Rabu, 9 April 2014

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

KLIA2: Kami akan pindah apabila semuanya ok, kata pengerusi eksekutif AirAsia


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan memindahkan operasinya ke terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun (gambar).
"Saya boleh sahkan bahawa kami akan berpindah apabila semuanya OK. Tak perlu bincangkan mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar sesi rundingan meja bulat Kepelbagaian dan Keterangkuman TalentCorp, di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang akan ditutup pada 9 Mei.
Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.

Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat, kata Wan Junaidi


Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) perlu dipinda bagi memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan dilakukan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).
Beliau berkata pindaan itu jelas menggambarkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan dalam membanteras jenayah terancang menggunakan senjata berbahaya dan letupan.
Katanya selain memastikan keselamatan rakyat Malaysia terus terlindung, pindaan penalti juga akan menjamin masyarakat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Wan Junaidi berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Pindaan ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti jenayah berat dan terancang yang menggunakan senjata berbahaya dan letupan," katanya.
Wan Junaidi berkata kadar jenayah terancang dan berat dilakukan oleh  kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sering melibatkan penggunaan senjata berbahaya termasuk senjata api semakin berleluasa.
"Peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api, pergaduhan ahli ahli kumpulan kongsi gelap sesama sendiri untuk merebut kawasan menggunakan parang dan buku lima.
"Mereka juga menggunakan senjata berbahaya untuk mengutip wang perlindungan untuk menakutkan mangsa dan menggunakan senjata berbahaya bagi melindungi kawasan perjudian dan pelacuran," jelasnya.
Oleh itu, pindaan hukuman dicadangkan untuk kesalahan membawa senjata berbahaya di tempat awam, daripada tempoh pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun kepada tempoh pemenjaraan yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun.
Bagi peruntukan penalti kesalahan membawa, memiliki, membuat, menjual, menyewa, meminjam atau memberi mana-mana senjata berjadual, Wan Junaidi berkata kesalahan itu pada masa ini hanya membawa hukuman penjara yang tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Said terus bazir wang rakyat

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
MENTERI Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said sekali lagi menjadi fokus pertikaian umum. Agak sukar dipercayai, dalam keadaan rakyat belum pun diberikan penjelasan meyakinkan mengenai kewajaran beberapa projek dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya sebelum, Ahmad tampil pula dengan cerita pembelian dua buah amphicoach (bas dua alam) dengan harga yang amat dipertikaikan.

Akhbar harian Edisi Terengganu, 29 Mac memetik kenyataan beliau bahawa kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘bas redah air’ itu dengan nilai RM3 juta sebuah. Kenderaan yang boleh beroperasi di darat dan di air itu dicagarkan menjadi tarikan baru pelancong ke Tasik Kenyir. Berita itu bagaimanapun tidak disambut baik rakyat. Bagi mereka Ahmad terlalu angkuh dan sewenangan membelanjakan wang rakyat, apabila beliau bagaikan langsung tidak terkesan oleh cemuhan dan kritikan hebat pelbagai pihak sebelum ini terhadap lawatan beliau dan rombongan ke Antartika beberapa bulan lalu. Hingga kini rakyat masih gagal melihat kewajaran pemergian beliau ke benua ais itu, terutama apa manfaatnya untuk rakyat Terengganu?
Kini datang pula kes  amphicoach ini. Bagi penulis, pertikaian dilontarkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Terengganu, khususnya Ahmad sendiri berhubung perkara ini ada asasnya. Penilaian dibuat rakyat terhadap beberapa perancangan BN sebelum ini banyak mempengaruhi persepi mereka terhadap pembelian terbaru ini.
Pertama, cuba lihat dari sudut potensi pulangan pelaburan. Apakah kajian teliti sudah dibuat bahawa perbelanjaan RM6 juta wang rakyat dalam kes ini bakal memberikan pulangan ekonomi yang menguntungkan kerajaan dan rakyat Terengganu? Apakah ada jaminan ia tidak mengulangi “kesilapan perancangan” beberapa projek mega sebelum ini?
Rakyat Terengganu sudah ada banyak pengalaman. Contohnya dalam kes kejohanan Piala Monsun dan pembangunan Pulau Duyong yang menelan ratusan (malahan mungkin ribuan) juta wang rakyat.
Alasan utama juga untuk tarik pelancong.
Akhirnya, selepas sudah terbukti tidak menguntungkan, kejohanan itu tidak lagi diteruskan di Pulau Duyong. Secara tersirat BN mengakui, pelaburan berjutajuta ringgit di situ gagal menarik kehadiran pelancong pada tahap yang dicitakan.

TPPA umpama ‘perjanjian syaitan’

Oleh MOHD ARIF JUHANI
WALAUPUN sudah diingatkan berulangkali mengenai bahaya yang bakal diundang selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani, namun kepimpinan negara seolaholah sudah terpukau dengan janji lumayan yang kononnya terkandung dalam dokumen perangkap penjajah itu.

Selain Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang dianggotai oleh gabungan 47 NGO usahawan Melayu bertaraf kebangsaan membantah TPPA. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah dengan lantang mengkritik perjanjian tersebut berdasarkan kepada pengalamannya  ketika mentadbir negara. Namun sekarang, kerajaan Umno-BN yang kerap mendakwa kononnya memperjuangkan hal ehwal Melayu dan Islam masih tidak berganjak daripada menyokong pelaksanaan TPPA walaupun sudah dimaklumkan bahawa usahawan Melayu paling teruk menerima risiko ‘penganiayaan’ akibat dasar licik yang lebih cenderung melindungi kepentingan syarikat-syarikat asing nanti.
Pada pertengahan April ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pula dijadualkan akan hadir ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bagi mengukuhkan hubungan dua hala negara tersebut termasuklah memastikan proses TPPA berjalan lancar.
Jadi, tidakkah umat Islam dan Melayu berasa terancam dan hak keistimewaan yang dimiliki dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini bakal menemui titik akhirnya sejurus TPPA dilaksanakan?
Lebih parah lagi, Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi dalam Negara yang menggubal undang- undang juga bakal hilang kedaulatannya apabila bertembung dengan kepentingan syarikat asing seperti yang terkandung dalam TPPA.
Pengkhianatan terbuka
Bagi Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen, Khalid Samad, menandatangani TPPA merupakan satu pengkhianatan terbuka kepada kedaulatan undangundang dan Parlimen yang menaungi keluhuran Perlembagaan.

