Sabtu, 3 Mei 2014

Demo Pro GST Amat Dialu-Alukan....

Setelah mengeluarkan kenyataan mendoakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar segera dipenjarakan dan akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, NGO Perkasa hari ini mencadangkan agar Cuepacs dan Dewan Perniagaan mengetuai demonstrasi besar-besaran bagi menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu dilaksanakan kerajaan pada April 2015 nanti.

Menurut beliau, demonstrasi besar-besaran itu perlu diadakan ssbagai tindak balas kepada perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu yang dihadiri kira-kira 50 orang yang telah banyak mengelirukan rakyat dan menjadi modal politik bagi memburuk-burukkan kerajaan.

Atas semangat demokrasi dan bersesuaian dengan sikap kerajaan sendiri membenarkan perhimpunan aman melalui penggubalan Akta Perhimpunan Aman, cadangan Perkasa ini seharusnya dialu-alukan bagi menunjukkan keterbukaan dan siapakah yang lebih mendapat sambutan - adakah perhimpunan membantah GST atau yang menyokong sistem cukai baru itu?

Beberapa tahun lalu, ketika diadakan Demonstrasi Bersih 2.0, Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin pernah mengadakan perhimpunan Patriot serentak dengan tarikh dan masa Himpunan Bersih 2.0 diadakan tetapi ditempat yang berbeza sebagai tindak balas dan bukti untuk menunjukkan kepada rakyat perhimpunan manakah yang lebih mendapat sambutan.

Tanpa niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak, jika rajin meminta bantuan daripada Makcik Google, lihatlah sendiri berapakah kehadiran demonstrasi Bersih 2.0 dan berapakah pula yang hadir dalam demo Patriot di sekitar Jalan Bukit Bintang itu?

IGP: AG rayu, jadi notis 10 hari PAA masih relevan....

Keperluan menghantar notis sepuluh hari kepada pihak polis seperti ditetapkan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 masih kekal berkuatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, ini kerana keputusan mahkamah yang menetapkan peruntukan itu sebagai tidak sah baru-baru ini sedang dirayu oleh pejabat peguam negara.

"Jadi apabila perkara ini ada dalam peruntukan undang-undang, ia masih relevan, masih bagus.

"Jadi kita akan menguatkuasakan undang-undang itu.

"Selagi perkara itu di bawah rayuan, peruntukan undang-undang itu masih relevan dan kita akan menguatkuasakannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai acara menembak PDRM bersama media sempena memperingati Hari Polis ke-207 di Cheras, tengahari ini.

25 April lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.
    

ADUN UMNO dakwa peserta bantah GST diupah RM100 seorang.. !!! Dia ingat rakyat macam macai UMNO makan upah...??

ADUN UMNO ni kata sesetengah peserta himpunan bantah GST yang berlangsung 1 Mei di Dataran Merdeka lalu dibayar seorang RM100 oleh pihak tertentu..

Jadi kepada sesiapa yang belum dapat lagi RM100 upah itu silalah berhubung dengan ADUN UMNO ini untuk mengetahui bagaimana dan kepada siapa hendak dibuat tuntutan  itu..
PETALING JAYA: Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias mendakwa segelintir peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka Khamis lalu dibayar.

Menurut maklumat yang diberikan kepada saya, ada sesetengah daripada peserta himpunan tersebut telah dibayar wang sebanyak RM100 ringgit bagi menghadiri perhimpunan tersebut,” dakwanya.

Beliau yang juga Adun Sungai Burong menambah, perhimpuan yang dilakukan pada hari pekerja itu hanyalah ruang yang digunakan pihak tertentu bagi mencapai cita-cita dan kepentingan peribadi dengan berselindung di sebalik nama himpunan.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kebanyakan orang awam yang menyertai bantahan tersebut tidak faham mengenai GST bahkan tidak mengetahui apa itu sebenarnya GST.

“Majoriti mereka yang menyertai bantahan tersebut tidak faham apa itu GST, bahkan makna sebenar bagi GST pun mereka tidak tahu,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh FMT melalui telefon.

Azmin enggan ulas dakwaan terlibat manipulasi undi pemilihan PKR


Calon dan penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berucap kepada ahli parti di Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2014. 
Calon dan penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berucap kepada ahli parti di Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2014.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali enggan mengulas dakwaan beliau terlibat dengan perbuatan memanipulasi undi dalam pemilihan parti itu yang berlangsung sekarang.
Ahli Parlimen Gombak itu sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk menyiasat dakwaan terbabit dan berharap individu terlibat dikenakan tindakan tegas.
"Buat masa sekarang, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan berkenaan, biar Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang siasat perkara itu.
"Hendak siku boleh, tapi janganlah sampai jatuh," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan anggota PKR Pulau Pinang di Butterworth, hari ini.
Pemilihan PKR, yang bermula Sabtu lepas, dicemari pelbagai insiden seperti bekalan elektrik terputus, dakwaan manipulasi undi, perubahan lokasi mengundi pada saat akhir dan masalah teknikal.

UG Versi Baru: Umno, PAS perlu cari titik persamaan demi Islam dan Melayu kata JASA


Umno dan PAS perlu memiliki "kekuatan" untuk mencari "titik persamaan" bagi mencapai visi yang lebih besar dalam konteks memperkasa agenda bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Fuad Hassan (gambar) berkata pada dasarnya, kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan walaupun berbeza ideologi politik iaitu perjuangan berteraskan agama dan bangsa Melayu.
"Umno dan PAS sebenarnya banyak persamaan jika dibandingkan pakatan antara PAS dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP dalam agenda agama dan bangsa.
"Kedua-dua parti seharusnya memikirkan secara mendalam tentang visi bersama ini kerana pada akhirnya, perpaduan dan kesatuan yang penting bagi mencapai cita-cita majoriti penduduk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk "Pendidikan Mentransformasikan Politik Melayu" bersempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Sepma) ketiga di Surabaya, Sabtu.
Pada masa sama, beliau berkata pandangan serta pendapat masyarakat minoriti perlu dihormati serta diambil kira oleh kedua-dua parti dalam memperjuang nasib bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
Fuad berkata usaha kerajaan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu selama ini adalah kerana kaum itu belum memadai untuk bersaing secara terbuka dengan masyarakat lain di Malaysia.

MH370: Hishammuddin gagal jaga kredibiliti semasa krisis

DAP hari ini mengatakan kenyataan ulangan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kerajaan tidak menyembunyikan sebarang kebenaran berkenaan nahas pesawat Malaysia Airlines MH370 membuktikan menteri itu gagal dalam menjaga kredibiliti baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang  berkata‎ kelemahan dan tidak mampu bersikap terbuka Malaysia semasa menangani krisis MH370 menyebabkan negara ini mendapat kritikan serta kecaman masyarakat dunia.‎
"Pengulangan kenyataan Hishammuddin sehingga semalam menyatakan kita tidak sembunyikan sebarang perkara‎ membuktikan beliau menyedari gagal menjaga kredibiliti kerana kurangnya keterbukaan dan ketelusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya beliau terkejut dengan ‎reaksi Agensi Pusat Penyelarasan Bersama Australia (JACC) Angus Houstan mengenai laporan siasatan tragedi tersebut.
"Saya tidak percaya apabila membaca berita daripada media, semasa ditanya mengenai laporan yang disediakan kerajaan Malaysia kepada umum pada 1 Mac lalu, berapakah penekanan diberikan untuk membetulkan kesilapan.
"Houstan seolah-olah mengulangi kenyataan Hishammuddin dengan menyatakan usaha sekarang lebih baik ditumpukan kepada misi pencarian.

