Khamis, 13 Mac 2014

Ronnie Liu: Malaysia Tidak Ada Masa Depan Kalau Di Bawah Pimpinan Najib

)

Dengan Media TV3 RTM & MALAYSIAKINI boleh la dok tunjuk hebat, mai antarabangsa....

MH370_Hishammuddin MH370_Hishammuddin1 

Dua keping gambar yang menunjukkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tak tahan dengan asakan wartawan terutamanya dari luar negara semasa sidang media berkaitan kehilangan MH370.

Beliau diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah.

Bertepatan dengan kata-kata Azmin Ali, Hishamuddin cuma biasa dengan Utusan dan TV3 saja…

“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 - Ustaz Azhar Idrus

)

Solat Hajat Vs Bomoh 1Malaysia....

 


)

Israeli forces clash with Hamas and Islamic Jihad

)

Using high-tech tools to find Malaysia Airlines plane

)

MH370: Menteri akui M'sia lemah urus krisis

)

Hatta Ramli: MCA Sudah Hilang Kredibiliti, Tunggu Masa Sahaja Untuk Hilang

)

Peniaga rayu Azizah selamatkan pasar malam Sg Sekamat

)

MH370: Operasi diketuai M'sia jadi sasaran kritikan

 
Kritikan demi kritikan menimpa pihak berkuasa Malaysia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur yang hilang tidak lama selepas berlepas ke Beijing, Sabtu lalu.

Antara lainnya, kritikan itu disuarakan oleh seorang pemerhati Amerika Syarikat yang membangkitkan mengenai perjanjian yang sepatutnya ditandatangani oleh negara terlibat dalam operasi antarabangsa seperti ini.

Bekas pengarah urusan National Transportation Safety Board (NTSB), Peter Goelz berkata perjanjian itu akan menggariskan kaedah untuk menjalankan siasatan besar seperti ini dan juga usaha untuk melibatkan negara berkepentingan.

Selain itu, ia juga dapat menangani khabar angin dan menyalurkan maklumat benar.

“Inilah yang paling teruk pernah saya lihat,” kata bekas pengarah urusan lembaga tersebut, katanya dalam satu laporan di laman CNN.

“Setiap kali berlaku kemalangan antarabangsa seperti ini, akan berlaku keadaan berkecamuk pada peringkat 24, 36 jam yang pertama. Sebab itulah ada perjanjian yang perlu ditandatangani oleh semua pihak.

Beliau mendakwa, Malaysia tidak menandatangani dan mematuhi perjanjian seperti itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dalam kenyataannya petang ini menegaskan bahawa Malaysia mematuhi protokol yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organisation sejak kejadian tersebut bermula.

Malaysia juga tidak mengambil apa-apa tindakan yang membahayakan operasi mencari dan menyelamat, katanya.

Najib digelar 'Tak ada otak' dan 'guna sihir' oleh Media Antarabangsa.. kerana Bomoh Do Re Mi...!!!

Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu media Arab, Al-Arabiya.net, dalam laporannya berkata, Malaysia menggunakan sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370..


Berita bertajuk "Sihir adalah jalan terakhir Malaysia mencari kapal terbang MH370" itu disiarkan oleh laman Alarabiya ekoran tindakan Putrajaya membenarkan bomoh mengadakan upacara untuk mencari kapal terbang yang hilang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. 

Laman itu menyiarkan video upacara yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. Beliau mengadakan upacara itu untuk mencari di mana pesawat MH370 itu. 

Alarabiya.net berkata, bomoh itu datang bersama pembantunya ke KLIA dan menjalankan upacara itu dengan menggunakan dua biji kelapa sambil memekik “Allahu Akbar” (Allah yang maha besar) beberapa kali.

Dalam Ini Dunia: Antara Rosmah Dan Wan Azizah

Dalam dunia politik Malaysia, hanya terdapat dua pemimpin yang wataknya serta isterinya sering menjadi perbualan ramai iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dengan isterinya, Rosmah Mansor dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Rosmah hanyalah seorang isteri dan suri rumah tetapi sering membayangi penampilan suaminya manakala Wan Azizah adalah Presiden PKR tetapi sentiasa mengalah dengan penampilan suaminya yang merupakan Ketua UMUM PKR serta Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998, Wan Azizah hanyalah seorang suri rumah yang barangkali tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia politik sehingga sejauh ini. Beliau ketika itu hanyalah seorang peneman kepada suaminya di majlis-majlis rasmi dan lebih banyak tersenyum dari berkata-kata.

Wataknya sebagai isteri seorang pemimpin yang sentiasa menyokong perjalanan karier suaminya tidak banyak beza dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepada Mahathir Mohamad. Beliau hanya menonjolkan dirinya setelah suaminya dipenjarakan.

Hanya setelah Anwar dipenjarakan dan terlihat keperluan untuk beliau menggalas perjuangan reformasi yang diasaskan oleh suaminya, Wan Azizah kemudian terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam politik melalui PKR yang ditubuhkannya bersama pengikut-pengikut Anwar yang meninggalkan UMNO.

Beliau menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan dan berpeluang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kali ini, setelah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2011 untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di kawasan itu dan lebih banyak menyerahkan kerja-kerja politik untuk digalas oleh Anwar, Wan Azizah kembali semula bertanding di DUN Kajang berikutan Anwar yang berhasrat bertanding di situ dihalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara selama lima tahun.

Dengan bertanding di Kajang, sekali lagi Wan Azizah menunjukkan ketaatannya sebagai seorang isteri dan pejuang reformasi yang masih belum selesai.

