Jumaat, 18 April 2014

A Tribute to Karpal Singh - Never Gone 永远怀念卡巴星

Qaradawi uji hubungan Qatar-GCC

Ilmuan Islam terkemuka, Dr Yusuf al-Qaradawi kini menjadi ujian yang getir kepada pemerintah Qatar dalam hubungannya dengan negara-negara jiran Majlis Kerjasama Teluk, GCC.

Al-Qaradawi yang kini mempunyai kerakyatan Qatar dan mempunyai hubungan sangat baik dengan istana selama ini, telah muncul menjadi satu faktor yang menjejaskan hubungan Doha dengan GCC ekoran kelantangannya menyuarakan pandangan politiknya yang menyokong agenda dasar luar Qatar dan pro-Ikhwan al-Muslimin.

Awal Mac lalu, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait memanggil pulang duta masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan pendirian Qatar terus menyokong Ikhwan al-Muslimin. Doha didakwa tidak memenuhi perjanjian keselamatan yang memerlukannya bertindak terhadap kumpulan-kumpulan yang dikaitkan dengan ancaman keselamatan.

Di bawah emir baharu, negara-negara GCC diketuai Arab Saudi mendesak Qatar menjarakkan diri daripada Ikhwan, yang diberikan sokongan kewangan dan politik yang besar sejak beberapa tahun lalu.

Di Syria, Qatar dan Arab Saudi berkongsi agenda buat satu tempoh, tetapi kemudian bertembung apabila masing-masing menyokong pihak yang berbeza ideologi politik. Persaingan proksi di Syria juga menjadi satu faktor tekanan Arab Saudi terhadap Qatar.

Al-Qaradawi pada Februari lalu mencetuskan ketegangan antara UAE dan Qatar apabila mengkritik keras pemerintah UAE yang didakwa menolak pemerintahan Islam, ekoran hukuman mahkamah negara itu menghukum penjara sekumpulan 30 warga negaranya dan Mesir kerana dituduh menubuhkan sel Ikhwan al-Muslimin di UAE.

MH370: SIAPA DALANG, SIAPA PERANCANG...!!!

Oleh : SH Shalattas



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puja dan puji kepada ALLAH SWT. Syukur ke atas segala limpah
kurniaNya yang telah dicurahkan kepada kita semua dengan nikmat iman dan Islam serta
nikmat menjadi umat Muhammad, umat pembela agama Islam. Selawat dan Salam ke atas
Junjungan Baginda Rasulullah SAW serta seluruh Iftrah Ahlul Bait dari awal hingga akhir.

Semoga kita beroleh manfaat daripada mereka.

Tentu ada sebab kenapa saya beri tajuk buku yang sedang saya tulis ini ‘Jangan Jadi
Bodoh’, pada mulanya ‘Kenapa Bebal’ meminjam perkataan ‘bebal’ dari Almarhum 
Profesor Syed Hussein Alattas penulis buku MYTH OF THE LAZY NATIVE dan SOSIOLOGI OF CORRUPTION. Profesor Hussein Alattas adalah mentor saya hingga saya berani menulis bukuCHALLENGER: SIAPA LAWAN SIAPA menentang Dato Musa Hitam ketika itu Musa adalah Timbalan Presiden Umno. Hendak tahu lebih lanjut baca buku MUSA HITAM LAWAN S.H. ALATTAS, biografi saya oleh Halim Mahmood.

Jiwa manusia di zaman moden ini sememangnya dalam keadaan yang terkeliru, diikuti 
dengan gangguan kehidupan yang terlalu mementingkan kebendaan, yang telah menjadi falsafah hidup masakini di mana manusia telah menjadi ‘hamba’ kepada pemikiran orientalis yang dikemukakan oleh Prof. Hussein Alattas sebagai ‘Minda Tertawan’ ‘Captive Mind’ kerana tidak lagi mengutamakan soal – soal ‘adab’, apa lagi akhirat dan kerohanian. 

Kemudian manusia diserang pula dengan berita – berita kematian manusia di jalan raya selain
bencana alam yang menakutkan secara bertubi-tubi dan yang terkini di Malaysia kehilangan
MH370 Pesawat Boeing 777 milik MAS di mana saya terpaksa berhenti menyiapkan buku
JANGAN JADI BODOH untuk mendokumentasikan tragedi yang belum pernah terjadi di seluruh dunia melainkan di Malaysia dimana ada saja benda yang hilang sejak bermula Najib menjadi Menteri Pertahanan. Saya tidak terkejut sekiranya saya juga akan hilang bila buku “MH370 HILANG KEMANA NAJIB NAK MENGHILANG” sudah berada di pasaran.


Di saat – saat seperti ini sama ada mereka yang berada di dalam MH370 kaum keluarga
yang menunggu mereka pulang dari seluruh pelusuk dunia amat memerlukan ilmu dan
pengetahuan tentang kekuasaan Tuhan serta ilmu Ketuhanan yang berkaitan dengan
kerohanian kerana kita melihat dengan mata kepala bagaimana reaksi dari kaum kerabat
dari negara China Komunis yang ideologinya menganggap agama sebagai dadah oleh Karl
Marx penulis buku DAS CAPITAL tidak dapat menerima sesuatu yang terjadi di luar kuasa mereka sebagai manusia biasa.

Agama boleh memberikan ketenangan jiwa kerana setinggi mana ilmu manusia di
bidang teknologi nampaknya tak mampu menjawab kemana hilangnya MH370? Apakah 279
penumpangnya masih hidup kerana kemungkinan satu konspirasi yang dirancang seperti
peristiwa 9/11 di Menara Bekembar World Trade Center.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.”(Al – Baqarah:216)


“Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan redhaKu, nescaya akan menggantinya dengan syurga.”(Al – Hadith)


Maka, anda tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang
menentukan semua itu adalah Dzat yang memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran
yang besar milik Allah Subhana Wa Taala.