MH370: PDRM tidak akan keluar hasil siasatan ketika ini


Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat masa ini tidak merancang untuk mengeluarkan sebarang hasil siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata perkara itu termasuklah empat aspek siasatan iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.
"Oleh kerana siasatan masih dijalankan, kita tidak akan beritahu apa-apa hasil kedapatan siasatan yang kita ada sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah.
Beliau turut berkata sehingga semalam, pihaknya merekodkan 311 keterangan termasuk daripada keluarga mangsa terbabit.

MH370: MAS minta media tidak dedah jumlah pampasan

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) meminta pihak media agar tidak mendedahkan jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang bagi mengelak kemungkinan berlaku ancaman keselamatan.
  
Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, anggota keluarga penumpang turut membuat permintaan yang sama.
 
"Malaysia Airlines tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai jumlah pampasan seperti yang diperoleh oleh media dan kami percaya ia diperoleh dari sumber lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Oleh itu MAS memohon kerjasama media agar menarik balik segala artikel yang diterbitkan yang menyatakan jumlah pampasan.
  

Kerajaan Digesa Mendedahkan Keputusan Audit ICAO Ke Atas Sistem Radar Komersil Malaysia Sebagai Langkah Utama Pasca Keluaran Laporan Awal Insiden MH370

3 Mei 2014

Saya merujuk kepada Laporan Awal Insiden MH370 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara di Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Walau diterima baik laporan tersebut yang julung kalinya diterbit buat tatapan ramai, kehilangan pesawat MH370 dan langkah susulan pihak berkuasa khususnya Jabatan Penerbangan Awam, lebih banyak menimbulkan tanda tanya daripada memberikan jawapan.
Sejauh ini, Laporan Awal tersebut menyentuh butiran-butiran yang telah diulang beberapa kali termasuk garis masa penerbangan, rumusan transkrip transmisi radio, gerakan mencari dan menyelamat (SAR), termasuk juga cadangan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memperkenalkan sistem penjejakan bagi pesawat-pesawat awam.
Ia telah dilaporkan secara meluas di media massa, memandangkan tiada ketetapan undang-undang, syarikat penerbangan Malaysia Airlines tidak menaik taraf sistem software pesawat yang dapat memudahkan penjejakan pesawat dengan lebih berkesan.
Saya sendiri pernah membangkitkan seawal Julai 2012 dan sekali lagi selepas kejadian kerosakan pada sistem radar di Lapangan Terbang Subang pada September 2012 agar sistem udara Malaysia diaudit oleh ICAO untuk melindungi ruang udara Malaysia dengan lebih ketat dan komprehesif. Pada waktu itu, kali terakhir audit dilaksanakan adalah pada tahun 2005.
Rakaman dari radar angkatan bersenjata hanya menunjukkan bahawa ada kemungkinan sebuah pesawat yang meyerupai MH370 merentasi Semenanjung Malaysia ke arah barat. Persoalannya adalah, jika pesawat tersebut adalah MH370, mengapa ia tidak dikenalpasti dengan lebih awal dan seandainya ia bukan MH370, adakah ia satu kebiasaan bahawa pesawat pesawat yang tidak diketahui asal usulnya dengan senang wenang dapat menembusi ruang udara Malaysia?

Bersatunya UMNO dengan PAS tidak semestinya kita berjaya..!!

Kemesraan Timb MB Kelantan Dengan Menteri Umno
Berbagai cara dilakukan oleh pembangkang bagi menggulingkan parti pemerintah sekarang ini dan begitu juga berbagai-bagai ‘intrigue’ politik dilakukan oleh kerajaan untuk mengelak mereka digulingkan. Masing-masing pihak bermain politik seratus peratus, satu untuk menggulingkan yang ada dan satu pihak yang lain untuk mempertahankan kuasa yang telah dipegangnya sejak negara mencapai kemerdekaan.
UMNO mencengkam kuasa dengan menggunakan kuasa eksekutifnya yang ada dan pihak pembangkang menggunakan tunjuk perasaan bagi mengekalkan sokongan yang kadangkala menurun dan mencemaskan mereka. Pilihanraya ke13 yang lepas merupakan waktu yang terbaik bagi pembangkang untuk mendapat mandat kerana semasa itu mereka dalam ketiga-tiga parti bersatu dan tidak nampak kesalahan masing-masing.
Semuanya nampak hebat malahan pimpinan tertinggi pihak pembangkang sudah merasakan yang kuasa sudah pasti berada dalam tangan mereka dan berlagak seperti pihak yang sudah berkuasa. Begitulah lagak mereka dan ada pemimpin yang sudah bersedia dengan memberikana amaran keras kepada badan-badan kerajaan yang mereka akan diambil tindakan selepas sahaja mereka dapat mengambil alih BN sebagai kerajaan di Putrajaya. Anwar Ibrahim sudah bercakap seperti Perdana Menteri dan lagak ‘glamour’ seperti beliau menjadi Timbalan PM dahulu sudah mula menyerlah kembali.
Tetapi rakyat juga yang akhirnya memberikan penentuan yang mereka belum sampai masanya untuk berkuasa. Tentunya di sebalik kegagalan itu ada hikmahnya, jika tidak untuk Anwar dan penyokongnya, hikmah itu mungkin untuk rakyat yang ramai. Pada pembangkang mungkin ada juga hikmahnya kerana jika mereka mendapat kuasa dalam PRU ke13 yang lalu, kita tidak dapat bayangkan betapa kelam-kabutnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat, kerana sekarang jelas-jelasnya mereka bukanlah ‘coalition’ yang bersatu terutamanya dalam hal agama dan perkauman.
Jika Pakatan Rakyat menjuarai Putrajaya tidak mungkin PAS dapat bersuara dalam hal hukum hudud kerana parti-parti dalam komponennya tidak bersetuju dengan tindakan melaksanakann hukum hudud walaupun ianya hanya untuk negeri Kelantan. Tetapi hikmah bagi PAS, kekalahan Pakatan Rakyat itu mempunyai hikmah dalan hal hudud ini kerana seburuk-buruk UMNO, PAS lebih mudah untuk bercakap tentang hudud ini kerana ahli-ahli UMNO itu beragama Islam walaupun pemimpin-pemimpinnya lazim melanggar hukum asas agama seperti larangan rasuah dan sebagainya dilanggar tanpa halangan.

Polis mula siasat Himpunan Bantah GST

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sini Khamis lalu, yang didakwa melanggar beberapa syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan meliputi, antaranya, tidak memberi notis sebelum mengadakan perhimpunan serta membawa kanak-kanak, bom asap, suar dan senjata tajam seperti pisau.