Jika tidak kerana Anwar dihalang daripada bertanding, Wan Azizah bukan saja akan mengundurkan diri sebagai Presiden PKR pada pemilihan Mei ini, bahkan lebih selesa mengharungi sisa-sisa usianya sebagai suri rumah sahaja. Walaupun masih kekal untuk memberi laluan kepada Anwar pula menerajui PKR, Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sedang ditunggu dengan tugas baru sebagai ADUN Kajang pula.

Berbeza pula dengan Rosmah Mansor, beliau berkahwin dengan Najib ketika anak Tun Razak itu sudah menjadi menteri. Ketika Najib menjadi menteri pula, kelibat Rosmah jarang kelihatan walaupun ada juga sesekali beliau muncul menemani suaminya di beberapa majlis rasmi. Hanya ketika Najib mengadakan jamuan bertemu penyokong-penyokongnya di kediaman mereka, barulah selalu wajah Rosmah yang mesra dan suka bergaul kerap kelihatan.

Tetapi setelah Najib menjadi Perdana Menteri, penonjolan Rosmah agak luar biasa. Di akhbar dan tv, wajah dan beritanya kerap muncul. Beliau juga mengasaskan Permata yang membolehkannya mendapat peruntukan khas beratus juta daripada kerajaan dan kerap mempromosikan program pendidikan untuk kanak-kanak itu di dalam dan luar negara.

Rosmah juga lebih selesa dengan gelaran First Lady berbanding gelaran biasa isteri Perdana Menteri dan mengadakan Persidangan Wanita-Wanita Pertama Sedunia untuk membiasakan masyarakat dunia dengan gelaran barunya itu. Beliau juga kerap hadir ke pelbagai persidangan peringkat antarabangsa dengan membawa gelaran First Lady serta menggunakan kemudahan jet kerajaan.

Wan Azizah doakan hakim diberi hidayah

wan azizah pc purple 01KAJANG, 13 MAC: Walaupun suami beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mendoakan tiga hakim terbabit diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Wan Azizah berkata, hukuman yang dijatuhkan itu adalah penganiayaan terhadap beliau dan keluarga apabila keputusan itu dipebgaruhi kuasa politik.
“Perbicaraan yang kita lihat memang tidak boleh diterima kerana hakim yang lemah. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.
“Saya diberi sejam untuk mereka jatuhkan hukum. Senang-senang lima tahun penjara,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, di sini, semalam.
Katanya, perjuangan beliau bukan sekadar membela nasib keluarganya tetapi demi semua mangsa penindasan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) termasuk keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Sekurang-kurangnya apabila saya tiada nanti, saya boleh jawab apa yang sudah dilakukan untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi Kajang supaya menolak BN sebagai menyatakan manifestasi memperjuangkan keadilan dan menolak kezaliman yang dilakukan.

Ng Suee Lim: Hantar Mesej Jelas Kepada Perdana Menteri Kangkung Malaysia Najib

)

Day 6: Reports denied, no sign of MH370

)

MH370: Menteri KDN Vs Menteri Pengangkutan...Mana Satu Nak Ikut...????

)
)

Kenyataan Pada Hari Yang Sama - 13-3-2014

Hatta Ramli: Jangan Salahkan Media Sosial

)

Dato Seri Anwar Ibrahim - Kerajaan kaya tetapi rakyat semakin miskin

)

'Penamaan calon PRK Kajang paling aman' kata Menteri KDN

Paling Aman Dengan "Kawat Israel"
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji proses penamaan calon PRK N25 Kajang pada Selasa lalu merupakan yang paling aman berbanding PRK sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan perarakan yang mengiringi calon masing-masing mendapati kebanyak penyokong dan ahli politik menunjukkan sikap terbaik tanpa sebarang provokasi.

"Kita hormati semangat berkempen, saya yakin apa yang dilihat pada perarakan penamaan calon lalu, ia mengikut penanda aras yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Malah proses penamaan PRK Kajang tempoh hari adalah yang terbaik dalam mana-mana PRK sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
)

MH370: ALLAH uji keimanan kita, kata pendakwah

MH370
BANGI - "Negara sedang diuji, justeru keyakinan kita kepada ALLAH jua sedang diuji,kerana ALLAH mahu melihat siapa (hamba-Nya)  yang benar-benar ada iman di dalam hatinya," demikian antara bingkisan kata-kata nasihat untuk masyarakat oleh pendakwah terkenal tanah air, Dr Zaharudin Abd Rahman hari ini mengenai pelbagai ujian yang menimpa kita,(negara).

Jelasnya, negara kita sedang diuji oleh ALLAH antaranya, kemarau, jerebu, kehilangan MH370, peningkatan demam denggi, gerakan penolakan hadis yang dibiarkan serta bomoh yang menjejaskan nama baik Islam dan negara di peringkat antarabangsa.

Oleh itu menurutnya, sebagai hamba kita  perlu sentiasa mengingati ALLAH kerana pentas dunia adalah pentas ujian-Nya, dan jangan sesekali melupakan-Nya.

 "Segala ujian yang berlaku ini ialah ujian daripada ALLAH, kerana ALLAH mahu melihat siapa di kalangan hambanya yang benar-benar beriman, oleh itu berserah dan sujudlah kepada-Nya, hanya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu," tulisnya di laman Facebook miliknya.

Negara pada tahun ini, kalau diimbas kembali menerima pelbagai ujian dan dugaan daripada ALLAH.

Antara yang menjadi perhatian adalah 'ujian' tragedi kehilangan pesawat MH370.

