Ahad, 16 Mac 2014
MB Selangor: Saya Buat Kerja Demi ALLAH
Jangan andaikan MH370 sudah terhempas, kata pakar aeroangkasa
U.S. Navy scans ocean for missing Malaysian Airlines flight.
MH370: Anwar cuba dikambinghitamkan - Mat Taib
KAJANG - Setelah lapan hari operasi mencari dan menyelamat pesawat
penerbangan MAS MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu, kerajaan didakwa
cuba mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden tersebut.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, kerajaan pusat cuba mencari alasan lain termasuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terlibat dalam insiden tersebut.
"Saya fikir mereka tiada modal, tindakan itu tidak wajar menuduh dengan sewenang-wenangnya.
"Jika seorang penyokong PKR itu bersalah, maknanya ramai lagi penyokong PKR dalam jentera kerajaan, guru, polis dan agensi kerajaan lain yang bersalah," katanya kepada Sinar Harian Online di Balai Raya Awam, Kg Sg Kantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan sepatutnya mampu mendapatkan maklumat tentang pesawat misteri itu kerana mereka mempunyai kelengkapan canggih dan agensi risikan tempatan yang diiktiraf dunia.
"Sepatutnya mereka boleh mendapatkan satu jawapan itu, tak payah mereka menuding jari kepada orang lain," katanya.
Malah Muhammad juga menyifatkan tindakan kerajaan BN sebagai tidak adil apabila serbuan ke atas kediaman Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam itu didakwa kerana beliau adalah penyokong tegar PKR.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, kerajaan pusat cuba mencari alasan lain termasuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terlibat dalam insiden tersebut.
"Saya fikir mereka tiada modal, tindakan itu tidak wajar menuduh dengan sewenang-wenangnya.
"Jika seorang penyokong PKR itu bersalah, maknanya ramai lagi penyokong PKR dalam jentera kerajaan, guru, polis dan agensi kerajaan lain yang bersalah," katanya kepada Sinar Harian Online di Balai Raya Awam, Kg Sg Kantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan sepatutnya mampu mendapatkan maklumat tentang pesawat misteri itu kerana mereka mempunyai kelengkapan canggih dan agensi risikan tempatan yang diiktiraf dunia.
"Sepatutnya mereka boleh mendapatkan satu jawapan itu, tak payah mereka menuding jari kepada orang lain," katanya.
Malah Muhammad juga menyifatkan tindakan kerajaan BN sebagai tidak adil apabila serbuan ke atas kediaman Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam itu didakwa kerana beliau adalah penyokong tegar PKR.
Dakwaan MH370 di Diego Garcia tiada asas kata Hisham

Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap pada sidang
media MH370 di Sama-Sama Hotel KLIA pada hari ini. - Foto Sinar Harian
oleh ZULFADHLI ZAKI
SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussien menyangkal dakwaan lokasi pesawat MAS Boeing 777-200ER
penerbangan MH370 adalah di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego
Garcia di Lautan Hindi.Menurutnya, tiada asas untuk membuat kenyataan sedemikian.
"Setahu saya tiada asas untuk kita membuat kenyataan itu (MH370 didakwa berada di Diego Garcia)," jawabnya ringkas pada sidang media hari kesembilan kehilangan MH370, hari ini.
Sementara itu, pada sidang media tergempas semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.
"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Investigators look for motive in Malaysia plane disappearance
Carian baru MH370 liputi kawasan di 11 negara
Pencarian MH370 semakin sukar - Hishammuddin
MH370: Kapt Zaharie, Fariq tak mohon terbang bersama kata Hisham
MH370: Tiada pihak tuntut wang tebusan, kata Hisham
6 meninggal dan 14 dimasuk ke hospital ambil dadah ketika konsert FMFA
KUALA LUMPUR:
Seramai 14 individu kini dirawat di hospital akibat pengambilan dadah
ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, semalam
hanya dua individu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
namun pagi ini seorang daripada mereka telah keluar, dan sembilan lagi
dimasukkan hari ini ke PPUM.
“Oleh itu, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital meningkat hari ini kepada 14 orang, di mana tiga individu dirawat di Hospital Kuala Lumpur, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan 10 orang di PPUM.
“Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga menahan seramai 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.
“Daripada 29 itu, sembilan adalah warga Singapura manakala lain adalahMyanmar, Taiwan, Iran, warga tempatan dan lain-lain,” katanya.
Mohan Singh berkata, pengunjung konsert berkenaan juga memahami keadaan dan mereka (pengunjung) juga tidak melakukan sebarang kekecohan akibat pembatalan konsert berkenaan semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, kesemua yang ditahan itu direman sehingga Selasa ini.
Awal pagi semalam (Sabtu), enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