MH370: Kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas, kata Nazri


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau berkata setakat ini kebanyakan pelancong China membatalkan lawatan mereka ke Malaysia, malah tiada "tempahan penerbangan" direkod bagi penerbangan dari China ke Malaysia.
Justeru Nazri berkata, pihaknya akan menangguh segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu berikutan majoriti penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas adalah warga China.
"Semuanya baik (kedatangan pelancong China) bagi Januari hingga Februari, tetapi sudah tentu insiden MH370 pasti menjejaskan pelancongan, namun apa yang penting adalah kami bersimpati kepada keluarga penumpang MH370 dan persoalan sama ada kami nak teruskan kempen di negara China tidak berbangkit, ketika ini ditangguhkan, saya fikir kita perlu hormat isu sensitif.
"... selagi tidak berpenghujung (insiden) MH370 ini, saya tidak fikir kesesuaian untuk kita meneruskan kempen di negara China," katanya dalam sidang media sebelum membuka Sesi Komuniti Sosio-Budaya Asean di Kuala Lumpur, hari ini.
Namun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai perkara itu dan menasihati orang ramai memahami situasi yang dihadapi rakyat China.
"Bagi saya ini reaksi semula jadi...kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana bukan secara semula jadi rakyat negara China anti kita (Malaysia), kerana insiden MH370 adalah satu perkara yang abnormal," kata Nazri.

MH370: Siapa yang bertanggungjawab?

MH370: Siapa yang bertanggungjawab?
Azrai Izet dan isterinya, Fadzilah Abd. Rahim
 
Terdapat kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian. Secara am, pihak mana yang seharusnya rasa bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian?

Secara spesifik, siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan pesawat?

2. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan industri penerbangan negara?

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ruang udara negara?

Setakat ini kita dapat melihat tiada pihak yang bersungguh-sungguh menyatakan rasa tanggungjawab terhadap mana-mana perkara.

Yang ada hanyalah penafian.

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka tidak bertanggunjawab terhadap keselamatan pesawat awam yang terbang dalam ruang udara negara.

2. Tiada pihak rasa bertanggungjawab mengapa tiada kerjasama antara Pusat Kawalan Udara (ATC) penerbangan awam and ATM untuk mengesahkan status pesawat yang berpatah balik.

3. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila Panglima Angkatan Tentera menyatakan mereka menyedari pesawat dikesan radar melalui ulang tayang rakaman radar, hanya setelah empat hari kejadian berlaku.

4. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila dua penumpang menggunakan pasport palsu berjaya membolosi imigresen.

Menerusi sidang media yang kerap dikendalikan pada awal kejadian, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bahawa semangat yang ditunjukkan lebih kepada penafian tanggungjawab dan liabiliti, bukanlah perkongian maklumat ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang ada.

RBA: Dongeng bertambah bengong


red-bean-cartoon


Sewaktu membelek-belek berita di ambang berlangsungnya PRU13 tahun lepas, itulah pertama kali saya mendengar dongeng tentang satu tentera siber yang kononnya digelar Red Bean Army (RBA). Terfikir juga masa tu, kalaulah nak tubuh satu kumpulan subversif, tentulah kita pilih nama yang cool, bukan “kacang merah”. Ini mesti satu cubaan melawak.
Red Bean Army ni kononnya pasukan tentera siber yang bergerak di alam-alam siber memburuk-burukkan kerajaan.
Kalau diteliti ciri-ciri Red Bean Army yang digebangkan itu, tak ubah sebenarnya macam ciri-ciri Unit Media Baru dan cybertrooper UMNO/BN. Seolah-olah diambil kisah cybertrooper mereka dan ditukar namanya kepada Red Bean Army. Serangan ke atas Pakatan Rakyat diubah kepada serangan ke atas Kerajaan BN.
Nah, terhidang satu dongeng baru buat bahan pemenuh Utusan Malaysia yang dah kekontangan isu! Dengan harapan juga agaknya dapat alihkan perhatian semua daripada cybertrooper UMNO/BN yang selama ini dipandang jelek pengguna media sosial.
Tapi dongeng kalau terus didongengkan, kebarangkaliannya tinggi lama-lama boleh jadi bengong. Semakin mengarut dan tak masuk akal.
Baru-baru ini Utusan gebang pula kononnya tentera siber (RBA), yang menurut New Straits Times dibayar gaji antara RM3,000 dan RM8,000, adalah terdiri daripada pegawai bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit/makanan, doktor perubatan, pensyarah kolej swasta dan mekanik.

Polis tidak mahu pegawai SPRM di pejabat mereka?


lim lip eng


KUALA LUMPUR, 9 APR: Bukan sahaja menolak cadangan Suruhanjaya Diraja untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), agensi penguatkuasa tersebut nampaknya turut berjaya mengelak daripada dipantau pegawai pencegah rasuah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dalam jawapannya kepada Parlimen memberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditempatkan di agensi-agensi kerajaan kecuali di PDRM kerana badan tersebut membunyai jabatan integriti tersendiri.
Menurut beliau, sehingga 6 Mac lalu, 20 pegawai SPRM telah ditempatkan di agensi-agensi kerajaan bagi membendung rasuah sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
Mempertikaikan kenyataan tersebut dalam sidang media di Lobi Parlimen, Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng menimbulkan persoalan sama ada pihak polis tidak boleh disentuh langsung.
“Adakah pihak polis begitu berkuasa? Adakah tidak ada pihak lain yang boleh ‘menyentuh’ pihak polis kecuali anggota polis sendiri?” soalnya.
Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Tun Dzaiddin Abdullah pada Mei 2006 lalu mencadangkan pembentukan IPCMC bagi menyiasat salah laku dan masalah rasuah di kalangan anggota polis, malangnya cadangan tersebut dibantah oleh PDRM.

