Selasa, 11 Mac 2014

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Anwar Ibrahim Bersama Penyokong

)

Niat Mufaraqah, Qadha Solat Subuh Tak Baca Qunut & Qadha Puasa Isnin Khamis - UAI

)

Hukum Guna LOCENG - Ustaz Azhar Idrus

)

Cara Sujud SAHWI - Ustaz Azhar Idrus

)

Jatuhkah Talak? ( "Kalu Dok Brahi Cera arr Aku!!.. Berape Mung Nok 2,3,4??" ) - Ustaz Azhar Idrus

)

Hukum Jadi RAJA LAWAK - Ustaz Azhar Idrus

)

MoU Air: Putrajaya perlu guna kuasa desak 3 syarikat konsesi terima tawaran Selangor

Berikutan keengganan tiga syarikat konsesi air di Selangor menerima tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion untuk membeli ekuiti mereka, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini mengumumkan akan menggunakan kuasanya mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi merealisasikan cita-cita kerajaan negeri.
KeTTHA dalam satu kenyataan bersama Pejabat Menteri Besar Selangor berkata,  selain WSIA, akta, undang-undang atau peraturan yang terpakai untuk membantu kerajaan Selangor akan digunakan bagi melaksanakan cadangan pengambilalihan industri perkhidmatan air di negeri itu.
“Kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor akan meneruskan langkah perlu bagi melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor mengikut terma yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu.
“Ini termasuk menguatkuasa Seksyen 114 Akta WSIA dalam usaha menangani isu yang melibatkan kepentingan negara untuk memastikan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya  lebih mampan dan berdaya maju,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.
Pada 26 Februari  lalu, syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion untuk membeli ekuiti empat syarikat konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB),  Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).
Namun, tawaran yang berakhir pada jam 5 petang semalam menyaksikan tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Puncak Niaga dan Splash menolak tawaran berkenaan manakala hanya Abbas konsesi tunggal yang menerima tawaran itu.

Rakyat tak suruh Rosmah sibuk siang malam...!! Tapi jangan jadi penyibuk......

Oleh RAYUSA
DALAM ucapan merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2014 (HKK 2014) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, 27 Februari lalu, Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan bahawa kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuat beliau tiada masa lagi untuk melayan hobinya.

Luah (seolah-olah mendakwa) isteri Perdana Menteri itu, semua telah diambil (oleh rakyat) daripadanya, termasuk masa dan kegemaran. Oleh kerana hanya meluangkan masa untuk rakyat, tambahnya, beliau tidak sempat bermain badminton lagi. Sebenarnya, Rosmah tidak perlu mengeluh atau meluahkan perasaan tersebut. Beliau boleh memilih sama ada ingin sibuk atau mahu bermain badminton.
Terpulang kepadanya. Saya fikir, lebih baik beliau bermain badminton daripada ke sana ke sini, apatah lagi “menjadi bahan cemuhan rakyat.”
Lima Perdana Menteri sebelum Dato’ Seri Mohd Najib Razak selalu dikritik dan dikecam oleh rakyat, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Walau bagaimanapun, isteri mereka tidak dikutuk oleh rakyat sebagaimana yang dialami oleh Rosmah setiap masa.
Kadang-kadang timbul rasa hairan kerana walaupun semakin dihentam, seperti semakin galak pula Rosmah “merelakan” beliau terus menjadi omelan rakyat siang malam.
Rosmah tidak perlu menyibukkan diri. Beliau hanya isteri Perdana Menteri. Mengapa suka “tiada kerja, cari kerja”? Beliau tidak perlu terlalu kerap menyertai lawatan kerja suaminya.
Lagipun, wang untuk membiayai kos “menyibuk” tersebut dipertikai.
Rakyat tidak pernah meminta Rosmah menyibukkan diri beliau kerana mereka tidak kurang atau lebih apa-apa pun. Bukankah sudah ada menteri yang dilantik?
Janganlah “potong jalan” dan “seperti kaduk naik junjung” kerana bukan sahaja kerap tampil bersama suami, malah sentiasa mencampuri urusan pentadbiran negara!
Mengapa terlalu kerap menghadiri majlis besar, sama ada sebagai antara mereka yang turut berucap atau merasmikannya? Tambah “menakjubkan” apabila ada pemimpin luar negara yang bertemu dengannya dalam majlis rasmi! Seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri.
Merasmikan HKK 2014 misalnya. Adakah beliau mahu atau diminta melakukannya? Jika mahu, memang beliau sendiri suka sibuk kerana permintaan boleh ditolak dengan baik. Bukankah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz lebih wajar merasmikan acara seperti HKK 2014 itu? Nazri hanya menghadirkan diri.

