Tolak tawaran air bersebab 
 Ravi (kanan) menyambut kehadiran Khalid ke Majlis Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Mari Makan Batu 6 Telok Kemang, semalam.
PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air daripada Kerajaan Negeri Sembilan.

Sebaliknya, mencadangkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengikut cara pentadbiran Selangor dengan memberikan air percuma kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berdepan krisis air.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat Negeri Sembilan.
"Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya ketika sidang media selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Mari Makan Batu 6 Telok Kemang, semalam.