Rabu, 2 April 2014

Isteri Nak Tanggung Suami & Keluarga - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Isteri Bertengkar Dengan Suami TAK SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Video: Moment of bomb attack at Cairo University caught on camera

Cairo Blasts: Deadly IEDs target university campus security checkpoints

Police chief: Disappearance a criminal investigation

Hukum Tak Ikut Imam Lepas SALAM - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bela Burung Dalam Sangkar - Ustaz Azhar Idrus

Insiden Terowong: 'Letak jawatan kalau tidak berani buat keputusan' - MB Terengganu


Ahmad Said

MENTERI Besar Datuk Seri Ahmad Said menempelak keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya mengenakan denda RM30,000 kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas 'insiden terowong', 1 Februari lepas.
  
Beliau berkata keputusan itu mengundang kemarahan Terengganu berikutan tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam kes berkenaan yang masih meninggalkan banyak persoalan.

Justeru, beliau membidas Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana gagal dalam melaksanakan tugas mereka.
  
"Itulah kadang-kadang kita buat keputusan secara terpilih. Kalau kita jadi hakim (atau) jadi (jawatankuasa) disiplin, kalau kita tidak berani buat keputusan dan berlaku adil, maka lebih baik letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
  
Ahmad berkata, penangguhan kes pemain import T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasannya Stefano Impagliazo telah dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT seolah-olah terdapat satu elemen yang tidak boleh diterima banyak pihak.

"Ini yang kadang-kadang pelik, atas faktor keselamatan dia jatuhkan hukuman, maka siapa yang menyebabkan perkara itu tidak selamat? Mesti ada individu yang telah dikenal pasti," katanya.
  
Ahmad turut membidas bagaimana kes yang sepatutnya menjadi keutamaan iaitu 'insiden terowong' telah bertukar menjadi kes kedua.

Masih ada harapan lagikah untuk demokrasi di Mesir?


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita mengenai keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang penentang kerajaan kudeta Mesir.
Ini adalah hukuman mati untuk bilangan yang paling ramai yang pernah disaksikan sejak kebelakangan ini di dunia.
Malahan terdapat beberapa fakta yang pelik tentang penghukuman yang dijatuhkan oleh para hakim.
Misalannya, para hakim tidak memberi cukup masa kepada peguambela tertuduh untuk membentangkan kes anak guam mereka. Sedangkan tuduhan yang dikenakan kepada semua yang tertuduh ialah tuduhan yang sangat serius iaitu tuduhan membunuh seorang timbalan ketua balai polis.
Maka peguambela sudah tentu telah menyediakan dokumen yang terperinci dan menyediakan barisan saksi untuk membela yang tertuduh.
Tetapi, sesi perbicaraan mahkamah hanya bermula pada hari Sabtu dan bersambung semula pada hari Isnin iaitu hari yang diputuskan semua tertuduh dihukum mati.
Keputusan diambil selepas hanya 48 jam tanpa mendengar hujah pembelaan dari peguambela. Mohamed Tosson, seorang pemimpin Ikhwan Muslimin menyifatkan hukuman ini sebagai yang paling singkat dan paling pelik dalam sejarah penghakiman di Mesir.
Bagaimanakah 529 orang boleh diputuskan bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang sahaja anggota polis?
Memang tidak masuk akal malahan boleh masuk pertandingan sketsa Raja Lawak di televisyen.
Ada lagi yang pelik. Di antara 529 tertuduh adalah 2 orang yang telah pun disahkan terkorban di medan Rabiatul Adawiyah. Maknanya mereka sudah mati sebelum dikenakan hukuman mati.
Empat belas berada dalam tahanan polis ketika peristiwa pertuduhan membunuh ini berlaku. Bagaimana mungkin mereka terlibat jika berada dalam tahanan polis ketika itu?

M'sia perlu berani dahului kecam regim Mesir

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Luar Negeri memainkan peranan bagi memastikan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) memberi amaran dan bertindak tegas terhadap kerajaan Mesir.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, Malaysia salah satu anggota OIC perlu mengambil langkah awal dengan memperlihatkan ketegasan kepimpinan negara khususnya isu-isu membabitkan umat Islam di dalam pertubuhan itu.

"Kalau kita hendak tunggu negara-negara lain siapa lagi hendak diharapkan.

"Malaysia patut memainkan peranan besar ini dalam kemelut kezaliman di Mesir,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di bawah Kementerian Luar Negeri.

Mahfuz juga meminta Malaysia mengeluarkan kenyataan tegas membantah tindakan Kerajaan Mesir untuk menunjukkan kewibawaan negara menangani isu umat Islam di Timur Tengah.

Seramai 529 rakyat Mesir yang menyokong kepimpinan Morsi dikenakan hukum mati termasuk pemimpin dan bekas speaker Mesir juga aktivis Ikhwanul Muslimin.

M'sia dikritik lemah perjuang hak etnik Rohingya

KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi manusia dikritik dalam Persidangan Hak Asasi Manusia Negara Asean di Bangkok baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, persidangan yang dihadiri oleh ahli parlimen dari negara-negara Asean memberi gambaran peranan Malaysia yang sangat lemah memperjuangkan hak asasi rakyat di Myanmar terutama nasib etnik Rohingya.

"Ahli Parlimen Sepang, Batu Gajah turut mengikuti persidangan itu tahu apa yang berlaku.

"Bagaimana ahli-ahli parlimen negara lain mempertahankan hak asasi termasuk etnik Rohingya,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi Kementerian Luar Negeri.

Negara Asean mempunyai jawatankuasa penting  iaitu Asean Intergovernmental Commission on Human Right (AICHR) yang diwakili oleh Tan Sri Mohammed Shafee Abdullah.

Tambah Kamaruddin, persidangan itu turut  membandingkan wakil Malaysia dalam AICHR dengan wakil negara Thailand yang lebih aktif dalam isu Rohingya walaupun berlainan agama.

"Mereka menegur wakil-wakil kita di persidangan Bangkok.

"Berlainan agama tetapi peranan wakil Thailand terbaik, bersungguh dan bertegas untuk memastikan dan memperbetulkan apa yang berlaku di Myanmar,"katanya.

Bersih 2.0 serah Laporan Tribunal Rakyat kepada MP

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat berhubung pilihan raya umum ke-13 lalu kepada ahli parlimen, di bangunan parlimen.

Penyerahan laporan itu diketuai pengerusinya, Maria Chin Abdullah kepada wakil ahli parlimen yang hadir iaitu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

Maria, sebelum itu turut meluangkan masa untuk berbincang dengan ahli parlimen yang hadir berkaitan penemuan dan cadangan yang turut terkandung dalam laporan tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Maria menegaskan sudah sampai masanya kerajaan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan bersih seperti yang dituntut badan tersebut.

Katanya, setelah parlimen menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya sejak dua tahun lalu, menjadi tanggungjawab kepada badan itu untuk memastikan segala cadangan pokok yang dikemukakan dapat dilaksanakan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Kian Meng, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Md. Ramli, Ahli Parlimen Kota raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut menyertai perbincangan tersebut.

Menurut Maria, pihaknya menjemput kesemua 222 orang ahli parlimen untuk pertemuan hari ini.

Chile earthquake video: Tsunami alert after deadly 8.2 quake, 80k displaced

Chile quake causes 7 ft. tsunami waves

China: We are good friends, We are good partners

China tetap bawa panda ke Kuala Lumpur

Cairo University bombing: Moment of 2nd explosion caught on tape

Kerajaan Pusat patut ambil alih pengurusan tol bukan terus beri pampasan

plaza tolKUALA LUMPUR 2 APRIL: Kerajaan Pusat patut mempunyai mekanisme melindungi kepentingan rakyat dalam pengurusan konsesi tol bukannya terus memberi pampasan kepada syarikat konsesi.
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, Kerajaan Pusat perlu mengambil alih saham minoriti sebanyak 24 peratus bagi mengurangkan kos mengambil alih konsesi tol kerana mereka mempunyai pegangan terbesar di dalam PLUS.
“Kerajaan mempunyai saham terbesar melalui Khazanah sebanyak 76 peratus dan kalau dia bayar balik saham minoriti yang lebih kurang 24 peratus sudah tentu kerajaan boleh mengurangkan kos ambil alih konsesi tol itu,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen.
Kata Hanipa, kini Kerajaan Pusat tetap membayar kepada syarikat konsesi tol walaupun harga tol tidak dinaikkan.
Sebagai contoh katanya, syarikat konsesi untuk lebuh raya LDP dan Litrak mengaut keuntungan besar dengan mendapat pampasan RM89 juta kerana tidak ada kenaikan harga tol.
“Tidak naikkan harga tol pun syarikat konsesi tetap akan untung bermakna mereka dalam keadaan sentiasa untung,” katanya turut diakui Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Jelas Hanipa, Kerajaan Pusat boleh menggunakan kuasa untuk mengambil semula tol kerana ia tidak praktikal dan tidak menguntungkan apabila kerajaan menangguhkan kenaikan tol tetapi dalam keadaan sentiasa rugi.

MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

Hotel QualitySHAH ALAM, 2 APRIL : Kerajaan Negeri memanggil Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk memberi penerangan lanjut berhubung penutupan Hotel Quality Shah Alam sehingga menyebabkan 105 kakitangannya diberhentikan berkuatkuasa 1 Jun ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan berbincang dengan KDEB kerana Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang menguruskan hotel itu adalah di bawah milikan anak syarikat kerajaan negeri berkenaan.
Beliau berkata penerangan itu akan diadakan selewat-lewatnya minggu depan untuk menjelaskan perkara berkenaan dengan lebih terperinci.
“Kumpulan Perangsang ialah syarikat yang diurusniaga sahamnya di pasaran saham jadi walaupun kerajaan negeri melalui KDEB mempunyai milikan majoriti, tetapi pengurusannya adalah di bawah jagaan alhi lembaga pengarah Kumpulan Perangsang.
“Saya pasti apa-apa keputusan oleh ahli lembaga pengarah mesti mengambil kira tentang kebajikan pekerja dan mengikut tatacara Akta Perhubungan Perusahaan,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Exco, hari ini.
Abdul Khalid berkata keputusan penutupan hotel itu dilakukan sepenuhnya oleh ahli lembaga pengarah dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan berkenaan.
Beliau turut menafikan keputusan itu dibuat atas arahan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tiada campur tangan daripada Anwar. Kalau saya sendiri tak tahu, bagaimana pula Anwar tahu?” katanya lagi.
Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

MH 370: SEMACAM QANTAS (AUSTRALIA) PULA YANG HILANG……

Aku tidak terpengaruh dengan media asing. Akhbar di Malaysia mengatakan bahawa media asing memburukkan imej negara. Tetapi aku mengharapkan sumber berita dari media asing kerana aku merasakan bahawa bahan berita yang disampaikan itu ‘authentic’. Ada yang kelihatan menyebelahi pihak-pihak tertentu. Dan terpulang kepada individu pula untuk menapis berita berkenaan.
Melihatkan kepada laporan yang dIsampaikan oleh media asing, telah memperlihatkan kepada umum bahawa seolah-olah yang hilang bukannya pesawat Malaysia Airlines milik Malaysia tetapi semacam pesawat Qantas milik Australia. Apa tidaknya. Ulasan selari (bahasa tahun 60an) atau ‘live coverage’ mengenai kehilangan MH 370 kebanyakannya datangnya dari Perth Australia. Ada juga menyiarkan sidang media dari Malaysia yang diadakan oleh pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin Tun Hussein Onn.
 Tentu ramai yang agak bersetuju bila aku mengatakan bahawa seolah-olah pesawat Qantas yang hilang dan bukannya pesawat MAS. Dan aku rasa ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, terutamanya bagi rakyat yang hanya mengharapkan sumber berita mereka dari media arus perdana dan tidak langsung melihat perkembangan sebagaimana yang disampaikan oleh media asing.
Berdasarkan Convention on International Civil Aviation yang juga dikenali sebagi Chicago Convention, maka Malaysialah yang berhak untuk mengendali dan mengemudikan pencarian pesawat 370 ini. Maknanya Malaysia adalah sebagai ‘host’ atau tuan rumah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menyiasat dan mencari pesawat MH 370 Dan negara-negara lain boleh menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan oleh Malaysia.
Dan kita merasa bertuah yang begitu banyak negara yang agak bersimpati dengan rakyat Malaysia yang mana dengan rela hati menghulurkan bantuan ‘dengan percuma’. Sekiranya aku tidak silap jumlah negara yang kini melakukan pencarian di Lautan India sudah mencecah 14 buah negara (besar dan kecil). Menunjukkan kerjasama yang cukup erat antara negara-negara di dunia.

Ulangtahun Ke-68: Berbaloikah pelaburan kerajaan kepada RTM?


RTM lama

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah

1 April 2014, ketika seluruh dunia bising dengan April’s Fool, mungkin banyak orang di Malaysia ini menyedari bahawa hari ini juga merupakan ulang tahun ke-68 Radio Televisyen Malaysia (RTM) semenjak penubuhannya pada 1 April 1942 di Singapura, bermula dengan nama Jabatan Penyiaran sebelum berpindah pejabatnya ke Kuala Lumpur.
Ulang tahun ini wajar diingati oleh rakyat Malaysia kerana pada sifir mudahnya, untuk menilai sejauh mana mentaliti dan cara fikir rakyat negara ini maka teliti dan renungilah kandungan dan prospek penyiaran yang disediakan melalui medium RTM. Mudahnya begitu walaupun ia tidaklah melambangkan hal yang sebenar pada keseluruhan populasi yang wujud di tanah air ini.
68-tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Bayangkan, usia kemerdekaan negara ini baru mencapai angka 57 tahun. Ini bermakna, RTM pada perkiraan akal manusia pasti lebih matang dan keupayaannya tidak perlu diragui dalam usahanya untuk membentuk minda dan cara fikir masyarakat Malaysia. RTM jauh meninggalkan rakan medianya yang lain dalam menempuh pahit dan duka perjalanan negara ini dari sebuah tanah jajahan kolonial British kepada sebuah negara merdeka yang mempunyai prinsip-prinsip jelas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Pengalaman yang dilalui oleh RTM adalah harta karun yang paling bernilai yang tidak ada pada mana-mana arkib dan pusat tinggalan sejarah yang lain. Harta karun ini jika dimanfaatkan potensi dan kekuatan kendirinya sudah pasti RTM hari ini, amat jauh berbeza berbanding keadaannya sekarang.
Pada asasnya, pengalaman yang dilalui RTM selama 68 tahun itu wajar digunakan untuk membina kerangka usaha pembinaan jatidiri warganegara. Setelah terdedah kepada program dan kandungan penyiarannya selama ini, penonton RTM sewajarnya berwatak baik serta bersemangat patriotik. Jika Perdana Menteri Malaysia mengimpikan rakyatnya cintakan negara ini, maka RTM adalah jawapan kepada pertanyaan dan impian beliau.
Namun, setelah 68 tahun RTM menjalankan tugas, dengan jutaan ringgit pelaburan kerajaan ke atasnya saban tahun, dan selepas membaca nota pendek ucapan selamat ulang tahun dari Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Dato’ Norhyati Ismail di laman Facebook, maka timbul beberapa persoalan-persoalan besar tentang RTM.
Peranan RTM
RTM adalah agensi kerajaan. Itu faham asas yang wajib digarap. Setelah 68 tahun, sejauh mana RTM berfungsi selaku agensi kerajaan, maka agensi ini sepatutnya bebas dari cengkaman mana-mana parti.
Ada yang mempersoalkan, jika RTM sebagai sebuah agensi kerajaan mahu bebas dari kawalan dan cengkaman kerajaan, maka apakah gunanya belanjawan saban tahun uyang diperuntukkan kerajaan kepada agensi tersebut?

Larangan masuk Sarawak hanya supaya kuasa politik BN tidak digugat


chong chien jien


KUALA LUMPUR, 2 APR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak memperalatkan Perlembagaan Persekutuan demi kepentingan politik apabila mengeluarkan arahan supaya orang tertentu tidak dibenarkan memasuki negeri tersebut.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chen Jien berkata, kerajaan Negeri menyalahgunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hanya untuk kepentingan politik BN di sana.
“Memang larangan masuk adalah bidang kuasa kerajaan Negeri, tetapi ia telah diperalat untuk kepentingan politik BN yang memegang kuasa.
“Menghalang sesiapa yang rasis hanyalah alasan BN. Tujuan sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan BN daripada digugat Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Pada 31 Mac lalu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyatakan, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menghalang pihak rasis dan pembuat kacau daripada memasuki negeri itu.
Beliau memberikan contoh larangan masuk beberapa pemimpin Pakatan, antaranya Naib Presiden DAP Kebangsaan Teresa Kok Suh Sim; Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli ketika tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian akhir bulan lalu.
“Mereka tidak pernah keluarkan kenyataan berunsur perakauman. Malah, Saifuddin sendiri dibenarkan masuk ketika penamaan calon 17 Mac lalu, namun dihalang seminggu kemudian. Adakah beliau ada keluarkan kenyataan perkauman antara tempoh itu?
“Tak ada. Maka amat jelas bahawa kuasa dalam Perlembagaan itu telah disalah guna,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu lagi.

