Jumaat, 2 Mei 2014

GST: PAS tuntut Presiden Cuepacs mohon maaf

KUALA LUMPUR: PAS menuntut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda memohon maaf kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam kerana melabelkan mereka sebagai pengkhianat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Presiden Cuepacs tidak wajar melabelkan kakitangan awam sedemikian kerana hanya menyertai Himpunan Bantah GST.

Tegas Mahfuz, sepatutnya Cuepacs bertanggungjawab membela nasib pekerja kakitangan awam yang saban hari terus terhimpit dengan kenaikan kos hidup.

"Sebagai kakitangan mereka ada hak untuk tuntut apa yang mereka mahu apabila berdepan dengan tekanan kenaikan kos hidup.

"Himpunan semalam bukan khianat kerajaan tetapi mahu menuntut hak dan sepatutnya kerajaan dengar tuntutan itu," katanya dalam sidang media hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Berhubung aku janji kakitangan awam dengan kerajaan, jelas Mahfuz ianya tidak wajar ditimbulkan kerana kerajaan  juga mempunyai aku janji dengan rakyat.

MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang


Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah AS$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.
Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di Beijing hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.
"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya (gambar) berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.
Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak  terima.

Menteri jelaskan mengapa laporan MH370 nipis

Menara Ho Chi Minh sepatutnya hubungi MH370 - DCA

MH370: Hisham nafi Malaysia lewat aktifkan SAR

Hudud: Kerajaan pusat serius, tubuh jawatankuasa teknikal

Timb MB Kelantan anggap mesyuarat j/k teknikal hudud positif

Anwar isytihar demo 1 Mei berjaya, lebih 50 ribu hadir


Tian Chua: Are You Ready For GST?


Pemilihan KEADILAN di Kedah, Perlis, Sabah bermula esok

KUALA LUMPUR 2 MEI: Pengundian Pemilihan KEADILAN 2014 peringkat negeri Kedah, Perlis dan Sabah akan bermula esok (Sabtu), 3 Mei 2014.
Bagi negeri Pulau Pinang dan Perak pula pengundian Pemilihan KEADILAN akan dijalankan pada hari Ahad, 4 Mei 2014.
Manakala pengundian bagi negeri Sabah diadakan selama dua hari iaitu Sabtu (3 Mei 2014) dan Ahad (4 Mei 2014).
Berikut adalah kedudukan undi terkini sehingga 27 April 2014 bagi jawatan utama pertandingan .

Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Presiden
Mohamed Azmin Ali (5,111)
Saifuddin Nasution Ismail (2,322)
Abd Khalid Ibrahiim (2,228)
Keputusan Semasa Jawatan Naib Presiden
Nurul Izzah Anwar (5,610)
Mohd Rafizi Ramli (5,018)
Tian Chua (4,833)
Baru Bian (4,417)
Shamsul Iskandar (3,491)
Dr Xavier Jayakumar (3,410)
Lee Chin Cheh (2,330)
Mustafa Kamil Ayub (2,040)
Fuziah Salleh (2,004)
Yahya Sahri (1,027)
Keputusan Semasa Jawatan Ketua Wanita
Zuraida Kamaruddin (1,789)
Rodziah Ismail (1,106)
Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Ketua Wanita
Haniza Talha (1,752)
Prof Madya Rusnah Aluai (851)
Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (217)
(Dayangku Intan)
Keputusan Semasa Jawatan Naib Ketua Wanita
Dr Daroyah Alwi (1,843)
Noorsham Abu Samah (1,704)
Tan Poh Lai (1,385)
Gan Pei Nei (1,211)
Johair Matlani (978)
Sivamalat Genapathy (880)
Keputusan Semasa Jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Amirudin Shari (777)
Nik Nazmi Nik Ahmad (739)
Mohd Nazree Yunos (720)
Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Afif Bahardin (951)
Chang Lih Kang (698)
Mohd Serman Hassnar (579)
Rames Kumar Theethan (115)
Keputusan Semasa Jawatan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (926 )
Raymond Bin Ahuar (867 )
Mohd Radzlan Jalaludin (911 )
Ginie Lim Siew Lin (796 )
Sangheta Jayakumar (808 )
Nor Hizwan Ahmad (702 )
Rajevigneswaran Maniraju (425 )
Sri Sanjeevan Ramakrishnan (579 )
Carol Oolmela (419)

GoPro At Merdeka Square May Day Rally


Tinjauan Merdeka Centre dedah 62 peratus rakyat tolak GST














‘MH370 aid offices did nothing for families’

Malaysian relatives shrug off MAS's decision to close its family assistance centres.

