Nurul Izzah lancar buku 'Masa Depan Masa Kita'
SHAH ALAM - Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf (KMK) hari ini melancarkan buku bertajuk ‘Masa Depan Masa Kita’ hasil nukilan Nurul Izzah Anwar sendiri yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said di Auditorium KMK, di sini, hari ini.

Pelancaran buku tersebut menjadi lebih bermakna apabila Pak Samad turut merumuskan inti pati karya puteri reformasi itu menerusi prakata pengarang yang ditulis secara tangan.

Karya yang banyak menyentuh soal demokrasi berparlimen itu merupakan simbolik suara pemimpin dalam kalangan generasi anak muda kini yang menuntut kepada menjaga dan menjamin hak rakyat di negara ini.

Pelancaran buku ini juga turut diikuti dengan sebuah forum bertajuk ‘Masa Depan Masa Kita’, bersama empat panelis politik tanah air seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.