Bercakap pada sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras hari ini, beliau berkata pihaknya juga masih mengesan individu yang mengasari petugas media melalui rakaman gambar pada perhimpunan itu.

Dalam kejadian itu, tiga jurukamera dikasari sekumpulan peserta berpakaian serba hitam dan menutup muka. Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak manakala seorang lagi terkena balingan kayu.

Adun Sungai Limau terlibat kemalangan

Mohd Azam Abdul Samat 
ALOR SETAR - Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat terlibat dalam kemalangan di KM320 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Berapit iaitu laluan antara Taiping dengan Kuala Kangsar, Perak awal pagi tadi

Difahamkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika Mohd Azam bersama seorang rakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat parti.

Ketika kejadian, beliau sendiri yang memandu kereta itu walaupun sebelum itu bergilir-gilir dengan rakannya.

"Mungkin disebabkan sedikit keletihan ketika memandu, saya tidak sempat mengelak sebuah lori yang sedang bergerak perlahan mendaki bukit.

"Dalam kejadian itu, kereta saya bergesel bahagian belakang lori berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini

Beliau hanya mengalami calar pada bahagian lengan sementara rakanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami tidak mempunyai maklumat mengenai lori berkenaan kerana besar kemungkinan pemandunya tidak menyedari kemalangan itu dan meneruskan perjalanan.

"Selesai membuat laporan polis, saya mengambil keputusan untuk balik semula ke Kedah," katanya.

Zaman BN satu masjid RM10 juta, PR boleh bina dua buah...

 
KUALA SELANGOR 3 MEI: Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid.

Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini.

“Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur.

Rahsia di sebalik kunjungan Muhyiddin ke atas Tokguru

Mohd Sayuti Omar

MEMAHAMI PERISTIWA

Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.
Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Kalau pun boleh dianggap istimnewa apa yang Najib perolehi dari melawat Tokguru sakit, ialah gambar beliau sedang ziarah Tokguru di katil hospital kemudian gambar itu dijadikan modal politik pada setiap kali pilihan raya kecil. Ertinya kunjungan Najib semasa Tokguru sakit adalah untuk dijadikan modal politik bagi menunjukkan dia seorang yang baik dan penuh simpati.

Mari menilai setahun mandat PRU13

Oleh A Kadir Jasin
Demikian masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.

Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."
Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap... bijak... amanah... serta berwawasan.”
Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

GST: Gila Sampai Tua


Mayday Bantah GST di KLCC pada Khamis yang menampakkan hadirin yang tidak mahu pelaksanaan GST.  – Gambar ihsan PSM, 3 Mei, 2014.  
Mayday Bantah GST di KLCC pada Khamis yang menampakkan hadirin yang tidak mahu pelaksanaan GST. 

Ini bukan ceramah, ini bacaan sajak,
Semasa kempen pilihan raya, kamu kata rakyat didahulukan,
Sewaktu menang pilihan raya penuh tipu daya, rakyat kamu cukaikan,
 
Hei kamu! Kamu ini orang gila!
Hei kamu! Kamu ini sudah hilang waras!
Kami rakyat! Kami susah, kami sempit!
Kami rakyat! Kami tidak ada apa-apa, cuma cukup-cukup sahaja!
Apa lagi kamu mahu?
 
Katanya wang negara sudah kesempitan,
Sempit salah siapa?
Tiris salah siapa?
Rasuah salah siapa?
Boros salah siapa?
 
Iya, katanya sudah sempit, rakyat perlu bantu,
Siapa perlu bantu mereka yang boros itu?
Kamu!
Kamu!
Kamu!
Kamu rakyat semua dicukaikan!
Kamu miskin tolong yang kaya!
Kamu papa tolong yang gila!
Gila apa? Gila Kuasa! Gila harta!
Gila sampai tua!
Ini bukan hasutan
Ini cuma amaran. 

* Sajak ini pertama kali dibaca pada hari Mayday Bantah GST, KLCC oleh Harris Nasril

GST: Lebih 500 penceramah upahan dilatih beri pendedahan kepada rakyat.!!

Kerajaan UMNO@BN sedang melatih lebih 500 penceramah untuk memberi pendedahan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara lebih khusus kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang giat mengambil pelbagai langkah proaktif memastikan semua lapisan masyarakat dapat memahami konsep GST serta cara pengenaan cukai itu terhadap rakyat.
"Memang setakat ini pemahaman rakyat berhubung GST masih rendah tapi kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan pemahaman mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Penerangan Umno Selangor Siri 1 di Shah Alam hari ini.
Ahmad berkata sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, pelaksanaan CBP sebenarnya dapat membantu memperbaiki sistem percukaian sedia ada menjadi lebih telus, berkesan dan cekap selain meningkatkan daya saing negara.
Jelasnya, pelaksanaan GST itu membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat, peniaga serta negara dan bukannya seperti tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut meminta Umno bahagian di seluruh negara menganjurkan program wacana penerangan bagi membolehkan para anggota parti mendapat maklumat sahih berhubung isu semasa.

GST: Rakyat bantah, pemimpin UMNO@BN 'pekak badak'

KUALA LUMPUR: Himpunan Bantah 501 yang berlangsung di Dataran Merdeka sempena Hari Pekerja, 1 Mei lalu sekali lagi mencatat sejarah negara apabila puluhan ribu rakyat dari seluruh negara bersatu tekad dan suara membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan BN yang dijadualkan pada tahun hadapan.
Kehadiran pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama itu memperlihatkan penolakan majoriti rakyat terhadap cukai yang menindas itu apatah lagi tatkala kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Seperti diungkapkan Deklarasi 1 Mei 2014 yang ditandatangani 92 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, hanya 15% sahaja rakyat negara ini yang membayar cukai pendapatan dengan 38% masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan RM860 sebulan, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 yang masih menjadi dilema.
Malah,  menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?
Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga.
Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST.  Ini secara tidak langsung akhirnya akan menaikkan harga barangan pengguna.
Rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja akan tetap merana akibat GST walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai ini.
Kajian badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendapati sejumlah 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan GST. Kaji selidik yang dijalankan sekitar 12 hingga 21 April itu melibatkan 1,009 responden dengan 60% (Melayu), 31% (Cina) dan 9% (India).
Sejumlah 40% responden juga memberi jawapan negatif bila ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil. Lebih buruk, seramai 46% responden tidak yakin BN mampu menangani ekonomi negara sehingga 2020.
Menteri Besar Selangor yang juga seorang tokoh korporat dan ekonomi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat, GST tidak sesuai dilaksanakan sehingga jurang pendapatan rakyat berpendapatan rendah dan menengah berjaya dirapatkan.
Ini kerana golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana masih membentuk kelompok besar rakyat.
Pelaksanaan GST, jelas beliau menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata dengan golongan berpendapatan menengah dan tinggi bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan yang sama.
Bagaimanapun bantahan rakyat itu tidak dipedulikan kerajaan yang memerintah.
Respon awal datang daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang bertegas bahawa kerajaan BN akan tetap melaksanakan GST pada April 2015 meskipun mendapat bantahan rakyat.
Sambil menyifatkan perhimpunan membantah CBP sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.
"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan," katanya  kepada pemberita pada hari himpunan Bantah 501 diadakan.

