Jumaat, 11 April 2014

Selangor lulus RM500 ribu untuk Yayasan ISA

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan RM500 ribu kepada Yayasan ISA bagi membantu mangsa-mangsa tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika penggulungan titah Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai persidangan memberitahu Yayasan tersebut dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wah Ismail.

"Hari ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 ribu sebagai pusingan awal kepada tabung Yayasan ISA.

"Penubuhan yaysan ini adalah mengambil kira kepada penderitaan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga mangsa ISA yang kehilangan sumber pendapatan akibat daripada penahanan ISA," jelasnya.

Tambah beliau, yayasan tersebut dalam peringkat pendaftaran dan tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengumpul dana-dana bagi membantu keluarga mangsa ISA.

"Idea penubuhan yayasan ini apabila saya bersama Wan Azizah telah menghadiri satu perjumpaan dengan jawatankuasa yang menentang ISA.

"Hasil dari perjumpaan itu saya berpendapat kerana mereka merupakan perjuang yang membawa keadilan kepada negeri dan negara, maka keluarga kepada mangsa-mangsa itu perlu dibantu sepenuhnya," jelas beliau

Hukum Perempuan Meminang Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

Ibu Bapa Hanya Suruh Anak Dengar Kuliah Di TV/YouTube - Ustaz Azhar Idrus

Gaji Samy Vellu lebih tinggi daripada jumlah pelancong India, kata MB Selangor


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.
Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.
"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.
"Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan menerima pendapatan bulanan serta elaun berjumlah RM27,227.20.
Jelas Khalid, beliau menerima Anwar kerana pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selain pernah menerima pengiktirafan daripada European Institute of Bankers.
"Sepandai-pandai saya pun belum diiktiraf European Institute of Bankers.

10 minit nasihat Anwar bak 10 tahun pengalaman kata MB Selangor

Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan bukti sumbangan Penasihat Ekonomi Negeri dalam kejayaan memacu kewangan.

Abdul Khalid mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR sebagai Penasihat Ekonomi dengan gaji RM1.

Katanya jika dibandingkan dengan Bekas  Presiden MIC, Datuk  Seri  S Samy Vellu yang dilantik Putrajaya menjadi  duta khas ke India dan menerima gaji beserta elaun lebih tinggi  daripada jumlah pendapatan diperoleh melalui tarikan pelancong  India  ke Malaysia.

"Saya harap BN tidak kritik perkara ini, kerana mereka juga mengupah beberapa bekas menteri dengan bayaran ratusan ribu untuk jadi penasihat Kerajaan Persekutuan.

"Saya terima Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor  kerana kejayaan beliau jadi Menteri Kewangan sehingga diiktiraf European States of Bankers, saya pun tidak dapat pengiktirafan begitu," katanya ketika sesi penggulungan perbahasa hari ini.

Abdul Khalid memaklumkan pengalaman dimiliki Anwar banyak membantu beliau membuat keputusan berkenaan ekonomi negeri.

UMNO Tuduh Kerajaan PR Selangor Terlibat Rasuah...Ha..Ha..Ha..!!!


Are signals from Flight 370's black box?

Kita perlukan pimpinan berakal, bukannya yang berotot besar ..!!

Aspan Alias


Saya hendak bercakap tentang masa depan politik dan lanskapnya mengikut pandangan saya yang cetek bagi setengah pengkritik saya, walaupun saya bukan seorang yang berjaya dalam politik seperti setengah pengkritik saya tuduh.
Mereka yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa yang saya hendak perkatakan ini.
Bagi saya kejayaan seorang ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang politikus yang gagal.
Siapa yang berjaya menjadi menteri pada mereka itu adalah ahli politik yang berjaya. Pada siapa yang tidak mendapat apa-apa dalam kerja politiknya, itu dianggap sebagai ahli politik yang gagal.
Bagaimanapun bagi saya seorang yang berjaya dalam politik ialah mereka yang bijak memimpin dan tidak terlibat dengan kerja-kerja rasuah dan salah guna kuasa seperti yang kita lazim lihat pada masa kini.
Dalam konteks politik negara kita ini, mendapat kerja sebagai menteri dan sebagainya itu adalah kerja yang boleh memuaskan kehendak hati untuk menjadi kaya-raya dan memperkuatkan ego yang digunakan untuk menunjukkannya sebagai satu kejayaan dalam hidup.
Memegang kuasa itu merupakan muktamad bagi mereka dan apabila mendapat kuasa idaman itu mereka tidak akan mampu menggunakan kuasa untuk kepentingan ummah, sebaliknya kuasa itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka yang lebih menjurus untuk kepentingan harta benda dan kekayaan diri dan keluarga mereka.
Itulah sebabnya belum tentu seseorang itu menjadi menteri misalnya, dia telah mendapat kejayaan, kerana ramai di antara mereka terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu sendiri adalah mereka yang secara otomatiknya seorang pemimpin yang gagal.

Pemilihan 2014: 'Tutup mulut pada media' - JPP

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tidak mahu calon yang mempunyai masalah dengan kepimpinan mendedahkannya kepada media.

"Sebarang perselisihan dalam parti perlu diajukan kepada kami (JPP). Tak perlu dihebah pada media atau kepada umum.

“Bila anda (calon) beritahu media, kadang-kadang tak membantu perkembangan parti," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Johari bakal berhadapan dengan tugas sukar jika perbandingan dibuat bersandarkan proses pemilihan parti pada 2010.

Pelbagai masalah berlaku dan dilaporkan dalam media sehingga membawa kepada tuduhan memalsukan kertas undi, pergaduhan, rasuah dan korupsi yang diperjuangkan PKR sendiri selama ini.

Pengundian parti akan bermula 26 April ini sehingga 11 Mei depan dan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri.

Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan parti sepenuhnya yang kedua selepas 2010.

'Rakam dan hantar pada JPP'

GST, Getah: PR rancang Himpunan Rakyat pada 1 Mei

Suhaizan Kaiat
SHAH ALAM - PR memberi amaran tegas akan mengadakan Himpunan Rakyat pada 1 Mei depan di Kuala Lumpur jika kerajaan BN enggan membela nasib petani susulan kejatuhan harga komoditi getah yang kian membimbangkan.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata amaran pertama sudahpun dilakukan dalam Himpunan Derita Rakyat di Baling pada 5 April lalu supaya pemimpin kerajaan tidak melupakan penderitaan golongan petani yang kinimemperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan sahaja.

"Tindakan perlu dibuat segera, dan langkah drastik perlu diambil kerana harga getah yang merudum jatuh dianggap menyeksa rakyat.

"Daripada RM2.80, turun pula ke paras RM 2.50 sehingga pernah mencecah RM 1.90 sekilogram, menjadikan pendapatan penoreh getah sekitar RM 500 sebulan," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, dakwanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan memburukkan keadaan sedangkan segelintir pengilang getah pula mengaut keuntungan.

