Selasa, 29 April 2014

Rakyat Bantah GST

Esok malam saya akan menyertai ceramah mengenai GST. Turut sama ialah pemimpin2 politik seperti Tian Chua, Tamrin Tun Ghafar dan abang Hj Mat Sabu. Esok 30hb April ambang kepada himpunan bantah GST di dataran merdeka. Dataran merdeka hak rakyat. rakyat yang punya.
Saya harap ramai akan datang ke dataran merdeka. Jangan takut. Mahkamah telah menghukum bahawa himpunan aman tidak melanggar undang2. Bahkan melarang himpunan aman melanggar perlembagaan. Kita sudah buktikan bahawa bila kita berhimpun kalau tidak ada provokasi dari pihak upahan UMNO, himpunan akan jadi aman.
Pihak polis tidak boleh ancam rakyat mereka sendiri. Zahid Hamidi tidak boleh ugut rakyat. pemimpin kerajaan seperti Zahid mesti ingat, mereka ialah kerajaan yang disokong oleh 47% dari mereka yang benar2 keluar mengundi. Kerajaan BN ialah kerajaan yang menang atas technicalities. Dari segi moral mereka kalah.
Majority yang tidak sokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit. Jika rakyat terutama orang Melayu sokong juga GST , ini mengesahkan mereka ini lembab. Kita mesti berhenti dari dilembukan.

Pemuda Umno tubuh Majlis Ulama

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
  
Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air.

Penyelewengan dalam pemilihan PKR?

Bekas ketua cabang parti itu berkata penipuan berleluasa dalam pemilihan parti akan membunuh demokrasi dalam PKR.

PETALING JAYA: Bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai CheguBard, hari ini berkata terdapat penyelewengan, manipulasi dan penipuan dalam pemilihan PKR 2014.
Katanya, penipuan berleluasa dalam pemilihan tersebut akan membunuh demokrasi dalam PKR selain membinasakan masa depan dan harapan bersama.
chegubardBeliau berkata tuduhan penyelewengan pemilihan itu seharusnya dijawab timbalan presiden PKR Azmin Ali dan bukannya ketua propaganda pasukan Keadilan Raya, Ekmal Ahmud, yang “tidak mempunyai maklumat yang benar.”
Badrul Hisham berkata Ekmal tidak menafikan penglibatan pasukan Keadilan Raya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada ketua jawatankuasa pemilihan parti (JPP), Johari Abdul dan setiausaha agung, Saifuddin Nasution yang juga salah seorang calon Timbalan Presiden.
“Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak. Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak?
“Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur, SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara,” soalnya.
Selain itu Ekmal Ahmud turut mempertikaikan Saifuddin, yang bertanding jawatan pada pemilihan tersebut namun masih memainkan peranan sebagai setiausaha agung.
“Dia (Ekmal) mempertikaikan bagaimana Saifuddin, yang bertanding, akan membentangkan laporan pemilihan dalam Kongres Nasional nanti.
“Dengan kenyataan yang disiarkan oleh Awani, sahih dia tidak punya maklumat lengkap atau tidak diberi maklumat lengkap oleh pasukan Keadilanraya atau dia sendiri keliru,” katanya.
Tambah Badrul lagi, setelah dicari maklumat sahih nyata Ekmal tidak tahu bahawa sejak 10 April lagi, Saifuddin telah menulis surat kepada Presiden untuk ‘bercuti’ dari semua tugasan selaku Setiausaha Agung.
“Semenjak mengumumkan pengesahan bertanding Saifuddin sudah tidak lagi membuat apa-apa peranan setiausaha agung malah tidak hadir sebarang mesyuarat termasuk Biro Politik.

LFL, Bersih serah penghakiman kes PAA ke Bukit Aman esok

himpunanKUALA LUMPUR 29 APR: Kumpulan undang-undang dan hak asasi. Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan penghakiman kemenangan kes di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ke ibu pejabat polis Bukit Aman, jam 2 petang esok.
Serahan penghakiman kemenangan kes di bawah PAA bertujuan Ketua Polis Negara bahawa PAA tidak boleh digunapakai untuk Himpunan 1 Mei Khamis ini dan himpunan-himpunan akan datang.
“Polis tak boleh tangkap aktivis yang berhimpun secara aman. Esok kami akan ke Bukit Aman untuk serah handover keputusan Mahkamah Rayuan,” tulis LFL dalam twitternya, hari ini.
Serahan penghakiman PAA tersebut turut disertai wakil sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dan kumpulan NGO.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan 25 April lalu membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah PAA kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ tanpa notis 10 hari.

GST membebankan rakyat, kuasa beli menurun

KUALA LUMPUR 29 APR: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pelaksanaan GST ini akan menyebabkan kuasa beli rakyat semakin menurun kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.
“GST punca kuasa membeli rakyat turun, ekonomi rakyat terancam.
“Harga barangan naik, gaji pula rendah, macam -mana mereka mahu beli barang kehendak dan keperluan, perbelanjaan mereka akan terbantut,” katanya kepada Keadilandaily.
Kerajaan BN meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 7 April lalu di Dewan Rakyat dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli parlimen BN menyokong, manakala 81 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menolak.
Pelaksanaan GST berkuatkuasa 1 April 2015 pada kadar permulaan 6 % dan dijangka meningkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan pelaksanaan GST adalah satu kaedah.
bantah_GSTPakatan Rakyat sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan gagal menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan mengurangkan kadar cukai pendapatan korporat dan individu semasa pelaksanaan GST.
Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan cukai GST tidak masuk akal ketika rakyat terpaksa berdepan dengan kadar gaji rendah dan kos sara hidup tinggi.
“Kita bimbang negara kita akan mempunyai bilangan rakyat yang termiskin kerana pelaksanaan GST ini.
“BN tidak ada inisiatif untuk bangunkan ekonomi, malah membebankan dengan cukai yang boleh mengancam ekonomi.
“Najib perlu fikirkan balik slogan dia yang mahu dahulukan rakyat, bukan fikirkan untung untuk diri sendiri, nanti negara akan tergadai dengan tindakan dia sebegini,” tegasnya.

