Rabu, 26 Mac 2014

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem Wilayah Persekutuan

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem Belia & Sukan

MH370 debris found? New satellite images create new lead for missing Malaysia Airlines jet

New satellite images might show plane debris

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem Kerja Raya

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem Perdagangan Dlm Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Raja Bomoh seru mayat MH370 supaya timbul...!!!

Bila la gamaknya pihak berkuasa agama nak cekup si bomoh ni?


MH370: Mana negara OIC, soal Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menghargai bantuan yang dihulurkan 26 negara dalam membantu Malaysia mencari kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH 370, namun mempersoalkan dimanakah Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) sedangkan Malaysia merupakan anggota pertubuhan tersebut.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, adakah negara-negara Islam tidak terpanggil untuk membantu Malaysia sedangkan pertubuhan itu dianggotai oleh negara-negara yang seagana dengan Malaysia.
"Namun, di manakah rakan seagama yang lain iaitu negara-negara  OIC.
"Tidakkah mereka terpanggil dan bersimpati di atas tragedi yang sukar ini.
"Apakah persahabatan hanya berlaku apabila mereka dilanda musibah sahaja," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Ibrahim berkata, pihaknya amat terharu dengan kesungguhan kerajaan Malaysia menangani insiden berkenaan.
"Kita amat terharu, bangga dan teruja dengan kesungguhan kerajaan di dalam menangani insiden yang luar biasa berlaku di dalam sejarah penerbangan dunia ini.
"Berbagai bencana berlaku sebelum ini di berbagai negara yang mengorbankan ratusan, ribuan nyawa seperti tsunami, gempa bumi, taufan, gunung berapi, banjir besar, keretapi tergelincir, angkara keganasan letupan bom dan serangan," katanya.

MH370: Zahid Hamidi salahkan akhbar Cina punca rakyat China marah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akhbar berbahasa Cina memanipulasikan insiden MH370 sehingga timbul kemarahan ahli keluarga mangsa di Beijing. – Gambar The Malaysia Insider, Mac 26, 2014  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akhbar berbahasa Cina memanipulasikan insiden MH370 sehingga timbul kemarahan ahli keluarga mangsa di Beijing. – Gambar The Malaysia Insider, Mac 26, 2014

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan," katanya semasa sesi pengulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bahawa kenyataan menteri itu merujuk kepada akhbar bahasa Cina tempatan atau antarabangsa.

6 sebab mengapa Dr Mahathir mahu sekat internet

Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan jika beliau kembali sebagai perdana menteri, beliau akan menapis internet. Ia langsung tidak menghairankan.
Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.
Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.
Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?
Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:
1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.
Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.
Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.
2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.
Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.
Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.
Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.

Mengundang Bala Allah: Khalwat tidak gugat keselamatan negara, kata pakar undang-undang...!!!

Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014. 
Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.

Pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi menegaskan pasukan polis tidak wajar menyertai serbuan khalwat bersama jabatan agama kerana tugas agensi tersebut adalah menjaga keselamatan negara.
Shad berkata khalwat tidak menggugat keselamatan negara dan pihak polis perlu memfokuskan tanggungjawab utama mereka.
"Polis sepatutnya tidak mencampuri tugas agensi lain, mengikut bersama dalam operasi jabatan agama tidak sewajarnya dilakukan," kata profesor undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) tersebut semasa menghadiri seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.
Shad berkata, peranan polis bukan menjadi "polis moral" tetapi tertumpu kepada usaha menegakkan undang-undang di dalam negara.
"Polis tidak sepatutnya menjadi 'polis moral'," kata beliau.
Januari lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustafa berkata, Unit Polis Syarie akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.
Kenyataan tersebut disokong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan penubuhan Unit Polis Syarie bertujuan membantu jabatan agama mengekang ajaran sesat.
Ahmad Zahid berkata, KDN akan mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan sarjana untuk ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

Himpunan Solidariti kutuk kekejaman regim kudeta Mesir selepas solat Jumaat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan solidariti umat Islam membantah kekejaman pemerintahan rejim Abdul Fattah As Sisi yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Mursyidul Am Ikhwan Dr Mohammad Badie serta 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Himpunan aman ini akan berlangsung selepas solat Jumaat, 28 Mac ini bertempat di hadapan Kedutaan Mesir, Jalan Ampang dekat sini.
Sehubungan itu, para peserta himpunan diminta bersolat Jumaat di Surau Nurul Hikmah, Hotel De Palma, Ampang (dan bukannya di Masjid Tabung Haji) sebelum berarak ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat.

“Himpunan ini akan dihadiri bersama pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, tokoh tempatan dan antarabangsa. Umat Islam seluruh dunia akan turut sama berarak dan berhimpun di negara masing-masing pada hari Jumaat ini dengan tujuan yang sama,” ujar Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Beliau mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya agar hadir beramai-ramai bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim regim kudeta Mesir.
“Rakyat Mesir yang bangkit membela pemerintahan yang digulingkan secara kudeta, Dr Mohammad Morsi dibantai dan dibunuh sesuka hati. Mereka yang ditangkap pula ada yang diseksa, dan sebilangan mereka pula terpenjara dan ada yang dihukum mati seperti 529 orang Ikhwan Muslimin ini.
“Tidak mungkin umat Islam yang mengaku bersaudara akan duduk diam membiarkan kezaliman bermaharajalela di bumi para Anbiya’ itu tanpa tekanan, bantahan mahupun kecaman,” tegas beliau.
Suhaizan menggalakkan para peserta himpunan supaya membawa poster dan sepanduk yang membawa mesej mengecam dan mengutuk kezaliman Abdul Fattah As Sisi serta mendesak pembebasan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dan kesemua mereka yang dizalimi regim tentera Mesir.

