Ahad, 6 April 2014

Ibrahim Ali kata Umno dan PAS sama-sama ‘biol’, pulak dah…


Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada Umno dan PAS yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.
"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?
"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja – kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.
Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim meluahkan kemarahan kepada PAS, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo PAS dalam pilihan raya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan PAS.
Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada Umno, BN dan kerajaan juga amat terserlah.
Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihan raya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon Umno di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh Umno dan BN dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihan raya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap Umno, kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.
Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, Umno dan kerajaan.

Mustapa mahu MT Umno bincang hudud, satu tindakan positif

Ahmad dan Mustapa perlu berani melakukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed nampaknya positif dengan cadangan kerajaan Kelantan untuk mengemukakan private bill ke parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Pendirian Mustapa itu satu perkembangan baik dan yang dintunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan yang rindukan hukum hudud.

Pernyataan sikap positif Mustapa itu dibayangkan dalam kenyataan akhbar yang melaporkan beliau akan membawa soal hudud ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Mungkin inilah pertama kali Umno memberi respon serious dan positif terhadap hukum hudud yang sudah sekian lama di perkatakan.


Dalam kenyataan akhbar Mustapa sebagai mengulas cadangan kerajaan Kelantan, berkata,  Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud pada pada MT Umno kerana ia perlu dibincagkan sebelum kerajaan negeri Kelantan membentang rang undang-undang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1992 ke parlimen.

Menurutnya cadangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dari pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud.

"Tidak ada masalah, sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," demikian tegas Mustapa kepada pemberita. Pendirian dan sikap Mustapa itu positf untuk perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Rabu lepas selepas Exco Kelantan telah memutuskan akan mengemukakan private bill ke parlimen untuk meminta kebenaran kerajaan Pusat bagi membolehkan kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan pada tahun 1993 dilaksanakan di Kelantan. Serentak itu juga kerajaan Kelantan meminta agar pindaan berhubung bidang kuasa mahkamah syariah.

Semua negeri digesa wujud Wi-Fi untuk kemudahan rakyat, kata Jailani Johari


Semua kerajaan negeri perlu berusaha mewujudkan akses internet tanpa wayar di wilayah masing-masing untuk memudahkan orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet Wi-Fi secara percuma di lokasi tumpuan.
Menyarankan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (gambar) berkata kementeriannya sedia bekerjasama untuk tujuan itu bersama mana-mana kerajaan negeri.

Katanya sebagai contoh, kerajaan negeri Terengganu yang komited memberikan kemudahan 'Terengganu Open Wi-Fi' kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
"Ia merupakan satu inisiatif yang bagus dari Terengganu kerana kadar penembusan jalur lebar kebangsaan perlu dipertingkatkan di mana ketika ini telah mencapai 67.1% setelah pelbagai program dihasilkan di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Perintis Terengganu Open Wi-Fi bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.
Program Pelan Jalur Lebar Kebangsaan itu termasuk program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, peluasan liputan selular dan program Komputer 1Malaysia.

Himpunan Derita Rakyat singkap nostalgia demo petani Baling ’74

Baling 4BALING 6 APRIL: Himpunan Derita Rakyat di Baling Kedah malam tadi menghimpunkan ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi mendesak kerajaan membela nasib penoreh dan petani yang kini menderita ekoran penurunan harga getah.
Ia mengembalikan semula nostalgia Demontrasi Baling pada tahun 1974 hampir 40 tahun lalu, sekaligus membangkitkan semula perjuangan petani dan penoreh getah.
Bermula seawal jam 2 petang, kesesakan berlaku dari Tawar sehingga ke Kuala Pegang dan membawa ke Taman Perda Kupang, Baling di mana himpunan berlangsung.
Ribuan yang hadir tidak berganjak walaupun hujan turun dengan lebat semasa pimpinan Pakatan Rakyat dan pelbagai NGO menyampaikan ucapan mereka sehingga tengah malam.
Mereka yang datang turut bersama-sama membawa sepanduk dan kain rentang bagi menzahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap menindas penoreh getah dan petani.
Baling 2Sebanyak 32 pertubuhan termasuk pelbagai NGO turut menyertai himpunan yang dianggap sebagai ‘Demonstrasi Baling 2.0′.
Antara yang berucap ialah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman yang berkata beliau akan menghantar memorandum kepada perdana menteri berhubung isu penurunan harga getah.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, pula berkata kerajaan perlu menjalankan lebih banyak usaha mengawal harga getah dan memperkenal mekanisme bagi mengelakkan penoreh atau peraih ditipu syarikat besar.

Umno Kelantan bawa isu hukum hudud ke mesyuarat MT..!!


Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).
Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.
Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.
"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli hari ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

RM300 Juta Wang Rakyat Dibazirkan: 'Kalau tiada kuasa lebih baik bubar Esscom' - LKS


Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut agar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tiada kuasa dalam menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.

Katanya, badan pemerintah itu tidak sepatutnya bertindak dengan tidak bertanggungjawab seperti itu selepas menerima peruntukan RM300 juta.

"Esscomm sepatutnya ditutup jika selepas rakyat Malaysia belanja RM 300 juta, ia hanya boleh kata 'tiada kuasa' selepas dua wanita diculik dari sebuah resort di Semporna Rabu lalu," kata Lim dalam kenyataannya.

Lim mengulas kenyataan ketua komunikasi korporat Newmond Tibin Jumaat lalu yang dilaporkan sebagai berata, Esscom tiada kuasa secara langsung terus untuk memberi arahan kepada 10 daerah Zon Pantai Timur Sabah (Esszone).

Newmond dilaporkan sebagai berkata semua daerah tersebut mempunyai ketua polis daerah sendiri di bawah Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan tugas Esscom hanyala menyelia agensi terlibat.

"Inilah contoh terbaru pentabiran memalukan Malaysia, satu demi satu agensi menafikan tanggungjawab dan menolaknya kepada agensi lain, seolah-olah rakyat Malaysia ini bodoh.

"Selepas membelanjakan lebih RM 300 juta, rakyat Sabah dan Malaysia diberitahu Esscom tidak bertanggungjawab dengan keselamatan mereka. Jika begitu, kenapa tubuhkan Esscom?,” soal Lim.
 

