Isnin, 7 April 2014

MP Pakatan angkat plakad bantah GST diluluskan


KUALA LUMPUR: Plakad bantahan dipamerkan mengiringi pengumuman kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai menyatakan pendirian konsisten membantah akta itu walaupun diluluskan dengan undian hari ini.

Mereka juga sempat merakam aksi bantahan itu dan memuat naik ke media sosial.

Pungundian lewat petang tadi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Ekoran penolakan total Pakatan Rakyat terhadap RUU itu, maka ianya tidak memerlukan kepada perbahasan peringkat jawatankuasa.

Sebaliknya ia akan terus dibawa ke peribgkat Dewan Negara sebelum diluluskan dan dilaksana April tahun hadapan.

Audit: Ketirisan Masih Jadi Budaya Kerajaan UMNO@BN

Membaca laporan audit bagi tahun 2013 yang dibentangkan hari ini, suatu kesimpulan yang nyata ialah maslah ketirisan, tidak amanah, sambil lewa, cuai dan mengutamakan kroni masih menjadi budaya di dalam kerajaan pimpinan BN yang hanya memperolehi sokongan undi popular sebanyak 47 peratus dalam pilihanraya umum lalu.

Masih kedengaran lagi berita-berita menyedihkan seperti projek gagal disiapkan mengikut jadual, nilai kontrak lebih tinggi daripada sepatutnya, pemberian kontrak kepada syarikat muflis, peralatan berhabuk dalam stor, bekalan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, syarikat yang dilantik lewat menyerahkan kutipan rumah PPR sehingga kerajaan menanggung kerugia, syarikat gagal menyiapkan projek dan sebagainya.

Walaupun menurut Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, laporan audit pada tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan pemantauan yang lebih ketat oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan, hakikatnya kerugian wang kerajaan masih banyak berlaku.

Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan, harapan orangramai ialah tindakan itu benar-benar menjadi kenyataan akhirnya.

Diharapkan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, isu berkaitan ketirisan dan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Audit ini hanya meriah menjadi mainan di media-media saja tetapi tindakannya "habuk pun tak ada" atau kalau ada tindakan pun hanya ikan-ikan bilis saja yang diambil tindakan.

Audit: Harga ikan dalam kontrak melebihi harga pasaran

Laporan Ketua
KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran.
  
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, keadaan itu menyebabkan kerajaan tidak mendapat 'nilai untuk wang' kerana terpaksa membayar harga lebih tingi berbanding pasaran.
  
Turut dilampirkan perbandingan senarai harga iaitu harga bagi sekilogram ikan siakap untuk kontrak baharu 2012-2014 di Hospital Sultanah Aminah, Johor adalah RM21 berbanding harga pasaran RM14.50 manakala sekilogram sotong bernilai RM16 (pasaran RM9.50).
  
Semakan di Hospital Kuala Lumpur mendapati harga sekilogram ikan bawal berdasarkan kontrak adalah RM21.50 (pasaran RM16), ikan kerapu RM19.50 (pasaran RM12), ikan nyior RM18 (pasaran RM10) dan ikan keli RM11 (pasaran RM5.50).
   

Tingkatkan pendapatan rakyat, bukan laksana GST

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memikirkan cara bagi meningkatkan pendapatan rakyat berbanding melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hanya membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang GST, di Dewan Rakyat, petang ini berkata kerajaan juga seharusnya mengelakkan pembaziran dalam meningkatkan pendapatan negara.

Sebagai contoh, katanya pembaziran yang dimaksudkan berkaitan lantikan sebuah syarikat oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi projek titik permulaan bagi herba bernilai tinggi.

"Projek tersebut diberikan kepada Edaran Arif Medic Sdn. Bhd. pada 29 Nov 2013, dengan nilai RM25,470,000 bagi tujuan kajian pra-klinikal dan klinikal dengan siling bernilai RM37,550,000.

"Tapi syarikat berkenaan telah diperintah untuk penggulungan syarikatnya pada 24 Julai 2013 oleh mahkamah di Shah Alam. Ini yang menyebabkan berlaku ketirisan apabila projek diberi kepada syarikat bermasalah," tegas beliau.

Audit: Peralatan rosak tetap dibayar

Laporan Ketua KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengenalpasti banyak kelemahan dikenalpasti dalam pengurusan perkhidmatan kejuruteraan peralatan perubatan (BEMS) di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan.

