Jumaat, 25 April 2014

Skandal geran MOSTI: PM & Menteri wajar buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 25 APR: Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri dan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi membuat akuan bersumpah bahawa surat sokongan pemberian dana kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd adalah palsu.
Rafizi dalam kenyataannya semalam berkata, penafian Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah tidak wajar kerana senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010.
“Sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.
“Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010,” kata Rafizi.
Abu Bakar sebelum ini mempersoalkan kesahihan surat dan dokumen yang didedahkan Rafizi melibatkan MOSTI, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.
Rafizi turut memberikan pautan laman web NSE Resources Corporation, dengan rekod menyebut bahawa syarikat itu mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini.

MAS staff detained by angry relatives in China, says airline


Family members (front) of passengers aboard missing Malaysia Airlines flight MH370 gather for a sit-in protest as security personnel stand guard outside the Malaysian embassy in Beijing, early today. MAS has confirmed that angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing. – Reuters pic, April 25, 2014. 
Family members (front) of passengers aboard missing Malaysia Airlines flight MH370 gather for a sit-in protest as security personnel stand guard outside the Malaysian embassy in Beijing, early today. MAS has confirmed that angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing. – Reuters pic, April 25, 2014.Angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing, the airline said today.
The jetliner vanished on March 8 with 239 people on board while on a flight from Kuala Lumpur to Beijing. Many of the passengers were from China and their relatives have grown increasingly frustrated with the failure of a multinational search to find any trace of the plane.
More than 200 family members held 10 Malaysian Airline staff after a briefing at a Beijing hotel, only releasing them early today, the airline said.
"Malaysia Airlines confirms that its staff were held at the Lido Hotel ballroom in Beijing by the family members of MH370 as the families expressed dissatisfaction in obtaining details of the missing aircraft," the airline said.

Australia plans to widen fruitless MH370 search


The Phoenix International Autonomous Underwater Vehicle (AUV) Artemis, also known as the Bluefin-21, is prepared for deployment from the Australian Defence Vessel Ocean Shield in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 in the Southern Indian Ocean in this undated picture released on April 21, 2014 by the Australian Defence Force. – Reuters pic, April 25, 2014. 
The Phoenix International Autonomous Underwater Vehicle (AUV) Artemis, also known as the Bluefin-21, is prepared for deployment from the Australian Defence Vessel Ocean Shield in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 in the Southern Indian Ocean in this undated picture released on April 21, 2014 by the Australian Defence Force. – Reuters pic, April 25, 2014.Australian authorities said today they would widen the underwater hunt for missing flight MH370, as the deep-sea search for wreckage at the suspected crash site neared completion with no results.
Mini-submarine Bluefin-21 has scanned 95% of its initial search area in the Indian Ocean, far off western Australia, without making any "contacts of interest" the Perth-based search coordination centre said today.
"If no contacts of interest are made, Bluefin-21 will continue to examine the areas adjacent" to the current search zone, the statement said.
The unmanned Bluefin's current search area covers a 10-kilometre radius around the point where a signal consistent with those from an airplane black box was detected, the statement added.
"We are currently consulting very closely with our international partners on the best way to continue the search into the future," it said.
The Beijing-bound Malaysia Airlines flight with 239 people aboard disappeared shortly after take-off from Kuala Lumpur on March 8.
Based on satellite data analysis, it is believed to have veered far off course and crashed into a remote area of the southern Indian Ocean.
Many family members, especially those in China – two-thirds of the passengers were Chinese – have for weeks bitterly accused Malaysia of a secretive and incompetent MH370 response.

MH370: Radar Tentera Kesan Pesawat Pada Malam Kejadian Akui Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RazakPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RazakKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata radar tentera ada mengesan pesawat terbang merentas
Semenanjung Malaysia pada malam kehilangan pesawat MH370, "tetapi tafsiran dilakukan selepas kejadian itu".
Dalam temubual bersama CNN semalam, Najib berkata ketika itu tidak diketahui sama ada ia MH370 dan tiada pesawat dihantar untuk menyiasat "kerana ia dianggap bukan ancaman" dan "bergerak seperti penerbangan komersial lain yang mengikuti laluan penerbangan biasa".
Katanya, kehilangan pesawat MH370 adalah "amat, amat berbeza" daripada nahas pesawat SilkAir pada 1997 dan pesawat Air France pada 2009.
“Ini belum pernah berlaku," katanya.
Perdana Menteri berkata, hanya ada isyarat "ping" dan "handshakes" dengan satelit sebagai petunjuk.
"Itu sudah kita kaji secara mendalam. Itu saja yang kita ada," katanya.

MH370: Manggis Dan Lithium ion Itu Siapa Yang Punya?

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat.

"Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

"Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu.

Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan


Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar...

Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis.

Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu.

Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu.

Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini.

Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni.

Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.

MMA cadang PAS Kelantan guna penjual daging potong tangan pesalah hudud


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat  pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.
Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.
"Prosedur (potong tangan) sangat rumit.
"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.
"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

PAS Kelantan Sudah Masuk Jerat? UMNO tersenyum lebar..!!

Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kenyataan itu satu perkembangan yang amat positif dan akan memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk melaksanakan hukum tersebut.    
Beliau berharap dengan kenyataan Perdana Menteri semalam akan memudahkan kerajaan negeri Kelantan membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.  
Kenyataan itu juga boleh memberi satu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno, akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Ilmu di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Banggol Judah di sini, hari ini.    