Rombakan Kabinet Najib selepas PRK Kajang?

Oleh SHUHAIMI AL-MANIRI
SPEKULASI rombakan Kabinet kembali bertiup sekali lagi terutama selepas MCA menyelesaikan kemelut dalaman pada akhir bulan Februari lepas apabila MCA berjaya membatal resolusi ‘boikot’ menyertai kerajaan ekoran kegagalan parti berkenaan mencatat prestasi yang baik dalam PRU13.

Secara tradisinya, Presiden MCA dilantik ke dalam Kabinet sebagai menteri dan diberikan portfolio Menteri Pengangkutan. Kerusi tradisi MCA, Menteri Pengangkutan tidak diisi sehingga sekarang, melainkan hanya dipangku oleh Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pertahanan. Liow Tiong Lai, Presiden MCA yang baru hampir pasti dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.
Berapa ramai wakil MCA dalam Kabinet pada kali ini banyak bergantung kepada prestasi MCA dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac nanti.
Jika calon MCA mampu menewaskan Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil tersebut, permintaan MCA untuk kekalkan kouta sebelum ini mungkin dipertimbangkan Perdana Menteri. Jika tidak, MCA terpaksa menerima apa yang diberikan oleh Perdana Menteri sahaja.
Hak melantik anggota Kabinet adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Tetapi adakah MCA hendak terima satu kerusi menteri penuh sahaja, sedangkan MIC yang lebih kecil daripada MCA pun sudah mendapat dua kerusi menteri penuh.
Selain itu, parti-parti di Sarawak terutama SPDP begitu kecewa kerana tidak diberikan sebarang kerusi Kabinet walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebelum PRU13, SPDP diberikan dua kerusi timbalan menteri.
Menjelang setahun usia Kabinet pasca PRU13 ini, ramai yang berpendapat Perdana Menteri akan memikirkan untuk melakukan rombakan semula Kabinet, terutamanya bagi membolehkan wakil MCA menyertai semula kerajaan seperti sebelum ini selepas PRK Kajang ini.
Perubahan drastik Kabinet PM Najib Razak dilihat tidak bijak jika terus membesarkan lagi Kabinet dalam keadaan popularitinya semakin jatuh dan undi popular kurang 50% tetapi bernasib baik memiliki majoriti kerusi di Parlimen.
Kabinet Najib pasca PRU13 mempunyai keseluruhannya 32 menteri, berbanding Kabinet beliau terdahulu dianggotai 30 menteri sahaja ketika mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Penyokong BN minta Anwar tandatangan di topi

penyokong bn minta tanda tangan dsaiBANGI, 11 MAC: Suasana penamaan calon PRK DUN Kajang hari ini mencatatkan peristiwa seorang penyokong BN menjerit memanggil nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menurunkan tandatangannya kepada topi yang sedang dipakai.
Kejadian itu berlaku ketika Anwar berjalan mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat penamaan calon di Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.
Anwar dengan senyum menurunkan tandatangan demi tidak menghampakan penyokong BN itu.
“Jika ini sebagai petunjuk dan petanda, maka jelas akan kebenaran apa yang dikatakan oleh hampir keseluruhan penganalisis politik yang sokongan penyokong Umno-BN sudah mula berduyun-duyun berhijrah menyokong Pakatan Rakyat kali ini.
“Tindakan mempenjarakan DSAI selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan tidak memberi untung kepada Umno-BN sebaliknya melonjak, mencanak, dan melambung sokongan kepada calon PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah,”

MB Selangor: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

DSC_0154BANGI, 11 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tumpuan memperoleh kemenangan majoriti besar calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah keutamaan pada ketika ini.
Justeru, Abdul Khalid berkata, tidak wujud persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar selepas ini sehingga keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Kita harus berbangga kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Selangor. Beliau antara yang menubuhkan PKR dan kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan lebih besar dicapai daripada PRU-13 lalu,” katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkenaan susulan isu penstrukturan air di Selangor.
Katanya, beliau akan membuat pengumuman lanjut berkenaan perkara itu secepat mungkin di Parlimen atau Putrajaya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui media ketika penamaan calon PRK DUN Kajang, di sini, hari ini.