MH370: Mari raih kasih sayang Tuhan

Cukup banyak persoalan dalam tragedi MH370 yang terus berlegar tanpa ada suatu jawapan konkrit. Demikian pula begitu banyak andaian yang diperkata bagi menjustifikasi setiap pandangan. Suatu yang paling nyata, Allah SWT Tuhan sekalian alam tahu apa yang sedang berlaku.

Allah SWT juga maha tahu setiap jawapan kepada setiap persoalan dalam misteri MH370. Terlalu rugi bila mana apa-apa yang berlaku kini dibiarkan berlalu tanpa kita menoleh kepada kekuasaan yang maha agong dan hanya sekadar berusaha dalam pencarian dengan diiringi doa.

Dengan kata-kata lain, selain usaha dengan penuh bijaksana dalam mengesan MH370, iringan doa dan munajat memohon belas ihsan yang maha kuasa, apa yang tidak kurang pentingnya adalah iltizam kita untuk patuh kepada setiap perintahnya dan akur untuk meninggalkan setiap larangannya.

misteri yang dialami MH370 adalah rentetan pelbagai peristiwa sukar yang kita saksikan mutakhir ini. Dengan cuaca di luar kebisaan, banjir di luar dugaan dan pelbagai cubaan yang ditimpakan, apakah semuanya telah cukup menginsafkan kita betapa Allah SWT itu maha berkuasa tanpa ada yang mampu menghalang?

Mahu tidak mahu, suka atau pun tidak, setiap dari kita yang meyakini Allah SWT adalah Tuhan setiap alam, kini sekali lagi ditunjukkan jalan untuk kita pulang dari jauh tersasar di dalam kehidupan.

Ditentukan kini dengan misteri yang ditimpakan, seluruh dunia meletakkan perhatian kepada kita. Allah maha bijaksana. Setiap yang berlaku telah menjadi sunnahnya pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan biarkan apa yang berlaku berlalu tanpa kita tampilkan hebatnya Islam.

Khusus untuk pemerintah utama negara, apakah masa yang berlalu masih belum cukup untuk kita sedia patuh pada setiap perintah dan larangan Tuhan? Kini masa terbaik untuk lakukan perubahan. Tidakkah boleh pada waktu ini selain kita berusaha, berdoa dan bermunajat, raihlah belas ihsan Tuhan dengan satu keiltizaman melaksanakan syariatnya dengan segala kemampuan.

MH370: Menteri akui Malaysia lemah urus krisis

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui terdapat kelemahan kerajaan dalam menguruskan isu kehilangan pesawat MAS MH370.

Pengakuan itu dibuat beliau ketika mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

"Betul, kita akui ada kelemahan. Kita pun rasa insiden ini agak luar biasa sebab tiada petunjuk.

"Kita terpaksa mencari dalam gelap," kata beliau.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya menegur sikap kerajaan yang bercelaru dalam menangani krisis, khusus dalam isu kehilangan MH370.

Ianya termasuk kenyataan-kenyataan bercanggah di antara pemimpin negara dan pihak keselamatan yang mengelirukan semua pihak yang menanti penuh harapan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kelemahan tersebut turut menjadi bualan negara-negara luar sehingga kerajaan Vietnam dan China menzahirkan rasa kecewa kerana  mendapat maklumat terhad dari Malaysia.

Kelemahan itu juga menjadi tajuk utama media luar negara sekaligus menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Mereka bukan tanya kapal terbang duk di mana, itu bomoh dah jawab.

"BN kata kita main politik. Tapi dengan cara kita urus krisis ini, jahanam imej kita," kata beliau.

Anwar : Cara kerajaan BN urus krisis MH370, calar imej Malaysia

AnwarKUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelesaian yang digunap akai kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.
Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.
Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.
“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari tentera udara kata patah balik.
“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.
Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis berkenaan.

Cover Line: Kerajaan BN tak hantar bomoh kesan MH370 kata KJ

bomoh
SHAH ALAM - Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kononnya mampu mengesan pesawat MAS yang hilang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

"Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter, hari ini.

Menurut, Khairy yang juga Ketua Pemuda BN itu berkata, alasan dan penjelasan kerajaan berhubung misteri kehilangan pesawat MAS itu terpaksa memberi jawapan yang 'sama'.

Katanya, tidak mungkin kerajaan akan menyembunyikan perkara tersebut kepada masyarakat sekiranya mempunyai maklumat.

"Kadang-kadang kita hanya perlu mengulangi perkara yang sama lagi dan lagi," katanya.

Terbaru, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan sekaligus melabelkan kerajaan Malaysia menggunakan "ahli sihir" sebagai usaha terakhir untuk mencari pesawat tersebut yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Cover Line: UMNO@BN takkan upah bomoh 'Do Re Mi' kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.

"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.

"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.

Curi perhatian

Bomoh yang dimaksudkan, Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Dato Seri Anwar Ibrahim : Siapa VIP bayar bomoh 1 Malaysia

)
)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail : Kajang Move tidak akan berkecai

)

Nurul Izzah: Sistem Pilihanraya Di Malaysia Tidak Ada Integriti

)

Kamaluddin Jaafar: Kegagalan Pemimpin-Pemimpin Barisan Nasional Memalukan Negara Kita

)

Anwar Jawap Noh Omar: Penasihat MB S'gor seorang, Penasihat PM beratus

)

Anwar: Najib should wake up and provide leadership

)

Panas & Gamat: Ds Anwar Ibrahim Bahas Titah Diraja 2014 - Sejarah Negara Bila Menteri BN Mencelah...!!