Sudah sebulan lebih mereka mencari dengan segala macam kecanggihan mustahillah
tak terjumpa benda yang mereka sembunyikan berhentilah main sandiwara kita semua bukan
bodoh melainkan anda mahu dilabel sebagai Joker, Badut. Semakin menonton berita yang
disiarkan mengenai MH370 makin sakit hati dan jiwa mereka yang menunggu terutama 50%
dari mereka yang tidak percaya apa yang disampaikan oleh kerajaan yang mereka anggap
ianya satu konspirasi. Hendak tahu lebih lanjut baca buku MH370 HILANG KEMANA NAJIB NAK MENGHILANG.

Pemimpin BN, Pakatan beri penghormatan terakhir kepada " Harimau Jelutong"

Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat terus memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh.

Pada 10.30 pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hadir dan berkata beliau cukup mengingati Karpal sebagai "ahli politik dan peguam profesional".

"Walaupun beliau mengemukakan usul berkaitan hakim di parlimen, Karpal tidak pernah menyebut kes hasutannya," kata Nancy kepada pemberita.

Sementara kira-kira 30 minit kemudian, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula singgah bersama rombongan pemimpin negeri.

Turut bersamanya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim Dr Afif Bahardin dan diiringi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

"Karpal mempertahankan saya semasa saya diarah untuk keluar persidangan Dewan Rakyat apabila usul hakim dan badan kehakiman dibentangkan. Saya akan selalu mengingatinya," kata Azmin.

Kit Siang selimuti keranda Karpal dengan bendera DAP


Para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014. 
Para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.

Suasana suram menyelubungi kediaman mendiang Karpal Singh tengah hari ini apabila pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelimuti keranda “saudaranya” dengan bendera parti bagi menghormati bekas pengerusi parti pembangkang selama 44 tahun itu.
Kit Siang, yang turut membawa bersama-sama buku rekod lama parti berkata, Karpal menyertai DAP semasa "zaman kegelapan” negara dan parti pada 28 Disember , 1970.
Hampir setahun lebih selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum dan Kit Siang baru sahaja dibebaskan selepas ditahan 17 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran rusuhan itu.
"Sangat sedikit yang tampil ke depan untuk memimpin parti itu pada masa itu tetapi Karpal datang. Beliau tidak teragak-agak tampil untuk membawa sepanduk itu," katanya kepada lelaki yang dipanggil “saudara” .
Kit Siang berkata, tahun 1970-an juga merupakan masa apabila DAP banyak berhadapan dengan kes melibatkan undang-undang, dengan pemimpinnya dituduh melanggar undang-undang seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Polis.
Karpal adalah salah seorang peguam yang mempertahankan pemimpin DAP berkenaan pelbagai tuduhan.
"Apabila saya didakwa dengan OSA pada 1978, Karpal mempertahankan saya," katanya , merujuk semasa beliau berhadapan dengan masalah kerana mendedahkan skandal yang melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia membeli senjata dari Sweden SPICA-M bernilai RM9 juta.

PAS akan bincang fatwa RIP

PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Tun Abdullah puji khidmat yang diberikan Karpal Singh semasa hayatnya


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata Karpal Singh, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam, semasa hayatnya memberikan komitmen dan khidmat tanpa mengenal erti jemu kepada masyarakat.
"Kita kehilangan seorang tokoh perundangan yang berkaliber dan pejuang keadilan dan hak asasi manusia," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abdullah berkata legasi Karpal akan tetap dikenang dan memberi inspirasi kepada banyak pihak pada masa akan datang.
Peguam terkenal itu maut apabila kenderaan serba guna yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Perak pukul 1.10 pagi semalam.
Pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, turut terbunuh dalam nahas itu.

Gerakan gelar Karpal negarawan terhormat, Samy Vellu menangis terima berita kematian

Parti Gerakan yang merupakan pesaing politik DAP di Pulau Pinang, hari ini memuji Karpal Singh sebagai negarawan terhormat dan rakyat Malaysia tulen.
Timbalan Presiden Gerakan Negeri, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata Karpal adalah salah seorang daripada beberapa individu negara ini yang meninggalkan sebuah legasi.
Beliau berkata bekas pengerusi DAP itu adalah seorang legenda dalam kedua-dua arena politik dan perundangan serta seorang lelaki dihormati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
"Seluruh kerjaya perundangan dan politik beliau menyerlah daripada mereka yang sezaman dengannya. Pendirian beliau terhadap setiap isu adalah berprinsip.
“Kami menganggap beliau seorang negarawan terhormat. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada negara ini.
"Kami berharap akan ada ramai orang seperti beliau. Kita perlu orang sepertinya bagi mengimbangi demokrasi," katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di rumahnya di Pulau Pinang.
Mengimbas kembali kali pertama bertemu Karpal ketika remaja pada 1974, apabila Karpal datang ke kedai ubat bapanya di Alor Setar, Kedah semasa berkempen bagi pilihan raya umum, Dr Cheah berkata: "Saya berada di tingkatan satu atau dua ketika itu. Karpal juga jauh lebih muda pada masa itu tetapi kita dapat melihat beliau seorang lelaki yang baik hanya daripada penampilannya. Beliau mempunyai gaya tersendiri."

Honour Karpal by continuing his legacy

It is now for us to band together and emulate his unshakable sense of duty and fair play, to resume his fight for a just and equal society.

