Sabtu, 5 April 2014

Thai PM supporters kick off days-long rallies

Chinese ship detects 'pulse signal' in Indian Ocean

Chinese patrol ship picks up signal in Indian Ocean(follow-up report)

Chinese patrol ship picks up signal in Indian Ocean

Tiada krew MH370 yang dibersihkan kata Hisham

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan penyiasatan ke atas anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 masih lagi berjalan dan tiada siapa yang telah dibersihkan.
"Saya tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan.  Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal.  Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi.  Itu, saya tahu masih berjalan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media berkaitan siasatan anak kapal MH370 pada sidang media mengenai pencarian MH370 di sini hari ini.
Rabu lepas KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah membersihkan kesemua penumpang MH370 daripada siasatan rampasan, sabotaj, psikologi dan masalah peribadi tetapi masih menyiasat anak-anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.  
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau tiada masalah dalam mendapatkan maklumat tentera dan data radar dari negara-negara Asean terutamanya yang terlibat dalam operasi menyelamat yang kini telah masuk hari ke-29.

Kapal China kesan ping, belum disah berkaitan MH370


Xinhua dan CCTV melaporkan bahawa kapal China Haixun 01 telah mengesan isyarat sekali sesaat pada frekuensi 37.5 kilohertz, yang konsisten dengan 'pinger' kotak hitam.

Ia dikesan pada 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur - kawasan di Lautan Hindi di luar Australia.

Bagaimanapun, laporan itu mengingatkan bahawa kaitan antara isyarat itu dengan dan MH370 masih belum disahkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.
  
"Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia," katanya.
  
Menurut kenyataan itu, pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama dan keadaan cuaca hari ini cerah dan hujan diramal berlaku di kawasan pencarian.

Dimana kita patut risau dengan GST-Bahagian 2

Merujuk kepada 160 buah negara lain hanya satu alasan untuk menjustifikasikan perlaksanaan GST. Ini bukan sebab yang sebenar mengapa kerajaan BN yang hanya mendapat 47% dari undi pengundi yang benar2 keluar, mahu melaksanakan GST.
Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus pemimpin BN.
Fakta nya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang melakukan pemalsuan lapuran income returns, GST dilaksanakan. Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata- kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat2 besar dan syarikat milik orang2 istimewa tidak bayar hutang seperti hutang bil letrik yang berjuta Ringgit- tapi tak kutip hutang ini. 
Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan file in claim untuk mendapatkan rebate keatas GST yang dikutip.

Himpunan Derita Rakyat 2.0 imbau Demonstrasi Baling 1974


BALING: Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 siang tadi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

Rata-rata pemimpin dalam ucapan mereka menceritakan kembali kisah demonstrasi Baling yang berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun sudah 40 tahun berlalu namun keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah sehingga munculnya himpunan pada hari ini.

"Keadaan tak bertambah baik selepas 40 tahun peristiwa di Baling dahulu.

"Suara dari Baling hari ini akan menjadi suara keramat untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan dalam isu harga getah ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pula dalam ucapannya berkata, peranan mahasiswa 40 tahun dahulu sangat kuat sehingga berjaya menghimpunkan para aktivis turun ke Baling membela nasib petani.

Persempadanan: SPR khianati Melayu untuk menangkan Umno - Fuziah

Fuziah-SallehKUALA LUMPUR 5 APRIL: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah mengkhianati orang Melayu dengan niat jahat untuk memenangkan Umno dalam Pilihan raya.
Katanya, cadangan undi mengikut kaum seperti disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah bukti jelas ia dilakukan untuk memastikan kemenangan Umno.
“Ini cara Umno untuk menang dan mereka menggunakan orang Melayu,”
“Mereka kekalkan kuasa, besarkan kuasa Umno untuk mendapat banyak undi. Mereka gunakan Melayu, tapi bila senang mereka akan tinggalkan Melayu dalam kemiskinan, biarkan Melayu merana.
“Bila pilihan raya mereka ambil Melayu balik, bagi BR1M, bagi macam-macam supaya Melayu terhutang budi dengan Umno,” jelasnya menambah  cadangan itu memarakkan isu perkauman.
Sementara itu, beliau turut membidas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang menyokong konsep undi berasaskan kaum walaupun ia dianggap menyamai ‘dasar aparteid’.
Katanya, Isma mempunyai haluan pemikiran ekstrem yang bahaya dan ia boleh memesongkan pemikiran orang lain terhadap ajaran Islam itu sendiri.
“Ini lebih bahaya dari Perkasa kerana mereka melabelkan nama Islam dan Islam menolak yang bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tak pernah dominasi kaum , Isma adalah rasis dan hanya berselindung di sebalik Islam,” kata Fuziah ketika dihubungi.

Lensa Himpunan Derita Rakyat - Baling 2.0














Hisham nafi semua penumpang MH370 'bersih'..!!

Almarhum Ustaz Fadzil Noor.- Isu Memali dan Pengganas (Parlimen Malaysia)

MH370: 'Hayat bateri pinger lebih pendek daripada jangkaan'

Malaysia nafi bersubahat dalam kehilangan MH370..!!

