Sabtu, 12 April 2014

Dalam Ini Malaya : UMNO & Kerajaan BN...Mewah Dan Boros..!!!







Hishammuddin nafi laporan juruterbang MH370 ‎buat panggilan di Pulau Pinang

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.
Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.
"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak hari ini.
Menurutnya, sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Mangsa Samseng Dan Pemerintah: Pagi keluar rumah, petang rumah dirobohkan


Seorang pesara mendapati rumah yang diduduki tiga generasi keluarganya dirobohkan dalam masa kurang dari 5 jam beliau keluar dari rumah itu.
 
Kejadian itu menimpa M Irdiahsamy, 73, penduduk Kampung Retnampillai, Sentul Pasar pada 3 Disember lalu.
 
Beliau keluar rumah sekitar jam 10 pagi dan mendapati rumahnya dirobohkan pada jam 3.30 petang apabila pulang ke rumah.
 
Sebulan sebelum itu, seorang lagi penduduk, P Subramaniam, 50 tahun turut mengalami nasib sama apabila rumahnya dirobohkan pada sekitar jam 6.30 pagi, 22 November tahun lalu sewaktu beliau tiada di rumah.
 
Dua buah rumah itu sebahagian daripada kisah sedih empat buah rumah didakwa dirobohkan dengan cara hampir sama apabila setinggan tersebut akan dimajukan menjadi tapak tiga blok pangsapuri.
 
Jurucakap penduduk, P Thanabala yang rumahnya juga dirobohkan pada November 2013 mendakwa wakil syarikat pemilik tanah mengaku merobohkan rumah mereka dalam satu pertemuan yang turut disertai  seorang pegawai polis dan wakil sebuah parti politik.
 
Perkara itu dinyatakan dalam laporan polis terbarunya kelmarin.
 
Thanabala mempertikaikan cara rumah mereka dirobohkan selepas mereka enggan menerima pampasan RM18,000 bagi setiap rumah yang ditawarkan pemaju.
 
Sementara itu, beliau juga mendakwa mereka berterusan diganggu sekumpulan lelaki yang disifatkannya ala gangster yang kerap hadir dalam jumlah ramai untuk menggesa mereka berpindah.
 
"Kita takut bila kita keluar rumah, gangster roboh rumah. Tapi polis tak nak tangkap, bolehkah macam itu?" kata Thanabala.
 

Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli..!!

Malaysian Media: Co-pilot made desperate phone call

Rafizi Ramli: Malaysia Kaya, Kutip Banyak, Bocor Lagi Banyak

Rafizi Ramli: Selagi Kerajaan Ini Tidak Tumbang, Kita Akan Lawan Tetap Lawan

Hasan Malek Akui Dimana Umno Kuat situ Melayu Merempat


Jikalau Kata-Kata serta Ucapan Hasan Malek di Persidangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) bukan nya BERMAKSUD Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat apa ke lagi beb, tak kan Maksud beliau Kalau Harga Ayam Mahal Jangan Makan Ayam atau pun Kalau Minyak Mahal Jangan Guna Minyak tapi Guna Air Kencing... kah kah kah !

Dengan mengatakan bahawa "antara PUNCA Masalah berkenaan ialah Sekolah-Sekolah di LUAR BANDAR atau PENDALAMAN (dalam kata lain di tempat dimana selalu nya Umno/Bn Kuat) yang merupakan RUANG HAYAT Anak-Anak Melayu dan Bumiputera masih TERKEBELAKANG dari segi PASARANA PENDIDIKAN".


"Murid yang DIASUH dalam Bilik Darjah SERBA MUNDUR dan hanya Bergantung Kepada BUKU TEKS tidak Akan Mampu untuk BERTANDING dengan Pelajar yang Belajar dengan Bantuan TEKNOLOGI DIGITAL". Atas sebab itu gua kata nya yang MAKSUD Hasan Malek ialah Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat... kah kah kah !.
Hanya di Negara Malaysia yang UJUD nya BANGSA Umno sahaja lu orang dapat Dengar, Lihat dengan MATA KEPALA lu orang Perkara sebegini terjadi, dimana Parti yang Memerintah sejak dari MERDEKA serta Mendakwa sebagai Parti yang Memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi Orang Melayu Merempat dari Segala Segi beb... kah kah kah !.

Tapi apa nak buat beb sudah Orang Melayu Sendiri yang SUKA dia orang DITIPU HIDUP-HIDUP sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, jangan salahkan Bangsa lain jikalau Bangsa Sendiri sejak AZALI nya adalah KAKI PENIPU WA TEMBERANG. Segala benda hendak Ditipu dari Sekecil-kecil Benih Padi sampai lah Sebesar-besar LEMBU NFC... kah kah kah !.

GST: Kenapa tak cukai syarikat monopoli dan jutawan?

Ada tiga jenis cukai yang kerajaan boleh laksanakan untuk menambah pendapatan kerajaan, kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. 

SEREMBAN: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan kenapa kerajaan tidak mengenakan cukai kepada orang kaya sebelum kenakan cukai terhadap orang miskin.
“Apabila kita tanya kenapa bebankan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan kata sebanyak 162 negara sudah melaksanakan GST.
“Kalau itu hujah kerajaan, kenapa kerajaan tidak tiru jenis-jenis cukai yang dikenakan oleh negara lain?
“Ada tiga jenis cukai yang kerajaan boleh laksanakan untuk menambah pendapatan kerajaan.
“Windfall tax atau cukai durian runtuh merupakan cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat yang memonopoli sesuatu bidang perniagaan.
“Malaysia ada industri yang dimonopoli, Astro contohnya. cukai durian runtuh dikenakan kepada syarikat dalam sesuatu industri yang untungnya berlipat kali ganda.
`Cukai maha kaya’
“Superich tax atau cukai maha kaya pula dikenakan kepada individu-individu yang sangat kaya yang bertaraf jutawan.
“Sekarang rakyat biasa seperti saya dan tuan-tuan membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus. Tetapi jutawan juga membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus.
“Di negara-negara luar mereka yang tersangat kaya dikenakan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa, supaya mereka ini dibezakan dengan rakyat kebiasaan atau golongan kelas menengah.