Rakyat sedar perlunya reformasi sistem kehakiman – Izzah

IMG_6495
PAROI 11 APRIL: Sambutan terhadap Jelajah Himpunan Reformasi 2.0 menunjukkan rakyat tahu ketidakadilan yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, rakyat kini memiliki  kesedaran tinggi akan perlunya reformasi kehakiman, ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
“Pada saya rakyat bukan sahaja dahagakan maklumat, tapi dapat merasakan ketidakadilan penghakiman yang dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,”
“Saya dapat lihat kesedaran rakyat yang amat tinggi, kewajipan dalam melaksanakan reformasi (kehakiman) itu harus dipegang.
“Jadi harapan saya bukan sahaja meraih simpati dan berdoa, tetapi melakukan sedaya mungkin untuk merealisasikan institusi kehakiman yang adil dan pentadbiran yang lebih telus,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Jelajah Reformasi 2.0 di Paroi, Negeri Sembilan, malam tadi.
Izzah yang menerima jolokan ‘Primadona Reformasi’ dalam program berkenaan turut berkata pendedahan yang dibuat disertakan fakta dan bukti, dan bukan hanya propaganda semata-mata.
Katanya, selain kes membabitkan Anwar, siri jelajah berkenaan juga menyentuh mengenai kelemahan kerajaan khususnya dalam menangani masalah ekonomi yang berlaku hari ini.

Upah Peguam UMNO: Jabatan Peguam Negara kurang peguam?

KUALA LUMPUR: Pelantikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kes saman sivil DAP terhadapnya memperlihatkan seolah-olah Jabatan Peguam Negara kekurangan peguam berkaliber.

Tindakan tersebut mencerminkan kegagalan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta jabatan yang dikendalikan beliau yang disifatkan sebagai telah melepaskan tanggungjawab dan tugas untuk mengendalikan kes-kes saman terhadap kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dalam kenyataannya yang mengulas pelantikan Shafee oleh ROS itu mempersoalkan sama ada pembayar cukai turut terpaksa menanggung bayaran kepada peguam Umno terbabit, lapor Roketkini.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang menguruskan kes sivil DAP lawan ROS tersebut dimaklumkan tentang pelantikan Shafee sewaktu pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong memberitahu bahawa pihak pendaftar mahkamah dimaklumkan peguam dari firma Shafee bahawa ROS telahpun berbincang dengan peguam Umno itu untuk khidmatnya.

Seksyen 24(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 membenarkan Peguam Negara menggunakan khidmat mana-mana peguambela dan peguamcara untuk mewakili seorang pegawai kerajaan dalam prosiding sivil di mahkamah.

Tukar guru bermotif politik tindakan bacul JPN Kelantan

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya penukaran guru bermotif politik dan menyifatkan ia sebagai tindakan dayus dan bacul dari pihak yang bimbang kedudukan mereka terancam.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary baru-baru ini yang mendakwa bahawa lebih 10 orang guru-guru di dalam kawasannya telah ditukar oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan atas sebab-sebab motif politik.

Ahmad Marzuk mendakwa mempunyai dokumen dalaman yang membuktikan bahawa pertukaran ini adalah hasil cadangan pimpinan Umno di peringkat cawangan.

“Saya suka mengingatkan bahawa hak memilih mana-mana parti di dalam pilihanraya adalah merupakan hak yang diiktiraf di dalam perlembagaan,” tegas Ahmad Fadhli.

Justeru, katanya pendedahan dokumen yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bachok adalah sesuatu yang benar-benar mengejutkan dan wajib disiasat dengan kadar yang segera.

Menurutnya, pihak terbabit belum membuat penafian terhadap kebenaran dokumen berkenaan sekaligus membuktikan wujudnya asas yang kukuh untuk rakyat mempercayai bahawa itu semua adalah permainan politik kotor Umno BN.

Lim: AG upah 'Peguam Umno' untuk hancurkan Karpal, DAP?

Mengupah peguam yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentang DAP menunjukkan niat politik untuk menghancurkan DAP, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim mempersoal sama ada Jabatan Peguam Negara telah kekurangan peguam yang profesional dan cekap sehingga perlu mengupah “pejuang” untuk mendiamkan musuh politik BN.

"Mengupah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) sebagai isyarat BN sedang berhempas pulas untuk menghapuskan bukan sahaja Karpal Singh, tetapi juga DAP," kata Lim dalam kenyataan.

Pejabat AG turut menggunakan Shafee untuk mendakwa, bagi pihak mereka, dalam kes kontroversi Liwat II terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan PM Australia kawasan pencarian MH370 dikecilkan tidak benar, kata sumber rasmi‎


Kenyataan jurucakap Pasukan Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston bercanggah dengan Perdana Menteri Australia hari ini. Houston berkata kawasan pencarian MH370 masih dikekalkan. – Gambar fail.Kenyataan jurucakap Pasukan Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston bercanggah dengan Perdana Menteri Australia hari ini. Houston berkata kawasan pencarian MH370 masih dikekalkan. – Gambar fail.Pasukan Penyelaras Agensi Bersama (JACC) pesawat Malaysia Airlines MH370 dilihat memperlekehkan kenyataan Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang mendakwa pencari yakin dapat mengenal pasti kedudukan kotak hitam pesawat itu dalam beberapa kilometer.
Jurucakap JACC, Angus Houston berkata jumlah keseluruhan kawasan pencarian masih bersaiz 46,713 kilometer persegi, lapor Sydney Morning Herald.
"Ia tidak berubah," kata jurucakap itu mengulas kenyataan Abbott.
‎Dalam ucapannya di Shanghai, Abbott berkata kawasan pencarian kini sudah dikecilkan.
"Kami amat yakin bahawa kami mengetahui kedudukan perakam kotak hitam pesawat dalam beberapa kilometer, bagaimana ia tidak sama dalam penemuan serpihan," katanya.
Kenyataan Abbott itu mencetuskan kekeliruan apabila Houston berkata dalam kenyataannya merujuk kepada analisis isyarat diambil kapal selam menunjukkan ia tidak boleh dikaitkan dengan perakam kotak hitam.

MH370: Lokasi sebenar Akan Ditentukan Oleh Bluefin 21

Pancaran Kotak Hitam MH370 yang dikesan Ocean Shield.5 April (sabtu) dan 8 Mac (selasa). Perdana Menteri Australia mengumumkan bahawa pesawat itu terhempas diiumumkan dalam masa terdekat di kawasan pencarian. Kini keluasan diperkecil dalam lingkaran 12 batu   antara satu sama lain atau 232 batu persegi. Penentuan lokasi sebenar akan ditentukan oleh alat pengesan imej dasar laut Bluefin 21. Selepas menjumpai lokasi sebenar Kotak Hitam, maka tugas selanjutnya menentukan lokasi bangkai pesawat. Tidak diketahui berapa lama Bluefin 21 boleh memeta dasar laut, kemudian peta itu dianalisa, untuk mengenalpasti, lokasi sebenar pesawat MH370. Selepas dijumpai bangkai pesawat,  tugas seterusnya apa yang dalam pesawat itu? apa kah masih ada penumpang? atau hanya sebuah pesawat yang kosong?

Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?