MH370 : Peranan Amerika Sebagai Dalang Makin Jelas !

Photo: Saturday, 5 April 2014.

MH370 - Peranan Amerika Sebagai Dalang Makin Jelas......

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.

Selain itu…

SHAH ALAM - Teori dan spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 tidak boleh disangkal kerana pesawat terbabit masih belum lagi ditemui sehingga kini.

Ini termasuklah teori pesawat itu disembunyikan   kuasa besar dunia  yang mempunyai kepentingan  terhadap kargo yang dibawa ataupun  penumpang 'penting' yang  dikatakan menjadi rebutan kumpulan tertentu yang kini menjadi antara berita  yang tersebar di dunia maya.

Bagi sesetengah pihak, teori ini masih  boleh diguna pakai kerana setakat ini masih  tiada sebarang petunjuk dan bukti positif berhubung penemuan  pesawat itu hingga ke hari ini.

Malah ada yang mengaitkan MH370 pernah mendarat di Pengkalan Tentera AS di Diego Garcia dengan kawalan tentera AS sebaik sahaja ianya  hilang dari radar.

Pegawai Dasar dan Perancangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim ), Kepten Norhaizad Ismail berkata, kecanggihan teknologi yang dimiliki negara-negara maju dalam operasi mencari pesawat berkenaan mampu membawa petanda positif kepada penemuan pesawat itu.

“Jika berlaku kebakaran dan letupan, kemungkinan besar serpihan pesawat akan dijumpai.

“Seandainya pesawat berada di dasar lautan itu, pasti kita akan menemuinya walaupun mengalami kesukaran dari segi cuaca dan kedalaman Lautan Hindi,” katanya ketika mengadakan lawatan  ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Samsuni Mohd Nor.

Norhaizad berkata,  negara barat menganggap kehilangan pesawat itu merupakan peristiwa yang misteri kerana hanya mengetahui lokasi terakhir dikesan oleh satelit Inmarsat di selatan Lautan Hindi.

“Sebelum ini Persatuan Penerbangan Udara Antarabangsa (IATA) turut mengakui kerumitan yang berlaku dalam hal ini dan akan mengkaji apa juga sistem di dunia ini untuk mengesan kapal terbang itu,"  katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Kepten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, seandainya benar teori rampasan pesawat MH370 berlaku dan disorokkan di sebuah lokasi, pasti satelit mampu mengesannya.

Menurutnya apa yang berlaku ketika ini begitu pelik, seolah-olah ada pihak tertentu yang mendalangi kehilangan pesawat itu.

“Pengalaman kami di Laut Cina Selatan dan teknologi yang dimiliki seperti ROV mampu membantu kami mencari objek di bawah dasar laut sekiranya ia benar-benar terhempas,” katanya.

Ditanya mengenai bateri litium yang dibawa dalam kargo MH370, beliau menyifatkan bateri tersebut merupakan barang yang mudah terbakar sekiranya berlaku kerosakan.

“Seperti sedia maklum bateri litium berbeza dari bateri lain dan ia disimpan secara bertekanan tetapi mempunyai cara memadamkan bahan kimia dalam bateri itu.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan seandainya berlaku kebakaran pasti juruterbang berjaya mengesannya di peringkat awal,” katanya.

Posted by Jeebond BLMJika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita.

Kerajaan BN tidak ambil iktibar siri ceroboh di Sabah

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melahirkan rasa terkilan dengan peristiwa penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.

“Kami merakamkan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap semuanya akan berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan insiden pada kali ini merupakan satu lampu merah kepada rakyat Sabah agar lebih berhati-hati untuk mempercayai janji Kerajaan Pusat bahawa masalah keselamatan di Sabah akan terjamin melalui pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kami merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Tanduo tempoh hari,” katanya lagi.

Hal ini, ujarnya seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu.

‘Kuasa rakyat’ mampu pastikan kerjasama politik BN-Pakatan berlaku, kata bekas timbalan menteri


Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) semasa bercakap di hadapan ahli Pemimpin Pelajar Luar Negara Malaysia di di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 April, 2014. Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) semasa bercakap di hadapan ahli Pemimpin Pelajar Luar Negara Malaysia di di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 April, 2014. Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, "kuasa rakyat" mampu memastikan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berlaku memandangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik idea tersebut selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.
Saifuddin yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata, idea konsensus nasional mahupun rekonsiliasi nasional tidak hanya bergantung kepada pemimpin politik.
"Sekiranya rakyat berterusan minta (konsensus nasional), saya yakin ia akan berlaku," kata Saifuddin ketika pertemuan bersama alumni kepimpinan pelajar Malaysia di luar negara di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang  berkata, adalah lebih baik PR menentang BN daripada bekerjasama dengan mereka disebabkan kezaliman BN terhadapnya.
"Dulu kita cadang dialog untuk bincang agama, rasuah, kaum. Kita ulang lagi dengan konsensus nasional.
"Sekarang tiada lagi. Kita lawan. Kerana apa? Biadap! Ini soal badan kehakiman, bukan Anwar," kata Anwar di hadapan penyokongnya dalam satu ceramah di Kajang.

