Sabtu, 19 April 2014

Hukum Pemimpin Tak Mahu Laksanakan Hukum ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Teoh Lee Lan in tears: 'Karpal helped us pro bono'


Karpal's grandchildren: we will all be tigers, jangan main-main!


Jenaka Terakhir Mendiang Karpal Singh Sebelum Kemalangan

Sehari sebelum kemalangan, mendiang Karpal Singh ada melawak bersama pekerja-pekerja di pejabatnya dan mengatakan “Tanpa Michael saya akan mati”.
Lalu Michael menjawab, “Tanpa boss (Karpal), saya juga akan mati”.
Perkara tersebut diceritakan oleh anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Sabtu.
gurmitkaur180414
Pada masa sama, Sangeet menyifatkan Michael merupakan pekerja yang sangat dedikasi, rajin serta amanah dalam menjalankan tugas beliau.
Menurut Sangeet, Michael telah berkhidmat dengan mendiang ayahnya hampir 9 tahun.
Selain Sangget, anak-anak mendiang yang lain, Ramkarpal Singh dan Man Karpal turut hadir ke Jabatan Forensik HRPB pada Sabtu bagi menguruskan mayat mendiang, Michael Cornelius Jayakrishnan untuk dihantar pulang ke Vellore, India.
Sangeet jelas tidak dapat menahan sebak tatkala mayat mendiang Michael diusung masuk ke dalam van mayat.
Bagi Sangeet, beliau tidak dapat membalas jasa baik Michael yang selama ini banyak berbakti kepada keluarga terutamanya kepada mendiang Karpal.
Mayat mendiang akan menaiki kargo pesawat MH180 yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10 malam Sabtu menuju ke Vellore, India

Bapa Altantuya ucap takziah pada keluarga Karpal


  Berita kematian peguam Karpal Singh telah sampai ke Ulanbataar, Mongolia.

Akhbar berbahasa Mongolia - Zuunii Medee atau Century News - menyiarkan dua muka surat temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setev yang mencurahkan isi hatinya mengenai Karpal dalam satu artikel bertajuk 'Pemimpin DAP Malaysia Karpal Singh maut dalam nahas kereta".

Shaariibuu berkata, beliau mengenali "insan yang terulung itu" yang membantunya dalam perbicaraan dua bekas anggota polis yang disyaki membunuh Altantuya dengan bahan letupan plastik pada Oktober 2006.

Karpal begitu tekun sebagai peguam pemerhati bagi pihak Shaariibuu sejak kes itu bermula pada tahun 2007 dan setia memaklumkan kepadanya perkembangan kes di Malaysia.

Shaariibuu berkata beliau telah menghantar ucapan takziah yang teramat sangat kepada keluarga Karpal di mana mendiang sentiasa bersama mereka ketika beliau dalam masa paling buruk dalam hidupnya.

"Apabila anak saya meninggal dunia lapan tahun lalu di Malaysia... saya tak tahu mana nak tuju," katanya dalam emel kepada Malaysiakini.

"Pada saat itu, Karpal sendiri menemui saya. Beliau merasakan bahawa tidak ada siapa yang boleh membantu kes anak perempuan saya di Malaysia," katanya.

"Beliau bukan sahaja seorang peguambela tetapi juga pembela hak asasi manusia yang terulung di Asia Tenggara, " katanya.

Kali terakhir Shaariibuu bertemu dengan Karpal ialah di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 11 April 2012, di mana beliau bergambar dengan peguamnya dan menghadiahkan selimut Mongolia untuk menutup lututnya.

Kediaman mendiang Karpal terus jadi tumpuan

Kediaman mendiang Karpal terus jadi tumpuan  
Orang ramai beratur menandatangani buku takziah semasa menziarahi mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan di kediamannya di Jalan Utama di Georgetown hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Kediaman mendiang Karpal Singh terus menjadi tumpuan orang ramai, kenalan, sahabat handai dan pemimpin politik untuk memberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan peguam itu.  
Sejak pukul 8.30 pagi tadi orang ramai terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa mula berkumpul dan memenuhi perkarangan rumah mendiang di 144A, Jalan Utama di sini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang turut hadir memberi penghormatan terakhir menyifatkan Karpal sebagai seorang yang sentiasa membela dan memperjuangkan keadilan rakyat.
"Saya turut merasai kehilangan mendiang Karpal. Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan berasa dukacita dengan kemalangan yang menimpa mendiang," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan pemergian bekas pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai satu kehilangan yang mendalam.
Dr Wan Azizah berkata Karpal adalah seorang peguam yang sangat komited dan berdedikasi.
"Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang beliau bawa bersama untuk diteliti. Saya berasa begitu terkilan bahawa beliau terpaksa pergi, tetapi walaupun peninggalannya kami akan meneruskan perjuangannya," katanya.

