Ahad, 27 April 2014

Wan Azizah: ‘Terima kasih doakan kubur saya bercahaya kelak’

wan-azizah-wan-ismail1-dec4SHAH ALAM 27 APRIL: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara sinis ‘berterima kasih’ kepada pihak yang sudi menggelarkan beliau sebagai mujahidah selain berdoa kuburnya turut bercahaya kelak.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar yang mendakwa beliau telah meninggal dunia serta kubur bercahaya ketika dikebumikan.
Screenshot_2014-04-27-14-09-43“Saya bersyukurlah dia panggil mujahidah dan kubur bercahaya tu InsyaAllah,” katanya kepada Selangor Kini.
Sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi gambar seorang wanita yang telah meninggal dunia selain kubur bercahaya di Taiping, Perak dengan meletakkan muka Wan Azizah.
Paparan tersebut dibuat melalui akaun Facebook Blue Wave Army.
Semakan di laman sosial mendapati perkara berkenaan terjadi oleh kerana pantulan cahaya matahari ketika pengebumian jenazah.
Pihak yang rapat dengan jenazah berkenaan menerangkan keadaan sebenar dan mendesak semua pihak menghentikan menyebarkan gambar berkenaan.
Selain itu, mereka turut meminta semua pihak untuk tidak memanipulasi dan mensensasikan isu terbabit.

 

TG Nik Abdul Aziz terima kunjungan Muhyiddin



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi beliau di kediamannya di Pulau Melaka, petang tadi.

Muhyiddin yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di kediaman Tun Guru Nik Abdul Aziz selepas solat Asar.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut berbual mesra dengan isteri pemimpin nombor dua negara itu.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini.


Penganjur: Demo 1 Mei tetap di Dataran

Perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”.

Penganjur perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Bagaimanapun, jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang," kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

"Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium," kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.

"Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat," kata beliau.

TPP: PM jangan gopoh, kata MTEM

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPP
KUALA LUMPUR – "Jangan gopoh," demikian nasihat yang disuarakan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengambil keputusan terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Pemegang Amanah Tetap MTEM, Rizal Faris Mohideen berkata, melalui pertemuan dengan empat wakil Amerika Syarikat (AS), hari ini, apa yang dapat disimpulkan adalah perjalanan perbincangan TPP itu masih terlalu jauh.

“...selepas perbincangan hari ini... (Najib) jangan gopoh dalam membuat sebarang keputusan. Hasil perbincangan hari ini sangat jelas bahawa masih jauh perjalanan yang harus dilalui andai kita mahu menandatangani perjanjian yang situasi menang menang kepada kedua-dua pihak dan untuk rakyat Malaysia

“Kalau ia tak memberi manfaat kepada rakyat, kenapa nak teruskan? Untuk generasi akan datang. Ini yang kita pentingkan,” katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.

Malaysia tidak akan berjaya kecuali peluang setara diberi kepada bukan Islam, kata Obama


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melihat belia yang bertanya soalan kepadanya dalam majlis pertemuan dua hala dengan belia Asean di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melihat belia yang bertanya soalan kepadanya dalam majlis pertemuan dua hala dengan belia Asean di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara Asia Tenggara itu mahu terus makmur, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, dalam lawatannya ke Malaysia, 48 tahun selepas presiden terdahulu negara itu datang ke sini.
“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama,” katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Obama berkata, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas.
“Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan anda menentang perkara ini dalam kehidupan harian.
“Dan apabila anda mula menjadi pemimpin, anda perlu berada di pihak politik yang membawa rakyat bersatu, bukan memisahkan mereka,” katanya.
Obama berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang belia Myanmar mengenai faktor kerjasama yang boleh membawa Asean bersatu memandangkan negara Asean mempunyai kepelbagaian dan perbezaan.

Siswa bantah TPPA di acara Obama

 
  Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya hari ini.

Kumpulan 10 orang siswa tersebut mempamerkan poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya.

Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.

"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah.

“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.

Jurucakap kumpulan berkenaan ketika ditemui selepas program tersebut, Adam Fistival Wilfrid berkata beliau berharap dapat menggunakan sesi soal jawab itu untuk meminta Obama menyatakan pendirian berhubung hukuman matik ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kumpulan berkenaan dihukum mati kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi ganas.

‘Bakal pemimpin’ persia peluang, tanya soalan tidak penting kepada Obama, kata NGO


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang memilih pelajar yang berpeluang bertanya soalan kepadanya di majlis pertemuan dengan belia Asean di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang memilih pelajar yang berpeluang bertanya soalan kepadanya di majlis pertemuan dengan belia Asean di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.Kumpulan pejuang hak sivil yang menghadiri sesi perbincangan bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melahirkan kekecewaan apabila belia Asean yang melambangkan bakal pemimpin mempersiakan peluang keemasan apabila tidak membangkitkan isu polisi yang dihadapi hari ini.
Kumpulan berkenaan berkata, kumpulan belia dari Asia Tenggara itu sebaliknya hanya berminat bertanyakan soalan makna kegembiraaan buat Obama dan soalan yang tidak berkaitan polisi antarabangsa dan perundangan di Malaysia.
Timbalan Pengarah Kajian Polisi Antarabangsa dan Keselamatan ISIS Malaysia, Elina Noor, berkata beliau berharap soalan yang ditanyakan khusus menyentuh mengenai situasi sekarang.
Lebih 100 penyertaan daripada Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), yang ditubuhkan atas  inisiatif Obama Disember lalu bertanyakan 8 soalan termasuk legasi yang ditinggalkan, cara menangani perubahan iklim dan pengukuhan tenaga kerja serta nasihat untuk Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

GST Cukai Paling Tidak Adil! Jumpa ANDA 1 Mei!! - Rafizi Ramli


Obama: Comments by NBA Team Owner 'Ignorant'

Obama promotes stability and trade deal for Malaysian students

Obama's message to young people: Think about others

Ukraine crisis, missing jet dominates Obama's Malaysia visit

Obama: Malaysia won't succeed if minorities are oppressed

Obama: Democracy doesn't stop with elections

Obama unfazed by TPPA protest at UM event


Obama: Bukan kami tidak pedulikan Anwar

Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu.

Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.

“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,” katanya menurut laporan BBC.

Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik.

Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi.

Salute Anak Muda Sambut Obama Di UM

Demonstrasi aman membantah TPPA dan menentang penindasan terhadap umat Islam pada sesi 'Town Hall' bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Bas Terbabas, Sembilan Pelajar UIAM Cedera Parah

Di Mana Silapnya Sistem PBS

Sidang media bersama Najib-Obama



Najib perjelas kes liwat libat Ketua Pembangkang dalam sidang media bersama Obama

MH370: Obama minta Malaysia telus..!!!

TPPA agenda Obama jajah ekonomi Malaysia

TPPA 2KUALA LUMPUR 27 APRIL: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).
Jurucakap bantah TPPA, Azwan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat.
“Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini.
“Hari ini kita buat bantahan untuk beri amaran pada kerajaan supaya jangan ikut telunjuk Obama. Kita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan harus fikirkan  rakyat dahulu sebelum bertindak,” katanya ketika flashmob membantah TPPA di hadapan kompleks membeli belah Sogo,  semalam
Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini.

TPP: Wakil AS dengar penjelasan MTEM

Mohd Nizam Mashar  
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mashar (kanan) bersama Pemegang Amanah Tetap MTEM, Rizal Faris Mohideen dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online selepas bertemu wakil AS. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkara-perkara berbangkit berkaitan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam pertemuan khas dengan wakil Amerika Syarikat, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mashar akui pertemuan itu membuka ruang kerjasama antara pihaknya dengan AS.

Malah menurutnya, AS dan MTEM sedang saling memahami antara satu sama lain berhubung perkara yang dibangkitkan dalam perjanjian TPP ini.

"Dalam perbincangan tadi, mereka bawa 75 garis merah yang disediakan MTEM sebelum ini, jadi, mereka sedia faham bahawa itu adalah isu-isu yang kita ketengahkan.

Obama nafi buli Malaysia dalam rundingan TPP


Obama nafi buli Malaysia dalam rundinganTPP

PUTRAJAYA - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, beliau berkata, beliau sendiri yang telah dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian itu yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.

"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian (akhir) sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata beliau sebagai respons kepada soalan yang Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPP pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Beliau berkata memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes, tuduhan konspirasi politik, yang berlaku bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi juga semua negara yang berunding.

Obama: M'sia perlu telus dalam kes MH370..

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa Malaysia bertindak telus dalam mendedahkan semua usaha yang dijalankan negara ini untuk mencari pesawat MH370.

"Perlu ada ketelusan sepenuhnya dari segi apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana proses itu diteruskan,” katanya selepas bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur.

Obama berkata Amerika Syarikat tetap komited dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines itu.

Obama datang ke negara ini bukan hendak tengok panorama

Kunjungan Presiden Barack Obama ke negara  "tigatujuhkosong" ini disambutkan hebat oleh sesetengah rakyat Malaysia. Bagi pemimpin kerajaan pula kesudian Obama menyinggahi negara ini satu sejarah dan memberi kredit besar kepada Najib Razak selaku perdana menteri dan kerajaannya. Mengapa tidak, sejak tahun 1963, pertama kali seorang presiden Amerika, Lyndon B Johson menjejak kaki ke bumi ini, inilah pula presiden Amerika (Obama) ke dua yang datang ke sini.

Khairy pun masuk dalam twiter gambar kereta Obama.

Sudah tentulah kedatangan dianggap bersejarah itu diraikan demikian rupa, ia bagaikan sebuah "jenawari" besar. Kedatangan Obama itu bagaikan hadirnya seorang maharaja yang menguasai seluruh lautan yang datang dengan kapal besar. Ia disambut bak kata orang tua-tua tidak cukup telapak tangan dengan nyiru ditadahkan.

Semua orang kampung dan bandar teruja dengan kehadiran itu. Maka berlumba-lumbalah untuk menyambut kedatangan serta melihat-lihat akan rupa parasnya. Yang buta datang dipimpin, yang kudung datang digendung. Ibu yang sedang mengeram anak di atas "gerai berdiang" pun datang meninggalkan anak semata-mata hendak menyambut kedatangan Obama.

Demikianlah yang berlaku di mana-mana negeri dan negara yang miskin yang tidak mempunyai kuasa super power dan bergantung harap kepada negara-negara atau kuasa besar seperti Amerika itu. Apabila pembesar negara itu berkunjung akan diberikan penghormatan sebanyak yang termampu. Samalah kalau pembesar negara kita mengunjungi negara miskin di Afrika sana, mereka akan disambut dan tapak kasut disapu-sapu agar tidak terlekat pasir dan tahi unta dan anjing.

Tidak cukup itu setesen telivesyen pula membuat siaran langsung. Para pengulas jenis pemakan jengko dan genuat bukan sahaja memperkatakan kehebatan Obama yang menjadi presiden dalam usia yang muda dan kehebatannya menggunakan kemudahan jaringan sosial (media baru) mencari pengaruhnya, tetapi lebih jauh dari itu bermadah dan bernasyid tentang segala kehebatan dan keistemewaanya.

Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ

Kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya.

Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini.

Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini.

Kepada Najib yang seperti kata Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol bahawa "Tuhan politiknya adalah Amerika", kedatangan Obama merupakan kegembiraan yang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata serta meletakkan namanya lebih tinggi berbanding pemimpin-pemimpin serantau yang lain.

Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika.

Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama.

Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda UMNO itu.

3 ditahan bantah GST di Kota Kinabalu pagi ini

KUALA LUMPUR: Tiga orang aktivis ditahan semasa melakukan Flashmob Bantah GST di Gaya Street Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Mereka yang ditangkap ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah, Mohf Fathihie Daimin, jurucakap Gabungan Anak Muda Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) Mohd Khairuddin Daud dan aktivis Gegar, Firman Firdaus.

Flashmob tersebut disertai kira-kira 30 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda.

Menurut kenyataan Suaram, semua yang ditangkap dibawa dengan kereta peronda polis ke Balai Polis Karamunsing. Peguam Abdul Razak Jamil akan mewakili ketiga-tiga yang ditangkap.

Menurut Khairuddin yang turut ditangkap, pihak polis tidak membenarkan flashmob tersebut diteruskan atas alasan penganjur tidak memenuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu penyerahan notis 10 hari sebelum sesuatu himpunan.

Pihak penganjur telah meminta budi bicara pihak polis untuk memberi masa 5 minit untuk flashmob tersebut diteruskan, namun belum pun cukup 5 minit, pihak polis terus menahan ketiga-tiga aktivis berkenaan.
 

Utusan Malaysia tidak bercakap bagi pihak rakyat Malaysia tapi suara UMNO..!!!

You All Jangan Jeles Tau...!!!
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu ke Malaysia.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.
Awang Selamat turut menyindir Anwar yang hanya dapat bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice dengan mengatakan perjumpaan itu sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan akhbar sama yang melaporkan sebelum ini CIA berkemungkinan terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.
Namun mari kita jelaskan, bukan Utusan mahupun Umno bersuara bagi pihak rakyat Malaysia.
Malah, bukan juga jurucakap Melayu dan juga jika Pilihan Raya 2013 dan Pilihan Raya Kecil Kajang adalah petunjuk.
Mereka juga tidak bercakap bahasa yang sama dengan Obama.
“Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama – untuk hidup dengan bermaruah dan aman.
“(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita.

Tunggu kesimpulan perjanjian TPPA, jangan buat tafsiran sendiri, kata Obama


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akbar di Putrajaya hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014 
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akbar di Putrajaya hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata masyarakat tidak seharusnya membuat tafsiran sendiri berkenaan Perjanjian Perkongsian Asia Pasifik (TPPA) sebaliknya menantikan kesimpulan penuh kandungan perjanjian perdagangan tersebut.
Obama ketika sidang media di Putrajaya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hasil perjanjian perdagangan bebas itu lebih banyak meskipun mengakui terdapat beberapa kekurangan dalam perjanjian yang disertai 12 negara itu.
"Kita seharusnya tunggu dan lihat berkenaan perjanjian TPPA. Saya pun ada bantahan di AS, sama seperti di sini," kata Obama ketika sidang media itu.
Obama tiba di Malaysia dalam rangka lawatan ke negara ini bermula semalam hingga esok.
"Jangan terkejut sekiranya TPPA ada bantahan dan teori konspirasi," katanya.
Obama bagaimanapun berkata, perjanjian itu mampu membawa kesan positif seperti peluang pekerjaan yang lebih besar.

Obama on NBA owner's alleged comments

Obama talks U.S./Malaysia ties and MH370

Hudud: Rakyat Kelantan solat hajat dan munajat


KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan dengan didukungi ulama dijangka menyertai program solat hajat dan munajat bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dapat dilaksanakan di negeri ini.

Selain golongan ulama, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga akan tampil memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri di majlis berkenaan, diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam 30 April ini.

Program bermula solat Isya, solat hajat dan munajat antara lain disertai Persatuan Peguam Muslim Kelantan, Pusat  Pembangunan Pondok, institusi pengajian pondok, Dakwah Halaqat, Abim, guru-guru agama,  Dewan Himpunan Penyokong PAS, wakil-wakil NGO bukan Islam dan pelbagai lagi.

Dewan Ulamak PAS Kelantan dan wakil-wakil  NGO akan melafazkan ikrar sokongan dan menyerah memorandum mendukung pelaksanaan enakmen tersebut kepada Menteri Besar.

Hudud: Bukan sekadar potong tangan

Dr Nazil Nuhairi Ismail


Gegak gempita rakyat Malaysia dengan cadangan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam iaitu hudud.
Perancangan yang bukan baru bahkan dipersetujui di dalam DUN Kelantan sejak 1993 lagi.
Namun kali ini mendapat lebih perhatian kerana tampak seolah parti Umno turut menyokong Kelantan untuk meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud setelah sekian lama Umno keras menentang.
Positifnya, mungkin Umno baru faham tanggungjawab mereka sebagai parti memerintah untuk mendaulatkan undang-undang syariah ini.
Tetapi, di sana masih ramai yang sangsi dengan keikhlasan laungan sokongan ini lantaran sikap pemimpin Umno yang tidak sepakat dan bersungguh-sungguh.
Sepatutnya, Umno boleh terus melaksanakan hudud jika mahu kerana selama ini kuasa politik di tangan mereka.
Apapun, satu perkembangan sihat jika sebahagian mereka sudah mula faham.
Apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataan presiden MMA, Datuk NKS Tharmaseelam berkaitan cadangan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang berpandangan pelaksanaan hukuman potong tangan hendak diserahkan kepada pakar bedah.
Dengan penuh sinis dan prejudis mengatakan perkara tersebut melanggar etika pegawai perubatan dan boleh diambil tindakan kepada mana-mana doktor yang melakukannya.
Tidak cukup dengan itu, beliau mencadangkan hukuman potong tangan ini diserahkan kepada pemotong daging.
Profesion kedoktoran adalah tugas profesional yang berperanan untuk memberi rawatan kepada orang yang sakit supaya kembali sihat.
Itulah tugasan hakiki seorang doktor. Saya berpengalaman bertugas sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan.

