Selasa, 1 April 2014

Pakatan Kuasa Besar Dunia (Sergei Glaziev + Brazil, Rusia, India, China) VS (Amerika, Eropah) Ada Kaitan Dengan Tragedi MH370?

Bismillahir Rahmanir Raheem. Sekitar tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama….
Amerika China Rusia MH370Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa Hubungkaitnya Dengan Krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Sergei Glaziev Mh370
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia

Antara Perkara Berani Yang Dibentangkan Ialah :

  1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
  2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
  3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.

Sergei Glaziev : Sistem Hutang + Riba Tidak Masuk Akal

Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.
Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.
China USA MH370Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.
Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.
Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington Risau Kebangkitan Rusia?

Pendidikan negara: Apa lagi yang tak kena?


exam


TERSENTAP seketika membaca komen daripada pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran PEMANDU di Damansara yang memberitahu mutu pendidikan di Malaysia jatuh merudum berdasarkan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lebih membimbangkan daripada kejatuhan kewangan. Tambah beliau, mutu pendidikan di Malaysia lebih teruk daripada Vietnam dengan menduduki tangga ke 52 daripada 65 negara yang terlibat.
Apa yang berlaku kepada pendidikan kita ni? Sehingga dikritik tajam dan pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka ataupun fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang menunggu jawapan segera.
Memetik kata-kata Nelson Mandela “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”. Tamadun manusia masa hadapan ditentukan oleh pendidikan harini. Apa yang kita didik generasi harini akan menentukan generasi masa depan. Sebuah negara perlukan generasi mampan untuk meneruskan kecemerlangan pencapaian kemajuan. Masa depan negara terletak di tangan generasi kini, dan acuan bentuk generasi kini ditentukan oleh warna pendidikan.
Dasar pendidikan di Malaysia bermula selepas tarik kemerdekaan. Bermula dengan laporan Barnes yang mensasarkan pendidikan Malaysia menjadi alat perpaduan kaum dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas itu dasar pendidikan terus mengalami evolusi dan transformasi sejajar dengan kehendak semasa. Pada tahun 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan pelaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M (menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar. Pelaksanaan KBSR diikuti dengan dasar KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan sahsiah diri pelajar, manakala pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Semuanya dilakukan untuk memenuhi keperluan semasa perancangan kemajuan negara.
Namun beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara. Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan daripada pembinaan insan. Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi melebihi keperluan dan membuka masalah penganguran di kalangan siswazah. Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari yuran pengajian pelajar.
Bertambah derita pelajar apabila terpaksa “mendukung biawak” hutang selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula oleh pengutip hutang tanpa kasihan. Betapa ramai graduan pelbagai bidang khususnya para guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat.

Cadangan Shahidan Kassim akan melahirkan wakil rakyat tidak peduli rakyat


okm 1


KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk melaksanakan sistem pengundian berasaskan kaum akan memburukkan perhubungan antara kaum di Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming, selain melebarkan jurang antara kaum dalam negara, pelaksanaan sistem ‘satu orang, satu undi, berasaskan kaum’ juga akan melahirkan wakil rakyat yang tidak peduli tentang nasib dan pandangan kaum lain yang bukan dari kaum mereka sendiri.
“Jika wakil rakyat Melayu hanya mendapat undi dari orang Melayu, mereka tentunya hanya mewakili pandangan pengundi mereka sahaja. Begitu juga untuk wakil Cina, India, Iban, Kadazan dan lainnya.
“Ini bermakna pilihan raya tidak lagi menjadi insentif untuk wakil rakyat yang dipilih mempertimbangkan pandangan pengundi bukan dari kaum mereka sendiri,” ujarnya.
Strategis Pilihanraya DAP itu menegaskan, cadangan itu amat bercanggah dengan keadaan semasa di mana banyak wakil rakyat mewakili kawasan etnik campuran seperti Parlimen Serdang.
Penduduk Serdang terdiri 49 peratus Cina, 40 peratus Melayu, 10 peratus India dan 1 peratus lain-lain.
“Di Serdang, saya perlu mendengar pandangan dan pendapat dari semua pengundi. Jadi, jika ia tetap dilaksanakan, apakah wakil rakyat tidak perlu lagi menghadiri perayaan agama dan budaya kaum lain kerana mereka bukan pengundinya?

Pesawat Tidak Hilang Jika Tiada Kerajaan Yang Rancang Menghilangkannya


Apabila berita-berita konvensyenal mengenai MH370 menjadi semakin mengkhayalkan dan terpisah daripada realiti, demi kebaikan semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan orang-orang tersayang yang masih menderita, saya merasakan adalah penting untuk menerbitkan satu semakan realiti yang boleh membantu membawa kepada satu perbincangan yang diterima akal.

Mari kita lhat lima fakta yang tidak dapat dinafikan mengenai kerajaan, radar dan pesawat :

Fakta # 1 ) Tiap-tiap negara moden menjejaki trafik udara dengan sistem radar tentera

Semua negara-negara utama yang terlibat dalam Penerbangan MH370 menggunakan sistem radar tentera 24/7. Sudah tentu ini termasuklah negara-negara Malaysia dan India. Sistem radar ini dikendalikan untuk tujuan pertahanan negara, memastikan setiap negara boleh mengenal pasti pesawat memasuki ruang udara negara masing-masing.

Jika anda tidak percaya bahawa sistem radar gred-tentera boleh mengesan ketinggian, arah dan kelajuan yang Boeing 777, maka anda sebenarnya tidak percaya pada radar sistem sama sekali.