PETALING JAYA: The relatives of Malaysians on board Flight MH370 are indifferent to Malaysia Airlines’ decision to close all its family assistance centres by May 7, according to one of them.
“It makes no difference to us because the committee tasked to help us did nothing to alleviate our suffering anyway,” said Nur Syafinaz Mohamed Asnan, a younger sister of Mohamed Hazrin, a steward on the flight.
MH 370“We had moved back home since the Prime Minister announced that the flight crashed into the Indian Ocean.”
Syafinaz claims that her sentiment is representative of the feelings of other affected Malaysians. If so, then it is in sharp contrast to how the relatives of Chinese nationals took MAS’s announcement. They reacted with tears and screams of frustration.
Syafinaz told FMT most of the relatives relied on information from the media rather than from the family assistance centres.
“These centres did nothing to help us,” she said. “Most, if not all of the information we get are from outside sources. Shutting down these centres will not affect me or my family.
“I am more frustrated over the airline’s inability to provide us with updated information.”
MAS said in a statement yesterday that its officials would continue to provide the relatives with information on the progress of the search for MH370 and update them on investigations into what went wrong with the flight. It advised the relatives to go home.

MH370: Hishamuddin perlu jelas maklumat bercanggah

mh370 pcSHAH ALAM, 2 MEI: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam laporan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikeluarkan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam (1 Mei).
Dalam satu kenyataan media, Lim mendakwa laporan kehilangan pesawat itu tidak selari dengan laporan awal, pada 9 April lalu dan menyifatkan laporan itu bercanggah, selain Putrajaya merahsiakan operasi mencari serta menyelamat di Selat Melaka.
“Kawasan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) daripada awal pagi kehilangan Boeing 777 diperluaskan dari Laut Cina Selatan ke Selat Melaka tidak terdapat dalam laporan awal Hishammuddin bertarikh 9 April lalu tetapi hanya didedahkan dalam kenyataan, semalam.
“Mengapa Hishammuddin tidak mengumumkannya pada awal, sebaliknya menunggu 55 hari sehingga semalam mengeluarkan kenyataan bersama laporan awal kehilangan MH370?.
“Dua kenyataan laporan awal oleh Hishammuddin hanya menimbulkan lebih banyak persoalan,” katanya.
Beliau berkata, laporan yang dikeluarkan semalam itu tidak memuaskan dan tidak lengkap seterusnya berbeza dengan laporan insiden pesawat lain sebelum ini seperti Air France 447 dan insiden letupan enjin pesawat di Singapura, pada 2010.
“Laporan kehilangan pesawat Air France 447 mempunyai 128 muka surat dan laporan awal letupan enjin di Singapura mempunyai 40 muka surat yang lebih lengkap dengan diagram dan carta.

Pusat bantuan keluarga MH370 di Beijing ditutup 6 petang tadi


Kemudahan penginapan untuk waris penumpang MH370 mangsa di tiga hotel di Beijing, termasuk Hotel Lido, akan dihentikan mulai hari ini. – Gambar Reuters, 2 Mei, 2014. 
Kemudahan penginapan untuk waris penumpang MH370 mangsa di tiga hotel di Beijing, termasuk Hotel Lido, akan dihentikan mulai hari ini. – Gambar Reuters, 2 Mei, 2014.

Malaysia Airlines (MAS) akan menutup Pusat Bantuan Keluarga bagi penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 di Beijing pada pukul 6 petang tadi.
Menurut kenyataan MAS, kemudahan penginapan untuk waris penumpang MH370 mangsa di tiga hotel di Beijing, termasuk Hotel Lido, akan dihentikan mulai hari ini.
Kenyataan itu juga menyebut Pusat Sokongan Keluarga MH370 akan ditubuh pada 4 Mei ini di daerah Shunyi di sini bagi membolehkan waris berkomunikasi dengan kerajaan Malaysia, kerajaan China dan MAS untuk mengetahui perkembangan terkini kehilangan pesawat berkenaan selain merekod serta menjawab soalan mereka.
Tiga talian penting (hotline) akan turut diwujud bagi membolehkan orang ramai menghubungi pusat itu iaitu 10-800-130-1364 (bebas tol), 10-800-713-1404 (bebas tol) dan 400-720-8792.
Seorang pegawai MAS memaklumkan pemberita di sini bahawa syarikat penerbangan itu telahpun menghantar satu mesej dalam Bahasa Cina menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anggota keluarga hari ini bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Kelewatan empat jam aktif sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas


Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 March lepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Kok Soo Chon.
"Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza.
"Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada benda yang Malaysia lakukan dengan baik, ada benda yang boleh kita lakukan dengan lebih baik," katanya dalam sidang media berkaitan MH370 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Hishammuddin juga berkata sewaktu insiden Air France 447, masa yang diambil syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan sistem menyelamat adalah lebih lama, iaitu enam hingga tujuh jam.
Semalam, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo.

Malaysia, negara yang sudah tidak dikenali..!!


Di seluruh dunia, dinding yang memisahkan kaum dan agama sedang diruntuhkan, tetapi di Malaysia ia diperkukuhkan oleh pihak yang taksub, kata seorang pakar undang-undang Perlembagaan kepada forum hari ini.
Menyedari polarisasi kaum dan agama di Malaysia mencapai tahap membimbangkan sejak 90-an, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem  Faruqi (gambar) berkata negara ini menjadi sebuah "negara yang tidak dikenali ".
"Anak-anak kita diajar tidak mengatakan 'Rest di Peace' kepada orang berlainan kepercayaan, mereka diberitahu tidak pergi ke rumah penganut agama lain, jika tidak iman mereka akan tergugat.
"Sikap melampau menjadi arus perdana dan sederhana dilihat sebagai menyerah diri kepada kaum dan agama lain, dan ia sebagai pengkhianatan terhadap masyarakat sendiri, " katanya kepada kira-kira 20 pelajar undang-undang di forum yang dianjurkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) di Kuala Lumpur.
Forum itu diadakan bagi memberi penerangan kepada belia sama ada pertukaran Akta Hasutan dengan Akta Harmoni adalah jawapan kepada pemulihan perpaduan di negara ini.
Ia diilhamkan oleh ahli NUCC Datuk Saifuddin Abdullah yang juga ketua pegawai eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global.
Penceramah lain termasuk Lim Chee Wee , timbalan pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Polisi NUCC, dan setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Vincent Wong.
Dalam ucapannya, Shad berkata Perlembagaan, walaupun dalam peruntukan etnik, diperlukan bagi mengelak tindakan melampau dan memberi keseimbangan antara kepentingan masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera .
"Perkara 153 adalah berkenaan tindakan afirmatif bagi yang lemah dan tidak mengenai eksklusif kaum atau keunggulan kaum atau ketuanan Melayu," katanya.
"Jika kita membaca bagaimana Perlembagaan dibuat, kita akan melihat mereka yang terdahulu dianimasi wawasan yang luar biasa dan keyakinan takdir yang dikongsi bersama di kalangan pelbagai orang Semenanjung. Mereka memberi setiap komuniti kepentingan di negara ini. Tidak ada kumpulan yang mendapat kuasa monopoli mutlak atau kekayaan."

501: KENYATAAN PRESIDEN CUEPACS MEMALUKAN….

Aku rasa bukan sahaja rakyat terbanyak yang agak ‘terkilan’ dengan sikap En Azih Muda (Presiden Cuepacs) tetapi pihak kerajaan juga agak ‘malu’ dengan sikap yang dipamerkan apabila menganggap sebagai ‘pengkhianat’, peserta yang terlibat dalam demonstrasi GST yang diadakan pada hari pekerja 1 Mei 2014 yang lalu. “Civil servants who participate in the anti-Goods and Services Tax (GST) protest will be considered as traitors who are unfit to hold government positions” katanya. Tempelaknya kepada ahli-ahli pertubuhannya. (Malaysiakini 1 May 2014)
Sebagai seorang pemimpin sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan, seharusnya beliau tahu dan faham apa yang sebenarnya diperkatakannya. Seharusnnya beliau rasional dalam memperkatakan sesuatu isu sebelum membuat sebarang kenyataan. Beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tergopoh-gopoh menyokong ‘membuta tuli’ yang seolah-olah kelihatan sebagai seorang ‘pemimpin’ yang sentiasa ‘cari makan’.
Bagaimanakah agaknya perasaan pemimpin CUEPACS ini apabila melihatkan bahawa SUHAKAM pun memberikan pujian kepada penyelenggaraan perhimpunan GST itu. “Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. (1 Mei 2014)
Katanya lagi, “Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan hari ini,”

“Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat” - MB Selangor

Gst biasaKUALA SELANGOR, 2 MEI: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu diperkenal Kerajaan Pusat tahun hadapan belum sesuai dilaksanakan sehingga jurang pendapatan rakyat berpendapatan rendah dan menengah berjaya dirapatkan terlebih dahulu.
Hal itu kerana golongan rakyat yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah dan sederhana masih lagi menjadi kelompok terbesar rakyat di negara ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keadaan itu menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata dengan golongan berpendapatan menengah bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan yang sama.
“Bila tiba masa tertentu baru GST boleh dilaksanakan tetapi bukan sekarang. Masih terdapat apa yang dipanggil jurang pendapatan yang jauh, jadi orang yang dikenakan cukai berpendapatan RM1,000 sama jumlahnya dengan orang berpendapatan RM30,000.
“Apabila orang yang kurang duit dikenakan cukai, mereka merasakan beban yang lebih besar daripada golongan berpendapatan tinggi.

62% rakyat Malaysia tidak sokong GST


Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.
Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎
"62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.
Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.
Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi  adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami.

501: SAMM nafi terlibat pergaduhan dengan Unit Amal


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di dalam laman sosial bahawa anggotanya terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501 semalam.
Menurut Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, kehadiran anggota SAMM dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga berbaju hitam di tempat dan waktu yang sama mungkin menyebabkan kekeliruan.
“Memetik beberapa kenyataan online tentang pergaduhan antara SAMM dan Unit Amal PAS pada hari ini (semalam) saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam,” jelas beliau.

Menurut Osama, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di kawasan yang dibenarkan.

SAMM ujar beliau, menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

501: Dakwaan bergaduh, Unit Amal beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Selepas tersebarnya berita kekecohan sewaktu himpunan membantah GST semalam, Unit Amal hari ini tampil memberi penjelasan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor), Khairil Anuar Ismail berkata kejadian berlaku disebabkan cubaan memasuki kawasan padang oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising oleh kumpulan sama.

Beliau berkata Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan GST semalam.

"Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

501: Godam talian pasukan ‘Urgent Arrest’, taktik baru ganggu himpunan

urgent_arrest
KUALA LUMPUR 2 MEI: Pasukan tangkapan segera (urgent arrest) himpunan 1 Mei percaya, tindakan pihak tertentu menggodam talian telefon taktik baru mengganggu perhimpunan aman.
Dalam kenyataannya hari ini, tindakan tersebut berniat menghalang tugas anggota pasukan dalam usaha koordinasi khidmat peguam untuk sesiapa yang ditahan oleh pihak polis dalam himpunan 1 Mei semalam.
suaram1“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab berniat jahat dan mala fide, menidakkan hak dan kepentingan peserta untuk diwakili peguam ketika ditahan dan disiasat polis.
“Ini seterusnya mendedahkan peserta kepada risiko penahanan tidak sah dan tidak berperlembagaan,” kenyataan pasukan urgent arrest dipetik.
Sejak pagi 1 Mei 2014 sehingga hari ini, anggota pasukan tak henti-henti menerima panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai yang menerima SMS kecemasan.
Dianggarkan ratusan SMS dan ribuan panggilan telefon diterima, kononnya daripada anggota pasukan dan meminta orng ramai menghubungi semula anggota pasukan dengan segera pada hari tersebut.