MH370: Bung Moktar cuba gambar Cina 'tak matang' kata MCA

 
  Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun mendakwa MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin cuba membangkit isu kaum apabila mencadangkan Internet ditapis untuk membendung spekulasi berhubung isu pesawat Malaysia Airlines MH370.

Chew berkata, Bung Moktar cuba menggambarkan kaum Cina dan rakyat Malaysia sebagai golongan “tidak terkawal” dan “tidak matang” dalam ucapannya semalam di Dewan Rakyat.

"Jika Bung Moktar tiada perkara positif untuk dikatakan, tutup saja mulut,” katanya.

Beliau menambah, cadangan itu juga akan menguatkan lagi dakwaan Pakatan Rakyat bahawa BN cuba membendung kebebasan media.

Chew turut menggesa agar Kelab Penyokong Kerajaan BN tidak lagi "menyalahgunakan" kekebalan Parlimen untuk "melahirkan ucapan menghasut".

Bung Moktar dalam ucapannya berkata spekulasi di Internet tentang nasib MH370, yang mungkin berasal dari Malaysia, boleh menyebabkan berlaku rusuhan dan serangan terhadap rakyat Malaysia.

"Melihat perkara ini, saya menyeru kerajaan supaya berhemah atau mengawal segala maklumat di Internet, walaupun rakyat kita tidak mahu kawalan.

"Tetapi isu ini terlalu sensitif dan perlu dibendung. Jika tidak, tidak mustahil berbilion-bilion warga China akan berperang dengan kita. Di mana kita akan pergi?," soal Bung Moktar.


Home Minister blames Chinese papers for anger shown by families of MH370 passengers

With emotions still running high among families of the Chinese passengers of the ill-fated Malaysia Airlines flight MH370, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pic) has laid the blame on the Chinese print media for "stoking the anger" of the victims' families, especially those from China.
"The prime minister and acting transport minister have tried their best to resolve this but, unfortunately, the papers have manipulated this and played up the sentiments until the families, especially those from Beijing, are upset.
"This is an accident which no one wants to see happen," Zahid said when winding up the King's royal address in Parliament tonight.
However, he did not specify whether he was referring to China media or local Chinese dailies.
The red-eye flight from Kuala Lumpur to Beijing, carrying 239 passengers and crew disappeared less than two hours after leaving the Kuala Lumpur International Airport on March 8.
The passengers included 154 China and Taiwan nationals.

Six reasons why Dr Mahathir wants to censor the Internet

Dr Mahathir has his reasons for wanting the internet to be censored, but they are more likely to be for the good of a select few in the country and not the nation as a whole. - The Malaysian Insider pic, March 26, 2014.Dr Mahathir has his reasons for wanting the internet to be censored, but they are more likely to be for the good of a select few in the country and not the nation as a whole. - The Malaysian Insider pic, March 26, 2014.So Tun Dr Mahathir Mohamad says that if he returns as the prime minister, he will censor the Internet. Not surprising, really.
Had Dr Mahathir ruled Malaysia in the age of the Internet, he would not have lasted more than one term. His excesses, double-talk, rampant corruption and skewed implementation of the New Economic Policy (NEP) would have swallowed him.
Tyrants, dictators and their ilk all want to return to the pre-Internet age. And they couch their real intentions by saying that the Internet corrupts the young, blah blah blah.
But why would Dr Mahathir, who encouraged the growth of the Internet and its public access in Malaysia, and even pledged to keep it free, now change his mind?
Here are the real reasons why he wants to censor the Internet.
1) So that the government can stay in power by deceiving Malaysians with half-truths and lies printed and published by their abettors-in-chief: the mainstream media.
Many of the newspapers and television stations are owned by Barisan Nasional political parties and they present a picture of the country that bears little resemblance to the reality.
The coverage of the missing MH370 plane is a perfect example. While the rest of the world's press has been unmasking Malaysia and showing its core of mediocrity, the mainstream press have been on magic mushrooms.

Anti Hadis: Kassim Ahmad ditahan di Kulim

 
Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.

Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Hisham: History will judge us well

MH370: Major breakthrough in search

China berang: M'sia juga kehilangan nyawa, kata Hisham

Satellites Spot 122 'Possible Objects' in Ocean

Chinese relatives of passengers on missing plane vent their fury

Satellite images show 122 potential debris

MAS denies it has abandoned families in Beijing

MH370: MAS kosongkan pejabat di Beijing atas arahan polis China

Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula, kata Dr Mahathir


Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014. 
Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.
Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.
"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.
"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.
Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.
Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

122 objects spotted in search area in the Indian Ocean, says Hishammuddin


New satellite images provided by Airbus Defence and Space have shown 122 potential objects in the southern Indian Ocean where search efforts for the missing Malaysia Airlines flight MH370 are now being focussed, said Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic).
"The new images were received from France and taken on March 23," he told reporters at the Putra World Trade Centre today.
"The images were given to the Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA) who then passed it to the Australian authorities."
"MRSA analysed the images and - in one area of the ocean measuring some 400 square kilometres - were able to identify 122 potential objects."
Hishammuddin said some of the objects were a metre in length while others were as much as 23 metres in length, adding that some of the objects appeared to be bright, possibly indicating solid materials.
He, however, cautioned that none of the objects had been identified yet nor could it be linked to MH370 before verification.