Pencapaian DEB hingga 2012 antara terbaik di dunia, kata Wahid Omar.!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berpuas hati dengan pencapaian Dasar Ekonomi Baru dan akan diteruskan dengan Model Ekonomi Baru.  – Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berpuas hati dengan pencapaian Dasar Ekonomi Baru dan akan diteruskan dengan Model Ekonomi Baru. – Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyifatkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga 2012, satu keputusan memberangsangkan dan terbaik berbanding pembangunan ekonomi negara lain.
Beliau memberikan contoh kadar pembasmian kemiskinan sejak 1990 berbanding 2012 yang menyaksikan penurunan ketara.
“Kalau kita lihat dari segi pembasmian kemiskinan, daripada 49.3% pada 1970 kepada 1.7% pada 2012. Ini merupakan satu pencapaian amat tinggi dan antara yang terbaik di dunia.
“Dari segi lain-lain penglibatan Bumiputera dalam ekonomi juga meningkat. Kalau dulu hanya 2.4% dan kini meningkat kepada 23.5% serta banyak lagi peningkatan yang dicatatkan,” katanya dalam satu majlis pelantikannya sebagai mentor iM4u baru di Subang, hari ini.
DEB merupakan program 20 tahun sosio-ekonomi yang dilancarkan pada 1971 oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan seterusnya untuk menghapuskan pengenalan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum.

Syria's artifacts face new threats

13 aircraft, 11 ships search for plane on Saturday

Ahli Parlimen Islam perlu sokong usul Hudud di Parlimen

MH370: Mana pergi satelit, radar AS?

Mana pergi satelit, radar AS?
SHAH ALAM – Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan  pesawat berkenaan.

Negara-negara tersebut ialah Australia, Perancis, Thailand, Japan dan tidak ketinggalan United Kingdom melalui satelit Inmarsat.

Namun, agak menghairankan apabila negara yang mempunyai rangkaian satelit tercanggih di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) langsung tidak berkongsi penemuan satelit mereka.

Seperti diketahui juga, AS merupakan negara yang paling mendahului dalam bidang penguasaan teknologi, termasuklah peralatan dan pesawat canggih yang pastinya mempunyai keupayaan untuk mengesan di mana sesebuah pesawat berada.

Sebagai contoh, AS memiliki dan melancarkan satelit reconnaissance (pemantauan) paling banyak dengan kemampuan yang boleh menjangkau luas seluruh pelosok dunia.

Pernah digunakan sewaktu perang di Iraq dan Afghanistan, satelit yang sering kali dirujuk sebagai satelit perisikan ini bukan saja berfungsi mengambil gambar.

Malah, ia juga digunakan sebagai pengendali peluru berpandu nuklear dan membantu sistem komunikasi antara markas tentera dengan sistem keselamatan yang tidak mudah ditembusi.

Dalam kes membabitkan pesawat komersial, satelit dengan teknologi infra-red ini pernah mengesan letupan TWA Flight 800 pada 1996 di Lautan Atlantik.

Kumpulan terbaru peninjau udara sertai misi pencarian MH370


Perkhidmatan Kecemasan Negeri Australia Selatan (SASES) akan menghantar empat peninjau dengan pembabitan masa lampau dalam operasi dari udara untuk mencari pesawat di laut atau kawasan terpencil. – Gambar Reuters.Perkhidmatan Kecemasan Negeri Australia Selatan (SASES) akan menghantar empat peninjau dengan pembabitan masa lampau dalam operasi dari udara untuk mencari pesawat di laut atau kawasan terpencil. – Gambar Reuters.Kontinjen terbaru peninjau udara terlatih tidak lama lagi akan menyertai misi pencarian MH370 yang diketuai Australia, lapor Australian Associated Press (AAP).
Perkhidmatan Kecemasan Negeri Australia Selatan (SASES) menghantar empat peninjau dengan pembabitan masa lampau dalam operasi dari udara untuk mencari pesawat di laut atau kawasan terpencil.
"Ia berupa tugas yang mencabar yang memerlukan tumpuan mendalam dalam tempoh masa yang telah dilanjutkan," Ketua Pegawai SASES Chris Beattie memberitahu AAP pada Sabtu.
"Kerahan sukarelawan kami ke Perth esok merupakan contoh terbaik keupayaan beroperasi antara agensi dan juga sebahagian daripada usaha pencarian besar-besaran membabitkan kapal, pesawat, kapal selam dan satelit dari lebih 20 negara," katanya.

