Rabu, 12 Mac 2014

Pengurusan krisis MH370 perlu diperkasakan


Dunia terus terkejut dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sebelum dinihari Sabtu 8 Mac 2014. Hingga kini segala usaha untuk mencari kesan pesawat dan 239 orang penumpang serta anak kapal yang malang masih belum berjaya.
Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa kini mula melahirkan kegusaran dengan cara pengendalian tragedi yang sangat mengecewakan.
Sehingga kini tidak terdapat satu task force yang mantap, dengan struktur yang jelas, kesatuan gerak kerja dan penampilan media yang professional dan meyakinkan.
Kita dihidangkan dengan ketidaktelusan maklumat, kecelaruan jurucakap yang memberikan pandangan carca-marba.
Contohnya siapakah jurucakap rasmi bagi krisis ini? Kenapa setiap agensi berlumba-lumba memberikan maklumat dan terdapat percangahan maklumat yang ketara, misalnya mengenai lima orang yang didakwa mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat.
Begitu juga dengan identiti pemegang pasport palsu yang sebutkan oleh seorang menteri sebagai berwajah Asia tetapi akhirnya dibuktikan sebaliknya.
Persoalan juga timbul mengenai pihak angkatan tentera yang mengumumkan pencarian di Selat Melaka dan kemudian menarik balik pengesahan bahawa pesawat dikesan terbang ke Selat Melaka.
Dalam keadaan rakyat dan dunia tertanya-tanya mengenai nasib yang menimpa penerbangan MH370, kecekapan dan profesionalisme Malaysia juga tercabar dan sehingga kini kecelaruan ini mencalar kewibawaan negara.
Kita amat berharap kerajaan mewujudkan satu task-force yang padu dan professional untuk menangani tragedi ini. Task force ini wajib mempunyai garis arahan yang jelas, struktur yg mantap dan seorang jurucakap yang berwibawa.
Kegagalan negara menangani krisis ini dengan professional akan terus menjadikan tindak-tanduk kita sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa serta menjatuhkan imej negara.

* Dr Omar Yaakob Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia.

Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan perbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.

Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.

Namun hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kira tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa. Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.

Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan UMNO dan seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyeleras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian.

Bloomberg hari ini, setelah hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Malaysia Defends Search for Missing Jet

)

Malaysia airliner MH370: Confusion continues - BBC News

)

Dewan Rakyat kecoh isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines

Dewan Rakyat kecoh seketika apabila beberapa ahli pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lalu selain memberi kenyataan bercanggah.
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak datang ke dewan esok bagi memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.
"Selepas lima hari, apa yang berlaku, kemungkinan kapal terbang itu berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana menteri dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein datang ke dewan esok," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan pesawat itu.
Beliau mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan masyarakat antarabangsa mengkritik kemampuan negara.
Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah di antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta semua ahli Parlimen khususnya pembangkang agar tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, adalah lebih baik semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat yang hilang itu.

Dewan Rakyat gamat, pembangkang tuduh campur tangan eksekutif kes liwat Anwar


Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang ahli pembangkang menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
"Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu dibawa ke depan," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) (gambar).
Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai ahli Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu.
Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri ditangguhkan beberapa kali.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said kemudian meminta semua pihak bertenang dan tidak meneruskan kekecohan.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Sidang Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama

LENSA KONVENSYEN PR KE 5 - PART 2








LENSA KONVENSYEN PR KE 5 - PART 1









KONVENSYEN PR KE 5 - "TEKAD MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT"

 
 
 

TUDM akui tak pintas pesawat dikesan di radar tentera

)

Conspiracy theories surround missing Flight 370

)

Flight 370: The mysterious trail

)

Raja Bomoh Temberang MH370 (Parodi)

)
)

Jakim selar guna bomoh cari MH370

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".

"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.

Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

Royalti: R bangkit perjanjian 1975 di persidangan Bogor

KOTA BHARU: Isu-isu perlanggaran perjanjian melibatkan Petronas dan kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan kini dibangkitkan pada persidangan NGO peringkat Asean di Bogor, Indonesia.

Presiden Petubuhan R Kelantan (Royalti), Nazri Deraman berkata, kezaliman terhadap rakyat Kelantan merupakan pencabulan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan itu akan memburukkan imej Malaysia di mata dunia ketika dunia sedang mengikuti tragedi MH370 yang berlaku Sabtu lepas.

”Bukan niat kami untuk memburuk-burukan nama Malaysia, kami hanya memperjuangkan nasib rakyat yang telah sekian lama tertindas,” katanya di sini.

R bersama Institute of Democracy And Economics Affairs (IDEAS) diundang ke persidangan perkongsian saksama hasil bumi membabitkan NGO dari negara-negara Asean di Bogor hari ini dan semalam.

R diwakili Timbalan Presidennya, Abdul Shakur Sharrie dan pegawai penyelidik, Mohd Fauzi Azmi.

Persidangan terbabit dianjur Revenue Watch Institute (RWI) membincangkan perkongsian saksama hasil bumi bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat untuk kesejahteraan dan pembangunan lestari secara mapan.

Nazri berkata, R telah mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, tentunya akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kerajaan Persekutuan dan Petronas.

MH370: Kenyataan bercanggah kerajaan guris hati waris

)

PRK Dun Kajang: Ceramah Taman Cuepacs - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

)

Jalani Johari Gagal Jawab Soalan Teresa Kok Mengenai Tohmahan MH370 di Internet

)

MH370: No 'confusion' in our search, says Hisham

)

MH370: Wall of Hope

)

MH370 : No passengers missed flight - MAS

)

MH370: Searching continues on East and West coasts of Malaysia

)

MH370: Blip on radar off Penang could be missing MH370

)

MH370: Armed Forces Chief denies military radar report

)

MH370 - Penjelasan PM mendukacitakan

)

MH370: DUNIA SEDANG KETAWA MELIHAT AKSI BOMOH MALAYSIA...!!!

)

MH370: ABIM desak kerajaan UMNO@BN henti amalan khurafat di KLIA

SHAH ALAM, 12 MAC: Majoriti rakyat di negara ini menyelar tindakan pimpinan negara yang menyokong perbuatan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.
Perbuatan bomoh itu dianggap melampau kerana melanggar hukum Islam dan harus segera dihentikan kerajaan kerana membawa kepada syirik.
Laman Facebook milik Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek memperlihatkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan khidmat bomoh dalam usaha merungkai persoalan kehilangan pesawat berkenaan.
kakfadhkakfadh“Saya fikir sebagai orang beriman, kita mesti serius dengan menghantar mesej keras kepada pimpinan negara agar menghentikan amalan khurafat dan syirik di KLIA ini.
kakfadh“Saya rasa sangat malu sebagai sebuah negara Islam dan kepimpinan Islam, kita langsung tidak sensitif dengan isu syirik ini. Saya tahu ramai ahli politik negara bergantung kepada bomoh dan saya tahu bomoh mana yang berulang alik ke rumah pemimpin negara.
Fadhlina menerusi akaun Facebook itu juga berkata, cukup untuk mempercayai bomoh untuk kepentingan diri tetapi jangan sampai mengheret aqidah rakyat dan memalukan negara.
“Syirik ini dosa besar, hanya terampun dengan taubat nasuha.
“Di saat ini kita tidak memerlukan bomoh memakai sut dan name tag untuk mencari pesawat. Ini orang sewel dan sakit mental. Ritual khurafat tanda jiwa kusut dan iman songsang.

MH370: Versi bercanggah mengenai pasport curi

Jabatan Imigresen dan Interpol mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai pasport curi yang digunakan oleh dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.

Bercanggah dengan versi Interpol, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk
Aloyah Mamat (kiri) berkata pasangan itu masuk ke Malaysia, masing-masing menggunakan pasport Itali dan Austria.

