Isnin, 31 Mac 2014

Soalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi?

Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat pusingan U untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak.

Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.

Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya.

Lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu. Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan? Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah?

Sambil merakamkan rasa sedih, Najib juga menyebut kesimpulan yang dibuatnya bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi yang berdasarkan penemuan data satelit Immarsat, adalah berita sedih yang sukar diterima dan semua waris penumpang juga sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya.

Kenyataan ini pula bukankah bermaksud semua penumpangnya sudah terkorban?

Lebih daripada itu, kesokan harinya pula semua akhbar arus perdana yang semuanya dalam kawalan pejabat Perdana Menteri telah melaporkan bahawa pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi. Tidakkah ini mengesahkan lagi bahawa kenyataan Najib itu memang bermaksud MH370 telah terhempas?

Pada 25 Mac itu juga, Najib telah membawa usul takziah di Parlimen untuk merakamkan rasa dukacita kerajaan atas tragedi yang berlaku dan meminta semua pihak bersatu hati mengenainya.

MH370: 'Saya tak akan maafkan Daily Mail' - Aishah


Aishah Zaharie, anak perempuan juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370, membidas laporan negatif berkenaan bapanya yang disiarkan dalam tabloid British Daily Mail.

"Kepada Daily Mail, anda harus mempertimbangkan untuk menerbitkan filem kerana anda begitu pandai mereka cerita dan skrip.

"Semoga Tuhan merahmati roh anda. Yakinlah saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam satu tulisan di Facebook semalam.

Beliau merujuk kepada laporan Daily Mail pada 29 Mac lalu, yang mendakwa sumber "terdekat keluarga itu" mendakwa Aishah telah berkata kononnya Zaharie "terganggu dan hilang dalam dunia sendiri" sebelum penerbangan terakhir MH370.

Tabloid itu juga mendakwa isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan, berkata suaminya mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan beliau.

Pada 15 Mac, tabloid itu melabelkan Zaharie sebagai "penyokong fanatik" pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tabloid itu menimbulkan spekulasi bahawa Zaharie mungkin terganggu akibat hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar baru-baru ini.

MH370: Transkrip perbualan juruterbang, pengawal udara didedahkan jika pakar benarkan, kata menteri


Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) menjelaskan transkrip juruterbang MH370 dengan pengawal udara boleh didedahkan jika pakar benarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Mac, 2014.Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) menjelaskan transkrip juruterbang MH370 dengan pengawal udara boleh didedahkan jika pakar benarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Mac, 2014.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar memberikan kebenaran.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai.
Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama.
"Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

MH370: Objek ditemui pihak berkuasa Australia hanya pelampung dan sampah


Skrin pesawat P-3K2 Orion kepunyaan tentera udara New Zealand menunjukkan penanda kuning di mana objek yang mungkin berkaitan dengan MH370 dilihat dan direkod. – Gambar Reuters.Skrin pesawat P-3K2 Orion kepunyaan tentera udara New Zealand menunjukkan penanda kuning di mana objek yang mungkin berkaitan dengan MH370 dilihat dan direkod. – Gambar Reuters.Objek yang dilihat di laut pada Ahad oleh kapal Australia dalam misi mencari pesawat Malaysia Airllines MH370 hanyalah pelampung nelayan, jaring dan sampah sarap lautan, lapor akhbar Australia The Sydney Morning Herald.
Kru pesawat P-3 Orion yang diketuai Leftenan Penerbangan Russell Adams melaporkan sekurang-kurangnya empat objek berwarna oren dengan panjang dua meter setiap satunya ditemui ketika misi 11 jam di barat Perth pada Ahad.
"Kami mengesan banyak objek di kawasan perairan hari ini," katanya di pengkalan Tentera Udara Pearce pada Ahad.
"Kami berjaya menemui beberapa pelampung nelayan dan pukat, namun kami juga menemui empat objek oren sekitar lima batu nautika hari ini," katanya kepada akhbar tersebut.
Beliau menegaskan objek berkenaan tidak dikenali dan analisis lanjut diperlukan untuk mengenal pasti objek tersebut.
"Bagi kru kami, daripada perspektif kami, ia menjadi petunjuk," katanya.
Pihak berkuasa Australia menjelaskan objek berkenaan bukanlah serpihan pesawat, berdasarkan imej satelit.
"Objek berkenaan dikenali sebagai peralatan perikanan," kata jurucakap pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia berkata kepada Fairfax Media.

MH370: Objects Seen in Jet Search Are Fishing Equipment

MH370: Laluan sebenar pesawat berpatah balik dipersoal

MH370 : Tembelang Najib Dan Hishamuddin Terbongkar?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".
“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.
Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.
Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.
"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.
Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

NGO terus desak KPM tangguhkan PBS

Mohd Nor Izzat Mohd Johari 
SHAH ALAM - Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM) mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menghentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sementara waktu bagi kajian rintis dijalankan terlebih dahulu.

Ketua Biro Pendidikannya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kajian rintis perlu dijalankan dalam tempoh tiga tahun bagi mendapatkan keputusan sama ada sistem PBS itu mampu diteruskan atau sebaliknya.

“Saya berharap agar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dijalankan seperti biasa kerana guru dan pelajar telah tahu format PMR. Selain daripada kekangan masa yang sangat suntuk sekarang untuk buat apa jua perubahan yang baharu.

“Terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan PBS disebabkan kemampuan sistem pendidikan Malaysia yang masih belum bersedia untuk melaksanakan PBS,” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata format baharu PT3 bagi menggantikan PMR itu tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini susulan formatnya masih kabur dan taklimat format yang lambat (April-Julai) sedangkan PT3 akan berlangsung pada Oktober depan.

Adenan ulangi pendirian halang Ibrahim Ali masuk Sarawak


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (gambar) hari ini berkata isu sama ada presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dibenarkan memasuki Sarawak baru-baru ini sudah tidak lagi relevan.
"Tapi, beliau (Ibrahim) akan tahu apa yang akan berlaku pada lain kali sekiranya dia datang ke Sarawak," kata Adenan dalam sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Adenan, dalam kenyataan yang disiarkan baru-baru ini, berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menghalang petaksub agama, rasis dan pembuat kacau daripada memasuki Sarawak, manakala mereka yang sudah berada di negeri ini akan dihantar pulang sekiranya mereka mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
Beliau menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri membenarkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Sarawak kerana terdapat tekanan antarabangsa.
"Kami membenarkan beliau masuk kerana kami tidak takut kepadanya," kata Adenan.
Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai nama mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.
Jabatan Imigresen negeri menafikan laporan bahawa Ibrahim memasuki Sarawak baru-baru ini, walaupun terdapat dakwaan beliau berada di negeri ini dan dilaporkan merasmikan satu acara anjuran Perkasa Sarawak serta melakukan lawatan kerja ke Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Satok, Petra Jaya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How mempersoalkan kesungguhan politik dan komitmen Barisan Nasional (BN) negeri untuk tidak membenarkan rasis dan petaksub agama memasuki Sarawak.

