Khamis, 3 April 2014

Belum Apa-Apa, Najib Dah Buat Spekulasi

Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Dua kejadian dalam tempoh berhampiran ini bukan saja akan menjejaskan nama baik negara serta hubungan dengan China, bahkan pastinya juga akan menjejaskan kedatangan pelancong daripada negara tersebut ke negara kita.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China. Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Maka, dengan kemarahan yang belum reda daripada waris penumpang MH370 yang tidak puas hati berkaitan ketelusan maklumat mengenai kehilangan pesawat yang sudah menjangkau hari ke 25 ini, berlakunya kejadian penculikan ini pastinya menambahkan lagi beban sengsara yang ditanggung oleh kerajaan.

Ia ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi kejadian penculikan bukannya perkara baru Semporna ini. Sudah beberapa kali ianya terjadi. Tidak lama sebelum ini, seorang pelancong Taiwan juga diculik setelah suaminya ditembak mati. Pelancong terbabit hanya dilepaskan beberapa hari kemudian selepas wang tebusan yang diminta diberikan.

Polis Sabah sendiri tidak menolak kejadian terbaru itu turut bermotifkan wang tebusan. Pesuruhjaya polis Sabah, Hamza Taib percaya, penculikan ini dilakukan oleh kumpulan yang berpusat di selatan Filipina dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang.

Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran



Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya (gambar) menasihati umat Islam di negeri itu agar tidak menyertai Pesta Songkhran.
Ini kerana katanya pesta itu mempunyai unsur agama selain Islam.
"Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.
Perlis akan mengadakan sambutan Pesta Songkran di Kuala Perlis Sabtu ini yang merupakan antara acara dalam kalendar pelancongan negeri.
Songkhran atau pesta air lazimnya dirai oleh masyarakat Siam di negara ini.

MH370: Air mata Rosmah mengalir di Perth.....

PERTH: Suasana hiba menyelubungi pertemuan Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Paul Weeks, seorang daripada tujuh warga Australia yang menaiki penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
  
Air mata membasahi pipi isteri perdana menteri itu apabila Darica Weeks, 37, sebak ketika bercerita tentang suaminya.
  
Rosmah pantas memeluk wanita itu sambil cuba memujuknya dalam pertemuan yang turut disertai dua anak lelaki pasangan berkenaan - Lincoln, 3, dan Jack, setahun.
  
Dalam pertemuan selama sejam bermula pukul 10 pagi di sebuah hotel di sini pada Khamis, Rosmah dilihat memeluk Jack.
  
"Kamu minum susu. Boleh beri saya sedikit?" kata Rosmah sambil mendukung anak kecil itu.
  
Bercakap kepada media kemudian, Rosmah berkata beliau berharap Darica akan terus tabah kerana pihak berkuasa Malaysia dan Australia serta beberapa negara lain sedang berusaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

Egypt's Mubarak endorses Sisi in leaked tape

Ragu Dengan Peminta Derma..'Sindiket Minta Derma Di Kuliah UAI'

Hukum Hantar Anak Ke Pusat Asuhan Orang Kafir - Ustaz Azhar Idrus

Cara Mohon Ampun Kesalahan Kita Dengan Orang Telah Mati - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Kerjasama Politik Dengan Non-Muslim Untuk Memenangkan ISLAM - UAI

Taklimat MH370: Shahidan tidak perlu beri alasan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tidak perlu memberi alasan lagi untuk mengelak mengadakan taklimat MH370 kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Petang semalam Pakatan Rakyat telah menulis nota kepada Shahidan bagi mengatur satu taklimat berhubung kehilangan pesawat MAS itu.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah menyerahkan nota makluman berkenaan di pejabat Shahidan sendiri sekitar jam 4 petang semalam.

"Sebelum ini pihak kerajaan dan Datuk Seri Shahidan mengatakan kami tidak menulis nota maka taklimat tidak dapat diakukan.

"Dengan surat (nota) ini kita harap tiada lagi alasan daripada pihak kerajaan," katanya di Lobi Parlimen.

Nota berkenaan mencadangkan taklimat itu dibuat pada Selasa hadapan, jam 8.30 malam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen.

Pakatan Rakyat berharap menteri berkenaan dapat mengatur taklimat ini yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Jika ada sebarang perubahan diharapkan dapat dimaklumkan secepat mungkin," katanya lagi.

Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu memo telah menjemput Ahli Parlimen BN mengikuti taklimat MH370 yang diadakan di luar bangunan Parlimen.

MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

objek misteriSHAH ALAM 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.
“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.
“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’.
Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.
Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Dr Mahathir sanggup bunuh hayat Umno - sarjana

KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai.

Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.

“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.

“Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya di sini.

Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks.

Kumpulan minoriti dan tertindas ratapi pemergian Irene Fernandez


Keranda mendiang Irene Fernandez dibawa oleh ahli keluarganya di Gereja Divine Mercy di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Keranda mendiang Irene Fernandez dibawa oleh ahli keluarganya di Gereja Divine Mercy di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.‎Suasana pilu menyelubungi kediaman Pengerusi Tenaganita, mendiang Irene Fernandez di Seksyen 15 Subang Jaya, Selangor apabila orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam.
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik, aktivis, warga asing serta pekerja migran berpusu-pusu hadir sejak awal pagi tadi untuk menatap wajah terakhir tokoh hak asasi manusia itu.
Seorang pekerja Bangladesh, Abu Kalam tidak dapat menahan kesedihannya apabila menangis disisi keranda mendiang Irene dan memanggilnya "ibu" berulang kali.
Abu Kalam adalah antara salah seorang warga asing yang ‎mengenang jasa Irene dalam kejadian lima tahun lalu apabila dia dibebaskan daripada belenggu majikan tidak bertanggungjawab dan diberi tempat teduh.
"Dia hanya seorang pekerja kilang tetapi Irene amat mengambil berat terhadap semua orang dan melayan kami sama rata tanpa mengira darjat," kata koordinator pergerakan hak pekerja asing Caram Asia, Mohammad Harun Al Rashid ketika ditemui.

'Irene will want us to carry on'

Dua ribu beri penghormatan terakhir kepada Irene

Pesawat rosak: MH004 ke London tertangguh empat jam

Dewan gamat, MP bertikam lidah bahas GST, " Kek Kena GST...Buat Sendirilah Kek"


KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang dibentang untuk bacaan kali kedua mengundang pertikaman lidah wakil rakyat sekaligus mengamatkan sidang Dewan Rakyat hari ini

Kedua-dua wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dan BN masing-masing tetap mempertahankan hujah mereka.

Pakatan Rakyat dengan hujah dan penegasan mereka bahawa kerajaan BN akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah jika terus berdegil untuk memperkenalkan GST.

Manakala BN pula dengan hujahnya mengatakan bahawa langkah kerajaan memperkenalkan GST untuk memberi kesenangan kepada rakyat sekali gus menambah kewangan negara.

Misalnya Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah dalam perbahasannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang memutarbelitkan fakta berhubung GST menyebabkan rakyat memandang serong kepada kerajaan.

Malah Ahmad turut mempertahankan beberapa barangan asas tidak akan dikenakan cukai seperti beras, minyak dan gula.

"Pakcik di kampung tidak akan terkena dengan cukai ini. Minyak, gula tidak ada GST. Saya tahu saya orang kampung," katanya.

Penghujahan wakil rakyat BN itu mengundang banyak celahan daripada wakil Pakatan Rakyat antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, dan  Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang masing-masing membantah apa yang dikatakan oleh wakil BN itu.

Laksanakan GST supaya cepat rakyat tolak BN- Tony Pua

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas sikap kerajaan yang bertegas melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat akan terus menekan rakyat.
Menurut Tony Pua, GST secara prinsipnya hanya akan menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada golongan yang tidak layak membayar cukai.
” Kerajaan kata akan kenakan cukai GST Bagi turunkan cukai pendapatan, maknanya kerajaan mahu kenakan cukai kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah yang memang tidak layak dikenakan cukai.
” Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa GST belum boleh dilaksanakan buat masa ini kerana jurang pendapatan rakyat sangat berbeza,” jelasnya dalam sidang parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga secara sinis mengalu-alukan seandainya kerajaan terus berdegil untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan itu kepada rakyat.
“Biarkan saja jika Barisan Nasional nak laksanakan GST pada rakyat, saya bersetuju.
“Biarkan rakyat merasai sendiri kesan GST ini supaya lebih cepat Barisan Nasional ditolak oleh rakyat,” jelas Tony yang mengambil contoh kekalahan Parti Prograsif Konservatif di Canada akibat pelaksanaan GST.