Suhakam mahu dibenar buat lawatan mengejut ke tempat tahanan


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda Akta Suhakam 1999 bagi membolehkan mereka menjalankan 'lawatan mengejut' ke tempat tahanan secara berkala.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar), berkata cadangan itu merupakan antara sembilan pindaan yang disyorkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata, buat masa ini mereka perlu memberi notis kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sekiranya ingin membuat sebarang lawatan ke tempat tahanan.
"Kadang-kadang ada masanya notis tidak sempat diberikan kerana aduan diterima lebih awal daripada keluarga tahanan. 
"Kita berharap agar perkara itu dapat dibincangkan supaya memudahkan kita menjalankan tugas dengan melakukan lawatan mengejut," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Suhakam 2013 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pemilihan 2014: Hampir 500 ribu ahli PKR mengundi mulai esok

Semua jawatan ditandingi kecuali jawatan Presiden yang dimenangi oleh Dr Wan Azizah apabila suaminya menarik diri

johari abdul

KUALA LUMPUR:   Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengundi mulai esok untuk memilih barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Jawatankuasa Cabang parti bagi penggal 2014-2017.
Pengundian yang diadakan mengikut zon negeri itu akan memilih Timbalan Presiden, empat Naib Presiden, 20 anggota MPP serta kepimpinan di peringkat sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan.
Jawatan Presiden PKR dimenangi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menang tanpa bertanding, selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu, Selasa lepas.
Seramai 247 calon sah bertanding merebut pelbagai jawatan parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Datuk Johari Abdul (gambar)  dipetik sebagai berkata seramai 496,923 anggota parti layak mengundi barisan kepimpinan parti yang diadakan secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei ini.
Daripada 222 cabang seluruh negara, anggota PKR di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak menjadi negeri terawal yang akan mengundi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, empat calon menawarkan diri merebut jawatan itu termasuk penyandangnya Mohamed Azmin Ali. Tiga calon lain ialah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota cabang Hulu Selangor Datuk K. Ramachandran.
Perebutan bagi jawatan nombor dua parti dilihat sengit antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.
Siapakah yang bakal mengisi kerusi timbalan presiden, dilihat sangat penting bagi menyokong dan membantu presiden dalam menjayakan misi serta visi parti, yang sudah 15 tahun berada dalam arus perdana politik sejak ditubuhkan pada 1999.
Bagi jawatan Naib Presiden, 14 calon layak bertanding termasuk penyandangnya Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Tian Chua dan Datuk Dr Mansor Othman.
Diisi
Jawatan naib presiden yang memperuntukkan secara keseluruhannya tujuh kerusi, empat kerusi diisi oleh mereka yang dipilih menerusi proses pemilihan manakala tiga lagi secara lantikan oleh presiden parti.

Pelajar mahu kenyataan rasmi pembatalan penutupan AiU

Kira-kira 200 pelajar bimbang perkara sama akan berulang selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak universiti. 

ALOR SETAR: Para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini mahu pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan rasmi
berhubung pembatalan penutupan universiti itu.
AIUWakil pelajar Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi berkata kira-kira 200 pelajar yang masih meneruskan pengajian di universiti itu bimbang perkara sama
(langkah penutupan) akan berulang selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak universiti.
Beliau yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer berkata  Naib Canselor Interim AiU, Prof Nor Adnan Yahya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu kepada mereka.
“Kami bimbang perkara seumpama ini berlaku semula terhadap baki pelajar yang ada di universiti itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda Umno Kedah hari ini.
Semalam Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan pihak pengurusan AiU menarik semula penutupan operasinya dengan menghantar sepucuk surat kepada kementeriannya dua hari lalu.
AiU mahu teruskan operasi
   

BN perlu bertanding PRK Bukit Gelugor, kata Dr Mahathir


Menang atau kalah, Barisan Nasional perlu bertanding di Bukit Gelugor, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail The Malaysian Insider.Menang atau kalah, Barisan Nasional perlu bertanding di Bukit Gelugor, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail The Malaysian Insider.Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang walaupun peluang untuk menang tipis, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, soal turun bertanding perlu menjadi keutamaan, bukan faktor menang atau kalah.
"Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tidak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.
"Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah," katanya selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Kuala Lumpur, hari ini.

SKANDAL NSE: NAJIB TERBABIT




Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar...

Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis.

Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu.

Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu.

Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini.

Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni.

Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.

Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan " lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan ssja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan.

Memenjara, menganiaya dah menzalimi musuh politik adalah resam di mana-mana jua sudut dunia yang ada pertelingkahan dan perebutan kuasa. Sudah banyak dicatatkan dalam sejarah dunia mereka yang menerima nasib malang itu. Mandela dipenjara, Khomeini dibuang negara dan Aquino malah ditembak mati serta ramai lagi yang sengsara.

Menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian.

Protes Menjelang Obama Tiba

Hizbut Tahrir berkumpul di hadapan Masjid Negara untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan sempena kunjungan Obama ke Masjid Negara. - Gambar TRP Azrol Ali.Hizbut Tahrir berkumpul di hadapan Masjid Negara untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan sempena kunjungan Obama ke Masjid Negara. - Gambar TRP Azrol Ali.KUALA LUMPUR: Satu siri protes mula diadakan di sekitar ibu negara pada Jumaat, menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Sabtu.
Sejurus selepas solat Jumaat, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) bersama satu kumpulan dikenali sebagai Hizbut Tahrir Malaysia mengadakan demonstrasi di hadapan Masjid Negara.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol, walaupun mereka bangga Obama akan berkunjung ke universiti berkenaan, namun ia tidak bermakna semua dasar yang dilaksanakan Obama diterima semua pihak.
“Kami mengalu-alukan ketibaan Obama sebagai tetamu asing yang amat dihormati dan kami berbesar hati beliau memilih UM sebagai lokasi perjumpaan awam dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara.
“Bagaimanapun, ini tidak bermakna kami menerima semua dasar yang dilaksanakannya, khasnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA),” katanya kepada The Rakyat Post.
Jelasnya, satu lagi sebab mereka mengadakan demonstrasi kerana dasar berat sebelah Washington, khasnya berkaitan isu di Timur Tengah.
“AS tidak berperikemanusiaan. Dasar luar mereka kononnya mendukung demokrasi, tetapi apabila menyentuh mengenai pergolakan dan rampasan kuasa di Timur Tengah, mereka hanya mendiamkan diri,” katanya.

Drunk passenger triggers hijack panic

US defense official: Search for plane likely to take years

Mat Sabu: Karpal Singh, Pejuangan Mu Akan Diteruskan Oleh Rakyat Malaysia

Lim Guan Eng: When You're In Trouble & Need A Friend, You Better Have Karpal Beside You

We will fight till the end to clear Karpal's name, says Gobind

DAP: Karpal will always be a nightmare to BN

Guru dipaksa tukar kerana politik, PAS adu Suhakam

Tebusan Semporna dipercayai ditahan di hutan Sulu

Pelajar kesal jadi 'korban' UM sambut Obama

Penganjur 1 Mei tak berganjak dari rancangan

Penganjur himpunan 1 Mei ini bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir.

