Rabu, 16 April 2014

Azmin evokes historical revolutionaries, kicks off Keadilanraya campaign

'Something' Keluar Dari Qubul, Tapi Bukan Kentut Tau! - Ustaz Azhar Idrus

Adakah HANTU Wujud? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SUAMI Mengharapkan Harta ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ambil WUDUK Tak Jaga AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Hanya Dengar Kesusahan Umat ISLAM Negara Lain - Ustaz Azhar Idrus

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

PETALING JAYA 16 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak yang memanipulasi kenyataan beliau menerusi teks asal yang diterjemahkan dalam akhbar China, Southern Weekly, 5 April lalu.
Tegasnya lagi, Najib tidak seharusnya memutarbelitkan kenyataan, sebaliknya menjawab soalan utama berhubung kehilangan pesawat MH370 seperti radar Markoni yang tidak boleh mengenal pasti laluan pesawat.
“Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalahtafsir kenyataan saya.
“Dia tak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370. Tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai ‘sesaat’ ini. Mereka sepatutnya jawab soalan pokok MH370.
“Mengapa radar Markoni yang dipasang dengan peralatan canggih tidak dapat mengenal pasti laluan pesawat jam 1 pagi yang menghala ke Lautan China dan patah balik ke ruang udara Malaysia melalui lima negeri dan tak dapat dikesan,
“Kalau ini berlaku, ini satu kecuaian dan menjejaskan kseamatan negara.
“Ini yang sepatutnya Perdana Menteri kena jawab,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bernama semalam melaporkan Najib dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.

Hudud: Ibrahim Ali laksana tin kepek..

Benarlah kata orang lidah tidak bertulang boleh cakap apa saja sama ada apa yang diucapkan itu betul atau tidak. Orang yang cakap ikut sedap mulut juga selalu nampak anak kuman kurus di seberang laut tetapi tak nampak ibu gajah bunting yang bertenggek di birai mata.


Inchek Ibrahim Ali.
Perumpamaan itu tepat untuk ditohok ke atas belakang Incek Ibrahim Ali yang hendak tunjuk 'agah dan helenan' dengan memaki hamun pemimpin DAP dan PKR yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan hendak mengemukakan undang-undang persendirian di parlimen bagi membolehkan Kelantan laksanakan hukum hudud.

Kata Inchek Ibrahim tindakan pemimpin DAP dan PKR itu yang mempersoalkan hasrat kerajaan Kelantan itu sebagai biadap. Hukum hudud wajar dilaksanakan di Kelantan memandangkan negeri itu 95% orang Melayu beragama Islam, huajahnya. DAP tidak ada langsung di Kelantan, dan tidak berhak bercakap fasal hudud, katanya.

Orang sudah tidak laku gadai begitulah lagaknya. Dia akan bercakap apa sahaja dia nak cakap dan mencuri isu yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Apakah halnya pulak Ibrahim nak campur fasal hudud. Selama ini apakah sumbangan beliau untuk melaksanakan hukum hudud? Semasa menjadi wakil rakyat atas ehsan Pas (2008 - 2013) berapa kali dia mengemukakan private bill untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan?

Dari segi moral politik, DAP dan PKR lebih baik berbanding dengan Ibrahim. DAP dan PKR tidak pernah kencing kerajaan Kelantan. DAP tidak pernah buat huduh kepada kerajaan Kelantan dan pemimpin Pas. Tetapi sejarah telah merakamkan, Ibrahim bukan setakat bagi 'kentut kepal' kepada Tokguru Nik Aziz tetapi dia lontar 'tahi' dalam jabir plastik gelenyer.

Barang kali Ibrahim lupa apa yang dia telah lakukan kepada kerajaan Kelantan sebelum ini. Kalau dia ingat dia tak tergamak untuk bercakap fasal Pas. Juga lupa kepada budi dan ehsan Pas kepadanya yang beri pinjam lambang Pas dan menang di Pasir Mas. Apakah balasan Ibrahim kepada budi Pas itu? Apakah beliau pernah bangkit memperjuangkan hukum hudud? Tidak payah pergi jauh, janjinya kepada saya untuk membantu arwah Ustaz Ismail Nuh yang memberi laluan  dia bertanding di Pasir Mas, pun masih belum ditunaikan.

Bantah TPPA: M’sia must discuss its fears with Obama

Will Malaysia waver on the terms and sign TPPA when Obama comes visiting later this month?

TPPA NEWPETALING JAYA: An anti-TPPA movement today expressed its fear that the government would embrace the contentious Investor State Dispute Settlement (ISDS) clause and sign the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).
“President Barack Obama will be visiting Malaysia at the end of this month and there is a general fear that this will cause the government to agree with ISDS,” said Bantah TPPA chairman Mohd Nizam Mahshar in a press conference today.
In concurring with his statement, Malaysian Aids Council policy manager Fifa Rahman added: “However, we fear this will not be in our favour”.
TPPA is a secretive free trade agreement made to tie 12 countries with the United States as the head to a restrictive global law that will dictate trade terms from medicines to internet use.
The TPPA which has been in negotiations since 2008 has received protest from all the countries involved in the ongoing negotiations.
To date, the TPPA negotiation is still shrouded in secrecy and is lacking in transparency. Even the Ministry of Trade and Industry (MITI) has gone on record to affirm that notion.
Fifa further reiterated that lack of synchronised information from the various governments and bureaucrats has led to more discrepancies on the matter.
“At first they (government) want to stand their ground on the matter, but now, they want to negotiate. However, I have received different information on that matter,” she said.
Adding to that, Nizam claimed that although Miti was apologetic, the ministry has not done anything to resolve the problems.

MH370: Sea Dragon and other probes that can go deeper may take over if mini-sub fails, says CNN

The search for Malaysia Airlines flight MH370 is nearing the end of its 40th day without any significant development and CNN aviation consultant Mary Schiavo said underwater probes which can go deeper may be deployed if current efforts using a high-tech mini-submarine fails.
The mini-submarine or autonomous underwater vehicle (AUV), known as Bluefin-21, is currently scouring the Indian Ocean seabed after two previous attempts ended prematurely.
The Joint Agency Coordination Centre (JACC) in Perth said today in a statement that the mini-submarine was forced to resurface this morning to rectify a technical issue.
While on deck, its data was downloaded but there were no significant detections.
The Bluefin-21 has since been deployed for the third time.
"If the Bluefin cannot bring back the kind of sonographic images they (search authorities) want and the information that they want, then they're going to have to move on to the next level of vehicles with names like Alvin, Remora and the Sea Dragon, and those can go deeper," she said in a report on the global news network.
"The Sea Dragon can go down to 7,000 metres. And that is the next step that you have to do, go down to that level in a different kind of vehicle."
The mini-submarine was deployed for the second time last night from the Australian navy ship, Ocean Shield, after its first mission on Monday had to be aborted after six hours following a breach in the machine's maximum operating depth, the US navy had said.
Data from that first dive also showed nothing of interest.
Today, the Australian Maritime Safety Authority had planned a visual search area totalling approximately 55,151 square kilometres, the JACC statement said.
Up to 11 military aircraft, three civil aircraft and 11 ships were involved in today's search.
The centre of the search areas lies approximately 2,087 kilometres northwest of Perth.
Here, the CNN report looks at some issues related to the latest search efforts.
Why are they not listening for pings from MH370's flight recorders anymore?
Because the batteries powering the boxes' locator beacons are probably dead, according to the manufacturer and other experts.
The batteries were supposed to last at least 30 days, and the plane has now been missing for 40 days.
The batteries could have continued powering the beacons for a few more days but would almost certainly have run out by now.
Searchers using devices to listen for the pings went six days without hearing anything, so they are now focused on the underwater search.
What happens if they find the black boxes?

