Ahad, 30 Mac 2014

Rafizi Ramli: UMNO@Barisan Nasional Gunakan Rakyat Yang Tidak Dapat Maklumat Yang Tepat

Salahuddin Ayub: Pejuangan Belum Selesai, Pejuangan Masih Belum Tamat

Lim Kit Siang: Bolehkah Kita Membenarkan Sdr Anwar & Karpal Menjadi Mangsa Kezaliman Kehakiman

Turkish polls seen as referendum on PM

Pro-Muslim Brotherhood student protest turns violent in Cairo

Mengapa Tokguru Nik Aziz menangis?

Secara relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimananya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan Allah. Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada Allah sebanyak mungkin agar Allah memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.


Tokguru menundukan muka sambil menagan sebak.
Semasa memberi tazkirah rengkas selepas Subuh Sabtu lalu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan," demikian rayu Nik Aziz diselai tangisan memilukan.

Beliau juga mengaitkan  sakit yang dihadapi kini mungkin kerana kifarat Allah ke atasnya. "Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan yang saya buat selama pimpin Kelantan."

Tokguru kini keuzuran kerana menanggung sakit prostat sehinggakan terpaksa membawa beg plastik untuk ke mana-mana.

Pernyataan ikhlas Tokguru itu sungguh menyayu dan menyebakkan hati. Kita merasakan betapa humble dan rendahnya diri beliau sebagai seorang hamba Allah. Siapa yang berani mengatakan dia ada kesalahan selama memerintah Kelantan? Kalau pun ada ia adalah kelaziman dihadapi penguasa seperti beliau. Beliau tidak perlu menyesali kerana kehebatan syiar Islam yang dibawanya mengkagumkan semua orang.

Penampilan dirinya sebagai murrabi dan pemimpin disanjung semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, anutan agama dan bangsa. Beliau dikagumi oleh semua orang. Yang mencium tangannya tanda hormat, bukan saja orang Melayu tetapi India, Cina dan Siam juga.

Malaysian officials drop the ball

Apa di sebalik skrip MH370?

Oleh Arif Atan
RAKYAT banyak kali diingatkan supaya tidak berspekulasi tentang kehilangan pesawat MAS MH370. Namun, masuk pencarian hari ke-17, Perdana Menteri sendiri berspekulasi mendakwa lokasi MH370 itu “berakhir” di Lautan Hindi.
Dalam tempoh beberapa jam selepas sidang media Najib Razak jam 10 malam itu, portal antarabangsa hangat dengan cemuhan pembaca masing-masing.
Penelitian Harakah ke atas komentar pembaca dalam akhbar atas talian, seperti The Telegraph, Daily Mail dan The Guardian sahaja menunjukkan pihak Barat tidak percaya apa yang keluar dari mulut Najib.
Masyarakat di Britain dan Amerika Syarikat rancak memperkatakan senario yang dianggap paling misteri dalam industri penerbangan dunia menggunakan teori sains ketika banyak pihak masih berdiam diri melihatkan beberapa kali penampilan bomoh berlencana 1Malaysia mengusung buah kelapa dan teropong buluh di KLIA.
Soal bukti menjadi perkara paling mereka tuntut daripada kerajaan Malaysia. Tidak terkecuali ahli keluarga bagi 153 penumpang warga China yang berarak meluahkan rasa marah di Kedutaan Malaysia.
Bahkan, Beijing juga sudah menuntut Malaysia menyediakan bukti data satelit.
Lantaran Najib membawa lumpur, habis tanah air ini terpalit diaibkan. Selari dengan konsep “Endless Possibilities” (Kemungkinan Berterusan) yang meniru kempen sama di Israel, Najib juga menyebut “ended” (berakhir) untuk status MH370.
Najib seperti menyeksa mental keluarga penumpang terbabit tanpa rumusan perincian yang sewajarnya.
Pengumuman Najib itu tergantung sama seperti dakwaan bomoh 1Malaysia.
Amanah pemerintahan yang diserah kepada orang yang bukan ahlinya juga menyebabkan negara ini terpaksa menghadami pelbagai bala dibawa pemimpin Umno-BN.
Tahun lalu nyawa lapan anggota keselamatan kita melayang selepas Lahad Datu diceroboh. Tahun ini pula nyawa 239 penum pang MH370 masih diselubungi misteri.
Media asing mengutuk kita habis-habisan termasuk Australia yang hairan bagaimana Najib begitu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan pada malam itu padahal imej satelit yang diperoleh Australia masih belum sahih sebagai serpihan MH370.

Tragedi Memali -Siapa Bersalah ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Ramai yang meminta saya menjelaskan siapa yang bersalah dalam kes tragedi Memali--Tun Dr Mahathir atau Tun Musa?

Yang pasti, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu ialah Tun Musa. Maka, beban tanggungjawab perlulah diletakkan di bahu beliau.