Empat sebab perlu tubuh RCI Tragedi Memali


memali

Oleh Lim Kit Siang

Kenyataan Media oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 2 April 2014.

TESTIMONI oleh OCPD Baling yang menyaksikan sendiri Tragedi Memali dan keperluan untuk menamatkan campur tangan politik ke atas institusi negara merupakan antara sebab yang kuat untuk menubuhkan sebuah RCI bagi menyiasat semula tragedi pada 1985 itu yang mengorbankan 18 nyawa.
Berikutan pendedahan minggu lalu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam yang mengatakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada dalam negara ketika kejadian dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak tiga dekad lalu, saya telah meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja memastikan perkara sebenar memandangkan Mahathir telah mengelak dari memikul tanggungjawab atas kematian 18 nyawa, termasuk 4 pegawai polis.
Sebab lain sebuah RCI perlu dibentuk untuk menyiasat semula Tragedi Memali adalah mereka yang terbabit masih hidup dan boleh memberi keterangan ke atas kejadian yang seharusnya boleh dielakkan.
Antaranya ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir; bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam; bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Mohd Amin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Ketua Setiausaha UMNO ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling ketika Tragedi Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan seorang pengikut Ibrahim Libya yang sekarang adalah senator, Muhamad Yusof Husin, dari Baling, Kedah.
Testimoni OCPD Baling ketika itu, Tunku Muszaffar Shah, adalah satu sebab tambahan yang kuat untuk membentuk sebuah RCI bagi menyiasat semula tragedi 1985 supaya kejadian sebenar boleh dirungkai untuk negara dan rakyat.
Dua tahun lalu, Tunku Muszaffar menulis sebuah buku yang menjelaskan bahawa peristiwa berdarah pada 19 November 1985 di Memali yang mengakibatkan kematian Ibrahim Libya, 13 pengikutnya, dan empat anggota polis, adalah hasil campur tangan politik dalam operasi polis, menyebabkan ibu pejabat polis Bukit Aman gagal membuat keputusan yang tepat dalam usaha menangkap Ibrahim Libya selepas cubaan kedua untuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 gagal.
Dalam buku beliau yang bertajuk ‘Memali: Policeman Remembers’, Tunku Muszaffar mengatakan bahawa kegagalan untuk buat keputusan yang tepat adalah disebabkan campur tangan politik dan kerana mengambil remeh keupayaan pengikut Ibrahim Libya.
Tunku Muszaffar menulis bahawa pegawai atasan di Bukit Aman tidak sepatutnya menerima arahan daripada “tuan politik” mereka dan menolak permintaan yang tidak sejajar dengan etika tugas polis atau prosedur kerja mereka.

Negara beli aset pertahanan hanya untuk perhiasan?


ariff sakmongkol


KUALA LUMPUR, 2 APR: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membeli aset pertahanan yang akhirnya tidak diguna apabila keadaan memerlukan.
Antara contoh yang beliau bangkitkan ialah tindakan kerajaan tidak menggunakan kapal selam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 walaupun membelanjakan berbilion ringgit.
Perbelanjaan pertahanan kerajaan meningkat setiap tahun, RM13.82 bilion pada 2011, RM13.71 bilion (2012), RM15.2 bilion (2013) dan RM16.1 bilion dalam belanjawan tahun ini.
“Mengapa kerajaan tidak menghantar kapal selam yang dibina Target Resources Sdn Bhd? Apa guna membayar RM6 juta sebulan kepada mereka tapi tidak menghantar kapal itu untuk operasi SAR?
“Ini membuktikan pasukan penyelamat kita tidak mempunyai kemampuan atau tidak terlatih. Jika benar, untuk apa membelanjakan berjuta ringgit?”
Apabila sesetengah pihak kemudiannya memberi respon bahawa kapal selam negara adalah berfungsi untuk ‘search and destroy’ (mencari dan memusnah), “Kita katakan kita hanya mahu fungsi mencari sahaja” ujar bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu.
“Ini masanya untuk menggunakan kapal selam kerana pesawat itu dikatakan berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam proses mencari kerana pesawat itu milik Malaysia.

Proses Akta Pencegahan Jenayah menyamai ISA


KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Tindakan kerajaan menguatkuasakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 jelas merupakan langkah zalim untuk mengembalikan semula penahanan tanpa bicara.
teresa kokMenurut Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim, penguatkuasaan PCA merupakan satu lagi titik hitam untuk negara kerana prosesnya yang menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Saya sangat kesal dengan penguatkuasaan PCA kerana ia merupakan akta zalim yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan membolehkan individu itu walaupun hanya di syaki sebagai penjenayah ditahan selama 2 tahun,” ujarnya yang turut pernah menjadi tahanan ISA.
“Rang Undang-Undang (RUU) PCA ini telah kita (DAP) tentang di Parlimen , namun kesemua fasal yang dibawa ditolak begitu saja dan seterusnya dipinda sehingga akhirnya dikuatkuasakan hari ini,” tambah Ahli Parlimen Seputeh itu lagi.
“Ia juga merupakan langkah ke belakang dan tidak menghormati demokrasi,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 31 Mac lalu menyatakan PCA akan dikuatkuasakan mulai hari ini dalam persidangan Dewan Rakyat.
Pindaan terhadap akta itu dakwa beliau adalah untuk memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.

205 rebut jawatan dalam PKR, tumpuan kepada Azmin dan Khalid?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bersemangat sungguh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi kongres melibatkan perebutan jawatan pada Mei nanti. Betapa tidak seramai 205 orang menawarkan diri untuk merebut berbagai-bagai jawatan. Dari jumlah itu dua berebut jawatan presiden, enam jawatan timbalan presiden, 16 naib presiden.
 



Azmin Ali
Tian Chua
Manakala 78 orang berebut jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Tiga orang berebut jawatan Ketua Angkatan Muda (AM), empat untuk mengisi timbalan AM, manakala sembilan merebut Naib Ketua AM sementara 62 orang untuk mengisi Exco Angakatan Muda.

Untuk jawatan Ketua Wanita Pusat pula melibatkan dua orang, enam merebut naib ketua manakala 14 Ahli jawatankuasa.

Rasanya inilah pertandingan melibatkan calon paling ramai pernah berlaku dalam parti tersebut. Perkembangan ini sesuai dengan peredaran masa dan keadaan parti itu yang semakin mendapat sambutan dan diyakini rakyat. Mungkin kehangatan ini ada kena mengena dengan nasib bakal menentukan ketua umumnya, Anwar Ibrahim yang sudah dijatuhi hukuman penjara enam tahun yang kini sedang menunggu rayuan dari peringkat Mahkamah Persekutuan.

Keghairahan bukan apa, melainkan sebagai satu persiapan menghadapi segala kemungkinan. Ketiadaan Anwar kalau ditakdirkan dikenakan penjara memberi kesan spritual kepada PKR jadi para pemukanya harus menunjukkan yang mereka semua masing-masing bersedia memikul tanggungjawab. Bagi saya penawaran diri itu sesuatu yang positif menunjukkan ramai orang yang mahu memimpin parti berlambangkan mata itu.

Mungkin orang Umno yang selamanya melihat PKR sebagai perosakan kedamaian dan pemecahan hegomeninya, ketawa menyaksikan ramainya calon yang bertanding. Tetapi orang tidak tahu rahsia disebalik itu, PKR dapat mengutip puluhan ribu ringgit hasil dari wang deposit daripada calon. Setiap calon dikenakan bayar deposit bertanding.

Peraturan pemilihan yang digariskan PKR ini bolehlah dianggap bijak dan pratikal. Kalau pukul rata untuk semua jawatan dikenakan bayaran RM2,000 bermakna  PKR dapat kutip RM410,000 ini satu angka yang besar dan sudah dapat menampung perbelanjaan kongres. PKR sebagai parti yang sukar mendapat penaja tidak seperti Umno sudah berpuas hati dengan kutipan itu.

Fahami Sistem Pilihan Raya Indonesia

Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
Indonesia mengamalkan sistem proportional representation (perwakilan berimbang). Calon yang bertanding dicalonkan oleh parti dan tidak ada calon bebas (calon tidak boleh bertanding sendirian).