Karpal tinggal perjuangan untuk kita ambil alih, kata Wan Azizah


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkongsi dengan media pengalaman pertamanya bertemu Karpal Singh selepas memberi penghormatan kepada mendiang di kediamannya di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014. 
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkongsi dengan media pengalaman pertamanya bertemu Karpal Singh selepas memberi penghormatan kepada mendiang di kediamannya di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan mendiang Karpal Singh meninggalkan perjuangan untuk diambil alih selepas pemergian tragik dalam kemalangan.
Wan Azizah berkata, negara kehilangan anak Malaysia yang banyak menyumbangkan jasa kepada negara sepanjang hayat hidupnya.
"Beliau seorang yang berani menentang kezaliman dan ketakadilan, memberi nyawa kepada kita.
"Kita kehilangan seorang anak Malaysia yang menyumbang seluruh hidup akhir hayatnya. Terkilan beliau terpaksa pergi dan meninggalkan buat kita semua untuk ambil alih perjuangan bersama-sama," kata Wan Azizah dalam sidang media di kediaman mendiang hari ini.
Karpal sendiri pernah menjadi mangsa kekejaman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 dalam Operasi Lalang yang melibatkan sejumlah besar tangkapan ahli politik pembangkang ketika itu.
Wan Azizah hadir menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Karpal juga merupakan peguam bagi suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kedua-dua pertuduhan kes liwat.
Lebih menyedihkan, semasa kemalangan yang meragut nyawa Karpal, dokumen dan fail kes Anwar berada di dalam kenderaannya.

Akhirnya Ahli Parlimen Umno mohon maaf atas kenyataan terhadap Karpal

Datuk Nawawi Ahmad meminta maaf di laman Facebooknya atas kenyataan yang dibuat terhadap kematian Karpal Singh.
Ahli Parlimen Umno dari Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini di laman sosial dengan kenyataan sensitif berhubung kematian Karpal Singh, akhirnya memohon maaf.
"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.
"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.
Setelah Karpal terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis, Nawawi mengirim gambar di Facebook daripada kemalangan itu beserta keratan akhbar lama dengan petikan Karpal yang berkata "langkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam".
Kiriman itu turur diikuti dengan status Nawawi tertukis, "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama".

Wan Azizah: His life was given to fight oppression


Wan Azizah: 'Karpal tak pernah ambil satu sen pun untuk bela Anwar'


Wan Azizah: Kali pertama jumpa, saya takut pada Karpal


Tidak salah Pas bawa usul hudud ke Dewan Rakyat - Pak Lah


Abdullah 

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan Pas Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.
"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya".
Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Pencarian MH370 dua hari berikutnya kritikal, kata Hishammuddin


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap di sidang berita di dalam hotel berdekatan PWTC di Kuala Lumpur. Beliau mengumumkan dua hari yang berikutnya merupakan masa yang kritikal dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. – Gambar Reuters, 19 April, 2014. 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap di sidang berita di dalam hotel berdekatan PWTC di Kuala Lumpur. Beliau mengumumkan dua hari yang berikutnya merupakan masa yang kritikal dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. – Gambar Reuters, 19 April, 2014.
Kerja pencarian dasar laut MH370 akan menjadi semakin sukar dan kritikal dalam dua hari berikutnya, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"JACC sedang mengecilkan kawasan pencarian dan ia petanda penting yang difokuskan," katanya dalam satu sidang media.
"Hari ini dan esok penting untuk mengecilkan kawasan pencarian dan mengumpulkan semula data yang ditemui.
"Kita mungkin perlu melihat kembali data satelit yang diberikan Inmarsat," katanya.
"Apa jua hasil pencarian, kami akan memutuskan sama ada perlu mengumpul data atau mengkaji kaedah yang digunakan."

Umno sokong hudud positif, dalam hati urusan Allah


Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan anugerah kepada sorang pemimpin veteran PAS Kemaman.

KEMAMAN: PAS menerima sesiapa sahaja yang menyokong pelaksanaan hukum hudud termasuk dalam kalangan pemimpin Umno, tegas Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah, mereka sokong hudud, urusan hati itu urusan Allah.

“Kita terima orang yang sokong hudud, siapa sahaja termasuk bukan Islam,” ujarnya semasa berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, hari ini.

Menurutnya, perkembangan positif itu adalah hasil dakwah yang bijak yang dijalankan secara berterusan oleh pendukung parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sentiasa konsisten menyampaikan dakwah walaupun terdapat dalam kalangan pemimpin Umno yang mempersenda pelaksanaan undang-undang syariah.

Menurut beliau, ada di antara pemimpin Umno yang jahil berkata ‘boleh buat sup tangan’, ‘habis batu tak boleh buat jalan raya’ jika hukum hudud dilaksanakan tetapi PAS terus berdakwah memberikan kefahaman mengenai undang-undang itu.

1MDB: Rakyat tuntut ketelusan pengurusan dana rakyat

Pendedahan tentang keuntungan IMDB untuk tahun kewangan yang berakhir Mac31, 2013 menunjukkan peningkatan keuntungan sebelum-cukai atau pre-tax sebanyak RM877.7 juta.

Ini jelasnya mengejutkan pelbagai kerana membuat lonjakan ketara berbanding tahun kewangan sebelum 2012 yang mencatatkan keuntungan hanya sebanyak RM44.7 juta.

Untung bersih (net profit) IMDB untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM778.2 juta berbanding RM44.7 juta sebelumnya ketika syarikat tidak dikenakan cukai.

Namum apa yang menonjol ialah hutang 1 MDB pada penghujung tahun kewangan 2013 ini telah menokok ke paras RM42 bilion. Ini terdiri dari hutang pinjaman (non-current liabilities) sebanyak RM31 bilion berbanding RM8 bilion tahun sebelumnya.

Bersekali dengan hutang semasa (current) yang bersifat jangka-pended (short-term) jumlah I MDB terkini ialah sebanyak RM42 bilion berbanding RM9bilion pada tahun lalu.