Fakta # 2 ) Tiap-tiap negara moden menggunakan sistem radar kawalan trafik udara yang "pasif " yang bekerja sekalipun tanpa transponder pesawat

Selain daripada radar tentera, negara-negara moden juga menggunakan sistem radar kawalan lalu lintas udara yang bekerja di kedua-dua keadaan , mod "aktif" (dengan transponder ) dan mod "pasif " ( tidak memerlukan transponder ). Walaupun sistem kawalan trafik udara awam secara amnya tidak sebegitu kuat atau tepat berbanding sistem ketenteraan, mereka tetap mampu sepenuhnya mengesan dan menjejaki Boeing 777.

Malah, seperti mana-mana pengawal penerbangan yang akan memberitahu anda, sistem radar mereka mampu sepenuhnya mengesan sekawan burung dan objek lain bawaan udara yang jauh lebih kecil daripada Boeing 777.

Fakta # 3) 777 Boeing mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar

Melainkan dilengkapi dengan beberapa jenis teknologi eksotik yang kami tidak pernah dengar seperti radar "halimunan jubah" yang dipinjam daripada Klingons Star Trek - sebenarnya Boeing 777 mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar. Badan pesawat yang beberbentuk silinder, sayap melengkung dan kawalan permukaan (kepak, aileron, kemudi) semua memancarkan gelombang radar dengan kecekapan yang sangat tinggi. Sebuah pesawat Boeing komersial bukannya pesawat pengebom yang tersembunyi.

Penjelasan bahawa Boeing 777 ini "hilang" dari radar amat tidak dapat diterima. Dan jika penjelasan yang ada bahawa "juruterbang menerbang pesawat pada ketinggian yang sangat rendah untuk mengelakkan radar," maka ia tidak masuk akal bahawa juruterbang itu akan menjalankan pengelakan yang kompleks ini untuk selama 4-7 jam dan kemudian menerjunkan pesawat ke Lautan Hindi.

MH370 – Transkrip penuh antara pukul 12:25:53 hingga 01:19:29 pagi

Tanskrip1Tanskrip2 
Transkrip penuh perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang di antara pukul 12:25:53 hingga 01:19:29 pada 8 Mac lalu yang turut didedahkan kepada anggota keluarga.
“Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu. Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” kata Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Apakah rancangan bagi pelajar yang gagal?

Nurul Izzah Anwar

Dua  minggu lepas, Kementerian Pendidikan mengumumkan sejumlah 13,970 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya mendapatkan keputusan cemerlang A dalam semua subjek; suatu peningkatan sebanyak 0.05% berbanding tahun 2012.
Pun begitu, saya lebih terkesan apabila mendapati statistik daripada kementerian sendiri yang menunjukkan bahawa 14.5% atau 68,208 daripada 470,395 calon gagal dalam peperiksaan tersebut. Bandingkan 408 orang calon yang mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan 128 orang pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran.
Melihatkan kepada angka kegagalan yang sebesar ini menunjukkan bahawa selama ini kerajaan terlalu menumpukan perhatian kepada pelajar yang cemerlang, sehingga meminggirkan mereka yang gagal, yang lebih memerlukan dokongan.
Apakah sebenarnya perancangan kerajaan dalam membantu anak-anak yang gagal ini; di samping memperbaiki kualiti dan mutu pendidikan dalam meningkatkan daya saing anak-anak lainnya?
Kerajaan perlu mengambil tindakan yang komprehensif untuk membantu pelajar yang gagal ini; meningkatkan “employability” mereka; dan seterusnya memastikan mereka ini menyumbangkan tenaga secara positif ke arah peningkatan ekonomi mereka sendiri secara khususnya, dan peningkatan ekonomi negara secara amnya.

Transcript: 'Good night Malaysian 370'

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Sumber Asli & Alam Sekitar

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Kerja Raya (1)

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem PDN KK

MP PAS Sepang DLL Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Kerja Raya (1)

Israel offers Al-Sisi $80 million support for his presidential campaign


General Sisi Posters
Egyptian security sources revealed details of a meeting between Egyptian and Israeli military officials which took place two weeks ago. The same sources uncovered two secret visits by the Egyptian coup leader and presidential hopeful Al-Sisi to Israel in the past two months, in which he met with Israeli PM Netanyahu to coordinate joint security and political issues.
In exclusive statements to Quds Press news agency, the sources said that Netanyahu offered Al-Sisi $80 million support for his presidential elections campaign. He also promised to convince the US to continue military assistance to Egypt, and to convince US President Obama to meet Al-Sisi in return for pressuring Abbas to accept the Jewishness of Israel. Moreover, Netanyahu urged Al-Sisi to pressure Abbas to stop his campaign against Dahlan, because it only serves the Muslim Brotherhood and Hamas.
In the last meeting, the two sides discussed a number of security issues. The Israelis urged the Egyptians to neglect the Dahlan forces present in Sinai, and to coordinate with them for the sake of border security, because of their prior experience in this regard.
A number of Israeli political and security experts warned their government officials not to publicly support Al-Sisi because that would harm his image in the eyes of Egyptians, the source added.

MH370: Makin Pelik... Apa Dah Jadi...!!!

