Rabu, 30 April 2014

Anwar Ibrahim: Jangan Guna Alasan Kononya Najib Tak Boleh Kawal Keadaan

Ramai Pilot & Pakar Radar Selepas Hilangnya MH370 - Ustaz Azhar Idrus

Kehilangan MH370 Ada Kaitan Dengan Surah Yaasin? - Ustaz Azhar Idrus

Obama Kata Minoriti dan Bukan Islam Dianaktirikan

A Kadir Jasin
 
PRESIDEN Amerika, Barrack Hussein Obama telah mengenakan “sumpah” ke atas negara kita.
Kata tetamu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak itu: "Malaysia tidak akan menjadi  negara maju sekiranya masih mendistriminasikan  golongan bukan Islam dan monoriti."

Obama dan Mohd Najib: Saat "Magical"
Kalau ini bukan campur tangan dan provokasi, saya tidak tahulah apa. Lagipun saya hanya membaca laporan mengenainya dari media bebas atas talian.
Berita itu hanya menjadi arus perdana bila Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.

"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.

"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. (Baca di sini).

Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro.
Portal berita Malaysiakini, antara lain, memetik Obama berkata:
"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.

Menteri BN tak jawab isu landasan RM100j sejauh 2.2km


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sambungan rel tersebut perlu menjadi sebahagian dari kos pembinaan KLIA2 dan jawatankuasa itu menuntut penjelasan kerajaan.

Hishammuddin berkata sambungan berkenaan adalah sepanjang 2.2km dan bukannya 1km seperti dilaporkan oleh PAC.

Pemuda Umno sedia bantu PAS Kelantan beri penerangan berkaitan hudud.....

Pergerakan Pemuda Umno sedia membantu PAS Kelantan untuk memberi penerangan dan perincian berkaitan hukum hudud kepada golongan muda bukan Islam.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) berharap kerajaan negeri Kelantan dapat menerima pelawaan Pemuda Umno dan mengadakan perbincangan bersama untuk menerangkan versi hukum hudud.
"Pemuda bersifat positif dan gembira sekiranya Pemuda PAS boleh bersama sama dengan pergerakan Pemuda Umno bergabung untuk kita turun padang dan perjelaskan kepada masyarakat terutama generasi muda apakah hudud yang sebenarnya.
"Kita tidak ada niat politik, tidak langsung ada agenda untuk menjadi juara terhadap hukum hudud ini tetapi lebih penting adalah pemahaman yang sebenar dapat diberi kepada masyarakat umum," katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini, hari ini.
Hadir sama Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Azmir Yuzaimi Mohd Yunos.

Peserta Himpunan Bantah GST perlu patuh APA 2012 kata Polis

KUALA LUMPUR - Polis meminta penganjur dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang dijadual diadakan di sini esok supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman itu hasil empat kali pertemuan dengan mereka.
  
"Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf, mereka hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.
  
"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
  
Beliau berkata perhimpunan tersebut dijangka bermula pukul 2 petang dan berakhir 5 petang esok.
  
Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melalui lapan kawasan yang dijangka berlaku kesesakan lalu lintas ekoran perhimpunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam esok.
  
Kawasan terbabit ialah KLCC, Sogo, Masjid Negara, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid India, Puduraya dan Dataran Maybank berhampiran Plaza Rakyat.
  
Menurutnya, tiada penutupan jalan dilakukan.

TPP Wakil AS Dengar Penjelasan MTEM

Tinjauan Dan Reaksi Individu Terhadap Pekerjaan Dan Majikan

CheguBard batal protes petang tadi, serah memo bantahan kepada JPP

1 Mei milik kita bersama


labour


Dari catatan seorang Sasterawan Negara yang intim dengan isi hati golongan yang terpinggir dan tertindas:
Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja
Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
– bangunan tinggi itu masih jua meminta
       lalu diberikanlah nyawanya.

Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
menjalari saraf pernafasannya
menghentikan detak jantungnya
–segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
–jentera kilang itu masih lagi meminta
       lalu kudunglah jarinya
       lalu kudunglah tangannya
       lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
–upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.

‘Superman’ lancarkan protes ‘Bantah dengan Bantal’ sempena Himpunan Bantah GST esok


bantahdenganbantal_feat


KUALA LUMPUR, 30 APR: Ketua Publisiti Pilihanraya DAP Hew Kuan Yau mengajak orang ramai meneruskan bantahan terhadap sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan bermalam di Dataran Merdeka selama empat hari, bermula esok.
Beliau yang cukup dikenali di kalangan masyarakat Cina sebagai “Superman” mengajak orang ramai untuk terus menduduki Dataran Merdeka selepas tamat Himpunan Bantah GST yang akan diadakan esok.
Katanya, program “Bantah dengan Bantal” ini adalah susulan kepada himpunan itu dan bertujuan menghantar bantahan paling keras kepada kerajaan yang ingin melaksanakan GST bermula April 2015.
“Program ini dibuat bersempena Himpunan Bantah GST. Gerakan sivil tidak boleh lagi mengikut amalan biasa, iaitu berkumpul pada jam 12 tengah hari, perarakan bermula dua petang, mendengar ucapan pemimpin dan mengambil gambar, sebelum bersurai beberapa jam kemudian.
“Ia kurang memberikan tekanan politik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Selagi Pakatan dan gerakan sivil tidak memberanikan diri dalam bantahan, kezaliman BN akan menjadi semakin melampau,” katanya.

Beramai-ramai sertai himpunan anti-GST esok

Oleh RAYUSA
JIKA berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 (PAU 2011), memang tiada tempat langsung untuk rakyat negara ini berhimpun menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang menyusahkan mereka.
Dalam kata lain, rakyat susah untuk menyatakan kesusahan mereka kerana akta itu.

Walau bagaimanapun, pada 1 Mei nanti Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diadakan di Kuala Lumpur. Sebenarnya, rakyat bukanlah terlalu suka berdemonstrasi atau memprotes di jalanan tanpa sebab seperti yang didakwa oleh pemimpin dan penyokong tegar kerajaan Umno-BN. Himpunan 1 Mei diadakan kerana kesabaran tidak dapat dibendung lagi.
Seperti biasa, meskipun hak berhimpun dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Beramai-ramai sertai himpunan anti-GST pemimpin kerajaan Umno-BN dan para penyokong tegarnya termasuk NGO pengampu tetap menentang dengan seribu alasan.
Himpunan aman besarbesaran pada Hari Pekerja itu bertujuan membantah hasrat kerajaan Umno-BN melaksanakan GST sebanyak enam peratus berkuat kuasa mulai 1 April 2015. Dewan Rakyat pada awal April lalu telah meluluskan cukai tersebut.
Dalam perbincangan dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, 16 April lalu, penganjur Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan GST diwakili oleh Jurucakap Jawatankuasa Mei 1, S Arutchelvan.
Polis pula diwakili oleh Ketua Ketenteraman Trafik Kuala Lumpur, Penolong Kanan Suruhanjaya, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad.
Dalam hal ini, Arutchelvan yang juga Setiausaha Agung PSM memuji usaha polis yang ‘proaktif’ memanggil beliau untuk berbincang mengenai perhimpunan itu walaupun Akta Perhimpunan Aman 2011 menetapkan sebarang perhimpunan dimaklumkan 10 hari sebelum berlangsung seperti surat yang diberikan kepadanya.