GST jalan mudah kerajaan BN selesai masalah hutang – Rafizi

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata tindakan Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah demi kepentingan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah.
Beliau ketika perbahasan bacaan Kali ke 2 Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 menjelaskan bahawa pelaksanaan cukai tersebut adalah tidak adil kerana ia mengalihkan bebanan cukai kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Beliau menegaskan walau apa juga alasan yang diberikan kerajaan bagi melaksanakan cukai tersebut, kerajaan sebenarnya melaksanakannya kerana masalah defisit yang sedang dihadapi oleh negara.
“Kita kembali kepada asas, sebenarnya alasan kerajaan mahu laksana GST ialah berkaitan dengan masalah defisit yang dihadapi negara, bukan kerana sistem percukaian ini lebih efisyen atau kerana sebab lain.
“Kerajaan telah berbelanja lebih sehingga akhirnya negara terpaksa menanggung hutang yang berpanjangan, di mana akhirnya rakyat dikenakan cukai GST untuk mengatasi masalah itu,” jelas Rafizi.
Malah Rafizi menegaskan  kerajaan sebenarnya mempunyai 2 pilihan bagi mengatasi masalah defisit yang sedang ditanggung negara namun bertindak memilih jalan mudah yang tidak popular.
“Kerajaan ada pilihan samada mengurangkan keborosan dan ketirisan seperti yang didesak oleh pakatan rakyat, tetapi mereka ambil satu lagi jalan penyelesaian mudah dengan terus boros dan mengalihkan beban tersebut untuk ditanggung rakyat dengan mengenakan cukai GST,” tegas Rafizi.

Laksana 'cukai maha kaya' dulu sebelum GST - Rafizi

MP Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mempertimbang bagi melaksanakan tiga cukai yang telah dilaksanakan negara maju sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Menurutnya yang juga pengarah strategi PKR, cukai itu antara lain dapat menambah pendapatan negara sekali gus mengelakkan membebankan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah jika GST dilaksanakan.

Tiga cukai itu antaranya Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.

Membahaskan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat petang ini, Rafizi berkata cukai tersebut telah dilaksanakan di negara maju tetapi tidak dilaksanakan di negara ini.

Malah beliau memberi contoh untuk mudah penjelasannya dan perbahasannya.

Mengulas 'cukai atas pertambahan nilai', dengan memberi contoh, jika beliau memegang saham dalam satu syarikat dan kemudiannya mendapat keuntungan daripada harga saham naik mendadak itu, maka ia dinamakan laba modal (capital gain).

Tanah PKFZ

"(Maka keuntungan itu) di negara lain kena cukai, hanya Malaysia saja tak ada. Ambil tanah PKFZ, dulu ambil cara murah, jual kepada kerajaan cara mahal, dengan transaksinya dapat untung besar.

"Itu namanya capital gain. Di negara lain capital gain kena cukai, tapi di Malaysia tak kena cukai.

Baiki saat akhir, pesawat MAS tertangguh 4 jam..!!


Pesawat Malaysia Airlines MH004 menuju ke London yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur pagi ini tertangguh selama empat jam kerana pembaikan saat akhir kepada pesawat itu.

"Memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan tertinggi penerbangan ini, penjadualan semula ini penting untuk membolehkan kerja-kerja membaiki pesawat dilakukan," kata MAS dalam kenyataannya.

Pesawat berkenaan ditangguhkan selama empat jam dari jam 10.10 pagi ke jam 2.15 petang.

Ia dijangka tiba di London pada jam 8.25 malam waktu tempatan hari yang sama.

"Malaysia Airlines kesal dengan ketidakselesaan yang berlaku kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

Penculikan di Sabah: Pembangkang kata rosakkan imej, Najib kata sabotaj hubungan Malaysia-China


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempertikaikan pihak berkuasa apabila berlakunya penculikan di Semporna, Sabah malam tadi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin penculikan itu sengaja dilakukan bertujuan untuk mensabotaj hubungan antara Malaysia dengan China yang sudah luka ekoran kehilangan MH370.
Melalui laman Twitternya, Bernama melaporkan, "kerajaan tidak menolak kemungkinan penculikan di Semporna dibuat oleh sesetengah pihak untuk mengerohkan hubungan antara Malaysia dengan China - PM Najib".
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, adalah satu yang mengejutkan apabila kumpulan bersenjata itu berjaya menculik mangsanya di sebuah resort di Sabah.
Bagi Lim, kejadian ini sudah pasti merosakkan imej negara.
Sementara itu, sumber polis berkata, kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai bertanggungjawab dalam insiden penculikan dua wanita di sebuah resort di Semporna dan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia ketika ini sedang memburu mereka.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, siasatan awal mendapati insiden penculikan semalam dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.
"Abu Sayyaf aktif dikawasan tersebut sejak 15 tahun lalu dan terlibat dalam banyak penculikan," kata pegawai senior polis yang dirahsiakan identiti.
"Dalam kebanyakan kes, mangsa selalunya dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. Kes semalam mungkin sama."