Menurut Tan Sri Ambrin Buang, sebanyak 829 peralatan bernilai RM 11.19 juta yang dibatalkan belum dihentikan yurannya.

Selain itu, kata Ambrin, Penyenggaraan Berjadual (PPM) juga tidak dilaksanakan antara 12 hingga 32 bulan.

"PPM tidak dilaksanakan antara 12 hingga 32 bulan namun sejumlah RM 1.68 juta yuran masih dibayar bagi 113 peralatan yang tidak disenggara itu.

"Sebanyak 16 peralatan masih dibayar yuran bulanan walaupun peralatan berkenaan telah rosak atau tidak digunakan melibatkan bayaran berjumlah RM2.56 juta," katanya.

Laporan Audit tegur kelemahan GLC PKENPs


KANGAR - Laporan Ketua Audit Negara 2013 yangdiumumkan hari ini mendedahkan masih wujud kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan agensi dan jabatan kerajaan di Perlis.


Laporan itu menyebut pengauditan dibuat terhadap anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Modern Spectrum Sdn Bhd dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) pada Jun hingga Julai dan ke atas JHEAIPs dari Ogos hingga September tahun lepas.

"Antara faktor utama menyebabkan kelemahan tadbir urus anak syarikat PKENPsadalah kurang latihan kepada pegawai terlibat serta tidak ada penyeliaan berkesan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor.

"Jika kelemahan ini tidak diberi perhatian serius dan tidak diperbetulkan iaboleh menjejaskan pencapaian objektif aktiviti atau program yang dilaksanakan dan seterusnya menjejaskan imej kerajaan negeri dan perkhidmatan awam," kata laporan itu.

Nik Abduh mahu Umno konsisten isu hudud

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini berharap Umno terus konsisten untuk menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.

Menurutnya, beliau turut menyambut baik respon positif daripada Umno yang turut menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.

"Kita harap Umno konsisten dan memberikan respon positif terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan.

"Ini selaras kesediaan kerajaan Pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut.

"Hal ini sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan melahirkan hasrat melaksanakan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (Hukum Hudud).

Menteri: Radar Indonesia tak kesan MH370


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 terbang di pinggir ruang udara Indonesia untuk mengelak dari dikesan.

Menurut Hishamuddin, pihak berkuasa Indonesia sendiri menafikan bahawa pesawat itu melalui pinggir ruang udara mereka.

"Berhubung radar (mengesan MH370 terbang di pinggir Indonesia), itu tidak benar.

"Saya meminta Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk mengesahkan mereka tidak mengesan pesawat tersebut."

Beliau memberi jawapan ringkas itu ketika ditanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di Hotel Royale Chulan petang ini.

Sidang media itu diikuti secara langsung melalui satu stesen radio tempatan.

Beliau diminta mengesahkan laporan rangkaian CNN semalam, bahawa maklumat dari radar Indonesia menunjukkan pesawat tersebut terbang di pinggir ruang udara negara tersebut sebelum menuju ke Lautan Hindi.

MAS ikrar bangkit semula secepat mungkin

MH370: Hisham yakin terhadap perkembangan terbaru

Menteri nafi MH370 terbang di pinggir ruang udara Indonesia

Tim Menteri Kewangan Gulong Bahas RUU GST 2014


GST lulus dengan undi belah bagi, Pakatan pamer poster bantahan

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.

Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.

Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.

Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.

Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang GST dengan 118 sokongan ahli Parlimen BN, 81 ahli Parlimen Pakatan bantah

Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini diluluskan di Dewan Rakyat selepas ia dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli Parlimen BN menyatakan persetujuan pada kali pertama manakala 81 ahli Parlimen Pakatan  menyuarakan bantahan.
Bacaan kali kedua pula menyaksikan 119 ahli Parlimen BN bersetuju dan 81 ahli Parlimen Pakatan tidak bersetuju dan ia membawa kepada bacaan kali ketiga apabila Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta persetujuan ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta pertimbangan Yang Dipertua agar undi kali kedua dibuat dan ia tidak ditolak beliau.
Proses pengundian hari ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan sedikit kekecohan di dewan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas sebanyak 6%menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Undi Belah Bagi: 119 BN Sokong GST atau 81 PR Tolak GST.


