Isnin, 21 April 2014

Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking & Manis - Ustaz Azhar Idrus

Perlukah Niat Imam Solat Bersama Kanak-kanak Tak Pandai Solat? - UAI

Adakah Umat Nabi Lain Berwudhuk? - Ustaz Azhar Idrus

Himpunan 1 Mei tetap di Dataran, tiada perubahan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan himpunan 1 Mei ini tetap diadakan di Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata persiapan menjelang perhimpunan itu berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dibuat.

"Tidak ada perubahan tentang himpunan 1 Mei, ia berjalan lancar seperti dirancang.

"Himpunan tetap di Dataran Merdeka setakat ini tidak berubah, tetap mengikut jadual," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari  ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau dipanggil polis bersama Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk membincangkan rundingan berkait himpunan itu.

Memperincikan himpunan itu beliau berkata, beberapa lokasi ditetapkan kepada peserta himpunan sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC, manakala penyokong parti akan berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Ini perhimpunan aman. tidak ada apa-apa kekacauan akan berlaku.

"Selepas mendengar ucapan pimpinan, kita akan bersurai," sambung beliau.

Sementara itu, Tian Chua menyatakan pihak polis tidak ada sebarang halangan untuk perhimpunan tersebut.

Penganjur Bantah GST perlu dapat kebenaran DBKL kata Polis....

KUALA LUMPUR - Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dirancang 1 Mei ini.
  
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan.
  
"Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan.
  
"Mereka gagal memenuhi syarat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memperuntukkan supaya pihak penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan mahupun berkumpul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Guan Eng hargai ‘semangat harimau’ rakyat

GEORGE TOWN, 21 APR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ribuan rakyat yang hadir ke majlis pengebumian mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang semalam.
Setiausaha Agung DAP itu turut merakamkan penghargaan kepada lebih 3,000 rakyat biasa bermotosikal yang datang atas kemahuan sendiri untuk mengiringi jenazah ke krematorium di Batu Gantong.
Baginya ini jelas menunjukkan bahawa semangat ‘harimau’ Karpal mengalir dalam setiap sanubari mereka.
“Kehadiran 3,000 penunggang motosikal secara spontan ini yang kebanyakannya dari kelas pekerja, boleh dianggap sebagai detik paling bermakna untuk Karpal kerana ia menunjukkan kasih sayang kepadanya sentiasa tesemat dalam hati semua warga Malaysia,” ujarnya.
Kesal polis tak jalankan tugas
Namun begitu, beliau menyatakan rasa kesal dengan tindakan polis yang tidak muncul untuk mengawal kehadiran lautan manusia yang hadir.
Menurutnya, satu siasatan akan dijalankan terhadap ketidakhadiran itu kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran majlis.

Inteligensia Mendepani Perubahan Zaman


Cendekiawan cover
Pada tahun 1988, sebuah filem bertajuk Rain Man, lakonan Dustin Hoffman dan Tom Cruise, menjadi filem paling berjaya tahun tersebut dengan kutipan tiket melebihi USD172 juta dan membolehkan penulis skip filem ini, Barry Morrow, menerima anugerah Academy Awards pada tahun yang sama untuk skrip filem terbaik.
Barry Morrow mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem ini daripada Kim Peek, seorang pemuda kurang upaya yang lahir dengan FG syndrome yang Barry Morrow temui pada tahun 1984. Kim Peek tidak mampu untuk menguruskan diri termasuk memakai butang baju dan menyikat rambut – segala-galanya dengan bantuan bapanya. Namun beliau dianugerahkan Tuhan dengan keupayaan luar biasa, beliau mampu membaca sebuah buku dalam hanya satu jam dan menghafal hampir semuanya, baris demi baris. Beliau dikatakan membaca dan menghafal setiap helaian hampir 12,000 buah buku yang beliau baca – dari bidang musik, sejarah, sastera, geografi, sukan, politik dan lain-lain. Tanyalah apa soalan, beliau mampu menjawabnya.
Adakah ini menjadikan beliau seorang inteligensia atau intelektual?
Pastinya tidak! Kim Peek malah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah mudah peringkat kanak-kanak sekolah rendah. Mengapa seseorang yang mampu membaca dan menghafal – kulit ke kulit – setiap buku yang dibaca dalam hayatnya gagal untuk menyelesaikan masalah bagaimana untuk membersihkan kasutnya sendiri.
Kim Peek hanya mampu untuk menghafal tanpa berdaya untuk menghubungkan setiap fakta-fakta tersebut. Ini adalah syarat asas untuk berfikir – sekali lagi, berfikir, bukan menghafal. Fakta, angka, tarikh dan peristiwa yang dihafal, hanya sekadar trivia dan bukannya ilmu jika gagal dihubungkan dan menggunakan penaakulan (reasoning).

Tian Chua: Kalau Berani Penjarakan Anwar, Kita Akan Bangkit Jatuhkan Najib

Hudud: Mengapa hanya Kelantan dipaksa tunjuk kesungguhan?

Oleh MOHD ARIF JUHANI
UMAT Islam tentunya teruja menyaksikan buat pertama kalinya usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibawa oleh Ahli Parlimen PAS untuk dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen pada penggal akan datang.
Sekiranya PAS berjaya memperoleh persetujuan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat, maka pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 boleh dibuat di Kelantan selewatlewatnya pada penghujung tahun hadapan. Selain terpengaruh dengan tindakan kerajaan monarki Brunei yang sudah melaksanakan hukum hudud, kesungguhan kerajaan PAS Kelantan turut didorong oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia membantu jika Kelantan ingin melaksanakan undangundang berkenaan.
Jamil Khir berkata demikian dalam Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu.
Referendum lebih berkesan berbanding undi parlimen Umumnya kita maklum bahawa hudud sememangnya sinonim dengan perjuangan PAS sejak sekian lama.
Apatah lagi ketika Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar, kesungguhan untuk melihat hukum Allah ini tertegak semakin jelas tetapi menerima bantahan keras selepas itu oleh kerajaan persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Soal hudud sememangnya rumit untuk dirungkai dan dijelaskan kepada rakyat sama ada Islam dan bukan Islam. Kerumitan ini bukan sebab mereka tidak mahu faham tetapi kerana kerajaan Umno-BN pun tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan pelaksanaannya berjaya.
Dari satu segi, sukar dinafikan bahawa PAS memang dalam dilema.
Walaupun hudud adalah perjuangannya, namun Pakatan Rakyat tidak pula meletakkan hudud sebagai matlamat perjuangan bersama.