Hudud: Kelantan boleh jadi contoh kata MT UMNO

SHAH ALAM – Pas wajar meneruskan perjuangan melaksanakan hudud di Kelantan agar dijadikan pelopor kepada negeri lain, walaupun mendapat tentangan rakan komponen PR.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika Pas berjaya melaksanakan hudud di negeri itu, masyarakat akan faham keindahan hudud, manakala negeri lain akan turut berminat melaksanakannya.

“Pandangan negatif terhadap hudud oleh orang bukan Islam juga akan terpadam kerana dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 hukum hudud hanya untuk orang Islam.

“Saya juga yakin Pas telah lakukan penyelidikan (sebelum) kanun itu diluluskan sebulat suara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, peluang dan ruang yang diberikan Umno juga perlu digunakan sebaiknya oleh Pas bagi membuktikan yang mereka boleh laksanakan hukum itu.

Agenda Sebenar UMNO: Tak perlu tunggu lama keluar PR kata Naib Presiden UMNO

ALOR GAJAH - Keluar daripada PR adalah jalan terbaik kepada Pas sekiranya  mahu melaksanakan hukum hudud.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak perlu menunggu lebih lama untuk keluar daripada pakatan pembangkang itu.

“Itu adalah sebaik-baiknya jika keputusan mereka melaksanakan hudud tidak diterima DAP,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Pas masih berpelukan dengan DAP dan PKR sebagai rakan dalam PR, ia hanya memudaratkan Pas sendiri.

"Ia juga akan menyebabkan sokongan orang Islam kepada Pas tercalar,” katanya dalam sidang media pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di Durian Daun, Masjid Tanah, dekat sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, penganjur perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijadualkan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur 1 Mei ini tidak
menggunakan Akta Perhimpunan Aman (APA) sebagai alasan mengadakan perhimpunan.

Haram bagi PAS bersama DAP, kata ISMA

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengatakan haram bagi PAS untuk meneruskan pakatan bersama DAP, terutamanya apabila parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud. – Gambar The Malaysian Insider, 27 April, 2014.  
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengatakan haram bagi PAS untuk meneruskan pakatan bersama DAP, terutamanya apabila parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud. – Gambar The Malaysian Insider, 27 April, 2014. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengatakan haram bagi PAS untuk meneruskan pakatan bersama DAP, terutamanya apabila parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman, syarat tahaluf siyasi dalam syariat Islam bermakna masyarakat bukan Islam perlu menerima agenda Islam yang diperjuangkan.
"Ini ekoran DAP menampakkan kemudaratan terhadap perjuangan dan penegakan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pelaksanaan hudud akan meletakkan Islam di tempat tertinggi tanpa boleh dicabar sesiapa pun.
Menurut Abdullah, dengan kritikan yang diterima mengenai pelaksanaan hudud, ia seperti ada pihak yang tidak mahu Islam berada di kedudukan teratas.
‎"Isu hudud bukan isu kecil yang dinilai daripada sudut mekanisme pelaksanaan semata-mata.
‎"Tetapi sekarang, ramai orang membangkang, tidak mahu Islam di atas, dengan pelbagai alasan seperti pemotong daging, mahkamah dan lain-lain. Mereka sebenarnya tidak mahu Islam berada di atas,” katanya.

Jangan Ketawa: Umno bukan penghalang hudud PAS, tapi DAP dan PKR, kata Utusan Malaysia

Umno bukan lagi halangan untuk PAS melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah dari rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Menurut kolumnis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini, persoalan sekarang adakah PAS akan tunduk kepada tuntutan DAP dan PKR untuk menggugurkan rancangan mereka.
"Perkembangan isu hudud makin panas. Terbaharu, dilaporkan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan PAS sudah mengambil langkah susulan untuk meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan biarpun mendapat bantahan sekutu PR, iaitu DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam akhbar itu hari ini.
"Ini menjadikan kesemua komponen utama dalam PAS termasuk Dewan Ulama sudah bertekad tidak mahu berganjak," katanya.
Rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa pembentangan hudud ke Parlimen ditentang keras sekutu mereka, malah, setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS meninggalkan PR jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud.
"Wow, PAS yang banyak berkorban kepada pakatan mahu dihalau begitu sahaja.
"Murahnya nilai PAS, seolah-olah tiada ruginya tanpa parti itu," kata Awang Selamat.
Awang Selamat bagaimanapun berkata, beliau yakin PAS tidak akan tunduk dengan desakan PKR dan DAP.
"Kini halangan PAS, bukan lagi Umno sebaliknya parti sekutu.
"Persoalannya, apakah PAS akan tunduk beralah kepada DAP dan PKR? Awang bersimpati dengan PAS tetapi yakin parti itu tidak akan menjadi dayus mengikut telunjuk DAP, yang selama ini memudaratkan kepentingan Islam," katanya.
Awang Selamat berkata, isu hudud PAS itu bakal membuka lembaran politik baru meskipun ia menguji pemuafakatan dalam PR.
"Kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS, bangkitlah bersatu sampaikan mesej bahawa parti itu masih ada harga diri," katanya.

Tanggungjawab ANDA untuk TURUN 1 Mei - Dato Husam Musa


Ambil Tanggungjawab: PM Korea Selatan Letak Jawatan Berhubung Insiden Feri Karam...Malaysia Ada..!!!