MH370: Mengapa Susah Dicari?

Memasuki hari ke-40; tiada sebarang tanda di mana pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru yang hilang kurang satu jam selepas berlepas daripada KLIA pada 8 Mac menuju Beijing, China.
Hanya satu perancangan rapi sahaja, menyebabkan pesawat itu sukar dicari. Kalau ianya kemalangan biasa, sudah tentunya tidak akan terjunam di lokasi yang terlalu jauh melencong daripada lokasi asal.
Melihat cara pesawat itu hilang, memang satu perbuatan manusia. Alat komunikasi pesawat dipadam selang 14 minit, bermula pada 1.07 pagi kemudian 1.21 pagi. Pesawat hilang daripada radar awam 1.30 pagi; meskipun dikesan radar tentara pada 2.15 pagi 320km utara Pulau Pinang. Data ini yang digunakan bahawa pesawat itu berpatah balik, dan kemudian meneruskan penerbangan di lokasi terpencil, lautan yang terdalam.
Hanya perbuatan manusia sahaja yang membolehkan pesawat mengubah-ubah ketinggian dan mengubah-ubah laluan serta mengubah-ubah kelajuan. Kalau autopilot, tidak akan berlaku demikian.

Respon Berita Tidak Tepat, Mana Pegawai, Penasihat Dan Con-Setan Najib..??

Untuk menunjukkan kerajaan pimpinannya sentiasa bertanggungjawab dalam misi pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan beliau pula tidaklah seteruk yang disangka, Perdana Menteri, Najib Razak segera menyelar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan kemelut itu hanya dalam satu saat.

Kata Najib, kenyataan Anwar yang disiarkan dalam majalah Southern Weekly itu langsung tidak masuk akal dan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat negara ini.

"Maka kalau ada yang mendakwa konon kalau dia diberi kuasa, dia boleh cari pesawat MH370 yang hilang itu, ia memanglah tidak masuk akal sama-sekali, malah boleh dikatakan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat secara keseluruhannya," ujar Najib di perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, semalam.

Secara logiknya, akal waras sesiapa pun tidak mempercayai Anwar boleh mengeluarkan kenyataan seangkuh itu memandangkan beliau bukanlah pemimpin taraf hingusan yang boleh memberi kenyataan tanpa berfikr panjang terlebih dahulu, kecualilah jika beliau sudah benar-benar hilang akal.

Ini kerana apalah yang boleh dilakukan dalam tempoh satu saat, meneguk segelas air pun memerlukan tempoh masa lebih lama daripada itu.

Selain itu, ada yang menpertahankan Anwar bahawa ungkapan satu saat itu sebenarnya hanyalah kiasan untuk menunjukkan hanya tempoh singkat diperlukannya menyelesaikan krisis kehilangan pesawat yang sudah lama berlarutan itu.

Setelah diselar Najib, lantas Anwar segera bingkas dan membidas balik kenyataan Perdana Menteri itu dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri telah memberi respon berdasarkan terjemahan yang salah serta mengelirukan. Terjemahan kenyataan Anwar daripada majalah itu dipercayai dilakukan oleh Bernama.

Anwar: Salah seorang calon Presiden PKR bakal tarik diri

anwar n azizah mumbai picPETALING JAYA, 16 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berkemungkinan salah seorang calon bakal menarik diri sebagai calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum pemilihan berlangsung.
Anwar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pendaftar Persatuan (ROS) kini cuba mengekang beliau dan membayangkan hal itu adalah strategi yang bakal diambil.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bakal menarik daripada mencabar isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pemilihan parti ketika berdepan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara.
“Kalau Anwar kekal, Azizah tarik diri. Kalau Azizah kekal, Anwar tarik diri. Kami pasukan yang ‘utuh’ (formidable).
“Hidup mati kami bersama,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, institusi kehakiman digunakan dengan membuat keputusan cepat berhubung kes Fitnah II yang dihadapi beliau sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dilangsungkan.
Kesan daripada itu, Anwar diisytiharkan tidak layak bertanding sebelum penamaan calon berlangsung dan menyaksikan Wan Azizah menggantikannya.

Darul Runtuh: Belanja baiki stadium runtuh boleh bina stadium baru



KUALA TERENGGANU: Peruntukan RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, dekat sini boleh disifatkan sebagai satu skandal, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Menurut beliau, peruntukan yang besar bagi kerja-kerja membaik pulih adalah tidak wajar kerana ia boleh membina satu stadium baru.
Beliau kesal kerana stadium asal yang berharga lebih RM300 juta itu hanya sempat diguna kurang dua tahun sebelum bumbungnya runtuh.
“Bertahun-tahun kita menanggung malu, rakyat menanggung beban, peminat-peminat sukan bolasepak terpaksa bersesak-sesak menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu akibat stadium baru terpaksa diperbaiki,” katanya ketika membahas Titah Ucapan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Persidangan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-13, baru-baru ini.

Saman Fitnah: Peguam Umno ahli lembaga pengarah anak syarikat FGV

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menyaksikan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar) beberapa kali tersasul memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebagai "Ahmad Maslan".

Datuk Ahmad Maslan merupakan Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan.

Maslan pernah mengakui wujudnya transaksi penjualan minyak sawit oleh anak syarikat plaintif, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd dengan salah satu rangkaian syarikat antarabangsa Bunge iaitu Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd.

Perbicaraan bagi kes saman fitnah Felda terhadap Mazlan yang masuk kali keenam sejak 18 Disember 2013 itu dikemukakan pihak Felda ekoran pembongkaran Anak wujudnya urusniaga antara agensi itu dengan Israel.

Sementara itu, Mazlan sebagai defendan pertama sempat memberitahu Hakim Lee Hen Chong bahawa Hafarizam dilihat mempunyai kepentingan dengan Felda apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Pendedahan Mazlan itu dibuat ketika perbicaraan bersambung di sebelah petang ekoran asakan Hafarizam yang cuba mengaitkan pendedahan Mazlan itu dengan motif kepentingan politik peribadi.

Pernyataan saksi pihak defendan menyebut syarikat Bunge mempunyai kaitan dengan negara haram Israel.