Himpunan itu dijadual bermula dari KLCC dan akan bergerak ke Dataran merdeka di ibu negara.

Jurucakap penganjur S Arutchelvan mempertahankan tindakan itu atas alasan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman.

"Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10, perlembagaan negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," Arutchelvan pada sidang media pagi ini.

Sidang media pagi tadi juga menyaksikan satu garis panduan peserta himpunan 1 Mei diedarkan kepada media.

Salah satu di antaranya adalah tiada bendera parti politik akan dibenarkan untuk himpunan itu.

Mengulas perkara itu, Arutchelvan berkata perkara itu telah dipersetujui dengan Pakatan Rakyat yang akan mengendalikan himpunan di Dataran Merdeka.

"Ini adalah persetujuan dengan Pakatan untuk menghormati Hari Pekerja dan kita hormati Hari Pekerja," katanya.

Gesa polis penuhi janji

Memberi jaminan yang himpunan itu akan berlangsung aman, Arutchelvan turut mengulas kenyataan polis yang berjanji hanya akan bertindak jika terdapat ancaman terhadap ketenteraman awam.

"Kami harap mereka akan memenuhi janji mereka," katanya.

PMUM: UM 'keterlaluan' sambut Obama

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berpuas hati dengan tindakan pihak kampus yang didakwanya "keterlaluan" dalam menyambut lawatan Presiden Amerika Syarikat itu ke universiti tersebut Ahad ini.

Setiausaha Agungnya, Fahmi Zainol (kiri) berkata, ini kerana pihak kampus akan menutup empat daripada lima pintu pagar dari laluan pelajar

Katanya, hanya satu pintu akan dibuka kepada pelajar iaitu pintu Damansara yang menurutnya terletak jauh dari kampus.

Menurut Fahmi, notis yang baru diterima semalam mengenainya adalah terlalu lewat bagi memaklumkan perkara penting sedemikian.

"Pihak kampus terlalu sensitif terhadap kedatangan Obama ini," katanya dalam sidang media di Masjid Negara.

"Tak perlu menutup semua pintu menyusahkan pelajar itu sendiri.

"Kita bantah terhadap kawalan keselamatan Universiti Malaya yang ketat dan tidak mesra pelajar.

"Lawatan beliau (Obama) cukup bagus untuk berdialog dengan pemimpin muda.

"Kawalan keselamatan terlalu ketat menyebabkan kesukaran kepada pelajar," tambahnya.

Bahkan, katanya, beberapa program yang telah dirangka oleh mahasiswa terpaksa dibekukan mengakibatkan mereka menanggung kerugian.

Akta Perhimpunan Aman dan Nik Nazmi: Satu peringatan..!

Zharif Badrul


Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini  menyingkap 'topeng sebenar' Akta Perhimpunan Aman yang diperkenalkan pada 2012. Ternyata akta yang dihidupkan dengan penuh kontroversi ini akibat daripada konsultasi bersama masyarakat awam yang tidak mencukupi menerima satu tamparan hebat; Seksyen 9(5) diisytiharkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dalam kes yang melibatkan Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan Mahkamah Rayuan mendapati mengenakan penalti atau mendakwa seseorang kerana melanggar sekatan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak mengenakan apa-apa tindakan mahupun hukuman sekiranya sekatan tersebut tidak dipatuhi apatah lagi jika perhimpunan tersebut dilakukan secara aman dan tidak menganggu kepentingan awam mahupun keselamatan negara.
Saya juga bersetuju dengan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menyatakan adalah menjadi satu tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan awam terjaga sewaktu perhimpunan aman.
Keputusan ini memberi satu peringatan kepada undang-undang yang bakal digubal dan diperkenalkan agar tidak dilaksanakan dengan cara terburu-buru sebaliknya ia memerlukan satu proses yang melibatkan suara dan pendapat masyarakat awam secara keseluruhan. Biarpun proses tersebut akan memakan masa yang lama, setidak-tidaknya ia dapat merefleksikan undang-undang rakyat bukannya undang-undang anarki mahupun totalitarian.
Semoga hari ini membawa satu perubahan dalam proses penggubalan undang-undang negara dan pelaksanaannya kepada masyarakat umum.

16 tahun reformasi dan mutu pemilihan PKR

Ronasina

Demokrasi, keterbukaan, meraikan perbezaan, kebebasan bersuara antara agenda gagasan reformasi 98 yang mempunyai iltizam kuat mengangkat hak asasi manusia. Karamah Insaniah katanya, iaitu setiap manusia mempunyai kemuliaannya.
Gelombang prahara reformasi respon daripada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari takhta timbalan perdana menteri pada September 1998 dengan tuduhan liwat tidak masuk akal itu terus bergerak ke depan melibas satu demi satu kubu pemerintah sehingga memaksa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berundur.
Untuk melenturkan ribut yang makin hari makin ganas, Dr Mahathir yang mula paranoid kehilangan kuasa langsung saja meluluskan pendaftaran gerakan ini sebagai sebuah parti politik yang berorganisasi dan terikat dengan peraturan perlembagaan. Api reformasi yang menggelegak marak dengan helah licik Dr Mahathir berjaya disejukkan. Parti politik jika hendak merebut kuasa mestilah melalui jalan halal; pilihan raya. Dan kemarahan rakyat ini perlu diarahkan ke situ untuk diperukkan. Di gelanggang pilihan raya, gelanggang bacul bagi diktator kuku besi berlindung.
Fasa baru pun bermula. PRK pun dewasa. Dengan prinsip mendukung agenda reformasi parti ini melalui zaman gelap dan terangnya. Percantuman dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadikan PKR semakin menggugat.
Keluar dari penjara, Anwar Ibrahim terus jadi mimpi yang menakutkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Ramai pemimpin BN lebih-lebih lagi yang sudah tidak bertaring menyertai PKR. Pilihan raya umum pada 2008 menang besar dan bersama PAS dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR). Yang keluar ramai, yang masuk pun ramai. Lumrah politik di Malaysia. Biasalah, di mana kita boleh jumpa watak-watak seperti Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin atau Nallakurapan yang bebas sewenang-wenangnya berlawak ganas jika tidak di negara tercinta ini?