Majlis Peguam: Kes Anwar dikendali secara tak wajar, aniaya

KUALA LUMPUR 11 MAC: Cara pengendalian proses rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan tidak didakwa dengan cara yang wajar, kata Majlis Peguam.
Presidennya, Christoper Leong dalam kenyataannya berkata, sebelum ini pendaftar Mahkamah Rayuan memaklum dan mencadangkan kepada peguam Anwar serta menetapkan 7 hingga 10 April depan sebagai tarikh pendengaran yang dicadangkan.
Namun tempoh tersebut walaupun telah dipersetujui, secara tiba-tiba diubah kepada 6 dan 7 Mac.
Majlis Peguam Malaysia“Tindakan itu menurutnya menyebabkan peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan hanya mempunyai tujuh hari sahaja untuk menyediakan butiran kes tersebut yang sebelum ini melalui proses penghakiman yang panjang.
“Ia menimbulkan persoalan mengapa proses penghakiman tersebut di Mahkamah rayuan telah dipercepatkan walaupun tarikh asal pada April telah dipersetujui.
“Defendan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun, tarikh 7 April memberikan lebih masa kepada pasukan pembelaan untuk membuat persediaan,” jelas Christoper.
Tindakan tersebut menurutnya perlu dijawab, kerana menimbulkan banyak persoalan dan persepsi bahawa keadilan telah terganggu.
Christopher menegaskan, cara pentadbiran sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman adalah saling berkaitan, menegakkan kedaulatan undang-undang dan menanamkan keyakinan orang ramai terhadap sistem tersebut adalah satu tanggungjawab yang sangat penting.

Hukuman terhadap Anwar bantu Pakatan tawan hati Melayu Kajang, kata Dr Wan Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail percaya hukuman yang dijatuhkan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail percaya hukuman yang dijatuhkan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menawan hati pengundi Melayu, kata calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Dr Wan Azizah dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider di Bilik Gerakan PR, di Kajang hari ini berkata, disebabkan keputusan mahkamah itu, pengundi Melayu yang sebelum ini sukar menerima PR mula menunjukkan respon positif.
"Bila mahkamah menjatuhkan hukuman, reaksinya jelas, mereka (pengundi Melayu) merasakan itu ketidakadilan terhadap Anwar," katanya.
Pengundi di DUN Kajang terdiri daripada kawasan campuran dengan pengundi Melayu membentuk 48% daripada keseluruhan 38,965 pengundi berdaftar.
Pengundi bukan Melayu membentuk sejumlah 51%, dengan pecahan pengundi Cina sebanyak 41%, dan pengundi India 10%.
"Mereka dikejutkan dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar. Situasi itu mengejutkan pengundi Melayu," katanya.
Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar berkata, reaksi yang diterimanya daripada pengundi Melayu selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan sangat berbeza.
"Selepas hukuman dijatuhkan, penerimaannya berbeza. Mereka melihat Anwar dari kacamata beliau sebagai mangsa.
"Mula-mula memang ada suatu gambaran mereka tidak terima saya. Tetapi apabila Anwar pergi tazkirah di surau dan masjid, penerimaan begitu baik," katanya.
Dr Wan Azizah menggantikan Anwar sebagai calon PRK DUN Kajang berikutan kelayakan Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan terlucut setelah mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut.
Pemimpin PR ketika Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam mendakwa, tindakan Mahkamah Rayuan dan penetapan tarikh pilihan raya kecil di Kajang adalah konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggagalkan Anwar bertanding di Kajang.

Wakil Rakyat BN Serang Pembangkang, Ketika Mereka Boikot Sidang

Ketidakhadiran 89 ahli Parlimen pembangkang, kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan membawa 227 penumpang pada Sabtu pagi lalu antara isu yang dibangkitkan semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong ketika upacara pembukaan semalam.

Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Meerican Naina Merican  menyelar mengenai kenyataan status Twitter bekas menteri besar Perak Tan Sri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa adanya segi tiga bermuda baru di perairan Vietnam.

"Tapi dalam tragedi pesawat timbul sesetengah pemimpin pembangkang iaitu wakil Shah Alam menggunakan soal nasional untuk menjadi komedi politik," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya cara pemimpin pembangkang tersebut seolah-olah mempersoalkan ketentuan dan takdir Ilahi.

Kenyataan itu disokong oleh ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dengan berkata kebanyakan pemimpin pembangkang sentiasa membangkitkan perkara sensitif.

Beliau merujuk kepada dakwaan fitnah ahli Parlimen Batu Tian Chua mengenai pencerobohan Lahad Datu dan video sambutan Tahun Baru Cina ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

"Kenapa dengan segala laporan yang dilakukan namun masih tiada tindakan yang diambil?" soalnya.

PEMUDA UMNO KETINGGALAN KERETAPI ... MEREKA INGATKAN CALON PR PRK KAJANG IALAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!!