APABILA GURU HILANG TARING

Kisah guru bertukar sekolah disebabkan penglibatan mereka dengan politik pembangkang bukan cerita baru. Seeingat aku, semenjak tahun-tahun 60an lagi, sudah mula ‘kegiatan’ pihak Kementerian Pelajaran menukarkan guru disebabkan sesorang guru itu terlibat dalam kegiatan poltik pembangkang. Pihak Kementerian Pendidikan tidak perlu membuat penafian tentang hakikat ini kerana tindakan sebegini bukan merupakan satu rahsia lagi. Semua warga guru tahu tentang hal ini.
Walaupun diperlakukan sedemikian, namun ramai juga kaum guru yang terus menerus tidak mempedulikan tindakan dari pihak kerajaan itu. Mungkin agaknya disebabkan yang mereka begitu yakin dengan perjuangan dan idealisme yang mereka perjuangkan itu, maka apa saja tindakan dari pihak kerajaan terhadap mereka seolah-olah tidak dipedulikan. ‘Langkah’ mereka berterusan tanpa menoleh ke belakang.
Dulu-dulu, kaum guru amat ditakuti dan dugeruni terutama oleh pihak yang amat faham tentang peranan guru yang boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat umum. Selama tiga dekad ( 50an, 60an, 70an) kaum guru memainkan peranan yang cukup penting dalam pergerakan politik UMNO. Jawatan-jawatan penting peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan biasanya dimonopoli oleh kaum guru. Dan sekiranya kaum guru tidak terlibat secara langsung dalam UMNO pada ketika itu, pasti agaknya pertubuhan UMNO tidak sepertimana yang ada pada hari ini. Maknannya kaum guru telah menyediakan tapak yang cukup kuat kepada politik UMNO sehingga dapat diteruskan oleh generasi terkemudian.
Ke mana ‘hilang’nya kaum guru kini? Apakah kaum guru sudah hilang taringnya?
Sejarah juga telah menunjukkan bahawa kaum guru memainkan peranan yang cukup penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.  Apabila disebut saja ‘guru Tanjung Malim’, sudah memberikan suatu gambaran yang ‘menggerunkan’ terutama bagi pihak penjajah British pada tahun-tahun 1920an sehingga 1950an. Apa tidaknya. Para guru lepasan SITC ( Sultan Idris Trainning College) Tanjung Malim yang telah mewarnai perjuangan menuntut kemerdekaan dari British. Merekalah yang telah ‘mengejutkan’ orang Melayu dari ‘tidurnya’. Merekalah yang menyedarkan anggota masyarakat supaya bangun berjuang membebaskan tanah air dari British.

Krisis negara mencemaskan, penyelamatnya terlindung disebalik yang terang

Negara kita sesungguhnya sedang berada dalam krisis yang amat genting sekali. Dalam semua bidang kita dalam krisis. Dalam bidang pentadbiran negara kita masih terbelenggu dengan isu rasuah yang semakin menjadi-jadi dan tidak nampak tanda-tanda ia akan terlerai. Laporan Ketua Audit Negara bagi 2013 masih menunjukkan betapa lemahnya kerajaan kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin lemah yang ada pada hari ini.
Kita masih di dalam sebuah kerajaan yang rasuah dan salah tadbir yang amat serius. Inventory barangan dan kelengkapan yang tidak diselaras dengan betul kerana terlalu banyak barangan yang telah dibelanjakan masih berada dalam setor kerajaan sejak bertahun yang lalu yang sudah lusuh tidak digunakan dan ini semuanya pembaziran yang sangat mahal harganya.
Masih banyak projek kerajaan yang terlalu tinggi harganya dari yang sepatutnya dan ini adalah bayangan yang rasuah masih terlalu besar dan tiada penyelesaiannya. Ini sahaja sudah menunjukkan yang pegawai kerjaan masih tidak serius dalam usaha berjimat cermat sedangkan negara sedang menghadapi krisis kewangan yang begitu mendesak dan sangat perlu penyelesaiannya dengan deras dan cepat.
Keselamatan negara juga dalam krisis. Pencolekan terhadap pelancong dari Cina baru-baru ini merupakan manifestasi jelas yang keselamatan negara kita begitu ‘porous’ dan ia amat membimbangkan. Sesiapa sahaja boleh mencolek sesiapa dalam negara kita ini dan ia memakan masa dan tenaga yang begitu besar untuk penyelesaiannya. Kerajaan telah berbelanja tidak kurang dari RM300 juta dengan penubuhan Esscom yang sepatutnya memelihara keselamatan negara di Timor Sabah dan ini bukannya kali pertama kejadian ini berlaku.
Kemasukan pendatang asing dalam jumlah jutaan orang masih menjadi masalah besar dan kehadiran pendatang asing ini telah menjadi masalah kepada keselamatan rakyat ramai di setiap pelosok tanah air. Rompakan dan pecah rumah berlaku hampir setiap hari dan bukan sedikit jumlah jiwa yang terkorban dengan kehadiran mereka dari negara asing tanpa kebenaran ini. Kita masih tidak sedar yang sebagai sebuah negara maritime seperti negara kita ini pengawalan sempadan di laut itu amatlah diperlukan berada diperingkat dan tahap yang tinggi dan semua masalah seperti ini tidak berlaku suatu ketika dahulu.

Pemilihan 2014: Budaya UMNO Sudah Meresap Dalam PKR?

Pemilihan pucuk pimpinan PKR akan berlangsung daripada 25 April hingga 11 Mei depan. Semua jawatan utama, daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketua sayap dan lain-lainnya, nampaknya bakal menyaksikan persaingan yang sengit kali ini.

Walaupun Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, kedua-duanya yang merupakan pasangan suami isteri, masing-masing telah mengemukakan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden, tetapi dipercayai pertandingan tidak akan berlaku kerana salah seorang daripadanya akan menarik diri bila tiba masanya nanti.

Anwar sebelum ini telah mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden bagi mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, tetapi hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan sama ada dari segi undang-undang pertubuhan, beliau layak bertanding atau sebaliknya.

Jika didapati layak sudah tentu Anwar akan bertanding tetapi jika ada halangan dari segi peraturan, Dr Wan Azizah akan terus mempertahankan jawatan Presiden PKR yang disandangnya sejak parti itu ditubuhkan.

Di antara semua jawatan yang bakal dipertandingan itu, tumpuan tentunya lebih kepada jawatan Timbalan Presiden. Penyandang jawatan, Azmin Ali akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, Tian Chua (sekarang memegang jawatan Naib Presiden), K Rama dan Ganusegeran.

Persaingan bagi jawatan ini paling menarik bukan saja kerana memperlihatkan persaingan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali yang dianggap musuh tradisi dan bertelagah dalam beberapa isu seperti krisis jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bahkan juga memperlihatkan sejauh mana Khalid Ibrahim yang kedudukannya sebagai Menteri Besar cuba diganti dengan Anwar Ibrahim melalui gerakan KajangMove, masih mampu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin utama dalam parti itu.

KajangMove itu bagaimanapun gagal berikutan keputusan mahkamah yang menghalang Anwar bertanding di Kajang dan tempatnya sebagai calon digantikan oleh Dr Wan Azizah.

Disebabkan jawatan Menteri Besarnya mahu digugat, maka Khalid mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Apakah setelah kedudukannya sebagai peneraju kerajaan negeri sudah selamat ketika ini, beliau masih ada simpati lagi?

Lebih menarik bagi perebutan jawatan nombor dua ini ialah dengan penyertaan Saifuddin Nasution yang sebelum ini diletakkan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Staff di pejabat Menteri Besar Selangor tetapi dikatakan tidak diberikan peranan serta tugas yang sewajarnya oleh Khalid Ibrahim.