Rafizi Sekolahkan Menteri untuk "Turunkan Harga Minyak"

GST: Lawan tetap lawan, kata Bung Mokthar

MP PAS Sepang Bahas RUU GST 2014

'Malaysia mungkin sudah lupa PI Bala'

Balu kepada mendiang P Balasubramaniam menyuarakan rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mungkin telah melupakan sumbangan suaminya kepada negara ini.

“Saya tidak akan lupakannya.

"Rakyat Malaysia mungkin sudah lupakannya, mereka lupa apa yang beliau sumbangkan untuk negara ini, tetapi tidak saya,” jawab A Santamil Selvi.

Selvi berkata beliau akan mengadakan upacara sempena setahun ulang tahun kematian suaminya, yang lebih dikenali sebagai PI Bala, di rumahnya di Rawang.

Selvi berkata, kehidupannya agak sukar selepas kematian suaminya.

Tambahan lagi, katanya, untuk membesarkan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan yang berumur antara 12-17 tahun sebagai ibu tunggal.

Patutlah MH370 Hilang Secara Misteri.. Adakah Ini Puncanya Yang Sebenar?

Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori i

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Melayu, mualaf dan Perlembagaan Persekutuan

Nisar Mohammad Ahmad

Baru-baru ini, beberapa media cetak dan portal berita melaporkan petikan kenyataan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan mualaf yang mengamalkan ciri-ciri Melayu seperti ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan diberikan hak keistimewaan Melayu.
Cadangan ini dilihat membuka lembaran baru daripada sudut perundangan khususnya dalam penentuan status Melayu seseorang warga Malaysia bagi melayakkannya menikmati hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153 tersebut, antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi.
Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Persoalan yang mungkin timbul ialah sama ada pemberian hak istimewa tersebut bercanggah dengan definisi “Melayu” di dalam Perlembagaan Persekutuan dan adakah takrifan “Melayu”tersebut perlu dilihat semula untuk dimasukkan golongan mualaf yang ada di antara mereka yang sudah sebati dengan cara hidup Islam yang begitu rapat dengan budaya Melayu?
Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan memperincikan definisi “Melayu” sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu, melazimi pertuturan dalam bahasa Melayu dan a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Justeru, jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang Melayu menjadi murtad atau keluar dari agama Islam, secara automatik orang tersebut tidak lagi dianggap Melayu menurut undang-undang dan akan terlucut daripadanya hak-hak keistimewaan Melayu yang dinikmatinya sebelum ini. Secara tidak langsung, definisi Melayu sebagai Muslim, daripada satu sudut, dilihat dapat memelihara akidah Islam orang Melayu agar tidak menjadi murtad.

Raja Bomoh 1Malaya: Tindakan Zambry Abdul Kadir cetus tanda tanya

Zambry adalah seorang yang berpendidikan aliran Islam dan mustahil beliau boleh bersetuju dengan perbuatan Raja Bomoh 

Zambry Abdul KAdirPETALING JAYA: Pemuda PAS Perak terkejut dengan sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri  Dr Zambry Abd Kadir yang melenting secara tiba-tiba dan marah apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyentuh isu ‘Raja Bomoh’ walaupun tiada sesiapa yang mengaitkan Zambry dengan ‘Raja Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Perak.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, tindakan Zambry itu berlaku ketika ADUN Kawasan Titi Serong, Haji Abu Bakar Hussein yang sedang berucap dan secara tidak langsung Zambry bangun untuk mendapatkan penjelasan.
“Sebenarnya Zambry berpeluang mengulas dan menggulung ucapannya nanti, sebelum sidang DUN tamat pada hari jumaat ini.
“Banyak pihak hairan terutama yang berada di dalam dewan mahupun yang mengikutinya melalui internet,” ujarnya.
Tambah Raja Ahmad, sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Dr haji Harussani Zakaria telah menggesa agar Ibrahim Mat Zin bertaubat kerana telah mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik.
“Zambry adalah seorang yang berpendidikan aliran Islam dan mustahil beliau boleh bersetuju dengan perbuatan Raja Bomoh yang terpesong dengan ajaran Islam,” jelasnya.
Katanya, pihak Pemuda PAS Perak masih menunggu respon ucapan penggulungan, sama ada Zambry bersetuju atau tidak dengan tindak-tanduk Ibrahim Mat Zin.

Perang Twitter Papagomo dan Latheefa Koya

Kritikan Papagomo kepada Rafizi Ramli di Twitter dibalas Latheefa Koya.