Rejimen Anarki Serang Wartawan Budaya Tidak Bertamadun


Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

ROL anwar
JAKARTA 3 MEI: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin Pakatan Rakyat tidak akan pecah lantaran hukuman yang dikenakan kepadanya.
Beliau optimis pakatan tersebut akan terus mendapat sokongan dari rakyat Malaysia.
“Jika (masalah undang-undang yang membelit) ini ditujukan untuk melemahkan Pakatan Rakyat, maka saya fikir itu tidak akan terjadi, Insya Allah.
Sebab, yang diinginkan rakyat adalah lembaga kehakiman yang bebas dari pengaruh politik dan keputusannya tidak boleh diganggu oleh siapa pun,” kata Anwar dipetik Republika Online (ROL) ketika ditemui di Kompleks Parlimen Senayan, semalam.
Pada 2008, Anwar diseret ke meja pengadilan dengan dakwaan berhubungan seks dengan pembantunya. Namun, mahkamah menyatakan mantan timbalan Perdana Menteri Malaysia itu tidak bersalah.
Selanjutnya, pemerintah Malaysia yang dikendalikan oleh gabungan Barisan Nasional membuat rayuan atas kes tersebut.
Beberapa kalangan menilai langkah rayuan itu hanya untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi lawan politik mereka.
Mahkamah Rayuan menghukum Anwar lima tahun penjara pada 7 Mac lalu.
Pada pilihan raya umum 2013, Pakatan Rakyat berhasil memperolehi 89 dari 222 kerusi di parlimen.

Setahun selepas PRU13, bekas bos NSTP gesa rakyat nilai prestasi Najib

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Datuk A Kadir Jasin berkata permerintahan di bawah Datuk Seri Najib Razak wajar dinilai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mei, 2014. 
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Datuk A Kadir Jasin berkata permerintahan di bawah Datuk Seri Najib Razak wajar dinilai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mei, 2014. 

Setahun selepas pilihan raya umum paling sengit dalam negara, The Malaysian Insider melihat kembali apa yang berlaku kepada negara selepas itu. Dalam bahagian pertama ini, kita melihat apa yang sudah berubah dan apakah keadaan kita lebih baik dalam penggal kedua pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Datuk A Kadir Jasin menggesa rakyat Malaysia menilai semula prestasi Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sempena ulangtahun pertama kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, ini merupakan masa terbaik bagi rakyat Malaysia mengemukakan pendapat dan berbincang mengenai keadaan negara.
"Saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi, iaitu pada 6 Mei, genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013," tulis Kadir dalam blognya semalam.
Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh menilai semula gagasan yang dilaungkan perdana menteri untuk transformasi dan penambahbaikan ekonomi negara selain kebajikan rakyat selama pentadbirannya.
"Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, serta banyak lagi slogan dan moto," tulis beliau, merujuk kepada indeks prestasi dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional.
Menurut Kadir, rakyat Malaysia bebas membuat pilihan sama ada berpuas hati atau tidak dengan pencapaian Najib selama memangku jawatan tertinggi negara itu, iaitu sejak Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan pada 2009.
"Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan pencapaian Najib sejak 2009," katanya.

GST: Pandangan Mufti Pahang mengelirukan

KUALA LUMPUR: Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Mufti Kerajaan Pahang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum.

“Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada pandangan Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan Berita Harian Sabtu hari ini di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam.

Kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus sebagaimana di bawah.
Pandangan Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian Sabtu 3 Mei di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam sangat mengelirukan.

KAEDAH KUTIPAN CUKAI GST SELARAS DENGAN ISLAM?

Sahibus Samahah dipetik berkata bahawa "apa sahaja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil diperolehi disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi."

ULASAN:

1. Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Sahibus Samahah Mufti ini sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum. Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi.

2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARI MANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."

3. Jelas daripada hadis di atas bagaimana sesuatu hasil pendapatan termasuk pendapatan negara diperolehi mesti dipersoalkan adakah menepati Syarak atau pun tidak. Sekiranya ia menyalahi Syarak maka ianya adalah haram meskipun dibelanjakan untuk maslahat umat.

4. Isunya ialah adakah kaedah kutipan cukai GST bertepatan dengan Islam?

5. Saya berhujah bahawa kaedah kutipan cukai GST adalah bercanggah dengan Islam dari dua sudut iaitu;

Pertama:

Tindakan tegas pelajar sertai himpunan kata Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penuntut universiti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pelajar seharusnya sedar tindakan mereka jelas menyalahi undang-undang dan menjejaskan masa depan.

"Apabila ia (undang-undang pelaksaaan GST) telah dipersetujui dan dikuatkuasakan, ia tidak boleh dicabul dan apa sahaja yang mahu dilakukan seharusnya mengikut lunas perundangan.

"Pelajar juga perlu sedar tugas mereka adalah menuntut ilmu dan memenuhi harapan ibu bapa, bukan untuk berpolitik kerana ada tempatnya jika mahu berpolitik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Planting for the Future' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Program bertemakan 'Hutan Kita@IIUM' dirasmikan isteri bekas Perdana Menteri Tun Jeanne Abdullah yang juga pengerusi Lanskap Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan program pemuliharaan alam sekitar sejak 2009.

PERKASA dan sekutunya akan sokong perhimpunan pro-GST

NGO pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya Cuepacs dan dewan perniagaan mengetuai perhimpunan besar-besaran rakyat menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO pembangkang yang didakwanya telah mengelirukan rakyat.

PERKASA, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan rakyat dan negara.

"Perhimpunan yang menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat mengenai GST di mana pembangkang mengambil kesempatan isu GST sebagai modal politik memburukan kerajaan dan mereka mendapat untung politik," kata Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, di kalangan pembangkang, pemimpin PAS dan DAP menyerang GST secara "kromo dan tidak ilmiah".

"Sekadar emosi politik. Manakala PKR mengambil kesempatan untuk membela (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)," tambahnya.

MCA tetap tentang hudud di Kelantan walaupun BN sanggup berunding

MCA menegaskan akan tetap dengan pendirian menentang hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan meskipun kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan satu jawatankuasa bersama dengan parti Islam itu dalam ‎menggariskan perundangan Islam.
"Apapun yang dibangkitkan, segala tindakan hanya akan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di mana ia  menjadi‎ pegangan kita," kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita, selepas merasmikan kempen "Teguh Bersama" menyasarkan kebangkitan parti komponen BN itu
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (P‎RU13) lalu, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 11 yang ditandingi. Parti Cina itu kemudiannya memutuskan untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Bagaimanapun keputusan itu mula berubah apabila MCA mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi mendapatkan sokongan ahli-ahlinya untuk menerima jawatan kerajaan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal peringkat  pusat ‎dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang Syariah, yang disertai PAS, Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan.