MP PAKATAN DEMO ANTI - GST DALAM DEWAN RAKYAT..!! 118 MP BN SOKONG GST, 81 MP PR BANTAH GST...









Lagi gelagat wakil rakyat 'hiburkan' MP Australia

Pendapatan tahunan jururawat RM27 juta setahun?

Ghafur cabar Junaidi mohon maaf atau letak jawatan

Dewan Rakyat 7 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

AG report reveals bizarre bookkeeping by PTPTN

Azmin Ali Saya tak perlu pertolongan UMNO

Berapa myeg dapat? - MP PAS Pokok Sena Bahas RUU GST 2014

Usul 18 (1): Bahas & Jawapan Menteri "Isu Esscom & Keselamatan Sabah"

Audit: 92 bekalan ubat HAT Tuanku Mizan langgar peraturan

audit
KUALA LUIMPUR - Perolehan 92 bekalan perubatan pakai buang (BPPB) di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini tidak mematuhi peraturan kewangan ditetapkan.
  
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mendapati penghantaran BPPB melalui 92 nota hantaran telah dilakukan
secara terus daripada pembekal kepada Jabatan Bedah tanpa melibatkan Stor Perubatan sepertimana ditetapkan.
  
"Penerimaan peralatan ini telah ditandatangani Pegawai Penyelia dan pegawai lain di Dewan Bedah. Semakan Audit mendapati tidak ada bukti pegawai tersebut diberi kuasa untuk menerima peralatan yang dibekalkan dan menandatangani dokumen penerimaan.
  
"Memandangkan proses perolehan yang tidak mengikut prosedur ditetapkan, Audit mendapati nota hantaran yang dikemukakan oleh pembekal tidak mempunyai nombor pesanan kerajaan.
  
"Mengikut penjelasan pegawai terlibat di hospital tersebut, permohonan dibuat melalui panggilan telefon dengan alasan keperluan mendesak. Ketiadaan nombor pesanan ini menyukarkan semakan terhadap pembayaran oleh Unit Belanjawan," menurut laporan itu.

Lantaran itu, Audit tidak dapat memastikan sama ada bekalan tersebut telah dibuat malah tidak dapat diketahui kos yang terlibat dan lokasi penyimpanan peralatan tersebut.
  
Selain itu, Audit turut mendapati peralatan yang dibeli masih belum digunakan atau belum digunakan secara optimum ditambah wujud peralatan perubatan pakai buang telah tamat dan akan tamat tempoh penggunaannya pada Jun 2014.
   

Audit: KSU, ketua jabatan disaran pantau setiap projek


Audit

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara mencadangkan supayaKetua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Ketua Eksekutif mengambil tanggungjawab menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi setiap program, projek atau aktiviti di organisasi masing-masing.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, langkah itu dapat memastikan semua kelemahan dapat dikenal pasti dan tidak hanya bergantung kepada pengauditan Jabatan Audit Negara semata-mata memandangkan ia dibuat berdasarkan pensampelan dan skop tertentu.

Jabatan itu turut meminta Unit Audit Dalam bagi setiap organisasi menjalankan pengauditan perolehan dan prestasi terhadap pengurusan program untuk menentukan ia dilaksanakan dengan cekap, ekonomi, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, beberapa kelemahan di peringkat pelaksanaan didapati berpunca daripada kurang pemantauan dan penyeliaan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, kurang kepakaran teknikal, selain bergantung penuh kepada perunding atau kontraktor.

Ia menyebabkan program/projek/aktiviti tidak dapat disiapkan mengikuttempoh, meningkat kos dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang dibuat.

Audit: 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di dua hospital dikategori sebagai ‘asset not found’

Sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, dikategorikan sebagai 'asset not found' (V4L) atau peralatan tiada dilokasi.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya, sementara yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF dihentikan.
Bagaimanapun, laporan itu menyatakan pihak audit tidak dapat mengesahkan status peralatan itu kerana tiada daftar selenggara bagi memantau peralatan V4L.
"Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L yang masih dibayar di HTAR mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) telah dikeluarkan bagi 12 peralatan.
"Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan itu masih diteruskan dan jumlah lebih dibayar bagi peralatan berkenaan dalam tempoh antara lapan hingga 38 bulan ialah RM4,497," kata laporan itu, dan menambah 14 lagi tidak dapat disahkan kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan.
Sehubungan itu, laporan itu berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu membuat laporan awal dan laporan polis setelah peralatan yang dilaporkan sebagai V4L tidak dapat dikesan selepas tempoh 30 hari seperti ditetapkan.
Kementerian juga perlu memastikan SNF dikeluarkan bagi peralatan itu untuk menghentikan pembayaran yuran peralatan berkenaan, selain pemeriksaan aset perlu dibuat secara berkala.
Berdasarkan maklum balas kementerian yang disertakan dalam laporan audit sama, 31 aset dijumpai semula di HTF manakala di HTAR sebanyak 218 peralatan dikenal pasti tiada di lokasi dan laporan polis telah dibuat, 218 peralatan dilupuskan, tiga peralatan dipindah keluar dan enam peralatan dijumpai dan masih digunakan.