)

Bomoh MH370 gamatkan dewan rakyat

)

)

Anwar: Malaysia didn't just lose MH370, it lost its credibility

)

K'jaan BN tiada rancangan potong gaji menteri

)

Chaos as BN MP accuses opposition of disrespecting parliament

)

Pelbagai pihak mahu tindakan pada 'Raja Bomoh'

)

Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh 1Malaysia cari MH370

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk memberi kebenaran “bomoh 1Malaysia” melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Anwar berkata imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.
Katanya situasi memalukan itu ditambah dengan insiden semalam di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.
"Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.
"Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

MH370: Media antarabangsa lapor pengguna media sosial gelar Najib ‘tidak ada otak’


Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin melakukan ritual untuk mencari pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari Isnin. Pengguna media sosial menggelar Datuk Seri Najib Razak tidak ada otak kerana membenarkan perkara ini berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2014.Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin melakukan ritual untuk mencari pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari Isnin. Pengguna media sosial menggelar Datuk Seri Najib Razak tidak ada otak kerana membenarkan perkara ini berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2014.Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.
"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.
Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?


Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.

Menurut Anwar, tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

"Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).

"Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.

"Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.

"Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.

Gara-gara kritik MB Perak: Hamidah bakal dipecat dari Umno?

Ia adalah luahan rasa dirinya sendiri terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Zambry.

Datuk Hamidah OsmanPETALING JAYA: Pengerusi TEKUN, Datuk Hamidah Osman  (gambar) dijangka dipecat dari Umno kerana mengkritik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di laman sosial Facebook.
Umno Bahagian Gopeng telah menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung perkara tersebut.
Laporan tersebut dikemukakan melalui peruntukan Perlembagaan Fasal 20.5.
Mesyuarat khas semalam turut sebulat suara menyatakan Hamidah didapati melanggar tataetika parti di Perkara 3, Perkara 5.3 dan Perkara 7.1 Tataetika Parti.
Perkara 3 Tataetika Parti ialah Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan  tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti.
Perkara 5.3 Tataetika Parti iaitu penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan ahli Umno yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.
Perkara 7.1 Tataetika Parti iaitu ahli parti dilarang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

Hudud: TS Annuar gesa semua pihak bantu Kelantan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa semua pihak bukan sahaja menyokong malah membantu usaha kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai hudud, di negeri itu.

Berucap ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan, tiada sebab untuk menolak hudud kerana tugas melaksanakan syariat Allah adalah wajib bagi umat dan pemimpin Islam.

Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di Kelantan kerana telah mempelopori usaha pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu.

Di Kelantan kata beliau, usaha ke arah pelaksanaan itu sudah melepasi tiga peringkat utama eksekutif, legislatif dan judiciary dan perkembangan yang diterima sangat membanggakan.

"Saya mengesyorkan, agar setidak-tidaknya jika negeri lain tidak bersedia, maka tidak harus dihalang untuk dilaksanakan hudud di Kelantan seperti yang dihasratkan oleh rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

Polis nafi laporan Harian Metro, tidak geledah rumah kru pesawat MH370

Polis hari ini menafikan laporan Harian Metro yang mengatakan pihak polis menggeledah rumah milik kru penerbangan Malaysia Airlines MH370. Datuk Hadi Ho nafi memberikan kenyataan kepada Harian Metro. Gambar The Malaysian Insider. Dalam sebuah kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan memberikan pengesahan pihak polis menjalankan penggeledahan tersebut.
Hadi Ho berkata beliau tidak pernah bercakap kepada pihak media tentang isu ini, dan juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan MH370.
Hadi Ho yang meneraju angkatan yang menyiasat kehilangan MH370 berkata satu-satunya jurucakap bagi pasukan polis adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ialah satu-satunya orang yang layak memberi kenyataan tentang MH370 daripada pendapat polis."
Datuk Hadi Ho nafi memberikan kenyataan kepada Harian Metro. Gambar The Malaysian Insider.Awal hari ini, laporan Harian Metro dipetik oleh beberapa agensi berita termasuk portal atas talian.
Laporan itu menyatakan polis menggeledah rumah milik kru penerbangan Malaysia Airlines MH370 untuk siasatan kehilangan pesawat itu.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan sedang memfokuskan kepada empat perkara utama bagi kehilangan pesawat MH370.
"Sabotaj, rampasan, percanggahan antara kru dan penumpang serta keadaan psikologi kru dan penumpang," kata Khalid, menyenaraian keempat-empat perkara tersebut.

Pusat diminta tangguh rasmi KLIA 2 selagi kerja selenggara belum siap

Lip EngKUALA LUMPUR 13 MAC: Kerajaan Pusat diminta menangguhkan perasmian terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) berikutan kerja penyelenggaraan dan kerosakan yang perlu diperbaiki dan diragui dapat disiapkan sebelum dirasmi.
Ini ekoran pengumuman Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaan tetap akan meneruskan pembukaan KLIA 2 pada 2 Mei ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, KLIA 2 yang kini masih menjalani proses penyelengaraan antaranya akibat retakan yang berlaku pada paip dan sistem perparitan tidak boleh dibuka selagi kerja-kerja berkaitan belum siap sepenuhnya.
“Kenapa tak tunggu sampai semuanya siap, kemudian baru rasmi?
“Kenapa perlu tergesa-gesa sampai pendekkan tempoh ujian yang sepatutnya dibuat selepas pembaikan selesai?” kata Lip Eng pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurutnya, jika perasmian diteruskan pada tarikh tersebut, sudah pasti wang rakyat dibazirkan untuk itu.
Lebih buruk kata Lip Eng, sehingga kini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih gagal menerima Sijil Penyiapan dan
Pematuhan (CCC), walaupun ia bakal dibuka dalam waktu terdekat.
“Kalau betul mereka mahu rasmikan juga pada Mei ini, jelas mereka akan membazirkan wang rakyat,” ujarnya.