Tapi tragedi ini adalah sejarah hitam negara. Justeru, sebagai sebuah kerajaan, maka kabinet Dr Mahathir pada waktu itu yang DSAI adalah juga menteriya perlu memikul tanggungjawab bersama dengan tragedi ini.

Soal siapa bersalahnya subjektif kerana yang pentingnya dalam pemerintahan negara ialah kebertanggungjawapan bersama.

Mengenai dakwaan Tun Musa bahawa Tun Dr Mahathir berada dalam negara pada waktu itu, dakwaan ini perlu siasatan lanjut yang boleh dilakukan dengan empat cara.

Pertama, semak semula rekod Imigresen kedua-dua buah negara. Kedua, Tun Dr Mahathir perlu tampil memberikan penjelasan balas. Ketiga, semak semula laporan akhbar pada tarikh berkenaan. Keempat, tanya mereka yang berkaitan pada tarikh berlakunya tragedi ini.

Sekadar itu pandangan saya. Yang penting, rekod sejarah ini perlu dibetulkan jika ada kesilapan.

MH370: Suami optimis isterinya akan ditemui

Chinese families of passengers on flight MH370 seek answers

MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik Ahmad Huzlan

KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

P3 Orion hentikan carian MH370 untuk respons kepada isyarat kecemasan


P3 Orion hentikan carian MH370 untuk respons kepada isyarat kecemasanKUALA LUMPUR: Sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dihentikan tugasan mencari pesawat MH370 di lokasi pencarian hari ini untuk respons kepada isyarat kecemasan yang diterima daripada sebuah kapal nelayan di selatan Lautan Hindi berhampiran Antartika .

Susulan itu juga, sebuah pesawat awam telah dihantar ke kawasan pencarian bagi menggantikan P3 Orion.

Menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), panggilan kecemasan itu diterima oleh Pusat Penyelarasan Penyelamat Australia (RCC ).

"RCC tidak dapat berkomunikasi dengan kapal itu dan apakah bentuk kecemasan sebenar masih tidak dapat diketahui," kata kenyataan AMSA .

Pada masa ini, tidak jelas sama ada isyarat itu, yang diterima kira-kira 3,241 kilometer di selatan barat Perth dan 648 kilometer ke utara tanah besar Antartika, ada kaitan dengan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang.

Search for MH370 could take years, says US naval officer

Relatives of passengers on board missing Malaysia Airlines flight MH370 holding up banners at a hotel in Subang Jaya today. About 35 family members are in Malaysia to seek answers as the search for the missing Malaysia Airlines Boeing 777 enters its fourth week. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, March 30, 2014.Relatives of passengers on board missing Malaysia Airlines flight MH370 holding up banners at a hotel in Subang Jaya today. About 35 family members are in Malaysia to seek answers as the search for the missing Malaysia Airlines Boeing 777 enters its fourth week. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, March 30, 2014.The search for missing Malaysia Airlines flight MH370 could take years, a United States naval officer suggested today, as search and rescue officials raced to locate the plane's black box recorder days before its batteries are set to die.
Ten ships and as many aircraft are searching a massive area in the Indian Ocean west of Perth, trying again to find some trace of the aircraft, which went missing more than three weeks ago and is presumed to have crashed in one of the most remote areas on the planet.
An Australian navy ship, the Ocean Shield, was fitted with a sophisticated US black box locator and an underwater drone today, and is expected to leave port and join the search later in the day.
But US navy Captain Mark Matthews, who is in charge of the US Towed Pinger Locator (TPL), told journalists at Stirling Naval Base near Perth that the lack of information about where the plane went down seriously hampers the ability to find it.
"Right now, the search area is basically the size of the Indian Ocean, which would take an untenable amount of time to search," he said.
"If you compare this to Air France flight 447, we had much better positional information of where that aircraft went into the water," he said, referring to a plane that crashed in 2009 near Brazil and which took more than two years to find.

MH370 tragedy shows no lesson learnt after Air France crash, says portal


Flight safety is something built on a process that spans decades of understanding and learning from accidents. – AFP file pic, March 30, 2014.Flight safety is something built on a process that spans decades of understanding and learning from accidents. – AFP file pic, March 30, 2014.Lack of public pressure has been cited as one reason why the aviation industry has been reluctant to install additional features in aircraft to supplement the duties of the black box, or flight data recorders, a US news portal reported today.
"There is actually more pressure to equip cabins with entertainment systems and cell phone connections which will generate new profit centres for airlines," said The Daily Beast.
In the aftermath of the Air France crash in the Atlantic Ocean in 2009, French investigators began examining technology.
"The purpose was to allow an aircraft to continually transmit in real time the same data and behaviour recorded by the black boxes," The Daily Beast said, adding that accidents were simulated in 597 locations around the world from previously gathered data that represented realistic scenarios.
In these simulations, data was streamed from the airplane to satellites and then to ground bases right up to the moment of failure.
"The results were astonishing as in 85% of the cases, the streamed information would have provided investigators with as much knowledge as was stored in the black box,” the report said.