SAMSENG POLITIK ZAMAN BIK MAMA HA...HA....HA....!!!

William Leong: Kita Akan Menunjukan Kepada Najib, UMNO BN, Rakyat Tidak Akan Terima

V. Ganabatirao: UMNO Takkan Ubah Bila-Bila Pun

Adam Adli: Anak-Anak Muda, Kamu Sedia Atau Tidak Untuk Mempertahankan Negara Ini?

Ronnie Liu: Kita Mahu Lawan Balik Bersama Dengan Rakyat

Gooi Hsiao Leung: Hukuman Terhadap Anwar Ibrahim Adalah Serangan Terhadap Rakyat

Sidang Media kehilangan MH370 oleh Interpol (6.00pm,11/3/2014)

Trajedi MH370 : Kenapa Kita Buntu Mencarinya??

Tentera Malaysia dakwa kesan MH370 di Selat Melaka


Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.
Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.
Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.
Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.

MH370: 'Tiada bukti pesawat diserang penganas'


Siasatan Malaysia menzahirkan keraguan terhadap spekulasi bahawa MH307 menjadi sasaran serangan, kata sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Eropah yang dekat dengan siasatan itu.

Walaupun usaha mencari dilakukan besar-besaran di udara dan laut, nasib pesawat MAS yang hilang itu masih misteri.

Memasuki hari ketiga, misi mencari masih gagal mengesan kedudukan kapal terbang Boeing 777 itu milik Malaysia Airlines itu.

Tiada juga penemuan Unit Cawangan Khas Malaysia, agensi utama siasatan, atau agensi AS dan Eropah memutuskan kemungkinan terdapat serangan pengganas terhadapnya, lapor Reuters.

Pihak berkuasa Malaysia menyatakan, bukti yang ada setakat ini tidak kuat untuk menyokong tanggapan bahawa serangan menjadi punca kehilangan pesawat itu, kata sumber AS.

"Tiada bukti mencadangkan tindakan keganasan," kata sumber keselamatan Eropah, yang menambah "tiada penjelasan ke atas apa yang berlaku kepadanya atau di mana ia berada."

Bercanggah: Semua penumpang daftar masuk penerbangan MH370 naik pesawat kata IGP


Semua penumpang yang mendaftar masuk penerbangan MH370 berada dalam pesawat hilang itu ketika ia berlepas meninggalkan KLIA pada Sabtu. Gambar fail.Semua penumpang yang mendaftar masuk penerbangan MH370 berada dalam pesawat hilang itu ketika ia berlepas meninggalkan KLIA pada Sabtu. Gambar fail.Polis hari ini menolak laporan sebelum ini berhubung lima penumpang yang daftar masuk penerbangan Malaysia Airlines MH370 tetapi tidak menaiki pesawat tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata semua penumpang yang menempah tiket untuk penerbangan tersebut menaiki pesawat itu, yang sehingga kini masih belum ditemui selepas 4 hari dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Tidak ada penumpang yang daftar masuk penerbangan itu tetapi tidak naiki pesawat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bercanggah dengan Jabatan Penerbangan Awam yang mendakwa ada lima penumpang tidak menaiki pesawat tersebut, Khalid berkata beliau tidak membuat kenyataan itu.
"Sekarang saya mendedahkan penemuan pasukan siasatan kami diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
"Biar saya simpulkannya, setiap orang yang sepatutnya berada di dalam pesawat, memang menaiki pesawat tersebut," katanya ketika ditanya wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan media bahawa lima penumpang yang mendaftar masuk penerbangan tersebut tidak berada dalam pesawat.
Azharuddin berkata, bagasi lima penumpang tersebut dikeluarkan sebagai mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Satu-satunya yang tidak menaiki penerbangan MH370 ialah seorang wanita yang tersilap tarikh dan menghubungi MAS membatalkan tempahannya," kata Khalid.