 Chung Hong-won


SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletakkan jawatan pada Ahad berikutan insiden feri penumpang karam yang mengakibatkan kematian atau kehilangan lebih 300 orang.
"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan tidak dapat bertindak balas dengan baik selepas kejadian itu," katanya.
"Saya percaya saya, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu terpaksa mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan."
Kerajaan, bersama-sama dengan hampir semua cawangan rasmi lain berhadapan dengan kritikan hebat berhubung kejadian itu dan pengendalian operasi menyelamat.
"Saya ingin meletakkan jawatan sebelum ini tetapi mengatasi keadaan ini adalah keutamaan pertama dan saya fikir ia merupakan tindakan yang bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan jawatan.
"Tetapi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekarang untuk tidak memberi beban kepada pentadbiran," katanya. - AFP

Melayu Mudah Lupa..: Kerana Kuasa Obama Dipuji Melangit..!!!

Sekiranya seorang Kepala Negara Ketiga
Akan adakah pujian dan ungkapan-ungkapan pengagungan seperti ini?

'Terima Kasih', Kata Obama Kepada Khairy

PETALING JAYA: Ia merupakan detik presiden yang akan terpahat dalam ingatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno yang memulakan tugas sebagai menteri pengiring sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama itu dengan yakin dan tidak tergamam apabila presiden itu berbual-bual dengan beliau di tarmac pangkalan TUDM.
Khairy berkata, Obama menjawab ucapan beliau kepadanya dalam Bahasa Malaysia.
"Saya kata 'Selamat datang, Mr Presiden' dan beliau menjawab 'Terima kasih'."
Khairy akan mengiringi Obama sehingga Presiden Amerika Syarikat itu berlepas pada Isnin.
Ia juga merupakan detik istimewa buat pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diperlihatkan sebagai muka Malaysia kepada dunia berikutan kehilangan MH370.

SHOCK MOVE: China SHUTS embassies after protests by MH370 relatives

SHOCK MOVE: China SHUTS embassies after protests by MH370 relatives
BEIJING - In a rare move, China has shut down a diplomatic district here housing the Indian and American embassies as angry relatives of passengers of the crashed Malaysian jet held overnight protests over the so far futile search to locate the plane.
With no breakthrough despite the high profile multi-nation search operation nearly 50 days after Flight MH370 went missing, relatives of the 153 Chinese passengers had a stormy meeting with Malaysia Airlines staff yesterday after which they tried to protest in front of the Malaysian embassy located opposite the Indian mission here.
Police stepped up security since yesterday evening and sealed off the area today throwing the traffic in the busy area out of gear.
Many relatives reportedly rushed to the Malaysian embassy last night.
Wen Wancheng, whose son was on the flight said she had spent the entire night outside the embassy along with dozens of other protesters.
This is the second time since the plane went missing, that the Chinese relatives demonstrated in front of the embassy demanding Malaysian officials come out with the truth about the lost plane.

Earlier, relatives had lashed out over the "abrupt" announcement by Malaysian Prime Minister Najib Rajak stating the plane "ended" in the southern Indian Ocean where weeks of search on the surface and beneath the sea yielded no results.

Mystery continues to shroud the plane which went missing along with 239 passengers and crew on board, including five Indians, on March 8 while flying to Beijing from Kuala Lumpur.
This time the protesters said they were angry over the failure of Malaysian officials to be present at the briefing by the airline yesterday as promised before.
It is rare for such protests to be permitted by the Chinese authorities.
The protests this time took place before the weekend visit of US President Barack Obama to Kuala Lumpur, which is the first by an American President.
Malaysia is one of the Asean countries that are locked in maritime disputes with China over the South China Sea islands. The others include the Philippines, Vietnam and Brunei. - PTI

Saya harap dan berdoa bapa masih hidup, kata anak ketua pramugara MH370

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap bersama 239 penumpangnya, dan sejak itu harapan keluarga mereka semakin pudar. The Malaysian Insider mengeluarkan beberapa siri bagi berkongsi kesedihan keluarga penumpang pesawat dan mengharapkan rakyat Malaysia tidak akan melupakan penumpang yang menaiki pesawat MH370.
Andrew Nari bersama keluarganya menyambut harijadinya yang ke-49, 16 hari sebelum pesawat MH370 yang dinaikinya hilang. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014.  
Andrew Nari bersama keluarganya menyambut harijadinya yang ke-49, 16 hari sebelum pesawat MH370 yang dinaikinya hilang. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014. Luahan Maira Elizabeth Nari merayu kepulangan bapanya yang hilang bersama penerbangan MH370 dalam akaun Twitter menyentuh hati orang ramai, lagi-lagi tulisan "Bapa, Liverpool sedang menang. Cepat pulang tonton perlawanan! Bapa tidak pernah terlepas tonton perlawanan."
Kata-kata menyentuh hati itu mengundang simpati daripada orang ramai, malah kelab bola sepak Inggeris tersebut juga turut bersimpati dan memberi kata-kata semangat kepada Maira.
Maira tidak menolak kemungkinan kesemua 239 penumpang MH370 masih hidup, tetapi juga bersedia menerima kemungkinan paling teruk pada masa yang sama. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014. Maira tidak menolak kemungkinan kesemua 239 penumpang MH370 masih hidup, tetapi juga bersedia menerima kemungkinan paling teruk pada masa yang sama. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014. Selepas hampir 50 hari pencarian, anak perempuan ketua pramugara MH370 Andrew Nari yang berusia 18 tahun itu masih berharap bapanya selamat bersama penumpang lain.
"Keluarga saya, keluarga anak kapal dan penumpang merasakan mereka masih hidup dan bersembunyi di suatu tempat. Terdapat kemungkinan, jika kamu tanya saya," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Walaupun saya masih berharap, saya juga bersedia untuk hadapi kesudahan yang paling teruk," kata Maira.
Dia percaya Tuhan menjaga semua orang dalam pesawat tersebut dengan selamat.
"Daripada-Nya (Tuhan) saya dapat kekuatan. Hanya Tuhan jawapan yang saya boleh beri kepada anda.
"Ibu saya adalah inspirasi saya. Tidak guna berfikiran negatif kerana saya perlu kuat, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk ibu dan adik saya. Saya perlu," katanya.
Maira mengatakan walaupun sedih, dia perlu berfikiran positif bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk ibu dan adik-adiknya. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014. Maira mengatakan walaupun sedih, dia perlu berfikiran positif bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk ibu dan adik-adiknya. – Gambar ihsan Maira Elizabeth Nari, 27 April, 2014. Maira mempunyai seorang adik, Malcolm, yang berusia 13 tahun.
Maira berkata tidak akan menolak nasib yang menimpa pesawat hilang tersebut, harapannya adalah satu-satunya yang beliau dapat daripada usaha yang dijalankan untuk menjejak pesawat hilang itu ialah kejayaannya.
Maira masih ingat dengan jelas sebelum pesawat Boeing yang dalam perjalanan ke Beijing itu hilang, iaitu 16 hari selepas ulangtahun ke-49 bapanya.
"Saya masih ingat kami sambut ulangtahun bapa. Ia sangat istimewa kerana kami belikan hadiah dan kek untuk bapa menggunakan wang sendiri yang diperoleh daripada kerja sambilan saya.
"Senyuman di wajahnya sangat bermakna," kata Maira.
Air mata berlinangan sebaik Maira terkenang bapanya yang pulang daripada bekerja membawa buah tangan dari luar negara.
"Mengingati saat ketika bapa cuba memarahi adik saya tapi kemudian tidak tahan sehingga tergelak sentiasa menyebabkan saya menangis," kata beliau.
Walaupun cuba menanam fikiran positif, kadangkala Maira mengakui tidak dapat menahan kesedihan mengingati bapanya.