'PM tak sebut MH370 terhempas' - Hisham


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.

Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.

Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Hisham: PM never said MH370 had crashed


Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?

KUALA LUMPUR 31 MAC:  KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di Lautan Hindi’.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.
“Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana.
“Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini tindakan tidak wajar,” jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan kerajaan yang enggan membuat sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis tersebut.
“Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN,
“Mereka juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua buat sendiri, taknak berbincang akhirnya kita dikutuk dan dikritik hebat oleh mereka. Bagus,” sindirnya.
Pada 29 Mac lalu, jurucakap Inmarsat, Jonathan Sinnatt dalam kenyataannya menerusi laporan China Daily berkata pihaknya hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
Jonathan dalam kenyataanya turut menegaskan bahawa Inmersat tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi”.

MAS belum terima notifikasi saman dari ahli keluarga MH370


Malaysia Airlines (MAS) mengatakan setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang notifikasi saman dari ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi.
"MAS masih tidak menerima notifikasi dari keluarga penumpang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya (gambar) pada sidang media di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Sementara Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan kerajaan kini sedang berusaha memenuhi permintaan keluarga penumpang MH370 daripada China.
Namun bagi pihaknya masih tidak menerima butiran terperinci maklumat tambahan itu termasuk melibatkan wang.
"Kita akan adakan satu taklimat kepada keluarga Beijing bagi memenuhi permintaan mereka termasuk tuntutan tambahan," kata Hishammuddin.
Hishammuddin juga berkata taklimat bagi keluarga penumpang China itu tidak akan didedahkan dan bersifat tertutup.
Semalam kira-kira 30 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China di Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia diminta mengadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua ahli keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Polis, tentera kawal bicara kes cerai bekas Sultanah Johor.

Anggota polis dan Pasukan Tentera Johor mengawal ketat Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini yang menjalankan perbicaraan kes perceraian melibatkan keluarga di raja Johor secara tertutup.

Kes tersebut melibatkan permohonan rayuan oleh bekas Sultanah Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad terhadap perceraian daripada bekas suaminya, Tuanku Mahmud Iskandar yang dilakukan selepas kematian dan dikuatkuasa pada tarikh beberapa bulan sebelum kematian baginda.

Peguam kepada Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamarulzaman berkata beliau dan anak guam serta anak-anak pasangan itu juga tidak dibenarkan memasuki ruang mahkamah, kecuali ketua peguam Afshah Ariffin.

Kamar Ainiah berkata empat orang pegawai tinggi polis, 13 anggota berpakaian seragam dan tujuh orang lagi dipercayai anggota Cawangan Khas juga ditempatkan di luar ruang mahkamah.

"Terdapat juga beberapa ahli polis Unit Tindakan Khas dan juga anggota Tentera Johor," katanya.

"Mahkamah Rayuan Syariah hari ini memastikan kita semua tidak berada dalam mahkamah sebelum mereka memulakan prosiding, kecuali peguam utama," tambah beliau.

Malaysiakini pada hari Khamis lalu melaporkan tiga anggota panel mahkamah mengisytiharkan bahawa prosiding akan dijalankan secara tertutup.

Tuanku Zanariah diwakili oleh peguam utama Afshah Ariffin manakala Kamar Ainiah merupakan peguam undang-undang yang memfailkan permohonan Sultanah.

Memali: 30 tahun rakyat diyakinkan Mahathir di luar negara – Syed Husin

KUALA LUMPUR 30 MAC: Selama hampir 30 tahun rakyat diyakinkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara semasa peristiwa berdarah Memali berlaku, kata Senator Syed Husin Ali.
Ekoran itu, katanya, pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur pada waktu itu perlu disiasat.
“Selama 30 tahun rakyat telah diyakinkan oleh media bahawa Mahathir tiada di dalam negara (sewaktu kejadian).
“Sebab itu pendedahan Musa hitam ini perlu diambil perhatian serius dan siasatan perlu dilakukan. Keadilan buat penduduk kampung yang terkorban dan keluarga perlu dikembalikan,” jelasnya lagi.
Musa Hitam, dalam sebuah forum di Kota Bharu baru-baru ini mendedahkan Mahathir berada di dalam negara ketika kejadian itu berlaku.
Ia sekaligus menolak gambaran kononnya Mahathir berada di China sewaktu kejadian yang meragut nyawa 14 penduduk kampung itu.
Menyifatkan pembunuhan kejam beberapa penduduk kampung dalam ‘operasi Hapus’ yang dilakukan pihak berkuasa pada November 1985 itu sebagai tragedi memilukan, Syed Husin mahu peristiwa itu terus dikenang oleh rakyat.
“Jangan sesekali kita lupa pada apa yang berlaku kerana ia satu tindakan paling kejam yang telah dilakukan terhadap rakyat,” ujar tokoh politik veteran itu lagi.
Syed Husin dalam masa sama turut menyelar respon Mahathir yang mendakwa ‘tidak ingat’ di mana dia berada semasa berlakunya tragedi berdarah itu.
Beliau menyifatkan alasan itu sebagai cubaan Mahathir untuk melarikan diri daripada menjawab dakwaan berkenaan dan menegaskan adalah sangat mustahil untuk bekas presiden Umno itu lupa di mana dia berada ketika kejadian.

Kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen?

Kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu hudud. 

Asyraf Wajdi DusukiPETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi  (AMT) mno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki  (gambar) yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini disifatkan sebagai  bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat di mana beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Ahmad Fadhli Shaari, kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini.
“Adakah beliau sedar bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul,
“Ia berbeza dengan menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan untuk membentangkan rang undang-undang,” katanya.
Jelasnya, hal ini menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan draf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya membuat pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.
Ahmad Fadhli turut mempersoalkan kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen.
“Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno atau dalam erti kata lain, adakah Umno juga merupakan parti yang dianggotai oleh orang Islam?” Soalnya.
Jelasnya lagi, pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang.
Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