Wasatiyah songsang dalam kabinet Najib Razak

Dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mengkritik lawatan “mewah” Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai menyifatkan penjelasan Pejabat Timbalan Perdana Menteri berhubung perkara itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari membangkitkan kenapa pejabat Muhyiddin tidak menjelaskan keperluan membawa 17 pegawai bersama delegasi itu untuk lawatan lima hari minggu lalu. Senarai itu didakwa meliputi pegawai yang tidak penting.
Bukan sahaja keterlaluan menghantar 17 orang, lebih mengejutkan apabila mengetahui daripada 17 orang itu, tujuh daripadanya pegawai keselamatan, seorang pembantu peribadi dan seorang aide-de-camp.
Selainnya meliputi pembantu peribadi seperti empat pegawai khas, dua setiausaha politik, setiausaha akhbar dan setiausaha peribadi.
Soal ketiadaan pegawai Kementerian Pendidikan terlibat dalam lawatan itu, walaupun Putrajaya mendakwa lawatan itu melibatkan pameran industri pendidikan turut dibangkitkan.
Paling malang, dokumen bocor turut mendedahkan lawatan Muhyiddin diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak formal” dan dua lawatan ke padang golf.
Salinan senarai 15 individu yang mengikuti Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE turut didedahkan.
Tindakan Timbalan Perdana Menteri itu sangat bertentangan dengan pengumumam kerajaan yang sebelum ini telah mengumumkan 11 langkah penjimatan yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
Muhyiddin didapati hanya mempunyai urusan rasmi selama 4 jam iaitu pada 9 April yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Selebihnya hanya ditulis sebagai “private program” dan “free program” pada 10, 11 dan 12 April 2014.
Jadual yang dibocorkan itu akhirnya diakui sebagai draf awal dalam satu penjelasan oleh pihak menteri terbabit. Dalam penjelasan yang sama, pihak menteri bertanggungjawab tidak menyebut aktiviti pada tarikh 10 dan 11 April, hanya memaklumkan Muhyiddin menyertai satu acara golf rasmi yang dianjur oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014.

Rakyat tolak media utama, BN nak guna macai BWA pulak...

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
PENGERUSI Biro Publisiti dan Penerangan BN, Dato’ Ahmad Maslan berkata, parti itu bercadang mewujudkan unit tentera siber, ‘Blue Wave Army’ (BWA) dalam usaha melawan serangan daripada ‘Red Bean Army (RBA)’.
RBA adalah sebuah rangkaian siber yang tercetus daripada khayalan para pemimpin BN selepas kecewa kerana ditolak oleh majoriti pengundi Cina dalam PRU13 lalu.
Hakikatnya tidak wujud pun apa yang dikatakan RBA. Menurut Ahmad, BWA akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Penubuhan unit seperti itu bukan baharu bagi Umno atau BN.
Pasca PRU12 di mana buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, parti pemerintah tua itu telah menubuhkan pelbagai unit siber pro BN dengan mendapat peruntukan besar menggunakan dana kerajaan.
PM Dato’ Seri Najib Razak sekurang-kurangnya sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan tentera sibernya untuk melancarkan serangan propaganda dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat sebelum PRU13 lalu. Sebahagian mereka dibekalkan dengan elaun dan gajet ICT. Walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pahlawan siber, penggiat alam maya lebih senang memanggil mereka sebagai macai.
Ribuan macai yang hanya menggunakan akaun Facebook atau Twitter hanya diberi imbuhan sekali-sekala. Manakala macai pada tahap yang lebih atas, biasanya pengendali laman web atau blog akan mendapat elaun tetap yang lumayan. Mereka dilatih untuk melakukan kerja jahat di bidang propaganda secara berkesan melalui kursus-kursus profesional.
Perkara ini didedahkan kepada saya oleh seorang bekas macai yang mungkin telah insaf daripada kegiatan songsang mereka suatu masa dahulu. Para macai yang bertebaran seluruh negara ini pula tidaklah berada di bawah satu kumpulan tetapi pelbagai kumpulan.

Apa cuba diselindung mengenai kargo dan senarai penumpang MH370?


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu.
Sehingga kini tidak ada apa-apa yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah Perdana Menteri sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.
Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas, muncul pula ayat pusing "berakhir" tak berhenti "terhempas".
Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi,  sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan pertembungan permainan kuasa besar di sebalik misteri kehilangan pesawat tersebut?
Media arus perdana cuba mengenepikan kajian pendapat sebuah badan bebas mengenai kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sendiri terhadap kerajaan, khususnya Najib dan sepupunya Hishammuddin tidak telus dalam mengendalikan isu MH370.

Karpal Singh - A man who is said to be Anti-Islam but defend 4 Malay student

Rafizi Ramli: Najib Campur Tangan Dalam Urusan Geran MOSTI, Anugerah 100 Juta Kepada Projek Komersil


MH370 search area almost covered

Kronologi 4 insiden membabitkan pesawat MAS dalam tempoh 2 bulan

Fakta nahas bas ekspres sepanjang 2014

Umno sokong hudud untuk pecahbelahkan Pakatan

Apabila Umno hilang dua pertiga majoriti, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakan hudud.

AMPANG JAYA : Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan Umno terhadap hudud hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen PR seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.
Katanya, apabila Umno hilang dua pertiga majoriti, ketika tiada tanda-tanda sokongan rakyat kembali pulih, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakan hudud.
“Saya percaya sokongan Umno itu hanya bertujuan memecahbelahkan PR,” dakwanya selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Jelasnya, satu masa dahulu, Barisan Alternatif (BA) berpecah akibat isu negara Islam yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor namum tidak disepakati oleh DAP dan Keadilan.
“Semua orang tahu kesan politik pada 2004 itu adalah pencapaian terbaik Umno-BN di negara kita.
“Apa sahaja isu yang bertujuan dan ada potensi untuk memecahbelahkan PR, Umno akan mencuba seberapa daya mungkin,” dakwanya.
Tambahnya, lebih menghairankan lagi apabila sikap bermuka-muka pemimpin Umno-BN kian terserlah sedangkan mereka sebelum ini lantang menetang keras pelaksanaan hukum hudud.
“Saya tidak boleh padam dalam ingatan saya serangan menempelak hudud datang dari Tun Dr Mahathir Mohammad…datang daripada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) …hatta daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sendiri.

Rafizi: GST, CBP tiada bezanya

PETALING JAYA - Penggunaan nama singkatan bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan dari GST kepada CBP tidak mempunyai banyak perbezaan malah ia sekadar helah mengalihkan pandangan rakyat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa tindakan itu dilakukan selepas kerajaan menyedari program penerangan mengenai cukai baharu sukar untuk mengubah persepsi negatif rakyat.

"Saya tidak menolak kemungkinan mereka mengalihkan strategi media dengan cuba memadamkan nama GST dengan memperkenalkan pula satu singkatan baharu CBP.