MH370: Tiada petunjuk penumpang selamat, Hishammuddin harap keajaiban

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

MB Selangor: Kabinet setuju kuatkuasa Seksyen 114 WSIA 2006

air-syabas_MB1SHAH ALAM 7 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrabim berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bahawa Kabinet bersetuju untuk menguatkuasa Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006)
Abdul Khalid dalam satu kenyataan media berkata, persetujuan itu melalui surat bertarikh 4 April lalu yang menyatakan Kabinet bersetuju menguatkuasa WSIA 2006 bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Katanya, Kerajaan Persekutuan melalui surat itu juga memohon supaya Kerajaaan Negeri mempercepatkan kelulusan yang masih tertangguh bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan projek mitigasi .
“Saya dalam mesyuarat ringkas bersama Menteri pada 4 April lalu telah diberitahu bahawa proses untuk mewartakan Seksyen 114 telah dilakukan.
“Saya dibekalkan satu deraf perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berhubung Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu bagi menyelesaikan penstrukturan semula air,” kata Abdul Khalid.

Tutup Resort: Wakil BN gesa timbalan menteri KDN letak jawatan

 
  MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

GST: Dewan kecoh bila tahu ada deligasi MP Australia


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila dimaklumkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee bahawa perbahasan petang ini turut dihadiri deligasi dari ahli parlimen Australia.

Kehadiran mereka diumumkan Ronald selepas meminta laluan dari Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang GST.

Mengambil peluang itu, Azmin ketika menyambung perbahasannya kemudian meminta izin berucap dalam bahasa Inggeris sambil mengadap kepada deligasi Australia itu.

"Saya salah seorang wakil dari Pakatan Rakyat sedang berbahas tentang GST yang dikemukakan oleh kerajaan Umno BN yang hanya mendapat 46 peratus undi popular dalam PRU13 lalu.

"Dan sekarang saya mahu kongsi dengan anda apa berlaku di Malaysia, kami desak Umno berhenti laksanakan GST ini," katanya dalam bahasa Inggeris.

Timbalan speaker kemudiannya menegur Azmin supaya tidak meneruskan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Azmin cakap Inggeris di Parlimen bantah GST depan delegasi Australia


Dewan Rakyat hari ini gamat apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berhujah dalam bahasa Inggeris membincangkan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Situasi itu bermula apabila Timbalan Yang DiPertua, Datuk Ronald Kiandee mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen Australia di Dewan Rakyat hari ini yang kemudiannya menyaksikan Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali (gambar) berhujah menggunakan bahasa Inggeris.
“Saya mengalu-alukan kehadiran delegasi Australia hari ini menyaksikan debat GST yang diperkenalkan kerajaaan BN yang hanya mendapat undi popular 47%,” kata Azmin dalam bahasa Inggeris yang mengundang kekecohan Parlimen hari ini.
Keadaan itu kemudiannya digamatkan lagi dengan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaludin Jarjis yang mengucapkan terima kasih kepada Australia kerana membantu dalam kerja mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau kemudiannya menggesa Azmin untuk tidak mengamalkan politik murahan dengan cuba menarik perhatian ahli Parlimen Australia tersebut.
“Jangan mainkan politik murahan,” katanya kepada Azmin.
Menyaksikan keadaan itu, Yang DiPertua menggesa agar situasi tegang itu dihentikan: “Tak perlu cakap orang putih.
Keadaan demikian menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN bangun menjerit-jerit sehingga dewan menjadi gamat menyebabkan delegasi Australia itu segera meninggalkan Dewan Rakyat.