A plaque, presented by a grateful client, hangs on the wall of Karpal Singh’s office and it reads, ‘Noble and able defender of the defenceless’. The words were a source of inspiration for the Bukit Gelugor MP, whose untimely death in the early hours of Thursday morning, has shocked a nation.
Karpal Singh“I will definitely return,” said Karpal to Penang’s Chief Minister, Lim Guan Eng, when they met recently, and he told Lim that he would vacate his post as the DAP chairman, pending his appeal against the charges of sedition.
A few days after making those remarks, Karpal perished in a car accident on the highway near Gua Tempurung. Malaysia has been robbed of one of its true patriots.
Karpal will return. His death has stirred our consciences. His “return” would be symbolic because it is now for us, to band together and continue his legacy, to resume his fight for a fair, just and equal society for all Malaysians.
Instead of having to thwart one Karpal Singh, the authorities will now have to fight off hundreds, if not thousands of Karpal Singhs, all with one aim – to continue the struggle for fairness, to fight injustice and to uphold the rule of law, without fear or favour. That is Karpal’s “return”.
With his unshakable sense of duty and fair play, Karpal was someone who was never afraid to speak his mind and talk about his values. He fought an uphill battle to make Malaysia a better place for everyone. The politician was a man of conviction, who was much loved, but he was aware that he had made many enemies and was loathed by several extremists.
The lawyer cum politician, whose dogged determination to dispense justice to everyone, rich or poor, Malaysian or foreigner, has touched many lives both at home and abroad. He has defended the poor, pro bono. When he defended four Singaporean Malays who were banned from wearing the tudung in a Singaporean school, the Singaporean government denied him a work visa, and banned him from practising in the island nation.

Karpal Singh seorang daripada peguam jenayah paling beretika, kata Muhammad Shafee

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  memberi sanjungan kepada mendiang Karpal Singh, yang disifatkannya seorang daripada peguam jenayah paling beretika yang pernah beliau hadir bersama-sama ketika menjadi timbalan pendakwa raya atau peguam mewakili anak guam yang bertentangan.
"Sebagai peguam jenayah sejati, beliau paling beretika dan saya amat gemar apabila kami saling bertikam lidah dalam peranan masing-masing semasa litigasi," kata Muhammad Shafee, yang hadir di Mahkamah Rayuan berhubung prosiding menghina perintah mahkamah melibatkan Penang Adventist Hospital pada Rabu lepas, hari terakhir Karpal di mahkamah.
Beliau berkata sepanjang beberapa tahun lepas, keadaan kesihatan Karpal Singh semakin merosot namun di sebalik beberapa penyakit yang dihidapinya, semangat beliau masih kuat, malah semangat itulah yang menjadikan beliau meneruskan kes yang dikendalikannya.
"Karpal dalam kehidupan peribadinya adalah seorang yang pendiam. Oleh itu, banyak cerita menarik yang beliau pendamkan saja dan mungkin tidak diketahui ramai. Saya harap ada orang yang dapat menggarapkannya suatu hari nanti," kata Muhammad Shafee, yang bertemu Karpal Singh buat kali pertama di Perpustakaan Umum Pulau Pinang ketika Karpal Singh sedang berpacaran dengan Gurmit Kaur, yang kemudian dikahwininya.

Mengikut jejak Sang Harimau


Matahari seakan tidak terbit di langit Kuala Lumpur hari ini. Mendung pagi seolah-olah memberi isyarat bahawa jam di dinding sedang menipu, dan langit yang gelap dan suram itu bagaikan sedang berduka.
Titis-titis hujan yang terpercik ke cermin tingkap bilik bagaikan air mata. Di sisi katil saya duduk termangu dengan ingatan yang belum pudar sejak kejadian semalam.
Jarang sekali saya begitu terkesan dengan kematian. Kecuali dalam hal pemergian ahli keluarga terdekat, saya sukar merasa hiba.
Maka rasa berat yang merundung rongga dada ini sejak lebih dua puluh empat jam lalu ibarat petanda bahawa ada ruang yang begitu besar, kelompangan yang begitu susah untuk diisi.
Demikian hebat sosok yang bergelar Harimau Jelutong itu sehinggakan saya yang tidak ada kena-mengena ini merasakan kehilangan yang sangat luar biasa.
Bagaikan tercabut nafas seketika waktu berita itu saya terima, lalu bergegas mendapatkan pengesahan.
Kicauan Twitter mengatakan “Confirmed. The Tiger of Jelutong is no longer with us”, saya tulis dengan hati yang cukup berat.
Susur-masa laman sosial itu kemudian bergerak laju dengan kicauan simpati dan terkejut tentang hal itu.
Tulisan demi tulisan meluahkan rasa sedih, tidak kurang yang tenang menerima takdir seraya menyebutkan hal yang baik-baik tentang mendiang. Ternyata Sang Harimau banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan ramai orang.
Ya, harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Namun harimau nan seorang ini meninggalkan lebih dari sekadar nama dan belang sebagai legasi sosok pemimpin politik dan peguam ulung yang menjadi lagenda zaman-berzaman.

In Malaysia, very few politicians who stand up for their principles


Most Malaysian politicians fail the first test of being like Karpal Singh (pic) – standing up for his principles.
In the wake of some incendiary statements by Datuk Zulkifli Noordin and the Langkawi MP Datuk Nawawi Ahmad following the death of the veteran opposition stalwart, ordinary Malaysians, several lawmakers and Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin have come out to voice disgust at the callous and disgusting statements.
But most of the other politicians and national leaders have chosen to remain silent. And these are the same people who say they respected Karpal and wanted to emulate him.
Well, here is some news for you: Karpal did not choose his battles. It was either right or wrong.
And if he felt it was wrong, he would bellow at the top of his voice, not worrying if the outburst caused him to lose some brownie points.
Notwithstanding his party's alliance with PAS, the former DAP national chairman voiced his opposition to Malaysia being an Islamic state.
He also had no qualms hauling up Datuk Seri Anwar Ibrahim in 2009, saying the PKR de facto leader was unfit to be Pakatan Rakyat's boss if he condoned party hopping.
Are there any more out there like Karpal, whom the respected regional columnist Karim Raslan, had described yesterday as, "Blistering in attack, he was the kind of man who called a spade a spade and then proceeded to hit an adversary over the head with the same spade".