“Oleh itu, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital meningkat hari ini kepada 14 orang, di mana tiga individu dirawat di Hospital Kuala Lumpur, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan 10 orang di PPUM.
“Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga menahan seramai 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.
“Daripada 29 itu, sembilan adalah warga Singapura manakala lain adalahMyanmar, Taiwan, Iran, warga tempatan dan lain-lain,” katanya.
Mohan Singh berkata, pengunjung konsert berkenaan juga memahami keadaan dan mereka (pengunjung) juga tidak melakukan sebarang kekecohan akibat pembatalan konsert berkenaan semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, kesemua yang ditahan itu direman sehingga Selasa ini.
Awal pagi semalam (Sabtu), enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Raja Bomoh Cap Kapal Layar Ugut Saman JAKIM Dan Khairy Jika Beliau Ditangkap ..!!
Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.
Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan.
Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan.
“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk “menghalau semangat jahat” dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
Aksi “permaidani ajaib” Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda Ibrahim.
Perkataan “bomoh” menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.
“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram.
“Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana ini.
“Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan,” katnaya.
Minyak MH370 cukup untuk 8 jam penerbangan kata MAS

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, minyak tambahan sekitar 45 minit sehingga sejam itu adalah untuk tujuan kecemasan.
"Minyak pesawat MH370 itu untuk perjalanan Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing kira-kira enam jam setengah.
"Tapi tak diisi hanya untuk enam jam setengah," katanya pada sidang media hari ini.
Jelasnya, minyak simpanan digunakan untuk tujuan kecemasan seperti lapangan terbang tujuan ditutup.
"Ada minyak simpanan antara 45 minit hingga satu jam untuk kecemasan seperti lapangan terbang di Beijing tutup.
MH370: Selangor arah masjid, surau adakan solat hajat
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid
dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat bagi mendoakan
kesejahteraan semua pihak dalam misi mencari dan menyelamat (SAR)
pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berharap SAR berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kita juga berharap agar rakyat jangan membuat spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang kerana ini hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang sedang mengalami suasana sukar ketika ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat berkenaan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 malam Sabtu, 8 Mac. - Bernama
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berharap SAR berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kita juga berharap agar rakyat jangan membuat spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang kerana ini hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang sedang mengalami suasana sukar ketika ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat berkenaan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 malam Sabtu, 8 Mac. - Bernama
Polis kategori kehilangan pesawat MH370 ‘tindakan keganasan’
Beliau memberitahu pemberita hari ini, semua terpakai di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ia juga kata beliau termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.
"Itu tidak berubah," katanya.
Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan semalam bahawa kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak daripada dikesan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat .
Tumpuan siasatan kini terhadap juruterbang berusia 53 tahun, Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang berusia 27 tahun, Fariq Abdul Hamid.
Jangan Sampai Saya Hantar KJ Ke Alam Ghaib - Raja Bomoh Cap Kapal Layar
Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin di nasihatkan agar menarik kembali kenyataan yang di keluarkan sebelum ini. Menurut Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hentikan perbalahan sesama sendiri, tambahan pula ketika musim pilihan raya.

“Ini ke kerja orang Umno (dan) orang Barisan (Nasional) ni. Saya sokong dia masa pilihan raya, (saya pesan) kamu orang-orang silat semua pangkah dan sokong Khairy. Sana orang-orang tua bukan suka dengan dia, dia kurang ajar, akal taruk mana cakap dengan dia” katanya dengan nada yang tegas ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau turut mengingatkan Khairy agar jangan mencampuri urusan tiada kena mengena dengannya.
“Khairy ingat baik-baik, jaga periuk nasi sendiri. Rembau nanti kalau kamu kacau saya, saya akan kacau tempat kamu di Rembau nanti. Saya akan khabor (maklumkan) pada budak-budak saya (untuk) buat undi tidak percaya pada kamu nanti.
“Kamu (kena) ingat, jangan main (perlekeh) dengan orang tua. Saya bomoh, (dengan) kuasa Allah, guru silat, kamu jangan main. Kamu boleh main dengan orang tua-tua di negeri kamu sendiri, yang takut dan penakut dengan kamu,” tegasnya lagi.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.
Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Ibrahim turut menyelar Khairy yang dikatakan mempertikaikan gelaran ‘Raja Bomoh’ yang disandangnya.
“(Ingat saya) macam kamu bodek? Sekejap bodek (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim dan sekejap bodek Pak Lah (mantan Perdana Menteri), baru dapat kahwin dengan anak Pak Lah. Miskinlah kamu Khairy” selar beliau lagi.
Beliau turut berulang lagi mengingatkan Khairy agar jangan mencabar orang tua.
Anwar Ibrahim: Saya Tak Tahu Siapa Nasihat Datuk Seri Najib?
Harga Barang Naik, Rakyat Dihukum - Ustaz Azhar Idrus
Cara SOLAT Atas KAPAL TERBANG - Ustaz Azhar Idrus
Islam, Iman & Ihsan - Ustaz Azhar Idrus
NGO dibidas berdiam diri saat kalimah Allah disalah guna Raja Bomoh 1Malaysia