 
 

Ahli politik berperniagaan punca rakyat terus miskin

Bodoh sekiranya Umno habiskan duit jutaan ringgit untuk memenangi PRK 

PETALING JAYA: Ahli politik berperniagaan (APB) adalah musuh utama kepada ekonomi rakyat.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Zaharudin Muhammad (gambar) mereka tidak akan menyertai kancah politik jika bukan kerana bisnes dan bisnes ini tidak akan diperolehi tanpa akses politik.
safe_image“Bodoh sekiranya Umno habiskan duit jutaan ringgit untuk memenangi PRK jika hanya ingin mendapatkan gaji RM6,000 atau RM11,000 sebulan.
“Tetapi mereka jauh lebih cerdik daripada rakyat bodoh yang terus menyokong mereka kerana apabila kuasa politik tersebut menjadi milik mereka, mereka akan mengawal sumber perniagaan rakyat dan keperluan orang ramai,” katanya dalam posting akaun Facebook.
Jelasnya lagi, mereka membeli aset rakyat dengan modal hasil perahan cukai yang dikenakan ke atas rakyat, dan menjual semula kepada rakyat dengan harga yang dikawal oleh mereka.
“Syabas sebagai contoh, aset air milik rakyat Selangor tetapi telah dibeli oleh seorang APB, sebahagian operasinya dibiayai oleh wang cukai rakyat melalui instrumen pembiayaan bon atau sukuk.
“Rakan kongsinya pula adalah jentera dan wang rakyat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), akhirnya APB juga yang menetapkan harga air ke atas rakyat,” katanya.
Begitu juga dengan harga getah yang dibeli dari penoreh mskin yang harganya jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Harga pasaran dunia getah adalah sebanyak USD2.41 (RM7+-) tetapi penoreh hanya dibayar RM2+- sahaja,
“Baki selebihnya akan dipoketkan kepada APB dengan alasan untuk mempermitkan pengrusan jual beli getah dan dasar monopoli,” ujarnya.

MH370: Was someone sleeping on the job?

With the capabilities and systems that Malaysia has in place, our authorities should have been able to track MH370's path after it veered off its course.

MH 370 RadarPETALING JAYA: Deputy Defence Minister Abdul Rahim Bakri deserves commendation for being honest enough to admit he was wrong when he told Parliament the Royal Malaysian Air Force (RMAF) had assumed Flight MH370 was under orders to return to KLIA and therefore did not react to the extraordinary blip on its radar.
But his candour, though admirable, cannot stop concerned Malaysians from harbouring doubts about the integrity of the country’s national defence system.
Retired First Admiral Mohd Imran Abdul Hamid told FMT it was inexcusable for RMAF chief Rodzali Daud to wait nearly two days before revealing that the blip appeared on radar about a half hour after the plane reportedly veered from its course.
“It looks like they noticed the blip only after reviewing their radar monitoring records,” he said.
Imran, now a PKR member and MP for Lumut, said it was normal practice for the Department of Civil Aviation (DCA) to furnish RMAF with details of incoming commercial planes a day in advance.
“So there is no way an alien object could be flying in our air space without being noticed by civil and military radars,” he added.
A former RMAF radar expert agreed. Speaking on condition that his name be kept confidential, he said that whenever an unidentified object is detected in Malaysian air space, the first step under normal RMAF procedure would be to find out from DCA whether there had been contact between it and the object.
“In an adverse situation, the military will try to establish communication with the plane provided it can get the plane’s communication frequency,” he said. “If this fails, the next step is to scramble our fighter jets to ascertain whether it’s a friend or foe.
“In usual practice, a fighter jet will command the plane to leave Malaysian airspace rather than shoot it down. Other countries may opt for a more offensive method, which can lead to international criticism.”

Hudud: Asyraf hanya bermain politik

Ahmad Fadhli Shaari

SAYA tertarik untuk mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Saya melihat kenyataan Asyraf hanyalah bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.
Menggesa PAS untuk membawa deraf hudud ke Parlimen membuktikan Asyraf hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. Sedarkah beliau bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian (private bill) perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul.
Ia berbeza dengan Menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan membentangkan rang undang-undang. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan deraf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.
kurang nilai Islam
Adakah ahli Majlis Tertinggi Umno ini mengakui bahawa Umno 'kurang nilai Islamnya' berbanding PAS sehingga walaupun mempunyai kerusi parlimen empat kali ganda melebihi PAS, Umno mewakilkan kepada PAS untuk membawa deraf hudud ke parlimen?
Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno? Bukankah Umno juga parti yang dianggotai orang Islam?

Kejadian misteri yang berlaku di Malaysia

Sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia dilanda pelbagai tragedi yang misteri atau dengan maksud lainnya sehingga kini tiada jawapan yang diperoleh. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan misteri UFO, maka Malaysia juga tidak ketinggalan – mungkin dengan cara yang berbeza.

Yang berikut merupakan antara perkara misteri mengikut pandangan saya.

1.Kes Teoh Beng Hock. Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. kematiannya dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Kes ini masih belum ada penghujung yang jelas. Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh. Sehingga kini kematiannya masih menjadi misteri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

2.Kes Ahmad Sarbani Mohamed. Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Ahmad Sarbani pada ketika itu berumur 56 tahun, dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor. Kes ini juga masih menjadi misteri kerana tiada tanda-tanda beliau dibunuh atau membunuh diri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

3. Kes Altantuya Shaariibuu. Kes yang membabitkan warganegara Mongolia ini pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun yang lalu apabila Altantuyaa disahkan mati pada tahun 2006. Siasatan dan perbicaraan telah pun berakhir dan dua anggota polis yang dituduh telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini juga berakhir dengan tiada yang membunuh walaupun ada yang terbunuh.

