Selasa, 15 April 2014

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed


Facebook 

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

Usul Perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Yang Di Tolak Speaker UMNO DUN Terengganu

Nurul Izzah: Kerajaan Digesa Mereformasi Indeks Kemiskinan Demi Mengenalpasti Kadar Kemiskinan

Saifuddin Nasution: 3 Tumpuan Khusus Memenangi Pilihanraya Umum 14

Rafizi Ramli: Tiada Seliaan Ketat Dan Pertanggungjawaban Dalam Geran MOSTI

Projek kawal lalulintas gagal, RM365 juta wang rakyat hangus

KUALA LUMPUR, 15 APR: Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional menelan ratusan juta ringgit wang rakyat menemui kegagalan. Bukan sahaja gagal, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) turut menuntut tambahan dana supaya diselamatkan.
Projek ITIS bernilai RM365 juta yang dilancarkan kerajaan pada 2002 bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur telah dilaporkan gagal sama sekali dan memerlukan tender tambahan sebanyak RM200 juta tahun untuk menyelamatkannya.
DAP menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam skandal yang kini berjumlah RM565 juta itu kerana bukan sahaja gagal berfungsi, malah membazirkan wang rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kegagalan kerajaan untuk mengambil tindakan akan hanya menunjukkan integriti dan keadilan terus menjadi mangsa kroni serta kekuasaan.
“Kerajaan harus bertanggungjawab dan telus dengan bertegas mengambil tindakan terhadap siapa saja yang terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Guan Eng, tender projek baru bernilai RM200 juta itu kini telah diberikan kepada GTC Global Sdn Bhd dan kemudiannya diambil-alih Telekom Malaysia Bhd.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menimbulkan kehairanan beliau mengapa ITIS gagal, sedangkan sistem yang serupa dilaksanakan dengan jayanya di Singapura dan Hong Kong.

Projek tenaga solar langkah terdesak kerajaan BN selamatkan 1MDB


tony pua


KUALA LUMPUR, 15 APR: Dalam cubaan terbaru kerajaan Barisan Nasional untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tenaga Nasional telah menganugerahkan syarikat tersebut kontrak pembinaan sebuah stesen janakuasa tenaga solar di Kedah dan pembekalan tenaga elektrik tanpa tender terbuka atau sebarang proses telus.
1MDB dilaporkan sarat menanggung hutang akibat daripada pinjaman yang diambil untuk mendanai pengambil-alihan syarikat-syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dianggar berjumlah RM12.05 bilion.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua ketika mengulas hal tersebut dalam satu kenyataan memberitahu bahawa 1MDB sejak 2012 menggunakan strategi yang cuai untuk membeli tiga syarikat IPP yang bakal habis kontraknya dengan harga yang sangat tinggi.
Tiga syarikat IPP tersebut ialah Tanjong Energy Sdn Bhd (RM8.5 bilion), Genting Sanyen (RM2.35 bilion) dan stesyen janakuasa Jimah (RM1.2 bilion).
Menurut Tony Pua, penganugerahan projek stesen janakuasa solar 50MW di Kedah tersebut yang akan diselenggara sepunuhnya oleh 1MDB adalah satu langkah terdesak pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak untuk menyelamatkan 1MDB yang kini menanggung hutang lebih RM30 bilion.
“Perdana Menteri mesti memberi jawapan kenapa 1MDB diberikan projek tersebut tanpa sebarang tender, secara terbuka atau tidak,” tegas Tony.

Tokoh muda bakal presiden Indonesia

Oleh Abd Shukur Harun
Pengumuman Ketua Umum Parti PDI-Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri mengenai bekas Wali Kota Solo, Jokowi (Joko Widodo) akan menjadi calon Pemilu Presiden parti itu 9 Julai nanti tidak memeranjatkan 248 juta rakyat Indonesia.

Jokowi kini Gubernur Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta. Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1961 dan beragama Islam.

Calon muda ini sangat popular dan sangat dekat dengan rakyat. Menurut pemerhati politik, caranya mendekati rakyat begitu mengesankan. Tokoh ini adalah produk Parti PDI-Perjuangan, sebuah parti yang dipimpin oleh Megawati yang sentiasa menghubungkannya dengan perjuangan ayahnya, allahyarham  Presiden Soekarno. Ia adalah tokoh pemimpin terpuji Walikota Solo dan berperanan membangunkan kota kraton itu untuk dua penggal iaitu 2005-2015. Jika Jokowi dan Wakil Presiden (Wapres) Republik Indonesia 2004 -2009,  Muhammad Jusuf Kalla (JK) bergabung diramalkan berpeluang besar menjadi presiden dan wakil (naib presiden) dalam Pemilu tahun ini.
Hal ini diperoleh daripada hasil kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Cirus Surveyors Group. Kaji selidik itu menunjukkan pasangan Jokowi-JK memperoleh suara sebesar 52.8%.
Sementara itu, jika Jokowi dipasangkan dengan mantan Ketua Mahkamah Konstitusi (MK), Mahfud MD pula, dalam simulasi tiga nama, suara yang diraih hanya 47.6%.
Perolehan suara Jokowi menjadi lebih kecil lagi jika dipasangkan dengan Menteri Koordinator (Menko) Perekonomian, Hatta Rajasa, dengan perolehan suara 44.7%. Adapun jika Jokowi dipasangkan dengan Gubernur Bank Indonesia, Agus Martowardoyo, maka perolehan suaranya hanya 43.5%.
Jokowi berkata, PDI-Perjuangan terbuka melakukan gabungan dengan parti manapun. Gubernur DKI Jakarta ini mempersilakan jika parti politik lain ingin bergabung.
"Silakan bergabung, perlu. Kita mahu cari kawan sebanyak-banyaknya," kata Jokowi ketika melakukan tinjauan.
Jokowi berkata, meskipun berlaku gabungan pelbagai parti, dia tidak menjamin akan membagi-bagikan kerusi menteri jika terpilih sebagai presiden. Masalah paling utama yang akan diselesaikan, katanya, ialah menyelesaikan masalah negara.

Pas tetap akan laksana hudud

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
  
Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.
  
"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini hari ini.
  
"Kita (Pas) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.
  
Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.
  
Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
   
Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.
  