Laporan Audit: Bentang, tapi ketirisan terus berlaku

KUALA LUMPUR 7 APRIL: Pendedahan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun tidak mendatangkan sebarang kesan positif berikutan tiada kesungguhan daripada kerajaan untuk mengatasi masalah itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, ketirisan kali ini melibatkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hanya pendedahan maklumat semata-mata.
“Mereka (kerajaan) tidak ada kesungguhan untuk mengurangkan masalah yang berlaku walaupun laporan audit kali ini mencatatkan pengurangan permasalahan daripada tahun lepas, tapi kita tak nampak semua tu (ketirisan diselesaikan),
“Yang kita tahu, ketirisan terus berlaku dengan sengaja seperti pembinaan empangan bernilai RM343.55 juta diberikan kepada pengusaha yang tidak mempunyai pengalaman, tapi sampai sekarang kita tak nampak pun hasil,” ujarnya merujuk pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu yang lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, lima kementerian tersebut akan dipanggil selepas Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN) dibentangkan hari ini.

Audit: Hospital tentera dapat peruntukan kecil

 
Ketua Audit Negara melahirkan kebimbangan ke atas keputusan Kementerian Pertahanan untuk meluluskan hanya 14.7 peratus peruntukan untuk hospital tentera.

Paling teruk terjejas adalah Hospital Terendak di Melaka dan Hospital Lumut di Perak yang hanya menerima 1.8 peratus dan 2.7 peratus dari peruntukan yang dimohon antara 2010 hingga 2012.

Hospital Terendak memohon RM41.3 juta peruntukan tetapi hanya menerima RM730,000, sementara Hospital Lumut, yang ditempatkan dalam pengkalan tentera laut, memohon RM21.91 juta tetapi hanya menerima RM600,000.

Dalam tempoh sama, hospital tentera berkenaan memohon sejumlah RM166 juta tetapi kesemuanya hanya menerima RM 24.48 juta, atau 14.7 peratus dari yang dipohon.

Mengulas perkara itu, Ketua Audit Negara memberi teguran bahawa peruntukan yang tidak mencukupi ini boleh menjejaskan rancangan untuk peralatan hospital lama.

"Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan patut memberi perhatian kepada program kesihatan angkatan tentera dan meluluskan peruntukan untuk menggantikan peralatan perubatan," laporan itu dipetik.

Audit: Empat syarikat swasta gagal serah kutipan sewa PPR kepada Johor

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan empat syarikat yang dilantik untuk mengurus dan mengutip sewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) lewat menyerahkan kutipan sehingga kerajaan negeri Johor terpaksa menanggung kerugian.
Laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini menyatakan syarikat terbabit lewat berbuat demikian antara dua dan 22 bulan.
"Sejumlah RM3.57 juta tunggakan bayaran balik kutipan hasil sewa rumah PPR bagi 2011 hingga April 2013 masih belum dibayar oleh syarikat swasta kepada kerajaan negeri.
"Mengikut semakan audit, bagi 2011 sehingga April 2013, syarikat swasta sepatutnya membayar balik kutipan hasil sewa rumah kepada kerajaan negeri berjumlah RM9.55 juta, tetapi mereka hanya membayar balik sejumlah RM5.98 juta atau 62.6%," kata laporan itu.
Laporan audit itu menyatakan kelewatan penyerahan kutipan sewa tersebut disebabkan tiada unit yang dipertanggungjawab memantau syarikat swasta yang menguruskan PPR terbabit.
Laporan itu turut menyatakan tunggakan sewa rumah PPR dan rumah pangsa awam yang diurus Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUK) Perumahan bagi tempoh 2011 hingga April 2013 meningkat RM21.07 juta hingga RM22.88 juta berbanding RM19.45 juta setakat Disember 2008.
Ketua Audit Negara turut menyentuh kelewatan menyewakan tiga blok rumah pangsa PPR Kempas Permai, Tampoi dan lima blok Rumah Pangsa Setia Indah, Setia Indah yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan tinggi gara-gara kerosakan dan kehilangan peralatan akibat vandalisme.
Sehingga Julai 2013, Pejabat SUK Perumahan menguruskan 10,254 unit rumah sewa di enam PPR dan tujuh kawasan rumah pangsa awam yang kesemuanya terletak di daerah Johor Baharu, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.

Audit: Jururawat dapat RM27 juta setahun?