Petunjuk baru MH370 lebih 100 objek dicerap

Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan lebih 100 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.

Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanyna.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.

"MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluasa 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi.

Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu Parlimen

Pihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan ‘U’, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) kepada Parlimen hari ini.
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan  perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani.

MH370: 'Gov't must apologise to Chinese families'

Malindo Air: Penumpang panik melihat enjin terbakar

Opposition cries foul over Bernas delisting

TUDM sangka MH370 diarah patah balik.!!

Minister: Bernas delisting 'good' for farmers

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem.Pertahanan

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem.Pembangunan Wanita. Keluarga dan Masyarakat

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem.Kesejahteraan Bndar,Prumahn,Krajaaan Tmptn

IKHWAN 529: Tolak kunjungan, PAS anggap duta Mesir angkuh



KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pihak Kedutaan Mesir sebagai angkuh apabila enggan menerima kunjungan secara baik beberapa ahli parlimen mereka ke bangunan kedutaan itu hari ini.

Kunjungan jam 11.30 pagi tadi itu disertai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), Nasrudin Hassan (Temerloh) dan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas).

Ianya bagi menyatakan rasa kecewa PAS terhadap keputusan mahkamah Minya yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya Dr Mohamad Badie.

Kedatangan mereka bagaimanapun tidak dilayan malah pihak kedutaan hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum yang diserah di pagar.

"Apa yang berlaku hari ini menunjukkan bentuk sikap regim di Mesir.

"Ini indikator yang kita dapat lihat," kata Idris pada sidang media di Parlimen hari ini.

MH370 vs PRK Kajang

MAJDAN DAGANG
Timbul desus-desas sebelum ini mengatakan bahawa pencarian MH370 akan berakhir sebaik sahaja tamatnya PRK Kajang. Tidak pasti sama ada perkara ini dirancang atau berlaku secara kebetulan. Namun saya memilih untuk menyatakan bahawa semua ini berlaku secara kebetulan.

1.Saya bersimpati terhadap keluarga MH370 dan berharap mereka banyak berdoa dan bersabar. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan andaikan kita berada di tempat keluarga terbabit – betapa sedihnya kehilangan keluarga tercinta.

2.Walaupun isu MH370 ini sudah dianggap berakhir, namun pencarian bukti perlu diteruskan. Hal ini kerana MH370 tidak diisytiharkan terhempas, cuma data Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke arah selatan dan di situ isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu –usaha mencari bukti bukanlah suatu kerja yang mudah. Sementelahan pula Malaysia tiada keupayaan untuk berbuat demikian.

Secara logiknya, apabila “pesawat tersebut” tidak lagi menghantar isyarat “ping”, bermakna enjin sudah dimatikan – sama ada mendarat atau terhempas.

3.Suatu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dan melakukan penyiasatan agar segala persoalan terungkai. Suruhanjaya ini mestilah terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing sama ada pakar tempatan mahu pun pakar asing.

Penjelasan daripada pakar ini mestilah bebas daripada tekanan mana-mana pihak. Hal ini penting isu kejadian ini membabitkan rakyat daripada pelbagai negara. Tambahan pula, selagi tiada bukti kukuh bahawa pesat MH370 terhempas di Lautan Hindi, maka pelbagai spekulasi dan teori akan terus berlegar.
 

MH370: Lebih ramai hubungi firma guaman Chicago untuk saman Boeing dan MAS

Wakil daripada Ribbeck Law Chartered di Amerika Syarikat pada sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mac, 2014.Wakil daripada Ribbeck Law Chartered di Amerika Syarikat pada sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mac, 2014.Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.
Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.
Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.
Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.
Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.
Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

MH370: Selebriti Seru Warga China Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia

Terkini: kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.
Persatuan termasuk Presiden Student Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia.
Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.
Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.
Di arena media maya seperti Twitter, Weibo dan Forum, Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain dihina dan diminta keluar dari negara China.
Di dalam forum terbabit juga, forumer cina China dan cina Malaysia bertikam lidah antara satu sama lain. - My Media Hub

MH370: Selepas CEO MAS, Siapa Lagi Perlu Letak Jawatan?

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir.

Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian beliau dilaporkan berkata dalam sidang media semalam.

Ahmad Jauhari bukan saja menyifatkan tragedi MH370 ini membuatkan seluruh jiwanya luluh kerana mengakibatkan kehilangan 239 nyawa, menyebabkan tangisan ribuan anggota keluarga serta kesedihan berjuta yang lain di seluruh dunia, malah ketika Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan pesawat itu dikesan hilang di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat berdasarkan analisa satelit Immasat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom, beliau memilih untuk tidak berada di atas pentas.

Yang ada menenami Perdana Menteri diatas pentas hanyalah Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Tragedi ini membuatkan Ahmad Jauhari hilang segala kekuatan dan akhirnya ketika dipeluk oleh beberapa VIP lain, airmata jelas menggenangi kelopak matanya.

Sejak peristiwa kehilangan MH370 ini melanda pula, wajah sedihnya jelas dapat dilihat setiap hari ketika muncul dalam sidang akhbar.

