Sabtu, 29 Mac 2014

Pemilihan PKR 2014 : Manifestasi Politik Baru

Prof Agus: PAS atau UMNO? Satu pengakuan

Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Pemilihan 2014: Tawar pertahan jawatan kerana bimbang Anwar dihalang jadi presiden, kata Dr Wan Azizah


Penyandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan partinya sebagai langkah persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat memimpin PKR. – Gambar fail.Penyandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan partinya sebagai langkah persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat memimpin PKR. – Gambar fail.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan langkah menawarkan diri mempertahankan jawatan presiden PKR sebagai persediaan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada menjadi pemimpin utama parti tersebut.
Mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang baru-baru ini, Dr Wan Azizah tidak menolak Umno akan cuba melakukan sedaya-upaya menyekat kemaraan Anwar.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Insiden hukuman penjara ke atas Anwar sebelum PRK Kajang merupakan bukti segala-galanya boleh berlaku tanpa diduga, kata Dr Wan Azizah.
"Tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding."
Dr Wan Azizah juga berkata taktik kotor pemerintah juga boleh digunakan sekali lagi dalam pemilihan PKR kali ini.

Hukuman mati: M'sia perlu desak Mesir henti kezaliman

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa supaya Malaysia mendesak Kerajaan Mesir memberhentikan kezaliman terhadap Ikhwanul Muslimin.

Setiausaha Agung PUM Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kerajaan Malaysia harus menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini.

"Sepertimana kehadiran Perdana Menteri ke Gaza pada bulan Januari 2013 yang lalu bagi memberi sokongan kepada penduduk Gaza, sekurang-kurangnya tindakan yang sama atau bantahan kepada Mesir harus dilakukan untuk memberi sokongan moral kepada Ikhwanul Muslimin," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini.

Malau beliau mempersoal, di mana suara bantahan hak asasi negara barat yang dilihat membisu dalam isu ini.

"Amat malang sekali apabila kuasa barat dan sekutunya di timur tengah tidak langsung menyatakan bantahan terhadap keputusan terhadap 529 orang tersebut.

MH370: Siapa Yang Bakal Dikambing-hitamkan?

Siapa yang bakal dikambinghitamkan? Juruterbang pesawat itu kah? Masalah mekanikal Kah? Masalah Struktural Kah? atau Dua Penumpang Iran yang menggunakan passport Palsu?

Pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 yang berlepas daripada Kuala Lumpur destinasi Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru hilang daripada radar awam pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas lepas landas 8 Mac lalu.

Masuk hari ke-22, operasi pencarian, namun setakat ini belum menjumpai sebarang petanda berkaitan pesawat malang itu, walaupun pasukan pencari yang diketuai Australia di Lautan Hindi, yang mana pada mula berkonsentarsi di kawasan 1,500 batu barat laut Perth, namun kini di ubah 700 batu arah timur dari lokasi asal, dan kira-kira 1,100 batu barat Perth.

Semalam, dilaporkan bahawa RNZAF yang mengunakan pesawat P3 Orion dikatakan berjaya melihat 11 objek berkuruan 4 segi berwarna biru dan putih. Warna pesawat MH370 selain putih juga biru. Setakat ini, kapal laut China yang ditugaskan menyiasat objek itu, belum memberi update terkini.

Selepas 22 hari kehilangan pesawat malang MH370, semua pihak masih terpingah-pingah mengapa pesawat itu melencong dan berakhir di Lautan Selatan, sedangkan laluannya adalah ke arah Timur Laut daripada Kuala Lumpur, menuju Beijing.

MH370: Pemuda UMNO pertikai kewibawaan TUDM..

Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoalkan kewibawaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) gagal mengenal pasti pesawat MH370 yang melalui laluan udara di Pulau Pinang sebelum hilang 8 Mac lalu.

“Pesawat MH370 tidak dicabar dan tidak dapat dikenal pasti oleh pihak tentera,

“Walaupun ia dikesan sebagai blip dengan radar utama tentera pada jam 2.15 pagi, pesawat telah melalui ruangan udara di Pulau Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi,” tulis beliau dalam posting blognya yang terbaru www.syedrosli.blogspot.com.

Syed Rosli juga tidak menafikan bahawa kesalahan ini bukanlah terletak 100% di bahu TUDM, tetapi beliau mempersoalkan kecekapan TUDM.