‎Jamil Khir berkata jawatankuasa itu menyasarkan pelaksanaan lancar bagi undang-undang tersebut, disamping mengambil kira kebijaksanaan dan keadilan bagi masyarakat Islam selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
‎Dalam reaksinya, Liow berkata MCA turut akan menubuhkan pasukan sendiri untuk mengkaji segala aspek tentang hudud, akan tetapi ia tidak didedahkan secara terperinci olehnya.

Anarki dan faham neo-liberalisme


Macai Upahan UMNO Haram Jadah
Faham pasca-modernisme yang menolak autoriti dan hierarki adalah salah satu cabang faham neo-liberalisme yang berkembang di Barat dan sedang menjangkiti masyarakat negara lain. Darinya lahir faham anarki (disorderly) yang menolak sesuatu yang bersifat tradisi dan berkait dengan agama.

Faham ini ingin melahirkan aliran baru dalam berfikir dan tindakan atas nama hak asasi manusia atau civil liberty yang menjadi agenda mereka. Kecenderungan ke arah amalan LGBT umpamanya adalah salah satu daripada pola amalan yang dianggap sebagai menepati hak asasi yang sedang dicetuskan.

Gerak anarki ini tidak saja berlaku di Barat tetapi sedang kelihatan terjadi dalam negara kita Malaysia. Kecenderungan merusuh, tidak menghormati undang-undang, tidak sensitif kepada kepentingan ramai, merasakan kumpulan minoriti paling berkuasa, hilangnya tradisi perbincangan dan muzakarah adalah antara gejala yang sedang terjadi.

Kecenderungan ini amat bahaya bagi Malaysia. Negara ini dalam konteks masyarakat berbilang memerlukan rasa sensitif atau kepekaan yang tinggi di kalangan warganya untuk menjaga maslahah ini supaya tidak ada pihak yang dibenarkan mengambil kesempatan untuk mencetuskan huru-hara dan melakukan tindakan provokatif yang menyebabkan konflik terjadi.

Di Barat kecenderungan ini terhubung dengan Teori Konflik dengan maksud terjadinya perbalahan dan menyebabkan kecenderungan anarki terjadi dan pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu mengambil kesempatan daripada keadaan yang terjadi.

Amat dibimbangi kecenderungan anarki ini tidak saja menjadi tunjangan pengikut neo-liberalis saja, tetapi sedang menghinggapi pendukung gerakan politik Islam yang sanggup melakukan kerosakan terhadap harta, hatta bertindak membahayakan nyawa orang lain.
Islam sangat mencegah keadaan tindakan yang menjurus kepada kebinasaan. Apabila undang-undang tidak perlu dipatuhi ia adalah kecenderungan anarki. Tindakan merosak harta, mencederakan orang lain, hatta ingin melakukan kerosakan yang lebih teruk bukanlah ajaran Islam.

Hudud bela perogol? Ketua Wanita Gerakan diselar kerana terlebih pandai dari Islam..!!


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pandangan biadab Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe kononnya hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil kepada mangsa.

Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!"  (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.

"Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah adalah suatu pembohongan.

Tarmizi menambah, Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.
Menurut beliau, isu rogol yang dibangkitkan Ketua Wanita Gerakan itu tidak berasas memandangkan pembuktian jenayah rogol bukanlah seperti zina (hubungan seks antara bukan mahram dengan kerelaan pelaku).

Pemuda Umno jumpa rakan BN beri maklumat ‘tepat’ isu hudud, kata Khairy

Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.
Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.
“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut, semalam.
Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.
Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.
“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya.

Najib kata Cina berjaya kerana dasar ‘adil’ kerajaan BN...."Apa Cina Mahu Lagi"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melambai kepada orang ramai di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Mei, 2014. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melambai kepada orang ramai di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Mei, 2014.
Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata dasar "adil" kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu kejayaan masyarakat Cina di Malaysia selama ini.
Walaupun mengakui usaha dan kemahiran keusahawanan komuniti tersebut menyumbang kepada pembangunan negara, perdana menteri berkata dasar BN yang menjaga keamanan dan keharmonian membolehkan masyarakat Cina berkembang.
"Tetapi kita kena akui, oleh kerana polisi BN yang memastikan keamanan dan keharmonian di Malaysia, memastikan peluang diagihkan secara adil dalam negara menyebabkan kebanyakan orang Cina berjaya di sini," katanya semasa berucap di Perhimpunan Perpaduan MCA di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur hari ini.

Umat Islam tidak patut bantah GST, selepas mimbar masjid gagal, Mufti diperguna pula..!!


Sehari selepas lebih 50,000 rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk ‎membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menggesa umat Islam agar menyokong usaha kerajaan tersebut.
Perhimpunan di Kuala Lumpur pada Khamis lalu dihadiri puluhan ribu orang, kebanyakannya orang Melayu Islam. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mei, 2014. Beliau berkata, Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan asalkan ianya tidak menzalimi rakyat.
"Kalau sistem (GST) itu baik dan tidak menzalimi rakyat, maka perkara tersebut dibenarkan oleh syarak," katanya ‎semalam seperti dilaporkan Bernama.
Abdul Rahman turut meminta umat Islam di negara ‎ini tidak menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST.
‎"Umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan GST sebaliknya perlu ada sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut," katanya.
Tambahnya lagi, sistem kutipan cukai kepada rakyat bukan merupakan perkara baru kerana ia dilaksanakan sejak zaman pemerintahan Umar Al-Khattab di mana segala hasil cukai di salurkan ke Baitulmal untuk diagihkan kepada pihak yang tidak berkemampuan.
Abdul Rahman menyelar sesetengah pihak yang mengadakan perhimpunan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai GST.
Katanya, kerajaan kini sedang giat dalam usaha memberikan penerangan kepada butiran pelaksanaan GST ‎agar ia dapat difahami rakyat apabila cukai itu dikenakan pada 1 April tahun depan.
‎"Sesiapa sahaja yang mempunyai cadangan yang lebih baik daripada GST, ia sepatutnya dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi," katanya.
Pada 1 Mei lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu beragama Islam berhimpun di Dataran Merdeka untuk membantah GST.

Cukai GST (Majoriti Rakyat Malaysia) VS Cukai Capital Gain Tax, Windfall Tax & Super Rich Tax (Taikun & Kelompok Maha Kaya)?