Aloyah berkata, Pouria Nourmohammadi, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Februari pada jam 8.28 malam dan mengemukakan pasport Austria.

Rakyat Iran kedua, Delavar Seyed mohammaderza, 29, tiba di KLIA pada 7 Mac jam 10.43 malam dengan pasport Itali.

Aloyah berkata kedua-dua lelaki dibenarkan masuk ke Malaysia berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh pegawai imigresen yang tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

Bagaimanapun, versi Interpol pula, seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata kedua-duanya datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan pasport Iran.

Berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Interpol, Ronald Noble, mereka hanya menggunakan pasport curi di Malaysia apabila menaiki penerbangan China pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan rasmi, Interpol juga menyatakan bahawa Biro Pusat Kebangsaan di Tehran mengesahkan identiti dua warga Iran itu "menggunakan pasport tulen untuk perjalanan ke Kuala Lumpur".

Lebih ramai pakar dibawa ke Malaysia bantu cari MH370, kata Hishammuddin


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di KLIA, Sepang, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di KLIA, Sepang, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.Pada ketika kritikan antarabangsa semakin bertambah terhadap cara Malaysia mengendalikan krisis kehilangan pesawat, Putrajaya hari ini berkata, mereka membawa lebih ramai pakar ke dalam negara untuk membawa dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370.
“Kita membawa pakar untuk menganalisis data terkumpul oleh tentera dan penyiasat awam dari barat dan timur, termasuk NTSB AS,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merujuk kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, pencarian pesawat yang hilang itu kini tertumpu di Selat Melaka dan Laut China Selatan, meliputi kawasan seluas 27,000 batu nautika persegi.
Pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi, beliau berkata 39 pesawat dan 42 kapal dari 12 negara berada di kawasan berkenaan dalam operasi mencari yang masuk hari kelima hari ini.
Hishammuddin menekankan bahawa kerajaan konsisten dalam setiap kenyataan yang diberikan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata kawasan mencari akan diperluas dan itu apa yang mereka lakukan sekarang.

APMM tidak dapat sahkan rakit penyelamat daripada MH370, pencarian buntu


Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap pada sidang media petang ini di Pasir Puteh, Kelantan berhubung penemuan rakit penyelamat di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Mac, 2014.Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap pada sidang media petang ini di Pasir Puteh, Kelantan berhubung penemuan rakit penyelamat di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Mac, 2014.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak dapat mengesahkan rakit penyelamat yang dikatakan ditemui di Port Dickson adalah daripada MH370 yang hilang.
Setakat ini, APMM tidak dapat memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum memberi sebarang pengesahan.
"Kami tidak menerima sebarang pengesahan daripada MAS dan DCA.
"Pengesahan perlu dibuat oleh pihak berwajib, iaitu MAS dan DCA," kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish pada sidang media di pangkalan APMM di Pasir Puteh, hari ini.
Mohd Amdan bagaimanapun tidak menafikan APMM di Melaka melihat rakit tersebut tetapi gagal membawanya naik ke atas kapal.
"Bot yang menuju ke lokasi rakit dikatakan ditemui cuba bawa naik, tapi ia tiba-tiba tenggelam," katanya.
Usaha cuba membawa naik tersebut gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi dan ia terlalu berat.
"MAS sendiri perlu mengesahkan sama ada objek itu milik mereka atau tidak," katanya dan memaklumkan masih menunggu pengesahan MAS.
Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam.