Matta: Wan Junaidi hina rakyat Malaysia


Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah mengesyorkan agar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menarik balik saranan agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Pengerusi Matta Sabah Robet Chong berkata cadangan tersebut amat mengecewakan dan menghina rakyat Malaysian kerana timbalan menteri itu tidak dapat menjamin keselamatan di kawasan terbabit.

"Ia akan memberi kebaikan kepada semua pihak sekiranya timbalan menteri dalam negeri dapat menarik kembali kenyataan beliau kerana kenyataan negatif itu memberi akibat serius ke atas keyakinan perniagaan, pelaburan dan pembangunan di Semporna," katanya.

Beliau turut menggesa agar industri pelancongan terus bersatu dan tabah menghadapi cabaran yang akan timbul ekoran kenyataan timbalan menteri itu.

Sementara itu naib presiden Matta (kemasukan pelancong) KL Tan pula menyatakan kekecewaan ke atas keengganan Wan Junaidi untuk menjamin keselamatan di resort terpencil di perairan Sabah itu.

"Cadangan timbalan menteri dalam negeri menutup resort ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," kata Tan.

MH370 : Pesawat Dipercayai Terbang Menyusuri Pinggir Ruang Udara Indonesia Bagi Elak Dikesan

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang  dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin  sengaja  terbang  di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

MH370: Kehilangan 'melampaui keraguan munasabah' kata CEO Mas


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) berkata hari ini bahawa peranan syarikat penerbangan itu adalah untuk menjaga keluarga penumpang pesawatnya yang hilang dan mengekang pengiklanannya sebagai menghormati kesejahteraan mereka.

MAS dan pihak berkuasa Malaysia berdepan dengan kritikan hebat, terutamanya dari China, kerana didakwa tidak mengendalikan dengan baik usaha mencari pesawat itu dan juga didakwa menyimpan maklumat. Kebanyakan daripada 239 penumpang penerbangan MH370 yang hilang itu adalah rakyat China.

CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kehilangan pesawat itu
"melampaui keraguan munasabah".

Pada hari Isnin masuk 30 hari pesawat itu hilang komunikasi dan hilang dari radar awam.

"Peranan kami pada dasarnya adalah untuk menjaga keperluan keluarga dan saudara-mara penumpang," katanya kepada Reuters, sambil menambah semua usaha telah diambil untuk memastikan "kesihatan emosi dan kewangan" mereka.

Tetapi katanya, beliau memahami kekecewaan keluarga terbabit.

Map of MH370's updated flight path

NASA Captures Solar Flare

Expert: Signals likely from missing jet, needs verification

Penculik di Semporna hubungi keluarga pelancong wanita China


Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telahpun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.
"Keluarga mangsa itu sendiri diberi peluang bercakap dengan mangsa culik berkenaan melalui telefon. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihak Esscom akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

SIAPA YANG LEBIH BERAKHLAK..?

TAWARAN PENAMPAR

Kenyataan

Zahid Hamidi Vs Teresa Kok

Malaysia terburu-buru buat perjanjian perdagangan bebas

Ekonomi terbuka bakal memusnahkan ekonomi negara kerana syarikat tempatan tidak mampu bersaing, kata Mapim.

TPPA NEWPETALING JAYA: Makaysia terburu-buru mengadakan perjanjian perdagangan  bebas dengan negara maju lain sedangkan ia tahu akan menyebabkan rakyat semakin sukar kerana ketidakmampuan negara bersaing, kata pengerusi majlis perunding ekonomi Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
“Malaysia tidak boleh dan tidak mampu bersaing dengan Amerika (Syarikat) dan negara-negara maju lain, tetapi tetap menandatangani perjanjian dengan negara-negara itu.
“Malaysia cuba buat perjanjian bilateral tetapi keupayaan terbatas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malaysia dalam proses akhir untuk menandatangani TPPA meskipun mendapat bantahan besar dari pelbagai golongan.
Kata Mohd Azmi, ekonomi terbuka ini bakal memusnahkan ekonomi negara kerana syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing dengan gergasi luar.
“Jangan ghairah untuk global, tetapi sebaliknya bertindak mengikut kesesuaian dan keperluan…kita tidak perlu bersaing mengikut pasaran bebas tetapi berdasarkan pertumbuhan eknomi negara,” katanya lagi.

Tentang hudud kerana tanggungjawab kata MCA..!!


Pemuda MCA menangkis dakwaan pertubuhan pendesak Melayu PERKASA bahawa parti itu cuba mencampuri hal ehwal agama Islam melalui tentangannya ke atas usaha kerajaan Kelantan untuk mendapatkan perisytiharan Parlimen untuk melaksana hudud.

Ketua biro guaman Pemuda MCA Eric Choo Wei Sern dalam kenyataannya menyebut bahawa pendirian itu dibuat dengan berpandukan undang-undang.

“Tambahannya, pentadbiran PAS sememangnya mempunyai (pernah) melaksanakan kaedah agama Islam ke atas rakyat Malaysia yang bukannya beragama Islam.

“Oleh yang demikian, ia adalah tanggungjawab dan kewajipan MCA untuk membantah dan menghalang segala percubaan oleh pentadbiran PAS yang boleh menjejaskan keamanan, kedamaian dan keharmonian negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menjelaskan bahawa MCA tidak berdiam diri dalam isu kalimah Allah, seperti didakwa PERKASA.

Malah, MCA bertindak lebih proaktif dengan menghantar peguam pemerhati semasa kes penggunaan kalimah Allah itu berlarutan di mahkamah.

Beliau yang memulangkan paku buah keras kepada PERKASA berkata, langkah itu berbeza dengan tindakan mengadakan perhimpunan di luar bangunan mahkamah semata-mata.