Polis ‘jadi provokatif’ semasa berbincang, kata penganjur perhimpunan 1 Mei


Menjelang protes Hari Pekerja dan GST, polis memanggil penganjur untuk "berbincang" berkenaan perkara itu memandangkan Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis 10 hari diberikan untuk penganjuran demonstrasi.
"Polis berkata mereka menjadi proaktif, kami diingatkan untuk memberikan notis 10 hari untuk perhimpunan," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan (gambar) hari ini.
Beliau berkata polis juga ingin mengetahui program perhimpunan tersebut dan juga program yang dianjurkan sempena perhimpunan.
Keputusan polis itu dibuat selepas tindakan awal memindahkan lokasi perhimpunan lain  menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Antaranya termasuklah Himpunan Black 505, yang menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang dikenakan tindakan atas kesalahan perhimpunan haram.

Arutchelvan berkata, polis ingin tahu lokasi dan aktiviti yang akan dilakukan ketika perhimpunan tersebut.
"Kami maklumkan ia akan dilakukan di hadapan KLCC dengan ucapan daripada wakil pertubuhan awam dan berarak ke Dataran Merdeka. Kami akan berkumpul di sana," katanya.
Polis juga katanya turut meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  sedang melakukan kerja naik taraf di sana.
"Kami berkata Dataran Merdeka amat penting namun kami akan membincangkan perkara itu. Setakat ini, Dataran Merdeka adalah pilihan kami," katanya.

Arutchelvan ditemani penasihat undang-undang dalam pertemuan bersama polis hari ini yang mengambil masa sekitar sejam di IPD Dang Wangi bersama Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid termasuk beberapa anggota polis lain.
"Pegawai polis berkata mereka mahu tahu perkara itu bagi meletakkan anggota untuk mengawal keadaan," katanya.

Pemimpin KEADILAN Johor, aktivis Bersih didakwa bawah PAA

#BebaskanAdamAdliJOHOR BAHRU 16 APR: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dalam kenyataan memakumkan polis Johor telah membuka semula dakwaan keatas empat individu yang menyertai ‘candle light vigil’ untuk Adam Adli pada Mei 2013 di Johor Bahru.
Empat individu itu termasuklah Thomas Fann, Naib Pengerusi Bersih 2.0 Zon Selatan, penyelaras parlimen KEADILAN Tebrau, Steven Choong, bekas calon KEADILAN DUN Tanjung Puteri, Mohd Salleh Ahmad dan Koh Jit Huat.
“Kes ini sekali lagi menunjukkan bagaimana akta zalim digunakan untuk menafikan hak seorang rakyat.
“Akta yang tidak seindah namanya ini ternyata bertentangan dengan Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun dan berpersatuan.
“Perhimpunan solidariti untuk Adam Adli berlangsung tidak sampai setengah jam dan tidak menimbulkan sebarang gangguan, huru-hara mahupun kerosakan,” kenyataan Bersih dipetik.
Dakwaan ke atas empat individu tersebut di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun di tempat larangan dan Seksyen 9(1) kerana tidak memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebagai penganjur.

Hudud: Pemimpin PR jangan terperangkap serangan provokasi Umno

UMNO BN 55PETALING JAYA, 16 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) akan mendengar penerangan Enakmen Jenayah Kelantan II yang menyentuh soal cadangan pelaksanaan hudud dan akan dibentangkan pemimpin Kerajaan Kelantan dalam Mesyuarat PR akan datang.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PR menghormati enakmen yang dilulusskan pada tahun 1993 itu walaupun dibuat sebelum gabungan PR ditubuhkan.
Katanya, pendengaran dan penerangan secara adil perlu dibuat dan PAS perlu diberikan ruang berhubung isu berkenaan.
“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan PR. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum PRditubuhkan.
“Ini inisiatif Umno untuk alih isu kelemahan mereka. Bagaimana ingin laksana hudud jika mereka (Umno) tetap adakan kasino,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Tegasnya, sistem mahkamah syariah sedia ada perlu diperbetulkan tanpa ada campur tangan politik seperti yang dihadapinya dalam kes Fitnah II yang sehingga kini tidak berjaya didengar di mahkamah terbabit.

MH370: Media AS persoal peranan China


Media Amerika Syarikat hari ini membangkitkan persoalan berhubung kesan daripada penyertaan pasukan China dalam operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi, yang didakwa membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Antaranya, Wall Street Journal yang menyebut, walau China “bersemangat” untuk mencari pesawat tersebut, pasukan itu terlepas dari menyertai satu mesyuarat untuk menyelaras operasi.

Mesyuarat tersebut diadakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Singapura untuk merangka pelan serantau untuk usaha pencarian melibatkan pelbagai negara dalam kes pesawat terhempas.

China sudahpun dua kali gagal menghadiri mesyuarat tersebut.

“Sejak pesawat (MH370) hilang hampir 40 hari lalu, orang yang terlibat dalam operasi berkata China terbukti sebagai pihak pertama memberi maklumbalas dengan bersemangat, walau kadangkala terlalu yakin, tidak tersusun dan tidak betul.

“Sebagai pihak luar kepada pakatan ketenteraan dan politik yang terbina sejak berdekad lalu oleh Washington, China menuntut maklumat dalaman tetapi menunjukkan minat yang kurang mengenai gabungan 26 negara,” laporan itu dipetik.

Hudud: Cukup dengan kenyataan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penjelasan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung persoalan hudud semalam sudah memadai setakat ini.

Beliau berkata, dengan penjelasan Presiden PAS itu, beliau dan juga pimpinan PAS yang lain tidak perlu lagi melangkaui untuk mengulas lanjut perkara itu.

"Cukup dengan kenyataan Presiden PAS itu dan saya mendukung penuh kenyataan itu," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika diasak wartawan media arus perdana agar mengulas isu itu dalam konteks pendirian parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Terdahulu, pada sidang media itu beliau membangkitkan isu penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bercakap kepada Harakahdaily selepas itu, Mahfuz bagaimanapun berkata, pihak PAS sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu itu kepada semua pihak.

"Yang penting Umno itu sendiri perlu mengotakan janji untuk menyokong sebarang langkah yang kita ambil dalam isu ini," kata beliau.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya pemberita berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mahathir, Najib paling keras menentang dan hina hudud

KUALA LUMPUR 16 APRIL: Ketika pemimpin Umno menyatakan sokongan kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, semakan mendapati parti itu paling keras menentang pelaksanaan hukum tersebut, sejak tiga dekad lalu.
Malah kenyataan dikeluarkan pemimpinnya seperti Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih banyak menghina undang-undang itu.
Antaranya kenyataan Mahathir pada 3 Mac 1994 kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan yang mendakwa ‘Hukuman rejam kepada penzina adalah primitif”
Dalam satu perjumpaan dengan ketua Umno di Johor pada 30 April 1992, Mahathir mengatakan “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”
Selain itu,  bekas presiden Umno itu juga mendakwa sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam, dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan, pada 14 Ogos 1994.
Malah Mahathir juga menyatakan “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini” pada majlis yang sama.
Dalam satu temubual pada 18 Ogos 1991,  beliau berkata perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila dipotong tangan, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan hukuman berkenaan.
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup. Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” katanya dipetik dalam majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan pada 1997.

