Isnin, 24 Mac 2014

MH370: Berita Sedih Buat Malaysia

Kira-kira 10 malam tadi, setelah 17 hari pencarian, baru disahkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa pesawat MH370 dikesan oleh satelit untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, Australia dan dipercayai terhempas serta semua penumpangnya tiada yang selamat.

Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun diberitahu mengenainya. Dilaporkan juga bahawa waris-waris mangsa akan diterbangkan ke Perth dalam tempoh terdekat ini.

Mungkin secara kebetulan, sebaik berakhir pilihanraya kecil DUN Kajang, penantian MH370 juga menemui titik akhirnya.

Sebagaimana waris mangsa bersedih dan mungkin sukar menerima berita ini, rakyat Malaysia dan seluruh dunia juga pastinya berkongsi perasaan yang sama.

Sehingga pencarian diteruskan kepada pesawat dan mayat yang terkorban, yang penting juga selepas ini ialah mencari kotak hitam pesawat itu untuk merungkai apakah misteri sebenarnya MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing tersasar hingga ke selatan Lautan Hindi.

Sehingga kebenaran diketahui juga, semoga tiada lagi tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid atas kejadian ini, apatah lagi mengaitkan insiden ini dengan masalah politik yang berlaku dalam negara.

Semoga Tuhan akan menunjukkan kebenaran, Al Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa.

SH

Malaysia PM tells families of missing jet, passenger plane is lost

MH370 Terhempas: MAS sudah maklumkan kepada keluarga anak kapal, penumpang

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) sudah memaklumkan perkembangan terbaru mengenai pesawat MH370 kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berdasarkan dua prinsip yang dipegang sepanjang penyiasatan berkenaan, Malaysia berkongsi maklumat terbaharu itu bagi menghormati keluarga mangsa.

"Malaysia Airlines sudah bercakap dengan keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan terbaru ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu adalah saat yang menyayat hati, saya tahu berita ini masih sukar untuk diterima.


"Oleh itu, saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, memberi ruang kepada mereka pada saat yang sukar ini," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Najib mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, barat Perth Australia.

Najib sahkan Pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.

Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

“Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima.

“Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi.

Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Families Told: Missing Plane in Ocean

BREAKING: Flight MH370 crashed in Indian Ocean - Malaysian PM FULL press conference



PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

24 MARCH 2014, 10PM

 This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.
  Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.  


This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
 
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.
 
Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

MH370 lost beyond reasonable doubt, says Najib

Satellite data showed that Flight MH370 flew into the southern Indian Ocean, Datuk Seri Najib Razak said today as Malaysia Airlines said the flight is lost "beyond reasonable doubt".
"Flight MH370 flew into the southern Indian Ocean," the Prime Minister said in Kuala Lumpur tonight.
In a statement to relatives of the 239 people on board the flight, MAS said "We deeply regret that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board have survived ... We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean."

Penerbangan MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, kata Najib


Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.
Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Penggulungan Titah Diraja 2014: Kem Sains, Teknologi dan Inovasi

Dewan Panas - Penggulungan Titah Diraja 2014: Kem Pengangkutan (Isu MH 370) (1) (2)


Datuk Kapten Nik Huzlan Pertikai Bukti Daily Telegraph & Analisa Terperinci Mengenai Satelit China Jumpa “Objek MH370″

Satelit China MH370
Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.
Yang menariknya…
Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini
Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?

Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.
Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :
Gambar Satelit China
  1. Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.
  2. Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal
  3. Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kita sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi
  4. Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk
Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :
Foto Objek Lautan India
  • Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan
  • Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?

Penggulungan Titah Diraja 2014: Kem Komunikasi dan Multimedia

Pasca Langkah Kajang: Melayu sokong PKR kerana marah taktik kotor BN

MAS akui MH066 ke Incheon hadapi masalah teknikal

Menteri nafi sentimen anti-Malaysia di Beijing

Penggulungan Titah Diraja 2014: Kem Pelancongan dan Kebudayaan

Dr Wan Azizah enggan jadi ADUN ‘Yes Man’

Komunikasi terus dengan menteri besar akan memudahkan urusan Wan Azizah sebagai ADUN baharu Kajang.
pkr kajang1PETALING JAYA: Pekan Kajang yang terkenal kerana satenya itu menerima Ahli Undangan Negeri (ADUN) baharu setelah calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya menewaskan lawannya dari Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun semalam dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Dalam sidang medianya sehari sebelum hari pengundian PRK Kajang, Wan Azizah dipuji oleh pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong kerana berjaya mengutarakan beberapa masalah yang dihadapi penduduk Kajang seperti ketiadaan tapak pelupusan sampah dan juga kekurangan lampu jalan; lantaran mempunyai komunikasi terus dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Apabila disoal adakah ini menunjukkan kelemahan mantan ADUN Kajang Lee Chin Cheh dalam menjalankan tugasnya, Wan Azizah dengan tenang menjawab setiap ADUN mempunyai batasannya sendiri.
“Sebenarnya apa pun, setiap wakil rakyat mempunyai kekangan-kekangan yang saya kira akan berlaku kepada saya juga. Dan kalau ada mana-mana (masalah) kita boleh selesaikan akan kita selesaikan, Alhamdulillah,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mahukan yang terbaik untuk rakyat Kajang dan enggan sekadar menjadi Adun ‘Yes Man’.