MH370: APMM tidak jumpa petunjuk baru di lokasi pesawat terbang rendah


Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap kepada wartawan pada sidang media di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Mac, 2014.Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap kepada wartawan pada sidang media di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Mac, 2014.Tiada penemuan terbaru selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan tinjauan udara hari ini di lokasi didakwa penduduk melihat pesawat terbang rendah sekitar Pulau Kapas, kata Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish.
Ketua pengarah APMM itu berkata, sepanjang tinjauan dan operasi yang bermula jam 8.30 pagi, mereka tidak mendapati sebarang petunjuk dan penemuan baru.
"Tiada petunjuk dan penemuan baru sepanjang operasi hari ini," katanya pada sidang media di pangkalan APMM, Tok Bali, Pasir Puteh petang ini.
Beliau berkata, operasi hari ini meliputi perairan Laut Cina Selatan termasuk sekitar Pulau Kapas di mana beberapa penduduk mendakwa melihat kelibat pesawat terbang rendah.

Mencari MH370: Jangan campur aduk dengan khurafat

Saya merujuk kepada kaedah menggunakan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 yang hilang. Raja Bomoh VVIP sedunia atau Ibrahim Mat Zin telah dipanggil dengan menggunakan peralatan tradisional di samping kaedah perbomohan bagi mencari pesawat tersebut.

Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kemampuan tersendiri. Dalam keadaan teknologi canggih, jika tidak mampu mengesan lokasi pesawat itu berada, kaedah alternatif diperlukan supaya setiap orang berperanan membantu mencari pesawat MH370. Kerajaan telahpun menggunakan pelbagai cara, daripada Angkatan Tentera, Polis, Maritim, sehinggalah kepada nelayan dikerah bagi membantu mencari pesawat itu.

Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam. Saya merasa kesal kerana ada segelintir masyarakat yang masih meletakkan harapan tinggi kepada perbuatan khurafat dan tahyul melalui perantaraan jin dengan kaedah perbomohan. Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam.

TUDM kesan pesawat tak dikenali selepas MH370 hilang..!!


Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, satu pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Bercakap dalam sidang media petang ini, Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.
 )

PRK Dun Kajang: Ceramah Taman Cuepacs - Dato Seri Anwar Ibrahim

)

Pidato Ketua Umum KeADILan -Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 (Full HD)

)

Pidato Presiden Pas dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 (Full HD)

)

Konvensyen PR ke-5: Pidato Yb Lim Kit Siang

)

Konvensyen PR ke-5: Pidato Setiausaha Agong PAS - Dato Mustafa Ali

)

Konvensyen PR Ke 5 - Pidato Setiausaha Agong KeADILan - Dato' Saifuddin Nasution

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YB ANTHONY LOKE

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YB RAFIZI RAMLI

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YBH DZULKEFLY AHMAD

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YB HANNAH YEOH

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YB EDWIN BOSI

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YBHG DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YBHG MOHAMAD SABU

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YB TAN KOK WAI

)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE 5 - YAB DATO' SERI KHALID IBRAHIM

)

Parlimen: Adik- beradik debat isu campur tangan eksekutif dalam kehakiman

)

Fuziah Salleh: Dr Wan Azizah Sudah Maju "From Strength To Strength" Daripada 1998

)

Dr Wan Azizah: Keberanian Ini Adalah Untuk Anak Cucu Kita, Keberanian Ini Adalah Untuk Negara Kita

)

Kerana Anwar, adik beradik Samad bertekak di Parlimen

)

Perbualan terakhir MH370: "OK roger, good day"

)

Shahidan: Media antarabangsa buli KP DCA

)

'How can we be content with our flawed immigration SOP?'

)

MP DAP Serdang Bahas Titah Diraja 2014

)

MP PAS Shah Alam Bahas Titah Diraja 2014

)

DS Wan Azizah Tolak Jadi MB Jika Menang

)