Calon yang bertanding tidak perlu membayar wang deposit. Tempoh kempen adalah selama sebulan. Seminggu sebelum hari mengundi ialah tempoh bertenang dan kempen tidak dibenarkan lagi. 


Tempoh bagi setiap penggal pilihan raya ialah lima tahun. Setiap rakyat yang berumur 17 tahun layak mengundi. Tapi bagi sesiapa yang sudah berkahwin, jika pun belum mencukupi umur 17 tahun layak mengundi. Pendaftaran mengundi adalah secara automatik.

Pada hari mengundi, bawa sahaja Kad Pemilih yang diberikan oleh Komisi Pemilihan Umum (SPR), maka boleh mengundi. Semasa mengundi dakwat kekal digunakan.

Setiap parti atau calon yang bertanding boleh mengiklankan diri dalam tv atau media massa yang lain.

Berbanding dengan Malaysia, ada perbezaan. Begitulah.

Tetapi sebelum memberi ulasan, aspek ini perlu diberi perhatian. Mengapa dengan sistem yang lebih demokratik, nampaknya Malaysia lebih maju?

Timb Menteri Gulong Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

PM Najib cipta rekod baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mencipta rekod apabila tinjauan yang dibuat institusi penyelidikan bebas menunjukkan 44 peratus responden tidak berpuas hati kepadanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengulas dapatan terbaru itu menyifatkan rekod yang dicipta Najib adalah lanjutan kepada pelbagai rekod luar biasa yang dicipta beliau sebelum ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kerana Najib sekali lagi membuktikan beliau berupaya mencipta rekod-rekod luar biasa yang dianggap menggembirakan bekas Perdana Menteri itu," kata beliau.

Dr Mahathir dan pengikut-pengikut tegarnya dilihat sebagai pihak yang paling tidak berpuas hati terhadap Najib kini.

Blogger-blogger yang dikenali sebagai pentaksub Dr Mahathir kini adalah pihak yang paling keras mengecam Najib, jauh melebihi apa yang dilakukan blogger-blogger pembangkang.

"Rekod yang paling cemerlang yang dicipta oleh Najib ialah beliau adalah Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama di negara ini sejak Merdeka," kata Salahuddin.

Dalam pilihan raya lepas, BN hanya berjaya mendapatkan kira-kira 47 peratus sahaja dari keseluruhan undi.

Tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini menunjukkan semakin ramai rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Kajian itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden tidak berpuas hati dengan prestasi beliau, meningkat empat peratus berbanding Disember lalu.

Pencarian Di Lautan Hindi Huru-hara, Jika Tak Terhempas Disitu Mana Nak Jumpa?

MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ

KUALA LUMPUR: Lemahnya koordinasi di kalangan negara-negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 telah menyebabkan pihak terlibat tersilap mencari di kawasan yang salah di Lautan Hindi, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.

WSJ yang memetik dua sumber yang dikatakan ada kaitan dengan operasi pencarian berkata, kegagalan koordinasi mengambil tindakan pantas, menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan kaedah penyampaian maklumat kepada negara-negara terbabit.

Sedang sebuah pasukan menganggarkan kelajuan dan jumlah minyak yang digunakan oleh pesawat berdasarkan data radar dan prestasi pesawat, pasukan yang lain mengambil masa berhari-hari untuk meneliti data satelit, kata sumber itu.

Lokasi pencarian akhirnya diubah pada Jumaat lalu hanya selepas pihak berkuasa mengaitkan dua hasil siasatan terbabit.

“Hasil siasatan mendapat maklumat yang kredibel mengenai laluan dan lokasi pesawat berkemungkinan terhempas di perairan Australia,” kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan kepada WSJ.

Sumber juga mengatakan pencarian adalah ‘satu proses mengambil masa dan pegawai penyiasat telahpun berkongsi maklumat dengan negara-negara terlibat’.

“Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasakan adalah peranannya untuk memastikan pakar-pakar antarabangsa ini berkongsi maklumat sesama mereka,” satu sumber memaklumkan kepada WSJ.

Bekas Pegawai Trafik Udara Dedah Keupayaan Sebenar Sistem Radar Malaysia

Kehilangan pesawat MAS, MH370 yang memasuki hari kelapan pencariannya, menimbulkan pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak.

Kes pesawat hilang daripada radar kawalan dikatakan mustahil berlaku ketika sistem teknologi canggih digunakan kini.

Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temu bual bersama bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) Jabatan Penerbangan Awam (DCA), REMLI MOHAMAD, 62, dengan Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan, wartawan, Noor Ainul Yakin Mohamad Ishak, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed.

Pusat kawalan terus hubungi pesawat jika tiga minit hilang daripada radar. Sepanjang tempoh bertugas, pernahkah alami situasi seperti kes MH370 yang hilang daripada radar?

Saya mula bertugas pada 1971 sehingga 2010, dekat 40 tahun. Pernah menggunakan primary radar dan secondary radar. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi pesawat kecil memang biasa berlaku hilang daripada radar tetapi tidak lama selepas itu ditemui semula.

Kebiasaannya apabila pesawat hilang daripada radar, pengawal trafik akan kumpul maklumat untuk dapatkan kepastian, di mana pesawat dikesan kali terakhir daripada radar. Bila dah dapat kita akan salurkan maklumat kepada pihak berwajib dalam kes ini, polis yang lebih tepat untuk kes di daratan. Unit lain jika di hutan, Jabatan Orang Asli. Kalau di perairan Jabatan Maritim dan yang berkaitan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Setiap pegawai ATC adakah pantau satu pesawat sahaja?

Setiap pegawai yang bertugas hari itu, akan kawal unit masing-masing. Seperti ruang udara Semenanjung dibahagi kepada beberapa sektor, ke selatan contohnya menuju Singapura satu unit, ke utara seperti ke Penang satu unit, jika nak ke India arah ke barat satu sektor.

Ketika saya bertugas ada lima sektor. Jadi masing-masing jaga lalu lintas dan pesawat yang melalui laluan tersebut. Ketika saya bertugas dahulu tidak ramai ATC, tak sampai seribu tetapi sekarang mungkin lebih.

Ketika itu bertugas bahagian mana?

Masa saya di pusat kawalan, bertugas sebagai penyelia dan pernah juga ditugaskan sebagai penguasa pusat kawalan trafik udara.

Sampai mana tugas ATC jika pesawat telah terbang?

Hudud: Kelantan bawa 'private bill' ke parlimen


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

"Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

"Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu dibuat kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

Kelantan Sambut Baik Kerajaan Pusat Sedia Beri Kerjasama kpd Perlaksanaan Hudud - MB

MB: MOU air tak relevan lagi, Akta WSIA akan digunakan

Shahidan nafi Hisham atau PM setuju beri taklimat MH370

Tengku Adnan Beri Amaran Jangan Politikkan Insiden MH370

MP PKR Batu Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP DAP Kluang Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP PKR Kapar/ Lumut Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP PAS Pasir Puteh Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

bersihKUALA LUMPUR, 2 APRIL: Gabungan Pilihanraya Bersih da Adil (Bersih 2.0) membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa pengundian berdasarkan garis perkauman akan memupuk keharmonian kaum dalam negara ini.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan itu perlu ditolak dan tidak sepatutnya dibuat di Parlimen dengan mereka yang berbuat demikian sepatutnya meletakkan jawatan.
“Saya rasa sepatutnya rakyat Malaysia perlu menolak kenyataan Shahidan dan Bung Mokhtar.
“Pada saya kenyataan itu tidak masuk akal dan memalukan kerana membangkitkan isu perkauman politik,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin turut menyokong cadangan Ahli Parlimen Arau itu.

