Selasa, 8 April 2014

SAMM desak kerajaan umum tangguh GST

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kerajaan untuk segera mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman, berkata jika kerajaan enggan menangguhkan pelaksanaan tersebut, kerajaan bakal berdepan dengan gelombang rakyat pada 1 Mei ini.

"Sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua untuk kerajaan mengumumkan penangguhan GST atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu deminstrasi gergasi," kata beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di bangunan parlimen, petang ini.

Tegas Faizal, kesabaran rakyat kini amat nipis, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati, malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa.

Berpendapat bahawa SAMM tidak menolak pelaksanaan GST, Faizal bagaimanapun menegaskan SAMM sebulat suara bersetuju bahawa Malaysia belum bersedia ke arah pelaksanaan GST atas beberapa faktor.

"Antaranya ketirisan melampau dalam pentadbiran negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu yang boleh dirujuk melalui laporan audit setiap tahun.

PAC: Jangan hanya panggil tapi tiada tindakan - Salahuddin

KUALA LUMPUR: Hasrat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil lima kementerian berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2013 janganlah sekadar satu formaliti sahaja, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin.

"Rakyat tidak mahu lagi ulang tayang apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini di mana tindakan PAC memanggil pihak-pihak yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara nampak sangat sekadar untuk melengkapkan siri tindakan formal sahaja dan selepas itu tidak kedengaran sebarang tindakan," katanya.

Semalam Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil lima kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kelima-lima kementerian berkenaan adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan.

Salahuddin berkata, ramai yang masih ingat pengakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran pelbagai kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Susah hendak dibayangkan apa tindakan berkesan yang mampu dibuat oleh PAC kalau SPRM pun hanya dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," katanya.

Dalam Ini Malaysia: 14 ahli polis sertai kursus integriti positif dadah


Sebanyak 14 anggota polis didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan semasa kursus pemantapan integriti di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun sampel ujian akan dihantar ke hospital untuk pengesahan sebelum sebarang tindakan diambil.
"Sekiranya disahkan benar mereka akan berhadapan tindakan disiplin dan ia boleh sehingga ke tahap diberhentikan daripada perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Komuniti Bermotosikal Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
Ujian dilakukan pada 6 dan 7 April lepas ke atas kesemua 87 peserta kursus yang terdiri daripada anggota polis berpangkat rendah dari seluruh negara.
Menurut Acryl, ujian rambang dilakukan dari semasa ke semasa terhadap anggota polis bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan penjawat awam terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.
Acryl berkata kesemua anggota yang terlibat itu dipercayai mengambil dadah secara bersendirian.
Kembara bermotosikal yang berlangsung tiga hari bermula hari ini disertai 55 anggota polis trafik.
Mereka akan menjelajah lima daerah iaitu Ipoh, Tanjung Malim, Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar dan Manjung dan akan turut beramah mesra dengan penduduk di kawasan terlibat. – Bernama

Nurul Izzah: Pilih pemimpin terbaik bawa PR ke Putrajaya dalam PRU-14

Nurul-IzzahPETALING JAYA 8 APRIL: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan ahli parti itu memilih pemimpin yang diyakini mampu membawa kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
Beliau berkata, hanya kemenangan PR mampu mengelakkan ramalan dalam laporan Merrill Lynch dan Dr Fatimah Kari daripada menjadi kenyataan.
Merrill Lynch merupakan sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berpengaruh dan Dr Fatimah Kari pula merupakan ahli ekonomi di Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya.
“Tanpa pendidikan yang berkualiti akan menyebabkan ramai terperangkap dalam kemiskinan yang memeningkan.
“Merrill Lynch meramalkan menjelang 2030, anak-anak muda termasuklah anggota kita yang dicintai ini muda dan miskin. Itu masa depan menanti kita jika kita tidak mahu melaksanakan iltizam politik untuk mengubahnya.
“Dr Fatimah Kari pula meramalkan penarikan subsidi akan beri kesan besar khususnya terhadap majoriti Melayu dan bumiputra.
Maka pada saya kepimpinan yang kita harus pilih adalah yang mampu melakar kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti,” kata beliau dalam Majlis Pelancaran Kempen Masa Depan Bersama di Hotel Media, Tropicana di sini hari ini.
Sementara itu dalam majlis pelancaran itu, Nurul Izzah yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR kali ini mengadakan kerjasama dengan seorang lagi calon Naib Presiden, Rafizi Ramli dan calon Timbalan Presiden, Saifuddin Nasution.

Laporan Audit: PR bimbang pesalah terlepas

Laporan Ketua KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) melahirkan kebimbangan jika ada pihak yang bersalah dan bertanggungjawab dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 akan terlepas hukuman yang didakwanya berlaku seperti sebelum ini.

Ahli Parlimen Pulai, Teo Nie Ching berkata, ia kerana setakat November tahun lalu, hanya seorang pegawai pencen kerajaan yang diheret ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana memalsukan dokumen.

"Sudah banyak dana awam dibazirkan seperti mana yang didedahkan dalam laporan.

"Apakah jaminan kerajaan perkara ini tidak akan berulang dalam Laporan Audit Negara 2013? Saya tidak akan terkejut jika ia berulang lagi," katanya ketika sidang media di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Barring Surendran from representing Anwar dangerous precedent, say lawyers, ex-judge


A dangerous precedent was set by the High Court today when it barred lawyer N. Surendran (pic) from representing Datuk Seri Anwar Ibrahim on the grounds of conflict of interest as both are from the same political party, said lawyers and a retired judge.
They said the judge who made the ruling was not made aware of the provision in the Etiquette Rules under the Legal Profession Act when she stopped Surendran from appearing for Anwar in a defamation suit.
The rules, they said, were only to prevent a family member from appearing in cases where the lawyer was in conflict of interest and stood to gain from the outcome of a civil action.
They were referring to the decision by Judge Rosilah Yop today who allowed the application by Utusan Melayu Berhad to stop Surendran from representing Anwar in his defamation suit against Bahasa Malaysia daily Utusan Malaysia.
Surendran is PKR vice-president, while Anwar is the de facto leader of the party.
Rosilah said Surendran would not be able to maintain professional independence due to conflict of interest as required under rule 5 of the Etiquette Rules.
Anwar will file an urgent appeal to the Court of Appeal to overturn the High Court decision.
Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen said the ruling, based on conflict of interest between Surendran and Anwar, was vague and tenuous.
"A conflict of interest would arise if Surendran as lawyer for Anwar was required to testify in the case, but this is not so," he said.