Gelombang 1 Mei membara

Aksi Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka akan menggegar ibu kota , Detik penuh mendebarkan ini bagai tidak sabar untuk dinantikan oleh seluruh rakyat khasnya anak muda di bandar yang sangat terkesan dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Dataran Merdeka akan sekali lagi menjadi ‘padang luas’ untuk aksi ini berjalan.Bagi mendapatkan pandangan mengenai kerahan anak muda ke himpunan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan pada 23 April lalu. Beliau menyeru semua pemuda termasuk Umno turun dalam perhimpunan 1 Mei ini. Perhimpunan aman itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati tentang pelaksanaan GST yang diibaratnya ‘bencana’ kepada rakyat.
HARAKAH: Boleh jelaskan mengapa rakyat mesti menyertai Himpunan 1 Mei nanti?
SANY HAMZAN: Himpunan ini adalah satu himpunan rakyat sebab ia bertujuan bagi menyatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sebab ia membebankan rakyat. Apabila dilaksanakan semua rakyat akan terpalit. Oleh sebab itu, kita kira ini satu gerak gempur menolak malapetaka atau bencana kepada rakyat.
Jadi sebagai rakyat Malaysia perlu keluar untuk membantah secara aman pelaksanaan cukai GST yang akan dikena oleh kerajaan kepada seluruh rakyat di negara ini. Tidak kira mereka berada di kampung atau bandar.
Begitu juga sama ada nelayan, buruh, petani, pemandu teksi kita semua akan dikenakan GST. Kita akan dibebankan dengan GST kerana kita adalah pengguna.
Cuma yang menjadi masalah kepada kita sepatutnya apabila kerajaan menyatakan mahu menggunakan cukai kita melihat sepatutnya kerajaan Umno- BN perbaiki sistem urus tadbir negara.
Ketua Audit Negara mengatakan duit tiris setiap tahun hampir RM20 hingga RM30 bilion. Sepatutnya hasil kewangan negara banyak tetapi disebabkan ketirisan berlaku itu yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan cukai untuk mendapat kewangan negara. Jadi kita melihat bagi mengelakkan bebanan itu mereka mengenakan cukai kepada rakyat.
Di beberapa buah negara, GST telah dilaksanakan, jadi apa masalahnya jika GST dilaksanakan di Malaysia?

Himpunan 1 Mei, bilik gerakan guaman dan perubatan dibuka

Bantah_GST_
KUALA LUMPUR 30 APR: Sempena himpunan 1 Mei esok, bilik operasi gerakan guaman dan perubatan dibuka sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Jawatankuasa 1 Mei dalam siaran di laman facebook memaklumkan, sekiranya ada peserta himpunan 1 Mei ditahan polis, digalakkan untuk menghubungi mana-mana diantara nombor kecemasan berikut: 013-3845740, 019-4442070, 019-2207495, 016-3832323, 012-6648873, 017-2649017, 019-8013149, 017-2734090 dam 019-2490167.
bantuan_perubatanManakala Dewan Pemuda Pas Selangor turut menyediakan sukarelawan guaman melalui Jabatan Undang-undang & hak asasi manusia (Juham).
Juham memaklumkan, jika ada peserta terlibat kes tangkapan atau melihat provokasi sepanjang himpunan 1 Mei sila SMS ke nombor Hotline 011- 2663 6724, 011- 2663 6784 dan 011- 2663 6796.
Pengadu hanya perlu menyatakan nama dan nombor kad pengenalan, tarikh dan masa tangkapan dan lokasi balai polis dimana peserta ditahan.
Sementara itu, jika peserta himpunan memerlukan bantuan perubatan, sila SMS lokasi tepat, tanda tempat berkaitan, jenis kecemasan dan nombor telefon ke talian 019-3710015.

Anwar Ibrahim: Perhimpunan 1 Mei Tak Payah Minta Permit, Hadir Beramai-Ramai

MH370: 2 pesawat C-130 TUDM tiba di Subang

Aleppo shrouded in smoke in aftermath of explosive barrels

Syrian artists call for end to barrel bombs

Hisham zips lip on why RM100mil spent on rail link

Police aiming for smooth anti-GST rally tomorrow

Hudud: IMAM kesali kenyataan Presiden MAA

Oleh Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia
1. Islam adalah cara hidup yang secara menyeluruh meliputi zahir dan batin, kini dan hidup selepasnya. Ia bukanlah sekadar kepercayaan yang boleh disalahtafsirkan tetapi ia juga merupakan pemerhatian dan pelaksanaan menyeluruh di dalam kehidupan manusia meliputi berbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, pendidikan, politik dan juga kesihatan.

2. Undang-undang syariah Islam termasuk Hudud, hanyalah melibatkan jenayah berat seperti mencuri, membunuh, pelakuan seks terlarang. Setiap kesalahan ini akan dihukum oleh mana-mana undang-undang tanpa pengecualian.
3. Hudud adalah undang-undang yang kompleks di mana ia menarik perhatian mereka yang selama ini tidak pernah sedar bagaimana cara dan pelaksanaannya. Undang-undang Hudud sesungguhnya adalah sangat adil, saksama dan terpelihara.
4.  Tujuan diturunkan syariah (Maqasid Syari’ah) adalah untuk memelihara keadilan dan kepentingan awam (maslahah ammah). Mahkamah Syariah dengan itu diberi mandat untuk melaksanakan hukum syariah tanpa takut dan memihak.
5. Allah memerintahkan pelaksanaan Hudud dilakukan di hadapan orang ramai adalah bertujuan untuk mendidik dan menginsafkan semua. Ia bukanlah untuk memalukan si pesalah. Semua yang terlibat adalah mereka yang terlatih dan dilantik. IMAM percaya ahli professional yang terlibat adalah mereka yang bertauliah. Sehinga kini sebarang pelaksanaan undang-undang di Malaysia akan dilakukan dengan kehadiran ahli perubatan bertauliah. Begitu juga dengan pelaksanaan hudud di negara Islam yang lain.

Hudud: Setuju pelihara keharmonian dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.

"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.

"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Tiga wakil Kerajaan Negeri Kelantan hadir termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.