Berdasarkan rekod Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), jururawat berdaftar boleh menjana pendapatan sehingga RM27 juta setahun dan anak-anak mereka masih boleh memohon bantuan kewangan.

Manakala kerani pula perlu berusaha keras untuk memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM34.

Perbezaan ini telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 dengan mengambil kira gaji ibu bapa dan penjaga pemohon pinjaman.

Perkara itu didedahkan dalam jadual dinamakan "pendapatan tidak munasabah berbanding jenis pekerjaan".

Laporan itu menyatakan bahawa terdapat 384 rekod yang luar biasa itu.

Ketua audit negara juga melaporkan bahawa terdapat 921 rekod berganda, dengan seorang pelajar mempunyai 13 akaun yang sama.

BN Ingat Rakyat Miskin makan Belacan Saja - MP PAS Pokok Sena

Hadi: Cukai GST dinasihati 'Qarun', penyangak

Sidang Dewan gamat dalam Inggeris untuk MP Australia

Dewan Gamat: MP PKR Gombak Bahas RUU GST 2014

Malaysian MPs squabble in English to win over visiting Australian MPs

Audit: MTDC rugi RM57.3 juta sejak 2010 hingga 2012

KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) adalah milik penuh Syarikat Khazanah Nasional Berhad mengalami kerugian bersih sebanyak RM57.3 juta sejak tahun 2010 hingga 2012.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, modal yang dibenarkan kepada MTDC adalah berjumlah RM200 juta dan modal berbayar berjumlah RM116 juta.

Jelas Ketua Audit Negara, pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan MTDC adalah kurang memuaskan.

Katanya, MTDC mencatat kerugian bersih bagi ketiga-tiga tahun tersebut berjumlah RM8.23 juta , RM17.34 juta dan RM31.73 juta.

Di antara faktor utama kerugian bersih adalah disebabkan oleh peruntukan rosot nilai pelaburan berjumlah RM7.67 juta, RM24.78 juta dan RM34.22 juta bagi ketiga-tiga tahun tersebut.

MTDC telah mencatat keuntungan kasar bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 berjumlah RM2.12 juta, RM8.24 juta dan RM4.11 juta masing-masing.

Beberapa kelemahan telah dikenalpasti antaranya, sebahagian Key Performance Indicator (KPI) tidak tercapai,  prestasi kelulusan dan pembayaran geran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, aktiviti promosi yang kurang berkesan dan tertumpu kepada kawasan bandar disebabkan tiada perancangan yang terperinci.

Selain itu, kelemahan dari segi penerimaan wang geran tidak direkodkan dalam penyata kewangan tahunan menyebabkan kedudukan kewangan tidak menggambarkan keadaan sebenar syarikat dan pengurusan faedah simpanan tetap tanpa perancangan dan pemantauan yang berkesan.

ISA datang lagi


mansuh isa


UNDANG-undang drakonian yang membenarkan penangkapan dan penahanan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih popular dengan nama ISA sudah tidak ada lagi. Kita sama-sama telah bersorak dan menitiskan air mata apabila Perdana Menteri dengan tali leher jingga dan tubuh yang begitu kaku menuturkan pengumuman tersebut sewaktu meraikan Hari Malaysia beberapa tahun lalu.
Perdana Menteri Najib Razak dilihat seakan seorang hero yang membebaskan segerombolan manusia tidak bersalah dari belenggu yang sudah mengikat mereka sekian lama. Yang menganggap Najib sebagai idola barangkali melihat beliau seakan-akan di baris hadapan dalam peristiwa menyerang penjara Bastille di ambang Revolusi Perancis.
Bukan sahaja memansuhkan ISA, Najib Razak turut menghentikan tempoh darurat yang telah berkuatkuasa sejak sebelum merdeka, lantas membatalkan ordinan darurat dan undang-undang lain yang berkaitan dengannya. Najib Razak adalah adiwira transformasi negara, pembawa cahaya ke dalam gelap yang menerangi alam semesta.
Namun, malang sekali, ini semua sekadar ilusi dan pembohongan yang melintas di depan mata kita semua tanpa disedari sifat hakikinya itu. Seperti melihat seorang transeksual di Pasar Pudu di bawah remang cahaya malam. Kalau diadili daripada bentuk badan, hampir pasti sahaja perempuan. Namun bila dihampiri dan suaranya garau ‘semacam’, barulah diketahui rupa-rupanya jantan.
Pemansuhan ISA yang dicanang-canang Najib Razak itu adalah ibarat ‘maknyah’ tadi. Lain yang kita sangka, lain pula yang jadi.
Apa yang jadi?
Reinkarnasi ISA terjadi dalam beberapa fasa. Ia awalnya lahir ke dalam tubuh satu Akta baru yang diberi nama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau pendeknya SOSMA. (Ya, sebut betul-betul. SOSMA.. bukan Ros.. err, tak apa lah.)
SOSMA lahir April 2012 dengan bertujuan “bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait.”