Himpunan besar-besaran KL bantah pelaksanaan GST 1 Mei

GST Grafik Baru
Satu perhimpunan besar-besaran membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur.
Jurucakap Jawatankuasa Himpunan 1 Mei, Dr Hatta Ramli berkata beliau demo besar-besaran itu sebagai referendum rakyat bagi mendesak Kerajaan BN membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Katanya, usaha mengadakan perhimpunan itu dibuat dengan mengambil kira kejayaan perhimpunan besar yang dianjurkan sebelum ini, termasuk dessakan untuk memnasuhkan ISA pada 2008.
“Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan,” katanya dipetik Malaysiakini.
Mengulas mengenai jumlah peserta yang dijangka akan hadir ke perhimpunan tersebut, Hatta berkenaan ia pasti lebih ramai berbanding perhimpunan menuntut pemansuhan ISA.
“ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang,” katanya.
NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup.
Rang undang-undang untuk melaksanakan GST dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media sama menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan kempen anti-GST dan bersama NGO lain memberi penerangan berkenaan pelaksanaan cukai itu.
Menurut Rafizi , walaupun mengakui GST merupakan sistem percukaian yang efektif, ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Kerajaan Pusat membazir lagi, belanja RM365 juta promosi GST

GST Grafik BaruKerajaan sudah membelanjakan RM365 juta untuk mempromosikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun penguatkuasaannya bermula, pada 1 April 2015..
Kos itu membabitkan program penerangan kepada pelajar di sekolah dan institut Pengajian Tinggi (IPT) serta penduduk kampung.
Perbelanjaan yang dilakukan adalah RM98 juta bagi sistem perkomputeran GST yang siap dibangunkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tahun 2013/2014.
Selain itu, RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang sedang dibangunkan Jabatan Kastam dengan kos RM125 juta untuk tahun 2014 dan RM25 juta untuk tahun 2015.
Geran latihan kepada peniaga yang diuruskan Kementerian Kewangan pula membabitkan kos RM100 juta, manakala RM17 juta dibelanjakan untuk program publisiti melalui media cetak dan elektronik.
Sehingga 28 Februari lalu, 4,967 program dijalankan dan dihadiri 271,288 orang.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan menggunakan duit rakyat untuk membebankan mereka.
“Mereka tumpukan iklan bila laksana GST, kononnya banyak benda yang tidak dikenakan GST. Sebagai contoh, ubat ini bagus sebab kamu tidak perlu makan. Begitu juga dengan GST, ia bagus sebab tak perlu bayar lebih.
“Cara kempen mereka mengelirukan. Kita kena terima hakikat GST dilaksanakan kerana Kerajaan Pusat ingin mengutip pendapatan berjumah RM25 bilion setahun,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Simulator: Tiada bukti, nama Zaharie perlu dibersihkan oleh Kerajaan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan dan pihak berkuasa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dikaitkan dalam insiden kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu.

Beliau merujuk kepada laporan New York Times, yang mana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu.

Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasat selepas FBI meneliti cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.

"Kita harap kerajaan segera memberi penjelasan bagi memulihkan nama Zaharie yang telah dikaitkan dengan insiden tersebut.

"Ini amat penting bagi memulihkan maruah juruterbang itu dan juga keluarga beliau dari tanggapan negetif masyarakat umum dan antarabangsa," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga meminta Ketua Polis Negara segera membuat penafian bahawa wujud penglibatan Zaharie di dalam inseden kehilangan MH370.

"Sebelum ini kita lihat pihak polis dengan pantas menyerbu rumah milik juruterbang dan merampas simulator sehinggakan pelbagai tomahan negetif timbul.

"Dengan penjelasan FBI, Ketua Polis Negara pelu segera membuat penafian dan ia tidak lagi boleh ditangguh lagi," sambung beliau.

RM100 juta baiki Stadium Sultan Mizan runtuh, baik bina baru - MP PAS

KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said digesa menjelaskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.

Katanya, runtuhan pertama dan kedua pada 2013 telah mengakibatkan RM40 juta peralatan elektrik termasuk generator telah dicuri walaupun stadium 24 jam dikawal oleh kakitangan keselamatan.

"Kenapa kos asal kedua dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?

"Adakah ini termasuk kos mengganti barang-barang letrik, lampu, generator yang telah dicuri dan juga harga kos membaiki padang bola dan trek larian yang tidak dijaga?"soal beliau dalam sidang media hari ini.

11 Februari lalu kerajaan negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih stadium terbabit.

Dariada kenyataan itu, Raja Bahrin percaya jumlah peruntukan membaik pulih mungkin jauh lebih tinggi dari anggaran yang disebut iaitu antara RM150 juta hingga RM200 juta.

PAS, PKR bersedih atas pemergian Irene Fernandez

KANGAR: Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat melahirkan rasa sedih di atas kematian  pengasas dan pengarah Tenaganita Irene Fernandez pada 31 Mac lalu.

Dalam kenyataannya, Pengerusi Lajnah, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata pemergian mendiang Irene yang juga mesra dengan panggilan 'Kakak Irene' adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan hak asasi manusia, pengembalian demokrasi tulen dan perjuangan hak-hak pekerja di dalam negara ini.

"Irene yang saya kenali sejak dari awal tahun 1970-an sentiasa konsisten dalam perjuangannya termasuk sejak beliau menganggotai Majlis Belia Malaysia pada awal tahun 1970-an lagi.

"Irene adalah pejuang NGO yang berani dan terbukti sanggup melalui pelbagai tekanan dan kesengsaraan terutamanya dalam memperjuangkan nasib para pekerja tanpa mengira gender, ras, keturunan atau kepercayaan.

"Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Irene di atas pemergian beliau," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam perutusan takziahnya menyifatkan perjuangan menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman sesama manusia oleh mendiang Dr Irene Fernandez akan dikenang dan diteruskan.

