Rabu, 19 Mac 2014

Semburan Air Pada Najis Anjing Terkena Seluar - Ustaz Azhar Idrus

Mati Dalam SYIRIK..Bolehkah Kebumikan Di Perkuburan ISLAM? - Ustaz Azhar Idrus

Relatives of Chinese passengers on board missing Malaysian flight demand answers

#370Qs: Your questions answered

Ex-pilot: MH370 pilots possible heroes

Malaysia missing plane: Relatives kept away from journalists - BBC News

PRK Dun Kajang:"Zumba"....Hiburan Dan Umno..!!

MH370: "Tiga jenis permainan" dipadam dari simulator kata IGP


Khalid Abu Bakar

SEPANG - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.

Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.

MH370: 'Penumpang, kru tak bersalah hingga dibukti' kata Hisham

Ketika perhatian awam beralih kepada kapten Penerbangan MH370 dan simulator penerbangannya, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Hussein mengingatkan bahawa semua dalam pesawat yang hilang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Sesetengah data telah dipadam dari simulator dan kerja-kerja forensik digunakan untuk mendapatkan data ini, sedang dijalan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang, dan anak-anak kapal, tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Demi keluarga mereka, saya meminta kita tidak membuat spekulasi yang tidak perlu yang membuat masa yang sudah sukar ini, menjadi lebih sukar," kata Hishammuddin dalam sidang akhbar mengenai krisis MH370 petang ini.

MH370: AMARAN SKMM


MP PKR PJ Selatan Bahas Titah Diraja 2014

MP PAS Temerloh Bahas Titah Diraja 2014

JAWAPAN DATO’ HARUN DIN KEPADA PERSOALAN KEHILANGAN MH 370

Dek terlampau banyak ustaz dan ustazah di Malaysia kini, maka susah untuk mencari ustaz dan ustazah seperti Dato” Harun Din yang krediblitinya susah dicari ganti. Kita merasa senang dan ‘lega’ sekembali dari mendengar ceramaah Dato Harun. Apatah lagi sekiranya dapat berjumpa dan berbual dengannya.
Aku merasa bertuah kerana mendapat kesempatan bersama-sama dengan Dato Harun Din buat beberapa hari ia itu ketika mengiringi beliau menyampaikan ceramah agama kepada pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dalam tahun-tahun 1990an. Untuk lebih tepat lagi pada tahun 1996 dan 1997. Kami ‘melompat’ dari satu tempat ke tempat lain untuk menyempurnakan program ceramah kepada pelajar-pelajar di UK. Dari London ke Cardiff dan berpindah pula ke Nottingham dan kemudian ke Galsgow. Kemudian terbang ke Dublin. Pulang semula ke London.
Sepanjang empat hari dan empat malam bersama beliau, seolah-olah aku telah tamat kursus pengajian Islam dari sebuah university peringkat ijazah. Maknanya aku tidak langsung melepaskan sebarang peluang untuk bertanya kepadanya tentang apa juga kemusykilan agama yang terlintas di kepala. Dan Dato Harun menjelaskan kepada aku semacam menyampaikan satu kuliah agama. Maknanya bukan secara sambil lewa.
Dan selepas empat hari bersama dan mengikuti ‘kuliah’ Dato harun Din, aku mula terfikir tentang kuliah-kuliah agama yang diadakan pada masjid-masjid dan surau di Malaysia. Mengapakah terlalu jauh bezanya isi kuliah yang disampaikan oleh Dato Harun Din dengan kuliah-kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustazah di masjid-masjid dan surau kini. Malah kuliah yang disampaikan melalui TV dan radio juga agak berbeza dengan kuliah yang disampaikan oleh Dato Harun Din.
Belum lagi aku ‘terjumpa’ dengan ustaz-stazah yang mengulas tentang kehilangan MH 370. (mungkin aku ketinggalan agaknya dari mendengar cermah sedemikian. Mungkin). Tetapi aku belum lagi mendengar melalui corong radiio dan TV ulasan yang bernas mengenai kehilangan MH 370 selain daripada kegiatan sembahayang hajat mendoakan agar kapal terbang MH 370 selamat dijumpai. Masing-masing seolah-olah menunggu ‘isyarat’ daripada kerajaan tentang apakah yang sepatutnya diperkatakan mengenai malapetaka ini, sehinggalah Dato Harun Din mengeluarkan kenyataannya.

Ahli parlimen Umno dipanggil ke satu pertemuan khas 25 Mac?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Dalam negara seakan sedang bergabun dengan kehilangan pesawat MH370 dan para pemimpin tertinggi Umno pula dalam kebuntuan mencari penyelesaian ke atas kehilangan itu tiba-tiba terdengar satu khabar ahli-ahli Parlimen Umno akan dipanggil untuk menghadiri satu pertemuan khas pada 25 Mac ini? Pertemuan itu terbatas kepada ahli-ahli parlimen yang tidak ada jawatan dalam Kabinet.

Himpunan itu katanya diaturkan oleh bekas perdana menteri yang masih hidup. Jelas ianya bukan Abdullah Ahmad Badawi. Rancangan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen itu menimbulkan tanda tanya. Difahamkan Najib Razak sudah pun memaklumkan perkara ini dan sedang memantau.

Besar kemungkinan tarikh itu dipilih sebelum berlakunya kehilangan pesawat MH370 itu. Mereka yang atau menetapkan tarikh itu tidak tahu akan kejadian itu. Bagaimana pun ia dipercayai ia ditetapkan sebelum Anwar Ibrahim djatuhi hukum penjara lima tahun.

Manakala kenapa tarikh 25 Mac dipilih adalah agar ia diadakan selepas keputusan pilihan raya kecil Kajang diumumkan. Berdasar kepada hipotesis ini jelas pertemuan itu ada membawa maksud tersembunyi.

Berkebetuan pula pesawat MH 370 hilang dan menjadikan ketua utama pemimpin negara dalam kebingungan ini menjadi pertemuan dirancangkan itu seperti orang mengantuk disorong bantal? Pertemuan itu seakan mahu mengasak dan memberi tekanan kepada pemimpin nombor satu sahaja.

PRK Dun Kajang: Hard battle, fokus hingga saat penghujung



Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berbaki empat hari lagi. Bagi Pakatan Rakyat, fokus PRK kali ini sudah tentu tertumpu kepada 48 peratus pengundi Melayu tanpa mengambil mudah sokongan dari pengundi Cina, India dan lain-lain.

Wartawan Harakahdaily Nazri Abdullah dan Muhammad Faizal mendapatkan pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkampung lebih tiga minggu di Kajang mendekati pengundi Melayu.

Harakahdaily: Pada PRU13 lalu, kita lihat Pakatan Rakyat masih lagi bergelut untuk mendapat undi Melayu. Jadi bagaimana Tan Sri melihat mood pengundi Melayu untuk PRK Kajang kali ini.

Tan Sri Muhammad: Sebelum ini semasa PRU13, kita tidak fokus sangat di sini sebab dia terlalu umum. Kali ini kita dekati mereka dialog dengan dia dan dia tersedar lebih.