Bercanggah: MAS nafi punggah masuk bagasi empat penumpang tidak naik MH370


Malaysia Airlines (MAS) menafikan memunggah masuk bagasi empat penumpang yang tidak menaiki penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Syarikat penerbangan negara itu berkata, isu pemunggahan tidak timbul memandangkan empat penumpang tersebut tidak berada dalam pesawat.
"Malaysia Airlines mahu menjelaskan terdapat empat penumpang yang menempah tiket sah perjalanan ke MH370, 8 Mac 2014 tetapi tidak naik ke dalam pesawat.
"Oleh sedemikian, isu pemunggahan bagasi tidak mempunyai pemilik tidak timbul kerana keempat-empat penumpang tidak masuk ke dalam pesawat. Oleh itu, dakwaan tersebut tidak benar," kata MAS dalam satu kenyataan petang ni.
Kenyataan MAS tersebut dikeluarkan bagi menafikan dakwaan mengenai lima penumpang yang mendaftar masuk awal tapi tidak naik ke dalam pesawat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, semua penumpang yang menempah penerbangan berada dalam pesawat.
"Tiada penumpang yang mendaftar naik untuk penerbangan gagal menaiki pesawat," katanya.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini memberitahu media penumpang tersebut mendaftar masuk ke dalam penerbangan tetapi tidak naik pesawat.
Azharuddin berkata, bagasi kelima-lima bagasi penumpang dipunggah keluar sebelum berlepas sebagai mengikut prosedur yang ditetapkan.

MH370: Warga Iran guna pasport curi naiki pesawat - IGP

Semua yang beli tiket naiki pesawat MH370 - IGP

MH370: Leave us alone, says Chinese National

Kajang state by-election: Azizah - New referendum needed

PRK Dun Kajang: Milik Siapa?

Sekitar Suasana Hari Penamaan Calon PRK N25 Dun Kajang

Wan Azizah: Langkah Kajang masih hidup walau tanpa Anwar

Wan Azizah: Bertanding di Kajang bukan kerana terdesak

Wan Azizah: Mei Fun cantik dan mempunyai pelbagai fesyen rambut

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 16
















MoU Air: Tolak tawaran kerajaan S'gor, kerajaan pusat jangan langgar janji

KUALA LUMPUR: Sementara Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan kemelut air di negeri itu dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), namun Kerajaan Pusat dilihat mula 'bermain wayang'.

Semalam, 10 Mac merupakan tarikh akhir bagi empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABBAS Sdn. Bhd. untuk memberi jawapan balas terhadap tawaran pengambilalihan RM9.65 bilion dari kerajaan negeri.

Bagaimanapun dalam laporan Bursa Malaysia semalam menyebut, tiga daripada syarikat konsesi itu iaitu Splash, PNSB dan Syabas menolak tawaran itu dan hanya ABBAS menerimanya.

Splash didakwa menolak terus tawaran itu manakala PNSB dan Syabas menolaknya dengan bersyarat.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memastikan kesemua syarikat konsesi ini menerima tawaran kerajaan negeri seperti yang diputuskan dan dipersetujui dalam MoU yang ditandatangan kedua-dua pihak 26 Februari lalu.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata dengan kegagalan kerajaan pusat 'memujuk' syarikat konsesi itu, maka kerajaan negeri Selangor tidak perlu lagi mempercepat kelulusan untuk penerusan pembinaan projek Langat 2.

 Ianya termasuk kelulusan seperti hak tanah, kebenaran akses dan permit lain biarpun ianya perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari menandatangani MoU itu .

"Seperti yang dinyatakan diatas, kerajaan persekutuan telah gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas .

"(Oleh itu) Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi perlu untuk memberikan semua kelulusan tambahan yang diperlukan Langat 2 untuk hak tanah, kebenaran akses dan permit lain," kata beliau dalam satu kenyataan.

MoU air Selangor dan Pusat ditandatangan oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bulan lepas dengan disaksikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Di bawah MoU itu, Selangor akan mengambil alih operasi empat syarikat konsesi air - SYARIKAT Bekalan Air Selangor Bhd ( Syabas) , Puncak Niaga Sdn Bhd ( PNSB ), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan SYARIKAT Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd ( Splash ) - dan letakkan bawah milik Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd

Sebagai pertukaran, Selangor bersetuju untuk meluluskan perintah pembangunan bagi loji rawatan air Langat 2 dan memastikan semua kelulusan yang diperlukan akan diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU dimeterai.

"Kini terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk mengumumkan komitmennya dengan mengumumkan bahawa ia akan segera menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air ini berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi, "kata Pua.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad pula berkata, penolakan tawaran oleh syarikat konsesi itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berisiko "dipermainkan" oleh pusat.
Ianya sekaligus akan menjejaskan kepentingan rakyat negeri Selangor, kata Dzulkefly lagi.

"Saya menyokong penuh pandangan Tony Pua. Ternyata pusat telah membelakangi komitmen awal yang dimeterai dalam MoU sebelum ini. Ini yang kita khuatirkan sebelum ini.

"Kini pusat perlu tunjuk komitmen dengan menggunakan Fasal 114 dan 191 WSIA dan kerajaan Selangor perlu menggunakan haknya melalui klausa 6 dalam MoU tersebut," tegasnya.