TGNA | Kuliah Jumaat 04 April 2014

Dunia membisu lihat kekejaman regim Zonis As-Sisi

Oleh MOHD NASAIE ISMAIL
KETIKA sampai ke Kaherah pada 30 Mei 2013, Mesir sedang panas dengan isu Empangan Nahdah yang hendak dibina oleh Ethiopia di Hulu Sungai Nil.
Pembinaan itu akan menyebabkan Mesir dan Sudan yang berada di Hilir akan menerima air yang semakin kurang.
Presiden Mesir ketika itu, Dr Muhammad Morsi telah mengadakan pertemuan dengan semua parti politik samada yang bersama kerajaan atau pembangkang untuk membincangkan kepentingan besar negara tersebut.
Sungai Nil ibarat nyawa kepada bumi Mesir yang menjadi tempat pergantungan hidup rakyat dan pertanian di Mesir
Namun, pembangkang yang telah membuat pakatan bernama Tamarud telah memboikot pertemuan tersebut dengan mengatakan tiada sebarang perbincangan lagi dengan ‘diktator Morsi’.
Ia istilah yang mereka gunakan untuk memburukkan Dr Morsi, kerana mereka sedang fokus kepada himpunan besar Tamarud pada 30 Jun 2013 untuk menggulingkan Morsi.
Jika di zaman Mubarak, tiada istilah pembangkang yang dominannya kerana diktator Hosni Mubarak sentiasa memenjarakan penentangnya khususnya daripada Ikhwan Muslimin dan lain lain parti. Bahkan media juga tertutup rapat kepada pembangkang di Mesir sejak zaman berzaman.
Dr Morsi yang memenangi pilihan raya Presiden dengan majoriti yang tipis, tetapi partinya Parti Kebebasan dan Keadilan Sejahtera (FJP) mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya Parlimen.
Parti yang ditubuhkan Ikhwan Muslimin ini memenangi 45 peratus kerusi parlimen dan Parti An Nur yang ditubuhkan Dakwah Salafiah telah memenangi 25 peratus kerusi
Bermakna suara rakyat Mesir 70 peratus memilih parti Islam sebagai majoriti di parlimen. Baki 30 peratus dikongsi oleh parti parti lain. Walaupun mempunyai kerusi yang besar di parlimen, Dr Morsi tidak membentuk kerajaan monopoli.
Majoriti anggota kabinetnya daripada teknokrat termasuk Perdana Menteri Dr Hisham Kandil juga bukan orang politik.
Ketika hendak menggubal perlembagaan baru, panel jawatankuasa perlembagaan yang dilantik daripada pelbagai kelompok mewakili parti kerajaan dan pembangkang, NGO, Al Azhar dan wakil beraja.
Majoritinya bukan daripada Ikhwan Muslimin walaupun mereka menguasai 45 peratus parlimen tetapi penyertaan mereka tidakpun sebanyak itu dalam jawatankuasa tersebut.
Media bebas
Media massa diberi kebebasan seluasnya. Daripada 12 akhbar utama, hanya 2 sahaja yang menyokong Mursi. Bakinya menghentam Presiden hari hari.
Gambar gambar firaun berwajah Mursi menjadi hidangan akhbar akhbar tersebut. Atas nama demokrasi, kerajaan tidak menyekat akhbar tersebut.
Tiba tiba kerajaan beliau digulingkan atas nama tidak demokratik dan mengembalikan diktator. Walaupun dalam banyak isu besar negara, mereka diajak sama untuk duduk sama dengan kerajaan membuat keputusan.
Kerajaan demokratik ini digulingkan diawal Julai setelah beberapa hari himpunan Tamarud dijayakan di Tahrir dan Istana Ittihadiah. Masih ingat lagi ketika Jerenal Abdel Fatah As Sisi mengumumkan penggulingan Dr Morsi, tidak berapa lama selepas itu, Dr Morsi pula mengumumkan bertahan sebagai presiden.
Beliau membuat kenyataan media ditika kelilingnya dipenuhi dengan tentera Pengawal Republik yang menjadi pengawal presiden. Mereka ini kekal mengawal Presiden walaupun dahulunya berkhidmat dengan kerajaan Mubarak.

Firaun baru perintah Mesir...OIC mendiamkan diri..!!!

Oleh Abd Shukur Harun
SETELAH 3,000 tahun berlalu, sejak berakhirnya pemerintahan tirani Firaun di bumi Mesir, kini suasana dan bentuk pmerintahan Firaun kelihatan telah kembali menguasai bumi anbiya itu.
Kini kerajaan tentera Mesir pimpinan Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi yang dianggap Firaun baru, mengganas dengan membunuh puluhan ribu rakyat Mesir, khususnya pendukung Ikhwanul Muslimin sejak setahun lalu ketika mereka melakukan solat-solat maghrib, isyak, tarawih dan subuh di sejumlah tempat di Kaherah dan kawasan lain.

As-Sisi melakukan ini ketika beliau mengetuai rampasan kuasa oleh tenteranya, menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi yang sah dipilih oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya dua tahun lalu. Tentera Mesir telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Mesir yang pro-Morsi di banyak tempat di Mesir. Mereka yang masih hidup dipenjara dan diseksa oleh rejim tentera sejak setahun lalu itu.
Maka penghujung episod kekejaman ini ialah pada minggu lalu, Mahkamah Tentera Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin, termasuk Mursyidul Amnya, Prof Dr Mohamed Badie yang semuanya kini dalam penjara. Dalam masa yang sama diberitakan, ribuan anggota Ikhwan yang ditahan di pelbagai penjara di negara itu telah dihukum penjara yang panjang masanya, dengan kerja berat.
Tindakan rejim tentera As- Sisi ini bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan serta hak rakyat untuk memilih pimpinan mereka, sesuatu yang tidak pernah dinikmati oleh rejim dunia Arab sendiri selama ini.
Adapun semua tindakan rejim tentera Jeneral As-Sisi ini adalah dalam usaha tenteranya untuk menghapuskan sama sekali anggota Ikhwan-Muslimin, di mana menurut laporan tindakan ini ialah atas arahan kerajaan Israel sendiri kepada As-sisi.
Beliau sendiri yang tangannya berlumuran darah ribuan syuhada Ikhwan, diberitakan akan mencalonkan dirinya sebagai Presien Mesir dalam pemilihan Presiden tidak lama lagi.
Selain As-Sisi, pemimpin gerakan kiri Hamdeen Sabahi – yang popularitinya di tempat ketiga dalam pilihan raya 2012 – sudah mengisytiharkan akan juga bertanding sebagai calon presiden.
Amerika Syarikat, sumber bantuan utama ketenteraan ke Mesir, dikatakan tidak menyokong mana-mana pihak atau parti dalam pilihan raya Presiden ini.
Sungguh malang apabila pihak negara Islam, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), termasuk Malaysia sendiri dan Liga Arab - kecuali Qatar dan Bahrain - membisu seribu bahasa terhadap hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera Mesir terhadap 529 anggota Ikhwan itu.
Bagaimanapun Kesatuan Afrika menggantung keahlian Mesir sebagai anggotanya kerana negara itu menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

Pencarian MH370 dipertingkat untuk jejaki isyarat


Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth. - Gambar Reuters. 
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth. - Gambar Reuters.

Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi dipertingkat pada Ahad, hari ke-30 operasi, bagi menjejaki isyarat yang dikesan oleh sebuah kapal China semalam.
Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal dikerah dalam misi pencarian MH370 hari ini.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth.
"Cuaca dijangka baik dengan ketinggian awan pada 2,500 kaki manakala jarak penglihatan melebihi 10 km," kata kenyataan itu.
Semalam, kapal Haixun 01 mengesan isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz yang mungkin datang daripada kotak hitam pesawat tersebut.
Dalam pada itu, JACC mengulangi bahawa isyarat yang dikesan oleh kapal China tersebut masih belum dapat disahkan.

MH370: Kapal Australia juga kesan isyarat ping


Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di Perth hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

MH370: Utusan tumpu teori konspirasi CIA


Satu tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini cuba membangkitkan teori yang mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat yang didakwa untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China.

Penolong pengarang akhbar itu Ku Seman Ku Hussein dalam tulisannya itu turut berpendapat kerajaan juga mengambil kira sebahagian dari “teori konspirasi” mengenai serangan 11 September itu.

“Mereka lebih bijak dari CIA,” katanya dalam huraian berhubung sikap Malaysia yang didakwa enggan membiarkan CIA mengetuai operasi pencarian pesawat MH370.

Beliau berkata demikian berdasarkan "kata kunci" bahawa pesawat tersebut membawa 135 orang penumpang warga China, manakala penumpang warga Malaysia hanya 38 orang.

"Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370.

"Ini berkait rapat dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia-China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar," katanya lagi.

CNN alat perang saraf

Memali: Not late for truth and justice

The Memali massacre must stand out as one of the bloodiest episode of defiance against detention without trial.

Memali
By Kua Kia Soong
Early on Nov 19, 1985, the Malaysian police under the direction of the Home Minister laid siege on a house in the Kedah village of Memali in which PAS leader Ibrahim Libya and his comrades were staying in a bid to resist arrest under the Internal Security Act.
There were no lengthy negotiations with the besieged and by noon 14 men, including Ibrahim Libya, lay dead. Four police personnel also died, apparently as a result of friendly fire and several of the survivors were arrested under the ISA.
Certainly this 1985 massacre at Memali shares the same moral shame as the 1948 Batang Kali massacre, when 24 innocent villagers were mowed down by British troops at Batang Kali.
Instead of a remorseful apology to Ibrahim Libya and the other deceased, the Barisan Nasional government has used the Memali massacre as a spectre to warn the electorate against involvement in extremist or “deviant” Muslim sects.
In the same way, the May 13 pogrom is continually resurrected as a warning and threat to the Chinese electorate should they choose to vote for the Opposition.
Musa, Dr M, IGP collectively responsible
The Home Minister at the time, Tun Musa Hitam has recently tried to shift the responsibility for the massacre to the then Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.
In fact, what Musa asserts had been disclosed three years ago, by the then OCPD of Baling, YM Tunku Muszaffar Shah, in his book entitled ‘Memali: A Policeman Remembers’.
The ex-OCPD said that the poor decision-making at the time was the result of political interference and an underestimation of the tenacity of Ibrahim’s followers.
The fact that Mahathir was still in Malaysia when the Memali massacre took place had also surfaced during the launch of the book.
But whether Mahathir was still in Malaysia at the time or already on a visit to China is immaterial – collective responsibility binds those in the relevant positions of power together.
Thus the Home Minister has to take full responsibility for such an executive action as well as Amin Osman, the then Acting Inspector General of Police at the time, for his role in executing the bloody plan.
As with Operation Lalang, May 13 and other historical tragedies in our country, the Government White Paper on Memali attempts to whitewash over the government’s responsibility for the crisis.
Next, the official propagandists dutifully echo the whitewashed rendition of these events, which then becomes immortalised in school textbooks and in officially sponsored films such as Tanda Putera.
In the case of the Memali massacre, The Star’s recent ‘fact box’ cited Ibrahim Libya and his followers among the list of “major violent cases involving deviant groups in the country.”
Defiance against detention without trial
The Memali massacre must also stand out as one of the bloodiest episode of defiance against detention without trial.

Memali: Pemimpin BN masih takut pengaruh Mahathir

SHAH ALAM, 6 APR: Tindakan berdiam diri pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pembabitan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam peristiwa berdarah Memali menunjukkan mereka masih takut kepada pengaruh beliua walaupun tidak lagi berkuasa.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chu, berkata BN masih belum mempunyai keberanian seperti yang dilakukan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam untuk mengakui perkara berkenaan walaupun peristiwa itu berlaku, hampir 30 tahun lalu.
“Bagi saya, ini adalah sejarah gelap yang enggan dihadapi BN. Mereka juga tidak mempunyai keberanian seperti Musa untuk mengaku bahawa satu dosa besar yang bertentangan dengan hak asasi manusia dilakukan rejim BN.
“Mereka mungkin juga masih takut kepada pengaruh Mahathir dalam Umno, maka sebab itu belum bersedia untuk mendedahkan kebenaran,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Musa sebelum ini tampil mendedahkan Mahathir berada di Malaysia ketika berlakunya peristiawa berdarah Memali yang mengakibatkan 14 orang terkorban dan berpuluh yang lain cedera, pada 19 November 1985.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak penarikan semula Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen pada tahun 1986, selain menarik fatwa ‘Bughah’ yang dikenakan terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 dibentang esok

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun 2013 Siri 1 akan dibentang di Parlimen esok.
Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, dalam laporan itu sebanyak 54 pengauditan prestasi dan 19 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.
"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, alam sekitar dan pengurusan syarikat," demikian menurut kenyataan itu.
Jabatan Audit Negara turut mengemukakan 109 syor kepada kerajaan persekutuan, 24 syor kepada badan berkanun persekutuan, 170 syor kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 1 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dilema Malaysia dilema semua, kata Nurul Izzah

Tidak mustahil jika di kemudian hari, akan ada disebut mengenai ‘dilema India’, ‘dilema Jawa’, ‘dilema Bugis’, ‘dilema Mendeling’ di mana kesemuanya dirangkakan atas dasar perkauman. 