Pun begitu yang ditunjukkan oleh ‘Balance Sheet’ I MDB yang mencatatkan sebanyak RM31 bilion asset pembelian penjana tenaga bebas (IPP) dari Jimah, Tanjung dan Genting sebagai asset-aset tidak semasa (non-current) mereka.

Akaun inilah yang menjadi kontroversi kerana kelewatan hampir setahun kerana didakwa tidak mahu diluluskan oleh pihak auditor syarikat KPMG, lebih dikenali sebagai ‘Gergasi 4’ atau ‘The Big 4’ syarikat auditor terbesar di dunia.

Dikatakan bahawa akaun ini tertangguh selama hampir setahun baru sahaja diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) hujung bulan lalu oleh sebuah lagi dari Big 4 yakni Deloitte. Dalam 5tahun operasi, 1 MDB telah diaudit oleh 3 dari 4 Nama Besar (Big 4) firma auditor termasuk Earnst and Young.

Keuntungan yang diperolehi untuk tahun  2013 ini adalah hasil peningkatan pendapatan ke paras  RM2.59 bilion berbanding RM633.2 juta untuk tahun sebelumnya.

Persoalan penting yang mesti dijawab pihak pentadbiran ialah apakah punca peningkatan pendapatan dan keuntungan untuk tahun 2013 ini?

Sangat dikhuatiri bahawa keutungan RM778.2juta seperti dilaporkan itu adalah dicapai melalui langkah penilaian semula atau ‘re-evaluation exercise’ hartanah yang mereka milikki.

Ini termasuk dua tanah bernilai tinggi atau ‘prime land’ di jalan Tun Razak untuk pembinaan Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah di TUDM di Sungai Besi untuk membangunkan  Bandar Malaysia.

Naib Presiden: Peluang Rafizi menang cerah

PELUANG Rafizi Ramli menang jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti bulan depan cerah manakala penyandang, Nurul Izzah Anwar pula yang paling selamat untuk kekalkan jawatan.

Itulah jangkaan yang paling hangat jadi bualan pemerhati dalam dan luar parti itu pada masa ini.

Gandingan mereka diandaikan sebagai pemimpin masa depan PKR.

Mereka disebut-sebut pelapis yang akan gerakkan pembangkang ke arah melaksanakan dasar, tidak lagi bersandarkan retorik atau serangan peribadi.

Malah, kredibiliti dimiliki mereka akan membuatkan ahli PKR percaya dua tokoh ini mampu gerakkan parti untuk mencapai reformasi sebenar.

Menjelang pemilihan parti, PKR perlukan satu perubahanbagi menjadikannya lebih progresif dan matang, menyediakan barisan pelapis yang cukup berwibawa sekali gus mampu mengambil alih pemerintahan negara.

Jika dinilai, Rafizi dan Nurul Izzah antara pelapis yang diyakini mempunyai elemen dan kriteria itu.

Bagaimanapun, empat penyandang naib presiden lain iaitu N Surendran; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Datuk Dr Mansor Othman sudah pasti akan memberi saingan.

Jika dilihat dari satu perspektif, keputusan untuk Rafizi bertanding jawatan itu dilihat cukup kena pada masa dan ketikanya setelah beliau banyak bekerja untuk parti selama ini.

Rafizi memang layak, apa lagi dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekarang.

Gandingannya dengan Nurul Izzah dalam pasukan calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution yang mengusung slogan 'Masa Depan Bersama' dilihat berupaya membawa inspirasi baru kepada PKR untuk lebih menarik perhatian dan sokongan generasi muda.

Pemerhati politik juga merasakan Ahli Parlimen Pandan itu antara paling layak bertanding kerusi Naib Presiden PKR.

Ketika beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Strategi PKR banyak isu yang dibawakan membuatkan namanya terus naik memucak.

Isu air: Kenapa UMNO tumpu Selangor sahaja?

SHAH ALAM - “Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka  juga,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor.

“Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat  Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera  catuan air.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

“Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam.

Hudud: Masa depan PR dalam ilmu Allah – TG Abdul Hadi


KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

"14 Hari Di Bilik Gelap": Utus surat pada PM, Uthaya bimbang keselamatannya di penjara


Pemimpin gerakan Hindraf, P Uthayakumar mendakwa beliau dikurung selama 14 hari di dalam 'bilik gelap' dan kini risau akan keselamatan nyawanya di Penjara Kajang.

Ini terkandungan dalam suratnya  kepada perdana menteri dan menteri dalam negeri yang bertarikh hari ini.

Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan dalam satu sidang media pagi ini oleh isteri Uthayakumar, Indra Devi Subramaniam.

Menurut Indra, beliau akan menghantar surat yang mengandungi tandatangan Uthayakumar itu melalui faks kepada perdana menteri dan menteri dalam negeri hari ini.

Indra kemudiannya membuat laporan di balai polis Jalan Travers pada jam 2 petang ini terhadap ketua pengarah penjara.

Dalam surat tersebut, Uthayakumar berkata, dia mula dikurung dalam bilik gelap mulai 16 April lalu selepas dia membuat aduan tentang 17 kes pegawai dan warder penjara didakwa memukul banduan, menampar mereka dengan selipar dan menyeksa mereka.

