Ahad, 9 Mac 2014

Dosakah Bermasam Muka Dengan Suami Kerana 'ALAHAN' Mengandung? - Ustaz Azhar Idrus

TIPU SUNAT..Adakah Berpahala? - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan Nampak Rambut Masa Solat, Perlukah Qadha Semula Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ziarah Makam Ulamak & Amalan Semasa Ziarah - Ustaz Azhar Idrus

Hukum 'BERTINDIK' Telinga Bagi Kanak-kanak Perempuan - Ustaz Azhar Idrus

Hukum JIMAK Sambil Dengar AL-QURAN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum JIMAK Tak Selimut Tubuh - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Nabi Mandi Junub Hanya 1 Gantang Air? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum BERCAKAP Ketika MANDI JUNUB - Ustaz Azhar Idrus

Pembekuan Tajaan Belajar Ke Universiti Al-Azhar - Ustaz Azhar Idrus

Tahan Kentut Kerana Sayang Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Anwar: Jadikan Selangor model Pakatan terajui Putrajaya

Anwar12SHAH ALAM 9 MAC : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak muafakat antara Pakatan Rakyat bagi mengukuhkan Selangor sebagai ‘model state’ supaya Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menerajui Putrajaya.
Beliau berkata dalam pengukuhan itu prinsip ‘Islah Mastata’tum’ perlu sentiasa dijadikan agenda utama Pakatan.
Anwar juga menegaskan bahawa Pakatan akan mengukuhkan kedudukan menerusi ‘langkah Kajang’ yang menjadi Referendum rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN).
“Jika Umno-BN mereka fikir boleh hentikan perjuangan saya dengan fitnah..Mereka sudah buat kesilapan besar.
“Walaupun saya tidak dapat bertanding, agenda Kajang tetap dalam strategi Pakatan.
“Ini kerana ia bukan isu Anwar tetapi ini isu keadilan, kehakiman, isu rakyat, harga barang naik, rasuah dan jenayah,” laungnya dalam ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat ke lima di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, semalam.
Beliau berkata sejarah yang berulang menerusi kes fitnah liwat itu, tidak merenggangkan hubungan pimpinan, malah persahabatan antara beliau dan lain tidak dapat diperhalusi.
Katanya, langkah itu diambil selepas mesyuarat majlis pimpinan.
“Kita wakilkan Dr Dzulkefly Ahmad, Rafizi Ramli dan Tony Pua supaya muafakat letakkan Selangor ke arah lebih kukuh.
“Kita perlu beri kefahaman kepada rakyat sistem ini berbeza dengan kempimpinan Umno, justeru mesti ada program yang serius,” katanya.

Anwar: ‘Kalau saya tidak boleh tanding, habiskah? Tidak’

SHAH ALAM 9 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes fitnah liwat.
Dalam ceramahnya di Sungai Chua di Kajang malam tadi, Anwar bagaimanapun memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menarik nafas lega dengan keputusan tersebut.
“Sekarang apa jadi? Dengan keputusan mahkamah, saya tidak boleh tanding.
“Kalau saya tidak boleh tanding, habiskah? Tidak, mereka salah besar. Saya tidak bertanding, tapi wakil saya yang kuat akan bertanding atas nama saya,” kata Anwar di hadapan kira-kira lima ribu hadirin di tapak pasar malam Sungai Chua, Kajang.
Anwar juga menggesa penduduk Kajang supaya memilih calon penggantinya.
“Kita kena bagi mesej jelas. 11 Mac minta kawan datang masa penamaan calon. 23 Mac saya minta anda semua ajar orang sombong dan korup.
“Anda semua beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya dipetik dari The Malaysian Insider.
Anwar berkata akan terus memainkan peranan dalam membantu pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun tidak bertanding di Kajang
“Tadi mesyuarat PR, Kit Siang daripada DAP, Hadi daripada PAS, kita dah putuskan, Ya, Anwar tidak tanding tapi Anwar mesti terus main peranan lebih penting di negeri Selangor
“Bantu supaya angkat negeri Selangor. Saya akan di sini!” kata Anwar.