MP PAS Temerloh Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

OIC tengok saja MH370 hilang, Amerika pun tolong Malaysia

Ke mana hilangnya negara Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) ketika Malaysia terpinga-pinga menghadapi krisis selepas kehilangan MH370?
Mengapa tiada satu pun bantuan walaupun Malaysia adalah anggota pertubuhan tersebut?
Amerika Syarikat yang bukan negara Islam pun datang membantu, inikan pula saudara seagama.
Ketika ini saya teringat kembali kata ibu, "kawan bila senang berdampinglah dengan kita, bila susah hilang entah ke mana".
Hendak kata OIC sedang sibuk dengan krisis di Syria atau pun Mesir yang sedang bergolak, tidak pula nampak peranan yang dimainkan. OIC cuba bermain politikkah?
Mungkin sudah tiba masanya kita suruh menteri agama kita atau Jakim menengking sedikit OIC, ketika ini jabatan agama dalam negara kita perlu mainkan peranan, janganlah asyik tangkap orang khalwat saja. Ini sudah macam jaguh kampung, apa salahnya sekali-sekala jadi juara global.
Ketika artikel ini ditulis, Dr Kassim Ahmad juga baru sahaja selesai disoal siasat lewat pagi. Adakah Kassim ini "menggugat keselamatan negara". Banyak lagi kerja jabatan agama ini boleh buat daripada menjadi pembuli.
Bukan sahaja OIC tidak membantu Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, mereka juga masih membisu tidak menyatakan pendirian ke atas hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi.
Malah, almarhum Tunku Abdul Rahman juga merupakan Setiausaha Agung pertama OIC pada 1971-1973.
Janganlah gah pada jumlah negara dalam OIC sahaja, tetapi berapa daripada gabungan 57 negara tersebut yang dilihat bersungguh-sungguh membantu Malaysia.
Ketika ini kita tunggu jaguh menteri songkok kita dari utara, yang dahulu hebat berkata-kata Malaysia negara Islam yang dihormati seantero dunia. Tapi penyudahnya, hero kita seorang ini kena juga tunduk minta tolong bantuan Amerika Syarikat, negara Mat Salleh yang dahulunya menyerang dua negara Islam, Iraq dan Arghanistan.

Solidariti khas buat Mursyidul Am Ikhwan Muslimin


Beliau seorang yang amat tawadhu' dan memiliki kesabaran yang tinggi. Sosok tubuh yang sentiasa ceria dan suka memberi nasihat menjadi sifat kelaziman dirinya.
Sayyidah Zainab Al-Ghazali pernah menceritakan tentang kehebatan sosok tubuh ini ketika masih berumur dalam lingkungan 20-an katanya "pegawai-pegawai penjara telah membawa pemuda tersebut di pintu sel penjaraku lalu mengarahnya secara keras agar mencela dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapku.
"Lalu pemuda tersebut berkata: aku tidak akan caci maki dan hina orang yang pernah mengajarku Al-Quran dan menjaga hafazanku.
"Pemuda itu diseksa dan disebat hampir seribu sebatan namun dihadapinya dengan tabah. Aku tidak sanggup melihatnya begitu dan mengharapkan pemuda tersebut mula mencaci serta menghinaku namun dia tetap berdiam diri dan menghadapi seksaan dengan sabar. Pemuda itu tidak lain tidak bukan ialah Dr Mohamed Badie."

Beliau adalah 'Rijaalun Shadaqu' yang dinyatakan dalam Al-Quran. Semoga Allah meramaikan generasi ini di atas muka bumi yang masih dijajah jahiliah. Hilang seorang daripada mereka akan diganti semula oleh seratus yang lain.

اللهم اجعلنا منهم

Menanti demo sejuta umat dan Memali



AHMAD LUTFI OTHMAN

Semasa mendapat panggilan dari nombor antarabangsa yang tidak dikenali, sekitar jam 3 petang Jumaat, 28 Mac lalu, saya dan dua anak lelaki sedang berjalan perlahan menuju Kedutaan Mesir, di Ampang Hilir, Selangor selepas solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Dagang.

Cuaca walaupun panas tetapi tidaklah sampai menggigit kulit, membuatkan lebih 1,000 peserta demonstrasi, yang membantah hukuman mati ke atas 529 penentang kerajaan haram Mesir, tetap bersemangat.

Kebanyakan mereka berarak dari Surau Nurul Hikmah, Hotel De Palma, Ampang, selepas solat Jumaat di sana. Majoritinya, anak-anak muda, lelaki dan wanita, atau lebih tepat lagi golongan mahasiswa, mahu menzahirkan amarah terhadap kezaliman tanpa batas itu.

(Sejak mendengar khabar duka keputusan mahkamah kanggaru Mesir, beberapa hari sebelumnya, iaitu pada malam Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan destinasi terakhir MH370 adalah di Lautan Hindi, fikiran saya cukup terganggu. Apakah siri penindasan melampau ini akan terus dibiarkan begitu saja? Kita belum lupa bagaimana para demonstran yang berhimpun secara aman di Dataran Rabia Adawiya terkulai ditembusi peluru, malah ada mayat yang dibakar. Penembak tepat pula ditempatkan di menara bagi mencari sasaran khusus).

Kelompok besar dari Jalan Ampang tidak dibenarkan pihak polis untuk masuk merapati pintu masuk kedutaan, dijarakkan sekitar 50 meter, dan kami yang datang dari arah bertentangan, kawasan berdekatan tasik Ampang Hilir, turut dihalang daripada bergabung dengan kumpulan utama.

Pasukan keselamatan melarang laluan di hadapan kedutaan mungkin mahu mempastikan warga di dalamnya tidak diancam peserta himpunan, walhal terbukti suara prihatin petang itu yang membantah pencabulan dahsyat hak asasi, termasuk untuk mendapat keadilan di mahkamah, adalah cetusan nurani yang menyanjung tinggi perdamaian.

Dari jauh, terdengar lantang ucapan wakil parti-parti politik Pakatan Rakyat dan pelbagai NGO, menyifatkan zaman Firaun dan kediktatoran warisan Mubarak-Sadat muncul semula. Disambut seruan takbir dan gema laungan solidariti bersama Ikhwanul Muslimin Mesir, yang kini dilabelkan  beberapa negara Arab sebagai teroris.

K'jaan BN bazirkan RM70 juta lewat siapkan Hospital S.Alam

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan telah membazirkan RM70 juta bagi projek membina Hospital Shah Alam.

Beliau dalam sesi soal jawab pagi tadi berkata pembaziran itu berlaku kerana projek yang sepatutnya dijadualkan siap dalam masa dua tahun telah dilanjutkan sehingga enam tahun.

"Bagaimana kerajaan hendak tentukan pembaziran ini tidak berlaku lagi selepas ini untuk projek-projek lain.

"Apakah menjadi perkara biasa bagi Kementerian Kerja Raya projek-projek memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan?"soalnya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin jumlah keseluruhan kos projek yang terlibat sehingga ini sebanyak RM550.8 juta.

Katanya, sebanyak RM 410.8 juta adalah kos kontrak semasa manakala RM 140 juta lagi melibatkan bayaran kos kontrak terdahulu yang telah ditamatkan pada September 2010.