Anwar Ibrahim: Position Of PAS Must Not Be Confused With Series Of UMNO's Provocation

(MH370) Anwar Ibrahim: We Made A Major Blunder From The Beginning

For families of MH370, an agonizing wait

Relatives of Chinese passengers onboard MH370 walk out of video-meeting with Malaysian officials

PKR polls: Either Azizah or I will pull out, says Anwar

Pemilihan 2014: JPP PKR Umum Jumlah Pencalonan Paling Tinggi

Anwar Dakwa BN Sebuah Parti Tidak Berpendirian

Anwar: Umno bangkit hudud lupa kasino

Anwar Ibrahim: Umno Tidak Ada Alasan Moral Untuk Membicarakan Hudud

PAS KONSISTEN DENGAN HUDUD - TGHA

(MH370) Anwar Ibrahim: Disgusted With Najib Refusing To Respond To Questions On MH370 Disappearance

MH370: Najib putar belit, kata Anwar

MH370: Persoalan Utama Masih Belum Dijawab

MH370: K'jaan dilihat berkredibiliti jika berterus terang

MH370: PAS sedia tawar khidmat pakar aero-angkasa

PAS pertikai peranan MyEG dalam kutipan GST

Hudud : Hormat walau beza pendapat, bukan terus tolak seperti Umno

PETALING JAYA 16 APRIL : Selaras kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berhubung ketetapan untuk melaksanakan hudud di Kelantan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat.
Anwar_IbrahimKata Anwar, pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan undang-undang tersebut di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan diantara Pas, DAP dan KEADILAN.
“Mesyuarat perakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993, sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. KEADILAN dan Pas menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini,
“Walaupun isu ini ada perbezaan, tapi di Kelantan, KEADILAN dan Pas berikan pertimbangan kerana dah luluskan lama.
“Kita tahu DAP berbeza pendirian mereka. Tapi ia tidak menghalang.
“Malah Menteri Besar Kelantan setuju beri penerangan dengan lebih jelas berhubung hudud kepada pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Anwar mengulas kenyataan Hadi semalam yang dikatakan akan melaksanakan hudud di Kelantan.
Jelasnya lagi, walaupun sebelum ini perlaksanaan tersebut mendapat tentangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, Anwar berkata pendirian parti itu perlu dihormati sebagai sebuah parti Islam yang memperjuang serta menegakkan syariah termasuk inisatif yang dilakukan sejak 1993.
“Ini berbeza dengan inisiatif Umno. Umno menggunakan isu ini untuk mengalih pandangan dari isu rasuah, kelemahan dalam mengurus negara termasuk MH370.
“Ada tokoh Umno jerit isu hudud, tapi diam isu Kasino. Bagaimana kita nak bicara soal hudud dalam masa sama diam dalam isu kasino? Orang Umno tidak jawab isu ini.

Umno tidak ada alasan moral masuk campur isu Hudud, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan pemimpin Umno tidak mempunyai alasan moral untuk masuk campur dalam isu hukum Hudud.
Umno Kelantan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud yang dibentangkan kerajaan PAS negeri Kelantan.
"Umno tidak ada alasan moral untuk membicarakan Hudud," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dilaporkan bakal membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi mendapatkan restu untuk pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak, khususnya daripada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP dan komponen Barisan Nasional (BN) MCA.
Usul tersebut menyebabkan pertikaian dikalangan parti PR, memandangkan konsensus Hudud tidak berada dalam Buku Jingga gabungan pembangkang tersebut.

Hormati nilai demokrasi di Kelantan

Oleh DR RIDUAN MOHD NOR
PAS dijangka akan membentangkan usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan.

Ia telahpun diluluskan oleh Sidang Dun Kelantan dan langkah membawa usul ke Parlimen adalah langkah susulan bagi memastikan pelaksaannya kelak benar-benar terjamin tanpa halangan oleh mana-mana pihak.


Dijangkakan usul ini akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan PAS telah pun bersedia menghadapinya.

Usul ini akan menjadi suatu sejarah di negara ini bahawa setelah berpuluh tahun merdeka, syariat Islam bakal terlaksana di Kelantan. Atau juga sebaliknya menjadi sejarah moden bahawa sebuah negara umat Islam yang majoritinya beragama Islam menolak Syariat Islam di negaranya sendiri.

Sejauh mana kekuatan PAS untuk disokong oleh majoriti Ahli Parlimen juga akan dilihat dalam usul yang akan dibentangkan nanti.

Paling penting, umat Islam di negara ini akan menjadi saksi bahawa PAS pernah berusaha membentangkan undang-Undang Syariat Islam di Parlimen untuk diaplikasikan manakala dunia Islam pula akan menjadi pemerhati benarkah Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen atau sebaliknya.

Memulihkan MAS ‘Demi Rakyat Dan Negara’

Oleh Ng Kee Seng
Pentadbiran yang tidak cekap dan tidak dipertanggungjawabkan tidak boleh dibiarkan sahaja atas apa-apa sebab sekalipun, dan ini termasuklah Penerbangan Malaysia (MAS).
Dapat difahami mengapa media cetak arus perdana pro-kerajaan mempertahankan MAS, tetapi ia perlu dilakukan tanpa menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Ya! “MAS has done much good for country” (MAS telah membawa banyak kebaikan untuk negara) (NST 14April 2014). Tetapi itu bukannya alasan untuk merelakan pentadbiran yang lemah dan tidak cekap. Tidak kira bagaimana NST cuba mempertahankan MAS, aspek kewangan masih penting bagi mana-mana perniagaan. Ini terutamanya apabila syarikat penerbangan udara negara negara itu kerugian wang kerana kebocoran yang tidak boleh diterima.
Perolehan barangan dan perkhidmatan yang dilakukan MAS, terutamanya penyediaan makanan dalam penerbangan, dilakukan pada harga yang terlalu tinggi yang menguntungkan kroni sehingga beratus-ratus juta ringgit setiap tahun.
Seorang kolumnis NST menulis: "Adalah mudah untuk mengkritik. Ia adalah lebih sukar untuk menawarkan alternatif. Seperti yang dijangka, semua jenis teori telah dicadangkan untuk menerangkan kehilangan. Tiba-tiba kami melihat ramai pakar datang muncul berkongsi pandangan mereka mengenai kejadian itu. Permainan saling menuduh juga semakin rancak."
Tetapi adakah MAS dan kerajaan persekutuan telah mengendahkan alternatif, seperti membatalkan kontrak pembekal yang mengaut keuntungan tidak masuk akal dan keterlaluan?
Masalah kewangan MAS adalah disebabkan oleh ketirisan, yang mengakibatkan kerajaan persekutuan terpaksa menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan wang cukai.
Kolumnis NST juga menulis: "Patutkah MAS dinilai hanya melalui keuntungan? Bagi saya MAS tidak harus dinilai hanya melalui keuntungan. Sudah tentu adalah lebih baik jika syarikat penerbangan kebangsaan ini untung. Tetapi syarikat penerbangan nasional ini harus dinilai lebih kepada sumbangan keseluruhannya bagi ekonomi negara..."