MH370: Anak perempuan ketua pramugara masih menaruh harapan


Gambar Maira Elizabeth bersama bapanya Andrew Nari yang dikongsi di laman Twitter.Gambar Maira Elizabeth bersama bapanya Andrew Nari yang dikongsi di laman Twitter.Maira Elizabeth, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang berada dalam pesawat MH370, masih menaruh harapan walaupun langsung tiada perkhabaran mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu berada.
Gadis berusia 18 tahun itu, apabila menjawab mesej daripada peminat dalam laman twitternya @MairaElizxbeth_ berkata: “saya sihat, kami tidak apa-apa.”, “Saya okay” , “Saya baik, terima kasih”.
“Saya okay. Saya percaya mereka dalam keadaan baik. Jadi, saya okay,” kata Maira dalam laman Twitternya hari ini, masuk hari ke-23 operasi pencarian bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Maira sentiasa mengemaskini laman Twitter mengenai bapanya sejak pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL pada 8 Mac.
Beliau mewujudkan akaun Twitter baru semalam selepas akaun lamanya, @Gorgxous_ digantung. Beliau mempunyai lebih 2,000 peminat sekarang.
Daripada laman Twitternya, Maira menunjukkan sikap lebih positif terhadap tragedi itu. “I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan”
“Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat,” kata Maira dalam laman Twitternya.
Maira yang baru menduduki peperiksaan SPM bercadang untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris sebelum mengejar cita-citanya untuk menjadi pensyarah dan pramugari.

MH370: 22 Hari Operasi Mencari- Masih Misteri

24 Mac lalu Perdana Menteri Malaysia- Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac selepas mengudara tujuan Beijing berakhir di Lautan Hindi.

Kini memasuki seminggu, pencarian pesawat malang itu, yang mana pada awalnya tertumpu di kawasan 1,500 barat laut Perth, namun diubah 700 batu ke arah utara liputan awal itu, kerana dipercayai, bahawa pesawat malang itu lebih awal kehabisan minyak, lalu terhempas.

Walaupun berbagai peralatan digunakan, termasuk pesawat-pesawat canggih, serta kapal laut tentera, daripada Austrlia, China, New Zealand, Jepun, Amerika, Korea Selatan, namun sehingga kini belum menemukan sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu.

Pesawat penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru hilang daripada radar kawalan udara Subang kurang sejam selepas berlepas. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi terakhirnya Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Kehilangan dan pencarian pesawat MH370 bukan sahaja menjadi kehilangan misteri penerbangan abad ini, malah operasi mencarinya juga untuk pertama kali mengggunakan teknologi yang belum pernah teruji Doppler Effect bagi menentukan lokasi terakhir pesawat malang itu.

22 hari kehilangannya masih misteri!!!! seripahan pun tidak ditermui!!!! dimanakan pesawat malang itu???

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?

Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 OktobeR 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?


Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

Search draws blank, debris not from MH370

Debris spotted by aircraft and then picked up by ships combing the new search zone proved not to be from the Malaysian Airlines' Boeing 777. 

australiaPERTH: A new search area failed to yield an immediate breakthrough in the hunt for ill-fated Flight MH370 on Sunday, as Australia appointed its former military chief to help coordinate the operation in the Indian Ocean.
Debris spotted by aircraft and then picked up by ships combing the new search zone proved not to be from the Malaysian Airlines’ Boeing 777, the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) said.
“It appeared to be fishing equipment and just rubbish on the (ocean’s) surface,” an AMSA spokesman told AFP.
As the hunt resumed 1,850 kilometres (1,150 miles) west of Perth, Australia said former defence force chief Angus Houston would head a new unit to help in the search, which involves the militaries of seven nations — Australia, China, Malaysia, Japan, New Zealand, South Korea and the United States.
Prime Minister Tony Abbott said that Houston would lead the new Joint Agency Coordination Centre (JACC) based in Perth, “to coordinate the Australian government’s support for the search into MH370″.
Houston, who was chief of the Australian Defence Force from 2005-2011, has been given a brief to coordinate the often delicate diplomatic contacts between participants in the international effort.
He will also make sure that families receive up-to-date information and travel assistance, including visa services, accommodation advice, interpreter services and counselling.
Describing Houston as “an individual of enormous experience and great skill who has already served his country with distinction,” Abbott said his appointment was part of Australia’s commitment to learning the fate of the flight which disappeared with 239 people on board on March 8.
“This government won’t rest until we’ve done everything we reasonably can to get those families and to get the wider community of the world a little more peace and a little more insight into exactly what happened,” he said.
International protocols mean Malaysia is officially in charge of the search operation, but Abbott made clear that Houston was available “to oversee the overall search and investigation effort” if asked.
“Should our (Australia’s) responsibilities increase as time goes by, there is no one better placed than Angus to coordinate and liaise, given the quite significant number of countries that all have a stake here,” Abbott told reporters.
‘Difficult and demanding’ search

MAS MAHUKAN KEPASTIAN YANG MH370 BENAR-BENAR TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI!!

