Sabtu, 26 April 2014

Polis minta penganjur pindah lokasi perhimpunan bantah GST pada 1 mei

Polis meminta penganjur perhimpunan bagi bantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini, dipindah ke lokasi baharu yang lebih sesuai.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata penganjur perlu mengambil kira banyak isu keselamatan dan ketenteraman awam di bandar raya ini sebelum meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.
"Kita khuatir jika diteruskan di situ, ia akan mendatangkan ketegangan dan mengganggu keselesaan orang awam.
"Lagi pula buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih menjalani proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti memandangkan terdapat mesin dan bahan binaan seperti besi dan kayu-kayan di sekeliling padang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya pernah mengadakan mesyuarat bersama penganjur perhimpunan, yang dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam, berhubung perkara itu.
"Mereka kata hanya akan dapat bagitahu keputusan (pindah lokasi) Isnin ini selepas berbincang dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu), namun kita berharap mereka bersetuju dan kemudian mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok atau Stadium Merdeka," katanya.
Zainuddin turut menjangkakan kesesakan jalan raya di Jalan Raja, Jalan Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut pada hari perhimpunan.
Katanya, setakat ini, polis menerima 31 laporan membantah cadangan mengadakan perhimpunan itu.

Apa Agaknya Pengabadian Untuk Obama..!!

Oleh A Kadir jasin

SETAKAT bertanya.
Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?

Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.
Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu
Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B. Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”
Dengar khabar, ramai ibu bapa di Sarawak dan Sabah masa itu memberikan nama Johnson kepada anak lelaki mereka yang baru lahir mengambil sempena nama Presiden Amerika itu.
Dengan hubungan yang diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim antara pemerintah negara kita sekarang dengan Pentadbiran Obama, tentulah satu bentuk pengabadian yang istimewa akan diberikan. Saya terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.

Perhimpunan Anti GST tidak jejas pelaksanaanya, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata perhimpunan yang dirancang pembangkang bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur tidak menjejaskan pelaksanaan cukai itu pada 1 April 2015.
Beliau berkata, perhimpunan itu tidak akan memberi kesan kepada kerajaan untuk terus berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
"GST satu-satunya percukaian yang lebih adil dan telus setelah kerajaan memikirkan selama 30 tahun untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa di Pasir Puteh, hari ini.
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan CBP.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentang Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lalu mengumumkan cukai tunggal GST pada kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16%.
Ahmad berkata, harga barangan tidak mungkin naik selepas pelaksanaan GST kerana kerajaan hanya akan mengenakan cukai pada kadar 6%.
Beliau berkata, rakyat berpendapatan rendah tidak perlu bimbang kerana GST tidak dikenakan ke atas barangan asas seperti beras, sayur, ikan, daging, pengangkutan awam, rumah kediaman, pendidikan, kesihatan dan makanan laut.

Majlis Peguam puji hakim tulis penghakiman individu dalam kes perlembagaan

Majlis Peguam Malaysia memuji tindakan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menulis penghakiman secara berasingan dalam mengisytiharkan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) sebagai tidak mengikut perlembagaan, semalam.
Presidennya, Christopher Leong, berkata adalah penting, terutama dalam isu perlembagaan, setiap ahli panel memberikan pendapat masing-masing sepenuhnya terhadap isu berkenaan dan mempunyai penjelasan sendiri berhubung alasan kepada keputusannya.
“Kami menunggu untuk membaca teks penuh penghakiman bertulis mereka,” kata Leong dalam satu kenyataan.
Keputusan penting dan bersejarah yang dibuat hakim, Datuk Mohd Arif Mohd Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer itu akan siap secara bertulis pada Isnin.
Ketiga-tiga hakim berkenaan adalah peguam sebelum dilantik menyertai panel hakim.
Ahli persatuan peguam turut memuji langkah yang diambil tiga hakim mahkamah rayuan itu untuk menyampaikan penghakiman secara berasingan.
Robert Lazar berkata, penghakiman yang berasingan menunjukkan perkembangan undang-undang yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan awam.
“Dalam kes ini, mereka mendapat kesimpulan yang sama tetapi nampaknya mengambil pendekatan berbeza. Persatuan peguam teruja untuk tahu prinsip perundangan yang akan diperkenalkan,” katanya.
Lazar berkata, adalah perkara biasa bagi kehakiman yang lebih matang seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia untuk hakim menulis penghakiman secara individu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo Chin Hock, berkata mengetahui hakim sudah mencapai keputusan adalah sama penting dengan keputusan itu sendiri.
“Amalan yang baik seperti itu patut digalakkan supaya kita dapat tahu apa yang ada di fikiran hakim,” katanya.