LIM KIT SIANG
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang sedang berduka, rakyat Malaysia, dan warga dunia menerima satu lagi kejutan pada hari ke-34 kehilangan pesawat itu apabila CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat pencari pada pagi pesawat MAS MH370 hilang, iaitu pada sekitar jam 8 pagi, tetapi tidak memaklumkan langkah tersebut kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian dan kemudian dikejutkan pula oleh penafian Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

CNN kelmarin melaporkan bahawa menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan, “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan pada sekitar jam 8 pagi, sejurus selepas Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

Menurut laporan itu, pesawat telah dikejarkan sebelum pihak berkuasa mengesahkan data yang menunjukkan bahawa Boeing 777 terbabit telah berpatah balik dari laluan asalnya.

Sumber yang tidak dinyatakan namanya itu menyebut bahawa TUDM “tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Sivil atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, iaitu pada 11 Mac.”

Ia seterusnya melaporkan bahawa pesawat MH370 telah hilang dari radar tentera 120 batu nautika setelah ia kembali melintasi Semenanjung Malaysia.

“Berdasarkan data yang ada, bererti pesawat itu telah menjunam ke altitud 4,000 hingga 5,000 kaki,” dakwa pegawai kanan kerajaan terbabit.

Hishammuddin menafikan laporan CNN itu dan menyifatkannya sebagai “dakwaan palsu.”

Siapa yang berkata benar, Hishammuddin atau CNN?

Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika ia sanggup mendedahkan nama “pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain” yang dapat mengesahkan laporannya.

Salah rotan: Warga Bangladesh saman k'jaan BN RM3j

Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.

Hakim Zamani Abdul Rahim sendiri terkejut apabila pekerja itu telah disebat dan selesai menjalani hukuman, kata peguam S Raveentharan dalam sidang media hari ini.

Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Persoalan timbul Kerajaan BN Terengganu lulus 2,553 ekar kawasan balak untuk lombong biji besi..!!


Kawasan hutan simpan yang hampir botak ekoran aktiviti pembalakan dijalankan untuk perlombongan. – Gambar The Malaysian Insider.Kawasan hutan simpan yang hampir botak ekoran aktiviti pembalakan dijalankan untuk perlombongan. – Gambar The Malaysian Insider.Tindakan kerajaan negeri Terengganu meluluskan enam kompartmen pajakan melombong bijih besi kepada enam syarikat bukan Bumiputera menimbulkan tanda tanya besar di negeri itu.
Ini kerana, ia dijalankan di satu kawasan yang amat luas iaitu 2,553 hektar termasuk kawasan hutan simpan Besul Tambahan di Jerangau, Terengganu.
Kawasan lain yang terlibat ialah Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Bukit Besi di Dungun, Terengganu.
Menurut satu dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, walaupun kesemua syarikat yang mendapat projek ini seolah-olah dimiliki Bumiputera tetapi kesemua pemiliknya adalah dari kaum Cina.
Peta topologikal kawasan pajakan melombong bijih besi yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu kepada enam syarikat bukan Bumiputera. – Gambar The Malaysian Insider.
Peta topologikal kawasan pajakan melombong bijih besi yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu kepada enam syarikat bukan Bumiputera.
Syarikat itu adalah Jalur Bangsa Sdn Bhd yang beralamat di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu; Bakti Semerbak Sdn Bhd yang terletak di Jalan Masjid Zainal Abidin; dan Lanjut Edaran Sdn Bhd yang terletak di Wakaf Tapai.
Turut menerima kawasan balak itu adalah Selesa Bestari Sdn Bhd di Pangsapuri Kampung Tiong; dan Perkayuan L & L dan Quality Sawmill Sdn Bhd di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.
Ia juga didakwa dibuat tanpa kajian kesan alam sekitar dan kesannya kepada ekologi di kawasan yang terlibat.
Ekoran itu, hak pembalakan yang diserahkan kepada enam syarikat bukan Bumiputera sehingga menyebabkan kemusnahan ekologi dan kehilangan hutan simpan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika mengulas perkara itu mempertikaikan projek pembersihan yang begitu luas ini dibuat secara tergesa-gesa.
"Bagi saya, ia menampakkan kerakusan kerajaan Ahmad Said (Menteri Besar). kerajaan negeri sudah ada bajet melebihi RM2.2 bilion setahun, apakah masih tidak cukup untuk berbelanja ke?" katanya kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, Syed Azman meminta Jabatan Alam Sekitar memberikan jawapan apakah kesan alam sekitar diambil kira dengan kelulusan ini.
Adalah dijangkakan, jika kilang keluli dibina di situ bermakna ia lebih besar daripada kilang Lynas yang dibina di Gebeng, Kuantan.

Khutbah: GST ikut semangat Islam kata Jakim..Tapi adakan ia "Mematuhi Shariah"..!!!


Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyeru umat Islam secara bijaksana mencari maklumat sebenar berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan tahun depan.

Menurut teks khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, pelaksanaannya berdasar semangat Islam bawah konsep “al-adl wal ihsan”.

Percayalah bahawa pelaksanaan cukai GST adalah untuk memperteguh ekonomi dan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” kata mimbar.

”Mimbar amat yakin bahawa pelaksanaan ini berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat berlapang dada dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan.”

Khutbah juga berkata, amalan prinsip itu akan membuatkan kita sentiasa mengingati balasan Allah atas kesalahan seperti monopoli kekayaan, penyelewengan serta perkara yang menzalimi dan merugikan.

Ia juga mempertahankan cukai kontroversi yang ditentang hebat pembangkang itu sebagai progresif dan rakyat didakwa akan menikmati harga lebih kompetitif untuk pelbagai jenis barangan

“Perlaksanaan ini tidak akan membebankan rakyat kerana ia merupakan satu kaedah penyusunan sistem percukaian negara supaya ianya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih,” teks khutbah itu dipetik.

A Kadir Jasin: Apa jadi jika panda dicabul, kena denggi?

 
Berbeza dengan semua orang, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin nampaknya lega apabila panda China yang dinanti-nantikan seluruh negara tidak tiba di Malaysia seperti dijadualkan.

“Bagi pihak kita, daripada teruja dengan prospek untuk melihat binatang kegemaran itu, kita juga patut amat takut terhadap apa yang tidak dapat dijangkakan.

“Bayangkan jika Fengyi dan Fuwa kena denggi berdarah ketika dalam jagaan kita, (atau) dalam kes paling buruk, dicabul oleh orang utan yang miang,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Menulis dengan penuh sinis dalam blognya, Kadir berkata, walaupun orang utan biasanya suka bersendirian dan tidak ganas mencari pasangan, pelbagai kemungkinan masih boleh berlaku.

“Dengan semua bala misteri berlaku pada negara kita, kita tidak boleh menolak faktor terpencil apabila orang utan yang biasanya tenang menjadi gila dan apabila penjaganya terlelap, lari daripada kurungan dan mencabul panda China yang besar itu,” katanya.

Kadir juga mengingatkan terdapat rakyat Malaysia gila seks yang mencuri binatang bukan untuk tujuan kewangan tetapi untuk hempedu yang dipercayai dapat meningkatkan keupayaan seksual.

Insiden sebegitu, jika berlaku, boleh menjejaskan hubungan Malaysia dan China.

Isyarat MH370: PM Australia yakin, JACC kata bukan...dah jadi macam PM Malaysia pulak..!!


Pemilihan PKR: 4 rebut timbalan, 15 tanding naib

Pemilihan 2014: Senarai Rasmi Calon Bertanding Jawatan Utama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mencabar isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk merebut jawatan presiden parti itu.