Di sini kumpulan cerdik pandai. Banyak benda kita cakap yang dia tahu. Isu keselamatan dia nampak kelemahan di peringkat kerajaan pusat. Dia nampak kerajaan gagal guna duit ikut prioriti.

Dia bukan baca akhbar harian sahaja, mereka banyak terdedah dengan maklumat, baca internet, dan mereka ni balance.

Mereka tahu apa berlaku. Cuma tak mahu nak expose. Tapi kalau kita datang rumah dia, dia akan luah yang dia tak puas hati. Maklumlah mereka ini bekas pegawai kerajaan.

Pada pandangan Tan Sri, apakah kelebihan Pakatan Rakyat berdepan PRK Kajang ini.

Tentunya rakyat sudah nampak pengalaman Pakatan Rakyat Selangor memerintah masuk dua penggal. Komitmen bagus, ketelusan bagus, nampak mereka betul-betul kerja.

Mereka boleh banding dengan kerajaan BN dahulu. Ini jadi bualan di kalangan pengundi. Nampaknya mereka berpuas hati dengan Pakatan Rakyat.

Cuma ada lah propaganda dari tv dan media cetak yang dikontrol cuba mengelirukan pengundi. Tinggal lagi orang Kajang ni cerdik dan boleh menilai.

POLITIK FITNAH: RISALAH PALSU MANIFESTO DAN AKU JANJI KEADILAN TERSEBAR DI DUN KAJANG ..

Hebahan seperti yang dilampir telah diperolehi oleh seorang petugas Parti Keadilan Rakyat dalam gerak kerja di Pilihan Raya Kecil N25 Kajang.

Ia berniat jahat dan ingin melihat berlakunya kekeliruan dan kekecohan antara rakyat dan pihak yang bertanding dari kalangan Pakatan Rakyat, lebih-lebih waktu pengundian sudah semakin hampir.

Hebahan itu sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya dan jauh dari mempunyai sifat cermat dan teliti mengenai hebahan dari sebuah Kerajaan Negeri.   Sudah pasti ia bukan sama sekali hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana terkandung banyak kecacatan format, bahasa dan informasi.

Kriteria kelayakan ibu tunggal yang disebut amat dangkal dan mempamirkan kecerdasan yang sangat lemah bila mana kriteria ibu tunggal yang disahkan hanyalah yang membawa surat perceraian saja.   Seorang wanita boleh menjadi ibu tunggal bukan hanya ketika berlaku perceraian saja.

 Hebahan yang dilampir adalah fitnah dan palsu.    Mereka yang mencipta, mencetak dan mengedarkannya adalah pemfitnah, kekontangan rasa tanggungjawab dan mesti dibawa ke pengadilan.

Rakyat diminta untuk bersama-sama mencari orang yang melakukan fitnah dan sebaran palsu ini dan melaporkan kepada Pejabat Exco (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita) di talian 03-55447622 atau ke balai polis yang berhampiran.

Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

‘Rencana Kajang’ versi Umno marakkan Reformasi 2.0

Ooi Heng

Dalam kegelisahan dan ketidaktentuan berhubung insiden kehilangan pesawat  MH370 yang menuju ke Beijing sejak 8 Mac 2014, ahli keluarga dan kenalan 239 penumpang dan anak kapal pesawat cukup menderita menanti berita.
Malahan, juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dituduh sebagai penyokong fanatik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka timbulnya kecurigaan terhadap krew anak kapal tersebut bahawa dia berkemungkinan merampas pesawat tersebut dan menyebabkan kehilangan pesawat sebagai “protes politik” ekoran kehampaan terhadap hukuman terhadap Anwar Ibrahim pada 7 Mac 2014, sehari sebelum MH370 lenyap begitu sahaja tanpa sebarang kesan.
Demikianlah Anwar Ibrahim sekali lagi dipersalahkan, seolah-olah sebanyak 239 nyawa berharga tanpa ternilai tersebut digadaikan kerana Anwar Ibrahim. Semua salah Anwar?
Selepas tercetusnya insiden kehilangan pesawat MH370, semua perhatian tertumpu pada peristiwa tersebut. Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berprihatin dengan perkembangan usaha pencarian pesawat MH370 yang penuh dengan misteri.
Bagaimanapun, KPRU berpendapat bahawa perjalanan dan keputusan kes rayuan terhadap kes fitnah II Anwar Ibrahim, membawa implikasi yang tidak terukur terhadap keadilan dan kesaksamaan badan kehakiman dan sistem perundangan negara ini, bahkan juga menghambatkan perkembangan sistem demokrasi dan pembentukan landskap politik sistem dwi-parti turut harus dititikberatkan.
Betapa janggalnya, Anwar Ibrahim dipancarkan cahaya semula setelah munculnya “penemuan” bahawa juruterbang MH 370 berkaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan khususnya sebagai penyokong beliau.
Roda masa terus mara melangkah ke hadapan tanpa berpatah balik, sejarah diingati dan dijadikan iktibar tetapi tidak mandir. Namun, pada 7 Mac 2014, rakyat Malaysia sekali lagi menyaksikan pengulangan sejarah sedih pilu, seolah-olah kembali ke tahun 1998.
Anwar Ibrahim sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara dengan begitu gegas sekali ekoran kejayaan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafee Abdullah dalam Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012. 7 Mac sekali lagi menandakan hari kegelapan Badan Kehakiman di Malaysia.
Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mengejutkan sekali, khususnya berhubung dengan perjalanan kehakiman yang tidak masuk akal. Ia serta-merta menimbulkan kontroversi, bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan, malahan di arena antarabangsa.
Pemimpin-pemimpin luar negara, termasuk Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, Gabenor Bangkok Sukumbhan Paribatra, bekas Presiden Indonesia Yusuf Habibie, serta cendekiawan Islam terkemuka Dr Yusul al-Qaradawi masing-masing membuat panggilan telefon kepada Anwar Ibrahim bagi melahirkan keprihatinan berhubung ketetapan mahkamah yang tergegas tersebut.
Tambahan pula, Anwar Ibrahim turut dikunjungi Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Yun bersama pegawai politiknya di kediaman beliau untuk menunjukkan keprihatinan mereka dan komited untuk menyampaikan hal tersebut kepada Presiden Obama secepat mungkin.
Pada pendapat KPRU, keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac itu sesungguhnya “Rencana Kajang” (Kajang Move) versi Umno yang bertujuan merampas kembali prakarsa daripada tangan Pakatan Rakyat (PR) atau secara khusus keadilan yang mengambil inisiatif membentuk lanskap politik Malaysia melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Dalam artikel KPRU bertajuk ‘’Kajang Move’ kickstarts PAKATAN’s Road to Putrajaya 2.0’ sebelum ini, KPRU menunjukkan bahawa Rencana Kajang merupakan langkah strategik yang diambil oleh PR dengan mengadakan peraturan sendiri dan muncul sebagai ‘game master’ tanpa diduga Umno BN.
Umno BN kini yang ketangkusan idea untuk bertindak balas secara bertamadun melalui politik pilihan raya, maka pemimpin PR terpaksa dijadikan sebagai sasaran serangannya, seolah-olah dengan tindakan menumbangkan pemimpin-pemimpin PR, perjalanan PR menuju ke Putrajaya akan menemui jalan buntu, maka Umno akan menguasai tampuk pemerintahan buat selama-lamanya tanpa cabaran.
Selepas Anwar Ibrahim, siapa lagi?
Pada hakikatnya, ia bukan sesuatu yang aneh dan ganjil apabila badan kehakiman dipergunakan untuk mengenakan pemimpin yang tidak bersehaluan politik dengan Umno. Pada 23 Januari tahun ini juga, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 1 bulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraya Malaysia (Pulapol), 2 tahun lalu.
Bagaimanapun, ketetapan mahkamah tersebut tidak menjejaskan kelayakan Tian Chua sebagai ahli parlimen, kerana menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz, kelayakan sebagai ahli parlimen hanya akan hilang sekiranya mereka yang berkenaan dihukum penjara lebih setahun dan denda RM2,000.
Namun, bagi Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh pula, beliau berkemungkinan berhadapan dengan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen akibat didapati bersalah atas kesalahan menghasut dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac, iaitu 4 hari selepas rakan sepejuangannya, yang juga merupakan anak gumannya, disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

