Selasa, 22 April 2014

MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, Hishammuddin tak hormat pandangan rakyat

KUALA LUMP[UR 22 APR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein disifatkan tidak menghormati pandangan rakyat apabila menolak hasil kaji selidik Merdeka Centre yang mendapati hanya 74 peratus dari 1,029 responden berpendapat kerajaan tidak telus mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata tindakan Hishammuddin bertentangan dengan slogan kerajaan yang menyatakan rakyat perlu didahulukan.
“Disebabkan maklumat tidak telus dari kerajaan , pelbagai pihak tampil memberi maklum balas mengenai isu ini.
“Hishammuddin tidak boleh tolak pandangan rakyat, sebab dia sendiri pun tak ada maklumat yang sebenar, jadi dia tidak boleh alih perhatian terhadap ketelusan maklumat ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Fahmi
Kaji selidik Merdeka Center yang menunjukkan hanya 26% daripada 1,029 respondan bersetuju Putrajaya boleh dipercayai tentang tragedi penerbangan Malaysian MH370.
Pengarah Merdeka Center Ibrahim Sufian berkata, walaupun Putrajaya melakukan yang terbaik dalam menangani tragedi itu, pelbagai teori dan maklumat yang lambat sampai dari pihak berkaitan punca persepsi negatif ini.
Katanya, keputusan kajian menggambarkan pemikiran orang ramai. Walaupun tidak mencerminkan kebenaran, namun ia menggambarkan persepsi berdasarkan maklumat yang mereka peroleh.
Dalam pada itu, Fahmi turut menyokong kenyataan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mendesak Hishammuddin meletak jawatan berikutan ketidaktelusan dalam menguruskan kes kehilangan pesawat itu.
“Dia (Hishamuddin) patut meletak jawatan sebab tak telus urus kes ini, maklumat yang kita dapat pun selalu bercanggah.

Bila kerajaan mahu dedah senarai kargo MH370? – Dr Syed Husin

#pray4MH370KUALA LUMPUR 22 APR: Senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan yang sehingga hari ini tidak mendedahkan senarai kargo pesawat (cargo manifest) pesawat MAS MH370.
Dalam perbahasan titah ucapan YDP Agong di Dewan Negara semalam, Dr Syed berkata apakah sesuatu dokumen atau maklumat perlu dibocorkan media di luar negara terlebih dulu, kemudian baru kerajaan mahu mengakuinya.
“…ada pembocoran maklumat kepada media luar yang mendakwa sumber mereka ialah pegawai tinggi dan berkali-kali Menteri kena menafikan.
“Yang tidak dapat di nafi ialah perbualan pilot-menara kawalan, kerana direkodkan dan diterbitkan,” teks ucapan Dr Syed Husin di Dewan Negara dipetik.
“Adakah menunggu sampai ia dibocorkan? Saya menggesa supaya senarai atau manifes ini hendaklah segera diumumkan, kerana melengahkannya sudah menimbulkan banyak persoalan dan syak wasangka.
Tambahnya, sikap ini menyebabkan pakar-pakar penerbangan luar, kerajaan asing, pihak media bahkan orang awam tempatan merasa tidak puas hati.
“Percanggahan maklumat memperlihatkan pihak Kerajaan, DCA dan MAS berdolak dalik dan percanggahan berlaku kerana jurucakap bukan seorang saja yang profesional.

Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox


Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 22 April, 2014.Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 22 April, 2014.Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.
Sarah Bajc, pasangan kepada  Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.
Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.
Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.
Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.
"Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang," katanya yang berusia 61 tahun.
Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.

Karpal Singh, pemimpin lagenda Malaysian Malaysia!

Loke Siew Fook

Pemergian mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Sdr Karpal Singh pada pagi 17 April 2014 dalam satu kemalangan ngeri di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung mengemparkan seluruh negara.
Saya dimaklumkan dengan berita sedih tersebut semasa berada di Guangzhou, China di atas jemputan sebuah institut penyelidikan rantau Asia Tenggara di sana. Saya memendekkan lawatan saya untuk kembali ke Malaysia pada 18 April untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal.
Saya bersama seluruh kepimpinan DAP dan puluhan ribu rakyat Malaysia mengiringi jenazah Karpal untuk menyelesaikan perjalanan terakhirnya di Georgetown, Pulau Pinang pada tengahari 20 April 2014. Sepanjang perarakan tersebut, perasaan saya sedih dan terharu untuk menghantar seorang pemimpin politik dan peguam yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Nama Karpal Singh tertanam di minda saya sejak di bangku sekolah lagi. Gandingan beliau dengan Lim Kit Siang merupakan beregu yang paling mantap dalam kepimpinan tertinggi DAP dan barisan pembangkang di Parlimen sepanjang beberapa dekad yang lalu.
Saya merenung melihat wajah dan emosi orang ramai yang berduyun-duyun memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal di Dewan Sri Pinang dan juga puluhan ribu yang berbaris di sepanjang jalan. Ramai yang menitiskan air mata dan tidak dapat mengawal kepiluan hati naluri mereka.
Ramai juga yang berteriak “Karpal Singh, Karpal Singh” dengan penuh bersemangat sebagai tanda menghargai semangat perjuangan beliau.
Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, darjat dan lapisan masyarakat. Daripada golongan peguam hinggalah para penjaja, Karpal menyayat hati semua. Ini terbukti dengan reaksi spontan ribuan penunggang motosikal yang mengiringi kereta jenazah beliau untuk sampai ke krematorium.
Dalam hati kecil saya, saya berasa amat bangga sebagai seorang ahli DAP dan berkhidmat sebagai seorang anggota CEC di bawah kepimpinan Karpal Singh. Beliau adalah dari kaum minoriti yang paling kecil di Malaysia iaitu komuniti Sikh. Namun, beliau bukan disanjungi sebagai seorang pemimpin komuniti Sikh mahupun pemimpin DAP semata-mata, tetapi sebagai seorang pemimpin rakyat Malaysia yang telah banyak berkhidmat dan berkorban untuk negara!