Selain Mustafa, turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menyoroti polemik hudud dan keterlibatan doktor

Oleh Mohd Amirul Hamudin
Kecoh baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. Persoalan sama ada wajarkah doktor memotong pergelangan tangan penjenayah dibangkitkan. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melalui presidennya, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berhujah tindakan itu bertentangan dengan kod etika perubatan. Katanya, hal ini bertentangan dengan kod etika perubatan yang bertujuan untuk merawat serta menyembuhkan pesakit. Sebaliknya tindakan ini akan mencedera dan mencacatkan pesakit.

Direktor Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa yang juga seorang pakar bedah kardiotorasik menyatakan, prinsip "primum non nocere" yang bermaksud, "pertamanya jangan melakukan kemudaratan" sepatutnya menjadi prinsip bagi semua doktor.
Malah, bukankah ironi, seorang doktor kini diminta untuk memotong pergelangan tangan hingga menjejaskan kesihatan pesakit berkenaan? Justeru, ianya di luar bidang doktor yang sepatutnya mengubat dan menyembuhkan.
Penglibatan luar kepakaran
Tetapi, benarkah seorang doktor tidak boleh melaksanakan sesuatu kerja yang di luar bidangnya? Saya kira tidak kerana jika dilihat para pengamal perubatan dalam pengkhususan forensik, walau masih lagi mengamalkan kerja-kerja klinikal secara minima, tetapi mereka turut terlibat dalam hal perundangan. Keterlibatan mereka dapat membantu pihak mahkamah mahupun polis menyelesaikan kes tertentu sekali gus menjamin maslahat sosial.
Perkara ini tidak menjadi isu kerana ianya selari dengan World Health Organisation (WHO) yang menggariskan makna kesihatan sebagai suatu keadaan yang bukan sahaja bebas daripada penyakit atau kecacatan, tetapi juga lengkap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial.
Maka, pakar forensik boleh melakukan autopsi ke atas mayat setelah memperoleh kebenaran (consent) daripada mahkamah untuk menentukan pelbagai perkara seperti tempoh waktu mayat mati, sebab kematian dan sebagainya demi menjaga kesejahteraan sosial.
Atas analogi diberikan, seorang doktor pakar bedah misalnya masih boleh membantu pihak mahkamah (syariah dalam konteks ini) untuk menegakkan undang-undang yang diluluskan tanpa mengorbankan tanggungjawab sedia ada. Tentu sahaja ia hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat mandat dan perintah daripada mahkamah.
Etika perubatan

Cara PM Najib mengelak hudud

Oleh Subky Latif
Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.
   
Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.
      
Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.
    
Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak.
     
Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu  di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.
    
Adakah alasan yang Najib beri itu satu hujah atau ia sekadar dalih untuk tidak menyokong jika usul persendirian PAS di Parlimen nanti.
    
Najib bagaimana pun mengaku hudud itu hukum Allah.
      

PAS timbulkan semula hudud kerana kerajaan lemah, bukan demi Islam, kata Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan media selepas melancarkan buku UN Chronicle di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 April, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan media selepas melancarkan buku UN Chronicle di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 April, 2014.Tindakan PAS menimbulkan semula isu pelaksanaan hukum hudud berpunca daripada kerajaan lemah yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, halangan ke atas pelaksanaan hukum hudud semasa era pemerintahannya adalah kerana sokongan majoriti yang diberikan kepada kerajaannya.
"Mungkin mereka ingat kerajaan perlukan sokongan kerana semasa zaman saya, kami berkuasa dengan dua pertiga majoriti," kata Dr Mahathir ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) pagi ini.
Dr Mahathir yang dilihat paling lantang menolak pelaksanaan undang-undang Islam kontroversi tersebut menegaskan langkah tersebut bermotifkan politik bukannya mengenai memberikan keadilan kepada rakyat.
"PAS lakukannya untuk politik, bukan mengenai Islam.
"Bila kamu buat undang-undang ini, orang akan kata parti kamu Islam dan rakyat akan sokong. Ia bukan mengenai keadilan," katanya.
Dr Mahathir ketika memegang tampuk kuasa pernah menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada melaksanakan undang-undang Islam tersebut.
Malah, beliau menghantar surat bertarikh 15 Julai 1994 selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud).

Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud?

Pendirian UMNO yang berpendirian positif terhadap rancangan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu melalui usul persendirian yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi, akhirnya menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjadi semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak.

Dalam kritikan terbarunya, beliau berkata, usul hudud ini dihidupkan semula oleh Pas adalah kerana kerajaan sekarang terlalu lemah.

Ini katanya, berbeza dengan kerajaan sewaktu pimpinannya dahulu yang ssngat kuat dan memperolehi majoriti sangat besar sehingga usaha melaksanakan hukum itu dapat dihalang daripada dilaksanakan.

Berpegang kepada keyakinan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas itu tidak bersandarkan kepada keadilan yang sebenarnya, terutama berkaitan perbezaan hukuman antara orang Islam dan bukan Islam, Mahathir juga mengimbas bagaimana penentangannya terhadap usaha Pas itu akhirnya membuahkan kejayaan.

Ketika Pas mahu melaksanakan hukum hudud pada 1994, Mahathir telah menulis surat kepada Nik Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan ketika itu yang antara lain berbunyi, "Kerajaan Pusat tidak dapat membenarkan kerajaan Pas Kelantan menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan Pas demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam."

Betikutan surat tersebut, Kerajaan Pas Kelantan menangguhkan perlaksanaannya dan tidak pernah lagi membangkitkan usaha untuk menjalankan hukum hudud di negeri Kelantan dan Nik Aziz sendiri baru-baru ini mengakui bahawa beliau bimbang akan berlaku Mageran sekiranya beliau berkeras juga mahu melaksanakannya ketika itu.

Tetapi baru-baru ini Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob menunjukkan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan hukum hudud yang sudah diluluskan oleh DUN Kelantan itu dengan rancangan mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi menjadikannya realiti.

Beberapa pemimpin UMNO Kelantan yang beraada di Parlimen seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Annuar Musa secara terbuka memberi sokongan kepada perlaksanaan hukum itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir juga turut menyatakan sokongan dengan menegaskan bahawa kerajaan Pusat sedia membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan hukum itu.