Pada 24hb Mac 2014 yang lalu Najib dengan penuh keyakinan memberitahu satu dunia yang pesawat MH370 kali terakhir dikesan ialah di Lautan Hindi dipercayai terhempas dan tiada seorang pun terselamat.

Kenyataan tergopoh gapah dengan tiada sandaran yang kukuh itu menyebabkan tidak ramai yang percaya sehinggakan kini MAS sendiri pun secara tidak langsung tidak mempercayainya.

Suatu tamparan hebat akan integriti dan kepercayaan rakyat kepada kenyataan dan kata-kata Najib .. kini moral dan maruah Najib cukup tercalar parah apabila syarikat penerbangan negara sendiri mempersoalkannya.

Kalau yakin mengapa perlu mau kepastian lagi... Lagi pun bukan CEO MAS sendirti berada disisi Najib ketika beliau membuat pengumuman???? .. Kepastian macam mana lagi yang beliau mau melainkan jika tidak ada sedikit pun kepercayaan dan keyakinan akan kata-kata Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

MAS akan hanya menerbangkan ahli-ahli keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth sebaik sahaja ia telah disahkan dan yakin pesawat berkenaan memang berakhir di sana.

Keluarga penumpang warga China tiba di Kuala Lumpur, tuntut jawapan tentang MH370


Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 meninggalkan bilik sidang media di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Mac, 2014.Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 meninggalkan bilik sidang media di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Mac, 2014.Lebih sedozen keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menuntut jawapan Putrajaya mengenai nasib kapal terbang yang masih hilang itu.
"Kami menuntut pertemuan dengan perdana menteri dan menteri pengangkutan," kata Wang Chunjiang, abang kepada seorang penumpang pesawat MH370, lapor BBC.
"Kami ada soalan untuk ditanya secara terus kepada mereka,” katanya.
Difahamkan, kira-kira 35 ahli keluarga tiba pagi ini dan membuat dua pertemuan secara tertutup dengan konsul China di Malaysia, Liu Peng Xiang.
Mereka bermalam di sebuah hotel di Subang Jaya. Perjalanan ke Kuala Lumpur diuruskan oleh MAS atas permintaan keluarga, dengan lebih ramai keluarga dari Beijing dijangka tiba.
Kira-kira 20 daripada mereka kemudiannya menyerbu bilik sidang media di hotel tempat mereka tinggal dengan membawa kain rentang menuntut Putrajaya mengembalikan orang yang mereka sayangi.
"Kami mahu mereka memohon maaf kerana memberikan kita jawapan yang mengelirukan. Kami juga menuntut permohonan maaf rasmi perdana menteri Malaysia kerana berkata pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
"Ia tidak bertanggungjawab kerana tidak ada sebarang bukti diberikan mengenainya,” kata jurucakap keluarga itu, dikenali sebagai Kong, di hotel itu, hari ini.

MH370: Waris dari Beijing mahu M'sia mohon maaf

Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.

"Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.

"Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti," kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.

Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif kepada mereka".

Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.

Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.

"22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?...

"Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi.

"Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing," katanya.

Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan "Kami mahu kebenaran", "Kami mahu bukti", dan "Kami mahu keluarga kami" oleh kira-kira 30 orang yang lain.

Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan "Doakan untuk MH370" dan "Kembalilah dengan aman" dalam bahasa Cina.

Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama.

3 aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370, lapor Keadilandaily.

Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

Waris dari Beijing mahu Malaysia dan MAS minta maaf

Pemilihan 2014: Ahli PKR perlu teliti pilih pemimpin, mampu beri kejayaan PRU-14

PETALING JAYA, 30 MAC: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal mengundi dalam Pemilihan PKR 2014 nanti disaran memilih pemimpin yang mampu memberikan sumbangan kepada kejayaan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, berkata kriteria yang disebutkan beliau itu amat penting bagi memastikan PKR terus relevan bagi memperjuangkan isu rakyat dan seterusnya memenangi PRU-14.
“Kukuhnya parti terletak pada dua isu, pertama bagaimana relevannya kita membawa isu yang dekat dengan rakyat dan kedua bagaimana membawa aspirasi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat yang berumur 40 tahun ke bawah.
“Jadi, setiap kepimpinan yang dipilih harus ada -unsur yang dapat menjawab atau mendepani dua tuntutan ini.
“Saya serahkan kepada pilihan dan kematangan anggota parti dan yang penting, saya mahu anggota memilih pemimpin yang dapat melangsungkan kejayaan dalam PRU-14. Kita hanya akan terus relevan mellaui sejauh mana berjaya dalam PRU itu nanti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.
Ketika menyentuh persaingan sengit dalam perebutan jawatan tertinggi parti, Nurul Izzah yang juga dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Naib Presiden yang disandangnya turut mengingatkan semua calon dapat mengekalkan suasana kekeluargaan dan harmoni dalam parti.
“Ini adalah proses demokrasi dalam parti kerana setiap pertembungan dalam parti jangan sampai timbulnya percakaran dalaman,” katanya.
Penamaan calon pimpinan pusat yang berlangsung semalam akan diikuti dengan hari pengundian ahli peringkat akar umbi di seluruh negara bermula 26 April hingga 11 Mei ini.
Pada hari pengundian nanti, pengundi akan memilih calon pilihan mereka berdasarkan nombor calon terbabit.