“Bukankah itu menjadi tanggungjawab pihak tentera udara untuk memantau ruang udara Malaysia,

“Terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?,” soalnya.

Syed Rosli turut merasakan bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku yang mana pihak TUDM tidak bersiap sedia menghadapi situasi seperti ini.

“Jikalau TUDM bersiap sedia, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?” katanya.

“Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian, tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut, dan ternyata alasan yang diberikan itu, tidak boleh diterima akal,” ujarnya lagi.

REFORMASI 1.0 KE REFORMASI 2.0



Pengumuman Senarai Calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014


Memali: Saya akan semak kenyataan Tun Musa sama ada betul atau tidak, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini
Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu.

MH370: Who is lying, INTERPOL or the Malaysian government?

The Malaysian government maintained that it did not consult INTERPOL’s Stolen and Lost Travel Documents (SLTD) database because it (SLTD) is “too large” and would overwhelm Malaysia’s database management which led to two Iranian nationals boarding the ill-fated Malaysian carrier Boeing 777 with fake and stolen passports, .
In short, INTERPOL has a facility that is inadequate. Hence the world is not secure from potential terrorists and illegals from easily entering nations with fake documents.
Mlaaysia cannot be blamed.
MH370: Who is lying, INTERPOL or the Malaysian government?The Malaysian Home Minister has in effect, informed all law makers, all Malaysians and the eventually reaching the world at large – including INTERPOL, through the august House of the Malaysian Parliament, that here was a system that was, in other words, not practical and cumbersome. The Home Minster’s claim certainly smacks of a failed if not an unreliable and impractical system being provided by INTERPOL.
Hence Malaysia has taken an official stand why it has not and probably will not use INTERPOL’s SLTD and thus absolves itself of any blame for allowing would-be terrorists and illegal travels to depart from Malaysia on-board its national carrier to any destination in the world serviced by the airlines.
INTERPOL however has rejected Malaysia’s claim – outright.
In its official website posting, INTERPOL states, “Malaysia’s decision not to consult INTERPOL's Stolen and Lost Travel Documents (SLTD) database before allowing travelers to enter the country or board planes cannot be defended by falsely blaming technology or INTERPOL. If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia's Immigration Department.
It further established that its database is consulted “230 million times per year; the UK more than 140 million times; the UAE more than 100 million times and Singapore more than 29 million times.”
“Not one of these countries, or indeed any INTERPOL member country, has ever stated that the response time is too slow,” it asserted, while revealing to the world that Malaysia “did not conduct a single check of passengers’ passports in 2014 prior to the tragic disappearance” of MH370.
Lazy Malaysia caught making excuses

Beri kenyataan tidak masuk akal, Timbalan Menteri Dalam Negeri ‘jahil’ undang-undang

wan-junaidiSHAH ALAM, 29 MAC: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyifatkat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi  Tuanku Jaafar sebagai ‘jahil’ undang-undang kerana tidak memahami peruntukan undang-undang berkenaan larangan masuk ke Sarawak.
Katanya, waalupun kuasa larangan itu diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri melalui Perjanjian Malaysia 1963 tetapi ia perlu digunakan  menurut peruntukan Akta Imigresen 1959 palang 63.
“Ini menunjukkan beliau jahil undang-undang. Walaupun kuasa itu diberi tetapi ia perlu digunakan menurut Peruntukan Akta Imigresen 1959 palang 63.
“Menurut Seksyen 67 Akta Imigresen, seseorang daripada Semenanjung tidak boleh dilarang atas sebab politik atau jika mereka hendak pergi (masuk Sarawak) untuk menjalankan aktiviti politik. Seksyen 67 jelas membawa maksud Kerajaan Sarawak dengan jelas melanggar undang-undang,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Surendran berkata, Wan Junaidi harus membaca undang-undang dan meminta nasihat peruntukan Akta Imigresen sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar yang tidak masuk akal dan memalukan kerajaan.

Anwar-Azizah bertembung lagi rebut jawatan presiden PKR


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)

Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif  Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman

Naib Ketua AMK (9 calon)

Exco AMK (62 calon)

Wanita Pusat

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)

AJK Wanita Pusat (14 calon)

MH370: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami kata Immarsat, Tapi ia teori Malaysia..!!!

