Selasa, 18 Mac 2014

Di mana MH370 : Pakar Perancis bantu SAR

Diverted MH370 path never used by pilots before

MH370: Wartawan Perancis minta Hisham sahkan beliau sepupu Najib

MH370: 'Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri tapi...'


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein SEPANG - Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.

"Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa," katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.

MH370: MAS siasat dakwaan keluarga penumpang China mogok lapar


Malaysia Airlines (MAS) sedang menyiasat laporan yang mendakwa anggota keluarga penumpang rakyat China yang berada dalam penerbangan MH370 mengugut untuk melancarkan mogok lapar di Beijing dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kehilangan pesawat itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya (gambar) berkata beliau akan menyiasat laporan itu dan sedang berhubung dari semasa ke semasa dengan pasukan MAS di Beijing.
"Jika sesuatu seperti itu berlaku, Malaysia Airlines sudah tentu akan menyiasatnya dengan segera.
"Dengan segala yang kami mampu, kami memberi jaminan bahawa kami telah memberi bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing," kata beliau dalam sidang media mengenai kehilangan MH370 di Sepang hari ini.

MH370: SOALAN DARI WARTAWAN PERANCIS MENYEBABKAN HISHAMUDDIN TERPEGUN!

"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?" ... begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Perancis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media kehilangan Pesawat MH370 yang sudah masuk hari yang ke 11.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak ketawa.

Garis waktu misteri kehilangan pesawat MH370

White House belum sedia buat penilaian MH370

Apa itu Diego Garcia?

Hampir Maut Gara-gara Banteras Jenayah - Pengerusi Mywatch


MH370: Juruterbang tak pernah lalu koridor Utara, Selatan kata CEO MAS


Kedua-dua juruterbang dan pembantunya dalam pesawat MH370 tiada pengalaman di kawasan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sekarang.

“Tiada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengalaman kedua-dua mereka menggunakan laluan baru yang berubah daripada haluan KLIA-Beijing.

Katanya, melihat kepada koridor Utara, tiada pesawat komersial Malaysia yang terbang di laluan itu.

“(Untuk) koridor Selatan, melainkan kami terbang ke pulau-pulaunya, (tetapi) kita tidak terbang ke pulau-pulau itu,” katanya di Hotel Sama-Sama di KLIA, Sepang.

MP PKR Batu Bahas Titah Diraja 2014

MP DAP Seputeh Bahas Titah Diraja 2014

MP PAS Parit Buntar Bahas Titah Diraja 2014

Plane's vanishing above politics, says Hisham

Report: Plane diverted on order from cockpit

Key moments emerge in tracking of missing Malaysia Airlines plane

(CNN) -- New details provide a clearer chronology about what may have happened to Malaysia Airlines Flight 370 between its takeoff and its last known spotting seven hours later.
Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya said on Monday that it wasn't clear whether the final words from the cockpit came before or after the plane's data-reporting system was shut down.
Earlier, Malaysian authorities had said the message "All right, good night" came after the system had been disabled.
Here's how experts reconstructed key moments of the flight, according to CNN aviation and airline correspondent Richard Quest. The flight disappeared more than a week ago with 239 people aboard.
Takeoff: 12:41 a.m.
All tracking systems are working as the Boeing 777-200ER takes off from the Malaysian capital of Kuala Lumpur, headed to Beijing, on Saturday, March 8.
Timeline: Takeoff to satellite contacts
Who were the men who flew flight 370
Quest: Problem began before final message
ACARS sends communication: 1:07 a.m.
About a half-hour after takeoff, one of the plane's communication systems sends what turns out to be its last communication, according to the CEO of Malaysia Airlines.
The Aircraft Communications Addressing and Reporting System is the onboard computer that collects information -- a lot of it -- about the plane's and the pilot's performance. It's akin to computers now in automobiles that track oil levels and engine performance.
Aboard aircraft, ACARS computers measure thousands of data and send the information via satellite to the airline, the engine manufacturer and other authorized parties, Quest said.
The information is useful for operations, maintenance, scheduling and performance purposes, Quest said.
"Your boss will know how you've flown the plane because ACARS will have told them," Quest said.
Voice check-in: 1:19 a.m.
Someone in the plane's cockpit makes a voice check-in with air-traffic controllers as the airliner was apparently leaving Malaysian airspace and entering Vietnamese airspace. Initial investigations indicate it was the co-pilot, Fariq Ab Hamid, according to Malaysia Airlines officials.
"All right, good night" were the final words from the cockpit, said Zulazri Mohd Ahnuar, a Malaysian civil aviation officer.
The phrase "good night" is the radio parlance used by pilots when executing a handover from one airspace to another, Quest said.
"That is normal. That happens a gazillion times," Quest said. " 'All right, good night' is a pleasantry at the end of radio communication."
It remains unclear, however, whether Vietnamese air traffic controllers had any contact with the plane during the handoff, Quest said.
Transponder off: 1:21 a.m.
A transponder sends electronic messages from the airplane: "squawks" to radar systems about the plane's flight number, altitude, speed and heading.
This is enormously useful information to air-traffic controllers who are looking at scores of blips on their screen, and each blip is a plane emitting identifying information, thanks to the transponder.
The transponder, apparently switched off, stropped responding at 1:21 a.m., said Azharuddin Abdul Rahman, director of the Malaysian Department of Civil Aviation.
"Now the plane is flying blind from the ground's point of view," Quest said. "If there is radar there, the radar will see a blip, but they won't know who it is, where they are going. They will just now know it's there."

Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

mahfuz omarKUALA LUMPUR, 18 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu bertanggungjawab yang memberi ‘isyarat’ kepada polis untuk menyiasat dan menggeledah rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan penyiasatan kini beralih sepenuhnya kepada juruterbang termasuk kru penerbangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat terbabit.
download“Kesilapan bermula daripada Perdana Menteri sendiri yang memberikan isyarat bahawa juruterbang seperti mengalihkan laluan sehingga siasatan kini tertumpu kepadanya dan anak kapal lain.
“Kenyataan Najib itu akan memberi kesan buruk kepada Malaysia Airlines (MAS) dan menyebabkan banyak pihak akan hilang kepercayaan kepada penerbangan kita,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Polis bertindak mengeledah kediaman Zaharie selepas pengumuman Najib pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.
Pada masa sama, Mahfuz turut mencabar kerajaan untuk membuktikan sama ada benar atau tidak dakwaan beliau semalam bahawa rundingan antara Menteri Luar sedang diadakan bersama perampas pesawat berkenaan.

MH370 hilang: Malaysia bukan sarang pengganas, kata Hishammuddin


Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kanan) menjawab soalan pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Sepang petang ini. – Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli.Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kanan) menjawab soalan pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Sepang petang ini. – Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli.Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Malaysia merupakan sarang pengganas seperti didakwa susulan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 semenjak 8 Mac lalu.
Hishammuddin berkata, misteri kehilangan MH370 tidak mencerminkan Malaysia sebagai sarang kepada pengganas.
"Untuk nak mengaitkan Malaysia sebagai sarang pengganas, saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Hishammuddin pada sidang media harian di Hotel Sama-Sama, Sepang petang ini.
Sebaik kehilangan pesawat MH370, pengkritik dan penganalisis membayangkan pelbagai kemungkinan antaranya rampasan pesawat.
Hishammuddin bagaimanapun berkata tiada bukti jelas untuk mengaitkan Malaysia dengan kegiatan aktiviti pengganas.
"Dakwaan Malaysia sarang pengganas, ia tidak jelas dan tidak ada asas langsung untuk kaitkan dengan apa yang kita lalui hari ini," katanya.