Kedua tercorot PISA: Malaysia tiada cara lain kecuali tukar kerajaan, kata Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata kedudukan Malaysia pada tangga ke-39 di kalangan 44 negara dalam ujian penilaian pencapaian pelajar (PISA) dunia membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai cara lain menyelamatkan sistem pendidikan negara melainkan dengan penukaran tampuk pemerintahan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mengulas ranking terbaru PISA dalam ujian penyelesaian kreatif itu berkata jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara di Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis yang amat besar.
"Dengan ranking terbaru yang dikeluarkan PISA kita hanya akan mendapat satu isyarat jelas bahawa sistem pendidikan negara kita berdepan dengan krisis.
"Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengambil sebarang pengajaran mengenai ini maka saya yakin sistem pelajaran negara ini akan terus mundur‎ dan ini tidak akan berubah sekiranya kerajaan tidak bertukar," katanya kepada The Malaysia Insider di lobi Parlimen hari ini.
Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian PISA sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.
Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500 dimana ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.
Lim berkata memburukkan keadaan lagi, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak mahu mengakui kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan negara malah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Selangor govt hands tied over KIDEX

Kerajaan BN Harus Akui Kesilapaan - Kit Siang

Polis 'bebaskan' semua penumpang, kecuali kru MH370

MP PAS Tumpat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP PAS Sepang Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

MP DAP bandar Kuching Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Luar Negeri

Shahidan suggestion validates race-based delineation exercise

Pewartaan POCA 2013 simbol kebebalan kerajaan

KUALA LUMPUR: Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang disiarkan oleh media pada 31 Mac lalu, Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasa) 2013, POCA akan diwartakan pada hari ini, 2 April 2014.

“Seperti yang dijangkakan, Kerajaan Malaysia terus bebal dan tidak mengendahkan desakan banyak pihak agar akta ini tidak digubal,” ujar Penyelaras Suaram, Syukri Razab.

Katanya, amat malang nasib Malaysia apabila tidak pernah ‘bercuti’ daripada akta-akta zalim yang mencabuli hak asasi manusia.

Tambahnya, tidak cukup dengan 60 tahun kezaliman ISA dan EO, kini Malaysia kembali dibelengu dengan tiga akta drakonian iaitu POCA 2013, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah Pencegahan Khas) DDA 1985.

“Selepas daripada hari ini, kita akan melihat akan ada rakyat yang disyaki bersalah, ditangkap tanpa waran, dikurung selama 40 hari untuk disiasat dan kemudiannya dihantar ke pusat tahanan selama dua tahun tanpa mendapat hak pembelaan di mahkamah,” ujarnya.

Beliau berkata, persis seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), POCA menghukum seseorang tanpa orang tersebut dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

MB Selangor: MOU air tak akan didedah kerana tak relevan lagi


Perjanjian Persefahaman (MOU) mengenai isu air antara kerajaan Selangor dan persekutuan sebelum ini, tidak akan didedahkan kerana telah tidak relevan lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Katanya, MOU yang dimeterai pada 26 Februari dianggap berakhir apabila syarikat konsesi air tidak menerima tawaran RM9.65 billion untuk tawaran pengambilalihan yang tamat pada 21 Mac lalu.

Khalid berkata satu perjanjian baru ini akan dibuat di bawah Akta Industri  Perkhidmatan Air (WSIA) dan memberi fokus agar pengambilalihan seterusnya tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Macinus Ongkili dan saya telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan Jumaat ini bagi menyelaraskan proses memastikan industri air dipulangkan kepada kerajaan negeri," kata Abdul Khalid dalam sidang media hari ini.

AirAsia enggan pindah klia2: ‘Kita lihat pada hari itu’, kata timbalan menteri pengangkutan..!!


Kerja pembaikan masih dilakukan di klia2 sebelum pembukaan operasinya pada Mei ini. Gambar fail.Kerja pembaikan masih dilakukan di klia2 sebelum pembukaan operasinya pada Mei ini. Gambar fail."Saya tidak boleh komen dulu. Kita akan lihat pada hari itu," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung keputusan AirAsia dan AirAsia X untuk terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang walaupun selepas 9 Mei.
LCCT akan menamatkan operasinya pada 9 Mei, dengan kerajaan memindahkan semua agensi relevan seperti Imigresen dan Kastam ke lapangan terbang tambang rendah baharu, klia2.
AirAsia berkata, ia tidak akan berpindah ke lapangan terbang baharu bernilai RM4 bilion itu sehingga keadaan-keadaan tertentu dipenuhi.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dijangka dipanggil oleh panel Parlimen tidak lama lagi yang mahu mendengar pandangannya tentang klia2.
"Kita akan lihat pada hari itu," Aziz sebagai menjawab soalan pemberita di luar Persidangan dan Pameran Bandar Lapangan Terbang 2014 yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), hari ini.

Berapa lama waris MH370 perlu tunggu?

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Selain kita terus berdoa agar mereka yang ditimpa musibah selamat dan mampu ulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Isu ini mesti diperbincangkan bagi menjelaskan kedudukan hubungan suami-isteri dan pemilikan harta orang yang hilang.

Mazhab Hanafi ada pelbagai pandangan berkenaan tempoh perlu tunggu, yang paling relevan saya lihat adalah pandangan kelima mereka iaitu tempoh ditentukan oleh kadi menurut ghalib zan (atau kebarangkalian yang paling tinggi). (Syarah Fath Al-Qadir, 5/374)

Mazhab Maliki mempunyai pelbagai pandangan, antaranya yang menyatakan perlu ditunggu hingga 4 tahun. Selepas 4 tahun tanpa sebarang berita dan jawapan, isteri akan bermula iddah 4 bulan 10 hari.

Asas ijtihad ini adalah dari keputusan Khalifah Umar al-Khattab bagi kes kehilangan seseorang di sesebuah negara Islam bukan di musim waba’. Ini bermakna 4 tahun itu berlalu pada musim sihat tanpa bencana. Ketetapan khalifah Umar ini juga dinyatakan oleh para ulama disokong oleh sahabat-sahabat lain sehingga Ibn Qudamah mengganggapnya ijmak sahabat. Menurut Imam Ibn Hajar, pandangan ini juga disokong oleh Al-Zuhri yang mensibahkanya kepada Umar, Ibn Abs, Uthman Affan, Ibn Mas’ud, Ibn Umar RA dan ulama besar tabi’en seperti Al-Nakha’ie, Ato’ ibn Rabah, Makhul dan Al-Sya’bi.

Pun begitu, kesahihan ijmak dipertikaikan kerana terdapat riwayat yang menunjukkan sahabat besar seperti Ali bin Abi Talib RA tidak sependapat.

Jika ingin digunakpakai untuk kes MH370 mungkin boleh dipertikai kerana kehilangan pesawat yang melebihi tempoh biasa tanpa sebarang perhubungan pada zaman mudahnya perhubungan boleh dianggap seperti kehilangan di zaman waba’.

Antara sebab perlu dibincang hal ini adalah:-

1. WANITA

Wanita atau isteri mungkin berganda deritanya, pertama, derita hasil kesedihan kerana kehilangan insan yang dikasihinya, ditambah lagi derita hidup tanpa suami dan seolah tergantung tanpa tahu bilakah kesudahannya.

MH370: Kenapa transkrip komunikasi ambil masa lama untuk didedahkan?

transkripKUALA LUMPUR 2 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan Kerajaan BN yang mengambil masa terlalu lama untuk mendedahkan transkrip komunikasi antara pesawat MH370 dengan menara komunikasi.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, transkrip itu sepatutnya didedahkan lebih awal kerana pihak luar mula menunding jari seolah-olah Malaysia ‘menyembunyikan’ maklumat.
“Kenapa mahu tutup transkrip? Kenapa tidak dikeluarkan lebih awal?
“Tidak ada apa-apa yang menunjukkan sesuatu yang berniat jahat (berdasarkan transkrip).
“Dari segi ketelusan perkara ini sangat mustahak. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara ini,” katanya di Lobi Parlimen.
Katanya, kerajaan juga perlu mengambil berat pandangan awam melalui tinjauan yang dibuat Merdeka Centre yang menyatakan rasa tidak puas hati berhubung cara pengendalian kes ini.
Jelasnya, kritikan yang diberikan orang awam tidak boleh ditafsirkan sebagai anti-nasional mahupun tidak cintakan negara sebaliknya diberikan perhatian dan mengambil langkah lebih baik untuk diselesaikan.

‘Where are our submarines?’