Tindakan Albukhary tutup AiU aniaya pelajar

Albukhary UniversityKUALA LUMPUR 15 APR: Tindakan Yayasan Albukhary untuk menutup operasi Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) Jun ini menganiaya pelajar, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
“Saya terkejut dengan tindakan untuk tutup universiti kerana ia diluluskan kerajaan dengan syarat-syarat tertentu. Tidak wajar bagi sebuah institusi untuk aniaya pelajar-pelajar.
Beliau merujuk tindakan enam pelajar AiU hari ini yang memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Johari turut mempersoalkan, ketika kumpulan perniagaan Albukhary memperoleh pelbagai manfaat ekonomi seperti perniagaan beras (Bernas), kenderaan (Proton) dan sebagainya, bagaimana jutawan Syed Mokhtar Albukhary tidak boleh meneruskan khidmat sosial Corporate Social Responsibility (CSR).
“Sebagai sebuah organisasi yang besar dan ada nama, penutupan universiti ini akan melambangkan betapa tidak ikhlasnya Yayasan itu,” kata Johari.
Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.
AiU gagal mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa pentadbiran institusi itu perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.

MH370: Maaf Rosmah, Saya Tak Percayakan Penipuan Anda..

Aku tak percayakan kenyataan mama Rosmah. Sudah2 la mama nak buat2 citer untuk tarik simpati orang. Aku yang suka bodek2 ko pun rasa getik membacanya tau tak? Tak masuk lagi orang2 di luar sana yang memang sah2 menyampah gila babi kat ko.

Hish Rosmah, Rosmah apa nak jadi dengan engkau neh? 

Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku.

Ko sapa Rosmah untuk berikan dorang penjelasan berhubung insiden MH370?

Nak cakap menteri pun bukan.

Nak kata pegawai kerajaan jauh sekali.

Nak kata ko terlibat dalam pencarian kotak hitam ataupun misi menyelamat pun tidak.

So takan la dorang bodoh2 nak p tanya kat ko kot Rosmah wey?

Ko neh asyik nak inteframe kat semua benda je kan? 

MH370: Bluefin 21 Sepatutnya Beroperasi 16 Jam, Tapi 6 Jam Timbul Kembali..!!

 
Pada kedalaman 4,500 meter, Bluefin 21 dapat beropetasi selama 16 jam, namun jika kedalaman melebihi itu, jangka hayat operasinya akan menjadi singkat. Ini yang berlaku pagi tadi, apabila robot itu timbul semula hanya 6 jam beroperasi, ertinya kedalaman tempat operasi melebihi limit robot itu. Atas sebab kedalaman lautan, maka operasi pemetaan dengan menggunakan bluefin 21 akan memakan masa berbulan-bulan. Ertinya, sehingga masa itu dicapai, maka kehilangan MH370 tetap akan misteri.

Tian: Tindakan Polis rampas telefon tidak wajar

GN140415zatM06SENTUL 15 APRIL : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua membidas tindakan anggota keselamatan yang didakwa kumpulan polis ekoran serbuan rampasan mengejut terhadap telefon bimbit beliau di Hotel Armada semalam.
Katanya, seorang daripada anggota kumpulan berkenaan menunjukkan beberapa keping kertas yang dikatakan waran geledah kepadanya namun beliau tidak sempat untuk membacanya kerana telefon beliau telah dirampas terlebih dahulu.
“Saya berdiri dihadapan beberapa kereta yang tertera logo polis supaya mereka keluar berbincang secara baik.
“Saya terkejut dengan tindakan berkenaan tidak sempat untuk melihat waran geledah itu.
“Itu bukan satu tindakan (merampas) bahan bukti. Saya tidak pernah baca waran tangkapan dari pihak polis sebaliknya saya mengganggap itu sebagai satu rampasan,” katanya kepada media.
Tian yang kesal dengan tindakan berkenaan hadir pada jam 2.40 petang ke IPD Sentul bagi membuat laporan polis diatas tindakan melanggar prosedur merampas gajet beliau.

Kos baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin cecah RM100 juta, wang rakyat jadi mangsa..!!


  Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. – Gambar WikiMedia Commons. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. – Gambar WikiMedia Commons.Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini diberitahu kos membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dianggarkan bernilai RM100 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Rosli Othman berkata ia termasuk RM18 juta untuk membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan, RM20 juta membaiki sistem elektrik, RM14 juta membaiki sistem mekanikal dan RM48 juta untuk membina semula bumbung yang baharu.
"Kerajaan negeri sendiri sangat dukacita kerana SSMZA dibina dengan 100% pembiayaan dari kerajaan negeri," katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Menjawab soalan yang dibangkitkan beberapa wakil rakyat pembangkang mengenai tindakan terhadap pihak yang menyebabkan keruntuhan stadium itu, Rosli berkata juru perunding (SSMZA) kini berdepan tindakan perundangan dan masih dalam proses mahkamah.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan status dan identiti juru perunding berkenaan dengan alasan ia boleh mengganggu prosedur mahkamah.
Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah.

Pelajar saman universiti milik Syed Mokhtar kerana gagal beri notis penutupan operasi



Para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary menunjukkan saman yang difailkan mereka kepada pihak universiti hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Sue-Chern, 15 April, 2014. 
Para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary menunjukkan saman yang difailkan mereka kepada pihak universiti hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Sue-Chern, 15 April, 2014.

Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.
Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Alor Setar oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.
Fatimah memberitahu pemberita semua plaintif menuntut supaya defendan mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan defendan perlu mengeluarkan notis penutupan universiti dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.
"Dalam tempoh itu, ia dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk merancang apa yang perlu dilakukan. Tapi dalam kes ini tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan, sebaliknya mereka hanya tahu secara lisan bahawa AiU akan ditutup Jun ini pada Februari lalu," katanya.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
Pegawai AiU di Alor Setar, Kedah memberitahu The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai minggu ini.

Jawapan kepada penyelewengan anti-Hadis

PROF DR OMAR YAAKOB

AKHIR-AKHIR ini, masyarakat didedahkan kembali kepada pemikiran  golongan yang menolak hadis di dalam sistem perundangan Islam,  dikenali sebagai golongan “anti-hadis”.

Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang ‘hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum’, mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.

Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.

Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini,  di atas prinsip Islam membenarkan perbezaan pendapat.

Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pegangan yang primer dan kaedah perolehan hukum yang jelas dan sistematik.
 
Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan) selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer tadi.  Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan pada hemat saya inilah juga cara yang dibawa oleh generasi Islam yang terdahulu.

Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Syiah dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini.