NGO serah memorandum bantah TPP


NGO serah memorandum bantah TPP 

KUALA LUMPUR - Beberapa NGO hari ini yang membantah rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan sama-sama berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap isu tersebut.

Bendahari Parti Sosialis Malaysia (PSM), A Sivarajan berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pasti akan menekan kerajaan Malaysia untuk persetujui perjanjian TPP seperti mana yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

"Dalam lawatan Presiden AS ke Jepun, pihak AS seolah-olah memberikan komitmen politik kepada Presiden Jepun, Shinzo Abe, mereka tidak tolak rundingan TPP, namun mereka juga berjanji akan menyelesaikannya.

"Ini bermakna lambat-laun, pihak Jepun akan terpaksa menandatangani perjanjian tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online dalam Perhimpunan Bantah TPP di hadapan kompleks beli-belah Sogo, hari ini.

‘Zombie’ desak Najib batal perjanjian TPPA, sempena kedatangan Obama


Peserta flashmob jadi zombie dalam demonstrasi bantah TPPA di depan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 April, 2014.Peserta flashmob jadi zombie dalam demonstrasi bantah TPPA di depan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 April, 2014.Sekumpulan 'zombie' menarik perhatian pengunjung di depan kompleks beli-belah di Kuala Lumpur bersempena dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia, hari ini.
Sekumpulan 50 zombie itu merupakan peserta demostrasi anjuran Gabungan Badan Bertindak Membantah TPPA (Bantah) yang menentang kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Timbalan Pengerusi Bantah, Azwan Awang yang memulakan ucapan pembukaan berkata, kumpulan itu khuatir dengan kedatangan Obama ke negara ini menandakan Malaysia akan memeterai perjanjian TPPA walaupun ia dinafikan oleh kerajaan.

Malaysia beri sambutan permaidani merah kepada Obama


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama disambut meriah di Subang, petang tadi. Gambar Reuters, 26 April, 2014.Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama disambut meriah di Subang, petang tadi. Gambar Reuters, 26 April, 2014.Malaysia mengucapkan "Selamat Datang" kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk.
Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

Obama terima sambutan negara dan perbarisan kehormat

Obama tiba di Malaysia untuk lawatan 'bersejarah'

"Mencari Amerika"- Dr. Wan Zawawi & M. Nasir

Obama should rap Putrajaya’s human rights record, says lawyer in Wall Street Journal


With Kuala Lumpur keen to present its best image as a moderate country during Barack Obama's visit this weekend, a prominent lawyer has called on the US president not to be hoodwinked and instead, to rap Putrajaya's human rights record and be aware of rising extremism.
In an opinion piece in the Wall Street Journal (WSJ), Bar Council Human Rights Committee co-chair Andrew Khoo (pic) said Obama should not buy into the fiction that Putrajaya is trying to showcase; that Malaysia is a moderate Muslim-majority democracy, a model of interracial and interreligious diversity heading for developed nation status by 2020.
The Barisan Nasional-led federal government will also try to present itself as an ally in combating arms proliferation and transnational crime, and friend of the United States in Asia, Khoo wrote.
"President Obama should not accept this fiction or defer to the Malaysian government because of regional security concerns. Instead, he would do well to note the sorry state of its human rights and call for greater respect for civil liberties.
"President Obama needs to deftly use his public appearances and statements to demonstrate concern about what is happening in Malaysia – and to say what many Malaysians fearfully cannot.
"The usual mantra of moderation can no longer conceal the escalation of extremism and repression," Khoo wrote in the international news and business daily.
Obama arrives today from South Korea on a three-day visit as part of his Asia trip that also took him to Japan. He leaves on Monday for the Philippines.

