Sabtu, 22 Mac 2014

MH370: Flight into the unknown

Morsi supporters face mass trial in Egypt

Suhakam seru pelaksanaan efektif hasil UPR Malaysia kali kedua


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru pelaksanaan efektif laporan Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia kali kedua oleh Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di Geneva pada 20 Mac 2014.
Menurut Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam kenyataannya, daripada 232 syor yang diterima daripada negara ahli PBB, Malaysia menerima 150 syor dengan 113 syor diterima sepenuhnya, 22 syor diterima secara prinsip dan 15 syor lagi diterima secara sebahagian.
“Malaysia tidak menyokong 82 syor yang menyeru perubahan segera kepada undang-undang, peraturan dan dasar yang sedia ada atau perkara yang ia tidak bersedia untuk mempertimbang atau menyatakan kesanggupannya untuk melaksanakan pada masa ini,” ujar beliau.
Selain itu, Suhakam turut melahirkan kekesalan apabila syor mengenai penyertaan triti-triti utama hak asasi manusia, pembaharuan undang-undang negara dan pemansuhan hukuman mati tergolong tidak disokong oleh Malaysia.
“Suruhanjaya bimbang bahawa hal ini akan menghalang negara daripada meningkatkan rekod hak asasi manusianya dan juga dalam mencapai status negara maju menjelang akhir dekad ini,” ujar beliau dalam kenyataannya.
Syor penting lain yang tidak disokong ialah berkenaan Orang Asal/Asli, terutama sekali syor mengenai hak tanah mereka yang mana selari dengan syor dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia (Laporan NI).

Israeli troops kill Palestinians in West Bank

MH370: Scorpene tiada teknologi cari pesawat, kata Hisham

MH370: CCTV interviews mother of passenger

New satellite images show possible debris

Ships headed for Flight 370 search site

Search for the missing plane intensifies

Lebih Ramai Percaya MH370 Dirampas Daripada Terhempas?

Sudah dua minggu berlalu tetapi sehingga ini masih belum ada apa-apa berita mengenai pesawat MH370. Pada Sabtu 8hb Mac, kerajaan mengumumkan pesawat itu hilang daripada radar di perairan Vietnam dan mengesyaki ia mungkin terhempas di Laut China Selatan tetapi pada Sabtu seterusnya iaitu 15 Mac, Najib pula membuat pengumuman pesawat itu sebenarnya dikesan berpatah balik dan radarnya dimatikan dengan sengaja oleh seseorang yang berada di dalam kokpit.

Sejak itu pencarian tidak lagi dilakukan di Laut China Selatan tetapi sudah menjarak sehingga ke Lautan Hindi dengan jumlah negara, pesawat udara, kapal laut, radar dan anggota pasukan mencari dan menyelamat yang turut bertambah. Namun sehingga ini masih juga tiada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui.

Pada Sabtu seterusnya iaitu hari ini, ramai sebenarnya yang mengharapkan ada sesuatu pengumuman yang positif daripada kerajaan dan seterusnya merungkai misteri kehilangan pesawat yang sudah berlarutan selama dua minggu itu. Tetapi nampaknya Sabtu, 22 Mac ini tiada apa-apa berita daripada kerajaan.

Yang ada hanyalah beberapa penemuan yang makin membingungkan rakyat, lebih-lebih lagi waris mangsa. Jika sebelum ini kita diberitahu, antara muatan kargo adalah bertan-tan buah manggis, kini kita dibertahu lagi bahawa didalamnya terdapat bahan kimia lithium yang biasa digunakan untuk membuat bateri.

Selain itu kita juga diberitahu bahawa di antara 239 yang berada di dalam pesawat itu, 20 orang daripadanya adalah kakitangan Freescale Semiconductor yang berkemahiran tinggi dan mungkin menjadi perhatian pesaing industri yang bernilai tinggi.

Meskipun sejak Najib mengumumkan pesawat itu dimatikan radarnya secara sengaja dan didapati berpatah balik serta dikesan kali terakhir oleh satelit pada 8.11 pagi 8hb Mac, usaha mencari lebih ditumpukan ke Lautan Hindi seolah-olah ada keyakinan bahawa pesawat itu terhempas atau sengaja dijunamkan di kawasan paling di lautan tersebut.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan bahawa pihaknya turut menyiasat faktor bunuh diri juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah.

Di segi kerajaan, nampaknya mereka lebih meyakini pesawat itu terhempas dan lebih memedihkan ia juga menjurus kepada perbuatan sengaja yang dilakukan oleh juruterbangnya. Tanpa sebarang fakta dan bukti, itulah andaian berlegar setakat ini.

MH370: Keluarga penumpang dari China dimaklumkan penemuan imej objek


Imej satelit China yang dikesan di koridor selatan yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370. Imej satelit China yang dikesan di koridor selatan yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370. Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 warga China yang kini berada di Malaysia dimaklumkan tentang penemuan imej objek yang dikesan satelit China di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat itu.
Utusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata keluarga terbabit turut menerima maklumat itu daripada laman web sebuah stesen televisyen China.
"Saya sedang berjumpa dengan keluarga terbabit secara informal bagi memaklumkan berhubung penemuan baharu itu yang saya terima melalui kedutaan China di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di Sepang, hari ini.
Ditanya tentang reaksi keluarga berkenaan, Ong berkata walaupun sedih, mereka mahukan pengesahan ke atas objek itu sebelum membuat keputusan untuk tindakan seterusnya.
Imej statelit China dilaporkan mengesan objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370 itu terapung di koridor selatan, bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

MH370: Media tidak dibenarkan masuk ke Hotel Bangi-Putrajaya


Kawalan ketat yang dihadapi pihak media amat berbeza berbeza dengan situasi semasa membuat liputan di hotel sebelum ini yangmenempatkan keluarga penumpang. – Gambar The Malaysian Insider.Kawalan ketat yang dihadapi pihak media amat berbeza berbeza dengan situasi semasa membuat liputan di hotel sebelum ini yangmenempatkan keluarga penumpang. – Gambar The Malaysian Insider.Hotel Bangi-Putrajaya di Bangi yang menempatkan kira-kira 20 anggota keluarga penumpang warga Cina pesawat MH370, diberi kawalan ketat, di pintu masuk utama dan pintu-pintu masuk lain ke hotel tersebut.
Pihak media dihalang memasuki hotel tersebut dengan papan tanda bertulis "NO MEDIA AFTER THIS PATH" diletakkan di pintu masuk utama hotel, serta di pintu masuk ke tandas, ke lif dan kawasan di sekitar hotel.
Beberapa pengawal keselamatan hotel dan pengawal keselamatan Malaysia Airlines (MAS) yang lengkap berpakaian seragam turut kelihatan mengawal sekitar hotel tersebut.
Menurut seorang wartawan akhbar Cina dari Malaysia yang enggan mendedahkan namanya, situasi itu (kawalan ketat) berbeza dengan situasi yang dialami pihak media semasa membuat liputan di Hotel The Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di mana keluarga penumpang MH370 ditempatkan sebelum ini.
"Di kedua-dua hotel itu media boleh masuk, cuma tidak dapat mendekati keluarga penumpang," katannya.
"Berbeza di hotel ini (Bangi-Putrajaya) kerana pengawal mengawal keadaan sekeliling hotel dan saya juga disoal siasat sebaik kenderaan saya memasuki perkarangan hotel," katanya kepada Bernama hari ini.