PRK Dun Kajang: Walkabout antara program seharian Wan Azizah di Kajang hari ini

wan-azizahKAJANG 13 MAC: Jadual Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hari ketiga kempennya sebagai calon KEADILAN N25 Kajang padat, dipenuhi program sana sini seharian bersama penduduk, antaranya walkabout di Pasar Malam Sungai Sekamat, pada 5.30 petang ini.
Sebelum itu, seawal jam 8 pagi tadi, beliau ke Pasar Kajang bertemu dan bermesra bersama para peniaga termasuk membeli sedikit barang keperluan dapur.
Program diteruskan dengan sesi bermesra dengan wanita yang menyertai kuliah di Surau Saujana Impian pada jam 9.30 pagi.
Selang beberapa jam, Wan Azizah kemudian meneruskan gerak kerja beramah mesra dengan wanita di rumah Imam Raslan di Jalan Punai Batu 10, Jalan Cheras pada 4 petang.
Selesai program walkabout, beliau dijadualkan bergegas pula ke Tayangan Wayang Rakyat di Pasar Malam Sungai Chua, selepas maghrib.
Wan Azizah kemudiannya akan menunaikan solat Isya’ dan interaksi bersama jemaah di Surau Saujana Impian kira-kira jam 8.45 malam.
Selepas itu, waktu yang dinanti-nantikan rakyat, sesi ceramah yang dimulakan di Daerah Mengundi (DM) Sungai Chua bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Sungai Chua.
Selanjutnya pada jam 9.30, beliau meneruskan ceramah di DM Bandar Kajang iaitu di Jalan Avenue, Kajang (sebelah Sekolah Yu Hua/Hailam Kopitiam).
Program diteruskan dengan satu lagi ceramah di DM Sungai Kantan yang diadakan di Pusat Komuniti Sungai Kantan kira-kira jam 10.15.
Manakala dua program terakhir adalah Ceramah Karnival dijadual berlangsung serentak di Stadium Kajang, dan lagi satu di Jalan Jelok 9 (depan KFC@Metro Point Kajang) pada jam 10 malam.

MH370 : Kenyataan bercanggah, Hishamuddin diserang media antarabangsa

mh370 pcKAJANG, 13 MAC: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.
“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.
“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.
“Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat,” katanyadalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.
Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar.

PRK Dun Kajang: Bekas pesakit teruja jumpa Wan Azizah di Pasar Kajang

P1030591KAJANG, 13 MAC: Lawatan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang, Wan Azizah Wan Ismail ke Pasar Kajang, hari ini dikejutkan dengan sapaan bekas pesakitnya yang teruja dapat bertemu pemimpin itu.
Salbiah Bakar, 67, berkata dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Wan Azizah yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atasnya sekitar 1980-an.
Dia yang tiba-tiba menyapa Wan Azizah kelihatan teruja sebelum memeluk pemimpin berkenaan sambil menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR itu pada PRK yang bakal berlangsung, pada 23 Mac ini.
“Pertemuan itu sudah berlangsung sangat lama sekitar 1980-an sewaktu saya membuat pembedahan membuang batu karang di Hospital Kuala Lumpur dan ketika itu saya bertugas di Keramat.
“Tidak sangka dapat bertemu beliau lagi kerana saya tinggal di Taman Jasmin dalam kawasan ini (Kajang). Ya, saya akan memberi sokongan kepada beliau (wan Azizah) dalam PRK nanti,” katanya.
Wan Azizah kelihatan gembira dapat bertemu bekas pesakitnya itu dan mereka dilihat berbual mesra selepas disapa Salbiah dalam sesi lawatan berkenaan.

MP Umno gesa kerajaan PAS Kelantan segerakan hudud

Isu pelaksanaan hudud kembali timbul di Parlimen apabila MP Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa menggesa Kelantan menyegerakan pelaksanaan undang-undang itu.

Menurutnya, perdana menteri tidak akan menghalangnya kerana beliau tiada kuasa berbuat demikian.

"Saya telah membaca peraturan dan perdana menteri tiada kuasa menghalang sesiapa melaksanakan hudud selagi mana ia menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Annuar, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Beliau juga percaya DAP tidak akan membantahnya ekoran sama-sama bergabung dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa sama katanya, kerajaan negeri Kelantan juga menikmati sokongan kukuh daripada pelbagai kaum termasuklah orang-orang Cina yang terus menyokong PAS.

"Tentangan dari pembangkang (BN) tidak akan lagi berbangkit. Saya difahamkan undang-undang yang diluluskan belum digazetkan.

"Kalau dah digazetkan, saya harap langkah pelaksanaannya disegerakan," kata Annuar lagi.