MP PKR Lembah Pantai: Jangan Nafikan Hak Wakil Rakyat PR

Families protest inside MH370 media room

Zunar pertahan kartunnya dalam Washington Post, dakwa Najib memang lemah


Kartun yang disiarkan di Washington Post semalam. Kartun yang disiarkan di Washington Post semalam. Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque mempertahankan kartunnya yang disiarkan oleh media Amerika, Washington Post walaupun cuba dipertikaikan seorang profesor Malaysia.
The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan Zunar  itu "tidak sensitif dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar."
Sementara itu, dalam satu kenyataan Zunar hari ini,  beliau berkata pandangan yang diluahkan menerusi kartunnya itu adalah berdasarkan reaksi media seluruh dunia terhadap apa yang berlaku elepas masuk mingggu kedua pencarian pesawat MH370.
"Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar Najib itu hanya ‘wayang’ untuk mendapat keuntungan politik. Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.
Dalam kartunnya, Zunar menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lemah dalam menguruskan tragedi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.
"Week two....too weak" adalah dialog yang ditulis Zunar dalam kartunnya yang disiarkan Washington Post semalam.
The Star Online hari ini menyiarkan laporan bertajuk "Local cartoonist Zunar slammed over Washington Post comic strip" (Kartunis tempatan dihentam kerana kartun dalam Washington Post).
Artikel ini adalah respons kepada kartun Zunar yang disiar oleh Washington Post sehari sebelum itu.
Akhbar Amerika itu menyiarkan kartun Zunar dalam artikel bertajuk, "Cartoon of the day: Malaysian artist on the lost jet – and his government’s ‘weak’ response to it. (Kartun hari ini: Artis Malaysia komen mengenai kehilangan jet serta kerajaan yang 'lemah').

MH370: PM bincang dengan menteri, pegawai kanan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dan pegawai kanan yang berkenaan mengenai kawasan mencari pesawat MH370.

"Berbincang mengenai pencarian MH370 dengan (Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dan (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman pagi ini.

"Turut hadir untuk memberikan penjelasan mengenai kawasan pencarian kita - yang telah diperluaskan kepada 2.24 juta batu persegi - ialah panglima angkatan tentera Malaysia, panglima tentera udara, polis, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS (Malaysia Airlines)," kata Najib dalam catatan terbaharu Facebooknya.

Perbincangan itu diadakan di pejabatnya  di bangunan Parlimen,

Dalam status Facebooknya, Najib turut berkongsi gambar semasa perbincangan itu yang menunjukkan Hishammuddin, Anifah,  Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud.

Misi mencari pesawat MH370 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal masuk hari ke-12 sejak hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Bernama

Penganalisis percaya MH370 mendarat


Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
  
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.
  
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
  
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.   
      
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
    

MH370: Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat


Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian untuk media mengenai MH370 selepas sekumpulan warga China masuk beramai-ramai untuk bercakap dengan pemberita.

Kumpulan itu, yang berjumlah kira-kira sedozen orang, berkata mereka adalah saudara mara penumpuang pesawat tersebut dan mahu meluahka kesedihan dan kemarahan mereka kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi mereka hanya mendapat sedikit maklumat mengenai kemajuan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Sekumpulan anggota polis muncul kemudian untuk membawa mereka pergi dari situ sebelum mereka sempat bercakap dengan pihak media.

Turut berlaku suasana tolak menolak dan kedengaran bunyi menjerit semasa kejadian itu berlaku.
 

MH370: Bukti baru tunjuk perubahan arah diprogramkan 12 minit sebelum terputus hubungan


Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan. - Gambar Reuters.Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan. - Gambar Reuters.Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .
Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.
"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .
Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."
"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”
Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.
Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Spekulasi punca keluarga penumpang MH370 tertekan


Ahli keluarga penumpang yang terbabit dalam insiden kehilangan pesawat MH370 semakin tertekan. - Gambar The Malaysian Insider.Malaysia Airlines (MAS) menyalahkan spekulasi liar sebagai punca tekanan dan kemarahan ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang semakin hilang kawalan.
Ahli keluarga penumpang yang terbabit dalam insiden kehilangan pesawat MH370 semakin tertekan. - Gambar The Malaysian Insider. Usaha mencari MH370 yang membawa 239 penumpang masuk hari ke-12, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk baru ditemui.
"Maklumat berkonflik dan spekulasi liar menyebabkan tekanan berat kepada keluarga," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Situasi tidak terkawal tersebut berpunca kerana terlalu banyak maklumat tidak sahih serta khabar angin.
"Selama ini, keluarga sentiasa diberi taklimat terlebih dahulu, kemudiaan disusuli media dan orang awam apabila terdapat maklumat baru," kata MAS.
Dalam pada itu, MAS juga akan menggunakan sistem baru menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dan penghantaran e-mel bagi memberitahu maklumat terkini kepada keluarga.
"MAS akan menghantar SMS dengan maklumat ringkas terkini kepada keluarga.

Pasukan lebih kanan dihantar ke Beijing untuk tenangkan hati keluarga, kata Hishammuddin


Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama yang menyaksikan penghantaran pasukan lebih kanan bagi menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang semakin tertekan. – Gambar The Malaysian Insider  oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama yang menyaksikan penghantaran pasukan lebih kanan bagi menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang semakin tertekan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Putrajaya bergegas menghantar pasukan lebih kanan ke Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bagi meredakan bahang ketidakpuasan hati mereka terhadap kelemahan serta kelewatan penyaluran maklumat dari Malaysia.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pasukan itu akan memberikan taklimat dan maklumat terkini kepada keluarga terdekat berhubung situasi terkini serta rancangan pencarian dan menyelamat.
Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, dan MAS.

Keluarga penumpang warga China MH370 berang, serbu auditorium sidang media

Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014.Sekumpulan ahli keluarga warga China penumpang pesawat MH370 membuat kecoh  apabila menyerbu masuk ke dalam auditorium sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.
Kumpulan tersebut menyerbu masuk ke dalam auditorium di mana sidang media harian diadakan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang dituduh menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai bagi usaha mencari dan menyelamat.
Masuk hari ke-12, ketegangan semakin memuncak ketika ahli keluarga cuba mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini kehilangan pesawat misteri tersebut.
"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.
Beberapa kad rentang dalam bahasa Mandarin juga dibawa kumpulan tersebut, meminta jawapan daripada pihak berkuasa.