Jangan bermimpi jadikan Wan Azizah PM wanita pertama, kata Zahid dengan egonya..!!!


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menyarankan Pakatan Rakyat agar tidak terus berangan-angan untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita pertama di negara ini.
Mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam bahawa Pakatan Rakyat mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid secara sinis berkata: "Jangan ada orang bermimpi pada waktu siang."
Beliau berkata demikian selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Kajang yang dahagakan pembangunan cenderung untuk memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.
"Sokongan terhadap Chew sangat positif. Mereka ingin melihat perubahan memandangkan wakil rakyat sebelum ini tidak menunaikan janjikan seperti yang terkandung dalam manifesto," katanya.

Najib Tumbang: Polis buka kertas siasatan terhadap Tian Chua


Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung keputusan mahkamah bagi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam akaun Twitternya pada 7 Mac lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima laporan polis semalam.
"Siasatan telah dibuka," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Kajang hari ini.
Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua mendakwa hukuman terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung kes liwat dijatuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan.
Semalam, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, terhadap dakwaan Tian Chua itu yang disifatkan amat tidak wajar.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Himpunan Reformasi 2.0 Stadium Kajang 21-3-2014 (Full Video)


M'sia jaguh kampung bidang akademik?


Buat kesekian kalinya kita mendapat khabar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baik, dan memberangsangkan.

Secara keseluruhan, keputusan SPM 2013 adalah lebih baik jika dibandingkan dari segi keputusan Gred Purata Negara (GPN), iaitu pada 4.93 mata berbanding dengan 5.08 mata pada 2012 (purata yang lebih kecil menunjukkan keputusan yang lebih baik).

Lebih ramai pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang A dalam semua subjek iaitu 13,970 pelajar berbanding 13,720 iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus dari tahun sebelumnya.

Keputusan juga menunjukkan peningkatan markah dalam subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Walau terdapat penurunan kecil dalam subjek Matematik, namun dalam subjek elektif, peningkatan telah didapati dalam 55 subjek termasuk Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains Gun.....

Pun begitu, bagaimanakah kita boleh yakin dengan keputusan ini adalah satu keputusan yang baik, sedangkan maklumat mengenai markah lulus dan gred dalam peperiksaan ini dikategorikan sebagai rahsia bawah Akta Rahsia Rasmi?

Kita sepatutnya berhak menilai sejauh mana keputusan ini boleh memuaskan tahap pencapaian pendidikan negara.

Sebenarnya, peratusan kelulusan semakin menurun berbanding dengan dengan tahun lepas, dengan hanya 85.5 peratus daripada calon berjaya dalam peperiksaan tersebut, berbanding dengan 91.2 peratus pada tahun 2012.

Angka calon yang gagal amat besar sekali, iaitu kira-kira 68,208 orang calon daripada 470,395 calon. Kementerian perlu menyiasat kenapakah begitu ramai calon keciciran, dan seterusnya menjelaskan kenapakah keadaan ini berlaku.

Sebaiknya kita juga membandingkan prestasi negara di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana, bila masa kita  membandingkan dengan negara-negara lain, contohnya dalam keputusan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS) dan Programme for International Student Assessment (PISA), hakikatnya berlainan sama sekali.

Laporan TIMMS mendedahkan penurunan prestasi  Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.

Masa depan pendidikan

PRK Dun Kajang: Jangan 'over confident', keluar mengundi esok

KAJANG: Pengundi N25 Kajang jangan terlalu yakin dengan ramalan awal berkaitan kemenangan Pakatan Rakyat membuatkan mereka tidak keluar mengundi esok.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud teruja dengan sambutan pengundi Kajang terhadap calon, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang amat memberangsangkan.

"Jadi kita rasa calon kita menang tapi kita kena ingat jangan 'over confident' sehingga kita tidak keluar mengundi.

"Masing-masing kalau dah kata kita menang jadi tak payahlah keluar mengundi. Jangan tak keluar mengundi. Saya minta semua mesti keluar mengundi," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR petang tadi.

Bagaimanapun beliau menyeru agar para pengundi N25 Kajang keluar mengundi awal pagi esok kerana dijangkan hujan di sebelah petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
 
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di Dun itu pada pilihan raya lepas.

Esok adalah hari penentu bagi kedua-dua calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun untuk dipilih menjadi menjadi wakil rakyat Kajang yang baru.

PRK Dun Kajang: Polis jamin keselamatan pengundi

KAJANG: Polis memberi jaminan kawalan keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang esok berada pada tahap tertinggi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata orang ramai tidak perlu bimbang atau ragu-ragu untuk keluar mengundi kerana lebih 3,000 anggota polis, termasuk 800 polis trafik, telah ditempatkan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

"Di pihak polis, kami bersedia sepenuhnya. Saya ingin memberi jaminan kepada penduduk Kajang tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami akan membantu anda jika ada keperluan.

"Tiada perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku esok... kami bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Shukri berkata semua kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan memasuki kawasan Kajang bermula 12 tengah malam ini sehingga 4 petang esok untuk mengelak kesesakan lalu lintas selain memudahkan orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Semua kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kajang, khususnya di Bandar Kajang yang jalannya agak sempit, hanya bas awam dibenarkan," katanya.

Azizah : Saya tak kisah majoriti, menang tetap menang

Elizabeth : Dalang pasang 'banner' maki hamun Pakatan

Hari terakhir kempen diwarnai cat merah

Wacana Menjelang Kajang Episod 3: Negeri Pakatan Rakyat, berjaya atau gagal?