Blogger Sakmongkol questions as to why Malaysia has yet to utilise its submarines for the MH370 search operation. 

malaysian submarines Mohd Ariff SabriPETALING JAYA: Blogger and DAP parliamentarian Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz today slammed the government for not mobilising its submarines in the MH370 search and rescue (SAR) operation.
Mohd Ariff, who blogs as Sakmongkol, said unlike Singapore, the Malaysian government didn’t use the submarines in the operation although billions have been spent to purchase them.
“We did not send our submarine rescue ship either (SRS) – the one built by a company known as Target Resources Sdn Bhd. We are paying RM6 million a month to Target Resource’s to be on standby. How come we did not send the SRS? Singapore did,” he said in blog posting titled ‘Making sense of our defence spending’.
“The fact that we did not, suggests that our own SRS hasn’t got all the specs with full underwater search capabilities.
“Do we have a remote operated vehicle that comes along with our SRS? Do we have trained divers on the ships- the ones using suits like astronauts? If we don’t have these, then what did we spend on,” asked Mohd Ariff who is also DAP’s Raub MP.
He questioned why the government has yet to utilise its submarines even though the SAR operation has been moved to the Indian Ocean.
“But since the plane ended into the Indian Ocean- where the ocean is deep enough- isn’t it time to mobilise our submarines?
“UK has sent its submarine to search for the plane. We must now send ours because the primary responsibility to muster a credible number of credible assets lies with us. The plane is ours and we have Malaysians on that plane,” he added.
He also took a swipe at Prime Minister Najib Tun Razak and Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein for making contradicting statements.

Dr Asri: Cari MH370, ‘Alangkah indahnya jika negara punyai kapal selam boleh berfungsi’

SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.
Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.
“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.
Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.
Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.
9M-MRI-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_217658Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Kalau Tak Tahan Kritikan, Berhentilah Jadi Menteri...

Berikutan kritikan dalam banyak media terhadap kerajaan, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenyataan bercanggah, maklumat tidak tepat, kelewatan menyalurkan maklumat dan seumpamanya berkenaan operasi pencarian pesawat MH370, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein membayangkan akan mengambil tindakan saman terhadap perbuatan media yang didakwanya salah lapor itu.

Menurut sepupu Najib Razak itu, kerajaan telah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi lagi dan apabila tiba masanya, kerajaan patut menyaman mereka.

Walaupun beliau mendakwa sudah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi mencari MH370 lagi tetapi tindakan Hishammuddin ini dipercayai lebih didorong selepas pengumuman Perdana Menteri pada 24 Mac lalu yang membawa erti pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, telah menimbulkan rasa marah waris mangss kerana sehingga ini tiada bukti kukuh mengenainya.

Sementara kenyataan Najib yang berbunyi "berakhir di Lautan Hindi" itu ditafsirkan oleh media sebagai "terhempas" serta disiarkan secara meluas keesokannya dan tidak dianggap salah tafsir oleh kerajaan, namun kerajaan hanya menganggapnya salah lapor selepas tujuh hari kemudian, itu pun setelah waris penumpang dari China meluahkan kemarahan mereka.

Sebelum itu pula, sudah beberapa kali maklumat tidak tepat dan bercanggah dikeluarkan oleh kerajaan. Ketidaktepatan maklumat itu bukan sahaja mengenai bagaimana penumpang yang menggunakan pasport curi boleh meloloskan diri, bahkan juga dalam hal semudah mengenalpasti ayat perbualan terakhir antara kokpit dengan pusat kawalan udara.

Sebab itu, setelah masuk hari ke 25 ini, maklumat kerajaan yang seolah-olah meyakini pesawat itu telah terhempas semakin diragui. Meski Najib turut terbang ke Perth untuk meninjau operasi mencari dan menyelamat, pemergian beliau turut juga diselubungi dengan pelbagai andaian dan persepsi.

Di ketika Hishammudin mengugut mahu menyaman media, di waktu yang sama Ketua Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman pula dilaporkan menghalau media dalam sebuah persidangan yang sepatutnya beliau turut menyentuh tentang perkembangan terkini mencari dsn menyelamat MH370.

Kenapa secara tiba-tiba media dimusuhi dan dijauhi? Adakah apa-apa yang cuba disembunyikan?

Royal Aeronautical Society (RAeS): 5 ‘kemungkinan’ berlaku kepada MH370


Dalam tempoh tiga minggu semejak kehilangan MH370, terdapat banyak teori-teori yang dikemukakan tentang apa yang mungkin dan telah berlaku di atas kapal terbang MH370.

Saya terbaca satu analisis tulisan Bill Read yang bertajuk "What happened to flight MH370?" di laman Royal Aeronautical Society (RAeS).

Pada minggu lalu, RAeS Flight Operations Group (FOG) mengadakan sidang dua hari di 4 Hamilton Place mengenai "The role of the Aircraft Commander in the 21st Century".

Persidangan ini di hadiri oleh juruterbang, syarikat penerbangan, pengeluar dan pengawal selia. pada kesempatan ini beberapa pandangan tentang apa yang berlaku kepada MH370 dibahaskan oleh penceramah yang sangat berpengalaman dan sangat berpengetahuan dalam hal ehwal pernebangan dan industri penerbangan.

Daripada perbincangan tersebut maka lahirlah beberapa pendapat dan teori-teori alternatif jawapan kepada persoalan bagaimana MH370 boleh hilang?

1. Pesawat itu mengalami tekanan rendah (dinyahtekanan) tetapi masih meneruskan pernebangan.

 Ia mungkin. Ini dapat menjelaskan perubahan awal dalam ketinggian dan laluan. tetapi tidak menjawab mengapa ACARS dan transponder telah dimatikan.

2. Pesawat itu tercemar oleh asap toksik

Tidak mungkin. Jika keadaan ini berlaku juruterbang sepatutnya dapat menghantar panggilan kecemasan dan sekali lagi, tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder telah dimatikan.

3. Terdapat kebakaran di atas kapal terbang yang rosak sistem komunikasi

Sekali lagi tidak mungkin. Ini mungkin menjejaskan komunikasi tetapi ia tidak mungkin bahawa pesawat itu akan terus terbang jika api terus membakar .

4. Pesawat itu telah dirampas

Teori mungkin tetapi pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain mahupun ia digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas "berani mati". Jika ia merupakan perampas individu, maka sukar mencari motif tetapi jika ia adalah satu kumpulan atau pertubuhan, setakat ini tidak ada mana-mana kumpulan telah mendakwa bertanggungjawab.

5. Pesawat itu sengaja dilencongkan oleh pilot /co-pilot

Mungkin sekali lagi tetapi tidak ada sebab untuk ini belum dikenal pasti. Jika ia adalah satu percubaan bunuh diri maka mengapa pesawat terus terbang untuk sekian lama?

Saya rasa nak tambah satu untuk yang keenam "DICULIK OLEH AMERIKA SYARIKAT"....

MH370: Apa maksud 'berakhir di Lautan Hindi?'

Pakatan Rakyat mendesak kerajaan menjelaskan maksud sebenar istilah pesawat MH370 "berakhir di Lautan Hindi" seperti dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac lalu.

Pendirian itu digesa ekoran kenyataan pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menafikan pesawat itu telah terhempas.

MP Gelang Patah, Lim Kit Siang juga mempersoal tindakan Najib membuat usul khas merakamkan simpati kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pada keesokan harinya selepas pengumuman.

"Beliau boleh sahaja menyatakan ada petunjuk atau kemungkinan (ia terhempas).

"Apa yang dinyatakan beliau sebelum ini tidak muktamad langsung," kata Lim pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi ini.

Penumpang MH370 ‘bersih’ daripada empat elemen, anak kapal masih disiasat, kata KPN


Siasatan mendapati penumpang MH370 'bersih' manakala anak kapal pesawat itu masih disiasat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail The Malaysian Insider.Siasatan mendapati penumpang MH370 'bersih' manakala anak kapal pesawat itu masih disiasat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail The Malaysian Insider.Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370  yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi, tetapi siasatan maish dijalankan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, siasatan terhadap 227 penumpang pesawat MH370 itu mendapati mereka "bebas" daripada empat elemen itu.
"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di Kuala Lumpur, hari ini.
Khalid berkata, polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Katanya, setakat ini polis merekodkan kenyataan daripada lebih 170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

227 penumpang MH370 tiada kaitan kehilangan pesawat kata IGP

Tol: Beli saham minoriti, tak perlu bayar pampasan

DAP: PM's statement on MH370 a mistake

MH370: PR kecewa kelewatan dedah transkrip

MH370 diklasifikasikan siasatan jenayah - IGP

PAS: Will govt sue local media over MH370 coverage?