Pencarian MH370 kini seluas 2.24 juta batu nautika persegi, kata Hishammuddin


Kawasan pencarian bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini diperluaskan sehingga 2.24 juta batu nautika persegi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemangku menteri pengangkutan itu mengatakan, kedua-dua koridor utara dan selatan dipecahkan kepada tujuh kuadran setiap satu.
"Di koridor utara dan selatan, setiap kuadran adalah 160,000 batu nautika persegi," katanya pada sidang media yang sesak dengan wartawan di Hotel Sama-Sama, Sepang sebentar tadi.
Menurut Hishammuddin yang juga merupakan menteri pertahanan, Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai pencarian di koridor selatan.
"Di koridor utara, China dan Kazakhstan bersetuju untuk mengetuai kawasan pencarian berhampiran dengan negara mereka," katanya.
Setiap koridor disebelah utara dan selatan dipecah kepada tujuh kuadran.
Misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-11, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk terbaru daripada MH370.
Operasi pencarian hari ini juga menyaksikan penambahan aset ketenteraan Malaysia, dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, sebuah lagi helikopter Super Lynx dan dua buah pesawat C-130 ke koridor selatan.
Beberapa negara besar lain juga menghantar aset ke kawasan mencari, antaranya Amerika Syarikat yang menghantar P-8 Poseidon, Australia menghantar tiga P-3 Orions dan sebuah C-130 Hercules dan beberapa negara lain.

Penglibatan Anwar: Media asing ‘politikkan’ kehilangan MH370, dakwa Hishammuddin

"Kenyataan Hisham Yang Mampu Dipolitikan Dan Ditertawakan"
Dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Katanya isu politik merupakan perkara kedua kerana fokus Putrajaya kini tertumpu ke arah misi mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.
"Isu politik ini hanya dibangkitkan oleh media asing, kami masih kekal merentasi fahaman politik," kata Hishammuddin dengan tegas pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.
"Pencarian adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini."
Beliau juga menggesa seluruh rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan politik ketika berdepan situasi krisis dalam kehilangan MH370.
"Saya gesa semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu ketika saat sukar ini, memandangkan fokus kita sekarang adalah mencari pesawat dan 239 nyawa," kata Hishammuddin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan petunjuk baru.
Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
Akhbar tabloid Britian Daily Mail melaporkan pada Ahad kemungkinan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mensabotaj pesawat kerana kecewa Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

MH370: Mengapa k’jaan tidak sedia berdepan PR - Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyelar tindakan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mengenepikan mereka dalam Taklimat MH370 pada malam ini di sebuah hotel.
Bagi Pakatan Rakyat tindakan menteri tersebut solah-olah menganggap insiden itu bukan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa kerajaan tidak bersedia untuk berdepan dengan semua Ahli Parlimen termasuk Pakatan Rakyat.
"Saya tidak faham mengapa taklimat itu hanya melibatkan MP BN sahaja," bidas Anwar dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar berkata kerajaan telah menolak saranan umum agar insiden kehilangan pesawat MAS itu ditangani bersama bukan sahaja peringkat negara tetapi dunia.
"Jadi kita kecewa. Menteri terbabit hanya mahu bertemu dengan wakil rakyat BN. Satu perjumpaan di luar bangunan parlimen," katanya.
Kamarudin telah membangkitkan perkara ini  di dalam dewan semalam namun Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar menegaskan pertemuan itu adalah sulit untuk mengelakkan daripada pengetahuan media.
Namun Kamarudin membidas kenyataan Noh itu sambil menyifatkan edaran surat jemputan taklimat kepada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) itu sudah diketahui umum.
"Tidak perlu sulit lagi. Surat pun dah diedarkan mesti sudah diketahui umum," tegas Kamarudin.
Justeru Pakatan Rakyat mendesak Hishammuddin bersedia untuk datang ke Dewan Rakyat bagi membincangkan tentang kehilangan pesawat MH370 yang membabitkan 12 anak kapal dan 227 penumpang dari 14 negara.

Blogger Umno tidak hormati keluarga juruterbang MH370

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terhadap blogger-blogger Umno yang tidak menghormati derita dan kesusahan yang dihadapi oleh ahli keluarga juruterbang MAS Zaharie Ahmad Shah.

Ini kerana katanya, banyak kesimpulan negatif dilemparkan kepada juruterbang MH370 hanya kerana beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini heboh dalam blogger Umno salah seorang menantu saya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.

"Tetapi cuba untuk kaitkan beliau dan dipolitikkan tidak menghormati hak keluarga dalam keadaan susah ketika ini. Semua orang tidak tahu di mana pesawat itu. Kita hanya berdoa sahaja kerana pelbagai usaha telah dilakukan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Apa yang nyata jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh satu dunia telah menggelarkan Malaysia penipu sehingga negara China memberi teguran keras untuk tidak membantu menjejak pesawat MAS.

"Negara China kata kalau sejak begitu hari pertama kami diminta belanja jutaan ringgit di Laut China dan jangan salahkan kita.

"Malangnya pengurusan Malaysia bolos dari segi ruang udara, keselamatan dan pasport ekoran insiden ini," tambahnya.

"I Love Manchester United!" - Ustaz Azhar Idrus

Cerita UAI Terpotong Kereta Polis!

MP PKR Alor Setar Bahas Titah Diraja 2014

MP DAP Raub Bahas Titah Diraja 2014

MP PAS Pasir Mas Bahas Titah Diraja 2014

MP PSM Sungai Siput Bahas Titah Diraja 2014

Bomoh 1Malaysia pula kecohkan Dewan Rakyat

PBS tidak bermanfaat, beban dan tidak boleh dikompromi

Anwar: Bernas khianat nasib petani

Bung Mokhtar buat kecoh dalam dewan rakyat

PAS: Konsert Future Music ada dadah, arak, seks

Guru anti-PBS tolak penambahbaikan 43 hari

Kumpulan guru anti-Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menganggap pengumuman perlaksanaan sistem itu pada 1 April ini, setelah dibuat penambahbaikan, tindakan yang gopoh.

Menurut aktivis pendidikan Mohd Nor Izzat Mohd Johari (lihat gambar, dua dari kanan), walaupun penambahbaikan dibuat, ia masih “gelojoh” kerana hanya diteliti semula dalam tempoh singkat.

"Dalam tempoh 43 hari sahaja KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mampu mengubah sesebuah dasar dan terus mahu melaksanakan dasar yang telah ditambah baik tanpa kajian rintis dan semestinya tiada rangka dasar,” katanya.

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) itu berkata, KPM patut melaksanakan kajian menyeluruh dan kajian rintis sekurang-kurangnya tiga tahun serta mengeluarkan dokumen bertulis sebelum melaksanakan sebarang dasar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, sistem PBS baru akan dilaksana bermula 1 April.

Ia juga, menurut menteri pendidikan, akan mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus.

Antara ciri baru sistem baru itu, guru akan memasukkan data berdasarkan masa yang sesuai secara 'offline'.

Allah Malukan Kita Dengan Tikar Terbang, Kata TG Harun Din


Timbalan Mursyidul Am  PAS, Datuk Dr Harun Din mengajak umat Islam kembali kepada cara hidup Islam dan sistem Islam.