Wan Azizah denies PM aspirations, MB ouster plot

Molotov cocktail thrown at PKR operations room in Kajang

PKR denies spreading Chew maid abuse leaflets

MH370: Transkrip komunikasi didedah akhbar tak tepat: DCA

Lim Guan Eng: Kak Wan Pemimpin Bukan Hanya Untuk Kaum Wanita, Tapi Untuk Rakyat Malaysia

MH370, hilang dengan 1001 persoalan dan kelemahan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
Semalam, genap 14 hari atau lebih tepat lagi 336 jam, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 jenis Boeing 777-200 hilang daripada radar dunia bukan sahaja Malaysia, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.
Nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu, terus menjadi tanda tanya ketika sanak saudara mereka berkumpul di Kuala Lumpur dan Beijing menunggu dan mengira setiap detik bagi mendapatkan berita sebenar apa yang terjadi dan pengakhiran kisah MH370 yang ghaib sejak 8 Mac lalu.
Tidak dinafikan sepanjang dua minggu ini juga, buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia dengan berita mengenai kehilangan pesawat MH370 menghiasi dada akhbar serta siaran televisyen utama dunia.
Bukan itu sahaja, kehilangan pesawat ini turut menjadi topik paling utama dalam media sosial dunia sama ada Facebook, Twitter dan sebagainya, selain pelbagai idea, persoalan, teori dan gambaran dilaporkan di blog-blog peribadi.
Namun, semua persoalan dan teori yang dilempar dan diberikan terhadap kehilangan pesawat yang lebarnya kira-kira 200 kaki ini, secara tidak langsung akan menulis sejarah baru dalam industri penerbangan dunia untuk abad ke-21 ini.
Pada masa sama ia juga membuka mata semua pihak sama ada di pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengenai dasar pertahanan negara terutama sekali keselamatan ruang udara negara.
Tanpa kita sedari seluruh dunia membuat pelbagai analisis terhadap kehilangan pesawat MH370 ini, termasuk juga analisis terhadap kelemahan pertahanan ruang udara Malaysia.
Timbul juga persoalan terhadap keselamatan lapangan terbang negara terutama sekali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengenai penggunaan pasport curi serta  palsu untuk keluar masuk ke Malaysia yang digunakan dua penumpang yang menaiki pesawat MH370.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia, saya berpendapat tahap keselamatan negara bukan sahaja di KLIA atau klia2 selain semua lapangan terbang dan pintu masuk darat serta laut perlu dipertingkatkan dengan segera.
Mengambil contoh klia2 yang akan beroperasi pada 2 Mei ini, dan dijangka dapat mengendalikan penumpang sehingga 45 juta orang.  Jika ditambah dengan KLIA, sekurang-kurangnya jumlah penumpang yang akan keluar dan masuk di negara ini, hampir 100 juta orang.
Berikutan itu, seharusnya semua pintu masuk dan keluar negara ini, perlu dilengkapi kemudahan pangkalan data penjenayah bukan sahaja yang membabitkan peringkat domestik tetapi juga rantau Asia dan antarabangsa.
Pada zaman teknologi jenayah yang sentiasa cuba mengatasi teknologi pemantauan serta pencegahan pihak keselamatan, kerajaan perlu berbelanja dalam soal keselamatan, dengan memastikan semua pintu masuk negara sama ada udara, darat dan laut mempunyai pangkalan data penjenayah yang dihubungkan ke pangkalan Interpol.

SHAME ON YOU, MAHATHIR! If anyone destroyed Malaysia, it is YOU!

So, Dr Mahathir Mohamad, in his recent lecture at University Malaya wants to be remembered as the man who helped 1% of the country’s population become super-rich, while Najib Abdul Razak, his blue eye boy will be the Prime Minister who is impoverishing the middle- and lower-income group through his drastic subsidies cut and GST?
SHAME ON YOU, MAHATHIR! If anyone destroyed Malaysia, it is YOU!Mahathir must not forget his squabble with Australian Prime Minister, Paul Keating in his early years as a prime minister. Keating had called him the ‘recalcitrant’, a word that many Malaysians initially took offence against during the early nineties. He was also snubbed by the US Vice President Al-Gore within the same decade. It cannot be that a national leader should come under the criticism of two world leaders.
If anyone, Mahathir destroyed Malaysia
Looking back, Mahathir was indeed the recalcitrant character that has destroyed Malaysia. After nearly 60 years as a nation, we are still fighting who has the right over the use of the word, Allah, and whether the State Enactments were meant to restrict the freedom of non-Muslims to use the so-called Islamic words or merely to protect the shallow-faith Muslims from being easily influenced by words in the way people who are not Muslims.
We are still fighting over race and religion. With the Biro Tata Negara (BTN) that was introduced during his time, many of the people in his generation have been brainwashed that they cannot think beyond the coconut shell that they have found themselves in.
Mahathir said that it was not cronyism, but we as a nation, need the rich people. While it is true that there are some who have become philanthropists, and they deserve the respect from the people, there are others who are hoarding the limelight for the wrong reasons.
Even in Mozambique, they are accused of cheating
Recently, the son of Rosmah Mansor from her first marriage was in the limelight bringing shame to the country. At the same time, a British judge said that a Malaysian couple is clogging precious court time trying to contest a divorce in England. We can go on and on with a hundred and one examples but I want to remind Mahathir of his trip to Mozambique.
In Mozambique, Malaysians have a bad name. The then Southern Bank went on a delegation led by Dr Mahathir himself. It started a branch office there, which subsequently had to be closed down, with many Mozambicans felt they were cheated of their life’s savings!
Not to mention the Perwaja failure which cost the country billions of Ringgit, Mahathir was supposed to start another Proton factory in Mozambique, with his one “mega” dream to expand into the African market, but until today, the Proton cars are still rare in that part of the world. This is what has happened to our country’s coffers over the entire period when he was prime minister.
22 years and unable to build up talent

Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari MH370

MELBOURNE: Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
  
Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi ini, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.
  
Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.
  
"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.
  
Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren, katanya kepada akhbar itu.
  
Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.
    

MH370: Imej baru satelit papar objek di Lautan Hindi

 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin hari ini mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang ini, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22 meter panjang dan 30 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

MH370: Pusat media dipindahkan ke PWTC mulai Ahad


Pusat media di Hotel Sama-Sama akan berpindah ke PWTC yang mempunyai kemudahan bagi memenuhi keperluan media. - Gambar The Malaysian Insider.Pusat media di Hotel Sama-Sama akan berpindah ke PWTC yang mempunyai kemudahan bagi memenuhi keperluan media. - Gambar The Malaysian Insider.Pusat media bagi petugas yang membuat liputan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pengangkutan hari ini.
Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di Sepang hari ini berkata langkah itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 minggu ini.
"PWTC dipilih bagi penempatan semula itu disebabkan kemudahan dan ketersediaan bilik hotel di kawasan berhampiran yang dapat memenuhi keperluan media," menurut kenyataan kementerian.
Persidangan media baharu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, di Aras 2 PWTC dan tempat bekerja petugas media pula terletak di Dewan Mawar, Aras 2.

MH370: Waris penumpang China tuduh pegawai M'sia pembunuh


Waris penumpang warga China dalam pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kemarahan mereka terhadap para pegawai Malaysia dan menuduh mereka membunuh, semasa taklimat di Beijing.

Menurut laporan AFP, para pegawai tersebut berada di Hotel Lido untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang tentang status usaha mencari dan menyelamat yang kini masuk ke minggu ketiga hari ini.