Cukai Kaya Malaysia
Cukai GST (Majoriti Rakyat Malaysia) VS Cukai Capital Gain Tax, Windfall Tax & Super Rich Tax : Semua sedia maklum, bermula tahun hadapan Malaysia memerlukan suatu cukai baru untuk membolehkan negara menjana satu lagi pendapatan untuk kantung negara iaitu apa yang dipanggil GST.
Dan suka atau tidak, bersedia atau tidak rakyat malaysia perlu menghadapi dan merasai bahagangnya bermula 1 Mei 2015. Yang mana GST akan mengenakan cukai kepada seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya…..
Persoalan yang ingin Berita Semasa timbulkan di sini adalah mengapa kerajaan Malaysia mengabaikan potensi untuk “merompak @ mengenakan cukai tambahan” kepada kelompok taikun dan orang terkaya terlebih dahulu sebelum mengenakan cukai GST kepada majoriti rakyat Malaysia melalui keadah GST yang rata-ratanya pastinya rakyat marhaen yang berpendapatan serdahana dan berpendapatan rendah. Mengapa?
Mengapa saban kali topik GST dikemukakan kepada rakyat Malaysia melalui iklan yang bertalu-talu disogokkan kepada rakyat Malaysia antara ayat popular yang kedengaran ialah :
Yang diulang berkali-kali, ada 162 negara di seluruh dunia yanag melaksanakan GST. Daripada negara Vietnam, Laos semua buat GST. Mengapa tidak Malaysia? Kata…….
Ok. Baik. Jikalau atas nama alasan banyak negara sudah melaksanakan GST, maka Malaysia mesti juga mempunyai GST (KLIK SINI). Jadi Berita Semasa ingin memulangkan persoalan di bawah ini, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan alasan yang sama apabila negara-negara lain melaksanakan 3 cukai untuk kelompok taikun dan kaya-raya di Malaysia.
  • Cukai tambahan untuk majoriti rakyat Malaysia : GST
  • Cukai untuk kelompok maha kaya di Malaysia : Ada atau tidak?

Senarai Cukai Untuk Kelompok Kaya di Malaysia Yang Boleh Kerajaan Malaysia Buat?

Di bawah ini Berita Semasa senarai 3 cukai yang sesuai sangat dikenakan kepada kelompok kaya yang begitu senang lenang mengaut kekayaan “cara mudah” tetapi terlepas di Malaysia bayaran cukai seperti mana yang sedang dilaksanakan di beberapa negara lain

What Malaysians have endured a year after GE13

As the first anniversary of the 13th general election approaches, The Malaysian Insider looks at some of the hot-button issues plaguing the country.
The prime minister’s attempt to respond to rising anger over higher prices using kangkung (water spinach) as an example earned him nothing but scorn. – The Malaysian Insider pic, May 3, 2014. 
The prime minister’s attempt to respond to rising anger over higher prices using kangkung (water spinach) as an example earned him nothing but scorn. – The Malaysian Insider pic, May 3, 2014.The 13th general election, it seems, was not the conclusive end to the five-year tug of war between the political forces shaping this country.
The 365 days since then seem to repeat the same cycle of conflict and tension that were constant features in the country between 2008 and 2013.
Fatal accidents, such as the Genting bus crash in July 2013 and the disappearance of MH370, have left Malaysians wondering how these incidents could still happen in this day and age.
As Malaysians attempt to speculate on whether things will get better on the road to developed-nation status, it would be helpful to review some of the things that have occurred since May 5, 2013.
GST 
In the Budget 2013, Putrajaya passed an act which will put the Goods and Services Act (GST) into effect in April 2015.
The tax has been fixed at 6% and will replace the current sales tax and service tax (SST).
Prevention of Crime Act 
Passed by Parliament last October. This reintroduced preventive detention. It was billed as Barisan Nasional’s attempt at combatting the worsening crime rate after Emergency Ordinance was lifted, releasing thousands of criminals.
However, Pakatan Rakyat and human rights activists fear it would be one day used against critics of the government much in the same way the Internal Security Act was used against DAP, PAS leaders and civil society activists in Ops Lalang 1987 and reformasi activists in 2000.
Fuel and electricity prices go up, and inflation follows
Billed as part of efforts to reduce government debt, the BN administration cut subsidies for fuel causing RON 95 petrol to go up by 20 sen to RM 2.10 a litre on September 2. RON 97 petrol went up by 15 sen.
The move was part of the administration’s efforts to reduce the national debt and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said then the new prices would save the government at least RM1.1 billion in 2013.
The sugar subsidy of 34 sen was abolished on October 26.
Electricity rates also went up by 15% starting this year. The hike hit mainly commercial users such as businesses and factories.
These combined increases have driven up the prices of goods and services.
Figures released by the Statistics Department in March showed that the cost of living, as measured through the consumer price index (CPI), has gone up to 3.5% last month.
It was 3.4% in January and 3.2% in December.
BR1M 
Putrajaya said that savings made through slashing subsidies would be channelled back into handouts for the poor through its 1Malaysia People’s Aid (BR1M) programme.
Cash handouts to households with a monthly income of below RM3,000 have been increased to RM650 from RM500.
For those aged 21 and above and with a monthly income not exceeding RM2,000, BR1M was increased to RM300 from RM250.
For the first time, cash assistance of RM450 was extended to households with a monthly income of between RM3,000 and RM4,000.
The government set aside RM4.6 billion for all these schemes which benefited 7.9 million recipients.
The price of kangkung and of dissent
Najib attempted to respond to rising anger over higher prices with a now infamous speech on how prices fluctuate. As an example, he chose kangkung (water spinach).

Setahun selepas PRU13, politik Malaysia masih bergelora

Setahun selepas pilihan raya umum paling sengit dalam negara, The Malaysian Insider melihat kembali apa yang berlaku kepada negara selepas itu. Dalam bahagian pertama ini, kita melihat apa yang sudah berubah dan apakah keadaan kita lebih baik dalam penggal kedua pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Razak.
 

Setahun selepas menang dengan majoriti lebih kecil dan mandat peribadi pertama, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) masih berada di posisi sama sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) – memerintah sebuah negara yang berpecah kerana kaum dan agama dan majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Golongan fundamentalis Islam mahukan undang-undang jenayah Syariah hudud yang memotong tangan pencuri, pergeseran kaum berlaku kerana golongan sayap kanan terus membangkitkan isu, inflasi meningkat kepada 3.5% pada Mac dan tiga daripada lima orang ditinjau tidak bersetuju dengan 6% cukai penggunaan - berkuatkuasa pada April 2015.
Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines, kehilangan pesawat Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang di dalamnya tanpa dapat dikesan selepas 57 hari pencarian dilakukan.
Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat, menggambarkan suasana sekarang, setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei, sama seperti empat tahun pertama selepas Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009 daripada Tun Abdullah Badawi, yang terpaksa berhenti selepas BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2008.
“Kerajaan Najib setahun selepas 5 Mei mempunyai ciri-ciri kedua-dua penindasan aktif kepada golongan penentang dan minoriti dan kegagalan pasif dalam tadbir urus negara.
“(Ini) dilihat dalam penganiayaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan peminggiran orang bukan Islam, dan kegagalan dalam menguruskan krisis MH370 itu," kata Wong kepada The Malaysian Insider.
Ahli akademik bersama Penang Institute itu merujuk kepada keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat, serta hukuman kes hasutan melibatkan mendiang Karpal Singh, peguam tersohor dan bekas pengerusi DAP yang meninggal dunia bulan lepas.
Menurut Wong, pada penggal kedua Najib, usaha mengekang pengaruh PR masih dijalankan menerusi saluran mahkamah dan NGO bersekutu, selepas empat tahun pemerintahannya melihatkan pelbagai program transformasi di bawah panji 1Malaysia gagal menarik sokongan pengundi.
Para penganalisis berkata, kerajaan BN dilihat perlahan dalam memberikan respon terhadap ketegangan kaum dan agama yang semakin melarat. Ia juga semakin hilang sokongan di kala inflasi mula dirasakan.
PR menganjurkan perhimpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lepas, sepertimana empat tahun lepas, untuk mengumpul kemarahan awam terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Muslim tanpa mengira parti wajib sokong hudud – Ustaz Azhar Idrus



KOTA BHARU: Anda Muslim biar pun mendokong parti mana sekali pun adalah wajib menyokong pelaksanaan perundangan Islam yang merangkumi  hudud, kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata, umat Islam wajib menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud.