Internet bristles with conspiracy theories on MH370

Pinger locator used to find the Malaysia Airlines black box - BBC News

Keupayaan kapal selam Malaysia terhad untuk cari MH370, kata panglima TLDM

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyifatkan keputusan Malaysia untuk tidak menghantar kapal selamnya sebagai satu keputusan yang profesional kerana kebolehan yang terhad dalam kerja mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Beliau berkata Tentera Laut Australia juga sependapat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila tidak menghantar kapal selam Collins yang menggunakan bahan bakar sama jenis diesel.
“Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (tunjuk kehadiran), sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif daripada segi kos.
“Kita menghargai dan berterima kasih kepada Britain kerana menghantar HMS Tireless. Kapal selam nuklear memiliki keupayaan berbeza berbanding kapal selam diesel,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan pada Rabu kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Mat Taib: Umno tiada roh Islam, sapu halal haram

mat taibBekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan tindakan beliau keluar daripada Umno selepas menyedari bahawa hidup bukan hanya bermatlamatkan dunia sahaja tetapi akan menuju ke alam akhirat.
Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, sistem pemerintahan negara semakin rosak dan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.
“Khatib di masjid tadi sebut tugas kita ‘amar makruf nahi mungkar’ (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).
“Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak,” katanya pada Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom, di sini, semalam.
Turut serta pada majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS, Johor Aminolhuda Hassan.

Scorpene: Konon boleh guna dalam operasi SAR, kini Menteri kata tidak sesuai

SHAH ALAM, 5 APR: Kenyataan yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyebut kapal selam Scorpene dibeli Kerajaan mempunyai kemampuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya alasan untuk menghalalkan pembaziran serta menutup skandal rasuah pembeliannya, pada 3 September 2009.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kenyataan itu jelas dilaporkan dalam laporan Agence France-Presse (AFP) bertarikh sama menyebut “Pegawai-pegawai Tentera Laut berkata kapal selam itu akan berada di negeri Sabah, di pulau Borneo, yang mana ia akan menjalani penalaan teliti sebelum boleh digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.”
“Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya dan juga beberapa pimpinan politik seperti Lim Kit Siang membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya.
“Menteri menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR,” katanya dalam kenyataan media.

Jika tak mahu berubah, lebih baik MAS gulung tikar

DR DZULKEFLY AHMAD

1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.

Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.

2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70%  saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.

3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.

4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.

5.  Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.

6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketekui dua tahun kemudian.

7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.

UMNO@BN Pulau Pinang bantah pemindahan pangkalan RMAF ke Ara Kuda oleh kerajaan BN


Ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid bercakap tentang pemindahan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sidang media hari ini. Beliau berkata pemindahan pangkalan tersebut adalah tidak wajar dan akan menentang projek itu habis-habisan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue Chern, 5 April, 2014. 
Ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid bercakap tentang pemindahan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sidang media hari ini. Beliau berkata pemindahan pangkalan tersebut adalah tidak wajar dan akan menentang projek itu habis-habisan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue Chern, 5 April, 2014.

Bimbang dengan kesan kepada pilihan raya berhubung pemindahan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Teluk Air Tawar berdekatan Butterworth ke lokasi pedalaman di Ara Kuda berdekatan Tasek Gelugor, penyokong Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini tampil untuk membantah projek tersebut.
Ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata kesemua 10 wakil BN membantah cadangan pemindahan tersebut, yang akan menjadikan pangkalan 407ha tersebut sebuah "pusat seni dan riadah".
Wakil rakyat Umno akan bertemu presiden parti mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 14 April untuk membentangkan kes tersebut.
"Kami sudah pun membuat temu janji untuk berjumpa. Kami akan menunggu jawapan kerajaan Persekutuan, tetapi semestinya kami akan membantah projek ini habis-habisan."
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk memindahkan pangkalan ke Ara Kuda yang berdekatan dengan batasan Pulau Pinang-Kedah kira-kira 20 kilometer dari lokasinya kini di Butterworth.
Pemindahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Pada 2008, pihak pembangkang mendapat manfaat daripada sokongan BN kepada Penang Global City Centre (PGCC) yang bernilai RM25 bilion di Penang Turf Club 105ha.

Adun Selangor gesa Kementerian Pengangkutan dedah kajian Lebuhraya Kidex


(Dari kiri) Dewan Undangan Negeri Kinrara Ng Sze Han, DUN Kampung Tunku Lau Weng San, DUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan DUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin menunjukkan peta semasa sidang media Lebuhraya Kidex di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 April, 2014.  
(Dari kiri) Dewan Undangan Negeri Kinrara Ng Sze Han, DUN Kampung Tunku Lau Weng San, DUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan DUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin menunjukkan peta semasa sidang media Lebuhraya Kidex di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 April, 2014. Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menggesa Kementerian Pengangkutan untuk segera mendedahkan kajian kesan lalu lintas projek lebuhraya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) sepanjang 14.9 kilometer yang pembinaannya dijangka akan bermula pada tahun hadapan.
Adun Kampung Tungku Lau Wen San mempersoalkan tindakan syarikat pemaju lebuhraya Kinrara-Damasara, Kidex Sdn Bhd yang enggan memberikan kajian tersebut dengan memberikan alasan ia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Semasa perbincangan antara wakil syarikat mereka dan penduduk setempat minggu lalu, kami ada meminta Kidex menyerahkan kajian penilaian lalu lintas lebuhraya tersebut namun mereka menolak dan berkata ia perlu ada permohonan secara rasmi.
"‎Kami merasa pelik kenapa projek yang mereka dakwa begitu baik, namun kajian mengenai kesan lalu lintas perlu disorok, ini bukan melibatkan kapal perang atau apa, jadi kami menggesa Kementerian Pengangkutan segara mendedahkan penilaian tersebut," katanya pada sidang media di hadapan Stesen LRT Asia Jaya, Petaling Jaya pagi tadi.
Sementara itu, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin ‎mengulas mengenai pembinaan lebuhraya tersebut dan berkata pihaknya tidak membantah projek tersebut, namun biarlah ia dilakukan dengan membuat kajian komprehensif terlebih dahulu.