Waris bawa keraguan siasatan MH370 kepada pemegang saham Boeing


Ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 duduk berkumpul sebagai tanda bantahan berhubung penyiasatan pesawat itu di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. – Gambar Reuters, 25 April, 2014.Ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 duduk berkumpul sebagai tanda bantahan berhubung penyiasatan pesawat itu di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. – Gambar Reuters, 25 April, 2014.Keluarga penumpang MH370 kini beralih kepada pemegang saham pengeluar pesawat, Boeing selepas gagal mendapat sebarang jawapan terus dari Putrajaya dan Malaysia Airlines (MAS) berkenaan persoalan penyiasatan ke atas pesawat yang hilang.
Mengetuai usaha itu adalah Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, salah seorang penumpang yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, sebelum ia hilang secara misteri.
"Kami akan membawa perkara ini terus ke Boeing," kata Bajc kepada CNN.
"Boeing akan mengadakan mesyuarat pemegang saham minggu depan. Dan jika kami tidak mendapat maklumat secara langsung dari MAS dan kerajaan Malaysia, kami juga mungkin cuba pergi terus kepada sumber."
Ekoran itu, Boeing memberitahu CNN bahawa ia memainkan peranannya sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional, yang merupakan “pihak aktif dan terlibat dengan penyiasatan itu ".
Bajc berkata sebagai sebuah syarikat Amerika, pesawat Boeing 777- 200ER digunakan oleh penerbangan MH370, Boeing mempunyai "lebih tanggungjawab fidusiari".
Beliau sebelum ini mengecam para pegawai Malaysia, berkata penerimaan analisis data oleh firma satelit Inmarsat British tidak dimasukkan kepada penelitian saintifik.

MH370: Insiden kemarahan meletus lagi bila waris China bertemu pegawai MAS


Kira-kira dua pertiga penumpang adalah warga China dan ahli keluarga mereka berasa tidak puas hati kerana berasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan di samping ketidakmampuan Malaysia mengendalikannya. - Gambar Reuters, 25 April, 2014. 
Kira-kira dua pertiga penumpang adalah warga China dan ahli keluarga mereka berasa tidak puas hati kerana berasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan di samping ketidakmampuan Malaysia mengendalikannya. - Gambar Reuters, 25 April, 2014.Pertemuan antara ahli keluarga penumpangwarga China MH370 dengan pegawai Malaysia Airlines (MAS) bertukar menjadi huru hara pada Khamis hingga memaksa pihak polis masuk campur bagi meleraikan kedua-dua pihak di hotel Beijing, lapor AFP hari ini.
Sehingga tiga minggu lalu, para pegawai kerajaan dan tentera Malaysia mengadakan taklimat harian dengan ahli keluarga untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan berkenaan operasi pencarian pesawat Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut AFP, kemarahan memuncak minggu ini apabila ahli keluarga menuntut semula untuk mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan peringkat tinggi.
Ketegangan dirasai sepanjang taklimat pada Khamis semalam itu, dengan beberapa ahli keluarga memberitahu mereka melakukan "mogok lapar" bagi memperotes selepas para pegawai MAS memberitahu mereka kedutaan Malaysia tidak dapat menghantar wakil untuk menjawab segala soalan mereka.

Pemilihan PKR kompleks, cai tidak akan berkesan kata fuziah


Penyandang Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (gambar) mengakui sukar untuk meramalkan calon yang akan menang dalam Pemilihan PKR 2014 kerana akar umbi tidak akan mengundi berdasarkan sesuatu kem sebaliknya lebih menilai kepada kredibiliti calon.
"Pemilihan kali ini sangat kompleks dan sukar dijangka. Kaedah cai kemungkinan tak berkesan.
"Mereka mungkin pilih timbalan presiden daripada kumpulan A tapi akan pilih naib presiden yang bukan daripada kem sama," katanya.
Fuziah berkata, calon perlu dinilai berdasarkan polisi yang ditonjolkan dan bukan hanya berdasarkan pembawakan karakter.
Selain itu, calon juga perlu menunjukkan pendirian tegas dan tidak mudah termakan pujukan atau hasutan orang lain.
"Kalau dia hanya terima orang yang sokong dia tetapi enggan terima orang yang mengkritik, itu lebih memburukkan parti.
"Tetapi kalau terlalu mudah mendengar kata-kata orang dan kerap berubah pendirian maknanya dia lemah dan orang bawah akan keliru.
"Kalau nak jadi pemimpin kena terima hakikat ada orang yang tidak suka kita. Itu terpulang kepada persepsi," katanya.
Veteran pemimpin PKR sejak diawal penubuhan parti itu berkata, beliau masih mahu menyertai pemilihan kali ini kerana berasa yakin khidmatnya masih diperlukan.
"Tawaran untuk khidmat bukan untuk kuasa.

Saifuddin mampu stabilkan PKR, satukan Pakatan, kata Fuziah


Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat layak menggalas tanggungawab sebagai pemimpin kanan parti kerana mampu menunjukkan ciri kepimpinan secara kolektif yang dapat menyatukan perbezaan pendapat dalam parti.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) berpendapat, Saifuddin mempunyai kelebihan sebagai individu yang boleh menguatkan lagi barisan kepimpinan PKR bekerja dalam satu kumpulan.
"Dia mampu stabilkan parti dan memimpin secara kolektif.
"Bukan senang nak garap semua pemimpin dan stabilkan dalam satu platform.
"Presiden Wan Azizah juga ada kemampuan sebegitu dan dihormati. Itu yang akar umbi mahukan," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Indsider.
Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, PKR kini berisiko besar kehilangan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkemungkinan berdepan hukuman penjara ekoran kes Liwat II.
Katanya, dengan kelebihan yang ada pada Saifuddin beliau mampu memainkan peranan menstabilkan keadaan dalam PKR serta barisan kepimpinannya.
"Kalau perlukan ramai orang untuk mengisi kekosongan Anwar dengan menjadi satu pasukan.
"Kita perlukan kestabilan dan motivasi ketika dalam susah.
"Jadi kita perlukan satu individu yang boleh menyatukannya dan menghargai bahawa setiap orang ada peranan masing-masing sebagai satu kumpulan.
"Sebab kalau kita bagi pendapat berbeza dan terus dicop sebagai penentang (ciri kepimpinan) itu tidak membina. Saya tidak mahu sebut nama," katanya.
Fuziah juga berpendapat Saifuddin mempunyai faktor yang boleh membawa kesatuan dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana boleh berkerjasama dan dihormati rakan lain dalam DAP dan PAS.