Pemilihan 2014: CheguBard batal protes, serah memo bantahan kepada JPP

Pemimpin akar umbi PKR itu berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh JPP

Protest PKRPETALING JAYA: Beberapa ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan beberapa penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti kali ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
Kumpulan kira-kira 20 ahli PKR itu yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin (gambar) yang lebih dikenali sebagai CheguBard, menyerahkan memorandum mereka di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini sekitar jam 3.30 petang tadi.
Menurut CheguBard, Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul sendiri turun padang untuk menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku di cabang Batang Sadong, Sarawak yang dikatakan melibatkan penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
“Saya percaya dan yakin dia temui sesuatu yang kita perkatakan,” katanya kepada wartawan.
Badrul bagaimanapun enggan menamakan Azmin sebagai  dalang yang bertanggungjawab kepada isu yang timbul, sebaliknya hanya memberitahu wartawan untuk merujuk kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.
Menurut bekas ketua cabang PKR Rembau itu, walaupun pada asalnya mereka bercadang mahu menjalankan protes di hadapan ibu pejabat PKR, namun mereka membatalkannya kerana merasakan JPP telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini.
Beliau  yakin pada peringkat ini JPP sedang menangani dengan serius.
“Oleh itu kita bekerja dalam kerangka parti dan hormat permintaan dari peringkat JPP dan parti.,” jelasnya.
“Cuma kita desak tindakan tidak diambil kepada pengawas (pemilihan) sahaja. Sudah tentu ada yang perolehi keuntungan daripada kejadian tersebut dan tindakan harus diambil kepada mereka yang mengarahlkan perkara tersebut berlaku.

KEADILAN terus lawan GST, punca jurang miskin-kaya melebar

wan-azizah-2008KUALA LUMPUR 30: Selagi tidak wujud perubahan yang menjadi jurang golongan kaya – miskin, KEADILAN akan terus menentang pelaksanaan cukai barang & perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
“Dalam keadaan inflasi yang masih tinggi secara berterusan, pelaksanaan GST dalam masa terdekat akan menambah bebanan sara hidup rakyat.
“BN tidak seharusnya menghukum rakyat apabila mereka gagal mengatasi kelemahan kerajaan, khususnya pada isu asas, seperti kebocoran dana dan kegagalan urus tadbir yang baik.
“KEADILAN percaya kewujudan pelbagai penguatkuasaan cukai seperti dicadangkan pentadbiran BN merupakan perkara besar yang membawa kesan mendalam kepada rakyat,” kata Wan Azizah dalam kenyataan.
Katanya, Pakatan Rakyat mengkritik tindakan BN melaksana GST dan menandatangani TPPA, dalam masa sama berleluasanya gejala rasuah, ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan BN.
GST akan mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban dan Pakatan Rakyat akan bangkit menentang penyelewengan yang dilakukan kerajaan BN.

KEADILAN komited lindungi hak pekerja – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 30 April: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN komited dalam melindungi hak pekerja daripada sebarang penindasan, eksploitasi dan monopoli pekerjaan.
Katanya, golongan pekerja termasuk pekerja asing yang dianggarkan berjumlah 11.3 juta di negara ini merupakan nadi utama bagi sesebuah negara.
“Tambahan pula golongan pekerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan.
“Kita akan berusaha menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara,” katanya dalam satu peruntusan khas sempena Hari Buruh.
Tambah beliau, komitmen KEADILAN bersama Pakatan Rayat dalam melindungi hak kaum pekerja turut dinyatakan di dalam manifesto Pilihan Raya umum lalu.
Ia termasuk memperkenalkan gaji minima untuk pekerja Malaysia, mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja, menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Pada masa sama, katanya, dua tonggak utama mewakili pekerja, iaitu MTUC dan Ceupacs harus melipatgandakan peranan bagi memastikan keselesaan kaum pekerja terjamin.

1 Mei, hari referendum rakyat bantah GST

Bantah_GST_KUALA LUMPUR 30 APR: Jawatankuasa 1 Mei menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke himpunan 1 Mei sebagai referendum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Setakat ini, 95 organisasi NGO, kesatuan sekerja, persatuan pengguna, parti politik telah menyokong Deklarasi Hari Pekerja 2014 dimana tuntutan utama deklarasi adalah membantah pelaksanaan cukai GST.
“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” kenyataan Jawatankuasa 1 Mei dipetik.
Dalam pada itu, Jawatankuasa 1 Mei turut melancarkan Deklarasi 1 Mei yang mengandungi 15 tuntutan termasuk bantahan terhadap pelaksanaan cukai GST dan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Berikut adalah 15 perkara yang terkandung dalam Deklarasi 1 Mei:
1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.
2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.
4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.

Jawatankuasa 1 Mei keluar panduan bagi peserta himpunan

Bantah_GST_KUALA LUMPUR 30 APR: Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.
Peserta himpunan 1 Mei digalakkan menyalin nota dan mencetak nombor-nombor telefon penting yang terdapat dalam panduan ini.
Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan
3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut
4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan selaras dengan Hari Pekerja
5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula
6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri
7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata
8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan ke email yang tertera diatas.
Maklumat Penting
Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791
Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015
Hotline Urgent Arrest : 03-77843525
Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst
*Perkara yang tidak dibenarkan*

Suaram ingatkan Menteri Wilayah, Dataran Merdeka kawasan awam

KUALA LUMPUR 30 APR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengingatkan Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan awam.
Dataran-Merdeka“Diingatkan bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan orang awam dan soal permohonan permit dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya timbul,” tegas Suaram dalam kenyataan
Adnan sebelum ini mengatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka walaupun pihak penganjur telah memohon permit.
Tegas Suaram, tindakan tersebut adalah suatu penyalahgunaan kuasa.
Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah PAA kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ tanpa notis 10 hari.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof dalam penghakimannya berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.
Mahkamah mendapati Seksyen 9 (5) untuk menghukum mereka yang berhimpun secara aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu kata Suaram, sambutan 1 Mei bukan perkara baru di Malaysia dan setiap tahun, orang ramai berkumpul untuk meraikan hari pekerja dalam semangat perpaduan untuk mendapat pembelaan yang lebih baik terhadap hak-hak pekerja.

501: Polis benar himpunan GST esok


KUALA LUMPUR: Pihak polis membenarkan peserta Himpunan Turun 501 Membantah GST berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad dalam pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam berkenaan himpunan 1 Mei esok.

Menurut Mohamad, polis menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

"Polis memberi kerjasama yang baik untuk perhimpunan kali ini," kata Mohamad ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) sebentar tadi.
Mohamad juga berkata, peserta himpunan akan berkumpul di empat lokasi yang ditetapkan iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

Para peserta himpunan disarankan memakai baju berwarna merah sebagai simbolik perjuangan buruh yang disambut setiap 1 Mei.

Menurut beliau, sepanjang Jalan Raja akan ditutup bagi memudahkan peserta Himpunan Turun 501 berkumpul disitu dijadualkan akan bermula pada jam 2 petang esok.

Himpunan 1 Mei: Manfaatkan hak rakyat tegur kerajaan

IPOH: Seluruh rakyat Perak umumnya dan ahli PAS khususnya diseru menggunakan peluang himpunan rakyat yang akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur sebagai platform untuk menzahirkan kekecewaan terhadap kerajaan yang menzalimi rakyat dengan himpitan pelbagai kenaikan.

Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, rakyat ketika ini sedang menanggung derita dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan barang dan pengurangan subsidi.