Reaksi Gen Y sempena lawatan rasmi Presiden Barack Obama

TPPA: "Zombie" desak Najib tak tunduk pada Obama


Mat Sabu menghasut TURUN 1 Mei

Pemilihan 2014: Calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat







Pemilihan 2014: Calon Majlis Pimpinan Angkatan Muda










Pemilihan 2014: Calon Majlis Pimpinan Pusat











Kemana sokongan Anwar? Azmin atau Saifuddin?

Saifuddin adalah pilihan yang lebih selamat kerana Azmin sudah tidak lagi menari mengikut rentak Anwar.

Anwar Azmin SaifuddinAdakah Anwar Ibrahim akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada salah seorang calon Timbalan Presiden parti seperti pemilihan-pemilihan yang sebelumnya?
Mungkin persoalan lebih tepat kali ini adalah siapa? Antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Saifuddin Nasution?
Bertahun memegang gelaran orang kesayangan Anwar, ini kali pertama Azmin bertanding bagi mengekalkan jawatan kedua tertinggi parti ini tanpa ‘restu’ dan ‘sokongan’ Ketua Umum PKR.
Menjadi antara tulang belakang yang memastikan kelangsungan PKR dalam politik Malaysia, Azmin memang cukup sinonim dengan parti dan diketahui memiliki tapak kukuh serta sokongan kuat dari ramai ahli parti.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan wakil rakyat PKR pasti merasa terhutang budi dengan Azmin, kerana Azmin adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi memilih calon -calon PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.
Apakah mungkin wakil-wakil ini mahu menjadi kacang lupakan kulit dan mengkhianati Azmin?
Mungkin inilah yang menjadi sumber keyakinan Azmin bagi mempertahankan jawatan yang sekian lama disandangnya meskipun bakal berdepan dengan Khalid dan kuda baru Anwar, Saifuddin.
Belum terpadam rajuknya pada Anwar berkenaan isu Menteri Besar Selangor, kini Anwar pula main kayu tiga dengan Saifuddin.
Walau ramai yang berpendapat bahawa Azmin masih layak berada dalam pimpinan tertinggi parti, namun perjalanannya kali ini mungkin sedikit sukar terutama sekali dengan kemelutnya dengan Anwar.
Apatah lagi dengan kebarangkalian Anwar terheret dalam proses mahkamah yang panjang, Puan Presiden mungkin akan ‘menasihatkan’ ahli parti untuk memilih selain daripada Azmin.
Adakah Keadilan Raya milik Azmin yang menolak factionalisme, gabungan atau kumpulan di dalam parti akan membawa kejayaan kepadanya?

PAA bercanggah perlembagaan, KPN patut hormati keputusan Mahkamah

SHAH ALAM 26 APRIL: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abdul Bakar digesa menghormati keputusan sebulat suara tiga hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) bercanggah dengan Perlembagaan Persektuan.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menggesa Khalid agar berhenti dengan memberikan kenyataan bersifat sombong.
N Surendran demikian selepas akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Khalid sebagai berkata orang ramai masih mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada polis jika mereka mahu mengadakan perhimpunan awam dan mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA).
“Seksyen 9 (5) menyatakan ia adalah satu kesalahan apabila seseorang tidak memberi 10 hari pemberitahuan minimum kepada polis apabila mengadakan perhimpunan.
Seksyen yang sedang ditolak oleh mahkamah, tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai untuk memberitahu pihak polis.
“Khalid perlu berhenti menjadi angkuh dan tidak bertanggungjawab mengenai perkara itu, “kata Surendran dalam kenyataan medianya.
Semalam, hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan Seksyen 9 (5) PAA yang menyatakan kesalahan kepada sesiapa yang gagal memberi notis 10 hari minimum sebelum mengadakan perhimpunan awam, sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
“Saya menggesa Khalid untuk mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.