Hudud: Kita nak tunggu MCA keluar BN - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: PAS mencabar MCA agar bertindak keluar daripada BN ekoran penentangan berterusan parti itu terhadap penerimaan positif Umno dalam isu hudud.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.

"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN.
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu.

"Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini.

"Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.

PAS Kelantan perjelas rancangan hudud pada DAP, PKR


Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khusus tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Wakil PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Ahmad Yaacob itu memberi penjelasan kepada pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mengenai rancangan mereka.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang bersama dalam pertemuan itu berkata, penjelasan dibuat kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat itu ingin tahu lanjut mengenai hasrat Kelantan membawanya ke Parlimen.

"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah,” katanya dipetik dari Harakahdaily.

Perjumpaan hampir dua jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu berlangsung hampir dua jam.

Sementara itu, Mohd Amar turut mengalu-alukan sesiapa sahaja pemimpin bukan Muslim lain untuk menemui mereka bagi mendapatkan penjelasan mereka.

“Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya.

Turut bersama dalam perbincangan itu dua Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota majlis pimpinan pusatnya Sivarasa Rasiah. Wakil DAP pula Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok

Pandangan terakhir Karpal mengenai hudud, Akta Hasutan dan hubungan dalam Pakatan


Sebelum terlibat dengan kemalangan maut pada 17 April lalu, Karpal Singh (gambar) ditemui lidah rasmi DAP, The Rocket dalam satu wawancara memberikan pandangan dan menceritakan perjuangan politik termasuk isu hudud, Akta Hasutan yang dikenakan dakwaan, serta hubungan PAS dan PKR yang kadang kala berbeza pendapat dengan DAP. Wawancara dengan Karpal yang terdapat dalam laman web The Rocket edisi April disiarkan semula dengan kebenaran.
Soalan (S): Anda begitu lantang bersuara mengenai isu yang dekat di hati anda dan tidak pernah berundur daripada pendirian mengenai isu yang pemimpin DAP lain tidak berani suarakan. Mengapa?
Jawapan (J): Saya dipilih oleh rakyat di kawasan Parlimen saya dan sudah menjadi tugas sebagai wakil rakyat saya menyuarakan pandangan mereka. Selagi undang-undang dipatuhi dan selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan, tiada seorang pemimpin pun perlu takut menyatakan pendapat.
Amat sedih bagi DAP jika kita mengambil sikap berdiam diri dengan harapan enggan terlibat dalam sebarang masalah sedangkan ia membabitkan kepentingan parti dan negara. Saya lantang menyuarakan sesuatu isu yang dekat di hati saya dan rakyat yang saya wakili, bukan hanya mewakili parti semata-mata. Sudah tentu pendirian parti juga selari dengan perlembagaan.
S: Adakah pendekatan politik anda sekarang berubah sejak DAP menjadi sebahagian Pakatan Rakyat (PR)?
J: Tiada istilah pendirian peribadi dalam politik; pendekatan mesti seiring dengan prinsip parti. Setiap kita memang ada gaya tersendiri. Hasil keputusan muktamad itu yang perlu diambil kira. Setiap kata-kata saya akan mencerminkan motif dan objektif parti.
S: Anda rasa media yang dikawal BN sering memutarbelitkan kenyataan anda sehingga menyimpang luar konteks?
J: Kadang kala mereka putar kenyataan saya dan bukan senang nak betulkan semula sebab kadang kala perkara yang sudah dibetulkan pun tidak disiarkan.
S: Teguran anda dilihat sebagai berprinsip kepada sesetengah penyokong kuat DAP. Namun bagi penyokong rakan DAP, terutamanya pengundi Melayu PAS teguran anda membangkitkan kemarahan mereka terutamanya mengenai isu hudud dan negara Islam. Jelaskan.
J: Sudah tertulis kita bukan negara Islam. Malaysia adalah negara sekular dan peruntukan Perlembagaan sudah jelas. Tiada ruang untuk undang-undang hudud dalam negara ini. Setiap kata-kata berlandaskan undang-undang dan sebab kukuh.

Mengenang Haji Yusof Rawa: 28 April yang hiba



BAGI orang lain 28 April mungkin tidak membawa apa-apa makna kecuali mereka yang lahir pada hari ini. Setiap seorang mempunyai tarikh tertentu yang memberi sesuatu kesan dalam hidupnya sama ada ia saat kegembiraan mahupun saat kesedihan.
Bagi saya, tarikh 28 April adalah saat saya kehilangan manusia yang paling saya sayangi dan kasih bahkan ramai yang meratapi pemergiannya kerana beliau bukan sahaja milik saya dan keluarga bahkan beliau juga milik umat ini.
Di pagi subuh yang hening bersamaan dengan hari Jumaat tahun 2000 Masehi, insan bernama Yusof bin Abdullah @ Haji Yusof Rawa telah meninggalkan dunia fana ini buat selamanya.
Bagi saya setiap 28 April adalah tarikh istimewa untuk saya memperingati nama yang besar ini dalam hidup saya sebagai ayah, pemimpin dan murabbi pertama saya.