TG Hadi Awang - Kerjasama dengan pihak lain wujudkan persefahaman

Malaysia Airlines missing flight MH370: Latest investigation report - March 19

Kes pembunuhan Altantuya pula kecohkan Dewan Rakyat

MP DAP Lanang Bahas Titah Diraja 2014

MP PAS Kuala Nerus Bahas Titah Diraja 2014

MP PKR Bayan Baru Bahas Titah Diraja 2014

MP PAS Kota Raja Bahas Titah Diraja 2014

GST: Jangan bebankan pada rakyat

MP PKR Wangsa Maju Bahas Titah Diraja 2014

TG Hadi Awang - Kejayaan itu bukan mengikut perhitungan kerusi

Jumlah pemilih kini 13,411,747

Orang asal tidak hormat k'jaan yang tidak hormati mereka

MP DAP Rasah Bahas Titah Diraja 2014

FMFA: Kondom diedar percuma untuk pesta seks?, Kerajaan BN patut bertanggungjawab..!!

FMFASHAH ALAM, 19 MAC: Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu.
Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.
Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014′ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.
Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan.
Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas.
Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu.
Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.
konsert liarDifahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.
Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari.
Sebelum ini, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan BN patut bertanggungjawab memberikan penjelasan berkenaan acara itu dan berharap ia tidak berulang di masa hadapan.

Matlamat Yang Tidak Menghalal Cara



MH370: Jeritan dan amuk ketika kekecewaan China semakin meningkat


Keluarga penumpang di China marah dengan cara Malaysia menguruskan kehilangan pesawat MH370. – Gambar oleh Reuters, 19 Mac, 2014.Keluarga penumpang di China marah dengan cara Malaysia menguruskan kehilangan pesawat MH370. – Gambar oleh Reuters, 19 Mac, 2014.Panas baran meningkat hari ini apabila sanggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12, lapor AFP.
"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.
Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.
"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah.
"Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu."
Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran, lapor AFP.

PRK Dun Kajang: Rodziah minta rakyat cari penyebar fitnah

Hebahan yang ditabur di Kajang adalah fitnah dan palsu.

rodziah ismailPETALING JAYA: Timbalan Ketua Wanita PKR Malaysia, Rodziah Ismail meminta rakyat mencari orang yang melakukan fitnah dan menyebarkan maklumat palsu dalam PRK Kajang dan melaporkannya kepada polis.
Katanya, hebahan yang ditabur di Kajang adalah fitnah dan palsu,
“Ia berniat jahat dan ingin melihat berlakunya kekeliruan dan kekecohan antara rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT mengulas penyebaran hebahan yang mengatakan kerajaan negeri akan mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus jika PKR menang di Kajang pada 23 Mac ini.
Beliau yang juga ADUN Batu Tiga berkata hebahan itu sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya dan jauh dari mempunyai sifat cermat dan teliti mengenai hebahan dari sebuah Kerajaan Negeri.
“Sudah pasti ia bukan sama sekali hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana terkandung banyak kecacatan format, bahasa dan informasi,” jelasnya.

MH370 mempengaruhi PRK Kajang?

“Dalam masa satu minggu, pengundi di Kajang akan berpeluang menentukan hala tuju perkembangan politik Malaysia,” kata Darell Leiking, yang dipetik dari pesanan ringkas yang dihantarnya pada pagi Isnin.

Kajang 1 Keputusan PRK Kajang yang akan berlangsung pada Ahad (23 Mac) ini dikatakan akan dipengaruhi oleh kejadian kehilangan pesawat MH370 dua minggu lalu (8 Mac) apabila timbul maklumat kaitan juruterbang dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat yang hilang itu disyaki sebagai perampas pesawat Boeing 777-200, menambah lagi persoalan akan hala tuju perkembangan politik di negara ini, menurut seorang pemimpin politik tempatan Sabah.
“Dalam masa satu minggu, pengundi di Kajang akan berpeluang menentukan hala tuju perkembangan politik Malaysia,”  kata Darell Leiking, yang dipetik dari pesanan ringkas yang dihantarnya pada pagi Isnin.
Keputusan pilihan raya akan menjadi penentu sama ada rakyat menerima akan taktik media jentera Barisan Nasional yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerbangan MH370 dan kegopohan dalam keputusan mahkamah rayuan, menurut Leikeng yang juga ahli parliament (MP) bagi kawasan Penampang.
Kajang 3Beliau juga dipetik, melihat PRK Kajang sebagai titik perubahan dalam perkembangan politik negara berikutan cara pengendalian yang lemah kerajaan BN dalam siasatan kehilangan persawat yang membawa seramai 239 penumpang dan kru ke Beijing, pada 8 Mac yang lalu.
Anwar Ibrahim yang bercadang untuk bertanding di PRK Kajang terpaksa berundur pada saat akhir berikutan mahkamah rayuan pada Jumaat petang beberapa jam sebelum kehilangan pesawat MH370, memutuskan beliau bersalah kerana meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Pencalonan penasihat PKR dalam Majlis Dewan Undangan Negeri Selangor dikatakan untuk mengambil ahli tampuk kepimpinan Selangor berikutan perbalahan antara PKR Selangor dengan Menteri Besarnya,  Tan Sri Khalid Ibrahim.
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kemudiannya dicalonkan menjadi pengganti suaminya pada saat akhir pilihan raya di mana pemimpin Pakatan Rakyat, Lajim Ukin yang juga Pengerusi PKR Sabah yang baru kembali dari Kajang memberikan sokongan dan akan kembali ke Kajang untuk membantu selepas rehat sehari, menurut Leiking

MH370: Laporan CTBTO beri harapan baharu usaha mencari dan menyelamat


KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

'MH370 diandaikan di selatan Lautan Hindi'

Para penyiasat kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac yang membawa 239 orang percaya ia kemungkinan terbang ke selatan Lautan Hindi, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu hari ini.

"Andaiannya ialah ia terbang ke selatan, dan ia pergi ke hujung selatan koridor itu," kata sumber tersebut, merujuk kepada kawasan carian yang menjangkau dari barat Indonesia ke barat Australia di Lautan Hindi.

MH370: Pakar penerbangan tidak tolak penyembunyian fakta oleh tentera


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac. Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac. Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014.

Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.
David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.
Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: "Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya," katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.
Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan.