Katanya, air di empangan semakin kurang, hampir ¾ Malaysia berjerubu dan terbaru kehilangan kapal terbang MAS MH370.

“Berpuluh-puluh kapal dan kapal terbang mencari MH370 tapi tak jumpa pun.

Datuk Dr Haron Din
Allah menguji kita bahawa ilmu kita sangat sedikit berbanding dengan ilmu Allah,” kata beliau dalam kuliah maghrib di sebuah masjid di Selangor yang dimuatkan intipati kuliahnya dalam Facebook.

Inilah kali pertama beliau bersuara selepas berlakunya peristiwa kehilangan MH370 itu pada 8 Mac lalu.

Sambil memetik ayat al quran yang bermaksud, beliau berkata “ Jangan makan dan minum yang haram.

Kalau kita langgar, ia mengundang kemurkaan Allah lalu Allah menurunkan bala kepada semua”.

Beliau turut mendakwa kehilangan pesawat MAS itu menjadikan negara kita tumpuan seluruh dunia.

“Tetapi Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi berkata kita biarkan syirik berleluasa,” katanya merujuk tindakan Raja Bomoh di KLIA yang menjadi bahan jenaka seluruh dunia.

Katanya, memang yang itu berlaku sebenarnya .

“Allah hina negara kita dengan peristiwa seperti itu,” katanya lagi.

Beliau berkata manusia tidak melihat peristiwa itu dengan mata hati kerana mata hati kita kotor dengan maksiat.

“Allah mahu kita kembali kepadaNya dan bertaubatlah dan insaflah,” tegasnya lagi.

Chinese MH370 relatives threaten ‘hunger strike’


A relative of a passenger onboard the missing Malaysia Airlines Flight MH370 shows a paper with a message from family members at a hotel in Beijing, today. Intensive background checks of everyone aboard a missing Malaysian jetliner have so far failed to find anyone with a known political or criminal motive to crash or hijack the plane, Western security sources and Chinese authorities said. The message reads, ‘Hunger strike. Tell us the truth. Return us our families’. – Reuters pic, March 18, 2014.A relative of a passenger onboard the missing Malaysia Airlines Flight MH370 shows a paper with a message from family members at a hotel in Beijing, today. Intensive background checks of everyone aboard a missing Malaysian jetliner have so far failed to find anyone with a known political or criminal motive to crash or hijack the plane, Western security sources and Chinese authorities said. The message reads, ‘Hunger strike. Tell us the truth. Return us our families’. – Reuters pic, March 18, 2014.Desperate relatives of Chinese passengers aboard flight MH370 threatened to go on hunger strike today as they demanded answers about the missing aircraft from Malaysian officials.
"Now we have no news, and everyone is understandably worried. The relatives say they will go to the (Malaysian) embassy to find the ambassador," said Wen Wancheng, whose son was aboard the missing flight.
"The Malaysian ambassador should be presenting himself here. But he's not," Wen said, updating reporters after a regular meeting between Malaysia Airlines officials and family members at a hotel in Beijing.
"Relatives are very unsatisfied. So you hear them saying 'hunger strike'," added the 63-year-old from the eastern province of Shandong, speaking as the search entered its 11th day.

Bawa senjata: Tiga orang Asli kena masuk lokap

Muhyiddin reveals rebooted SBA

Konsert dan bomoh hangatkan dewan rakyat

PKR leaders' phones hacked - to cause friction

BERNAS keluar bursa: Anwar gesa Parlimen bela pesawah yang jadi mangsa

PRK DUN KAJANG: LANGKAH KAJANG SEBENARNYA SATU REFERENDUM

Ramai yang mengatakan bahawa PRK Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac yang akan datang adalah merupakan satu referendum (a general vote by the electorate on a single political question which has been referred to them for a direct decision ) seperti mana yang pernah dijalankan oleh Encik Lee Kuan Yew pada 2 September 1962, dimana beliau memerlukan keputusan rakyat samada mahu Singapura menyertai Malaysia ataupun tidak. Keputusannya ialah rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia. Semalam, 16 Mac 2013 diadakan juga satu rerferendum di Crimea meminta rakyat membuat keputusan samada bersetuju bergabung dengan Russia atau tidak. Dan keputusannya rakyat Crimea bersetuju menyertai Russia.
Referendum di PRK Kajang agak lain daripada apa yang dipaparkan di dua negara di atas. Lain.  Oleh kerana terdapat berbagai-bagai kepincangan yang berlaku dalam negara kini, maka ramai yang berpendapat bahawa seolah-olah kepimpinan negara di bawah Barisan Nasional sudah tidak berkemampuan untuk mentadbirkan negara. Itu pendapat sebahagian besar rakyat. Kita tidak tahu seramai mana yang berpandangan sedemikian. Tidak ada statistik yang boleh menunjukkan keadaan sedemikian. Hanya persepsi dan keputusan undi dalam PRU 13 yang lalu.
Dan tidak pula boleh diubah pemerintahan yang ada sekarang kerana kerajaan yang ada sekarang adalah merupakan kerajaan yang sah. Namun persepsi rakyat kini ialah bahwa seolah-olah kerajaan kini tidak mampu menguruskan hal ehwal negara yang telah mendatangkan begitu banyak kepincangan dan sedikit sebanyak telah mencalarkan imej negara Malaysia di mata dunia. Sebagaimana yang ditegaskan oleh DS Anwar Ibrahim bahawa, ‘…Najib’s weak leadership in handling the missing flight crisis has caused Malaysia’s image to be tarnished in the international circle….He does not know how to handle the matter...A nation in crisis needs strong leadership. The leadership failure here is what the whole world is watching now.” Free Malaysia Today.
Lantas ramai yang memikirkan bahawa PRK Kajang adalah benar-benar menguji sejauh mana keberkesanan pentadbiran kerajaan Malayisa kini. Rakyat Kajang seolah-olah telah diwakilkan oleh rakyat Malaysia untuk membuat penentuan, membuat pemilihan dan keputusan samada perjalanan dan pentadbiran kerajaan kini berkesan dan effektif ataupun tidak.
Walaupun keputusan yang dibuat oleh rakyat Kajang ini akhirnya bukan merupakan keputusan rakyat Malaysia (sememangnya begitu) namun sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit petunjuk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya tentang status kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang. Juga dapat memberikan ‘wake-up call’ kepada sebahagian pemimpin kerjaaan Barisan Nasional kini yang dilihat seolah-olah sedang ‘tidur’ lena.

PRK Dun Kajang: Selepas seminggu berkempen, apa kata calon?