Pagi Subuh Itu
Semua ahli keluarga besar  ayahanda Yusof Rawa sudah pun berkumpul di rumah Gelugor sejak dua tiga hari apabila Doktor Ang yang merawatnya meminta kami untuk membawa pulang ayahanda kerana tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan.
Kami menyediakan katil yang boleh dinaik turun posisinya seperti yang terdapat di hospital untuk keselesaan ayahanda termasuk alat pernafasan sebab ayahanda sering mengadu nafasnya semput. Hakikatnya ayahanda mengalami pnemounia semenjak dimasukkan di hospital dua tiga bulan yang lalu.
Sejak dua tiga malam setelah kembali dari hospital, ayahanda mengadu sakit perut dan meminta Dr Ang supaya datang dan melihatnya.
Malam 27 April itu Dr Ang datang ke rumah dan memberitahu kepada ayahanda supaya datang ke hospital esoknya (28 April) sambil berjanji untuk membuat pemeriksaan lebih terperinci, ayahanda hanya mengangguk.
Namun sejak kembalinya Dr Ang, ayahanda semakin pendek nafasnya dan senantiasa memakai topeng pernafasan sambil suaranya menjadi semakin lemah. Saya berada di sisinya sepanjang malam bersama kekanda saya yang lain bergilir membaca surah Yasin.
Beliau hanya memandang ke arah setiap kami, mungkin beliau terasa itu adalah pandangan terakhirnya menatap wajah kesebelas anaknya.
Subuh 28 April saya mengimami solat Subuh di rumah kami di Gelugor, ayahahanda minta untuk berwudhuk dan bersolat di katilnya sahaja sambil berbaring. Selesai solat saya mengajak kesemua 11 adik-beradik kami untuk membaca surah Yasin dengan anak menantu dan cucu yang ada.
Belum sempat tamat Yasin,  ayah memanggil nama saya dengan nada yang kuat menyebabkan semua kami terkejut. Saya bergegas di sisinya.
Ayahanda memandang saya dengan topeng pernafasan cuba dibuangkan sambil ayahanda mengatakan, “Abah nak habis dah...”sambil beliau memegang tangan saya minta diusap kepalanya seperti lazimnya semenjak beliau terbaring di katil.

Tahan 9 individu untuk tunjuk kepada Obama?

KUALA LUMPUR: Penahanan sembilan rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

"Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas mengenai pembabitan mereka," tegas bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Syed Ibrahim mengatakan tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Jelas Syed Ibrahim, akta tersebut yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini, biarpun di bawah SOSMA ada peluang dibicarakan serta membela diri.

"Nampak seolah-olah SOSMA ini lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

Anwar Ibrahim: Kita Bukan SPR, Kita Tidak Sembunyikan Penipuan

1 Mei, anak muda diseru himpun bantah GST

Mei_1_anti_GSTKUALA LUMPUR 29 APR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, himpunan 1 Mei Khamis ini sebagai tindakan membantah pelaksanaan cukai barangan & perkhidmatan (GST)
Rakyat Malaysia terutamanya anak muda adalah kelompok paling terkesan akibat pelaksanaan GST, teruatamanya pelajar dan graduan yang mula bekerja.
“GST dikenakan keatas semua golongan termasuk yang paling miskin. Mesej kepada BN, hentikan ketidakadilan dan kezaliman terhadap rakyat.
“Rakyat pasti bangkit terutama anak muda yang terbeban dengan GST ini,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Himpunan Bantah GST Sampai Tumbang Hari Pekerja 1 Mei 2014Himpunan 1 Mei akan bermula dan dipimpin beberapa organisasi antaranya dari KLCC (NGO), Sogo (Angkatan Muda KEADILAN), Masjid Negara (Pemuda Pas) dan Dataran Maybank, Pudu (pimpinan nasional Pakatan Rakyat)
Kumpulan dari semua lokasi bergerak ke Dataran Merdeka secara serentak bermula jam 2 petang.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berharap pihak polis memberi bekerjasama dan tidak menghalang pergerakan peserta himpunan dari semua lokasi
“Kita membuat persediaan yang rapi, dan kita harap pihak polis ada satu jaminan supaya ada sikap tolak ansur,” jelasnya.

Rakyat rasa Putrajaya masih korup, kata Ideas

Wan Saiful Wan Jan berkata kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun banyak usaha dan inisiatif dilakukan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 April, 2014. 
Wan Saiful Wan Jan berkata kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun banyak usaha dan inisiatif dilakukan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 April, 2014.Rakyat Malaysia masih bersikap skeptikal terhadap usaha Putrajaya membasmi rasuah dan amalan integriti meskipun pelbagai program dilaksanakan, kata pakar analisis dalam satu forum hari ini.
Ketua Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membanteras perkara itu.
"Rasuah masih lagi menjadi isu. Jadi, meskipun pelbagai inisiatif kerajaan, rakyat masih berasa negara ini korup.
"Terdapat skeptisme betapa serius kerajaan menangani perkara ini," katanya dalam forum integriti di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kedudukan tinggi skeptisme terhadap usaha kerajaan disebabkan tiada usaha sebenar membanteras rasuah antara kerajaan dan agensi di bawahnya.
"Ia umpama apabila kerajaan bercakap soal pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang merupakan inisiatif terbaik untuk mencapai tahap kesederhanaan," kata Wan Saiful merujuk kepada badan pemikir yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.
"Namun rakyat mempersendakan GMM. Mereka kata kenapa promosikan kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap ekstremis di dalam negara?"
Rakyat Malaysia tambahnya, letih dengan ahli politik kedua-dua pihak yang menuntut ketelusan sedangkan mereka sendiri korup.

MH370: International military personnel leave Australia

Tindak to draw out EC using 'datuk' power

Anwar Ibrahim: 1MDB, Hutang-Piutang 1 Malaysia Yang Berbillion

Anwar Ibrahim: Why Is RM18 Billions Placed In Cayman Islands? Who Is In Charge Of The Funds?

Anwar Ibrahim: Is Najib A Powerless Reformer?

Anwar Ibrahim: Obama's Visit Was Welcomed By Malaysian, But Failed To Boost Najib & The Government

Dato' Husam Musa | Himpunan Anti GST & Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993

Dato' Dr Fadzli | Himpunan Anti GST & Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

Perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.
Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.
S ArutchelvanKatanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.
“Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau menambah Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai perhimpunan aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.
Katanya, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa di mana hari itu disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan.
Tambahnya, di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib.
“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” tegasnya lagi.

Himpunan 1 Mei: Pemuda PAS kerah 50,000 anak muda

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan mengerahkan 50,000 anak muda untuk turun himpunan pada 1 Mei, Khamis ini.

Setiausahanya Mohd Nasai Ismail berkata mobilisasi kearah itu sedang giat dijalankan melalui kempen penerangan berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak Disember tahun lalu.