Bolehkah Obama memberi impak sebenar kepada Malaysia?

Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang hangat diperkatakan minggu ini diharap akan mempersembahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Namun itu bukanlah gambaran penuh tentang lawatan ini.
Bahagian penting lawatan itu bukan hanya peluang presiden AS itu bergambar dengan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, atau kekagumannya kepada Masjid Negara.
Bahagian pentingnya berlaku jauh daripada mata umum apabila pegawai kanan AS dan pegawai Malaysia bertukar polisi atas kepentingan kedua-dua negara.
Pada masa yang sama, lawatan Obama membuka peluang untuk membentangkan dan mengakui pecahan etnik dan agama yang memecahbelahkan rakyat Malaysia sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
Jika Obama dan pentadbirannya memilih untuk mengendahkan perpecahan tersebut, ia akan membuka jalan kepada gerakan ekstremis Malaysia untuk terus memecah belahkan negara.
Kebanyakan pakar hubungan antarabangsa bersetuju bahawa lawatan diplomatik yang dilihat penting secara asasnya kepada kepentingan domestik negara masing-masing.
Lebih-lebih lagi jika 'superpower' utama dunia memutuskan untuk melawat negara pertengahan seperti Malaysia.
"Malaysia merupakan sekutu ringan AS," kata pensyarah pengajian antarabangsa dan strategik Universiti Malaya, Dr Balakrishnan RK Suppiah, membandingkan Filipina dan Singapura.
Kedua-dua negara tersebut lebih penting kepada AS. AS mempunyai perjanjian dan pangkalan tentera di setiap negara, melawat dua negara ini sepatutnya keutamaan lebih besar kepada mana-mana presiden AS.
Balakrishnan yang mengatakan lawatan Obama merupakan hasil daripada usaha gigih Najib yang bersungguh-sungguh menjalinkan hubungan lebih rapat dengan AS selepas pengabaian daripada perdana menteri terdahulu.
"Pada semua aspek, dari segi ekonomi dan politik, ianya sesuatu yang positif untuk Malaysia, tetapi lebih kepada kedudukan Najib," kata Balakrishnan.

Amerika mula sayang Malaysia selepas Najib bawa liberalisme, kata bekas bos NST


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin melihat lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia sebagai hasil falsafah liberalisme yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin melihat lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia sebagai hasil falsafah liberalisme yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Datuk A Kadir Jasin menyifatkan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia disebabkan falsafah liberalisme yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu berkata, berbeza ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, kuasa besar itu tidak mendapat kasih sayang daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
"Bagi pencinta Obama dan Amerika, mereka tentulah sangat kagum dan teruja.
"Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada kita kerana Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu," kata Kadir dalam tulisan di blognya ‎kadirjasin.blogspot.com.
Kadir berkata selepas era pemerintahan Dr Mahathir, negara mula memperkenalkan falsafah baru yang tidak lagi kritikal terhadap AS.
"Selepas era Mahathir dan selaras dengan falsafah baru para pengganti beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan dan liberalisme, kita tidak lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa, khususnya yang dipelopori dan diterajui oleh Amerika," katanya.
Kali terakhir Malaysia menerima lawatan Presiden AS adalah pada 1966, iaitu Presiden Lyndon Johnson.
Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai pemimpin yang lantang mengkritik AS sepanjang pemerintahannya.
Dr Mahathir juga pernah mencadangkan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berhenti menggunakan dolar AS dan beralih kepada Euro.