Tambahnya, kos yang terlibat pada awalnya sebanyak RM 480.6 juta kerana kegagalan kontraktor pertama jumlah kos yang baru adalah RM 550.8 juta.

Rang undang-undang GST dibentang di Parlimen oleh Kerajaan BN

Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang mewujudkan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 197 fasal dan 19 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.
Beliau berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu dijangka dibentangkan di Parlimen Isnin depan.
GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan dan dipungut mengikut Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
Berbeza dengan cukai jualan sekarang ini yang merupakan cukai seperingkat, GST ialah cukai berperingkat dengan pembayaran cukai dibuat dalam pelbagai peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.
GST meliputi semua sektor industri dan merupakan cukai ke atas penggunaan terakhir barang dan perkhidmatan, dan dipungut melalui sistem kredit dengan GST ditanggung atas input diimbangkan terhadap GST yang dikenakan ke atas output.
Rang undang-undang itu akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang.
Fasal 56 rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada menteri untuk melepaskan mana-mana orang atau golongan daripada pembayaran keseluruhan atau sebahagian cukai boleh dikenakan dan dilevi.
"Oleh itu, orang kena cukai diberi pelepasan daripada mengenakan dan memungut cukai," menurut fasal itu.

Sistem cadangan DAP apartheid nombor satu, penyamun tarbus, kata Shahidan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan kenyataan yang menggesa kerajaan mengamalkan sistem pengundian berdasarkan kaum di Malaysia. – Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan kenyataan yang menggesa kerajaan mengamalkan sistem pengundian berdasarkan kaum di Malaysia. – Gambar fail.Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyelar Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menuduhnya menegakkan dasar apartheid setelah menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggesa mengamalkan sistem pengundian berdasarkan kaum di Malaysia.
Shahidan berkata dasar yang cuba dibangkitkan DAP iaitu satu rakyat satu undi adalah sebenarnya berdasarkan dasar apartheid kerana menafikan hak kaum majoriti di negara ini.
“Orang minoriti menguasai orang majoriti di Malaysia. Itu apartheid nombor satu yang patut diterajang masuk dalam longkang. Dia cakap salah dan tak pergi sekolah kerana orang sikit kawal orang banyak.
“Sistem saya tak apartheid. Sistem dia apertheid dan berbentuk penyamun tarbus. Wakil rakyat ni dengar pakar orang Cina di Malaysia tetapi jahil. Kumpulan besar juga ada otak,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Ong sebentar tadi di lobi Parlimen mendakwa Shahidan menjulang dasar apartheid setelah menggesa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya berasaskan kaum.
Katanya, Shahidan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan peribadinya kerana beliau sebagai menteri mewakili pandangan kerajaan.

Ahli Parlimen DAP dakwa Shahidan bangkit dasar aparteid


Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming cadangan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk Malaysia amal sistem pilihan raya berasaskan kaum ada unsur dasar aparteid. Gambar fail.Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming cadangan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk Malaysia amal sistem pilihan raya berasaskan kaum ada unsur dasar aparteid. Gambar fail.Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim  yang menggesa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya berasaskan kaum hanya menjulang dasar aparteid di Malaysia, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata kenyataan Shahidan itu tidak boleh dianggap sebagai kenyataan peribadinya kerana beliau sebagai menteri mewakili pandangan kerajaan.
“Saya menggesa beliau meletak jawatan. Ini perkara serius yang diperkatakan. Beliau tidak boleh mendakwa ini pemikiran Shahidan dan bukan pemikiran kerajaan kerana beliau sebahagian daripada kerajaan.
“Apa yang dikatakannya adalah sistem pemilihan aperteid di Afrika Selatan yang mengundi berdasarkan warna kulit. Adakah menteri dengan PhD itu tahu apa yang dikatakannya itu sangat tidak boleh diterima di Malaysia,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Shahidan di Parlimen hari ini berkata, konsep satu rakyat satu undi tidak menggambarkan sistem pilihan raya adil sebaliknya perlu dilihat daripada latar belakang ekonomi, keluarga, pengangkutan dan populasi penduduk.
Menteri itu berkata, persepsi itu adalah pandangannya secara peribadi dan tidak mewakili pandangan kerajaan secara keseluruhannya.

Saintis dunia ramal pencarian MH370 akan gagal


Salah satu pesawat dari Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam misi pencarian MH370 tetapi saintis David Mearns meramalkan pesawat MAS itu tidak akan dijumpai. – Gambar fail.Salah satu pesawat dari Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam misi pencarian MH370 tetapi saintis David Mearns meramalkan pesawat MAS itu tidak akan dijumpai. – Gambar fail.Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.
"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.
Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.
"Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.
Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.
Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Anwar, Karpal masih kekal ahli parlimen

DAP rep calls for Shahidan's head

MP PKR Pandan Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

MP DAP Kluang Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

Kerajaan Batu Asas : Husam DEDAH Lebuhraya Rakyat

Satu undi satu rakyat,Shahidan tak faham

SKMM dakwa enam pembekal peranti kes curi talian wi-fi

Ikhwan 529: Hukuman mati lahirkan kumpulan radikal baharu


Maszlee 
SHAH ALAM - Hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin (IM) dikhuatiri akan melahirkan kumpulan radikal dan subversif baharu yang kecewa dengan penindasan terhadap golongan moderat Islam.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara sama pernah berlaku sebelum ini ketika pemerintahan Gamal Abdul Nasir sehingga mencetuskan kemunculan kumpulan pengganas al-Qaeda.

“Apa yang dilakukan rejim Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi sekarang akan mencipta pengganas lebih besar di masa depan. Ini kerana mereka telah membunuh harapan golongan moderat yang percaya pada keamanan.

“Tidak mustahil kumpulan pengganas atas nama agama lebih ganas dari al-Qaeda akan muncul. Mereka merupakan kumpulan terpencil yang bangkit dengan keganasan,” katanya, semalam.

Menurutnya, insiden tersebut juga mencatatkan sejarah pencabulan hak asasi manusia yang paling teruk pernah dilakukan.

“Isu ini bukan sahaja mengenai anggota IM,  tetapi pembunuhan hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan. Jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan kegilaan rejim Al-Sisi ini, tidak mustahil Mesir mengulangi detik hitam zaman diktator.

Ikhwan 529: Rakyat kita terus bantah

Rakyat kita terus bantah KOTA BHARU - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Cakna Palestin meminta kerajaan dan rakyat negara ini bersama-sama menyatakan solidariti mengecam tindakan Kerajaan Mesir serta sistem mahkamah yang menganiaya rakyat sendiri.

Presidennya,  Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, dalam masa terdekat satu perhimpunan solidariti akan diadakan bagi menyatakan pendirian terhadap isu tersebut.