Mereka juga katanya, telah menggiatkan edaran risalah, ceramah penerangan, kempen, taklimat selain menggunakan sepenuhnya media sosial bagi memberi kefahaman sebenar mengenai isu ini.

"Ternyata sejak itu semakin ramai yang mengerti dan menyatakan kesediaan untuk hadir dalam himpunan itu nanti.

"Tidak kurang 50,000 pemuda PAS seluruh negara akan hadir dengan berpakaian bertemakan warna merah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau berkata, Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.

"PPM memberi jaminan meskipun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman.

Zailah saran wanita semarakkan Himpunan 501


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru para wanita khususnya ahli Dewan Muslimat PAS seluruh negara supaya turun ke himpunan 1 Mei ini bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan BN untuk melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST).
Katanya, rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang cukup tinggi dan jika GST dilaksanakan pada April 2015 nanti, pasti nasib rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terus terhimpit.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, Rang Undang-Undang GST telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu walaupun mendapat bantahan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu beliau menyifatkan himpunan aman 1 Mei nanti cukup penting terutama kepada golongan wanita dan anak muda yang paling terkesan dengan pelaksanaan GST.
Katanya, golongan wanita yang mengurus perbelanjaan seharian keluarga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran perlaksanaan GST.
Tambah beliau, bagaimana mungkin mereka mampu menjimatkan perbelanjaan dapur sedangkan harga barang-barang terus naik.

Ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Pandan malam ini

reformasi_2.0PANDAN 28 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah jelajah Reformasi 2.0 Pandan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah malam ini.
Ceramah Reformasi 2.0 yang bermula jam 9 malam ini juga merupakan sebahagian dari acara kemuncak menuju Himpunan 1 Mei.
Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Adun Chempaka, Iskandar Samad, Zuraida Kamaruddin (MP Ampang), Tian Chua (MP Batu) dan Tiew Way Keng. (Adun Teratai)
Penduduk di parlimen Pandan dan mereka yang berada di lokasi berhampiran tapak program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

Pemilihan PKR: SAMM ugut saman Berita Harian kalau tak betulkan laporan

SAMM adalah NGO yang terdiri dari semua parti, maka SAMM tidak terlibat dalam bantahan pemilihan PKR

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa akhbar Berita Harian yang salah lapor kononnya SAMM mendesak pencalonan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dibatalkan di atas sebab penipuan supaya membetulkan semula laporan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Edy Noor ReduanMenurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, SAMM adalah sebuah kumpulan pergerakan anak muda yang bergerak di atas platform sebuah NGO.
“Komrad SAMM juga terdiri dari pelbagai latar belakang dan fahaman kepartian. Berita Harian menuduh SAMM terlibat dalam isu Azmin Ali. Tajuk laporan berita tersebut adalah tersasar sama sekali. SAMM tidak terlibat secara organisasi, tetapi dalam masa yang sama SAMM melihat PKR sebagai sebuah parti masa depan yang mampu menjadi pengemudi utama pentadbiran tanahair ini,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.
Katanya lagi, SAMM tidak menafikan telah mengikuti perkembangan pemilihan PKR 2014 secara dekat.
“Namun desakan yang berlaku ketika ini termasuklah protes besar di depan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya pada 30 April ini adalah hadir dari ahli parti yang melihat kepincangan yang berlaku. Chegubard selaku pengasas SAMM juga antara pendesak yang mendesak di atas kapasiti ahli parti dan bukannya bergerak atas nama SAMM,” tegas beliau.
Malah, Edy Noor menambah, kesabaran ahli parti sudah tidak mampu dibatasi.
“Difahamkan kumpulan penyokong dari semua kem akan berada di depan ibu pejabat parti pada jam 3 petang hari yang sama,” katanya lagi.

Hudud: Kelantan beri penjelasan kepada PKR, DAP


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khususnya tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perbincangan hari ini lebih kepada memberi penjelasan kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat ingin tahu lanjut mengenai hasrat kerajaan Kelantan untuk membawanya ke Parlimen.

"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang Kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah.

"Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Malah katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing.

Tambahnya, Kerajaan Kelantan bersedia untuk memberi penjelasan lanjut mengenai enakmen itu bukan hanya kepada Pakatan Rakyat bahkan wakil-wakil daripada BN seperti MCA.

"Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan ada pihak yang mahukan penjelasan lebih lanjut kita bersedia. Kalau MCA hendak jumpa pun boleh.

Pemilihan 2014: JPP diminta bertindak jika terbukti salahlaku

pemilihan 2014PETALING JAYA 29 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan menangguh atau membatalkan undian kepada individu yang didapati menipu semasa pemilihan parti.
Jelasnya lagi tindakan tersebut akan memperlihat jawatankuasa tersebut lebih telus dan tiada kompromi dengan mana-mana pihak termasuk pimpinan tinggi parti.
“Kita bukan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melindungi yang salah. Kita tegas tak kira siapa.
“Wujud unsur kecuaian mahupun penipuan, JPP perlu menangguhkan segera pemilihan dan membatalkan undian yang telah dibuat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Kata Anwar, JPP mampu menjalankan tanggungjawab kerana jawatankuasa tersebut sebuah badan yang tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana pihak
“Kita telah arahkan siasatan segera dilakukan sebaik sahaja ada aduan penipuan diterima. Saya tegaskan kita berkecuali dan tidak akan melindungi sesiapa.
“Saya yakin JPP mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. JPP bukan seperti SPR, mereka tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak.” ujarnya.