We 'thank you', says Karpal's family

US lawyers gearing up for MH370 lawsuits after waiting period


Monica Kelly (centre) with other lawyers from Ribbeck Law Chartered at a press conference in Kuala Lumpur last month. - The Malaysian Insider pic, April 26, 2014.Monica Kelly (centre) with other lawyers from Ribbeck Law Chartered at a press conference in Kuala Lumpur last month. - The Malaysian Insider pic, April 26, 2014.Today marks 46 days since Malaysia Airlines flight 370 vanished over the southern Indian Ocean.
For the legal fraternity in the United States, it is officially Day 1.
According to CNN, the US enforces a 45-day rule for how long American lawyers have to wait before reaching out to a family that has lost a loved one in a plane crash.
The waiting period over, lawyers can talk to the families and start filing lawsuits in American courts against US aircraft manufacturer Boeing.
However, there is one little snag to this... there is no plane wreckage, no debris, nothing. It is like a murder without a body, the burden of proof let alone a viable case becomes that much harder.
Over in the southern Indian Ocean, west of Perth, Australia's Joint Agency Coordination Centre said the mini-submarine, Bluefin-21, started its 10th mission today, after nine previous unsuccessful attempts to find any trace of the missing plane in the deepest waters of the ocean.
The Bluefin-21 has now scanned about two-thirds of the intended territory without finding any sign of the missing plane.
Meanwhile, back in the US, aviation attorney Daniel Rose, a partner at the firm Kreindler & Kreindler, told CNN, "If we don't have the black box with all the critical information on it, or we don't have any part of the wreckage, it would be very hard to maintain a claim against Boeing in any court in the United States."
Despite the restrictions and the waiting period, one US-based case against Malaysia Airlines and Boeing is already in the works.

MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer


Sarah Bajc with partner Philip Wood who is among the 239 people on board missing flight MH370. Bajc said she was shocked to receive an email from a senior Fox executive who offered to raise millions of dollars if she agreed to waive future compensation claims. – Sarah Hamil Bajc Facebook pic, April 22, 2014.Sarah Bajc with partner Philip Wood who is among the 239 people on board missing flight MH370. Bajc said she was shocked to receive an email from a senior Fox executive who offered to raise millions of dollars if she agreed to waive future compensation claims. – Sarah Hamil Bajc Facebook pic, April 22, 2014.The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf.
Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald (SMH) that she had replied an email from Darlene Tipton, vice-president of Fox's standards and practices department, who offered to raise millions of dollars to help her.
Tipton then responded by saying that her husband had visions that the 239 passengers were alive, and said they would reveal their whereabouts and go ahead with a fundraiser for the affected families if Bajc agreed to waive any future compensation claims.
It was then that a shocked Bajc alerted Fox, who promptly gave Tipton the sack after 24 years of service with the network.
Tipton had defended her action, saying she had offered to help in good faith.

MH370: Lima pesawat tentera teruskan misi pencarian meskipun cuaca buruk



Semua pesawat terbabit akan meneruskan misi walaupun sebelum ini diumumkan aktiviti pencarian dari udara akan ditunda berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian akibat Taufan Tropika Jack. – Gambar Reuters. 
Semua pesawat terbabit akan meneruskan misi walaupun sebelum ini diumumkan aktiviti pencarian dari udara akan ditunda berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian akibat Taufan Tropika Jack. – Gambar Reuters.

Empat pesawat tentera berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pearce yang terletak di utara Perth meskipun keputusan awal dibuat bagi menangguhkan aktiviti pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Selasa.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang memantau operasi pencarian, berkata aset berkenaan disertai pesawat E7 Wedgetail dari Pangkalan RAAF di Learmonth, bagi membantu mengelak konflik di ruang udara.
Kenyataan itu juga menyebut kesemua pesawat terbabit akan meneruskan misi mereka namun kapten masing-masing akan menilai situasi dan menggunakan budi bicara sama ada meneruskan aktiviti pencarian atau kembali ke pangkalan.
Sebelum ini, JACC berkata aktiviti pencarian dari udara akan ditunda berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian akibat Taufan Tropika Jack.

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Jual Air: SYABAS cabar MCA kemuka bukti

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mencabar MCA mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar terdapat penyelewengan dalam jualan bekalan air menggunakan lori tangki persendirian.

Pengurus besar syarikat tersebut, Priscilla Alfred Dharan yang menafikan tuduhan tersebut berkata tuduhan berkenaan tidak berasas kerana MCA masih belum mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

"SYABAS melihat dakwaan ini adalah satu tuduhan yang amat berat dan tidak berasas kerana ianya dibuat tanpa sebarang bukti dan fakta sebenar.

"Justeru, pihak SYABAS akan menghantar surat kepada pihak MCA meminta bukti yang berkaitan dikemukakan kepada pihak SYABAS dalam tempoh tertentu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"SYABAS turut mengalu-alukan pihak yang mempunyai bukti terhadap penyelewengan di dalam transaksi penjualan dan pembelian air menggunakan lori tangki persendirian kepada pengguna industri/komersial ini membuat laporan terus kepada pihak berkuasa termasuk SPRM," kata Dharan.

Jelasnya, syarikat tersebut mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dalam penjualan air kepada pengguna industri dan komersial itu.

Jelasnya lagi, SYABAS mengenakan dua jenis bayaran kepada pengguna berkenaan – RM2.07 untuk kos setiap meter padu air dan RM100 untuk kos pentadbiran bagi setiap lori tangki.

Kawal 30,000 orang: Lebih 50 polis bertugas hingga mayat Karpal dibakar kata KP Pulau Pinang

Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di Georgetown, Ahad lepas.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama, di Georgetown serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.
  
"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).
  
"Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di Georgetown hari ini.
  
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad.

Daim tidak perlu takut untuk disiasat semula ..!!

Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.

Pada 14 April lalu Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti telah memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.

Daim mempertiakai laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Halim Saad bekas Pengerusi Malaysia Airlines Syestem Bhd (Mas), Tajuddin Ramli bekas Pengarah Mas.

Dalam siasatan itu SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubungkait beliau dengan amalan rasuah.

Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi. Orang bersih suka kalau disiasat bebeberapa kali pun kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.

Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui. Walaupun SPRM telah menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus.