Obamamania...Anwar kini bukan lagi egen AS..!!!

Amin Iskandar@Black

Selepas lama ditunggu-tunggu kehadirannya, akhirnya Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Hussein Obama tiba di Malaysia semalam.
Buat pertama kali selepas 48 tahun, presiden AS datang ke Malaysia selepas Lyndon Johnson datang ke negara pada tahun 1966 semasa era perang dingin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersenyum lebar menyaksikan kejayaannya membawa Obama ke Malaysia, sebuah negara yang terlalu “kecil” jika dibandingkan dengan negara-negara lain dalam peta dunia.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula kecewa kerana Obama tidak akan bertemunya dengannya.
Tetapi itulah realiti hubungan antara kerajaan.
Negara besar seperti AS tidak akan membuang masa untuk menyokong pembangkang di Malaysia jika kerajaan pimpinan Najib boleh memberikan apa sahaja yang mereka mahukan.
Namun, untuk menjaga hati Anwar, beliau diberi ruang bertemu Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice.
Takut-takut Anwar mengalihkan kiblatnya ke China selepas sekian lama menjadi sekutu AS.
Ramai bertanya, mengapa Obama sanggup singgah di negara sekecil Malaysia yang tidak begitu kuat suaranya dalam arena politik antarabangsa?
Pengkritik mengatakan ia kerana beliau mahukan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani Malaysia.
Mungkin ini salah satu faktornya, tetapi jangan kita lupa lebih besar daripada itu, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jalan masuk kepada Laut China Selatan, salah satu laluan penting perdagangan dunia.
Tujuh negara yang terlibat dalam pertikaian teritorial di Laut China Selatan termasuk China, Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia, Brunei dan Malaysia sendiri.
Campurtangan AS dalam pertikaian ini akan mengurangkan pengaruh China yang selama ini menjadi negara paling ‘kuat’ dalam isu ini.