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia

Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.
Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana.
"Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.
"MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar.
Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.
Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.
Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

TS Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi  RM22.2 juta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2014.  
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi RM22.2 juta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2014.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan isu jual beli tanah antara syarikat milik penuh kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan syarikat pemaju Tropicana, mengatakan ianya merupakan "perkongsian pintar" kedua-dua pihak.
Khalid menjelaskan, melalui perjanjian itu, MBI akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun, dan kerajaan negeri akan memperolehi pembangunan infrastruktur dan prasarana di atas tanah seluas 424 ekar sepanjang tempoh pembangunan di Canal City tersebut.
"Prinsip Pakatan Rakyat (PR) di dalam urusan pentadbir aset seperti hartanah kerajaan negeri adalah memberi nilai tertinggi kepada aset tersebut dengan cara tidak menjual tanah kosong, tetapi menjual tanah dan pelan pembangunan.
"Hal ini boleh dilakukan kerana kerajaan negeri mempunyai pakar di dalam merancang pembangunan dan kelulusan berkenaan dengannya terletak di dalam kuasa kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi  RM22.2 juta.
"Ini jauh berbeza dengan penjualan tanah dengan pelan pembangunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)," katanya dalam kenyataan tersebut.
Umno Selangor sebelum ini mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek berkenaan yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST, kata ahli parlimen DAP kawsaan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. 

Mohd Ariff SabriPETALING JAYA: Ahli parlimen DAP kawsaan Raub,  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.
“Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.
“Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
“Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.
“Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,” tanya beliau dalam blognya.
Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan  tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.
Papa kedana
Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Adun DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan..Adun UMNO ada kesah..!!!

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor.

Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).

“Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.

“Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi.

“Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Permintaan maaf Tok Guru & Mahathir yang asyik lupa


Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka. Di sebelahnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkunjung ke Pulau Melaka untuk bertemu Mursyidul Am PAS itu baru-baru ini.
TIDAK semena-mena ucapan ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz di satu Subuh hening sebaik selesai solat berjemaah di masjid bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka, Pengkalan Chepa, Kelantan menarik perhatian para pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS itu tidak memberi komen tentang politik, sebaliknya dengan nada sayu semasa menyampaikan kuliah Subuh, memohon maaf kepada rakyat Kelantan jika melakukan sebarang kesilapan tatkala mengetuai kerajaan negeri.

“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan... Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Dilaporkan tatkala berucap, air mata bergenang membasahi pipi Tuan Guru Nik Aziz menzahirkan keikhlasan hati beliau ketika membuat permintaan itu.

Memohon maaf atas kelemahan dan kesilapan diri adalah sifat terpuji muslim, malah ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Diberitakan ketika Rasulullah s.a.w. gering setelah peristiwa pembebasan Kota Makkah (fathul Makkah), baginda yang sudah beberapa hari tidak mengimamkan solat meminta para sahabat membawanya ke masjid.

Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang - Al Fatihah

SUHAIZAN KAIAT
Saya mendapat khabar sedih pemergian mengejut Abdul Hamid bin Abdul Kadir (Pak Hamid) Ketua jurulatih kawad kebangsaan Jabatan AMAL dari Johor ke rahmatullah pagi tadi jam 10 pagi.
Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang  dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Dalam usianya 59 tahun  beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya. Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya.

Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan.
Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu.
Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya.

Allahyarham Pak Hamid adalah ikon anak-anak muda. Beliau jugalah ikon kebanggaan AMAL. Beliau adalah contoh insan ikhlas berjuang demi Islam.
Tanpa nama dan kedudukan tinggi, Pak Hamid tidak kejarkan pangkat, kedudukan dan jawatan dalam PAS.
Perjuangan Islam dengan mencapai keredhaan Allah adalah matlamat utama PAS dan Pak Hamid telah membutikannya.

Yayasan ISA Bela Keluarga Tahanan ISA

MH370: Menteri nafi lewat tubuh jawatankuasa khas

MH370: M'sia minta JACC Australia serap dua wakil DCA

Yahya Shari: Kita Nak Lawan Dengan Pemimpin Yang Korup Dan Zalim

Nurul Izzah: Jangan Kita Lupa Pilihanraya Yang Akan Datang Kita Bersedia Sekarang

Anthony Loke: Hanya Kita Boleh Mendapat Keadilan Menawi Mahkamah Rakyat, Rakyat Akan Menjadi Hakim

Amerika oh Amerika - dimana MH370?

 
Rakyat Malaysia yang selama ini tidak ambil peduli tentang perancangan USA dan bapaknya Yahudi terhadap negara Islam dan tentulah terhadap orang Islam khususnya penganut Islam tegar, akan mula membuka minda. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Yahudi2 Amerika ini bekerja bagaikan "Dajjal Laknatullah". Mereka menguasai semua rangkaian media, sebaran "fitnah" bagi mengelirukan dunia.

Dengan berlakunya peristiwa MH370 ini diharap orang Islam khasnya Melayu tidak lagi menjadi kaldai bongok yang hanya tahu benda2 sedap sahaja. Harapnya mereka sudah mampu berfikir lebih jauh. Sekurang2nya belajar memahami apa itu Protokol Zionis. Ia mustahak untuk mengelak diri terjerat dan menjadi mangsa mereka (Yahudi).

Percayalah, apa yang berlaku kepada dunia sekarang ini semuanya tertulis dalam buku tersebut.

