Khamis, 1 Mei 2014

Anti-GST : Lensa 1 Mei 2014 (Part 42)










Anti-GST : Lensa 1 Mei 2014 (Part 41)










Putrajaya keluarkan laporan awal MH370


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan awal MH370 dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai penyiasatan pesawat yang hilang itu. – Gambar fail.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan awal MH370 dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai penyiasatan pesawat yang hilang itu. – Gambar fail.Kementerian Pengangkutan hari ini mengeluarkan laporan awal pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 termasuk rakaman perbualan di antara kokpit dan menara kawalan serta kargo yang dibawa.
Turut dibekalkan kepada media petang ini adalah peta menunjukkan laluan MH370 dan tindakan yang diambil pihak berkuasa Malaysia di antara 1.38 pagi hingga 6.14 pagi pada hari pesawat dilaporkan hilang.
"Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik pasukan pakar dalaman bagi melihat semula semua maklumat yang dimiliki Putrajaya berhubung MH370.
"Kajian dijalankan bertujuan mengeluarkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang ramai," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan itu mendedahkan Pusat Koordinasi Penyelamat Kuala Lumpur diaktifkan pada 5.30 pagi selepas semua usaha menghubungi dan mengesan MH370 gagal.
Operasi dan menyelamat kemudiannya tertumpu di Lautan China Selatan di mana lokasi terakhir pesawat itu dikesan.

Selepas pencarian MH370 buntu, MAS tutup pusat bantuan, arahkan waris pulang


Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya mengumumkan Pusat Bantuan Keluarga di beberapa negara akan ditutup kecuali di Kuala Lumpur dan Beijing selepas pencarian MH370 hampir dua bulan. – Gambar The Malaysian Insider.Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya mengumumkan Pusat Bantuan Keluarga di beberapa negara akan ditutup kecuali di Kuala Lumpur dan Beijing selepas pencarian MH370 hampir dua bulan. – Gambar The Malaysian Insider.Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan penutupan Pusat Bantuan Keluarga di seluruh dunia dan ahli keluarga penumpang diarahkan pulang ke rumah masing-masing, selepas pencarian penerbangan MH370 masih buntu hingga kini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penutupan tersebut akan berkuatkuasa pada 7 Mei ini.
"Pihak kami akan berhubung secara rapat dengan ahli keluarga penumpang menerusi panggilan telefon, mesej, internet dan perjumpaan. Dengan sokongan kerajaan Malaysia, Pusat Bantuan Keluarga akan dibuka di Kuala Lumpur dan Beijing.
“Pelan terperinci mengenai perkhidmatan dan sokongan susulan akan dimaklumkan secara peribadi kepada keluarga penumpang,” katanya.
Dalam kenyataan tersebut juga, Ahmad Jauhari mengumumkan pembayaran wang pampasan pendahuluan bagi membantu ahli keluarga penumpang yang memerlukan wang untuk menyara kehidupan.

PEMILIHAN 2014: JPP MENGESAHKAN ADA BERLAKU PENIPUAN ... KEPUTUSAN PEMILIHAN CABANG BATANG SADONG DIBATALKAN DAN PENGAWAS PEMILIHAN DI GANTUNG!!



PKR membatalkan keputusan pemilihan Cabang Batang Sadong di Sarawak selepas mendapati berlakunya penipuan semasa proses undian minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya turut menggantung pengawas pemilihan daripada tugas dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding untuk dipecat daripada parti.

"Apa yang berlaku di Batang Sadong adalah jumlah ahli yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

Himpunan 1 Mei: Satu kejayaan rakyat, kata Nurul Izzah

Izzah GSTKUALA LUMPUR 1 MEI: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Himpunan 1 Mei membantah GST hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.
“Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST,” katanya.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika berucap beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998.
rakyat GSTBeliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kerajaan BN melaksanakan GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.
Beliau menggesa agar rakyat tidak dijadikan mangsa ekoran kegagalan pentadbiran Kerajaan BN mengurus ekonomi secara berhemah.
“Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini.
anwar selfie“Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang.
“Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia,” katanya.
Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.
Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Himpunan 1 Mei: Tahniah kebangkitan rakyat, lawan sampai BN tersungkur – kata Anwar