Di antara penyelewengan ketara kumpulan anti-hadis. golongan ini ialah mereka telah memperkecilkan dan meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiya' seluruhnya.  Bagi mereka tugas Rasul tidak lain hanya sekadar alat menyampaikan al-Qur'an.

Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup Rasulullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat.

Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran.  Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi di dalam al-Quran.

Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas mebayangkan bahawa manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayat-ayat Allah.  Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh.


kenapa perlu diutus Rasul?

Himpunan Reformasi 2.0 Sabak Bernam meriah dalam hujan

lebat 1SABAK BERNAM: Hujan renyai yang membasahi anjung utara Selangor malam tadi tidak menghalang kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam hadir ke Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Mini Sabak Bernam.
Himpunan itu jatuh pada ulang tahun ke-15 ‘Black 14′.
‘Black 14′ dinamakan sempena tanggal 14 April 1999, apabila mahkamah memutuskan hukuman penjara enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan rasuah.
Ia detik penting bagi pendokong reformasi dan menjadi satu tarikh keramat bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah sistem kehakiman negara.
Ironinya, gerakan Reformasi 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada semangat perjuangan Black 14.
lebat 2Kesungguhan rakyat untuk mengikuti penjelasan sebenar berkenaan Fitnah II jelas terserlah malam tadi apabila mereka tidak berganjak walaupun terpaksa duduk di padang yang basah.
Himpunan di pekan kecil tersebut tambah meriah dengan jualan pelbagai cenderamata seperti T-shirt dan buku Reformasi 2.0.
Pengunjung yang lapar akibat dingin hujan turut berpeluang menjamu selera di gerai makanan.
Kehadiran Anwar mencuri perhatian apabila sempat menikmati secawan minumam panas sambil bermesra dengan penduduk sebelum bersama pemimpin lain di pentas utama.

Animasi Kartun Orang Asli pertama di Malaysia

PKR trio: To win GE14, support us

PAS mampu laksanakan hukum hudud

AirAsia agrees to KLIA2 move

Pakaian Teresa Kok: Bung Moktar hanya sensasi di Parlimen


Reformasikan indeks kemiskinan

Nurul Izzah Anwar

PKR menekankan pentingnya prinsip keadilan sosial; yang dilihat menerusi kelangsungan program jaringan keselamatan sosial mempersiap rakyat menangani masa depan ekonomi yang semakin mencabar.
Dengan ‘household debt’ yang begitu besar, iaitu pada 140% berbanding pendapatan, rakyat Malaysia terus dicengkam dengan beban yang begitu besar. Untuk setiap RM1 yang diperolehi, seorang rakyat menanggung RM1.40 hutang. Hutang ini sebahagian besarnya datang daripada menanggung hutang perumahan dan kereta yang begitu tinggi di Malaysia.
Tambahan, pekerja juga sengsara dengan pulangan sedia ada. Sebanyak 28% sahaja daripada KDNK Malaysia disumbangkan oleh gaji dan upah pekerja sementara lebih 67% disumbangkan oleh keuntungan perniagaan. Tambahan dengan kenaikan gaji sebenar sejak 10 tahun lepas adalah negatif, bermakna jika dibandingkan dengan kadar inflasi, gaji semakin menurun.
Pun begitu, kerajaan BN masih menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kejayaan seperti; jumlah penurunan golongan miskin tegar yang semakin kecil iaitu sebanyak 1.7% pada 2012 dibandingkan dengan 49.7% pada 1970; dan pemberian wang BR1M tahun ini kepada seramai 7.9 juta orang.
Sebenarnya, perancangan masa depan rakyat di bawah BN amat menakutkan. Pertama, peratus gaji pekerja yang dibawa pulang daripada KDNK bakal jatuh daripada 28% seperti yang disebut, hingga sekadar 21% menjelang 2020! Perangkaan inilah yang disasar Pemandu dalam Program Transformasi Ekonomi mereka, sedangkan di Korea Selatan pekerja membawa pulang gaji sebanyak 45.8%; walhal Singapura sebanyak 42%.
Kedua, seperti dinyatakan oleh Profesor Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan UM; menerusi potongan subsidi kerajaan secara berperingkat, rakyat, terutamanya isi rumah Melayu dan Bumiputra yang miskin adalah golongan yang paling terkesan kelak, sama ada di bandar atau di luar bandar; kadar kemiskinan ini dijangkakan akan kembali seperti pada 1970 dalam tempoh terdekat atau sederhana sekiranya isu jurang pendapatan tidak dikawal menerusi polisi kerajaan.

Failkan Saman: Pelajar dakwa AiU gagal

Pelajar dakwa UiA gagal 
 Sebahagian daripada enam pelajar sebuah universiti antarabangsa di sini bersama peguam mereka membuat tuntutan saman ke atas pihak pengurusan universiti tersebut di Mahkamah Tinggi di Alor Setar hari ini.
 
ALOR SETAR - Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.

Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Fatimah memberitahu pemberita semua plaintif menuntut supaya defendan mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa defendan perlu mengeluarkan notis penutupan universiti dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.

Rafizi serah bukti Papagomo kepada Polis

PETALING JAYA 15 APRIL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah hadir ke IPD Sentul semalam bagi memberikan keterangan dan menyerahkan bukti berhubung siasatan laporan polis beliau terhadap pengendali blog pro Umno, Papa Gomo iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 119 kerana memberikan keterangan palsu di mahkamah pada 27 Januari lalu.
“Saya ke IPD Sentul semalam dan menyerahkan bukti termasuk jawapan Parlimen dan keratan akhbar.
“Selain itu turut diserahkan nota keterangan dan prosiding mahkamah dimana pengakuan beliau tidak pernah dijemput menaiki Scorpene,” katanya kepada media.
Sebelum ini Rafizi bersama N Surendran membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri kerana memberikan keterangan palsu ketika beliau menjawab soalan peguam, Latheefa Koya.
Ia berkenaan dakwaan kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.
Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, merupakah pengendali blog pro Umno yang tegar dan gemar menyerang peribadi musuh Umno dengan dakwaan fitnah berunsur seks.
Gara-gara fitnah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan tulisan dan gambar fitnah pada Mac tahun lalu tahun lalu.
Selain itu, Papa Gomo turut mendakwa Rafizi dipecat daripada Petronas namun Rafizi menafikan perkara bekenaan.