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata ritual yang dianggap sebagai perbuatan syirik itu harus ditolak kerana mendatangkan kesan lebih buruk kerana digunakan atas nama dan imej Islam.
“Bila kalimah Allah ini dianggap milik Melayu Islam, maka kalau orang Melayu atau Islam salah guna tak apa. Inilah masalah sikap yang tidak kena pada tempatnya yang seharusnya NGO seperti PERKASA, ISMA dan sebagainya lebih prihatin kerana ia digunakan atas nama Islam.
“Kalau Kristian guna kalimah Allah, mereka gunakan dalam konteks agama dia. Tak jadi masalah besar kepada kita, tetapi ini kononnya dilakukan atas nama ajaran Islam. Ini yang merosakkan imej dan akidah umat Islam itu sendiri.
“Seharusnya PERKASA dan NGO yang seumpamanya lebih prihatin terhadap masalah itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Katanya, umat Islam di negara ini harus bijak memelihara imej agama Islam supaya pihak lain boleh menerima dan memahami ajaran Islam sebenar.
Laporan media sebelum ini menyatakan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar dengan kehadiran bomoh yang digelar ‘bomoh 1 Malaysia’ dengan melakukan ritual seperti menaiki tikar terbang dan menggunakan teropong buluh untuk mengesan pesawat MAS yang hilang.
‘Usaha’ kumpulan bomoh terbabit selain dijadikan bahan jenaka di media sosial turut menyebabkan imej negara dan rakyat Malaysia dimalukan masyarakat antarabangsa.
MH370: Hishammuddin says pilot and co-pilot did not request to fly together

The defence minister and acting transport minister, however, said that police were looking at the pilot’s home flight simulator and had just searched the home of the co-pilot.
Hishammuddin also stressed that Malaysia has been working with international law enforcement agencies since day one.
MH370: Konspirasi Berprofile Tinggi Abad Ini ..!!
Tujuan Amerika: mengetahui apa yang dilakukan China kawasan kepualau
Spratly. Apa yang ada di Teluk Thailand, Apa yang ada di perairan
Vitenam, dan apa yang ada di Selatan Melaka, terutama pos pemantau
Negara di Pulau Perak.
Atas dua kepentingan itu, maka berlaku kolaborasi antara pilot dengan navy seals, bagi melaksanakan projek besar.
Faktor yang menyokong fakta ini, terlihat bahawa kehilangan pesawat
Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370, seolah-olah main-main; sebabnya
setakat ini tiada permintaan apa-apa daripada perampas.
Sandiwara Amerika semakin terdedah, apabila pura-pura menyertai SAR
bermula di Teluk Thailand berhampiran Vietnam, kemudian ke kepualauan
Spartly, kemudian ke Selat Melaka, dan kemudian secara uliteral beralih
ke lautan Hindi. Malaysia akhirnya akur, apabila data satellite yang
dikontrol Amerika dan British, menyakinkan Malaysia, bahawa pesawat
malang itu melalui dua koridor luas, arah lautan Hindi ( Diego Garcia)
dan laluan Asia Barat/Europa; sehingga China menganggap kenyataan PM
untuk mengiakan Data satellite Amerika dan British itu sebagai
"keputusan halus yang terpaksa".
Dalam operasi kehilangan MH370, terlihat bagaimana media antarabangsa
menuduh Malaysia tidak telus dalam pemeberian maklumat, malah dituduh
menyembunyikan sesuatu; Malaysia tiada kemampuan menyembunyikan
maklumat; sehingga perkara sensitifpun terpaksa didedahkan oleh Pemangku
Menteri Pengakutan dan Menteri Pertahanan, berkaitan dengan kemampuan
radar pertahanan negara. Dato Hishamuddin terperangkap dengan provoksi
media luar negara, sehingga secara tidak sengaja membuka mulut. Selepas
itu, Amerika muncul sebagai hero, bahawa negara dan China tiada
keupayaan langsung mengesan pesawat malang itu. Akhirnya Amerika dan
British mengguna data mereka sebagai alibi mengalih pencarian pesawat
malang itu. Percayalah, Amerika mengetahui pesawat itu ada di mana....
MH370: Spekulasi Ni Lagi Gila, Skrip Siapa Ni?
- STEPHEN MCMAHON, WES HOSKING SUNDAY HERALD SUN
- MARCH 15, 2014 9:15PM
PILOT
suicide remains a possibility in the fate of Malaysia Airlines flight
MH370 after investigators concluded the aircraft was hundreds of miles
off its planned flight path.
After seven days of fruitless searches, Malaysian
officials on Saturday confirmed the missing jetliner’s communications
systems were deliberately shut down to mask its location.
This will see the new search phase widened to take in the Indian Ocean and areas as far north as Kazakhstan.
The original search in the South China Sea has ended.
The
crew and passengers are being reinvestigated after the Malaysian Prime
Minister said the aircraft’s transponders were turned off in a
deliberate move by somebody on the plane with a considerable
understanding of aeronautics.
The
plane stopped transmitting its position about 40 minutes after takeoff,
leaving officials with only the radar blips to track its course.
Despite reports the plane was hijacked, the Malaysian authorities said all options remain on the table.
US
officials claim radar signals show the plane radically altered course
and flew northwest over the Strait of Malacca and out into the Indian
Ocean for between four to five hours before disappearing.
The New York Times reports
radar signals recorded by the Malaysian military appear to show the
plane climbing to 45,000 feet and making a sharp turn to the right not
long after it disappeared from civilian radar.
That is above the approved altitude limit for a Boeing 777-200.
This adds to the increasing evidence pointing to a deliberate diversion by an experienced pilot.
Authorities are expected to step up the investigation into the two pilots - Zaharie Ahmad Shah, 53, and Fariq Abdul Hamid, 27.