MSO

Bersih 2.0 sokong Himpunan Pekerja 1 Mei

Adam Adli


Lama sebelum tercetusnya himpunan-himpunan Bersih, sudah wujud himpunan Hari Pekerja yang berterusan tahun ini seperti biasa pada Hari Pekerja Sedunia, 1 Mei.
Bersih 2.0 menyokong penuh himpunan Hari Pekerja yang akan datang, yang bertemakan "GST: Gasak Sampai Tumbang", anjuran sekumpulan badan bukan kerajaan dan parti politik di bawah Jawatankuasa Mei 1.
Bersih 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti kami bersama para pekerja. Hari Pekerja sudah berkembang daripada satu acara untuk memperingati perjuangan untuk keadaan bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan hidup pekerja, yang turut menjadi kepentingan kepada pengundi seperti anda dan saya.
Ini dapat dilihat dalam rangkuman isu yang meluas yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Mei 1: daripada penentangan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak telusan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik kepada desakan yang lazim untuk hak wanita, Orang Asal dan Orang Asli, pelajar dan pekerja asing serta gaji minima.
Di samping itu, tidak dilupai bahawa pekerja turut merupakan pengundi. Maka himpunan tahun ini juga akan mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras Bersih 2.0.

Mampukah GST mengatasi ketirisan ekonomi?

Husaif Mamat


Cukai merupakan salah satu perkataan atau perkara yang cukup sensitif di dalam sesebuah masyarakat di mana-mana negara termasuklah di Malaysia. Perkataan cukai pada maksud awam adalah suatu kadar caj yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat yang memiliki suatu hasil di dalam negara. Cukai sering kali diibaratkan sebagai suatu bebanan dan tekanan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyatnya.
Biarpun cukai mempunyai tahap sensitivitinya tersendiri di dalam masyarakat, namun ia tidak pernah dihapuskan atau dimansuhkan oleh mana-mana pemerintah yang memegang tampuk kerajaan sejak dahulu hingga kini.
Rakyat kebanyakannya kekal taat kepada tatacara berkerajaan dengan memberikan sumbangan cukai mereka kepada pemerintah tanpa banyak soal bicara selagi ianya munasabah serta diuruskan dengan cara yang teratur, di samping untuk mengelak masalah litigasi mendatang. Secara umumnya, penerimaan rakyat terhadap sistem cukai masih diragui walaupun mereka kelihatan patuh terhadap obligasinya.
Di dalam sejarah ekonomi Islam, terdapat tiga jenis cukai yang dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam, iaitu Kharaj, Jizyah dan Usyur. Kharaj bermaksud cukai hasil tanah (pertanian) yang dikenakan ke atas orang bukan Islam.
Jizyah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam,manakala Usyur ialah cukai perdagangan yang dikenakan kepada kapal-kapal milik orang bukan Islam yang berlabuh di negara Islam.

SIAPA YANG PEDULI: HARGA GETAH SUDAH MENJADI RM1.80SEN SEKILO!

 
Rakyat luar bandar, kampong-kampong tradisional dan para peneroka Felda yang bergantung harap dengan hasil getah kini sedang  menjerit dan memekik memanggil para pemimpin UMNO supaya lihat akan nasib yang menimpa mereka kini.

Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... kini sudah kais pagi makan untuk sampai kemalam.

Lihatlah mereka, tinjau-tinjaulah mereka dan jenguk-jenguklah mereka wahai para pemimpin UMNO semua ... Ingat akan jasa besar mereka .. ingat akan sokongan dan dokongan undi mereka kepada UMNO sehingga masih boleh bertahan di Putrajaya.

Kalau sudah tidak mampu dan larat  .. sila turun takhta dan serahkan kepada Pakatan Rakyat.

Janganlah   bila nakkan undi dan sokongan mereka baru nampak muka dan berlakun perihatin dan kesian.

Mana slogan Rakyat Di Dahulukan ... Mana kata-kata manis Tradisi Membela Rakyat. .. Mana janji BN Menang Rakyat Senang.


Kain rentang dipasang di Kg New Zealand, Maran, Pahang .. negeri Najib Razak .. negeri UMNO/BN jadi parti pemerintah semenjak Merdeka 1957.

Mejar hanya didakwa kesalahan memiliki senjata, bukan cubaan seludup, kata TUDM


Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan di Amerika Syarikat (AS) hanya dikenakan satu pertuduhan iaitu memiliki senjata api dan bukannya cubaan menyeludup keluar senjata berkenaan, kata kenyataan rasmi TUDM hari ini.
Menurut TUDM, Mejar Mohd Faiz Abdul Jalil (gambar) yang ditahan di Lapangan Terbang San Angelo Texas, pada 16 April lalu juga dipindahkan dari Penjara Taylor County ke Lubbock County, AS semalam.
"Pada peringkat awal, dia dicadangkan untuk dikenakan dengan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa.
"Namun demikian, beliau kini hanya dipertuduhkan atas satu kesalahan sahaja iaitu, ‘non-immigrant in possession of a weapon and/or ammunition’," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada 21 April 2014 turut ditunda kepada tarikh baru seperti ditetapkan Mahkamah Lubbock, Texas nanti.
Sinar Harian sebelum ini memetik bigcountryhomepage.com melaporkan, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.
“Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu.
Laporan itu menyebut, pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat kemudiannya diiring keluar pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut.
“Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan dia menyembunyikan senjata itu bagi mengelak dikesan sebaik sahaja tiba di Malaysia,” lapor Sinar Harian.