Bomoh juga jadi cabaran hakim kata MP BN


Hakim menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas, tidak terkecuali yang melibatkan amalan permohonan.

MP Setiu Che Mohd Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) hari ini mendedahkan, beliau sendiri pernah berdepan pelbagai campur tangan daripada bomoh ketika berkhidmat sebagai hakim mahkamah sesyen suatu ketika dulu.

Katanya, beliau pernah mendapati terdapat beras kuning bertaburan di depan pintu mencium bau colok ketika di mahkamah

“Saya hendak beritahu sebab bomoh bukan hanya berada di KLIA,” katanya berseloroh, merujuk kepada “Raja Bomoh” yang mencuri perhatian ramai kerana cuba menjejaki MH370 di lapangan terbang dengan gayanya yang tersendiri.

" 5 Kementerian Akan Dipanggil. 121 Kes Berdepan Tindakan. Tidak Cukup Lagikah Bukti Ketirisan Dalam UMNO@BN "

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima kementerian berkaitan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentangkan hari ini.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
"Sebanyak 71% audit yang terlibat adalah penambahbaikan manakala 29% lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian.
"121 kes dibawa untuk diambil tindakan, 92 kes diselesaikan manakala 29 kes lagi belum selesai," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.
Jazlan berkata, Jabatan Kerja Raya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut dipanggil apabila semua kementerian yang terlibat selesai berdepan dengan PAC.
Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipanggil berhubung pembinaan empangan raya Peda di Besut bernilai RM343.55 juta yang diberikan kepada syarikat usahasama dan tidak mempunyai pengalaman membina empangan secara rundingan terus.
“Projek ini sepatutnya siap pada November 2013 tetapi hingga ke hari ini gagal disiapkan,” katanya.

Memali: Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya

Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan sesiapa yang melanggarnya dianggap berdosa.

Dari segi moral, tutup aib orang dan Allah akan tutup aibnya di akhirat kelak. Saya ingat kalau hebat macam mana sekali pun, sebagai orang Islam elakkan daripada dedahkan aib orang dan sebagainya. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita, demikian katanya di Parlimen.

Beliau memberi jawapan secara umum dan bersandarkan etika Islam itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamad Hanipa Maidin yang meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan oleh Musa Hitam berkaitan peristiwa Memali dan kenyataannya bahawa Mahathir berada di dalam negara dan bukan di China seperti tanggapan ramai sebelum ini, sebagai suatu kebocoran maklumat.

Kemudian dari itu, Shahidan juga menegaskan, jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

Penjelasan Shahidan tentang membuka aib orang lain dan hukumnya disisi agama Islam memang sesuatu yang benar. Rasanya semua orang Islam tahu perkara itu kerana kita memang sering diingatkan mengenainya sejak remaja lagi.

Cumanya, tindakan Musa mendedahkan di mana Mahathir berada ketika peristiwa Memali, meskipun kita sebelum ini diberitahu bahawa ketika itu beliau berada di China, bukanlah suatu perbuatan mendedahkan aib Mahathir. Tindakan Musa lebih merupakan suatu pencerahan dan menceritakan kebenaran kerana bersama dakwaannya itu, beliau juga tampil dengan bukti-buktinya sekali.

Lebih tepatnya, Musa hanya ingin membersihkan namanya kerana selama hampir 30 ini hanya beliau yang seolah-olah dipertanggungjawabkan atas kejadian Memali itu semata-mata kerana kononnya ketika itu Perdana Menteri tiada dalam negara dan berada di China.

Rafizi Ramli: 1hb Mei Dijadikan Hari Tindakan Rakyat

 


Search area narrows despite no new pings

Malaysian Plane Search: No Pings Since Sunday

Saifuddin Nasution: Masa Dulu Kita Bersama, Masa Kini Kita Bersama, Masa Depan Bersama Juga

Nurul Izzah: Saya Amat Berbekal Kepada Isu "Collective Leadership"

Rafizi Ramli: If Constantly Calculate Our Chances, We Won't Be In Politics Because We Didn't Hav Any

Saifuddin Nasution: Saya Nak Membawa Semangat Saling Membaiki Kelemahan Satu Sama Lain

Nurul Izzah: Jadikanlah Masa Depan Itu Masa Kita, Jadikanlah Masa Depan Itu Masa Yang Bermakna

Rafizi Ramli: Barisan Kepimpinan Yang Akan Terus Bawa Suara Rakyat

Saifuddin Nasution: Perjuangan Dan Semangat Reformasi

Windows 8: Diskaun RM600 untuk pelanggan TM

MH370: Beijing families mark one month anniversary

'Time running out' for MH370 plane search

Goodbye Windows XP

GST: Masuk wang di poket bocor!


Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (RUU GST) 2014 diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan 218 undi menyokong dan 81 undi menentang.
RUU GST ditentang ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan hujah yang bernas namun apabila diundi melalui proses belah bahagi, Barisan Nasional (BN), dengan hujah yang dangkal masih menang dengan 218 undi.
Bagi pihak PAS, empat ahli Parlimen diberi peluang berhujah bermula Ahli Parlimen Shah Alam, saya sendiri, Ahli Parlimen Marang iaitu Presiden PAS dan Pokok Sena iaitu Datuk Mahfuz Omar.
Prinsip dalam percukaian adalah tiada percukaian tanpa perwakilan. Dengan BN hanya perolehi 47% undi popular, maka mereka hakikatnya bukan mewakili suara popular rakyat tentang GST.
Maka, bagaimana GST dikira suatu percukaian yang sah dan memenuhi prinsip yang saya katakan itu.
GST adalah cukai regresif. Cukai pendapatan sama ada individu atau korporat pula bersifat progresif.
Cukai progresif secara mudahnya bermaksud semakin tinggi pendapatan individu atau korporat, semakin tinggi cukai yang mereka kena bayar.
Ini suatu yang munasabah kerana Ibnu Khaldun menyatakan di dalam kitabnya yang masyhur "al muqaddimah", kerajaan perlu memikirkan bagaimana pendapatan rakyat harus ditinggikan bagi mendapat cukai yang tinggi daripada rakyat untuk mengisi perbendaharaan negara.
GST pusing ke belakang atau regresif kerana cukai dikenakan kepada penduduk atau rakyat yang tidak berpendapatan atau yang berpendapatan rendah.
Logiknya, rakyat yang susah dan miskin sewajarnya ditolong oleh kerajaan kerana mereka tiada pendapatan atau berpendapatan rendah, tapi ini tidak berlaku dalam rejim percukaian GST.
Dengan adanya GST, keadaan menjadi terbalik iaitu rakyat yang susah pula disuruh menolong kerajaan dengan meminta semua rakyat tanpa kira miskin dan kaya membayar cukai.
Memandangkan GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan di semua peringkat pengeluaran barang yang mana kerajaan perolehi hasil cukai di semua rantaian penawaran barangan (supply chain), pengguna adalah pihak yang paling teruk kerana kena membayar cukai atas penggunaan barang dan tidak mendapat apa apa rebat.
Sebagai contoh kita ambil kes kopi. Bagi rantaian penawaran kopi, kerajaan akan dapat hasil cukai daripada penanam kopi, pengilang kopi, pedagang kopi, peniaga runcit kopi dan akhirnya pengguna atau pembeli kopi.
Meskipun penanam, pengilang, pedagang dan peniaga runcit kopi dikenakan cukai GST namun mereka berhak mendapat semula bayaran cukai tersebut melalui rebat.
Pengguna kopi sahaja yang kena bayar GST dan tidak mendapat faedah rebat. Yang lebih teruk lagi jika BRIM diberi setahun sekali, GST pula dibayar semua rakyat setiap hari. GST dibayar 24 jam selama 365 hari setahun.