INEPT BUT BULLYING: Malaysia's bumbling RULING ELITE

INEPT BUT BULLYING: Malaysia's bumbling RULING ELITE
As errors, misstatements, retractions and head-scratching rationalizations tumble over each other in the case of Malaysia Airlines Flight 370, the world is coming to recognize what the country has known for decades — that Malaysia's leaders are accustomed to getting away with murder.
Sometimes figuratively: For example, with elections looming and Prime Minister Najib Razak losing popularity, top opposition leader Anwar Ibrahim recently was sentenced to five years in prison on a sodomy charge. Two years ago, Anwar, who enjoys support in Washington, was acquitted after spending six years in prison on the same charge.
And sometimes perhaps literally: In October 2006, the gruesome remains of a human body were discovered on a remote hilltop outside Kuala Lumpur, Malaysia's principal city. There was no corpse, really, just hunks of flesh and shattered bone. DNA determined that the victim was a 28-year-old Mongolian woman who had been involved in a long love affair with one of Najib's closest advisers.
These instances of real-life political shenanigans and pulp-fiction-style crime share deep cultural and behavioral traits with Malaysia's clumsy handling of the mysterious Boeing 777 and the 239 people on board.
Spinning dubious stories but this time, the world is watching
In the cases of the murder and the missing plane, Najib and other political leaders have felt free to spin their own dubious stories. The big difference is that this time, the world is watching as the leaders repeatedly are caught in their own web of claims and denials, allegations and refutations.
Where does this arbitrary political culture come from?

In 1979, following traumatic, bloody rioting between Malays and the substantial ethnic Chinese minority, the government granted a broad array of privileges to Malays, in effect ensuring them of perpetual power.

MH370, pengalaman dan pengajaran di sebalik kehilangan

Oleh Md Izwan

Berstatus wartawan muda dan setahun jagung, inilah kali pertama saya berada di lapangan berdepan dengan krisis hebat, dengan mata dunia menumpukan kepada Malaysia.
Ketika ahli keluarga penumpang kesedihan dan pembaca yang mahu setiap laporan mengenai kehilangan MH370, wartawan juga bergelut untuk berikan liputan terbaik.

Selepas masuk dua minggu, terasa kerdilnya diri. Banyak yang dipelajari dan banyak juga tidak diketahui. Suasana sidang media yang sesak dengan beratus wartawan seluruh dunia, ahli politik dan pihak berkuasa tempang bergelut menjawab soalan dan ahli keluarga penumpang yang berang, terbuka sedikit mata rakyat Malaysia.
Amerika Syarikat datang membantu, negara dunia besar lain seperti China dan Perancis menghulur bantuan, tersedar sedikit kekurangan kita.
Saya mula terfikir bagaimana dengan kumpulan yang dahulunya menjerit anti-Amerika, ke mana hilang suara mereka?
Ke mana suara-suara anti-Amerika?
Tidakkah kita malu apabila yang kita anti ini pula datang membantu?
Sehinggakan perdana menteri meminta bantuan Pentagon, saya sedang bayangkan kalau-kalau ketika ini bekas perdana menteri paling lama Malaysia, adakah dia sendiri akan telefon Amerika bercakap dengan Obama?
"Hai Mr Obama, I'm an anti-American from Malaysia, can I ask a favour of you?"
Ataupun Perkasa, Pekida menawarkan diri untuk jadi penyelam mencari pesawat dalam lautan.
Apa kata mereka? Apa yang wartawan lokal belajar? Selepas dua minggu, banyak spekulasi berlegar di ruang laman berita, sama ada cetak mahu pun atas talian.
Saya mula belajar untuk memilih sumber yang mempunyai kredibiliti dan yang mana tidak, saya belajar mengesahkan kesahihan suatu berita, kerana bukan rakyat Malaysia sahaja yang membaca tetapi satu dunia.

Pelancong asing dari China terjejas akibat MH370, kata Nazri Aziz


Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menjejaskan bilangan pelancong yang datang ke negara ini terutamanya daripada China, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Nazri, pihak kementerian mengambil tindakan menghentikan segala jelajah promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi menghormati perasaan dan sensitiviti ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370.
"Tindakan diambil oleh Kementerian Pelancongan buat masa ini kita menghentikan jelajah promosi Tahun Melawat Malaysia khususnya di China sehingga lokasi penerbangan pesawat dapat dikesan," katanya.
Katanya dengan insiden yang berlaku agak mustahil untuk Kementerian Pelancongan untuk meneruskan jejalah promosi Tahun Melawat Malaysia dimana menyasarkan 28 juta pelancong.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya berkata kementerian perlu melihat dari sudut postif untuk menarik ‎pelancong.
"Saya rasa kementerian perlu lihat dari sudut positif apabila kita lihat negara Thailand biarpun negara mereka bergolak tiap-tiap hari ada demostrasi namun pelancong tetap ada," katanya.

MH370: MAS pertahan kelayakan Fariq

Malaysia Airlines mengakui bahwa pembantu juruterbang pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid masih baru dalam tugasan di kokpit pesawat Boeng 777, namun mempertahankan kelayakan pemuda berusia 27 tahun itu.

Ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahaya berkata, Fariq telahpun membuat lima penerbangan sebelum ini dengan pesawat berkenaan dengan pengawasan seorang lagi pembantu juruterbang.

Katanya, Fariq telahpun lulus lima penerbangan tersebut, dalam program latihan MAS yang ketat.

"Tentang pembantu juruterbang itu, beliau sebenarnya masih baru dengan (Boeing 777),” katanya yang menambah Fariq sebelum ini ditugaskan di kumpulan kapal lain.

"Ia adalah penerbangannya yang keenam (dengan Boeing 777), beliau lulus lima penerbangan pertama dan kita tidak menemui sebarang masalah," katanya dalam sidang media petang ini.

Australia sahkan temui dua objek, kemungkinan milik MH370, kata Hishammuddin

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
"Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian.
"Dua objek tersebut berbentuk bulat dan segi empat," kata Hishammuddin.
Hishammuddin berkata kemungkinan Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success yang terlibat dalam misi pencarian dan menyelamat akan tiba di lokasi objek tersebut ditemui hari ini atau esok.
"HMAS Success ketika ini berada di kawasan tersebut dan kemungkinan objek tersebut dapat diambil dalam tempoh beberapa jam atau mungkin seawal pagi esok," katanya.
Dua objek tersebut menurut Hishammuddin dikesan menerusi radar milik HMAS Success yang berada di kawasan pencarian tersebut.

MH370 bawa platform kayu, bateri lithium ion 200kg kata CEO MAS


Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Ketua pengarah eksekutifnya Datuk Ahmad Jauhari Yahaya bagaimanapun menegaskan bahawa muatan bateri sebanyak 200kg itu dibungkus mengikut piawaian keselematan yang ditetapkan.

Beliau juga berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sekiranya platform kayu tersebut merupakan objek sama yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan operasi di Lautan Hindi.

Kargo bateri tersebut menjadi tumpuan sebelum ini ekoran kebimbangan bahawa bateri lithium ion mudah terbakar.

Selain itu, pesawat itu juga membawa produk elektronik dan radio, kata Ahmad Jauhari.

Rasa tidak percaya antara negara jejas pencarian MH370, kata penganalisis


Penganalisa pencarian pesawat MH370 berkata kerjasama antara China dan negara lain merupakan salah satu cabaran dalam misi pencarian pesawat MH370. - Gambar fail.Penganalisa pencarian pesawat MH370 berkata kerjasama antara China dan negara lain merupakan salah satu cabaran dalam misi pencarian pesawat MH370. - Gambar fail.Setelah berdepan kesukaran cuaca buruk, kerja mencari pesawat hilang Malaysia Airlines (MAS) MH370 dihantui rasa saling tidak percaya antara negara selain kurang pengalaman China dalam kerjasama ketenteraan dengan negara jiran, menurut penganalisis.
Pembantu profesor, Jessica Trisko Darden dari Fakulti Sains Politik, Universiti Western Ontario yang menjalankan kajian mengenai kerjasama negara da konflik Asia berkata kepada BBC World, masalah kerja mencari adalah negara yang terlibat tidak mampu bekerjasama secara berkesan.
“Ringkasnya, tidak banyak interaksi (antara negara) sewaktu pesawat mula-mula hilang.
“Namun kita lihat perkembangan konflik di antara China dan Malaysia yang kemudiannya tiba ke tahap China mendahului Malaysia,” katanya.
Dalam satu artikel disiarkan The Guardian, yang turut memaparkan pandangannya, Jessica berkata China bersifart sensitif terhadap kritikan di sosial media yang menyelar kurang usaha digerakkan mencari pesawat.
Katanya, China masih ingin menunjukkan kekuatan aset ketenteraannya meskipun dalam situasi tegang mencari MH370.

MH370: Polis soal siasat lebih 100 individu, kata Hishammuddin


Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan polis menyoal siasat 100 individu berhubung kehilangan pesawat MH370. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan polis menyoal siasat 100 individu berhubung kehilangan pesawat MH370. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan soal siasat terhadap lebih 100 individu termasuk keluarga penumpang dan juga keluarga juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menyertai sidang media esok bagi menjawab segala persoalan berhubung sesi soal siasat tersebut.
"Bagi penyiasatan pihak polis, kami mengesahkan polis telah menyoal siasat lebih dari 100 keluarga termasuk keluarga kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang," kata Hishammuddin.
"Berkenaan transkrip, jawatankuasa teknikal sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan transkrip berkenaan dan kami akan maklumkan berkenaan keputusan itu," katanya.
Hishammuddin turut berkata, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott juga menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, yang berkemungkinan serpihan milik pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang awal bulan lalu.