Penswastaan MAS akan kos Khazanah RM1.18 bilion


Tragedi pesawat MH370 memberi sumbangan negatif kepada kewangan MAS tetapi syarikat penerbangan itu dijangka berprestasi lebih baik tahun depan. Gambar fail.Tragedi pesawat MH370 memberi sumbangan negatif kepada kewangan MAS tetapi syarikat penerbangan itu dijangka berprestasi lebih baik tahun depan. Gambar fail.Kemungkinan penswastaan Malaysia Airlines akan menyebabkan pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd, menanggung kos RM1.18 bilion, mengandaikan premium 10% pada harga saham semasa, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).
"Dengan mengandaikan perniagaan yang menguntungkan diasing dan disenaraikan secara berasingan dengan Khazanah melepaskan 30% pegangan, Khazanah akan mendapat balik RM1.25 bilion tunai," kata bank pelaburan itu dalam satu nota hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, saham MAS mencatat harga paling rendah dan ia menaik taraf kedudukannya kepada 'pegang' daripada 'jual' dengan harga sasaran 22 sen sesaham. 
Pada jam 11.50 pagi, harga saham MAS tidak berubah pada 21 sen dengan 7.441 juta lot bertukar tangan.

Tutup universiti: PAS gesa kerajaan kaji semula kontrak Syed Mokhtar


PAS menggesa Putrajaya mengkaji semula kontrak yang diberikan kepada hartawan Tan Sri Syed Mokhtar ekoran tindakan yayasan miliknya menutup Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU).
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, Kementerian Pendidikan juga seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik AiU,  Yayasan Albukhary – yang dimiliki Syed Mokhtar – ekoran pelanggaran syarat penutupan universiti yang digariskan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
"Undang-undang tidak memilih bulu… kementerian perlu mengambil tindakan walaupun ia milik Syed Mokhtar.
"Kerajaan juga perlu mengkaji semula kontrak diberikan kepada Syed Mokhtar kerana beliau mengabaikan tanggungjawab sosial (CSR) dengan menutup univerisiti itu," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
The Malaysian Insider awal minggu lalu melaporkan, universiti milik penuh Syed Mokhtar di Kedah akan ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
Pegawai universiti berkenaan berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain.
AiU merupakan sebuah universiti yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan 18 hektar terletak di Alor Star – dibina pada 2010 sebagai waqaf yang dibiayai Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar.
Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar lebih dari 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.
Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.
Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.

Anwar disgusted by Najib's 'manipulation' of MH370 comment

Anwar: National security compromised by government's inaptitude

Teresa Kok mangsa terbaru cubaan ragut

TGNA | Kuliah Jumaat 11 April 2014

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 11 April 2014

MH370: Persoalan utama masih belum dijawab Najib

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Himpunan 1 Mei: Tian Chua & SUA PSM dipanggil polis

Mei_1_anti_GSTKUALA LUMPUR 16 APR: Ahli parlimen Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dipanggil ke balai polis, dipercayai berhubung himpunan Hari Buruh 1 Mei depan.
Keadilandaily dimaklumkan dari Jawatankuasa Mei 1, kedua mereka diminta hadir ke IPD Dang Wangi jam 2.30 petang ini.
“Harap ianya (panggilan polis) adalah pandangan, bukan ancaman. Seluruh dunia menyambut Hari Buruh dengan himpunan dan protes,” kata Arutchelvam di Facebook.
Himpunan 1 Mei yang dianjur jawatankuasa Mei 1 adalah bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasa pada 1 April 2015.
Rang Undang-undang tersebut diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April apabila seramai 119 ahli parlimen BN menyokong manakala dibantah 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Petani kecil gegar negara jika berhenti hasil makanan

KUALA LUMPUR: Petani kecil seperti di Malaysia kerap terpinggir akibat kerajaan ghairah untuk membuka pasaran kepada produk dari luar.

“Sebab itu suara dari hati nurani petani kecil perlu diberi perhatian serius,” ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya isu yang dibangkitkan oleh petani mengenai nasib mereka adalah serius dan tidak dapat diselesaikan oleh pertubuhan peladang yang sedia ada.

“Hak petani untuk mendapat tanah dan harga hasil yang berpatutan yang memberi kesan kepada nasib petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara jika petani berhenti dari menghasilkan makanan,” katanya lagi.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Penubuhan Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) adalah suatu usaha yang wajar. Nasib kira-kira 250,000 petani yang bergantung nasib kepada pengeluaran hasil pertanian belum cukup terbela.

Hampir 170,000 petani terlibat dalam sektor padi. Jika diteliti secara terperinci petani kecil masih tidak terjamin berdasarkan  trend harga hasil tani yang tidak menentu akibat dari sistem harga yang tidak disemak semula terutama harga padi bagi petani kecil.

Kewujudan pelbagai agensi petani seperti Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, LPP, LKIM belum cukup membantu bila dilihat taraf hidup petani kecil di negara ini.

Sebenarnya petani di seluruh dunia sebagai golongan yang berperanan membekal makanan kepada populasi dunia kini menunjukkan mereka adalah golongan yang sedang menghadapi manipulasi dan penafian hak bukan sahaja  oleh syarikat multinasional malah juga oleh kerajaan yang diperalatkan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Bunge, Cargill, Continental dan Louis Dreyfus yang menguasai pertanian bijiran diseluruh dunia sejak 100 tahun dulu.

PAC: Wan Azizah terima, ketua pembangkang tolak

SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Pelantikan yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui Usul No 2 Tahun 2014 di bawah peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor bagi mengantikan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan sebelum ini.

"Bahawasanya menurut Peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan.

"Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa mengantikan Lee Chin Cheh Adun Kajang di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awan Kerajaan," ucap beliau ketika bangun membaca usul pada persidangan DNS pagi tadi.

Wan Azizah bangun selepas usul tersebut dibuka untuk dibahaskan mengucapkan terima kasih atas pelantikan tersebut.

Beliau mencadangkan agar Ketua Pembangkang yang juga Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dilantik sebagai Pengerusi PAC bagi memastikan ketelusan.