Surat terbuka untuk pimpinan PAS

Ahmad Abdullah


Sudah lama saya tidak menjenguk ke tempat ceramah PAS selepas PRU 13 yang lalu, bukannya apa PAS pun sendiri jarang mengadakan ceramah dan jika ada penceramahnya tidak ada yang betul-betul bagus seperti dulu.
Semua kelihatan muram, masam dan macam hendak basi. Penganjur pun teragak-agak hendak jemput siapa, silap jemput tidak balik modal lebih parah lagi kena top-up duit sendiri. Lebih baik pakat tonton Maharaja Lawak atau wrestling. Apakah PAS ketandusan isu atau tokoh hebat yang mampu menarik khalayak ke tempat ceramahnya?
Justeru apabila melihat poster ceramah umum di Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu pada 18 April lalu, saya tanpa bertangguh segera bertolak awal ke Kemasik bagi mendengar apakah isu terkini yang bakal didendangkan oleh dua tokoh 'kontroversi' pada Muktamar PAS yang lalu iaitu Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dan lawannya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar yang berkongsi pentas pada malam itu.
Nik Amar mengambil giliran awal daripada Mat Sabu dan dimulai dengan nasihat agar ahli patuh dengan arahan kepimpinan dan parti walaupun tidak semua perkara dipersetujui oleh semua orang. Bagi saya ini semua adalah isi bagi program dalaman bukannya untuk ceramah umum yang dihadiri oleh khalayak yang terbuka sebegitu. Kemudian barulah beliau beralih kepada tajuk yang hangat dibincangkan kini iaitu berkenaan hudud.
Yang mengejutkan saya ialah apabila beliau memaklumkan sebab timbulnya gesaan daripada PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian ke Parlimen selewatnya Disember ini adalah sebagai menyambut 'tawaran' ataupun jalan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Kata beliau kita hendak lihat setakat mana ikhlas Umno membuat tawaran tersebut. Kemudian beliau menambah lagi kita sudah tahu Umno tidak ikhlas tapi kita nak tengok setakat mana Umno bersungguh dalam bab ini.
Kemudiannya Mat Sabu mengambil tempat pula dengan memberikan tumpuan kepada isu ketelusan dan ketirisan dalam pentadbiran juga berkaitan desakan pembaharuan sistem pilihan raya yang mesti berterusan di samping gesaan rakyat untuk turun pada Himpunan 1 Mei nanti. Ternyata aura dan kehebatan beliau tiada ganti lagi setakat ini di pentas pidato dan sebagai daya penarik pendengar, syabas Mat Sabu.
Bagi saya apa yang dibawa oleh Mat Sabu tersebut adalah isu segar, bertepatan dengan kehendak semasa dan sesuai didengar dan dihadam oleh semua pihak. Ianya jauh berbeza dengan apa yang disampaikan oleh Nik Amar baik daripada segi gaya penyampaian mahupun isi disampaikan dan motif yang terselindung di sebalik ucapan beliau tersebut.
Justeru saya cuba memikirkan apakah rasionalnya beliau berkata sedemikian di depan khalayak sebegitu besar yang turut dihadiri oleh rakan Pakatan Rakyat lainnya. Kenyataan beliau PAS sudah mengetahui ketidakikhlasan Umno dalam bab ini tetapi meneruskan juga hasrat untuk membuat pembentangan di Parlimen mengundang seribu satu pertanyaan di benak saya, atau mungkin rakyat lainnya juga.
Langkah yang bakal dibuat oleh PAS ini sememangnya disokong 100% oleh Umno yang inginkan perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat (PR) dan ini dimaklumi oleh semua orang yang celik politik. PAS sudah pun tahu langkah ini bakal menemui jalan buntu tetapi mengapa perlu dirisikokan perkara ini dengan membuka ruang perbalahan dengan PKR dan DAP pula?
Timbul suara-suara pendekar Mustar di sana sini :"Jangan peduli apa kata PKR dan DAP, kita bentangkan sahaja di Parlimen, biar kita kalah PRU asalkan kewajipan kita terlaksana, kita tidak perlu menjawab nanti di depan Allah, sudah terlepas tanggungjawab".

Perlukah Pemberian BR1M Diteruskan ?

Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff.
Saya ke hospital melawat saudara, sedih melihat katil yang sesak. Saya ke Kuala Lumpur, gelisah melalui jalan yang sibuk. Saya balik kampung, sedih mendengar cerita penoreh getah yang susah. Saya melihat data ekonomi negara, sedih melihat hutangnya banyak.

Maka, saya terfikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tentunya tidak mudah untuk kerajaan mengatasi kesemua masalah di atas kerana memerlukan belanja yang banyak. Lalu, terlintas di hati saya tentang BR1M. Perlukah kita pada BR1M?

BR1M diperkenalkan dalam kempen pilihan raya yang lalu dengan tujuan untuk membantu rakyat miskin. Tidak cukup dengan itu, mahasiswa juga diberikan baucer buku dan anak-anak sekolah diberikan wang poket di awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa.

Belanja BR1M bukan sedikit. Pada Februari lepas, sejumlah RM3 bilion dibelanjakan kerajaan untuk BR1M. Dengan belanja sebanyak itu, apakah kesannya kepada rakyat?

Saya tidak nampak kesan yang BR1M boleh mengurangkan beban hidup, apatah lagi kemiskinan rakyat. Yang saya nampak ialah kenaikan harga meningkat, cukai yang meningkat dan lainnya. Di pihak penerima pula, yang saya nampak ialah mereka gembira buat sehari dua dan selepas itu kembali hidup dalam kesusahan. Lebih dari itu, yang saya nampak ialah BR1M menjadi momokan pembangkang bahawa pembayarannya adalah semata-mata untuk kerajaan mendapat keuntungan politik.

Perlukah BR1M diteruskan?

Polis cadang lokasi alternatif perhimpunan bantah GST pada 1 Mei


Polis meminta penganjur perhimpunan bagi bantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini, dipindah ke lokasi baru yang lebih sesuai.
  
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur perlu mengambil kira banyak isu keselamatan dan ketenteraman awam di bandar raya ini sebelum meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka, lapor Bernama.
  
"Kita khuatir jika diteruskan di situ, ia akan mendatangkan ketegangan dan mengganggu keselesaan orang awam.
  
"Lagi pula buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih menjalani proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti memandangkan terdapat mesin dan bahan binaan seperti besi dan kayu-kayan di sekeliling padang," katanya dalam sidang media hari ini.
  
Beliau berkata pihaknya pernah mengadakan mesyuarat bersama penganjur perhimpunan, yang dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S.Arutchelvam, berhubung perkara itu.

Ramkarpal sanggup galas tanggungjawab bapa di Parlimen


Ahli keluarga dan anak mendiang Karpal Singh menerima ucapan takziah daripada orang ramai yang memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang, minggu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli keluarga dan anak mendiang Karpal Singh menerima ucapan takziah daripada orang ramai yang memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang, minggu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Sukar untuk mengikut jejak mendiang Karpal Singh, dan tidak ada sesiapa yang mengenalinya lebih baik daripada anaknya, terutama anak lelaki ketiga, Ramkarpal yang kini sanggup bertanding di Parlimen Bukit Gelugor jika kepimpinan tertinggi DAP menawarkan kerusi itu kepadanya.
“Tanpa ragu-ragu, saya suka untuk meneruskan apa yang bapa saya tinggalkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Peguam berusia 38 tahun itu yang bertugas bersama Karpal selama ini berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi menyatakan mendiang bapanya mencadangkan namanya untuk kerusi berkenaan jika apa-apa berlaku kepadanya.
Ramkarpal, bagaimanapun, berkata beliau tidak tahu bapanya mahu beliau menggantikan tempatnya tetapi pengundi kawasan itu tentu mahu pengaruh dan agenda Karpal diteruskan di situ.
Walau apa pun, katanya, beliau menyerahkan kepada DAP Pulau Pinang dan jawatankuasa eksekutif pusat untuk membuat keputusan akhir.
Beliau berkata, Bukit Gelugor, yang sebelum ini sebahagian daripada kerusi Parlimen Jelutong, mempunyai nilai sentimental kepada keluarganya.
“Bapa saya memegang kerusi itu dari 1978 kecuali di antara 1999 dan 2004 apabila beliau tewas,” katanya.