PR Persoal Cara Hakim Kendali Kes Anwar


Batal Taklimat MH370, Beri Imej Salah Kepada Dunia

Taklimat MH370 Tangguh: Shahidan berang..!!!

Menteri Jabatan Perdana Menteri Gulung RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Kotak Hitam MH370: “Pihak tak bersih”, Kapten Nik Huzlan tuju siapa ni!!


Sekiranya kotak hitam pesawat  MH370 ditemui, ia harus harus diserahkan untuk siasatan kepada pihak yang boleh dipercayai dan cekap untuk melakukan analisis ke atas perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan tersebut.
Datuk-Kapten-Nik-Ahmad-Huzlan-Nik-HusseinItu yang disebut bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain di akaun Facebook hari ini.
“Pencarian MH370 mungkin berakhir. Sekiranya kotak hitam itu ditemui adalah menjadi kepentingan semua pihak, ia disiasat oleh pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.
“Mendapatkan semula (kotak hitam), mengeluarkan datanya dan menganalisis data itu harus dilakukan dengan bersih dan tidak terjejas dengan penglibatan mereka yang tidak tahu apa-apa”.
Siapa yang dimaksudkan Kapten Nik Huzlan pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.

Hakim Fitnah II macam bomoh, tengok atas bawah terus jatuh hukum

Anwar mala m tadiSHAH ALAM 9 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya sebegitu mudah dan diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan beliau umpama seorang bomoh.
“Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,” katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan.
“Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya,” kata Anwar merujuk tindakan Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.

Mahasiswa tuntut kerajaan tetap harga lantai getah RM4 sekilogram

10151802_3989251705478_6664820642754475014_nSHAH ALAM, 9 APRIL: Mahasiswa mendesak Kerajaan Pusat segera menyediakan pelan tindakan bagi memastikan harga getah tidak mengalami kejatuhan yang teruk.
Sekumpulan mahasiswa diketuai Pengerusi Gerakan Mahasiswa SEDAR, Khairol Najib Hashim berhimpun di hadapan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Pusat supaya menyelesaikan isu getah secepat mungkin.
Mereka juga menuntut supaya harga lantai ditetapkan pada kadar RM4 sekilogram dan bertepatan dengan kos sara hidup rakyat Malaysia.
Khairol berkata, beliau kecewa kerana dengan ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak keluar untuk menerima memorandum daripada mahasiswa.
Walaubagaimanapun, mereka sempat menyerahkan memorandum kepada beberapa Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hatta Ramli, Nik Abduh, Khairuddin At-Thakiri, Dato’ Mahfuz Omar dan Nasaruddin Hassan sebagai usaha supaya isu itu tetap dipandang serius untuk dibincangkan di Parlimen.

Fitnah perkauman, Tian Chua akan ambil tindakan

TianKUALA LUMPUR 9 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran fitnah jahat berunsur perkauman seperti didakwa laman facebook ‘Anti DAP Club’ baru-baru ini.
Pihak tidak bertanggungjawab itu memuat naik foto yang tertera tulisan, “Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat dan ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran, terutamanya pada hari Jumaat”.
Katanya, penyebaran foto dan tulisan berkenaan boleh mewujudkan perselisihan kaum dan agama yang berpotensi menjadi serius.
“Ini satu taktik dan fitnah jahat untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan mewujudkan isu perkauman,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.
“Saya tidak pernah komen mengenai kenaikan harga air di Pulau Pinang apatah lagi cerita yang mewujudkan isu perkauman dan agama,” kata Tian pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ekoran itu, beliau mahu pihak berkuasa segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat.
“Saya dapatkan nasihat peguam dan gesa kerajaan serta polis ambil tindakan tegas ke atas individu yang mencabar perpaduan dan keamanan di kalangan kaum dan agama di Malaysia supaya budaya fitnah ini tidak berleluasa,” kata Tian.

Pendedahan audit: Rakyat akan terus berputih mata

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mensyorkan agar Jabatan Ketua Audit Negara diperkasakan  bagi memastikan mereka bukan sahaja bertanggungjawab melapor ketirisan yang berlaku tetapi turut sama mengambil tindakan tegas ke atas kementerian-kementerian yang terbabit.

Ahli jawatankuasanya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, parlimen boleh mengemukakan usul itu dan dibahaskan demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.

Ini kerana katanya, walaupun laporan Ketua Audit Negara saban tahun menegur kementerian dan jabatan namum ketirisan tetap berlaku.

"Tidak ada tindakan tegas ke atas laporan terdahulu, seolah-olah laporan Ketua Audit Negara seperti kitar semula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau kecewa, apabila seolah-olah tiadanya keinginan politik seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk bertindak tegas ke atas pasukan kerjanya yang menganggotai Kabinet Malaysia.

"Bagaimana mungkin Najib untuk mengambil tindakan yang tegas sedangkan kementeriannya sendiri bermasalah.

"Track record Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan misalnya adalah paling buruk. Antara contohnya, pembelian 2 buah kapal selam Scorpene yang dikritik hebat rakyat kerana menelan perbelanjaan yang begitu besar iaitu keseluruhan urusan berkaitannya ialah sekitar RM7.58 bilion," bidas Athirah.

Memali: Adakah Mahathir berbohong di Parlimen?

Betapa Dr Mahathir dikatakan berada di China pada ketika kecelakaan berdarah di Mamali tahun 1985 adalah tidak betul. Dia masih belum berangkat dan dia dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Musa Hitam supaya membatalkan kunjungan itu dan pergi ke Kedah menyelesaikannya kerana ia berlaku di negerinya sendiri.
    
Tun Musa memberitahu saya sendiri hal ini di pejabatnya tidak lama selepas kejadian itu. Dan ia disebutkan pula oleh Tun Musa di Kelantan baru-baru ini.
   
Apakah selepas dua hari atau tiga hari baru dia ke sana, adalah ketepatan yang  tidak penting, yang pentingnya dia belum lagi berlepas.
   
Sekarang timbul soal Perdana Menteri itu berbohong. Apabila dia belum berlepas dikatakannya dia sudah berada di sana, dia sudah bercakap tidak betul. Bercakanp tidak betul, ertinya dia berbohong.
   
Cuma yang hendak dipastikan sekarang ialah adakah dia berbohong di Parlimen atau di luar Parlimen atau kedua-dua sekali di Parlimen dan di luar Parlimen. Di mana jua dia bercakap, tetap dia berbohong.
   
Tetapi ada kesan moral yang lebih buruk kalau dia berbohong di Parlimen. Sekadar berbohong di luar Parlimen dikira berdoa kepada agama Islam. Pada yang bukan Islam dosa itu tidak dihiraukan  sangat. Dosa yang lebih besar pun mereka  tidak kira.
  