Isu TPPA agenda utama lawatan Barack Obama ke Malaysia, kata Mustapa


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bercakap pada taklimat media mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di ibu pejabatnya, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 April 2014. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bercakap pada taklimat media mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di ibu pejabatnya, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 April 2014. Putrajaya mengakui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hujung bulan ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan tersebut.
"Sudah pasti ia menjadi agenda utama yang akan dibincangkan," kata Mustapa semasa taklimat dengan media di pejabatnya hari ini.
"Tapi tiada sebarang perjanjian akan ditandatangani."
Mustapa menolak sama sekali khabar angin mengatakan lawatan Obama ke Malaysia bertujuan untuk memberi tekanan kepada Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan kontroversi itu.
Menurut Mustapa, beberapa perkara berbangkit masih lagi dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara


Perkhidmatan bas dua tingkat di enam laluan tinggi - Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Larut, Gunung Jerai, dan Bukit Tinggi akan dihentikan sementara mulai Mei depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar) berkata langkah ini diambil susulan beberapa kemalangan bas yang melibatkan maut sebelum ini.
"Keenam-enam jalan ini akan kita tangguhkan perkhidmatan bas dua tingkat sehingga kajian atau kelemahan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kemalangan bas di Putrajaya hari ini.
Katanya, keputusan ini dibuat susulan dari syor Panel Penasihat Bebas mengenai Kemalangan Bas Genting Highlands yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye kepada kementerian.
"Kita juga bersetuju untuk mengguna pakai 'UN Regulations' dalam pembinaan bas menggunakan R36, R16, R32, R66, R80 dan R107, yang akan memastikan pembinaan struktur kenderaan itu mesti mengikut standard ditetapkan badan tersebut," katanya.
Abdul Aziz berkata ini termasuk penggunaan tali pinggang keledar di setiap tempat duduk bas ekspres dan pematuhan ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2015.

Empayar hartanah Taib di luar negara dibongkar

taib-mahmud
KUALA LUMPUR 22 APR: Pendedahan Sarawak Report mengesahkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud menggunakan anaknya sebagai pemegang syarikat di luar negara berikutan undang-undang tidak membenarkannya mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat selagi menjawat jawatan sebagai seorang Ketua Menteri.
Sarawak Report dalam artikelnya ‘How Jamilah Spilt The Beans On Sakto’s Money’ menyebut, anak Bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Jamilah Taib mempunyai kepentingan dalam 84 buah syarikat seawal umur 29 tahun.
Dikatakan syarikat tersebut dikawal sepenuhnya oleh Taib sendiri dan suami, Sean Murray termasuk Sakto Corporation iaitu empayar hartanah yang bernilai lebih RM320 juta yang berpangkalan di Ottawa.
Dokumen pemerbadanan di Kanada menunjukkan bahawa Sakto diasaskan oleh adik Taib sendiri dan rakan kongsi perniagaan utama, Onn Mahmud serta Jamilah dan abangnya, Abu Bekir Taib, yang kedua-duanya menuntut di Kanada ketika itu.
Sebelum ini, Murray dalam wawancara bersama Sarawak Report mengakui Sakto Corporation adalah milik keluarganya dan tidak ada kena mengena dengan harta kekayaan bapa mertuanya, Taib Mahmud.

BERSIH 2.0: Ayuh bersolidariti bersama pekerja di Himpunan 1 Mei

Mei_1_anti_GSTSHAH ALAM 22 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyokong perhimpunan menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diadakan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti.
Menurut satu kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 hari ini, golongan perkerja juga merupakan golongan yang tertindas dalam kebanyakkan isu termasuk isu GST dan isu pilihan raya dicemari penipuan.
“Hari Pekerja berkembang daripada satu acara bagi memperingati perjuangan menuntut persekitaran bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan kehidupan pekerja.
“Maka himpunan tahun ini juga mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras BERSIH 2.0,” menurut kenyataan bersama yang diketuai Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Dipetik dari kenyataan itu lagi, BERSIH 2.0 juga akan menyertai perhimpunan di bangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berarak Dataran Merdeka bersama perserta perhimpunan.
“Kami menggesa semua orang, sebagai rakyat dan sebagai pekerja, supaya turun padang untuk himpunan ini dan mendesak supaya hak pekerja dimajukan,” katanya.

BN tidak perlu letak calon di PRK Bukit Gelugor

Dalam PRK DUN Kajang bulan lepas, SPR telah menggunakan sebanyak lebih RM2 juta.

PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak perlu dan tidak ada keperluan untuk meletakkan calon bagi bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil(PRK)Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Karpal Singh.
fadhli shaariHal ini kerana jumlah undi yang diterima oleh mendiang dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas adalah terlalu tinggi iaitu sebanyak 55,839 undi berbanding calon BN, Teh Beng Yeam, sebanyak 14,061 undi.
“Majoriti sebanyak 41,778 undi ini merupakan satu majoriti yang sangat besar dan logiknya tidak akan mampu diatasi oleh BN nanti,” ujarnya dalam posting facebook miliknya.
Fadhli yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutarakan cadangan ini bagi menyelamatkan duit rakyat yang tentunya terpaksa dihabiskan oleh SPR nanti bagi tujuan pengurusan sekiranya berlaku PRK.
“Dalam PRK DUN Kajang bulan lepas, SPR telah menggunakan sebanyak lebih RM2 juta.
Tambah Fadhli, jumlah tersebut belum dikira jumlah kos yang dihabiskan oleh agensi-agensi jabatan kerajaan yang lain secara tiba-tiba menganjurkan pelbagai jenis program melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan.
“Jumlah ini jika digunakan untuk tujuan kebajikan saya kira amat besar manfaatnya kepada rakyat, kos RM2 juta misalnya boleh menyiapkan 40 buah rumah kos rendah dengan harga RM50 ribu setiap satu,” ujarnya.
Fadhli juga mencadangkan BN agar tidak meletakkan calon di dalam PRK ini nanti.

Rakyat Makin Susah: Bilangan individu bankrap bertambah 37 peratus

Nancy Shukri
PUTRAJAYA - Bilangan individu bankrap yang menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada tahun lepas meningkat 37 peratus kepada 50,912 orang berbanding 37,265 pada tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata peningkatan itu mencerminkan keberkesanan program-program kesedaran yang dijalankan MdI di seluruh negara untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat mereka.
  
"Kita galakkan mereka yang bankrap supaya datang kepada kita supaya mereka dapat discaj seberapa segera. Kalau boleh kita tidak mahu jumlah bankrap ini meningkat meskipun kita tahu ia sukar dielakkan akibat adanya pinjaman kewangan untuk perniagaan, perumahan dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MdI 2013, di sini hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita kemudian, Nancy menyarankan agar MdI mempertimbang peruntukan tidak melelong rumah pertama individu yang bankrap dalam pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang sedang dibuat oleh institusi itu.
    