PAS tegaskan pendirian bersama Ikhwanul Muslimin

KUALA LUMPUR: PAS mengulangi penegasan untuk tetap bersama pertubuhan Ikhwan Muslimin bagi memperjuangkan masyarakat Islam yang adil dan saksama secara demokratik dan aman.

Sehubungan itu, PAS menyeru kerajaan Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) agar menarik balik keputusan menyenarai hitam Ikhwan Muslimin sebagai organisasi pengganas.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS memandang serius perkembangan yang sedang berlaku di Timur Tengah apabila Kerajaan Arab Saudi telah menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas bersama dua  lagi sayap al-Qaeda di Syria kerana dilihat memberi ancaman kepada negara antarabangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin telah menunjukkan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian.

'EIA tak sebut Lynas boleh eksport klorida'


MP Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kepatuhan syarikat pengusaha loji pemproses nadir bumi Lynas susulan penemuan bahan kimia yang tumpah di satu kawasan lebuh raya hari Jumaat lalu

Fuziah berkata bahan separuh siap tersebut dikenali sebagai PnRD klorida atau dydimium klorida, semalam tidak tersenarai sebagai bahan yang dibenarkan untuk dieksport oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sedangkan, bahan kimia yang dibenarkan untuk dieksport Lynas seperti disenaraikan dalam laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah bahan yang sudah siap diproses dan berunsur oksida sahaja, katanya.

"Laporan awal EIA tak sebut tentang mengeksport (bahan) klorida. Ia hanya sebut tentang mengeksport (bahan) oksida.

"Bagaimana Jabatan Alam Sekitar tidak sedar tentang Lynas mengeksport bahan separuh siap ini?," soalnya dalam sidang media di bangunan Parlimen petang ini.

Justeru, beliau menuntut menteri teknologi, sains dan inovasi menjelaskan tentang persoalan itu dan juga sebab bahan tersebut perlu dieksport sehingga ke Pelabuhan Klang sedangkan Kuantan juga mempunyai pelabuhannya sendiri.

"Saya harap semua soalan ini menteri tidak elak," katanya lagi.

Transkrip MH370 dan menara kawalan normal, kata Hishammuddin


Transkrip perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak menunjukkan perbualan luar biasa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).
Transkrip perbualan yang didedahkan hari ini menunjukkan perbualan terakhir pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan kru adalah "Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong" (Good night Malaysia three seven zero) pada jam 1.19 pagi.
Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, Malaysia Airlines berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40, pagi, hari ini (8 Mac, 2014)”.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada 1.19 pagi, bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia.
"Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip," kata Hishammuddin dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini.
Transkrip berkenaan juga katanya, merupakan sebahagian daripada siasatan Polis Diraja Malaysia.
"Malaysia Airlines sebelum ini berkata mereka mengenal pasti suara itu adalah milik pembantu juruterbang.
“Polis kini sedang berusaha untuk mengesahkan perkara itu, dan penyiasatan forensik terhadap rakaman asal sedang dilakukan," katanya lagi.

Lebih ramai tak puas hati dengan Najib kini, kata Merdeka Center‎


Peratusan jumlah rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) meningkat kepada 44% pada Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013, dedah kaji selidik Merdeka Center.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, rating perdana menteri itu bagaimanapun kekal pada tahap 52% pada tempoh sama.
Sementara itu, 49% merasakan negara ini bergerak ke arah bertentangan berbanding 38% yang merasakan sebaliknya.
Kajian berkenaan, kata Ibrahim, yang dijalankan dijalankan antara 7 Mac hingga 20 Mac 2014 ketika isu berkenaan pemotongan subsidi, peningkatan harga bahan api dan gula serta bil elektrik berlaku.
Kajian itu turut menunjukkan luahan "kegembiraan" terhadap kerajaan meningkat daripada 38% pada Disember 2013 kepada 42% pada Mac 2014.
Peningkatan itu dipercayai berpunca, terutamanya daripada persepsi pengundi luar bandar dan mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 ke bawah kerana mereka merupakan kumpulan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Daripada sejumlah 1,005 responden mereka, Merdeka Center mendapati pengundi Cina mempunyai luahan kegembiraan terendah dengan kerajaan iaitu hanya 13%.
Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding 10% pada Disember 2013.

Tim Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Gulung Bahas

MP DAP Sibu Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 KKLW (P22)

MH370 transcript shows 'normal conversation'

Full MH370 transcript released

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Sumber Asli & Alam

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Sumber Asli & Alam

DAP: Sarawak underdeveloped because BN lacks political will

Benarkah Kos Baiki Stadium Terengganu RM100 Juta?

Kuantan MP: Why is Lynas exporting unfinished products

Taklimat MH370 batal kerana pembangkang tak hantar nota.??

Majoriti rakyat tidak puas hati cara Putrajaya kendalikan kehilangan MH370


Keluarga penumpang MH370 berlegar di lobi Hotel Equatorial, Bangi menunggu berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 April, 2014.Keluarga penumpang MH370 berlegar di lobi Hotel Equatorial, Bangi menunggu berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 April, 2014.Hasil tinjauan badan bebas mendapati hampir 50% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan krisis kehilangan penerbangan MH370, ketika kritikan terhadap ketelusan dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.
Kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 43% rakyat berpuas hati dengan cara kerajaan pemerintah Barisan Nasional mengendalikan misteri tersebut.
Keputusan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan meliputi 1,005 responden terdiri 60% kaum Melayu, Cina 31% dan India 9%, ia dilakukan menerusi panggilan telefon dari 7 hingga 20 Mac.