Tetapi berbohong di Parlimen dikira salah oleh semua. Parlimen diterima oleh semua yang bermoral dan bertamadun sebagai Dewan yang mulia yang  anggotanya tidak boleh berbohong. Amat marah masing-masing kalau Parlimen dicemari.
   

50 tahun lagi diperlukan untuk bina pusat asuhan di semua jabatan kerajaan, kata DAP


Pusat asuhan kanak-kanak di semua jabatan kerajaan kerajaan hanya dapat direalisasikan dalam tempoh 50 tahun lagi jika bilangan penambahannya sangat perlahan pada masa ini, kata DAP.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (gambar) berkata berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hanya 80 pusat asuhan kanak-kanak diwujudkan pada 2012 dan jumlahnya bertambah kepada 99 buah pada 2013.
“Menurut portal rasmi kerajaan Malaysia, terdapat 1,378 agensi kerajaan di seluruh Malaysia. Dengan kadar ini, kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 tahun bagi mengadakan pusat asuhan di semua agensi itu.
“Pusat asuhan merupakan faktor penting membenarkan wanita memenuhi kerjaya profesional mereka di samping tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Berdasarkan jawapan kementerian, bilangan pusat asuhan kanak-kanak di hospital mempunyai 16 buah, institusi pengajian tinggi (26), SUK Negeri (1). kementerian (18), agensi di bawah kementerian (32) yang menjadikan jumlahnya kepada 99 buah.

GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Selagi tiada perubahan pada sikap menteri kewangan, selagi itu rakyat di negara ini bakal dibebankan dengan pelbagai bayaran termasuk yang terbaru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.

"Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.

"Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Dakwat Tidak Kekal: Tarik balik pertuduhan terhadap Mejar Zaidi - Hanipa

KUALA LUMPUR: Ekoran keputusan mahkamah tentera semalam yang menerima lima daripada tujuh bantahan awal pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad, peguamnya Hanipa Maidin menyeru pihak terbabit menarik balik kes itu.

Beliau berkata, Yang Dipertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan semalam menerima bantahan lima pertuduhan itu dengan alasan ianya tidak mendedahkan kesalahan.

Kesemua bantahan itu akan dirujuk kepada "pihak berkuasa sidang" untuk menentukan semula pertuduhan.

"Saya rasa pertuduhan tak perlu dibuat. Kepada pihak terbabit kalau boleh tarik balik.

"Dia (Mejar Zaidi) hanya laksana tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Itu hak warganegara," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Hanipa sebelum ini mengemukakan bantahan itu mengikut Kaedah 62 Kaedah-kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976.

Nurul Izzah: The Journey

MPs question DPM's costly five-day Dubai trip

PR Desak Kertas Putih Memali Ditarik Balik

Dewan kecoh bahas usul Hakim

MP PAS Hulu Langat Bahas RUU Bahan2 Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013

Pakatan files motion to condemn Sodomy II judges

Elak taklimat MH370 bukti menteri tidak berani berdepan ahli parlimen


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyelar tindakan kerajaan yang membatalkan taklimat ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang MH370 dan mengatakan ia menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR mengenai kehilangan pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyelar tindakan kerajaan yang membatalkan taklimat ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang MH370 dan mengatakan ia menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR mengenai kehilangan pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

DAP hari ini menyelar tindakan kerajaan yang dengan sengaja membatalkan taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata dengan pembatalan taklimat itu menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR dalam menyelesaikan kemelut kehilangan MH370.
“Ini memberi isyarat yang salah kepada dunia luar seolah-olah menteri sendiri untuk berjumpa dengan ahli Parlimen Malaysia pun tidak berani, apatah lagi menjawab soalan daripada media luar.
“Kerajaan seolah-olah mengelak mahu berjumpa dengan kita kerana mereka tahu kita akan mengemukakan banyak persoalan,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini memberitahu tiada taklimat kepada ahli Parlimen pembangkang selagi belum ada penemuan baru dalam misteri kehilangan pesawat itu.
Katanya, panel siasatan yang ditubuhkan di bawah beberapa kementerian mencukupi dan tiada apa yang disembunyikan oleh pihak kerajaan.

Memali: Najib tidak perlu takut betulkan kesilapan Dr Mahathir, kata PAS


Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, dan ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata pendedahan itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 satu pembohongan. – 9 April, 2014.  
Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, dan ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata pendedahan itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 satu pembohongan. – 9 April, 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.
“Najib tidak perlu takut membetulkan kesilapan yang berlaku pada zaman Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu pada zaman pemerintahannya.
“Dewan dibohongi dan boleh jadi Musa dipaksa untuk membentangkan Kertas Putih pada 1986. Nama Dewan perlu dibersihkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Apa sebenarnya SOP Jabatan Penerbangan Awam?

Oleh NURUL IZZAH ANWAR
SAYA bersama-sama rakyat Malaysia yang lain sungguh terkesan dengan tragedi MH370. Misteri yang melibatkan 239 nyawa di atas penerbangan tersebut masih belum kelihatan penghujungnya, walaupun sudah sebulan berlalu.

Saya berasa amat terharu dengan rakyat Malaysia yang telah bersatu hati untuk mendoakan agar suatu penyelesaian yang terbaik dapat dijumpai.

Saya juga turut menghargai pengorbanan serta usaha keras daripada pasukan-pasukan yang telah dikerahkan untuk mencari pesawat yang hilang tersebut. Semoga usaha daripada mereka diberkati dan membawa pulang hasil yang diharapkan semua.

Pun begitu, saya berasakan rentetan kronologi tragedi ini begitu menggusarkan. Persoalan yang pertama ialah apakah sebenarnya Standard Operating Procedure diikuti oleh Jabatan Penerbangan Awam?

Menurut laporan, jabatan tersebut telah menerima laporan mengenai kehilangan pesawat pada jam 1:30 pagi, tetapi hanya melancarkan misi mencari dan menyelamat pada jam 5:30 pagi, 4 jam setelah pesawat itu dilaporkan hilang!

Majalah Time.com melaporkan Angkatan Tentera Malaysia telah pun mengesan pesawat tersebut melalui 3 radar tentera, semasa ia melalui ruang udara timur laut Malaysia sebelum sampai ke Selat Melaka.

Namun, walaupun dengan corak penerbangan yang mencurigakan, Tentera Udara Diraja Malaysia tidak mengerahkan pesawat pejuang untuk mengesahkan identiti pesawat misteri ini.