Amerika dan sekutunya telah lama terkedu tak dapat nak menguasai Malaysia sebagaimana lain2 negara Islam. Kita lihat apa telah jadi kepada Afghanistan, Pakistan, Iraq, Libya, Mesir. dan kini Syria?? Tidakkah kita terfikir apa niat USA sebenarnya? Tak lupa juga negara jiran kita Indonesia sedang diratah oleh mereka melalui pelbagai saluran (termasuk Islam Liberal yang sesat itu). Apa jadi kepada negara2 Islam ini? Bahagiakah mereka selepas dikerjakan USA?

Contohnya, kalau dulu terdapat dikalangan kita yang bersorak melihat Saddam digulingkan, kini kenapa diam membisu melihat Iraq hancur punah ranah dan tidak lagi aman? Lebih baik Saddam memerintah dari menjadi negara jajahan Amerika. Begitu juga dengan Muammar Gadafi yang dilabelkan sebagai anjing jahat. Kenapa kini diam bila melihat Libya terus huru hara? Ohh tak cukup dengan itu, heboh pula menyokong mujahidin (konon) melawan kerajaan Syria. Nanti bila Syria jadi macam Iraq barulah mereka semua puas hati? Oh malang sungguh manusia dungu ini.

Tidak. Mereka masih tidak puas hati selagi negara mereka sendiri tidak jadi begitu. Bukan bodoh macam lembu tetapi dungu macam kaldai. Mereka dungu kerana didungukan. Kesian kan?

Maka rakyat Malaysia harus sedar sekarang, sama ada mereka sedang membantu USA untuk jahanamkan negara ini atau tidak. Ramai yang sudah termakan umpan. Kini sedang meroyan bagai nak gila kerana gagal menjual negara ini kepada Amerika.

Deigo Garcia menjadi buah mulut manusia ramai kini. Sebuah pulau misteri milik Amerika. Mata tertumpu kepada pulau Dajjal yang baru ini. Apa yang ada disana? Bolehkan orang luar pergi ke sana? Mustahil. Pentagon Bans ALL LEAVE TRAVEL TO DIEGO GARCIA

Teori MH370 disembunyikan di sana amat meyakinkan. Kesah penumpang berharga ataupun teori kargonya cukup kuat mengaitkan Amerika (yang satu masa dahulu sanggup mengebom bangunan dan rakyatnya sendiri demi matlamat menguasai Afghanistan). Mungkin ramai yang dah lupa atau cuba lupakan kes 911 tersebut kerana dah mula sayang kepada Amerika (melalui gerak kerja proksinya).

Apa nak hairan, dunia hari ini mudah sangat ditipu sang Dajjal. Belum lagi dia muncul, berbillion manusia sudah dapat didungukan. Termasuk sebahagiannya yang ada di Malaysia.

Kerja Allah tiada siapapun yang dapat menduga. MH370 akan mengajar kita memahami kerja Zionis Sedunia yang menjadi tenaga kerja kerajaan Dajjal. Kecelikan akal orang Melayu sangat penting untuk menghalang Malaysia dari dihuru harakan oleh mereka. Ia amat penting. Sekurang2nya sebahagian dari Orang Melayu dan Islam akan kembali menghalakan fikiran mereka menduga apa yang akan Amerika lakukan selepas ini. Paling penting, kita tidak akan terus dungu atau didungukan.

SIAPAKAH YANG DAPAT SANGSIKAN TEORI DEIGO GARCIA INI?

Tiada siapa.

HA HA HA .... lihat link di bawah. 
Tiba2 Pentagon keluarkan arahan

Pentagon Bans ALL LEAVE TRAVEL TO DIEGO GARCIA

MH370: HINGGA KINI TIADA BUKTI KUKUH DITEMUI

Towed Ping Locater yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

Pembantu Juruterbang MH370 buat panggilan telefon dari ruang udara Pulau Pinang, lapor NST


Salah seorang juruterbang pesawat MH370 cuba menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya, lapor akhbar New Straits Times (NST) hari ini.
Laporan eksklusif akhbar itu berkata panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid (gambar).
(NST menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)
Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat.
Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan, menurut laporan NST itu lagi, sambil menambah sumber tersebut enggan mendedahkan siapa yang dihubungi oleh Fariq.

MH370 mungkin ambil masa panjang mencarinya, kata PM Australia

Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 berkemungkinan akan berterusan untuk satu tempoh yang lama, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Sabtu.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas beliau menyuarakan keyakinan yang tinggi bahawa isyarat kotak hitam sudah dikesan, lapor AFP.
"Kami mempunyai tahap keyakinan bahawa data transmisi yang diambil adalah dari MH370," kata Abbott pada hari terakhir lawatannya ke China seperti dilapor agensi berita antarabangsa itu.
Tetapi katanya "tidak seseorang pun harus mempertikaikan kesukaran tugas mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa," katanya dalam pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen Sky.
"Ya, kami kecilkan kawasan carian namun tugas ini mungkin akan berterusan untuk masa yang lama," kata Abbott seperti dilapor AFP.

MH370: Misi mencari bakal guna kenderaan dalam air automatik



9 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.  
9 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.

Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.
Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
Menurutnya AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.
JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.

MH370: Mengapa Selepas Sebulan Amerika Sangkal Mendarat Di Diego Garcia..!!

Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada 8 Mac lalu semasa menuju Beijing mendarat di Diego Garcia. Dalam satu email kepada Star, seorang jurucakap Kedutaan Negara itu di Kuala Lumpur menafikan bahawa pesawat itu pernah menuju kepulauan Maldives lalu ke Diego Garcia. Jarak Kuala Lumpur dengan pulau itu adlah 3,500km satu jarak yang boleh dicapai pesawat itu berasaskan bekalan minyak yang ada.
Pesawat MH370 semasa dikesan kali terakhir oleh radar tentera pada 2.11 pagi Sabtu 8 Mac, pesawat itu berada 320km Utara Pulau Pinang, terbang serendah 4,000 kaki atas permukaan laut, dan perjalanannya mengelak daratan; tujuan kepada cara menerbangkan pesawat serupa itu adalah untuk mengelak radar daratan.
Dalam perkembangan terakhir, Perdana Menteri Australia mengatakan, bahawa pasukan pencari, hanya beberapa kilometer di lokasi di mana pesawat malang itu terhempas, namun dipercayai bahawa lokasi pesawat itu diperkirakan berada 14,000-15,000 kaki di dasar laut.