Keluarga penumpang MH370 kini pasrah, sedia terima apa juga hakikat

 Salah seorang keluarga penumpand penerbangan MAS Malaysia MH370 di Hotel Everly, Putrajaya pada 9 Mac. Memasuki hari keenam pencarian pesawat tersebut,  beberapa keluarga dan kru penerbangan itu menyatakan mereka sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Mac, 2014. Salah seorang keluarga penumpang penerbangan MAS Malaysia MH370 di Hotel Everly, Putrajaya pada 9 Mac. Memasuki hari keenam pencarian pesawat tersebut, beberapa keluarga dan kru penerbangan itu menyatakan mereka sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Mac, 2014.
Selepas lima hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilapor hilang tanpa kesan, beberapa keluarga dan kru penerbangan itu yang ditempatkan di Hotel Everly menyatakan mereka sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Noraini Mohd Hashim kepada pemberita selepas melawat keluarga terbabit di hotel berkenaan hari ini.
"Ada juga yang mahu pulang ke rumah kerana anak-anak lain juga memerlukan mereka.
"Kalau mereka mahu pulang kita tidak boleh halang sebab itu keinginan mereka. Kita kena hormat keputusan mereka," katanya.

Polis, Interpol siasat lelaki etnik Uyghur, penumpang pesawat hilang MH370


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) semasa Mesyuarat Komunikasi antara PDRM dan ATM pada Januari 29. Terbaru dalam pencarian MH370, PDRM sedang menyiasat pensyarah kejuruteraan beretnik Uyghur, disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Mac, 2014. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) semasa Mesyuarat Komunikasi antara PDRM dan ATM pada Januari 29. Terbaru dalam pencarian MH370, PDRM sedang menyiasat pensyarah kejuruteraan beretnik Uyghur, disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Mac, 2014.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan polis antarabangsa Interpol bekerjasama menyiasat latar belakang seorang penumpang lelaki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang beretnik Uyghur berusia 35 tahun berbanding penumpang lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara ini kepada akhbar berbahasa Melayu Harian Metro hari ini.
"Kami masih melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Difahamkan, lelaki Uyghur yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik itu disiasat kerana mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan memandangkan kerajaan tidak menolak terorisme sebagai satu sebab kehilangan pesawat 239 penumpang itu.

Data enjin MH370 cetus persoalan baru

 
Satu laporan Wall Street Journal menyebut penyiasat Amerika Syarikat mengesyaki bahawa pesawat MH370 kekal dalam penerbangan selama kira-kira lima jam dalam keadaan yang belum dikenalpasti.

Laporan berkenaan, memetik seorang pegawai penyiasat penerbangan dan seorang pegawai keselamatan negara itu menyebut, pesawat itu mungkin terbang selama empat jam selepas melewati lokasi terakhir yang disahkan.

Laporan itu berdasarkan data yang dihantar secara automatik dan dimuat turun dari program penyelenggaraan dan pemantauan enjin di pesawat Boeing 777 itu, lapor Wall Street Journal.

Data berkenaan membangkitkan persoalan baru mengenai nasib yang menimpa pesawat membawa 239 orang dalam dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Laporan itu seterusnya menyebut pegawai anti-keganasan negara tersebut kini melihat kepada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan mungkin dilencong ke satu lokasi lain selepas alat pengesan dalam pesawat itu dimatikan untuk mengelak dari dikesan radar.

Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ

Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia, 13 Mac, 2014. Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia, 13 Mac, 2014.

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini.
Akhbar perniagaan itu mengatakan ini memungkinkan pesawat Boeing 777-200ER terbang tambahan beratus kilometer dalam keadaan yang masih tidak dapat dipastikan.
Penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan AS percaya pesawat tersebut terbang selama lima jam berdasarkan data yang boleh dimuat turun secara automatik dan dihantar melalui enjin Boeing 777 sebagai penyelenggaraan rutin dan program pemantauan, lapor akhbar itu.
Ini menimbulkan persoalan baru dan kemungkinan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 orang yang hilang daripada menara kawalan hujung minggu lalu setelah sejam terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Enam hari selepas kehilangan pesawat misteri itu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan meskipun belum membuahkan hasil setelah kawasan mencari diperluaskan.

Dewan kecoh: MP BN ketereh selar pembangkang

)

Tahap kesuburan wanita Malaysia menurun

)

Teresa may refer Zahid to panel over 'misleading' answer

)

DAP: Why compensate already profitable highways?

)

44 kematian akibat denggi sehingga Mac ini

)

Proton belum mampu bina kereta hybrid walau ada dana RM1b

)

Kelam Kabut Dan Bercanggah: Ahli Parlimen Pakatan gesa Najib lantik seorang jurucakap kes pesawat MH370


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk melantik hanya seorang wakil sebagai jurucakap kerajaan untuk memberi penerangan mengenai perkembangan mengenai operasi misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menyifatkan tindakan kerajaan itu menyebabkan berlakunya keadaan "kelam kabut" di mana ia menambah kekeliruan sedia ada.
"Kita lihat semua pun menteri, wakil tentera udara dan laut, kerana itu kita gesa perdana menteri melantik hanya seorang wakil jurucakap yang berkelayakan dan sudah tentu mempunyai pertuturan bahasa Inggeris yang bagus," katanya pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Kaedah autoritarian beri kesan cara Malaysia urus kehilangan pesawat MAS, kata wartawan NYT