SPRM Syor Kerajaan Negeri Gubal Dasar Tak Beri Projek, Tanah Kepada Keluarga


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar semua kerajaan negeri menggubal satu dasar melarang pengurniaan projek atau tanah kepada keluarga terdekat anggota pentadbiran.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah itu penting bagi mengelak persepsi wujud elemen rasuah atau salah guna kuasa dalam pentadbiran mereka.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri... sebenarnya langkah ini sudahpun dimulakan.

"Saya juga telah meminta pengarah-pengarah (negeri SPRM) saya agar mengambil langkah bagi mengadakan perbincangan bersama ketua kerajaan negeri," katanya ketika berucap di majlis Pelancaran Amalan Kredibiliti, Masyarakat Berintegriti dan Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) di sini, Sabtu.
Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina menandatangani CIP, antaranya Persatuan Belia Kristian Malaysia, Persatuan Graduan Muda dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia.
 

Manfaatkan Kekuatan Daripada Kepelbagaian Etnik - Obama


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara pada malam Sabtu. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Malaysia boleh mencari kekuatan daripada kepelbagaian etnik dan agama rakyatnya serta harapan yang terlakar dalam sejarah untuk mengukir masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang. Berucap pada majlis jamuan negara di Istana Negara sempena lawatan negara tiga hari beliau ke Malaysia, Obama berkata walaupun Amerika dan Malaysia adalah dua negara berbeza, namun rakyatnya berkongsi harapan dan hasrat yang sama.

"Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama - untuk hidup dengan bermaruah dan aman.

"(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita," katanya.

Mh370: Boeing lemah!

Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab dan menjawab setiap persoalan mengenai kehilangan misteri penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beliau mempertahankan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak dengan mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

“Saya kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” katanya dalam entri terbaru menerusi blognya www.chedet.cc, kelmarin.

Katanya, kekecewaan itu diluahkan berikutan MAS dikecam teruk dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan itu adalah pengeluar pesawat itu, Boeing.
FotoSEORANG waris antara ahli keluarga yang melakukan protes di depan pasukan keselamatan yang mengawal Kedutaan Malaysia di Beijing.

Semalam, MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing, Khamis lalu, berikutan ahli keluarga penumpang tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.

Obama sambung legasi Johnson

OBAMA dilihat sebagai pemimpin AS yang berjaya memulihkan imej negara itu di mata dunia.


“IBU, Aiman rindu ibu, Aiman nak balik Malaysia. Keadaan di sini lain sangat dengan di negara kita.” Itu antara dialog yang dilakonkan Aiman Ahmad Marzio, 18, dalam filem pendek berjudul Hello From Malaysia yang ditayangkan sempena Festival Filem Pelajar White House 2014 di Amerika Syarikat (AS) pada 28 Februari lalu.
Video berdurasi tiga minit yang diarahkan rakannya, Kira Bursky itu menewaskan lebih 3,000 penyertaan untuk menjadi salah satu daripada 16 buah filem pendek yang dipilih bagi tontonan Presiden Barack Obama.
Bertemakan peranan teknologi dalam pembelajaran di sekolah, ia mengisahkan tentang seorang pelajar dari Malaysia yang mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya di AS.
Bagaimanapun, kesulitan Aiman difahami salah seorang pelajar tempatan, Maddy Boveri. Dia kemudiannya menjadikan internet sebagai medium untuk cuba mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia.
Malah gadis mat saleh itu turut belajar makan menggunakan tangan supaya Aiman tidak berasa dirinya dipinggirkan.
Ternyata pendekatan ringkas dan padat berkenaan melayakkan filem pendek itu dipilih sekali gus memberi laluan kepada Aiman serta rakan-rakannya untuk bertemu dengan Presiden AS itu.
Anak pasangan Dr. Ahmad Marzio Mohd. Yusof dan Nurima Ibrahim itu berpeluang meninjau keadaan dalam beberapa ruang di White House termasuk perpustakaan dan bilik di Sayap Timur.
Dia juga berkesempatan bertemu Obama di Dewan Makan Negara yang terletak di kediaman rasmi Presiden AS ke-44 itu.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan mengiringi Obama (kanan) selepas sambutan rasmi Presiden AS itu di Dataran Parlimen semalam.


Adikuasa
Bekas pelajar Kolej Perempuan Antarabangsa Cempaka (CILC) itu mengakui mengagumi Obama kerana sifat kepimpinan dan karakter yang dimiliki beliau.
“Saya begitu menghormatinya. Apabila dia datang berjumpa kami, langsung tiada sifat kepura-puraan dalam dirinya. Beliau juga begitu terbuka dan memberikan perhatian kepada kami,” katanya.
Kredibiliti Obama sebagai pemimpin tidak perlu dipertikaikan lagi.

Malaysian King, Obama exchange toasts at state dinner

Obama Dines With Malaysia's Royal Family

Heli-dropped gunmen attack checkpoint in Donetsk region, aim at arms depot

US troops arrive in Lithuania amid Ukraine crisis

'Chaotic' situation unfolding in Ukraine

Will elections in Syria make any difference?

Amvid: Syrian air strike leaves home bloodied in Idlib province