MP DAP Puchong Bahas Titah Diraja 2014

Reformasi 2.0: Police on standby for Friday's PKR rally

Kajian universiti: PKR akan menang di DUN Kajang

Culaan PRK Dun Kajang: 62.4% anggap Azizah lebih hebat dari calon BN

Tun M, Umno terpaksa telan cabaran ‘parti nyamuk’ kepada Wan Azizah

Azizah123KAJANG, 19 MAC: Pemimpin Umno khasnya Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menelan cabaran yang dilontarkan mereka terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya menubuhkan parti politik bagi meneruskan agenda perjuangan beliau.
Cabaran yang dibuat pada 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis itu dilontarkan Barisan Nasional (BN) dengan beranggapan obor perjuangan Dr Wan Azizah dalam gerakan reformasi mudah dimatikan jika beliau menyertai pertarungan di gelangggang politik seperti nasib menimpa parti serpihan Umno, Parti Semangat 46 sebelumnya.
Bagaimanapun, Umno bukan sahaja gagal mematahkan semangat beliau tetapi perjuangan reformasi itu bergabung dengan PAS dan DAP yang terus mendapat sokongan padu rakyat hingga parti yang awalnya disindir dengan panggilan ‘parti nyamuk’ itu berjaya menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam dua pilihan raya umum terakhir, selepas 15 tahun cabaran itu dilontarkan.
Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata pada awalnya beliau menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Adil sebelum dicabar berkali-kali supaya bertarung dalam gelanggang politik.
“Pada awalnya NGO Adil itu tidak mendapat permit dan memang kita dicabar untuk menubuhkan parti politik. Ketika kita dipanggil ‘parti nyamuk’, memang sukar tetapi Alhamdullilah penerimaan rakyat amat membanggakan.

MH370: Jangan kesampingkan faktor pertahanan negara

Meskipun usaha pencarian pesawat MH370 memasuki fasa yang lebih sukar yang menuntut fokus yang lebih jitu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berpendirian terdapat beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan serta-merta khususnya apabila ianya melibatkan aspek pertahanan negara.

Kenyataan menteri dan Panglima TUDM bahawa pihak tentera mengklasifikasi objek terbang yang dikesan oleh radar tentera yang telah dikenal pasti sebagai MH370 sebagai "non-hostile" adalah satu kesilapan strategik khususnya mengambilkira sensitiviti keselamatan pasca 9/11.

Apakah pertimbangan "sang akauntan" mengira kos operasi mengatasi kepentingan keselamatan sehinggakan objek sebesar Boeing 777-200ER dibiarkan terbang menghampiri kawasan penduduk berkepadatan tinggi seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu tanpa dipintas oleh skuadron Sukhoi di Butterworth atau pasukan MIG29 di Kuantan yang terus pegun menanti arahan?

Kelemahan seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang. Kami menggesa agar pegawai-pegawai yang terlibat di dalam proses membuat keputusan tersebut dikeluarkan dari rantaian perintah serta-merta dan audit menyeluruh dilakukan ke atas protokol pertahanan udara negara. YB Menteri mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa tindakan pembetulan telah dibuat dan dapatan dari audit itu kelak akan dilaksanakan.

Episod kita memerlukan tempoh 8 hari untuk memutuskan bahawa objek terbang yang tidak dikenalpasti melintas Semenanjung Malaysia sebagai MH370 dikala lebih 40 aset tentera dan awam dari lebih 12 negara terbazir di lokasi yang salah adalah amat memalukan. Hatta dengan tempoh sebegitu lama itu pun, kerajaan tidak dapat memastikan 100% objek tersebut adalah MH370 dengan YAB Perdana Menteri sekadar menyebut "kadar kebarangkalian yang tinggi".

Kematian remaja di konsert dadah: Teng Chang Kim gesa calon MCA belajar geografi

Exco Selangor, Datuk Teng Chang Kim menggesa calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun mempelajari geografi terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan negeri sebagai punca kematian enam remaja di konsert baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Selangor itu pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam berkata tuduhan calon Barisan Nasional (BN) tersebut tidak berasas sama sekali.
"Saya rasa Chew Mei Fun kena belajar geografi, Bukit Jalil tidak berada dalam Selangor tapi di bawah Kuala Lumpur," kata Teng membidas naib presiden MCA tersebut yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Chew sebelum ini mengaitkan kematian enam remaja kerana pengambilan dadah berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Beliau mendakwa kematian tersebut berpunca daripada peningkatan rumah urut dan kafe siber haram di negeri Selangor.
Teng menggesa Chew supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan sedemikian.
"Kelulusan konsert tersebut tidak diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, tetapi DBKL yang luluskan.
"Semak fakta dahulu," kata Teng.

Kak Wan PM Malaysia akan datang?

Oleh Liew Chin Tong 
Penghakiman 7 Mac menamatkan segala kemungkinan konsensus antara pemerintah dengan pembangkang, malah khayalan sesetengah yang mahu menjayakan pembentukan “kerajaan perpaduan”. Mustahil Umno berubah, yang tinggal hanyalah nafsu untuk berkuasa sehingga kiamat. Malah untuk memenuhi tujuan itu, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa garis dasar moral.

BARANGKALI tanggal 7 Mac 2014 bakal tercatat sebagai penentu senario politik untuk beberapa tahun akan datang, setelah Mahkamah Rayuan menyekat langkah Anwar Ibrahim ke pilihan raya kecil (PRK) Kajang dengan menolak penghakiman bahawa Anwar tidak bersalah. Sama ada langkah menukar kerajaaan Persekutuan akan dipercepatkan, atau ditangguh?
Apakah langkah Umno untuk memenjarakan Anwar secara tidak langsung menjadikan isterinya, Kak Wan (Wan Azizah Wan Ismail) tampil sebagai Perdana Menteri pada masa depan?
Kerajaan Najib Razak melantik peguam Umno, Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam kes Liwat II, kemudian secara tergesa-gesa menyempurnakan proses pendengaran rayuan dan menjatuhkan hukuman. Jelas, tujuannya untuk menghalang Anwar daripada bertanding dalam PRK Kajang dan seterusnya menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Umno, terutamanya puak Mahathir Mohamad agak bimbang seandainya Anwar memberi persepsi dan imaginasi yang berbeza untuk pengundi Melayu setelah mengambil alih jawatan MB Selangor. Di bawah sistem federalisme Malaysia, meskipun bidang kuasa kerajaan negeri atau Menteri Besar tidaklah sebesar mana, namun MB berkongsi gelaran Yang Amat Berhormat dengan PM - maknanya, martabatnya agak setara dari kaca mata masyarakat Melayu - sesuatu yang gagal diterima Mahathir dan koncokonconya.
Seandainya rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan berakhir dengan kegagalan, maka beliau terpaksa menjalani hukuman penjara. Jikalau ia berlaku dalam tempoh tiga tahun dari persidangan pertama Dewan Rakyat selepas PRU13, maka kita terpaksa berdepan dengan PRK Permatang Pauh.
Berdasarkan perhitungan pakar strategi Umno, langkah memenjarakan Anwar bakal menyaksikan perpecahan Pakatan, mengulangi nasib yang menimpa Barisan Alternatif pada tahun 2001. Maklumlah, seandainya Pakatan pecah berkecai, maka Umno-BN akan terus berkuasa. Namun demikian, seandainya Anwar dipenjarakan, ia boleh memberi makna yang lain seperti berikut:- Pertama, tiada harapan reformasi dalaman. Mahkamah Persekutuan membubuh noktah kepada tempoh pemenjaraan Anwar selama enam tahun pada 2 September 2004. Beliau dipecat pada 2 September 1998, dan ditahan pada 20 September tahun yang sama.