Katanya, ibarat jatuh ditimpa tangga apabila rakyat akan terus dihimpit dengan kesengsaraan oleh kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada tahun 2015 setelah diluluskan di parlimen baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan bersifat 'dungu' tanpa mengambil kira pandangan rakyat dan pakar-pakar ekonomi yang membantah perlaksaan sistem cukai itu oleh kerana ianya akan memberi kesan kepada kos kehidupan serta berisiko menambahkan lagi hutang negara.

"Rakyat patut tunjukkan rasa kecewa dan kesal betapa tidak bertanggungjawabnya kerajaan dalam membela nasib rakyat.

Turun 501: TG Nik Aziz seru rakyat turun dengan baik

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.

Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain.

Video clips of last moments before ferry sank released

Ayuh turun ke KL 1 Mei, bantah GST

himpinan 1 MEISHAH ALAM, 30 APRIL: Rakyat diseru turun ke Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), penyalahgunaan kuasa termasuk hakim dan mahkamah serta penyelewengan rasuah yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN).
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR turut menyatakan komitmen bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyertai Himpunan Tindakan Rakyat, pada 1 Mei ini.
“Kita turun bersama untuk mempertahankan rakyat, berhimpun secara aman dalam semangat demokratik yang tinggi,” katanya.
Himpunan 1 Mei berkenaan akan turut disertai puluhan NGO yang akan berarak dan bergabung di Dataran Merdeka daripada KLCC, Sogo, Masjid Negara, Brickfields dan Dataran Maybank, Pudu yang bergerak dari semua lokasi mulai jam 2 petang.
“PKR percaya kewujudan pelbagai penguatkuasaan cukai seperti dicadangkan pentadbiran BN adalah satu perkara besar yang membawa kesan mendalam kepada rakyat.
“BN tidak seharusnya menghukum rakyat apabila mereka gagal mengatasi kelemahan kerajaan, khususnya pada isu asas seperti kebocoran dana dan kegagalan urus tadbir yang baik,” katanya dalam kenyataan media.
Wan Azizah berkata, sebagaimana penegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Pakatan Rakyat bangkit menentang GST, TPPA, berleluasanya gejala rasuah, ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan Kerajaan BN kerana mengakibatkan rakyat menanggung beban.
“PKR bertegas, selagi tidak wujud perubahan ketara yang menjadi jurang antara golongan kaya dengan miskin, PKR bersungguh-sungguh menentang GST.

Polis & KDN digesa henti ugut penganjur himpunan 1 Mei

suaram
KUALA LUMPUR 30 APR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan PDRM menghentikan ugutan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan 1 Mei untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ini kerana kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Abdul Rahim Hanafi mengatakan bahawa perhimpunan anti-GST yang dirancang di Butterworth oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) esok sebagai ‘haram’ kerana mereka belum menerima permohonan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
“Hak kebebasan untuk berhimpun sedia termaktub dalam Perkara 20 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan hak ini juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Tanggungjawab polis dan kerajaan adalah mendukung Perlembagaan Persekutuan dan melindungi hak kebebasan ini, bukannya mengundur ke belakang,” kata penyelaras Suaram, R Thevarajan dalam kenyataan.
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan bahawa penganjur himpunan 1 Mei perlu memaklumkan notis 10 hari kepada polis.

MTUC mahu pekerja bantah GST, laksana gaji minimum


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa golongan pekerja mengambil bahagian dalam himpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),  esok.
Timbalan Presidennya, Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar) berkata, himpunan membantah cukai pada kadar enam peratus itu akan diadakan di Padang Timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya.
"Bermula seawal jam 8 sehingga 11 pagi, semua pihak diseru menunjukkan solidariti menuntut kerajaan peka akan nasib pekerja kita yang masih ramai lagi tertindas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mengulas kegagalan kerajaan memelihara kebajikan pekerja,  Sani berkata, kelemahan penguatkuasaan kadar gaji minimum yang sepatutnya terlaksana mulai 1 Januari 2013 menjadi isu fokus perjuangan MTUC.
"Paling ketara kerajaan gagal menguatkuasakan peraturan gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah serta Sarawak.
"Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada masa sama terus meningkat ekoran kadar inflasi yang tinggi dan ini semua terus membebankan sebahagian besar pekerja berpendapatan rendah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
Sehubungan itu, tambahnya, hubungan baik MTUC dengan pelbagai pihak termasuk Lajnah Pekerja PAS Pusat penting untuk terus menggembleng suara menuntut hak pekerja dibela.

Sosma: PAS gesa segera dakwa di mahkamah

KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar 10 individu yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militian didakwa di mahkamah.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, mereka yang ditahan wajar didakwa di mahkamah dengan segera melalui proses undang-undang yang ditetapkan.

"Mereka perlu didakwa di mahkamah dengan segera, kita boleh buat tuduhan terhadap seseorang tetapi perlu melalui proses udang-undang yang ditetapkan iaitu bawa mereka ke mahkamah," katanya ketika ditemui. kepada Harakahdaily.

Bercakap kepada Harakahdaily, katanya melalui proses mahkamah ia boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak.

"Mereka yang dituduh sentiasa boleh membela diri," katanya ketika mengulas penahanan 10 individu yang dikaitkan dengan militan.

Seramai 10 orang ditahan termasuk seorang wanita berusia 55 tahun kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militian mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI).

Sosma: Ahli SAMM antara 10 ditahan polis

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengesahkan seorang anggotanya dari Johor antara yang ditahan pihak polis atas tuduhan berkait kegiatan militan.

Ketua penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, Saiden Muslimin Ismail, 24, telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau Sosma.

Saiden, anggota SAMM Muar, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013 bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.

Menurut seorang aktivis SAMM Muar, penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepuluh individu ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Penahanan itu termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.

Difahamkan, Saiden Muslimin Ismail ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Penganjur demonstrasi 1 Mei tidak rancang ‘rempuh’ Dataran Merdeka


Penganjur demonstrasi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersemangat mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu pada sidang media Turun 501 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 April, 2014.Penganjur demonstrasi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersemangat mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu pada sidang media Turun 501 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 April, 2014.Penganjur Demonstrasi Bantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 Mei esok memutuskan untuk tidak menjadikan padang Dataran Merdeka sebagai lokasi terakhir himpunan.
Sebaliknya, mereka merancang untuk berkumpul di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata berdasarkan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad semalam, polis akan memberikan kerjasama dengan menutup Jalan Raja sepanjang perhimpunan itu berlangsung berlangsung.
"Perhimpunan akan bermula pada jam 2 petang esok dan kita tidak akan masuk padang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad berkata, tiada perarakan akan diadakan sebaliknya peserta perhimpunan akan berjalan secara aman dari empat lokasi utama iaitu tempat berkumpul di Masjid Negara, kompleks beli-belah Sogo, Dataran Maybank dan KLCC menuju ke Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bertemakan warna merah, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Beberapa ucapan akan diadakan dengan membawa beberapa sepanduk berkaitan dengan GST, soal ketirisan dan lain-lain," katanya.