Semasa menerima laporan mengenai pesawat yang hilang pada jam 1:30 pagi, adakah Jabatan Penerbangan Awam mengambil langkah drastik untuk menghubungi jabatan-jabatan yang berkaitan dengan keselamatan udara, termasuk tentera udara bagi mengerahkan keseluruhan jentera yang kita ada untuk mengesan pesawat tersebut? Sekiranya ada, apakah yang berlaku dalam tempoh 10 minit pertama kehilangan pesawat tersebut?

'Perbicaraan wayang' gamatkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bersedia berdebat mengenai sistem kehakiman negara ini yang terlalu banyak menghadapi pelbagai kritikan.

"Kalau hendak kita boleh debat. Buat siaran langsung di TV," katanya ketika berucap membahaskan pindaan Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Dewan riuh apabila Ahli-Ahli Parlimen BN membantah kenyataan Hanipa mengenai "perbicaraan wayang".

"Dalam negara-negara yang ada mahkamah yang mengamalkan sistem diktator, memang orang-orang dibicarakan.

"Semua dipanggil show trial. Perbicaraan wayang. Bicarakan semata-mata hendak  tunjukkan, "Oh! Kita  bicarakan  dia.

"Tetapi perbicaraan tidak ikut lunas undang-undang. Tidak ikut prinsip undang-undang. Melanggar semua," katanya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menuduh kenyataan itu menghina mahkamah.

Ketika Hanipa membangkitkan bahawa rakyat tidak puas hati terhadap sistem kehakiman sehingga ada yang membaling kasut, Tajuddin membantah, "itu pembangkang, bukan rakyat".

Hanipa terus membidas sanggahan Tajuddin itu dengan membangkitkan pelbagai kes yang melibatkan badan kehakiman.

"Kalau dikatakan yang baling kasut itu pembangkang, tidak menghormati mahkamah, saya hendak tanya pula, bagaimana pula dengan Suruhanjaya Kehakiman yang mengatakan memang ada salah guna kuasa?

"Bagaimana pula dengan bekas hakim mahkamah ketika memutuskan kes Likas? Datuk Muhammad Kamil Awang yang menyatakan bagaimana dia diarahkan untuk batalkan petisyen. Adakah dia orang PAS, adakah dia orang DAP?" kata Hanipa.

‘Politik wang’ rasuah, SPRM perlu siasat pemimpin Umno

KUALA LUMPUR: Kerajaan memaklumkan bahawa tiada definisi khusus terhadap istilah 'politik wang' dalam bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bagaimanapun kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, politik wang adalah termasuk dalam takrifan suapan di bawah seksyen 3 Akta SPRM 2009.
Penjelasan secara bertulis itu dibuat sebagai menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang).
Hanipa dalam soalanya bertanya kepada perdana menteri adakah SPRM menyiasat mana-mana pemimpin Umno yang disabit bersalah oleh Badan Disiplin Umno yang terlibat dengan politik wang.
Jika tidak soal beliau, adakah politik wang tidak termasuk dalam definisi rasuah.
Menteri dalam jawapanya berkata, SPRM akan menyiasat mana-mana pemimpin Umno sekiranya terlibat kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Keluarga difitnah 16 tahun, apa anda rasa jika di tempat saya – Wan Azizah

WawiKUALA LUMPUR 9 APRIL: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) mencuri tumpuan hari ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.
Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum KEADILAN yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan pelbagai pihak termasuk Pembangkang DUN Selangor dalam isu Fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.
“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” kata Presiden KEADILAN itu merujuk kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar, lapor Selangor Kini.
Pada sesi perbahasan semalam, Wan Azizah turut mempertahankan suaminya bagi menepis dakwaan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mengatakan Anwar cuba memburukkan imej negara ketika ditemubual media antarabangsa berhubung insiden pesawat MH370.

Wan Azizah: Nenek pun mampu menyumbang


ADUN baru Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyelar sindiran pihak tertentu yang menggelarnya sebagai “nenek” yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu baru-baru ini.

Beliau yang juga presiden PKR berkata, walaupun bertaraf “nenek”, beliau masih berjaya mendapat sokongan padu daripada pengundi muda.

"Sambutan pengundi lebih daripada orang muda, walaupun saya dipanggil nenek, (yang) sepatutnya jaga cucu.

“Dan kalau inilah undi yang diberikan, nenek pun mampu menyumbang (berkhidmat)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang DUN di Shah Alam hari ini selepas pembangkang negeri membangkitkan soal penurunan majoriti PKR kepada BN.

Sementara itu, berlaku kekecohan dalam dewan ketika Wan Azizah merujuk pandangan Majlis Peguam berhubung kes liwat suaminya dengan bekas pembantu, Saiful Bukhari Azlan dilakukan "suka sama suka".

Kenapa UMNO@BN terlalu obses dengan Anwar, tanya Adun Kajang yang baru



Dewan Undangan Negeri Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah semasa Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 April, 2014.  
Dewan Undangan Negeri Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah semasa Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 April, 2014. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan tindakan pembangkang Barisan Nasional (BN) yang sering menimbulkan isu mengenai Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam DUN Selangor.
Pertama kali diberi giliran untuk berucap, Wan Azizah bersikap defensif dan memberikan satu persatu hujah dan penjelasan tentang perkara yang terjadi kepada suaminya.
"Saya kurang faham obsesi (BN)...daripada dulu hingga sekarang dengan Anwar Ibrahim," katanya ketika membahaskan ucapan Titah Diraja Sultan Selangor hari ini.
Mengulas mengenai integriti sistem kehakiman mengendalikan kes Liwat II, Presiden PKR itu mempertikaikan cara panel hakim Mahkamah Rayuan mengendalikan kes.
16 tahun lamanya dicerca dan diaibkan di televisyen, beliau berkata hidupnya berubah dalam sejam ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.
"Kalau didakwa suka sama suka kenapa budak (Saiful Bukhari Azlan) itu tidak dihukum? Itu adalah fitnah.
"Mana fekahnya wajib bersumpah dalam masjid kalau sistem kehakiman syariah sendiri tidak difahami?
"Jadi janganlah sewenangnya cakap," katanya.
Beberapa Adun BN termasuk Permatang Pauh dan Kuang kemudiannya bangkit cuba mencelah tetapi tidak dibenarkan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana tidak mendapat kebenaran Wan Azizah.