Foreign workers struggle in Malaysia

Isu Sampah Bukan Perkara Baharu - Dr Wan Azizah

Saifuddin Nasution: Kenapa Reformasi? Kenapa Reformasi 2.0?

Saifuddin Nasution: Orang Melayu Sahabat Saya, Orang Cina Saudara Saya, Orang India Rakan Saya

Bekas hakim dapat projek Kidex, Umno terus kayakan kroni- Izzah

Peguam UMNO & Hakim Kroni Dapat Projek KIDEX RM 2.2 Bilion
Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.
Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara.
“Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion.
“Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan),
“Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?,” Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
“Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?,” katanya.

Harga rumah naik selepas GST, TPPA dilaksana?

KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsungnya satu wacana rakyat bertajuk 'Kesan GST dan TPPA terhadap sektor perumahan: Adakah harga rumah akan naik' bagi merungkai sejauh mana perlaksanaan kedua-dua program itu mempengaruhi harga aset rumah.

Wacana tersebut diadakan di Auditorium MPAJ, Pandan Indah bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini.

Ianya dianjurkan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Penganjur Program, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor berkata, dengan wacana ini diharap menjadi titik tolak kepada kajian seterusnya oleh mana-mana institusi akademik atau bukan kerajaan yang ingin menjadikan sektor perumahan sebagai subjek dalam kajian terhadap GST dan TPPA.

"Kajian juga harusnya tertumpu kepada perolehan negara yang pincang. Isu rasuah, ketirisan, kronisme dan pembaziran masih lagi gagal ditangani oleh pihak kerajaan, dan GST bukanlah satu tindakan yang bijak ke atas rakyat untuk menyelesaikan permasalahan tadi," kata beliau.

Antara panelis yang terlibat termasuk bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang  dan juga wakil Persatuan Pemaju dan Hartanah Negeri Selangor (REHDA).

Pemilihan 2014: Hampir 500,000 ahli akan tentukan barisan baru PKR

Hampir setengah juta ahli PKR akan memilih pimpinan terbaru mereka bermula hujung bulan ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul berkata pengundian akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri sama seperti tahun 2010.
 
Seramai 247 calon telah mengesahkan pencalonan mereka bagi bertanding di pelbagai jawatan peringkat pusat dan negeri.
 
Untuk peringkat pusat,  calon akan mengisi satu jawatan presiden, satu timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli majlis pimpinan pusat.
 
Sementara itu untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, calon akan mengisi satu kerusi ketua dan timbalan, tiga untuk naib dan 20 exco.
 
Manakala di peringkat cabang pula, satu jawatan dipertandingkan untuk ketua cabang, timbalan, naib dan 15 untuk ahli jawatankuasa (AJK) cabang masing-masing.
 
AMK peringkat cabang mempunyai pecahan kerusi sama manakala Wanita hanya memperuntuk tujuh kerusi AJK.
 
Cara mengundi juga tidak berubah dengan semua ahli yang layak mengundi diminta menulis nombor calon pada kertas undi.
 
Pengundian biasanya bermula pada jam 10 pagi dan dijangka berakhir jam 4 petang.
 
Seramai 496,923 dari sejumlah  500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan kali ini.
 
Jadual pengundian negeri
 
  • 26 April: Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
     
  • 27 April: Sarawak, Johor dan Melaka
     
  • 3 Mei: Sabah, Kedah dan Perlis
     
  • 4 Mei: Sabah, Perak dan Pulau Pinang
     
  • 10 Mei: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
     
  • 11 Mei: Selangor

'Tukar Kerajaan Bakal Berakhir Dengan Tragedi', Najib Ugut Rakyat Malaysia..!!!!

Where’s the debris, asks aviation expert as search for MH370 enters 36th day

As searchers scour the Indian Ocean west of Australia for Malaysia Airlines flight MH370, an aviation expert told CNN today there should be debris on top of the water.
Jim Tilmon, a former American Airlines pilot and aviation analyst, told CNN that the chances of not having debris on top of the water were remote.
"The amount of flotsam left behind in the crash would most likely vary based on how MH370 hit the water," Tilmon told CNN.
Since MH370 disappeared on March 8 shortly after departing from Kuala Lumpur, all the possible debris spotted from the air by satellites have turned out not to be from the aircraft.
"It is extremely unlikely that the Boeing 777-200 would have slipped beneath the waves intact," Tilmon said.
"If it had broken up, then pieces of the aircraft are likely to have been cast adrift on the surface."
More than a month after MH370 disappeared with 12 crew members and 227 passengers, searchers are still trying to locate the aircraft.
Searchers have been attempting in the past week to home in on the pings which they hope are from MH370’s black box.
As search operations enter the 36th day, there has been no confirmed sighting of the aircraft's wreckage among the rubbish swept up in the Indian Ocean currents.
"An in-flight break-up would have scattered wreckage over a wide area," Tilmon told CNN.
"If the aircraft hit the water at a steep angle and at high speed, it would likely have taken much of its frame and contents down into the deep with it."
That was the case when an Alaska Airline aircraft plunged into the Pacific Ocean off California in 2000, killing all 88 on board.
“It is not like striking your hand into the water, it is more akin to slamming your car into a brick wall."
He told CNN that was the more likely result of that kind of situation, where there were bound to be a lot of debris.