Captain Zaharie Ahmad Shah. Source:Supplied
But senior aviation sources told the Sunday Herald Sun that, after a week of searching, the kamikaze crash theory is the most probable explanation.
MH370: ‘Kalau pilot ahli PKR Anwar disalahkan tapi kalau ahli Umno mungkin jadi hero’

Kebanyakan warga internet termasuk pemimpin politik tidak puas hati kerana tuduhan kepada Anwar dibuat setiap kali berlaku sebarang kejadian buruk di Malaysia.
Kerajaan Pusat juga diberi amaran oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak menangguk di air keruh dengan mengaitkan kehilangan pesawat itu dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Laman twitter Dr Badrul Amin Baharom antara yang tidak bersetuju dengan tuduhan terhadap Anwar hanya kerana Zaharie adalah ahli PKR.
“Sebab pilot ahli PKR, Kalau ahli Umno, pilot tu lah hero,” katanya, menyindir.

“Eh juruterbang itu rampas kapal terbang. Dia ahli PKR. Dia sokong Anwar. PKR & Anwar Ibrahim adalah perancang sebenar rampasan kapal terbang.
“Jadi sekarang apa dia nak buat? Berlegar-legar di angkasa raya, berpusing-pusing di balik awan sampai keputusan Anwar ditarik balik? Dah, sekian teori sewelll. #SemuaSalahAnwar,” katanya.
Muhammad Faiz turut membidas tuduhan yang dilempar ke atas Anwar setiap kali terjadi sesuatu yang tidak diingini di Malaysia.
“Tu dia…apapun yang jadi kat negara mesti ada kaitan dengan beliau. Respect,” katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan Daily Mail adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.
MH370: Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat lapor Sunday Telegraph

Pendedahan pemberi maklumat Al-Qaeda bahawa dia
pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas
pesawat menimbulkan kebimbangan sama ada ia berkaitan dengan kehilangan
MH370.
Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat (kanan) membuat dakwaan itu di Mahkamah New York.
Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.
Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.
Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka.
Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.
Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.
Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka.
Anwar Ibrahim: Najib Cannot Lead Malaysia Anymore
MH370: Cara penyiasat jejak anggaran lokasi

Begitu juga dengan kemungkinan ia berada beribu-ribu batu tersasar daripada laluan penerbangan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Kita mengetahui pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac sebenarnya berada di udara selama tujuh jam dan akhirnya dijumpai beribu-ribu batu daripada destinasi asal menerusi komunikasi satelit.
"Ping" adalah isyarat bahawa sistem penyelenggaraan pesawat itu bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit.
Tim Farrar, seorang perunding komunikasi satelit adalah pengasas firma perundingan teknologi Telecom, Media and Finance Associates yang berpangkalan di California, dan beliau menawarkan cara mudah memahami “ping” satelit ini dalam blognya.
Beliau menjelaskan pesawat tersebut mempunya dua jenis hubungan komunikasi sejak ia hilang, daripada transponder radar dan “ping” satelit, kedua-duanya tidak berkaitan.
Beliau membandingkan transponder radar pesawat itu dengan alat “Bluetooth”.
Transponder radar militari sepatutnya dapat mengesan pesawat itu dengan cara yang sama kelawar menggunakan “echolocation” untuk bergerak – ia menghantar signal yang diperbesarkan untuk melantun kembali dari besi kapal terbang itu, mengembalikan data seperti ID kapal terbang itu.
Radar sepatutnya dapat mengesan lokasi apa-apa badan kapal yang mempunyai transponder, terutamanya radar militari kerana ia lebih sensitif berbanding radar biasa.
"Jika transponder itu tertutup, radar biasa akan susah mengesan lantunan dari kapal terbang tersebut, tetapi radar militari sepatutnya dapat mengesannya.
"Dahulu, kadang-kala sistem radar militari terlalu fokus dalam mencari angkatan berbahaya sehingga terlepas pesawat am," kata Farrar dalam blog syarikatnya.
Komunikasi jenis kedua, kata Farrar, adalah “ping” daripada satelit, yang menjadikan pesawat tersebut terminal aktif kepada rangkaian satelit global, Inmarsat, sebaik sahaja ia bersedia untuk berlepas.
Inmarsat menghantar “pertanyaan” setiap beberapa jam atau minit kepada pesawat, untuk memastikan ia terus aktif.
MH370: Malaysia under fresh fire over handling of plane crisis