501: GERAMM desak penganjur siasat kes kasari petugas media

SHAH ALAM, 2 MEI: Gerakan Media Marah (Geramm) menyelar kekasaran terhadap petugas media dalam Himpunan Bantah GST 501 yang berlangsung di Dataran Merdeka, semalam.
Geramm dalam satu kenyataan media mengecam tindakan terbabit dan mendesak penganjur menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.
Mereka berpendapat walaupun sebilangan media dianggap sebagai alat propaganda pihak tertentu, namun tindakan keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima sama sekali.
“Tindakan segelintir peserta protes itu yang mengasari beberapa wartawan dan jurugambar amat dikesali. Kami mahu penganjur menyiasat perkara ini dan kumpulan itu tampil memberi penjelasan mengapa hal ini boleh berlaku.
“GERAMM dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap wartawan,” katanya.
geramm logoAntara petugas media yang dikasari adalah jurufoto HCK Media (mewakili akhbar mingguan perniagaan Focus Malaysia, akhbar mingguan The Heat dan portal theantdaily.com) Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto The Malaysia Reserve, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu.
Sementara itu, jurukamera agensi Negara China Xinhua News, Mohd Zul Iskandar Hanafiah turut disepak beberapa kali oleh sekumpulan anak muda berpakaian hitam dan bertopeng.
Selain itu, Geramm turut menyokong tindakan undang-undang yang mahu dibuat oleh wartawan yang menjadi mangsa termasuk laporan polis yang mahu dilakukan oleh Persatuan Jurugambar Berita Malaysia (MPPA) dan individu terbabit.

Selami amanat Anwar di Dataran Merdeka

Apakah ucapan Anwar Ibrahim di laman bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka pada himpunan TURUN bantah GST petang semalam merupakan ucapan terakhir beliau di khayalak sebelum berkelana kali kedua di Sungai Buloh?

Sekiranya mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan hukum penjara lima tahun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Rayuan, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menjalani hukum penjara. Takdir menimpa Anwar itu akan memberi kesan besar kepada kelestarian Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat satu-satu pemimpin yang boleh menyatukan tiga parti yang mempunyai idealogi berbeza atas satu garis sama untuk menumbangkang kerajaan UBN.

Jika menghayati dan menyelami nada dan butir-butir bicaranya memang semacam beliau meninggalkan amanah besar kepada pemimpin PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amanya agar meneruskan perjuangan membela rakyat. Anwar semacam ingin memberi amanat kepada lebih puluhan ribu yang hadir agar tidak gundah dan lemah semangat sekiranya beliau terpaksa berihat untuk kesekian kalinya di balik tirai besi.

Anwar tidak mahu gelombang kebangkitan rakyat menentang ketidakdilan dan kerakusan kerajaan terutamanya ketidaktelusan dan kesucian dalam pilihan raya yang terus mendapat perhatian rakyat diteruskan. Anwar memberi peringatan rakyat tidak akan menang kalau semata-mata menyerahkan diri kepada pilihan raya.

Anwar sebagai seorang yang berjiwa batu dan tidak pernah mengenali apa erti kesedihan tidak pernah tahu berhenti dari terus memperjuangkan rakyat. Nada dan harapan ucapannya sangat mengharap agar perjuangan membela rakyat diteruskan sekiranya berlaku apa-apa ke atasnya. Pengistyharan dan pengharapan agar Mohamd Sabu akan terus memimpin demonstrasi membayangkan apa yang tersurat di hati Anwar sebenarnya.

Pengistyharan Mohamad Sabu menjelaskan Anwar meletakkan harapan besar kepada tindakan politik jalan raya.

Amanah dan pesanan Anwar harus difahami oleh semua yang mahukan perubahan dalam politik negara. Lebih-lebih lagi ahli PKR sepatut menghayati dan memahami hati nulari Anwar Ibrahim itu sebagai memastikan perjuangan reformasi berterusan. Pemilihan dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang ini patut dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memilih dan menyaringkan calon-calon yang berwibawa dan dapat diharapkan memimpin PKR.

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Ketiadaan Anwar Atau Ibrahim Ali?

Hati Busuk Seekor Pencacai UMNO@BN
Dalam usaha membodek dan mahu menunjukkan dirinya penting kepada perjuangan UMNO serta Najib Razak, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meneruskan lagi serangannya terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin barangkali kerana ampu dan bodek yang banyak dilakukannya sebelum ini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Najib Razak serta Rosmah Mansor, maka kali ini bodekannya boleh dianggap paling "gila" dan mungkin hanya dua tiga orang saja dalam dunia ini yang sanggup melakukannya.