GST: Anak muda paling terjejas, turun 1 Mei

KOTA BHARU: Golongan muda diseru turun beramai-ramai pada Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka 1 Mei depan.

Exco Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaan anak muda pada himpunan itu juga sebagai menunjukkan bantahan kepada pelaksanaan GST yang dijadual akan dilaksanakan di negara ini bermula tahun 2015.

"Ini kerana golongan paling teruk terjejas dengan pelaksanaan cukai ini nanti ialah golongan muda yang masih belum stabil dari sudut mata pendapatan.

"Jika golongan muda gagal menunjukkan bantahan besar-besaran terhadap cukai yang bakal diperkenalkan ini, ia akan memberikan petanda seolah-olah tindakan zalim kerajaan Umno-BN tu tidak diendahkan oleh rakyat khususnya golongan muda yang 'celik maklumat'," ujarnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama

Kami mendapatI tujuan utama lawatan Obama ialah mengenai agenda menandatangani rundingan TPPA. Lantaran itu, jika Najib berani dan tegas mempertahankan maruah negara, dia  perlu mengambil kesempatan ini untuk menegaskan pendirian Malaysia bahawa rakyat tidak menerima perjanjian ini.

Kami yakin tujuan AS menekankan kepentingan TPPA ditandatangani bukan isu perdagangan, sebaliknya  adalah hegemoni AS adalah mengekang pengaruh China di rantau ini.

Oleh itu, Malaysia tidak perlu diperangkap dalam perjanjian ini hanya kerana AS mahu memenuhi agendanya mengimbangi kuasa China.

Penolakan Malaysia terhadap TPPA ini adalah wajar kerana sejak Malaysia menyertai rundingan tersebut dalam keadaan penuh kerahsiaan, rakyat tidak yakin kepentingan negara akan dapat dilindungi walaupun pihak MITI (Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa)  berulang kali menyatakan kepentingan negara tidak akan digadai.

Jika tujuan utama kedatangan Obama ke Malaysia adalah berkait dengan TPPA kami menjangka Obama akan mengguna pengaruh AS sepenuhnya ke atas Najib agar Malaysia tunduk kepada kehendak AS dalam perjanjian tersebut.

Hudud: PAS akan beri taklimat kepada DHPP, orang ramai

KUALA LUMPUR: Satu taklimat penerangan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukum hudud akan diadakan kepada pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam tempoh terdekat.

Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai.

"Kita sedar, ramai di kalangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dengan enakmen dan hukum hudud ini sendiri hingga menyukarkan mereka untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.

"Justeru, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengadakan taklimat tertutup berkaitan enakmen ini dalam tempoh terdekat kepada pimpinan DHPP terlebih dahulu, sebelum program lain yang akan dibuka untuk orang ramai," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga baru dilantik sebagai Penasihat DHPP, turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR akan diadakan pada Selasa, 29 April ini di Pejabat Agung PAS.

Katanya, pertemuan itu merupakan satu pertemuan khusus bagi membincangkan dan menjelaskan secara terperinci berkaitan enakmen tersebut kepada rakan-rakan dalam pakatan.

Fitnah Liwat II: Polis dibidas siasat pengkritik penghakiman

MP Padang Serai N Surendran membidas tindakan polis menyiasat kenyataannya berkaitan penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan bagi kes Liwat II dengan menyifatkannya sebagai "remeh dan menyalahi prosedur".

Walaupun setakat ini beliau masih belum dipanggil polis untuk memberi keterangan, naib presiden PKR itu tegas mempertahankan kenyataan yang dibuatnya pada 18 April lalu.

"(Saya) belum lagi dipanggil (untuk beri keterangan). Tiada apa-apa kesalahan jenayah dalam mengkritik penghakiman mahkamah

"Ini adalah penyiasatan yang remeh dan menyalahi prosedur. Polis perlu profesional dan jangan ikut kemahuan Pemuda Umno dan NGO pro-Umno.

"Saya tetap dengan kenyataan yang dibuat oleh saya," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas tindakan polis mengambil keterangan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Editor Meja Bahasa Melayu Nash Rahman berhubung laporan berhubung kenyataan Surendran pada Jumaat lalu.

Polis mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan dalam kes hasutan dan percakapan dirakam bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam kenyataan itu, Surendran berkata, penghakiman mahkamah berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkannya "bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)".

Tok Pa: Perlu muzakarah PAS-Umno bincang Hudud

Muzakarah PAS dan Umno berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud perlu diadakan supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya setelah persetujuan dicapai antara PAS dan Umno dalam pelaksanaan hukum hudud itu, barulah isu itu dibincangkan pula dengan bukan Islam supaya golongan ini dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan.
  
"Sebagai orang Islam, kita menyokong hudud. Tetapi sudah pasti kita juga melihat kepada keadilan, sebab itu perlu muzakarah PAS-Umno dan diikuti dengan perbincangan antara orang Islam dan bukan Islam.
  
"Isu hudud memerlukan pemahaman kerana jika ada yang tidak faham bagaimana bentuk pelaksanaan dan hukumannya memang susah nak buat," katanya kepada Bernama selepas mengadakan taklimat khas dengan warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia hari ini.
  
Mustapa berharap pandangan berkaitan undang-undang hudud itu hanya datang daripada mereka yang mahir dan berwibawa dalam bidang tersebut supaya tidak menimbulkan kekeliruan kerana pelaksanaannya akan melibatkan banyak pihak.
    