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

MH370: Persoalan keselamatan dan diplomasi


Pesawat pengangkut II-76 tentera China muncul di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ketika seorang pegawai tentera laut Amerika sedang menerangkan bagaimana dia mengawal pesawat pemantaunya yang canggih.

Leftenan Komander Adam Schantz menerangkan tentang langkah-langkah, termasuk pengawasan 24 jam dan mengenai pasukan gerak cepat, sambil menjeling ke arah pesawat Cina itu yang sedang mendarat beberapa meter dari pesawat Amerika P8 Poseidon di bawah jagaannya.

Operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, telah mempertemukan rakan-rakan yang dilihat ganjil.

"Ya, ia sedikit berbeza," kata Schantz sambil ketawa.

Sekurang-kurangnya enam negara - Amerika Syarikat, China, Korea
Selatan, Jepun, New Zealand dan Australia - menyertai operasi mencari MH370 hampir tiga minggu lalu yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi di luar pantai barat Australia.

Tahap kerjasama ketenteraan antara kumpulan negara tersebut yang antaranya dianggap 'musuh tradisi', tidak pernah berlaku sebelum.

Tetapi sebagai sekutu yang bergabung tenaga dalam operasi untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 itu, mereka sedar tentang sempadan kerjasama, diplomatik atau ketenteraan.

"Apabila mereka di luar sana dan Amerika Syarikat menggunakan sensor, anda boleh yakin bahawa pihak Cina sedang merekodkan semua itu dan menganalisis bagaimana ia dilakukan kerana itu sangat berguna dalam memahami bagaimana P8s berfungsi," kata David Brewster, felo Pusat Pengajian dan Pertahanan Strategik di Universiti Kebangsaan Australia, kepada Reuters.

Daripada hipoksia ke kebakaran, pakar penerbangan siasat nasib MH370

Genap tiga minggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap dan pelbagai teori mengenai insiden itu dikemukakan.
Portal persatuan penerbangan British meminta pakar dalam industri itu menghadiri persidangan di London baru-baru ini untuk mendapatkan kepakaran dan pendapat mereka mengenai punca di sebalik kehilangan MH370.
“Kumpulan Operasi Penerbangan (FOG) baru-baru ini mengadakan persidangan dua hari di London mengenai peranan ketua pesawat udara pada abad ke-21,” lapor laman web Persatuan Penerbangan Diraja British, aerosociety.com.
“Persidangan itu turut disertai speaker yang diwakili oleh juruterbang, syarikat penerbangan, pembuat dan pengeluar serta pembuat undang-undang,” lapor portal itu.
Aerosociety.com mendapatkan pendapat para pakar berkenaan berhubung apa yang mungkin terjadi kepada MH370 dan pelbagai teori yang wujud sejak pesawat itu hilang daripada skrin radar awam pada awal pagi 8 Mac.
Berikut adalah sedutan daripada laporan itu.
Apa pandangan anda mengenai teori alternatif ini?
1. Pesawat itu kekurangan tekanan udara tetapi terus terbang
Ia boleh berlaku. Ini boleh menjelaskan perubahan awal altitud dan arah tuju, begi juga kekurangan komunikasi tetapi tidak memberi penjelasan mengapa ACARS dan transponder dipadamkan.
2. Pesawat dipenuhi asap toksik
Tidak mungkin. Jurutebang sepatutnya sudah boleh menghantar panggilan kecemasan dan sekali lagi, tidak tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dipadamk
3. Berlaku kebakaran dalam pesawat yang memusnahkan sistem komunikasi
Tidak mungkin sekali gi. Ini boleh menjelaskan kekurangan komunikasi tetapi ia tidak memungkinkan pesawat boleh terus terbang selama tempoh yang dilaporkan jika api terus membakar.
4. Pesawat itu dirampas
Teori yang mungkin berlaku tetapi pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain atau digunakan sebagai senjata dalam serangan mati dan keganasan. Jika perampasnya ialah seorang individu, maka tidak ada seorang pun atau motif dikenal pasti lagi, jika ia tindakan sebuah kumpulan, tiada organisasi yang mendakwa bertanggungjawab atas kejadian ini.
5. Pesawat itu sengaja dilencongkan oleh juruterbang/pembantu juruterbang
Sekali lagi teori ini mungkin berlaku tetapi alasan untuk ini masih belum dikenal pasti. Jika ia adalah cubaan membunuh diri, maka mengapa pesawat itu terus terbang bagi tempoh yang lama?
Soalan teknikal
1. Adakah mudah untuk memadamkan ACARS dan transponder?
Transponder boleh ditutup dari kokpit dan ia dilakukan secara rutin apabila pesawat mendarat. Menutup ACARS lebih rumit dan memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dengan sistem itu dan perlu ke ruang avionik pesawat.
2. Bolehkah sistem komunikasi pesawat terpadam dengan cara lain – seperti kebakaran/terlanggar buruk/putus bekalan elektrik/sabotaj pihak ketiga daripada ruang avionik?
Melanggar burung tidak mungkin menyebabkan kerosakan seumpama itu tetapi penjelasan yang lain mungkin boleh berlaku. Adalah munasabah untuk sistem komunikasi terputus dari ruang avionik tetapi ini sepatutnya boleh dicegah jika keselamatan adalah mencukupi.