Ini merupakan percubaan pertama ketua pembangkang itu bertanding jawatan yang disandang Wan Azizah sejak penubuhan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul turut mengumumkan Tian Chua dan Elizabeth Wong menarik diri dari persaingan jawatan timbalan dan naib presiden PKR.

Dalam sidang medianya pagi ini, Johari berkata selepas pencalonan peringkat pusat ditutup semalam, kebanyakan calon masih mengekalkan pencalonan mereka.

Bagaimanapun persaingan timbalan presiden kini hanya tinggal empat sahaja selepas Tian dan bekas ketua cabang PKR Puchong Murali Subramaniam menarik diri semalam.

Sementara itu, persaingan bagi jawatan naib presiden pula, seramai 15 pemimpin masih bertanding selepas hanya Wong menarik diri.

Manakala, persaingan bagi jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula tiada sebarang penarikan diri.

"Mereka yang menarik diri sebelum hari ini dikembalikan bayarannya. Selepas ini boleh menarik diri tetapi jika selepas JPP keluarkan gambar dan nama semua undi yang diterima calon itu dikira undi rosak," kata Johari dalam sidang media hari ini.

Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani turut mengumumkan JPP akan mengadakan satu lagi sidang media pada 15 April depan bagi kedudukan terbaru.

Berikut senarai calon yang bertanding (* penyandang):

Presiden:

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail*
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden:

Azmin Ali*
Tan Sri Khalid Ibrahim
Saifuddin Nasution Ismail
Datuk K Rama Chandram

Naib Presiden:

Fuziah Salleh*
Datuk Mansor Othman*
Nurul Izzah Anwar*
Tian Chua*

Baru Bian
N Surendren
R Suresh Kumar
Mustafa Kamil Ayub

Mohd Rafizi Ramli
Mohd Yahya Sahri
Lee Chin Cheh
Shanmugam Randhathani

Streram Sinnasamy
Dr Xavier Jayakumar
Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua AMK:

Amiruddin Shaari
Nazree Yunus
Nik Nazmi Nik Mohamad

Ketua Wanita:

Zuraida Kamaruddin*
Rodziah Ismail.

Najib digesa kotakan janji arah taklimat MH370 segera kepada Pakatan


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (kiri) dan Kota Kinabalu, Jimmy Wong ketika sidang media berkaitan kehilangan MH370 di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 April, 2014.  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (kiri) dan Kota Kinabalu, Jimmy Wong ketika sidang media berkaitan kehilangan MH370 di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 April, 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa untuk mengarahkan agar taklimat khas kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) diadakan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang
Lim berkata ‎ia susulan daripada kegagalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan menepati janjinya untuk mengadakan taklimat khas kepada ahli Parlimen PR ‎baru-baru ini.
"Putrajaya kerap kali mengulangi bahawa Malaysia tidak ada mempunyai kaitan atau menyembunyikan perkara sebenar mengenai kehilangan MH370‎.
"Bagaimanapun apabila kita meminta untuk memberikan penerangan kenapa mereka tidak menepati janji walhal, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa di Parlimen sendiri pernah berkata bersedia mengadakan taklimat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur.
Najib juga digesa untuk mengotakan janji menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang akan dibarisi pemimpin PR bagi menyiasat insiden sebenar MH370.

Peguam Negara tidak nikmati imuniti mutlak, kata Mahkamah Tinggi


Sebagai penjawat awam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak memiliki imuniti mutlak, kata Mahkamah Tinggi hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. 
Sebagai penjawat awam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak memiliki imuniti mutlak, kata Mahkamah Tinggi hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Peguam Negara yang memegang jawatan awam tidak terlepas daripada tindakan saman apabila terlibat dalam salah guna kuasa.
Pesuruhjaya kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata penjawat awam tidak memiliki imuniti mutlak.
"Saya bimbang konsep imuniti mutlak ke atas penjawat awam, walaupun berniat jahat atau salah guna kuasa semasa menjalankan kuasa pendakwaan, ia adalah konsep terkutuk mengikut ketelusan moden," kata beliau.
Keputusan tersebut dibuat sebaik mahkamah menolak cubaan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membatalkan tindakan saman atas dakwaan salah guna kuasa dan salah laku.
Bekas pegawai kanan polis, Datuk Ramli Yusuff dan peguam senior, Rosli Dahlan pada November lalu memfailkan saman terhadap Gani dan beberapa individu lain atas pendakwaan berniat jahat dalam sebuah kes rasuah.
Mahkamah bagaimanapun sebelum ini membersihkan pertuduhan ke atas mereka.

Kedua-dua plaintif kini menuntut ganti rugi berjumlah kira-kira RM176 juta.

Khutbah Jumaat: GST tidak bebankan rakyat, harga jadi lebih kompetitif, kata Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yakin bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan pada April tahun hadapan tidak akan membebankan rakyat malah menjadikan harga barangan akan menjadi lebih kompetitif.
Pandangan itu disampaikan kepada hadirin dalam khutbah Jumaat hari ini bagi meminta umat Islam memberikan sokongan kepada cukai baru yang akan diperkenalkan kerajaan itu menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Sebagaimana yang kita ketahui, pihak pemerintah sedang memperkenalkan GST di mana rakyat akan menikmati harga lebih kompetitif untuk pelbagai jenis barangan.
“Pelaksanaan ini tidak akan membebankan rakyat kerana ia merupakan satu kaedah penyusunan sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, telus serta dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih,” katanya dalam khutbah hari ini yang bertajuk “Memperkasa Ekonomi Ummah”.
Rang Undang-Undang GST diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 118 ahli parlimen pada Isnin meskipun mendapat kecaman pelbagai pihak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan GST akan diperkenalkan pada kadar 6% dan beberapa barangan makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain turut dikecualikan daripada cukai itu.
Jakim berkata GST merupakan cukai yang memberi keadilan dan ihsan kepada rakyat selain dapat memperteguh ekonomi negara.
Katanya, umat Islam sewajarnya mencari maklumat yang tepat berhubung GST kerana cukai sedemikian tidak akan memudaratkan.
“Marilah sidang jemaah sekalian, kita tarik nafas kebijaksanaan, kita cari informasi yang sebenar. Mimbar amat yakin bahawa pelaksanaan ini berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan (keadilan dan ihsan).
“Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan, melakukan penyelewengan atau perkara yang menzalimi dan merugikan pihak tertentu,” katanya.

Tebusan Semporna: Memadai apa menteri cakap, kata IGP

Chinese pandas delayed in wake of MH370 crisis

Polis takkan bertindak pada mualaf ambil anak

Polis: Manggis MH370 bukan dari Muar

Presiden PKR: Anwar sah cabar Azizah

Peguam negara tak kebal, kata hakim..!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa peguam negara tidak kebal daripada menghadapi tindakan undang-undang.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera berkata demikian ketika menolak permohonan peguam negara untuk mengetepikan saman oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff dan peguamnya Rosli Dahlan.

Vazeer berkata, penyalahgunaan kuasa dengan sengaja oleh pihak yang menguasai pejabat kerajaan adalah salah dan misfeasance.