Hisham: AG instructed to look into MH370 'false reports'

Demo besar bantah GST 1 Mei

Maklumat MH370 Berbelit Lagi, Tapi Perlukah Kita Diam Saja?

Semakin lama misi pencarian pesawat MH370 berjalan, cara kerajaan menangani dan mengendalikan insiden ini semakin kalut dan mengelirukan. Bukan saja waris dan anggota keluarga yang jadi keliru dan marah, rakyat kita sendiri turut bingung dibuatnya.

Dalam tragedi yang melibatkan 239 nyawa ini, apa dimahukan oleh semua pihak ialah kebenaran dan bersikap telus tentang apa yang sebenarnya berlaku. Jangan cuba menyembunyikan maklumat, bersikap main-main, menyelitkan unsur retorik politik atau dilihat tidak serius kepada penderitaan waris mangsa serta anggota keluarga yang terlibat.

Setelah semalam Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein menafikan bahawa Najib pernah mengatakan MH370 telah terhempas dan semua penumpangnya terkorban sedangkan pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat itu didapati berakhir di sebuah kawasan terpencil dan jauh dari landasan di selatan Lautan Hindi, sambil menyatakan rasa sedih, membawa usul takziah di Parlimen dan memaklumkan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh sembahyang jenazah ghaib, adalah sama maksud dengan ianya telah terhempas dan penumpangnya turut terkorban, tidak berapa lama kemudian berlaku lagi percanggahan maklumat.

Kali ini melibatkan perbualan terakhir antara kokpit dengan pusat kawalan udara di Subang. Sebelum ini kerajaan memaklumkan perbualan terakhir daripada kokpit MH370 ialah "Allright good night" dan telah dikenalpasti diucapkan oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid tetapi semalam Kementerian Pengangkutan menjelaskan ayat terakhir ialah "good night malaysian 370" dan tidak dikenalpasti siapa yang mengucapkannya.

Kenapakah maklumat yang sebegitu mudah pun boleh bercanggah hanya dalam beberapa hari? Jika maklumat yang begitu senang pun kerajaan tidak boleh memberikannya secara tepat, apakah jaminan maklumat lain turut tidak bercanggah juga?

Apakah ini memperlihatkan sikap tidak serius dan main-main dalam memproses maklumat?

Sebelum ini juga, beberapa maklumat yang diberikan kerajaan turut bercanggah dan tidak tepat. Ketika awal tragedi ini berlaku iaitu pada 8 Mac, kerajaan memaklumkan pesawat itu didapati terputus hubungan dan hilang di perairan Vietnam. Namun setelah pencarian berskala besar mula digerakkan di Laut China Selatan, diumumkan pula maklumat bahawa radar TUDM telah mengesan pesawat itu berpatah balik daripada laluan asalnya.

Najib sendiri ketika mengumumkannya seminggu kemudian iaitu pada 15 Mac mengesahkan bahawa pesawat itu telah berpatah balik, mematikan semua alat komunikasi dan dipercayai menghala ke sempadan Kazashtan dan Turkmenistan atau Lautan Hindi. Sejak itu pencarian beralih daripada Laut China Selatan ke Lautan Hindi pula.

Seminggu pencarian dilakukan di Lautan Hindi, tetapi tiada apa yang ditemui. Pada 24 Mac, Najib muncul lagi membuat pengumuman berdasarkan penemuian satelit Immarsat bahawa MH370 telah berakhir di sebuah kawasan sunyi yang jauh daripada sebarang landasan di selatan Lautan Hindi, berhampiran barat daya Perth.

Berita itu diterima dengan sedih oleh seluruh dunia, lebih-lebih lagi anggota keluarga dan waris mangsa, namun selepas lebih seminggu daripada pengumuman Najib itu, tiada juga sebarang kesan, sama ada serpihan pesawat atau cebisan mayat yang ditemui. Ini menjadikan waris keluarga mula sangsi dengan kesahihan pengumuman Najib itu, tambahan pula kemudian Immarsat tampil menjelaskan bahawa kesimpulan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi bukannya datang daripada mereka tetapi dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

MH370: Persoalan utama siapa rampas pesawat..??

Persoalan utama siapa rampas pesawat
SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.

Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.

“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch  (AAIB) di Britain.

Tinjauan: Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370

Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

Tinjauan itu dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.

Menurut tinjauan tersebut, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.

Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.

Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.

Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus).

MH370: K'jaan BN pertimbang saman media salah lapor


Kerajaan mempertimbang mengambil tindakan terhadap media yang melaporkan secara salah berhubung usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

“Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan (berkaitan perkara itu),” kata pemangku menteri pengangkutan Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan “patut menyaman” media ekoran “salah laporan”.

“Kami sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu.

“Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan saya percaya kebenaran akan terserlah akhirnya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Parti Gerakan bantah Shahidan, undi berasaskan kaum bercanggah konsep ‘Bangsa Malaysia’


Parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan membantah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya negara ini mengamalkan prinsip undi berasaskan kaum kerana ia bercanggah dengan konsep "Bangsa Malaysia."
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong (gambar) menegaskan, sekiranya proses pengundian seperti itu dilakukan, ia hanya akan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Saya kecewa dengan Shahidan," kata Mah dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
"Sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan menjunjung semangat rakyat Malaysia, Gerakan menolak cadangan sedemikian.
"Mengundi berasaskan kaum bercanggah dengan usaha kerajaan mempromosi integrasi sosial dan kebersamaan sebagai sebuah negara," katanya.
Shahidan sebelum ini di Parlimen berkata, melalui pengenalan undi berasaskan kaum, negara akan aman sehingga kiamat.
DAP turut membantah kenyataan Shahidan dan menganggap ahli Parlimen Arau itu cuba membawa dasar aparteid ke Malaysia.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kenyataan Shahidan itu tidak boleh dianggap sebagai kenyataan peribadinya kerana beliau menteri yang mewakili pandangan kerajaan.
“Saya menggesa beliau meletak jawatan. Ini perkara serius yang diperkatakan. Beliau tidak boleh mendakwa ini pemikiran Shahidan dan bukan pemikiran kerajaan kerana beliau sebahagian daripada kerajaan.