Nurul IzzahPETALING JAYA: Tidak patut untuk berhujah secara sinis dan umum tanpa membahaskan sesuatu masalah atau perkara pokok dengan menutup kebenaran, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Malah, membuat pernyataan secara fitnah dan membuat pertuduhan terhadap seseorang atau kaum sebagai punca sesuatu masalah dengan tidak ada rasa takut bermain api dan sentimen emosi adalah tidak bertanggungjawab.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada zaman penjajahan British ke Tanah Melayu, sering terdengar teriakan wujud ‘dilema Melayu’ yang menggariskan ‘masalah besar’ bangsa Melayu yang perlu memilih antara dasar Ketuanan Bangsa atau Ketuanan Perlembagaan.
“Kini, selepas lebih 43 tahun kita merdeka, tetapi kini kita masih dihantui dilema ini yang tidak pernah dapat diselesaikan kerana ia bertujuan menggariskan punca ‘masalah’ sebenar iaitu rasuah, salah guna kuasa dan kronisme, tetapi sebaliknya digunakan untuk ‘menakutkan’ dan ‘memenjarakan’ bangsa agar ‘berjuang’ serta ‘mengundi’ untuk kepentingan golongan elit yang berkuasa atas alasan perkauman,” ujar Nurul Izzah di dalam bukunya yang berjudul “Masa Depan Masa Kita” yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Mac lalu.
Jelasnya lagi, selepas Plihan Raya Umum 13 (PRU13), rakyat diminta sekali lagi untuk membuat pilihan apabila diunjurkan kewujudan ‘dilema Cina’ yang dikatakan bangsa Cina perlu memilih antara membolot atau mengongsi kuasa politik dengan bangsa lain.
Jika ini menjadi satu trend, maka tidak mustahil jika di kemudian hari, akan ada disebut mengenai ‘dilema India’, ‘dilema Jawa’, ‘dilema Bugis’, ‘dilema Mendeling’ di mana kesemuanya dirangkakan atas dasar perkauman.
Tambah Izzah lagi, sepatutnya kita mesti merangka semula dan memperluaskan istilah dilema menjangkau isu perkauman kepada dilemma politik, ekonomi, jenayah, pendidikan dan rasuah.
Bukan itu sahaja, bila disebut wujud ‘dilema politik’, keputusannya dapat dilihat pada PRU13 yang lepas.
“Pilihan majoriti 51 peratus rakyat untuk Pakatan Rakyat berbanding 47 peratus untuk Barisan Nasional yang membentuk kerajaan minoriti, nyata menimbulkan ‘demokrasi songsang’,” tambah Izzah lagi.
Demokrasi songsang

Protes tetap harga siling getah 1974 di Baling diingati

Hujan renyai-renyai tidak menghalang semangat peserta demonstrasi apabila mereka berdiri dan menjerit laungan "reformasi" di perhimpunan Baling 2.0 di Kupang, Kedah semalam.
Mereka menuntut Putrajaya menetapkan harga siling RM4 sekilogram bagi getah.
Pekebun kecil dan penoreh getah menghadapi masa-masa sukar apabila harga getah kini berada diparas rendah, sekitar RM2.30 sekilogram.
"Penoreh dan pemilik kebun kecil sudah tentu berhadapan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi," kata Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah apabila beliau membacakan deklarasi tuntutan di perhimpunan dengan tema "Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0" di Padang Awam Keda di Kupang.
Program anjuran PAS Kedah itu adalah bagi memperingati ulang tahun ke-40 demonstrasi Baling 1974.
Amiruddin berkata, rakyat menuntut campur tangan kerajaan melalui pelaksanaan pemantauan supaya kos pengeluaran tidak hanya ditanggung oleh penoreh getah dan pekebun kecil sebaliknya ditanggung bersama pengeluar, kerana itu membolehkan kos pengeluaran tidak melebihi RM1 sekilo.
Hujan yang turun tidak dipedulikan oleh orang ramai yang hadir dan terus bersama sehingga perhimpunan tamat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014. Hujan yang turun tidak dipedulikan oleh orang ramai yang hadir dan terus bersama sehingga perhimpunan tamat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014. Deklarasi berkenaan yang antaranya menuntut getah kering ditentukan  secara saintifik oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi memastikan kadar timbangan tidak dimanipulasi.
Mereka juga menuntut kerajaan memberikan subsidi baja untuk pokok getah bagi tempoh 25 tahun dan penanaman semula getah termasuk memansuhkan cukai getah bagi mengurangkan beban rakyat.
“Penentuan harga getah perlu ditentukan selepas mengambil kira kos penoreh dan pekebun kecil, bukan hanya berdasarkan harga ditawarkan panel penasihat," kata Amiruddin.
Deklarasi itu dipersetujui 32 pihak termasuk PAS Kedah, Pemuda PSS Kebangsaan, PKR, DAP, penoreh getah, petani, dan pelbagai agensi bukan kerajaan seperti Suara Orang Kampung.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda,  Mazlan Aliman berkata, pendapatan peneroka getah terlalu rendah.

GST: Who’s the liar, Barisan or Pakatan?