Obama temui BERSIH, Majlis Peguam

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan bertemu dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk BERSIH, sempena lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.

Malaysiakini difahamkan, turut diundang NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS) dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front (IRF)

Wakil sebuah NGO memberitahu Malaysia, kira-kira 10 orang diundang oleh kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk pertemuan yang masa dan tempatnya masih belum dinyatakan itu.

“Kami tidak minta tapi kami gembira dengan undangan ini.

"Ia menunjukkan pengiktirafan presiden AS akan keperluan melibatkan diri dengan masyarakat sivil di Malaysia,” kata wakil itu yang enggan namanya disebut.

Turut diundang sama wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Obama menjadi presiden pertama AS akan melawat Malaysia selepas lawatan terakhir Lyndon B Johnson hampir 50 tahun lalu.

Penumpang mabuk disangka rampas pesawat Virgin


Pesawat syarikat penerbangan Virgin daripada Australia pada mulanya disangka dirampas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia hari ini.

Situasi cemas itu bermula apabila terdapat penumpang dilaporkan cuba memasuki kokpit pesawat itu dan juruterbang menggelarnya sebagai “rampasan”.

Bagaimanapun, pegawai Virgin kemudian menjelaskan bahawa pesawatnya tidak dirampas dan penumpang yang cuba memasuki kokpit sebenarnya mabuk.

Televisyen Indonesia melaporkan penumpang itu kini ditahan di Bali.

Indonesian TV reports hijacked plane forced to land at Bali Airport

S'gor jangka catuan air berakhir minggu depan

Khalid: MP DAP tiada kuasa desak saya letak jawatan

Demo 1 Mei: Dataran Merdeka tetap destinasi terakhir

Obama mahu jumpa NGO 'tak disenangi' Najib

Anwar Ibrahim: People Have Lost A Selfless, Courageous & Noble Defender Of Their Rights & Liberties

Gobind Singh Deo: Thank God For Having Given Me Privilege Of Having Such A Great Father

Lim Kit Siang: The Greatest Tribute We Can Pay To Karpal Is To Continue His Fight & Dedication

Himpunan 1 Mei diteruskan walau polis halang

GST tak selesaikan hutang negara lebih RM500 bilion, defisit negara

GST Grafik BaruSHAH ALAM 25 APRIL : Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 bukanlah penyelesaian terhadap masalah hutang dan defisit fiskal yang dialami negara sejak sekian lama.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata masalah itu tidak akan selesai sekiranya tabiat berbelanja besar, pembaziran, ketirisan serta bocor dengan amalan rasuah tidak diatasi.
Sebaliknya kata beliau kebocoran pada ‘tempayan’ kerajaan yang seharusnya ditangani dahulu bagi memastikan kewangan negara berada dalam keadaan stabil.
Berdasarkan laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7 peratus daripada jumlah KDNK.
“Banyak mana pun yang bakal dipungut (melalui GST) yang dikatakan kerajaan antara RM20 hingga RM27 bilion peningkatan hasil cukai, namun hutang dan defisit tetap tidak akan dapat diatasi kerana ‘kebocoran tempayan’ mesti ditangani dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyelar program Wacana Nasional bersama wakil kerajaan yang disiarkan di televisyen baru-baru ini dengan menganggap ia gagal menjawab persoalan berhubung GST secara tuntas dan khusus.

BERSIH 2.0: Jika Polis boleh jaga keselamatan Obama, kenapa Himpunan 1 Mei tidak?

SHAH ALAM 25 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) kesal dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Komisioner Zainuddin Ahmad yang melabelkan Himpunan 1 Mei ini di Kuala Lumpur sebagai ‘haram’ dengan menggesa orang ramai agar menjauhkan diri.
Memetik satu kenyataan bersama dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, ini kerana perhimpunan golongan pekerja pada 1 Mei secara tradisinya disambut dengan perhimpunan di seluruh dunia dan hak ini juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menghentikan perhimpunan tersebut.
“Pendirian Ketua Polis Daerah ini juga menunjukkan kelemahan negara ini , yang kelayakan demokrasi yang semakin merosot,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
BERSIH 2.0 turut menggesa pihak polis memberi komitmen bagi melancarkan perhimpunan yang disertai rakyat awam negara ini seperti mana komitmen diberikan melancarkan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

30 tahun berkuasa: Lepas pemilihan, munculkah teraju baru FAM?


Selepas 30 tahun menerajui tampuk tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah dicabar buat pertama kali oleh anak beliau sendiri Tengku Abdullah dan seorang lagi kerabat diraja dari Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiga dekad merupakan masa yang lama bagi seorang presiden FAM mencatur nasib bola sepak tempatan.

Memasuki 2014, kita terus melihat kegagalan pasukan kebangsaan mencapai potensinya, apatah lagi memenuhi impian beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.

Sebanyak 25 negara telah pun berjaya ke pusingan akhir perlawanan berprestij itu sejak diperkenal pada 1986 – dua tahun sesudah Sultan Ahmad mengambil alih FAM pada 1984 dan enam tahun selepas Malaysia mengukir nama dalam kelayakan Olimpik peringkat Asia.

Pencapaian bola sepak negara pernah memberi harapan apabila Malaysia berjaya menempah satu daripada tiga tiket untuk Asia ke Sukan Olimpik Moscow 1980 bawah bimbingan Karl Heinz Weigang.

Wira negara seperti James Wong, Khalid Ali, Hassan Sani, R Arumugam dan Abdullah Ali dalam perjuangan itu menewaskan Korea Selatan 3-0, seri 1-1 dengan Jepun; mengalahkan Brunei 3-1, menumbangkan Indonesia 6-1, sebelum membenam Filipina 8-0 di peringkat kumpulan.

Mana silapnya apabila Korea Selatan dan Jepun yang dahulunya sering ditewaskan negara kini berjaya mendapat tempat di kalangan negara elit.

Dua gergasi bola sepak Asia itu juga acap kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia ketika Malasia, sejak era 80-masih terkial-kial untuk memasuki pusingan akhir Piala Asia.

