Mahasiswa lancar Bantah protes GST A
Kuala Lumpur - Kira-kira 100 mahasiswa dan anak muda telah berkumpul di hadapan Sogo sekitar jam 12 tengah hari semalam bagi membantah perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan.

Menurut Pengerusi Gerakan Anak Muda Bantah GST (Bantah), Abdul Malik Abd Razak, cukai GST yang baru diluluskan oleh kerajaan pada Isnin yang lalu bakal membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya dari kalangan anak muda.

“Kerajaan telah memilih jalan pintas bagi menyelesaikan hutang Negara dengan mengenakan GST ke atas rakyat, namun pada masa yang sama terus membiarkan masalah ketirisan dan pembaziran terhadap dana awam.

“Penubuhan Bantah adalah manifestasi bantahan anak muda terhadap kerajaan yang terus menekan rakyat selepas kenaikan harga barang keperluan terus meningkat saban hari tanpa sebarang pembelaan,” katanya.