GST: 'Umno akan guna Cina pujuk Melayu'

Anggota Parlimen DAP Datuk Ariff Sabri menjangkakan, Umno akan menggunakan hujah berkaitan kaum untuk menghalalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tahun depan.

Beliau menjangkakan, Umno akan memperalat hujah berkaitan orang Cina untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong cukai kontroversi itu.

“Mereka akan kata GST bagi memastikan pengelakan cukai terhad. Pihak yang lari membayar cukai adalah orang Cina dan dengan GST, mereka ini tidak boleh terlepas.

“Jadi orang Melayu harus menyokong GST kerana orang Cina mengelak membayar cukai kepada kerajaan Umno.

“Apparatchik Umno akan pusing keliling bandar mengulangi kisah ini. Kerajaan kurang wang kerana ramai elak membayar cukai dan justeru itu kita mesti tangkap mereka,” tulisnya dalam blog semalam.

Anggota Parlimen Raib itu berkata, Umno juga tidak akan mendedahkan kisah secara keseluruhan apabila menceritakan bahawa 160 negara di dunia menggunakan GST.

“Mereka tidak akan kata, ekonomi terkuat di dunia, Amerika Syarikat, tidak menggunakan GST.

“Mereka tidak akan kata kerana GST digunakan di 160 negara ini bahawa setiap negara itu memerlukan lebih wang.

“Malaysia mahu menggunakan GST untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Keluarga mendiang Karpal Singh ucap terima kasih

GEORGE TOWN: Anak lelaki sulung mendiang Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo hari ini menyatakan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran himpunan besar anggota masyarakat di upacara persemadian bapanya. 
  
Jagdeep, yang juga anggota dewan negeri Datuk Keramat berkata beliau dan keluarganya terpegun dengan respons orang ramai menyertai perarakan untuk persemadian Ahad lepas.
  
Beliau berkata sekalipun himpunan begitu besar yang di luar jangkaan, jawatankuasa persemadian yang diketuai pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berjaya mempastikan upacara itu berlangsung dengan lancar.
  
"Keluarga saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada setiap orang, para sukarelawan dan semua yang telah membantu menentukan upacara kunjungan dan persemadian berjalan licin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    

Fitnah Liwat II: Sulaiman dijangka ganti Karpal

Bekas presiden Badan Peguam Sulaiman Abdullah dijangka akan menggantikan mendiang Karpal Singh untuk mengetuai pembelaan dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Satu sumber yang dekat dengan kes berkenaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Sulaiman bersetuju untuk mewakili Anwar.

"Ramkarpal, yang turut memainkan perana utama dalam perbicaraan Liwat II dan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan akan turut menganggotai pasukan pembelaan,” kata sumber berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sulaiman, yang memainkan peranan utama dalam rayuan Liwat II sebelum diambil alih oleh pasukan Karpal, turut menjadi penggerak utama dalam pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes Liwat I.

Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini.

Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.

"Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,” katanya.

Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

"Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?” katanya.

Dr M: keghairahan untuk menghukum

BN berani bertanding atau tidak di Bukit Gelugor

Beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang oleh mendiang Karpal Singh memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar. - Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2014.Beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang oleh mendiang Karpal Singh memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar. - Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2014.Apakah Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor berikutan kematian Karpal Singh, penyandang kerusi Parlimen itu?
BN secara tidak langsung membayangkan bahawa parti itu akan bertanding kerusi itu.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata terpulang kepada parti komponen BN, MCA untuk membuat keputusan lantaran menghormati persetujuan berhubung agihan kerusi.
Bagaimanapun, beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi itu memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar.
Sejumlah 74% pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah kaum Cina.
"Sukar sekali untuk BN terutama dengan undi simpati pengundi Pulau Pinang. Ini bermakna siapa sahaja yang bertanding di bawah tiket DAP pasti menang. Ini yang kami katakan sebagai limpahan simpati.
"Rasa simpati ini akan menjadi lebih kuat sekiranya waris mendiang, sebagai contoh, anak lelakinya, Ramkarpal dicalonkan," kata Ivanpal S. Grewal, Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Penyelidikan Sosio-Ekonomi (Sedar), kumpulan pemikir parti Gerakan.
Mungkin ada baiknya jika BN tidak bertanding untuk kerusi itu dan membiarkan Ramkarpal atau sesiapa sahaja daripada DAP menang seperti apa yang berlaku apabila Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada tahun 1976.
KEMENANGAN PERCUMA
Apabila Razak meninggal dunia secara mengejut pada 1976 dan kerusi Parlimen Pekan kosong, BN membuat keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Razak.
Perasaan sedih yang menyelubungi seluruh negara apabila Razak meninggal dunia serta rasa hormat terhadap sumbangan besar ayahnya kepada pembangunan Malaysia menyebabkan Najib menang tanpa bertanding.
Beliau menjadi Ahli Parlimen pada usia muda 23 tahun.
"BN perlu lihat kembali perkara ini. Memandangkan kematian Karpal Singh begitu tragik sekali, mungkin BN tidak sepatutnya meletakkan sebarang calon dengan mengambil kira kepentingan negara.
"Keadaan ini berbeza sekali dengan pilihan raya kecil Kajang yang terpaksa diadakan angkara Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

PAS desak k'jaan tarik semula kertas putih Memali

MB SELANGOR BERJAYA BANGUNKAN SISTEM BANK TANAH,KINI FASA KEDUA

Lembu Naik Harga, Di Mana Peranan NFC..??