4 NGO macai UMNO mahu polis sekat demo 1 Mei

Empat NGO membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang merancang untuk berarak dari menara KLCC ke Dataran Merdeka esok.

Laporan polis itu dibuat oleh Persatuan Peruncit Jalan Tuanku Abdul Rahman (J- Tarra), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kelab Wartawan Muda Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia membuat laporan tersebut untuk menghalang penganjur meneruskan rancangan mereka, lapor The Star.

Menurut Presiden J-Tarra Datuk V.K. Liew perhimpunan besar-besaran itu akan memberikan kesan negatif ke atas peruncit di sepanjang jalan dan kawasan komersial sekitar bandar Kuala Lumpur.

"Penutupan jalan dan kesesakan lalu lintas akan menyukarkan orang ramai membeli-belah di kawasan-kawasan perarakan penyokong perhimpunan.

"Daripada pengalaman lepas, penunjuk perasaan cenderung bertindak berbahaya" katanya seperti dipetik daripada laporan The Star.

Beliau juga menyebut demontrasi itu memberikan imej buruk kepada pelancong yang menginap di  kawasan penginapan sekitar laluan perarakan penyokong perhimpunan.

Sementara itu, jurucakap PPIM Mohd Mustaffa Hamzah berpendapat demonstrasi itu akan memberi kesan terhadap perniagaan peniaga kecil dan pemandu teksi.

1 Mei: 'Polis benar demo anti GST di jalan dekat Dataran'

Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.

Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak".

Beliau bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke perhimpunan itu, tambahnya.

"Di Jalan Raja, akan ada ucapan daripada pemimpin dan wakil NGO, sepanduk-sepanduk membantah GST, rasuah dan ketirisan dalam hal ekonomi serta penderitaan rakyat.

"Kita tidak akan masuk ke padang. Kita menghormati (persetujuan)... Wakil PAS, DAP (dan PKR) akan ada di sana. Polis ada bersama (untuk mengawal keadaan)," katanya dalam sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Menurut Mohamad lagi, mereka juga tidak berbincang mengenai slogan yang dibenar sewaktu perhimpunan dan mungkin perhimpunan seumpama itu menjadi acara tahunan bagi mengingati perjuangan kaum buruh.

'Bentang deklarasi'

Perutusan Hari Pekerja Presiden KEADILAN

pekerja_kuasa_perubahan
Bersempena dengan sambutan ulangtahun Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun, seluruh warga pekerja di dalam negara harus menjadikannya sebagai kayu pengukur sejauhmana kejayaan ekonomi dan sosial dicapai bagi pergerakan pekerja.
Golongan pekerja merupakan nadi utama bagi sesebuah negara, tambahan pula dalam negara kita, kita mempunyai sekitar 11.3 juta pekerja, termasuk pekerja asing.
Untuk menjadi kebajikan dan kesejahteraan kaum pekerja, masih tidak ramai yang menyandarkan perjuangan menerusi gerakan kesatuan sekerja.
Namun dua tonggak utama yang mewakili kaum pekerja, iaitu MTUC yang mempunyai sekitar 1.3 juta anggota, beserta dengan Ceupacs dengan keahlian sekitar 800,000, harus melipatgandakan peranan bagi memastikan keselesaan kaum pekerja terjamin.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sangat komited untuk melindungi kaum pekerja, khususnya daripada segala bentuk penindasan, eksploitasi dan monopoli dalam pekerjaan dan kegiatan ekonomi, tambahan pula golongan pekerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan.
Kita akan berusaha menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

PKR seru rakyat sertai himpunan Turun 501


KUALA LUMPUR: PKR menyatakan komitmen bersama dengan PAS, DAP serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyertai Himpunan Turun 501, esok di Dataran Merdeka, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yakin rakyat yang menyertai himpunan itu kelak cukup matang dan tidak akan menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.
"Kita turun bersama-sama untuk mempertahankan rakyat, berhimpun secara aman dalam semangat demokratik yang tinggi," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Himpunan 1 Mei itu akan disertai puluhan badan bukan kerajan (NGO) yang akan berarak dan  bergabung di Dataran Merdeka daripada  KLCC, Sogo, Masjid Negara, Brickfields dan Dataran Maybank, Pudu mulai jam 2 petang.
Sehubungan itu, Dr Wan Azizah menyeru rakyat supaya turun ke Dataran Merdeka bagi bersama menunjukkan solidariti membantah pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), penyalahgunaan kuasa termasuk hakim dan mahkamah, serta penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Umno-BN.
Menurutnya, pelbagai penguatkuasaan cukai seperti dicadangkan pentadbiran BN membawa kesan mendalam kepada rakyat.
BN tegas beliau, tidak seharusnya menghukum rakyat apabila gagal mengatasi kelemahan kerajaan khususnya pada isu asas seperti kebocoran dana dan kegagalan urus tadbir yang baik.

Hari-hari menjelang 'May Day'


Sebenarnya, buruh mengalami seribu satu permasalahan yang boleh diperjuangkan untuk mencapai pelbagai matlamat demi kebaikan bersama.

Menjadi fitrah manusia mengkehendaki kehidupan yang lebih baik. Dan kalau bukan kerana tekanan dan asakan demi asakan yang dikenakan oleh majikan dan pemerintah, pekerja berkemungkinan mengenal erti perjuangan untuk mencapai fasa hidup yang lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan, hari buruh atau hari pekerja yang kita rayakan sekarang merupakan satu manifestasi dari tindakan kaum pekerja di Australia yang keluar menyatakan tuntutan 8 jam bekerja pada tahun 1856.

Pekerja Australia pada ketika itu sedang ditindas oleh majikan mereka dengan cara jam kerja yang sangat panjang dan upah buruh yang rendah.

Sejak itu, kaum pekerja bersatu untuk merayakan 1 Mei sebagai wadah perjuangan kelas yang disantuni beratus tahun yang dahulu.

Di Malaysia, 1 Mei mula disambut seawal tahun 1972. Terima kasih pada kaum pekerja pada waktu itu yang mula mencernakan bibit-bibit perjuangan mengangkat martabat kaum pekerja agar tidak terus menerus ditindas oleh majikan dan pemerintah.

Khabarnya, 1 Mei pada tahun ini di Malaysia sambutannya akan menjadi berbeza dari tahun tahun yang sudah.

“Gasak sampai tumbang” dan pelbagai lagi slogan yang sama di diuar-uarkan di media alternatif mempromosi dan mengajak rakyat khususnya kaum pekerja untuk berarak dari KLCC menuju Dataran Merdeka.