Jangan bertangguh buat maaruf – Presiden PAS

BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini.

Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.

Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.

Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal.

Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT.

Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh.

Hudud terhalang oleh Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan

1.Negara Islam adalah sebuah negara yang terserlah dan terlaksana padanya hukum-hakam dan undang-undang Islam. Hukum-hakam Islam pula tidak hanya terbatas pada hukum hakam ibadah, munakahat dan muamalat tetapi juga merangkumi hukum-hakam dan perundangan jenayah.

2.Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam sesebuah negara umat Islam merupakan satu kewajipan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada pemerintah Islam yang telah sabit dalam al-Quran dan Sunah serta disepakati oleh seluruh Ulama dan Sarjana Islam sejak 14 kurun yang lalu hingga sekarang.

3.Atas kesedaran itu maka PAS sebaik berkuasa memerintah negeri dengan kuasa majoriti kuat yang ada telah mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2002.

4.Namun, PAS menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang yang telah dikanunkan terbatas dan terhalang oleh jadual 9 perlembagaan yang meletakkan kuasa perundangan jenayah adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kuasa kerajaan negeri.

Karnival 60 tahun PAS Johor meriah


(Gambar: Pesuruhjaya PAS Johor Aminul Huda Hassan mencuba 'bowling kelapa' dalam acara sukan rakyat di Karnival 60 Tahun PAS Johor - Foto: FB PAS Johor)

MUAR: Karnival 60 Tahun PAS Johor yang masuk hari ketiga hari ini terus mendapat sambutan menggalakan dari masyarakat di negeri ini.

Dengan pelbagai acara yang diadakan, karnival di Parit Tarom kali ini dianggap sebagai persediaan awal bagi PAS Johor yang turut menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-60 tahun ini.

Karnival yang bermula sejak Khamis lalu telah berjaya menarik ribuan orang datang berkunjung ke sini.
(Gambar: Kehadiran semasa program Forum Perdana bersama tokoh-tokoh Dewan Ulamak PAS, kelmarin)
Selain pelbagai gerai jualan, beberapa acara seperti munajat perdana dan forum agama, acara sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan, sukan PASTI, acara muslimat serta Nisa' serta bedah buku turut diadakan.

Kehadiran pada ceramah perasmian karnival itu malam tadi, menyaksikan kehadiran yang disifatkan oleh Pesuruhjaya PAS Johor Aminul Huda Hassan sebagai luar dari kebiasaan.

"Dahulu bila nak buat ceramah saya sendiri pasang PA sistem sebelah petang.

"Bila malam saya datang naik pentas, tengok depan ni penuh, dengan rumput-rumput, orangnya tak ada," kata beliau disambut ketawa hadirin.

Turut mengakui hakikat itu Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

MH370: 'Hayat bateri kotak hitam mungkin lebih pendek' kata pengeluarnya


Persoalan dibangkitkan sekali lagi mengenai integriti 'pingers' dari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370, kali ini oleh pengeluarnya Dukane Seacom Inc

Presiden syarikat itu, Anish Patel memberitahu CNN bahawa ia dijadual untuk penggantian baterinya pada tahun 2012, tetapi syarikat beliau tidak menerimanya.

'Pingers' dilaporkan ditutup dan baterinya tidak diganti oleh pengguna.

Patel berkata jika bateri asal masih di tempat digunakan, maka ia hanya boleh bertahan selama 20 hingga 25 hari - bermakna 'pingers' MH370 itu kini tidak lagi pemancar isyarat.

Bagaimanapun, katanya, walaupun tempoh penyenggaraannya berjadualnya sudah luput, tetapi ada juga kemungkinan ia telah diservis oleh syarikat lain, atau digantikan dengan 'pingers' baru.

Kertas siasatan Raja Bomoh dibuka

KERAJAAN negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah membuka kertas siasatan berhubung insiden upacara ritual  yang dijalankan seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Mac lalu.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Nizar Zakaria berkata, siasatan itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 oleh bahagian penguatkuasaan Jaipk.

Menurutnya, langkah itu tanda kepekaan kerajaan terhadap amalan perbomohan bercanggah dengan syariat Islam yang membawa kepada syirik.

“Perbuatan individu terbabit di hadapan Menara Condong itu menggemparkan umat Islam di seluruh negara khususnya di negeri ini, oleh itu kertas siasatan berhubung perkara ini telah dibuka,” katanya pada sesi penggulungan, semalam.