What will happen after MH370 is found?

Standby NATO: Turkey plots justification to Syria strike

Memali di luar jangka! - Husam Musa

An inside look at a P-3 Orion surveillance aircraft

Sidang Media Tragedi MH370 (29/3/2014, 1:40 petang)

Hukum Tuduh LIWAT - Ustaz Azhar Idrus

Komen UAI Tentang Raja BOMOH MH370

Komen UAI Tentang Kehilangan MH370

Di Mana MH370 Sebenarnya? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MENDOAKAN MH370 Selamat Sedangkan Ada BUKAN ISLAM Di Dalamnya - Ustaz Azhar Idrus

Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh pagi tadi di pulau melaka.

"MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.. NI SAKIT SAYA MUNGKIN ALLAH NAK KIFAARAT DOSA SAYA ATAS APA KESALAHAN SAYA BUAT SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN."

From hypoxia to fire, aviation experts’ take on what happened on MH370


It has been exactly three weeks since Malaysia Airlines flight MH370 disappeared and numerous theories for the incident have been put forward.
A British aviation society portal has asked industry experts attending a recent conference in London for their take on the reasons behind MH370's disappearance.
"The Flight Operations Group (FOG) recently held a two-day conference in London on the subject of the role of aircraft commander in the 21st century," reported the British Royal Aeronautical Society website aerosociety.com.
"The conference included speakers who represented pilots, airlines, manufacturers and regulators," the portal reported.
Aerosociety.com sought the opinions of these experts about what might have happened on board MH370 and the various theories that has come forward since the plane vanished from civilian radar on March 8.
Below are excerpts from the report.
What are your views on these alternative theories?
1. The aircraft depressurised but continued to fly
It’s possible. This would explain the initial change in altitude and heading, as well as subsequent lack of communication but not why the ACARS and transponder were turned off.
2. The aircraft was overcome by toxic fumes
Unlikely. The pilots should have been able to send out a distress call and, again, it does not explain why the ACARS and transponder were turned off.
3. There was an onboard fire which damaged the communications systems
Again unlikely. This would explain the lack of communication but it is unlikely that the aircraft would have then continued to fly as long as it did if the fire continued to burn.
4. The aircraft was hijacked
A possible theory but the aircraft was not flown to another destination nor was it used as a weapon for a suicide terrorist attack. If it was an individual hijacker, then no one person or motive has been established and, if it was a group, no organisation has claimed responsibility.
5. The aircraft was deliberately diverted by the pilot/co-pilot
Possible again but no reason for this has not been identified. If it was a suicide attempt then why did the aircraft continue to fly for so long?
Technical questions
1. How easy is it to turn off ACARS and transponder?
Turning off the transponder can be done from the cockpit and is done routinely whenever aircraft have landed. Turning off ACARS is more complicated and would need someone with systems knowledge having to go into the aircraft’s avionics bay.