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan punca PRK itu diadakan dan rakyat mahukan rasa hormat kepada sistem demokrasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan punca PRK itu diadakan dan rakyat mahukan rasa hormat kepada sistem demokrasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semakin hampir. Masa semakin suntuk untuk kedua-dua parti daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menemui pengundi menjelang pilihan raya pada 23 Mac depan.
Bagi mendapatkan perkembangan terkini kedua-dua calon wanita yang akan bertanding di kerusi DUN Kajang setelah seminggu berkempen secara rasmi bermula 11 Mac, The Malaysian Insider menemuramah secara eksklusif bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ikuti temuramah eksklusif wartawan Mohd Farhan Darwis dan Sheridan Mahavera dengan dua calon wanita itu mengenai keyakinan dan jangkaan mereka untuk memenangi PRK DUN Kajang.
Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun
The Malaysian Insider (TMI): Bagaimana respon yang diterima daripada pengundi selepas seminggu berkempen untuk PRK DUN Kajang?
Datin Paduka Chew Mei Fun (Chew): Respon positif. Tapi turun naik dengan insiden yang berlaku. Pada awalnya kami berada dalam trend positif, kemudian turun sedikit. Kami bergerak dalam trend yang meningkat. Ada perlahan sedikit disebabkan beberapa isu, sekarang sudah kembali semula.
Rakyat keliru, mereka lupa bagaimana PRK ini tercetus. Pihak sebelah sana kaitkan dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi saya, saya bertanding sebab ada kekosongan dan rasa tanggungjawab. Kita perlu berikan pilihan untuk rakyat membuat pilihan.
Tetapi sekarang selepas kami membuat penjelasan, rakyat mula sedar PRK ini sengaja dilakukan oleh mereka, bukan kami. Kami tiada kuasa mengawal sistem perundangan. Saya sendiri tidak boleh kawal.
TMI: Adakah isu itu masih dimainkan?
Chew: Apa yang penting adalah, kalau rakyat mahukan kerajaan yang baik termasuk rasa hormat kepada sistem demokrasi, isu pokok PRK ini diwujudkan ialah hanya untuk selesaikan konflik dalaman mereka. Ini penyalahgunaan sistem demokrasi. Kalau kita benarkan ini berlaku, kita akan hantar mesej yang salah, iaitu apabila mereka terima sokongan kepada pengundi, mereka boleh lakukan apa sahaja.
Rakyat perlu faham kenapa PRK ini berlaku dan kami perlu berpegang kepada prinsip asas demokrasi. Kita perlu beritahu mereka, 'Kami nak sokong kamu, tapi mesti lakukan apa yang dijanjikan. Kamu perlu menghormati prinsip demokrasi'. Jangan kaitkan semua perkara dan alih perhatian daripada punca PRK itu sendiri.
TMI: Selepas seminggu, bagaimana mesej anda diterima pengundi?
Chew: Daripada trend yang kami terima di peringkat akar umbi, mesejnya disampailkan agak baik, tetapi kami perlu berkerja keras kerana kami "underdog", kami perlu bekerja dua kali lebih keras daripada mereka.
Dengan sokongan jentera dan kesatuan yang ditunjukkan ahli, saya ada keyakinan, bersama dengan parti komponen kami akan berjaya bawa perubahan kali ini. Tetapi masih bergantung bagaimana kami memberikan maklum balas kepada isu. Ini pertempuran penting kami.
TMI: Ada pihak menuduh MCA dan Chew tidak sesuai untuk komuniti Cina, mereka  berikan contoh MCA sokong pemindahan SJKC Damansara di PJ dan bekerjasama dengan Perkasa.
Chew: Kisahnya panjang, ketika saya bertanding di Parlimen Petaling Jaya Utara, saya adakan pertemuan pertama dengan PIBG di lokasi bertentangan sekolah, ada rumah penghulu, ketika itu kosong. PIBG bangun dan cakap dengan garang, kalau hendak kami sokong, tolong pindahkan sekolah itu, itu pada 1999.
Bila saya hadir ulang tahun ke-80 mereka di Hotel Istana, pengerusi mereka umumkan kepada semua dan berkata mereka akan berpindah.
Jadi selepas pilihan raya saya terus membantu mereka untuk berpindah. Ada sebuah sekolah lagi di Petaling Jaya, SJKC Pooi Chai di SS2 yang juga mahu berpindah. Permohonan mereka diluluskan. Di Tropicana juga ada sebidang tanah.
Ada sebuah sekolah kebangsaan yang siap di Bandar Utama (tapi belum diduduki). Kedua-dua sekolah (Pooi Chai dan Damansara) mahu sekolah ini. Kerajaan berikan kepada Pooi Chai dan ditukar kepada Pooi Chai 2.
SJKC Damansara takut kehilanagn pelajar dan guru kepada Pooi Chai 2 dan minta kerajaan segerakan untuk menyiapkan sekolah baru di Tropicana. Itu apa yang mereka buat.
Kemudian mereka yang berkempen untuk pemindahan sekolah itu kata tanah dan kampung itu akan dimusnahkan dan jadikan kawasan itu untuk bina kondominium. Namun perkara itu tidak benar. Tapi mereka sebarkan maklumat palsu kerajaan akan datang dan musnahkan rumah penduduk kampung.
Kami beritahu penduduk kampung, mereka yang tidak mampu kami akan sediakan kenderaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.
Kami panjangkan tempoh pendudukan tanah di kampung. Namun mereka tetap politikkan isu sekolah. Mereka hantar orang letakkan banner dengan pemimpin politik. Isu itu menjadi panas.
Bila isu itu reda, saya bercakap dengan Datuk Seri Ong Ka Ting (Presiden MCA ketika itu) berkenaan membuka semula sekolah itu. Jadi kami buka sekolah pada 2009.
Bila kami adakan sidang media mereka kata saya biarkan kanak-kanak menderita selama lapan tahun belajar di kabin. Bila Ronnie Liu berkempen untuk isu ini, beliau hantar anak dia belajar di Damansara. Kemudian beliau pindahkan anaknya ke sekolah lain dan biarkan pelajar lain menderita di kabin.
Bila saya berjumpa pengerusi kumpulan yang mahu mempertahankan sekolah, mereka singkirkan Liu daripada penasihat kumpulan. Mereka kata mereka sedar orang seperti ini hanya mahu politikkan isu ini dan jadikan keburukan untuk MCA.
Pada 2008 saya kalah, tetapi saya terus membantu sekolah itu untuk dibuka semula.
Semasa kanak-kanak itu di kabin, mereka tidak boleh menduduki UPSR, dan saya berjuang untuk mereka untuk membolehkan mereka mengambil UPSR. Saya beritahu Kementerian Pendidikan golongan dewasa lakukan kesilapan, kita tidak seharusnya menghukum kanak-kanak itu.
Sekarang mereka kata saya pula penjenayah. Saya bantu sekolah itu dari seluas 0.8 ekar kepada 6.3 ekar (lokasi baru di Tropicana). Daripada 14 bilik darjah kepada 36 bilik darjah. Mereka ada bilik muzik, bilik rawatan, gelanggang bola keranjang dan dewan.
TMI: Jadi sudah memperjelaskan isu ini kepada pengundi?
Chew: Ya, saya perlu jelaskan. Saya jelaskan. Dan sebab itu saya ada hak untuk mengemukakan saman terhadap mereka yang mencemarkan imej saya.
TMI: Perkara pertama anda akan lakukan untuk pengundi Kajang selepas menang?
Chew: Saya rasa perkara di sini semuanya penting. Tiada orang tengok mereka, lihat mereka. Kadar demam denggi yang tertinggi adalah di Hulu Langat.
Kebersihan. Saya rasa perlu susun semua isu dan perlu senaraikan untuk diselesaikan satu persatu, tetapi yang paling utama adalah kebersihan. Demam denggi, kerana ia melibatkan nyawa.
Calon PR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail
Pengundi sokong sahaja mesej PKR 'Dari Kajang ke Putrajaya', kata calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.Pengundi sokong sahaja mesej PKR 'Dari Kajang ke Putrajaya', kata calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.TMI: Bagaimana perkembangan untuk PRK Kajang, selepas berkempen selama seminggu?
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (DSWA): Alhamdulillah, saya rasa ramai yang beri respon positif. Yang peluk saya dan kata jangan bimbang kita akan sokong. Tetapi saya selalu kata dalam pilihan raya saya risaukan pengundi awal dalam kawalan BN dan juga pengundi pos sebab kita beberapa kali bertanyakan kesahihan mereka mengundi atau tidak. Yang lain saya serahkan kepada SPR.
TMI: Bagaimana pengundi beri respon kepada mesej PKR "Dari Kajang ke Putrajaya"?
DSWA: Mereka kata sokong sahaja.  Tidak jelaskan. Saya rasa itu mesej kita dan dan saya kira mereka beri sokonganlah.