Pihak polis terpaksa campur tangan untuk menghalang mereka daripada menyerang delegasi tersebut, yang terpaksa meninggalkan bilik tersebut.

"Kerajaan Malaysia menipu kita. Mereka tidak berani berdepan dengan kami. Kerajaan Malaysia adalah pembunuh terbesar," jerit seorang ahli keluarga di taklimat itu .

Pegawai Malaysia Airlines mengadakan taklimat setiap hari kepada keluarga penumpang terbabit tetapi reaksi hari ini adalah antara yang paling panas.

"Kerajaan Malaysia, beritahulah kita yang benar! Pulangkan orang-orang yang kita sayangi!" jerit seorang ahli ahli keluarga.

MH370: Polis campur tangan kawal keluarga penumpang serbu pegawai Malaysia di Beijing


Salah seorang anggota keluarga penumpang penerbangan MH370 meneriak sebagai membantah kekurangan maklumat daripihak pihak berkuasa Malaysia, di sebuah hotel di Beijing, hari ini. – Gambar Reuters, 22 Mac, 2014.Salah seorang anggota keluarga penumpang penerbangan MH370 meneriak sebagai membantah kekurangan maklumat daripihak pihak berkuasa Malaysia, di sebuah hotel di Beijing, hari ini. – Gambar Reuters, 22 Mac, 2014.Polis China terpaksa campur tangan hari ini apabila keluarga penumpang MH370 menyerbu pegawai Malaysia di hotel Beijing ketika menuntut jawapan mengenai nasib keluarga mereka yang menaiki pesawat malang itu.
Ia berlaku di Hotel Lido, Beijing, ketika pencarian antarabangsa untuk pesawat Boeing itu masuk minggu ketiga.
Keluarga penumpang yang terlibat masih berharap mereka masih hidup dan mendakwa Malaysia sedang menyembunyikan sesuatu mengenai kes itu.
Seramai 153 warganegara China berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing, 8 Mac lalu.
Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
"Kerajaan Malaysia, beritahu kami apa yang sebenarnya! Kembalikan orang yang kami sayang!" jerit mereka ke arah pegawai Malaysia yang menyertai sesi penerangan itu.
Hotel itu menganjurkan penerangan harian oleh wakil syarikat penerbangan itu untuk keluarga penumpang.

MH370: Apa sudah jadi dengan radar Markoni

KAJANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa sistem radar tidak dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu ketika melintasi ruang udara dan perairan negara.

Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.

"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Tak akan ditutup?

"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu. Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.

Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn digesa meletakkan jawatannya jika  gagal menjawab kegagalan radar tersebut berfungsi pada hari kejadian itu.

Radar tidak ‘kesan’ MH370, Hishamuddin patut letak jawatan

mh370 pcSHAH ALAM 22 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk meletakkan jawatan jika masih enggan memberi penjelasan berhubung dakwaan kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat MAS, MH370 yang hilang.
Ketua Pembangkang itu berkata, kegagalan radar itu bukan perkara main-main kerana membabitkan keselamatan negara serta wajar diberikan perhatian serius.
Katanya, meskipun negara dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), misteri MH370 merungkai kini persoalan baru yang perlu dijawab Hishamuddin.
“Apa sebenarnya jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?
“Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta,” katanya ketika berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada pagi 8 Mac lalu sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada minggu pertama, misi mencari dan menyelamat sekadar tertumpu di perairan laut China Selatan namun pada hari kesembilan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat berkenaan melintas Semenanjung Malaysia untuk ke Selat Melaka.
“Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian.

MH370: Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan dalam simulator juruterbang, menurut laporan


Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370. Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370. Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.
Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.
Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan.

PRK Dun Kajang: Khalid kekal MB Selangor, kata Dr Wan Azizah


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini berkata beliau tidak tahu jika pertukaran jawatan menteri besar Selangor akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berakhir.
Presiden PKR itu berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi kekal sebagai menteri besar di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.
“Khalid masih lagi menteri besar. Tak, saya tidak tahu (akan berlaku pertukaran menteri besar),” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan PKR di Kajang, petang tadi.
Dr Wan Azizah menggantikan suaminya, yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di DUN Kajang selepas Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Anwar sebelum ini dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya beliau menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas memenangi kerusi DUN Kajang.
Anwar juga penasihat ekonomi Selangor.
Dr Wan Azizah akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dalam pertandingan satu lawan satu esok.
Kerusi DUN Kajang sengaja dikosongkan penyandang, Lee Chin Cheh daripada PKR untuk membolehkan Anwar menyertai barisan kepimpinan negeri Selangor.

PRK Dun Kajang: DS Wan Azizah tidak kisah majoriti, pemimpin PKR sasar majoriti meningkat


Ketika PKR mensasarkan peningkatan majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, calon mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (gambar) berkata beliau tidak memikirkan soal majoriti yang dimenangi mereka, sebaliknya cukup sekdar memenangi kerusi berkenaan.
PKR melalui calon mereka, Lee Chin Cheh memperolehi lebih 6,824 undi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila memperoleh 19,571 undi menewaskan lima calon lain termasuk calon Barisan Nasional (BN) Lee Ban Seng yang hanya memperoleh 12,747 undi.
"Saya tidak kisah majoriti, menang itu tetap menang," kata Dr Wan Azizah ketika sidang media di Bilik Gerakan PKR, di Kajang hari ini.
Dr Wan Azizah akan berhadapan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dalam PRK Kajang yang dijadualkan berlangsung esok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan Elizabeth Wong bagaimanapun ketika sidang media sama berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan peningkatan majoriti, namun ia bergantung kepada peratusan pengundi yang keluar mengundi.
"Kita harapkan untuk meningkatkan majoriti berbanding PRU13.
"Tetapi ini adalah berdasarkan pengundi yang keluar, mungkin peratusan undi yang keluar akan turun itu beri kesan.
"Kita telah sedaya upaya sampaikan mesej untuk pengundi keluar mengundi," katanya.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata parti itu mempunyai strategi khusus untuk meningkatkan majoriti mereka dalam PRK kali ini.
"Untuk menang itu memanglah, teapi kita ada strategi.
"Jika pengundi keluar mengundi ramai, kita akan memperolehi peningkatan majoriti," katanya.

PRK Dun Kajang: Molokov cocktail diletak di bilik gerakan PKR


KAJANG: Sehari sebelum pengundi Kajang membuat pilihan untuk memilih wakil rakyat, kempen ganas dan kotor terus mencemari kempen pilihan raya kecil Dun Kajang.

Sebutir molokov cocktail didapati mencemari bilik gerakan PKR awal pagi tadi, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Insiden tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 3 hingga 6 pagi itu berlaku di Bilik Gerakan Taman Kajang Baru, bagaimanapun tidak meletup.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr. Xavier Jayakumar pada sidang media, di Bilik Gerakan Utama di Sungai Sekamat, petang ini.