Majlis rasmi Muhyiddin di Dubai 3 jam, main golf 10 jam

DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri.
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pakatan bawa usul salah laku terhadap tiga hakim Mahkamah Rayuan esok


Pakatan Rakyat (PR) akan membawa usul salah laku tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Aziah Ali, Datuk Balia Yusuf Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Saleh ke Dewan Rakyat esok sekiranya dibenarkan Yang Dipertua.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (gambar) berkata usul itu sepatutnya diletakkan di dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat esok, namun Yang Dipertua mungkin mengelak daripada membincangkannya dan memilih usul lain daripada kerajaan.
“Ini dibuat mengikut Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Parlimen membincangkan kelakuan hakim. Usul berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya satu perempat sokongan ahli parlimen atau seramai 55 orang.
“Usul yang difailkan pada 26 Mac lalu yang difailkan oleh Ahli Parlimen Gombak Mohammed Azmin Ali mendapat sokongan 63 ahli Parlimen pada hari sama,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal bulan lalu dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Hukuman itu dipercayai bagi menghalang Anwar untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang akan berlangsung pada bulan sama.

Babies galore in Parliament

MP PKR Kapar Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (2)

MP PKR Kapar Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (1)

MP PKR Bukit Katil Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Esscom a 'costly April Fool's joke'

'Gov't reneging on briefing will further dent image'

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam

gst
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.
HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI
Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-
 1. Haramnya cukai secara mutlaq.
Mereka berhujjah berdasarkan dalil :

a.    Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.
Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.
    
b.    Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut
أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه
Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

c.    Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam
فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ
Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)
Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa.

d.    Nabi bersabda :
إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ
Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

2.   Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.
a.   Dalil mereka : Sabda Nabi ;
إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ
Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )

 b.   Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :

Nancy: Individu bankrap meningkat sejak 2007

MH370: PR kecewa dolak-dalih menteri

MP DAP Puchong Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (2)

Dewan Rakyat 9 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MP DAP Puchong Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (1)

Ketua Pembangkang mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Speaker tolak usul tarik balik kertas putih Memali yang menipu dewan..!!!

GST lulus: Apakah Najib akan ubah tatakelola kewangannya?


Dr Dzulkefly Ahmad

Akhirnya Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP-GST) diluluskan di Dewan Rakyat selepas dua kali percubaan sejak 2005 dan 2009.
Untuk ingatan umum, hujah utama pihak kerajaan persekutuan melaksanakan GST adalah bagi mengatasi kedudukan kewangan negara yang getir.
Perdana Menteri Najib Razak seperti DS Idris Jala juga, pernah menakut-nakutkan rakyat dengan risiko negara akan bankrap andainya tidak ditangani isu hutang dan defisit fiskal.
Pokoknya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP atau GST) disarankan sebagai penyelesaian kemestian paling baik mengatasi masalah kewangan negara.
Benar bahawa GST bakal menjana pendapatan negara yang mewah. Antaranya kerana ‘Cukai Kepenggunaan’ ini  adalah cukai 'pelbagai peringkat’ dalam rantaian kebakalan barangan.
Cukai ini juga dikenakan dengan tidak membezakan pendapatan (kaya atau miskin) serta umurnya (bayi atau orang tua).
Juga kerana lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan berbanding cukai lama SST.
Unjuran pendapatan adalah lebih RM20 bilion pada operasi optimanya.
Penulis mahu membedah hujah simplistik pihak kerajaan dengan lebih mendalam.
Sesungguhnya, hujah kerajaan nyata tempang dan meleset.
Diagnosis masalahnya tersasar dan preskripsi rawatannya kini bakal meninggalkan risiko yang parah mungkin maut kepada pesakit (rakyat).
Pertamanya, apakah sebabnya kerajaan BN menanggung defisit fiskal berterusan selama 16 tahun?
Mengapakah hutang kerajaan Persekutuan mencecah hampir 55% daripada KDNK yang tidak diizinkan oleh Akta Pinjaman Tempatan 1959?
Kedua-dua soalan ini mesti dijawab oleh Menteri Kewangan Najib Tun Razak secara tuntas dan penuh sedar.
Mengapakah Najib meletakkan ‘subsidi’ sebagai punca kebejatan kewangan negara? Dan mengapa penghapusan subsidi sebagai ‘preskripsi rawatan’?
Hutang kerajaan pusat bukanlah disebabkan oleh faktor ‘subsidi’ sahaja, bahkan sedikit kalau pun benar sumbangan subsidi.

Demo gergasi 1 Mei bantah pelaksanaan GST

GST 6PERCENT APKUALA LUMPUR 9 APRIL: Demonstrasi besar-besaran bakal menggegar negara 1 Mei ini jika kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.
Amaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu susulan Dewan Rakyat pada Isnin lalu meluluskan Rang Undang-Undang GST.
Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman menegaskan, ketika ini Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan GST.
Menurut beliau, pertemuan pihaknya dengan banyak pihak untuk melihat sejauh mana keperluan pelaksanaan cukai berkenaan terbukti mereka menolak percukaian itu.
“Ketirisan dalam pentadbiran negara harus diatasi terlebih dahulu dengan laporan audit yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah.
“Pelaksanaan GST secara tergesa-gesa tanpa memikirkan aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat akan membebankan ditambah pula peningkatan harga barang dan kos sara hidup,” kata Faizal dalam kenyataan.
Katanya, kelulusan pelaksanaan GST yang mendapat sokongan Ahli Parlimen BN dilihat untuk kepentingan tertentu dan bukan atas kepentingan rakyat.
Faizal berkata, pelaksanaan GST yang bakal dimulakan dengan 6% pada April 2015, dikhuatiri akan melonjak pada kadar 8% pada 2016.
“Ekoran itu, SAMM gesa Kerajaan Malaysia untuk umum penangguhan pelaksanaan GST atau memilih jalan raya untuk meluahkan protes bantahan dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei nanti,” tegas beliau.

Selangor: Pasukan pakar ditubuh kaji persempadanan semula pilihan raya

03SHAH ALAM 9 APRIL : Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam Pilihan Raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara.
Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh Kerajaan Negeri.
“Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen.
“Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun Kerajaan Negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan.
“Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini,” katanya.

Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media

Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014. 
Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014.

Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini.
Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini.
CNN pula melaporkan, kapal Ocean Shield mengesan isyarat itu  yang sejajar dengan penentuan tempat pesawat itu - kedua-duanya pada Selasa, kata Houston.
Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa.
"Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN.
Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan."

Pegawai pelajaran Bachok sahkan senarai pertukaran 80 guru, tetapi ‘tidak rasmi’..!!

Isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman antara yang tersenarai dalam guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok yang tidak rasmi. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
Isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman antara yang tersenarai dalam guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok yang tidak rasmi. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

Pegawai pelajaran Bachok Amran Mustapha mengesahkan bahawa terdapat senarai guru-guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok tetapi “ia tidak rasmi”.
Katanya, ia “senarai lama” yang dikumpulkan oleh pegawai pelajaran daerah lama yang tidak lagi bertugas di Bachok, lapor Malaysiakini.
“Tiada perpindahan dibuat berdasarkan senarai ini,” jelas Amran yang menyertai pejabat pelajaran Bachok minggu lepas, lapor portal itu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan alasan mengapa pejabat pelajaran daerah mengesan sama ada guru-guru menjadi penyokong Pakatan.
Semalam, Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.
Antara yang tersenarai adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar) iaitu Datin Rohana Abd Rahman.