Anak Karpal rakam terima kasih pada kerajaan negeri

GEORGETOWN: Jagdeep Singh Deo, anak lelaki sulung Karpal Singh (gambar), berkata keluarganya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi penghormatan negeri bagi upacara pengebumian bapanya.
  
"Pengiktirafan Pulau Pinang ini akan membanggakan bapa saya, memandangkan semasa hayatnya, beliau tidak pernah meminta apa-apa daripada sesiapapun selepas melakukan pengorbanan kepada parti dan negara," katanya.
  
Beliau berkata kunjungan orang ramai ke rumah keluarganya akan ditamatkan pada 11 malam setiap hari bagi membolehkan anggota keluarganya berehat.
  
Selepas mayatnya dibakar, abu Karpal Singh akan ditabur ke laut pada Isnin pagi. - Bernama

Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat, Aida Yusof Rawa menandatangani buku ucapan takziah seusai menziarahi jasad  mendiang Karpal Singh.

AHMAD SHABERY CHEEK PUN MELUAT DENGAN PERANGAI AHLI PARLIMEN LANGKAWI YANG TERLALU BIADAP, HINA MAYAT MENDIANG YB KARPAL SINGH

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pengamal media sosial perlu berhenti menyebarkan gambar yang di muat naik oleh Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Dato Ir Nawawi Ahmad kerana beliau bertindak melampau dan tidak bertamadun.

Menyatakan kesedihan dan kekecewaan terhadap perkembangan budaya yang tidak diingini ini, beliau berkata tindakan ini adalah tidak beretika.

"Saya sedih apabila saya melihat gambar-gambar mayat disebarkan di media sosial . Ia adalah tidak beretika dan tidak bertamadun untuk memaparkan ini untuk dilihat ," katanya kepada pemberita selepas melawat Ahli Dewan Undangan Paloh Datuk Norzula Mat Diah Kelantan yang di bawah rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh , Bernama melaporkan .

Ahmad Shabery berkata rakyat perlu memahami perasaan keluarga simati kerana kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja , walaupun diri mereka sendiri.

Karpal 'The Tiger of Jelutong'


'Ramai nak jadi Anwar, tapi saya nak jadi Karpal Singh' kata Ahmad Nizam Hamid


Suhaizan: Langkah mayat, SMS fitnah cemar nama baik Pakatan

Suhaizan-Kaiat
SHAH ALAM, 18 APRIL: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat menafikan bahawa beliau menghantar arahan dan menyebarkan mesej untuk satu upacara melangkah mayat mendiang, Karpal Singh.
Katanya, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS) dan Whatsapp kononnya tindakan itu adalah arahan beliau.
“Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda PAS Malaysia,” katanya melalui laman facebook.
Mesej yang disebar luas berkenaan menggesa seluruh masyarakat untuk datang ke Hospital Ipoh, pada jam 1 tengah hari bagi melangkah mayat mendiang Ahli Parlimen Bukit Jelutong itu.
Berikut adalah mesej yang disebarkan kepada masyarakat umum dengan menggunakan nama Suhaizan Kayan:
“Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengah hari ini, upacara akan diketuai oleh saya sendiri, kepada mana-mana Pemuda Pas, dan juga ahli-ahli Pas yang berkelapangan dijemput hadir, Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan,”.
Suhaizan berkata, beliau dan beberapa orang rombangannya baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah dan kini berada di United Kingdom bagi menghadiri perjumpaan bersama Menteri Hal Ehwal Luar dan Pembangunan Antarabangsa, Humza Yousaf.

S Korea ferry tragedy death toll rises

Ferry rescue operation stalls as anger spreads

What caused South Korea ferry disaster? BBC News

Kerajaan pandang serius kes Deepa kata Menteri

Sindrom MERS: Pastikan kesihatan baik sebelum mengerjakan umrah - Menteri

Kerajaan BN tak halang pelaksaan hudud di Kelantan kata Menteri

Fitnah Liwat II: 'Ahli kimia asing Anwar hanya 'pakar teori' kata Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan menyifatkan kelayakan dua ahli kimia Australia yang menjadi saksi pembela dalam kes Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai hanya "pakar teori" dan berkata bahawa keterangan mereka kurang nilai pembuktian.

Dalam penghakiman 85 muka surat, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tidak berlaku pengubahan pada sampel yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana menurut ahli kimia tempatan, Dr Seah Lay Hoong bahawa bekasnya masih dalam keadaan baik.

Panel Mahkamah Rayuan yang mendengar dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan tidak bersalah terhadap Anwar, terdiri Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Menurut mereka, keterangan Dr Brian McDonald (kanan) dan Dr David Wells hanyalah pendapat semata-mata, sedangkan keterangan dua ahli kimia tempatan merupakan fakta dan berdasarkan analisis yang mereka lakukan ke atas sampel tersebut.

Pengetahuan McDonald dan Wells, menurut panel hakim itu, tidak berdasarkan pengalaman menjalankan sendiri ujian ke atas analisis tersebut, tetapi hanya dengan membaca manual protokol pengekstrakan DNA yang dikeluarkan.

Kerana itulah, kata panel itu lagi, pakar asing itu tidak dapat menghargai penjelasan yang diberikan oleh Seah mengenai pengekstrakan DNA yang dilakukannya kerana dua pakar Australia itu tidak pernah menjalankan prosedur itu sebelum ini.

Panel itu berkata mereka bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa keterangan pakar-pakar asing itu bersifat spekulasi dan teori jika tidak hipotetikal, dan oleh itu kekurangan nilai pembuktiannya.

Menurut panel itu lagi, mereka juga mendapati ada merit dalam kritikan pihak pendakwa terhadap pakar asing itu.

Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Ipoh malam ini

ipohIPOH 18 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat negeri Perak malam ini.
Program Reformasi 2.0 peringkat negeri Perak bertempat di Wisma KEADILAN, Medan Istana, Ipoh bermula jam 8.30 malam.
Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini pemimpin Pakatan Rakyat negeri Perak.
Penduduk Ipoh dan mereka yang berada berhampiran lokasi program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

Segera: Blog Palsu Untuk Memfitnah Jabatan Amal Malaysia

http://unitamal13.blogspot.com/

Untuk Makluman Semua, Blog Diatas Adalah Blog Palsu Untuk Memfitnah Jabatan Amal
Mohd Azuan Bin Ismail, Timb 4, Jabatan Amal Malaysia .

Selepas dihalang masuk Sarawak, kini Tian Chua dihalang ke Sabah

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang hari ini dihalang masuk ke Sabah setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam dua petang tadi.
Beliau dipercayai mahu ke Kota Marudu bagi meninjau program pemilihan PKR yang dianjurkan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.
Chua yang dikenali sebagai Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak pada hujung bulan lalu bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Kedua-dua mereka ditahan di pejabat Imigresen Sibu sebelum diusir keluar dari negeri Bumi Kenyalang itu.
Chua menerusi akaun Twitter memohon maaf kepada warga Sabah kerana tidak dapat hadir ke negeri itu.
Beliau pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada jam 3.30 petang tadi.
“Pegawai imigresen berkata larangan saya ke Sabah oleh ketua menteri masih kekal.
“Saya diiringi oleh pegawai imigresen ke balai berlepas dan menaiki pesawat AirAsia pada 3.30 petang,” katanya menerusi akaun @tianchua.
Chua menyifatkan minggu ini malang baginya kerana bukan sahaja telefon dirampas polis tetapi turut kehilangan rakan seperjuangan, Karpal Singh dan kini dihalang pula memasuki Sabah.
Beliau dihalang memasuki Sabah mengikut Seksyen 65(1) (a) Akta Imigresen 1959/63 di mana pihak berkuasa negeri mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Sabah.

Ngauman terakhir Harimau Jelutong di Parlimen pada 10 April 2014

 
Karpal Singh dikenali kerana ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat sehingga membuatkannya digelar “Harimau Jelutong”.

Malah, dalam penampilan terakhirnya di Parlimen, veteran politik 74 tahun itu nyata tidak mengecewakan walau berucap daripada atas kerusi roda.

“Ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Undang-undang yang utama dalam negara ini bukan standing order. Standing order boleh disuspend-kan. Ada peruntukan. Boleh menggunakan budi bicara. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menggunakan budi bicara itu?

“Ini kali yang kedua di mana kelakuan hakim-hakim ada disebut dalam Dewan yang mulia ini. I, dengan izin to move on similar motion against the chief justice, the former Chief Justice Tan Sri Zaki. Nothing happen.

“Kenapa? Adakah dewan ini takut daripada hakim-hakim? Tidak berani untuk berbahas kelakuan hakim-hakim? So apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua? Jangan main-main, jangan,” katanya.

Kenyataan provokatif terhadap kematian Karpal Singh tidak wajar, kata Kurup


Kenyataan bersifat sensitif dan provokatif terhadap kematian anggota parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh adalah amat tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (gambar).
Beliau berkata kenyataan seumpama itu hanya memburukkan lagi keadaan ketika rakyat Malaysia sedang dalam proses menyuburkan perpaduan antara kaum.
"Walaupun mereka ingin memperoleh kepentingan politik... jangan peralatkan kedudukan yang cukup sedih ini, dan jangan peralatkan agama untuk kepentingan politik.
"Semua orang harus mengelakkan membuat kenyataan yang menyedihkan kerana kita harus hormat mereka (anggota keluarga) yang memang berada dalam keadaan begitu sedih sekali," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis bersama Media Portal dan Online di Kuala Lumpur hari ini.
Karpal, 73, yang juga bekas pengerusi DAP, dan pembantu peribadinya meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi semalam apabila kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Ribuan terus banjiri rumah Karpal beri penghormatan akhir


Yang UMNO Takuti: Karpal Puji PAS, Terima Islam Sebagai Agama Rasmi


Karpal: Samy Vellu akui negara hilang pemimpin besar


Pemimpin Umno, Perkasa patut mohon maaf hina jenazah Karpal Singh

ng sze hanSHAH ALAM, 18 APRIL: Tindakan dua pemimpin UMNO-BN dan Perkasa yang menghina jenazah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh tidak patut berlaku dan amat memalukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata tindakan dua individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan.
“Sebagai pemimpin beragama Islam, dua individu ini harus menunjukkan nilai baik Islam yang menghormati permergian seseorang dan bukan membuat kenyataan yang akan mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mendesak dua individu itu memohon maaf atas tindakan berkenaan
“Saya juga mendesak UMNO dan Perkasa untuk memberi penjelasan atas tindakan dua individu itu,” katanya.
Sze Han berkata, pemergian Karpal bukan menandakan penamat, tetapi semangat perjuangan beliau akan teruskan.
“Saya berharap keluarga Karpal akan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

'Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi' - Dr Ahmad Farouk


Forum kebebasan agama dan hak asasi manusia anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai malam tadi berlangsung 'panas' apabila wakil NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berdepan dengan kritikan oleh penalis dan penonton yang menghadirinya.
 
Walaupun tiada kekecohan tercetus, Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahya diasak hebat dengan bidasan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, celahan hadirin yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya serta soalan sinis penonton.
 
Sebagai penalis yang pertama, Aminuddin menjelaskan Islam memberi dan mengiktiraf kebebasan dalam agama itu tetapi ia mesti terikat dengan prinsip maqasid syariah (tujuan-tujuan agama), iaitu menjaga agama, akal, keturunan, harta dan nyawa. 
 