Baling dan Memali kembali mengaum 5 April ini


Demonstrasi Baling 1974 yang berjaya menghimpunkan 13,000 penduduk Baling dan mahasiswa.Demonstrasi Baling 1974 yang berjaya menghimpunkan 13,000 penduduk Baling dan mahasiswa.Daerah Baling yang pernah menggegarkan negara pada 3 Disember 1974 selepas 13,000 penduduk yang digerakkan oleh mahasiswa berdemonstrasi membantah kemiskinan sekali lagi akan bergema selepas satu lagi perhimpunan bakal diadakan pada 5 April ini.
Demonstrasi kali ini bukan hanya kelaparan semata-mata akan tetapi kerana Tragedi Berdarah Memali 1985 yang mengorbankan 14 orang penduduk kampung dan empat orang anggota polis kembali dibincangkan selepas Tun Musa Hitam mendedahkan fakta baru.
Musa yang juga bekas timbalan perdana menteri mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan perdana menteri berada di Kuala Lumpur pada 19 Novermber 1985 ketika Ibrahim Mahmud dan 13 pengikutnya terkorban dijangka bakal menyemarakkan lagi Himpunan Baling 5 April ini.
Ia menambah kepanasan isu yang sedang diperjuangkan pihak penganjurnya iaitu  kejatuhan harga getah yang begitu teruk sehingga ke paras minima sekarang.
Penduduk Baling dan sekitarnya iaitu Sik dan Kulim menyertai demonstrasi pada 1974 ekoran kejatuhan harga getah sehingga terpaksa makan ubi gadong beracun yang menyebabkan keracunan kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Kini, suasana hampir serupa berlaku di Kedah terutama di Baling dan juga Sik serta Kulim yang bersempadan dengan Baling di samping Padang Terap. Rata-rata penduduk kawasan ini adalah petani dan penoreh getah. Kejatuhan harga getah sehingga RM2.20 sekilogram bagi getah sekerap memberi tekanan besar kepada golongan petani meneruskan hidup.
Kejatuhan harga ini menjadikan pendapatan seorang penoreh jatuh sehingga RM180 sahaja sebulan yang menyebabkan amat sukar untuk mereka hidup di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kos sara hidup sekarang.
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pada 1955.
Semasa era Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar pada 1974, Baling bergoncang kerana demonstrasi besar-besaran itu. Pada tahun 1985, Ibrahim yang turut dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama pengikutnya terkorban kerana tidak mahu menyerah untuk ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

MH370: Ketua Pengarah DCA Halau Wartawan Dalam Persidangan IATA

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.

Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.

"Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.

Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.

"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Stadium runtuh: Baiki RM100 juta, baik bina baru

MH370: PR kecewa Hishammuddin lari ke Hawaii

MH370: Mahfuz akui sangat bersimpati dengan kerajaan

Mammoth anti-GST rally planned for May 1

PAS: Beijing puas hati usaha Malaysia cari pesawat MH370

MP PKR PJ Selatan Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Dalam Negeri

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Dalam Negeri (B62)

Tim Menteri Dalam Negeri Gulung Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

Bung: Orang darah campuran boleh undi siapa dia suka

MP Kota Raja Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 KKLW (P22)

MP DAP Seremban Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 KKLW (P22)

DAP: RazakSat-2 worse than Google Earth satellites.

Lagi rintihan Orang Asli rayu 'tanah rayau' tak dirampas

Dewan Rakyat 1 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Pakatan berang, mahu hanya menteri beri taklimat MH370

Pakatan mahu Hisham beri taklimat MH370


Pakatan Rakyat hari ini menegaskan yang mereka cuma mahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberi taklimat mengenai kehilangan MH370 seperti dijadualkan pada malam ini.

Kenyataan itu dibuat anggota parlimen Gombak, Azmin Ali pada sidang media bersama beberapa lagi MP Pakatan yang lain pagi ini.

"Kami mahu menteri berkenaan hadir, dan bukannya mana-mana menteri lain," kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Hishammuddin hari ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat untuk menghadiri satu sidang pegawai pertahanan Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN.

Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan


Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini.  – Gambar The Malaysian Insider.Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. – Gambar The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.
“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.
“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.
Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin.

PKR Pandan Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Kewangan (B12)

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Kewangan (P10)

PSM Sg Siput Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Kem Kewangan (B12)

Menteri Jab Perdana Menteri Gulung Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

MH370: Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh

KUALA PILAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara waktu 'road show' promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di negara China ekoran tragedi pesawat MH370.
  
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah ini dibuat untuk menunjukkan kerajaan bersimpati dengan tragedi yang berlaku.
  
"Kalau kita meneruskan 'road show' ini, ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengendahkan tragedi itu.
  
"Walaupun kita menangguhkannya...tapi kita mengalihkan tumpuan pasaran ke negara yang lain seperti negara Asean, India, Timur Tengah dan Eropah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, dekat sini, semalam.
  
Katanya, kerajaan amat memahami perasaan rakyat negara China yang meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia dalam perkara ini.