PETALING JAYA: Blogger kontroversi Papagomo dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya kini ‘bercakaran’ di Twitter sejak awal petang ini.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ‘perang’ Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
papagomo muhyiddin“Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan,” kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.
Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.
“knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan.” tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.
Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.
“@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain,” dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis “haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain.”
Papagomo kemudiannya dilihat ‘menyerang’ Latheefa dengan menyoal “Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?,” soalnya.
Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.
Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan ‘serangannya’ kepada Anwar pula.
“Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim,” tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar kerana didapati
Terdahulu, Rafizi mendakwa Papagomo ataupun Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan mahkamah apabila menafikan dia pernah menaiki kapal selam Scorpene.

MP PKR Pandan Bahas RUU GST 2014

Palsukan Keterangan, Lagi Saman Untuk Papagomo

Kejadian di Semporna Mengejutkan - KM

Najib syak kes culik untuk jejas hubungan M'sia-China..??

Enggan tubuh IPCMC kerana takut salah polis terbongkar- Surendran

SURENDRANKUALA LUMPUR 3 APRIL: Kerajaan enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana bimbang banyak kes melibatkan keganasan dan kematian dalam tahanan terbongkar, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.
Ia ekoran kenyataan kerajaan hari ini yang enggan menubuhkan IPCMC dengan alasan penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah dibuat pada 2009.
Menurut Surendran, perkara itu sudah dijangka walaupun Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam sidang medianya semalam menggesa polis membuat pembaharuan segera ekoran keganasan melampau dan kematian dalam tahanan.
“Tapi kerajaan buat tak tahu dan masih lagi berdegil tidak mahu menubuhkan IPCMC,” katanya.
“Sebab polis takut kesalahan mereka terbongkar, dan kerajaan pun tak nak desak polis sangat sebab nak menjaga kepentingan BN itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Surendran, penubuhan EAIC tidak dapat menangani kes salah laku polis termasuk kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan.
“Walaupun dah tubuhkan Suruhanjaya itu, kes tahanan yang mati dan tindakan polis menembak tanpa pertimbangan semakin berleluasa.

Pusat media MH370 ditutup minggu depan

Pusat media berhubung perkembangan MH370 di di Kuala Lumpur akan ditutup pada 7 April ini, sebulan selepas kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu.

Menurut kementerian pengangkutan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasukan petugas teknikalnya pada hari ini.

“Semua kenyataan media (jika ada) bermula 8 April 2014 ke depan akan dikirim terus e-mel terus media yang diberikan kepada pusat media.

“Jika sidang media diperlukan, media akan diundang melalui notis,” menurut kenyataan kementerian hari ini.

Selepas sebulan, isyarat daripada kotak hitam pesawat tidak akan dapat lagi dikesan.

Badan pemikir selar cukai 'tak bermoral' GST


Institut Rakyat mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai dasar “tidak bermoral” yang akan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya.

Badan pemikir yang dekat dengan PKR itu membangkitkan Malaysia sebagai negara ketiga di Asean yang masyarakatnya paling tidak seimbang selepas Singapura dan Thailand.

Menurut Institut Rakyat, seperti cukai pengguna sebegitu, yang akan diperkenal tahun depan, akan membebankan golongan miskin berbanding kaya.

“Dengan anggaran keuntungan hasil cukai bersih RM3.87 bilion untuk kerajaan persekutuan, pengguna akan membayar lebih cukai berbanding sekarang,” kata ahli ekonomi di institut itu Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Di Perth, Najib terus elak soalan media, masih terus menjadi pembaca berita..!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib. Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

“Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

“Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu,” kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu.
Berikut Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri sidang media di Perth, Australia

Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.
  
Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.
  
Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.
    

RM400 bilion untuk beli semula lebuh raya tidak munasabah, kata DAP


Pemimpin DAP, Tony Pua mempersoalkan jumlah bayaran yang terlalu tinggi perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pemegang konsesi lebuh raya. Gambar fail.Pemimpin DAP, Tony Pua mempersoalkan jumlah bayaran yang terlalu tinggi perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pemegang konsesi lebuh raya. Gambar fail.Bagaimana Putrajaya boleh mendapatkan jumlah yang melampau sehingga RM400 bilion sebagai kos membeli semula konsesi lebuh raya di Malaysia, tanya pemimpin DAP, hari ini.
Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, berkata kos pembinaan 26 lebuh raya bertol di Malaysia hanya berjumlah RM28.5 bilion.
“Lebuh raya paling mahal di Malaysia ialah Lebuhraya Utara-Selatan yang menelan kos pembinaan sebanyak RM5.95 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pua mempersoalkan bagaimana Putrajaya boleh mengeluarkan angka yang 14 kali lebih tinggi daripada jumlah kos membina 26 lebuh raya dalam negara.
“Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pastinya berada dalam keadaan tidak betul ketika mendakwa kosnya akan mencecah RM400 bilion untuk mendapatkan semula semua lebuh raya bertol di negara ini.
“Adakah Putrajaya cuba memberi pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya untuk kerugian bagi keuntungan masa depan,” katanya.
Pua berkata, perjanjian konsesi lebuh raya dengan jelas menyatakan Putrajaya tidak perlu membayar pampasan berkenaan.
Beliau berkata, jika RM400 billion itu bertujuan memberi pampasan kepada pemegang konsesi untuk menampung kerugian pada masa depan, ia menewaskan tujuan asal pelaksanaan itu diambil pada awalnya.
“Lebih baik kerajaan biar sahaja pemegang konsesi mendapat keuntungan dalam tempoh 20 tahun lagi daripada memberi semua wang sekali gus,” katanya.