“Ini selaras dengan perkembangan perundangan moden bahawa kekebalan mutlak kepada penjawat awam tiada tempat dalam masyarakat demokratik yang progresif,” katanya.

Peguam negara Tan Sri Gani Patail dan dua pegawai di Jabatan Peguam Negara dinamakan dalam saman Ramli dan Rosli itu.

Ketiga-tiga pihak itu cuba mengetepikan saman itu atas alasan penjawat awam seharusnya kebal kepada tindakan itu ekoran kuasa pendakwaan mereka.

MH370: 2 Kemungkinan serpihan pesawat belum ditemui hingga kini

Beberapa pakar di Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditugaskan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 percaya terdapat dua faktor menyebabkan kapal terbang berkenaan belum ditemukan sejak hilang 8 Mac lalu.
Menurut pakar tersebut, pesawat jenis Boeing 777-200 itu dipercayai mendarat dengan baik di atas permukaan air sebelum tenggelam secara sempurna atau serpihan kapal terbang berkenaan mungkin bertaburan akibat dilanda angin puting beliung di kawasan carian berkenaan sebaik sahaja misi mencari MH370 bermula.
‘‘Pada akhir bulan Mac, terdapat kemungkinan Ribut Gillian menjejaskan usaha mengesan bangkai pesawat berkenaan di koridor selatan.
‘‘Malah dalam keadaan laut yang tenang juga, kemungkinan pesawat itu tenggelam secara sempurna ke dalam air,’’ katanya.
Sebanyak 14 kapal laut termasuk tujuh buah kapal milik Tentera Laut China dan 14 pesawat digerakkan dalam misi mengesan pesawat MH370, namun gagal mengesan sebarang serpihan kapal terbang itu sehingga kini.
Kegagalan menemui serpihan di atas permukaan laut itu, menyekat misi mencari pesawat MH370.
‘‘Usaha itu memerlukan kerja yang cermat dan teliti selain mencari di satu kawasan yang besar, namun kami kecewa kerana sehingga kini serpihan pesawat masih belum ditemukan.
‘‘Kami jangka dapat mencari beberapa serpihan seperti sayap dan tangki kedap udara yang boleh terapung,’’ katanya.

Unconfirmed reports say black box found

An Australian radio station says the authorities have found the elusive black box of MH370.

blackbox1PETALING JAYA:  There are unconfirmed reports that the black box flight recorder from missing Malaysia Airlines flight MH370 has been found, Australian based portal news.com.au. said a few minutes ago.
Perth radio station 6PR tweeted the report, citing aviation expert Geoffrey Thomas, said the portal.
Searchers looking for the missing Malaysia Airlines plane in the Indian Ocean have found signals they are “very confident” have come from MH370′s black box, Australia’s Prime Minister says.
Australian authorities are confident they know the location of the black box from missing Malaysia Airlines flight MH370, Prime Minister Tony Abbott says.
The PM said Australian authorities had significantly narrowed down the search area.
“It’s been very much narrowed down because we’ve now had a series of detections, some for quite a long period of time,” he told reporters in Beijing on Friday.
“Nevertheless, we’re getting to the stage where the signal from what we are very confident is the black box is starting to fade.
“We are hoping to get as much information as we can before the signal finally expires.”
Abbott said he would not go into further details until he had briefed Chinese President Xi Jinping personally.
Thomas is the editor-n-chief of the website airlineratings.com and executive editor of AirlineReview.com.

CNN sheds light on what’s the latest in search for MH370


Crew aboard the Australian navy ship HMAS Perth watching lines as they are refuelled by HMAS Success during a replenishment at sea, as they continue to search for missing Malaysian Airlines flight MH370 yesterday. The hunt for missing Malaysian Airlines flight MH370 is on track to cost hundreds of millions of dollars, becoming the most expensive search in aviation history with 26 countries contributing planes, ships, submarines and satellites to the international effort. – Reuters pic, April 11, 2014. 
Crew aboard the Australian navy ship HMAS Perth watching lines as they are refuelled by HMAS Success during a replenishment at sea, as they continue to search for missing Malaysian Airlines flight MH370 yesterday. The hunt for missing Malaysian Airlines flight MH370 is on track to cost hundreds of millions of dollars, becoming the most expensive search in aviation history with 26 countries contributing planes, ships, submarines and satellites to the international effort. – Reuters pic, April 11, 2014.

The detection of another signal in the Indian Ocean yesterday has raised hope in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370, but families of those on board are still demanding proof the flight ended there.
A CNN report attempts to shed some light on the investigations so far.
What have we learned about the final moments of the plane?
Flight MH370's pilot, Captain Zaharie Ahmad Shah, was the last person on the jet to speak to air-traffic controllers, telling them "Good night, Malaysian three-seven-zero," sources in Malaysia told CNN.
The sources said there was nothing unusual about the pilot's voice and there was no indication of stress.
An official involved in the investigation said police played the recording to five other Malaysia Airlines pilots who knew the pilot and co-pilot.
"There were no third-party voices," the source said.
CNN said this finding was significant because it would suggest that the captain was working the radio while the first officer was flying the plane.
What about the dip in altitude?
The Boeing 777-200ER (9M-MRO) disappeared from military radar for about 120 nautical miles after it had crossed back over the peninsula, sources told CNN.
This means the plane must have dropped to an altitude of 1,200m to 1,500m, a senior Malaysian government official and a source involved in the investigation told the global news network.
Why might that matter?
Experts disagree over what significance the reported dip may hold.
"It looks as though they were doing it to avoid any kind of detection," CNN aviation analyst Peter Goelz said.
But former US Department of Transportation inspector general Mary Schiavo says it could mean that the cabin lost pressure, and the pilots descended to where they could breathe without oxygen.
Or it could mean that the plane lost communications and was just trying to get out of the way of commercial traffic, she said.
What else have we learned about the Malaysian government's response?
Putrajaya today denied a CNN report yesterday that the Royal Malaysian Air Force had scrambled search aircraft on the morning MH370 disappeared.
The communications team of acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein tweeted that the allegation by CNN was false.
CNN had quoted sources as saying that Malaysian air force search aircraft were scrambled about 8am on March 8, hours after the plane lost contact with air-traffic controllers and disappeared from radar but soon after Malaysia Airlines reported that its plane was missing.
The aircraft took off before the authorities corroborated data indicating that the plane turned back westward and found no trace, a senior Malaysian government official had told the network.
In addition, the air force did not inform the Department of Civil Aviation or search and rescue operations until three days later, March 11, CNN quoted a source involved in the investigation as saying.
How is the search for the plane coming?

Australian PM ‘confident’ signals from MH370, search chief disagrees


Australia's Prime Minister Tony Abbott speaks to the media after meeting with Japan's Prime Minister Shinzo Abe at the state guest house in Tokyo on Monday. Abbott said today that he was very confident that signals detected in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 were from the aicraft’s blackbox. – Reuters pic, April 11, 2014. 
Australia's Prime Minister Tony Abbott speaks to the media after meeting with Japan's Prime Minister Shinzo Abe at the state guest house in Tokyo on Monday. Abbott said today that he was very confident that signals detected in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 were from the aicraft’s blackbox. – Reuters pic, April 11, 2014.