AS ikuti kes Fitnah II, teliti perjalanan mahkamah

File photo of U.S. Ambassador to the United Nations Rice speaking at the White House in Washington
KUALA LUMPUR 29 APR: Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice berkata, negara itu mengikuti dengan teliti kes rayuan Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan dikeluarkan Rumah Putih semalam, Susan berkata, dakwaan terhadao Anwar dan perjalanan perbicaraan menimbulkan keprihatinan AS mengenai kedaulatan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia.
SusanRice_LGE_Anwar_Mustafa“Adalah kritikal bagi Malaysia untuk melaksana kedaulatan undang-undang secara adil, telus untuk meningkatkan keyakinan terhadap demokrasi dan badan kehakiman,” kenyataan tersebut dipetik.
Semalam, Susan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat bagi mendengar pandangan mereka mengenai keadaan di Malaysia dan usaha memberi penekanan terhadap usaha pendemokrasian, ketelusan dan pembaharuan.
Katanya, AS memberi perhatian terhadap isu-isu kebebasan politik, hak asasi, kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan beragama.
Susan turut mengulangi mesej Presiden Barack Obama bahawa AS mengalu-alukan usaha menegakkan hak asasi manusia tanpa mengira fahaman politik , etnik, bangsa atau agama.
Dalam pada itu kata Susan berkata, lawatan bersejarah Presiden AS ke Malaysia merupakan peluang untuk meneruskan hubungan kedua negara.
“Kami berusaha memperluaskan penglibatan dengan semua pihak di Malaysia, termasuk masyarakat awam, industri , pelajar dari seluruh spektrum politik,” katanya.

Dua pesawat TUDM pulang ke Malaysia selepas pencarian MH370 fokus kepada dalam laut


Kru udara pasukan antarabangsa termasuk Malaysia yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370 bersedia untuk sesi bergambar rasmi di landasan Pierce Base Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Bullsbrook, berhampiran Perth. – Gambar Reuters, 29 April, 2014.  
Kru udara pasukan antarabangsa termasuk Malaysia yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370 bersedia untuk sesi bergambar rasmi di landasan Pierce Base Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Bullsbrook, berhampiran Perth. – Gambar Reuters, 29 April, 2014. Dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual pulang ke Malaysia pada Selasa malam selepas pencarian udara bagi mencari pesawat Malaysia Airlines digantung berikutan pengumuman pencarian di kawasan dasar laut dijalankan secara intensif.
Dua pesawat itu akan berlepas pada 9 malam manakala sebuah lagi pesawat TUDM C-130 buat sementara waktu ini kekal di sini sehingga dimaklumkan kelak, kata Ketua Skuadron ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh kepada Bernama dan RTM ketika ditemui di pangkalan Pearce, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Bullsbrook di Perth.
Muhammad Jafri, yang juga Ketua Detasmen operasi mencari TUDM di sini berkata 53 kru udara, darat dan bantuan daripada sejumlah 78 personel TUDM yang terbabit dalam operasi akan meninggalkan pangkalan Pearce pada Selasa malam.
"Secara peribadi saya lihat seluruh anggota saya tunjuk tahap komitmen dan  dan profesionalisme yang tinggi sama ada anak kapal yang melaksanakan tugas penerbangan mahupun anggota bahagian selenggaraan.
"Mereka bekerja keras 24 jam untuk pastikan kesediaan pesawat untuk terbang," katanya.
Kedua-dua pesawat TUDM itu bersama-sama dengan 53 anak kapal dijangka tiba di pangkalan TUDM Subang sekitar 10 pagi pada Rabu.

Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan... !!


SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.

MH370 - Apa yang NAJIB & HISHAMUDDIN sedang cuba membohongi dunia sekarang nie?

Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.
Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast.
"Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.
Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australia di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.
Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.

Hudud: Penyelesaian bersama perkukuh Pakatan

Hudud: K'tan beri penjelasan pada DAP

Hudud: DAP cari titik persamaan

Pakatan Rakyat masih perlu masa bincang usul hudud

Anwar: Mengapa dana RM18 bilion 1MDB di Pulau Cayman?

Anwar: Hutang 1MDB dijangka cecah RM42 bilion

dsai_pc_1mdbPETALING JAYA 29 APRIL : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka berhutang lebih banyak bagi menampung projek mega seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dengan anggaran RM45 billion.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan hutang tahun kewangan 2013 syarikat itu melonjak empat kali ganda kepada RM42 billion berbanding 2012 iaitu RM 8.4 billion.
“Kami menjangka lebih banyak hutang diambil 1MDB pada masa hadapan untuk membiayai kos TRX dan Bandar Malaysia yang dianggar sekitar RM45 billion dan dijangka bertambah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
1MDB“Selain itu, pemborosan dalam pembelian aset janakuasa tenaga bernilai RM23.1 billion yang rata-ratanya dibayar pada kadar lebih tinggi daripada nilaian semasa, jelas menunjukkan 1MDB sedang menghadapi kekangan aliran kewangan
“Kalau sikap begini diteruskan, 1MDB rekaan Najib bakal gagal dan akan menjadi satu lagi liabiliti negara yang wajar dikenali sebagai “1 Malaysia Debt of Billions atau Hutang-Piutang 1 Malaysia yang berbillion,” kata Anwar.
Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusif membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.
Akhbar mingguan tersebut menyiasat urusniaga 1MDB yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selepasa tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Max dan laporan tahunannya.
Pada 25 April 2014 dilaporkan 1MDB bakal membuat suatu “Initial Public Offering” (IPO) pada akhir 2014 untuk menjana dana RM15 billion yang bakal dinobatkan sebagai IPO terbesar di asia tahun ini.

Anwar: JPP bukan SPR, jangan tolak ansur pada penipu

pemilihan 2014PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti 2014 (JPP) supaya tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan yang berlaku dalam pemilihan kali ini.
Mengulas berkenaan dakwaan penipuan yang berlaku di Batang Sadong, Anwar secara sinis menjelaskan, JPP bukan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyembunyikan penipuan dalam proses pemilihan.
johari abdul parlimen 01Tegasnya, JPP perlu menyiasat segera perkara berkenaan sama ada membatalkan mahupun membuat penagguhan jika terdapat elemen penipuan yang berlaku.
“JPP sudah memberikan penjelasan kepada saya. Arahan kita, sebaik ada elemen kecuaian atau penipuan siasat segera, batal atau tangguh.
“Jangan tolak ansur sama sekali. Ini pendirian kita. Tidak kira siapa calon menang,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelasnya, JPP tidak terikat dengan pimpinan dan beliau sendiri memberikan kepercayaan penuh kepada JPP.
Difahamkan, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dan Malek Hussin berada di Sarawak bagi menyiasat dakwaan penipuan yang berlaku.
Selain Batang Sadong, pemilihan di kawasan Dungun, Kemaman dan Setiu turut ditangguhkan kerana mengalami masalah.