bantah gst1KUALA LUMPUR 1 MEI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat yang berani hadir membantah pelaksanaan GST dengan menggesa  agar meneruskan usaha menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merosakkan sistem pentadbiran, ekonomi dan kehakiman negara.
Anwar berkata kebangkitan rakyat hari ini bukan pengakhiran tetapi akan diteruskan selepas ini sehingga BN tersungkur.
“Sistem negara kita semakin bobrok, rosak. Kita nak tunggu satu pilihan raya yang bersih diadakan tetapi tidak akan dapat.
“Oleh yang demikian kita tak boleh tunggu pilihan raya lagi tetapi kita mesti bersihkan sistem yang rosak sekarang,” kata Anwar ketika berucap dihadapan kira-kira lebih 50,000 perserta perhimpunan aman, Perhimpunan 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Kata Anwar lagi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan kerajaan boros dan mengambil jalan mudah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan rakyat.
himpunan12Anwar turut menemplak media arus perdana yang beliau jangka akan melaporkan kononnya perhimpunan anti GST ini tidak mendapat sambutan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru rakyat negara meneruskan tekanan dengan hadir dalam demontrasi seperti ini agar kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan GST.
“Sebelum ini kita dah buktikan kejayaan, bila kita buat demo tolak Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) mereka batalkan, begitu juga Anti ISA, mereka hapuskan akta.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kalau kamu terus tipu pilihan raya, rakyat akan kepung pejabat kamu tidak lama lagi.
sejarah“Mereka memerintah bukan setakat Altantuya hilang, bukan setakat enjin kapal terbang hilang tetapi kapal terbang juga hilang,” kata Mohamad Sabu.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menyeru rakyat Malaysia bersedia untuk bangkit bagi menghalang Anwar dipenjarakan buat kali kedua.
“Kita kena bersedia bangkit kalau Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak adil sengaja untuk memenjarakan Anwar.
“Mereka bukan sahaja tidak adil kepada Anwar tetapi merosakkan institusi kehakiman negara. Mereka bertindak demikian kerana takut dgn Anwar Ibrahim,” ujar beliau.

Kita mesti berhenti dilembukan oleh kerajaan UMNO@BN


Pemimpin vokal DAP, Ariff Sabri berkata, jika rakyat, terutamanya orang Melayu, menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mengesahkan mereka lembab.

"Kita mesti berhenti dilembukan," kata Ariff yang juga ahli Parlimen DAP Raub dalam blognya.

Menurutnya lagi, majoriti yang tidak menyokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka.

"Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit," tambahnya.

Ariff juga berkata apabila terdapat cadangan untuk memansuhkan
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan membatalkan saman, Umno dan kumpulan Melayu membantah, "sedangkan hasil AES dinikmati oleh elit Melayu".

Beliau juga mengingatkan orang Melayu bahawa 20 peratus Melayu teratas meraih pendapatan bulanan sebanyak RM10,666 manakala 40 peratus yang di tengah (M4,123) dan 40 peratus terbawah berpendapatan (RM1,686 ).

"Jangan lupa ini," tegasnya.

"Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN.

"Apa orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga? Nasi apa yang orang Melayu makan?" tambahnya.

Presiden Cuepacs kata penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat....merompak wang rakyat dengan GST perbuatan mulia...!!!

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
  
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
  
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
  
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

Himpunan 1 Mei sebagai produk baru pelancongan



KUALA LUMPUR: “Hari ini kita berada di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, hari ini perhimpunan kita sebahagian dari produk baru pelancongan.

“Kita harap 1 Mei setiap tahun menjadi acara himpunan, harap Kementerian Pelancongan setuju,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 peserta Himpunan Bantah GST berhampiran Dataran Merdeka, petang ini.

Katanya, himpunan rakyat adalah wujudnya demokrasi kepada rakyat.

Justeru, ujarnya kalau diberi kebebasan sedemikian beliau pasti lebih ramai pelancong yang datang.

Kerajaan BN tetap teruskan GST walaupun rakyat bantah

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan daripada sesetengah pihak.

Langkah ini diambil sejajar persiapan kerajaan yang sudah diambil hampir 30 tahun bagi tujuan itu.
         
Menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Kementerian Kewangan berkata, penganjur seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan,” katanya.

 GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Tambahnya, GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Khalid Tidak Mahu Menang Timbalan Presiden PKR

Apabila Khalid Ibrahim secara tiba-tiba mengumumkan beliau tidak mahu lagi dipilih sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga dan hanya akan menghabiskan penggalnya sehingga pilihanraya umum akan datang, ramai yang memuji tindakannya itu.

Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak tamak dengan jawatan walaupun sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008, pelbagai pencapaian cemerlang seperti berjimat-cermat dan meningkatkan tabungan kewangan negeri tetapi melaksanakan banyak program kebajikan untuk rakyat adalah sesuatu yang amat membanggakan dan sukar dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.

Tetapi apabila beliau membuat pengumuman tidak mahu meneruskan lagi khidmatnya sedangkan pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sedang berjalan, tentulah ia merupakan signal "mengibarkan bendera putih" yang jelas dan tidak disangsikan lagi.

Berdasarkan keputusan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga 27 April lalu yang menyaksikan Azmin mendahului jauh di depan dengan Saifuddin Nasution di tempat kedua dan Khalid di tempat ketiga, pengumuman tidak mahu menyambung khidmat sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah suatu khabar gembira bagi kem beliau sebenarnya.

Dengan pengumuman itu, tentulah sukar bagi ahli yang belum mengundi untuk memberikan undi mereka kepada Khalid. Beliau akan dilihat sebagai calon yang sudah tiada masa depan lagi.