MH370: Interpol hits back at Malaysia

It only takes seconds to verify a person immigration records using our data base, says Interpol to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi.

interpolLYON: Interpol hit back Friday at Malaysia’s claims that consulting a stolen passport database would have caused too much delays to be useful, after confusion caused by Kuala Lumpur’s failure to detect two illegal migrants on the still missing Malaysian Airlines Flight MH370.
Two passengers on the Malaysian Boeing 777 flight thought to have crashed into the Indian Ocean triggered an international terrorism probe this month after it was revealed they were travelling on stolen passports.
It was later reported that the pair were illegal migrants from Iran seeking a better life in the West and Malaysian authorities were criticised for not using an Interpol database designed to identify stolen passports.
But on Wednesday Malaysian Home Minister Ahmad Zahid Hamidi told parliament in Kuala Lumpur that consulting the database was too time consuming for immigration officers and caused airport delays.
Interpol shot back saying Malaysia’s decision to not consult the database before allowing travellers to enter the country or board planes ‘cannot be defended by falsely blaming technology or Interpol’.
“If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia’s Immigration Department,” the France-based organisation said.
Interpol said that it takes “just seconds to reveal whether a passport is listed, with recent tests providing results in 0.2 seconds”.

14 tahun Belanjawan Desifit,kerajaan BN gagal urus kewangan - Azrul Azwar

azrul_bimbSHAH ALAM, 29 MAC: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memohon perbelanjaan tambahan RM2.392 bilion (RM2,392,077,572) bagi 2013 didapati tidak telus dan mencerminkan kegagalan mengurus dengan baik.
Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata hal itu dapat dilihat apabila RUU Perbekalan Tambahan berkenaan dibentangkan tanpa butiran terperinci perbelanjaan diperuntukkan.
“Memang ketika membentangkan, mereka ada beritahu untuk kementerian apa atau jabatan mana tetapi tiada perincian butiran dibelanjakan untuk membayar apa.
“Ini berbeza dengan Kerajaan Selangor yang telus bila membentangkan RUU Perbekalan Tambahan bersama maklumat lengkap dan menyeluruh dibelanjakan untuk apa.
“Langkah Kerajaan Selangor membentangkan belanjawan berimbang uga menjadikan belanjawan tambahan yang dibuat tidak memberi kesan jika ia dibuat,” kata Azrul ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Katanya, belanjawan tambahan Kerajaan Selangor juga dibuat selepas mendapati terdapat keperluan dan pertambahan pendapatan yang diperoleh berbanding unjuran yang dibuat sebelumnya.
“Salah satu indikator menunjukkan adanya pertambahan pendapatan Kerajaan Selangor dengan melihat pertambahan rizab negeri tetapi ini bukan satu-satunya indikator,” katanya .

Pemilihan 2014: Walaupun berisiko hilang kelayakan, Anwar tetap tanding presiden PKR

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan presiden PKR  dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu kali ini.

Borang pencalonanya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong sekitar jam 11 pagi tadi.

Pencadang Anwar untuk jawatan tersebut ialah bekas timbalan presiden, Dr Syed Husin Ali dan ia disokong oleh Low sendiri.

Namun begitu, Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan jika beliau terpilih, ekoran sabitannya dalam kes liwat 11.

Karpal Singh pula sebaliknya hari ini mengumumkan melepaskan jawatan pengerusi DAP kebangsaan ekoran sabitannya dalam kes di bawah Akta Hasutan.

Anwar dan Karpal masing-masing telah memfailkan rayuan terhadap terhadap penghakiman dan sabitan ke atas mereka.

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

MH370: Mana Imej Satellite Amerika?

Mana imej satellite Amerika berkaitan MH370? Negara kuasa itu hanya menghantar 2 pesawat Poseidon maritime reconnaissance aircraft ke Lautan Hindi bersama underwater drone dan Towed Pinger Locator, yang direka khas mengesan kotak hitam.

Telah masuk 22 hari, belum pernah kedengaran, maklumat yang boleh digunapakai daripada Amerika untuk mengesan pesawat malang MH370.

Pesawat pengintip canggih Poseidon juga gagal memberikan apa-apa maklumat, yang boleh dikongsi, tidak tahu lah pula, bahawa maklumat yang diberikan diklasifikasikan sebagai rahsia.

Anwar Ibrahim: Tidak Ada Negara Yang Boleh Bawa Perubahan Tanpa Kebangkitan Rakyat

Raja Bomoh "1 Malaysia" Dakwa Anwar Minta Jaga Wan Azizah..!!!


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.

Menurut pengamal perubatan tradisional itu, sedangkan Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.

“Masa itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah.