PAS kerah ahli ke himpunan 1 Mei

Anwar withdraws, Azizah retains post

'Geran RM100 juta bagi syarikat gagal dapat pinjaman bank' - Rafizi

Larangan ke S'wak, Rafizi mahu heret KM ke mahkamah

Tarik Diri: Kita tidak mahu ROS manipulasi kes Anwar – J’kuasa Pemilihan

johari_abdul_jpp_pemilihan2014PETALING JAYA 22 APR: Penarikan diri Anwar dari bertanding jawatan presiden KEADILAN sebagai langkah mengelak Pendafar Pertubuhan (ROS) mempersoal jawatan Anwar Ibrahim yang kini berdepan rayuan kerajaan dalam kes Fitnah II.
“Kita tidak mahu ROS dan kerajaan ambil kesempatan terhadap kes ini. Maka beliau dengan rela hari lepas peluang untuk bertanding jawatan ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul.
Ini ditambah dengan kematian peguam bela Anwar, Karpal Singh, dan ahli parlimen Permatang Pauh itu perlu memberi fokus Mahkamah, ya.
Tambah Johari, kumpulan penasihat guaman Anwar telah menasihatinya untuk tidak bertanding bagi jawatan Presiden untuk pemilihan kali ini.
“Dengan keadaan kematian saudara Karpal dan kesibukan (Anwar) terhadap kes mahkamah yang sedang beliau lalui.

Rafizi dedah surat bukti campur tangan Najib dalam geran Mosti

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ‎mendedahkan bukti campur tangan Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan mengemukakan satu salinan sepucuk surat yang dipercayai arahan daripada perdana menteri.
Beliau berkata surat geran bernilai RM100 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta itu bag‎i tujuan projek komersil mempunyai nota tertera ditujukan kepada menteri terlibat.
"YB Datuk Dr Ewon Ebin. Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek itu sesuai," tulis surat seperti didedahkan oleh Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi berkata dalam surat tersebut, menyatakan syarikat NSE Resources secara jelas mengatakan bahawa projek komersil tersebut tidak mendapat sokongan daripada institusi kewangan.
"Syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Najib dan kerajaan kerana ia tidak melepasi saringan kewangan.
"Secara tidak langsung wujudnya risiko bahawa tidak mungkin adanya pulangan daripada projek itu untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik kerajaan," katanya.
Dokumen yang didedahkan Rafizi Ramli tentang geran Mosti yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.  
Dokumen yang didedahkan Rafizi Ramli tentang geran Mosti yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014. Ahli Parlimen Pandan itu turut membacakan perenggan ketujuh surat tersebut yang menyatakan, "NSERC memohon jasa baik YAB, dapat memberi sokongan terhadap permohonan geran sebanyak RM100 juta melalui Mosti. Ini adalah membantu kewangan NSERC kerana kesukaran mendapatkan pinjaman daripada pihak bank."
Rafizi berkata sewajarnya Najib tidak mengambil sikap campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.
"Ini adalah satu salahguna dana rakyat secara terang," katanya.
Oleh demikian, beliau menggesa Najib untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut kerana masih terdapat banyak lagi dokumen yang akan didedahkan
"Najib tidak boleh terus lari daripada persoalan penyelewengan sebegini atau hanya menyertai larian anti rasuah, beliau perlu beri penjelasan," katanya.

PAS kerah ahli setiap kawasan Parlimen hantar 2 bas turun Himpunan anti-GST


PAS akan mengerahkan ahlinya di setiap kawasan Parlime‎n untuk turun menyertai Himpunan 1 Mei bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ‎sekurang-kurangnya dua bas bagi setiap Parlimen akan membawa peserta himpunan ke Kuala Lumpur, termasuk kumpulan penoreh getah di Baling, Kedah dan petani padi.
"Kawasan saya di Pokok Sena, paling kurang lima bas.
"Saya percaya peserta sedang digerakkan di seluruh negara oleh Pakatan Rakyat dan NGO," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Mahfuz turut memberikan jaminan kepada kerajaan bahawa himpunan itu akan berjalan dalam suasana aman ‎jika tiada sebarang cubaan provokasi.
Himpunan sempena cuti umum Hari Pekerja akan bermula di sekitar Kuala Lumpur bermula jam 2 hingga 5 petang sebelum berakhir di Dataran Merdeka.
Dewan Rakyat pada 7 April lalu meluluskan Rang Undang-Undang GST 2014 menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali.

‘Keadilan Untuk Memali’ demi mencari kebenaran

memaliKUALA LUMPUR 22 APRIL: Majlis ‘Keadilan Untuk Memali’ akan diadakan di Kampung Memali, di madrasah yang diasaskan oleh Allahyarham Ibrahim Libya untuk membuka ruang kepada mangsa kejadian berdarah itu menceritakan sendiri pengalaman mereka.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengakui beliau ada di Kuala Lumpur sebelum dan selepas kejadian seperti yang didedahkan Tun Musa Hitam.
Kata Mahfuz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu tampil ke Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membentangkan usul menarik balik Kertas Putih Memali 1986 dan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja.
“Kita akan membuat majlis ini sama ada pada 23 Mei atau 30 Mei bergantung kepada masa Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).
“Akan mempertimbangkan untuk membawa keluarga mangsa yang masih hidup untuk bertemu dengan Tun Musa Hitam,” katanya dalam satu sidang media.

PAS anjur majlis keadilan Memali 25 Mei

KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan satu majlis keadilan Memali bagi menerang dan memperjuangkan hak keluarga yang menjadi mangsa dalam peristiwa berdarah Memali pada 23 Mei nanti.

Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu majlia keadilan itu akan diadakan di sebuah madrasah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.

"Kita akan menganjurkan satu majlis keadilan Memali pada 23 Mei nanti bagi memberi penerangan dan keadilan kepada mereka tentang fakta-fakta sebenar di sebalik insiden tersebut.

"23 Mei dipilih oleh Presiden PAS dan lokasinya di madrasah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Libya," katanya. Hadir sama ialah timbalannya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Fazizi Ahmad Kamil.

Jelas beliau, beberapa tokoh yang terlibat pada peristiwa tersebut turut dipanggil bagi memberi penerangan tentang kejadian itu.

"Kita jemput semua hadir, media paling utama untuk mereka ketahui kebenaran sebalik kejadian, yang selama ini dipesongkan fakta.

Hudud: Abim gesa tarik balik kenyataan ‘makan sup tangan’

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April lalu yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

“Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April 2014 yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan tersebut.

Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

Pandangan beliau yang menyatakan bahawa adalah tidak adil jika berlaku perbezaan hukuman antara warganegara bagi kesalahan yang sama boleh menimbulkan kekeliruan.