Apa tidaknya, kali ini beliau mendoakan agar Anwar, rakan lamanya yang sama-sama pernah merengkok di penjara Kamunting selama dua tahun, segera dimasukkan ke dalam penjara berkaitan kesalahan liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan dan hanya menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Tambah Ibrahim lagi, dengan Anwar merengkok di penjara ia adalah baik untuk negara ini kerana selama ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu banyak menyusahkan pihak keselamatan negara.

"Saya bersyukur dan gembira jika Anwar dipenjarakan, lagi cepat di masuk lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara, juga baik untuk pihak keselamatan yang pening dengan karenah Anwar selama ini," katanya.

Selain itu, Ibrahim juga berkata, beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara keatas Anwar iaitu lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Dengan mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, tidak syak lagi tahap bodek dan ampunya kali ini boleh dianggap paling "gila" kerana orang yang didoakannya itu pernah menjadi kawan baiknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi, Anwar pula bukanlah bermusuh secara langsung dengan beliau.

Musuh Anwar yang sebenar ialah Najib Razak dan Mahathir Mohamad. Jika Mahathir pernah memenjarakan Anwar adalah mungkin kerana faktor perebutan kuasa, Najib juga jika melakukannya adalah kerana hal yang sama. Ia tentulah boleh difahami tetapi apa hal pula Ibrahim sampai tergamak mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran pula kalau bukan untuk membodek dan mengampu Najib?

PESERTA HIMPUNAN BANTAH GST BAWA PISTOL..!!


Heboh di alam siber mengenai rakaman gambar seorang "peserta" Himpunan Aman Bantah GST semalam bawa pistol.

Pakai baju T merah bantah GST tetapi ada pistol dipinggangnya ... apakah ini nanti akan dijadikan bahan bukti oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan fatwa "BUGHAH"?????

Yang pasti ini bukan peserta himpunan bantah GST tetapi petugas menjaga keselamatan dan ketentraman awam semasa Himpunan Aman GST di adakan.

Bawah UMNO@BN anak muda akan miskin pada 2030 - Nurul Izzah


PUNCA UMNO@BN TERDESAK LAKSANAKAN GST DAN MENYEKSA RAKYAT SENDIRI..!!!





Tetap laksana GST, Kerajaan BN sangat terdesak

SHAH ALAM, 2 MEI: Keangkuhan Kerajaan Pusat untuk terus melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 walaupun ditentang ramai membuktikan mereka kian terdesak untuk mengurangkan hutang negara yang semakin parah.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan lain ekoran hutang negara sudah mencecah 58.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM543.8 bilion setakat ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam bentuk ‘contingent liability’ RM163 bilion.
“Ini bermakna kalau mana-mana pihak GLC yang gagal melaksanakan sesuatu projek contohnya projek Mass Rapid Transit (MRT) dan tidak mampu membayar pinjaman bon mereka, maka itu semua akan ditanggung kerajaan.
“Selain itu, defisit fiskal juga sudah berterusan selama 16 tahun, maka BN berpendapat GST adalah cara paling cepat dan terjamin untuk mendapat sumber hasil baru,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Media milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya GST tidak dilaksanakan, pada 1 April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata GST tetap dilaksanakan tanpa sebarang keraguan selepas kerajaan mengambil kira semua faktor berkaitan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

62% rakyat Malaysia tidak menyokong GST, kata Merdeka Center

Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.
Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎
"62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.
Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.
Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi  adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami.

Protes GST: Tindakan tegas termasuk dipecat kata pengampu UMNO

Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
  
Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
  
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di ibunegara hari ini.
  
Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
  
Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.

Mat Sabu: Pejuangan Belum Selesai, SPR Masih Menjadi Barua UMNO


Mahfuz Omar: Mereka Merompak Wang Rakyat, Tapi Yang Di Hukum Ialah Rakyat


Label peserta demo 'pengkhianat', PAS tuntut CUEPACS mohon maaf


Saifuddin Nasution: Perdana Menteri Yang Paling Kuat Berhutang Ialah Najib


Azmin Ali: Najib, Mengapa Syarikat Besar Dikecualikan Dari Cukai, Rakyat Dibebankan


Adam Adli: Kamu Jangan Sampai Tapak Pilihanraya Pun Rakyat Boleh Turunkan Kamu