MB Selangor: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

MBSHAH ALAM 1 MEI : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memegang jawatan Menteri Besar selepas penggal ini dibuat atas kemahuan sendiri dan bukan desakan parti PKR atau Pakatan Rakyat (PR).
Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata keputusan itu dibuat lebih awal dan mengambil kira cara pentadbiran kerajaan di negara maju yang kebiasaannya memegang dua penggal sahaja.
Katanya, langkah berundur membolehkan legasi kepimpinan di Selangor dipegang pemimpin lain untuk membawa negeri ini ke aras lebih tinggi.
“Kita ingin mencontohi kerajaan lain seperti Amerika Syarikat dan kita juga ingin cadangkan kepimpinan parti politik dan negara untuk mengikut cara sama.
“Ini perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain, jika tidak kita akan berada di takuk sama menyebabkan tiada idea atau inovasi baru,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan sempena sambutan Hari Pekerja 2014 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Timur, Amcorp Mall di sini, hari ini.
Semalam, melalui laman sosial Facebook, Abdul Khalid menulis tidak bercadang untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal yang ketiga namun akan menghabiskan khidmatnya sehingga akhir penggal ini.

Ke mana halatuju pemilihan PKR 2014?

Mengapa PKR enggan belajar dari kesilapannya dalam pemilihan parti yang lepas?

Pelbagai ‘kisah’ menarik mewarnai pemilihan parti PKR yang sedang berlangsung di lebih 200 cabang di serata Malaysia. Namun yang paling menarik mungkin apa yang belaku di Lawas dan Kemaman.
Sementara cakap-cakap bahawa Azmin menggunakan pengaruhnya dalam parti bagi memastikan dia kekal sebagai Timbalan Presiden serta memastikan ‘orang-orang’ kanannya yang bertanding menang bukanlah sesuatu yang baru.
pemilhan 2014Ini bukan kali pertama Azmin diuar-uarkan menjadi dalang dalam menentukan keputusan pemilihan parti.
Perkara yang sama telah disebut-sebut sejak pemilihan yang lalu apabila konco-konco Azmin di dalam parti memanipulasi undian akar umbi bagi memastikan sokongan memihak kepada mereka.
Walau yang demikian adalah tidak adil untuk menghukum Azmin apabila dia sekadar menggunapakai sesuatu yang telah lama diamalkan oleh Ketua Umum PKR, malah ia telah diterima sebagai budaya dalam parti.
PKR selama ini lantang mencabar kredibiliti serta menggelar SPR sebagai anjing Umno kerana kononya memanipulasi proses pilihanraya, namun parti itu sendiri gagal membuktikan kemampuan mereka mengelola proses pemilihan dalaman dengan teratur dan telus.
Apa yang berlaku di Batang Sadong dan Kemaman terus mencemar imej PKR dalam menjalankan pemilihan parti yang sememangnya telah hitam dengan campurtangan Azmin dalam menentukan keputusan undian, serta kegagalan untuk memastikan ahli JPP bersih dari kecenderungan terhadap calon-calon tertentu.
Itu belum lagi mengambil kira Lawas yang meminta proses pengundian di panjangkan kepada dua hari sedang cabang yang lain perlu melunaskan tanggungjawab mereka dalam masa sehari.
Baru pemilihan dalaman parti, kecohnya seperti pilihanraya umum. Mengapa PKR enggan belajar dari kesilapannya dalam pemilihan parti yang lepas?
Adakah pemimpin di dalam parti ini terlalu angkuh untuk melihat lebih daripada kepentingan peribadi mereka sehingga sanggup memperjudikan masa depan parti serta membelakangkan kepentingan akar umbi?

ANAK EMAS DIDIK PAPAGOMO a.k.a WAN MUHAMMAD AZRI B WAN DERIS, NORAFIQ BIN MOHD NOR, TERKANTOI MENIPU DAN MEMFITNAH HIMPUNAN AMAN BANTAH GST!

"Al Fatihah, seorang anggota unit amal PAS yang terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan Soliditari Anak Muda Malaysia SAMM telah ditikam dan disahkan mati di tempat kejadian. Suspek anggota SAMM berjaya ditahan oleh pihak Polis setelah cuba melarikan diri dari kepungan pendemo di Dataran Merdeka. Turut ditahan beberapa ahli SAMM yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Kerana inilah kami menolak sekeras kerasnya perhimpunan macam ni. Sampai berbunuh bunuh ni apa kejadahnya? Bodoh punya pembangkang"


Begitulah ayat fitnah anak emas didik Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri b Wan Deris bernama Norafiq bin Mohd Nor a.k.a Afiq KLtown.

Gambar yang dipaparkan itu ialah gambar kejadian amuk di LRT Gombak suatu ketika dulu.

Anti-GST : Lensa 1 Mei 2014 (Part 40)