Beliau memberikan contoh nanti ramai orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri sedangkan kesalahan yang sama bagi mereka yang bukan Islam hanya 2 bulan penjara.

Kenyataan ini seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam.

JPP: Lebih ramai dipanggil beri penjelasan


Jawatankuasa pemilihan PKR mengumumkan untuk memanggil beberapa orang lagi pemimpin kanan parti itu untuk menjawab aduan berhubung tuduhan salah laku dalam kempen pemilihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul berkata jawatankuasa aduan diketuai Abdul Malek Hussain telah memanggil pemimpin kanan tersebut untuk menjawab aduan ke atas mereka esok.

Bagaimanapun, nama pemimpin berkenaan hanya akan didedahkan selepas mereka tampil untuk memberi penjelasan, kata Johari lagi.

“Esok 23 April kita akan dengar beberapa rayuan dan aduan berkenaan beberapa pelanggaran (peraturan pemilihan) termasuk terhadap pimpinan tertinggi.

“Tidak adil untuk menamakan individu itu sebelum beliau mempertahankan diri di depan jawatankuasa," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Jamil Khir enggan ulas tindakan pemimpin UMNO@BN hina mayat Karpal


 Menteri di Jabatan Perdana Menterim Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau belum membaca kenyataan penuh Nawawi dan menyifatkan perkara penghinaan Karpal Singh itu 'bukan urusannya'. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014. Menteri di Jabatan Perdana Menterim Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau belum membaca kenyataan penuh Nawawi dan menyifatkan perkara penghinaan Karpal Singh itu 'bukan urusannya'. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini enggan mengulas berhubung tindakan sewajarnya yang perlu diambil ke atas Ahli Parlimen ‎Langkawi, Dato Nawawi Ahmad setelah menghina kematian Karpal Singh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan penuh Nawawi masih belum dibaca dan menyifatkan itu bukan urusan di bawah kementeriannya.
"Itu saya tidak baca. Lagi pula bukan tanggungjawab saya," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil ke atas Nawawi setelah kenyataannya tersebar di media sosial, Jamil berkata: "Oh begitu ya."
Khamis lalu, sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun 'Dato Ir Nawawi Ahmad', merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan selepas dikritik ramai.‎

Larangan ‘Rest in Peace’ memang dari Majlis Fatwa, kata Jamil Khir


Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan mengenai ucapan 'Rest in Peace' dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2014. 
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan mengenai ucapan 'Rest in Peace' dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2014.Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan kenyataan berhubung larangan ucapan rest in peace (RIP) kepada bukan Islam sememangnya dikeluarkan dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebagai umat Islam, urusan kematian mereka yang bukan Islam perlu dihormati bagi menjalin hubungan harmoni dalam negara.
"Kita berpegang kepada pandanga‎n Majlis Fatwa. Sebab itu pandangan mereka.
"Elok untuk kita dalam hal kematian dan sebagainya menghormati manusia apatah lagi menjaga hubungan sesama kita," katanya kepada pemberita di Majlis Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepada The Malaysian Insider, ‎fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan perlu diperincikan agar memberi lebih kefahaman kepada umat Islam.

Adenan Satem boneka penerus tradisi Taib Mahmud

zulhaida_suboh_amk_sarawakKUALA LUMPUR 22 APR: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hanya berperanan sebagai boneka kepada bekas Ketua Menteri sebelumnya, Tan Seri Taib Mahmud apabila terus bertindak menghalang pemimpin Pakatan Rakyat memasuki negeri itu.
” Adenan Satem cuma bertindak sebagai boneka Taib Mahmud, Tradisi menghalang pemimpin Pakatan masuk ke Sarawak bermula dari zaman pemerintahan Taib.
“Mereka sangat cemas dan takut dengan pengaruh pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Timbalan Ketua Angatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan terbaru pentadbiran Adenan yang tidak membenarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memasuki Sarawak.
Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan disekat termasuk Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Rafizi dalam laporan media sebelum ini menyatakan, pengusirannya memasuki Sarawak bertujuan menghalangnya daripada membantu KEADILAN Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri itu
Tambah Zulhaidah, tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan kepada hak rakyat Sarawak mendapat maklumat untuk memilih pemimpin yang paling layak bagi menerajui kepimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.
“Sebab itu mereka tidak benarkan pemimpin pakatan masuk ke Sarawak, tambah lagi pilihanraya negeri (PRN) akan berlangsung tidak lama lagi.
“Tindakan ini terbukti membelakangkan semangat demokrasi,” tegasnya.

Polis tolak permohonan anjur demo 1 Mei

PAS: Bukit Gelugor seat belongs to DAP

TPM minta universiti teliti Laporan Audit Negara

Perbicaraan Kes Saman Anwar terhadap Anifah Aman 25 Ogos

Peristiwa Memali : Tun M Ambil Masa 30 Tahun

What next in Anwar sodomy II?