Anwar : ‘Sokongan rakyat buat saya kuat untuk lawan’

AnwarKAJANG, 9 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk terus memperjuangkan keadilan demi rakyat walaupun Mahkamah Rayuan mensabitkan beliau bersalah atas kes membabitkan bekas pembantunya, pada 7 Mac lalu.
Anwar dalam ucapannya malam tadi berkata, walaupun beliau berasa sedih atas keputusan itu, namum sokongan tidak berbelah bagi yang ditunjukkan rakyat seluruh negara memberi kekuatan kepadanya untuk terus bertahan dan menentang kezaliman Barisan Nasional (BN).
“Walaupun saya sedih sikit sebab dihukum penjara lima tahun, tetapi bila saya tengok rakyat begini, saya rasa cukup kuat dan gagah untuk lawan.
“Umno-BN ingat ini negeri mereka punya? Mereka boleh guna hakim, guna media, guna semua untuk menentang saya sehingga masuk penjara, tetapi rakyat bukan bodoh.
“Ribuan orang tetap mahu ubah!” katanya sambil disambut dengan laungan kira-kira 5,000 hadirin pada Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat (PR) di tempat letak kereta Pasar Sungai Chua, di sini, semalam.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, BN terpaksa menggunakan taktik kotor dengan membabitkan institusi kehakiman untuk menghalang kemaraan beliau di Kajang.
Katanya, ia disebabkan BN sudah mendapat ‘bayangan awal’ bahawa mereka akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kerana majoriti sokongan rakyat kini memihak kepada PR.
“Saya baru masuk Kajang, mereka sudah takut. Sebelum lawan di Kajang, mereka buat tinjauan letak orang kuat MCA lawan saya, tanya orang cina sama ada mahu cina MCA atau Anwar di Kajang?
“Bila buat tinjauan, mereka dapati majoriti Melayu, India dan Cina kini sokong PR sebab itu BN fikir keadaan ini mendatangkan masalah buat mereka.

PRK Dun Kajang: Pas yakin rakyat bagi Wan Azizah mandat

Susulan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon PR di PRK Dun Kajang, pada 23 Mac ini, Pas menyatakan calon tersebut mampu mendapat mandat daripada pengundi kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mandat rakyat akan diberi kepada Wan Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pas yakin pengundi Kajang akan memberi mandat yang besar kepada  Wan Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati kepada tragedi malang yang  menimpa Anwar.

"Pas menyokong penuh pengumuman Anwar  yang telah mengisytiharkan isteri beliau yang juga Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, media melaporkan ekoran Anwar yang juga Ketua Pembangkang disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu dan Mahkamah Rayuan menetapkan lima tahun penjara, menyebabkan pemimpin itu hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Zaid tarik diri dari 'raya Kajang'


Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang selepas selepas PKR menggantikan calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini.

Katanya, oleh kerana Anwar tidak lagi layak bertanding kerana kalah dalam kes tuduhan liwat terhadapnya, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kini terjamin dan kerajaan negeri akan kembali stabil.

“Saya dengan itu berasa tidak perlu lagi pergi lebih jauh dalam isu ini dan menarik balik pencalonan saya untuk pilihan raya kecil Kajang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bulan lalu, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding bagi atas alasan mencegah Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Anwar sebagai ketua umum PKR hari ini mengumumkan Wan Azizah, presiden parti, bagi bertanding menggantikannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Bantah salahguna mahkamah oleh Umno@BN, Pakatan boikot sidang parlimen 11 Mac

IMG_9814Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini membuat ketetapan bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir pada sidang parlimen 11 Mac ini.
Konvenseyn Pakatan kali kelima yang diadakan di Shah Alam
Ia ekoran tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap  Karpal Singh di bawah Akta Hasutan.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, serta Setiausaha organisasi DAP, Loke Siew Fook.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pakatan akan menghadiri majlis perasmian sidang Parlimen dan Titah Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung sehari sebelum itu.
Selain itu, keputusan itu juga diambil sebagai persediaan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon pada Pilihan raya Kecil DUN Kajang yang ditetapkan 11 Mac.
“Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihan raya Kecil DUN Kajang,” jelas kenyataan itu lagi.