Katanya, ia berbeza dengan erti kebebasan yang diperkenalkan oleh Barat bahawa keinginan manusia diberi keutamaan dan mengatasi segala-galanya, seperti dalam fahaman humanisme.
 
"Keinginan manusia diberi keutamaan, dihormati dan selagi tidak mengganggu orang lain. (Tetapi dalam Islam) jika seseorang itu buat maksiat, hukuman tidak mengira siapa. 
 
"(Jadi) istilah 'mengganggu' telah diputarbelit. Dengan maksudnya ganggu (dari sudut) fizikal," katanya dalam forum bertajuk "Perjuangan Hak Asasi Manusia: Antara Agama Tanpa Kebebasan dan Kebebasan Tanpa Agama".
 
Menurutnya lagi, kebebasan beragama, dengan bebas memeluk agama dan kemudiannya menukarnya, adalah berasaskan pemikiran liberal, yang dirujuknya sebagai cabang pemikiran agama baru yang cuba merosakkan Islam dan kemanusiaan.

Ibu dicekup bekal dadah pada anak di mahkamah

Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau semalam.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anak lelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamah pada pukul 11.15 pagi.
  
"Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapun kelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas," katanya kepada pemberita di Balik Pulau hari ini.
  
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungan tembakau.
  
Siti Nor Salawati berkata polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.

Kehilangan MH370 iktibar kekuasaan Allah, kata Jais

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengajak umat Islam memikirkan hikmah di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang menunjukkan kekuasaan Allah.
Menerusi khutbah Jumaat hari ini, Jais berkata meskipun dengan teknolongi moden yang digunakan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu namun ilmu pengetahuan manusia tetap terbatas dalam bidang tertentu.
"Al-Quran mengingatkan kepada kita betapa terbatasnya ilmu dan pengetahuan kita. Betapa lemahnya manusia walaupun disertai dengan pelbagai teknologi moden, canggih dan terkini.
"Semuanya ini mengajak kita untuk mengambil iktibar, sedar dan menginsafi betapa besarnya kekuasaan Allah yang maha agung," katanya dalam khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Menginsafi Musibah’.
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendekatan dalam pencarian pesawat MH370 yang tertumpu di selatan Lautan Hindi mungkin akan dilihat semula jika maklumat hasil pencarian yang memasuki hari ke-42 tidak mencapai matlamat.
Katanya, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam perbualan telefon antara Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi semalam.
"Ini tidak bermakna kami akan hentikan operasi mencari tapi ia mengenai bagaimana pencarian dilakukan, mungkin juga di kawasan lain," katanya pada sidang media selepas majlis penghargaan sempena penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Kuala Lumpur semalam.
Jais turut mengecam usaha pencarian pesawat MH370 yang tidak berpandukan syariat Islam seperti menggunakan khidmat bomoh dan sebagainya.
Katanya, segala pertolongan hendaklah diminta hanya kepada Allah dan selain daripada itu hanya akan mengundang kemurkaan dan laknat Allah.

TV3, Utusan Gagal Permohonan Gugur Hakim Rosilah

Umno S'gor ikrar anjur demo jika catuan air berterusan

Noh Omar declares support for hudud in K'tan

15 in Johor quarantined over MERS

Pengebumian penghormatan negeri untuk Karpal

'Kurang mahu berjuang selepas 13 Mei kecuali Karpal' - Lim Kit Siang

DAP litup keranda Karpal dengan bendera parti

Karpal perjuangkan nasib rakyat, tanpa mengira kaum

KUALA LUMPUR, 17 APR: Sebagai menghormati pemergian Karpal Singh, DAP akan menangguhkan semua acara dan majlis di seluruh negara sehingga ke suatu tempoh selepas pengkebumian.
“Semua pejabat DAP seluruh negara akan mengibarkan bendera separuh tiang selama seminggu sebagai mengenang pemergian tokoh besar kita,” kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Guan Eng, DAP juga akan membentuk Jawatankuasa Pengkebumian Kebangsaan diketuai Pemangku Pengerusi Tan Kok Wai, manakala Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengepalainya di peringkat negeri.
“Kedua-dua mereka akan mengumumkan perincian tentang ahli jawatankuasa serta aturcara pengkebumian nanti setelah berunding dengan anggota keluarga Karpal.
“Penghormatan terhadap jenazah akan dimulakan jam 3 petang ini di rumah Karpal di 144A Jalan Utama, Pulau Pinang.
“Jenazah akan diarak pada jam 11 pagi, Ahad, 20 April, ke Batu Gantong Crematorium, Pulau Pinang,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pemergian pemimpin yang berani dan luar biasa seperti Karpal merupakan kehilangan amat besar bukan saja untuk DAP, malah untuk negara, serta sukar untuk dicari ganti.
“Pemergian beliau adalah kehilangan yang sangat besar untuk semua. Negara hilang seorang ahli perundangan pintar, manakala rakyat hilang ‘harimau’ yang gagah membela nasib golongan miskin, kurang berkemampuan dan terpinggir.