SPRM dapati tiada unsur rasuah dua warga Iran guna pasport curi naiki MH370


Dua warga Iran yang dipercayai naik pesawat MH370 menggunakan pasport curi. - Gambar fail.Dua warga Iran yang dipercayai naik pesawat MH370 menggunakan pasport curi. - Gambar fail.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah berhubung pelepasan dua warga Iran yang menggunakan pasport curi negara Itali dan Austria menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata hasil siasatan pihaknya mendapati tiada elemen rasuah berlaku semasa pemeriksaan dua penumpang warga Iran itu dengan agensi kerajaan Malaysia, iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Bagaimanapun kita mendapati kedua-dua mereka (dapat menaiki pesawat) disebabkan dasar negara yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan yang cepat dalam pemeriksaan pelawat luar negara.
"Justeru kita menyarankan agar pihak kerajaan turut menitikberatkan aspek keselamatan juga untuk mengelak kejadian itu berulang dan tidak mengutamakan aspek perkhidmatan berorientasikan pelanggan," katanya hari ini.
Beliau juga berkata agak mustahil bagi pihak imigresen memeriksa pasport di dalam rangkaian Interpol yang mempunyai data 40 juta pasport hilang dalam tempoh yang singkat.

Kemenangan Azizah di DUN Kajang manis dan lazat - PKR

Penggulungan Titah Diraja 2014: Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kajang Indians voted for Kak Wan

Flight MH370: Two new objects spotted in Indian Sea - news conference March 24

1 maut, 5 cedera bas sekolah jatuh gaung

Menteri BN akui kedudukan universiti M'sia tidak hebat

Hukum Guna Harta Syarikat Milik Orang Kafir - Ustaz Azhar Idrus

Chegu' Bard: N25 Kajang berjalan lancar

TGNA | Syukur kpd Allah dan Terima Kasih kpd Pengundi Kajang

Langkah Kajang: Undi Melayu bertambah, Cina kekal objektif Pakatan

KAJANG: Pertambahan undi Melayu serta golongan muda, selain kekalnya pengundi Cina pada pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang semalam merupakan objektif yang selama ini memang ingin dicapai Pakatan Rakyat.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata keadaan tersebut sememangnya ingin dicapai Pakatan Rakyat, dan hasilnya terbukti 'Langkah Kajang' itu sangat memberi jaminan dan pengukuhan untuk meneruskan langkah ke Putrajya.

"Kita berjaya menambah undi Melayu, selain sokongan anak muda yang meningkat serta kekalnya undi Cina kepada Pakatan Rakyat sangat memberi jaminan dan pengukuhan hingga mereka memberikan kepercayaan kepada kita untuk langkah seterusnya," kata beliau ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi, di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Tambah beliau, apa yang paling penting apabila sokongan daripada pengundi Melayu meningkat, bukan sahaja di kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno, malah di kawasan yang masih kuat hari ini Pakatan Rakyat dapat menurunkan majoriti BN.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang semalam.

"Kemenangan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu majoriti menurun kerana peratus kalau berkadarnya memang tidak ada apabila peratusan keluar mengundi hanya 72 peratus.

Kajang telah memilih – Satu tinjauan pemantau pilihan raya

SYED IBRAHIM SYED NOH


DENGAN berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang pada 23 Mac 2014, maka berakhirlah satu lagi episod dalam pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan institusi awam terutama pasukan keselamatan kita, PDRM.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menang dengan majoriti 5,379 mengalahkan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Pada kali ini tidak timbul isu dakwat kekal yang tidak kekal mahupun isu pengundi hantu kerana barangkali SPR sudah belajar daripada kesilapannya dan majoriti yang diperolehi calon yang menang agak selesa.
Walau apa pun latar belakang kepada PRK Kajang ini sama ada ianya digelar ‘Langkah Kajang’ atau Langkah Taktikal seperti kata Anwar Ibrahim untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak, namun hakikatnya ialah PRK perlu diadakan kerana seorang ADUN meletak jawatan. Soalnya ialah sama ada PRK diadakan secara bebas dan adil?
Sebagai badan bebas pemantau pilihan raya, Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) meneliti setiap pilihan raya dengan mata dan telinganya sendiri berasaskan kepada amalan dan tatakelola terbaik yang diiktiraf badan-badan pemantau sedunia.
MAFREL melihat kepada kepentingan pengundi agar mereka bukan hanya memiliki hak kepada pilihan raya yang tulen malah mereka berhak untuk mengetahui sama ada proses pilihan raya memberi peluang untuk kebebasan ekspresi kemahuan mereka melalui ketepatan rekod dan penghormatan kepada kemahuan berkenaan.
Saya dan teman-teman sukarelawan MAFREL melakukan pemerhatian terhadap PRK Kajang, secara khusus hari mengundi pada 23 Mac 2014.
Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan MAFREL pada 10 Mac 2014, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah amalan rasuah, penjamuan, pembelian undi, salahguna sumber awam dan kerajaan, insiden keganasan atau kempen perkauman dan kebencian serta tahap keselamatan dan kekuatan pasukan keselamatan dalam mengawal suasana pilihan raya.
Laporan penuh sedang disediakan dan kebiasaannya akan siap dalam tempoh tiga hingga empat minggu, manakala laporan awal akan dikeluarkan lebih awal iaitu dalam satu atau dua hari selepas pilihan raya.
Tetapi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk terus berkongsi pengalaman saya melaksanakan pemantauan di beberapa pusat mengundi PRK Kajang pada hari mengundi.
Kebiasaannya sesebuah PRK itu akan hangat kerana semuanya akan tertumpu ke situ sama ada jentera parti, SPR, pasukan keselamatan atau orang awam.
PRK Kajang tiada bezanya, hangat dan tegang di tambah pula dengan cuaca yang baik lagi panas terik.