Anwar tulis kepada YDPA, tak hadir jamuan diraja esok

IMG_0648Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyatakan pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis jamuan diraja selepas pembukaan parlimen Isnin depan.
Keputusan tidak menghadiri majlis  tersebut sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah rayuan, yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah II, semalam.
Ini kerana jamuan berkenaan akan turut dihadiri ketua hakim negara, selain perdana menteri dan barisan menteri kabinet yang dilihat campurtangan dalam keputusan mahkamah.
“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?” soalnya dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, beliau hanya akan menghadirkan diri dalam ucapan Yang Dipertuan Agung, sebaliknya beliau dan pimpinan Pakatan rakyat tidak akan bersama dengan ahli parlimen BN dalam upacara perbarisan 10 Mac ini.
“Saya dan pimpinan bersedia dan setia akan menghadap Yang Dipertuan Agung bila-bila masa walaupun tanpa jamuan,” katanya.

Penjara Anwar melingkupkan Umno

Mohd Sayuti Omar

Keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat bukan saja menyekat peluang Ketua Umum PKR itu untuk bertanding dalam pilihan raya Kajang 23 Mac ini, tetapi ia juga memberi kesan negatif dan risiko kepada Umno dan BN.
Seorang pegawai bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, berkata rakyat akan makin membenci dan meluat kepada Umno dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat taktik politik Umno memenjarakan Anwar itu sebagai mengulangi perkara sama yang menjijikkan.
Katanya rakyat tidak memahami proses mahkamah, prosedur perbicaraan dan sebagainya, tetapi apa yang diterima Anwar itu dianggap satu kezaliman yang sukar untuk diterima.
"Sebab itu bagi saya, rakyat akan makin membenci Umno. Rakyat akan melihat Umno menggunakan taktik buruk dan jahat untuk mempertahankan kuasa," jelasnya.
Tambah pegawai itu lagi, dalam keadaan orang ramai celik politik dan dapat menghidu bau bom dan mortar dan koktel Umno, rakyat dapat membaca hujung jatuh motif kes berkenaan.
"Saya bukan penyokong Anwar tetapi saya mengagumi perjuangannya. Sepatutnya permainan politik kita tidak mencampur aduk di antara masalah peribadi dengan kepimpinan. Apa yang kita kena nilai ialah idealisme perjuangan seseorang itu apakh logik dan membawa kebaikan kepada rakyat atau tidak," katanya.
Katanya, sama ada Anwar bersalah, atau meliwat atau tidak hanya dia dan Tuhan saja yang tahu dan ia tidak perlu dihakimkan menerusi mahkamah politik.
Baginya kata pegawai itu sikap mengeksploitasikan sesuatu keadaan yang jijik untuk mencari keuntungan politik adalah perbuatan yang hodoh.
"Mahkamah politik sangat kotor dan penuh dengan kesadisan," katanya. Bekas pegawai ini merupakan tokoh Umno di sebuah bahagian kurang senang dengan penyelesaian sesuatu isu menerusi mahkamah yang dilihat ianya dibuat secara terdesak.
"Umno atau Najib dan Muhyiddin perlu berani dan gentleman berdepan dengan rakyat. Berpolitiklah secara berani dan tidak menyalahgunakan instrument kerajaan yang ada," katanya lagi.
Beliau juga mempertikaikan kalau pemimpin Umno hendak mengambil kira keperibadian pemimpin Malaysia yang ada untuk dijadikan modal kepentingan diri, ramai pemimpin Umno yang mempunyai moral lebih buruk daripada apa dituduhkan terhadap Anwar.

BERSIH 4 jika bantahan gagal

Himpunan BERSIH 4.0 akan diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam proses persempadanan semula bermula tahun ini.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah (bawah) bagaimanapun berkata, SPR boleh mengelaknya jika mengambil kira bantahan dalam proses berkenaan yang dijangka diumum di parlimen bulan ini.

Menurut Maria, Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) akan memimpin bantahan di setiap kawasan parlimen terbabit sementara BERSIH akan terus membuat tekanan menerusi media dan kepada agensi kerajaan berkaitan.

"Jika semua ini gagal dan SPR tidak mahu dengar kerana mempunyai agenda lain, jadi ia (BERSIH 4.0) tidak dapat dielak.

"Jika mereka (SPR) tak mahu dengar, apa lagi pilihan yang kita ada? " kata Maria kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran DART peringkat kebangsaan hari ini.

SPR dijangka membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat sesi kali ini untuk dibahaskan setelah tempoh persempadanan yang ada pada masa ini melebihi 10 tahun.

Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali. Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004

Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan membolehkan bantahan cadangan sempadan SPR daripada pemilih terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih.