Tiba-tiba operasi besar-besaran buru pekerja asing tanpa dokumen di Esszone..!!!


Operasi besar-besaran untuk memburu pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah di pulau peranginan di Zon Keselamatan Khas Timur Sabah (Esszone) akan dilancarkan untuk mengesan individu yang berpotensi menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek (gambar) berkata operasi itu akan dilancarkan di pulau peranginan yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat susulan kes penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.
"Berdasarkan maklum balas bahagian risikan Esscom dan modus operasi yang digunakan penculik, jelas sekali penjenayah itu kelihatan serba mengetahui selok-belok kawasan termasuk penghuni resort berkenaan.
"Kita syaki ada orang dalam, khususnya orang tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat awal kepada penculik itu... perkara ini sepatutnya tidak berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isteri penumpang MH370 ke pusat operasi SAR cari jawapan, lapor CNN

Pangkalan RAAF bagi pesawat Orion di Perth, Australia. Isteri salah seorang penumpang MH370, Paul Weeks pergi sendiri ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia untuk memastikan pasukan SAR masih mencari suaminya. – Gambar Reuters, 5 April, 2014.  
Pangkalan RAAF bagi pesawat Orion di Perth, Australia. Isteri salah seorang penumpang MH370, Paul Weeks pergi sendiri ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia untuk memastikan pasukan SAR masih mencari suaminya. – Gambar Reuters, 5 April, 2014. 

Isteri penumpang Australia pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak dapat menahan dirinya daripada pergi ke lokasi pusat operasi mencari dan menyelamat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Perth bagi melihat sendiri sama ada pasukan mencari dan menyelamat mencari suaminya atau tidak.
Danica Weeks, yang menetap sekitar 10 minit perjalanan menaiki kereta dari lokasi tersebut berkata kepada CNN, dia diberi peluang melihat sendiri bagaimana pasukan mencari dan menyelamat menjalankan tugas mereka mencari suaminya dan 239 penumpang pesawat tersebut.
"Saya melihat apa yang mereka lakukan dan dibawa melihat proses pencarian dan saya rasa bertuah saya ada di sini, dekat dengan pusat carian dan saya boleh bertanya soalan," katanya dalam temubual bersama CNN di kediamannya pada Jumaat.
"Saya turut simpati bagi keluarga di negara lain – Beijing, Kuala Lumpur, dan AS, dan di mana juga – yang tidak dapat berada di sini," katanya.
Misi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang secara misteri itu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac kini mula memasuki tempoh sebulan.
Suami Danica – Paul Weeks,  39, – merupakan jurutera mekanikal dan dalam perjalanan ke Mongolia dengan menaiki pesawat tersebut bagi projek beliau yang seterusnya dan dijangka pulang ke kediamannya dalam beberapa minggu lagi untuk sambutan hari lahir anaknya.
"Kadangkala saya seperti melihatnya pulang ke rumah, namun saya perlu melihat realiti kerana ia hanya akan menyedihkan saya jika mengetahui kebenarannya. Kita semua menjangkakan pesawat itu terhempas. Namun sehinga kita menemui sesuatu yang konkrit, saya tidak akan bersedih," kata Weeks.
Weeks berkata kedua-dua anaknya, Lincoln, 3, dan abangnya Jackson, 11, terlalu muda untuk memahami situasi sebenar. Namun kedua-dua anaknya sering bertanya soalan yang sukar untuk dijawabnya.

Rekonsiliasi nasional BN-Pakatan buntu dengan hukuman Anwar dan MH370

Usaha rekonsiliasi nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menemui jalan buntu apabila situasi politik berubah sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman serta kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kedua-dua episod ini mengubah dinamik dan corak ke arah rekonsiliasi, ketika negara berdepan dengan kemelut antara kaum dan agama yang meruncing sejak merdeka.
Penganalisis politik tidak menjangkakan usaha tersebut akan mencapai matlamatnya dan menyifatkan hukuman ke atas Anwar sebagai permulaan kepada berakhirnya rancangan rekonsiliasi nasional.
"Secara umumnya, usaha itu lebih kepada angan-angan, saya tidak nampak itu sebagai realiti dan ia tidak akan berlaku sekarang.
"Isu-isu selepas PRK Kajang, isu MH370, saya lihat tidak ada kesepakatan," kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Dr Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider.
Pengkritik melihat kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada kegagalan mendapat majoriti yang kuat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Sikap mengapi-apikan sentimen perkauman antara kaum Melayu dan Cina berlaku secara terang-terangan, manakala isu kalimah Allah juga masih tergantung di mahkamah.
Keputusan PRU13 lalu menyaksikan kerajaan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular dan tidak sampai setahun, Anwar pula dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Sehari selepas Anwar dijatuhkan hukuman, dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac.

MH370: Keupayaan aset AS dipertikai..!!

Keupayaan aset AS dipertikai 
SHAH ALAM – Senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP) menunjukkan  Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.

Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. AS dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itu, jauh lebih tinggi berbanding negara kuasa besar lain.

Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat serta 6,665 helikopter.

Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.

Bagaimanapun, setelah 12 hari misi pencarian ditumpukan di Lautan Hindi, AS masih belum menghantar mana-mana kapal selam miliknya yang berpotensi mengesan pesawat MH370.

Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan yakin penggunaan alat pengesan sonar milik AS mampu mengesan pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi itu.

Katanya, hanya AS memiliki peralatan itu di mana ianya “boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter” untuk mengesan sebarang objek yang terbenam.

“Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali dan dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya; hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan.

“Itu sajalah peralatan yang boleh diguna kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)” katanya.

Egypt to pass new anti-terrorism law

Mystery of Flight MH370

MH370: Waris penumpang ada 2 tahun untuk fail saman

  Beberapa waris penumpang MH370 boleh layak menuntut berjuta-juta dolar sebagai pampasan bagi kehilangan orang yang tersayang, manakala yang lainnya mungkin tidak dapat apa-apa, kata peguam penerbangan.

Jumlah pampasan yang boleh diberikan kepada setiap keluarga akan berbeza-beza, bergantung kepada bidangkuasa yang mereka pilih untuk mengambil tindakan undang-undang, dan beberapa pilihan yang terdapat di bawah Konvensyen Montreal, kata peguam penerbangan Australia, Joseph Wheeler.

Pihak keluarga boleh memilih untuk memfailkan tindakan undang-undang mereka berkaitan kemalangan MH370 di Malaysia, sebagai negara syarikat penerbangan tersebut dan menjadi tempat utama perniagaannya; di China, sebagai destinasi penerbangan; atau di negara tempat tinggal tetap penumpang, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Jumlahnya boleh menjadi setinggi mana kerugian yang dibuktikan
oleh setiap keluarga, kata Wheeler (kiri).

"Jika mereka memfailkan tuntutan mereka di mahkamah Malaysia, dan mereka berjaya membuktikan tahap kehilangan sokongan dari orang yang tersayang kepada keluarga mereka, maka apa sahaja ianya, boleh dituntut.

"Berapa banyak pendapatan mereka, berapa banyak pendapatan yang mungkin mereka dapat pada masa depan, dan berapa banyak ahli keluarga mereka bergantung kepada sokongan daripada penumpang, semuanya dipertimbangkan," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.

Kos mencari MH370 termahal dalam sejarah

Pesawat Hercules milik Jepun antara yang dihantar dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Kos misi SAR kini sudahpun melebihi kos pencarian penerbangan Air France 447 dan masih berterusan. – Gambar Reuters, 5 April, 2014.  
Pesawat Hercules milik Jepun antara yang dihantar dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Kos misi SAR kini sudahpun melebihi kos pencarian penerbangan Air France 447 dan masih berterusan. – Gambar Reuters, 5 April, 2014. 

Selepas empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor media.
Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).
Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.
Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.
Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.
Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.
Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.
Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.
Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.
Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).
Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370

Selepas hampir sebulan berlalu, dengan maklumat yang tidak banyak, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk mengisi kekosongan maklumat itu dalam usaha untuk menjelaskan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Malah terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori tersebut.

"Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?" soal beberapa pengguna Twitter.
                      
Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas - sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas - dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.

Malaysiakini telah memantau Twitter berkenaan MH370 sejak tiga minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain.

Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam.

Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam.

DAP: Kalau PR pecah, BN jadi k'jaan selama-lamanya


MUAR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, kesepakatan PAS, PKR dan DAP adalah senjata paling ampuh untuk menumbangkan kerajaan BN.

Berucap sempena malam perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini malam tadi, beliau menegaskan perlunya ketiga-tiga parti ini menjaga keakraban ini jika mahu perubahan politik berlaku di negara ini.

"Kita kena sedaya upaya jaga keakraban ini. Kalau DAP, PAS dan PKR tidak duduk bersama, BN akan jadi kerajaan selama-lamanya.

"Kita kena minta bukan Melayu untuk undi PAS, dan orang Melayu pula boleh undi DAP.

"Kalau ini terus berlaku, maka percayalah, BN akan hancur," kata beliau.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu membuktikan betapa gabungan ketiga-tiga parti berjaya menarik sokongan rakyat terbanyak apabila menang undi popular 52 peratus.

Opposition leader: Malaysian government knows more

Timeline: Flight 370 twists and turns

Perginya Seorang Pejuang Rakyat: Blogger Zorro Unmasked Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Seorang penulis blog politik yang terkenal, Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai ‘Zorro Unmasked’ meninggal dunia pada Jumaat kerana sakit.
Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Anak perempuan beliau, Patrina, menulis di akaun Facebook miliknya bahawa ayahnya “meninggalkan keluarganya pada pagi Jumaat”.
“Ayah saya Bernard Khoo sedang terbang ke syurga. Beliau meninggalkan kami pagi ini, paling aman dengan ibu saya mendoakan di telinganya dan kini kesakitan yang dialaminya berakhir,” katanya.
Khood, yang merupakan bekas guru hidup bersama isterinya, Karen Khoo, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Menurut Patrina, upacara penjagaan mayat itu akan diadakan di Gereja St Ignatius, Petaling Jaya pada Sabtu dan Ahad, diikuti dengan pengebumian pada pagi Isnin.