Tindakan meletak jawatan atas sesuatu musibah adalah reaksi terpuji dan bermoral tinggi, bukan saja menandakan sikap pertanggungjawaban tetapi juga pernyataan ingin berkongsi kesedihan dengan waris-waris mangsa. Dengan kesediaan kehilangan jawatan setelah urusan mencari bangkai pesawat, mayat penumpang (jika ada), urusan kebajikan serta ganti rugi dibereskan, sekurang-kurangnya kesedihan dan derita jiwa waris penumpang MH370 dapat diminimakan.

MH370: Putrajaya perlu minta maaf pada waris di China


MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.

"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu semalam berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines.

Putrajaya should apologise to Chinese families of MH370 passengers, says Khalid Samad


A family member of a passenger on board Malaysia Airlines MH370 wears a T-shirt bearing the flight name and the word ‘hate’, outside Lido Hotel in Beijing today. Dozens of distraught relatives of passengers on a lost Malaysian jetliner clashed with police in Beijing on Tuesday, accusing Malaysia of ‘delays and deception’ a day after it confirmed the plane crashed in remote seas off Australia. – Reuters pic, March 26, 2014. A family member of a passenger on board Malaysia Airlines MH370 wears a T-shirt bearing the flight name and the word ‘hate’, outside Lido Hotel in Beijing today. Dozens of distraught relatives of passengers on a lost Malaysian jetliner clashed with police in Beijing on Tuesday, accusing Malaysia of ‘delays and deception’ a day after it confirmed the plane crashed in remote seas off Australia. – Reuters pic, March 26, 2014. A PAS lawmaker has urged Putrajaya and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to apologise to the families of the Chinese passengers on the ill-fated Malaysia Airlines flight MH370 flight which disappeared en route from Kuala Lumpur to Beijing.
Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) said a formal apology should be made to the Chinese families, since 153 out of the 239 passengers were from China.
"Admit our mistakes instead of trying to cover it up. If China can apologise for sending us a wrong satellite images, why can't we do the same?" he said at a press conference at the Parliament lobby today.

MH370: Ratusan waris akan tiba di Perth


Beberapa ratus anggota keluarga penumpang serta kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka tiba di Perth dalam tempoh beberapa minggu ini, lapor agensi berita Australian Associated Press (AAP).

Laporan itu memetik Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett yang turut berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan China memandangkan sebahagian besar daripada 227 penumpang ialah warga China.

"Masih belum jelas bagaimana akan tetapi saya difahamkan ramai anggota keluarga penumpang, terutamanya warga China, akan mahu ke Perth untuk berada sedekat mungkin dengan apa yang dipercayai tempat terakhir saudara mereka," katanya menerusi radio Fairfax pada Rabu.

Pangkalan Udara Pearce di Perth menjadi hub operasi pencarian pesawat yang pada Isnin lepas disahkan penerbangannya berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Barnett berkata selaku kerajaan negeri, pihaknya akan berusaha membantu dan memastikan segala keperluan keluarga penumpang MH370 dipenuhi termasuk mengadakan upacara memperingati mangsa jika perlu.

Kekeliruan dalam tempoh 36 jam nasib MH370

KUALA LUMPUR: Semakin banyak persoalan timbul setelah Perdana Menteri mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777 itu berkubur di selatan Lautan Hindi, kata Lim Kit Siang.

Katanya, jawapan kepada semua persoalan, kekeliruan, dan kontroversi ini perlu dikemukakan, bukan saja kepada sanak-saudara terdekat para penumpang dan anak kapal terbabit, malah juga kepada semua rakyat Malaysia dan warga dunia.

“Justeru itu, Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan MH370 mesti dibentuk dan diketuai oleh Ahli Parlimen Pembangkang bagi memulihkan citra dan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Dua perkara yang berlaku dalam tempoh 36 jam yang lalu menonjolkan perkembangan tragis pada hari ke-19 bencana kehilangan pesawat MH370 Boeing 737-200 di mana masyarakat Malaysia dan dunia dipukul badai kekeliruan tentang nasib pesawat serta 239 penumpang dan anak kapal, iaitu:

(1)  Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin, 25 Mac (hari ke-17) pada jam 10 malam bahawa “dengan menggunakan sejenis analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi penyiasatan sebegini,” kedudukan terakhir pesawat yang hilang adalah di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, dan bahawa “pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.” Pada asasnya – semua 239 penumpang dan anak kapal telah lenyap dalam kejadian terbabit dan tiada siapa terselamat. Bagaimanapun, lebih dari 17 kemudiannya, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishammuddin Hussein telah memberitahu Parlimen tengah hari kelmarin bahawa operasi SAR (mencari dan menyelamat) akan diteruskan dan beliau tidak akan menyerah kalah selagi masih ada harapan untuk 239 penumpang dan anak kapal terbabit.

PRK Dun Kajang: PKR hampir sapu bersih undi anak muda

KUALA LUMPUR: Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bukan sahaja menandakan peningkatan sokongan masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat malah tinjauan awal mendapati saluran mengundi anak muda hampir disapu bersih oleh calon PKR.
Pengarah PRK Dun Kajang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat bukan sahaja  berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu dengan mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu Muslim seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras, malah berjaya menawan dua kubu kuat Umno-BN iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima.
"Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah atas kemenangan di PRK N25 Kajang. Syabas juga diucapkan kepada pengundi Kajang kerana membuat pilihan yang bijak dengan sekali lagi memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi suara mereka di Dewan Negeri Selangor.
"Jelas di sini bahawa rakyat menolak kempen agresif dan provokatif yang penuh dengan unsur keganasan dan bibit-bibit perpecahan," tegas beliau.
Menteri Besar Selangor itu juga berkata, penurunan peratus keluar mengundi kepada 72.1% daripada 88.4% pada PRU13 adalah perkara biasa dalam sebarang pilihan raya kecil yang secara tidak langsung mengakibatkan penurunan majoriti.