PRK Dun Kajang: 11 nombor telefon digodam

KAJANG: Sebanyak sebelas nombor telefon milik pimpinan dan petugas PRK telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antara nama-nama pimpinan PKR yang nombor telefon mereka digodam adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Selain dari itu turut menjadi mangsa adalah, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskanda Mohd Akin, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing, Adun Seri Muda, Suhaimi Shafiei dan juga beberapa petugas PKR.

Jelas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada sidang media tindakan mengodam nombor telefon ini menunjukkan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Ada dua laporan polis yang telah dibuat, kita berharap pihak polis akan melakukan siasatan segera terhadap apa yang berlaku.

"Sms yang dihantar itu kepada semua pengundi Kajang dan isi kandungan itu menunjukkan mereka cuba melaga-lagakan kita di dalam Pakatan Rakyat serta menimbulkan kekeliruan kepada pengundi," katanya di Bilik Gerakan Utama PRK Dun Kajang.

Sementara itu, Fuziah yang turut menjadi mangsa memberitahu beliau hanya menyedari nombor telefonnya digodam selepas menerima banyak panggilan dan sistem pesanan ringkas (sms) dari nombor yang tidak dikenali.

"Bila saya terima banyak panggilan dan sms, saya syaki bahawa nombor telefoan saya telah digodam.

PRK Dun Kajang: Saya tidak akan maafkan Mei Fun - ibu pelajar


KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.
Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.
"Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.
"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.
Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.
Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.

Taklimat MH370 hanya untuk BN tidak bertanggungjawab, kata Kit Siang


Veteran DAP, Lim Kit Siang turut melawat keluarga penumpang pesawat MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Veteran DAP, Lim Kit Siang turut melawat keluarga penumpang pesawat MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri  Hishammuddin Hussein menganjurkan majlis taklimat berkenaan kehilangan misteri pesawat MH370 “hanya untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional” adalah tindakan yang buruk dan memecahbelahkan, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, tindakan yang dilakukan Hishammuddin itu akan menjejaskan peranan Parlimen untuk mengadakan siasatan penuh tragedi MH370 selepas operasi mencari dan menyelamat.
"Hari ini hari ke-11 pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang.
"Inilah waktunya untuk setiap orang tanpa mengira latar kaum, agama, politik, atau kewarganegaraan terus bersatu mendoakan keselamatan 239 penumpang dan anak kapal MH370," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Lim berkata, beliau mengesyorkan supaya Parlimen Malaysia, mewakili semua rakyat Malaysia, memainkan peranan dalam tragedi MH370 ini.
"Bukan saja dengan memberikan sokongan penuh terhadap semua usaha 'mencari dan menyelamat' yang digerakkan kerajaan dan semua agensi berkenaan, tetapi juga mengadakan siasatan penuh ke atas tragedi MH370, termasuk menyelidik kontroversi dan kekeliruan yang timbul sejak pesawat itu hilang.
"Saya menyeru Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Bencana dibentuk untuk memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyelamat dan mempersiapkan diri untuk menjalankan siasatan selepas operasi itu selesai bagi mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul tentang tragedi MH370," katanya.
Lim berkata, beliau kesal kerana saranan yang dikemukakannya itu masih belum mendapat respon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin.

11 PKR leaders’ handphones hacked

PKR leaders have lodged two police reports after their handphones have been hacked to send out messages.

Fahmi FadzilKAJANG: The handphones of 11 PKR leaders and activists have been hacked and subtle messages meant to show Pakatan Rakyat’s in-fighting have been sent out to voters.
PKR communication director Fahmi Fadzil said today two police reports had been lodged recently.
Those whose phones were hacked were Gombak MP and party deputy president Azmin Ali, party vice presidents Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai MP), Tian Chua (Batu MP) and Fuziah Salleh (Kuantan MP), Bukit Katil MP Shamsul Iskandar Mohd Akin, Simpang Pulai state assemblyman Tan Kar Hing and Sri Muda state assemblyman Shuhaimi Shafiei.
Others affected were PKR organising secretary Radin Shamsul Akmar and party workers Lee Joon How from Sungai Chua and Faridi Yaakob from Sungai Kantan.
“Messages are still being sent out using our phone lines even though two police reports have been lodged.
“The messages were sent out in bad faith and clearly favours our political opponents,” Fahmi told reporters at the PKR election machinery headquarters in Sungai Sekamat.
Also present at the press conference were Fuziah, Tan, Faridi and Lee.
Fuziah said her handphone was hacked during the launch of the party’s election machinery centre in Taman Kota Jaya.
“I was receiving weird messages. The senders told me they received messages from my line.
“Among the messages were “Where is the (PAS Women’s Wing) Muslimat Selangor on the ground? Why is the Muslimat from Perak and other states campaigning on the forefront?”
She asked the telecommunication company why the handphone lines were breached so easily.
“We can be framed for things that we did not say. It is a serious matter,” she said.
Desperate action by opponents

China ‘yang perahsia’ mahu Malaysia terbuka tentang pesawat MH370


Keluarga penumpang MH370 warganegara China masih menunggu dan menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan maklumat berhubung siasatan pesawat yang masih hilang itu. Gambar fail.Keluarga penumpang MH370 warganegara China masih menunggu dan menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan maklumat berhubung siasatan pesawat yang masih hilang itu. Gambar fail.Tindakan China yang menuntut Malaysia mendedahkan segala penemuan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 berbeza dengan sejarah negara itu yang terlalu berahsia ketika gempa bumi melanda negara berkenaan di Sichuan pada 2008, kata AFP memetik kenyataan penganalisis.
Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan maklumat berkenaan pesawat berkenaan secara berkala dan tepat, lapor agensi berita Xinhua.
Gesaan itu dibuat selepas lebih seminggu apabila ruangan minda pengarang akhbar di China menuntut keterbukaan yang lebih luas daripada Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines.
"Kecuali ketelusan itu dapat dipastikan, misi pencarian antarabangsa ini tidak akan berhasil seperti yang diharapkan," kata komentar Xinhua.
"Ketika berdepan dengan bencana, kejujuran adalah kunci untuk mengelakkan insiden sama berulang kembali," katanya.
Namun ketika taklimat kepada media, jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya beberapa siri soalan berkaitan peranan China dalam misi pencarian itu.

Habuan Politik: Ezam Mohd Nor dilantik pengarah komunikasi Kementerian Kewangan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuatkuasa 15 Mac 2014.
Mohamad Ezam (gambar) dilantik sebagai pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
"Tugas utama beliau ialah membantu perdana menteri merangkap menteri kewangan dalam menangani isu berkaitan langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya.
Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa.
Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai setiausaha politik Menteri Kewangan pada 1996 hingga 1998.
Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah. - Bernama

Batalkan satu lagi pesta liar yang dilulus kerajaan BN " Life in Color Malaysia " - Lagi Bala Yang Diundang Negara..!!!

Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.

Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.

Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.

Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."

'5 bulan jatuhkan Najib', polis pantas siasat Tian Chua


Polis hari ini menyiasat Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataannya berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Anggota Parlimen batu itu hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut.

Sabitan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun (bagi kali pertama) dan lima tahun (kesalahan berikutnya), atau kedua-duanya.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebelum ini menulis:

"Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun - rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!"

Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Politik Sabotaj: 'Mesej digodam boleh perangkap kami'... siapakah yang memiliki teknologi ini..!!!

PKR menuntut kawalan keselamatan lebih ketat dari pihak berwajib setelah mendakwa telefon bimbit 11 pemimpin dan penggiat parti itu digodam minggu lalu.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (kanan) berkata, syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tiada sebarang isu dengan masalah itu.

"Isu yang rasa lebih penting ialah isu keselamatan. Bagaimana senangnya nombor telefon kita digunakan oleh sesiapa untuk hantar mesej bukan dari kita. Hal ini harus dilihat serius oleh syarikat telekomunikasi.

"Hal ini amat serius dan lebih besar dari kandungan SMS itu sendiri. Siapa tahu mesej yang dihantar itu boleh digunakan untuk memerangkap kami pada masa depan," kata beliau dalam sidang media di Kajang hari ini.

Menurut maklumat daripada Bilik Gerakan Utama PKR untuk pilihan raya kecil Kajang, setakat ini telefon bimbit 11 pemimpin dan ahli parti itu digodam.

Selain Fuziah sendiri, turut dikatakan menjadi mangsa Timbalan Presiden Azmin Ali, naib presiden Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, beberapa wakil rakyat serta pemimpin akar umbi di Kajang.

Azmin, Tian Chua dan Izzah pada 14 Mac lalu mendakwa, penggodam menggunakan telefon mereka untuk menyampaikan SMS memecahbelahkan parti.

Parlimen: Halal Hub....Haram Hub... amacam ??

Dewan Kecoh: MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2014

DEWAN RAKYAT 18 MAC 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Tiada bukti penumpang China rampas MH370

MH370: Latest developments from the search

Anwar: How did RMAF miss MH370 when it flew across our airspace?

Anwar: MH370 is a national issue, why brief only BN MPs?

Anwar: Don't cast calumny on pilot without proof

MH370: Cara Co-Pilot "sign Off" Mencurigakan

Cara co-pilot Pesawat malang B777-200ER MH370 Fariq Abdul Hamid "sign Off" dengan bersahaja dengan kata-kata "All Right, Goodnight" kepada menara kawalan trafik udara Subang, mengundang persoalan. Mungkin kod itu, sesuatu sedang berlaku dalam kokpit pesawat. Selain itu, keadaan kokpit yang sungguh bising apabila juruterbang sebuah pesawat lain laluan Narita jepun berjaya berkomunikasi dengan co-pilot menggunakan saluran kecemasan mengatakan bahawa suara co-pilot itu yang tidak jelas (mumbling), seolah-olah pilot sedang bergelut dengan perampas.

Pada kebiasaannya, sign off dilakukan oleh pilot, bukannya co-pilot. Inilah clue yang mencurigakan terhadap pesawat MH370 yang hilang secara misteri hingga kini.

Pergerakan pesawat sebaik sahaja terputus hubungan dengan radar awam akan tetapi berjaya dimonitor radar tentera, bahawa pesawat malang itu terbang sehingga 45,000 kaki atas permukaan laut, sambil berpusing ke arah barat, seolah pesawat dipandu tanpa pilot, atau perampas dengan sengaja melakukan tindakan itu untuk "knock out" semua krew termasuk penumpang. Pesawat kemudian turun dikatakan sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut. Semasa dikesan radar tentera Malaysia, pesawat itu berada di utara Pulau Pinang pada jam 2.40 pagi.

Jejak MH370 buntu, bingungkan semua pihak

Pesawat MH370 diyakini belum terhempas dan tidak juga dirampas atau disembunyikan di mana-mana lokasi oleh pihak berkepentingan. Kehilangannya penuh misteri, sehingga menyebabkan semakin banyak pembabitan negara luar berusaha mencari dan menyelamat pesawat itu.

Ikuti pandangan pakar penerbangan mengenai isu ini, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas pakar rujuk (penasihat) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam bidang Aeroangkasa 2007-2008. Beliau ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA di pejabat Harakah pada 14 Mac lalu.
WARTAWAN: Apa sebenarnya yang berlaku ke atas pe sawat MAS MH370 itu pada pandangan Dr?
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR: Apa berlaku pada kapal terbang ini satu soalan yang bukan sahaja ditanya oleh rakyat Malaysia, tetapi juga ditanya oleh mereka yang pakar dalam industri penerbangan termasuklah dalam negara dan luar negara, hatta agensi yang menyiasat mengenai kemalangan di Amerika Syarikat seperti LTSB. Mereka mempersoalkan beberapa perkara pelik yang tidak se perti kebiasaan berlaku da lam kes-kes kemalangan seperti ini. Mereka ada pe ngalaman yang ba nyak. Kalau macam LTSB di Amerika itu, Amerika negara besar, jadi kemalangan sering berlaku.
Tetapi dalam kes ini, pengalaman kita tidak ada dan kali terakhir kemalang an besar berlaku pada ta hun 1977 yang lain itu ha nya kemalangan kecil sa haja. Jadi persoalan apa yang terjadi ini menjadi perbahasan oleh se mua pihak. Jadi kita tak boleh elak setiap daripadanya membuat telahan atau spekulasi masing-masing mengenai apa yang berlaku.
Macam mana boleh berlakunya kehilangan sesebuah pesawat?.
Ia boleh berlaku akibat daripada sekurang-kurangnya lima faktor kegagalan terhadap sesebuah pesa wat.
Pertama, kegagalan terhadap struktur pesawat, badan pesawat itu sendiri.
Kedua, kegagalan terhadap sistem avionik dalam bahasa kejuruteraannya ataupun secara ringkasnya mengenai komunikasi dan elektronik yang ada dalam pesawat itu. Ketiga, kegagalan terhadap enjin sistem kuasa sesebuah pesawat. Keempat, faktor manusia.
Faktor ini merangkumi sebelum pesawat itu terbang sehinggalah semasa pesawat itu dikatakan gagal, sama ada faktor manusia ini termasuklah apakah masalah yang berlaku da lam pesawat pada masa itu, apakah yang berlaku kepada juruterbang dan pe nolong juruterbang pada masa itu dan juga termasuk apa yang berlaku semasa penyelenggaraan pesawat. Ini adalah di bawah faktor kemanusiaan atau faktor manusia.
Kelima, aksi sabotaj daripada mana-mana pihak. Ini adalah merupakan faktor luaran. Faktor luaran yang di luar kawalan kita secara directnya. Mungkin kapal terbang itu tip top, orang tip top, semua tip top, tetapi oleh kerana ada faktor luar an seperti rampasan dan se bagainya ini sememangnya kita tak boleh buat apa-apalah. Jadi faktorfaktor ini lah yang dibentangkan di hadapan kita sekarang untuk kita buat suatu analisis ke manakah atau apakah sebenarnya yang berlaku.
Dalam faktor sistem, menurut penyiasat kejuteraan penerbangan Amerika, jika sesebuah pesawat itu jatuh ke dalam air pun, ia masih boleh berhubung de ngan menara kawalan...
Sesebuah pesawat bukan sahaja Boeing 777 ini, maknanya Boeing 777 ini adalah satu pesawat yang dalam industri penerbangan antara pesawat terbaik yang dihasilkan. Mempu nyai rekod baik dan memulakan service pada tahun 1995. Kira barulah dan yang secara spesifiknya Boeing 777 MH370 ini hanya baru berusia 11 tahun di Malaysia. Setiap pesawat seperti ini dilengkapi dengan beberapa sistem untuk menghubungi menara kawalan.
Menjawab soalan ini, sekiranya pesawat terhem pas sekalipun sekurang-kurangnya ada dua sistem yang akan menghantar signal secara automatik.
Auto matik ini berlaku sekiranya terhempas, sekiranya ia me nerima hentakan yang kuat.
Pertama, apabila pesa wat bersentuh dengan air kepada dua komponen ka pal terbang iaitu yang dipanggil se bagai ELT atau Emergency Location Transmitter yang ada di tengah-tengah badan pesawat itu.
Kedua, adalah black box atau kotak hitam. Dalam kotak hitam ini ada dua komponen yang besar iaitu voice recorder (perakam sua ra) dan perakam perjalanan kapal terbang. Pada kotak hitam ini ada transponder untuk menghantar signal yang activate, yang akan dihidupkan secara automatik apabila berlaku hentakan yang kuat dan juga apabila tersentuh de ngan air. Secara automatik akan menghantar selama 30 hari, ia punya baterinya akan bertahan selama 30 hari.
Jadi sebarang hempasan yang berlaku sama ada di air atau pun di darat akan menyebabkan dua transponder ini, transmitter ini akan menghantar signal yang sepatutnya kita akan tahu apa yang berlaku. Bukannya orang kata kalau jatuh dalam air, kalau ia turun dengan perlahan dalam air mungkin tak berkecai dan tidak ada hentakan yang kuat. Tetapi transponder ini direkabentuk supaya ia akan dihidupkan secara automatik apabila tersentuh dengan air. Sama sahaja, sama ada di darat atau laut, ia akan dihidupkan secara automatik menghantar signal.
Maklumat yang diumumkan tidak ada sebarang signal diterima yang menunjukkan pesawat ini terhempas.
Mungkin, ada juga sa tu persoalan lain timbul, sekiranya pesawat ini kata kanlah jatuh ke dasar laut. Dalam keadaan yang dalam itu mungkin ada masalah dari segi nak hantar signal. Ini benar sekiranya dasar-dasar itu adalah di kawasan berhampiran dengan Filipina, iaitu Mariana Trest dekat dengan Filipina ini dengan kedalamannya 14,000 meter iaitu yang paling dalam di dunia.
Kalau Gunung Everest pun boleh masuk ke dalam lubang itu, ia boleh tengge lam, tetapi pesawat ini tidak menghala ke kawasan ini. Ia menghala sampai 1 point sebelum tempat yang dinamakan Igari dalam jadual penerbangan itu dan berpatah balik. Jadi sekiranya ini berlaku dan di Laut China Selatan dan di Laut Selat Melaka ini secara relatifnya adalah kawasan yang tidak dalam. Jadi kalau tempat di dasar laut sekali pun kedalaman sekadar 60 meter yang ada ini, signal itu masih lagi boleh dihantar dan berfungsi.
Bagaimana fungsi kotak hitam?