"Keputusan BN untuk melaksanakan GST akan terus mengundang rasa tidak senang dan kemarahan rakyat tidak kira macam mana strategi media yang mereka buat," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan media pro-kerajaan yang menggunakan nama singkatan GST kepada CBP dalam usaha untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap pelaksanaan cukai baharu itu menjelang 15 Julai 2015.

Rafizi dihalang masuk ke Sarawak oleh Kerajaan BN buat kali kedua


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dihalang memasuki Sarawak petang ini, sekali gus  menjadikan sekatan kedua pihak berkuasa negeri itu terhadapnya.‎
Perkara itu disahkan sendiri oleh ahli Parlimen Pandan itu melalui entrinya di Twitter milik beliau @rafiziramli sebentar tadi.
"Saya ‎diusir dari Sarawak lagi. Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur," katanya yang dipetik melalui laman Twitternya.
Antara lain, Rafizi dalam entri itu menyifatkan pengusirannya memasuki Sarawak buat kali kedua itu bertujuan menghalang beliau daripada membantu PKR Sarawak dalam menghadapi pilihan ‎raya negeri itu.
"Amat jelas sekatan itu bermaksud untuk menghentikan kami daripada menolong PKR Sarawak bagi pilihan raya," katanya
Kali pertama pemimpin PKR itu disekat memasuki Sarawak ialah pada 25 Mac lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengulas mengenai hal sekatan ke atas tiga pemimpin tersebut berkata kerajaan negeri Sawarak tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang.

Penerbangan MH192 berlepas ke Bangalore dengan pesawat lain petang tadi


Semua 159 penumpang pesawat MH192 yang membuat pendaratan kecemasan awal pagi tadi berlepas ke Bangalore pada 3.30 petang ini dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat lain.  – Gambar The Malaysian Insider, 21 April, 2014. 
Semua 159 penumpang pesawat MH192 yang membuat pendaratan kecemasan awal pagi tadi berlepas ke Bangalore pada 3.30 petang ini dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat lain. – Gambar The Malaysian Insider, 21 April, 2014.

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang tergendala akibat pendaratan cemas awal hari ini, berlepas semula menuju ke Bangalore, India, menggunakan pesawat lain.
Menurut jurucakap MAS, kesemua 159 penumpang itu berlepas ke Bangalore pada 3.30 petang ini dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Penumpang yang tiba di balai berlepas KLIA dua jam awal, menunjukkan reaksi tenang dan memberi respons baik terhadap soalan wartawan yang menunggu ketibaan mereka.
Mereka sebelum ini ditempatkan di beberapa hotel sekitar Sepang dan Putrajaya, selain sentiasa diiringi petugas-petugas MAS bagi membantu urusan mendaftar masuk.
Pesawat MH192 dijangka mendarat di Bangalore pada pukul 5 petang (waktu India).

Biodata Nor Adam Azmi Abdul Razak Kapten Pesawat MH192

Biodata Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak selaku kapten pesawat MH192 KL Bangalore. Kejayaan Nor Adam Azmi selaku juruterbang MH192 telah mendapat perhatian umum termasuk pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Tun Hussein. Juruterbang pesawat MH192 telah melakukan pendaratan cemas dengan cemerlang setelah salah satu roda pesawat gagal berfungsi. Terdahulu, penerbangan MH192 dari KL ke Bangalore telah melalui detik cemas apabila salah satu tayar pesawat telah pecah ketika berlepas dari KLIA sebelum membuat pusingan balik ke lapangan terbang tersebut. Pesawat MH192 yang berlepas pada 10.09 malam (20 April 2014) telah selamat berpatah balik dan mendarat di KLIA pada 1.56 pagi (21 April 2014). Kesemua 159 penumpang dan 7 anak kapal dilaporkan selamat dari insiden tersebut.


Biodata Kapten Pesawat MH192

Nama Penuh: Nor Adam Azmi Abdul Razak

Umur: 40-an

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Kapten/ Juruterbang Pesawat MAS

Bangsa: Melayu

Kejayaan Terbesar Kareer: Melakukan pendaratan cemas setelah mengalami masalah gear pendaratan. Turut bersama membantu adalah co pilot MH192 Prakash Kumar . Justeru insiden tersebut menyelamatkan nyawa 159 penumpang dan 7 anak kapal.

Anwar Ibrahim: Menteri Pertahanan Gagal Jamin Keselamatan Negara, Letak Jawatan Sekarang

Anwar Ibrahim: Di Malaysia, Kalau Kamu Pemimpin UMNO, Kamu Kebal, Kamu Curi Banyak Mana Pun

Anwar Ibrahim: Saya Bukan Mahathir, Kita Sebagai Orang Islam, Kita Tak Boleh Pertikai Undang2 Islam

Anwar Ibrahim: Saya Anak Kg Dari Malaysia, Tetap Balik & Hadapi Apa Juga, Lawan Tetap Lawan

Mobilisasi besar 1 Mei diteruskan, manifestasi kemarahan rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan ‘menuju Dataran Merdeka’. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.
Dari KLCC ke Dataran MerdekaAcara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.
SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.
Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.
Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.

Fitnah Liwat II: Walau berjuta laporan, pendirian saya tetap kata N Surendran

fitnah2KUALA LUMPUR 21 APR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata laporan polis yang dibuat NGO Pro-Umno tidak mengubah pendiriannya mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.
“Mereka jahil dan tidak faham bahawa kita ada hak untuk mengkritik kehakiman,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.
Beliau berkata demikian merujuk tindakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) yang membuat laporan polis terhadap Surendran.
Laporan polis dibuat hari terhadap Surednran kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.
19 April lalu, Surendran dalam kenyataan berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Anwar ‘bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal).
Surendran berkata, kesimpulan yang diputus tiga hakim bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua ‘common sense’.

Mahkamah ‘gopoh’ buat keputusan penghakiman Fitnah Liwat II, kata bekas polis


Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara tergopoh gapah, kata Datuk Mat Zain Ibrahim.
Bekas ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu menegaskan, selain mahkamah melakukan kesilapan, prosiding rayuan berkenaan turut dicemari campur tangan kerajaan, terutamanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).
"Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut secara tergopoh-gapah, tanpa memberi pertimbangan yang mendalam dan menyeluruh kepada keterangan-keterangan yang dibentangkan kedua-dua pihak sejak mula prosiding tersebut diadakan.
"Selain Mahkamah Rayuan sendiri ada membuat tafsiran silap menyentuh fakta mustahak, prosiding rayuan tersebut dicemari tindakan pihak kerajaan dan khasnya Peguam Negara," kata Mat Zain dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, kerajaan dan peguam negara juga mengemukakan beberapa kenyataan tidak benar, dan/atau membenamkan keterangan mustahak atau yang memihak kepada tertuduh daripada pengetahuan mahkamah.
Dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang diedarkan kepada media minggu lalu, mahkamah memutuskan adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan  Anwar terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesah dan membuktikannya.
Mahkamah berkata, sekiranya diandaikan tiada bukti menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan Anwar.
Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April berkata, terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disah dan dibuktikan.