LGE: Dr Wan Azizah pilihan untuk Kajang, Selangor & Malaysia

Lim-Guan-Eng
Setelah gagal mengalahkan Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke 13, apabila BN kalah undi popular dengan Pakatan Rakyat yang berjaya meraih 51% sokongan majoriti, kerajaan BN kini memilih jalan penindasan politik untuk mengalahkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan cara yang kotor.
anwar-ibrahim-karpal-singh-Dalam minggu lalu sahaja, kita telah menyaksikan dua sabitan terhadap kepimpinan utama Pakatan Rakyat, yang telah sentiasa mengalahkan BN di peti undi. Ketua Pembangkang merangkap ketua Pakatan Rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat, manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang kebetulan merupakan peguambela utama Datuk Seri Anwar, turut disabitkan dengan kesalahan menghasut dan dihukum denda RM4,000 oleh Mahkamah.
Kedua-dua penyabitan tersebut sekaligus menyebabkan Anwar dan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Pun begitu, meskipun penyingkiran keduanya sebagai Ahli Parlimen akan ditangguh sementara menanti rayuan, kedua-dua Anwar dan karpal hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon dalam pilihanraya, justeru menimbulkan keperluan untuk meletakkan isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kajang.
DAP secara keras mengecam tanpa syarat salahguna kuasa dan pemangsaan politik oleh Jabatan Peguam Negara. Hakikatnya, dalam mana-mana negara yang bebas dan demokratik, kes Anwar dan Karpal tidak langsung akan dibawa ke mahkamah, berikutan kurangnya bukti di pihak pendakwaan. Malah, Anwar dan Karpal kedua-duanya telah dibebaskan dalam kedua-dua kes, sebelum rayuan Jabatan Peguam Negara.
Tambahan pula, aturan masa untuk penyabitan dan penghukuman juga turut menimbulkan syak, memandangkan ia telah diawalkan dan disegerakan demi mengganggu rencana Anwar untuk bertanding dalam PRK Kajang. Ini menguatkan dakwaan intimidasi politik dan telah mengundang kecaman serta hinaan dari dalam dan luar negara.
Contohnya, timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia, Phil Robertson, telah berkata bahawa perbicaraan Anwar adalah demi menamatkan kerjaya politik beliau dan kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan itu terjadi.

Khairy Jamaluddin boneka penindas, kenapa tak bersuara isu rakyat?

AMK Pulau Pinang mengecam keras kenyataan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail ‘boneka’ kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan yang tidak matang dan bersifat seksis adalah tidak sesuai dengan status beliau sebagai antara menteri yang paling muda di dalam barisan kabinet selepas PRU13.
Khairy Jamaluddin (KJ) hanya gemar menangguk di air keruh atas apa-apa isu pun. Beliau adalah boneka kepada golongan atasan yang hanya berdiam diri bila isu seperti NFC dan PKFZ mencengkam golongan bawahan. Projek ini adalah menggunakan dana awam dan menindas rakyat terbanyak.
KJ juga hanya diam apabila kebebasan bersuara disekat dengan penarikan lesen akhbar The Heat. Beliau juga sekali lagi diam bila institusi kehakiman diperalatkan untuk keuntungan pemerintah. Beliau harus malu dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Asrul Sani
Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang

Kak Wan: Saya tak tagih undi simpati

Calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang dari PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu diundi kerana 'simpati'.

Sebaliknya beliau mahu penduduk Kajang mengundi beliau kerana merasakan beliau mewakili mereka yang ditindas dan mahu mendapatkan keadilan.

"Saya fikir jika kamu bersimpati pun tidak semestinya kamu mengundi orang itu.

"Tetapi jika kamu fikir yang kamu mahu bersama saya menentang ketidakadilan ini, ya, undilah saya," kata beliau dalam temubual bersama Malaysiakini semalami.

Wan Azizah (atas) memberi respon terhadap sidang media BN sejurus selepas proses penamaan calon DUN N25 Kajang pagi tadi.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda supaya tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk “menagih simpati" dan Wan Azizah hanyalah"boneka" dalam permainan politik tersebut.

Wan Azizah berkata Khairy Jamaluddin sepatutnya menggunakan 'hidup bertuah' beliau untuk membantu orang yang lebih memerlukan.