MP DAP Puchong mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Ketua Pembangkang mencelah memarahi BN Setiu memfitnah beliau dalam dewan

NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI?

Pesta liar seperti 'Topless Friday Beach Party' yang mahu diadakan di sebuah kelab di Jalan Ampang Jumaat ini perlu ditentang.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, pesta seumpama itu tidak sesuai di negara ini.

"Parti tidak bermoral seperti itu perlu ditentang semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda, terutama yang beragama Islam, kerana ia boleh merosakkan akidah.

"Semua pihak perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," katanya melalui kenyataan akhbar, semalam.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini.

“Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini.

Malaysia Boleh: ROS lantik Peguam UMNO untuk lawan kes DAP

Pendaftar Pertubuhan (ROS) melantik peguam yang berkaitan Umno Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam permohonan semakan kehakiman oleh DAP.

Perkara itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini selepas Hakim Zaleha Yusof memberikan kebenaran kepada DAP untuk memulakan permohonan semakan kehakiman pada 26 Mac.

Permohonan DAP itu dibuat DAP Februari lalu bagi memaksa ROS mengiktiraf penjawat atasan parti itu ekoran pemilihan semula jawatankuasa pusat parti itu.

Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata, parti itu diminta menyerahkan dokumen sebelum 11 Jun.

“Selepas itu Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran.

“Kami juga dapat tahu hari ini bahawa Shafee dilantik ROS untuk mewakili mereka,” kata Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong.

Beliau menjangkakan tarikh pendengaran untuk permohonan semakan kehakiman itu akan ditetapkan pada Jun atau Julai.

Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan


Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

Institusi pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di konvensyen undang-undangnya minggu lepas.
Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik.
"Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ambiga dijadualkan untuk bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac.
Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac.
Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan.
Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM.
Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka.
Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya.

Bajet BTN RM30 juta setahun tidak mencukupi, kata timbalan menteri


Jabatan Perdana Menteri hari ini mendedahkan peruntukan kepada Biro Tata Negara (BTN) sebanyak RM30 juta setahun tidak mencukupi dan meminta agar ia ditambah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata meskipun dengan bajet yang sedemikian diberikan kepada BTN namun hanya 6% belia yang berjaya didekati menerusi program itu.
“Perbelanjaan yang disediakan kepada BTN bagi menjalankan program latihan berjumlah sekitar RM30 juta setahun. Pada 2011, RM30.22 juta disediakan, 2012 pula sebanyak RM27.7 juta dan 2013 sebanyak RM26.4 juta.
“Daripada jumlah ini sebenarnya tidak mencukupi untuk melatih semua belia dan anak muda. Kita hanya dapat mendekati sekitar 6% sahaja anak muda untuk terlibat dalam BTN,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Razali berkata sejak 2012, BTN berjaya menjalankan sebanyak 7,110 program dan lebih seribu juta belia mendapat manfaat daripada program itu.

MP PKR Bukit Katil mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan)

MP PAS Pokok Sena membangkitkan Usul Batal Kertas Putih Memali

Bagaimana HAKIM Yang Mengenepikan HUDUD Dalam Menjatuhkan Hukuman? - UAI

Doktor Lelaki 'Check Jalan' Isteri Nak Bersalin - Ustaz Azhar Idrus

Mak Suka MENGUMPAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Beri Semua Harta Kepada ANAK ANGKAT - Ustaz Azhar Idrus

Hubungan Menantu Dengan Madu Ibu Mertua - Ustaz Azhar Idrus

MH370 & Pemulihan MAS - Tan Sri Abdul Aziz

MH370 partner: The 'plane was taken by someone'

MH370 "island" conspiracy theory doesn't die

Ketua Pembangkang dari UMNO lupa mereka pembangkang di Selangor

Dun Selangor: Wan Azizah bidas ketua UMNO Selangor

MH370: Najib Dipaksa Bertindak Sebelum Obama Sampai...!!!

'Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib'.

Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot (gambar kanan) menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.
“Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.
Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.
“Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.
“Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.
“Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?
“Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.
Tulisan bertajuk ‘CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya.

Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling 2.0

Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.
  
"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.
  
Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.
  

Pasca Arab Spring dan ”bahaya dari gunung”

DR SYED AZMAN SYED AHMAD
 
ARAB SPRING yang melanda seluruh benua Arab sejak beberapa tahun lalu telah menyaksikan rakyat secara spontan bangkit dan keluar ke jalan-jalanraya menuntut hak dan kebebasan mereka.
Bermula dari Sidi Bouzid sebuah bandar kecil di Tunisia, ia terus merebak ke Moroko, Libya, Syria, Mesir dan negara-negra Arab lain. Tuntutan mereka adalah perubahan politik yang lebih besar serta kembali kepada asas sistem demokrasi yang bertunjangkan rakyat.
Perubahan ini juga telah memberi nafas baru kepada pertubuhan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini yang telah sejak sekian lama dinafikan hak mereka, kembali bergiat secara terbuka dan berjaya menguasai kepimpinan politik di beberapa negara seperti Moroko, Tunisia dan Mesir. Di Mesir,  Presiden Mubarak telah digulingkan selepas berlakunya kebangkitan rakyat yang keluar ke jalan-jalanraya membantah pemerintahan diktator beliau. 
Namun perubahan ’Arab Spring’ ini amat menggerunkan pemimpin-pemimpin di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi. Ini ditambah lagi dengan apa yang dilihat sebagai ’kebangkitan semula Ikhwan Muslimin’ di dunia Arab. Negara-negara teluk yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini juga telah lama menjadi sekutu rapat pemerintah Amerika Syarikat dan Kuasa Barat.

NASIB GERAKAN ISLAM
Kini segala-galanya telah berubah. Kerajaan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang adil hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Beliau telah diguling oleh junta tentera yang di ketuai Jeneral Abdul Fattah Sisi.
Di Tunisia, pelbagai cara juga telah digunakan bagi ’melemahkan’ serta ’mensabotaj’ kerajaan yang di kuasai oleh parti Nahdah yang dilihat rapat dengan Ikhwan sehingga memaksa mereka ’berundur’ dari menerajui kerajaan di Tunisia.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Moroko. Institusi kerajaan yang masih ’setia’ dengan pemerintah diktator di negara-negara tersebut seperti badan kehakiman, ekonomi dan pelaburan serta polis dan tentera telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh Ikhwan Muslimin.