PKR telah membuat laporan polis pada jam 11 pagi tadi bagi menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut.

PRK Dun Kajang dan 'cult politics'

A KADIR JASIN
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang, macam juga pilihan raya lain di negara kita, masih mirip kepada hal-hal berkaitan peribadi.

Esok, Ahad 23 Mac pemilih Adun Kajang akan keluar mengundi. Berpandukan aliran semasa dan sejarah pengundian, Pakatan Rakyat melalui PKR akan mengekalkan kerusi itu.

Berbalik kepada kecenderungan yang semakin menular ke arah “cult politics,” adalah tidak memeranjatkan yang agenda, dasar dan peruntukan kewangan tidak dapat mengatasi isu watak dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau Anwar Ibrahim menjadi “cult figure” dalam PRK Kajang.

Kalau benar sekali pun laporan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Mohd Yassin, telah menggesa Puteri Umno supaya mengingatkan pengundi Kajang agar tidak terpengaruh dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sedang berdoa ia tidak akan memberi kesan besar kepada penyokong pembangkang.

Lagipun orang Islam digalakkan berdoa. Muhyiddin sebagai anak orang alim tentu mengakui dan menghormati doa dan hak seseorang berdoa.

Rafizi Ramli: Kalau Sistem Negara Itu Tidak Adil, Dia Tidak Akan Berlaku Adil Kepada Semua Orang

Saifuddin Nasution: Grand Finale Reformasi 2.0 Akan Dimaklumkan Di Kuala Lumpur

Nurul Izzah: Shame On U, Election Commission, For Being The Political Tool Of The Government

PRK Dun Kajang: EDISI KHAS







Gobind Singh: Najib, Kalau Kamu Ingat Boleh Gunakan Undang2 Untuk Menzalimi Rakyat, You Are Wrong!

PEKIDA SANGGUP BERMANDIKAN DARAH...!!!!

PEKIDA ni meroyan lagi. Dalam isu anti hadis Kassim Ahmad, mereka senyap sunyi. Dalam isu khurafat 'raja bomoh'mereka juga senyap sunyi. Hanya berkokok, ekor bergelumang tahi. Tambah pilihanraya Kajang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Macam itulah taktik kotor NGO pro UMNO.

Kalau betul PEKIDA sanggup mandi darah kerana mempertahankan Islam, kenapa tak 'mandi junub' bila melihat ada beberapa orang dah mati dalam Future Music Festival di Bukit Jalilkonsert Festival Asia hari itu. Islam jenis apa PEKIDA ni? Islam jadi-jadian? Sudahlah. Orang dah bosan.

Mohon jangan gelak kuat sangat sebab nanti PEKIDA malu ..

JABI - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sanggup bermandi darah demi mempertahankan agama dan tanah air termasuk berkaitan kalimah ALLAH.

Presiden Pekida, Datuk Jamaluddin Yusof berkata, ahli di seluruh negara sentiasa menggembleng tenaga untuk menjaga dan berjuang di atas nama ALLAH SWT dalam menjaga agama, bangsa serta negara.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat penubuhan Pekida bagi menegakkan agama Islam, selain menyatukan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan ideologi.

“Oleh itu, ahli Pekida diingatkan agar menyertai pertubuhan ini bukan kerana ada maksud lain seperti untuk menghadapi kumpulan samseng, mendapat pengaruh dalam politik atau sebagainya,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pekida Besut di Lata Belatan, di sini. Hadir sama, wakil Adun Jabim, Ayahanda Pengerusi Pekida Terengganu, Kamaruzaman Idris dan Ayahanda Pekida Besut, Abdul Aziz Muda.

Dalam pada itu, Jamaluddin berharap ahli Pekida dapat bangun daripada lena dan bersemangat dalam perjuangan, selain sentiasa menjaga imej serta nama baik Pekida.

Menurut beliau, ahli juga perlu mengubah tanggapan sesetengah masyarakat bahawa Pekida merupakan sebuah pertubuhan samseng, sedangkan Pekida bukan seperti yang dimaksudkan.

“Kita perlu mengubah pandangan orang, daripada takut dan gerun kepada kita (Pekida), kepada hormat atau segan kepada kita dengan banyak melakukan kebajikan, membantu sesama ahli dan sebagainya,” katanya.

MH370: Antara Teori Lojik Akal VS Al-Quran

Oleh Mizichi

"Assalamualaikum muslimin-muslimat yang dihormati dan dirahmati Allah. Bismillahirrahmanirrahim. Artikel ini ditulis adalah diluar jangkauan otak manusia dan saya tidak paksa anda mempercayainya. Ianya dari naluri saya yang yakin terhadap kuasa Allah yang melindungi kita semua. Insya Allah.
Dua minggu telah berlalu sejak 8hb. Mac 2014, namun 9M-MRO-Boeng 777-200ER-MH370 hanya tinggal nama tanpa bayangannya pun. Pencarian menjadi jalan buntu. Pelbagai teori dikemukakan tapi semua hanya tinggal teori sahaja. Hanya teori ini yang dapat merungkai misteri hilang kapalterbang tersebut.

Perhatikan betul-betul ayat-ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ini:
Ayat 27:
Orang fasik iaitu orang-orang yang merombak(mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkan dan memutuskan perkara yang disuruh oleh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.
Ayat 61:
Nabi Musa menjawab “Adakah kamu mahu menukarkan sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana disitu kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu disebabkan mereka kufur(mengingkari) ayat-ayat Allah(perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesarannya). Dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.
Ayat 102:
Sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidak lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Ayat 146:
Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu.
Ayat 148:
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah(kiblat) yang masing-masing menujunya.
** (dalam keadaan kecemasan Kapten Zaharie berpatah balik mencari arah kiblat (koridor utara) menuju arah kaabah dari Laut Cina Selatan(LCS). InsyaAllah semua selamat.
Ayat 160:
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki(amal buruk mereka) serta menerangkan(apa yang mereka sembunyikan): maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka.
Ayat 244:
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah(kerana mempertahankan ajaran kebenaran agamanya).
Ayat 245:
Siapakah orangnya yang(mahu) memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik(yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan(ingatlah), Allah jualah Yang menyempitkan dan Yang meluaskan(pemberian rezeki), dan kepada-Nya-lah kamu semua dikembalikan.
Ayat 248:
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan kebenarannya dari Allah) ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi(sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan berisi sebahagian dari apa telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun: Peti Tabut itu dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

MH370: Malaysia Airlines dakwa bateri selamat, patuh peraturan

Berhubung satu laporan mengenai bungkusan bateri litium ion adalah daripada kargo MH370, Malaysia Airlines hari ini menerusi satu kenyataan menjelaskan bateri tersebut selamat dan mematuhi peraturan penerbangan.
Syarikat penerbangan itu berkata, bateri litium ion itu mengikut peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) setelah diklasifikasikan sebagai ‘barangan tidak merbahaya’
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan tabloid British, Daily Mail membuat spekulasi bungkusan bateri dalam pesawat MH370 boleh menyebabkan kebakaran dalam pesawat.
Laporan itu menyebut, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya mengakui pesawat itu membawa bateri litium ion mudah terbakar.
Jauhari dalam sidang media pada Isnin berkata, pesawat itu membawa tiga ke empat tan manggis ke China dan tiada barang bahaya di dalam kargo.
Dakwaan terbaru membawa spekulasi kebakaran antara penyebab pesawat itu hilang sejak dua minggu lalu.
ICAO mendefinisikan barangan berbahaya sebagai sesuatu yang mengundang risiko kepada kesihatan, keselamatan, harta atau persekitaran.