PRK Dun Kajang: 4 individu serang pengundi dicari

Satu daripada dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan insiden yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Ahad lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kertas siasatan yang akan dihantar adalah berhubung kes seorang lelaki yang cuba menghalang polis merobohkan barong panas di persimpangan Jalan Taman Delima, Kajang.
Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang memarahi anggota polis dengan kata-kata lucah serta menghalang polis menurunkan khemah di lokasi itu seperti yang diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Keterangan lelaki itu sudah direkodkan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Kertas siasatan sudah dilengkapkan untuk dimajukan kepada DPP selewat-lewatnya pagi esok (hari ini). Kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke-207 peringkat Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Masyarakat antarabangsa perlu kecam kezaliman regim zionis As Sisi di Mesir


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menggesa masyarakat antarabangsa  khususnya Malaysia mengutuk kezaliman regim tentera Mesir yang kini memperalatkan mahkamah untuk menghapuskan penentangan rakyat.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, masyarakat antarabangsa perlu memberi isyarat jelas kepada regim tentera Mesir dengan menyatakan bantahan seterusnya mengkaji hubungan diplomatik dengan negara tersebut sehingga kerajaan awam yang sah dibentuk.
Beliau turut menggesa pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan tekanan ke atas kerajaan kudeta Mesir supaya menghentikan pelbagai tindakan zalim dan tidak demokratik ke atas rakyat republik itu.
"PBB dan Kesatuan Afrika perlu menggantung keahlian Mesir kerana melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia dengan membenarkan penghakiman yang zalim dibuat tanpa sebarang pembelaan diri oleh pihak tertuduh," tegas beliau.
Beliau turut mendesak kerajaan boneka Mesir yang dikuasai regim tentera mengembalikan sistem demokrasi di Mesir dan menarik balik pengharaman terhadap Ikhwanul Muslimin.

Muslimat PAS sokong perjuangan wanita Mesir hadapi regim tentera zionis As-Sisi

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat memberi sokongan padu kepada wanita Mesir yang berjuang menentang kezaliman regim General Abdul Fattah As Sisi dan bala tenteranya.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Muslimat PAS di seluruh negara sentiasa mendoakan agar Allah SWT memberikan kesabaran, kekuatan dan ketabahan kepada anggota Ikhwanul Muslimin dalam menghadapi ujian yang sangat getir.

Menurut beliau, ramai wanita muda Mesir dijatuhi hukuman 11 tahun penjara ke atas dengan pertuduhan palsu seperti membawa senjata, menyerang pihak polis, mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta benda awam.

Katanya, hukuman mati ke atas 529 orang penyokong Ikhwanul Muslimin turut memberi implikasi besar kepada ahli keluarga mereka yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Wanita-wanita inilah yang akan meneruskan perjuangan ahli keluarga mereka untuk menegakkan kebenaran," tegasnya.

Dalam satu kenyataan media, Muslimat PAS mengecam keputusan Mahkamah Jenayah Minya, Mesir, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang juga bekas Speaker Mesir, Dr Saadu Katatni serta  529 aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.

Dimanakah Negara Islam: 682 lagi berdepan hukuman keras di Mesir oleh Regim Zionis As Sisi


Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan serta 682 lagi lagi dibicarakan pada Selasa atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh.

Ia berlangsung sehari selepas lebih 500 lagi penyokong bekas presiden Mohamed Mursi dihukum mati, lapor Reuters.

Perbicaraan dan hukuman mati beramai-ramai itu – terbesar dalam sejarah moden Mesir – menandakan tindakan keras terhadap Ikhwan menjelang pilihan raya presiden yang dijangkakan dimenangi pemimpin tentera Abdel Fattah al-Sisi.

Penggulungan Bahas Titah Diraja 2014: Kem.Pertanian dan Industri Asas Tani - Sambungan

MH370: Kesatuan mahu CEO MAS letak jawatan


Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menuntut ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Datuk Ahmad Jauhari Yahaya meletak jawatan atas kes kehilangan MH370 yang masih berlarutan.

Nufam, yang sering bertelingkah dengan Ahmad Jauhari berhubung isu pekerja, yakin bahawa peletakan jawatan CEO tersebut akan memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada syarikat penerbangan tersebut.

"(Nufam) percaya ini adalah tindakan sepatunya pada masa ini kerana kejadian ini turut membawa impak besar kepada industri penerbangan di negara ini.

"Sejak tragedi penerbangan MH370 (berlaku) sebaiknya beliau berundur dan memberi ruangkepada orang lain untuk mengambil alih kedudukannya,” kenyataan Nufam dipetik.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Jauhari juga perlu meletak jawatan atas dua lagi kejadian melibatkan penerbangan MAS.

Ia merujuk kepada kes pesawat dilanggar sekawan burung di Kathmandu dan juga kes kegagalan generator elektrik dalam satu pesawat yang melakukan penerbangan Seoul.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan syarikat penerbangan tersebut juga “hilang keyakinan” ke atas tindakan Ahmad Jauhari dalam menangani krisis MH370, yang masuk hari ke-19 hari ini.