Kes culik di resort: Ahli Parlimen Sabah bentang usul tergempar

Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini susulan penculikan dua wanita dari China dan Filipina dari sebuah resort di Semporna malam tadi.
Ahli Parlimen Sandakan daripada DAP, Stephen Wong Tien Fatt, berkata langkah ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam.
"Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. Saya terkejut kerana Esscom gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga keselamatan di Sabah khasnya di bahagian timur Sabah," katanya merujuk kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) yang meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.
Mangsa terakhir ini dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina yang belum dikenal pasti. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.
Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua  kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.
Stephen berkata, Sabah menerima ramai kunjungan warga asing, dan ini menjelaskan mengapa Esscom tidak berkesan.

Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

culikKUALA LUMPUR 3 APRIL: Kreadibiliti operasi Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dipertikaikan keberkesanannya dalam mengangani isu keselamatan sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian penculikan dua individu di Singamata Reef Resort, Sabah semalam.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam sidang satu sidang media berkata kejadian mengejutkan ini menunjukkan kegagalan fungsi Esscom yang sepatutnya menjamin keselamatan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.
“Kami terkejut dengan penubuhan Esscom yang menelan belanja jutaan ringgit namun masih gagal mempertahankan keselamatan Sabah khususnya Pantai Timur Sabah.
“Adalah satu perkara yang memalukan buat negara dan rakyat Sabah bila keselamatan pertahanan kita disifatkan rapuh.
“Kami percaya insiden ini memberikan implikasi besar kepada negara dan pelancongan Sabah,” katanya di Lobi Parlimen.
Dalam kejadian semalam seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menteri pertahanan sahkan Papa Gomo naik kapal selam Scorpene

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.
Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.
Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.
Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papa Gomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.
Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

Palsu keterangan: Lagi saman untuk Papagomo

KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas penafian bahawa dirinya sebelum ini pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember lalu.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini menafikan bahawa beliau telah menaiki kapal selam Scorpene tersebut dan dia boleh disaman kerana memberi keterangan palsu.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Wan Deris berada di atas kapal selam Scorpone pada 9 Disember lalu.

"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Wan Deris.

"Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Menteri sahkan Papagomo bohong di mahkamah – Rafizi

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan bahawa individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah blogger Papagomo, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.
Katanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan kepada soalan lisan beliau di parlimen mengesahkan Wan Muhammad Azri pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.
Individu tersebut, kata Rafizi, bersama wakil media menaiki kapal selam berkenaan bagi tujuan perkongsian maklumat dan perkara itu turut disebarkan melalui blog-blog Umno.
Namun setakat ini, kata Rafizi, Wan Muhammad Azri menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.
“Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri dalam kes saman yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger tersebut.
“Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.
“Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah,” ujar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Turun beramai- ramai ke Demo@Himpunan Derita Rakyat | TGNA

MP DAP PJ Utara Bahas RUU GST 2014

Hudud : Kerajaan Kelantan Bawa Usul 'Private Bill'

Pusat Bina Lebuhraya ; Kerajaan Sambut Baik

DAP rubbishes Utusan report on Red Bean Army

MP PAS Shah Alam Bahas RUU GST 2014

Speaker tolak usul tubuh PSC siasat MH370

DAP Sabah slams ESSCOM, calls for IC reboot

Debat GST pula kecohkan Dewan Rakyat

Ministry's reply 'confirms' Papagomo's identity

Pakatan tells Shahidan to keep his word

Sama ada saya lawan atau berundur! - Tun Musa Hitam

Menteri Kewangan 2 Bentang RUU GST

Dewan Rakyat 3 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MH370: Bagaimana jika tidak terhempas?

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

MH370: Syarikat telco enggan komen

Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.