MH370: Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?

Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?KUALA LUMPUR: Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)

Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

MH370 catat jalan cerita yang panjang

MISTERI kehilangan pesawat MH370 belum terjawab meskipun pencarian melibatkan banyak negara dengan kelengkapan moden.

Menyorot tragedi setelah lebih sebulan berlalu, pesawat MH370, jenis Boeing 777-200ER, membawa 239 individu termasuk 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Pagi itu,dunia terkejut, apabila Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan kehilangan MH370 pada 7.30 pagi.

Selepas lebih sebulan, 26 negara terlibat serta pelbagai aset digunakan untuk mencarinya.

Dari hari pertama sehingga kini, misi SAR menemui pelbagai petunjuk yang mengecilkan kawasan pencarian bagi menemui kotak hitam pesawat  yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi.


Petunjuk demi petunjuk

Lewat petang hari pertama, media tempatan Vietnam melaporkan pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan tumpahan minyak dipercayai dari  MH370.

Tompokan minyak sepanjang 20 kilometer ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chua di pesisir selatan Vitenam.

Penemuan itu seakan-akan petunjuk kepada kehilangan pesawat itu di sekitar Laut China Selatan, namun tidak dapat disahkan.

Pada hari kedua, satu lagi tompokan minyak yang panjang 100 batu nautika dari pesisir Pantai Tok Bali ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Penemuan tompokan minyak di pesisir laut Vietnam dan pesisir Pantai Tok Bali, bagaimanapun disahkan pada hari ketiga SAR oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, bahawa bukan milik pesawat berkenaan.

Misi SAR pada hari kelima, menemui objek yang boleh menjadi petunjuk usaha mencari MH370 kerana terdapat tulisan 'boarding' pada permukaan objek tersebut dan ia mungkin rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri.

Penemuan objek kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson menguatkan lagi spekulasi bahawa kapal itu terhempas.

Ketua Penguat kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson  bukan daripada  serpihan MH370. Ia dikuatkan dengan pengesahan oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Memasuki hari keenam operasi SAR pada 13 Mac, tiga objek terapung dicerap satelit China di perairan Laut China Selatan.

Penemuan itu seakan beri harapan. Bagaimanapun,  Hishammuddin, melalui Kedutaan China, mengesahkan objek tersebut bukan dari komponen pesawat itu.


Pencarian di dua koridor

Pada hari ketujuh, beberapa isyarat ping daripada MH370 diterima satelit, lima jam selepas pesawat itu gagal dikesan radar. Kali terakhir, pesawat itu dikesan berada di sebuah perairan yang enggan didedahkan seperti dilaporkan Wall Street Journal pada 14 Mac.

Data daripada syarikat telekomunikasi British, Inmarsat, menunjukkan pesawat terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, namun lokasi terakhirnya enggan didedahkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 15 Mac lalu pada sidang media berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit dikesan dan transponder dimatikan pada jam 8.11 pagi di Selat Melaka.

Berdasarkan data itu, komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Batal terus projek panda RM25 juta - NGO Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa rancangan membawa kerajaan dua Panda China yang terpaksa ditangguh, dibatalkan terus dari dibawa ke negara ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata rancangan itu bukan sahaja tidak sesuai , malah ia menyiksa haiwan itu dan tidak membantu negara ini akan mendapat manfaat apa-apa melainkan terdedah kepada pembaziran.

"Kami kesal kenapa pihak Kementeriaan ghairah untuk meneruskan projek ini kerana ia bukan sahaja mendera haiwan itu dengan menerbangkannya beribu kilometer dari habitat asalnya, malah ia menelan belanja yang sangat besar, tidak relevan dengan keperluan rakyat dan bukan suatu keutamaan," tegasnya.

Adalah dilaporkan, Malaysia telah menghantar lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar untuk menjalani latihan di China bagi menjaga haiwan di rumah baru mereka di sini.

Semalam, kerajaan memaklumkan kedatangan dua Panda Gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.

Pemilihan 2014: Pasukan Saifuddin mampu gugat Azmin dan Khalid....

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail kini dilihat calon utama berpeluang merampas jawatan timbalan presiden PKR yang kini disandang orang lama parti itu Azmin Ali.

Dengan penarikan diri penyandang naib presiden Tian Chua daripada persaingan sama, pasukan Saifuddin dilihat lebih kuat berbanding pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tian Chua turut dilihat bersama pasukan Saifuddin yang turut disokong pemimpin popular PKR Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Kumpulan ini berpotensi mendapat sokongan golongan muda dan profesional dalam parti.

Walaupun sebelum ini seluruh negara melihat perseteruan Khalid-Azmin sejak beberapa tahun kebelakangan bakal mencapai kemuncak kali ini, penyertaan Saifuddin kali ini dilihat bakal mengubahnya.

Tambahan lagi, Saifuddin memasuki gelanggang ketika ramai pihak dikatakan mulai bosan dan penat dengan perseteruan tidak berkesudahan Khalid dan Azmin dalam pelbagai isu, daripada isu pentadbiran Selangor kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

"Kempen Saifuddin telah mengambil 'kesempatan' terhadap krisis antara Azmin dan Khalid.

"Kalau dulu dia kata Azmin dan Khalid tak boleh bekerjasama, sekarang siapa yang tidak boleh bekerjasama," kata sumber yang dekat dengan Azmin dan enggan namanya didedahkan.

Justeru, munculnya Saifuddin, yang sebelum ini banyak beraksi di belakang tabir, meletakkannya di landasan paling tepat untuk menewaskan Azmin.

Keadaan Khalid, yang sebelum ini dilihat mewakili kepentingan kumpulan anti-Azmin, pula semakin tersudut.

Terbaru, kemasukan penyandang presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga sekali gus memberi tekanan tambahan kepada Khalid.