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak revealed a day earlier that an investigation indicates that flight 370 was deliberately diverted and flew for several hours after leaving its intended flight path, though he stopped short of saying it was hijacked.
The startling revelation after a week of confusion and competing theories, prompted questions over how long Malaysian authorities had been privy to the new data, and whether they had missed an opportunity to intercept the diverted plane.
Its suggested Malaysian officials were guilty of an "intolerable" dereliction of duty.
Two-thirds of the passengers on board the flight from Kuala Lumpur to Beijing were Chinese.
There was particular anger and frustration that Malaysia had taken so long to cancel search operations in the South China Sea if it already knew the plane had doubled back and flown towards the Indian Ocean.
"And due to the absence – or at least lack – of timely authoritative information, massive efforts have been squandered, and numerous rumours have been spawned," the editorial said.
Najib revealed Saturday that the Boeing 777's communications systems had been manually switched off – one after the other – before the jet veered westward.
He cited satellite and military radar data that made investigators believe it had been deliberately diverted by someone on board and flown on for hours – either south into the Indian Ocean or north towards South and Central Asia.
"As the leader of the international search and rescue mission, Malaysia bears inescapable responsibility," it added.
There was similar outrage among users of the micro-blogging network Weibo – China's version of Twitter.
"The Malaysian government's behaviour in this affair can be summed up in one word: 'deceptive'," said one typical comment.
The now week-long search for the Boeing 777 initially focused on waters in the South China Sea between Malaysia and Vietnam, where the plane disappeared from primary radar on March 8.
Much of the data confirmed by Najib had already been leaked in the US media, but it was only on Saturday that he announced the end of search operations in the South China Sea.
MH370: Putrajaya sahkan polis geledah rumah juruterbang, simulator penerbangan disiasat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan hari ini, Putrajaya mengesahkan polis ke rumah kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang semalam untuk melakukan siasatan.
"Pegawai sudah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar kini sedang mengkaji simulator penerbangan.
Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.
Awal hari ini, akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.
Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.
PRK Dun Balingian dijangka saksikan pertandingan satu lawan satu

Perjalanan pilihan raya kecil ini akan bermula esok dengan proses penamaan calon bagi mereka yang akan bertanding di kawasan majoriti suku kaum Melanau itu.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata tempoh penamaan calon adalah dari jam 9 hingga 10 pagi dan calon yang ingin mengemukakan borang pencalonan dinasihati membawa bersama wang pertaruhan RM5,000, seorang pencadang dan seorang penyokong.
Takun berkata, penyokong calon dinasihati mematuhi arahan polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Menteri Tugas-tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Taib.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas Pegawai Daerah, Dalat Yossibnosh Balo, 47, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.
Dalam pilihan raya negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi.
Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65%, Iban 3,875 (28.99%), Cina 1,683 (12.59%), Orang Ulu 29 (0.22%) Bidayuh 19 (0.14%) dan kaum lain 55 (0.41%). - Bernama
Mati Kerana Dadah: Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? Kerajaan BN Perlu Jawab !
Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;
1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event
Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.
Siapakah penganjur konsert tersebut?
Syarikat Live Scape Sdn Bhd
Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?
Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.
Siapa Iqbal Ameer ini?
Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38
Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.
Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.
Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==> http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/
Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;
Apakah konsert yang cuba dianjurkan?
Konsert Festival Future Music.
Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?
Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.
Tetapi apa yang berlaku?
1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event
Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.
Siapakah penganjur konsert tersebut?
Syarikat Live Scape Sdn Bhd
Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?
Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.
Siapa Iqbal Ameer ini?
Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38
Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.
Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.
Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==> http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/
Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;
Apakah konsert yang cuba dianjurkan?
Konsert Festival Future Music.
Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?
Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.
Tetapi apa yang berlaku?
Mati Kerana Dadah: Kerajaan BN tidak sensitif bantahan awam terhadap acara hiburan liar
Mohd Azmi Abdul Hamid
Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.
Daripada lima tersebut, seorang lelaki Melayu, seorang lelaki India, seorang lelaki Cina dan dua perempuan Melayu berumur antara 19 hingga 27 tahun.
Mengikut maklumat perubatan dadah ini sememangnya sering disalah guna dan berpotensi memberi kesan pendarahan di otak jika diambil berlebihan .
Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH370 yang hilang, negara dikejutkan dengan sikap liar anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak sepatutnya.
Pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata, hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.
Kami tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.
Bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.
Sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.
Komputer Nato digodam
BEBERAPA laman web Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) digodam semalam namun ia tidak memberi kesan kepada sistemnya, lapor CNN.
Menurut jurucakapnya, Oana Lungescu, laman web Ukraine mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Laman web itu lumpuh untuk beberapa jam daripada serangan dikenali sebagai 'penafian perkhidmatan'.
CNN gagal mengakses sekurang-kurangnya tiga laman web selepas sejam kenyataan Nato dikeluarkan.
Nato juga tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab dalam serangan itu.
Namun, sebuah laman web Ukraine yang dimiliki kumpulan digelar Cyber Berkut mengaku bertanggungjawab.
Menurut jurucakapnya, Oana Lungescu, laman web Ukraine mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Laman web itu lumpuh untuk beberapa jam daripada serangan dikenali sebagai 'penafian perkhidmatan'.
CNN gagal mengakses sekurang-kurangnya tiga laman web selepas sejam kenyataan Nato dikeluarkan.
Nato juga tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab dalam serangan itu.
Namun, sebuah laman web Ukraine yang dimiliki kumpulan digelar Cyber Berkut mengaku bertanggungjawab.
MH370: Seperti cari jarum dalam jerami - TUDM