Suaram: Empat bulan, enam mati dalam tahanan polis

mati_dalam_penjara
KUALA LUMPUR 16 APR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa prosedur siasatan dan SOP menangani suspek penjenayah dikaji semula berikutan berlaku enam kematian tahanan di bawah jagaan Polis dalam tempoh empat bulan.
Penyelaras Suaram, R Thevarajan dalam kenyataannya berkata, senarai kematian dalam tahanan meningkat menjelang setiap akhir tahun.
Terbaru, kematian N. Harirajan, tahanan yang menjalani hukuman enam tahun penjara di Penjara Kajang 10 April lalu,
“Suaram menuntut penjelasan Polis berikutan keadaan tubuhnya. Bagaimana dia mati dengan tubuh mempunyai kesan darah, sedangkan pihak berkuasa mengatakan tahanan mati akibat HIV? soal Thevaajan.
Katanya, kejadian ini mengingatkan kematian dalam tahanan melibatkan Kugan (2009), Dharmendaran (2013) dan Karunanithi (2013) yang mati dengan kesan darah dan luka di tubuh ketika keluarga menuntut mayat.
“Selain itu, keluarga Harirajan hanya diberitahu pihak penjara Kajang pada petang hari, sedangkan ketika di rumah mayat mereka dimaklumkan Harirajan mati pada jam 6 pagi?, tambahnya.
Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014
Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014

J'kuasa Pemilihan teliti kenyataan Azmin, Saifuddin

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) Datuk Johari Abdul berkata dua calon timbalan presiden Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan masing-masing.

Johari berkata jawatankuasa tersebut akan melihat kenyataan Saifuddin yang menimbulkan dakwaan mengenai persengketaan antara Azmin dan seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saifuddin dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar New Straits Times pada 12 April mendakwa anggota parti kini muak dengan persengketaan tersebut.

JPP juga merujuk kepada kenyataan Azmin dalam satu laporan stesen TV3, yang menafikan dakwaan Saifuddin bahawa PKR adalah parti berasaskan Melayu, kata Johari.

Johari berkata, JPP akan bersidang dan mengeluarkan keputusan mereka sebelum 21 April depan.

"Saya perlu bawa ke jawatankuasa penuh dan kita akan berbincang mengenai perkara ini. Bukan keputusan saya seorang," kata beliau di sidang media di pejabat PKR hari ini.

Anwar tidak tolak tarik diri tanding jawatan presiden PKR


Salah seorang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Salah seorang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak akan menarik diri daripada pertandingan jawatan presiden parti itu dalam pemilihan akan datang selepas mengambil kira faktor halangan yang mungkin dihadapinya.
Anwar berkata, sama ada beliau atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan menarik diri dan kemudiannya menerajui kepimpinan parti.
"Kami dibenarkan tarik diri, sama ada saya atau Wan Azizah yang akan tarik diri," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

DUN Selangor lantik Wan Azizah jadi anggota PAC


Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik menganggotai PAC Selangor, bermula hari ini.Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik menganggotai PAC Selangor, bermula hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri Selangor.
Pelantikan dibuat bagi menggantikan bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh yang melepaskan kerusi DUN Kajang dan semua jawatan dalam negeri pada 27 Januari lalu.
Pelantikan itu dilakukan mengikut Perkara 68 (2) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun.

MH370 & SABAH KIDNAP: Najib's denial syndrome to blame for PLUNGE in int'l confidence in M'sia


The government's denial syndrome in both the MH370 disaster and ESSCOM crisis are the biggest stumbling blocks in efforts to restore national and international confidence in the security and good governance in Malaysia.
MH370 & SABAH KIDNAP: Najib's denial syndrome to blame for PLUNGE in int'l confidence in M'siaThe Malaysiakini interview by the former Sabah Police Commissioner from 2002 to 2004, Ramli Yusuff describing the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) as “ridiculous” because of the duplication of the chain of command in ESSZONE is serious food for thought and basis for immediate decision by the Cabinet.
The ESSCOM director-general Datuk Mohamad Mentek's boast during the first anniversary celebrations of ESSCOM on April 1 about the ESSCOM's twin successes in combining the role of the four components in Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) – Malaysian Armed Forces (ATM), Royal Malaysian Police (PDRM), Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) and public agencies – and to stop abductions of foreign tourists have proved to be most premature following another abduction in five months and less than 24 hours of the ESSCOM's first anniversary celebrations.
Recounting from his experiences as Sabah Police Commissioner about a decade ago, Ramli advocates that ESSCOM should be headed by the state police chief to avoid duplication of the chain of command and to ensure a better grip on security operational matters.
Conflicting chain of command & time wasting
Ramli said it is ridiculous to have ESSCOM which creates a conflicting chain of command, and wants ESSCOM to be headed by the police or army, but he prefers the police because this is an internal security matter.
As ex-Sabah police commissioner, Ramli thinks that Mohamad Mentek is not suitable to be the ESSCOM director-general as he is from the Immigration Department and “doesn't know operational matters”.

Anwar raps Najib for distorting ‘solving MH370 in a second’ remark


PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today criticised the Prime Minister for manipulating his statement of solving the MH370 crisis in a second.
Anwar (pic, right) said Datuk Seri Najib Razak was swift in retorting his statement but did not display such agility in handling the MH370 crisis.
"Najib did not answer the issues which have arisen due to the disappearance of MH370," Anwar told a press conference today.
"But he appears to be nimble when replying to my claim that the tragedy could be resolved in a second."
Anwar explained that the remark, which was translated from the Chinese language, was completely different to what had been reported by the media.
"In the original Chinese language text, I said it would take a second to carry out the necessary enforcement to guarantee national security," he said.
He then denied issuing any statement that he would resolve the MH370 crisis in a second if he was prime minister.
"Najib twisted my statement and lied by misinterpreting my statement," Anwar said.

Families of those on board MH370 should consult lawyers now, says legal analyst


Families with loved ones on board Malaysia Airlines flight MH370 need to deal with the legal aspect of the disappearance of the plane. – The Malaysian Insider pic, April 16, 2014. 
Families with loved ones on board Malaysia Airlines flight MH370 need to deal with the legal aspect of the disappearance of the plane. – The Malaysian Insider pic, April 16, 2014.It’s important for families with loved ones on board Malaysia Airlines flight MH370 to have lawyers helping them from the beginning, as there are many complicated legal issues tied to the case, says a legal analyst for global news network CNN.
Danny Cevallos, who is also a criminal defence attorney and partner at Cevallos & Wong, said in a CNN opinion piece that the families would need all the help they could get to manoeuvre the legal complexities resulting from the Montreal Convention – an international treaty signed by 97 countries that addresses the liability of air carriers in international flights.
"It is widely agreed that American courts will be the best venue for the families, but the convention has strict rules about where the families can file a suit.
"If these families cannot figure out how to navigate the convention's jurisdictional complexities, they will be stuck litigating against an airline in a courthouse in Kuala Lumpur, when they might have sought justice in a US court," he said the opinion piece.
The convention contains strict limitations on the time in which a claim may be brought. It holds a carrier strictly liable in the approximate amount of US$175,000 (about RM568,000) per passenger in the case of an "accident".
However, if a plaintiff was seeking an amount in excess of the prescribed US$175,000, Cevallos said, the convention permitted the carrier to prove the damage was not because of its negligence or was solely because of the negligence of another party.

Who stole Malaysia Airlines Flight 370 and why?