"Dengan adanya Wan Azizah, Tan Sri (Khalid) perlu mendengar dan tidak boleh melakukan sesuka hati pentadbiran negeri," kata Rafizi Ramli, calon naib presiden kepada Malaysiakini.

Pemilihan 2014: Batal Pencalonan Jika Serang Peribadi Lawan - Johari Abdul

Larangan supaya tidak memburukkan pihak lawan turut terpakai kepada pengurus kempen bagi setiap calon.
PETALING JAYA: Kelayakan calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terbatal jika wujud serangan peribadi ke atas mana-mana calon yang bertanding. Malah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Johari Abdul menegaskan, larangan tersebut turut terpakai kepada pengurus kempen bagi setiap calon.
"Jika ada mana-mana pihak yang mengeluarkan ucapan fitnah, kejian, cacian dan menghina, pihak kami (parti) boleh membatalkan pencalonan tanpa menunggu hari mengundi ataupun selepas pengundian berakhir.
"Saya serius tentang perkara ini. Jadi semua semua calon dan pengurus kempen masing-masing harus berhati-hati kerana pembatalan pencalonan boleh dibuat serta-merta jika disahkan bersalah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
Selain itu Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, sebarang tindakan untuk membeli undi seperti pemberian wang tunai, barangan atau tawaran adalah dilarang sama sekali.
"Kalau nak buat jamuan makan kita benarkan...tapai kalau buat tawaran atau janji, itu menyalahi tatacara pemilihan yang ditetapkan," katanya.
Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu berkempen secara berkumpulan, Johari berkata perkara itu adalah dibenarkan.
"Nak buat kem atau bentuk kumpulan kita tak kisah. Malah nak gelarkan kumpulan masing-masing dengan apa jua slogan pun boleh.
"Malah kalau nak buat 'chai' (senarai calon) sekalipun kita benarkan...masing-masing ada hak untuk tentukan siapa pilihan mereka," katanya.

MH370: Malaysia lakukan siasatan dalaman

KAPTEN Tim McAlevey mengendalikan pesawat P-3 Orion itu semasa misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. - AFP

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memulakan siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera bagi memastikan kenapa peluang untuk mengesan serta menjejaki sebuah pesawat Penerbangan Malaysia gagal dilakukan selepas kapal terbang itu hilang pada 8 Mac lalu, kata dua pegawai semalam.
Dalam satu laporan eksklusif agensi berita Reuters yang disiarkan semalam, siasatan dalaman itu dilakukan ketika berlakunya ketegangan berhubung pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sama ada tentera atau (DCA) berkaitan tentang kekeliruan maklumat awal serta kesilapan tempat pencarian di Laut China Selatan.
"Apa yang berlaku ketika itu (gagal mengesan pesawat MH370) kini disiasat dan saya tidak boleh menyatakan sebarang maklumat lagi kerana ia melibatkan pihak tentera dan kerajaan," kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters.
Pada satu temu ramah dengan agensi berita itu pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, inkuiri dalaman sedang berlangsung.
Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 kru semasa ia hilang pada 8 Mac lalu di Laut China Selatan.
Selepas analisis radar tentera dilakukan, pesawat itu berpatah balik dari haluan penerbangan ke China, Beijing.
Misi pencarian pesawat itu kemudian dibuat di selatan Lautan Hindi setetalh pengiraan isyarat 'ping' dibuat satelit Inmarsat dari United Kingdom. - Agensi

Kak Wan: Isu sampah bukan perkara baharu

 Wan Azizah Wan Ismail  
KAJANG - Isu pelupusan sisa pepejal dan  sampah menjadi keutamaan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada Isnin lalu.

Meskipun akur beliau perlu menunaikan segera manifesto PRK N25 pada 23 Mac lalu, namun isu tersebut bukanlah sesuatu baharu sebaik sahaja beliau menjadi wakil rakyat di situ.

"Saya telah timbulkan isu ini dalam ucapan saya pada Sidang Dun Selangor awal minggu ini dan perkara itu dapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor dan Exco berkenaan malah mereka memberi jawapan mahu menangani masalah ini secepat mungkin.

"Ini bukanlah masalah baharu, masalah kronik juga memerlukan penyelesaian secara holistik termasuk isu kesesakan akibat pembinaan MRT di Kajang," katanya kepada Sinar Harian Online selepas mengadakan jamuan meraikan petugas PRK Dun Kajang dan media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan segera yang diambil buat pengundi Kajang sebaik sahaja menggalas jawatan wakil rakyat.

Selepas PRK Kajang, Pakatan tumpu Malaysia Timur untuk tawan Putrajaya


Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua ahli dalam Pakatan Rakyat bersiap sedia meneruskan perjuangan menawan Putrajaya semasa makan malam PKR di Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 April, 2014. 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua ahli dalam Pakatan Rakyat bersiap sedia meneruskan perjuangan menawan Putrajaya semasa makan malam PKR di Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 April, 2014.