Audit: Barang sama, kenapa harga berbeza pada Sukma Pahang 2012 ?

Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2013 membangkitkan tindakan jawatankuasa penganjur Sukma XV Pahang 2012 berhubung harga berbeza bagi barangan sama untuk sukan berlainan.

Sebagai contoh, kipas industri berharga RM248 digunakan untuk sukan skuasy, tetapi dalam sukan gimnastik pula kipas yang sama bernilai RM630.

Sebuah Televisyen LCD 32-inci pula digunakan untuk sukan angkat berat pula berharga RM1,450 tetapi televisyen yang sama bagi peserta taekwondo pula lebih mahal kosnya iaitu RM 2,300.

Manakala kos troli beroda empat pula berharga antara RM150 hingga RM600.

Mengapa berlaku percanggahan?

Menurut laporan audit, ia berlaku apabila setiap sekretariat sukan membeli peralatan yang sama dari pembekal berbeza.

GST: Kalau tak mampu beli kek, buat sendiri kata MP BN

KUALA LUMPUR: "(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul  Abidin terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.

Hanipa membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat.

"Ini lagi satu hujah yang paling...  Apa punya hujah ini?

"Ini (jenis) hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujah BN," Hanipa terus menempelak.

Tidak berpuas hati dengan hujah wakil BN itu,  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut melemparkan kecaman.

"Ini yang dikatakan penghujahan yang regresif. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai, buat kek dekat rumah sahaja.

"Inilah  regresif. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.

"Inilah pemikiran BN. Kalau macam ini, kerajaan hendak naikkan kadar enam peratus jadi 10 peratus, ingat dia orang akan bantah tidak?" kata Khalid.

‘Bukan kita tidak diintip tapi gagal kesan initipan’

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kebimbangan terhadap kemampuan dan kemahiran negara dalam mengesan sebarang aktiviti pengintipan terhadap Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak boleh menafikan adanya aktiviti berkenaan, sebaliknya perlu melengkapkan tahap keselamatan negara.

Lebih-lebih lagi, tegas beliau selepas pendedahan pakar komputer yang pernah berkhidmat dengan CIA dan NASA, Edward Snowden berhubung dakwaan intipan agensi keselamatan negara Amerika Syarikat terhadap Indonesia, India, Mexico dan Perancis, dan termasuk Malaysia yang didakwa diintip Singapura.

"Saya fikir kerajaan ada maklumat lebih mengenai aktiviti tersebut, tetapi mungkin tidak mahu mendedahkan di parlimen ini atas dasar menjaga keselamatan dalam negeri.

"Cuma saya bimbang, jawapan menteri itu bukan bererti negara kita tidak diintip, tetapi bimbang kita gagal mengesan intipan, yang kita tahu negara kita ada kemungkinan besar terdedah dengan aktiviti tersebut oleh negara kuasa besar," tegas beliau ketika bangun mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Memali: Apakah definisi kebocoran maklumat?

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sama ada kerajaan bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) berkaitan peristiwa Memali ekoran pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam terhadap bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, turut mempersoalkan jika pendedahan itu termasuk dalam definisi kebocoran maklumat yang membolehkan sesiapa yang mendedahkan maklumat dikenakan tindakan.

"Apakah definisi kebocoran maklumat ini? Adakah apabila terdapat pendedahan terbaru oleh bekas TPM terhadap bekas PM yang menyatakan beliau ada maklumat tentang PM ada di Malaysia ketika peristiwa Memali termasuk dalam definisi kebocoran?

"Kalau termasuk dalam kategori bocor, adakah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat pendedahan terbaru tersebut?" soal beliau ketika bangun mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan perkara itu sudah termasuk di bawah bidang kuasa kementerian lain.

Rafizi: “Berjawatan atau tidak dalam parti, takkan ubah perjuangan saya”

rafizi-TI-01PETALING JAYA, 8 APRIL: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kedudukan beliau dalam parti itu tidak akan mengubah pendirian dan fokus beliau untuk terus memperjuangkan isu rakyat.
Rafizi berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding merebut salah satu kerusi Naib Presiden PKR atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa aspirasi rakyat
“Saya selalunya bukan jenis berminat dengan jawatan parti kerana kini sudah memegang jawatan dan ia tidak banyak berbeza.
“Setahun dari sekarang dengan kemungkinan keputusan mahkamah ke atas saya tidak akan memberi kesan secara peribadi dalam parti atau karier politik,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Masa Depan Bersama di Hotel Media, Tropicana, di sini, hari ini.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan Nurul Izzah Anwar yang cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.
Rafizi juga mengingatkan calon yang menawarkan diri dalam sebarang jawatan pada pemilihan kali ini tidak hanya menumpukan soal dalaman parti, sebaliknya turut fokus kepada isu rakyat yang lebih menyeluruh bersesuaian dengan perjuangan PKR tanpa mengira idealogi politik atau kelompok tertentu sahaja.