Rafizi: Cuma 20 R&D sahaja, Ke mana Dana Mosti RM1.1 bilion dibelanja?

rafizi-TI-01PETALING JAYA 15 APRIL: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Hal ini kerana, sebanyak RM1.152 bilion geran yang dikeluarkan Kerajaan Pusat dalam tempoh lima tahun namun hanya 20 hasil R&D yang dikomersilkan setiap tahun.
“Ini adalah satu jumlah pengkomersilan yang rendah jika dibandingkan dengan jumlah dana awam yang dibelanjakan kerajaan.
“Ini menimbulkan persoalan ke manakah sebenarnya dana ini digunakan? Benarkah ia digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkomersilan R&D atau ia digunakan bagi tujuan lain?,” katanya dalam satu sidang media.
Menteri Mosti, Datuk Dr Ewon Ebin semasa meluncurkan Mosti Commercialisation Year 2014 mengakui hanya 20 hasil kajian R&D yang dikomersilkan setiap tahun.
Beliau juga mengakui kadar itu rendah dan mensasarkan supaya ia ditingkatkan tiga kali ganda iaitu 60 hasil kajian yang dikomersilkan setiap tahun.
Jelas Rafizi, jumlah dana geran ini lebih tinggi daripada dana Fidlot Kebangsaan (NFC) yang berjumlah RM250 juta.

Rumah Selangorku diperluas seluruh Selangor

MBSHAH ALAM 15 APRIL: Projek Perumahan Selangorku akan diperluas di semua daerah di Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Langkah itu diambil bagi memastikan golongan berpendapatan rendah di negeri itu mampu memiliki kediaman sendiri.
“Kita bercadang kalau berjaya, kita akan buat di setiap daerah dengan setiap daerah akan dibuat tiga, empat projek sekali,” kata Abdul Khalid, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Antara projek yang bakal dilaksanakan, 2,469 unit Projek Perumahan Selangorku di Sungai Sering.
Projek terbabit melibatkan 624 unit fasa pertama yang dijangka siap dalam masa 20 bulan, 1,248 unit fasa kedua dan 1,248 unit fasa ketiga.
Menurut Abdul Khalid, beliau akan membentangkan projek Perumahan Selangorku di DNS apabila tiba masanya.

3 tumpuan khusus KEADILAN untuk menang PRU 14

Datuk 2PETALING JAYA 15 APRIL: KEADILAN hari ini mengumumkan tiga tumpuan khusus sebagai persediaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), sekaligus menewaskan Umno Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga perkara berkenaan yang perlu diberi penekanan mencakupi sistem pencalonan, isu perkauman dan golongan muda.
Untuk aspek pertama, KEADILAN menurut Saifuddin bakal merubah sistem pencalonan iaitu berhubung rundingan kerusi dan senarai calon perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Mac 2015.
Katanya, langkah ini sebagai iktibar daripada pengalaman PRU 13, yang menyaksikan pemilihan calon dibuat pada saat akhir menyebabkan persediaan terbantut.
“Saya akan pastikan sistem itu diubah semuanya, ini memberi ruang kepada KEADILAN untuk memilih dan menyaring calon seawal Ogos 2014 dan mula diberikan tauliah untuk berkhidmat di kerusi masing-masing.
“Kaedah ini akan memberi ruang kepada calon untuk membina nama baik di kalangan pengundi dan membentuk jentera dalam menghadapi PRU 14,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

KeADILan: Kerajaan digesa ubah cara ukur & dedah kadar miskin sebenar

izzah 2
KUALA LUMPUR 15 APR: KEADILAN mencadangkan kerajaan mengubah cara mengukur tahap kemiskinan, menerusi penggunaan Indeks Kemiskinan Multidimensi (Multidimensional Poverty Index) atau MPI.
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, MPI mengukur kekurangan pada tahap individu pada dimensi kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan.
“Indeks ini boleh digunakan untuk memberikan gambaran mengenai kehidupan orang miskin dan perbandingan antara bandar dan luar bandar; antara etnik dan pelbagai lagi demografik masyarakat.
“Ukuran kemiskinan dengan menggunakan garis kemiskinan tidak lagi mencukupi untuk menerangkan dengan jelas tentang kemiskinan.
“Malah ia memberi gambaran salah, terutamanya dalam keadaan kerajaan enggan menakrifkan kembali garisan kemiskinan itu,” kata Nurul dalam kenyataan.
Katanya, kerajaan BN menumpukan perhatian terhadap penurunan golongan miskin tegar yang mengecil iaitu 1.7 peratus pada tahun2012, berbanding dengan 49.7 peratus pada 1970; dan pemberian wang BR1M tahun ini kepada seramai 7.9 juta orang.
Sedangkan kata Nurul, hutang isi rumah di Malaysia besa, iaitu 140 peratus berbanding dengan pendapatan.

Bekas ketua polis Sabah: Esscom tak masuk akal

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyebabkan pertindihan kerja, kata bekas ketua polis Sabah.

Bagaimanapun, Ramli Yusuff, sebagai ketua polis negeri antara 2002 hingga 2004, enggan mengulas sama ada Esscom patut dimansuhkan atas alasan ia berkaitan isu dasar negara.

Dalam perkembangan yang sama, Ramli berkata, Esscom patut diketuai oleh ketua polis negeri bagi mengelakkan pertindihan arahan dan bagi memastikan cengkaman lebih baik terhadap perkara berkaitan operasi keselamatan.

“Saya sudah kaji kawasan itu dan saya fikir Esscom, atau apa yang kamu mahu gelarkannya, patut diketuai oleh polis atau tentera. Tetapi saya lebih suka polis kerana ia masalah (keselamatan) dalaman...,” kata Ramli.

“Ini pandangan peribadi saya, tetapi (ketua Esscom sekarang) Datuk Mohammad Mentek daripada Jabatan Imigresen dan dia tidak tahu hal-hal operasi,” tambahnya ketika diwawancara Malasiakini semalam.

Ramli, yang mengetuai Ops Nyah yang menyaksikan pengusiran lebih 100,000 pendatang haram di Sabah pada masanya berkata, Esscom mewujudkan percanggahan arahan.

“Saya tidak tahu.. mereka mungkin ada tatacara operasi standard. Tetapi bagi saya. Sebagai bekas pesuruhjaya polis, saya fikir ia tidak masuk akal.

"Lebih baik meningkatkan aset polis tempatan atau tentera untuk perkara itu... Perkara itu sepatutnya sudah diselaraskan,” tambahnya.