MB Kelantan ziarah mendiang Karpal Singh, puji beliau sebagai pembela rakyat

Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hari ini menziarahi rumah Karpal bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014. 
Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hari ini menziarahi rumah Karpal bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.

Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya.
"Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.
Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.
Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.
Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Penghormatan terakhir orang awam kepada Karpal bermula 8.30 pagi esok


Bunga-bunga sempena pengingatan Karpal di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014 
Bunga-bunga sempena pengingatan Karpal di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Seri Pinang esok dinasihatkan datang awal.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengetuai jawatankuasa pengebumian negeri bagi Karpal, berkata mereka boleh berbuat demikian dari 8.30 pagi hingga 10.15 pagi.
"Kami anjakkan sedikit waktu daripada 9 pagi yang diputuskan semalam kepada 8.30 pagi agar orang awam mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas memantau persiapan Majlis Penghormatan Negeri kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Seri Pinang hari ini.
Beliau berkata dianggar 2,000 hingga 3,000 orang akan menghadiri upacara itu.
Karpal Singh, 73, maut dalam nahas jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi Khamis.
Kemalangan 1.10 pagi itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39.
Chow turut meminta badan bukan kerajaan, persatuan, badan keagamaan dan parti politik yang ingin memberi penghormatan terakhir agar mendaftar terlebih dahulu antara pukul 8.30 dan 9.30 pagi.
Sesi untuk mereka akan bermula 10.15 pagi, katanya.

Fitnah Liwat II: Hakim tak pertikai Saiful jumpa Najib dua hari sebelum ‘kejadian’?

SHAH ALAM 19 APRIL : Peguam N Surendran mempersoalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan ‘tiada apa yang mustahil’ tentang bukti berkaitan Saiful Bukhari, saksi utama kes Fitnah II.
“Bagaimana ketiga hakim ini mencapai kesimpulan sebegitu, apabila tidak dapat dipertikaikan lagi yang Saiful dipertemukan dengan musuh politik Anwar,” kata Surendran dipetik Keadilan Daily.
Saiful bertemu Datuk Seri Najub Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Saiful turut bertemu pegawai atasan polis SAC Rodwan, individu yang terlibat dalam kes Fitnah pertama.
“Bagaimanakah yang Saiful mendakwa diliwat beberapa kali ketika laporan perubatan Hospital Besar KL mendapati tiada bukti fizikal sedemikian.
“Mengapa Saiful tidak melepaskan diri, sedangkan dia mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian? soal Surendran.
Tambah walaupun pegawai penyiasat Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim mengatakan ini tidak bermakna Jude telah ‘mengusik eksibit’.
“Ini bertentangan dengan semua prinsip undang-undang yang berkaitan, rantaian bukti dan bertentangan dengan common sense (sesuatu diterima akal)
Tegas Surendran, perbicaraan ini tidak boleh dipercayai, bertujuan mensabitkan Anwar Ibrahim, mengenepikan fakta penting dan bertentangan dengan prinsip undang-undang.

IJM Promenade stretch renamed to Persiaran Karpal Singh in his honor


Kula rushes back from India for Karpal's funeral


Karpal's wake receives continuous stream of well wishers


'Karpal taught us to upheld the constitution, human rights'


Pua: Karpal, the man who influence me to join politics


Ambiga: Karpal patriot tulin, tiada penggantinya


IJM Promenade akan dinamakan "Persiaran Karpal Singh"


Pulau Pinang namakan sebuah persiaran sempena nama Karpal Singh

Kerajaan negeri DAP Pulau Pinang mengumumkan sebuah persiaran akan dinamakan sempena mendiang Karpal Singh sebagai tanda kenangan kepada tokoh politik dan peguam yang juga merupakan anak jati negeri tersebut.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media di kediaman mendiang berkata ia akan dinamakan "Persiaran Karpal Singh".
"Exco kerajaan negeri akan mencadangkan untuk menamakan sebuah persiaran sempena mendiang, ia akan dinamakan sebagai Persiaran Karpal Singh," kata Lim hari ini.
Persiaran tersebut yang ketika ini sedang dibina oleh pemaju IJM, terletak bersebelahan jambatan lama Pulau Pinang dan bersebelahan dengan lebuh raya menghala dari Georgetown ke Ayer Hitam.
"Ia sebagai tanda penghargaan dan hormat kepada beliau (Karpal)," kata Lim.

Karpal bapa contoh, sentiasa di sisi kami ketika kesusahan, kata anaknya



Anak-anak mendiang Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo (kanan) dan Gobind Deo Singh (ketiga kanan) dilihar bersama timbalan presiden PKR Azmin Ali (kedua kanan) dan pemimpin Pakatan Rakyat lain semasa Azmin menziarahi mendiang Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.  
Anak-anak mendiang Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo (kanan) dan Gobind Deo Singh (ketiga kanan) dilihar bersama timbalan presiden PKR Azmin Ali (kedua kanan) dan pemimpin Pakatan Rakyat lain semasa Azmin menziarahi mendiang Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014. 