Justeru katanya, misi mencari dan menyelamatkan akan menggunakan aset berkemampuan jarak jauh dan mampu digunakan sehingga 16 jam seperti P-3C Orion dan Hercules C130.
"TUDM kini sedang berbincang bagaimana menggerakkan SAR ini dengan lancar di dua koridor tersebut.
"Kenapa kita gunakan kod koridor? Sebab lokasinya luas seperti mencari jarum dalam jerami.
"Kedua-dua koridor ini seperti cerminan antara satu sama lain iaitu bahagian utara di sekitar Kazakhstan, Turkmenistan dan Tajikistan sehingga ke utara Thailand sementara bahagian selatan di sekitar Lautan Hindi," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.
MH370, pertahanan negara, macam ada yang tidak kena...
Nazil Nuhairi Ismail
Sehingga kini, sudah terkumpul 13 negara yang menghulurkan bantuan bersama-sama berganding bahu, berpegang tangan dengan niat yang satu mencari di mana tersembunyinya MH370. Bantuan dalam bentuk kecanggihan teknologi, kekuatan tenaga tentera dan peralatan moden, semuanya dihulurkan.
Sekali imbas seperti suatu demonstrasi pameran kekuatan armada pertahanan negara masing-masing. Amerika Syarikat (AS) mendahului memperagakan keupayaan radar mereka sehingga terjawab nahas ini disebabkan oleh "hijack". Menghantar pasukan udara dengan jet Poseidon dan ketumbukan lautan USS Kidd ke Lautan Hindi. China juga tidak kurang hebatnya, radar mereka terus menerus memberikan maklumat penting dalam pencarian MH370 walaupun masih belum berjaya. Jiran karib Malaysia, Singapura awal-awal lagi menghulur kapal selam mereka untuk bersama-sama mencari pesawat malang. Dan banyak lagi bantuan termoden yang digunakan oleh negara-negara dunia.
Nama Anwar Mula Dikaitkan Dengan MH370, Apakah Rumahnya Pula Digeledah Selepas Ini?

Sebagaimana yang didedahkan Najib juga, pesawat itu kini mungkin berada di sempadan antara Turkmenistan dan Kazashtan sehingga ke utara Thailand atau di koridor selatan yang mengunjur daripada Indonesia hingga ke Lautan Hindi.
Maklumat daripada radar TUDM bahawa pesawat itu sengaja dialihkan tujuannya serta sistem komunikasi juga dimatikan dengan sengaja, sudah pasti untuk mengelak dikesan, tumpuan kini ialah kepada mereka yang berada di dalam kokpit pesawat itu iaitu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
Persoalannya ialah jika pesawat itu dirampas, apakah juruterbangnya diugut oleh sekumpulan perampas yang menyamar sebagai penumpang atau beliau merupakan sebahagian daripada komplot rampasan itu?
Apakah pula tuntutan dan permintaan mereka? Sehingga ini masih belum terdengar ada sebarang tuntutan dibuat kepada kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan lain berhubung rampasan ini.
Atau mungkinkah kerajaan sebenarnya sudah menerima permintaan itu dan sedang berunding mengenainya dan ia sengaja disembunyikan atas faktor-faktor keselamatan?
Dah sekiranya kehilangan pesawat ini merupakan satu sabotaj, apakah pula penyebabnya?
Sementara pihak polis sudah pun menggeledah rumah juruterbang dan pembantunya itu untuk mengumpul lebih banyak maklumat, maklumat berita di internet ketika ini lebih sarat mengenai pendedahan maklumat tentang kecenderungan anutan politik jututerbang tersebut.
Selain sudah banyak didedahkan maklumat mengenai Kapten Zaharie yang digambarkan penyokong tegar PKR dan berkempen kuat untuk V Sivarasa di kawasan Parlimen Subang dalam pilihanraya lalu, beliau juga digambarkan sebagai peminat setia Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan terbaru yang didedahkan oleh akhbar Daily Mail, Ahmad Zaharie juga didakwa berada di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan menyaksikan sendiri detik-detik hukuman 5 tahun penjara itu dijatuhkan.
Selepas mahkamah berakhir pada 7 malam, barulah beliau pulang ke rumah dan kemudian pada jam 9 malam terus bertolak ke KLIA untuk tugasan membawa pesawat MH370 ke Beijing.
Apakah mungkin kerana kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan itu, lalu beliau melakukan sabotaj itu secara sendirian?
PRK Dun Kajang: ‘Saya tak tipu tuan puan, harta Selangor harta rakyat’ - MB Selangor

Beliau yang juga Pengarah PKR bagi PRK Kajang berkata, tiada sebab untuk rakyat tidak kekal dengan Pakatan Rakyat kerana beliau selaku menteri besar telah cuba sedaya upaya mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.
"Jangan ke mana-mana lagi. Terus bersama kita (Pakatan Rakyat).
"Saya tak tipu tuan puan. Saya buat kerja kerana Allah. Harta Selangor harta rakyat," kata beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau malam tadi berucap di pentas karnival usahawan Selangor berhadapan Hospital Kajang di sini.
Turut berucap sepentas malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Calon PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan bekas-bekas pemimpin Umno termasuk Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Seri Lajim Ukin, Dr Zaiyadi Awang Noh dan Datuk Mohd Shariff Omar.
"Dulu zaman Umno, dia belanja RM200 juta untuk rakyat, dan kumpul rizab tunai RM500 juta.
"Kita, satu tahun belanja RM750 juta kepada rakyat, tapi boleh simpan rizab RM3 bilion.
"Sebab itu orang pilih saya, sebab saya pandai kira-kira," kata Abdul Khalid berseloroh.
PRK Dun Kajang: Ingat apa janji BN sebelum PRU13 lalu - Iskandar