“Di mana letaknya kewarasan sebuah kerajaan seandainya mendakwa dan membunuh rakyatnya sendiri? Puluhan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin (IM) didakwa sebagai pencetus rusuhan rakyat diburu, ditangkap dan dipenjarakan.

“Terbaharu, mereka bertindak di luar batasan dengan menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi. Kita sifatkan tindakan itu sebagai jenayah terancang,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkara tersebut.

Wan Mohd Sharafi berkata, Cakna Palestin membantah sekeras-kerasnya keputusan Mahkamah Mesir itu kerana dianggap tragedi terbesar dalam sistem kehakiman negara tersebut.

“Tidak munasabah sama sekali untuk menjatuhkan hukuman selepas hanya dua hari perbicaraan atas keputusan yang menyebabkan kes kematian seorang anggota polis.

"Di manakah fungsi mahkamah rayuan kerana jelas perbicaraan tersebut tidak adil berdasarkan beberapa laporan yang diterima," katanya.

Akta Pencegahan Jenayah berkuat kuasa Rabu ini


Wan Junaidi Tuanku Jaafar 

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat akan dikuatkuasakan Rabu ini.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain bukti kerajaan komited membanteras aktiviti jenayah, akta yang akan diwartakan esok itu bertujuan memastikan usaha pencegahan dapat dilakukan segera.
  
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu bila POCA akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Wan Junaidi menjelaskan akta itu antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.
  
Beliau berkata pelaksanaan akta bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah.
   

Anwar, Karpal dibenar ke Dewan Rakyat sementara tunggu rayuan


Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Karpal Singh dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat di Parlimen sementara menunggu rayuan kes masing-masing selesai di mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Karpal Singh dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat di Parlimen sementara menunggu rayuan kes masing-masing selesai di mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said hari ini membenarkan Karpal Singh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menyertai sidang Dewan Rakyat sementara menunggu rayuan perbicaraan kes mahkamah masing-masing.
Ismail yang juga ahli Parlimen Kuala Krau mendengar permintaan Karpal sebaik sahaja dewan mula bersidang pada sesi sebelah petang.
“Oleh kerana kedua-dua yang berhormat sudah membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Eloklah menunggu keputusan mahkamah.
“Pada masa sama, saya akan merujuk perkara ini kepada Tan Sri Speaker untuk membuat undi kerana tiada arahan kepada saya setakat ini,” katanya.
Karpal sebelum itu meminta kebenaran kepada Ismail bagi mengesahkan kedudukannnya untuk berada di Dewan Rakyat setelah disabitkan hukuman dednda RM4,000 dua minggu lalu.
“Adakah Dewan Rakyat akan memberikan keputusan di bawah peruntukan 53. Jika tiada keputusan boleh jadi saya tidak layak untuk duduk di dewan ini,” katanya.

MH370: Menteri jangan mainkan parlimen dengan jawapan andaian

KUALA LUMPUR: Pemuda Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan supaya tidak bermain dengan andaian dalam isu yang melibatkan keselamatan negara.

Timbalan Kketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi (gambar) berkata, pihaknya kecewa dengan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dalam Parlimen 26 Mac lalu bahawa TUDM sekadar beranggapan bahawa pesawat MH370 yang berpatah balik, mendapat arahan dari menara kawalan.

"Tidak layak bagi sidang Parlimen dan rakyat diberikan jawapan berdasarkan andaian untuk isu pertahanan negara dan tragedi MH370 yang kedua-duanya mempunyai kepentingan nasional.

"Ianya menjatuhkan maruah dewan yang mulia dan mandat rakyat yang mahukan jawapan yang telus dan benar ketika soalan ditanyakan secara rasmi di dalam Parlimen," kata beliau.

Khalil mempersoal, sudah lebih 20 hari insiden ini berlaku, apakah yang terlalu sukar untuk kerajaan mendapat kepastian tentang apa yang berlaku di stesen radar tentera pada malam kehilangan MH 370 sehinggakan kerajaan masih memberi jawapan berdasarkan andaian? 

Sesungguhnya isu MH 370 ini kata beliau, terus mendedahkan sikap kerajaan yang memandang enteng institusi Parlimen dengan memberikan jawapan-jawapan yang santai.

"Sekiranya benar andaian tersebut, apakah bukan menjadi protokol keselamatan untuk pihak tentera mengesahkan dengan pihak menara kawalan penerbangan awam (DCA) bahawa terdapat penerbangan awam yang mencurigakan?

"Apakah terlalu sukar untuk kawalan perintah tentera membuat panggilan telefon ke menara kawalan DCA untuk pengesahan," soal beliau lagi.

Kos tambahan Hospital Shah Alam RM58 juta, kata timbalan menteri

Kos jamuan PM meningkat setiap tahun

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini!

AGENDA AWANI MH370Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru…
Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.

Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China

Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :
  • Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah
  • Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang
  • Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman berdasarkan (TEORI DI SINI)
  • Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja
  • Buat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan
  • Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang
  • Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia
  • Jikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti
  • MH370 RadarDan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?
  • Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar. 

Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014

MB: Laksanakan WSIA, pelaburan Selangor tidak terjejas

Air-MB1SHAH ALAM, 31 MAC: Pelaburan ke Selangor tidak terjejas sekiranya Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 digunakan dalam penstrukturan industri air negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perkara itu sudah dilaksanakan di beberapa negeri sejak akta itu diperkenalkan.
“WSIA diluluskan oleh Parlimen pada 2006 dan digunakan untuk penstrukturan industri air di Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Dan kita gunakan undang-undang yang sama untuk Selangor,” katanya pada sidang media di Perpustakaan Raja Tun Uda semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengurus Urusan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling yang berkata penggunaan akta WSIA untuk penstrukturan industri air akan menyebabkan pelabur lari.
“Saya fikir sekiranya logiknya ialah mahukan wang yang lebih, itu bukan alasannya.
“Pelabur lebih arif. Kamu cuba untuk memaksimakan pendapatan sebanyak mungkin tetapi bila kita melaksanakan sesuatu undang-undang kita mesti memastikan yang ia memanfaatkan rakyat,” katanya lagi.
Tambah Abdul Khalid lagi, jumlah harga ditawarkan kepada pemegang konsensi air adalah berpatutan.

Harga getah merudum: Pemuda PAS demo 5 April


Dewan Pemuda PAS mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan pada 5 April di pekan Baling bagi mendesak kerajaan menaikkan harga getah demi menjaga kebajikan pekebun kecil.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan itu akan mengulang semula tuntutan serupa yang disuarakan para pekebun kecil getah semasa perhimpunan bersejarah di pekan tersebut pada 1974.