Langkah Kajang strategi terbaik, pengundi muda sumbang kemenangan PR

DSC_6934SHAH ALAM 24 MAC : Kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi kerusi N25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan ‘Langkah Kajang’ adalah strategi terbaik menuju Putrajaya.
Kemenangan itu bukan sahaja ‘manis’ apabila disumbangkan pengundi muda, bahkan berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kawasan Melayu.
Antara kawasan majoriti Melayu yang ditembusi Pakatan Rakyat (PR) termasuk dua kubu kuat BN membabitkan peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima.
Peti undi kawasan lain yang turut dikuasai pengundi Melayu juga menunjukkan sama ada berjaya dimenangi PKR atau sekurang-kurangnya berjaya mengecilkan majoriti BN iaitu di Sungai Kantan dan Batu 10, Cheras.
Bagi pengundi saluran lima, enam dan tujuh iaitu saluran bagi golongan muda turut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
“Sudah tentu Langkah Kajang berkesan kerana kita lihat pengundi muda memberikan keyakinan yang menjadikan ‘Langkah Kajang’ berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali,” katanya pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam tadi.
Azizah berjaya meningkatkan jumlah undi kepada 59.7 peratus berbanding 56.8 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Azizah berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dengan keputusan rasmi PKR memperoleh 16,741 undi, manakala BN 11,362 undi.
PRK DUN Kajang menyaksikan PKR terus mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini dengan majoriti 5,379 undi, manakala peratusan keluar mengundi 72 peratus atau 28,314 manakala undi rosak 176.

Langkah Kajang : 7% pengundi Melayu ‘swing’, PR berjaya tembus 2 kubu kuat BN

Rafizi1-179x300KAJANG, 24 MAC: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang semalam dianggap sebagai petunjuk positif terhadap keupayaan Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata petunjuk itu dibuktikan apabila keputusan undian semalam menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya memperoleh pertambahan undi Melayu di antara lima hingga tujuh peratus.
“Keputusan bertambah baik dan kemenangan di beberapa daerah mengundi adalah luar jangkaan kerana kalau lihat keputusan hari ini (semalam) kita menang di semua kawasan Melayu kecuali dua tempat, Sungai Kantan dan Batu 10, Cheras.
“Namun, berjaya mengurangkan kemenangan BN di dua tempat ini, contohnya di Sungai Kantan kita mengurangkan mereka dua ratus undi.
“Bagi daerah mengundi Melayu terbesar iaitu di Sungai Sekamat, dahulu kita kalah lebih 200 undi tetapi kini menang 40 undi. Maknanya, ada peralihan kira-kira 300 undi daripada BN ke PR.
“Daripada analisa kasar ada lima hingga tujuh peratus peralihan pengundi Melayu daripada BN kepada PR kali ini. Lima hingga tujuh peratus ‘swing’ itu adalah cukup besar. Kalau dalam PRU ada ‘swing’ sebanyak itu maknanya PR akan menang ke Putrajaya dengan meyakinkan,” katanya kepada media selepas SPR mengumumkan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pemenang.
Semalam, SPR mengumumkan Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 selepas memperoleh 16,741 berbanding pencabarnya, Datin Paduka Chew Mei Fun daripada BN dengan undi 11,362 undi.
Keputusan itu juga menunjukkan peratusan undi yang diperoleh PR meningkat daripada 56.8 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kepada 59.7 peratus dalam PRK kali ini.

Langkah Kajang: PR menang semua saluran pengundi muda

KAJANG, 24 MAC: Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendominasi semua saluran yang diperuntukkan kepada pengundi muda di saluran lima, enam dan tujuh termasuk di kawasan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata kejayaan itu diperoleh berikutan faktor isu peningkatan kos sara hidup, perkauman yang dijadikan modal politik Barisan Nasional (BN) dan tindakan mempergunakan institusi kehakiman dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau dilihat saluran pengundi muda, PR menang semua sekali. Jadi, undi orang muda kali ini ‘solid’ kepada PR berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila undi orang muda Melayu tidak berpihak kepada kita,” katanya kepada media selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan pemenang PRK Kajang, semalam.
Rafizi berkata, faktor kemerosotan peratusan keluar mengundi berlaku disebabkan pengundi yang berkerja di luar Kajang tidak mengambil peluang untuk balik mengundi dalam PRK kali ini berikutan merasakan satu undi mereka tidak mempengaruhi keputusan PRU lalu.
“Ini memang sudah dijangkakan kerana Kajang ada 17 peratus pengundi luar. Saya jangkakan faktor pengundi luar Kajang tidak balik kerana mereka fikir Kak Wan (Dr Wan Azizah) tentu akan menang, cuma persoalan majoriti sahaja.