MH370: 23 Hari Berlalu...???

 

MH370: Apa yang berlaku adalah pertembungan antara Amerika dan China?

Tiada maklumat yang boleh dipercayai kini kecuali dari China. Mengapa?

Nampaknya China bertindak bijak dalam isu ini.Mereka tidak mempercayai Amerika dan sekutunya seperti Britain, Australia, Peranchis dan New Zealand.

Walaupun bersama dalam mencari maklumat MH370 tetapi China tetap tidak mempercayai musuh-musuhnya terutama AS.

AS dan China mempunyai agenda tersendiri dalam menangani MH370.

AS beria-ia kononnya mencari bukti serpihan MH370. Umpama seorang pembunuh beriya-iya bersama polis untuk mencari mayat yang dibunuhnya. Percaya benar polis terhadapnya hingga lupa ia adalah seorang pembunuh kejam !

Jika AS sanggup bunuh rakyatnya sendiri seramai 3000 orang di WTC dalam Peristiwa 9/11, inikan sekadar seorang dua sahaja warganya dalam MH370.

Kaji penyelenggaraan sistem radar, bukan terus tukar – bekas Jeneral

Abdul-Hadi
KUALA LUMPUR 30 MAC : Bekas Panglima Logistik Markas Logistik Udara, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab menggesa Menteri Petahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengkaji semula penyelenggaraan sistem radar pertahanan negara.
Ia berikutan kenyataan Hishamuddin semalam yang menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk menukar sistem radar dan meningkatkan kekuatan aset ketenteraan selepas insiden kehilangan pesawat MH370.
“Ini bukan soal nak pertingkatkan sistem radar, yang kita nak persoal sekarang ini ialah bab penyelenggaraan. Apakah sistem radar yang kita gunakan sekarang ini tak cukup hebat dengan bayaran mahal yang kita dah buat untuk sistem tersebut?
“Jadi menteri pertahanan dan TUDM perlu kaji semula keupayaan penyelenggaraan yang dibuat kontraktor sebelum ini.

Di mana mummy, tanya anak pramugari MH370 yang hilang


Ucapan dan doa mengiringi operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak tiga minggu lalu. Gambar fail.Ucapan dan doa mengiringi operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak tiga minggu lalu. Gambar fail.Dua anak Lee Khim Fatt ingin tahu bila mummy mereka, pramugari MAS, Foong Wai Yuang akan pulang ke rumah. Itulah juga soalan yang Lee tanya kepada syarikat penerbangan, yang didapati lebih banyak memberitahu kepada media berbanding keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
"Saya dapat lebih maklumat menerusi sidang media di televisyen berbanding daripada MAS," kata penasihat jualan kereta itu kepada The Malaysian Insider, hari ini.
"Pada mulanya, semua berjalan dengan baik. Pihak berkuasa memaklumkan kepada kita dua kali sehari melalui telefon, kadang-kadang lebih.
"Pada minggu kedua, panggilan berkurangan dan keluarga mula menerima SMS. Malah ini juga semakin berkurangan,” katanya.
Lee, 44, berkata beliau percaya keluarga semakin kurang menerima maklumat kerana arahan yang dikeluarkan pengurusan tertinggi di MAS.
“Ini tidak betul, keluarga harus diutamakan. Mereka memberitahu media lebih daripada mereka memberitahu maklumat kepada keluarga," katanya.
Katanya, beliau mempunyai masa yang sukar untuk berurusan dengan anak mereka - seorang perempuan berusia 10 tahun dan anak lelaki, 4 tahun yang sentiasa bertanya bila ibu mereka akan pulang. 
"Pada mulanya, saya memberitahu mereka, kali ini ibu mereka akan mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah.

Jangan Ghairah! Nasihat Tun Musa kepada Royalti

'Governments are intentionally misleading us' on Malaysia plane - BBC News

Pelancaran Buku "Masa Depan Masa Kita"

MH370: Waris dari Beijing temui wakil MCA

Seramai 34 orang anggota waris penumpang dari China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini dan dibawa ke sebuah hotel di Subang.

Wartawan yang menunggu ketibaan mereka di lapangan terbang sejak awal pagi ini bergegas ke hotel berkenaan, bagi menemubual anggota keluarga berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan waris tersebut, yang berlepas dari Beijing malam tadi, terlebih dahulu membuat pertemuan dengan wakil MCA dan Malaysia Airlines (MAS) di Holiday Villa Subang.

Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan.

Hishammuddin tidak setuju tubuh RCI lepas kotak hitam MH370 ditemui

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) selepas kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370  dijumpai.
Melalui satu wawancara khas yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, beliau tidak menyatakan secara jelas mengenai perkara itu, tetapi ia mengambil kira situasi yang berlaku kepada pesawat Air France yang mengambil masa selama dua tahun selepas ia terhempas.
"Kotak hitam Air France mengambil masa dua tahun untuk ditemui. Bagi MH370, selepas ia disahkan serpihan pesawat Malaysia Airlines, baru boleh buat.
"Kabinet akan putuskan, namun saya tidak fikir (tunggu kotak hitam)," katanya melalui wawancara khas Utusan Malaysia edisi mingguan, hari ini.
Pendirian Hishammuddin itu ternyata berbeza dengan apa yang diputuskan Putrajaya dua hari lalu yang akan hanya mempertimbangkan penubuhan RCI dan PSC setelah kotak hitam pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac ditemui.
Keputusan itu dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong, Khamis lalu.
Hishammuddin berkata, biarpun tidak bersetuju dengan kerajaan untuk menubuhkan RCI atau PSC selepas kotak hitam ditemui, namun keputusan tidak terletak di bawah bidang kuasanya.
Katanya, kerajaan juga hanya boleh mempertimbangkan menubuhkan antara salah satu badan siasatan dan bukannya kedua-duanya secara serentak.
"Biasanya satu. Saya fikir kerajaan akan umumkan hanya selepas kotak hitam ditemui.
"Tetapi ini bukan keputusan saya, perlu dibincangkan di peringkat tertinggi," katanya.
Minggu lalu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sepakat mahu RCI dan PSC ditubuhkan bagi menyiasat tragedi pesawat itu.
Perkata itu dinyatakan dalam sidang Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Kementerian Pertahanan oleh Hishammuddin.

Tubuh RCI Memali ketika dua Tun masih hidup, gesa Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai tragedi Memali 1985 ditubuhkan secepat mungkin sementara dua tokoh utama di sebalik peristiwa itu masih hidup.
Lim berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri dan timbalannya, Tun Musa Hitam ketika peristiwa itu berlaku boleh memberikan keterangan untuk mencari keadilan dan ketelusan di sebalik tragedi hitam yang berlaku di dalam negara itu.
"Dr Mahathir dan Musa masih hidup dan boleh memberi keterangan mengenai tragedi yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlalu, Musa mengambil tindakan yang mengejutkan negara apabila mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya di China ketika kejadian itu berlaku seperti dilaporkan sebelum ini.
Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa itu.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir, semalam.
"Amat tidak boleh dipercayai dan sukar dipercayai seseorang yang dikatakan mempunyai ingatan yang kuat tidak ingat insiden tersebut," kata Lim mengulas kenyataan Dr Mahathir.

IKHWAN 529: Wartawan wanita dibunuh oleh regim Zionis As-Sisi

Wartawan wanita terbunuh  
Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liputan di Ein Shams, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan.

Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan.

Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23,  maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams.

“Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta,” katanya menurut laporan Agensi.

Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi

Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi  
Puluhan jenazah ini adalah mangsa serangan senjata kimia di Syria Ogos lalu.
SHAH ALAM - Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am  Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.

“Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend ‘Mesir Baharu’ iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.

Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.

Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.

MH370: Bercanggah Lagi, Hishamuddin Kata Ada Harapan Selagi Tiada Bukti Kukuh...

Keluarga puas hati penjelasan Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini.

Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung sejam setengah itu.

"Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sharil yang juga sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan.

Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial.

"Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu. Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya.

Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lalu, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA

Luka Memali berdarah kembali


Amin Iskandar@Black

Di antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985.
Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau sembunyikan selama ini.
Menurut Musa, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan dan dua tiga hari selepas kejadian sedangkan selama ini majoriti rakyat Malaysia difahamkan bekas perdana menteri itu berada di China.
"Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali.
Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa?
Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo.
Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali.
Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan Musa, Dr Mahathir berkata: "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Hotel Istana malam tadi.

Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman


Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.
Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.
Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.
Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.
Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.
Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.

Peristiwa Memali konspirasi jahat Umno, media arus perdana jadi alat Mahathir

MahfuzSHAH ALAM, 29 MAC: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China mengukuhkan lagi dakwaan peristiwa berdarah Memali berlaku hasil konspirasi jahat kepimpinan Umno.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, peristiwa Memali sebagai satu perbuatan jijik yang dilakukan Mahathir berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan Tun Musa Hitam.
“Pendedahan Musa Hitam memberikan jawapan yang memperkukuhkan dakwaan sebelum ini ketika peristiwa itu berlaku bahawa ia terhasil daripada konspirasi politik jahat kepimpinan Umno sendiri.
“Apabila Musa mengatakan Mahathir berada di Malaysia ketika itu dan beberapa hari selepas kejadian tetapi media arus perdana melaporkan beliau (Mahathir) berada di China.