MH370: Dakwaan 'pakatan' Indonesia dianggap lucu

Kementerian Pertahanan Indonesia menolak spekulasi bahawa republik itu terlibat dalam pakatan tertentu untuk menyembunyikan kedudukan sebenar pesawat MH370, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Akhbar Umno itu, memetik laman web Cabal Times, melaporkan spekulasi MH370 mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Gracia dan radar Indonesia didakwa sudah pasti mengesan kedudukannya.

Menurut laporan itu lagi, Indonesia yang dipercayai terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri.

Bagaimanapun, Merdeka.com melaporkan perkara itu ditanggap dengan tenang oleh pemerintah Indonesia yang melibat tanggapan itu sebagai “sangat lucu”.

“Kita kan membantu mereka, salah satu dari 25 negara yang bantu mencari, sampai sekarang,” pegawai kanan Kementerian Pertahanan Indonesia Sumardi Brotodiningrat dilapor sebagai berkata di Jakarta Pusat pada Isnin.

Sumardi juga berkata hairan dengan dakwaan itu dan berkata ia harus dijelaskan.

"Saya belum tahu apa-apa, saya mengamati terus, kita belum tahu pesawatnya di mana," katanya.

MH370: Beberapa persoalan yang bermain di minda

Pencarian pesawat MH370 kini beralih ke barat Semenanjung Malaysia, dari Thailand sehinggalah ke Kazakhstan dan juga Lautan Hindi.
Perubahan ini dilakukan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kepastian bahawa MH370 telah berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia dari utara ke Laut Andaman dengan sengaja.
Apakah MH370 telah mendarat di satu lokasi rahsia ataupun terhempas, masih menjadi teka-teki.
Teori MH370 terhempas semakin cair kerana susah dibayangkan mereka yang terlibat, sanggup menghempaskan pesawat MH370 setelah berjaya menutup transponder yang hampir mustahil dilakukan dan berpatah balik dengan sengaja tanpa dikesan.
Persoalan kini timbul pada kesanggupan negara-negara di koridor utara untuk membantu misi mencari MH370.
Sekiranya benar bahawa MH370 terbang melepasi negara-negara di koridor utara sebagai pesawat sivil yang tidak dikenali sebelum mendarat (atau terhempas) di satu lokasi di atas darat:
1. Apakah negara-negara ini sanggup mengaku bahawa pertahanan negara mereka gagal mengesan kemasukan satu kapal terbang sebesar Boeing 777 ke lapangan udara mereka?
2. Apakah negara-negara ini sanggup mendedahkan data radar tentera yang berjaya mengesan MH370 kepada pakar-pakar pencarian termasuk CIA?
3. Jika benar negara-negara ini berjaya mengesan kemasukan sebuah pesawat yang tidak dikenali ke lapangan udara mereka seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), persoalan utama ialah mengapa mereka sanggup mendiamkan diri untuk selama ini tatkala seluruh dunia sedang mencari MH370?
4. Jika benar MH370 melalui negara-negara di koridor utama, sudah tentu MH370 terpaksa mendarat atau terhempas di salah satu negara ini. Jika begitu, apakah pertahanan negara-negara ini sebegitu lemah sehingga tidak dapat mengesan pesawat yang tidak dikenali mendarat mahupun terhempas?
Semua soalan yang dikemukakan di atas timbul atas keresahan bahawa kemungkinan besar negara-negara di koridor utara tidak akan membenarkan mana-mana negara untuk “menceroboh” negara mereka untuk alasan mencari MH370 meskipun ada data kukuh yang menunjukkan MH370 terbang ke arah koridor utara.