Pakatan hilang sabar pada 'kawat berduri Israel' dipusat penamaan calon

Polis yang berkawal di pusat penamaan calon Kajang terpaksa mendengar bebelan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran pemasangan kawat berduri bagi memisahkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Ketika penyokong mula bersurai, Rafizi dalam ucapannya berkata, pemasangan penghadang itu menyerupai "penindasan Israel di Palestin".

"Kamu (polis) memperlakukan rakyat seperti musuh, semata-mata kerana perlu melindungi (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Rosmah (Mansor)...," katanya melalui corong pembesar suara menghala ke arah skuad antirusuhan FRU.

"Kawat berduri ini simbol penindasan Israel di Palestin, jadi beritahu pegawai atasan kamu supaya tidak lagi gunakannya."

Walaupun anggota polis terus berkawal pada ketika itu, namun kelihatan reaksi hairan pada wajah mereka.

Bagaimanapun, ucapan beliau menerima sorakan meriah penyokong PKR, termasuk gurauan seorang lelaki bahawa dia akan memakai "seluar dalam besi" pada hari pengundian.

MH370: 'Tiada niat tak baik, Balotelli'

 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan tiada niat buruk apabila menjadikan pemain bola sepak terkenal Mario Balotelli sebagai contoh apabila menjelaskan isu sekitar identiti pengguna pasport curi dalam MH370.


“Tiada niat tidak baik terhadap peribadinya. Kami harap ia menjelaskan isu ini,” kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abd Rahman.

Semalam, kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 menjadi persoalan ekoran perbezaan kenyataan Azharuddin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid menjelaskan dua individu itu “berciri Asia” manakala Azharuddin (kiri) menjelaskan sebaliknya.

“Kamu tahu pemain bola Balotelli?

“Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana,” katanya semalam, merujuk kepada pemain penyerang AC Milan berkulit hitam itu.

Kes Anwar: ICJ anggap Mahkamah Rayuan ‘salah laksana keadilan’

SHAH ALAM: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.
ICJ dalam satu kenyataan berkata, 'pusingan-U' yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.
"Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi.
Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”
Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan itu.

Pakatan Rakyat batal tawaran konsensus nasional dengan BN

'100 lagi Karpal Singh akan muncul'

PRK Dun Kajang: Anwar rayu sokongan warga Kajang

PRK Dun Kajang: PR fokus undi wanita melayu

Pengumuman Pencalonan PRK N25 Dun Kajang

Straight fight in Kajang state by election

Kajang state by-election: Iron ladies in straight fight for Kajang

PRK Dun Kajang: Laungan reformasi iringi Ds Wan Azizah

MB Khalid: Kerja keras menangkan Azizah

CCTV: Passenger traveling with a stolen Austrian passport on MH370

MH370: One of the impostors identified as an Iranian teen

MH370: Waris China berang, baling botol air pada staf MAS

Skuad Gempur "Samseng" BN ikrar 'hancurkan" Pakatan

PRK Dun Kajang: Letak kawat duri di penamaan calon seperti Israel, kata Rafizi

MH 730 DAN ANWAR IBRAHIM: ANTARA UJIAN DAN PEMBALASAN

Aku merenung jauh memikirkan sesuatu. Mengapalah rakyat Malaysia diuji sebegini berat oleh yang maha berkuasa. Pada 7 Mac 2014, hari Jumaat,  dalam keadaan yang tergesa-gesa DS Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Dan tidak sampai pun dua belas jam selepas itu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan kapalterbang MH 370 kepunyaan MAS. Kedua-dua peristiwa itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia menangis dan sedih (walaupun dalam kes yang menimpa DS Anwar Ibrahim itu, ada juga sebilangan kecil rakyat Malaysia yang ketawa!!).
Dilihat dari mata kasar sememangnya tidak ada hubungan langsung antara peristiwa DS Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun dengan peristiwa kapalterbang MH 370 terhempas. Memanglah tidak ada kaitan langsung. Tetapi tentunya ramai rakyat Malaysa masih memikirkan mengapa terjadi demikian.Dan soalan ini tidak terjawab dan terlalu sukar untuk mencarikan jawapannya melainkan kita terus merujukkan kepada ketentuan Allah. Dan mengapa pula Allah yang maha besar memilih untuk ‘melaksanakan’ hukumannnya ke atas rakyat Malaysia begitu serentak, dalam masa yang tidak sampai pun dua belas jam?
Walau apa pun, kedua-dua peristiwa telah terjadi dan tidak boleh ‘diundur’ ke belakang lagi.
Tidak dapat aku bayangkan kesedihan yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini mengenangkan kedua-dua peristiwa itu. Terutama bagi keluarga yang menunggu ‘jawapan’ kepada peristiwa kehilangan kapalterbang. Aku dapat rasakan kesedihan yang menyayat itu. Mungkin ada diantara yang terlibat dalam kemalangan itu adalah merupakan rakan taulan anak aku yang sama-sama sejawatan. Justru merupakan anak-anak aku juga yang merentas warna kulit, bangsa dan agama. Lantas yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan mengharapkan agar keluarga yang terlibat dalam kemalangan ini agar terus bersabar walaupun aku amat faham bahawa , ‘ betapa berat mata memandang, lagi berat bahu memikul’