Hudud: Anwar gesa jangan perkecil langkah PAS

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak harus menghormati hasrat Kerajaan Kelantan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian ke Parlimen bagi membolahkan Kanun Jenayah Syariah 1993 Kelantan dilaksanakan.

“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah PAS berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu.

“Perbezaan pendapat patut ditangani dengan saling hormat menghormati,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini .

Mengulas perbezaan pandangan pemimpin DAP dalam isu itu, Anwar berkata seharusnya masing-masing saling menghormati kerana enakmen undang-undang Islam itu termasuk di Terengganu wujud sebelum terbentuknya kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

PAS dan PKR katanya menghormati pandangan DAP, dalam masa sama DAP juga harus menghormati pendirian PAS yang konsisten dalam perkara itu.

Bagaimanapun kata beliau, PAS perlu membawa isu itu ke Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membentangkan RUU seperti yang dicadangkan itu.

Hudud: Saya cukup tenang sehari dua ini - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: “Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni.. banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah masyarakat juga menerima dengan baik,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Pada Ahad lalu beliau juga dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di rumahnya di Pulau Melaka.

Sedangkan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu berkata, Perdana Menteri dahulu begitu bersungguh-sungguh menentang pelaksanan hudud di Kelantan.

“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada Perdana Menteri,” katanya.

Pada 15 Julai 1994 Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan.

MTES putuskan tarik balik catuan air S'gor

 
  Selepas tekanan demi tekanan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid (bawah) sendiri.

"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.

Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.

Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan “positif” selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.

"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.

PAS: Benteng manusia oleh MCA untuk halang hudud biadab

Pemuda PAS menyifatkan rancangan MCA membina benteng manusia di bangunan Parlimen bagi menghalang parti Islam itu membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai “biadab”.

Mengutuk perkara itu, Ketua dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, ia jelas menggambarkan sikap MCA yang provokatif dan antidemokrasi dengan sikap yang “begitu keras”.

“Tindakan tersebut juga menggambarkan sikap MCA yang terus menerus anti kepada Islam dan ini merupakan satu kegagalan kepada Umno untuk mendidik MCA,” katanya.

TheSun semalam melaporkan, Pemuda MCA akan membentuk benteng manusia di bangunan Parlimen bagi menghalang PAS jika parti itu berkeras membentangkan RUU itu.

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon (kanan) berkata, mereka akan cuba sehabis baik menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu pada Jun ini bagi menegakkan perlembagaan.

Chong juga berhujah, RUU itu mesti dihentikan sebelum terlambat dan memberi kesan besar kepada bukan Islam.

Mca juga merancang kempen jalanan bagi menentang RUU itu bermula pada 8 Mei depan dan merancang mengutip sejuta tandatangan menolaknya.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan juga meletakkan tanggungjawab di bahu Umno yang didakwanya berdiam diri sekian lama ketika pemimpin MCA “menghina Islam”.

'J'kuasa teknikal hudud peringkat pusat tak perlu' - DPP Kelantan


Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan menganggap tiada keperluan menerima cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen.

Sebaliknya, Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.

"Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Dalam kenyataannya, beliau berkata cadangan yang PAS bawa ke PAS ke Parlimen berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menyekat had hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah negeri dan bukan undang-undang hudud yang diluluskan DUN Kelantan pada 1993.

Kelmarin Muhyiddin berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud dan Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu di peringkat kebangsaan.

Ahmad Fadhli juga menyarankan kerajaan persekutuan menumpukan penerangan tentang perundangan Islam kepada semua agensi termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Jangan masuk perangkap Umno, kata Guan Eng kepada PAS


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kata PAS perlu berfikir panjang sebelum bekerjasama dengan Umno untuk  membentang hudud di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider, 29 April, 2014. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kata PAS perlu berfikir panjang sebelum bekerjasama dengan Umno untuk membentang hudud di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider, 29 April, 2014.DAP memberi amaran kepada rakan sekutunya PAS agar jangan jatuh ke dalam perangkap Umno berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebaliknya berkata PAS perlu berfikir panjang kesannya jika mempercayai Umno selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju untuk membantu PAS membentang hudud di Parlimen.
Katanya, tindakan PAS itu seolah-olah cuba mengkhianati sokongan undi bukan Melayu terhadap kemenangan parti itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu.
"PAS hanya menambah jurang risiko perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang selama ini diidamkan Umno," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegasnya, PAS mungkin akan kehilangan Kelantan sama seperti mereka kehilangan Terengganu semasa PRU 2004 selepas meluluskan undang-undang hudud pada tahun 2003.
Malah tidak mustahil semua kerusi yang dimenangi PAS melalui sokongan bukan Melayu di luar Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengulangi pendiriannya bahawa DAP sama sekali tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menentang hudud di Kelantan dan Terengganu.

MIC akan bertemu PAS bagi bantah pelaksanaan hudud


MIC akan menemui pimpinan PAS segera bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanakan hudud di negara ini, kata pengarah strateginya  Datuk Sri S.Vell Paari (gambar).
Menurut satu kenyataannya, beliau telah menghubungi timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu mengenainya dan PAS telah bersetuju untuk bertemu dengan delegasi MIC.
"Saya harap pertemuan bersejarah antara PAS dan MIC ini akan menjadi kenyataan.
"Bila Israel, Palestinian dan Hamas boleh bertemu, bila Amerika dan Iran juga boleh bertemu, apa salahnya untuk PAS dan MIC bertemu untuk membincangkan pendirian masing-masing," kata Vell Paari dalam kenyataan itu.
Bagi anak bekas presiden MIC, S. Samy Vellu, hujjah beliau adalah mudah. Jika hudud telah dilaksanakan di negara ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah direjam hingga mati kerana kesalahannya sebelum ini.