Wang Rakyat Jadi Mangsa Lagi: Kos RM100 juta untuk baik pulih stadium munasabah, kata Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Kos yang dianggarkan berjumlah RM100 juta untuk membaik pulih dan membina fasiliti tambahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak adalah munasabah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
“Kita telah buat kajian terperinci sebelum satu-satu projek diselenggara, aspek mana perlu dibaiki dan ditambah.
“Di sini tidak timbul isu pembaziran. Ia membazir jika aspek baik pulih dan pembaikian tidak sempurna.
“Pembangkang hanya pandai mengkritik dan menyoal pelbagai isu, semua tidak kena di mata mereka,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah mengenai kos baik pulih stadium itu.
Stadium yang sedang dibaik pulih setelah sebahagian bumbungnya runtuh pada Jun 2009, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Dun Selangor: Suee Lim dan Shamsuddin bertengkar kes liwat Anwar

Mereka bertengkar kerana campurtangan tangan ghaib dalam kes mahkamah

SHAH ALAM: Hari Kedua, sidang Dewan Undangan Negeri Selangor kecoh seketika apabila wakil dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bertengkar berhubung ketelusan mahkamah dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ng Suee LimADUN Sekinchan, Ng Suee Lim  (gambar) dalam perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor mengkritik ketelusan sistem kehakiman negara terutamanya apabila melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ada campur tangan pihak lain.
Bahkan beliau turut mengaitkan BN dengan saman sekumpulan ibu tunggal terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan manifesto pilihan raya.
Tambahnya, mahkamah menolak saman itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.
Kritikan ini mendorong tiga wakil BN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Shamsuddin Lias bangkit membantahnya.
Turut bangkit untuk mencelah adalah wakil rakyat yang mewakili BN, iaitu ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.
Mat Nadzari mempersoalkan adakah Suee Lim dan PR kini mengakui ketelusan sistem kehakiman negara berikutan keputusan mahkamah membuang kes saman ibu tunggal tersebut.
Manakala, Suee Lim menjawab terdapat kes-kes tertentu yang mempunyai campur tangan kerajaan membawa kepada tarikh kes dipercepatkan secara luar biasa seperti kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kes-kes mahkamah secara amnya telus cuma ada tangan-tangan ghaib dalam kes-kes tertentu seperti contoh kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dun Selangor: Kes Anwar, integriti sistem kehakiman dipertikai

dnsSHAH ALAM, 8 APRIL : Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) gamat seketika apabila wakil Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bertikam lidah berhubung integriti sistem kehakiman dan kes fitnah II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dalam perbahasan menjunjung titah DYM Sultan Selangor hari ini mengkritik ketelusan sistem kehakiman negara terutamanya melibatkan kes Anwar yang didakwa terdapat campur tangan pihak berkepentingan.
Suee Lim mengaitkan BN dengan saman sekumpulan ibu tunggal terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan manifesto pilihan raya.
Mahkamah menolak saman itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.
Kritikan ini mendorong tiga wakil BN, termasuk Ketua Pembangkang yang juga ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias bangkit membantahnya.
Turut bangkit mencelah ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.
Mat Nadzari mempersoalkan Suee Lim dan PR kini mengakui ketelusan sistem kehakiman negara berikutan keputusan mahkamah membuang kes saman ibu tunggal tersebut.
Suee Lim menjawab terdapat kes tertentu yang mempunyai campur tangan kerajaan membawa kepada tarikh kes dipercepatkan secara luar biasa seperti kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim.
“Kes-kes mahkamah secara amnya telus cuma ada tangan ghaib dalam kes tertentu seperti contoh kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Shamsuddin membantah jawapan Suee Lim dan mendakwa kes itu dilewatkan oleh Anwar sendiri yang telah lebih 60 kali memohon tundaan perbicaraan sejak 2009.

Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran Adun BN Selangor


Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beraksi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beraksi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula menerima “serangan” daripada barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini apabila menimbulkan isu moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kes Liwat II dan Langkah Kajang.
Adun BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor.
Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri.

80 orang guru di Bachok dipindahkan sekolah atas alasan politik?

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa lebih 80 guru di daerah Bachok, Kelantan dipindahkan sekolah atas alasan politik.

Merujuk kepada dokumen bocor kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), NGO yang dekat dengan PKR, mereka mendakwa langkah itu diambil semata-mata guru itu penyokong Pakatan atau berkahwin dengan penyokongnya.

Naib Presiden PKR Tian Chua turut membacakan dokumen itu yang antaranya menyebut guru yang ditukarkan itu sebagai “penyokong setia parti pembangkang”, “mengibarkan bendera parti pembangkang” dan “suami terlibat mengetuai konvoi kereta PAS”.

Turut bercakap di lobi Parlimen Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachik) yang berkata, perkara itu mungkin kecil kerana hanya berlaku di Bachok,

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya ia berlaku di seluruh negara dan akan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kemudian.

Memali: Bagaimana pendedahan Tun Musa Hitam?

MP bimbang kesan kilang besi Kemaman

'Documents show proposed teacher transfer for political reasons'

Chaos erupts in Parliament as PAS MP criticizes judiciary

Memali: Adakah berlaku kebocoran maklumat?

MH370: Isyarat yang dikatakan meyakinkan kini gagal dikesan


Alat pengesan 'ping' kepunyaan Amerika Syarikat dipasang di dek kapal Australia Ocean Shield pada 4 April. – Gambar AFP/Pertahanan Australia.Alat pengesan 'ping' kepunyaan Amerika Syarikat dipasang di dek kapal Australia Ocean Shield pada 4 April. – Gambar AFP/Pertahanan Australia.Pihak berkuasa yang menerima isyarat yang meyakinkan Isnin lepas berhubung pesawat MH370 kini gagal mengesan semula isyarat itu.
Ketakutan kepada bateri penentuan kedudukan kecemasan mati semakin kuat, jam demi jam, ketika kapal Australia yang menunda pengesan kotak hitam dari Amerika Syarikat mencari pesawat MH370, lapor South China Morning Post.
Isnin lalu pihak berkuasa menyifatkan ianya sebagai penemuan penting dalam pencarian sebulan kapal terbang itu.
Australia mendedahkan kapal perangnya Ocean Shield mengesan dua kejadian akustik di utara kawasan pencarian.
Tetapi, kini sudah lebih 40 jam sejak pengesanan transmisi itu.

Rafizi buat laporan polis ke atas Papagomo kerana berbohong dalam mahkamah

Mahfuz: Perlaksanaan GST mungkin senasib PPSMI

 Mahfuz Omar  
KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa masih belum bersedia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana masih belum mempunyai 'software' sendiri untuk memungut cukai tersebut.

Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mendakwa, sekiranya kerajaan sudah bersedia kenapa kerajaan masih 'mengupah' perkhidmatan MyEG untuk memungut cukai tersebut.