Perjelas maksud 'berakhir di Lautan Hindi'

Pakatan mahu Najib mengaku silap beri kenyataan nasib MH370


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau melakukan kesilapan dalam kenyataannya mengumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac lalu.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada DAP berkata, Najib memberikan kenyataan mengelirukan dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pesawat itu berakhir.
Katanya, adalah jelas kenyataan Najib bermaksud pesawat malang itu terhempas apabila sehari selepas pengumuman itu, di Parlimen beliau membentangkan usul simpati MH370 kerana tiada satu pun penumpang terselamat daripada insiden itu.
"Kenyataan itu diperkukuhkan dengan kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar MAS menyatakan tiada penumpang terselamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS juga mempersoalkan adakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap media tempatan yang turut menyiarkan kenyataan daripada Najib seolah-olah pesawat MH370 terhempas.
"Mereka kena jelaskan kerana kita sekarang keliru apa maksud dengan penerbangan berakhir, adakah ia terhempas atau apa?
"Saya ingin bertanya adakah Najib atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein sanggup mengambil tindakan terhadap media tempatan yang menulis seolah-olah MH370 terhempas, saya memetik pada laporan Harian Metro, tajuk akhbar itu 'Pusara di Lautan Hindi',  jadi beranikah mereka mengambil tindakan," katanya.

UK hantar kapal selam HMS Tirelesss bantu mencari MH370

Kapal Selam Malaysia Hanya Untuk Pameran...!!!
Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lalu, di Lautan Hindi.
Menteri Pertahanan,  Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang kini berada di Hawaii berkata, maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa.
Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya di Honululu, hari ini.
Hishammuddin tiba di sini pada Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.
Para pemerhati berkata, ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.
Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.
Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.

Polis Malaysia perlu pembaharuan segera, kata pemantau hak asasi antarabangsa


Badan pemantau antarabangsa gesa Putrajaya memperbaharui pasukan polis negara dengan segera. Gambar fail.Badan pemantau antarabangsa gesa Putrajaya memperbaharui pasukan polis negara dengan segera. Gambar fail.Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu pembaharuan segera, kata Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) yang berpangkalan di New York dalam laporan mereka hari ini.
Badan pemantau itu berkata, langkah tersebut perlu diambil susulan kematian dalam tahanan dan penggunaan kekerasan melampau.
"Langkah perlu diambil supaya kerajaan Malaysia mematuhi piawaian undang-undang dunia," kata Timbalan Pengarah HRW, Phil Robertson.
"Polis Malaysia tidak telus terhadap orang ramai tetapi hanya diri mereka, dan orang biasa juga seluruh negara sering membayar harga dengan tubuh badan dan kematian tragik.
"Pembaharuan ini perlu disegerakan bagi memastikan ketelusan ke atas tahanan yang mati dan tindakan polis menembak tanpa pertimbangan," kataya.
Robertson berkata, satu pengawasan badan bebas luar daripada pasukan polis diperlukan untuk menamatkan sebarang cubaan melindungi anggota polis, kerahsiaan dan campur tangan ke atas siasatan salah guna polis.
Walaupun terdapat 4,000 bantahan dilakukan ke atas pasukan polis antara 2005 hingga 2012, hanya 325 kes dibawa ke mahkamah, dedah HRW, hari ini.

Ikhwan Muslimin teruskan revolusi tanpa senjata


Dr Syed Azman (kiri) bersama Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin dalam satu pertemuan di luar Mesir baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Ikhwanul Muslimin Mesir akan terus menggerakkan revolusi secara aman tanpa senjata walaupun pelbagai usaha dilakukan junta tentera negara itu untuk memaksa revolusi Mesir yang didokong Ikhwan menumpahkan darah dan lari dari landasan perjuangan yang aman, tegas Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin.
Dalam satu pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di satu lokasi di luar Mesir, Sheikh Jumaah berkata, junta tentera Mesir menggunakan pelbagai tektik untuk memerangkap Ikhwanul Muslimin agar mengangkat senjata dan melakukan revolusi bersenjata.
Terbaru, ujarnya adalah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas 529 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin.
"Dengan hukuman bunuh ini, junta tentera cuba untuk memaksa Revolusi Mesir yang didokong oleh Ikhwan agar melakukan pertumpahan darah dan lari dari landasan perjuangan yang aman.
"Kami tetap berpendirian bahawa revolusi kami akan tetap aman dan tanpa senjata.  Senjata kami adalah rakyat dan pertolongan Allah SWT," tegas beliau.
Mengulas hukuman mati yang dijatuhi mahkamah Mesir terhadap anggota Ikhwan, beliau menyifatkan penghakiman itu sebagai "paling tragis dan tidak masuk akal".
Menurutnya, 529 anggota Ikhwan itu dijatuhkan hukuman mati dalam dua sesi perbicaraan yang ringkas dengan kedua-duanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Perjanjian Sulit Ketenteraan Malaysia Dengan Amerika??

Sinar Harian melaporkan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel tiba di Malaysia hari ini, bagi memulakan lawatan tiga harinya yang disifatkan oleh pemerhati sebagai usaha untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia.

Pesawat yang membawa pemimpin AS itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini pada 3.40 petang. Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Laporan juga menyatakan lawatan itu adalah atas undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-12 di Singapura, 12 Jun lalu.

Beliau dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Hishammuddin di ibu negara esok.

Hagel mengangkat sumpah jawatan pada 27 Februari lepas dan menjadi veteran tentera tempur pertama mengetuai Jabatan Pertahanan. Kali terakhir Malaysia menerima kunjungan setiausaha pertahanan AS ialah pada 2010, iaitu Robert Gates.

Menurut pemerhat politik kehadiran Setiausaa Pertahanan AS ini akan terlibat satu perjanjian dengan Amerika dalam bidang pertahanan.

Menurut sumber lagi perjanjian ini akan menjadikan negara kita sebagai koloni Amerika dalam ertikata lain tanah jajahan AS. Dengan perjanjian ini negara kita akan dikawal urus selia hal ehwal luar oleh Amerika Syarikat. Negara kita tidak lagi bebas dalam menyatakan hal ehwal laur melainkan atas kepentingan Amerika Syarikat.

Ogos 2013 kita dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat yang sedang memperkukuhkan kehadiran kuasa tenteranya di Filipina dan zon Asia Pasifik/Tenggara. Rancangan ini sudah lama dan berterusan serta meningkat kepentigannya sejak mutakhir ini dengan pelbagai isu.

Rancangan in kenali sebagai plan "ASIA PIVOT" yang bertujuan mengimbangi kuasa ketenteraan China di zon Asia Tenggara.

Kedudukan Malaysia dalam percaturan ini sangat strategik tidak hairan kebelakangan ini Presiden AS Obama juga bakal melawat negara kita.

Sudah menjadi kebiasaan dalam percaturan Yahudi dan Isreal, mreka akan sentiasa mencipta musuh-musuh untuk dijadikan sebagai bahan momokan (bogeyman), menakut-nakutkan dunia dengan pelbagai acaman kononnya. Mereka akan mendapat manafaat industri penjualan senjata hasil keresahan dan kebimbangan dunia dengan acaman perang. Industri persenjataan mereka akan  sentiasa terjamin.

Dewan Rakyat 2 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Pengundi Pas tak keluar mengundi di Kajang & Masa Depan Pakatan Rakyat

Ramai tak puas hati usaha kerajaan tangani MH370

Protes itu demokrasi, tulis Nurul Izzah

Transformasi undang-undang ini dilakukan hanya separuh jalan, dan masih bersifat menyekat hak rakyat.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa perbezaan di antara negara dunia pertama dan ketiga adalah terletak pada sistem kenegaraannya.
Selain sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, memudahkan rakyat untuk menilai dan melihat tawaran politik yang berbeza melalui media bebas dan ruang berdebat yang luas.
IMG-20140402-00179“Demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan telus memudahkan rakyat mempertahankan hak rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dapat mewakili kepentingan rakyat,” ujar Nurul Izzah di dalam bukunya yang berjudul “Masa Depan Masa Kita” yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Mac lalu.
“Malah suara rakyat dapat didengar termasuk bantahan melalui protes, sekiranya cara lain menemui kebuntuan,” katanya.
Jika sebuah autokrasi menyekat rakyat daripada menilai sesuatu tawaran politik, dan sekiranya saluran media dikawal serta propaganda hitam menguasai jiwa rakyat dek ketakukan hilang kuasa atau kebencian mana-mana pihak, hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya akan tersekat kerana maklumat tersebut telah dimanipulasi.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menambah, sejarah dunia telah mencatatkan bahawa apabila hak rakyat disekat melalui sistem autokrasi, rakyat akan bangkit dan memprotes atas rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu.
“Gerakan ‘Arab Spring’ menjadi contoh terkini kebangkitan rakyat untuk memprotes pemerintah yang autokratik.
“Walaupun berdepan dengan segala kekuatan jentera kerajaan, tetapi semua sekatan gergasi ini dapat ditumpaskan melalui semangat patriotik untuk merampas kembali hak demokrasi rakyat,” katanya.
Sejarah di negara kita juga membuktikan bahawa protes itu adalah hak rakyat yang menjadi pencetus perubahan malah membawa kepada kemerdekaan.
“Tanpa protes menentang Malayan Union pada 1946 dan protes Hartal Se-Malaya 1947, negara kita tidak akan merdeka.
“Negara masih akan dijajah oleh British yang menggunakan system autokratik dengan segala jentera kerajaan, kawalan media dan undang-undang anti demokratik diluluskan untuk menyekat hak mereka.