PM terpalit 'salah guna' geran R&D RM100j?

PKR mendakwa terdapat campur tangan perdana menteri dalam pemberian geran penyelidikan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) RM100 juta untuk sebuah projek komersial.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, campur tangan Datuk Seri Najib Razak itu membayangkan penganugerahannya tidak mengikuti prosedur, seperti dinyatakan.

Dakwanya, berdasarkan surat surat kelulusan dari Menteri Mosti Datuk Dr Ewon Ebin kepada sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui di Pahang, terang-terangan menunjukkan geran R&D diluluskan dengan arahan perdana menteri.

“Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja,” katanya.

Rafizi berkata, amalan itu bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D bawah MOSTI bahawa ia harus diberikan bagi projek bawah RM2 juta dan bukan untuk projek komersial.

The Malay Mail Online semalam melaporkan Timbalan Menteri Mosti Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai berkata, kementerian tidak menguruskan secara langsung pemberian geran itu tetapi dibuat melalui jawatankuasa bebas.

Rafizi dalam sidang medianya hari ini turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi pinjaman mudah kepada syarikat tersebut, dan bukannya geran.

"Stim sebagai satu produk bukan perkara baru. Sepatutnya, untuk projek komersial seperti ini, pembiayaan seharusnya diperolehi daripada bank, walaupun ia satu projek berkepentingan negara," katanya.

Dalam kenyatannyam, beliau turut mempersoalkan sekiranya firma lain dalam industri berkenaan juga layak mendapat geran sebesar itu.

Himpunan 1 Mei tetap di Dataran - Abang Mat

Pengakuan Tun M tunjuk pentingnya RCI Memali

3 sebab bantah Menara Warisan

MH370: Apa takut sangat, apa nak dicuri? kata Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 yang didakwa cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada cargo manifest, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tetapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).

“Sampai sudah kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat?

“Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” ketua umum PKR itu dilapor sebagai berkata.

Beliau dilapor berkata demikian oleh Keadilan Daily di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.

MH370: Nak cari di kawasan lain pula?

Ura-ura terkini mengatakan bahawa pasukan mencari kini berdepan dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR atau menghentikan operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370.

Bukankah kita awal-awal lagi mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di lokasi sekarang dan mengucapkan takziah serta ada negeri yang mengibarkan bendera separuh tiang.

Apa ni? Kini timbul pula cerita kemungkina mahu kaji semula lokasi sebenar MH370. Betul, memang wajar mengubah lokasi pencarian jika di kawasan sekarang tiada sebarang petanda ditemui. Namun yang menjadi kemusykilan dan kesedihan saya ialah kenapa awal-awal digambarkan seolah-olah segalanya sudah berakhir.

Kini, kita mungkin terpaksa menarik semula kenyataan tersebut dan sudah tentu menimbulkan perasaan kurang senang ahli keluarga mangsa. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Oleh sebab itu, jangan salahkan media asing mahupun mana-mana individu atau parti yang membuat pelbagai spekulasi tidak baik terhadap kerajaan Malaysia. Hakikatnya, kita sendiri membuka ruang kepada mereka untuk mengkritik kita.

MH370: Keluarga tak setuju keluar sijil kematian

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat.

Pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan, kata Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin, seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.

Beliau berkata kerajaan turut melantik Naib Presiden MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil khas Malaysia untuk sebarang sesi perbincangan bersama kerajaan China.

Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.

Di Shah Alam, waris kepada salah seorang penumpang pesawat terbabit, Mohamad Nizam Mustafa, 42 berkata keluarganya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mengumumkan tiada penumpang yang terselamat.

“BN banding negara lain laksana GST, kenapa tak banding gaji?

dsai_Lembah_PantaiKUALA LUMPUR 21 APR: Pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan alasan negara lain juga mengenakan cukai itu kepada rakyatnya tidak wajar, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, hujah itu tidak masuk akal sekiranya dibandingkan dengan kestabilan ekonomi sesebuah negara dengan Malaysia mengambil kira isu gaji dan sebagainya.
“Kononnya negara lain sudah jalankan GST. (Contohnya) Singapura pun jalankan GST.
“Singapura waktu laksanakan (GST) pada tahun pertama, gaji guru di Malaysia RM 2,000, di Singapura gaji RM 6,000.
” Tentang gaji, dia (menteri Umno) tidak banding, tetapi cukai dia banding,” kata Anwar dalam ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai, malam tadi.
Anwar turut membidas pelaksanaan GST di negara ini yang terus meningkat berbanding negara lain yang memulakan cukai tersebut dengan kadar rendah.

“Saya ada bukti Tun Daim punya akaun di Tanzania” – Anwar

Anwar mala m tadiKUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).
“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.
Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.
“Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.
“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

Pengkebumian Karpal gagal hiasi muka depan akhbar BM, BI yang dikawal oleh pemerintah

 
  Perarakan besar menghantar mayat tokoh DAP Karpal Singh ke tempat pembakaran semalam nampaknya gagal menghiasi muka depan harian berbahasa Melayu dan Inggeris negara ini.

Sebaliknya, kesemua harian berbahasa Cina menyiarkan laporan berkaitan yang dianggarkan 15,000 memberikan penghormatan terakhir dalam perarakan 2 kilometer yang menyebabkan kesesakan teruk jalan raya.

Berita Harian, sebagai contoh, memaparkan acara tangkapan 88 orang dalam “pesta liar” di George Town.

Laporan berkaitan Karpal dimuatkan di halaman ke-13 dengan gambar acara penghormatan itu.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pula memilih insiden nahas bas di Pekan yang mengakibatkan seorang pelancong meninggal dunia.

Manakala laporan berkaitan penghormatan terakhir kepada Karpal di halaman 8.

Harian berbahasa Inggeris seperti NST dan the Star pula memuatkan laporan itu di halaman 12, lapan dan enam.

Sebaliknya, kesemua akhbar berbahasa Cina memberikan halaman penuh bergambar di muka depan berkenaan kematian Karpal, malah, dengan gambar-gambar menarik hari penghormatan terakhir di dalamnya.

Untuk ketiga-tiga harian berbahasa Cina, kesemua 19 halaman didedikasikan untuk mendiang.

Parlimen Bukit Gelugor: Mesyuarat khas SPR Khamis ini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar) berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.
Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini.
Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Masa Depan Melayu: antara ben Ali Arab dan ben Ali Melayu.

