbated by individual income which has never been increased for more than 20 years.
Malaysians used to be praised as having the most savings but lately the number of households in debt has increased to more than 80%.
This could be perhaps due to declining incomes and increased prices in essential goods.
In such a case, the government is already using individual debt to offset the burgeoning national debt.
In short the people have to pay for the government’s extravagance and leakages.
As an economic strategy to help the government, this is simply not sustainable.
Input and Output GST taxes
The GST will impose additional financial burden on at least 80% of the Malaysian workforce especially to those earning less than RM3,000 a month.
The long list of people that need the BR1M handouts is one good example of the number of household that needs government assistance.