Dr Dzulkefly Ahmad

After much anticipation surrounding the introduction of a new Goods and Services Tax (GST) regime in Malaysia, the GST Bill 2014 was finally tabled in the parliament last Thursday. The raging debate is on.Much to the chagrin of the opposition MPs, despite their gallant fight to debate this bill, it is a fate accompli. The Barisan Nasional government will pass this bill regardless. A simple majority is all it takes to replace the existing Sales and Services Tax (SST), to this new consumption tax.
Since this writer is no longer an MP, let him debate the BN, nay the entire nation here. Let us be honest and call a spade a spade, shall we? Avail yourselves to debate with me, here and now? There are obviously many facets to this issue. Let us consider only one for today.
When the government bragged and bandied around in almost all their advertisements, that because the BN is gracious and care for the rakyat (People’s First), they now have replaced 2 taxes, i.e., the SST, with one tax, the GST.
Besides, they also claimed that (blissfully ignorant and oblivious perhaps), while the SST is 16% (Sales-10% and Services-6%), lo and behold, it is only 6% for GST now!
A deeper reflection on this ‘battle cry’ unfolds its pathetic lie quite evidently. It wouldn’t allow a discerning Malaysian to be easily fooled. If truly the rakyat-cum-tax-payers are to be better off with one GST than two SST, and 6% GST than 16% SST, i.e., paying less tax hence generating less income for the government’s coffers, would the government ever embark on replacing the existing tax system? Caught lying through their teeth again!
So, what is the logical conclusion? Doubtless, the BN government is in to make a handsome and an enormous tax income from the new GST as compared to the SST! How?
And more importantly, who are paying for that? Would it be the animals in the zoo or the birds in the sky, or the machines and robots in the factories?
Nope! You know that. The taxes collected are coming from you. Yes, you the rakyat! And because it is a "consumption tax" as opposed to an "income tax" regime, it is indisputably a broad-based tax, insofar, as not differentiating your wealth or income. It cuts across the board.
Besides, it doesn’t differentiate you by way of age; whether you are an infant, a toddler or in your twilight! If those goods and services" are not in the "Gazettes" (to be announced later, as mentioned in the bill), as zero-rated or tax-exempted, regardless of who you are or how old or young you are, you PAY!
Furthermore, it is broad-based because they are collecting a lot more in GST than SST. Well, because a lot more items are going to be taxed!

Selamat jalan ‘Zorro’, damailah kau di sana

Amin Iskandar@Black

Saya mula mengenali Bernard Khoo yang menggendalikan blog Zorro Unmasked, yang juga seorang bekas guru ketika fenomena penulisan blog politik sedang rancak di Malaysia sekitar 2006-2007.
Pada ketika itu, penulis blog belum begitu ramai dan kebanyakan penulis blog sosiopolitik boleh dikenali tidak kira yang menyokong Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).
Selain Khoo, saya juga berkesempatan mengenali ramai penulis blog lain seperti Elviza Michelle Kamal, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Haris Ibrahim, Datuk Ahirudin Atan, Monsterball dan ramai lagi.
Khoo yang lebih mesra dengan panggilan Zorro adalah di antara penulis blog terawal dan konsisten menulis di blognya walaupun selepas fenomena Facebook dan Twitter menenggelamkan dunia penulisan blog pasca Tsunami Politik 2008.Penghormatan terakhir Bernard Khoo a.k.a Zorro di Parlour 1, St Ignatius Church di Petaling Jaya. – Gambar oleh Amin Iskandar, 6 April, 2014. 
Penghormatan terakhir Bernard Khoo a.k.a Zorro di Parlour 1, St Ignatius Church di Petaling Jaya. – Gambar oleh Amin Iskandar, 6 April, 2014.
Apa yang saya kagum dengan Zorro adalah beliau konsisten dengan pendirian rakyat Malaysia tidak seharusnya dipisah-pisahkan mengikut kaum, tetapi harus bersatu sebagai “Bangsa Malaysia.”
Zorro dan yang lain-lain akhirnya menubuhkan kumpulan yang digelar “Saya Anak Bangsa Malaysia” yang masih lagi aktif sehingga kini.
Mereka seringkali mengadakan aktiviti bagi mempromosikan kesatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Lihatlah di “masthead” blognya, walaupun Zorro seorang Cina, beliau berkempen agar Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Arif Sabri Abdul Aziz yang juga pengendali blog “Sakmongkol AK47” untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) bagi parti DAP.
Apabila sampai masanya, Zorro meninggalkan dunia ini dua hari lalu.
Apa yang saya kesalkan ialah tidak berkesempatan untuk melawatnya ketika sedang sakit di hospital.
Di atas dasar hormat kepada Zorro, malam tadi saya dan seorang rakan memberikan penghormatan terakhir kepadanya di Parlour 1, St Ignatius Church di Petaling Jaya.

Baling 2.0: Kita tidak bermusim cinta pada Nabi – Presiden PAS

BALING: PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad SAW dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.

"Ada orang ada masa sayang nabi sayang nabi, masa rasuah rasuah, masa umrah-umrah.

"PAS tak macam ini. Ini cakap kita kita inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.

"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.

"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat

"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Pendapatan kita tidak cukup untuk tingkat kehidupan - LGE

PULAU PINANG: DAP tidak bersetuju dengan Bank Dunia bahawa kualiti sistem pendidikan Malaysia yang merosot adalah lebih membimbangkan berbanding tahap hutang isi rumah.

“Dr Frederico Gil Sander yang merupakan ahli ekonomi kanan Bank Dunia bagi negara Malaysia, menjelaskan bahawa sistem pendidikan negara kita yang substandard akan memberi kesan dari segi ketersediaan modal insan mahir yang diperlukan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang diperlukan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, sementara tahap hutang isi rumah yang tinggi tidak semestinya menjadi masalah sekiranya ekonomi terus bertumbuh dan rakyat mempunyai pekerjaan,” ujar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Katanya, Malaysia mencatat hutang isi rumah yang kedua tertinggi di Asia daripada 81.1% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012 kepada 86.8% KDNK pada tahun 2013.

Justeru, tambanya DAP percaya bahawa kedua-duanya membawa ancaman ekonomi yang sama besar kepada Malaysia dan mampu merosakkan Wawasan 2020 untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara maju.