"Ini menjadi siri kedua selepas perhimpunan 1974 berhasil (menaikkan harga getah)," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Tambahnya, perhimpunan itu dirancang bermula pada jam 5 petang dan berakhir jam 12 tengah malam akan diikuti dengan ceramah berhubung ekonomi berasaskan getah.

Katanya, perhimpunan itu akan menggariskan lima tuntutan utama:
  • Memberi kuasa pada Lembaga Getah Malaysia mendapatkan dokumen kontrak syarikat yang menjadi rujukkan harga purata getah.
  • Menetapkan harga asas yang munasabah bagi pekebun kecil getah.
  • Menyelaras harga kos atau harga kilang pada aras RM1 bagi setiap kilogram getah.
  • Mengkaji kesesuaian pekebun menanggung kos penyelidikan dan kos tanaman semula dengan harga getah yang sangat rendah.
  • Memberi bantuan jangka pendek kepada pekebun kecil getah seluruh negara.

Tragedi Memali 1985

Mat Zain Ibrahim

Saya merujuk kepada artikel Luka Memali berdarah kembali disiarkan The Malaysian Insider. Apa yang pasti dalam tragedi Memali ini ialah ia bukan sesuatu kejadian yang berlaku secara spontan.
Operasi untuk menangkap Ibrahim Libya dan beberapa pengikut kanannya, dibuat beberapa hari sebelum 19 November 1985.
Soal sama ada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad berada dalam negara atau  berlepas ke China atau ke negara lain pada hari kejadian, ataupun masih berada di Malaysia tidak sepatutnya dijadikan isu.
Kedua-duanya, Dr Mahathir dan Tun Musa Hitam, menteri dalam negeri ketika itu, dipercayai dimaklumkan dan mengetahui “operasi Memali” sebelum ia dilaksanakan.
Kedua-dua Tun itu, tidak boleh lari daripada mengambil tanggungjawab tertentu secara persendirian atau secara kolektif, di atas peristiwa berdarah tersebut, sama ada mereka berada di dalam atau luar negara.
Saya berpendapat sekiranya kerajaan gagal atau sengaja enggan untuk membuka semula penyiasatan ke atas tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, setelah pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu itu (setelah memendam rasa selama hampir 30 tahun), ian berkemungkinan akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini.
Peranan saya dalam Ops Memali: Saya adalah Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Nerang (Padang Terap), Kedah mulai Januari 1985 sehingga pertengahan 1988 dan kemudian diikuti dengan menjadi KPD Gurun dan KPD Kangar selepas itu.
Daerah Polis Kuala Nerang adalah berjiran/bersempadan dengan Daerah Polis Baling.
Saya turut hadir bersama KPD lain dalam Kontinjen Polis Kedah/Perlis ketika itu dalam beberapa mesyuarat perancang Ops Memali yang diadakan di IPK yang turut dihadiri ketua-ketua cawangan lain dan wakil-wakil dari Bukit Aman.
Masing-masing KPD khasnya bagi daerah yang bersempadan dengan Baling, diberi peranan tertentu pada tarikh operasi berkenaan.
(Untuk makluman Kontinjen Polis Kedah/Perlis ketika itu dibahagikan kepada 8 daerah polis iaitu Baling, Sungai Petani, Kulim, Gurun, Alor Star, Kuala Nerang, Jitra dan Kangar).
Saya suka memberi penekanan di sini sebelum peristiwa di Memali itu, daerah Padang Terap dianggap paling “panas” di Kedah setelah tercetusnya peristiwa berdarah di Felda Lubuk Merbau dalam pertengahan Januari 1985, di mana seorang penyokong PAS terbunuh ketika kempen Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada masa itu.
Ketika kejadian, saya baru sahaja seminggu mengambil alih jawatan KPD Kuala Nerang. Saya yang menangani kes di Lubok Merbau itu.
Peristiwa berdarah Lubok Merbau diambil kira semasa mesyuarat perancang Ops Memali tersebut.
Justifikasi untuk membuka semula siasatan
Pada 1993 (ketika itu secara kebetulan, saya bertugas sebagai timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor), seorang waris mangsa kes pembunuhan beramai-ramai “Batang Kali Massacre” membuat satu laporan polis meminta kerajaan membuka semula penyiasatan kes ini.

Rakyat digesa berjimat, kos jamuan PM, menteri pula meningkat

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri menunjukkan berlaku peningkatan dari dari tahun 2009 hingga 2013.

Kos perbelanjaan makan dan minum bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.7 juta, tahun 2010 (RM 2.1 juta), 2011 (RM 1.7 juta), 2012 (RM 2.8 juta) dan tahun 2013 (RM 2.9 juta).

Majlis tersebut dihadiri oleh pelancong asing serta tetamu kenamaan dalam kalangan ketua jabatan kerajaan, duta-duta dan perwakilan asing di Malayia serta tokoh-tokoh korporat tempatan dan luar negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kerjaan yang selalu mengingatkan rakyat supaya berjimat cermat apabila dibebani dengan kenaikan kos hidup.

"Tetapi melihat perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri ini, adalah sangat tidak wajar kerajaan berbelanja begitu besar? Hanya untuk rumah terbuka,"bidas Mahfuz.

Beliau turut mempersoalkan mengapa perbelanjaan rumah terbuka pada tahun 2013 begitu besar sedangkan jumlah pelancong asing pada tahun itu menurun berbanding negara jiran Thailand.

Tegasnya, kerajaan wajar mengkaji semula program seperti ini kerana ia membabitkan perbelanjaan yang semakin bertambah tiap-tiap tahun.

"Ataupun kerajaan boleh mencari katering lebih murah dalam masa yang sama kerajaan buat penelitian setiap tahun tentang perbelanjaan. Nampaknya tidak!"katanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk soalan lisannya pada 27 Mac 2014.

Doa untuk Egypt 529



ARAB Spring sudah sampai kepada satu tahap lain dalam kita melihat perubahan landskap politik di negara-negara Arab.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Mesir adalah antara destinasi awal Arab Spring setelah Tunisia memulakan momentumnya.
Halangan tembok ketakutan yang selama ini menjadi senjata regim kuku besi sudah diruntuhkan maka rejim zalim kini bertembung wajah ke wajah dengan suara rakyat yang mahukan ‘mainan’ kuasa kuku besi diakhiri segera. 
Terkini mahkamah telah mengenakan hukuman mati kepada 529 OKT (orang kena tahan) atas dakwaan membunuh dan mengkhianati negara.
Kesemua mereka adalah anggota Ikhwan Muslimin termasuklah Ketua Tertingginya iaitu Sheikh Dr Mohammed Badie’.
Dunia berkabung bukan sahaja kepada tragedi MH370 malah kes 529 orang yang dikenakan hukuman bunuh oleh rejim tentera Mesir juga menyebabkan dunia berkabung kerana matinya demokrasi.