Obama campur tangan hal ehwal negara bila ‘sumpah’ Malaysia, dakwa Kadir Jasin


Presiden  Amerika, Barrack Hussein Obama dituduh campur tangan dalam negara ini oleh bekas ketua pengarang kumpulan akhbar NST. – Gambar Reuters, 29 April, 2014. 
Presiden Amerika, Barrack Hussein Obama dituduh campur tangan dalam negara ini oleh bekas ketua pengarang kumpulan akhbar NST. – Gambar Reuters, 29 April, 2014.Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar NST,  Datuk Abdul Kadir Jasin menyifatkan kenyataan Presiden  Amerika, Barrack Hussein Obama “Malaysia tidak akan menjadi  negara maju sekiranya masih mendiskriminasikan  golongan bukan Islam dan minority”  satu campur tangan dalam negara ini.
"Kalau ini bukan campur tangan dan provokasi, saya tidak tahulah apa," dakwa Kadir dalam tulisan di blognya itu.
Namun begitu, beliau berkata dia hanya membaca laporan mengenainya dari media bebas atas talian.
Berita itu hanya menjadi arus perdana bila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya.
The Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.
"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” kata Zahid pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur semalam.
Ekoran itu, Kadir mengucapkan "Syabas Dr Ahmad Zahid".
"Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro," kata Kadir.

Anwar tidak akan tolak ansur insiden penipuan ketika pemilihan PKR


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mengatakan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyelewengan semasa Pemilihan PKR 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014. 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mengatakan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyelewengan semasa Pemilihan PKR 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden penipuan ketika Pemilihan PKR 2014 berlangsung.
Ketua pembangkang itu menegaskan, parti itu akan menyiasat segala dakwaan penipuan mahupun kecuaian tanpa mengira siapa calon yang menang di kawasan itu.
"Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sudah memberi penjelasan. Arahannya jelas, sebaik sahaja ada elemen kecuaian, siasat segera, batal atau tangguh.
"Jangan bertolak ansur sama sekali. Tidak kira siapa calon yang menang," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.
The Malaysian Insider difahamkan, JPP sedang menyiasat laporan penipuan dan penggunaan wang untuk membeli undi dalam pemilihan parti itu, termasuk di peringkat tertinggi.
Mereka mempunyai kuasa penuh untuk menggantung atau membatalkan sebarang keputusan jika didapati terlibat dengan sebarang salah laku.
Jelas Anwar, pengerusi JPP PKR Datuk Johari Abdul juga sedang meneliti insiden di Cabang Batang Sadong, Sarawak dan pihaknya memberi jaminan tidak akan menyembunyikan sebarang penipuan.
"Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita tidak sembunyikan penipuan," katanya.
JPP PKR semalam mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Batang Sadong, sehingga mencetuskan kekecohan.

Hudud: Keikhlasan Umno hanya Allah yang tahu - Tok Him

 
  PAS tidak patut mempersoalkan keikhlasan Umno dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan kerana perkara itu hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya, kata PERKASA.

“Sepatutnya pemimpin PAS bersyukur. Keikhlasan hati seseorang hamba Allah atau dari kelompok mana sekalipun, hanya Allah sahaja yang boleh menilai dan tahu.

“Jelaslah yang tidak ikhlas selama ini adalah pemimpin PAS,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali.

Ketika penentangan DAP terhadap cubaan melaksanakan hudud di Kelantan semakin lantang, Umno kini dilihat mengambil sikap lunak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) kelmarian berkata, Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Bercakap kepada pemberita di Kota Bharu, beliau menegaskan kepentingan duduk semeja dengan PAS sebelum membawa usul hudud ke Parlimen.

Naib presiden Umno itu juga berkata, parti Melayu itu bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Najib diam, Zahid berani tegur Obama

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyanjung naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang menurutnya berani menegur presiden AS Barack Obama kerana mengeluarkan kenyataan didakwa mencampuri urusan dalaman Malaysia.

A Kadir turut menyelar Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya berdiam diri apabila Obama membangkitkan perkara itu dalam satu sesi forum bersama kumpulan siswa dari Asia Tenggara di Universiti Malaya, Ahad lalu.

Obama ketika menjawab satu soalan di program tersebut antara lainnya berkata ada ketikanya golongan bukan Islam di Malaysia mendapati diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain," kata Obama.

Obama dalam menjawab soalan dari wakil Myanmar yang meminta nasihat beliau mengenai bagaimana cara pemimpin muda menangani masalah kepelbagaian masyarakat dalam rantau Asean.

A Kadir yang berang dengan kenyataan itu menyelar Obama yang menurutnya “mengenakan sumpah” ke atas Malaysia melalui tindakan “masuk campur dan menimbulkan provokasi” ke atas hal dalaman Malaysia itu.

Najib hanya beri alasan kepada Obama, kata Anwar

Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan alasan sahaja apabila memberitahu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa usaha reformasi yang beliau lakukan diganggu oleh kuasa dalaman dan luaran Umno, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menolak alasan itu, yang didakwanya sama sahaja sejak dahulu, Anwar berkata ia hanya alasan Putrajaya yang melambangkan ketidakcekapan dalam menguruskan negara, rasuah dan sistem keadilan yang rapuh.
Katanya, pandangan ini disampaikan beliau kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice dalam pertemuannya dengan pemimpin Pakatan semalam.
"Saya beritahu Rice bahawa perdana menteri umpama maharaja. Dia mengawal media, kehakiman, badan penguatkuasa, parti dan Parlimen, namun masih berkata dia tidak ada kuasa.
"Mengapa jadi perdana menteri tetapi tidak dapat menentukan hak, kehormatan dan maruah rakyat kamu?" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Simpati terhadap keluarga mangsa MH370 di China mula hilang