Wartawan Amerika Syarikat yang mempunyai pengkhususan hubungan Asia Tenggara memberi kritikan "pedas" tentang cara Malaysia menguruskan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dengan berkata ia mendedahkan sikap pak turut kepimpinan negara.
Thomas Fuller, dalam akhbar New York Times hari ini berkata, kurangnya koordinasi antara agensi Malaysia dan konflik perkembangan misi mencari pesawat menunjukkan kepimpinan negara menerima kritikan yang lebih besar berhubung kaedah situasi berkenaan ditangani.
"Namun kekeliruan dunia atas kehilangan pesawat MH370 mencabar budaya politik dan mendedahkan pemimpin yang dimanjakan menerima kritikan dari seluruh dunia," katanya.
Fuller turut mengingatkan dua kes mahkamah melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh di mana kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara dan denda yang dilihat banyak pihak sebagai tekanan terhadap pembangkang.
Warisan autoritarian itu, menurut pengkritik kini memberikan gambaran terhadap pengurusan misteri kehilangan MH370, apabila pesawat itu gagal dikesan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 penumpang dan 12 kru.
Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sebelum ini mengetuai gerakan Bersih berkata pemimpin Malaysia gentar apabila seluruh dunia fokus terhadap misi mencari dan menyelamat.
"Rakyat Malaysia mula menerima bahawa pemimpin mereka yang tidak menjawab persoalan," katanya.
"Apabila kita tidak pernah dicabar secara serius melalui cara yang lebih bermakna, sudah tentu akan lebih selesa," katanya kepada akhbar berkenaan.
Merdeka Center berkata respons rakyat Malaysia menunjukkan kelemahan dilahirkan melalui sistem yang menunggu arahan daripada peringkat atasan, malah termasuk budaya tidak menyoal pihak berkuasa.

MH370: Setelah diketawakan, Dunia mula menyelar Najib dan sepupunya...

Semalam boleh dikatakan kebanyakkan media utama dunia mempersendakan Malaysia kerana menggunakan bomoh untuk mencari MH370..

Walaupun ianya dianggap sebagai memalukan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, naum macai mungkin berbangga kerana Bomoh tersebut penyokong UMNO..

Kalau tak percaya bomoh tu penyokong UMNO/BN sila lihat gambar-gambar di ( SINI )

Hari ini pula The Malaysian Insider melaporkan Malaysia mula diselar oleh media-media seluruh dunia kerana lemahnya Najib dalam menangani krisis ini...

Di seluruh dunia, akhbar dan agensi berita ternama sudah mula menyelar Malaysia kerana “misteri, mengelirukan dan kekusutan” dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Setakat ini, pemimpin kerajaan daripada Datuk Seri Najib Razak ke bawah gagal dalam satu aspek penting: memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan dilakukan.

Terdapat fakta yang tidak konsisten dan bercanggahan sehingga Vietnam terpaksa menggantung operasi pencarian udara mereka sehingga Putrajaya dapat memberitahu arah terbaru untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang.

Ironinya, China meminta Malaysia untuk “lebih terbuka” dengan maklumat mengenai pesawat penumpang itu di mana dua pertiga daripada 239 penumpang merupakan rakyatnya.

BN tarik pengundi India kajang dengan habuan cabutan bertuah

)

Dewan Rakyat 13 Mac 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

)

MP PKR Kelana Jaya Bahas Titah Diraja 2014

)
)

DAP: Why compensate already profitable highways?

)

MP: Appoint one spokesperson on MH370 search developments, the rest can shut it

)

Let's Talk : Analisis PRK DUN Kajang (Shahbudin Husin)

)

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinobat Tokoh Wanita PR

)

MH370: Juruterbang dilapor aktifkan kod 'tango'

Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat itu dikesan hilang dari radar menara kawalan.

Katanya, kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara, lapor Sinar Harian.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut juruterbang itu, kod tersebut diaktifkan untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi 'tango' atau 'charlie' adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan,"katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mekanisme isyarat itu dikeluar beliau enggan mendedahkan kerana maklumat itu sulit.

Agensi satelit sertai misi cari MH370

MH370
PARIS - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam.

Menurut AFP, ini berikutan permintaan China supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan.

Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

“Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

"Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan.

Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000.

Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar.

PDRM & INTERPOL Siasat Penumpang MH370 Punyai Kepakaran & Pernah Buat Kajian Simulasi Penerbangan

Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.
Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. 
“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.
Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.
Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.

MH370 : Seluruh Dunia, Akhbar Dan Agensi Berita Ternama Sudah Mula Menyelar Malaysia ??

Malaysia gagal beri petunjuk dalam misi mencari pesawat MH370
Di seluruh dunia, akhbar dan agensi berita ternama sudah mula menyelar Malaysia kerana “misteri, mengelirukan dan kekusutan” dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Setakat ini, pemimpin kerajaan daripada Datuk Seri Najib Razak ke bawah gagal dalam satu aspek penting: memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan dilakukan.

Terdapat fakta yang tidak konsisten dan bercanggahan sehingga Vietnam terpaksa menggantung operasi pencarian udara mereka sehingga Putrajaya dapat memberitahu arah terbaru untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang.

Ironinya, China meminta Malaysia untuk “lebih terbuka” dengan maklumat mengenai pesawat penumpang itu di mana dua pertiga daripada 239 penumpang merupakan rakyatnya.

Faktanya, pemimpin tertinggi Malaysia dan ahli politik berkemungkinan menyembunyikan maklumat, tidak dapat membuat keputusan atau tidak begitu tahu dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya terkejut dengan prestasi pentadbiran Najib. Lagipun, mereka sudah beberapa kali tercabar dengan banjir di Pantai Timur beberapa bulan lalu.

Tidak ada sesiapa yang mengharapkan Najib mempengerusikan sidang akhbar harian atau mengetuai misi mencari dan menyelamat, tetapi tidak ada sesiapa menjangka beliau akan  terpinggir sementara pasukan tentera udara, polis, pihak berkuasa penerbangan dan Malaysia Airlines berlumba-lumba untuk memberikan maklumat bercanggah.