Langkah Kajang bukti referendum rakyat tolak Umno-BN

image hattaKAJANG 24 Mac: Keputusan Pilihan Raya Kecil Kajang membuktikan satu suara referendum rakyat untuk menolak Umno- BN, kata pengarah jentera pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli.
Tambahnya, keputusan ini menunjukkan rakyat bangkit dan seterusnya menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang menunjukkan pandangan rakyat dan wajib untuk semua menolak Umno-BN atas tindakan zalim seterusnya kita harap dan yakin perasaan ini turut disuarakan di seluruh negara dan bukan hanya di Kajang sahaja,” kata Hatta.
Keputusan PRK Kajang memberikan satu kemenangan yang amat besar bagi Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan rakyat sudah mula bangkit menolak kerajaan Umno -BN.
“Ini satu kejayaan yang amat manis dan meyakinkan kita, rakyat Kajang membuat satu pungutan suara referendum atas isu-isu yang kita bangkitkan antaranya kes-kes Anwar Ibrahim dan Karpal Singh,” katanya lagi..

Langkah Kajang terjemah sokongan rakyat kepada PR

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang semalam menunjukkan terjemahan sebenar sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan undi popular terhadap PKR hampir mencecah 60 peratus, ianya satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Malah kata Anwar, lebih mengujakan apabila Pakatan Rakyat melalui calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi undi Melayu pada PRK tersebut.

"Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung, dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum.

"Sekarang dengan 60 peratus undi popular, ini satu breakthrough yang menunjukkan kekuatan sebenar kami (Pakatan Rakyat)," kata ketua pembangkang itu.

Beliau juga mendakwa, keputusan kali ini juga memberi penanda aras kepada MCA sama ada masih releven atau sebaliknya dalam politik negara.

Langkah Kajang: 'Sokongan Cina masih malapetaka buat MCA'

Sekalipun berlaku peningkatan undi kaum Cina, sokongan kaum Tiong Hua kepada MCA dalam pilihan raya kecil DUN Kajang masih dianggap 'malapetaka' kepada parti yang mendakwa mewakili komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peningkatan itu bukan satu amaran.

"Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum," kata ketua pembangkang itu.

Anwar bangga dengan pencapaian PKR memenangi lebih 50 peratus sokongan Melayu dalam pilihan raya kecil yang berakhir semalam, dan melihat isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakap kemenangan kerusi DUN itu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan mengenai kemungkinan berlakunya perubahan jawatan menteri besar selepas ini dengan mengatakan perbincangan di peringkat Selangor perlu dijalankan.

SPRM kukuhkan siasat bekas setpol seleweng RM1.1 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengukuhkan lagi siasatan kes membabitkan seorang bekas setiausaha politik bergelar 'Datuk' berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta.
  

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata suruhanjaya itu telah menyempurnakan siasatan kes itu, namun Jabatan Peguam Negara (AG) memberi arahan agar kekuatan kes itu dipertingkatkan bagi membolehkan ia dapat dituduh di mahkamah.  

"Kita telah diminta AG untuk lihat kepada perkara yang lebih dalam dan lebih jauh kes ini kerana pihak AG 'concern' mengenai perkara tersebut.  

"...kerana sekiranya sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibuang atau kalah, yang terpalit atau menjadi sasaran adalah mereka (AG) kerana seolah-olah tidak menjalankan tugas dengan betul," katanya pada taklimat bertajuk 'Berwibawakah SPRM' anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, hari ini.

FBI siasat isteri juruterbang MH370


Isteri kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Faizah Khan akan disoal siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut.
Daily Mirror melaporkan ejen perisikan Amerika itu akan menerajui siasatan berhubung latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
Bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.
"Nampaknya tiada apa dalam kehidupan Fariq yang dapat menjurus kepada motif rampasan.
"Bagaimanapun kehidupan peribadi Zaharie jauh lebih rumit dan kami dalam proses untuk membongkarnya,” kata sumber kepada Daily Mirror.

Tribunal Rakyat dedah penipuan dan salah laku PRU13 esok


Dalam sesi September tahun lalu, Tribunal Rakyat membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya 2013 dengan bersih dan adil. – Gambar fail. 
Dalam sesi September tahun lalu, Tribunal Rakyat membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya 2013 dengan bersih dan adil. – Gambar fail.Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mendedahkan penemuan penipuan dan salah laku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 esok.‎
Pembentangan penemuan itu merupakan sambungan kepada sesi pendengaran dan keterangan saksi oleh Tribunal Rakyat yang berakhir pada September tahun lalu.
"Lima panel antarabangsa sama dan pakar tempatan akan kembali membentangkan penemuan mereka," kata Tribunal Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

529 penyokong Morsi dihukum mati oleh Regim Zionis As Sisi Laknatullah

Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.

Peruntukan cukup bagi halang politik di masjid kata menteri BN

Anwar: MCA can wait a century to regain full Chinese support

Gov't tables RM2.39bil more for 2013 Budget

'National debt of RM539 billion relatively low'

Penggulungan Menteri Kewangan II Bahas Titah Diraja 2014

Menteri Pendidikan II Gulong Bahas Titah Diraja 2014


Bomoh 1Malaysia: Kita bomohkan air ke Singapura supaya mereka serah diri dan bersunat, kata Ridhuan Tee


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini sekali lagi menyelar kegiatan ritual dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, namun kali ini kritikannya ditujukan kepada Singapura.
Pendakwah bebas itu berkata jika perbuatan bomoh dan ritual begitu mujarab, maka usaha yang perlu dilakukan adalah dengan membomohkan air yang disalur kepada Singapura.
“Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, mereka pun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat.
“Serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?” katanya menerusi kolumnya hari ini di akhbar Sinar Harian.
Minggu lalu, Ridhuan dalam ruangan sama menyifatkan perlakuan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang, MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.
Katanya, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.
"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percaya kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.
"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya.
Ridhuan berkata jika apa yang dilakukan bomoh itu mujarab maka pasti ramai yang akan menyerahkan nasib kepada golongan tersebut dan menjadi kaya raya.
“Jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini,” katanya.