“Walaupun kenyataan Musa begitu pendek dan ringkas, tetapi sudah cukup menggambarkan bahawa sebenarnya media arus perdana diatur sebegitu rupa supaya melaporkan Mahathir tidak berada dalam negara dan orang tidak mengesyaki sebarang pembabitan beliau dalam peristiwa Memali dan lebih menuding jari kepada Timbalannya (Musa),” katanya kepada Selangor Kini.
Musa yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu mendedahkan perkara berkenaan dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan
Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, pada 26 Mac lalu.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa
mengamalkan ajaran sesat, namun beliau tidak mahu menyerah diri hingga polis merempuh perumahannya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh, pada 19 November 1985.
Mahfuz berkata, kerajaan didesak mengemukakan usul di Dewan Rakyat supaya membatalkan Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang
dibentangkan di Parlimen pada tahun 1986, selain menarik fatwa ‘Bughah’ yang dikenakan terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya.

MH370: Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.

Survival Pemimpin Lwn Kelangsungan Rakyat Jelata

A Kadir Jasin

RASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan.
Tetapi selepas lebih tiga minggu, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MAS itu jauh daripada selesai dan kita pun sudah lihat dengan jelas buruk serta baik prestasi kepemimpinan kita menangani krisis.
Bukan krisis lesapnya MH370 sahaja. Serentak itu kita juga mengalami kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan catuan air. Sebelum itu, wilayah kita dilanggar penjahat Filipina.
Kita sudah memberikan masa yang cukup lama dan panjang kepada mereka, khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mengatasi krisis-krisis ini sehingga timbul tanda-tanda yang mereka berasa lega berselindung di sebalik tragedi MH370.
Saya tertarik dengan analisis sebuah portal berita yang mengatakan kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri adalah selamat dan terjamin walaupun negara dan rakyat jelata menderita pelbagai krisis.
Kata portal berita itu, walaupun tahap keyakinan terhadap beliau mungkin berada di paras paling rendah sejak menjadi PM pada tahun 2009, beliau akan kekal sebagai PM.

Disember lalu, populariti beliau mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. Sebanyak 67% daripada orang yang dikaji menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Mohd Najib.

Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. Sokongan orang India terhadap beliau jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.

Main Selamat Baik Bagi Mohd Najib

Penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Mohd Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.
Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan Muhyiddin Mohd Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Mohd Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu.

Bukan itu saja. Malah tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. Ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Mohd Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu.

MH370: FBI tidak jumpa petunjuk mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie


Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama simulator penerbangan di rumahnya. Gambar fail.Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama simulator penerbangan di rumahnya. Gambar fail.Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya.
Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak  menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu.
Sebelum ini, pelbagai dakwaan dihalakan kepada Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang.
Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal.

Kapal China, Australia hanya jumpa sampah, belum temui serpihan MH370


Wartawan BBC menunjukkan objek pelbagai warna yang ditemui dan sebenarnya ia hanya cebisan jaring yang besar kemungkinan daripada bot nelayan, bukan MH370.Wartawan BBC menunjukkan objek pelbagai warna yang ditemui dan sebenarnya ia hanya cebisan jaring yang besar kemungkinan daripada bot nelayan, bukan MH370.Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.
Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.
Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.
Susulan penemuan itu, kapal China membuat pencarian di kawasan itu bagi mengesan pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.
Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini.
Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).
Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari.

MH370 didakap Lautan Tebusan

DASAR Lautan Hindi dipercayai berceranggah dan sentiasa berubah kerana aliran magma daripada gunung berapi. - Gambar hiasan