I - Leuren Moret: US shot down MH370 over Singapore airspace; NWO global false flag


Get an inside look at a research submarine

The challenges of salvaging debris from MH370

Tiada objek berkaitan MH370 ditemui dalam misi sulung Bluefin-21, kata JACC

Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi  (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lalu, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, ini berdasarkan kepada analisis semua data yang dikumpul selama enam jam.
Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada malam tadi selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di Perth, hari ini.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston pada sidang media Isnin lalu berkata, setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang.

Najib tidak jawab isu sebenar MH370, manipulasi kenyataan saya, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.
Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.
"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.
Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.
"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.
Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.
"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya.

Ceramah Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Perlis malam ini

PerlisPADANG BESAR: 16 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis, malam ini.
Program Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis bertempat di Markas Pas kawasan Padang Besar, Bukit Kerang, Beseri bermula jam 9 malam.
Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman.
Penduduk negeri Perlis dan mereka yang berada berhampiran lokasi program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

Langkah Reformasi 2.0 untuk tendang BN, baiki institusi Malaysia, kata Rafizi


Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.
“Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Beliau berharap seruan lantangnya itu jelas kedengaran menerusi buku terbarunya, Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? Yang dilancarkan minggu lalu.
Rafizi berkata, buku itu tidak berniat untuk mencipta semula gerakan Reformasi pada 1988 yang wujud selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan sabitan liwat pertama, hingga menyebabkan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara enam tahun.
“Generasi saya faham apa yang berlaku pada 1988 tetapi generasi lebih muda, yang kini berusia awal 20-an, tidak tahu. Apa yang mereka tahu ialah Anwar PKR dan ketua pembangkang yang ingin mengambil alih Putrajaya,” kata ahli politik berusia 37 tahun itu.
Menjelaskan mengenai bukut itu, Rafizi berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan belia, terutama Melayu berumur antara 18 hingga 25, mengenai pentingnya menyelematkan kebebasan kehakiman yang didakwanya sudah “dicekik”.
Katanya, buku itu memberi penjelasan kepada generasi muda ia bukan hanya isu harian, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.
“Ia mengenai menyelamatkan institusi penting yang akan menafikan keadilan, kesaksamaan dalam cara lebih berakar umbi berbanding barang naik.

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku.

Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya.

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju.

Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada.

MIC gagal 50 tahun rangka hala tuju ekonomi kaum India

Oleh V Sivakumar
Kerajaan gagal untuk membantu meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India di negara ini. Sejak kemerdekaan tidak ada apa-apa dasar ataupun program khas untuk membantu masyarakat India yang miskin. Kerajaan Perikatan mahupun Barisan Nasional tidak menunjukkan komitmen yang benar-benar serius dalam meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India. Malah, terdapat banyak bukti kaum ini ditindas secara licik selama ini.

Parti MIC yang sepatutnya memperjuangkan hak kaum India pula menjadi 'Pak Angguk' kerana kepentingan dan kedudukan politik dalam kerajaan. Pemimpin ini menggadai kaum India yang sebenarnya memberi sokongan dan dokongan kepada Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Kaum India dianggap sebagai kumpulan yang tidak signifikan dan boleh diketepikan apabila merangka apa-apa dasar pembangunan untuk negara.
Kerajaan Barisan Nasional dan MIC lupa sumbangan kaum India yang menjadi tulang belakang membangunkan negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Siapa yang membuka dan membersihkan hutan untuk pertanian dan perladangan? Ramai di antara kita yang pura-pura melupakan sejarah yang ditulis dengan keringat kaum minoriti ini.
Perladangan merupakan sektor ekonomi yang paling utama bagi negara kita pada ketika itu. Memang tidak dapat dinafikan kaum India merupakan saraf tunjang dalam sektor ekonomi komoditi sebelum dan selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British. Kaum India menjadi pekerja utama di ladang getah, kelapa sawit, kelapa, koko, teh dan lain-lain lagi.

Media alternatif perlu berani, adil

Oleh  Shahrul Nizam Abd Hamid
Di sesetengah negara maju, media  alternatif (portal berita dalam talian) mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan masalah dihadapi oleh golongan minoriti. Impak tulisan yang tersiar di media alternatif ini mampu menyedarkan masyarakat kebebasan bersuara bukan sahaja dimonopoli golongan majoriti. Secara tradisinya juga, media alternatif dilihat sebagai suara kumpulan minoriti.

Berbicara dalam konteks Malaysia, media alternatif banyak membuka mata masyarakat yang selama ini disogokkan dengan berita media arus perdana. Menjelang PRU12, media alternatif yang banyak mengutarakan isu korupsi,  penyelewengan dan salah guna kuasa berjaya mempengaruhi peratusan undi dan secara langsung menelanjangkan isu yang "disembunyikan" oleh media arus perdana.
Apa yang berlaku juga merupakan petanda media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian maklumat secara adil kepada masyarakat.
Saya  merupakan antara ribuan, bahkan mungkin antara jutaan pembaca tegar sumber berita media alternatif ini. Pada saya, media alternatif lebih adil, jujur, berani dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati ada beberapa isu semasa yang seolah-olah terlepas pandang dan tidak mendapat liputan media alternatif di negara kita. Antaranya krisis air di Lembah Klang dan isu yang melibatkan lukisan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) yang heboh diperkatakan orang sejak awal bulan ini.

The water war: Rakyat fighting back

The water ration is fast becoming a test of stamina, endurance and fortitude.

It is definitely unacceptable for the water ration exercise to continue for another three more months as announced last week. The water ration should end on April 30. Period! There has been rain in April so no more excuses should be given by the relevant water authorities.
WaterEveryone affected by the water ration has had enough of this nonsense. There are some like this columnist and this columnist’s friend, the PAS Harakah newsletter editor, Ahmad Lutfi Othman who have been suffering this inconvenience since March 1.
As for the people of Balakong in Selangor, they were suffering since mid-February.
This columnist had spoken to a neighbour who has three schoolgoing children who admitted that on the days when there is no water, she does the washing in her sister-in-law’s house. The same goes for another neighbour who has four daughters – she washes clothes in her relative’s house on non-water days.
These people are not lessening their twice a day clothes-washing activity and when asked why so, they replied that their children need to change clothes regularly due to being active in sports and martial arts.
A neighbour who has three small children, including an infant, had complained that the government is silly to implement water rationing as the usage will also be the same albeit the rakyat have to be inconvenienced.
This is because people will store enough water for usage on the non-water days and when the water arrives, there will be frenzied activity due to the rush in doing housework as well as storing water again.
“This water ration only gives me more ‘stretch’ and I am going to get high blood pressure because of the ‘stretch’,” said an elderly lady who manages a snack kiosk. (She probably means ‘stress’ although ‘stretch’ is also applicable as one’s energy limits are being stretched.)
Certainly our energy is stretched to the limit as we have to work fast when the water supply comes. Who knows while washing clothes halfway, the water pump spoils and suddenly we will be without water supply again. We must also organise our household in conjunction with the water ration timetable.
A long duration of water rationing will give a bad impression to foreign investors and we can ill-afford it at a time like this.
Don’t blame the weather

Air: Undang-undang darurat boleh dikuatkuasa

ganguan air
KUALA LUMPUR - Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Katanya, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor telah menetapkan tahap minimum 55 peratus kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai.(Bagaimanapun) kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja (setakat ini).