Nota hormat buat Karpal


pix for isu karpal ramasamy sudah berakhir

Tidak ada kata-kata yang boleh menggambarkan betapa terkejutnya saya saat mendapat berita pemergian tragis Karpal Singh pada pagi ini. Kematiannya dengan cara sebegitu tidak boleh diterima dan saya merayu supaya siasatan sepenuhnya dijalankan bagi mengetahui sebab kejadian.
Saya teringat waktu yang saya habiskan sewaktu mengikuti latihan dalam kamar di pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur di mana saya bertuah kerana mempunyai beliau sebagai ‘master’ dan mentor saya. Semua orang menyangkakan yang beliau adalah seorang yang serius dengan perawakan yang bengis, terutamanya dengan janggutnya yang putih serta kerjaya guaman dan politiknya yang begitu hebat, sehingga digelar ‘Harimau Jelutong’ kerana sosoknya yang lantang menyuarakan kebenaran tanpa rasa takut atau berpihak.
Ya benar, itu ciri yang paling menonjol; namun kegerunan saya terhadapnya kian menghilang setelah saya mendapati beliau sebenarnya seorang yang lemah lembut dan baik tutur kata.
Saya telah melihat sendiri bagaimana beliau mencurahkan jiwa raganya kepada kerjayanya sebagai peguam. Saya amat kagum dengan beliau yang tidak pernah lemah semangat untuk berkhidmat kepada rakyat meski berdepan kendala terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Acapkali beliau akan meninggalkan Kuala Lumpur untuk pergi ke Pulau Pinang pada hari Jumaat selepas berjumpa klien sehingga lewat malam hanya supaya beliau dapat memberi khidmat kepada kawasan parlimennya.
Sewaktu saya meninggalkan firmanya untuk pulang ke Sarawak, kakitangannya mengaturkan suatu majlis ringkas lewat suatu malam, selepas beliau selesai mesyuarat dengan semua kliennya. Beliau memotong kek bersama saya dan teman-teman, mengucapkan selamat untuk kerjaya masa depan dan kemudian bergurau bahawa mungkin saya akan menjadi Ahli Parlimen Miri seterusnya, siapa tahu. Itulah sekali beliau bercakap tentang politik dengan saya. Dan saya pun tak ambil serius waktu itu. Mungkin sudah takdir saya menyertai DAP dan terlibat dalam politik kemudiannya.

‘Hilangnya satu cahaya di Malaysia’

KUALA LUMPUR, 17 APR: “Dengan pemergian Karpal, hilang satu cahaya di Malaysia,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung rakan seperjuangannya Karpal Singh yang meninggal dunia semalam.
Namun, katanya lagi, cara terbaik mengenang tokoh veteran itu adalah dengan munculnya lebih ramai pejuang untuk mengisi kekosongan dalam perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik.
“Cara terbaik mengenang Karpal adalah dengan munculnya lebih banyak ‘cahaya’ untuk menerangi Malaysia, terutama dalam soal keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Kit Siang percaya perjuangan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu telah berjaya menyentuh ramai orang berdasarkan ucapan-ucapan takziah yang mengalir tanpa henti sejak berita pemergiannya.
“Seluruh Malaysia bersama-sama keluarga Karpal berduka dengan pemergian seorang pahlawan. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan majoriti yang tidak pernah bertemu dengan Karpal terkejut dan dengan pemergian tidak dijangka ‘Harimau Jelutong’ dan menganggapnya sebagai kehilangan peribadi.
“Inilah bukti bagaimana perjuangannya demi keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi lebih empat dekad telah menyentuh kehidupan mereka,” katanya lagi.

"Jika ini pidato terakhir saya" - Anwar


Anwar menandatangani buku ucapan takziah di kediaman Karpal di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang.
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Permatang Pauh supaya bangun menjadi benteng amanah dan ketelusan negara dan tidak mudah menggadaikan pronsip kepada Umno dan BN sekiranya beliau dipenjarakan buat kali kedua.
Menurutnya, jika ditakdirkan semalam adalah pidato terakhir beliau di Permatang Pauh, Anwar mahu jentera Pakatan Rakyat diperkemaskan bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) kawasan parlimen itu.
Berucap di pentas Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini, beliau tidak menolak kemungkinan akan dipenjarakan jika rayuannya dalam kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendapat maklumat bahawa BN sudah mempersiapkan jentera untuk berhadapan dengan PRK Permatang Pauh seandai dirinya didapati bersalah serta dipenjarakan.
"Andai kata Allah SWT uji kita dengan isu ini, saya mahu anda di Permatang Pauh bangun sebagai benteng mempertahankan amanah daripada penyangak Umno dan BN yang terlalu ghairah mahu merampas sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," tegasnya di hadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar lagi, keseluruhan konpirasi yang dilaluinya pasti terjawab suatu hari dan pasti terdedah satu persatu.

Karpal susah hati, sedar konspirasi mahu penjara Anwar

SONY DSC
SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.
“Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara Anwar.
SONY DSC“Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, ” ini antara kata-kata yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan tersebut.
Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.
Anwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.
Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.

DUN Selangor dilanda keracunan makanan


Speaker DUN Hannah Yeoh berkata pihaknya menerima aduan mengenai keracunan makanan yang bukan sahaja melibatkan wartawan, tetapi turut menjejaskan Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, staf Dewan dan pejabat Speaker. – Gambar The Malaysian Insider, 18 April, 2014.  
Speaker DUN Hannah Yeoh berkata pihaknya menerima aduan mengenai keracunan makanan yang bukan sahaja melibatkan wartawan, tetapi turut menjejaskan Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, staf Dewan dan pejabat Speaker. – Gambar The Malaysian Insider, 18 April, 2014.

Kira-kira 20 orang yang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor termasuk Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan warga media mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit, dipercayai keracunan makanan.
Rata-rata yang mengalami tanda-tanda terbabit mengesyaki kejadian berpunca daripada lauk makanan tengahari yang disediakan pembekal katering DUN semalam.
Antara menu yang disediakan semalam adalah nasi putih, ikan goreng berlada, gulai ayam, gulai pucuk paku, dan buah-buahan.
Speaker DUN Hannah Yeoh berkata, pihaknya menerima aduan mengenai insiden terbabit bukan sahaja daripada wartawan, tetapi turut menjejaskan Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, staf Dewan dan pejabat Speaker.
"Kami minta maaf, kami sendiri pun menjadi mangsa," katanya pada sidang media di lobi DUN hari ini.
Hannah berkata, beliau sendiri mengalami simptom perut kurang selesa sejak malam semalam sehingga pagi tadi.
"Kita sedang siasat jika ada kes serius sehingga dimasukkan ke hospital, tetapi setakat ini tidak ada.
"Sudah bertanya dengan Adun tetapi mereka tidak kena," katanya.