"Walaupun kami PR kecewa dengan keputusan perlaksanaan GST, tetapi perkara tersebut telah berlaku. Jadi di sini timbul satu persoalan kalau kerajaan sudah bersedia kenapa lantik MyEG untuk pungut cukai tersebut (GST).

"Kalau bersedia, sepatutnya kerajaan latih kumpulannya sendiri, ada mekanisma kutipan cukanya yang tersendiri. Tidak mustahil kerajaan akan menghentikan perkhidmatan ini, seperti mana yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion.

"Ini pasti merugikan rakyat. Kami mahukan penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara ini" katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Rafizi, Surendran buat laporan polis Papa Gomo tipu mahkamah

laporan1PETALING JAYA 8 APRIL: Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap pengendali blog pro Umno, Papa Gomo iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana memberikan keterangan palsu di mahkamah pada 27 Januari lalu.
Keterangan palsu itu dilakukan Wan Muhammad Azri ketika beliau menjawan soalan peguam, Latheefa Koya dengan mendakwa kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata laporan polis itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan beliau sendiri di balai polis Dataran Prima di sini.
“Wan Muhammad Azri menipu dalam keterangan kepada mahkamah pada 27 Januari 2014 dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger Papa Gomo di mana beliau menyatakan dalam satu soalan bahawa beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene.
“Selepas itu soalan Rafizi kepada Menteri Pertahanan, sah menyatakan memang Wan Muhammad Azri ada menaiki kapal selam Scorpene.

Guru ditukar kerana terlibat politik pembangkang?

Bantah GST: Himpunan 1 Mei akan dapat sambutan

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Himpunan 1 Mei akan mendapat sambutan seperti mana yang dirancang.

Jelasnya, walaupun dilihat suasana yang agak dingin bagi himpunan tersebut, beliau pasti pada minggu-minggu terakhir sebelum himpunan tersebut suasana hangat pasti dapat dirasai.

"Biasalah mana-mana himpunan pada awal seperti tidak ada apa-apa akan berlaku.

"Saya yakin pada seminggu terakhir kita akan lihat sambutannya, apatah lagi bila pihak polis mengeluarkan arahan itu himpunan haram.

"Kita lihat nanti dan yakin himpunan besar dapat dilakukan," jelasnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga turut menyatakan, kempen kepada Himpunan 1 Mei telah dilakukan melalui himpunan Reformasi 2.0 dan juga jelajah GST.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat bukan sahaja menyokong badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bahkan akan turut serta dalam himpunan itu.

Himpunan tersebut akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pakatan Rakyat akan menggerakan seluruh ahli dan penyokongnya untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST.

GST: Kerajaan lantik MyEG, syarikat AES berulang

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan mendedahkan butir perjanjian dengan syarikat MyEG yang telah mendapat kontrak membina sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah yang akan diperolehi MyEG hasil perlaksanaan GST itu nanti.

Beliau turut mempersoal mengapa hasil cukai tersebut perlu dibahagi sedangkan perlembagaan memperuntukkan bahawa wang hasil cukai keseluruhannya perlu dimasukkan dalam kumpulan wang yang disatukan.

"Kenapa lantik MyEG sedangkan yang dipungut ini adalah cukai.

"Kenapa tidak buat seperti LHDN, beli software sendiri, laksana sendiri  dan kutipan tak perlu bahagi kepada mana-mana pihak.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia nak laksana GST," kata beliau pada sidang media di parlimen hari ini sambil tidak mahu perkara sama seperti perjanjian dengan syarikat AES berulang.

Difahamkan MyEG telah berjaya mendapatkan kontrak menyediakan perisian GST dengan nilai RM180 juta.

Ekoran perjanjian projek itu, MyEG bakal berkongsi sebahagian besar daripada hasil kutipan cukai GST tersebut apabila kutipan mencapai jumlah tertentu.

Isteri Husam antara guru diarah bertukar di Bachok bulan ini, kata Pakatan


Isteri kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar) antara guru yang terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai 116 guru di kawasan berkenaan.
“Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.
“Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan politik terlibat dalam pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya.

Ketua Pembangkang Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Rafizi tanding bagi elakkan pertembungan personaliti

PAS: Is MyEG getting a cut of GST?

MP PAS Sepang Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (2)

Pemilihan PKR: Saifuddin yakin 'menang' jawatan Timbalan Presiden

Pemilihan PKR: Saifuddin, Rafizi dan Izzah bentuk gabungan

'Clash between Azmin and Khalid unhealthy'

MP calls for more drastic action over Audit Report

Audit: Dana kanak-kanak miskin diguna beli hidangan mesyuarat jabatan

Audit: 482 peralatan hospital bernilai RM2.58 juta hilang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 482 peralatan yang bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor (HTAR) dan Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis (HTF) telah dikategorikan sebagai kehilangan aset (V4L) atau peralatan tiada di lokasi.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 tidak dapat mengesahkan status peralatan tersebut kerana tiada daftar diselenggara bagi memantau peralatan V4L.

Penemuan Audit di bawah Pengurusan Perkhidmatan Kejuruteraan Peralatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati di HTAR sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya.

"Didapati daftar pergerakan harta modal KEW.PA-6 tidak diselenggara dengan sempurna di semua lokasi yang dilawati menyebabkan peralatan sukar untuk dikesan dan sebahagian peralatan tidak dijumpai sejak tahun 1998," jelas Ketua Audit Negara.

Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L yang masih dibayar di HTAR  mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) telah dikeluarkan bagi 12 peralatan.

Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan tersebut masih diteruskan dan jumlah yuran lebih dibayar bagi peralatan berkenaan dalam tempoh antara 8 hingga 38 bulan ialah RM4,497.

Memali: Menteri BN kata jangan buka aib..!!!

 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjawab isu pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung peristiwa Memali dengan memberi nasihat bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalak individu supaya menutup aib orang dan individu yang melanggarnya dianggap berdosa.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sekiranya beliau menujukan nasihat tersebut kepada Musa supaya tidak mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri semasa peristiwa itu berlaku.

"Dari segi moral, tutup aib orang, Allah akan tutup aibnya di diakhirat. Saya ingat, kalau hebat macama mana sekalipun, sebagai orang Islam, elakkan dari dedah aib (orang) dan sebagainya,

"Perbuatan itu daripada fitnah atau memgumpat. Kita kena pakai, itu undang undang Islam tak berubah. Mengaibkan orang hukumnya berdosa.

"Perhati-hatikanlah. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan oleh Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang).