Keluarga penumpang China menjalankan tunjuk perasaan kali kedua dalam sebulan, walaupun simpati kepada mereka semakin pudar semakin lama. – Gambar Reuters, 29 April, 2014. 
Keluarga penumpang China menjalankan tunjuk perasaan kali kedua dalam sebulan, walaupun simpati kepada mereka semakin pudar semakin lama. – Gambar Reuters, 29 April, 2014.Tunjuk perasaan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 di China mendapat sambutan hambar apabila tiada liputan meluas oleh media mahupun sokongan daripada rakyat China sendiri, lapor akhbar The Straits Times.
Membawa sepanduk sama, dengan pakaian yang sama dan berjalan sejauh 3.8kilometer menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing, waris penumpang MH370 yang masih bersedih mengadakan tunjuk perasaan buat kali kedua dalam sebulan.
Namun ianya tidak seperti 25 Mac lalu semasa demonstrasi terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan 'MAS berakhir di Lautan Hindi', kira-kira 60 ahli keluarga yang berkhemah di luar kedutaan sepanjang malam dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada Khamis, lalu gagal menarik perhatian kakitangan Kedutaan Malaysia.
Ketika mereka memuat naik status dalam sosial media 'Weibo' bahawa kerajaan Malaysia mungkir janji untuk memberikan sesi taklimat terkini, salah seorang pengguna akaun memberikan respon : "Tidak ada apa-apa status terkini perlu dibuat, buat apa hendak berjumpa dengan awak?"
Antara komen lain yang lebih pedas timbul ketika keluarga penumpang meminta belas ehsan orang ramai supaya membawa makanan dan minuman semasa mereka sedang berkhemah di luar, ada yang mengkritik mereka sudah diberikan 31,000 yuan (RM20,321) setiap seorang oleh MAS, selain ditaja makanan dan penginapan di hotel empat bintang sejak enam minggu lalu.
Terdapat 153 warga China daripada jumlah 239 mangsa yang terlibat dalam tragedi kehilangan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Beberapa penganalisis melihat respon rakyat China dan pihak berkuasa Malaysia terhadap keluarga mangsa mula berubah, lapor akhbar itu.
Tidak seperti semasa minggu pertama misteri kehilangan pesawat terpapar di setiap muka depan akhbar dan menjadi bualan kedai kopi, dunia sudah mula menerima hakikat dan beralih perhatian kepada tragedi lain.

MH370: Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah Benar?

KUALA LUMPUR - Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.
Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Obama wraps up Asian tour

Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan - Dr. Abdul Aziz Bari

Gerakan dodges question on whether it will quit BN over hudud

Gerakan wants to meet with Hadi over hudud

'Hudud makes women, children easy targets of rape' - Gerakan

Day 53: Japan ends search for MH370

Anwar: Najib umpama maharaja, tapi dakwa tiada kuasa

In MH370 hunt, no solace for Chinese families as social media users lose interest, says daily


A father, whose son was aboard Malaysia Airlines flight MH370, cries as he asks a question during a briefing given by Malaysian representatives at Lido Hotel in Beijing last Monday. The Straits Times reported today that Sympathy towards Chinese families of passengers aboard missing flight MH370 has begun to wane, with social media users focusing their attention on more news.– Reuters pic, April 29, 2014. 
A father, whose son was aboard Malaysia Airlines flight MH370, cries as he asks a question during a briefing given by Malaysian representatives at Lido Hotel in Beijing last Monday. The Straits Times reported today that Sympathy towards Chinese families of passengers aboard missing flight MH370 has begun to wane, with social media users focusing their attention on more news.– Reuters pic, April 29, 2014.Sympathy towards Chinese families of passengers aboard missing flight MH370 has begun to wane, with social media users focusing their attention on recent happenings around the globe, The Straits Times reported today.
The Singaporean English daily said that unlike the first few weeks of the ordeal – when flight MH370 dominated every headline and coffee-shop conversation – Chinese cyberspace showed signs that it had mostly lost interest in the tragedy.
It was even reported that the second protest march held at the Malaysian embassy last Thursday was not widely reported by Chinese media nor backed by Chinese social media users – some even appeared to have lost patience with the antics of family members and friends of passengers aboard MH370.
When the families posted on Weibo that Putrajaya had broken its promise of holding regular briefings, one user responded: "There are no updates. So meet you for what?"
Other users also said that families had received 31,000 yuan (RM15,500) each in spending money from Malaysia Airlines (MAS), adding that the flag carrier also paid for the families’ meals and lodging at four-star hotels over the past six weeks.
The Straits Times said analysts cited several reasons for this change in attitude among the Chinese social media users.
"The families want more attention, but everyone knows that the Malaysian government is already placing this as the highest priority, so their demands can seem irrational."
"The media cannot be expected to bring attention to something where there has been no development," Renmin University's media expert Yu Guoming told The Straits Times.

Jepun tarik diri dari pencarian MH370

Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera pada Isnin mengumumkan kepada pasukan pencarian pesawat hilang MH370 negara itu bahawa misi mereka tamat setakat ini.

Ia berlaku selepas pencarian hampir dua bulan gagal mencari sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu, lapor Kyodo.

Perdana Menteri Australian Tony Abbott pada Isnin berkata, pencarian akan segera memasuki fasa baru dengan “carian bawah laut dipergiat menggunakan teknologi berbeza” di kawasan lebih luas.

Pasukan Jepun dijadual pulang ke negara matahari terbit itu bersama pesawat P-3C mereka daripada pangkalan tentera udara Australia di Perth hari ini.

Pada pertengahan Mac, Onodera (kanan) mengeluarkan arahan itu sejajar dengan undang-undang pentadbiran bencana alam negeri itu.

Mereka terbang ke Perth dari Malaysia pada hujung Mac untuk menyertai usaha carian di Lautan Hindi.

Pesawat MH370 hilang daripada radar di Laut China Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Usaha pencarian memasuki hari ke-53 hari ini.