'Isu tumpahan lebih sesuai dijawab pihak berkuasa' kata Lynas

Lynas Malaysia mematuhi semua peraturan dan keperluan di peringkat kerajaan Malaysia dan antarabangsa dalam menjalankan operasi mereka, kata Pengurus Komunikasi Korporatnya, Amin Abdullah.

"Kami ingin maklumkan yang Lynas patuh kepada semua peruntukan dan peraturan nasional dan antarabangsa yang dikenakan kepada kami oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam maklum balas kepada dakwaan MP Kuantan, Fuziah Salleh (kanan) yang mempersoalkan kepatuhan syarikat pengusaha loji pemproses nadir bumi itu susulan penemuan bahan kimia yang tumpah di kawasan lebuh raya Jumaat lalu.

Menurut Amin, persoalan tersebut juga sebenarnya lebih sesuai dijawab oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Soalan-soalan itu adalah untuk dijawab oleh regulator kerajaan," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Fuziah semalam mendakwa, bahan kimia separuh siap tersebut yang dikenali sebagai PnRD klorida atau dydimium klorida, tidak tersenarai sebagai bahan yang dibenarkan untuk dieksport oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurutnya, bahan kimia yang dibenarkan untuk dieksport Lynas seperti disenaraikan dalam laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah bahan yang sudah siap diproses dan berunsur oksida sahaja.

Menanti jalinan mahasiswa, pensyarah dan orang kampung

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Demonstrasi Baling 40 tahun lalu mengingatkan kita kepada ketulenan perjuangan gerakan pelajar dan kepedulian sosial yang tinggi di kalangan masyarakat desa.
Justeru, saya mahu bertanya, apa khabar mahasiswa hari ini? Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 diperketatkan pada 1975 selepas demonstrasi Baling itu, yang juga “membakar” Kuala Lumpur sehingga Masjid Negara yang menjadi “medan tempur” dan autonomi universiti hancur apabila kampus digempur polis, melalui Operasi Mayang, menyebabkan ada aktivis mahasiswa berkelana jauh ke luar negara, misalnya Hishamuddin Rais.

Kini Auku dilonggarkan, terutama berkaitan sikap dan pendirian politik pelajar, namun kongkongan pentadbiran universiti, khususnya Hal Ehwal Pelajar masih kukuh mengikat. Kedua, bagaimana pula dengan kesedaran berpolitik warga kampung, yang dikira menjadi penyelamat Umno-BN dalam PRU13?
Apakah kemiskinan menyebabkan mereka lebih mudah dicucuk hidung atau tenggelam dalam “mentaliti subsidi” (satu istilah yang sering disalahtafsirkan)?
Himpunan bersejarah itu juga mengimbau dedikasi tinggi penggeraknya, yang kini mewarnai persada politik tanah air, khususnya Anwar Ibrahim, selain tokoh pelajar – seperti Kamaruzaman Yaakob dan Halim Arshat – serta kakitangan akademik – misalnya Dr Syed Husin Ali dan Gurdial Singh – yang mungkin sudah kurang dikenali siapa mereka.
Lagi pertanyaan, apa cerita para pensyarah kita, yang kelihatan “senyapsunyi” di menara gading, meskipun tanahair tercinta bergolak dahsyat?
Agak lama saya tidak mendengar perkhabaran mengenai persatuan kakitangan akademik; mungkin masingmasing sibuk dengan penyelidikan dan proses mendidik anak bangsa, atau apa sebenarnya, ya?

Bil elektrik Najib& Rosmah RM2.2 juta setahun

KUALA LUMPUR: Sikap para pemimpin Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tetap tidak berubah, malah terus kekal boros sehingga bil elektrik di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana sepanjang tahun 2013 lalu masih kekal tinggi sehingga berjumlah RM2.2 juta, manakala air RM221,000.

Kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 untuk bil elek terik dan RM112,000 untuk bil air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara itu sememangnya dijelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Menurut beliau, apabila menyebut tentang bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sememangnya akan dikejutkan de ngan jumlahnya yang teramat tinggi setiap tahun, sehingga tidak masuk akal.
“Sebelum ini, ketika menjawab soalan lisan daripada saya pada persidangan Dewan Rakyat mengenai perkara yang sama bagi tahun 2012 yang kemudian dijawab secara bertulis oleh pihak kerajaan pada tahun 2013, bil elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri sebanyak RM5,000 sehari, manakala air RM1,172 sehari.
“Sewa rumah kediaman rasmi Najib yang dibayar kepada Perbadanan Putrajaya sebanyak RM18,000 sehari. Ini bermakna RM7 juta setahun. Manakala bayaran sewa bagi Kemente r i a n Wanita sebanyak RM4 juta sebulan,” katanya

Pakar ICT perlu kemas kini teknologi kotak hitam

Bilakah kotak hitam pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu akan ditemui? Tiada siapa yang mampu memberikan jawapannya. Penemuan alat itu mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Kotak hitam atau black box ialah sekumpulan perangkat yang digunakan dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) dalam pesawat.

Fungsinya merakam perbualan antara juruterbang dengan Pusat Kawalan Udara (ATC). Ia juga untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam, sesungguhnya kotak itu tidak berwarna hitam tetapi berwarna jingga/oren. Hal ini dimaksudkan untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu kemalangan. Mengikut Wikipedia, peristiwa yang mencetuskan pembuatan kotak hitam pertama itu adalah ketika ilmuwan Australia, David Warren, menyelidiki jatuhnya Komet De Havilland di India pada 1953. Berdasarkan laporan Time, Warren tidak dapat memastikan penyebab kecelakaan yang menyebabkan 43 orang terkorban.

Sejak itu, selama beberapa tahun, Warren mengembangkan prototaip perakam penerbangan yang menjejak maklumat teras seperti ketinggian dan arah pesawat.

Kotak hitam berisi pita magnetik atau kaset mulai terkenal pada akhir tahun 1950-an. Perangkat ini wajib digunakan oleh penerbangan komersial pada tahun 1960 atas arahan Badan Penerbangan Kerajaan Amerika Syarikat. Setelah kotak hitam kerap ditemukan hancur dalam kemalangan, pada tahun 1965 posisinya dipindahkan ke bahagian belakang pesawat, supaya lebih bertahan.

Guna cip memori

Kini, kotak hitam tidak lagi menggunakan kaset. Perangkat itu kini menggunakan cip memori tanpa bahagian bergerak, sehingga risiko kerosakan menjadi lebih kecil. CVR berisi data audio percakapan yang terjadi dalam kokpit dengan tempoh dua jam. FDR merakam data penerbangan selama 25 jam.

Penemuan kotak hitam MH370 akan membantu penyiasat mengetahui apa yang terjadi pada penerbangan itu. Sebagai contoh tanda tanya mengenai kemalangan kapal terbang Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 krew pada 1 Jun 2009 terjawab dua tahun kemudian.

Duta: Irene gigih perjuang hak asasi manusia


Pengarah Eksekutif Tenaganita dan aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez akan dikenang kerana keberanian dan kegigihannya memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia, kata Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun.
  
"Bagi pihak Kedutaan Amerika di Malaysia, saya ingin merakamkan perasaan sedih kami apabila menerima berita pemergian Dr Irene Fernandez," kata beliau dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
  
Yun melahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Irene dan kebanyakan rakannya sambil berkata kedutaan tahun lepas telah mencalonkan mendiang bagi Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa kerana menghargai perjuangannya membela hak wanita, pekerja migran dan mangsa AIDS di Malaysia.
  
Beberapa tahun sebelumnya, Jabatan Negara Amerika memberi pengiktirafan kepada Irene sebagai seorang daripada aktivis utama di seluruh dunia yang berjuang bagi menamatkan perhambaan zaman moden, katanya.
  
"Kerajaan Amerika berpendapat tidak ada orang yang lebih layak untuk menerima penghormatan itu selain mendiang. Kami tersentuh dengan kegigihan dan sumbangannya memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia," katanya.