Ibu penumpang pasport palsu MH370 tersisih daripada maklumat, lapor CNN

Keluarga dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi ketika menaiki MH370 tidak menerima maklumat daripada MAS, lapor CNN. Gambar fail.Keluarga dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi ketika menaiki MH370 tidak menerima maklumat daripada MAS, lapor CNN. Gambar fail.Ibu kepada penumpang penerbangan MH370 yang menggunakan pasport palsu tidak dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat misteri tersebut dan disisihkan, lapor media antarabangsa CNN.
Ibu kepada Pouria Nourmohammadi, 18, salah seorang penumpang yang menggunakan pasport palsu menaiki ketika mendaftar masuk menaiki MH370 kini ketinggalan dan tidak menerima sebarang maklumat atau diberikan kaunseling seperti ahli keluarga penumpang lain.
"Sebagai seorang manusia, sebagai ibu, tiada sesiapa memikirkan tentang saya. Saya keseorangan tanpa sokongan kecuali Tuhan," katanya dipetik dalam laporan CNN.
Nourmohammadi bersama rakannya Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan menuju ke Beijing yang tiba-tiba hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac.
Ibu Nourmohammadi mengakui anaknya melanggar undang-undang, bagaimanapun menyifatkan anaknya hanya cuba menjelajahi "mimpi indah".
"Saya dedikasikan hidup untuk anak saya, apa yang saya mahukan ialah dia hidup gembira. Saya mahu mereka hidup bebas. Saya berdoa dapat jumpa dia lagi, tetapi itu tidak berlaku. Kami akan jumpa di dunia lain sekarang," katanya.
CNN melaporkan, MAS tidak menghubungi kedua-dua ahli keluarga penumpang berkenaan dan kes mereka masih dikendalikan oleh pegawai penyiasat.
Nourmohammadi dan rakannya menimbulkan kekeliruan semasa siasatan awal kehilangan MH370 apabila mereka menggunakan pasport yang dicuri untuk menaiki pesawat MH370.
Pasport berkenaan dimiliki oleh rakyat Austria, Christian Kozel, 30, dan Itali, Luigi Maraldi, 37, yang melaporkan pasport mereka dicuri ketika berada di Thailand.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata bebanan pangkalan data Interpol akan memperlahankan pemeriksaan imigresen.

Esscom serah kes culik pada polis..!!


Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki  di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kota Kinabalu, hari ini.

Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah..!!

 
Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Kelantan bawa rang undang-undang persendirian, pinda perlembagaan laksana hudud


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub pada sidang media 'Langkah Kelantan' iaitu Kelantan akan bentang rang undang-undang persendirian untuk laksana hudud di Kota Baru, semalam. Gambar Harakahdaily.Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub pada sidang media 'Langkah Kelantan' iaitu Kelantan akan bentang rang undang-undang persendirian untuk laksana hudud di Kota Baru, semalam. Gambar Harakahdaily.Kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata ia berikutan jaminan kerajaan persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, rang undang-undang persendirian akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sebahagian besar kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

Hishammuddin diserang kerana setuju MH370 ‘blessing in disguise’


Petikan daripada akaun Twitter Ismail Amshar yang menerima kecaman apabila berkata insiden MH370 adalah 'blessing in disguise'. Gambar Herald Sun.Petikan daripada akaun Twitter Ismail Amshar yang menerima kecaman apabila berkata insiden MH370 adalah 'blessing in disguise'. Gambar Herald Sun.Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong kenyataan seorang wartawan tragedi MH370 adalah 'blessing in disguise' (kebaikan daripada kesedihan) diserang oleh pelbagai pihak.
Menurut Herald Sun News, sokongan Hishammuddin terhadap kenyataan itu boleh disifatkan sebagai penghinaan kepada keluarga penumpang MH370 yang malang itu. Turut melaporkan berita yang sama adalah akhbar Australia, The Daily Telegraph.
Seorang wartawan, Ismail Amsyar menghantar satu pesanan melalui Twitternya berkata "MH370 adalah 'blessing in disguise' kepada kita semua. Saya faham sekarang tentang cantiknya perpaduan, manisnya dapat bersama-sama."
Ia dijawab oleh Hishammuddin yang berkata: "Anda betul" yang menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelbagai pihak, lapor media itu.
Susulan daripada itu, pagi ini Ismail memohon maaf sepenuh hati kerana tweets itu.
Dia juga menerima ancaman bunuh di atas talian, lapor Herald Sun.
"Saya memohon maaf di atas tweet itu. Ia tidak bermaksud untuk tidak sensitif. Terima kasih di atas ingatan," kata Ismail melalui twitternya selepas mendapat peringatan daripada seorang lagi pengguna laman sosial itu yang bernama Deniela N.
Ismail juga memohon maaf kepada Hishammuddin kerana mengheret beliau dalam isu itu.
"Kepada @Hishammuddin H20, saya memohon maaf kerana mengeheret tuan kepada ini. Tidak bermaksud begitu. Kepada semua yang lain di luar sana, sekali lagi, saya mohon maaf kerana tweet itu," tulis Ismail.