Australian Prime Minister Tony Abbott said today that searchers were confident they knew the position of the black box flight recorders from missing flight MH370, but cautioned this was not the same as recovering wreckage.
"We are confident that we know the position of the black box flight recorders to be within some kilometres," he said in a speech in Shanghai, the Chinese commercial capital.
"Still, confidence in the approximate position of the black boxes is not the same as recovering wreckage from almost four and a half kilometres beneath the sea or finally determining all that happened on the flight."
However, Angus Houston, head of the Australian search, said that the analysis of the signal was unlikely to be related to the aircraft's black box recorders.
"On the information I have available to me, there has been no major breakthrough in the search for MH370," Houston added, following unconfirmed reports in some media that the black boxes had been located.
The Australian agency overseeing the search said it would use some of the most sophisticated resources at its disposal on the small search area after a new acoustic signal, that could be from the plane's black box recorders, was detected yesterday.
The latest ping seems to lend credence to four previous "pings" detected by a US navy "Towed Pinger Locator" towed by Australia's Ocean Shield vessel.

MH370: Hisham nafi dakwaan '​TUDM hantar pesawat' pada pagi 8 Mac

 
Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat mencari ke Laut China Selatan dan Selat Melaka sejurus selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Menurut CNN, ianya sebelum pihak berkuasa mentahkikkan data yang menunjukkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) pesawat berpusing ke arah barat dan terbang melintas Semenanjung Malaysia.

Pasukan komunikasi Hishammuddin, dalam tweet lewat malam tadi, berkata laporan terkini dari CNN yang mendakwa pesawat TUDM dihantar tidak lama lagi selepas MAS MH370 dilaporkan hilang awal Mac 8 adalah satu dakwaan palsu.

Selain itu, katanya dalam satu lagi tweet pagi ini, dakwaan CNN bahawa TUDM menghantar pesawat dan tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA ) atau operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac,  juga tidak benar.

Semalam, organisasi berita Amerika itu memetik "seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia" yang tidak disebut namanya, mendakwa pesawat mencari TUDM itu dihantar pada kira-kira jam 8 pagi 8 Mac, tidak lama selepas MAS melaporkan pesawatnya hilang.

Manggis MH370 bukan dari Muar - KPN

 
Polis menjelaskan buah manggis yang dibawa dalam penerbangan MH370 bukan berasal dari kebun di Muar, sebaliknya hanya dibungkus di bandar Johor itu.

Ini ekoran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bahawa ketika insiden itu bulan lepas, tiada musim manggis di Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya pembekal buah itu daripada Muar dan polis masih menyiasat perkara itu.

Katanya, buah itu dikumpulkan di bandar itu sebelum dibawa ke KLIA dan dimuatkan ke MH370.

MH370: 205 individu direkod keterangan- KPN

China tangguh hantar Panda ke Kuala Lumpur..!!


Selangor catat pelaburan ke-2 tertinggi negara dengan RM9.8 bilion

pelaburan selangorSHAH ALAM 11 APRIL : Selangor mencatatkan pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013.
Exco Pelaburan, Ean Yong Hian Wah berkata jumlah pelaburan itu adalah daripada 228 projek yang diluluskan melalui pelabur asing dan tempatan.
Katanya, sebanyak RM3.62 bilion diperolehi daripada pelaburan asing, manakala sebanyak RM6.2 bilion daripada pelaburan tempatan.
“Jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan,” katanya yang menjawab pertanyaan Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat).
Ean berkata di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.017 bilion.
Diikuti dengan Singapura iaitu sebanyak RM840 juta, Amerika Syarikat sebanyak RM459 juta, China sebanyak RM228 juta dan Switzerland sebanyak RM212 juta.

SUAMI ISTERI Bersama Di SYURGA - Ustaz Azhar Idrus

Jangan Kata "Siapa Tak Kahwin Nabi Tak Mengaku Umat!" - Ustaz Azhar Idrus

"Nikmat Isteri..!" - Ustaz Azhar Idrus

PENCURI Di Kenduri Kahwin - Ustaz Azhar Idrus

Dalam Ini Malaysia..!!

Masih lagi percaya slogan   kerajaan BN 1M'sia Rakyat Di Dahulukan Prestasi Di Utamakan? .. masih lagi terpedaya dengan Tradisi Membela Rakyat .. masih lagi terpegun dengan laungan Nasib Rakyat akan Terbela di Bawah Pemerintahan UMNO ... masih lagi yakin dengan kata-kata BN Menang Rakyat Senang??????

Kalau sejelas dan semudah ini pun para macai UMNO tidak mampu nak berfikir dan menilai ... lebih baik berhenti jadi manusia.

MH370: Mengapa Terhempas Di Gaung Yang Terdalam?

Memang cukup mengyakinkan; lima pancaran yang konsisten dengan pancaran kotak hitam pesawat terbang dikesan 1,770 km Northwest Perth, dan pancaran itu dipercayai lebih 15,000 kaki di dasar laut. Jika benarlah pancaran itu daripada data recorder dan voice recorder pesawat malang itu, maka untuk mengangatnya merupakan operasi julungkali dilakukan pada kedalaman itu. Sebagai perbandingan, kedalaman di mana kapal Titanic tenggelam berkedalaman 12.500 kaki.
Sukar dibayangkan, apa keadaan pesawat malang itu, memandangkan sehingga kini tiada sebarang serpihan yang dijumpai yang boleh dihubungkan dengan pesawat berpenumpang 239 bersama kru itu. Apakah penumpang masih bersama talipinggang dan duduk dikerusi masing-masing? atau dan atau. Pesawat itu hilang pada radar pada 1.22 pagi Sabtu 8 Mac, ketika mana, isyarat pasangkan tali pinggang sudah dipadam. Kemungkinan makan dan minum belum dihidangkan, memandagkan penerbangan Kuala Lumpur Beijing memakan masa lebih 5 jam. Biasanya pada penerbangan seumpama ini, makanan dan minuman akan disediakan apabila pesawat terbang pada ketinggian stabil, iaitu 35,000 kaki atas permukaan laut. Memandangkan kehilangan pesawat itu,  hilang daripada radar kurang sejam selepas mengudara, besar kemungkinan penumpang  berada ditempat duduk masing-masing menanti makanan dan minuman disediakan.

Antara Lutut Teresa Kok Dan Bini Bung Mokhtar ..Kita lihat siapa yang kena..!!!

Kata Bung pakaian Teresa Kok tak sesuai semasa persidangan.“Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Teresa Kok bangun dan meninta Bung menarik balik kenyataan tersebut.“Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.“Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu, kata Bung lagi.

“Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” kata Ismail.Teresa Kok meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.“Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

“Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini,” katanya lagi dipetik Malaysiakini.Bung amat-amat ambil kisah skirt Teresa Kok yang ke paras lutut.Bagaimana pula dengan lutut bini si Bung ni ?

Kami mahu GST dimansuh, bukan tangguh


IRFAN ES

Saya pelik melihat rakan-rakan saya dan juga pejuang-pejuang Facebook agak segan membicarakan tentang GST yang baru saja diluluskan di Dewan Rakyat, yang disokong penuh oleh ahli-ahli parlimen BN pada 7 April lepas.