Tujuan protes ini jelas untuk menyatakan bantahan dari kaum pekerja kepada aplikasi cukai baru GST yang diluluskan di Parlimen.

GST hadir ketika seribu permasalahan pekerja yang lain yang masih tidak selesai. GST hadir sebagai 'kesedaran' buat pekerja di Malaysia yang sebelum ini merayakan 1 Mei dengan menonton televisyen di rumah atau pusat membeli belah.

GST juga satu anugerah kerana kaum pekerja sekarang akan dipaksa membayar satu lagi cukai yang membebankan ketika kos sara hidup semakin tinggi.

'Kerja macam anjing'

Himpunan 1 Mei: "Tidak Akan Masuk Padang Dataran Merdeka" - Mat Sabu

Himpunan 1 Mei | Pesanan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

'Air mentah cukup, tapi tiada jaminan catuan tak berulang'

MB S'gor: Catuan air di Lembah Klang berakhir esok

Demo 1 Mei: Pakatan mahu 'merahkan' jalan depan Dataran

Tinjauan: Kunjungan Obama dapat reaksi negatif

Australia tolak dakwaan MH370 di Teluk Benggala

Rafizi yakin pilihan raya kecil di Pandan, tahun depan

Anwar percaya akan dihumban ke penjara sebulan lagi oleh Regim Najib & Rosmah

Anwar sindir 'selfie', cara Najib layan Obama


Anwar sindir 'selfie', cara Najib layan Obama


Surat Amaran: Surat 'hudud' PAS kepada Nik Aziz berasaskan Islam - Dr M

Jangan ulangi skrip sama pada Himpunan 1 Mei

Nor Azhar Baharum


Skrip yang sama. Penganjur akan melancarkan sidang media, mengajak rakyat turun ke jalanan pada tempat dan tarikh yang spesifik. Kemudian ada laporan polis oleh pihak yang tidak bersetuju. Plot berkembang lagi dengan mengatakan Kuala Lumpur tidak sesuai kerana menjejaskan pelancongan, perniagaan dan menakutkan massa. Bertambah dramatik lagi apabila pihak berkuasa menahan beberapa orang daripada penganjur. Pihak universiti pula akan mengeluarkan notis yang melarang penglibatan mahasiswa dalam himpunan itu.
Sementara di media sosial dan akhbar atas talian terus mempositifkan himpunan tersebut, media arus perdana terus mengkhabarkan bahaya dan buruk himpunan itu. Itu cerita pra-himpunan. Pasca himpunan, isu ditarik jauh daripada fokus asal himpunan.
Beginilah lebih kurang cerita yang berlangsung dalam beberapa siri himpunan mega yang berlangsung sebelum ini. Pada hemat saya, ada dua sebab mengapa ini berlaku. Sama ada pihak penganjur sengaja membantah menerusi bahasa jalanan dan sengaja tidak mengikut prosedur ataupun pihak yang dibantah memang hanya faham bahasa jalanan dan ingin menguji kiblat mana sokongan rakyat.
Memang bosan dengar cerita yang sama. Namun, ‘pelanggaran’sesuatu peraturan itu saya percaya ada membawa tanda pihak itu ingin benar-benar ingin membuktikan ada lubang, ada ketempangan, ada silapnya pada penggubalan akta itu. Ini dibuktikan dalam penghakiman kes kegagalan penganjur memberikan notis 10 hari awal dalam Himpunan Blackout 8 Mac 2013. Ini kerana Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.
Bagi saya, Himpunan 1 Mei adalah program pencerahan ekonomi. Cuti Hari Pekerja diisi dengan membawa keluarga dan teman mendengar ceramah dan taklimat mengenai GST dan kenaikan harga barang. Kebiasaan mendengar pengisian menerusi televisyen, di dalam dewan, biarlah berubah caranya dengan mendengar secara langsung di jalanan. Dengan ketidakadilan bahan penerangan yang didedahkan kepada rakyat mengenai ekonomi kerana sekatan media, maka biarlah rakyat yang memilih untuk mendengar pandangan di pihak yang satu lagi di jalanan.

PAS penentu masa depan Pakatan Rakyat?