Ping semakin pudar ketika pencarian MH370 masuk hari ke-15


Operasi mencari MH370 akan menjadi lebih sukar apabila bateri kotak hitam habis. Gambar fail.Operasi mencari MH370 akan menjadi lebih sukar apabila bateri kotak hitam habis. Gambar fail.Dengan masih tiada petunjuk daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang di sebalik pencarian besar-besaran oleh lebih 25 negara, harapan kini terletak kepada menjejaki ping daripada isyarat pengesan kedudukan pesawat sebelum ia kehabisan bateri.
Jangka hayat bateri itu kini masih berbaki setengah dan apabila bateri yang dipasang kepada silinder aluminium kecil itu mati, dijangka sekitar 6 April, kerja mengesan data penerbangan dan rakaman suara kokpit akan jadi lebih sukar, lapor CNN.
Ping itu sendiri bukan luar biasa, lapor Anish Patel, presiden pembuat isyarat Dukane Seacom Inc, seperti dikatakan. Hakikatnya, ia tidak boleh didengar oleh telinga manusia.
Setiap pesawat komersial perlu mempunyai pinger, atau dikenali sebagai isyarat pengesan di bawah permukaan air, untuk membantu mengesan pesawat hilang itu. Satu dipasang kepada perakam data pesawat dan satu lagi kepada perakam suara kokpit.
Pinger itu akan diaktifkan apabila dibenam dalam air atau air masin, dan mengeluarkan isyarat pada 37.5 kilohertz.
Untuk mengesan isyarat, pencari mengheret hidrofon di belakang bot, menjatuhkan ia daripada kapal atau kapal terbang, atau menggunakan kapal selam yang dilengkapi dengan peralatan khas, lapor CNN.
Di bawah keadaan laut yang baik, pinger boleh didengar pada jarak 2 batu nautika. Tetapi, ombak tinggi, latar belakang bising, bangkai atau kelodak boleh menyebabkan semakin sukar pinger untuk mengesan pesawat itu.
Mendapatkan perakam data pesawat adalah perkara asas untuk penyiasat berharap menyelesaikan misteri kehilangan MH370.
Patel berkata, selepas 30 hari, bateri perakam data pesawat akan terus memberikan kuasa dan isyarat itu akan menghantar ping, tetapi outputnya akan jatuh dengan cepat.

MH370: Pakar yakin bateri Lithium di ruang kargo terbakar

Oleh AIMEE TURNER
BERITA bahawa penerbangan MAS MH370 yang hilang ada membawa muatan bateri lithium-ion yang mudah terbakar tidak langsung memeranjatkan bekas ketua keselamatan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (USFAA). 
Billie Vincent, yang pernah bertugas sebagai ketua Pentabiran Keselamatan Penerbangan Awam, (FAA), sejak awal lagi berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk mengesyaki anak-anak kapal sebagai pensabotaj dalam hal kehilangan penerbangan MAS MH370 ini.

Sebaliknya, beliau melihat bahawa anak kapal penerbangan berkenaan mungkin telah berusaha berhempas pulas  cuba menyelamatkan pesawat sehinggalah ke saat beliau sendiri tumpas kepada kebakaran yang memusnahkan penerbangan berkenaan. Kebakaran yang berlaku mungkin berpunca dari bateri lithium-ion yang sifatnya mudah terbakar di dalam ruang kargo pesawat. Kalau pun ada kemungkinan api berpunca dari sumber lain tetapi kehadiran bateri berkenaan di dalam kargo pesawat berupaya menyemarakkan kebakaran dengan cepat.      
Vincent merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam merumus polisi berkaitan pengurusan krisis dalam mengendalikan kes-kes rampasan kapal terbang di Amerika Syarikat dalam tahun 1980-an.
Beliau juga mengetuai Agensi Marshal Udara Persekutuan (pasukan bersenjata), sebuah agensi di bawah FAA dan menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes pengeboman pesawat Pan Am 103 oleh kumpulan pengganas.
Selepas menamatkan perkhidmatan dengan FAA, beliau mengetuai sebuah firma perundingan antarabangsa yang telah mendapat kontrak merangka dan melaksanakan sistem keselamatan untuk lapangan terbang antarabangsa Malaysia, KLIA.
Dari lapangan terbang inilah pesawat MH370 berlepas pada 12.41 pagi, Sabtu, 8 Mac 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Ianya hilang dari radar dalam penerbangan ke Beijing pada jam 1.21 pagi setelah membuat transmisi radio yang terakhir pada 1.19 pagi. 
Pegawai-pegawai dari pihak berkuasa Malaysia mengesyaki bahawa seseorang di dalam pesawat telah mematikan Sistem Laporan dan Penyampaian Komunikasi (ACARS) pesawat berkenaan dan kemudiannya mematikan transponder pesawat menyebabkan terputusnya perhubungan pesawat dengan pusat kawalan trafik udara.
Denyutan elektronik (pings) yang ditransmisikan oleh pesawat secara automatik ke satelit Inmarsat menunjukkan bahawa penerbangan MH370 berkemungkinan telah dengan sengaja dilencongkan dan terbang ke hala utara merentasi kawasan Asia Tengah atau ke hala selatan merentasi Lautan Hindi.