DUN Terengganu tolak bahas usul hudud, keikhlasan Umno diragui


Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah ketika membawa usul hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah ketika membawa usul hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.Walaupun pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.
Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.
Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.
"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang sama yang turut diluluskan di Kelantan ke Parlimen.
Ia susulan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu.
Sehubungan itu, PKR mencabar Jamil supaya BN membawa usul ini di Parlimen kalau dia benar-benar ikhlas.

UMNO Tidak Pernah Ikhlas: Dun Terengganu tolak usul laksana hudud


KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.

Kandungan usul beliau seperti di bawah.

Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.

Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.

Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Saifudin Nasution - Harta Negara Di Passing Mcm Main Bola

Malaysian gov't unlikely to allow airline to fail

CNN: Telefon Fariq buat sambungan ke menara

Flash Mob 529 hukuman gantung

Ke mana dana geran R&D Mosti dibelanjakan, soal PKR

PKR mempersoalkan perbelanjaan geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang menelan perbelanjaan RM1.152 bilion, namun tidak memberikan pulangan yang sewajarnya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata hanya 20 hasil kajian R&D yang dikomersialkan setiap tahun, dan jumlah itu terlalu kecil berbanding perbelanjaan R&D yang besar.
"Kita tidak tahu pun apa hasil R&D yang kita komersialkan, kita tidak pernah nampak.
"Siapa fikir projek R&D akan jadi sarang penyalahgunaan dana awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak menentang R&D, tetapi tatakelola kewangan yang baik harus dilaksanakan bagi memastikan dana yang diberikan setimpal dengan hasilnya.
"Jumlah RM1.152 bilion bagi tempoh terkini bukan jumlah kecil. Jumlah ini sudah tentu menimbulkan kontroversi jika tidak memberikan pulangan sewajarnya.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memotong subsidi untuk menjimatkan perbelanjaan, tetapi  jumlah yang dijimatkan itu dibelanjakan pula kepada geran R&D," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, semakan yang dilakukannya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati Mosti memberikan geran dengan jumlah besar dan menimbulkan tanda tanya mengenai campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lepas hudud, Kelantan usahakan Enakmen Takzir pula


Selepas hudud, satu lagi rang undang-undang Islam akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan melibatkan hukuman takzir.

Exco kerajaan negeri Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pembentangan Enakmen Takzir sebagai usaha memperkemas Enakmen Kanun Jenayah Syariat II yang dilulus DUN pada pada 1993, lapor Harakahdaily.

“Pandangan dan teguran pelbagai pihak sebelum ini diambil kira bagi memperkemaskan lagi perundangan tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu.

Pada masa kini, kesalahan takzir hanya menjadi satu seksyen dalam enakmen sedia ada.

Lagi persoalan berhubung "lawatan mewah" TPM ke Dubai

Dua anggota Parlimen pembangkang yang mengkritik lawatan “mewah” Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai berkata, penjelasan pejabat timbalan perdana menteri berhubung perkara itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Mereka membangkitkan kenapa pejabat Muhyiddin tidak menjelaskan keperluan membawa 17 pegawai bersama delegasi itu untuk lawatan lima hari minggu lalu.

Senarai itu didakwa meliputi pegawai yang tidak penting.

“Bukan sahaja keterlaluan menghantar 17 orang, lebih mengejutkan apabila mengetahui daripada 17 orang itu, tujuh daripadanya pegawai keselamatan (seorang pembantu peribadi dan seorang aide-de-camp).

“Selainnya meliputi pembantu peribadi seperti empat pegawai khas, dua setiausaha politik, setiausaha akhbar dan setiausaha peribadi,” kata Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) dalam kenyataan bersama semalam.

Mereka berdua membangkitkan tiada pegawai Kementerian Pendidikan terlibat dalam lawatan itu, walaupun Putrajaya mendakwa lawatan itu melibatkan pameran industri pendidikan.

Rabu lalu, Zairil dan Sim mendedahkan dokumen bocor menunjukkan lawatan Muhyiddin diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak formal” dan dua lawatan ke padang golf.

Ekoran itu, pejabat timbalan perdana menteri menjelaskan, dokumen itu hanya draf dan Muhyiddin antaranya akan menghadiri pertemuan perniagaan dan pertemuan kerajaan.

SAMM: Lawatan ke Dubai membazir, Menteri amal ‘wasatiyyah songsang’

MUHYIDDINSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Pendidikan menjelaskan kepada umum mengenai lawatan TPM 6 hari 5 malam ke Dubai dari 8-13 April lalu.
Merujuk kepada maklumat jadual penuh Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang dibocorkan oleh penjawat awam, TPM didapati hanya mempunyai urusan rasmi selama 4 jam iaitu pada 9 April yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Selebihnya hanya ditulis sebagai ‘private program’ dan ‘free program’ pada 10, 11 dan 12 April 2014.
Jadual yang dibocorkan itu akhirnya diakui sebagai draf awal dalam satu penjelasan oleh pihak menteri terbabit. Dalam penjelasan yang sama, pihak menteri bertanggungjawab tidak menyebut aktiviti pada tarikh 10 dan 11 April, hanya memaklumkan TPM menyertai satu acara golf rasmi yang dianjur oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014.
SAMM menegaskan bahawa lawatan kerja yang terlalu panjang ini adalah satu pembaziran wang rakyat. SAMM juga menuntut penjelasan penuh termasuk beberapa persoalan yang perlu dijawab, antaranya;
- Nyatakan berapa jumlah delegasi termasuk staf kementerian, keluarga, setiausaha politik dan sebagainya.
- Berapa jumlah perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan / sewaan jet peribadi ke atas semua delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di Dubai?
- Mengapa lawatan kerja rasmi ini mengambil masa terlalu lama untuk satu lokasi/negara?

KEADILAN: Rampasan telefon Tian taktik kuku besi polis

FahmiKUALA LUMPUR 15 APRIL: KEADILAN mengecam serbuan dan rampasan polis ke atas telefon bimbit Naib Presiden parti itu, Tian Chua semalam.
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut amat membimbangkan dan perlu diselar kerana ia merupakan tindakan taktik kuku besi.
“Rampasan telefon bimbit Ahli Parlimen Batu oleh anggota PDRM malam semalam amat membimbangkan dan wajar dikecam. (Ini) Taktik kuku besi,” tulis Fahmi di twitter.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam tadi, sepasukan anggota polis berpakaian preman menyerbu Hotel Armada di Petaling Jaya dan merampas seunit komputer tablet dan telefon bimbit Tian secara paksa di hadapan khalayak ramai.
Menurut Tian, ketika serbuan, polis memperlakukannya umpama mahu menangkap ‘penjenayah besar’.