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH), dan ini menyebabkan lebih daripada 50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Piarapakaran berkata jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kerajaan berkemungkinanan harus mengumumkan darurat dan menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Apabila Hidup Mula Bercatu

Oleh Eyman Hykal
BUAT seminggu dua ini, memandu di dalam hujan sepulang dari pejabat menimbulkan keseronokan. Hati berasa riang melihat air yang menyimbah skrin kereta. Kalau boleh, biarlah pengelap cermin diputar hingga ke kelajuan maksima, menandakan hujan turun mencurah, memberi makna bumi menjadi basah, air di empangan dah melimpah dan akhirnya catuan air sudah tak payah.

Negeri Selangor, negeri termaju yang mempunyai penduduk teramai dan industri yang terbanyak sedang mengalami krisis air. Mereka di zon satu menerima catuan sejak ia dikuatkuasakan. Ertinya sudah lebih sebulan mereka menerima bekalan air berjadual. Buat mereka yang baharu sahaja dikenakan catuan, ia adalah sesuatu yang bisa mencetus panik dan mengubah gaya hidup seisi keluarga.
Bilik air yang cantik sudah dipenuhi tong, tempayan dan baldi. Menjirus pokok pun menggunakan air basuhan sayur dan beras. Pinggan mangkuk kaca sudah diganti dengan peralatan plastik. Buat suri rumah, hujan yang turun pun boleh menimbulkan dilema di antara suka dan bimbang. Suka kerana hujan yang turun mungkin akan menamatkan catuan. Tetapi ia juga bererti baju yang bersidai di ampaian susah pula nak kering. 

Walau apa pun, umum nampaknya semakin bersedia secara mental untuk mengharunginya. Kekalutan membeli tong, tempayan dan baldi nampaknya berkurangan kerana surirumah  sudah melengkapkan logistik di kediaman masing-masing. Jika sebelum ini, anak yang ke sekolah dibekalkan minuman manis, kini air putih menjadi keperluan untuk minuman dan membersih diri.

Pencatuan itu memaksa kita belajar kembali untuk menjimatkan air. Sebelum ini, kita bukannya tidak pernah alami kemarau hingga air terpaksa dicatu. Ataupun sekali-sekala pernah juga rumah tak berair kerana paip pecah. Tetapi, apabila bekalan air stabil kembali, kita lupa pada latihan penjimatan yang telah kita lakukan. Perbuatan tinggal perbuatan dan bukannya amalan.

Pertahanan: Kenapa M’sia beli mahal, negara lain murah?

KUALA LUMPUR: Usaha menaik taraf sistem pertahanan negara mesti dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan dalam pembelian peralatan pertahanan, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyokong kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menaik taraf sistem pertahanan negara, beliau berkata, jika usaha menaik taraf sistem pertahanan itu tidak dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan tersebut, usaha itu tidak akan berjaya.

"Mesti disiasat mengapa negara lain beli peralatan pertahanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

"Kenapa Malaysia beli dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal, sedangkan yang dibeli adalah benda yang sama," katanya.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Katanya, langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas.

Malaysia Masih Selamat: Teresa Kok mangsa terbaru cubaan ragut


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan.

Kelemahan isu keselamatan gambaran kerajaan lemah, kata Musa Hassan


Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata isu keselamatan perlu diberi penekanan utama kerana ia mencerminkan kekuatan pentadbiran sesebuah negara.
Katanya, kerajaan akan dianggap lemah jika terdapat kelemahan dalam soal keselamatan.
“Jika soal keselamatan tidak dijaga, orang akan cakap kerajaan lemah, itu sebabnya pemimpin perlu baiki ciri keselamatan dalam negara,” katanya pada forum bertajuk Situasi Melayu Pasca PRU13 yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perubahan polisi yang membabitkan politik menyukarkan pegawai kerajaan untuk mempertingkat keselamatan negara.
"Pemimpin kena percaya kepada pegawai kerajaan kerana mereka tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka jaga keamanan dan keselamatan kalau ubah polisi mereka kena ikut," katanya.
Musa berkata, perkara itu pernah dibangkitkan  pada mesyuarat Kabinet ketika beliau masih lagi menjadi ketua polis negara.

Pemburu bangkai yakin pencari jumpa kawasan MH370 terhempas, lapor SMH


Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam.
“Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai,” SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan.
“Walaupun kerajaan masih belum mengumumkannya lagi, jika seseorang tanya saya 'secara teknikal adalah mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk berkata demikian?', jawapan saya jelas, ya.
“Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain,” katanya.
Mearns, seorang warga Amerika, dianugerahkan pingat Order of Australia kerana berjaya menemui bangkai kapal HMAS Sydney pada 2008, iaitu 66 tahun selepas ia hilang di Lautan Hindi ketika Perang Dunia Kedua.
Beliau juga membantu dalam operasi mencari bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada 2011, lapor SMH.

China helping or hurting search for Flight 370?

Underwater vehicle aborted MH370 search due to depth

Bluefin-21 battles harsh under water depths

Nurul Izzah: Many Malaysian Will Fall Under The Poverty Trap

Rafizi Ramli: Siasatan Telah Memula Terhadap Papagomo

Nurul Izzah: Important To Highlight & Ask Everyone To Condemn The Abuse Of Power By The Police

Saifuddin Nasution: Rundingan Awal Dengan 2 Parti Adalah Satu Langkah Yang Praktikal

Rafizi Ramli: Government Failed To Attract R&D From Private Sector Into The Country

Daripada Menteri Amaran Menjadi Menteri Penafian

Ramai yang memuji keupayaan Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan.

Kemampuannya berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.

Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi. Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini.

Hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan beliau sebelum ini, khasnya ketika menjadi menteri dalam negeri seakan-akan telah dilupakan.

Hudud: Kelantan sedia beri taklimat kepada kabinet

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia memberi taklimat mengenai pelaksanaan hudud kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk menteri kabinet bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, taklimat khas juga akan diberi kepada pemimpin PAS peringkat pusat yang tinggal di luar Kelantan.

“Apabila selesai di peringkat parti kita akan perluaskan taklimat kepada kompenan Pakatan Rakyat membabitkan PKR dan DAP.

“PAS Kelantan bukan hendak memaksa mereka, penjelasan diberikan bagi memberi alasan mengapa hudud perlu dilaksanakan,” ujarnya selepas perjumpaan dengan NGO di Dewan Teratai di sini, semalam.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan wakil-wakil NGO dari seluruh Kelantan.

Menurut Mohd Amar, PAS pusat bersetuju terhadap usaha yang dilakukan itu dan menyokong langkah kerajaan Kelantan.

Hudud: PAS sokong penuh tindakan Kelantan - TG Hadi

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.

"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).

"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang-Undang Persedirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.