Elok lah kita beritahu Syed Ali Alhabshee bahawa kepentingan orang Melayu dan kepentingan semua rakyat dijamin oleh kerajaan yang kita pilih. Baguslah jika UMNO meletakkan penjagaan masa depan bangsa Melayu sebagai objektif perjuangan yang merupakan sebahagian dari keujudan UMNO. Orang Melayu yang sukakan perkara ini bolehlah terus menyokong UMNO.
Kita tidak akan kata pilihan mereka salah- kita hanya akan lawan UMNO.
Kepada kita yang lain ini, kepentingan orang Melayu yang semula jadi mesti diambil kira kerana latar belakang sejarah bangsa ini, jumlah mereka yang majoriti, kepentingan mereka terjamin jika ujud sebuah kerajaan yang didirikan atas prinsip2 yang betul.
Apakah prinsip2 tersebut? Kita bebas memilih sebuah kerajaan yang menjanjikan mereka akan mendukung prinsip kedaulatan undang2, menjanjikan dasar2 yang adil dan saksama. Itu kepada kami lebih penting dari pengistharan. Janji tanpa kapasiti melaksanakan nya tidak berguna.

Polis ‘tiada halangan’ himpunan 1 Mei – Tian Chua

Tian bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda DAPSY Teo Kok SeongKUALA LUMPUR 21 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, pihak polis tidak akan menghalang perjalanan Himpunan 1 Mei malah akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, penganjur serta orang awam yang terlibat.
“Polis tidak ada halangan untuk sebarang perhimpunan, mereka jemput untuk berbincang supaya perjalanan perhimpunan boleh diteruskan dengan baik.
“Mereka akan bekerjasama selagi orang awam tidak memaksa polis untuk mengambil tindakan di luar batasan,” kata Tian kepada pemberita setelah hadir di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perjalanan perhimpunan 1 Mei.
Turut hadir memberi keterangan, Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Katanya, walaupun tiada keputusan rasmi dalam perbincangan itu, Tian Chua berkata polis ‘tiada halangan perhimpunan diadakan’

Pengkebumian Karpal: "Kerajaan P Pinang siasat kenapa polis tak muncul"


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.

“Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengkebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

“Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.

Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

"Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

Penulis biografi: Karpal mahu anak ganti tempatnya di Bukit Gelugor


Penulis buku biografi Karpal Singh, Tim Donoghue mendakwa mendiang pernah menyatakan hasrat agar anak lelaki peguam tersohor tersebut Ramkarpal akan menjadi pengganti sebagai MP.

Penulis buku 'Karpal Singh – Tiger of Jelutong' itu mendakwa Karpal memberitahunya beberapa kali ketika berbual mengenai kes hasutan terhadap Sultan Perak, yang dihadapi mendiang.

Menurut Donoghue, Karpal memberitahunya bahawa Ramkarpal akan menggantikan tempatnya sebagai MP sekiranya sabitan kes hasutan itu berakhir dengan hukuman penjara.

"Karpal memberitahu saya banyak kali, jika beliau dikenakan boleh pemerintah apabila tewas rayuan hasutan itu, penggantinya tentu sekali Ramkarpal,” kata wartawan veteran itu.

Donoghue juga mendakwa, beliau menyaksikan sendiri rancangan Karpal ketika mendiang hadir untuk berucap dalam satu ceramah pada malam sebelum pilihan raya umum, Mei 2013.

“Terdapat kira-kira 100,000 orang di padang di Pulau Pinang. Atas sebab tertentu, si bapa memberitahu anaknya, 'kamu patut bangun dan berucap'.

Mat Sabu: Demo GST 1 Mei tetap di Dataran Merdeka


Perhimpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur setakat ini tidak berubah dan tetap mengikut seperti yang dijadualkan.

"(Lokasi himpunan) tidak berubah. Ada bahagian penambahbaikan, ada bahagian kosong (tanpa penambahbaikan).

"Kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC dan penyokong parti politik akan berada di sekitar Kuala Lumpur," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita untuk mengesahkan rancangan penganjur yang mahu berhimpun di Dataran Merdeka seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Beliau berkata demikian setelah hadir di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara bersama pemimpin PKR dan DAP untuk rundingan dengan pihak polis.

Turut hadir dalam delegasi Pakatan Rakyat Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli Jawatankuasa PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Walaupun dilihat tiada keputusan rasmi dalam perbincangan itu, Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu berkata polis "tiada halangan perhimpunan diadakan".

Sen Dr Syed Husin Ali Bahas Titah Diraja 2014

MH192: 'Good job, Kapten!'

Wife of flight 370 talks of her emotional wait

Penulis: Karpal mahu anaknya bertanding di Bukit Gelugor

Rafizi: PM instructed MOSTI to grant RM100 mil grant

Pakatan tetap berdemo 1 Mei di Dataran Merdeka

Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

Dataran MerdekaSHAH ALAM 21 APRIL: Perhimpunan rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei nanti akan diadakan di empat lokasi berbeza sebelum ‘berakhir’ di Dataran Merdeka.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perhimpunan yang dinamakan Himpunan 1 Mei 2014 itu akan diadakan di Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.
“Ada orang tanya ada perhimpunan di Dataran Merdeka atau tidak dan disebabkan banyak pihak yang terlibat kita mengambil sikap seperti mana Najib mengumumkan ‘pesawat itu berakhir di Lautan Hindi’, begitu juga himpunan ini juga akan ‘berakhir’ di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.
Kata Badrul Hisham atau juga dikenali dengan Chegu Bard, acara 1 Mei yang akan bermula pada tengahari di KLCC itu dijangka berakhir sekitar jam 2.00 petang sebelum memulakan perarakan ke Dataran Merdeka.
Kata beliau, pelbagai acara sudah diaturkan di KLCC oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014 seperti ucapan pimpinan, persembahan dan ikrar hari pekerja.
Mengulas isu permit berhimpun, Chegu Bard meminta agar pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam isu GST, saya mohon pihak berkuasa seperti polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap rasional kerana kita adakan ini untuk menyambut seruan Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan yang menyentuh pasal GST dia sendiri menyebut dia nak tengok respon rakyat.

Menara Warisan rugikan pasaran harta tanah

 Pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur tidak diperlukan kerana ia hanya menyumbang ke arah lebihan penawaran harta tanah di Lembah Klang, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khiruddin berkata, menara itu yang dikatakan turut menempatkan kondominium mewah itu tidak diperlukan dalam keadaan lebihan penawaran harta tanah setempat.

"Maka kami menolak projek pembinaan ini yang dijangka tiada keperluan serta tidak memberikan limpahan ekonomi khususnya kelompok ini.

"Malah berdasarkan satu laporan kajian pihak swasta hartanah, kawasan Lembah Klang menghadapi lebihan penawaran," katanya.