PKR: Rundingan kerusi PRU-14 perlu dimuktamadkan selewatnya Mac 2015

IMG-20140415-WA0001PETALING JAYA, 15 APRIL : Rundingan kerusi dan setiap calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dimuktamatkan selewat-lewatnya pada Mac 2015.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata hal ini bagi membolehkan calon bakal bertanding diberikan tauliah awal bagi membina nama baik di kalangan pengundi dan memperkukuh jentera pilihan raya.
Beliau berkata perkara ini praktikal kerana sekiranya rundingan kerusi dalam PRU-14 dimuktamadkan awal dengan persediaan lebih rapi boleh dibuat.
“Rundingan kerusi dengan DAP dan PAS perlu dimulakan segera dan dimuktamadkan tahun ini.
“Ini memberikan ruang kepada PKR untuk memilih dan menyaring calon seawal Ogos 2014 dan mula diberikan tauliah untuk berkhidmat di kerusi masing-masing,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Selain itu katanya, PRU-14 merupakan detik penting untuk pengundi muda yang dianggarkan 60 peratus dibawah umur 30 tahun menentukan hala tuju negara.

Reformasi 2.0: Kesedaran anak muda makin hebat

anak muda1KUALA LUMPUR 15 APRIL: Kesedaran politik yang semakin matang di kalangan anak muda menjadikan golongan berkenaan semakin aktif bergerak menuntut perubahan sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik, kata Amiruddin Shari.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu berkata, anak muda sekarang tegas menolak kepincangan sistem kehakiman dan pelbagai penyelewengan yang dilakukan kerajaan minoriti BN melalui Reformasi 2.0 yang dilancar baru-baru ini.
“Reformasi 2.0, mengulang isu penyelewengan dan rasuah Umno BN.  Ada kepercayaan golongan muda ingin bergerak ke arah satu sistem yang lebih baik di negara ini,” katanya.
_MG_4344Tambahnya, berbeza dengan reformasi pada tahun 1998 dahulu yang lebih tertumpu kepada isu kehakiman, Amiruddin berkata reformasi kali ini akan lebih menekankan isu nasional menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia.
“Pada tahun 1999 saya terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Anwar. Kita waktu itu terikut dengan tarikan emosi isu mata lebam Anwar.
“Bagaimanapun, reformasi kali ini merangkumi semua golongan. Kita menentang penyelewengan meluas Umno BN sejak 15 tahun lalu yang semakin membarah dan merosakkan ekonomi negara,” katanya.
Amiruddin mula bergiat dengan gerakan reformasi sejak zaman mahasiswa di Universiti Putra Malaysia pada 1999. Beliau antara mahasiswa yang berdemonstrasi menentang pemecatan Anwar secara zalim oleh rejim Mahathir ketika itu.

Polis rampas ipad, telefon Tian Chua kerana 'hasutan'


MP Batu Tian Chua mendakwa polis merampas satu komputer tablet dan telefon mudah alih miliknya dalam satu operasi pada malam tadi, didakwa berhubung tulisan MP Batu itu di Twitter yang didakwa “menghasut”.

Chua mendakwa sepasukan polis berpakaian preman bertindak demikian pada kira-kira jam 7.30 semasa beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada di Petaling Jaya.

"Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka memalukan saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.

“Kawan-kawan, saya kini tidak boleh dihubungi... Celakalah negara polis!,” katanya di Twitter.

Kata Najib, Anwar memperbodohkan rakyat selesai misteri MH370 dalam satu saat..!!!

MH370-Najib
Betulkah Anwar pernah berkata sedemikian. Utusan mencipta soalan tentang nak selesai misteri kehilangan pesawat MH370 dan bertanya kepada Najib dan tentu begitulah jawapan Najib. Berita dari Utusan Malaysia…
PUTRAJAYA 15 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.
Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Tak pula Utusan Malaysia nyatakan, di mana dan bilakah Anwar berkata sedemikian!!

MH370: Search aborted, mini-sub to try again

The first mission by the mini submarine on Monday was called off as it encountered water deeper than its operating limits.

Mini SubPERTH: A mini-sub hunting for Malaysian jet MH370 prepared to make a second mission to the remote Indian Ocean seabed Tuesday after aborting its first search as it encountered water deeper than its operating limits, officials said.
The unmanned submarine loaded with sonar to map the ocean floor deployed Monday night from the Australian ship Ocean Shield which has spearheaded the hunt for the Boeing 777 that vanished on March 8.
“After completing around six hours of its mission, Bluefin-21 exceeded its operating depth limit of 4,500 metres and its built in safety feature returned it to the surface,” JACC said, without detailing the exact depth of operations.
“The six hours of data gathered by the Autonomous Underwater Vehicle is currently being extracted and analysed,” JACC said.
The AUV had been due to spend up to 16 hours collecting data.
US Navy Captain Mark Matthews explained the vehicle had exceeded its programmed operational limit and automatically resurfaced.
“There’s certain abort criteria that the vehicle has as it’s executing its mission,” he told CNN from Perth.
“If there’s certain conditions that occur, it stops and it comes to the surface.
“In this case the vehicle’s programmed to fly 30 metres over the floor of the ocean to get a good mapping of what’s beneath.”
Charts put the depth at 4,200-4,400 metres, he said.
“It went to 4,500 metres and once it hit that max depth, it said this is deeper that I’m programmed to be, so it aborted the mission.”
Search zone adjusted

MH370: Mengapa AG bersungguh mengenai hak kotak hitam?

KOTAK HITAMKUALA LUMPUR 15 APRIL: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mempersoal tindakan Kerajaan Malaysia yang kelihatan bersungguh untuk mendapatkan hak mutlak dalam kotak hitam MH370.
Ketika berita ini ditulis, Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail berada di London bagi membincangkan urusan pihak mana yang wajar mempunyai hak ke atas alat perakam data penerbangan (kotak hitam) jika ia ditemui.
Jelasnya, persoalan sekarang bukan tuan punya kotak tetapi kena serah kepada pakar untuk uruskan supaya dapat memberi maklumat yang lebih telus.
“Yang penting data-data dalam kotak hitam tersebut didedahkan kepada semua,” katanya.
Beliau menyatakan perkara tersebut kerana menurutnya terdapat tinjauan daripada portal berita membuktikan tentang keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan kerajaan dalam mengendalikan MH370.
Tambah beliau lagi, kelemahan Kerajaan Malaysia dalam pengendalian kehilangan pesawat ini akan terus dipersoal jika Malaysia menyimpan rahsia dalam kotak hitam tersebut.
“Mengikut kajian Malaysian Insider, terdapat lebih 50 peratus penduduk Malaysia yakin kerajaan sembunyi maklumat MH370.