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyifatkan bapanya, Karpal Singh sebagai seorang bertanggungjawab menjaga anak-anaknya ketika dalam kesusahan, sikap sama yang ditunjukkannya dalam arena politik.
Mendiang Karpal antara peguam yang disegani rakan dan lawan, serta sering memberikan khidmat guaman kepada yang memerlukan secara sukarela.
Ketegasan dan prinsip yang dipegang oleh bapanya tidak dapat dinafikan, Gobind berkata bapanya sentiasa berada di sisi anak-anaknya ketika diperlukan.
"Beliau sentiasa di sisi kami," kata Gobind hari ini.‎
Gobind mengimbau kembali ketika zaman kanak-kanak semasa bersama bapanya, menganggapnya sebagai peguam kepada mereka.
"Apabila salah seorang daripada kami menghadapi masalah, beliau sentiasa berada dengan kami. Kami memilikinya sebagai peguam dalam rumah (melawan ibu) dan beliau adalah bapa terbaik di dunia.
"Beliau membela kami sejak kecil (kami nakal)... ia satu kehilangan besar," kata beliau.
Kediaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor pagi ini tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai daripada segenap masyarakat, rakan dan lawan politiknya.
Malah semalam, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melawat mendiang bersama beberapa menteri kabinet lain.
Bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir juga menyifatkan pemergian Karpal sebagai kehilangan besar untuk negara.
"Banyak daripada kita lari daripada prinsip (jika tidak selesa) tetapi bukan Karpal. Bagi beliau mustahil untuk lakukannya. Apa yang dikatakan mesti ditunaikan.
"Sesetengah orang mungkin tidak suka dengan caranya kerana terlalu tegas. Tetapi akhirnya orang hormati beliau. Jumlah mereka yang datang memberi penghormatan terakhir adalah bukti," kata Gobind.

Anak saudara sedih ada tergamak 'hina' Karpal Singh


Gobind: Karpal beri keluarga kekuatan dari penjara


Reformasi 2.0: Memperingati pelopor perjuangan melalui Internet di Malaysia


Allahyarham Adlan Benan Omar
Sejarah kehidupan merupakan satu kitaran yang berulang, sebuah perjalanan tanpa henti yang bermula dan berterusan di sebuah paksi yang sama.
Sejarah kini berulang, dan kini gerakan Reformasi dilahirkan semula sebagai Reformasi 2.0.
Dengan berulangnya tekananoleh pihak berkuasa, inilah masanya untuk mengkaji semula momentum pergerakan Reformasi.
Pergerakan ini bermula sejak pelancaran Reformasi pada tahun 1998. Ketika itu sebelum pilihanraya 1999, PAS, DAP, PRM dan Keadilan bergabung atas nama parti alternatif.
Disebabkan sekatan pihak berkuasa terhadap media dan aktivisme politik ketika itu, sebahagian besar momentum perjuangan terpaksa diteruskan melalui “tangan ghaib”.
Maka lahirlah  “kewartawanan siber”, permulaan aktivisime politik siber di Malaysia.
Aktivisme siber bukan sahaja salah satu cara untuk menyampaikan berita dan peristiwa terbaru malah juga cara untuk berkongsi harapan, motivasi, komedi, dan meningkatkan keakraban rakan dan taulan.
Pada masa itu, adalah agak sukar untuk mengikut segala maklumat baru tentang gerakan Reformasi; Internet hanya wujud beberapa tahun sebelumnya.
Tiada templat untuk rangkaian laman web, tetapi ramai perlu mengurus laman web melalui pengaturcaraan HTML untuk setiap warna, saiz font, yang memerlukan 5-6 jam untuk dimuat naik dan dimuat turun.
Blog masih belum lagi wujud, dan media sosial seperti Facebook, dan Twitter hanya lahir dalam beberapa tahun yang akan datang.
Astro masih belum lagi diperkenalkan kepada orang ramai, dan kabel televisyen yang mempunyai 5 saluran sudah dikira sebagai agak mewah bagi memecahkan autonomi media arus perdana RTM1 dan sebagainya.
Gerakan reformasi menjadi pemangkin kepada peningkatan sokongan melalui Internet, dan juga penganjuran protes pertama yang berskala besar di Malaysia pada era 90-an.
Beberapa bulan selepas itu, sebanyak 50 laman web pro-reformasi wujud.
Laman web yang banyak memberi maklumat terbaru dan artikel mengenai pergerakan ini adalah dua laman web bermula dengan “Maha”: Mahazalim dan Mahafiraun.
Walaupun pada mulanya terdapat laman web lain seperti Dot Moi, momentum untuk teruskan tidaklah begitu mampan dan tiada laman web yang boleh memberi maklumat kepada rakyat di Malaysia, mahupun di luar negara.
Mahazalim merupakan laman web asas yang membawa pendapat dan berita berkaitan dengan peristiwa-peristiwa terbaru, demonstrasi dan berita mengenai kes mahkamah DSAI.
Banyak artikel disumbangkan oleh rakyat dan dimuat naik ke laman web ini.

Kartel: Azmin tepuk air di dulang.!!

Che’Gu Bard

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR', saya amat tertarik untuk menulis komen.
Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan Keadilan 2014 kali ini.
Beliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat.
Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana-mana pakatan atau fraksi.
Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri.
Bukan sahaja anggota parti malah umum mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi, dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.
Namun, bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielakkan, khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.
Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto 'Masa Depan Bersama' dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'.
Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan yang membabitkan nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.
Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.
Jelas sekali kata-katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengisytiharkan diri bersama Saifuddin.

Majlis fatwa perlu perincikan hukum R.I.P, kata bekas mufti


Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas. – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.  
Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas. – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.

Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas.
Bekas mufti Perlis itu berkata terdapat dua kategori yang perlu diperhalusi oleh MFK, iaitu sama ada mendiang dalam kategori faham tetapi menolak Islam secara terang-terangan atau kategori yang masih belum menerima dakwah Islam.
“Ada dua keadaan di mana fatwa tersebut perlu diperincikan. Satu keadaan apabila kita yakin bukan Islam itu menolak mesej Islam, iaitu menolak Islam sebagai agama. Dia tahu tentang Islam dan dia menolaknya. Persepsi Islam, RIP tidak patut dikatakan kepadanya.
“Kalau sekiranya dia seorang yang tidak tahu apa itu Islam atau tahu mengenai Islam tetapi tidak jelas, mungkin kerana persepsi orang Islam itu sendiri, sebagai Islam kita tidak katakan dia dihukum oleh Tuhan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Rahsia kenapa UMNO beriya-iya meminta PAS bentang usul Hudud

Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? 


Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah ‘dikembirikan’ MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan ‘pahlawan’ dan ‘pendekar’ yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong ‘dari belakang’. “PAS bawa dan kami berani untuk sokong!” seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!

Two lessons from the Tiger’s untimely demise

Road safety awareness and enforcement must be rectified and the nation needs to rid of the ugly side of Islam.

By James Ang
If there is one thing that I’ve learnt during my years as a medical student, it is this, “Nothing is certain in the world of medicine except two things: the fact that you were born into this world and the fact that you will one day die.” But a natural death is not as painful as an unnatural death, especially one in which its circumstances could have been largely avoidable.
The sudden passing of the revered Karpal Singh is undoubtedly an irreplaceable loss to our beloved nation. The moniker ‘Tiger of Jelutong’ befits him in every sense, owing to his struggles for justice and fairness that know neither fear nor favour amidst darkness in our country. His passing marks a day in our nation’s history when a light of reason and integrity has been cruelly flicked off.
Nevertheless, the slain Tiger’s unfortunate passing brings to attention two important lessons that everyone, including the powers-that-be, should take note of:
Lesson 1: The state of our nation’s road safety
Insofar as available information is made known in the media at the time of me writing this, the true nature of what exactly happened that fateful morning to the MP of Bukit Gelugor’s ill-fated Toyota Alphard remains shrouded in mystery.
Could it have been the lorry driver’s fault, since traces of cannabis were found in his urine sample?
Then again, cannabis can still be detectable in the urine for up to a week or more after exposure, depending on several factors. There were also several seemingly unverified reports going around on the web that the lorry driver did not indicate his signal when changing lanes.
Could Karpal’s driver equally be at fault? It has been learnt that Karpal’s vehicle has been issued 29 traffic summonses, many of which were for speeding and 15 of which remained outstanding. This may also raise suspicions that Karpal’s driver might have been guilty that morning of what has killed so many Malaysians on the road over the years – speeding.
Whatever it is, the truth behind that fateful incident remains unknown at the time of me writing this, and all we can do is to speculate. More importantly, it brings to mind the level of awareness and enforcement in our country when it comes to road safety.
Speeding, changing lanes or making turns without proper signaling, ignoring traffic lights and poor maintenance of vehicles are among the many causes of our country’s high death rates on the roads.
These are nothing new, Malaysian drivers are undoubtedly one of the worst when it comes to courtesy on the roads and regard for traffic laws.

KARPAL SINGH, SAIFUL DAN HARI JUMAAT

"Saiful, muslim yang baik sembahyang tak ?? Hari tu hari Jumaat Saiful, Kamu pergi sembahyang tak?? Saiful, untuk membolehkan kamu sembahyang, kamu kena mandi wajib dulu." - Mendiang Karpal Singh
"Ya, Saya Muslim yang baik dan saya pergi sembahyang Jumaat pada hari tersebut. Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis" - Al-Bangang Siful Bukhari
RALAT : 
Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)? 
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun? 
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang? 
Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan? Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah? 
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.
(SUMBER : BERNAMA)

Tiada 'common sense' dalam penghakiman Fitnah Liwat II

Penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Naib Presiden PKR N Surendran sebagai "bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)".

Katanya, walaupun pegawai penyiasat Supt Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim-hakim berkata ia tidak dilihat sebagai mengganggu bahan bukti.

Dalam satu kenyataan semalam, Surendran berkata, kesimpulan itu bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua 'common sense'.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beg sampel P27 mengandungi sampel penting yang diambil dari dubur Mohd Saiful , termasuk sperma daripada tertuduh.

Tambahan pula, kata Surendran (kanan), walaupun wujud keadaan yang boleh dipersoalkan, hakim-hakim dalam kes itu bertegas bahawa "tiada apa yang mustahil " tentang bukti Saiful .

Sehubungan itu, Surendran bertanya bagaimana ketiga-tiga hakim itu mencapai kesimpulan tersebut,  apabila tidak dipertikaikan bahawa Saiful bertemu dengan musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak , hanya dua hari sebelum kejadian dikatakan berlaku.

"Mengapa dia juga bertemu dengan pegawai tinggi polis SAC II Mohd Rodwan Mohd Yusof , yang terlibat dalam kes liwat yang pertama?" tanya Surendran yang juga MP Padang Serai yang juga ahli Parlimen Padang Serai .