Najib 'Bunuh' Konsensus Nasional?

Harapan rakyat untuk melihat wujudnya konsensus atau rekonsilasi antara kerajaan dengan pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara, akhirnya lebur menjadi debu. Anwar Ibrahim secara rasmi semalam mengumumkan bahawa PR menarik balik usaha ke arah itu dan akan terus bersikap "lawan tetap lawan" terhadap kerajaan.

Penarikan diri PR daripada konsensus ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menghukum Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan kemudian dihukum penjara lima tahun. Bagi Anwar, hukuman itu bermotifkan politik, biadap, dijalankan secara tergesa-gesa, tidak berdasarkan fakta serta semata-mata bertujuan menghalangnya daripada bertanding di DUN Kajang.

Berikutan hukuman tersebut dan Anwar tidak layak mengemukakan kertas pencalonannya di Kajang, tempat beliau kini digantikan oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan berhadapan satu lawan satu dengan calon BN, Chew Mei Fun.

Konsensus yang bermaksud mewujudkan sebuah kesepakatan yang dipereetujui bersama setelah adanya dialog dan penelitian manakala rekonsilasi pula yang bermaksud tindakan memulihkan persahabatan atau menyelesaikan perbezaan, dibangkitkan oleh PR dan BN sebaik PRU 13 berakhir berikutan mendesaknya isu-isu yang melibatkan kaum, agama, perpaduan dan sebagainya.

Najib sendiri telah menulis dalam blognya pada 25 Februari lalu yang mengatakan kerajaan akan membentangkan pelan rekonsilasi itu dalam beberapa bulan akan datang dengan butirannya sedang dikemaskini serta diperhalusi ketika ini manakala PR sudah lebih awal iaitu sebaik PRU 13 berakhir sudah menyarankan usaha ke arah itu.

Pada umumnya, harapan rakyat juga tinggi untuk melihat adanya konsensus atau rekonsilasi itu berikutan selepas berakhirnya PRU 13, rata-rata rakyat sudah mulai letih dengan pelbagai kecelaruan dalam politik dan ingin melihat sesuatu yang lebih bermakna antara kerajaan dengan pembangkang buat sementara sebelum kembali bertarung dalam PRU 14 yang akan berlangsung kira-kira empat tahun lagi.

Namun haruslah diakui bahawa hukuman keatas Anwar ini menggagalkan segala-galanya. Walaupun ia merupakan keputusan mahkamah yang sepatutnya bebas tetapi sesiapa pun tidak mampu menolak adanya campurtangan penguasa dalam hal ini kerana ianya begitu jelas terbentang di depan mata.

Bermula dengan tindakan melewatkan tarikh penamaan calon oleh SPR, ia kemudian dijadikan ruang untuk menetapkan tarikh perbicaraan secara tergesa-gesa dengan hakim Mahkamah Rayuan terpaksa bersidang sehingga jam 7 malam semata-mata agar hukuman dapat dijatuhkan sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Kajang.

Wan Azizah: PRK Dun Kajang, referendum rakyat tolak kezaliman BN

BANGI 11 MAC : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru pengundi di DUN Kajang untuk menolak Barisan Nasional (BN) bagi menyampaikan satu mesej jelas kepada Kerajaan BN bahawa rakyat menolak ketidakadikan dan kezaliman.
Wan Azizah berkata, PRK Kajang perlu diterjemahkan kepada satu referendum yang jelas kepada Kerajaan BN atas kepincangan sistem kehakiman negara.
Katanya, beliau sungguh terharu melihat sokongan yang diberikan rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat selama ini.
“Saya mengajak semua pengundi terutama di Kajang untuk bersama saya memberi mesej yang kuat dan menyeluruh.
“Dalam perhitungan tanah yang tidak rata, saya kira kemenangan itu yang saya cari, doakan yang lebih penting untuk dapat majoriti besar,” katanya.
Sementara itu Mantan Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Taib, berkata rakyat akan menterjemahkan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pengundian pada 23 Mac ini
“Saya fikir hanya sebahagian saja undi simpati . Undi asas adalah undi yang ingin kepada pembaharuan dan perubahan. Itu jelas,” katanya.
PRK Kajang melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang ditentang Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kedua-dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang pagi tadi, di Bandar Baru Bangi.
Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 48 peratus, pengundi Cina 41 peratus dan pengundi India 10 peratus.
Dalam pertandingan enam penjuru Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, Lee Chin Cheh (PKR) memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,842, sekali gus membolehkan beliau menewaskan calon BN daripada MCA, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi.