PRK Dun Kajang: Proses Undi Awal Lancar

Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

IMG_6776aSHAH ALAM, 19 MAC: Satu kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Selangor (Unisel) mendapati 63 peratus responden di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui Selangor.
Fakta itu didedahkan Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis terhadap 393 responden daripada pelbagai latar belakang, sepanjang 12 hingga 16 Mac lalu.
Dr Muhammad Shamsinor berkata, hanya 37 peratus mahu Menteri Besar ditukar ketika diajukan soalan adakah Selangor memerlukan pertukaran dalam kepimpinan Selangor dalam masa terdekat.
Beliau berkata, responden mahu Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar adalah disebabkan pertukaran calon di Kajang pada PRK Kajang.

TGHA: Tonjolkan kekuatan jentera PAS di PRK Dun Kajang

KAJANG: Dengan tempoh kempen berbaki empat hari lagi, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu jentera PAS terus berkerja kuat memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK Kajang.

Berucap pada ceramah di Saujana Impian di sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PRK kali ini bukan untuk Kajang semata-mata tetapi lebih besar dari itu adalah untuk melemahkan pengaruh BN.

"Bekerja PRK ni bukan untuk Kajang, tapi untuk hadapi Barisan Nasional.

"Alhamdulillah jentera paling kuat di PRK Kajang ni ialah PAS. Kita kena buktikan jentera kita paling kuat," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, kejayaan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah berjaya melemahkan penguasaan BN.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua pertiga BN di parlimen dan mendapat lebih dua pertiga di Dun Selangor.

"Untuk pertahankan status ini, PRK Kajang mesti dipertahankan," kata beliau.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan melalui tahaluf siyasi (persefahaman politik) dengan Pakatan Rakayat, PAS telah mendapat kejayaan besar.

AMK tolak kenyataan Chew isu kematian 6 remaja

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Shamsul Iskandar Md Akin menolak kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun semalam yang mendakwa kematian enam remaja dalam sebuah konsert di Bukit Jalil minggu lalu kerana polisi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Shamsul berkata konsert Future Music Festival Asia (FMFA) dianjurkan dengan permit dan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia malah kerajaan negeri hanya menyediakan tapak kerana ia sebahagian program Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Siapa yang anjur (konsert) itu? Ini persoalannya dan apa keperluan konsert sedemikian dalam usaha promosi Tahun Melawat Malaysia?" kata Shamsul dalam sidang media hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Chew berkata kematian tersebut dapat dielak sekiranya Selangor mengawal pertumbuhan rumah urut dan kafe siber haram yang berleluasa di negeri itu.

Pada Jumaat lalu, enam remaja meninggal dunia manakala 14 lain dirawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika menghadiri konsert FMFA 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat dan Sabtu lalu.

Pakatan selar Wan Junaidi kerana kenyataan bukan Melayu tidak sensitif rogol kanak-kanak


Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar (gambar) daripada Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar dalam menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat semalam bahawa bukan Melayu kurang sensitif dalam isu rogol bawah umur.
Beliau berkata Wan Junaidi sudah menimbulkan kemarahan kerana cuba memutar belitkan angka statistik dengan niat memalukan kaum bukan Melayu‎ di negara ini.
"Beliau (Junaidi) menuduh kaum bukan Melayu tidak sensitif dalam kes rogol bawah umur kerana mereka tidak membuat laporan polis.
"Dalam kata lain, beliau menyatakan bahawa kes rogol bawah umur berlaku banyak di kalangan bukan Melayu tapi tidak dilaporkan ini adalah tuduhan yang tidak berasas," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sivakumar turut menyelar tindakan timbalan menteri kerana membuat tafsiran ‎ yang sangat melencong.
"Memutarbelitkan fakta statistik adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Timbalan menteri memanipulasikan perangkaan untuk tujuan kepentingan politiknya," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Junaidi yang membentangkan statistik ketika di Dewan Rakyat semalam di mana 80% kes rogol bawah umur pada tahun 2012 dan 2013 ialah daripada kalangan kaum Melayu.
Kes rogol bawah umur daripada kalangan kaum Cina ialah 4.3‎%, kaum India ialah 2% dan kaum lain 13% pada tahun 2013.
Katanya isu tersebut tidak patut dilihat dalam perspektif perkauman kerana ia merupakan isu melebihi batasan perkauman.
‎"Statistik yang kita ada itu harus digunakan untuk membantu golongan muda dan remaja supaya tidak terjerumus dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral dan dilarang agama.

PRK Dun Kajang: BN amat phobia dengan nama Anwar

Sekolah rendah yang mula dibuka pada 1987 itu dikatakan dirasmikan Anwar ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran. 

Anwar IbrahimKAJANG: Kerajaan BN amat phobia dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sahaja beliau disekat bertanding dalam PRK Kajang, malah nama beliau merasmikan sekolah di Kajang ditutup.
Ia merupakan permainan politik kotor BN memadamkan jasa Anwar Ibrahim dalam sejarah pembangunan pendidikan negara.
Perkara itu dapat dilihat apabila plak perasmian yang tertera nama dan tandatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah sekolah di Kajang pernah ditutup supaya tidak dapat dilihat pelajar sekolah terbabit.
Sekolah rendah yang mula dibuka pada 1987 itu dikatakan dirasmikan Anwar ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran.
Bagaimanapun, selepas guru besar sekolah berkenaan bertukar, plak perasmian itu dibuka semula untuk tatapan pelajar sekolah itu.
Perkara itu diberitahu salah seorang guru sekolah berkenaan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil kesempatan bertemu ibu bapa pelajar di luar sekolah terbabit.
“Guru besar dahulu tutup plak perasmian tetapi bila tukar baru, plak itu dibuka semula. Plak itu dibuka bukan sebab sokongan kepada pihak tertentu atau berunsur politik tetapi disebabkan itu adalah sejarah sekolah kami,” katanya yang enggan mendedahkan nama.
Sejak PR mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan Pusat mula melaksanakan pelbagai ‘arahan tidak rasmi’ kepada pejabat kerajaan di negeri itu termasuk di sekolah seluruh Selangor.
Antara ‘arahan tidak rasmi’ itu termasuk tidak membenarkan pejabat kerajaan menggantung gambar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebaris dengan gambar DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri dan menteri berkenaan seperti amalan protokol sebelumnya.
‘Arahan tidak rasmi’ itu bukan sahaja dilihat bertentangan dengan keputusan rakyat Selangor yang memilih PR dalam dua pilihan raya umum terakhir, bahkan turut tidak menghormati dan membelakangkan institusi DiRaja Selangor yang mengiktiraf dan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah.
Sementara itu, menyedari tidak dibenarkan berkempen di dalam kawasan sekolah, Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah.
Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kerajaan persekutuan.
Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan.

Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

IMG_6589aKAJANG, 19 MAC: Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diingatkan tidak mengambil mudah terhadap PRK kali ini sehingga tidak mahu keluar mengundi pada hari pengundian, 23 Mac nanti.
Calon Pakatan Rakyat (PR) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata sikap demikian bakal menyebabkan peratusan keluar mengundi berkurangan, sekali gus menjejaskan majoriti yang mampu dimenangi PKR berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
“Memang kita berharap peratusan keluar mengundi tinggi. Pengundi jangan mengambil sikap sambil lewa kerana ini adalah tanggungjawab,” katanya kepada media ketika menjalankan kempen yang memasuki hari kesembilan di Kampung Sungai Kantan, di sini, semalam.