MH370: Bluefin submersible ends first mission early

See how the Bluefin-21 AUV works underwater

MH370: 'We can not believe the plane was there'

Alahai kerajaan minoriti 46%

Amirrul Jeffery

Tiada apa yang pelik bin ajaib apabila tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan 54% daripada 1,029 responden adalah rakyat Malaysia tidak percaya kepada kerajaan sendiri iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyampaikan maklumat yang telus dan mempunyai banyak lagi maklumat tidak didedahkan berhubung tragedi MH370. Manakala 26% menyatakan jujur dan 20% refleksi kepada tidak pasti.
Maklum tahu kerajaan minoriti 46% ini tidak diyakini ketelusannya oleh 52% rakyat Malaysia. Apa jua perkara yang keluar daripada mulut kerajaan BN sudah tidak dipercayai majoriti rakyat jelata. Angka 1,029 responden adalah tinjauan rambang, bukannya tunjauan terpilih.
Tinjauan rambang yang dilakukan di kawasan bandar dan separa bandar juga di kawasan luar bandar - yang celik ilmu dan maklumat dengan dunia yang tiada sempadan iaitu sudah mencapai jalur lebar - menampakkan hasil  yang memukul sampai lunyai kerajaan minoriti 46% BN.
Cakaplah apa sahaja, keluarkanlah apa pun kenyataan, polisi kerajaan, method, pengorganisasian, perancangan, daripada kerajaan 46% minoriti ini pasti dijadikan bahan lawak di kedai kopi mahupun warung, di mana- mana sahaja.
Daripada kenyataan  awal tragedi MH370 daripada menteri bernama Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkontradiksi dengan ketua - ketua penguatkuasa dan jabatan yang bertanggungjawab, tidak konsisten. Malah memburukkan lagi keadaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media keduanya menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, apa yang Najib definisikan berkenaan berakhir di Lautan Hindi pun saya tidak faham. Kenyataan diplomatik yang tinggi, ayat tergantung.
Kalau benar MH370 terhempas mana bangkai pesawat? Serpihan pesawat sehingga ke hari ini tidak dijumpai. Andai terhempas pelampung kecemasan berkuantiti 300 lebih pasti sudah muncul di permukaan laut jika benar burung besi tersebut terhempas di situ. Kita rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk mencerna maklumat yang disampaikan kerajaan minoriti 46% ini. Cuma kita dibodohkan melalui media kawalan kerajaan minoriti 46% - Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo.
Cerita yang lebih menyeramkan pada tempoh hari apabila United Kingdom menghantar kapal selam HMS Tireless. Tergerak untuk saya bertanya apa sudah jadi dengan kapal selam Scorpene kita? Benarlah kata orang Scorpene Malaysia sudah barai, tidak dapat menyelam. Kapal selam berdarah tidak berkat. Memandangkan penyelenggaraan kapal selam Scorpene yang pembeliannya mendapat komisen RM500 juta oleh syarikat kroni memakan RM1 bilion setahun amatlah besar, ia kerugian maha besar.

MH370: Apa Kah Betul Pesawat Itu Terhempas Disini?

Apa kah memang pesawat itu terhempas di lokasi ini? Mengapa hanya di hari ke-25 baru ada pancaran daripada Kotak Hitam? Mengapa hanya selepas 24 hari baru mencari menggunakan underwater locator bermula? Mengapa selepas 4 pancaran yang dikesan daripada Kotak Hitam, yang bermula daripada 5,6, 8 Mac kemudian pancaran itu gagal dikesan lagi?  Masuk hari ke-38 iaitu hari ini, digunakan robotic vehicle Bluefin 21 untuk menjalankan pemetaan dasar laut. Apa kah pencraian di lokasi ini merupakan satu sandiwara? sama seperti memburu Osama bin Laden di Afghanistan selama 13 tahun, sebenarnya Boss Al-Qeada itu berada di Abbottabad Pakistan. Osama berjaya dibunuh US Navy Seal pada 3 May 2011 dalam satu operasi rahsia. Sedar kah kita, bahawa Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada pagi 8 Mac tidak mendarat di Diego Garcia; sedangkan pada 13 Mac, semasa operasi mencari sedang ditumpukan di Lautan Hindi, Pentagon percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Malaysia memerlukan 11 hari untuk mengakui kenyataan itu.  Kehilangan pesawat di pagi 8 Mac diselubungi misteri. Kehilangan pesawat itu, tidak seperti biasa kemalangan pesawat sebelum ini. Melihat kepada cara kehilangan pesawat itu, adalah tidak mustahil, bahawa pesawat itu tidak terhempas di lokasi pencarian, akan tetapi besar kemungkinan pesawat itu berada di suatu lokasi rahsia. Mustahil, pesawat sebesar itu dengan muatan serta berbagai jenis barangannya yang boleh terapung, tiada satupun berjaya dikesan?  Apa kah benar kenyataan seorang penulis terkenal Amerika Dr Kevin Barett, bahawa CIA mengetahui lokasi pesawat itu? Cara kehilangan pesawat MH370, hanya CIA sahaja mempunyai kemampuan itu, sama seperti peristiwa 9/11. Dalam dunia moden ini, hanya Musaraff sahaja berjaya memperdaya CIA, berkaitan dengan Osma bin Laden. Kini, CIA menebus maruahnya dengan melakukan sandiwara, sehingga satu dunia panik dan terpingah-pingah. Malaysia, tersepit dengan permainan berstatus high level ini.