Kim Quek


Despite 85 pages of rhetoric, the Court of Appeal’s written judgment (the “Judgment”) convicting Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy has failed to establish the only corroborative evidence of the charge – the DNA evidence.
This is a case of one man’s word against another, with no eyewitness to the incident.
Without establishing the DNA evidence beyond reasonable doubt, the Court of Appeal has no business to overturn the High Court judgment acquitting Anwar on ground of doubtful integrity of the DNA samples.
The crucial question to ask is: have the samples become vulnerable to tampering after the sealed plastic bag containing individual receptacles holding the samples was cut open by the investigating officer without authority and kept for prolong duration before delivering them to the chemist?
The prosecutor said no, reason being that the individual receptacles were also sealed, hence, the samples were protected.
Sample tampering irrefutable
But the catch is: while the plastic bag which was heat sealed was tamper-proof, the seals to the individual receptacles were not tamper-proof.
Australian forensic pathologist Dr David Wells testified that the seals to the receptacles could be removed and resealed based on the materials used and the manner of sealing, after he had examined them.
Appeal Court judges of Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk  and Datuk Mohd Zawawi Salleh, who took the highly unusual step of appending their signatures to one single written document, dismissed Dr Wells’ claim by saying “he merely looked at the containers in court and gave his opinion solely from the manner in which these containers were sealed and the type of material used as seals. That was merely his opinion pure and simple”. (para 121 of the Judgment)
It was, of course, Dr Wells’ opinion. What else could he do other than expressing an opinion?  If the seals were not readily removable, why didn’t the prosecution refute his claim?  As a matter of fact, according to Anwar, who saw the receptacles in coAziah Aliurt, these seals consisted of only “ordinary and easily removable tapes and easily removable KL Hospital paper seals” as stated in his statement in dock.
Is that the reason Dr Wells’ testimony was not challenged in court?  Would he have been let off the hook if in fact the claim was false, knowing the critical importance of the issue?
And why did Jude Pereira take the reckless step of cutting open the permanently sealed plastic bag? He said he wanted to put the receptacles into individual envelopes and re-label them. But that explanation was obviously phoney as rightly pointed out by High Court judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah for the simple reason that each of the receptacles had already been clearly labelled by the hospital doctors and Pereira’s mission was merely to deliver them to the chemist withoMohamad Zabidin Mohd Diahut any input of his own.
Shockingly, despite the opening of the plastic bag had opened the gateway for meddling with the samples in the unsecured receptacles, the judges declared such unauthorised action as not amounting to tampering with the samples, even repeating Pereira’s incredible claim that he was merely following standard operation procedure (para 85).
Talking about SOP, is it also SOP to place the samples in Pereira’s personal steel cabinet for 42 hours instead of the police freezer, which was a beach of police standard practice, as well as defiance of KL Hospital forensic pathologist Dr Siew Sheue Fong’s strict instruction that the samples be kept in freezer?

1 Mei hari bantah rasuah & penyelewengan – Mat Sabu

bantah_GSTKUALA LUMPUR 22 APR: Pengarah Jawatankuasa Mobilisasi Himpunan Tindakan Rakyat, Mohamad Sabu menyeru rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), serta penyelewengan dan rasuah Umno-BN.
“Kita menentang GST, TPPA, rasuah, ketirisan dan penyelewengan yang menyebabkan rakyat menanggung beban.
“Kerajaan gunakan GST keatas rakyat untuk cari dana akibat kekurangan pendapatan,” kata Mohamad kepada pemberita ketika ditemui depan IPD Dang Wangi, semalam.
Beliau terdahulu hadir ke IPD Dang Wangi bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Bendahari Pas Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda DAPSY Teo Kok Seong untuk rundingan dengan pihak polis.
Mohamad yang lebih mudah dipanggil Mat Sabu berkata, himpunan 1 Mei ini turut disertai puluhan NGO yang akan turut bersama di jalan raya 1 Mei nanti.
“Bersih (gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) dan puluhan gabungannya dan NGO lain akan bermula bergerak dari KLCC.
“Kami (Pakatan Rakyat) akan berada di sekitar Dataran Merdeka,” kata Mohamad sambil menambah, hebahan himpunan kini lebih giat dilakukan Pakatan Rakyat melalui program ceramah.

KARNIVAL JOM KE MASJID 2014 - SEMBANG DAEI BERSAMA UAI

Pemilihan 2014: Wan Azizah Kekal Presiden, Anwar Tarik Diri

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari bertanding merebut kerusi Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini, yang merujuk kepada satu surat yang dihantar oleh Ketua Umum PKR itu minggu lalu.

Penarikan diri Anwar itu sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan yang telah disandangnya itu.


Kenapa Begitu Cepat Sijil Kematian Penumpang MH370 Mahu Dikeluarkan?

Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.

Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan betujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.

Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang uji, ternyata tiada langsung kaitannya dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.

Di ketika yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.

Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang ditelit ketika ini.

Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakitan.

Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

SHAH ALAM 22 APRIL: Program larian bagi menunjukkan komitmen menjadikan negara bebas rasuah yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu memberi apa-apa kesan dalam usaha memerangi rasuah.
Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop berkata sebaliknya program yang dijalankan itu hanya merupakan percubaan Kerajaan BN memberi persepsi kononnya bersungguh-sungguh membenteras rasuah.
“Rakyat sekarang sudah bijak. Mereka juga tahu program seumpama ini hanya untuk membina persepsi positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan sahaja. Tidak lebih, tidak kurang dari itu.
“Sepatutnya, apa yang penting ambil tindakan orang yang rasuah tanpa mengira warna kulit, pangkat, tidak memilih bulu seperti darjat, politik dan sebagainya.
“Maknanya tanpa takut semua kena ambil tindakan tegas kerana rasuah merosakkan masyarakat dan perlu dibenteras hingga akar umbi,” kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Beliau menambah di negara ini, tindakan hanya diambil terhadap penjawat awam yang tidak mempunyai pengaruh dan kedudukan yang tinggi.
“Masalahnya di Malaysia mereka yang pemimpin atasan makan rasuah tidak diambil tindakan, yang dikenakan tindakan adalah kerani, Lans Koperal atau Sarjan dalam polis dikenakan tindakan,” kata beliau lagi.

Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

SHAH ALAM 22 APRIL: Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam digesa mengetatkan pemeriksaan rekod keselamatan semua syarikat penerbangan dan prosedur standard operasi (SOP) di Malaysia.
MH192Kesatuan Anak-Anak Kapal Kebangsaan (Nufam) dalam satu kenyataan media berkata syarikat penerbangan perlu memastikan pemeriksaan keselamatan dijalankan 100 peratus sebelum pesawat dibenarkan berlepas dengan tidak memandang ringan perkara itu.
Nufam berkata isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh selepas beberapa insiden dalam sektor penerbangan berlaku sejak kebelakangan ini.
Katanya, walaupun insiden pesawat MH192 ke Bangalore yang terpaksa balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) yang mengalami masalah tayar pecah selamat, namun tidak dinafikan ia berkait dengan pemeriksaan keselamatan.
“Kami faham isu keselamatan boleh terdedah pada bila-bila masa, namun kejadian sebegini tidak boleh berlarutan.
“Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun pihak yang terlibat dalam industri penerbangan perlu memandang serius isu keselamatan,” katanya.