MP berkenaan meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan Musa dianggap sebagai kebocoran maklumat.

Ramai tertuduh terlepas dalam Laporan Audit Negara 2013..!!!


Ahli parlimen DAP hari ini melahirkan kebimbangannya jika masih ramai yang bersalah dalam laporan Ketua Audit Negara 2013 terlepas daripada hukuman seperti mana tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (gambar) berkata setakat November tahun lalu, hanya seorang pegawai pencen kerajaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Baru kerana memalsukan dokumen.
“Sudah banyak dana awam dibazirkan seperti mana yang didedahkan dalam laporan. Jadi macam mana rakyat berpuas hati dengan hasil siasatan setakat ini?
“Apakah jaminan kerajaan perkara ini tidak akan berulang dalam Laporan Audit Negara 2013? Saya tidak akan terkejut sekiranya ia berulang lagi,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 lalu mendedahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM20,630 bagi lima mesin pengimbas A3 yang sepatutnya hanya berharga RM1,000.
Antara kementerian lain yang mendapat perhatian Ketua Audit Negara adalah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan.

PAS pertikai peranan MyEG dalam kutipan GST

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ingin kerajaan persekutuan menjelaskan peratusan yang diperoleh MyEG selepas konsortium itu menyediakan perisian untuk kutipan GST, mengkhuatiri hasil kutipannya tidak akan disalurkan semuanya kepada kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2014.  
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ingin kerajaan persekutuan menjelaskan peratusan yang diperoleh MyEG selepas konsortium itu menyediakan perisian untuk kutipan GST, mengkhuatiri hasil kutipannya tidak akan disalurkan semuanya kepada kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2014. PAS hari ini mempertikaikan peranan konsortium MyEG dalam kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikhuatiri kesemua hasil kutipan tersebut tidak disalurkan kepada kerajaan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan persekutuan perlu menjelaskan peratusan yang akan diperoleh MyEG selepas konsortium itu menyediakan perisian untuk kutipan GST.
“Kerajaan perlu dedahkan perjanjian yang dimeterai dengan konsortium MyEG kerana kerajaan melantik mereka bagi menyediakan perisian bagi pungutan GST.
“Jika dahulu syarikat yang menyediakan perisian AES akan mendapat jumlah tertentu, maka berapa kutipan GST yang akan diperoleh MyEG nanti?” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang GST selepas mendapat persetujuan 118 ahli parlimen dalam undi belah bahagi yang diadakan.

‘Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan alasan kerajaan bahawa barangan seperti budu dan belacan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam cuba memberi maksud ia 'tidak membebankan' orang miskin, sebagai menghina rakyat.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, alasan kerajaan itu bukan sahaja sebagai alasan simplistik untuk ianya diluluskan, tetapi lebih dari itu ia sebenarnya memberi maksud 'rakyat miskin boleh teruskan kehidupan dalam keadaan miskin mereka'.

"Inilah 'sumbangan' kerajaan kepada orang miskin supaya mereka hanya makan budu dan belacan letak limau nipis yang tidak dikenakan GST.

"Ibarat kata, orang miskin hanya makan budu dan belacan dan tak layak dapat benda-benda lain kerana pendapatan kamu tidak layak," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian lewat petang semalam menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Warga Dunia Warga Asing

Redha Kunci Bahagia

Lebih 132 ribu pelarian Myanmar kini di Malaysia

Isu Dakwat Tidak Kekal : 5 Dari 7 Pertuduhan Dirujuk Pihak Berkuasa Sidang

MP DAP Bukit Gelugor Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

PAS: BN not in touch with the people for passing GST bill

MP PAS Sepang Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 (1)

DAP: Why aren't anti-graft officers posted in police force?

Auditor: Poor kids funds swindled to buy nasi lemak

Pemilihan 2014: Saifuddin tidak undur, bentuk pasukan bersama Rafizi dan Izzah

Pelancaran 'Masa Depan Bersama', kempen oleh Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli di Petaling Jaya hari ini. Ketiga-tiga pemimpin utama PKR ini akan bergabung dalam satu pasukan bagi pemilihan parti kali ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 April, 2014.  
Pelancaran 'Masa Depan Bersama', kempen oleh Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli di Petaling Jaya hari ini. Ketiga-tiga pemimpin utama PKR ini akan bergabung dalam satu pasukan bagi pemilihan parti kali ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 April, 2014.

Trio pemimpin utama PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar mengumumkan akan bergabung dalam satu pasukan bagi pemilihan parti kali ini.
Bagi Saifuddin, pertembungan dua personaliti antara penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan imej buruk kepada parti.
Oleh itu, Saifuddin menyifatkan dirinya sebagai tawaran kepada penyelesaian tersebut dan terus mencabar kedua-dua calon timbalan presiden tersebut.
"Keputusan ini memuktamadkan keputusan saya untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
"Saya tidak akan berpatah balik," kata Saifuddin, yang juga setiausaha agung PKR, mengenai tawarannya untuk bertanding dalam pemilihan PKR kali ini.
Rafizi yang juga pengarah strategi PKR berkata pengumuman pasukan ini akan memberi peluang kepada anggota parti untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk mereka.
"Setiap langkah mesti memberikan kemenangan kepada rakyat, tidak munasabah kalau tidak berikan manfaat kepada parti.
"Parti perlu lari daripada pertembungan antara dua personaliti, seperti yang kita ketahui antara Azmin dan Khalid," kata Rafizi semasa menghadiri pengumuman bersama di Hotel Media, Petaling Jaya hari ini.

Cikgu Izzat: Terkorban kerana PBS

Nama Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Walaupun kerjayanya hanya seorang guru, namun namanya turut dikenal oleh pak menteri, orang politik dan bukan politik. Kerja hakikinya ialah seorang guru dan kini masih lagi seorang guru.

Sejak tahun lepas namanya tiba-tiba muncul tatkala ibu bapa dan orang politik sibuk bercakap pasal Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebelumnya, hanya orang politik dari parti Pakatan Rakyat yang mengkritik sistem ini secara terbuka.

Pakatan Rakyat bercakap bagi menyampaikan suara hati para ibu bapa dan warga pendidik yang tidak puas hati akan pelaksanaan PBS itu. Sistem ini dilaksanakan dalam suasana warga pendidik, prasarana dan ibu bapa belum bersedia – maka jadilah caca marba. Ibarat peribahasa, “rumah siap, pahat berbunyi.”