Tidak berapa lama selepas PKR berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa ahli Pakatan Rakyat (PR) agar tidak leka dengan kemenangan tersebut sebaliknya meneruskan langkah dalam misi menawan Putrajaya.
Menteri besar Selangor itu berkata, pimpinan PR selepas ini perlu bersiap sedia untuk bekerja keras di Sarawak dan Sabah kerana ia menentukan siapa yang bakal mendapat Putrajaya.
"Saya yakin dalam tempoh sebulan dua ini isu Anwar Ibrahim akan menjadi sangat hangat kerana itu kita perlu bersama untuk memperjuangkan keadilan,” katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya juga berharap kita akan menyediakan diri dalam menghadapi pilihan raya di Sabah dan Sarawak memandangkan dengan kejayaan menawan dua negeri tersebut dapat menentukan kedudukan PR di Putrajaya," katanya semasa berucap dalam program majlis makan malam bersama petugas PRK Kajang di Hotel Oriental, Kajang malam tadi.
Majlis penghargaan tersebut dihadiri kira-kira 600 petugas PRK Kajang daripada PKR.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi kegembiraan semasa makan malam PKR di Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 April, 2014.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi kegembiraan semasa makan malam PKR di Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 April, 2014.Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Exco Selangor, Elizabeth Wong; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Meskipun hanya hadir dalam waktu yang amat singkat, Anwar masih berkesempatan memberikan ucapan pada majlis tersebut.
Beliau yang mengulas mengenai kemenangan PKR di Kajang berkata PKR sendiri sudah memecahkan rekod dalam meningkatkan sokongan kaum Melayu terhadap PR di Kajang.
"Ia merupakan keputusan yang sangat membanggakan dengan gabungan kuat ketiga-tiga parti kita dapat meningkatkan sokongan," katanya.
Ketua pembangkang itu juga menyelar kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa mereka seringkali meniupkan kebencian hingga menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini menjadi tegang.
"Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kekejaman ini, membiarkan Umno-BN memburukkan lagi imej negara dengan cuba menyemai kebencian antara kaum.

Audit: 5 projek pertanian Kerajaan BN T’ganu gagal capai matlamat

KUALA LUMPUR: Lima projek pertanian Kerajaan Negeri Terengganu didapati tidak berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat negerinya.

Lima projek berkenaan termasuklah, projek Ladang Jagung di Kampung Kuala Ping, projek Ladang Jagung Kampung Nibong, Hulu Terengganu, Terengganu Agrobiotech Centre, Ajil, Pusat Pengumpulan, Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani, dan Program Susu Sekolah 1 Malaysia (PS1M).

Menurut Ketua Audit Negara dalam laporan tahunan 2013, kegagalan projek itu mengakibatkan projek tanaman jagung hibrid tidak dapat memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan usahawan pertanian yang mampan dan meningkatkan taraf sosial ekonomi.

Jelasnya, matlamat program dalam menggunakan amalan pertanian terbaik untuk dijadikan contoh untuk diterapkan kepada petani-petani tidak tercapai.

Bahkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan tidak berjaya diwujudkan terutamanya peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Malaysia perlu segera tangani jurang pendidikan untuk baiki prestasi pelajar, kata pakar

 
Dengan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia berusia 15 tahun mampu menyelesaikan masalah kompleks dalam kajian global, pakar penganalisis pendidikan antarabangsa mengatakan  negara ini mesti merapatkan jurang di antara terbaik dan tercorot dalam usaha memperbaiki tahap pendidikan.
Francesco Avvisati (gambar) yang membantu merangka draf laporan penilaian pendidikan bagi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berkata, amat penting bagi Putrajaya mengetahui perbezaan dalam tahap pendidikan di negara ini.
"Mereka mesti mempelajari perbezaan dan memastikan mekanisme yang konsistem dari segi standard dan prosedur akauntabiliti untuk memastikan semua orang mampu melakukan yang lebih baik dan pada tahap yang sama dari masa ke masa," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual melalui telefon.
Katanya, Malaysia menduduki antara ranking yang terbawah dalam bahagian senarai Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2012, namun masih mampu mempelajari apa dimaksudkan dengan prestasi sekolah terbaik dan meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi negara.
Dalam kajian Pisa tahun ini, Malaysia sekali lagi berada di kedudukan tercorot iaitu 25% di antara 44 negara dengan tempat ke-39 daripada 422 jumlah keseluruhan bagi penyelesaian masalah kreatif.
Sebagai perbandingan, Singapura muncul dalam kedudukan tertinggi dengan mengumpul  562 mata menurut laporan OECD. Jumlah mata terkumpul bagi kebanyakan negara adalah 500.
"Walaupun terdapat perbezaan antara pelajar dari Malaysia, tidak semua mereka melaksanakan pada tahap sama seperti sebahagian daripada Eropah Timur atau negara-negara Amerika Selatan," katanya merujuk kepada negara-negara yang biasanya lemah dalam kedudukan Pisa.
Beliau juga mendapati terdapat pelajar Malaysia  berada pada tahap sama dengan pelajar di Singapura, negara yang muncul sebagai peneraju kedudukan dalam Pisa.
Avvisati juga berkata negara yang menunjukkan prestasi yang baik dalam Pisa melakukan pelaburan dalam pendidikan kerana percaya ia mampu mengubah masa depan dan memastikan akauntabiliti dalam standard pendidikan.
Beliau berkata, pelaburan dalam pendidikan diiringi oleh aspirasi tinggi untuk sebuah negara membina modal insan demi kebaikan negara dan pertumbuhan ekonomi.
"Kerajaan dan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar, di mana sekolah-sekolah tidak seharusnya dilihat sebagai satu cara untuk memilih beberapa orang bagi kerjaya dalam kerajaan, contohnya.
"Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu saluran di mana setiap pelajar boleh belajar membuat yang terbaik dan mempelajari potensi serta bakat mereka sendiri," katanya.
Di antara karakter lain katanya, adalah gabungan akauntabiliti dalam standard dan penguatkuasaan profesional bagi guru.

Malaysia Kita: ‘Cakoroi’ tonik baru kaki lentok

Kangar: Saraf otak pecah, muka menjadi gelap, mata cengkung, tubuh semakin kurus, hilang keupayaan diri dan mengalami ketagihan melampau.
Demikian penangan penagih ‘cakoroi’ iaitu sejenis tonik baru yang dihasilkan daripada campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda di sini.
Bukti perubatan menunjukkan peminumnya sengaja menempah maut berikutan pengambilan cakoroi berterusan juga boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pengambilan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan lain itu boleh memberi kesan hampir sama seperti pengambilan morfin atau kokain.
FotoDUA lelaki menunjukkan bungkusan air ketum dan air berkarbonat untuk dijadikan cakoroi.