Ahmad Jauhari semalam ketika diminta diajukan soalan sekiranya akan meletak jawatan berkata isu tersebut hanya akan dilihat selepas ini kerana pencarian penerbangan MH370 masih diteruskan

Jauhari berkata demikian ketika ditanya mengenai sentimen ke atas syarikat penerbangan tersebut, terutama oleh penumpang China dalam penerbangan MH370.

"Adakah saya akan letak jawatan, itu keputusan peribadi, kita akan (bincang) kemudian,” katanya.

MH370: Najib, kerajaan wajib mohon maaf pada keluarga Kapten Zaharie



ariff sabri



KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan memohon maaf terhadap tindakan keterlaluan menyalahkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung insiden pesawat MH370.
Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, untuk memulihkan maruah dan menghormati dedikasi tinggi mereka, Najib tidak boleh mendiamkan diri terhadap pelbagai serangan negatif yang dibuat sepanjang kehilangan pesawat itu, sejak 8 Mac lalu.
“Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie kini disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI.
“Adakah kerajaan sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dengan membuang serangan ke atas reputasi atau integriti beliau?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang menjadikan Kapten Zaharie sebagai kambing hitam dalam tragedi MH370 apabila mengaitkan beliau dengan pelbagai andaian tidak masuk akal.
“Pesawat itu sememangnya terhempas ke dalam laut tetapi apa yang menyedihkan adalah cubaan menghubungkan peristiwa itu dengan cerita rekaan mengenai kecenderungan membunuh diri, fanatik dan lainnya.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mewujudkan satu kambing hitam dan percubaan jahat untuk menutup kelemahan sendiri.
Beliau juga bimbang dengan keluasan Lautan Hindi yang tentunya memakan masa lama untuk mencari pesawat MH370, ia sekaligus memberi ruang luas untuk lebih menaratifkan cerita rekaan mengenai Kapten Zaharie jika tidak segera ditangani.
“Sekarang, naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya.
“Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut. Kerajaan dan Najib wajib menyatakan permohonan maaf segera,” tegasnya.

MH370 terbang 23 minit atas ketinggian maksimum, sebabkan hipoksia, kata pakar


Penumpang dalam MH370 mungkin mengalami hipoksia ketika pesawat itu terbang pada ketinggian maksimum. Gambar fail.Penumpang dalam MH370 mungkin mengalami hipoksia ketika pesawat itu terbang pada ketinggian maksimum. Gambar fail.Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki - di atas dari ketinggian maksimum biasa - dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.
Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

MH370: Juruterbang AirAsia X digantung tugas

Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

KM baru Sarawak sombong, langgar akta imigresen dan perlembagaan

SurenKUALA LUMPUR 26 Mac: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem seorang yang sombong kerana sekat pemimpin KEADILAN masuk ke negeri itu dan secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen dan Perlembagaan.
Ia berikutan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua disekat dari masuk ke Sarawak pada 25 Mac lalu.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Surendran, ketiga-tiga mereka adalah pemimpin KEADILAN yang meletakkan calon Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil di Balingian, mereka mempunyai hak mutlak di bawah undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya.
“Najib, Adenan Satem dan BN perlu menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas dan adil,” seru Surendran.

Parlimen: Pertandingan siapa lebih pro-Umno bunuh badan kehakiman

anwar whiteSHAH ALAM, 26 MAC: Pakatan Rakyat (PR) akan membawa usul kurang senang dengan badan kehakiman di Parlimen dan akan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menyatakan pendiriannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihaknya akan meperincikan cara untuk membawa perkara itu ke Parlimen susulan keputusan kes beliau dan sabitan kes hasutan Ahli Parlime Gelugor, Karpal Singh, baru-baru ini.
“Ke mana lagi kita mahu pergi jika bukan Parlimen? Ke jalan raya?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau turut menuduh yang badan kehakiman kini semakin bersikap perkauman dan tidak melindungi hak golongan minoriti.
“Seolah-olah seperti ada pertandingan dalam badan kehakiman untuk melihat siapa yang lebih pro-Umno. Pertandingan ini membunuh kehakiman,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

KM baru Sarawak sombong, BN tidak hormat proses pilihan raya

surendran speech mic 02KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem bersifat sombong dan jelas melanggar Akta Imigresen dan Perlembagaan apabila menyekat tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke negeri itu.
Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata hal itu berikutan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak, pada 25 Mac lalu.
“Barisan Nasional (BN) jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, tiga pemimpin itu mempunyai hak mutlak di bawah undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kerana PKR calon Abdul Jalil Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian yang bakal berlangsung, pada 29 Mac ini.
“Najib, Adenan dan BN perlu menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas serta adil. Kerajaan Sarawak sengaja melanggar seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, yang mana ia tidak boleh menafikan kemasukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki negeri untuk terbabit dalam aktiviti politik yang sah.