Khairil Nizam berkata, laporan itu menjelaskan segmen kediaman kondominium mewah merekodkan lebihan paling tinggi sekitar 32 peratus daripada 27,000 unit yang ditawarkan.

Tambahnya, ia tidak termasuk jangkaan lebih kurang 5,204 unit baru pada tahun ini.

"(Oleh itu) masih ada ruang-ruang untuk dipenuhi. Pemuda PAS Wilayah mahu slot-slot (yang kosong) diisi sebelum pembinaan menara itu," katanya.

Polis siasat kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap insiden melibatkan MH192

Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap semua insiden yang melibatkan Malaysia Airlines (MAS), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia ekoran insiden terbaharu melibatkan pesawat MAS MH192 yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini pada saat misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terjawab, katanya.
"Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyiasat semua perkara berkaitan," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (Interpa) kali ketiga di sini hari ini.
Majlis tersebut dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Interpa Prof Dr Remzi Findikli.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS.
Pesawat MH192, yang bertolak ke Bangalore, India, dengan membawa 159 penumpang serta tujuh anak kapalnya melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat itu mengalami masalah pada gear pendaratan.

PKR persoal campurtangan Najib dalam pemberian geran R&D RM100 juta


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan satu geran bernilai RM100 juta  kepada sebuah syarikat untuk tujuan projek komersil. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 April, 2014. 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan satu geran bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat untuk tujuan projek komersil. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 April, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan peranan Datuk Seri Najib Razak dalam ‎meluluskan pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat untuk tujuan projek komersil.
Melalui surat rasmi yang ditandatangani Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Ewon Ebin bertarikh 21 Januari lalu, kerajaan meluluskan permohonan geran syarikat NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd untuk pembangunan "gasifier steam boiler plant".
"Ini adalah salah satu geran yang terbesar pernah diberikan. Dibawah skim geran R&D Mosti hasil campur tangan perdana menteri sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Surat kelulusan itu merujuk kepada surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 21 November, 2013 selepas syarikat terbabit menulis surat permohonan kepada Najib selaku perdana menteri pada 15 November, 2013.

Islam bukan agama bengis, kata Mahathir..!!

Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak bertujuan menjadi beban kepada penganutnya.

PETALING JAYA:  Islam merupakan agama yang lembut dan tidak membebankan penganutnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di dalam blognya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata penangkapan pemikir kontroversi Kassim Ahmad menggambarkan Malaysia sebagai negara Islam yang suka memaksa dan menentukan kehidupan orang Islam.
“Tetapi kita tahu dalam Islam ada dosa besar dan ada dosa kecil. Yang sunnat tidak wajib, tidak berdosa jika ditinggal pun. Islam bukan keras, bukan begitu bengis. Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak bertujuan menjadi beban kepada penganutnya. Islam bukan agama paksaan.
“Tetapi ada pihak yang tidak puas hati kerana Islam lembut, bertimbang rasa, adil. Mereka ingin menjadi Islam agama yang keras, yang bengis pun,” katanya dalam entri blognya hari ini yang bertajuk ‘Kassim Ahmad – 80′.
Mengulas mengenai hukum hudud, Mahathir berkata hukum itu seharusnya digunapakai kepada lelaki dan perempuan, bukan kepada wanita sahaja.
“Ada di sebuah negara Islam di mana yang tidak berjanggut disembelih. Ada yang merejam dengan batu, menembak mati wanita yang dituduh berzina. Tetapi tidak pasangan lelaki mereka. Lelaki boleh berzina, perempuan sahaja yang salah. Al-Quran menghukum kedua-dua. Tetapi ramai orang Islam mengecualikan lelaki.
“Alhamudillah banyak amalan yang ekstrim ini tidak terdapat di negara tercinta ini. Namun ada yang hendak lihat ini juga dilaksanakan, diamal di sini. Mereka yang dipertanggungjawab terhadap agama Islam di negara ini ternampak seolah-olah ingin supaya sunnah nabi dijadikan lebih tinggi, lebih wajib dari firman Tuhan dalam al-Quran,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Mahathir turut menempelak layanan yang diberikan kepada Kassim oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Polis panggil Mohamad Sabu dan Tian Chua berkait himpunan 1 Mei

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan 1 Mei, di IPD Dang Wangi, petang ini.

Beliau yang dipanggil bersama-sama Naib Presiden PKR, Tian Chua itu akan memberi keterangan pada jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini Mohamad berkata beliau akan memberikan kerjasama yang baik kepada anggota polis petang ini.

Bagaimanapun, kata beliau himpunan tersebut bukanlah dianjurkan beliau, sebaliknya beberapa NGO lain yang menganjurkan.

"Tapi saya tiada masalah untuk dipanggil memberi keterangan.  Biarpun saya bukan penganjurnya, saya tiada masalah.  Soal berhimpun pada hari itu, perkara biasa sebenarnya," tegas beliau.

Mohamad berkata perhimpunan yang dianjurkan pada 1 Mei,  itu biasa diadakan di seluruh negara, khususnya bagi meraikan hari pekerja yang disambut setiap tahun pada tarikh tersebut.

"Sayangnya, di Malaysia, ia jadi luar biasa. Himpunan sedemikian jadi pelik bagi kerajaan," kata beliau mengulas himpunan yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

Demo 1 Mei: Polis kata Dataran dalam pembaikan....bukan DBKL jaga Dataran yer..!!!


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan itu masih belum menerima maklum balas dari penganjur perhimpunan yang merancang untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka pada 1 Mei.

Katanya, dalam rundingan pada 16 April lalu, polis telahpun memberitahu penganjur bahawa Dataran Merdeka yang dirancang sebagai destinasi perarakan tersebut kini masih dalam pembaikan.

"Kita (pihak polis) masih menunggu cadangan balas dari mereka. Kita telah mengadakan mesyuarat pertama dengan pihak penganjur, kita berharap mereka akan memberikan kerjasama dalam perkara ini.

"Kerana mereka bercadang mahu berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka yang masih dalam pembaikan," katanya dalam sidang media di Putrajaya pagi tadi.

Bluefin-21 selesai cari di dua pertiga kawasan dasar laut, masih tiada tanda MH370


Bluefin-21 akan diturunkan bagi misinya yang ke-9 hari ini untuk meneruskan usaha mengesan bangkai pesawat MH370 di Lautan Hindi. Gambar fail.Bluefin-21 akan diturunkan bagi misinya yang ke-9 hari ini untuk meneruskan usaha mengesan bangkai pesawat MH370 di Lautan Hindi. Gambar fail.Dua pertiga daripada kawasan dasar laut yang dirancangkan dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi sudah dilengkapkan, tetapi tidak menemui sebarang petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu, kata pegawai Australia, hari ini.
Sebanyak 10 pesawat tentera dan 11 kapal mengambil bahagian dalam operasi mencari pesawat yang membawa 239 penumpang ketika hilang daripada skrin radar awam pada 8 Mac dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Tiada serpihan daripada pesawat ditemui walaupun operasi mencari secara besar-besaran dilakukan di udara dan lautan dan harapan kini terletak kepada kenderaan autonomi dasar laut (UAV) Bluefin-21 dalam usaha mencari bangkai pesawat di Lautan Hindi.
“Bluefin-21 sudah mencari kira-kira di dua pertiga daripada kawasan dasar laut yang kita fokuskan,” kata kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), hari ini.
“Setakat ini, tiada petunjuk yang menarik ditemui,” katanya.