MH370: Pesawat China kesan 'objek putih, empat segi'

 
Pasukan penyelamat China yang menaiki sebuah pesawat terbang hari ini mengesan beberapa objek ketika menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi.

Pasukan itu mengesan objek demikian dalam operasi besar-besaran mengesan pesawat MH370, yang masih belum ditemui dalam operasi yang masuk hari ke-17.

Ia dikesan di kedudukan 95.1113 timur dan 42.5453 selatan, lapor Bernama yang memetik agensi berita China Xinhua.

Menuerut laporan, Xinhua menyebut bahawa objek yang dikesan itu berbentuk empat segi berwarna putih, dalam kawasan yang dikesan oleh satelit sebelum ini.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan dimensi fizikal objek tersebut.

Pasukan China menyertai operasi besar-besaran ini dengan menggunakan dua pesawat Ilyushin IL-76 bagi operasi di koridor selatan.

Ia merupakan antara 10 buah pesawat yang melakukan operasi di lokasi pencarian yang terletak kira-kira 2,5000km di barat daya Perth.

Menurut laporan, pasukan China akan menugaskan kapal pemecah ais Xuelong ke lokasi penemuan tersebut.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pencarian hari ini dibahagikan kepada dua, dalam kawasan sama meliputi keluasan 68,500 kilometer persegi.

Operasi pada peringkat ini juga lebih mencabar dengan keadaan laut bergelora dan juga ancaman siklon Gillian.

Setakat ini, beberapa petunjuk utama ditemui di sekitar kawasan tersebut adalah imej objek yang dikesan oleh satelit Amerika dan Chia serta imej radar dikesan pasukan Perancis.

Pesawat MAS MH114 Dirempuh Sekumpulan Itik

Pic:Sinar HarianPic:Sinar HarianNEW DELHI: Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.

Pesawat MH066 KL-Incheon Dilencongkan Ke Hong Kong Kerana Masalah Teknikal

..KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon pada 23 Mac telah dilencongkan ke Hong Kong kerana kegagalan generator pesawat yang menjana bekalan elektrik.
Namun demikian, bekalan elektrik disambung bekalannya oleh Unit Bekalan Bantuan. Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Hong Kong untuk dibaiki dan mendarat dengan selamat.
MH066 yang dikendalikan oleh pesawat A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.37 malam dan dijaduallkan tiba di Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan.
Kesemua 271 penumpang dipindahkan ke pesawat lain. Penerbangan pulang MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain.

Gov't to spend RM365 million to implement GST

Bajet Defisit: Kerajaan BN mohon bajet tambahan untuk 2013 hampir RM2.4 bilion


Putrajaya hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan hampir RM2.4 bilion buat kali pertama dalam tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab.
Kumpulan Wang Terkanun menjadi peruntukan tambahan paling tinggi diminta iaitu lebih daripada RM 2,099.876.700 dan kedua tertinggi adalah Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu sebanyak RM 55,600.00.

Keputusan rasmi PRK Dun Kajang



BERIKUT adalah keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang mengikut lokaliti/daerah mengundi

TAMAN KOTA CHERAS
BN/MCA : 630
PR/PKR : 1202
UNDI ROSAK : 242
MAJORITI : 572

SUNGAI SEKAMAT
BN/MCA : 1603
PR/PKR : 1667
UNDI ROSAK : 0
MAJORITI : 64

SAUJANA IMPIAN
BN/MCA : 627
PR/PKR : 775
UNDI ROSAK : 35
MAJORITI : 148

TAMAN MESRA
BN/MCA : 422
PR/PKR : 557
UNDI ROSAK : 1
MAJORITI : 135

SUNGAI KANTAN
BN/MCA : 1038
PR/PKR : 813
UNDI ROSAK : 5
MAJORITI : 225 (KALAH)

TAMAN KAJANG BAHARU
BN/MCA : 927
PR/PKR : 1724
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : 797

KAJANG
BN/MCA : 569
PR/PKR : 1019
UNDI ROSAK : 3
MAJORITI : 450

Langkah Kajang meletak Pakatan Rakyat agregat 2-1

MUNGKINKAH ia dikatakan sebagai kondisi politik baru apabila ada wakil rakyat sanggup meletak jawatan. Jarang benar berlaku sebelum ini, biar pun Umno memulakan dramatik itu di Selangor pada 1997.

Apa pun ia lebih bertanggungjawab berbanding kes hijrah sokongan di Perak pada 2009. Tentunya ramai masih ingat bekas Adun Jelapang, Changkat Jering dan Behrang enggan meletak jawatan biar pun meninggalkan Pakatan Rakyat.

Bekas Adun, Jelapang Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) tidak menghiraukan soal maruah seleps dirasuk meninggalkan perjuangan lama.