'Hidup bertuah' Khairy

Menurut beliau rakyat Malaysia bijak menilai tindakan dan tawaran yang diberikan oleh pemimpin dan bukannya terpengaruh dengan tuduhan melulu

"Khairy boleh kata banyak perkara. Ada nilai yang rakyat boleh lihat. Rakyat Malaysia tak bodoh.

Saya bukan boneka - Wan Azizah


KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Khairy adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, dekat sini hari ini.

Semalam Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.

Wan Azizah juga menegaskan, tindakan beliau bertanding di Kajang adalah untuk membela nasib Anwar dan menentang kezaliman.

"Bagi orang Islam, menentang kezaliman itu satu jihad," katanya.

Beliau menggantikan Anwar sebagai calon Kajang selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat 2.

Najib jimat beli ayam RM1, Rosmah boros RM400,000 ke Qatar

najibrosmah_400_289_100_270_195_100SHAH ALAM, 12 MAC: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum berjumlah RM426,489.46, pada November lalu.
Memetik Malaysia Kini, Shahidan menjelaskan, kos itu terdiri daripada kos bahan api RM196,614.31, manakala kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat berjumlah RM229,875.15.
Loke berkata, jumlah itu adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.
“Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri sendiri menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan,” katanya.
Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

Pencarian kini di barat laut, Vietnam dakwa Malaysia arah MH370 patah balik


Vietnam hari ini mendedahkan bahawa ia nampak pesawat MH370 berpusing balik ke arah barat pada Sabtu lalu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia pada hari sama tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
Pendedahan itu dibuat kerana pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu kini beralih ke arah barat laut menuju Laut Andaman hari ini, jauh daripada laluan yang ditetapkan untuk kapal terbang itu.
“Kami beritahu Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat itu bahawa kami nampak pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak menjawab,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik oleh AFP hari ini.
“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, tetapi mereka tidak menjawab soalan kami,” kata Tieu ketika ditanya mengenai laporan media bahawa pesawat itu dikesan melintasi Selat Melaka.
Vietnam hari ini mengurangkan usahanya mengesan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, di Laut China Selatan di mana kapal terbang itu kali terakhir berkomunikasi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Di mana MH370 : Keluarga penumpang resah menanti perkembangan terkini

)

Suasana tegang di hotel, bapa penumpang MH370 ‘mengamuk’, ibu pasangan bulan madu menangis


Selamat Omar, bapa kepada penumpang pesawat MH370 yang tidak berpuas hati dengan kelewatan pihak MAS memberi maklumat terkini berkenaan operasi mencari dan menyelamat. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mac, 2014.Selamat Omar, bapa kepada penumpang pesawat MH370 yang tidak berpuas hati dengan kelewatan pihak MAS memberi maklumat terkini berkenaan operasi mencari dan menyelamat. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mac, 2014.Tidak seperti kebiasaannya, Selamat Omar, 60 melalui minggu yang amat sukar di lobi Hotel Everly, Sepang tempat keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditempatkan sementara misi mencari dan menyelamat masuk hari kelima.
Beliau kelihatan mundar mandir berjalan sesekali keluar untuk menghisap rokok dan adakalanya bertegur sapa dengan media yang membuat liputan.
Selamat antara ahli keluarga penumpang yang mesra media dan tidak pernah sesekali menolak apabila soalan ditanya wartawan.
Namun hari ini selepas lebih 100 jam misi pencarian pesawat penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak Sabtu lalu, bapa kepada Mohd Khairul Azmi, 29, itu dilihat meninggikan suara kepada petugas MAS pagi tadi.
Suasana tegang apabila beliau menyuarakan perasaan tidak puas hati yang kemudiannya menarik perhatian wartawan dan jurufoto untuk merakamkan insiden tersebut.
Bagaimanapun suasana tegang reda selepas beliau berjaya ditenangkan oleh petugas MAS.
Selamat kemudiannya berjalan ke luar lobi di mana beliau dikerumuni media bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang insiden tersebut.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Bera, Pahang mengakui mengamuk kerana petugas MAS lambat memaklumkan berita perkembangan pesawat tersebut kepadanya.
"Selalunya jam 10 saya sudah mendapat maklumat tapi hari ini lewat lebih setengah jam macam itu, jadi saya marah."