“Sebab pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen. Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong tengok-tengok (kata Anwar).

“Jadi saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat). Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu ketika ditemui baru-baru ini.

Anwar Ibrahim sebelum ini menghentam hebat Raja Bomoh itu dan menggelarnya sebagai Bomoh 1Malaysia.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap Ibrahim kerana melakukan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.

MH370: Keluarga penumpang warga China mahu bukti

MH370: Agensi pelancongan online China boikot MAS

MH370: Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu


Operasi pencarian di kawasan baharu di Lautan Hindi mengesan pelbagai objek berwarna. Gambar fail.Operasi pencarian di kawasan baharu di Lautan Hindi mengesan pelbagai objek berwarna. Gambar fail.Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.
"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.
Amsa berkata, sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.
Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

MH370: Lima pesawat kesan objek pelbagai warna

Pemilihan 2014: Anwar sah bertanding jawatan presiden PKR


Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan presiden PKR untuk pemilihan parti itu bulan depan. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan presiden PKR untuk pemilihan parti itu bulan depan. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan presiden PKR selepas menghantar borang pencalonan di ibu pejabat parti, pagi ini.
Ketua umum PKR itu menghantar wakilnya Low Chee Chong yang juga timbalan bendahari PKR untuk menghantar borang pada jam 11 pagi ini.
Low berkata, ketua pembangkang tersebut tidak dapat hadir menghantar borang kerana baru pulang dari Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri siri jelajah Reformasi 2.0.

Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas editor NST


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.Apakah Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.
Kadir dalam blognya The Scribe berkata, satu keanehan atau ironi kerana Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.
"Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga presiden tidak boleh dicabar lagi," katanya.
Atau, katanya,  adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana.
Beliau berkata, keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.
"Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN," tulisnya.

TAKBIR Jumpa Polis! - Ustaz Azhar Idrus

Qasidah/Zikir Sambil Melompat/Menari - Ustaz Azhar Idrus

Kenyataan "Hukum ISLAM Tak Sesuai Di Zaman Sekarang!" - Ustaz Azhar Idrus

Nak Tahu TAUBAT Diterima ALLAH Atau Tidak - Ustaz Azhar Idrus

Nak Solat TAHAJJUD Tapi Tak TIDUR Dulu - Ustaz Azhar Idrus

Egypt police clash with anti-Sisi protesters

Taliban attacks foreign guesthouse in Kabul

Pemilihan Calon PKR : Khalid Yakin Menang

Interpol: Hanya 0.2 saat semak pasport curi...Menteri KDN cuba memperbodohkan dunia..!!!

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

  Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Karpal letak jawatan Pengerusi DAP selepas sabit kes hasutan


Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.
Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.
Karpal berkata, beliau dengan rendah diri akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu.
“Saya akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.
“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang beliau gambarkan sebagai “perundangan lapuk dan tidak relevan kerana ia sudah berusia 66 tahun dan peninggalan penjajahan British”.

Memali: Mangsa dakwa Dr Mahathir jadi dalang

Susulan pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi  Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.
Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."
"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.
Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.
Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.
Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Missing pilot's friend: Accusations pure speculation

Dari Reformasi ke Reformasi 2.0


Satelit Orang Mencerap Imej....Satelit Malaysia..??


Apco Gagal: Mampukah pesawat MH370 membawa perubahan politik?


Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370?
Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku dan apabila tiba saat semua jawapan terjawap dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.
 “Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?
“Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat lebih baik?” kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.
Beliau berkata, komunikasi bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai.
Tetapi, katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang

Egypt police clash with anti-Sisi protesters

Search ships approach new debris field

MH370: Tiada bukti kaitkan juruterbang – FBI

Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.
Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370.