Dewan Rakyat 26 Mac 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MP: 'Old cars unsafe' claim has no factual basis

Malaysia terus ratapi kehilangan MH370

Anwar: Parliament must take a stand on conduct of judiciary

Pesawat Malindo Air mendarat cemas di Subang, enjin terbakar

Maslan: High property prices leading contributor to national household debt

M'sian household debt for 2013 at RM854 billion

S’wak comes under fire for barring PKR leaders

Sarawak state government chided for barring opposition leaders from entering the state

PETALING JAYA: PKR urged the Sarawak state government not to breach the Immigration Act and Federal Constitution in view of some of its leaders being denied entry into the state.
In a statement today, PKR vice president N Surendran criticised the state government for recently barring three of its top leaders, namely Saifuddin Nasution, Tian Chua and Rafizi Ramli, from entering the state.
adenan satim“This was an arrogant, unconstitutional and undemocratic act by the state government and new Chief Minister Adenan Satem,” the Padang Serai MP said.
He added that in barring the PKR leaders into the state, the state had deliberately breached section 67 of the Immigration Act 1959 and 1963.
“Section 67 states that Sarawak cannot deny entry where the sole purpose of the persons seeking entry is to engage in ‘legitimate political activity.’
“The trio had tried to enter Sarawak to campaign for the Balingian by-election. It is shocking that the Sarawak BN government has no hesitation to act in such a lawless manner, in disregard of the clear provisions of the Immigration Act,” Surendran explained.
Surendran added that the largest state in Malaysia also breached Article 9(2) of the Federal Constitution which guarantees freedom of movement within the Federation.
“Although Sarawak has the power to deny entry to West Malaysians, this power must be exercised strictly within the limits of the Federal Constitution as prescribed in Article 9(3) of the Constitution and the Immigration Act.
“The real purpose of immigration control, as stated by the Cobbold Commission in 1962, was to prevent the sparsely populated East Malaysia to be overwhelmed by an influx of West Malaysians. It was never the intention for immigration controls to be misused to prevent legitimate political activity.” he stressed.
Surendran alleged that Barisan Nasional (BN) was using the Immigration Act to prevent Pakatan Rakyat from campaigning effectively in the Balingian state seat by-election.
He urged Prime Minister Najib Tun Razak, Adenan and BN to stop underhand and illegal tactics, and to allow for a free and fair by-election.
“(It is) in blatant disregard of the electoral process. Tian Chua, Rafizi and Saifuddin are leaders of PKR, which has fielded a candidate in the by-election.
“They had an absolute right under our laws to enter Sarawak and participate in the election campaign,” he added.
LFL: Federal Constitution is supreme

Makna senyuman-senyuman di Kajang

 
Radzi Razak

Sejurus selepas kiraan tidak rasmi PKR yang mendapati kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah  Ismail lebih kurang jam 8:40 malam, media dimaklumkan Datuk Seri Najib Razak membatalkan kehadiran di sebuah program di Kg Bukit Angkat, Kajang.

Ahli dan pemimpin PKR di bilik gerakan utama mereka di Sg Sekamat semua berwajah gembira.

Mereka mula menyusul bergerak menyertai kumpulan besar yang telah lama berkumpul di Surau Ibnu Sina berhampiran pusat penjumlahan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada hari pengundian Ahad lalu.

Bagaimanapun kegembiraan ini dilihat kurang 'lengkap' sebenarnya kerana tiada sesiapa pun yang menjangka Wan Azizah akan kalah kali ini.

Soalan paling banyak ditanya pada malam itu: "Berapa majoriti kemenangan Kak Wan?"

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang ditemui di bilik gerakan itu pantas berkata majoriti kali ini lebih besar jika dinisbahkan dengan peratusan pengundi yang keluar.

Bagaimanapun kemenangan ini dilihat tidak mencerminkan kesinambungan 'Langkah Kajang' yang mencetuskan kontroversi dan reaksi besar rakyat lebih dua bulan lalu.

Langkah Kajang seperti yang dijelaskan Rafizi 29 Januari lalu adalah 'strategi radikal' untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon, sebagai membuka laluan ke Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Ia demi menjadikan Selangor kubu kuat Pakatan.

Rafizi juga menyamakan Langkah Kajang dengan strategi Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul.

Ia juga dibandingkan dengan strategi bekas Datuk Bandar Solo Joko Widodo yang disebut-sebut bakal calon Presiden Indonesia, yang berpindah untuk jadi Gabenor Jakarta.

Bagaimanapun selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara, dan diganti Wan Azizah, makna itu ditukar kepada 'referendum rakyat' di depan kira-kira 10,000 penyokong hadir ke pelancaran 'ala konsert' Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, dua hari hari mengundi.

Pola pengundian kaum

Hakikatnya pilihan raya kecil Kajang masih terlekat isu antara kaum walaupun banyak isu peringkat nasional turut dimainkan kedua-kedua pihak, PKR dan BN.

Sepanjang dua bulan tempoh 'berkempen' (termasuk secara tidak rasmi), PKR menganjurkan banyak ceramah perdana dan bergerak di kawasan majoriti Melayu yang gagal dimenangi mereka sebelum ini.

Hasilnya, sokongan kaum itu bertambah dari hanya 41 peratus pada tahun lalu kepada 50 peratus kini – keputusan yang dibanggakan PKR.

DAP : Hukuman mati 529 penyokong Morsi kejam, mengarut....UMNO sokong kot...!!!!