Di antara maklumat membingungkan yang kedengaran semenjak pesawat penumpang itu hilang pada Sabtu adalah Malaysia Airlines pada awalnya mengatakan Boeing 777 terputus hubungan dengan pusat kawalan udara pada 2.40 pagi selepas dua jam berada di udara.

Kemudian Malaysia Airlines mengatakan mereka terputus hubungan pada 1.30 pagi, mengikut maklumat ditunjukkan dalam laman sesawang pengesan pesawat.

Maklumat mengenai waktu yang tidak tepat itulah yang menyebabkan spekulasi pesawat terhempas di antara Vietnam dan China.

Dua hari lalu, maklumat bocor dan disahkan kemudiannya bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke semenanjung Malaysia dan menuju ke arah barat di Laut Andaman sebelum hilang pada 2.40 pagi.

Maklumat ini mengubah arah misi mencari dan menyelamat daripada Laut China Selatan di pantai timur Semenanjung Malaysia ke pantai barat di mana terletaknya Selat Melaka.

Bukan sahaja keluarga mangsa dan wartawan antarabangsa merasa jengkel, ini menyebabkan jiran Malaysia yang menghantar pesawat dan kapal-kapal penyelamat ternganga.

PRK Dun Kajang: Peniaga kata tiada ayam RM1 seekor – DS Wan Azizah


KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.

"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.

Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.

"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.

"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang.

"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.

MB Selangor: Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta

KAJANG, 13 MAC: Nilai hartanah yang diserahkan Talam Corporation (TALAM) sebagai membayar hutang kepada Kerajaan Negeri pada 2012 meningkat daripada RM398 juta kepada hampir mencecah RM700 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peningkatan nilai hartanah itu berlaku berikutan usaha Kerajaan Negeri membangunkan tanah terbabit dan kawasan berhampirannya.
“MCA tidak boleh cakap banyak sebab sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). MCA nak salahkan Kerajaan Negeri konon tak pandai, tolong syarikat Talam.
“Apabila kiraan dibuat termasuk daripada audit negara, mereka kata bagus sebab aset atau pendapatan negeri bertambah.
“Dahulu RM398 juta, sekarang naik hampir RM700 juta sebab tanah itu saya urus jadi lebih baik,” katanya dalam ceramah umum yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.
Abdul Khalid turut menyelar Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang cuba memutar belit fakta berhubung isu kutipan hutang TALAM oleh kerajaan negeri.
“MCA diam. Sekarang kalau MCA beri ceramah malu tak malulah,” katanya.
Abdul Khalid berkata, ketika menjalankan proses tuntutan hutang itu, beliau dimaklumkan pemilik TALAM bahawa syarikat itu ada membuat pembayaran kepada pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak dinyatakan indentitinya ketika diberikan tanah berkenaan.
“Maka kita dapat lihat dalam PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) berjaya tambah lapan kerusi, BN tinggal 12 kerusi sahaja daripada Umno, manakala MCA langsung tidak ada kerusi.
“Orang Kajang tidak payah pilih MCA sebab mereka tidak ada tempat di Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Zamihan KDN: Bukan isyarat lucah pada Kassim..!!



Presiden Pertubuhan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Zamihan Mat Zain antara pihak yang paling lantang mengkritik pemikiran kontroversi Kassim Ahmad dalam hal ehwal agama, dengan mengatakan sarjana itu boleh terkeluar daripada Islam.

Bagaimanapun, selepas dialog satu jam setengah di rumah Kassim di Kulim, Kedah, beliau pula menjadi sasaran kritikan, khususnya di Internet apabila bergambar dengan cara yang dipertikaikan bersama Kassim.

Sekeping gambar yang dimuat naik ke Internet memaparkan Zamihan, yang juga pegawai agama  Kementerian Dalam Negeri (KDN), berdiri di belakang Kassim dengan menunjukkan isyarat tangan ibu jari ke bawah, tanda tidak bagus.

Gambar itu mengundang kritikan ramai, khususnya pengguna maya yang merasakan langkah itu tidak patut dibuat dan  tidak selari dengan akhlak Islam.

Zamihan bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini semalam berkata, beliau  tidak kisah perkara yang “sekecil itu” dibangkitkan kerana beliau sudah melaksanakan tanggungjawabnya.

"Saya tidak ambil perhatian benda kecil sebegitu, yang penting saya sudah ambil tindakan mendekati Kassim Ahmad dan cuba memperbetulkan fahaman beliau.

"Lagipun gambar itu bukan gambar isyarat lucah pun," katanya sambil menjelaskan, isyarat itu dibuat tanda dialog tidak berhasil mencapai kata sepakat dan tidak dengan niat lain.

Adakah pengurus IT dari Chicago dapat menemui MH370 dengan ‘crowdsourcing’?

Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014.  
Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014.

Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang – hanya dengan melayari Internet.
Laporan dalam akhbar Mirror berkata Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat yang hilang itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.
Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand.
Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.
Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.
Laman web ini berfungsi dengan memberi setiap pengguna sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu.
Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – dalam kaedah ini yang dinamakan sebagai 'crowdsourcing'.

MH370: Malaysia hantar pesawat pencari ke kawasan objek ditemui satelit China


Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut.   – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN.
CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini.
‎Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.
Ketua Penerbangan Awam China berkata hari ini bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.
"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.
Beliau menambah bahawa tiada sebarang bukti angkatan tentera Malaysia sedang menyembunyikan maklumat tentang pesawat itu.