Doktor Islam selar MMA kerana jadikan hudud sebagai jenaka


‎Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging.
Pengerusi I-Medik, ‎Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan presiden MMA tidak profesional, tanpa menghormati perasaan umat Islam apabila meminta pemotong daging diberi tugas menjalankan hudud melibatkan hukuman potong tangan.
"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang usaha untuk memahami kepentingan perundangan syariah kepada umum, khususnya kepada umat Islam dan ribuan profesional perubatan Islam di negara ini.
Menurut Dr Azmi, seorang doktor beragama Islam selain menjalankan tugas mereka mengikut sumpah perubatan Islam, juga menyokong penuh perundangan Syariah.
Semalam Tharmaseelan yang merupakan presiden MMA mencadangkan kerajaan Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud kerana petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.
"Prosedur (potong tangan) sangat rumit. ‎Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," ‎katanya.
Dr Azmi berkata lagi adalah terlalu awal bagi membincangkan isu siapa yang harus menjalankan hukuman kerana ia memerlukan lebih banyak kajian dan perbincangan berhubung soal teknikal perundangan Syariah.

Majlis Pimpinan Pakatan didesak selesai segera isu hudud

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong  hari ini mendesak Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat supaya bertindak pantas untuk menyelesaikan isu perlaksanaan hudud di Kelatan agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan.

Katanya, Pakatan yang dianggotai tiga komponen parti - PKR, PAS dan DAP - mendapat sokongan kerana manifesto bersama dan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu, dapat diterima majoriti rakyat Malaysia.

"51 peratus pengundi di Malaysia memberi sokongan dan mandat kepada Pakatan Rakyat dengan 89 ahli Parlimen  mewakili suara mereka di Dewan Rakyat," kata Teo yang juga ahli Parlimen Rasah dalam satu kenyataaan.

"Selain itu, sokongan rakyat terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat telah berjaya membolehkan Pakatan mempertahankan kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya amat yakin semangat bermuafakat di antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan dapat menyelesaikan segala perbezaan fahaman serta pandangan," katanya..

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan seharusnya menumpukan kepada usaha menyelesasaikan masalah ekonomi dan sosial yang sudah semakin parah ketika ini.

PAS sedia bermuzakarah dengan semua pihak berhubung hudud, kata Abdul Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan upaya setiap orang dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan upaya setiap orang dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. PAS akan dan bersedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata muzakarah tersebut penting supaya setiap orang dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan di negeri itu.
"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak," katanya apabila diminta mengulas kenyataan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam bahawa muzakarah antara PAS dan Umno perlu diadakan berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah  Kelantan (Putik) malam tadi.
Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ditanya bilakah tarikh muzakarah itu akan diadakan, Abdul Hadi berkata: "Itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan".