MORE THAN HALF A TRILLION RINGGIT: About time for M'sians to claim back from the Umno elite

Tengku Razaleigh Hamzah is reported to have disclosed that more than half a TRILLION ringgit from Petronas has gone to questionable government expenditure which “could have been used more productively to fund a national pension programme like that of Sweden.”
MORE THAN HALF A TRILLION RINGGIT: About time for M'sians to claim back from the Umno eliteSpeaking at the launching of Anas Alan Faizli’s book “Rich Malaysia, Poor Malaysians” in Kuala Lumpur, the through-bred royal lineage leader and staunch UMNO member explained with grave concern how the nation’s oil company Petronas is today, as a result, forced to ‘look for other sources of income in investment opportunities’.
If an opposition member revealed such concerns, we can safely say that there is a hidden political agenda and if we still subscribe to his or her ranting we can be accused of being 'penghianat negara'.
But if we cannot believe a senior and staunch UMNO member who else can we believe?
Ask and the truth is revealed
Tengku Razaleigh exposed that the government has been using the wealth of this young nation accumulated by Petronas to ‘bail out government-linked companies out of muddy financial crises since 1985’.
In the wake of this shocking admission, we need to pause, ask and take inventory of several crucial and time-defining questions:
Malaysians, how many of you had cupped your head in your palms, prayed in silence out of hope in darkness or ran helter-skelter to find the money to ensure your children could get into a college of choice to pursue an education of passion?
How many of you have to endure nightmares come end of each month as you tried all kinds of financial gymnastics to make ends meet for your family?
How many of you are forced to take on an extra job or pressed by the increasing financial constrains to seek the goodwill of your spouse to leave home in search of that extra income to tide over the times?
How many of you are living on borrowed cash – be it credit card spending or relief from Ah Longs, mortgages and aid from friendly sources?

"Mohon Maaf": TG Nik Aziz kesal niat disalah tafsir

Nik Aziz kesal niat disalah tafsir  
  • Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu.

Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir.

“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.

Walaupun kesihatan masih belum mengizinkan, namun Nik Abdul Aziz tetap turun padang bertemu rakyat dan pengikut setia yang tidak jemu ke Medan Ilmu untuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan mahupun pendakwah dari Kelantan sendiri.

Minggu lalu, bekas menteri besar itu bergenang air mata ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka sambil memohon maaf sepanjang memimpin Kelantan selama ini.

Selepas hampir 30 tahun, keluarga Memali masih mencari jawapan, mahu penyelesaian

Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Selepas hampir 30 tahun, mereka yang terselamat daripada tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat pegawai polis mahukan keadilan bagi mereka yang kehilangan nyawa dan kebenaran mengenai mengapa ianya berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.
Harapan ini berpunca daripada pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam minggu lepas mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika insiden itu berlaku, bercanggah dengan laporan media dahulu yang mengatakan beliau berada di China.
Sekarang mereka ingin ketahui apakah peranan Dr Mahathir dalam insiden itu.
Pendedahan ini juga menyebabkan ahli Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat tragedi berdarah itu.
Bagi Saleha Husin, 61, yang kehilangan suaminya, Ibrahim Mahmud ketika insiden Memali berlaku pada November 1985 di perkampungan terpencil di Baling, Kedah, penyiasatan akan membantu menjawab persoalan daripada ahli keluarga mangsa yang terkorban.
"Sudah hampir tiga dekad. Saya tidak tahu hendak kata apa ... tetapi sudah pasti saya mahu penamatan bagi perbahasan ini," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual telefon.
Ibrahim, yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, adalah guru agama yang "berpengaruh" dan pemimpin politik yang mengendalikan sekolah di kediamannya di Kampung Charuk Putih.
Dituduh menyebarkan ajaran sesat, Ibrahim dijadikan sasaran serbuan polis di kampung berkenaan pada pagi 19 November. Dia ditembak bersama mereka yang menghadiri kelasnya pagi itu.
Saleha berkata Ibrahim berdiri di hadapannya ketika ditembak.
"Ketika dia ditembak, saya berlari ke arahnya. Penduduk kampung pegang dan letakkan dia di pangkuan saya.
"Banyak darah pada masa itu ... macam air paip. Kemudian polis arahkan saya bangun dan menyerah.
Kesan peluru daripada tembakan polis semasa insiden Memali pada 18 November, 1985, dilihat pada dinding pondok padi di kawasan ruman Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Kesan peluru daripada tembakan polis semasa insiden Memali pada 18 November, 1985, dilihat pada dinding pondok padi di kawasan ruman Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. "Suami saya masih lagi hidup pada ketika itu. Dia tanya saya apa yang berlaku. Bila saya dipaksa ke tepi, saya nampak orang lain pun kena tembak," katanya mengingati kembali kejadian itu.