GST akan tambah beban golongan berpendapatan rendah dan orang Melayu


GEORGE TOWN, 7 APR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan merupakan sistem percukaian songsang yang akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah.
Kajian Penang Institute (PI) mendapati beberapa kelompok masyarakat akan terpaksa membayar peratusan lebih tinggi daripada pendapatan mereka apabila GST dikuatkuasakan.
Menurut PI, isi rumah yang menyara hidup sebagai juruteknik, kerani, pekerja industri perkhidmatan, peladang dan nelayan; selain mereka yang tinggal bujang, isi rumah berusia muda, isi rumah Bumiputera dan yang menetap di Semenanjung bakal menanggung peratusan cukai lebih tinggi daripada pendapatan mereka.
CEO badan pemikir tersebut, Dr Lim Kim Hwa, dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu bahawa meskipun banyak barang-barang keperluan terkecuali daripada GST, cukai baru tersebut bersifat songsang (regressive tax) dan membebankan isi rumah berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

MH370: Pegawai Kanan Lapor Terus Kepada CNN, Bukti Ada Orang Dalam?

MH370 dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia elak dikesan

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia seperti dilapor agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya .

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara ‘World Stewardess Contest’.

“Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

“Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Komputer milik PTPTN disimpan berhabuk dalam stor, dedah laporan audit

Kira-kira lebih 100 komputer milik Perbadanan Tinggi Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disimpan berhabuk dalam stor menyebabkan sejumlah wang sewa RM100,000 dibayar sia-sia.
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2013 menemui 104 komputer peribadi disimpan dalam stor cawangan PTPTN seluruh negara.
Lawatan kumpulan audit ke cawangan di Pahang, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan menemui 49 komputer dan tujuh komputer riba disimpan dalam bilik stor.
Laporan mendedahkan agensi tersebut tidak menyatakan polisi pemulangan dan pengiraan semula perjanjian pajakan perjanjian yang dimeterai dengan MSTi Corporation Sdn Bhd dan Innovative Swift Sdn Bhd pada bulan April 2012 dan Januari tahun lepas, masing-masing menyewa 520 komputer dan 2,000 komputer riba kos sebanyak RM5.94 juta.
Innovative Swift merupakan pembekal utama, memajak sebanyak 2,000 komputer bernilai RM4.54 juta.
"Analisis audit mendapati sekiranya komputer yang ditemui tidak digunakan tersebut dipulangkan kepada pembekal, PTPTN boleh menjimatkan RM101,000 pembayaran sewa selama 13 bulan, daripada tarikh ia diterima pada 18 Disember 2012 hingga 31 Disember tahun lepas," kata laporan tersebut.
Tabung pendidikan tersebut memberi pegawainya komputer untuk digunakan, langkah yang disifatkan asing oleh pihak Jabatan Audit Negara.
"PTPTN perlu pertimbangkan semula sama ada pemberian dua komputer kepada setiap pegawainya itu praktikal atau munasabah. Pegawai hanya wajar diberikan laptop yang boleh digunakan di pejabat dan luar pejabat.

Audit: 'Upgrade' pengurusan pinjaman, pembiayaan PTPTN


KUALA LUMPUR - Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempertingkatkan pengurusan sistem pinjaman/pembiayaan pendidikannya yang secara keseluruhan kurang memuaskan.
Syor yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 itu berdasarkan pengauditan antara April dan Julai 2013 yang mendapati PTPTN gagal melaksanakan Education Loan Management System (ELMAS) secara menyeluruh.
Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, bahagian penyenggaraan pinjaman seperti permohonan lanjutan tempoh pembayaran, penangguhan dan pengecualian bayaran balik dilaksana menerusi Sistem Pengurusan Kutipan Balik (e-UPKB) yang tidak berintegrasi dengan ELMAS dan ELMAS-i (Islamic Eucatioan Loan Management System).
Selain itu capaian logikal ELMAS dan ELMAS-i juga lemah kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan Pengenalan Pengguna dan kata laluan yang dibangunkan sendiri oleh PTPTN terlalu ringkas.