IMBAUAN TAHRIR SQUARE

Tahrir Square terpahat sebagai saksi kebangkitan rakyat menurunkan rejim Mubarak pada tahun 2009. Namun pada tahun 2013 tempat yang sama telah menyaksikan satu lagi kebangkitan menjatuhkan Presiden Morsi yang dilantik secara demokratik oleh rakyat Mesir buat pertama kalinya dalam sejarah politik Mesir.
Proses antara 2009-2013 juga telah menyaksikan proses transisi kuasa dan proses pembentukan asas-asas demokrasi dan dalam proses itu kita dapat melihat bagaimana kesan kediktatoran telah meninggalkan bekas yang buruk kepada budaya politik rakyat Mesir sehingga sukar untuk melakukan perubahan yang tulen.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya tidak menolak teori dasar Amerika di Timur Tengah yang keutamaannya adalah memastikan kewujudan Israel di celah negara-negara Arab.
Demokrasi yang mengisi ruang kebangkitan rakyat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kuasa besar kerana seruan yang didengungkan oleh Amerika membuka ruang kepada kebangkitan Ikhwan sebagai sebuah entiti parti politik yang mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Mesir.
Dari sini, Arab Spring telah melalui fasa baru seolah-olah berlaku pusingan-U kepada kehendak rakyat yang telah memilih  presiden mereka dengan cara yang sah.

PENDAKIAN IKHWAN

Memali: PAS gesa siasat semula, tarik balik kertas putih 1986


KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menarik balik kertas putih berkenaan Peristiwa Memali yang telah dibentangkan di Parlimen pada tahun1986 serta menarik balik fatwa Bughah yang dikenakan kepada Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

Merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri Tun Musa Hitam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Peristiwa Memali satu konspirasi tersembunyi yang sudah mempunyai skrip.

"Bagaimana Kertas Putih dibentangkan? Sedangkan ia meragukan tetapi perencanaan skrip seolah-olah susah ada.

"Saya minta kerajaan, Najib bawa usul tarik balik ke atas kertas putih 1986. Hanya kerajaan boleh tarik balik,"katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Mahfuz turut mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut menarik balik fatwa ‘Bughah’ (penderhaka) terhadap Allahyarham Ibrahim Libya serta 14 pengikutnya.

Ini kerana katanya, fatwa itu adalah tidak tepat kerana tidak menyedari kejadian itu terhasil daripada konspirasi halus kerajaan menjadikan fatwa itu boleh dipersoalkan.

Katanya, penarikan balik dua perkara itu bertujuan menjaga nama baik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pada ketika itu ialah Sultan Kedah.

Veteran activist Irene Fernandez dies aged 67

Karpal: Adakah saya sudah hilang kelayakan ..?

PM's Dept shouldn't spend so much on open houses

Dewan Rakyat 31 Mac 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

'Getah pekebun kecil dibeli pada harga terlalu rendah'

MH370 diarah patah balik: Dewan minta penjelasan Rahim

PAS: Memali incident a conspiracy

Memali: PAS gesa bentang semula kertas putih

Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?

Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan yang diberi tugas berhadapan dengan media untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu, keupayaan dan kemampuannya mengendalikan pelbagai asakan media, terutamanya daripada luar negara, segera membangkitkan keyakinan banyak pihak tentang potensinya sebagai bakal PM selepas ini.

Hanya kerana itu,ramai yang mulai melupakan pelbagai kelemahan dan ketidakmampuannnya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam negara ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu yang menyebabkannya nyaris-nyaris kecundang sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2013 lalu.

Juga, hanya kerana kemampuan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan MH370, ramai yang terlupa bahawa ketika pesawat itu didapati berpatah balik daripada laluannya, ia telah pun mula dikesan oleh radar TUDM tetapi tiada tindakan diambil, sama ada untuk memintas, mengejar dan berusaha lebih sedikit untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.

Jika jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri di Parlimen bahawa TUDM tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat yang didapati berpatah balik itu kerana menyangka ianya adalah arahan daripada pusat kawalan udara di Subang sebagai "lawak jenaka yang tidak menggelikan hati" dan sekaligus memalukan negara, janganlah lupa bahawa Menteri Pertahanan ialah Hishammuddin juga.

Kegagalan TUDM bertindak lebih awal terhadap pesawat MH370 yang akhirnya menjadikan usaha pencarian berlarutan sehingga kini, di samping mendatangkan kesan sampingan lain kepada imej negara di di mata dunia, beban pertanggungjawaban utama seharusnya dipikul oleh Menteri Pertahanan.

Selawat ‘berlebihan’ ke atas Rasulullah bawa kepada pemujaan, kata Ridhuan Tee


Pensyarah, Dr Ridhuan Tee tidak bersetuju dengan selawat perdana yang keterlaluan memuji Nabi Muhammad. Gambar fail.Pensyarah, Dr Ridhuan Tee tidak bersetuju dengan selawat perdana yang keterlaluan memuji Nabi Muhammad. Gambar fail.Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak bersetuju dengan selawat perdana yang terlalu 'berlebihan' memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.
Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.
"Penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah," kata Ridhuan dalam artikel bertajuk "Selawat Nabi, bukan puja" dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian, hari ini.
Ridhuan berkata, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi Muhammad.
"Lagu-lagu cinta Rasul yang disampaikan seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi.
"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak," katanya.
Tidak menafikan Rasulullah sebagai contoh yang wajar dijadikan teladan kepada umat Islam,  Ridhuan berkata, ia tidak bermakna kita memuja secara berlebihan.
"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.
Ridhuan juga menggesa supaya umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu, tunjang kepada agama Islam.
"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.
"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruhNya iaitu baginda Rasulullah," katanya.

Shahidan tak faham 'satu undi satu rakyat', kata PR

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan model satu undi satu kaum.

Bagaimanapun, beliau menolak model satu undi satu rakyat sebagaimana yang dicadangkan yang oleh Pakatan Rakyat.

Katanya satu undi satu rakyat perlu melihat berdasarkan latar belakang ekonomi, penempatan, hubungan, keluarga dan kepadatan penduduk.

"Satu undi berdasarkan kaum, saya setuju. Misalnya di Singapura melaksanakan prinsip ini satu undi satu kaum,"katanya ketika menjawab soalan pertama dalam sesi soal jawab pagi ini.

Tambahnya, beliau akan mengetengahkan cadangan mengikut kaum kepada SPR.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak berpuas hati dengan cadangan menteri itu dan menyifatkan model itu akan menjadi isu perkauman.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke ketika mengemukakan soalan tambahan turut membidas Shahidan yang tidak faham model satu undi satu rakyat.