KETIKA Fernando Schnabl sedang menanti isteri dan anak lelakinya tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis, dia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air France 447 (AF447).
Pesawat jenis Airbus A330 itu dinaiki pasangan anak-beranak tersebut untuk pulang daripada percutian mereka di Brazil.
Fernando bersama anak perempuannya, Celine terlebih dulu tiba di Perancis menerusi pesawat berasingan.
“Kami dalam perjalanan pulang apabila salah seorang anak kapal memberitahu sebuah pesawat yang berlepas dari Rio de Janeiro hilang daripada radar,” cerita Fernando seperti dipetik portal Daily Mail.
Dalam kejadian pada 1 Jun 2009, pesawat berkenaan telah terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 penumpang terbunuh.
Turut terkorban ialah isteri Schnabl, Christine dan anak lelakinya, Philipe.
Operasi SAR dilakukan pada keesokan harinya namun harapan untuk menemui mangsa yang selamat adalah tipis meskipun dibantu dengan teknologi paling canggih.
Menurut jurucakap tentera laut Perancis, Hugues du Plessis d’Argentre, kedalaman Lautan Atlantik yang mencecah 3,926 meter (m) membuatkan misi mencari menjadi sukar.
“Kami terpaksa berhadapan dengan laut bergelora, angin kencang dan keadaan laut yang tidak menentu,” katanya.
Selepas 25 hari, pasukan SAR menghentikan operasi mencari setelah gagal menemui kotak hitam pesawat itu.
Bagaimanapun, kotak hitam tersebut ditemui dua tahun kemudian.
Cabaran untuk mengesan kotak hitam AF447 yang terhempas enam tahun lalu itu hampir serupa dengan usaha mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Meskipun demikian, ada yang menyifatkan usaha mencari pesawat jenis Boeing 777 itu lebih sukar kerana ia hilang secara misteri, tidak seperti AF447 yang diketahui kedudukannya.
Paling menakutkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar pada 24 Mac lalu mengesahkan perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Sejurus selepas berita sedih itu disampaikan, usaha pasukan SAR yang membabitkan 12 negara terus bertumpu ke arah mencari kotak hitam pesawat berkenaan di selatan lautan itu.
Pakar pencari bangkai pesawat dalam laut Amerika Syarikat (AS), David Mearns yang pernah terlibat dalam operasi mencari serpihan AF447 mengakui misi mencari komponen pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak sama seperti yang disertainya di Lautan Atlantik sebelum ini.
“Berbanding Lautan Atlantik yang terletak di antara benua Afrika dan Amerika, Lautan Hindi sangat terpencil dan jarang dilalui kapal-kapal dagang,” kata Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Rizal Arshad.
Maka tidak hairanlah, lautan ketiga terbesar di dunia itu terkenal dengan jolokan The Lonely Ocean atau Lautan Sepi.
Menurut Rizal, Lautan Hindi mempunyai kedalaman sembilan hingga sepuluh kali ganda berbanding ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420m.
Tambahnya, dengan kedalaman mencecah 4,000m, lautan itu turut mempunyai arus yang kuat selain dasarnya yang gelap dan kerap berubah.
“Di sesetengah kawasan seperti Jurang Jawa, kedalamannya mencecah 7,000m. Jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan,” katanya.

MH370: Objek Yang Ditemui Hanyalah Sampah Yang Terapung

Kapal Haixun 01 dan HMAS Success dilaporkan berjaya mengambil beberapa objek di Lautan Hindi yang dipercayai berkaitan dengan MH370, namun tiada satu pun disahkan berkaitan dengan MH370.
Jurucakap AMSA menjelaskan beberapa imej objek yang dikesan oleh satelit beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370, mungkin terkesan imej kayu atau objek-objek plastik sisa tsunami di Aceh pada Disember 2004 atau tsunami di Sumatera Barat pada 2010 yang dihanyutkan oleh ombak.

Pasukan SAR juga menemui satu peralatan menangkap ikan yang dikenal pasti dari beberapa objek yang ditemui. Aktiviti perikanan giat dijalankan di kawasan pencarian menyebabkan kesukaran usaha mencari bukti-bukti objek yang berkaitan dengan MH370.

Wan Azizah diharap mampu satukan dua pemimpin PKR Selangor


Ahli PKR menaruh harapan tinggi kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) untuk mengakhiri permusuhan antara Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) dan Mohamed Azmin Ali (kanan sekali). Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli PKR menaruh harapan tinggi kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) untuk mengakhiri permusuhan antara Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) dan Mohamed Azmin Ali (kanan sekali). Gambar fail The Malaysian Insider.Adun Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipercayai mempunyai tugas besar di negeri Selangor iaitu menyatukan antara dua kepimpinan utama di negeri itu yang selama ini dilihat berlainan arah dan pendekatan.
Demikian harapan ahli PKR negeri itu serta rakyat Selangor memandangkan beliau mempunyai jawatan yang tertinggi dalam parti.
"Dr Wan Azizah sebenarnya boleh menyelesaikan masalah dalaman PKR di Selangor meskipun tanpa menyertai pentadbiran negeri memandangkan beliau mempunyai hierarki tertinggi dalam parti.
"Namun, sejauh mana Khalid ingin mendengar nasihat beliau kita tidak tahu, kerana Khalid berada dalam pentadbiran eksekutif negeri, dan beliau mempunyai jawatan tertinggi dalam sistem pentadbiran negeri," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal menyaksikan penyertaan presiden PKR itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu, sekali gus tugas berat kini sekali lagi menanti isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang secara rasmi pada 7 April, sempena permulaan sidang DUN Selangor.
Dr Wan Azizah menjadi bidan terjun menggantikan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang apabila suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Memali: Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi.

Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?

MH370: Malaysia perlu tingkat kekuatan aset kata Hisham

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenaikeupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.

"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untukmencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutanitu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi sepertisonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

Cerita aneh 'penumpang MH370'

Cerita aneh 'penumpang MH370' MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Lagu R4BIA Gabungan Artis Dunia [EDITED] Malaysian Version

New Objects Spotted in Search for Malaysian Jet

TPPA merugikan negara - Tun Dr Mahathir

Egypt: History repeating itself?