PRK Dun Kajang: Wan Azizah minta henti sebar gambar fitnah Mei Fun

KAJANG: Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar fitnah terhadap Chew Mei Fun menghentikan segera perbuatan terkutuk itu.

"Henti segera. Ini bukan cara kempen kita. Kita kutuk dan tidak bersetuju sama sekali dengan cara fitnah lucah ini,"

"Kita Melayu Asia, sopan santun budi bahasa, kita ada adab," katanya ketika ditemui Harakahdaily di bilik gerakan utama PKR di sini hari ini.

Presiden PKR itu juga berkata, bagi orang Islam, kaedah kempen lucah tersebut jelas berdosa dan menjatuhkan maruah wanita.

"Ini menyimpang dari sepatutnya. Kita kempen atas isu, bukan guna kaedah jahat sebegini.

"Mesti hentikan, tidak kira (ia dibuat terhadap) calon BN ke, calon Keadilan ke, kita tetap tidak setuju," tegas beliau.

Sebelum ini, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar gambar palsu separuh bogel calon BN itu yang dipercayai menggunakan teknik superimpose.

PRK Dun Kajang: 'Sebar gambar palsu Chew perbuatan 'jelek, tak bermoral' - PKR

PKR membantah penyebaran gambar palsu calon BN yang digambarkan berbikini di laman-laman sosial.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiee berkata kegiatan menampal muka Datin Paduka Chew Mei Fun itu sebagai "jelek dan tidak bermoral."

"Kami menyarankan pihak Chew dan MCA membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami melihat kegiatan tersebut sebagai jelek dan tidak bermoral dan satu penghinaan kepada wanita. Meskipun beliau lawan kami...

"Kami tak mahu mana-mana pihak sekalipun menggunakan kesempatan untuk memfitnah yang mengaibkan," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kelmarin Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dalam sidang media mendakwa perbuatan itu dilakukan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau berkata gambar palsu itu menghina maruah wanita dan mendesak SKMM menyiasat perkara terbabit

Shuhaimi berkata PKR sentiasa mempertahankan maruah 'mangsa fitnah' sebelum ini kerana pemimpin dan ahli parti telah lama menjadi mangsa fitnah sejak 1998.

Did pilots turn back MH370 to save lives?

Investigators remain baffled by a pivotal question: were the two men in the cockpit villains or heroes?

mh370 missingLONDON: Yet, another theory. And this one sounds plausible as well. Rather than commandeering the plane with evil intent, the pilot was battling with a catastrophic malfunction when the plane first changed course.
This would be broadly consistent with a theory among professional pilots, The Times of London reported today.
What is becoming less clear is whether the “deliberate action” that at first appeared so sinister was undertaken with malevolence or in a desperate effort to preserve the lives of the 239 passengers.
Efforts to argue malevolence have become increasingly hampered by a lack of plausible motive, the absence of communication by any terrorist group and a flight time that makes suicide appear less likely.
The governments of all those on board have been asked to help the investigation: Beijing declared that it had combed the backgrounds of the 153 Chinese on the vanished jet, but had found nothing suspicious.
Captain Nadira RamliSuggestions that Fariq Abdul Hamid, the 27-year-old copilot, was irresponsible have been discounted by friends and relatives who said that he was preparing to propose to Nadira Ramli (photo), a 26-year-old pilot working for another airline. They had met and fallen in love at pilot-training school.
The missing Malaysia Airlines jet was sighted in different locations thousands of kilometres apart within hours of its disappearance, it has emerged, adding to the bafflement of the vast team of investigators searching for the aircraft in an area as large as Australia.
Witnesses in the Maldives said that they had seen a passenger aircraft flying low over one of the islands on the day it vanished.
Speaking from a fishing boat, Ibrahim Sarih, the manager of the Blue Leaf Guesthouse on Kudahuvadhoo, said that he was among a number of residents who saw a “blue and white” aircraft about the time that Flight MH370 would, aviation experts say, have been running low on fuel.

Misi mencari pesawat hilang semakin buntu, lapor agensi


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ianya penting untuk mengecilkan skala carian dan kembali kepada radar tentera kawasan kejiranan yang mana Malaysia percaya mungkin akan memberikan sedikit harapan. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ianya penting untuk mengecilkan skala carian dan kembali kepada radar tentera kawasan kejiranan yang mana Malaysia percaya mungkin akan memberikan sedikit harapan. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014. Penyiasatan terhadap misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 seakan mencapai jalan buntu, apabila semakan terhadap data penumpang dan kru tidak menunjukkan petanda pesawat itu akan ditemui dalam masa terdekat, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.
Menurut Reuters, sebelas hari sudah berlalu, dan 26 negara sedang berusaha mencari pesawat dengan 239 penumpang itu dalam kawasan yang lebih kurang sama saiz dengan Australia, atau dua pertiga keluasan Amerika Syarikat (AS).

MH370: 12 hari, 7 teori


Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari. – Gambar Reuters, 19 Mac, 2014.  Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari. – Gambar Reuters, 19 Mac, 2014. Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori yang muncul sejak 12 hari ini.
Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke rampasan kapal terbang.
The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling menarik perhatian setakat ini:
1. SUMBER: Chris Goodfellow, mendakwa diri seorang juruterbang yang berpengalaman.
TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.
"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000." tulisnya.
"Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.
"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.
"Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.
"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.
2. SUMBER: Desmond Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.
TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.
"Para juruterbang menyedari mereka perlu turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.
"Salah satu daripada mereka mula memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.
"Pesawat itu kemudian berada di luar kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000 mulai lambat.
"Ia hilang kawalan untuk sementara pada ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."
3. SUMBER: Keith Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika Syarikat
TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.

Pakar IT India temui imej satelit kemungkinan pesawat MH370


Beribu-ribu orang dari seluruh dunia terlibat dalam projek ‘crowdsourcing’ untuk cari pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014.Beribu-ribu orang dari seluruh dunia terlibat dalam projek ‘crowdsourcing’ untuk cari pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014.Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek “crowdsourcing” iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Wee: Wan Junaidi's conclusion on child rape statistics unacceptable

GST at 15,542 restaurants next year

Tol: Perjanjian tidak menguntungkan rakyat

MP PAS Sepang Bahas Titah Diraja 2014

Dewan Rakyat 19 Mac 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MH370: 'Hisham tak konsisten kenyataan 'lampaui politik' - Anwar

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung pencarian pesawat MH370 "melampaui politik" menunjukkan beliau tidak konsisten, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media malam tadi, Anwar mengalu-alukan kenyataan mengenai usaha mencari pesawat itu selepas 10 hari, namun ketua umum PKR itu menggesa Hishammuddin mendisplinkan media yang dikawal Umno dan cybertrooper Umno.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membidas kenyataan Hishammuddin itu tetapi majlis penerangan berhubung kehilangan pesawat itu hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja.