Ketika berada dalam kerajaan Pakatan, mereka ada kedudukan tinggi. Isunya sekarang adakah mereka lebih bermaruah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang.

Percaturan serupa juga pernah dilakukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh pada 31 Julai 2008. Kemudian diulangi Fairus Khairuddin di Penanti pada April 2009.

Ketika itu Fairus berada di kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Mungkin ia tidak pernah diimpikan anak muda Melayu sepertinya merasai kemuncak kedudukan di herarki kabinet negeri.

Persoalannya mengapa tindakan itu hanya berlengkar dalam kalangan PKR dan tidak parti lain. Dan semalam berulang semula di Kajang.

Namun sebenarnya ia bukan isu terpencil. Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di Selangor.

Abu Hassan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang. Ketika itu Dun berkenaan disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Abu Hassan dipanggil kembali ke Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar selepas Muhamad berdepan kes mahkamah di Australia.

Ekoran itu pilihan raya kecil diadakan di kedua-dua kerusi tersebut pada 29 Mei 1997. Barisan Nasional mengekalkan kemenangan. Akhirnya Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini sembang-sembang di kedai kopi, taktik serupa berulang dalam episod di Kajang. Ramai orang bercakap Tan Sri Khalid Ibrahim akan diganti tokoh lain sebagai CEO kerajaan Selangor.

Wan Azizah : BN harus sedar ‘isyarat’ pengundi Kajang

KAJANG, 24 MAC: Peningkatan peratusan undi yang diperoleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menunjukkan masyarakat negara ini khususnya pengundi di kawasan berkenaan menolak tindakan kuasa politik memperalatkan institusi kehakiman.
Hal itu dibuktikan apabila peratusan undi yang diperoleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meningkat daripada 56.8 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kepada 59.7 peratus dalam PRK kali ini.
Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Barisan Nasional harus menyedari isyarat yang diberikan pengundi yang dalam PRK Kajang.
“Pengundi muda terutama Melayu kembali menyokong PR dan sokongan ini memberikan momentum kepada Langkah Kajang ke Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan beliau sebagai pemenang PRK itu.
Terdahulu, hanya dua hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar bersalah dalam kes membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 6 dan 7 April ini dipercepatkan secara tergesa-gesa pada 6 dan 7 Mac lalu seperti disengajakan bagi menyekat Anwar daripada bertanding dalam PRK Kajang.
Keadaan itu memaksa PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon PR bagi menggantikan Anwar yang hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRK itu.

Langkah Kajang: PKR menang tanpa membawa erti besar?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya kecil Kajang yang mulanya digerakkan menerusi projek Kajang Move sudah berakhir. Seperti dijangkakan awal-awal, kemenangan berpihak kepada PKR menerusi calonnya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Azizah mengutip sebanyak 16,741 undi manakala lawannya calon BN, Chew Mei Fun mendapat 11,363 undi. Majoriti ialah 5,379.

Majoriti berkurangan sebanyak 1,445 berbanding yang diraih calon PKR Lee Chin Cheh dalam pilihan raya umum lalu, sebanyak 6,824 undi. Kekurangan majoriti sudah dijangka sekiranya peratus mengundi berkurangan. Ternyata peratus keluar mengundi relatif berkurangan sebanyak 16.3%. Peratus keluar mengundi pilihan raya kecil 72.1% manakala pilihan raya umum 88.4%.

PKR dan pendokongnya berhak bergembira dengan kemenangan itu. Kemenangan itu menyelamatkan kerusi Dun PKR di Selangor. Tetapi ia bukan kemenangan sebenarnya. Langkah Kajang dianggap gagal apabila Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding kerana terhalang oleh keputusan mahkamah. Kegagalan Anwar itu menyebabkan pilihan raya kecil itu tidak membawa apa-apa makna.

Pilihan raya Kajang berlaku kerana kerusinya dikosong oleh penyandang Lee Chin Cheh, kerana hendak memberi laluan kepada Anwar untuk jadi MB Selangor. Apabila Umno menggunakan mahkamah untuk mengatasi strategi Anwar dan PKR, maka ia tidak lagi bererti. Dari sudut lain kejayaan usaha menghalang Anwar itu dilihat manifestasi kejahatan UBN ke atas PKR khasnya Anwar Ibrahim.

Oleh kerana kerusi sudah kosong dan tarikh pilihan raya kecil sudah ditetapkan, hendak tidak hendak PKR harus menyertai pilihan raya itu, sebagai mempertahankan haknya. Kegagalan Kajang Move menjadikan pilihan raya itu sebagai membazir dan tidak membawa apa-apa natijah besar. Tetapi itulah politik dan demokrasi kita.

Dalam usaha mempertahankan kerusi itu PKR menyandarkan kepada Dr Wan Azizah. Azizah adalah calon terbaik walaupun dia bukan wakil terbaik untuk mengambil alih tempat Abdul Khalid Ibrahim? Wan Azizah adalah wakil peribadi dan moral politik Anwar. Bagi saya Azizah tidak pantas untuk mengganti Khalid walaupun dia berjaya mengekalkan kerusi Kajang.

Langkah Kajang: Lensa Pengumuman PRK