“Di akhirat kelak Allah SWT akan tanya sama ada kamu telah berusaha atau tidak melaksanakan syariat-Nya. Kita hanya akan bernasib baik kalau telah berusaha tetapi masih ada halangannya.

“Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk melaksanakan dengan membawa usul hudud ke parlimen. Ketika itu kita akan tahu siapa dalam kalangan orang Islam yang bersifat munafik,” katanya pada program Haflah Ilmu anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Padang Perdana, malam 1 Mei.

Turut bertindak sebagai panelis pendakwah muda, Syed Nor Hisyam Tuan Padang, manakala Amin Idris dari TVHijrah bertindak sebagai moderator.

Akhbar M'sia kekal tak bebas - Freedom House

Malaysia terus dikategorikan sebagai “tidak bebas” dalam Laporan Kebebasan Akhbar oleh Freedom House untuk tahun 2013.

Negara ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan dalam ranking dunia.

Menurut laporan itu, Malaysia menerima “trend penurunan” ekoran “penipuan pilihan raya berleluasa dan rintangan struktur bagi menghalang pembangkang mengambil alih tampuk kekuasaan”.

Malaysia kini di kedudukan 141 dalam ranking dunia berbanding 146 pada 2012 dan mendapat 64 daripada 100 mata, sama seperti tahun sebelumnya.

Mata lebih kecil menunjukkan menunjukkan lebih bebas manakala mata lebih tinggi pula kurang bebas.

Laporan itu menunjukkan keadaan tidak banyak berubah untuk Malaysia sejak 2005, dengan mata antara 63 hingga 65.

Laporan itu turut mengutip keputusan mahkamah yang tidak membenarkan penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dan “prasangka yang memburuk” terhadap masyarakat lesbia, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Kisah presiden NGO bergembira atas kesengsaraan orang

Amirrul Jeffery Igai


Sejenis Binatang Yang Tiada Perasaan....
Di sebalik kesengsaraan dan kesedihan yang ditanggung daripada Maha Agung, terutamanya oleh keluarga, saudara-mara di samping rakan taulan dan rakan seperjuangan, baik sengsara dari segi fizikal dan mental, ada juga pihak yang menumpang bersimpati berkongsi tempiasnya.
Di sebalik penderitaan dan bakal ke penjara buat sekian kalinya kerana keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari, ada juga puak yang mengukir senyuman, baik pihak kawan dalam blok yang sama mahupun musuh dalam selimut dan musuh di luar selimut.
Kisahnya tentang seorang presiden sebuah NGO yang tidak berhati perut dan perikemanusiaan yang berhajat untuk mengadakan kenduri sekiranya beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) YaGO ini.
Sudahlah berniat mengadakan kenduri sesudah Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk penjara, bertambah keji lagi apabila presiden NGO ini siap berdoa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dihantar ke penjara.
Manusia apakah ini? Bergembira di atas kesengsaraan orang lain.
Terkinja-kinja dan melompat gembira atas keperihan dan malapetaka yang menimpa insan lain.
Kalau pun kita berdendam dan sakit hati dengan seseorang, tidak bolehkah disimpan dalam poket seluar rapat-rapat? Zipkan mulut agar tidak menampakkan kita ini seorang yang berhati gelap?
Paling tidak pun, diamkan diri daripada mencetuskan provokasi bagi menghormati keluarganya yang kehilangan Imam rumah tangga buat sementara waktu.
Kalau hati sudah busuk dan hitam, begitulah kenyataan yang keluar daripada mulut sang pelopor rasis.
Dari Pulau Pinang ke Selangor, Sabah ke Sarawak, dan Johor ke Kuala Lumpur, siapa yang tidak kenal batang tubuh si presiden NGO  ini, terkenal dengan mulutnya lancang yang meniup api sensitiviti, kononnya mengaku perisai kepada Bumiputera sebagai agenda politik sempit semata-mata, tajaan si parti politik yang kian nazak sokongan rakyat yang sudah membuka mata luas-luas sesudah dimamah dunia tanpa sempadan..
Hairan bertambah pelik apabila mengenangkan si presiden NGO ini tidak habis-habis dengki dan iri hati kepada Anwar Ibrahim, menyerang DSAI siang dan malam, pagi dan petang, dalam terang mahupun di dalam gelap.

A year after GE13, Malaysia remains in a political rut

As the country marks one year after arguably the most fiercely fought general election, The Malaysian Insider takes a step back to look at how the country has come since then. In this first part, we look at what has changed since then and if we are better off under the second Barisan Nasional administration of Datuk Seri Najib Razak.

One year after winning an even smaller majority and his first personal mandate, Datuk Seri Najib Razak and his Barisan Nasional (BN) find themselves in the same position as before GE13 – running a country divided by race and religion, and a majority dissatisfied with the ruling government.
Islamic fundamentalists want the Shariah criminal law, hudud, which prescribes amputation for theft; racial friction remains as right-wing groups stoke issues; inflation spiked to 3.5% in March; while three out of five people surveyed are against a 6% consumption tax due April 2015.
Loss-making flag carrier Malaysia Airlines has mysteriously lost a Boeing 777-200ER with 239 on board without any trace after a hunt that now enters its 57th day after days of confusion over its location. It has yet to be found.
Political scientist Dr Wong Chin Huat has described the atmosphere of the past year after the May 5 general elections as being the same as the first four years when Najib took over in 2009 from predecessor Tun Abdullah Badawi who quit over BN's historic loss of the two-thirds parliamentary super-majority in Election 2008.
“The Najib government in the year after May 5 is characterised by both active suppression of dissents and minorities and passive failure in governance.
“(This is) represented by the persecution of Pakatan Rakyat (PR) leaders and marginalisation of non-Muslims, and its failure in managing the MH370 crisis,” Wong told The Malaysian Insider.
The academic with the Penang Institute was referring to a sodomy conviction for opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and a sedition conviction for the late Karpal Singh, the prominent lawyer and former DAP national chairman, last month.
Wong said that work to check PR's influence is still being done through the courts and allied NGOs in Najib's second term of power, after his four years were marked by various transformation programmes under the 1Malaysia banner that failed to capture the electorate's support.
Analysts said the BN government was seen to be slow in responding to increased tensions between ethnic and religious communities. It was also losing support as the pain of inflation bites deeper.
PR, which organised an anti-Goods and Services Tax (GST) rally on May 1 during the Labour Day public holiday hoped, just like it did four years ago, to create a wave of public anger towards pricier goods and services.