Defisit fiskal sejak 1990-an, tidak halang negara membangun, kata Najib


Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini menegaskan defisit fiskal bukanlah sesuatu perkara yang baru dan negara mula mengalaminya sejak 1990-an lagi.
Perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa memastikan kewangan negara berdaya tahan untuk menghadapi sebarang krisis ekonomi pada masa hadapan.
“Ini kerana apabila hutang negara terkawal, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara kita. Perlu diketahui, defisit fiskal bukannya satu perkara yang tidak baik.
“Kedudukan fiskal negara berada pada tahap defisit sejak akhir tahun 1990-an dan keadaan ini tidak menghalang negara daripada terus membangun,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Parlimen hari ini.

Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP


Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat.
“Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370.
“Amat malang sekali, kami berpendapat krisis MH370 sebagai satu alasan untuk pergi membeli-belah,” katanya dpada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Fiscal deficit not a bad thing, says Najib

Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Jabatan Perdana Menteri

Hanya Di Negeri UMNO: Kontraktor diminta sumpah laknat sebelum dapat projek Kerajaan BN Terengganu

MH370: Kerajaan perlu buat 'post mortem'

KUALA TERENGGANU – Kerajaan perlu membuat 'post mortem' secara besar-besaran berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 yang mengundang pelbagai spekulasi sehingga di peringkat antarabangsa.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, insiden itu dianggap penuh misteri sejak hari pertama ia dilaporkan dan berdasarkan penelitian yang dilakukan, satu jawapan yang tepat perlu diberikan bagi mengungkai setiap persoalan daripada banyak pihak.

“Dalam misteri itu ada perkara yang perlu diberi jawapan dengan tepat terutama melibatkan tanggungjawab seperti tugas spesifik pengawal udara; Jabatan Penerbangan Awam (DCA); TUDM dan penyelia radar.

“Dalam perkara ini, saya lebih berminat untuk lihat adakah berlakunya elemen kecuaian sebagai contoh, kecuaian memaklumkan dengan segera apabila pesawat buat lencongan. Misalnya, pihak tentera udara boleh hantar jet untuk memintas pesawat berkenaan, tetapi maklumat itu dibuat beberapa jam selepas berlakunya perkara itu,” katanya.

Menurutnya, selain elemen kecuaian berkaitan tugas spesifik, terdapat juga beberapa perkara lain yang menyebabkan kecuaian seperti sistem keselamatan di laluan masuk seperti di sekatan imigresen dan penyemakan bagasi.

Flight 370: Who can be trusted

"Rasa Tenang di Kelantan" - Tun Musa Hitam

MH370: 'Sock Lay mungkin tidak pulang lagi'

'Sock Lay mungkin tidak pulang lagi'  
Sock Lay (belakang, kiri) bersama ahli keluarganya.
BANDAR MELAKA - "Apa lagi yang mampu kami buat? Apa daya kami untuk meredah samudera ganas itu mencari Sock Lay." Walau tenang, namun tetap ada air yang bergenang di mata Goh Keng Lian, 67, sewaktu dikunjungi pemberita.

Keng Lian adalah ibu saudara kepada salah seorang pramugari MH370, Goh Sock Lay, 45, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Tahun ini, pasti suasana Musim Cheng Beng (menziarah kubur) bertambah suram. Sebelum ini Sock Lay pasti akan bersama kami memberi penghormatan kepada mendiang moyang, berdoa dan upacara sembahyang.

Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?

Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.

Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang.

Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.

Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.

Sedih mengenang Tuan Guru semakin uzur



Sedih tidak terkira rasanya ketika mendengar berita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin bertambah uzur, walaupun ada juga ketikanya beliau menyampaikan juga ucapan dan tazkirah di beberapa tempat.

Keadaan tokoh pemimpin yang satu ini mengundang doa dari umat Islam di sana sini semoga beliau dipulihkan dari keuzuran untuk meneruskan perjuangan.

Beliau kini berumur 82 tahun dan baru-baru ini beliau menggagahkan diri menyampaikan Kuliah Subuh di masjidnya di Pulau Melaka dengan suara yang tertahan-tahan, mengundang rasa pilu para jamaah.

Kasih sayang rakyat kepadanya sepanjang masa justeru sepanjang hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui wadah PAS. Menyampaikan ribuan kuliah dan ceramah, melayani rakyat pelbagai kaum dan agama di mana-mana.

Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah dan akan dikenang lama, bahawa seorang pemimpin yang menjalani kehidupan serba sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan penting mewarnakan perjuangan politik Islam di tanah airnya.

Kini Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' sebagai mengenang jasanya bukan saja sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun, bahkan sebagai tokoh ulung pimpinan dan pemikir gerakan Islam PAS sejak puluhan tahun.

Penubuhan institut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini.

Menteri besar itu berharap, idea, pemikiran, ilmu dan dedikasi yang selama ini dikongsikan oleh Tok Guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai.

Kekuatan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz terletak kepada istiqamah perjuangannya, menebarkan dakwah sepanjang hayat, ketegasannya mempertahankan PAS dari serangan musuh, menyuntik semangat perjuangan kepada generasi lama dan baru, wawasannya yang sangat jauh ke depan – melampaui zaman – serta kemampuannya menterjemahkan kesyumulan Islam di tengah politik baru Malaysia. Maka kepimpinannya diterima oleh semua kaum.

MH370: Makin Celaru...Makin Pening 1 Dunia..!!!


Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

" Kenapa 1Dunia Buang Masa Cari Kotak Hitam Jika MH370 Tidak Terhempas...??"