Ong Kian Ming 01SHAH ALAM, 26 MAC: DAP menentang dan mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap lebih 500 penyokong bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi.
Strategis Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata hukuman mati beramai-ramai terbesar dalam sejarah itu bukan sahaja kejam tetapi mengarut.
Katanya, hukuman berkenaan dijatuhkan dalam keadaan tergesa-gesa dalam sesi perbicaraan yang sangat pincang.
“Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis.
Morsi-“Pihak pembelaan juga dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, bahkan defendan dan peguam mereka juga tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 24 Mac lalu, sebuah mahkamah di Minya, Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong Morsi yang juga anggota Ikhwanul Muslimin selepas hanya dua sesi perbicaraan dijalankan.
Hukuman itu juga dilaporkan dilakukan dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka.
Sehubungan itu, Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, perkembangan terbaru di Mesir itu seakan memberi petanda negara Arab itu akan kembali ke zaman pemerintahan diktator, Hosni Mubarak.
“Saya menggesa Kerajaan Pusat mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri,” tegasnya.

MH370: MAS, Boeing berdepan kes saman


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Penyiasat perhalusi analisis data, kenal pasti bagaimana MH370 berakhir di Lautan Hindi


Apa yang berlaku kepada MH370 dan bagaimana ia boleh berakhir di Lautan Hindi, jauh daripada laluan asal ke Beijing masih disiasat. Gambar fail The Malaysian Insider.Apa yang berlaku kepada MH370 dan bagaimana ia boleh berakhir di Lautan Hindi, jauh daripada laluan asal ke Beijing masih disiasat. Gambar fail The Malaysian Insider.Dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 dikatakan terhempas di selatan Lautan Hindi, penyiasat kini memperhalusi data satelit untuk mengenal pasti apa yang membawa Boeing 777-200ER itu ke kawasan terpencil – adakah ia sengaja dihempaskan atau adakah ia terbang menggunakan mod pandu auto hingga kehabisan minyak, kata seseorang yang rapat dengan penyiasatan Malaysia kepada Wall Street Journal (WSJ).
“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.
“Dengan jumlah minyak dalam pesawat, adakah ia pergi ke lokasi paling terpencil? Adakah ia mengambil jalan yang berpusing-pusing?” katanya.
Analisis data satelit terbaharu mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu kepada suku daripada zon sasaran terdahulu.
Analisis yang sama digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkata pada Isnin pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.
Malaysia Airlines berkata, mereka terpaksa mengandaikan tiada yang terselamat, menyebabkan kemarahan di kalangan sesetengah ahli keluarga penumpang, terutama waris dari China.

Enjin terbakar, pesawat Malindo Air bawa pasukan bolasepak Terengganu berpatah balik ke Subang

Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang semalam.

Enjin pesawat Malindo Air ke Terengganu terbakar, berpatah balik ke Subang


Salah sebuah enjin pesawat Malindo Air terbakar ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Subang.Salah sebuah enjin pesawat Malindo Air terbakar ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Subang.Pesawat Malindo Air menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan sistem pengesan diaktifkan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam kenyataannya hari ini, jurucakap Malindo Air berkata, kejadian berlaku sewaktu pesawat berada pada paras ketinggian 7,000 kaki dan sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan.
“Anak kapal terus melakukan pemeriksaan kecemasan sebagaimana standard operasi prosedur berkait kejadian itu.
“Juruterbang mengambil keputusan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa ada yang mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata, semua penumpang kemudiannya dipindahkan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Terengganu.
Katanya, punca kejadian masih disiasat dan insiden itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa, pengeluar enjin dan pesawat.

PRK Dun Kajang: Saya puas hati, kata Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan jentera PAS ketika membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, 23 Mac lalu.

Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera PAS khususnya PAS Selangor dan PAS Hulu  Langat, yang menurutnya telah berkerja dengan baik.

"Saya puas hati dengan jentera PAS. Mereka buat kerja dengan baik. Semua turun membantu.

"Kita tunjukkan bahawa PAS konsisten bantu rakan-rakan Pakatan Rakyat dan kali ini PKR," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen semalam.

Pada pilihan PRK Kajang 23 Mac lalu, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.

Biarpun peratusan keluar mengundi merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu, namun Pakatan Rakyat menang undi Melayu pada PRK kali ini.

Turut meningkat, peratusan undi popular terhadap PKR yang hampir mencecah 60 peratus.

Tribunal Rakyat : BN kalah PRU13 jika tiada undi awal

IMG_4197SUBANG 26 MAC : BN akan kalah jika tiada undi awal, kata Yash Phal Ghai dalam Pembentangan LaporanTribunal Rakyat berhubung Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu di Subang, semalam.
Pengerusi Tribunal Rakyat itu memetik laporan Merdeka Centre, BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 sekiranya tiada undi awal.
Jelasnya lagi, kemenangan BN dalam PRU lalu yang dipengaruhi undi awal memberi implikasi besar kerana majoriti rakyat tidak mengiktiraf kemenangan tersebut.
“Seseorang calon yang tidak menang dapat membuktikan tentang kehilangan 1605 undi di kawasannya, sedangkan lawannya hanya menang dengan majoriti yang kecil.
“Dia kalah dengan 460 undi, sudah tentu jika peti undi tidak hilang, perbezaan keputusan sudah pasti besar,” jelasnya.
Sementara itu, beliau turut menegaskan agar suruhanjaya yang mengendalikan pilihanraya untuk bertindak bebas dan tudak menyebelahi mana-mana parti dalam setiap pilihanraya.
“Undang-undang perlu diubah untuk memastikan suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bebas dari pengaruh kerajaan.
“Suruhanjaya juga perlu melaksanakan sesuatu pilihanraya bukan mengikut arahan kerajaan, sebaliknya pilihanraya harus dijalankan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang,” ujarnya lagi.