Karpal didenda RM4,000 dan bakal hilang kerusi Bukit Gelugor


Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.
Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat.
Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Komen pimpinan pencalonan Wan Azizah sebagai calon PRK Kajang

azizah1
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim : “Kita harus berbangga Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Selangor. Beliau antara yang menubuhkan PKR. Kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan lebih besar dicapai daripada PRU-13 lepas,”
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim : “Dengan apa yang berlaku sekarang, jentera kita telah bertungkus lumus jadi kita mengharapkan sokongan padu rakyat bagi memberikan kemenangan yang baik kepada Pakatan Rakyat,”
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution : “Kita akan capai kemenangan, bukan sekadar kemenangan biasa tapi kemenangan biasa tapi kemenangan besar.
Ini berdasarkan dua faktor, kemarahan rakyat terhadap Umno-BN serta simpati terhadap Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Wan Azizah yang dikenakan Umno-BN sejak 16 tahun lepas.”
Naib Presiden PKR,Fuziah Salleh : “Datuk Seri Wan Azizah bukan terpaksa ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau dipilih Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat.
“Beliau adalah berbeza dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada 1998. Beliau pada hari ini mempunyai kekuatan sendiri selepas dengan pengalaman sebagai Presiden PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Beliau bukan hanya ibu kepada anak-anaknya tetapi ibu kepada seluruh rakyat Malaysia,”
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad: “Datuk Seri Wan Azisah adalah calon yang paling layak dengan pengalamannya dan dari segi kelayakan pendidikannya. Kehadiran beliau dalam Selangor pasti dapat memantapkan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri,”

‘Populariti’ kangkung melonjak semula dalam PRK Kajang

KAJANG, 11 MAC: Dalam penamaan calon PRK Kajang kali ini ‘populariti dan reputasi’ sayur kangkung kembali melonjak apabila sayur berkenaan banyak dibawa penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Tambah menarik apabila kangkung turut dijadikan gubahan menarik seperti sekuntum bunga mawar di hari valentine.
Tinjauan Selangor Kini mendapati beberapa pemimpin PR turut memegang kangkung sebagai simbolik kepada bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.
Calon PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara yang dilihat turut memegang gubahan kangkung ketika bersalaman dengan penyokong PR.
Isu kangkung menjadi hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu, pada 12 Januari lalu.
Dalam teks ucapannya, Najib menyentuh berkenaan harga kangkung yang sudah turun berikutan kemarahan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.
kangkung2d97a3cb8ff437b08539c1575cf2c57bf“Kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apasal tak puji kerajaan?” kata Najib dalam ucapan itu.
Ucapan Najib yang cuba mempertahankan kenaikan harga barangan terutama kangkung menjadi bahan lawak di laman sosial terutama rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan itu.

PRK Dun Kajang : Pertandingan dua penjuru PR dan BN dijangka sengit

wan azizah pc purple 01BANGI, 11 MAC: Pertandingan dua penjuru membabitkan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka sengit.
Dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, di sini,hari ini.
Kesesakan lalu lintas luar biasa menuju ke pusat penamaan calon di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi itu tidak menghalang penyokong dua pemimpin terbabit untuk hadir memberikan sokongan mereka.
Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas kes membabtikan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 7 mac lalu.
Wan Azizah dalam sidang media berkata, beliau terharu dengan sokongan penyong PR, sekali gus memberikan suntikan semangat untuk dirinya untuk memenangi PRK Kajang, pada 23 Mac ini.
Katanya, beliau perlu bergerak ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Karpal Singh yang didakwa atas Akta Hasutan.
Pengurus Pilihan Raya PRK Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman dalam pengumumannya berkata, SPR menerima dua kertas pencalonan iaitu Mei Fun yang menyerahkannya pada jam 9:07 pagi, manakala Wan Azizah pada jam 9:10 pagi.
“Dengan ini saya mengumumkan calon disahkan bertanding di DUN Kajang adalah Chew Mei Fun dan Wan Azizah,” katanya di hadapan wakil calon dan penyokong.