KAJANG: Pengundi Kajang dinasihatkan tidak termakan janji politik Umno BN yang ditabur sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, rakyat perlu ingat apa yang dijanjikan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, yang kemudian dimungkiri mereka.
Malah kata beliau penduduk Kajang boleh membandingkan sendiri perubahan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri sejak 2008.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat komited untuk mengembalikan hasil negeri agar dirasai rakyat.
Beliau berkata demikian ketika sarapan pagi bersama komuniti Sg Kantan di sebuah gerai depan Dewan Komuniti Sungai Kantan di sini pagi ini.
Turut serta, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
PRK Dun Kajang: Wan Azizah wanita solehah, pemimpin kredibiliti – Lim Guan Eng


"Saya lihat Wan Azizah ini merupakan seorang wanita solehah dan pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
"Ini peluang terbaik untuk penduduk Kajang memilih pemimpin dan seterusnya menolak Barisan Nasional (BN) pada kali ini," ucap beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.
Menurut beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK Kajang merupakan satu isyarat kepada BN agar mereka tahu dan sedar penolakan yang dilakukan rakyat akibat dari sikap mereka sendiri.
"Kemenangan kita merupakan isyarat bahawa rakyat menolak BN adalah kerana kesilapan mereka dalam usaha menjaga hak rakyat.
"Kita juga menunjukkan kemenangan ini sebagai kesediaan kita untuk mengambil Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
"Ini isyarat yang perlu kita hantar kepada BN agar mereka tidak lagi boleh berada dalam keadaan selesa untuk selama-lamanya," katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut bersimpati dengan kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac (Sabtu) lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
PRK Dun Kajang: 4 bekas tokoh Umno berkongsi pentas, seru pengundi tolak BN

Mereka yang menyampaikan ceramah terdiri daripada Datuk Tamrin Abdul Ghafar, yang menyertai Pas sejak 2012, bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh, Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Datuk Sharif Omar, yang baru mengumumkan sebagai ahli KEADILAN pada 14 Mac lalu.
Kesemua bekas pimpinan Umno itu berucap dalam satu ceramah bertemakan “Tiada Esok Bagi Umno BN” di Tapak Karnival Usahawan, Jalan Jerlok 9, Kajang.
Dalam ucapannya, Tan Sri Sharif Omar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan seluruh jentera Umno untuk menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mohd Shariff menyerahkan borang keahlian menyertai KEADILAN ketika ceramah di Kajang, pada Jumaat malam lalu.
Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor secara automatik dipecat daripada Umno selepas bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum lalu.
Sementara itu, Datuk Tamrin dalam ucapannya berkata, sudah tiba masanya rakyat Kajang melalui PRK ini menolak pembaziran dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kita (rakyat Malaysia) dapat apa?, Umno BN menang dulu sebab tipu orang kampung, jadi apa yang ditunggu lagi?
“Saya minta tuan puan, kita tunjukkan. Ajar BN cakap dengan pimpinan Najib, kepimpinan Najib tidak boleh dihormati lagi,” katanya.

“Mereka (pemimpin Umno) hidup di luar batasan kemampuan, tapi rakyat kena makan kangkung.
“Kita mahu kepimpinan yang baik. Kenapa Kelantan boleh bertahan 23 tahun? Kerana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenapa Pakatan Rakyat Selangor boleh bertahan, boleh menang lebih daripada dua pertiga majoriti? Kerana kepimpinan Tan Sri Khalid. Kita mesti laksakan perubahan ini,” ujarnya.
MH370 : Lokasi Terakhir Dikesan Di Barat Perth, Lapor Bloomberg

Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan ketika berada di sebuah zon kira-kira 1,609 kilometer dari barat Perth, Australia, kata pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS).
Laman web berita Bloomberg melaporkan, petunjuk terbaharu itu dimaklumkan oleh sumber kerajaan AS berdasarkan keputusan analisis data transmisi satelit oleh pasukan penyiasat tersebut.
![]() |
Berita Penuh Di : http://www.bloomberg.com/news/2014-03-14/combing-ocean-for-malaysia-jet-tougher-than-two-year-french-hunt.html |
MH370: Laporan Kapten Zaharie rampas pesawat demi Anwar tidak masuk akal, kata PKR