GST adalah sesuatu yang tidak diperlukan oleh negara ini. Ia menaikkan harga segala barangan di sekeliling kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Ia mengakibatkan yang miskin menjadi lebih miskin.

Ia menyebabkan seorang ibu terpaksa bekerja membantu menyara keluarga meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Ia menyebabkan seorang bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan lalu meninggalkan ruang yang amat sedikit untuk bersama dan mendidik anak-anak. Lalu anak-anak tidak diasuh dengan sempurna, lalu terpengaruh dengan perkara yang tidak baik, lalu makin bertambahlah masalah sosial di negara ini. Anda katakan keharmonian negara bermula dari rumah tangga yang sempurna, jadi bagaimana?

GST menyebabkan rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tekanan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan perasaan menyebabkan manusia hilang kawalan. Jenayah akan menjadi-jadi.

Tekanan perasaan menyebabkan manusia lebih jauh dari Tuhan. Anda pernah dengar cerita-cerita di Facebook tentang umat Islam yang terpaksa murtad untuk mendapatkan bantuan kewangan disebabkan kefakiran hidup? Pernahkah anda mendengar hadis bahawa hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran? Dan anda masih mengatakan anda seorang pejuang akidah?

Putrajaya nafi TUDM dikerah cari MH370 pada pagi pesawat hilang..!!


Tweet asal H20Comms memberi respons kepada laporan CNN. – Gambar diambil dari Twitter, 11 April, 2014. Tweet asal H20Comms memberi respons kepada laporan CNN. – Gambar diambil dari Twitter, 11 April, 2014.
Putrajaya menafikan laporan CNN bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikerah mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada pagi pesawat itu dilapor hilang.
Pasukan komunikasi pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mesej di Twitter malam tadi mendakwa laporan CNN satu tuduhan tidak benar.
“Terbaru dakwaan @CNN bahawa pesawat TUDM dikerahkan selepas pesawat @MAS #MH370 dilaporkan hilang pada awal 8/3 adalah tuduhan tidak benar,” menurut akaun Twitter @H2OComms pada 10.29 malam tadi.
Hishammuddin kemudiannya mengirim semula tweet itu melalui akaun rasminya, @HishammuddinH2O.
Pengguna Twitter mencurigai sama ada CNN dibayar untuk memberikan laporan yang salah kepada Malaysia.

Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah tutup mulut, kata Mufti Kelantan

Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan pelaksanaan hudud di negeri itu yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar).
Beliau berkata hanya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dibenarkan memberikan kenyataan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.
"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Bernama melaporkan pada Rabu, Setiausaha Publisiti Kebangsan DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.
Pua berkata DAP yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
Sementara itu, Ahmad dilihat tidak berganjak dengan keputusan untuk membawa usul pendirian melalui ahli Parlimen Kelantan, meskipun rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) menyatakan tentangan mereka.
"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," lapor Utusan Malaysia.
Dalam satu pertemuan bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) semalam, Ahmad turut menggambarkan pendirian sama berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.

'Karpal tak akan berundur secara senyap-senyap'

 
Hampir 30 tahun berlalu, walaupun berdepan dengan banyak ancaman dalam hidupnya, Karpal Singh tetap enggan berundur secara senyap-senyap melalui pintu belakang .

Pernah beliau diminta oleh pegawai polis supaya secara rahsia meninggalkan bilik mahkamah bagi mengelak bahaya ancaman seorang lelaki, yang mendakwa mempunyai kuasa ghaib, yang mengancam untuk menyerang Karpal kerana menyaman sultan.

Karpal enggan, dengan berkata " jika saya pergi melalui pintu belakang sekarang, saya akan melalui pintu belakang sepanjang hidup saya."

Ahli politik dan peguam yang kini berusia 74 tahun itu kekal
dengan sikap tabahnya itu sehinggalah hari ini, dalam menghadapi satu lagi percubaan oleh kerajaan untuk bukan sahaja menguburkan kerjaya politiknya , tetapi juga untuk menyumbatnya ke dalam penjara.

Hukuman bagi sabitannya terhadap tuduhan hasutan baru-baru ini - denda sebanyak RM4,000  - menghalang Karpal daripada memegang jawatan politik dan dikenakan tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding kerusi Parlimen.

Malaysia tidak mempunyai had umur untuk menjadi anggota Parlimen, dan Karpal berkata usianya akan mencecah 82 tahun apabila dia layak semula kembali ke arena politik.

MAS diselar atas insiden kehilangan data kotak hitam 2012 London, menurut laporan



nsiden kehilangan data rakaman kokpit di London pada 2012 yang ditimbulkan penyiasat kemalangan udara Britain akan menjadi satu lagi kesan hitam pada reputasi Malaysia Airlines, keadaan yang CEO Ahmad Jauhari Yahya akui, 'banyak perlu dilakukan' dalam memulihkan imej penerbangan tempatan itu. – Gambar AFP, 11 April, 2014.  
Insiden kehilangan data rakaman kokpit di London pada 2012 yang ditimbulkan penyiasat kemalangan udara Britain akan menjadi satu lagi kesan hitam pada reputasi Malaysia Airlines, keadaan yang CEO Ahmad Jauhari Yahya akui, 'banyak perlu dilakukan' dalam memulihkan imej penerbangan tempatan itu. – Gambar AFP, 11 April, 2014. 

Sementara anggota operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sedang mencari sumber isyarat denyutan yang dikesan dalam beberapa hari ini di Lautan Hindi, penyiasat kemalangan udara Britain menyelar Malaysia Airlines kerana gagal menyimpan rakaman penerbangan semasa satu insiden di Lapangan Terbang Heathrow pada 2012, lapor Associated Press hari ini.
Dalam insiden 17 Ogos 2012 itu, sebuah Boeing 747 yang menuju ke Kuala Lumpur dengan 340 penumpang terpaksa patah balik selepas berlepas kerana kegagalan enjin dan elektrik.
Para juruterbang berpatah balik dengan menerbangkan pesawat tersebut secara manual dan mendarat dengan selamat.
Bagaimanapun, penyiasat daripada Jabatan Penyiasatan Kemalangan Udara meneliti dalam laporan mendapati segala maklumat audio berkaitan dengan insiden tersebut hilang kerana perakam suara kokpitnya masih berjalan selepas mendarat dan memadamkan data sebelumnya.
"Siasatan tersebut menampakkan prosedur yang dijalankan operator penerbangan tersebut tidaklah begitu teliti dalam memastikan semua rakaman dapat dipelihara dalam cara yang cekap jika berlaku apa-apa, seperti kemalangan," kata laporan tersebut.
Laporan itu juga menambah penerbangan itu sanggup melatih pekerjanya untuk memastikan mereka mengambil setiap langkah untuk menyelamatkan rakaman sebaik sahaja adanya kecemasan.
Laporan terkini daripada pakar penyiasat kemalangan udara ini merupakan satu lagi tamparan hebat kepada Malaysia Airlines yang sedang berdepan dengan kehilangan pesawat MH370 serta persaingan yang sengit daripada penerbangan lain..
Ketua Pegawai Eksekutif  Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya berkata baru-baru ini syarikat penerbangan tersebut ada 'banyak yang perlu dilakukan' dalam memulihkan imejnya selepas kehilangan MH370.