Negara lain seperti Kanada, Denmark, Iraq, Costa Rica, Ireland, UAE, Greece, Nigeria, Arab Saudi, Croatia, Jamaica, Japan, Afrika Selatan, China, Ecuador, Senegal, Slovenia, Angola, Ivory Coast, Czech Republic, Ghana, Togo, Trinidad and Tobago, Ukraine sudah berjaya menempatkan diri masing-masing.

Malah Serbia dan Montenegro serta Bosnia - dua negara yang masih terkesan dengan peperangan pada awal 90-an – telah pun menikmati kejayaan usaha mereka. Malaysia pula kini masih di tempat ke 142 (setakat April 2014) dalam ranking FIFA.

Oleh itu, tidak hairanlah pelbagai kritikan dilemparkan dari terhadap teraju FAM.

Surat terbuka untuk Presiden Obama

Ke hadapan Tuan Presiden,

Pertama sekali, kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda ke negara kami sebagai Presiden Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki ke sini semenjak kunjungan Lyndon B Johnson pada tahun 1966. Malaysia yang ketika itu sebagai negara yang amnya tertumpu kepada pertanian, kini sedang berada di ambang menjadi sebuah negara maju dan mula beralih arah sebagai hab pembuatan.

Sejajar itu, kami ingin menyuarakan suara kebimbangan kami mengenai perkara yang diketengahkan sebagai salah satu tujuan utama lawatan anda, iaitu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ( TPPA ).

Seperti yang ditegaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed di dalam akhbar, Malaysia adalah salah satu daripada 12 negara yang terlibat dalam rundingan untuk menyertai TPP. Namun begitu, kami juga sebuah negara dengan senarai permintaan yang tertinggi.

Bukan disebabkan mahu menyulitkan keadaan, mahupun ingin melakukan  sesuatu yang kelihatan anti-Amerika. Ini hanya kerana TPP telah menimbulkan pelbagai kebimbangan yang berpotensi mengancam cara hidup, budaya dan mata pencarian kita.

Kita tahu hakikatnya terdapat bab-bab dalam TPP yang jelas memberi kesan terhadap kos perubatan dan rawatan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai jurang pendapatan yang tinggi di antara kelas, ia jelas untuk tidak memberi manfaat kepada penduduk kelas menengah dan rendah di Malaysia.

Kita juga tahu bahawa terdapat satu bab mengenai penyelesaian pertikaian pelabur ( ISDS ) yang boleh mencalar kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan negara. Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh benarkan berlaku di meja rundingan, dan sesuatu yang kami sering suarakan dengan meluas di media Malaysia.

Pada 23 April 2014, Bantah TPPA telah mendengar sendiri satu telesidang oleh Ahli Kongres Amerika Syarikat Brad Sherman (Parti Demokrat California) dan Alan Grayson (Parti Demokrat Florida ).

Ahli Kongres Grayson menegaskan bahawa ada kemungkinan kedaulatan dan budaya Malaysia, terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar tindakan afirmatif untuk Bumiputera bakal terancam.

Daim disyaki miliki ribuan juta saham, SPRM mesti siasat

Shamsul_AMK
KUALA LUMPUR 25 APR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disyaki memiliki ribuan juta saham dengan jumlah berbilion ringgit, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, Daim mempunyai kekayaan luar biasa melalui pegangan selain menaungi bank-bank seperti IC Bank Rt.(Hungary), International Commercial Bank Sh.A (Albania), International Commercial Bank Limited (Ghana) dan International Commercial Bank S.A (Guinea).
Daim turut menaungi ICB-Banco Internacional de Comercio SARL (Tanzania), International Bank of Malaysia (T) Limited (Mozambique), International Commercial Bank (Sierra Leone) Limited – Sierra Leone.
“Di samping (Daim) mempunyai kepentingan di dalam Bank Internasional Indonesia dan Bank Bumiputera Indonesia di mana Tun Daim memegang lebih separuh pegangan sahamnya
“Jumlah ini mungkin lebih besar sebelum ia dijual,” kata Shamsul dalam kenyataannya.

Tidak sah menghukum kerana tiada notis untuk perhimpunan

 
  Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan denda
RM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Panel tersebut diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang berkata, tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Dua lagi hakim ialah bekas Presiden Peguam Malaysia Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, 10 hari notis untuk PAA tidak berperlembagaan


Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad di luar Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2014. 
Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad di luar Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2014.Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.
Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.
Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.
Hakim itu berkata demikian dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis 10 hari untuk mengadakan himpunan itu.
Mohd Ariff berkata jika sesuatu perhimpunan itu sah, tidak boleh pada masa yang sama ia diisytiharkan haram.
Beliau berkata seksyen 9 (5) PAA bertujuan untuk mengenakan sekatan seperti yang dibenarkan di bawah Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
"Seksyen 9 (5) adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak masuk akal  menghukum penganjur apabila perhimpunan itu aman," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata keperluan bagi penganjur untuk memberi polis Notis 10 hari di bawah seksyen 9 (1) PAA itu adalah berpelembagaan.
Beliau berkata ini adalah satu undang-undang yang dibahaskan di Parlimen dan mahkamah tidak boleh menukar pandangan badan perundangan.

Kenapa Daim melabur di negara rahsia maklumat kewangan?

Daim-ZainuddinKUALA LUMPUR 25 APR: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, tindakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memilih Tanzania sebagai tempat lokasi pelaburannya menimbulkan keraguan.
Menurut Azan, ini kerana negara tersebut sukar mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar.
“Kita semua tahu kalau melabur di Tanzania, mereka sukar memberi kerjasama untuk dapatkan maklumat walaupun kita nak buat siasatan.
“Apa masalah melabur di Malaysia kalau tidak ada penyelewengan. Sebab itu Daim pilih Tanzania untuk dia melabur,” kata Azan.
Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai 20 April lalu mendedahkan bahawa Daim mempunyai bank di Tanzania.
Beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasanya melalui penubuhan bank tersebut.
Anwar turut mendedahkan penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan bank tersebut, dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Azan Tanpa Wuduk..'Tok Bilal Lupa Mandi Junub!' - Ustaz Azhar Idrus

Wanita Berwangian Sehingga Dipuji Lelaki..'Wangi Untuk Suami' - UAI

Suami Mengaku 'SINGLE'..Jatuhkah Talak? - Ustaz Azhar Idrus

Kalau PM Lantik Ustaz Jadi MT Ustaz Nok Dok? - UAI

Kelantan fokus merakyatkan Membangun Bersama Islam

KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dicetus Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Oktober 1990 kini cuba diserap ke peringkat akar umbi di bawah kepemimpinan baru.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, gerakan bagi merakyatkan dasar MBI sedang diusahakan bagi membolehkan ia dihayati setiap anggota masyarakat.