For former FBI man, everyone on MH370 is potential suspect

Passengers rest in their seats on board Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER flight MH318, which travels the same route to Beijing. MH318 replaces the flight number MH370 used by the missing MAS plane. – Reuters pic, March 18, 2014.Passengers rest in their seats on board Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER flight MH318, which travels the same route to Beijing. MH318 replaces the flight number MH370 used by the missing MAS plane. – Reuters pic, March 18, 2014.With not much to go on after more than 10 days of searching for Malaysia Airlines flight MH370, a former senior member of the US's Federal Bureau of Investigation (FBI) urged investigators to treat everyone on board the jet not only as victims but as potential suspects.
Speaking on CNN's "The Lead with Jake Tapper" programme, Bill Gavin, who was FBI's assistant director in New York, said the cruel reality is that every one of the 239 people on board is both a possible victim and a possible suspect – until they are proven otherwise.
"You have to look at everybody that got onto that plane," Gavin said, adding that investigators would be digging into the backgrounds of those on board in the hope of finding some clues.
"You can start peeling the onion there by eliminating some of the people immediately – you know, like children, and maybe very elderly people, or infirmed people. You might be able to eliminate those folks.
"But, by the same token, you really have to look through the whole category of people that are on the plane," he said.
Malaysian authorities are already scrutinising several people including pilot 53-year-old Captain Zaharie Ahmad Shah and co-pilot Fariq Abdul Hamid, 27.
However, no suspicious activities or associations had turned up so far, according to reports.

MH370: Secretive Beijing demands transparency over missing jet


A message of support and hope for the passengers of the missing Malaysia Airlines MH370 is seen on a banner at Kuala Lumpur International Airport today. A massive air and sea search is now in its eleventh day failing to find any confirmed trace of the plane or the 239 people aboard. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, March 18, 2014.A message of support and hope for the passengers of the missing Malaysia Airlines MH370 is seen on a banner at Kuala Lumpur International Airport today. A massive air and sea search is now in its eleventh day failing to find any confirmed trace of the plane or the 239 people aboard. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, March 18, 2014.China's strident calls for Malaysia to divulge all it knows about flight MH370 are in stark contrast to its own history of secretiveness when calamities have struck, such as after the 2008 Sichuan earthquake, analysts say.
Chinese Premier Li Keqiang yesterday asked Malaysian Prime Minister Najib Razak to provide details about the missing flight "in a timely, accurate and comprehensive manner", the official Xinhua news agency reported.
The call followed more than a week's worth of scathing editorials in China's state-run media demanding greater openness from Kuala Lumpur and Malaysia Airlines.
"Unless transparency is ensured, the huge international search operation can never be as fruitful as we hope and expect," read one of several Xinhua commentaries.
"When faced with catastrophe, honesty is human beings' best solution to finding a chance to prevent tragedies happening again," it continued.
Yet at yesterday's regular Chinese foreign ministry press briefing, spokesman Hong Lei declined to provide details when faced with a series of questions regarding China's role in the search.
Could China rule out the possibility of the missing aircraft entering its airspace?
Were any of the 153 Chinese passengers aboard the aircraft being investigated?
Was China searching on land as well as on sea?
Were any searches being conducted in the restive western regions of Tibet and Xinjiang, where satellite data suggests the aircraft could have flown?

FROM MALAY SUPREMACY TO WORLD-CLASS BUFFOONERY: MH370 a stinging lesson for Umno

Malaysia is today the talk of the entire world. Here is a nation that has come under the radar of governments and citizens around the world and all for the wrong reasons.
Can UMNO-BN escape this mega-scoop on Malaysia? Will it stealthy slither out of this missing jet aircraft crisis? Or will it rise from this arduous trial as a world role model for crisis management and crisis communication?
FROM MALAY SUPREMACY TO WORLD-CLASS BUFFOONERY: MH370 a stinging lesson for Umno Ten days have come to pass (at the time of writing these thoughts down), and the government of Malaysia has still no breakthrough information to announce to the global audience on the fate of the ill-fated jet aircraft except to keep rehatching the same bits and pieces news.
What you read or watch or hear in all the local main stream media would give one the impression that we Malaysians have an impeccable government at work in the face of a crisis that has far reaching global consequences and impact.
In fact there is so much of media spin. And that includes a radio station even blurting a frequent commercial to subscribe to a private channel for news on the crisis. How unethical!
Nowhere to hide in the full glare of the world media
But with the global burst of news from reputed international media and the speedy reports of on-line media increasingly reveal much to be desired of the UMNO-BN government in Malaysia.
Or should Malaysians instead sing in chorus that the world is lying and poor Malaysian leaders are being victimized and bullied?
It is sad that in this age of speed, technology, acute awareness of security measures, Malaysia has been earning the wrath of several nations.
China is not mincing its words.
Vietnam did not hesitate to raise alarms over Malaysian authorities’ lack of cooperation.
Al Gore spoke his mind in a razor sharp manner too.
Numerous reports claim that governments around the region and the globe had been kept waiting for official updates and directions from Malaysia before they could mobilize or re-mobilze support. Not only that. Even hundreds of media personnel on the ground were kept waiting for the Prime Minister’s crucial Press Conference and only seen to walk away without taking pressing and crucial urgent questions from the media.
As the world of concerned citizens and leaders pour out their frustrations, anguish and hope against hope ten days in a run, there appears two words that seem quite apt a description and consistent with the UMNO-BN led government.
First, is mystery.
A for Altanuya, A also for aircraft
The Altantuya murder is still wrapped in mystery. Despite having global interest as it involves a potent concoction of arms purchases and a foreign national, the murder of the sole Mongolian national remains an unsolved mystery till this date.
The circumstances connected to the murder are equally mysterious. Till today the world does not know all of the following:
why she was killed;
why she was killed in such a manner that left not a single limb or marrow at the crime scene;
why was the deadly C4 plastic bomb used on her after being shot with live bullets at close range;
why were her immigration records missing;
who is the killer;
who is the plotter;
why did the prime minister text message a prime suspect who was being detained by police.
And equally mystifying is why did the court rule out motive as not important to the case in question.
And now we have this missing jet mystery.
Low-grade buffoonery

Di mana MH370 boleh mendarat?

Di mana MH370 boleh mendarat?
MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan  satelit  dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam  (DCA), Datuk  Azharuddin  Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka.

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan  mempunyai tempoh 30 minit  sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum   kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu  turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan  Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar,  MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

MH370: Komputer mungkin ubah laluan pesawat kata NYT


Terdapat kemungkinan laluan penerbangan Boeing 777-200ER diubah oleh seseorang yang memprogramkannya melalui komputer pesawat itu daripada kokpit, lapor New York Times (NYT).

Memetik seorang pegawai kanan Amerika, seseorang itu dilaporkan pasti mempunyai mengetahui perihal sistem pesawat.

NYT juga memetik pegawai Amerika yang membantu siasatan Malaysia bahawa pemprograman semula mungkin berlaku sebelum Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) ditutup.

Dan menurutnya lagi, pertukaran haluan pertama ke arah Barat dibuat oleh komputer pesawat.

Laluan penerbangan MH370 diprogramkan, bukan kawalan manual, kata laporan


Seseorang di dalam kokpit dipercayai bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370, kata penyiasat. Gambar fail.Seseorang di dalam kokpit dipercayai bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370, kata penyiasat. Gambar fail.Lencongan arah yang diambil pesawat Malaysia Airlines MH370, jauh dari laluan dijadualkan ke Beijing, diprogramkan menerusi sistem komputer pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu 11 hari lalu, lapor New York Times.
Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit yang mengubah laluan penerbangan “taip tujuh atau lapan ketukan kekunci di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama”.
Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.
Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula sebelum atau selepas berlepas.
Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes kehilangan MH370, kata akhbar itu.
Penyiasat, sebelum ini dilaporkan, memberi tumpuan kepada juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu susulan penemuan berkenaan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370

kapten nik huzlan
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata?
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
kapten nik ahmad huzlanBerita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.