Telefon pembantu juruterbang berhubung menara di Pulau Pinang, tetapi tiada panggilan, kata pegawai AS

Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370 dihidupkan dan berhubung dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tidak menunjukkan sebarang panggilan dibuat, lapor CNN.
Ini susulan daripada siasatan penyiasat memeriksa jutaan rekod telefon bimbit untuk mencari bukti mengenai kewujudan panggilan dibuat dari pesawat itu selepas ia hilang, katanya.
Sebahagian dakwaan itu menguatkan lagi laporan akhbar New Straits Times pada hujung minggu lalu, yang memetik penyiasat Malaysia sebagai berkata Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan telefon dari telefon bimbitnya ketika pesawat Malaysia Airlines itu terbang merentasi Pulau Pinang, pada waktu ia dilaporkan hilang.
Bercakap kepada CNN, pegawai AS memetik maklumat daripada penyiasat Malaysia yang berkata telefon pembantu juruterbang itu mencari perkhidmatan telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pihak berkuasa percaya pesawat itu membuat pusingan kembali ke semenanjung Malaysia.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum itu ditanya mengenai dakwaan berkenaan, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar) kerana jika ia benar, kita sudah tahu mengenainya lebih awal,” katanya.

Bacaan Kuat Selain Azan - Prof Madya Dr Mohd Asri

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.



Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.



Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Pas akan perjelas hudud kepada wakil rakyat

TANAH MERAH - Kerajaan negeri akan memberi penjelasan kepada semua wakil rakyat mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sebelum usul pelaksanaan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penjelasan akan dibuat terutama kepada pimpinan Pas, PKR dan DAP serta semua wakil rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jawatan kuasa teknikal yang baru bermesyuarat Rabu lalu terlebih dahulu akan memberi maklum balas mengenai draf rang undang-undang itu kepada Exco kerajaan negeri, esok.

“Bila semua Exco bersetuju, barulah kita akan proses tindakan susulan termasuk penjelasan kepada semua wakil rakyat dan mungkin juga kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran dan Jamuan Rakyat sempena lawatan kerja ke Jajahan Tanah Merah di Masjid Mukim Gual Ipoh, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, yang juga Adun Bukit Panau dan Ketua Jajahan, Dr Che Hamat Che Muda.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed agar Pas mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi menjelaskan secara terperinci tentang usul itu.

SENJATA BARU UMNO LAWAN PAKATAN RAKYAT

'Elemen Islam' jadi perisai lawan PAS

Jika Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei 2014 bagi membantah perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) atau lain-lain isu yang berkaitan pembelaan terhadap hak rakyat, maka kemungkinan yang tidak dapat disangkal ialah kerajaan BN akan menganjurkan program keagamaan bagi menyainginya. Ia mungkin program Cinta Rasul, Salawat Perdana atau forum keagamaan yang mengundang tokoh-tokoh hebat.
Baru-baru ini PAS Kedah menganjurkan Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0. Himpunan dirancang kira-kira dua bulan lalu. Tak semena-mena dalam masa tidak sampai dua minggu, Umno menganjurkan program Cinta Rasul juga di Baling walaupun lokasi berbeza. Program kilat itu mengundang habib kecil untuk memimpin salawat ke atas junjungan nabi SAW serta penceramah pro Umno. Atas rasa ketidakyakinan bahawa program tersebut mendapat sambutan, mereka mengadakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motorsikal baharu.
Sewaktu Pakatan mengadakan himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang bulan lalu, Umno pula mengadakan program salawat perdana di Putrajaya yang mengundang habib besar sebagai penarik kehadiran orang ramai. Trend terkini, program-program berselawat sebegitu mendapat sokongan besar dari umat Islam khususnya yang mencintai agama. Mereka yang membanjirinya bukan anak-anak muda perempit atau yang ghairah menghadiri konsert maksiat tetapi golongan muda yang ikhlas mencintai Rasulullah SAW serta perjuangan yang dibawanya. Golongan ini lebih selesa mengenakan jubah, serban dan ridak.

Maka para pemimpin Umno hadir ‘tumpang tui’ program sebegitu juga dengan watak golongan yang mencintai agama Allah. Perdana Menteri, menteri, menteri besar dan exco turut berjubah dan beridak, malah ada menteri besar yang turut berserban. Isteri Perdana Menteri yang hadir juga kelihatan menutup aurat dengan sempurna.


Kehancuran institusi Malaysia ditangan pemimpin UMNO..!!

Satu ketika dahulu, Malaysia dikenali dengan institusinya – perkhidmatan awam yang memudahkan pembangunan pesat daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem kehakiman baik mengikut Komanwel dan tentera yang mengalahkan pemberontakan komunis.
Hari ini selepas 50 tahun sebagai sebuah negara, dari Perlis ke Sabah apa yang kita lihat adalah kebodohan dan ketidakcekapan, kehancuran kepada institusi Malaysia.
Peguam negara kini menyerahkan kes-kes besar kepada peguam Umno; ketua polis negara (KPN) mengetuai organisasi yang tidak melakukan apa-apa apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan; Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kehilangan kredibiliti dan maruah tentera udara kini hilang.
Jadi kepada siapa rakyat Malaysia boleh mengadu apabila memerlukan?
Kelihatan semuanya tidak boleh diharapkan. Sedih tetapi inilah kebenarannya.
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac dengan 239 orang di dalamnya mengesahkan sesuatu yang rakyat Malaysia mengesyaki sejak dahulu lagi. Tiada meritokrasi dan pemikiran dalam perkhidmatan awam.
Pihak berkuasa, daripada menteri ke bawah masih belum menjelaskan apa yang berlaku semasa saat-saat penting selepas MH370 didapati hilang. Laporan televisyen CNN dan BBC semalam menunjukkan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak soalan itu.
Bolehkah sektor penerbangan awam mempercayai DCA untuk melakukan perkara betul dengan serta-merta selepas penerbangan yang hilang daripada skrin radar? Mengapa tidak tentera udara diberitahu mengenai pesawat hilang?
Mengapa tidak pembuat kapal terbang Boeing diberitahu dengan serta-merta? Mengapa tiada kawalan trafik udara bertindak balas terhadap rakan-rakan Vietnam mereka apabila diberitahu tiada hubungan dengan Boeing 777-200ER yang sedang dalam perjalanan ke Beijing?
Mengapa senyap?
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga perlu menjelaskan bagaimana mereka mempertahankan ruang udara negara sepanjang hari. Memang benar kita mempunyai lelaki dan perempuan berpakaian seragam yang berani, tetapi blip misteri bergerak dari timur ke barat langsung tidak dapat dikesan.
Langsung tidak dialu-alukan oleh radio, apa lagi untuk menghantar jet untuk menyemak blip itu. Atau bertanya kepada DCA atau pengawal trafik udara jika mereka turut melihat blip itu.