Saman Fitnah: Pesuruhjaya kehakiman tolak permohonan utusan supaya tarik diri

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Dalam penghakiman, Rosilah berkata saman itu tidak mempunyai kaitan dengan kes saman Anwar terhadap penulis blog 'Papagomo' yang diputuskannya sebelum ini dan ia akan melibatkan saksi serta fakta berbeza.
Katanya, isu berat sebelah juga tidak akan timbul dalam kes saman itu kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perbicaraan penuh dan hujah kedua-dua pihak.
Selain syarikat itu, turut membuat permohonan sama ialah Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Rosilah menolak permohonan itu dengan kos RM5,000 dan membenarkan permohonan Utusan dan Abdul Aziz untuk menangguhkan kes tersebut sehingga Isnin ini untuk membolehkan peguam mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 14 April lalu, Utusan dan Abdul Aziz memfailkan permohonan itu kerana mendakwa akan timbul isu berat sebelah.

Pembelaan Anwar dalam dakwaan liwat tidak berwibawa, kata Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat memutuskan kenyataan ketua pembangkang itu di kandang tertuduh tidak berwibawa kerana ia adalah penafian kosong.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Anwar semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan.
"Satu pembelaan berwibawa adalah seseorang menjawab bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Ia juga penting untuk tertuduh (Anwar) menjelaskan kesnya," kata penghakiman setebal 85 muka surat itu.
Dalam perbicaraan jenayah, tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan daripada kandang saksi, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh atau berdiam diri.
Penghakiman itu menyatakan penting bagi Anwar mengemukakan keterangan untuk menjawab dakwaan dalam pertuduhan ke atasnya.
"Dalam kes ini, tertuduh tidak pun menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa tersebut dan tarikh seperti dalam pertuduhan itu," kata penghakiman.
Pada 7 Mac, barisan hakim yang diketuai Balia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua umum PKR itu bagi membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar pada tahun 2012.

Karpal Singh Yang Macai & Barua Umno@BN Tidak Tahu..!!!

Pemergian pemimpin yang berani dan luar biasa seperti Karpal merupakan kehilangan amat besar bukan saja untuk DAP, malah untuk negara, serta sukar untuk dicari ganti.

“Pemergian beliau adalah kehilangan yang sangat besar untuk semua. Negara hilang seorang ahli perundangan pintar, manakala rakyat hilang ‘harimau’ yang gagah membela nasib golongan miskin, kurang berkemampuan dan terpinggir.

“Ketiadaan beliau meninggalkan ruang kosong yang besar dalam kehidupan keluarganya dan semua warga Malaysia.

“Buat Karpal, DAP berkongsi kesedihan dan menyampaikan rasa simpati serta ucapan takziah tidak terhingga”.

Karpal adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Jelutong selama 8 penggal, selain pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kedah dan Pulau Pinang untuk empat penggal, bermula dari 1974.

Dalam sejarah perjuangannya menegakkan keadilan selama 40 tahun, Karpal pernah ditahan selama 18 bulan dalam Operasi Lalang, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988.

Kemalangan pada 2005 telah menyebabkan beliau lumpuh dari bahagian pinggang ke kaki.

Namun, dengan semangat tidak menyerah kalah, kelumpuhan itu diatasi dan perjuangan bersama DAP untuk membentuk Malaysia yang lebih baik diteruskan.

“Tiada penindasan mampu membuatkan Karpal lari daripada perjuangan membentuk negara untuk bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.”

* Yang Menghantar Surat 'Menghalang Enakmen Hudud' Dikuatkuasakan Di Kelantan, Namanya Bukan Karpal Singh, Kata TG Nik Aziz
* Status Twitter Daripada Imam Muda Asyraf, Mungkin Ini Satu Penghargaan Dan Kenangan Daripada Karpal Singh Buat Imam Muda Asyraf





Hadirin ceramah Reformasi 2.0 Pulau Pinang bertafakur seminit untuk Karpal

Karpal_Singh
SEBERANG JAYA 18 APR: Kira-kira lima ribu hadirin di ceramah Reformasi 2.0 peringkat Pulau Pinang malam tadi bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor.
Kisah riwayat hidup dan penglibatan Karpal menegakkan keadilan dalam sistem kehakiman negara turut dipaparkan untuk tontonan di skrin besar.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dalam ucapan beliau turut menzahirkan simpati
Katanya, kehilangan Karpal amat dirasai. Keberanian semasa hayatnya menentang kezaliman Umno-BN auntuk menegakkan keadilan di negara ini.
Lebih 5,000 hadir ke program Reformasi 2.0 di Seberang Jaya,  malam tadi“Kehilangan beliau bukan saja kepada keluarga dan partinya, tetapi juga kehilangan besar kepada Pakatan Rakyat dan seluruh negara.
“Beliau seorang yang berani untuk memperbetulkan institusi yang tidak adil dengan penuh semangat juang, sanggup berkerusi roda walaupun kudrat yang terbatas bagi menentang kezaliman,” jelas Mansor.
Lebih 5,000 hadir ke program Reformasi 2.0 di Seberang Jaya, malam tadi
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam ucapannya berkata, Karpal sedar banyak hakim-hakim yang tidak telus dalam melaksanakan sistem keadilan khususnya yang melibatkan perbicaraan terhadap pimpinan pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun pada tahun 70 dan 80-an suara Karpal tidak begitu didengari, namun selepas 1998 apabila Reformasi bergema, pembelaaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Karpal, suaranya sudah semakin didengari.
“Kehilangannya amat terasa oleh parti dan juga rakyat yang menentang kezaliman kerajaan Umno-BN, ” kata Rafizi lagi.