Menurutnya, hutang isi rumah yang tinggi akan menurunkan kualiti kehidupan, dan rekod sosial membuktikan bahawa pendidikan anak-anak akan menjadi mangsa pertama apabila kesempitan ekonomi melanda.

“Tambahan pula, peningkatan pendapatan kita tidak cukup untuk menyediakan peningkatan kualiti kehidupan yang setimpal, manakala rakyat kita tidak mempunyai pendapatan yang menaik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
 

“BN mahu nyahkan Anwar,” kata Saifuddin


MUAR: Selagi batang tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas di pentas politik negara, selagi itu BN tidak akan senang duduk, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menjelaskan, Anwar bagi BN adalah ancaman paling besar, yang boleh menamatkan kekuasaan parti itu jika karier politik Ketua Pembangkang itu tidak dimatikan.
Sebab itu katanya, pelbagai fitnah cuba dibuat ke atas Anwar, hanya semata-mata mahu Anwar nyah dari politik negara ini.
"Sudah 16 tahun, tajuk liwat itu masih berjalan lagi.
"Ini bukan soal fitnah itu, tapi dia nak Anwar nyah dari dunia ini," katanya sambil menambah ketakutan sebenar BN kepada Anwar adalah kerana beliau sudah ‘mengubah’ jutaan rakyat pada PRU13 lalu.
Saifuddin berkata demikian pada ceramah Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini, malam tadi.
Turut berucap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub, serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Menurut Saifuddin lagi, BN semakin lemas dengan sokongan rakyat terhadap PAS, PKR dan DAP.
Bukan sahaja menang undi popular pada PRU13 tetapi sokongan Melayu yang meningkat pada PRK Kajang lalu turut membuatkan BN hilang punca untuk berdepan PRU14 nanti.
"Kalau Anwar tak ada, barangkali tak ada lagi barang naik, tak ada lagi subsidi dipotong, tak ada lagi kapal terbang hilang sebab tak ada lagi kapten yang kenal Anwar.
"Mereka ni nak kita faham begitu," kata Saifuddin sinis.

Langkah Johor biar sentimental, tapi menusuk kalbu - Salahudin

MUAR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat Johor akan mencipta sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Bercakap di hadapan lebih 2,000 hadirin sempena ceramah Karnival 60 tahun PAS Johor di sini malam tadi, beliau menegaskan derap langkah sedang diatur untuk mencapai matlamat itu.
"Dahulu dengan angkuh dan sombong ada pemimpin Umno kata, bumi bertangkup dengan langit pun PAS takkan menang di Johor.
"Sekarang kita sudah hantar empat orang wakil PAS dalam Dun Johor," kata beliau.
Menyedari perubahan di Johor sedikit lambat berbanding negeri lain kerana ianya kubu kuat Umno pada satu masa dahulu, namun katanya rakyat Johor kini sudah mahu berubah.
"PAS Johor lambat sedikit ibarat lagu sentimental, tapi menusuk kalbu," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada DAP dan PKR yang telah bersama PAS menguatkan lagi Pakatan Rakyat di negeri ini.
Dengan kerja kuat ketiga-tiga parti ini, beliau yakin perubahan besar akan berlaku pada PRU14 nanti.

Jika Johor ubah, seluruh Malaysia berubah - Kit Siang


MUAR: Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, beberapa tahun dahulu adalah sesuatu yang mustahil jika parti selain BN berharap untuk menang kerusi pilihan raya di Johor.
Katanya, ini kerana ketika itu Johor dianggap sebagai penyumbang kerusi 'fix deposit' kepada BN.
"Kalau enam tahun dahulu ‘unthinkable’ (tidak terfikir), ‘impossible’ (mustahil). Sekarang kalau ditanya kita boleh menangkah tidak, tentu boleh.
"Sekarang rakyat Johor sudah ubah. Kita bukan mahu ubah Putrajaya sahaja, tetapi Nusajaya juga," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 2,000 hadirin sempena ceramah Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini, malam tadi.
Turut berucap malam tadi ialah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa, Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution serta Pesuruhjaya PAS Johor Aminul Huda Hassan.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, Johor sekarang menjadi 'front line state' di Malaysia di mana semua mata tertumpu di sini.
"Semua orang tunggu apa berlaku di sini. Jika berlaku perubahan di Johor bermakna perubahan juga akan berlaku di Malaysia," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pakatan Rakyat telah berjaya menguasai 18 dari 56 kerusi DUN dengan masing-masing 13 DAP, 4 PAS dan 1 PKR.
Untuk mendapat majoriti mudah, Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Himpunan Derita Rakyat: Lebih 50,000 hadiri Baling 2.0

BALING: Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
Pihak penganjur menganggar 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 50,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda, dekat sini, bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.
Ini membuktikan solidariti terhadap luahan rasa dan rintihan rakyat khususnya para penoreh getah yang turun berhimpun sebagai mengenang nostalgia 40 tahun dahulu Demonstrasi Baling 1974.
Ucapan malam tadi dimulai dengan gimik dari badan bukan kerajaan (NGO) R (Royalti) diikuti pengkisahan oleh Mohd Kalam Md Hashim, 54 tahun iaitu penduduk Baling yang pernah menyaksikan peristiwa bersejarah 1974 itu.
Berucap pada malamnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Terdahulu pada petangnya diadakan sesi pidato oleh NGO-NGO antaranya R, Belatani, Turun dan ramai lagi.
Bagaimanapun hujan lebat turun sekitar jam 5:30 petang menyebabkan hadirin berselerakan mencari tempat berteduh.


MH370: Apakah Putrajaya akan batal cadangan penubuhan PSC, soal DAP


Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukan PSC sebagaimana yang pernah dijanjikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 25 Mac lalu. - Gambar The Malaysian Insider. 
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukan PSC sebagaimana yang pernah dijanjikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 25 Mac lalu. - Gambar The Malaysian Insider.