Hal inilah yang cuba digunakan BERSIH bagi memastikan persempadanan semula lebih adil.

Naib Pengerusi BERSIH 2.0, Thomas Fann berkata mereka akan  menjelajah seluruh negara untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan untuk membentuk pasukan DART.

Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani

Sementara kita masih bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum ditemui lagi serta bersimpati dengan waris mangsa yang mungkin kehilangan orang-orang tersayang, gelora politik dalam negara selepas Anwar Ibrahim dihalang daripada bertanding di Kajang jelas makin hangat dan membara. Di mana-mana kedengaran rasa tidak puas hati dan simpati terhadap nasib yang ditimpakan kepada Ketua Pembangkang itu.

Bukan sahaja penyokong pembangkang dan mereka yang mendambakan perubahan meluahkan rasa simpati, malah rakyat biasa, ahli dan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat juga kedapatan yang meluahkan perasaan yang sama. Rata-rata mereka dapat melihat dengan jelas permainan dan silap mata di sebalik hukuman yang dijatuhkan itu.

Ternampak bahawa hukuman yang dijatuhkan hanyalah untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang melalui Mahkamah Rayuan yang sanggup bersidang sehingga jam 7 malam. Yang penting bagi penguasa di Putrajaya ialah bagi memastikan calon PKR di Kajang mestilah bukan Anwar Ibrahim dan keputusan mesti dibuat sebelum 11 Mac.

KajangMove direncanakan tidak lain ialah untuk melancarkan lagi perjalanan menawan Putrajaya dalam PRU 14 nanti. Dengan menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, keyakinan PR ialah rakyat akan lebih mudah menilai kemampuan mereka untuk mentadbir negara pula.

Tetapi perjalanan menuju PRU 14 masih jauh, ada kira-kira empat tahun dari sekarang. Sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap KajangMove tidak semestinya untuk menyokong seratus-peratus Anwar menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang digembar-gemburkan dan ditakuti oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Sokongan kepada KajangMove dan mahu melihat Anwar menjadi Menteri Besar Selangor sebenarnya lebih kepada usaha untuk mewujudkan politik yang seimbang dalam negara. Apabila politik seimbang dapat diwujudkan dan kekuatan antara BN dan PR disetarakan, yang untung dan mendapat nikmatnya ialah rakyat.

Selepas PRU 13 yang menyaksikan BN kehilangan lebih banyak kerusi berbanding 2008 dan sokongan rakyat pula hanyalah 47 peratus, tetapi kerajaan dilihat mula mahu memungkiri janji dan akujanjinya sendiri dengan menggunakan pelbagai hujah serta helah. Rakyat seolah-olah ingin dibuli kerana kerajaan berpendapat selepas menang pilihanraya, mereka bebas berbuat apa saja manakala pilihanraya seterusnya pula masih lama lagi.

Akhirnya Anwar Dihalang Daripada Menjadi MB Selangor

Sebagaimana yang diduga oleh kebanyakan orang, Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Beliau dikemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan mahkamah juga menerima rayuan peguambela Anwar untuk menangguhkan sementara hukuman sehingga proses seterusnya dibawa ke Mahkamah Persekutuan pula.

Selain menerima rayuan untuk menangguhkan hukuman, Mahkamah Rayuan juga bermurah hati dengan membenarkan jaminan sebanyak RM10 ribu boleh dibayar sehingga jam 11 pagi Isnin, 10 Mac. Ini bermakna keputusan mahkamah yang bersidang sehingga jam 7 malam hari ini mengelakkan Anwar daripada dipenjara dan boleh pulang ke rumah serta menjalankan aktiviti politiknya seperti biasa.

Apa yang tidak boleh dilakukannya dengan keputusan mahkamah ini hanyalah daripada menjadi calon pilihanraya kecil Kajang yang penamaan calonnya pada 11 Mac ini. Dengan tidak boleh menjadi calon di Kajang, bermakna Anwar juga tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor sebagaimana yang dirancangnya.

Khalid Ibrahim nampaknya akan terus kekal sebagai Menteri Besar dan Zaid Ibrahim yang berhasrat bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan Khalid juga secara automatik tidak perlu lagi meneruskan hasratnya. Mahkamah Rayuan telah membantu Zaid menjimatkan wangnya kali ini.