“Pengambilan air daun ketum yang kerap boleh mendatangkan masalah buah pinggang, hati selain mengganggu saraf otak, sekali gus dengan sengaja menempah maut.

Malaysia tak rugi apa-apa tanpa ‘Pak Hitam’

Rozaman Ismail

Kalau nak bercerita mengenai warga Afrika yang berada di Malaysia, rasanya sudah tidak ada cerita baharu. Ceritanya sama sahaja. Dan tidak ada cerita baik pun. Hampir semua negatif.
Bila tengok sahaja Pak Hitam ini, persepsi pertama berlegar di depan mata ialah jenayah dan masalah sosial yang sinonim dengan mereka.
Oleh kerana banyak sangat kes jenayah yang dilakukan oleh kumpulan warga Afrika ini, mereka sering dipandang serong. Sehinggakan mereka yang jujur dan baik dari negara-negara di benua itu pun turut terkena tempias persepsi ini.
Tidak ada salahnya untuk beranggapan sedemikian. Persepsi sudah bertukar menjadi fakta. Dulu mereka bawa masuk jenayah Black Money.
Berapa ramai rakyat Malaysia yang kena tipu hidup-hidup. Yang kena kencing itu bukan calang-calang manusia. Oleh kerana warga sindiket ini meletakkan sasaran orang berduit, maka ramai yang terkena adalah golongan berduit.
Selepas terbongkar dan tidak laku lagi dengan Black Money, mereka tukar strategi baru jadi kasanova siber. Warga Afrika berkulit hitam ini menjual cinta di Internet.
Mereka menyamar menjadi lelaki Amerika atau Inggeris atau orang Eropah berkulit putih. Mereka memasang jerat berumpankan bahasa cinta. Sasaran mereka adalah wanita-wanita kesepian.
Ramai juga gadis yang masih solo, anak dara tua, janda, ibu tunggal menyahut panggilan cinta ini. Walaupun tak pernah bersua, mangsa yang kebanyakannya sedang angau disampuk cinta siber mudah termakan umpan.
Demi panggilan cinta juga mereka berbuat apa sahaja untuk kekasih yang entahkan wujud, entahkan tidak. Ramai yang tertipu, habis segala duit simpanan, duit pencen bulanan atau simpanan caruman KWSP.
Jumlah bukan sedikit ada kerugian berpuluh-puluh ribu malah ada yang beratus-ratus ribu ringgit. Itu kes yang dilaporkan kepada polis atau diadu kepada Biro Aduan MCA.
Yang malu atau takut diketahui keluarga dan rakan-rakan entah berapa banyak jumlahnya. Mereka ini adalah kumpulan yang sengsara dalam diam.
Selain kes cinta palsu, banyak lagi kes jenayah dilakukan pendatang asing warga Afrika ini. Semuanya berkaitan dengan pemalsuan dan dadah.
Pemalsuan pasport, pengeluaran pasport palsu, wang palsu, jam palsu, pengedaran dadah, penyeludupan dadah dan merekrut keldai dadah.
Yang peliknya pergilah ke ceruk mana sekalipun di Malaysia ini, pasti akan terjumpa dengan kumpulan ini. Perhatikan di tempat-tempat tumpuan orang ramai, pasti ada mereka. Paling kurang pun mereka menjaja jam Petaling Street atau menjual cakera padat digital (DVD) haram.
Barangkali kerana menyedari betapa makmurnya Malaysia, betapa mudahnya mencari rezeki di sini dan betapa baiknya rakyat Malaysia, warga Afrika sanggup meredah perjalanan berpuluh ribu kilometer untuk ke sini mencuba nasib.

Hudud: TG Nik Aziz yakin DAP, PKR faham

 Nik Aziz yakin DAP, PKR faham 
KOTA BHARU - Walaupun ditentang hebat rakan sekutunya, Pas yakin DAP dan PKR akan akur cadangan Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hukum hudud di negeri ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, semalam.

Nik Aziz sebelum itu ditanya mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan.

“Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen,” katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.

China tangguh penghantaran panda kerana MH370

Kedatangan dua Panda Gergasi dari China ke Malaysia, yang dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel  berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sebanyak 153 daripada 227 mereka yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-36 hari ini.
Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet semalam.
"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.
"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya.
Upacara menghantar panda itu sepatutnya diadakan di Pusat Kawalan Penyakit Dujiangyan di Chengdu.

Universiti Albukhary bakal ditutup ekoran isu pengurusan, rasa tidak puas hati pelajar....hajat dah dapat...peduli apa nasib anak bangsa..!!!


Tiada siapa yang mengetahui kemelut yang melanda Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Kedah sehingga menyebabkan penutupan dan perpindahan pelajarnya. – Gambar AiU.  
Tiada siapa yang mengetahui kemelut yang melanda Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Kedah sehingga menyebabkan penutupan dan perpindahan pelajarnya. – Gambar AiU. 
 
Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai esok.
"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.
"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.
AiU – university yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan 18 hektar terletak di Alor Star – dibina pada 2010 sebagai waqaf yang dibiayai Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar (gambar).
Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.
Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.
Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.
Malah, universiti itu juga menututp tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera "ditutup untuk penyelenggaraan." Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.
Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.
"Kami tidak mempunyai masalah kewangan," katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.
Fokus utama institusi pendidikan itu menurutnya adalah keutamaan penuntut.
Pelajar juga menurutnya membuat rungutan berkenaan program dan pengasas universiti (Syed Mokhtar) yang mahukan para pelajar tamat pengajian dengan ijazah yang baik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
"Pelajar tidak begitu gembira. Namun bukan itu punca utama kami memindahkan mereka dan menutup universiti.
"Kami berharap mereka akan menamatkan pengajian daripada universiti dengan standard yang tinggi," katanya.