Katanya beliau sebelum ini dasar MBI cuma difokus kepada jentera pentadbir kerajaan sahaja dengan penekanan kepada prinsip ubudiah, masuliah dan itqan (UMI) dalam melaksanakan tugas seharian mereka.

“Jadi sekarang kita mahu prinsip UMI diserap ke bawah. Kita hendak merakyatkan konsep tersebut.

“Kalau rakyat itu sebagai seorang peniaga, kita mahu dia muncul sebagai peniaga Muslim yang tahu batasan halal dan haram.

Lelaki Rambut Panjang Ikat Ada Syaitan Duduk? - UAI

Israel suspends peace talks with Palestinians

Pemilihan PKR mula panas, akaun palsu dibina untuk serang lawan

Akaun Twitter palsu yang dibina untuk menyerang lawan masing-masing.Akaun Twitter palsu yang dibina untuk menyerang lawan masing-masing.Kempen untuk pemilihan kepimpinan PKR mula menampakkan kehodohannya apabila pihak yang berlawanan saling serang menyerang bahkan akaun palsu dibuat untuk memfitnah lawan masing-masing.
Ia berlaku 48 jam menjelang pemilihan PKR bermula Sabtu ini yang bakal berlangsung di beberapa negeri.
Menurut Edy Noor Reduan, pemerhati tidak rasmi pemilihan ini daripada  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), satu akaun Twitter palsu bernama "Masa Depan Bersama" yang menjadi tema kempen tiga pemimpin PKR dibentuk untuk memfitnah mereka.
Bagi beliau, ia tindakan terdesak dan panik kehilangan jawatan.
“Masa Depan Bersama” adalah tema kempen untuk calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail bersama dua calon naib presiden iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.
Melalui Twitter palsu itu, ketiga-tiga mereka seolah-olah berkempen memburukkan Azmin dengan mengungkit laporan media massa sebelum ini yang mengatakan kononnya Azmin melakukan tidak bermoral dengan seorang perempuan di dalam sebuah tandas.
"Apakah ahli parti mahu pemimpin yg terpalit dgn skandal seks makan aiskrim dalam jamban? Bukalah mata dan marilah kita buat perubahan!" tulis Twitter daripada akaun “Masa Depan Bersama”.
Pejabat Nurul Izzah dan Rafizi Ramli kemudiannya menghantar satu tweet yang memaklumkan mereka tidak tahu menahu mengenai akaun Twitter itu.
"Harap maklum & mohon sebarkan: Akaun Twitter @MasaDepanBersama tiada kena mengena dengan YBs @n_izzah @saifnasution & @rafiziramli.”
Rafizi juga melalui Twitternya membuat penafian yang sama.

BERSIH: Polis tak boleh guna PAA hentikan himpunan 1 Mei

Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk bertindak terhadap perhimpinan anti-GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur kerana ia adalah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia, kata badan pemantau pilihan raya, BERSIH.

Polis mesti memberi perhimpunan itu komitmen yang sama bagi melancarkan laluan, sepertimana yang ia lakukan untuk lawatan dua hari Presiden Amerika, Barack Obama hujung minggu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH dalam satu kenyataan semalam.

"Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012  untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Hari Pekerja disambut di seluruh dunia," kata BERSIH merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad (kiri) bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram.

Ia menggesa pihak polis supaya mengikut perkembangan masa dan melihat peranan mereka menjaga amalan demokrasi.

BERSIH berkata, ia "kecewa" dengan laporan Zainuddin mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan bahawa NGO itu tidak memenuhi syarat-syarat PAA untuk menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

BERSIH mengulangi hasratnya untuk berhimpun semasa perhimpunan 1 Mei pada pukul 2 petang berhampiran KLCC, dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka.

"Kufur jika tolak hudud"


Kufur jika tolak hudud

Alor Setar: Kerajaan Pusat tidak boleh dianggap sebagai kufur semata-mata kerana belum melaksanakan hudud.

Penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.
“Ia berbeza sama sekali dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, yang menyatakan kerajaan tidak menolak, namun belum mampu melaksanakannya atas kekangan tertentu.


“Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim, mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perlukan ulama

Najib ketika berucap menutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 dianjurkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, semalam berkata, ada perbezaan cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya, kerana wujudnya kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

Malaysia Hebat: 15 tahun ditinggal suami, mahkamah belum lulus fasak...kalau Kes Anwar tak sempat subuh beb..!!!


Ruzana Othman, 56, menderita 'digantung tak tali’ setelah ditinggalkan suaminya lebih 15 tahun sementara pihak mahkamah belum meluluskan permohonan fasaknya.
  
Katanya beliau amat kesal dengan proses pelaksanaan dan prosedur mahkamah syariah setelah beliau memfail permohonan fasak dua tahun lepas, namun sehingga kini tiada keputusan yang dikeluarkan.
  
"Pihak mahkamah suruh saya cari suami saya dengan mengiklankan terlebih dahulu. Saya buat walaupun saya tidak lagi bekerja namun saya cuba cari duit untuk laksanakannya.
  
"Lepas itu dalam Febuari lepas, saya kembali ke mahkamah menyatakan suami saya masih tidak dapat dikesan, namun pihak mahkamah suruh saya melantik peguam. Saya kesal kerana saya bukannya ada duit, tambahan pula saya sudah tua," katanya kepada pemberita dalam sesi sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegar semalam.

Ruzana berkata suaminya telah meninggalkan beliau bersama seorang anak pada 1998.