DENYUTAN ELEKTRONIK
Dalam satu temubual eksklusif dengan Air Traffic Mangement.com, Vincent menolak kemungkinan bahawa sebutir bom telah diletupkan di dalam pesawat kerana sekiranya hal ini berlaku maka bahagian dalam pesawat musnah dan sistem tekanan udara pesawat rosak. Ini tidak berlaku.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa denyutan elektronik yang diterima oleh satelit menunjukkan bahawa pesawat MH370 terbang berterusan selama sehingga 7 jam selepas hilang dari radar, menunjukkan bahawa “aerostructure” pesawat berkenaan dalam keadaan baik.
Berasaskan kepada serpihan-serpihan yang dikesan di kawasan yang terletak 1,550 batu ke barat daya Perth, dan berasaskan kepada denyutan elektronik yang terakhir yang di terima oleh satelit Inmarsat, Vincent berpendapat bahawa pesawat tidak lagi di bawah kawalan juruterbang atau pembantu juruterbang sehingga ia akhirnya, mungkin terhempas.
 “Data-data yang didedahkan setakat ini berkemungkinan menunjukkan bahawa masalah yang menimpa pesawat ada kaitannya dengan bahan berbahaya yang dibawa oleh pesawat.
“Senario yang berlaku bermula dengan kebakaran bahan berbahaya ini di ruang kargo – kerana bahan berkenaan tidak dibungkus dengan cermat mematuhi peraturan yang ditentukan atau pun bahan berkenaan diterbangkan secara menyalahi undang-undang atau kedua-duanya sekali,” jelas  Vincent.

BATERI LITHIUM-ION

Politik Fitnah: Mesej ‘Demi Selangor’ fitnah, cubaan lagakan pimpinan PR - Ts Khalid

mesejSHAH ALAM 22 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej yang tersebar bertajuk ‘Demi Selangor’ yang cuba mengeruhkan hubungan erat pimpinan Pakatan Rakyat di hari akhir sebelum pengundian PRK Kajang esok.
Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat.
“Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru,” kata Abdul Khalid.
Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain.
Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang.

4 bekas tokoh Umno seru pengundi Dun Kajang tolak BN

KAJANG: Empat bekas tokoh Umno berkongsi pentas yang sama dan menyeru pengundi menolak BN khususnya dalam PRK Dun Kajang.
Mereka yang menyampaikan ceramah terdiri daripada Dato’ Tamrin Tun Ghafar yang menyertai PAS sejak 2012; bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh; bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Lajim Ukin; dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sharif Omar yang baru mengumumkan menyertai KeADILan pada 14 Mac lalu.

Kesemua bekas pimpinan Umno itu berucap dalam satu ceramah bertemakan “Tiada Esok Bagi Umno BN” di Tapak Karnival Usahawan, Jalan Jerlok 9, Kajang. Dalam ucapannya, Tan Sri Sharif Omar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan seluruh jentera Umno untuk menzalimi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
“Semasa saya jadi Timbalan Pengerusi Perhubung an Umno Pulau Pinang, disuruh buat mesyuarat panggil ketua cabang, untuk sokong tindakan pemecatan yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim,” ujarnya.
Mohd Shariff menyerahkan borang keahlian menyertai KeADILan ketika ceramah di Kajang, pada Jumaat malam, 14 Mac lalu.

Menangkan Wan Azizah, dari Kajang ke Putrajaya

BjQtrc5CQAAsmddaKAJANG 22 MAC: Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menggesa pengundi untuk menghadiahkan kemenangan besar kepada calonnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau percaya kemenangan Presiden PKR itu di Kajang bakal membuka laluan lebih baik buat PR untuk menakluk Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak oleh Umno-BN, tidak boleh bertanding (pilihan raya) siapa tahu kita mungkin akan berpeluang mempunyai Perdana Menteri pertama wanita di negara ini.
“Jadi pastikan anda semua memberi undi anda kepada calon Datuk Seri Dr. Wan Azizah pada hari Ahad ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penyokong pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.
wan azizah ceramah pandan indah2Wan Azizah berdepan satu lawan satu dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga merupakan Naib Presiden MCA.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan jentera parti dan para pengundi untuk terus mengukuhkan barisan di saat-saat akhir PRK Kajang dalam menghadapi serangan Umno-BN.
“Kita mesti menghentikan kebobokan Umno-BN lebih-lebih dalam saat Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah.
“Pengundi perlu menzahirkan mesej jelas kepada pemerintah bahawa mereka tidak boleh buat sewenang-wenangnya,” pesannya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa rakyat Kajang untuk menzahirkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan difitnah dan dianiaya Umno-BN pada peti undi Ahad ini.

PRK Dun Kajang: SPR jangka lebih 80% keluar mengundi esok

KAJANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
  
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.
  
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.
  
Pada masa sama beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.
  
Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di Dun itu melaksanakan tanggungjawab mereka.
  
Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.
  
Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.
  
Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.

Ust. Tuan Ibrahim: Kajang Menjadi 1 Medan Penting Kerana Pilihanraya Diadakan Di Saat Anwar Difitnah

Husam Musa: Sekarang MCA Adalah Tukang Cuci Pinggan Mangkuk UMNO Sahaja

Lim Guan Eng: Isu MH370 Telah Menunjukan Kepada 1 Dunia, Kerajaan Malaysia Tak Boleh Dipercajai

'Bomoh Bubu Jangan Suka-Suka Nak Tampar Orang'

Kak Wan Bersama 10,000 Penyokong & Kerlipan 'Cahaya' Di Kajang

Reformasi 2.0 digerakkan seluruh negara


KAJANG: Pakatan Rakyat bertindak melancarkan Reformasi 2.0 secara besar-besaran, di Stadium Kajang, malam tadi.

Pelancaran Reformasi 2.0 itu yang bermula di Kajang, seterusnya akan digerakkan di seluruh negara, sebelum kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata selepas pelancaran semalam, Reformasi 2.0 akan digerakkan di Sarawak pada 25 Mac, diikuti Sabah pada 26 Mac.

"Manakala, pada 27 Mac di Johor, 28 Mac di Kelantan, dan 29 Mac di Kedah. Finalnya akan diadakan di Kuala Lumpur," kata beliau.

Selain pelancaran Reformasi 2.0, malam tadi juga sebuah buku tulisan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut dilancarkan dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah?' itu ditulis berdasarkan kes-kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digarap hasil bacaan Ahli Parlimen Pandan itu ke atas fail-fail kes dan afidavit-afidavit yang diambil daripada barisan peguam Anwar.

Tegas Saifuddin, kandungan buku setebal 80 muka surat itu mendedahkan beberapa keraguan munasabah sepanjang kes tersebut, selain beberapa percanggahan yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

Buku tersebut dijual pada harga RM5 senaskhah.

Pada pelancaran Reformasi 2.0 dan buku tersebut, malam tadi, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut memanaskan pentas dengan ucapan-ucapan yang ringkas dan padat.

Lebih 10,000 sertai Reformasi 2, 'Kajang Move' diteruskan


KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno BN terhadap rakyat.

Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.

Walaupun masa yang diperuntukan hanya tiga minit bagi setiap pimpinan berucap namun masing-masing memberi ucapan singkat tetapi padat.

Antara pimpinan yang tampil di pentas dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang digadingkan dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang bergandingan dengan Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo bagi menggantikan bapanya Karpal Singh yang keuzuran.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat digandingkan dengan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar digandingkan bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Penampilan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw yang jarang dilihat lantang tetapi malam tadi beliau tidak kurang hebatnya menyampaikan ucapan penuh semangat.