Fitnah Liwat II : Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan pincang, tak boleh dipertahan

fitnah2KUALA LUMPUR 19 APR: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pincang, defensif dan tak boleh dipertahankan, kata peguam N Surendran.
Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Fitnah II yang mengkritik keputusan untuk membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, sebaliknya menerima bukti Saiful dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.
“Pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta. Secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir,” kata Surendran dalam kenyataannya.
Katanya, tidak pernah sebelum ini seseorang hakim ‘keluar dari lingkungan kes’ dengan mengatakan bahawa’ rayuan akan ditolak dengan serta-merta’.
Jelas Surendran, pandangan hakim itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.
“Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.
“Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kesdan bukannya hal-hal asing.

Pernahkah anda dengar Karpal marah Liong Sik?

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.
  
Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.
  
"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.
  
"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir
kepada Karpal di George Town semalam.
  
Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.
  
Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.
  
"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.
  
"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.
    

Karpal peguam yang berani, tetapi sentiasa profesional, kata bekas peguam negara Abu Talib


Poster gambar-gambar mendiang Karpal Singh dengan jambakan bunga di rumah Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.  
Poster gambar-gambar mendiang Karpal Singh dengan jambakan bunga di rumah Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014. 

Karpal Singh disifatkan sebagai seorang peguam yang berani serta ahli politik yang melakukan apa yang dipercayai betul di dalam rangkaian sistem, bukannya menganggap dirinya lebih tinggi daripada undang-undang, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman dalam penghormatan terakhir beliau kepada peguam veteran itu.
Abu Talib yang beberapa kali bertelagah dengan Karpal dalam menjalankan tugasnya sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau peguam kanan persekutuan, mengatakan pemimpin veteran DAP itu menggunakan mahkamah dan perlembagaan untuk menyampaikan pendapatnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Beliau tidak membantah dengan cara jalanan," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider apabila ditanya tentang peguam yang meninggal ketika berumur 73 tahun dan bekas pengerusi nasional DAP itu yang maut dalam kemalangan lebuhraya pada awal pagi Khamis lepas.
Abu Talib yang merupakan peguam negara antara tahun 1980 dan 1993 berkata walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pandangan MP Bukit Gelugor itu, beliau sentiasa bertindak dengan penuh keyakinan.
Karpal juga membuktikan bahawa perubahan boleh dibawa untuk manfaat rakyat dengan cara yang aman dan forum yang sesuai, tambahnya.
Abu Talib, 75, menyifatkan hubungannya dengan Karpal sebagai sesuatu yang profesional sepenuhnya.
"Kami kenal satu sama lain di dalam mahkamah walaupun berada di pihak yang bertentangan," kata Abu Talih.
"Beliau seorang peguam bela yang mempunyai asas yang kuat dalam undang-undang. Beliau sangat agresif semasa soal siasat dan seringkali meninggikan suara, tetapi itulah sifatnya," katanya.
Abu Talib berkata peguam veteran itu menyediakan dan menyampaikan kesnya dengan baik dan apabila menentang Karpal, beliau perlu bersedia dengan cara yang sama.

Ahli Parlimen BN Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal


Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".
Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya.

"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.
“Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah,” kata Shamsul.
Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.
"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda  bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.
Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.
Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.
"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.
Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.
"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.
Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.
Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.
"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.
Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya.

Hudud: Bukan potong tangan semata-mata

Zaharuddin Abdul Rahman SHAH ALAM - Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya.

“Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan.

Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan.

“Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur,” katanya, semalam.

Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu.

“Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang melakukan jenayah, itu adalah orang yang paling jahat.

Hudud: Mahathir ingat semua orang Islam suka mencuri macam dia

Tun Mahathir sekali lagi mengukapkan pendapat yang sangat 'jahil' tentang Islam. Semasa mengulas hasrat Kelantan untuk bentang hukum hudud di Parlimen, Tun Mahathir berkata hasrat ini perlu diteliti dengan lebih mendalam.

Katanya lagi jika orang Islam dihukum potong tangan dan orang bukan Islam hanya dipenjara 12 bulan, lama-lama orang Islam di Malaysia tak ada tangan.

Kenyataan Tun Mahathir seolah-olah mencuri adalah suatu perkara rutin dan hobi.. Dia ingat semua orang Islam di Malaysia ini suka mencuri macam dia boleh mencuri harta rakyat bagi mengemukkan anak beranak dia. Tak hairanlah anak dia boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia. Apakah anak dia sangat istimewa dan mewarisi kekayaan daripada datuk nenek dia?

Saya bukan bercakap pasal kenyataan Tun zaman dulu semasa dia jahil tukir!.. Tapi sekarang dah nak mati masih bercakap perkara yang sama. Tak ada yang menegur malah cerdik pandai agama dalam UMNO masih membisu macam lembu kenyang!


Kalau dulu semasa negara mengalami krisis Tun bangga dalam penulisan memori hidupnya kononnya dia study tentang ekonomi sehingga berjaya mengekang mata wang tapi saya lihat dia masih bodoh dan jahil dalam agama.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz


Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas


Hudud: Jenayah terhadap negara (masyarakat) atau Tuhan?