Apakah Putrajaya membatalkan rancangan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370, DAP menuntut penjelasan berkenaanya hari ini.
Ini susulan pengumuman Putrajaya semalam bahawa sebaliknya mereka akan menubuhkan pasukan penyiasat bebas.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan meneruskan cadangan untuk menubuhkan PSC.
"Pada 25 Mac, Hishammuddin memberi jaminan kepada Parlimen beliau akan mencadangkan kepada kabinet oleh ahli Parlimen untuk PSC dan Suruhanjaya Siasatan Diraja," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Hishammuddin berkata satu pasukan menyiasat akan ditubuhkan dan diketuai oleh seorang "penyiasat bertanggungjawab” bebas untuk menyiasat kehilangan MH370 itu.
"Seperti piawaian ICAO (International Civil Aviation Organisation), satu 'penyiasat bertanggungjawab' bebas akan dilantik untuk mengetuai pasukan siasatan," kata Hishammuddin kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra.
"Pasukan penyiasatan termasuk tiga kumpulan, iaitu kumpulan kelayakan terbang, kumpulan operasi dan kumpulan faktor perubatan dan manusia. "
"Kumpulan kelayakan terbang akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan MH370, struktur dan sistem," jelas Hishammuddin.
"Kumpulan operasi akan mengkaji rakaman penerbangan, operasi dan rekod meteorologi."
Akhir sekali, Hishammuddin berkata, kumpulan faktor perubatan dan manusia akan menyiasat isu-isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup.

MH370: KP Penerangan akui kelemahan SOP pusat media

KUALA LUMPUR: Peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak 8 Mac lepas, menguji kemampuan Malaysia dalam menguruskan media tempatan dan antarabangsa mendapatkan bahan liputan berita yang benar, tepat serta disahkan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata meskipun insiden itu menyatupadukan banyak agensi, namun beliau mengakui aspek prosedur operasi standard (SOP) di setiap agensi, termasuk Jabatan Penerangan, perlu diteliti semula agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa depan seiring cabaran yang dihadapi.
"Semua agensi memainkan peranan dengan baik, mempunyai SOP tersendiri, namun melihat kepada besarnya permasalahan ini (insiden MH370) dan apa yang kita dapat daripada peristiwa ini, kita perlu meningkatkan dan menambah baik SOP dalam menguruskan pusat media," katanya kepada Bernama.
Menyentuh cabaran yang perlu dihadapi Jabatan Penerangan, Ibrahim berkata sebagai pusat rujukan utama seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat berhubung MH370, ketiadaan maklumat tambahan untuk disalur kepada wartawan adalah antara kesukaran yang dihadapi memandangkan hanya maklumat disahkan dibenar untuk disalur kepada mereka.
"Proses penyampaian maklumat secara rasminya melalui beberapa peringkat, bermula dengan jawatankuasa teknikal yang akan melaksanakan penyiasatan, tapisan dan pengesahan maklumat, kemudian disalurkan kepada pasukan komunikasi yang akan merangka teks dan susunan maklumat sebelum dihebahkan di sidang media yang mana maklumat itu telah disahkan, sahih dan tepat," katanya.
Ibrahim berkata pihaknya berperanan mengendalikan pusat media setelah menerima arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkoordinasi penyampaian maklumat dan membantu media melaksanakan liputan serta mendapatkan maklumat yang betul.
"Selepas kita mendapat maklum balas daripada MKN mengenai krisis ini (MH370), kita terus menetapkan pusat media di Hotel Sama-Sama berdekatan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang) yang kemudian berpindah ke PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) untuk membantu media dari segi penghebahan maklumat melalui kenyataan akhbar dan e-mel selain mengadakan sidang media," katanya.

Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA..!!


Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu. – Gambar fail.Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu. – Gambar fail.Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).
Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu.
“Marilah kita berfikir di luar kotak mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?
“Konspirasi peringkat tertinggi melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baru. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan dibentangkan. Banyak pihak menerima hakikat 11 September adalah rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.
Misi pencarian MH370 hari ini memasuki hari ke-29 dan semalam kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
Agensi berita China, Xinhua, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.
Ku Seman berkata Malaysia perlu menaruh rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya, bertujuan mengeruhkan hubungan dua hala dengan negara China.
Katanya, konspirasi 11 September yang dianggap karut kini menjadi satu fakta dan pihak berkuasa perlu melihatnya daripada perspektif berbeza.

Guru bantah PBS terpaksa terima arahan berpindah


Mohd Nor Izzat Mohd Johari percaya beliau sedang diberi tekanan agar akur kepada arahan perpindahan ke sekolah pedalaman yang masih dalam peringkat rayuan. – Gambar fail.  
Mohd Nor Izzat Mohd Johari percaya beliau sedang diberi tekanan agar akur kepada arahan perpindahan ke sekolah pedalaman yang masih dalam peringkat rayuan. – Gambar fail. 

Guru yang menyuarakan bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terpaksa menerima arahan perpindahannya ke sekolah pedalaman selepas bantahannya terhadap sistem kontroversi itu.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, kini dalam rayuan kedua selepas rayuan pertama untuk tidak berpindah gagal. Guru hanya dibenarkan membuat rayuan sebanyak tiga kali.
Tiga minggu lalu, beliau dilepaskan daripada semua tugas mengajar dan jawatan dalam jawatankuasa kecil sekolahnya di Jerantut, Pahang.
“Saya dihalang mengajar di sekolah dan tiada tugas diberikan. Ia membuatkan saya berasa resah dan teruk,” kata guru pendidikan seni itu kepada The Malaysian Insider.
“Saya percaya ini cara untuk membuatkan saya berpindah ke sekolah baru, yang jaraknya 80 km dari sini.”
Peguam menasihatkannya supaya tidak melapor diri ke sekolah baru sehingga rayuan perpindahan didengar.
Arahan perpindahan mengejut dikeluarkan selepas Nor Izzat yang mengetuai Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkumpul mengadakan bantahan pada Februari.
Arahan pertukaran dipercayai kerana kelantangan Nor Izzat mengkritik sistem PBS dan percubaan meredakan bantahan SGMM.
Nor Izzat yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun berkata, dua orang kawannya yang lain turut menerima arahan pertukaran dengan alasan sama.
“Mereka tidak boleh menerima tekanan pihak lain namun tiada pilihan terpaksa bertukar ke sekolah baru,” katanya.