Ketua Audit tegur projek Empangan Paya Peda lewat

KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat di sini hari ini, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak.

Audit yang dilakukan mengesan beberapa kelemahan antaranya pemilihan kontraktor tidak berkelayakan/berpengalaman selain penggunaan bilangan jentera yang kurang daripada yang ditetapkan, demikian menurut laporan itu.

Pihak terbabit juga gagal menubuhkan Emergency Response Team, kata laporan itu lagi.

Sehubungan itu Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Kementerian Kewangan (MOF) melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memastikan asas pemilihan kontraktor dibuat secara komprehensif dari segi kewibawaan, kelayakan, keupayaan dan pengalaman.

Audit: Elaun kerja lebih masa K1M RM1.39 juta


Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR - Kekurangan penjawat tetap di Klinik 1Malaysia (K1M) mengakibatkan bayaran elaun lebih masa berjumlah RM1.39 juta dicatatkan untuk tempoh 2011 hingga 2013.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, bayaran elaun lebih masa untuk petugas K1M bagi tahun 2013 berjumlah RM579,320; RM631,280 (2012) dan RM179,754 bagi tahun 2011.

Kekurangan tersebut menyebabkan petugas daripada Klinik Kesihatan atau klinik induk dan Pejabat Kesihatan Daerah/Bahagian berdekatan dipinjamkan ke K1M berkaitan dan terpaksa bertugas lebih masa.

Selain itu, laporan itu menyebut petugas yang terpaksa bekerja lebih masa boleh mengakibatkan keletihan dan terdedah kepada kecuaian perubatan.

Justeru, laporan itu mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan  supaya segera mengisi jawatan tetap bagi K1M agar dapat mengurangkan beban kerja serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan K1M.

Nurul: Jelaskan tender terus pada loji suria kepada 1MDB


Kerajaan mesti mendedahkan maklumat terperinci berhubung loji kuasa suria yang dikatakan dilulus dan dianugerah kepada syarikat milik penuh 1Malaysia Development Fund,walaupun mempunyai rekod “meragukan”.

Memetik maklumat “dipercayai”, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berkata, projek perintis 50 megawatt melibatkan 500 ekar tanah di Kedah dan dianugerah melalui tender langsung.

Beliau juga meminta kerajaan jujur berhubung prospek projek dan kepakaran 1MDB dalam bidang itu, kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kewangan negara.

Nurul Izzah juga berkata, sukar untuk mengetahui nilai tender kerana tidak pasti bantuan apa yang diberikannya kepada 1MDB.

MAHB banyak salahkan AirAsia, kata PAC


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan hari ini bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) banyak menyalahkan syarikat penerbangan AirAsia bagi peningkatan kos untuk projek KLIA2.

Pengerusnya PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan hari ini bahawa jawatankuasa itu akan mendapatkan maklum balas AirAsia berhubung tuduhan berkenaan.

“MAHB berkata AirAsia merupakan sebab utama dari segi peningkatan kos, jadi kita mahu tanya AirAsia mengapa (ia) minta lapangan terbang dan landasan lebih besar dan sebagainya.

“MAHB berkata ia boleh membinanya dengan kos RM2 bilion tatapi ia tidak akan menjadi sebesar sekarang,” kata Nur Jazlan.

Katanya AirAsia akan memberi keterangan kepada PAC pada 28 April untuk membolehkan jawatankuasa itu mengemukakan laporan seimbang berhubung isu KLIA2.

Kontrak bernilai lebih RM1.6 bilion selenggara hospital 25 tahun melalui tender langsung.


Pengagihan kontrak lebih RM1.6 bilion untuk pembinaan dan penyelenggaraan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur dibuat melalui tender langsung.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya memberitahu Dewan Rakyat, hospital itu dibina dengan kos RM848 juta oleh Konsortium Prohawk Sdn Bhd.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) dalam sesi soal jawab.

Hilmi juga berkata, konsortium itu juga diberi kontrak 25 tahun untuk pengurusan bangunan, pengurusan aset dan pengurusan kemudahan.

Kesemua kontrak itu mencecah angka RM175 juta setahun.