ICC tolak permintaan Mursi mohon siasat rampasan kuasa oleh Regim Zionis As Sisi

ICC tolak permintaan Mursi  
Ratusan pengikut Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati minggu lalu.
THE HAGUE - NETHERLANDS. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak permintaan Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi untuk menyiasat jenayah tentera di Mesir.

“ICC bersepakat menolak permintaan Mursi untuk membuka kertas siasatan tentang kekerasan dilakukan tentera terhadap rakyat negara itu sejak Jun tahun lalu, “ menurut ICC dalam satu kenyataan.

Disember lalu, gerakan Ikhwanul Muslimin menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan di bawah pimpinan Mursi memfailkan aduan memohon ICC melakukan siasatan terhadap tindakan tentera melakukan rampasan kuasa.

Aduan turut merangkumi tindakan tentera yang mendakwa pengikut Ikhwanul melakukan pembunuhan, dikenakan penjara yang menyalahi undang-undang, penderaan dan penganiayaan.

Permintaan Ikhwanul menggesa ICC mengkaji semula keputusan Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman mati terhadap lebih 600 penyokongnya termasuk Mursyidul Am, Mohamed Badie turut ditolak.

Ini bermakna hukuman mati yang dikenakan terhadap ratusan penyokong Mursi adalah kekal, laporan dipetik dari Al Ahram.

Akhbar Pro-BN @ Akhbar Zionis Melayu Kata Cuma 500 Yang hadir Perhimpunan Anti-GST

Rakyat Malaysia dan warga dunia bukan dungu! Hanya 500 hadir ke Perhimpunan Bantah GST!

SEKILAS PANDANG: Jika rakyat Malaysia berharap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno bakal berubah haluan dan melaksanakan reformasi selepas PRU13, lupakan saja.

BN seumpama seekor keldai degil. Perhatikan sahaja sikapnya dan sedarlah ia bersikap degil seperti sang keldai.

Liputan akhbar arus perdana tentang perhimpuan bantah GST yang dianjurkan pada 1 Mei telah disuntik elemen propaganda.

Media kerajaan bukan hanya mati pucuk, ia menghina kebijaksanaan pembaca di serata dunia.

Media milik pemerintah ini diterajui pengarang yang tiada tulang belakang dan mereka tidak hiraukan integriti ataupun kemampuan untuk bertahan lama. Mereka hanya menjaga kedudukan sendiri.


Tiada langsung sebiji zarah professionalisme kewartawanan yang diterapkan organisasi media kerajaan tanpa maruah di Malaysia hari ini.

Perhatikan laporan menyedihkan yang terpampang di dada akhbar mereka. Hanya 500 peserta perhimpunan didakwa berkumpul bagi membantah GST.

Buta sangatkah mata rakyat Malaysia? Atau mungkin pihak kerajaan akan mendakwa foto-foto yang berlegar di laman media sosial telah dipalsukan bagi memberi gambaran satu perhimpunan raksasa?

Perkataan ‘memalukan’ tidak lagi sesuai bagi mencerminkan media kerajaan ini. Mereka ini berkasta terlalu rendah.

Tidak menghairankan apabila edaran dan jumlah pembacanya semakin merudum teruk.

Perhimpunan raksasa itu disertai pelbagai golongan dengan majoriti terdiri peserta Melayu. Ini jelas menunjukkan BN bakal diketepikan.

Jalanan di ibukota dimeriahkan tiupan vuvuzela dan horn kereta. Anggaran kasar menunjukkan lebih dari 50,000 manusia membanjiri tapak perhimpunan.

GST: Who has the better argument?

GST will not solve fiscal problems but in fact will make it worse.

More than 50,000 people turned up for the anti-GST rally held on May 1 recently. This columnist who took the KTM Komuter train to KL had met up with a few members of the PAS Women’s Wing and joined them for the rally.
All these women opined that they opposed the GST (Goods & Services Tax) for the simple reason that goods will cost more after GST is implemented on April 1 next year.
GST RallyThe BN federal government relied on its 133 majority in parliament to push through the GST and gave two arguments for backing up the same.
The first argument was that GST will not hurt the rakyat because it replaces the Sales and Service Tax (SST) which has the higher rate of 10% whereas GST is only at 6%.
Furthermore, they claimed that under the current SST system, there are two types of taxes, the 10% tax and the 6% tax which will overall total up to 16%.
This argument is a fallacy as not many people pay the SST on a regular basis as it is implemented in upmarket restaurants and hotels only, whereas GST will tax the poor on a daily basis due to many more goods falling under the jurisdiction of the GST.
In actual fact, under the GST everything is taxable unless exempted, unlike under SST wherein everything is exempted unless taxable. See the great difference?
The World Bank in a paper entitled ‘Value Added Taxation: Mechanism, Design and Policy Issues’, in acknowledging that VAT (GST) is inherently regressive, stated that attempts to reduce it through exemptions and zero-rates have proven ineffective.
This is simply because it is impossible to do so as one cannot segregate food, goods and services consumed by the poor from those consumed by the rich.
Of course the poor will go for the cheaper toothpaste, for example, but the toothpaste will still have the GST imposed on it.
This means that under GST even the poor will be taxed (although they are excluded under SST) and this certainly will make the poor much poorer as their daily purchases will be taxed.
Rising debt levels

501: Buat kecoh, pakai topeng sesiapa pun boleh

KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Himpunan 1 Mei bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu himpunan yang dihadiri oleh ratusan ribu rakyat itu adalah yang terbaik.

"Sepanjang bermulanya himpunan dan hingga habis, ia berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ini yang kita janji, berhimpun secara aman. Kita tidak mahukan sebarang provokasi seperti dilakukan oleh bukan dari kita sehingga timbul kekecohan, inilah yang terbaik saya dapat nyatakan selain matlamat kita tercapai," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang turut berkongsi, terdapat maklumat diperolehi ramai peniaga di sekitar Dataran Merdeka gembira dengan pulangan yang mereka perolehi semalam.

"Mana ada peniaga yang rugi semalam, semua untung berlipat ganda, yang kecoh kata peniaga rugi dulu sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) arahkan mereka tutup kedai," sambung beliau.

Ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku sejurus selesai perhimpunan tersebut, katanya ia adalah merupakan isu kecil.

"Kita pun tak kenal siapa yang buat kecoh, pakai topeng sesiapa pun boleh lakukan.

Perhimpunan bantah GST hanya provokasi kepada kerajaan, kata Khairy

Perhimpunan gagal sebab tak kena tembak "GAS"...
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin  melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam hanya satu provokasi kepada kerajaan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak penganjur bukan sahaja gagal untuk mencapai matlamat perhimpunan malah turut memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja.
"Apa yang berlaku disebaliknya apabila peserta perhimpunan pula yang bergaduh sesama sendiri dan sanggup memukul wartawan yang pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan hak kebebasan media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jambori Orang Muda (JOM) peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja di Besut hari ini.
Katanya kali ini kerajaan sengaja tidak menggunakan tenaga polis untuk menyuraikan perhimpunan malah mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tidak berlaku kerosakkan peralatan awam.
Beliau berkata mereka yang menyertai perhimpunan jelas tidak dapat mengawal emosi dan telah bertindak di luar batasan.