Ketika itulah muncul sosok Cikgu Izzat, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Beliau menyatakan apa yang sepatutnya dinyatakan. Beliau bukan menentang kerajaan dan Umno-BN, tetapi menegur kelemahan sistem yang dikenakan terhadap warga pendidik.

Beliau yang mewakili suara hati para guru mahu pemerintah tidak melaksanakan sesuatu dasar itu tanpa menilai dahulu kemampuan yang ada – kemampuan sumber manusia dan prasarana. Tidak ada kepentingan politik baginya. Bahkan sepengetahuan saya ada Cikgu Izzat ada kaitan dengan mana-mana parti.

Hasil perjuangan beliau, PBS ditangguhkan oleh menterinya – walaupun tidak pasti sejauhmana penangguhan itu. Namun hasilnya ada.

Culik: Mala petaka apakah yang menimpa Sabah?

KUALA LUMPUR: PAS Sabah memandang serius peristiwa penculikan yang berlaku di Pulau Singamata Semporna pada 2 April lalu.

Penculik yang melibatkan kumpulan bersenjata api dari luar negara itu telah melarikan seorang pelancong wanita berasal dari China manakala seorang lagi berasal dari Filipina yang juga merupakan pekerja resort peranginan berkenaan.

Ironisnya, Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Mohamad Husain penculikan itu berlaku hanya selang beberapa bulan daripada peristiwa sebelum ini yang terjadi pada 15 November 2013 apabila seorang lelaki warganegara Taiwan ditembak mati dan isterinya pula telah diculik.

Menurutnya, masih segar dalam ingatan kes yang menggemparkan negara pada tahun lalu lebih 200 orang bersenjata api mendarat di Tanduo, Lahad Datu.

Sejak peristiwa itu, ujarnya beberapa kali penceroboh cuba menyusup masuk ke perairan Sabah.

“Mala petaka apakah yang menimpa negeri Sabah khususnya rakyat negeri ini?” soal beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, nyawa terdedah kepada ancaman bahaya dan menggugat keselamatan.

“Di manakah tanggungjawab pihak kerajaan terutama Kerajaan Persekutuan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam dan negara dari serangan musuh dan penceroboh?” soalnya lagi.

Promosi TMM 2014 di China ditangguhkan sehingga selesai kes MH370 kata Menteri



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata ingin menangguhkan segala aktiviti promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China sehingga kes kehilangan MH370 dapat diselesaikan. – Gambar fail.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata ingin menangguhkan segala aktiviti promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China sehingga kes kehilangan MH370 dapat diselesaikan. – Gambar fail.Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memutuskan akan terus menangguhkan segala promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China selagi tiada 'penutup' bagi tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi Selatan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak akan ada promosi yang akan diadakan memandangkan situasi waris penumpang China MH370 masih lagi berkabung dengan tragedi tersebut.
"Kita tangguh di negara China, semua kita hentikan kerana masih tidak ada penutup mengenai MH370 dan sehingga kita dapat tahu kedudukan pesawat itu, barulah kita akan fikirkan ingin teruskan atau tidak," katanya pada pemberita selepas melancarkan program pembukaan perpustakaan digital antarabangsa di Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.
Pada masa yang sama, beliau sekali lagi mengakui bahawa tragedi MH370 menjejaskan bilangan pelancong China ke negara ini.
Namun menteri itu berkata pihaknya memahami kesedihan dan kesukaran yang dilalui waris penumpang China MH370.

Menteri selar tahap keselamatan di timur Sabah, bimbang rugikan pelancongan


Datuk Seri Nazri Aziz berkata tahap keselamatan penting bagi menarik pelancong ke Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2014.Datuk Seri Nazri Aziz berkata tahap keselamatan penting bagi menarik pelancong ke Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2014.Selepas para wakil rakyat Barisan Nasional, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyelar tahap keselamatan di Sabah sebagai berada dalam keadaan tidak memuaskan susulan insiden penculikan pelancong wanita warga China dan seorang pekerja Filipina di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Khamis lalu.
Beliau berkata kerajaan sepatutnya lebih mempertingkatkan kawalan keselamatan di Sabah memandangkan ia bukan kali pertama kes penculikan melibatkan pelancong berlaku di negeri itu.
"Apa sekalipun keselamatan di pantai timur (Sabah) adalah penting sekiranya kita nak membawa pelancong masuk, maka ia mesti berada di tahap terbaik.
"Bagi saya amat tidak memuaskan kerana bukan sekali terjadi, tapi dua kali. Saya tidak akan kata puas dengan tahap keselamatan," katanya pada pemberita selepas melancarkan program pembukaan perpustakaan digital antarabangsa di Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.
Insiden penculikan yang berlaku Khamis malam disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek, yang berkata ia tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata menyerbu resort peranginan berkenaan.

Saman RM100j: Peguam Anwar hilang kelayakan kerana beliau Naib Presiden PKR

Peguam N Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan laporan berkaitan pencerobohan Lahad Datu.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memutuskan, kemungkinannya terdapat konflik kepentingan ekoran kedudukan Surendran sebagai naib presiden PKR dan Anwar pula ketua umum.

Surendran berkata akan merayu terhadap keputusan itu.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mungkin akan mewakili Anwar semasa prosiding yang akan bermula pada 14 April.

Saman itu diambil ekoran laporan mengaitkan Anwar dengan kes Lahad Datu, Sabah, awal tahun lepas.

Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah Tentera tangguh sidang selepas setuju lima daripada tujuh dakwaan cacat


Mahkamah Tentera yang bersidang terhadap pilot Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membuat laporan polis kes dakwat kekal ditangguhkan selepas panel hakim sebulat suara membenarkan bantahan awal oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bahawa lima daripada tujuh tuduhannya cacat.
Presiden panel itu, Saadon Hasnan berkata, perkara ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk memutuskan tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, katanya dua lagi dakwaan terhadap Mejar Zaidi Ahmad (gambar) akan dikekalkan.
Kes yang dibicarakan di pejabat Lapangan Terbang Sungai Besi dekat Kuala Lumpur ditangguhkan sehingga 10 Jun ini.
Mejar Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu, iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke-13.
Laporan dibuat di hadapan Leftenan Korporal Sharil Aida Sabu pada jam 10.58 pagi ekoran dakwat kekal yang dicalit pada tangannya selepas mengundi hilang apabila dibasuh menggunakan sabun atau pencuci pingan mangkuk.
Zaidi kemudiannya dimaklumkan oleh pihak atasan bahawa Panglima Tentera Udara mengarahkan agar beliau dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.
Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.
Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Dewan Rakyat 8 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Menteri Di JPM Bentang RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Isyarat ping, hubungan dengan satelit di tempat sama sebelum MH370 menjunam ke laut


Carian dasar laut mengikut dua isyarat ping yang dikenal pasti. – Infografik oleh The Malaysian Insider oleh Kamarularif Husain, 8 April, 2014.
Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.
Carian dasar laut mengikut dua isyarat ping yang dikenal pasti. – Infografik oleh The Malaysian Insider oleh Kamarularif Husain, 8 April, 2014. Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.
Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.
Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.
The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Hudud tiada sebarang unsur politik - MB Kelantan

Hudud tiada sebarang unsur politik
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya merupakan kewajipan  berlandaskan ajaran
al-Quran.