Penyiasat: MH370 mungkin mendarat di satu tempat..jeng..jeng..!!


Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

Memali: Pengakuan Tun M canggah Kertas Putih 1986

KUALA LUMPUR: Pengesahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau berada di dalam negara ini ketika tercetusnya peristiwa Memali, telah bercanggah dengan maklumat di dalam Kertas Putih yang dibentangkan di parlimen.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, percanggahan itu sekaligus mencabar kredibiliti kertas putih yang dibentang oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada 1986.

"Kenyataan Mahathir itu amat bercanggah dengan kandungan yang ada di dalam Kertas Putih, keterangan dan hasil siasatan yang ditulis di dalam kertas itu tidak betul, ia perlu ditarik segera.

"Mahathir sudah mengaku. (Suruhanjaya Diraja) RCI perlu ditubuhkan segera untuk siasatan untuk cari kebenaran sebenar," jelasnya kepada Harakahdaily.

Peristiwa berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985.

Ketika hari kejadian itu, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China, dan Tun Musa yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengambil tanggungjawab terhadap insiden itu.

Maklumat bahawa Mahathir berada di China ketika hari kejadian, terpahat dalam insiden hitam itu sejak 30 tahun lalu tanpa sebarang penafian mahupun pembetulan.

Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.
Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.
“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.
“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.
Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.
Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Apa Puncanya..!!


Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Menteri Besar 2014 GugurHakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap “agak panas” dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi….
Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti “cacing kepanasan” apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..?
Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.

Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?

  1. Menteri Besar Johor (Khaled Nordin)
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan)
  3. Menteri Besar Perak (Zambry Kadir)
  4. Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said)
  5. Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob)
  6. Menteri Besar Perlis (Azlan Man)
  7. Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir)

MH370: Adakah ia misteri atau konspirasi terselindung?

Oleh Ng Kee Seng
Adakah misi mencari dan menyelamat MH370 yang diketuai Malaysia benar-benar ingin mencari pesawat itu?
Jika benar, mengapa terlalu banyak maklumat bercanggah yang diberikan? Mengapa terlalu banyak persoalan? Apa muatan kargo pesawat berkenaan? Takkan semuanya rahsia kerajaan?


Bahkan pertanyaan berhubung teknikal penerbangan juga tidak menemukan jawapan. Mengapa agaknya? theantdaily menerima warkah panjang yang diutus pembaca kepada penterjemah, yang mempunyai keluarga di dalam pesawat tersebut.
Pengirim itu berkata: “Saya sedar salah seorang kakitangan anda terlibat secara langsung di dalam tragedi ini.
“Saya minta dia mendesak pasukan siasatan berkongsi data berkenaan ping/jabat tangan (handshake) dan masa Round-Trip bagi setiap ping yang lengkap.
“Pasukan siasatan hanya menjelaskan lengkuk bagi ping 8.11 pagi yang dikira berdasarkan masa RT dari ping tersebut. Masa RT bagi kesemua ping membolehkan lengkuk dihasilkan. Ini digunakan bagi memberi gambaran nasib pesawat MH370.
“Saya menghantar memo kepada satu portal berita Malaysia tetapi tiada sebarang maklum balas. Saya berharap kakitangan berkenaan dimaklumkan.”
Memo itu dialamatkan kepada Ketua Udara Marsyal Angus Houston yang menerajui misi pencarian di Australia.
Mereka telah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi usaha mereka seakan tidak mendatangkan hasil.
Mungkin MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi... 1. Terminal SATCOM pada pesawat memiliki bateri sendiri
Pesawat Boeing 777 memiliki tenaga bateri simpanan. Bateri utama didapati di bahagian depan manakala bateri sampingan disimpan di rak E10, di atas tempat menyimpan bagasi. Komponen SATCOM yang berbeza didapati di rak E11 (di penghujung pesawat) dengan antenna di atas badan kapal terbang.

MH370: Terus mencari atau henti operasi?

KEHILANGAN pesawat MH370 masih kekal misteri sehingga kini susulan tiada satu petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu ditemui walaupun operasi mencari memasuki hari ke-45.

Namun, usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal termasuk juruterbang itu masih tetap dilaksanakan meskipun isyarat dari kotak hitam tidak lagi diterima pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi.

Sehingga ke saat ini operasi SAR masih dijalankan dan fokus terarah kepada pencarian di dasar laut menggunakan kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21.

Walaupun usaha pencarian dikecilkan berdasarkan isyarat pinger yang terakhir dikesan namun, sehingga semalam data dari Bluefin-21 masih belum menunjukkan perkhabaran positif berkaitan MH370.

Ia menyebabkan misi ini dilihat semakin kritikal seperti yang dinyatakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin, bahawa kini hanya berbaki 48 jam sebelum operasi Bluefin-21 dihentikan.


Keputusan penting perlu dibuat

Hishammuddin, dalam sidang media kelmarin menyatakan, tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat MH370 dengan kawasan pencarian dikecilkan.

Jika dihitung hari ini tinggal 24 jam sahaja untuk keputusan getir ini dibuat dan ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan strategi salah terus digunakan pasukan pencarian.

Pasukan mencari kini berdepan dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR dengan aset yang lebih canggih dari Bluefin-21 atau menghentikan operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370.

