Nik Nazmi Nik Ahmad 
KAJANG - Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menyatakan bahawa lebih ramai 'Anwar Ibrahim' akan dilahirkan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Menurutnya, ini berlaku kerana rakyat melihat tindakan tersebut sebagai satu konspirasi ,oleh itu refleksi daripada tindakan tersebut, rakyat akan bangkit untuk menjadi 'Anwar Ibrahim' bagi menentang kezaliman tersebut.

"Sekiranya mereka fikir perjuangan Anwar Ibrahim terhenti sekiranya beliau dipenjarakan, mereka (BN) silap.

"Ini kerana lebih ramai 'Anwar Ibrahim' akan lahir dalam kalangan rakyat,mereka bangkit untuk memperjuangkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam hari ini.

Oleh itu, beliau merayu kepada pengundi Kajang supaya memberi undi kepada calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelang hari mengundi Dun PKR pada 23 Mac ini.