Rizuan Abdul Hamid

Jenayah terhadap Tuhan
Apa itu jenayah (kategori) hudud? Apa pula batas-batas yang telah ditentukan Allah? Apa pula maksud “jenayah terhadap Tuhan” (crime against God)? Persoalan-persoalan mengenai hudud wajar diwacana secara kritis dan terbuka demi kefahaman awam dan kefahaman orang-orang Islam sendiri.
Ditegaskan bahawa yang ingin penulis sentuh di sini ialah berkenaan “jenayah kategori hudud” dan bukannya “jenis hukuman hudud” (seperti rotan dan rejam). Untuk membincangkan jenis hukuman hudud, ia memerlukan perbincangan lain.
Di dalam konsep dan falsafah hubungan antara negara dan undang-undang moden yang dibangunkan oleh Barat, negara adalah manifestasi masyarakat (sivil) dan bukannya manifestasi agama atau Tuhan. Maka mana-mana hukum yang berasaskan agama tidak boleh dilaksanakan di dalam sesebuah negara. Undang-undang di dalam sesebuah negara harus bersifat sekular.
Ini kerana hukum agama dinilai cuma merangkumi urusan jenayah terhadap Tuhan dan bukannya jenayah terhadap masyarakat atau negara. Konsep jenayah terhadap Tuhan ini dibangunkan oleh para sarjana Barat atas penelitian terhadap konsep hukuman atas kesalahan yang disenaraikan di dalam kitab Taurat.
Konsep jenayah terhadap Tuhan membawa konotasi kesalahan yang dilakukan oleh para penganut yang melanggari dan mengingkari perintah Tuhannya. Ia tidak membezakan kesalahan peribadi kepada Tuhan (dosa) dan jenayah terhadap masyarakat. Inilah telahan umum para sarjana Barat.
Antara contoh jenayah terhadap Tuhan yang dikenakan hukuman ialah kesalahan sihir dan kufur (blasphemy) terhadap Tuhan yang dikenakan hukuman rejam sampai mati (rujuk Leviticus 20:27 & Leviticus 24:16). Namun banyak juga kesalahan yang tidak dinyatakan jenis hukuman secara khusus.
Untuk membicarakan perkara ini lebih lanjut, maka selayaknya ia dibicarakan oleh para sarjana al-kitab (Taurat dan Injil) serta pakar-pakar falsafah perundangan moden.
Jenayah terhadap masyarakat dalam interpretasi Islam
Di dalam Islam, sebermula lagi ia telah menggariskan perbezaan antara perkara yang bersifat peribadi dan bersifat awam, antara urusan agama dan urusan dunia serta perkara ibadat dan perkara muamalat. Islam telah membezakan perkara-perkara yang harus ditangani secara thawabit (tetap) dan yang mutaghaiyirat (luwes).
Maka dalam isu hudud juga, Islam membezakan antara ruang peribadi dan ruang awam. Hudud bermaksud batas-batas yang telah ditetapkan. Perkataan hudud berasal daripada perkataan “hadd”. Istilah “hududullah” (batas-batas yang ditetapkan Allah) beberapa kali disebutkan di dalam Al-Quran menerusi beberapa surah antaranya An-Nisa’ ayat 13 dan 14 dan Al-Baqarah 187.
Tetapi istilah “hududullah” tersebut adalah ketentuan-ketentuan umum mengenai batas-batas syariat. Manakala ayat-ayat mengenai hukuman hudud secara spesifik seperti hukuman potong tangan (bagi pencuri) atau hukuman rotan (bagi penzina) tidak dimasukkan secara khusus di dalam ayat-ayat tersebut, tetapi dikisahkan di dalam ayat-ayat yang lain.

Puteri Umno sokong laksana hudud

    Mas Ermieyati Samsudin
SHAH ALAM - Pergerakan Puteri Umno hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau konsisten untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud kerana berpandangan bahawa hudud sememangnya satu undang-undang yang baik oleh itu baginya, tiada sebab untuk beliau menolak perlaksanaan tersebut.

“Saya untuk makluman sejak dari awal dahulu saya memang menyokong hukum hudud, semasa saya belajar di Universiti, iaitu ketika di UKM tahun 1994, ketika soalan ini diajukan kepada saya, saya telah menyatakan bahawa saya menyokong hukum ini, kerana saya percaya hukum ini merupakan hukum yang baik jadi ianya tidak menimbulkan masalah.

“Cuma dari segi perlaksanaannya kita  kena ambil kira sebab kita berbilang kaum dan bercampur,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Tidak perlu khuatir dengan hudud

Hudud
SHAH ALAM - Kekhuatiran sesetengah pihak bagi pelaksanaan hukum hudud tiada asasnya kerana undang-undang itu menjamin keadilan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu berlaku kerana masyarakat hanya melihat kepada hukuman, bukannya keadilan yang diangkatnya.

“Kalau kita tahu apa prinsip-prinsip hukum mencuri, tidaklah jika mencuri RM10 sudah boleh dijatuhkan hukuman potong tangan. Ia akan mengambil kira sebab individu itu mencuri, mungkin ia berada dalam kebuluran.

“Tapi kalau itu merupakan puncanya, hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atasnya, mungkin dihukum berdasarkan undang-undang mahkamah sekarang, dipenjara atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Kata beliau, keraguan itu perlu dihapuskan kerana hudud bukan bersifat menghukum semata-mata tetapi ia akan memberikan pengajaran yang berguna memandangkan undang-undang itu memerlukan pembuktian yang terlalu tinggi.
“Kalau jenayah mengikut undang-undang sivil, pendakwaan perlu bukti melampaui keraguan munasabah, tapi kalau dapat pembuktian balik bagi keraguan munasabah, ia tidak boleh sabit.