Objek ditemui selepas pencarian MH370 berpindah ke utara


Operasi mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370 diteruskan di Lautan Hindi dengan arah baru ke kawasan utara, semalam, selepas menerima maklumat baru. Gambar fail Reuters.Operasi mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370 diteruskan di Lautan Hindi dengan arah baru ke kawasan utara, semalam, selepas menerima maklumat baru. Gambar fail Reuters.Pencarian udara dan laut ke atas pesawat MH370 yang hilang berpindah ke 1,100km ke utara semalam apabila pihak berkuasa  Australia menyusun semula operasi pencarian selepas menerima maklumat dari Malaysia yang mencadangkan pesawat itu mungkin kebahibsan minyak lebih awal berbanding jangkaan awal mereka.
Perubahan dramatik kawasan carian itu, bergerak lebih jauh dari jarak antara London dan Berlin, berikutan analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat yang hilang itu bergerak lebih pantas daripada kiraan sebelum ini, dan akan menghabiskan minyak lebih cepat.
Australia berkata semalam, lima kapal terbang menemui "beberapa objek dalam pelbagai warna" di kawasan carian baru itu.
"Imej objek itu dicerap, diambil gambar dan akan dikaji secepat mungkin," kata pihak berkuasa keselamatan maritim Australia (Amsa) dalam kenyataannya.

Speak up for good governance

The way things are going, we resemble a Third World nation.

Malaysia is now undergoing a tough time due to the MH370 tragedy. It certainly did not help that two passengers managed to get on board with stolen passports.
MalaysianHowever, credit must be given to the Malaysian government for heading the largest ever Search And Rescue (SAR) operation in history. Learning from this episode, our airport immigration and security procedures have to be improved. The government must acknowledge that there were weaknesses and these have to be acted upon and rectified.
The two major issues pertaining to the MH370 tragedy which posed questions are why was no action taken to check on the turn back done back by MH370, and also the issue of the contents of its cargo.
People are demanding answers to these questions.
In addition to the above incident, on March 21 flight MH114 from Kuala Lumpur to Kathmandu was hit by ducks while approaching Tribhuvan International Airport in Nepal and MH066 from KL to Incheon in South Korea was directed to Hong Kong on March 24, 2014 due to a generator problem.
From here it shows that we are still far away from achieving Vision 2020 status, what with the recent news that the water ration will continue indefinitely.
The way things are going, we resemble a Third World nation. If we are on the road towards industrialisation and First World status, there should not be a water ration now as we are only six years away from year 2020, not sixteen years away.
No. We have not progressed but regressed. Our nation too has a big national debt (official figure of RM531 billion) and a big household debt (standing at 82%). This does not bode well for the nation despite economic growth of above 5%. The money is just not trickling down to the poor and the lowly.
Recently in Parliament, the government has also requested for more funding via the Supplementary Supply Bill. The additional funds requested amounted to RM2.39 billion. The breakdown is as follows:
1. Treasury allocation to the statutory funds – RM2 billion
2. Natural Resources and Environment Ministry – RM8.4 million (inclusive of panda project of RM5.6 million)
3. Public Service Department – RM55 million
4. Prime Minister’s Department – RM53 million
5. Works Ministry – RM50 million
6. Communication and Multimedia Ministry – RM46.9 million
7. Foreign Ministry – RM28 million
8. Agriculture and Agro-based Industry Ministry – RM20 million
9. Home Ministry – RM15.9 million
10.Energy, Green Technology and Water Ministry – RM13.8 million
Is the government spending wisely? What is happening? What can we as the small, powerless Joe Public say? We are voiceless.
Stop playing politics

Rakyat Malaysia, tiga yang lain terperangkap dalam serangan di Kabul


Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.Seorang warga Malaysia, dan tiga lagi warga asing terperangkap dalam rumah tetamu di Kabul, Afghanistan selepas sekumpulan anggota Taliban menyerang rumah tersebut, kata polis.
Saksi Reuters di lokasi berkenaan berkata, beliau melihat 20 individu bukan Afghanistan dilihat dikeluarkan dari rumah tersebut dengan keadaan pucat dan ketakutan.
Pertempuran berlaku selepas pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar bangunan dan tembakan berterusan selama sejam selepas letupan.
Kumpulan bantuan Root for Peace dari Amerika Syarikat (AS) berkata empat individu terperangkap dalam rumah tersebut yang masih lagi diserang Taliban.

Kiwis, Aussies report objects in missing plane's new search zone

Orang Asli: Constant struggle for land rights

A show of support for Sisi in Tahrir Square

Brotherhood supporters clash with police in Cairo

What is the US media doing right in their MH370 coverage? - BBC News

Plane debris spotted?

Could remote-controlled autopilot soon be used on planes?

How are satellites helping MH370 search?

Difficult challenges in new search area

New clues in MH370 search

Flight 370 Families Struggling to Cope

What mental health checks do pilots undergo?