Sejak penubuhannya pada 1951, PAS tidak pernah putus asa dalam perjuangan politiknya. Ramai pemimpinnya menjadi mangsa kezaliman pemerintah Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.
Namun, selepas setiap ketika kezaliman dan kekejaman dirasai, seolah-olah ada pemimpin PAS yang lupa dengan apa yang pimpinan Umno lakukan terhadap parti mereka.
Tetapi ramai lagi ahli-ahli PAS yang tidak lupa dengan kelicikan politik Umno.
1960: Menyokong ISA, menjadi mangsa ISA
Selepas darurat anti-komunis ditamatkan pada 1960, kerajaan Malaya pimpinan Tunku Abdul Rahman merasakan masih perlu ada undang-undang untuk membasmi kegiatan komunis yang dianggap masih berserpihan.
Tunku berjaya memujuk parti pembangkang yang terbesar pada masa itu, PAS, dengan menjanjikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya akan digunakan terhadap komunis sahaja dan tidak akan disalahgunakan terhadap pembangkang atau mana-mana suara sah yang membantah kerajaan. PAS yang memang anti-komunis dengan mudah mempercayai janji Umno. Namun, dalam masa yang singkat sahaja, ISA digunakan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy.
1973: Menyertai BN, habis madu sepah dibuang
Selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969, pemimpin Umno ketika itu Tun Razak Hussein memujuk PAS menyertai gabungan pemerintah yang baru iaitu Barisan Nasional atas asalan mahu mewujudkan era baru perpaduan melalui proses pembangunan negara. Walaupun ramai ahli PAS sedar sikap dan pendirian Umno, pimpinan PAS masih mahu duduk bersama dengan Umno dalam saf yang baru. Maka muktamar PAS pada awal 1973 meluluskan usul menyertai BN.
BN menang besar dalam PRU 1974. Pemimpin PAS, Asri Haji Muda mendapat habuan menjadi menteri di peringkat pusat manakala pimpinan lain dilantik menjadi timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain.
Sewaktu zaman kegemilangan BN itu, tiada siapa di dalam kerajaan yang mahu menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hudud. Pada masa itu juga hanya tinggal DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebagai pembangkang yang serius.
Selepas Hussein Onn menjadi perdana menteri, masalah dalaman PAS di kubu kuatnya di Kelantan dijadikan isu untuk merampas kuasa. PAS dipecat daripada BN dan ia hilang kuasa di Kelantan dalam pilihan raya negeri dan kalah teruk dalam PRU 1978.
1982: Kepimpinan ulama, tanpa kemenangan pilihan raya
Selepas kembali menjadi pembangkang, PAS hanya menang 5 kerusi Parlimen dalam PRU 1982 dan kalah teruk dengan satu kerusi sahaja pada PRU 1986. Walaupun sudah berubah menjadi parti kepimpinan ulama, kemenangan di medan pilihan raya masih kabur untuk PAS. Sebaliknya ia berlumba dengan Umno untuk menonjolkan siapa lebih Islam. Timbul aktiviti dan program untuk menunjuk-nunjuk amalan dan simbol Islam sehingga berlaku isu kafir-mengkafir di antara Umno dan PAS.
1988: Pengharaman Umno, untung PAS kerana Semangat 46
Perebutan kuasa dalaman Umno di antara Dr Mahtahir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 antara lain menyebabkan Umno diharamkan oleh mahkamah. Ia kemudian dihidupkan semula oleh puak Dr Mahathir sebagai Umno Baru manakala Ku Li terpaksa menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 selepas usahanya mendaftarkan semula Umno ditolak oleh kerajaan.
Semangat 46 mewujudkan dua gabungan, iaitu bersama parti-parti Melayu Islam seperti PAS dan Berjasa (Angkatan Perpaduan Ummah - APU) dan bersama parti-parti pelbagai kaum seperti DAP dan Parti Rakyat Malaysia serta Parti Bersatu Sabah (Gagasan Rakyat).
Melalui kerjasama ini, Semangat 46 bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen manakala PAS di peringkat negeri, khususnya di Kelantan. PAS bernasib baik apabila berjaya menawan semula Kelantan dalam PRU 1990 walaupun kedua-dua gabungan pembangkang itu gagal menegejutkan arena politik Malaysia.
Setelah menang kembali di Kelantan, PAS mahu melaksanakan hukum hudud walaupun tidak ada dinyatakan dalam sebarang pendirian bersama sebelum PRU 1990. Oleh kerana perbalahan itu berpanjangan, DAP pada 1995 menarik diri dari Gagasan Rakyat yang merupakan gabungan kembar dengan APU.
1995: Kembalinya kuasa BN, pembangkang berpecah-belah
Dr Mahathir mengukuhkan kedudukan Umno-BN dengan kuasa yang ada serta undang-undang yang lebih zalim. Keadaan itu yang turut diberatkan dengan masalah dalaman pembangkang memudahkan BN menang besar dalam PRU 1995.
Kekuatan Dr Mahathir termasuk menonjolkan keadaan ekonomi yang lebih baik (walaupun kemudiannya didedahkan sebagai ekonomi buih). Kebanyakan rakyat Malaysia juga membuat pilihan atas keputusan ekonomi, dan bukannya emosi atau sentimen kaum dan agama.
1998: Pemecatan Anwar, untung PAS kerana reformasi
Selepas Dr Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim daripada Umno, BN dan kerajaan, dan kemudiannya memenjarakan pula, ia membangkitkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Melayu dan golongan muda.
Kemarahan rakyat diterjemahkan pula dalam satu kerjasama baru pembangkang atas nama Barisan Alternatif. Dengan menumpang semangat reformasi dan imej Anwar, PAS dalam PRU 1999 menang besar apabila mendapat 27 kerusi Parlimen dan merampas Terengganu serta mengekalkan Kelantan.
2001: Pengisytiharan negara Islam, perpecahan pembangkang (sekali lagi)

Anwar: “Beri kami lebih banyak masa untuk bincang isu hudud”

anwar1PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya diberi lebih banyak masa untuk membincangkan rancangan PAS yang konsisten ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Beliau berkata, persetujuan tiga parti komponen PR termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat penting apabila membabitkan perkara terbabit.
“Beri kami lebih banyak masa untuk berbincang berkenaan perkara ini (hukum hudud),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Anwar berkata, hukum hudud bukan sebahagian daripada agenda PR seperti yang dipersetujui dalam perjanjian permuafakatan bersama antara tiga parti.
“Perjanjian yang ditandatangani pada 28 September 2011 memberikan penekanan terhadap Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.
“Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) berlaku sebelum penubuhan PR. PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian DAP dalam perkara ini,” katanya.

Hudud: Najib tidak boleh mungkir janji kerajaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh memungkiri janji kerajaannya mengenai hudud walaupun dihalang oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, mengapa Najib mengelak daripada melaksanakan undang-undang Islam.

"Adakah penolakan itu dibuat setelah Perdana Menteri mendapat petunjuk dari Yahudi-Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide?

"Atau, adakah beliau mendapat tekanan dari Obama sehingga berdolak-dalik dalam perlaksanaan undang-undang Islam?

"Kalau mendapat tekanan dari Obama sekalipun, Najib tidak boleh mungkir janji kerajaannya mengenai hudud," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan Perdana Menteri bahawa kerajaannya melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah memberikan komitmen di Parlimen bahawa kerajaan persekutuan bersedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang hudud.

"Mengapa tiba-tiba Najib cuba mengelak dengan gimik terbarunya bahawa kerajaan beliau kononnya tidak tolak hukum hudud tetapi tidak melaksanakan," kata beliau.

Najib dilaporkan berkata, terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

Hudud: DAP tidak bersetuju, tetapi faham mengenainya, kata TMB Kelantan

Kerajaan PAS Kelantan sedia memberi penerangan mengenai hudud kepada masyarakat bukan Islam termasuk wakil daripada MCA, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Gambar fail.Kerajaan PAS Kelantan sedia memberi penerangan mengenai hudud kepada masyarakat bukan Islam termasuk wakil daripada MCA, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Gambar fail.DAP pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu namun kini mereka faham mengenainya, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Amar berkata demikian selepas kerajaan negeri Kelantan mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khususnya tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan semalam, lapor Harakahdaily.
"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positif. Mereka faham apa yang kerajaan negeri Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormati.
"Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam, lapor Harakahdaily.
Katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing.

Hudud tidak dilaksanakan dulu kerana bimbang Mageran di Kelantan, kata Nik Aziz

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, Ahad lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, Ahad lalu.Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak melaksanakan hudud semasa pemerintahannya di negeri tersebut kerana takut kerajaan pusat akan melaksanakan Majlis Gerakan Negara (Mageran).
Beliau berkata, surat yang dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu memberikan amaran yang jelas mengenainya.
“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada perdana menteri,” katanya merujuk kepada surat Dr Mahathir kepadanya supaya jangan melaksanakan hudud.
Surat itu dihantar pada 15 Julai 1994 oleh Dr Mahathir ketika Nik Aziz adalah menteri besar Kelantan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud).
Antara lain surat itu berbunyi: “Kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.”
Mageran adalah badan pentadbiran negara yang diwujudkan pada zaman darurat dan pernah dibuat di Kelantan di mana kuasa kerajaan negeri PAS diambil alih oleh kerajaan pusat.

ANWAR IBRAHIM 'INI POLITIK EDAN'