Turut bersama memberi ucapan  Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Sharif Omar.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Pengarah Program Tian Chua Sebagai 'ikon untuk perubahan dan semangat berjuang'.

Kehilangan MH370 dedah kelemahan radar dunia


Sebuah pesawat yang besar ghaib begitu sahaja selepas lenyap dari radar Malaysia menggambarkan satu paradok yang tidak selesa tentang penerbangan moden - kapal terbang canggih bergantung kepada infrastruktur lama untuk memberitahu mereka ke mana hendak pergi.

Ketika satelit membentuk hampir setiap aspek kehidupan moden, penggunaan radar dan radio dalam kokpit telah, bagi ramai juruterbang, berubah sedikit saja sejak sebelum enjin jet itu pertama kali diterbangkan.

Walaupun Malaysia mengesyaki seseorang mungkin telah menyembunyikan jejaknya, tetapi ketidakupayaan 26 negara untuk mencari Boeing 777 seberat 250 tan itu telah mengejutkan dunia dan mendedahkan kelemahan dalam penggunaan radar, yang lemah liputannya di atas lautan dan padang pasir.

Kata Don Thoma, presiden Aireon, sebuah usahaama yang dilancarkan oleh syarikat komunikasi satelit mudah alih Iridium yang berpangkalan di Amerika dan Lembaga kawalan trafik udara Kanada pada tahun 2012 untuk menawarkan pengesanan kapal terbang di ruang udara.

"Kita mengesan kereta kita, kami menjejaki telefon bimbit anak-anak kita, tetapi kita tidak dapat mengesan kapal terbang apabila ia berada di atas lautan atau kawasan pedalaman yang lain," kata Don Thoma, presiden Aireon kepada Reuters.

TUMPUKAN SAJA KEPADA PENCARIAN MH 370 DAN JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN

Sudah hampir dua minggu usaha mencari pesawat MH 370 yang hilang entah ke mana. Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia terus menerus mendoakan agar pesawat segera dijumpai, memandangkan penderitaan menunggu yang dideritai oleh kaum keluarga yang terlibat dalam nahas berkenaan. Tidak ada seorang pun yang tidak simpati dengan kaum keluarga yang malang. Malah setiap orang dapat merasakan sengsara yang dideritai ketika menunggu berita yang mungkin mengembirakan atau sebaliknya. Kuasa Tuhan dapat mengubah segala-galanya. Kita berdoa dan terus berdoa.
Juga tidak siapa yang boleh menafikan usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mencari pesawat berkenaan. Namun dalam setiap usaha yang dilakukan pasti menampakkan sedikit kecacatan di sana sini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora.  Pihak kerajaan seharusnya sedar tentang hakikat ini. Walaupun terdapat kritikan tentang penyelenggaraan usaha pencarian ini sepatutunya pihak kerajaan ini menerima dengan hati yang terbuka dan bukan cuba menyembunyikan fakta.
Kerajaan pastinya mendapat simpati rakyat sekiranya penjelasan dalam menyampaikan maklumat disampaikan dengan telus dan tidak cuba berselindung disebalik kenyataan yang menimbulkan sangsi rakyat. Pada peringkat awal penerangan yang disampaikan oleh pihak tertentu terdapat banyak kesilapan dan percanggahan dari segi fakta yang disampaikan. Rakyat kini sudah terlampau celik dan cerdik sehinggakan mereka tahu ‘sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya’ Mereka tahu apa yang tersirat dari apa yang tersurat. Mereka sudah boleh ‘membaca’ apa yang sebenarnya berlaku dan fakta apa yang sedang disembunyikan oleh kerajaan. Mereka boleh membuat berbagai-bagai tekaan.
Akhir-akhir ini sudah timbul pula ‘penyakit baru’ ia itu seolah-olah cuba mencari ‘kambing hitam’ yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH 370 itu. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas namun rakyat tahu bahawa pihak tertentu cuba mengaitkan peristiwa ini dengan tokoh-tokoh tertentu. Sebagaimana yang telah aku tegaskan tadi bahawa rakyat Malaysia sudah ‘diasuh’ untuk berfikiran sedemikian. Semenjak tahun 1998 lagi rakyat Malaysia sudah diasuh bahawa setiap perkara buruk yang berlaku di Malaysia pastinya dikaitkan dengan tokoh pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Ternampak semacam begitu keadaannya.

MH370: THE TELEGRAPH DEDAHKAN KEPADA DUNIA KOMUNIKASI 54 MINIT TERAKHIR DENGAN MENARA KAWALAN SEBELUM HILANG.




KUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Amsa kerah enam pesawat cari MH370 hari ini

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) hari ini mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
AMSA dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.
"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, disebabkan jarak perjalanan pergi balik ke lokasi pencarian yang jauh, pesawat P3 Orion yang terbabit hanya mempunyai masa pencarian selama dua jam.
Pesawat komersial perjalanan jarak jauh pula mempunyai masa pencarian kira-kira lima jam, kata kenyataan itu.
Selain itu, dua kapal dagang sudah berada di kawasan pencarian sementara kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba lewat petang ini.

MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi


Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.
Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.
Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.
“Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi.
“Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup,” kata ABC News.
Beliau menggambarkan mereka dalam keadaan emosi memuncak setelah hanya sedikit sahaja maklumat yang diperolehi berhubung pesawat tersebut.
Serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi merupakan perkembangan terbaru insiden tersebut yang mengejutkan mereka sehingga ada yang beranggapan pesawat berkenaan terhempas.
"Warga tua dengan masalah jantung dan asma rebah dan kami terpaksa menghubungi ambulans," katanya.

Selain manggis, litium, MH370 bawa pekerja Freescale Semiconductor bernilai tinggi


Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 sama ada di Beijing atau di Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan supaya pesawat itu ditemui. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 sama ada di Beijing atau di Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan supaya pesawat itu ditemui. Gambar fail The Malaysian Insider.Selain membawa manggis dan bateri litium yang dianggap sebagai bahan mudah terbakar, pesawat MH370 juga membawa sekumpulan 20 pekerja Freescale Semiconductor dengan empat daripada mereka adalah antara lima pemegang hak cipta yang baru didaftarkan.
Apa yang hendak dipatenkan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer' yang sedang dimajukan oleh Freescale.
Blog Anak Sungai Derhaka dari Malaysia berkata, kehilangan mereka sama dengan apa yang berlaku kepada tragedi penerbangan Jepun, JAL 123 yang membunuh 17 jurutera daripada firma yang membangunkan satu perisian hasil kajian seorang profesor Universiti Tokyo, Jepun.
Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dan pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju daripada Google Chrome yang ada pada masa ini.
Ia adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam di Jepun.
Pembangunan perisian tersebut terbantut apabila semua jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan Microsoft kemudian menguasai pasaran.
Tiga hari lalu dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.