Menurutnya, sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk menunaikan solat dan berpuasa, begitulah juga dalam aspek menegakkan undang-undang ALLAH.

“Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengulangi komitmen kerajaan di dalam isu ini  bagi mengingatkan semua pihak bahawa kewajipan kita terhadap al-Quran bukan sekadar membaca dan mengindahkan bacaan.

“Sebaliknya lebih jauh dari itu iaitu dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kali ke-57 di sini, kelmarin.

Kualiti hidup, peluang profesional faktor halang rakyat pulang ke tanah air


Pendapatan yang tinggi, peluang kerja profesional yang lebih baik, dan kehidupan yang sempurna menyebabkan ramai rakyat Malaysia di luar negara berat untuk pulang bekerja di tanah air.
Mengikut statistik agensi pencari bakat negara TalentCorp, seramai 2,500 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara berjaya dibawa pulang, namun jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan anggaran hampir sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara oleh Bank Dunia pada 2011.
TalentCorp ditubuhkan pada tahun 2011, bertujuan mencari bakat tempatan yang bekerja di luar negara, menerima hampir 4,000 permohonan setakat sepanjang tempoh tiga tahun.
"Ia kombinasi pelbagai faktor, pertama, kualiti kehidupan berhubung kait dengan pendapatan, kedua, peluang profesional dan faktor keselesaan hidup," kata Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corp, Johan Mahmood Merican dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, jurang kualiti kehidupan tidak terlalu besar jika dibandingkan Malaysia dengan negara luar, kata Johan.
"Sebagai contoh, pendapatan di London memang tinggi, tetapi kita mesti tingkatkan kesedaran mereka mengenai kualiti hidup yang efektif selepas kos sara hidup, kadangkala jurang itu tidak terlalu besar," kata beliau.
Bagi peluang profesional, Johan menyifatkan Malaysia masih mampu menyediakan peluang terbaik kerana kedudukan ekonomi  negara yang baik.
"Banyak negara membangun lain di dunia, ekonomi mereka secara relatifnya perlahan, tetapi Malaysia berkembang dengan kukuh,"  kata Johan.
"Bagi faktor ketiga, ia meliputi banyak sebab. Ia benar terdapat beberapa rakyat Malaysia membangkitkan kebimbangan mengenai pendidikan, jenayah, situasi politik."
Paling ramai pemohon program pulang ke Malaysia yang diperoleh Talent Corp adalah dari Singapura, disusuli United Kingdom, China, Australia dan Timur Tengah.
Menurut laporan Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berjumlah US$303.53 bilion (RM991.2 bilion) pada 2012.
Nilai KDNK  Malaysia mewakili 0.49% ekonomi dunia.

10 juta Red Bean Army: Lagi tuduhan mengarut terhadap DAP


WIRA1205-launching (22)


KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Tuduhan bahawa DAP merancang merekrut 10 juta ‘cybertrooper’ Red Bean Army (RBA) dan membayar mereka RM3,000 setiap seorang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sama sekali tidak masuk akal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bukan saja tidak benar malah UMNO-BN dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di bawah mereka sebenarnya yang melahirkan “cybertrooper paling gila di dunia” untuk menyerang lawan politik mereka.
“Hanya orang gila paling gila saja yang akan percaya dan menerima tuduhan mengarut itu.
“DAP tidak mempunyai ‘RBA’ dan kami tidak membayar satu sen pun untuk mana-mana ‘cybertrooper’,” tegas Kit Siang.
Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu berkata demikian sebagai respons kepada cybertrooper dan NGO UMNO-BN minggu lalu yang mendakwa DAP merancang untuk merekrut 10 juta ‘cybertrooper’ RBA menjelang PRU14.

Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Memali jika benar beliau tidak bersalah dalam tragedi itu.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang RCI perlu ditubuhkan untuk mencungkil kebenaran di sebalik tragedi Memali, terutama berikutan pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
Pada 27 Mac lalu, Tun Musa mendedahkan bahawa Mahathir sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian pembunuhan 29 tahun lalu di Kampung Memali, Kedah.
“Sudah lebih 20 tahun kebenaran di sebalik pembunuhan 18 orang individu dalam tragedi Memali masih tidak terjawab. Keluarga mangsa sehingga kini masih dihantui peristiwa pada 19 November 1985 itu, jadi RCI sangat diperlukan.
“Adakah Mahathir telah membatalkan arahan Musa supaya menyuruh polis mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah dalam penangkapan Ibrahim Libya? Jika tidak, beliau harus menyokong RCI.
“Rakyat berhak mengetahui punca sebenar di sebalik kematian Ibrahim Libya bersama 13 penduduk kampung dan empat anggota polis,” kata beliau.

Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan.,.!!! Dunia Akhir Zaman...

Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan   
Musa menangis ketika ibu jarinya dicelup ke dalam dakwat untuk 'menandatangani' bon jaminan.
ISLAMABAD -PAKISTAN. Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.

Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.

Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

 Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu.

Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit.

Audit: 14 peratus peniaga "Tukar" gulung tikar

Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar  
Mesin Pos yang tidak digunakan pemilik kedai Tukar.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 peratus daripada 70 kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi gulung tikar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, kedai-kedai yang mengalami kemerosotan nilai jualan antaranya berpunca dari persaingan dengan  pasar raya berdekatan.

Kedai yang menutup perniagaan mereka pula adalah kerana menghadapi masalah kekurangan modal dan kesukaran peserta mendapat bekalan barang jualan sebab tidak memaksimakan pulangan ke atas jualan stok sebagai pusingan untuk pembelian stok seterusnya.

Terdapat peserta yang bertukar milik kedai selain menutupnya disebabkan peniaga kekurangan modal dan klausa dalam perjanjian pinjaman tidak terdapat larangan kepada peserta Tukar untuk menjual (kedai tersebut) dalam tempoh perjanjian berkuat kuasa, menurut laporan itu.