Sembang Abg Mat - PSM bertapak di Kelantan

Upacara Penghormatan Negeri ‎Pulau Pinang Untuk Mendiang Yb Karpal Singh


HOW IRONIC! As nation mourns Karpal, Najib goes on 'SANDIWARA' 3km anti-graft run

Indeed, the fifteen to twenty thousand Malaysians who jam-packed the streets to pay tribute to the ‘Tiger of Jelutung’ in Penang speaks volumes; indeed too the tremendous amount of tributes filling every on-line media sends a loud message; and indeed too, the fact that certain main stream media were giving front-page tributes including several pages in days running saluting the principle-centered lawyer and unwavering politician also registers the greatness of this son of Malaysia.
It is not even an exaggeration to state that there were millions more Malaysians who would have wanted to be there in Penang but circumstances were not in their advantage. Hence, it is understandable when you witness coffee shops and market places filled with news exchanges and shock expressions at the loss that many Malaysians felt and shared openly on hearing of YB’s passing on.
When people – citizens from all walks of life, social strata, race and creed step forward to express their sense of loss, one thing is certain. And that is, this man was indeed a warrior for all citizens who loved their nation and cared enough for its future.
Karpal was an icon. He was relevant for all citizens in their journey to build a nation for themselves.
Reality is Umno-BN does not care about nation-building or unity
Against this backdrop there are also several episodes that also unfolded and it should not escape the critical eye of a one-nation building dream.
First, while tens of thousands filled the streets to bid farewell and as a mark of respect, a sense of loss and signature of gratitude, what took place at Putrajaya under the initiative of Gerakan was not Malaysian. It was also not even Asian.
Gerakan launched an anti-corruption run on that same Sunday that the late Karpal would be sent off on his final farewell. And the prime minister-for-all-Malaysians chose to flag off that Gerakan sports event of 3,000 participants.
Therein lies the greatest folly of Gerakan and sadly only helps to precipitate a perception about Datuk Seri Najib’s leadership.
Let alone humanitarian values, even sensible public relations would have dictated that Najib could have chosen to be the prime minister for all Malaysians by being in the midst of the last farewell for a Malaysian citizen, politician and professional who certainly won accolades by the tens of thousands.
Instead, Najib chose to be a leader of political coalition and so saw the run organized by Gerakan as more meaningful.
As a leader for all Malaysians he could have rendered an eulogy for the greatness of Karpal and all good principles the Tiger championed. Najib would have risen above party politics and helped Malaysians to forge ahead with his 1Malaysia dream.
As a prime minister of a single nation, he could have resonated with the endless tributes made by common citizens and leaders from all quarters including ex-leaders, ex-judges and ex-cops. as well as religious, professional groups and civil society

Perjuangan keadilan mesti diteruskan


Kepergian peguam veteran, pemimpin politik dan pejuang keadilan, Karpal Singh minggu lalu memang dirasakan sedihnya oleh pelbagai pihak. Ini bermakna masih tetap ramai rakyat prihatin yang sangat mengambil berat mengenai perjuangan keadilan.

Kepergian mendiang Karpal Singh ketika semangat perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan di negara ini sedang bersemarak memang sangat dirasakan. Betapa tidak, sepanjang karjayanya sebagai peguam dan ahli politik, beliau bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan NGO yang menyokong, tidak henti-hentinya memperjuangkan keadilan, bukan semata-mata kerana sifat Karpal sebagai pengamal undang-undang, tetapi juga sebagai pemipin politik dan wakil rakyat.

Malah dalam perjuangan menegakkan keadilan, beliau sanggup berkorban apabila beliau, umpamanya, tidak menuntut apa-apa bayaran dari DS Anwar Ibrahim sepanjang tempoh pembelaannya yang lama terhadap kes DS Anwar, justeru Karpal melihat bahawa ini adalah sebuah kezaliman terhadap DS Anwar dan mesti diberi pembelaan.

Beliau mencipta dan meninggalkan sebuah legasi sebagai pejuang keadilan yang akan dikenang lama, generasi demi generasi di negara ini bahkan di rantau ini bahkan hingga ke Mongolia.

Namun begitu, perjuangan menegakkan keadilan di negara ini atau di mana-mana saja akan tetap diteruskan walaupun dengan ketiadaan Karpal, justeru perjuangan ini sangat panjang dan jauh. Karpal menjadi salah satu mata rantai perjuangan ini.

Tahun lalu, dunia mengingati dan bersedih akan kepergian Nelson Mandela, peguam hak asasi manusia di Afrika Selatan. Juga jauh sebelum itu dunia mengingat kepergian, pejuang hak asasi manusia di Amerika, Martin Luther King JR dan jauh lagi sebelum itu juga kepergian Mahatma Ghandi yang juga dikenang sepanjang zaman, serta ramai lagi pejuang keadilan dan hak asasi di mana-mana saja di dunia ini.

Dalam hal ini, Islam telah lebih dulu mempelopori usaha menegakkan keadilan, melaksanakan pembelaan terhadap hak asasi manusia sejak 1,400 lalu. Iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Bilal Ibnu Rabah menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Bilal berkulit hitam bersuara merdu dulunya seorang hamba telah dibebaskan oleh Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq dan kemudiannya menjadi sahabat karib Rasulullah s.a.w.

Hudud: Saya bukan Dr Mahathir, kata Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di depan penyokongnya pada Jelajah Reformasi 2.0 yang diadakan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di depan penyokongnya pada Jelajah Reformasi 2.0 yang diadakan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014. Model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan perlu membincangkan beberapa perkara asas dalam Islam terlebih dahulu seperti masalah ajaran sesat dan anti hadis sebelum membawa hudud ke satu peringkat yang lebih serius.
“Kita sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikai undang-undang Al-Quran. Saya bukan Mahathir. Kita kena terima. Hal ini harus difaham. Kalau tunggu fatwa, semua fatwa kena pada kita.
“Curi duit tak nampak, kenyataan Mahathir tak nampak, Mahathir sokong Kassim Ahmad anti hadis tak mengapa. Kita yang kena,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam Himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menyelar tindakan pihak berkuasa agama menangkap dan membicarakan Kassim kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana.

Majlis Peguam tawar bantuan guaman kepada waris penumpang, anak kapal MH370


Majlis Peguam Malaysia menyediakan khidmat nasihan guaman kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Majlis Peguam Malaysia menyediakan khidmat nasihan guaman kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Majlis Peguam Malaysia menubuhkan pasukan peguam di bawah Skim Bantuan Guaman untuk menyediakan khidmat nasihat awal kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac.
Pengerusinya, Christopher Leong, berkata bantuan undang-undang itu diberi tanpa dikenakan sebarang bayaran mengikut amalan biasa skim itu.
"Pasukan Bantuan Guaman Majlis Peguam akan memberi khidmat nasihat undang-undang kepada ahli keluarga penumpang jika mereka memerlukan bantuan undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Leong berkata, nasihat undang-undang itu termasuk isu berkaitan insurans, liabiliti, prosedur, kemungkinan sebab tindakan dan had tempoh.
"Jika dan apabila keluarga sudah bersedia untuk memulakan tindakan undang-undang, mereka perlu mendapatkan khidmat firma undang-undang yang bersedia untuk membawa kes mereka.
"Bantuan daripada pasukan Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak termasuk memfailkan saman sivil atau mewakili mereka," katanya.
Leong berkata, perkhidmatan undang-undang yang disediakan oleh Majlis Peguam akan disampaikan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kedutaan China supaya maklumat berkenaan dengannya boleh disampaikan kepada semua keluarga terbabit.