Adakah peguam Umno Shafee "senjata baru upahan" Putrajaya, soal peguam dan bekas hakim


Pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivilnya dengan DAP menimbulkan persoalan sama ada beliau adalah 'senjata' untuk mencantas mereka yang melawan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. Pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivilnya dengan DAP menimbulkan persoalan sama ada beliau adalah 'senjata' untuk mencantas mereka yang melawan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. Peguam dan bekas hakim mempersoalkan mengapa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivil antara agensi tersebut dengan DAP berhubung pemilihan dalaman parti tersebut.
Kebimbangan disuarakan sama ada Shafee menjadi “senjata upahan” baru Putrajaya untuk menundukkan individu atau pertubuhan yang melawan kerajaan.
Mereka mempersoalkan langkah tersebut, memandangkan Pejabat Peguam Negara sebagai penasihat perundangan persekutuan yang sepatutnya dilantik mewakili RoS.
Malah kata mereka, secara tradisinya Pejabat Peguam Negara sepatutnya mewakili RoS dan ini menimbulkan kehairanan apabila mereka dikecualikan kali ini.
Peguam DAP, Gobind Singh Deo berkata mengetahui mengenai pelantikan Shafee semasa semakan kehakiman permohonan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Gobind berkata seorang peguam rendah daripada firma undang-undang Shafee memberitahu pendaftar mahkamah RoS menghubungi peguam kanan tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
 
DAP, parti pembangkang utama Malaysia mencabar RoS kerana tidak mengiiktiraf senarai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas pemilihan terbaru pada September lalu.
Pemilihan kedua parti itu diadakan sembilan bulan kemudiaan, susulan arahan daripada RoS supaya mengadakan pemilihan semula.
Hakim bersara berkata Pejabat Peguam Negara memiliki peguam terbaik seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson untuk mengendalikan kes sivil.
"Saya masih tidak dapat lihat mengapa mereka tidak mampu mengendalikan hal tersebut melainkan ia pertarungan politik antara DAP dan Barisan Nasional," kata bekas hakim tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.
Beliau menyifatkan langkah tersebut menyebabkan kemampuan Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian.

Memali: Mahathir Ingat-Ingat Lupa Rupanya...!!!!

Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.

Musa juga menyebut bahawa beliau memujuk Mahathir agak membatalkan lawatannya ke China dengan tiga alasan iaitu kejadian Memali itu melibatkan Melayu dan Islam, berlakunya pula di negeri Kedah serta untuk menunjukkan keprihatinan dan ambil berat terhadap kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut Musa lagi, Mahathir menolak pujukannya dan meneruskan juga lawatannya ke China itu.

Namun demikian, Mahathir mengatakan beliau tidak ingat bahawa Musa pernah memujuknya untuk tidak meneruskan lawatan itu.

Mula Terbongkar: Pesawat TUDM cari MH370 pada 8 Mac, tidak beritahu sesiapa.,.!!!


Pesawat AP-3C Orion pulang ke pangkalan Base Pearce selepas seharian mencari di Lautan Hindi untuk pesawat hilang, MH370 pada 8 April. Menurut laporan CNN, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8 pagi hari kehilangan pesawat itu menggerakkan operasi pencarian, tetapi tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). – Gambar Reuters, 11 April, 2014.  
Pesawat AP-3C Orion pulang ke pangkalan Base Pearce selepas seharian mencari di Lautan Hindi untuk pesawat hilang, MH370 pada 8 April. Menurut laporan CNN, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8 pagi hari kehilangan pesawat itu menggerakkan operasi pencarian, tetapi tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). – Gambar Reuters, 11 April, 2014. 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan sebuah pesawat untuk operasi pencarian MH370 kira-kira pukul 8 pagi, 8 Mac lalu sebaik saja Malaysia Airlines melaporkan pesawatnya hilang, lapor CNN.
Pesawat tersebut berlepas sebelum data sokongan pihak berkuasa menunjukkan pesawat tersebut terbang ke arah barat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia kepada CNN.
Namun, TUDM tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian pada 11 Mac lalu, seorang sumber terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN.
CNN difahamkan bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah individu terakhir yang bercakap dengan pusat kawalan udara dengan berkata 'Selamat malam, Malaysia Tiga-Tujuh-Kosong.
Sumber tersebut berkata kepada CNN tiada apa yang luar biasa mengenai suara tersebut yang tidak menunjukkan beliau berada dalam keadaan tertekan.
Salah seorang sumber yang terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN bahawa polis mengambil keterangan lima lagi juruterbang MAS lain yang mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang itu.
"Tiada suara pihak ketiga kedengaran," menurut sumber itu.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui.

"Keselamatan Negara"

Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Semasa saya menjadi perdana menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh saya dan timbalan perdana menteri.
2. Ada kalanya saya memegang jawatan menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri memegang jawatan menteri dalam negeri yang bertanggungjawab ke atas polis.
Ada kalanya, apabila saya tentukan saya sebagai perdana menteri akan mengambil tugas menteri dalam negeri, maka timbalan perdana menteri akan dilantik sebagai menteri pertahanan.
Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan menteri pertahanan diberikan kepada menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting.
3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.
4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing, tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.
Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihati supaya saya tidak pergi ke luar negeri.
5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku.
Empat anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.
6. Saya begitu yakin bahawa timbalan perdana menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai pemangku perdana menteri.
Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincangkan “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).
7. Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalan perdana menteri yang memangku jawatan perdana menteri.

Ambillah Pengajaran Dari Proses Pilihan Raya Indonesia

Oleh Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff
Selama dua minggu di Indonesia, saya melawati beberapa daerah untuk meneliti proses pilihan raya di negara ini. Tujuan saya sederhana: untuk meneliti kebaikan sistem pilihan raya di negara orang bagi memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya di negara kita.

Selama saya menulis, saya gembira dengan komen kawan-kawan. Walaupun ada segelintirnya yang teremosi, tetapi secara umumnya komen kawan-kawan adalah cukup bermanfaat. Cumanya, jika saya boleh tegur, elaklah dari memberi komen yang bersifat 'menyumpah menyeranah.' Ubah sedikit cara berbahasa dan berdebat. In Sha Allah, mutu perbincangan kita akan ada nilai tambahnya.
Analisis akhirnya, membandingkan sistem pilihan raya di Indonesia di Malaysia, saya dapati kita mempunyai banyak kelebihan dan kehebatan. Logistik kita hebat, kempen poster kita hebat, belanja kita hebat dan banyak lagi hebatnya.
Begitupun hebatnya, kita perlu tingkatkan lagi pelaksanaan proses pilihan raya kita dengan beberapa penambaikan. Antaranya:
i. Media kita perlu lebih terbuka supaya tidak lagi menyajikan pandangan sebelah pihak.
ii. Media kita tidaklah perlu terlalu mempropagandakan sesuatu isu sehingga menceroboh intelek rakyat.
iii. Media kita hendaklah mengajak pemimpin utama berbahas di tv supaya rakyat berpeluang menilai keupayaan dan kewibawaan mereka.

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah

OLEH ZULKIFLI YAHAYA  
KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama. Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.
Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.
Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.