"Saya kata ini tidak konsisten, dia tidak amanah dengan komitmennya," kata Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu juga mendakwa cara krisis ini dikendalikan setakat ini "penuh dengan percanggahan".

MH370: Spekulasi kaitkan bapa buat keluarga terluka - Aishah


Aishah, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menyifatkan spekulasi media antarabangsa yang mengaitkan bapanya dengan misteri kehilangan pesawat itu melukakan hati keluarganya.

Menurut laporan beberapa portal berita Australia, Aishah 27, memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa spekulasi mengenai bapanya oleh media antarabangsa tidak benar, laporan Utusan Malaysia hari ini.

"Semua spekulasi itu tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anaknya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan Aishah, siswazah jurusan senibina Universiti Deakin, Melbourne telah pulang ke tanahair untuk memberikan sokonga moral kepada ahli keluarganya.

Akhbar itu juga melaporkan, akaun sosial Instagram dan facebook gadis itu telah ditukar kepada tatapan peribadi, manakala akaun twitter beliau pula telah ditutup.

MH370:Lewat Info, Kementerian Luar China tanggung rugi-DSAI

MH370:"Mula-mula depa nak kaitkan saya juga,tapi saya tak pandai bawa kapal terbang"-DSAI

MP DAP Kepong Bahas Titah Diraja 2014

PM 36 (6) (12): mengenai Isu Kaum lain - MP DAP Kuching

PSM stages protest outside parliament against TPPA, GST

MH370: Mechanical error vs. human intervention

MH370: Penumpang Tidak Sedar Pesawat Dilencongkan/Dirampas

Dengan cuaca yang amat baik, pada jam 12.41 pagi Sabtu, pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 berlepas daripada KLIA menuju Beijing, destinasi terakhir pesawat itu.

Pesawat selain membawa 239 penumpang dan 12 krew juga lebih 4 tan buah manggis, buah tempatan yang dikatakan anti ketuaan. Jumlah buah manggis yang banyak itu yang diangkut dengan pesawat itu kini dicurigai, kemungkinan telah dipasang bom yang menyebabkan pesawat meletup di udara. Namun, berasaskan data satellite, pesawat tidak meletup, atas sebab, pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam, kerana blips pesawat malang itu kali terakhir diterima pada pukul 8.11 pagi 8 Mac, satu setengah jam, seharusnya pesawat malang itu mendarat di Beijing.

Penerbangan hanya kurang sejam, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar. Jam 1.30 pagi, mutlak pesawat hilang daripada radar menara Subang, namun pada 2.15 (sebelum ini 2.40) radar militeri mengesan pesawat itu 200 batu nautika di utara Pulau Pinang, radar Thailand juga mengsahkan bahawa pesawat malang itu sedang terbang pada laluan itu.

Masa kurang sejam, kemungkinan krew belum menghidangkan makanan atau minuman. Mungkin tanda amaran pasangkan tali pinggang baru dipadamkan. Tambahan lagi, tiada sebarang panggilan kecemasan baik daripada pilot/co-pilot atau penumpang yang mengsahkan bahawa pesawat dalam kecemasan misalnya di rampas.

Tahun 2001, apabila 4 pesawat dirampas untuk mencipta 9/11, block box pesawat, ACARS dipenuhi suara panggilan penumpang yang sedang panik; akan tetapi bagi pesawat malang MH370, panggilan itu tidak berlaku antara pukul 12.41-1.30. Mungkin penyebab tidak diterimanya panggilan, atas sebab ACARS pesawat itu tertutp selang 14 minit antara satu jam 1.07 dan 1.21. Ketiadaan panggilan itulah, ketiadaan data yang dihantar ACARS, menyebabkan pihak pasukan mencari dan menyelamat membuat kesimpulan bahawa sistem komunikasi pesawat malang itu ditutup dengan sengaja.

Investigations into missing flight MH370 appear stalled


As Malaysians pray for hope for those on board missing flight MH370, investigations into the jetliner appeared to be at a deadlock, said Reuters. – The Malaysian Insider pic, March 19, 2014.As Malaysians pray for hope for those on board missing flight MH370, investigations into the jetliner appeared to be at a deadlock, said Reuters. – The Malaysian Insider pic, March 19, 2014.Investigations into the mystery of the missing Malaysia Airlines MH370 jet appeared to be at a deadlock today, with an exhaustive background search of the passengers and crew showing nothing untoward and no sign that the plane could be quickly found.
Eleven days have passed since flight MH370 went missing, and 26 nations are struggling to search for the airliner over an area roughly the size ofAustralia, or more than two-thirds the size of the United States.
Malaysia's top official in charge of the unprecedented operation said it was vital to reduce the scale of the task and renewed appeals for sensitive military data from its neighbours that Malaysia believes may shed light on the airliner's fate.
"All the efforts must be used to actually narrow the corridors that we have announced - I think that is the best approach to do it. Otherwise we are in the realm of speculation again," Malaysia's Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein told reporters late yesterday.
The US Navy said it had switched mainly to using P-8A Poseidon and P-3 Orion aircraft instead ships and helicopters.
"The maritime patrol aircraft are much more suited for this type of operation since the search field is growing," said Navy Lieutenant David Levy, who is on board the USS Blue Ridge, the US Navy ship that is coordinating the search effort.
"It's just a much more efficient way to search," he said.
Flight MH370, with 239 people on board, vanished from civilian air traffic control screens off Malaysia's east coast less than an hour after taking off from Kuala Lumpur for Beijing early on March 8.

Bomoh, positivism dan MH370


dukun

Oleh Haris Zuan

TOK Raman letak ayam panggang elok-elok, kemas-kemas atas pulut kuning, di celah ayam panggang itu terselit pula telur rebus, entah 3 atau 4 biji, saya tidak sempat membilangnya dan tidak juga punya minat saat itu untuk memastikannya. Kemudian, di keliling ayam panggang dan pulut kuning itu dihias cantik dengan bunga-bungaan, umumnya bunga raya – tidak pula saya pasti sama ada bunga jenis ini memang dimestikan atau kerana bunga raya ini sahaja yang banyak kedapatan di sekitar rumah kami.
Kemudian Tok Raman perasapkan geharu yang membuatkan seluruh ruang rumah kami semerbak dengan bau wangi geharu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak kami jelas butirnya. Saat asap geharu mula menipis, ayam panggang bersama pulut kuning tadi diangkat dan dilayang-layangkan di hadapan saya yang sedari awal duduk mengadap Tok Raman. Kemudian, ayam panggang dan pulut kuning itu diletakkan di atas bahu kanan dan kiri saya beberapa saat sebelum ke atas kepala saya untuk lagi beberapa saat, sambil itu Tok Raman menyebutkan mantera yang tidak jelas – yang kadang-kala bunyinya seperti ayat al-Quran.
Tok Raman kemudian capai pula bertih beras dan taburkan ke atas kepala kami. Kami adik-beradik menahan ketawa. Saat itu kami hanya rasakan pengalaman itu lucu dan bergembira kerana kemudiannya dapat makan ayam panggang dengan pulut kuning. Kini, perlahan-lahan kami mula memahami dan menghargai amalan terbabit.