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan BN, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.
Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
MENGAPA DS ANWAR IBRAHIM PERLU DIPENJARA..?
Aku tidak mempersoalkan keputusan hakim. Hakim
kata DS Anwar didapati bersalah dan akan menjalani hukuman penjara selama lima
tahun. Cuma aku sedih kerana ‘orang tua’ seperti DS Anwar tidak sepatutnya
berada di penjara untuk menghabiskan masa tuanya. Walaupun beliau didapati
bersalah oleh hakim tetapi persepsi majoriti rakyat di negara ini tetap
mengatakan bahawa beliau tidak bersalah. Malah sebahagian masyarakat intelek
dunia yang mengenali beliau merasakan bahawa beliau tidak bersalah. Mereka
mengatakan yang beliau dizalimi. Itu kata masyarakat dunia. Kebanyakannya kata
begitu. Jikalau tidak masakan jemputan demi jemputan diterima juga dari luar
negara untuk menyampaikan buah fikiran kepada masyarakat dunia. Maknanya walaupun
dipenjarakan namun masih diikitiraf tidak bersalah oleh masyarakat. Inilah
keistimewaan yang ada pada DS Anwar Ibrahim.
Persoalannya mengapa beliau perlu
dipenjara?
Anak-anak muda kini mungkin jarang atau pun tidak pernah langsung
mendengar cerita “Singapura dilanggar todak’. Ahli sejarah ‘orang putih’
kata ini cerita dongeng kerana tidak disokong dengan fakta sejarah yang
konkrit. Tak usah kiralah. Bukanlah tujuan aku nak membahaskan samada ini
cerita sejarah ke bukan. Yang penting peristiwa ini boleh dijadikan teladan dan
pengajaran pada anak-anak.
Abdul Latip Talib dalam bukunya, “ Setelah roboh Kota Melaka’
bercerita,
“ Kejadian itu berlaku selepas Paduka Seri Maharaja yang
memerintah Singapura ketika itu membunuh seorang ulama dari Pasai bernama Tuan
Jana Khatib. Puncanya begini, pada suatu hari, sedang Paduka Seri Maharaja
duduk berehat di beranda istananya, lalu seorang ulama bernama Tuan Jana
Khatib. Kebetulan di hadapan istana itu ada sebatang pokok pinang. Ulama dari
Pasai itu merenung ke arah batang pinang, lalu batang pinang itu terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja menyangka Tuan jana Khatib senagaja menunjuk
kehandalannya. Akibatnya ulama itu ditangkap lalu dijatuhkan hukuman bunuh.
Tidak lama selepas itu , Singapura dilanggar ikan todak. Akibatnya ramai yang
terbunuh dan cedera.
Bagi menghapuskan ikan todak itu, pada mula Paduka Seri Maharaja
memerintahkan rakyat berdiri di tepi pantai hanya berkubukan betis. Akibatnya
ramai yang terbunuh dan cedera ditikam oleh ikan todak itu. Akhirnya datang
seorang budak (Hang Nadim namanya) menyuruh berkubukan batang pisang. Apabila
ikan todak menyerang, mulutnya yang runcing itu terlekat kepada batang pisang.
Dengan ini, barulah ikan todak itu dapat dibunuh.
Singapura diselamatkan oleh seorang budak tetapi budak yang cerdik
itu dibunuh oleh sultan kerana bimbang apabila sudah besar kelak budak itu
merampas takhta. Tetapi akhirnya Paduka Seri Maharaja insaf di atas
kesilapannya.”
Semacam ada pula persamaan dengan kisah yang berlaku ke atas DS
Anwar Ibrahim. Mungkin ada puak-puak yang takut dan bimbang sekiranya DS Anwar
Ibrahim dibiarkan ‘bermaharajalela’ tanpa disekat. Apatah lagi sekiranya beliau
diberi peluang oleh rakyat untuk menerajui negeri Selangor, negeri kaya yang
terkumpulnya bermacam-macam jenis ‘harta karun’ yang menjadi idaman ramai orang
terutama puak-puak yang sememangnya sentiasa mengidamkan negeri kaya ini.
MH370: 'Ya, juruterbang ahli PKR, tapi jangan spekulasi' - Sivarasa

PKR mengaku juruterbang MH 370 merupakan ahli
parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan
mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut.
Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau memang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah (kanan) sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu.
Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.
Sivarasa merujuk kepada laporan akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail semalam yang membuat spekulasi bahawa Zaharie seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'
"Media tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi.
"Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.
Sivarasa merujuk kepada laporan akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail semalam yang membuat spekulasi bahawa Zaharie seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'
"Media tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi.
"Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kempen PRK Dun Kajang lesu kerana jerebu, kehilangan MH370

Berbanding kebanyakan pilihan raya yang meriah dengan 'perang poster' dan bendera, keadaan di Kajang masih lesu, namun dijangka bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 23 Mac ini.
Daripada segi kempen, program tinjauan mesra dan lawatan rumah ke rumah giat djalankan oleh kedua-dua jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diikuti ceramah politik di sebelah malam.
Malah, ada juga kalangan penduduk memilih untuk mengikuti perkembangan isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak seminggu lalu melalui kaca televisyen dari semasa ke semasa di rumah masing-masing.
Pesara kerajaan, Abdul Rahim Ibrahim, 57, dari Kampung Sungai Kantan di Kajang, berkata cuaca panas ditambah dengan jerebu menyebabkan beliau memilih untuk mengurangkan aktiviti luar rumah.
"Saya mengenali calon ketika kunjungan mereka ke sini dengan mengedarkan poster dan manifesto mereka," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)