Orang Asal: Pasukan khas atau pasukan sandiwara?

Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno?


Calon PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 16,779 undi dengan majoriti 5,483 berbanding calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 16,779 undi dengan majoriti 5,483 berbanding calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Gambar fail The Malaysian Insider.Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendapat 16,779 undi daripada 28,314 undi yang dibuat semasa PRK itu, menjadikan beliau mendapat majoriti 5,483 mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menerima 11,296 undi.
Walaupun peratusan keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, Pakatan berjaya mendapat peningkatan undi kepada 59.9% berbanding 57% dalam pilihan raya umum.
Umno perlu risau dengan perpindahan undi Melayu kerana cara kempen Umno dan Perkasa tidak meningkatkan undi kepada mereka, kata penganalisis,
"Kos sara hidup menjadi isu di Kajang. Persepsi sangat kuat menyatakan BN tidak cukup berusaha untuk mengekang ketirisan dan rasuah," kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pindaan PCA tanpa perbincangan, Suhakam bimbang cabul hak asasi


Suhakam bimbang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 akan mencabul hak asasi manusia, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. Gambar fail.Suhakam bimbang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 akan mencabul hak asasi manusia, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. Gambar fail.Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang hak asasi manusia akan dicabul susulan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang mula dikuatkuasakan bermula 2 April 2014.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam mendakwa pindaan tersebut dibuat tanpa rundingan dengan badan hak asasi tersebut.
"Suhakam kesal dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dirangka tanpa rundingan dengan Suruhanjaya, dan mula berkuatkuasa pada 2 April 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasmy berkata, beberapa peruntukan dalam pindaan tersebut melanggar hak asasi manusia serta menafikan hak individu bagi perbicaraan yang adil.

MH370: Saya tidak pernah mengaku ibu kandung - Rosila

  • Rosila Abu Samah 
  •  Ibu tiri kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Rosila Abu Samah, 50, kelihatan sugul mengenangkan nasib anak tirinya Khairul Amri Selamat, 29, sambil memegang pasport beliau dan suami yang terselamat selepas merayu kepada perompak supaya tidak mengambilnya agar beliau dan suami dapat ke Perth, Australia, sekiranya pesawat MH370 telah dijumpai ketika ditemui di rumahnya yang dimasuki perompak di Felda Bukit Mendi, dekat Bera, hari ini. - Foto bernama
BERA - "Saya hanya ibu tirinya dan tidak pernah mendakwa sebagai ibu kandungnya," luah Rosila Abu Samah yang sering dikaitkan media sebagai ibu kepada Mohd Khairul Amri Selamat, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370. 
  
Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.
  
"Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya. 
  
"Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Bukit Mendi di sini hari ini.
  
Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.
  
"Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya Selamat Omar, yang merupakan bapa kandung kepada Mohd Khairul Amri.

Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370



GAMBAR menunjukkan bentuk jet Gulfstream G650.


PERTH - Sebuah jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Rings, Sir Peter Jackson turut terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.
Seorang jurucakap Jackson semalam mengesahkan bahawa pesawat jenis Gulfstream G650 itu telah disewa oleh pihak berkuasa Australia dan beroperasi di luar Perth.
Pesawat itu berharga AS$80 juta (RM261 juta).
Kata jurucakap itu, jet berkenaan mampu terbang jauh dan sesuai beroperasi di kawasan pencarian pesawat MH370 yang terletak di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Jelas jurucakap itu lagi, jet berkenaan memang diiklankan untuk disewa. Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 itu sebelum ini memberitahu sebuah jet awam digunakan sebagai satu pusat komunikasi antara pesawat tentera yang menyertai misi berkenaan.
Jet G650 mampu terbang lebih laju berbanding mana-mana pesawat yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja New Zealand.
Ia mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 1,140 kilometer sejam hampir menyamai kelajuan bunyi iaitu 1,234 kilometer sejam.
Keistimewaan jet G650 buatan syarikat Gulfstream Aerospace dari Amerika Syarikat itu adalah ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 12,960 kilometer yang membolehkannya terbang tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

'Ring of fire' threatens a larger earthquake

MH370 families share their hopes

MH370 to join other aviation mysteries?

Officials Warn Flight 370 May Never Be Found