"Menteri tidak faham satu undi satu rakyat, bukan satu undi satu kaum,"katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Dr Hatta Ramli kecewa dengan jawapan Shahidan yang tidak faham maksud sebenar satu undi satu rakyat.

Pengasas PKR Irene Fernandez meninggal dunia

Aktivis hak asasi Irene Fernandez meninggal dunia hari ini meninggal dunia hari ini selepas menjalani rawatan akibat komplikasi jantung.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Fernandez meninggal dunia pada jam 10.15 pagi.

Pengasas NGO hak asasi pendatang asing Tenaganita itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Serdang.

PAS gesa tarik balik Kertas Putih Memali 1986


PAS gesa insiden Memali 1985 disiasat semula selepeas pendedahan Tun Musa Hitam, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.PAS gesa insiden Memali 1985 disiasat semula selepeas pendedahan Tun Musa Hitam, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.PAS menggesa siasatan semula ke atas insiden Memali 1985 dijalankan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia dan bukannya di China semasa kejadian tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata dengan pendedahan Musa itu memperlihatkan kejadian Memali sebagai satu konspirasi kerajaan dan pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.
“Pendedahan Musa menggambarkan kejadian Memali ini konspirasi yang sangat licik dan tersembunyi yang sekarang ini baru orang tahu Dr Mahathir berada dalam negara. Dengan kenyataan Musa menjadikan Kertas Putih yang dibentangkan kerajaan di Parlimen pada 1986 meragukan.
“Kertas Putih terhasil daripada rencana dan skrip yang ditentukan sebelum itu. Saya minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa satu usul tarik balik Kertas Putih,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Musa dalam satu forum pada minggu lalu mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden Memali, malah masih berada dalam negara, beberapa hari selepas kejadian itu.
Mahfuz berkata fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Kedah yang mengatakan mangsa insiden Memali sebagai penderhaka atau bughah itu perlu ditarik balik.

MP PKR Gombak Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

MP DAP Bagan Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

Tim Menteri Kewangan: Bajet Tambahan (2013) 2014

Shahidan: Undi ikut kaum, sampai kiamat negara aman

Dewan Panas: Cina tak patut ada 40 kerusi Parlimen, kata Shahidan

Buka semula kes Memali sebelum jadi isu perkauman, kata bekas polis


Mangsa peristiwa berdarah Memali 1985, Ibrahim Libya (kiri) bergambar bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Mangsa peristiwa berdarah Memali 1985, Ibrahim Libya (kiri) bergambar bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
Mat Zain berkata, jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.
"Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.
"Sekiranya kes ini tidak dibuka semula, besar kemungkinan ada pihak yang akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan sedia menyiasat semula Batang Kali Massacre dengan semua mangsa yang terbunuh adalah orang Cina, sedangkan kerajaan enggan menyiasat semula tragedi Memali kerana semua mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata, Batang Kali Massaccre dibuka semula selepas 45 tahun laporan dibuat, manakala bagi kes Memali pula, ia ditimbulkan semula hanya selepas 29 tahun kemudian.
"Soal sama ada Dr Mahathir berada dalam negara atau berlepas ke China atau negara lain pada hari kejadian, atau ada di Malaysia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana kedua-duanya, Dr Mahathir dan Musa dipercayai dimaklumkan dan mengetahui operasi Memali sebelum ia dilaksanakan pada 19 November, 1985,” katanya yang juga Ketua Polis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah pada ketika itu.
Balai polis itu terletak hampir dengan Balai Polis Daerah Baling, lokasi kejadian tragedi Memali berlaku.

Objek dikutip tiada kaitan dengan MH370 - AMSA

KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam tadi, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Keluarga penumpang minta bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi


Could plane ditch into ocean intact?

MH370: ‘CANTIK FITNAH KAMU’ - Aishah

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.
Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.
Foto

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail


Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Gambar fail.Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Gambar fail.Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.
Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.
Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.

Family, friends deny Daily Mail report on MH370 pilot

  Captain Zaharie Ahmad Shah, seen here posing with his home-built flight simulator, in a picture taken from a YouTube video.Captain Zaharie Ahmad Shah, seen here posing with his home-built flight simulator, in a picture taken from a YouTube video.The Daily Mail came under fire from Captain Zaharie Ahmad Shah's family and friends last night over the British tabloid's report that the MH370 pilot was distracted and withdrawn weeks from the March 8 flight that vanished.
The Malaysia Airlines (MAS) pilot has been the subject of investigations by Malaysian authorities after the plane carrying 239 people disappeared, but the US Federal Bureau of Investigations (FBI) has cleared him after finding nothing in his self-built Boeing 777 simulator.
The paper had previously reported that Captain Zaharie, who has been with MAS for 33 years and has more than 18,000 flying hours, had personal problems and was a fanatical supporter of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dear Daily Mail, You should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air...
"May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you," the pilot's daughter, Aishah Zaharie, wrote on her Facebook status last night.

MI6, CIA involvement in flight MH370 probe sparks terrorism speculation

Malaysian authorities have revealed secret services from the UK, the US and China have been involved in the investigations into the disappearance of the missing Malaysia Airlines flight MH370, adding to speculation that the plane’s disappearance could be down to terrorism, The Independent reported today.
It said MI6, the CIA and Chinese agencies have been looking into the flight simulator found in the home of the flight’s Captain Zaharie Ahmad Shah, though acting transport minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the FBI has found nothing sinister in the device.
The report said Hishammuddin had said the Inspector-General of Police had highlighted the “four possible scenarios of what could have caused the plane to disappear, which are terrorism, hijacking, personal and psychological problems, or technical failure.
“These scenarios have been discussed at length with different intelligence agencies,” he was quoted as saying in the report.
The Sydney Morning Herald in its report today said crash investigators believe the disappearance of the plane and the decision to disable the communications system appear to have been deliberate. But they have found no evidence of a motive.
It said MI6 is understood to have helped with extensive background checks on each of the 239 passengers and crew on the plane but nothing suspicious has emerged.
SMH reported that Hishammuddin had said MI6 was also examining "pings" emitted by the plane which are being used to plot its route over the seven hours after its communications systems were disabled.

MH370: Ibu Khairul Amri yakin anaknya selamat


Erni Artila Mustafa, isteri kepada Khairul Amri Selamat, bersama anaknya mendoakan kepulangan Khairul. – Gambar Reuters.Erni Artila Mustafa, isteri kepada Khairul Amri Selamat, bersama anaknya mendoakan kepulangan Khairul. – Gambar Reuters."Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan “adik” masih selamat.
"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila pukul 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.
Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.
Normah berkata beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.