Ahad, 23 Mac 2014

Kajang langkah awal ke Putrajaya – Dr Wan Azizah


KAJANG: Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan  kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebagai membuktikan keberkesanan 'Langkah Kajang'.
Beliau juga menyifatkan kemenangan ini sebagai langkah pertama menuju Putrajaya, dengan peningkatan undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda.
Kemenangan itu juga, katanya lebih manis apabila Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN.
"Peningkatan undi Melayu terhadap kita menunjukkan trend yang positif yang boleh memberikan kemenangan dan terus ke Putrajaya," kata beliau kepada media.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pusat penjumlahan undi, Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, sejurus selepas diumumkan sebagai Adun baru Kajang.
Dalam pada itu, Wan Azizah menjelaskan penurunan majoriti diperolehi PKR kali ini terkesan dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu.
Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi Dun Kajang yang memilih beliau sebagai wakil rakyat selain jentera parti dari PKR, PAS dan DAP yang bertungkus-lumus sepanjang kempen selama ini.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah PRK Kajang, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang berperanan sepanjang kempen ini," ujarnya.
Presiden PKR itu turut mengulangi komitmen untuk menunaikan semua perkara yang terkandung dalam manifestonya sebagai langkah awal khidmatnya kepada penduduk Kajang.
Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.

Kemenangan bukti langkah Kajang berkesan, undi muda meningkat – Kak Wan

KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi ‘Langkah Kajang’ dan sokongan pengundi muda.
Menurutnya, kemenangannya hari ini “lebih manis” kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
“Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan ‘Langkah Kajang’ berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali,” kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.
Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.
Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan itu menyaksikan sokongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu kembali kepada Pakatan Rakyat.
“Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat,” kata Anwar, lapor Malaysiakini.com.
Wan Azizah yang mewakili KEADILAN menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada PRK ini.

PRK Dun Kajang: Pembangkang Selangor tewas 16,741 undi

BANGI, 23 MAC: Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.
Calon parti pembangkang Selangor itu hanya mendapat 11, 362 undi manakala Dr Wan Azizah berjaya meraih 16,741 undi dan menang dengan majoriti 5,379 undi.
Chew Mei Fun sebelum ini turut tewas dalam PRU ke-12 ketika menentang Tony Pua di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara.
Kemenangan Dr Wan Azizah di Kajang bererti Dewan Undangan Negeri Selangor menambah seorang lagi wakil rakyat wanita, menjadikannya berjumlah 15 orang.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui laman sosial Twitternya berkata, Dr Wan Azizah akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April.
Ketika dihubungi Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya memberitahu beliau sangat yakin bahawa DUN Selangor akan mendapat manfaat daripada pengalaman Wan Azizah yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Meski dengan peratusan keluar mengundi sekadar 72%, KEADILAN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang walaupun diserang bertubi-tubi.
Sementara itu, Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada Dr Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini, lapor Malaysiakini.
Beliau juga berharap presiden KEADILAN itu dapat melaksanakan tugas sebagai ADUN Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan.
Azizah mengambil alih sebagai calon PRK Kajang setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum lima tahun penjara oleh mahkamah berhubung Fitnah Liwat 2 yang menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding.

Kak Wan declares Kajang Move a 'success'


Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.


PKR - 16,741

BN - 11,362

Undi ditolak; 107

Keluar Mengundi; 72.1%

Majoriti - 5,379

UNDI POPULAR: PR: 60%, BN : 40%
 
 

Wan Azizah wins Kajang by-election


PRK Dun Kajang: PKR menang majoriti 5,379 undi










PRK Dun Kajang: Dr Wan Azizah menang. majoriti keluar mengundi merosot dari 88% ke 72%..!!

BANGI 23 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu yang diumumkan hari ini.

Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan di sini hari ini, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16,741 undi dengan majoriti 5,379 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Kemenangan Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyaksikan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi berbanding yang diperolehi calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh majoriti sebanyak 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK hari ini hanya menyaksikan sejumlah 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pengundi di DUN Kajang keluar mengundi sebaik sahaja 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Jumlah tersebut, katanya, menurun sebanyak 16 peratus berbanding sewaktu PRU-13 iaitu 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.

PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 25








PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 24










(Pemimpin MCA Dan BN Hilang Tak Hadir..Ha..Ha..!!)

Wan Azizah: Setiap orang ada potensi jadi PM


Jika sebelum ini Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita menjadi perdana menteri, hari ini presiden PKR itu kedengaran optimis dan berpandangan bahawa setiap orang "mempunyai potensi" untuk memikul tanggungjawab itu.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya akan kemungkinan beliau akan menjadi perdana menteri wanita Malaysia yang pertama - seandainya 'Langkah Kajang' yang diatur PKR untuk menawan Putrajaya melalui pilihan raya kecil Kajang, menjadi kenyataan.

"Saya rasa setiap orang ada potensi," kata Wan Azizah sewaktu ditemui wartawan di bilik gerakan utama PKR selepas proses membuang undi tamat pada jam 5 petang ini.

Bagaimanapun tegasnya, khidmat kepada pengundi tetap menjadi keutamaan sekarang ini kerana keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang kali ini adalah satu "seruan" yang perlu disahutnya.

"Saya rasakan ini adalah satu seruan," katanya.

Kenyataan itu dibuat calon PKR itu selepas ditanya jika beliau bersedia memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat memandangkan sebelum ini beliau pernah memberikan bayangan mahu menumpukan lebih banyak masa bersama cucu dan keluarga.

PRK DUN Kajang: Sidang Media Pengerusi SPR (Petang)

PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 23







PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 22







PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 21