Kisah segerombolan beruk dan segerombolan macai


Sekumpulan beruk sedang mencari buah-buahan di tengah hutan hujan Khatulistiwa di Pulau Sumatera.
Mereka memanjat pokok buah-buahan hutan yang tumbuh meliar, berhampiran di tepi bukit. Pada musim panas ini, mereka kepanasan dan kehausan, mencari air untuk menghilangkan dahaga.
Apabila mereka panjat pokok buah-buahan, kebanyakan buah masih belum muncul, dan kalau yang sudah berbuah pun, ia masih muda.
Beruk-beruk itu pun hampa, dan terus berjalan mencari sumber makanan dan minuman.
Ketua beruk mengarahkan macainya untuk memanjat pokok paling atas, untuk meninjau kalau-kalau terdapat kawasan yang mempunyai pokok buah-buahan, atau kawasan sumber air.
Macainya mengikut saja arahan, tanpa banyak kata. Dua tiga ekor macai kepada ketua beruk itu memanjat dan tertinjau-tinjau di mana sumber makanan mereka.
Sedang mereka meninjau kawasan berbukit itu, mereka terjumpa kawasan yang subur dengan pokok buah-buahan, dan terdapat sebuah tasik di tengah hutan tersebut.
Macai kepada ketua beruk itu terlompat-lompat gembira apabila melihat kawasan tersebut digenangi air, sumber yang mereka sangat perlukan.
Macai pun turun dari pokok dan memberitahu ketuanya bahawa terdapat satu kawasan yang mempunyai sumber air dan makanan.
Ketua beruk, mengarahkan gerombolannya untuk menuju ke kawasan tasik tersebut.
Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka sudah nampak beberapa ekor kumpulan beruk yang lain sedang menikmati makanan tersebut.
Kawasan ini milik kawasan beruk yang lain.
Ketua beruk pun melihat bilangan kumpulan beruk yang lagi satu itu. Ternyata, bilangan kumpulan beruk yang berada di tasik itu jumlahnya lebih ramai, dan mereka semua agak gemuk-gemuk sedikit berbanding mereka.
Ketua beruk kurus mengarahkan macai-macainya membuat kacau di kawasan tersebut.
Macai-macainya pun berbuat bising dan mengganggu beruk-beruk gemuk tadi. Beruk-beruk gemuk bangkit dan mahu melawan, sayang oleh kerana kegemukan dan selalu selesa, mereka lambat bertindak dan tidak mampu menewaskan beruk-beruk yang berjalan jauh tadi.

Mat Maslan tubuh ‘Blue Wave Army’ hanya nak buat kerja ni!!

Azizah_Mati 
Katanya nak melawan fitnah Red Bean Army (RBA), maka Mat Maslan, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) mencadangkan penubuhan tentera siber BN ‘Blue Wave Army’.
Takkan hanya kerja di atas tujuannya penubuhan ‘Blue Wave Army’. Tak payah ‘Blue Wave Army’, cai Umno BN dah berlambak nak lawan ‘fitnah’ seperti di atas.

Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army @ Macai UMNO

PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya.

Kerja Macai: Polis harus bertindak terhadap pemilik Facebook mengatakan Wan Azizah ‘maut’, kata PKR


Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Kali ini ianya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan presiden PKR serta isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah kononnya 'mati' semalam, menurut tulisan pengguna Facebook 'Blue Wave Army'.
Pengguna tersebut menulis dalam bahasa Melayu: "Isteri ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-Fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"
Dalam tulisan tersebut juga disertakan gambar Dr Wan Azizah diselubungi kain putih dan satu lagi gambar beberapa lelaki sedang menggali kubur.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook tersebut kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian presiden parti mereka.

Anwar tanya Obama, kebebasan dan demokrasi apa...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan diakhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .
Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.

Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.

Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Utusan Malaysia ramal Azmin pertahan jawatan timbalan presiden PKR



Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar yakin Azmin Ali tidak akan menemui masalah dalam mempertahankan jawatannya, memandangkan beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar yakin Azmin Ali tidak akan menemui masalah dalam mempertahankan jawatannya, memandangkan beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini meramalkan tidak ada masalah bagi penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatannya ekoran daripada sokongan kuat yang diterima daripada peringkat akar umbi berbanding calon lain, termasuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar mendakwa Azmin cukup popular di peringkat akar umbi seluruh negara dan kedudukan itu berbeza dengan Khalid yang hanya mendapat sokongan di Selangor manakala Saifuddin dilihat sekadar calon 'kacau daun'.
"Bagaimanapun, penulis diberitahu oleh sumber rapat dengan parti itu, biar apa pun cabaran dan taktik politik yang cuba digunakan musuh politik Azmin, ahli Parlimen Gombak itu dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan jawatannya," katanya dalam Utusan Malaysia hari ini.
Katanya, penyokong Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Khalid dan Saifuddin mahu melihat pemilihan PKR sebagai detik mengugurkan karier politik Azmin dalam parti itu.