FROM GOVT PLOT TO DECOMPRESSION: Did crew, passengers PASS OUT leaving MH370 on auto-pilot?

by Iskandar Dzulkarnian

FROM GOVT PLOT TO DECOMPRESSION: Did crew, passengers PASS OUT leaving MH370 on auto-pilot?More than 72 hours have passed since MH370 bound for Beijing from Kuala Lumpur mysteriously disappeared without a trace. The latest Reports and Updates serves to deepen the mystery surrounding the disappearance even more as severe international criticisms pour in over the Malaysian Government’s handling of the situation.
News broke out only the next day even though MH370 was last sighted by radar at 0240h, had many criticising MAS and the DCA for delaying the news of the ill fated flight. It was subsequently revised to 1.30am when pertinent questions were raised that the plane couldn’t have flown just 380 kms in two hours or 190kms per hour. Cruising speed of a jetliner is about 800kms per hour.
A concerted search was launched with the help of Vietnam, China, Australia, Singapore, Philippines and USA to scour the area 120 nautical miles of the Malaysian Coast and between Phu Quoc Island of the southern coast of Vietnam, the area believed to be the last sighting of MH370.
As mystery deepened, speculation intensified following failure by the authorities to provide credible information
Debris believed to be the inner door of the plane was later discounted. A yellow object believed to be life rafts were also discounted, while two giant oil slicks found in the area were tested negative for plane jet fuel. Other debris found in the area which extended to over 100 nautical miles were written off.
So in short, it is still back to square one without a shred of evidence that MH370 crashed in the area even after 72 hours of intensive search. So is it a wonder that searchers are describing their futile efforts as akin to looking for the proverbial needle in a haystack?
Two men were found to have boarded the flight using stolen passports, their identities withheld for security reasons earlier on and thought to be Asian, and later black African but then turned out to be Middle Eastern Iranians.
5 men believed to have checked in with their baggage and had their baggage off-loaded as they did not board were later disputed by the IGP that no such incident took place.
A terrorist attack could not be ruled out by Malaysian Authorities as early evidence of stolen passports pointed to a possible terrorist hijack by Iranians, Uighur or the Chinese Martyrs Brigade.
After many hours later the Malaysian Military reported that it had detected that MH370 turned around before it disappeared and pinpointed its last position to somewhere over Pulau Perak situated between Penang and Sumatera at 0240h.
This latest update has caused much confusion, consternation and disbelief that such valuable information was not revealed much earlier or why it was withheld earlier. The golden hours – the crucial 24 hours that would mean life and death for any plane survivors if the wreckage was found in time has since passed, with the clock ticking way past the point of any possible hope of redemption.
Could it also mean that the intensive massive search and rescue exercise by an international flotilla of ships, submarines and search planes had been focusing on the wrong area all along?
Conspiracy theories abound including a devious government plot
Many conspiracy theories have emerged: from suicide, (so that family members would stand to gain from the insurance payout) to being shot down by a military jet.
Some even accused Prime Minister Najib Razak's regime of hatching the plane's abduction so as to deflect the nation's attention from his government's much condemned and vilified conviction of Opposition Leader Anwar Ibrahim from manifestly fabricated sodomy charges. The plot went awry, so say the rumor mills, and got completely out of hand due to their gross underestimation of world interest in MH370. The speculators point to the series of misinformation and contradictory statements from the various Malaysian agencies as intending to befuddle the people, but unwittingly, the Najib regime got the short end of the stick when families of the Chinese victims refused to take the bait anymore and threw water bottles at MAS staff in protest.
True or lie, far-fetched or not impossible, remains to be seen. But for sure, the other conspiracy theories are just as sizzling hot.