Bagaimanapun, oleh kerana sabitan kesalahan ini ditangguhkan sehingga rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang tidak diketahui bila tarikhnya, mungkin dua tahun atau tiga tahun daripada sekarang, keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.

Anwar akan terus menjadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa sebarang gangguan, malah sebagaimana yang dijadualkan juga, beliau akan membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong pada Selasa, 11 Mac ini tanpa sebarang gangguan atau berkejar dengan masa.

Beliau hanya tidak boleh mengemukakan kertas pencalonannya sebagai calon PKR di Kajang pada Selasa ini dan seterusnya langkah KajangMove yang dirancang untuk menobatkannya sebagai Menteri Besar Selangor telah pun melanggar tembok. Tembok itu tidak lain dibina melalui keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang tentunya juga dengan penuh kesedaran dan pengetahuan pemegang kuasa di Putrajaya.

Khalid Ibrahim: Bagaimana Pengambilan Operasi Air Di Negeri Selangor?

Khalid Ibrahim: Kita Tidak Ada Dua Tiga Buku Macam MCA

Dr Wan Azizah: Lawan Tetap Lawan

Nurul Izzah: Najib, You Are A Terrible Liar

Anwar Ibrahim: Kamu Boleh Bawa Anwar Masuk Penjara, Tapi Ribuan Orang Tetap Mahu Ubah

PRK Dun Kajang: Wan Azizah (Tokoh Wanita PR 2014) ganti Anwar


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengumumkan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon bagi PRK Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac di Sungai Sikamat di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mac, 2014.  
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengumumkan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon bagi PRK Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac di Sungai Sikamat di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mac, 2014. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.
Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎
"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.
"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.
Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.
Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.
"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.
"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.
Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.
Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen.

Konvensyen PR Ke5: Dtk Saifuddin Nasution (Ucapan Penuh)

Konvensyen PR Ke5: Anugerah Tokoh Wanita Pakatan Kepada Ds Dr Wan Azizah Dtk Wan Ismail

Wan Azizah ganti Anwar di Kajang

PKR hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan Anwar sendiri dalam sidang media di Kajang hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan penangguhan hukuman kepada Anwar  dengan jaminan RM10,000.

Konvensyen PR Ke5: Dr Dzulkefly Ahmad & Yb Rafizi Ramli (Ucapan Penuh)

Konvensyen PR Ke5: Yb TG Hj Hadi Awang (Ucapan Penuh)

Konvensyen PR Ke5: Yb Ds Anwar Ibrahim (Ucapan Penuh)

FBI bantu siasat kehilangan pesawat MH370

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.
Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut. 
Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.
Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.
"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.
"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.
Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.

Apa kita tahu dan tidak mengenai MH370


Ahli keluarga penumpang MH370 turut berkumpul di Lapangan Terbang Beijing, China bagi mendapatkan berita terkini. - Gambar Reuters. 
Ahli keluarga penumpang MH370 turut berkumpul di Lapangan Terbang Beijing, China bagi mendapatkan berita terkini. - Gambar Reuters.Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:
* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.
* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.
* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.
* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan.
* Juruterbang pesawat berpengalaman.
* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.
* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.
Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:
* Di mana pesawat tersebut hilang?
* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?
* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?
* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?
Berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:
* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?
* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.
* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas?

Singapura tawar kapal selam cari MH370..!!

SHAH ALAM 9 MAC: Kerajaan Singapura menawarkan bantuan untuk menghantar kapal selam sokongan dan bantuan untuk mencari kapal terbang Malaysian Airlines (MH 370), kata Menteri Pertahanan Singapura, pada Sabtu malam.
” Kita mempunyai kapal selam ini yang dilengkapi kemudahan untuk melaksanakan tugasa mencari di bawah permukaan dan membantu mencari lokasi kawasan itu serta penyelam,” katanya di petik dari portal www.straitstimes.com, hari ini.
Dr Ng berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Menteri Pertahanan, Hishammudin Hussein berkenaan kapal selam itu manakala Ketua Angkatan Laut kedua-dua negara akan melihat kepada usaha itu secara teliti.
Tentera Udara Singapura menghantar C130 Hercules, kapak pengangkut pesawat untuk mencari dan menyelamat ke kawasan berkenaan pada semalam.
Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.
Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Kak Wan: Lap air mata teruskan perjuangan


Bang Mat: Selesai isu dalaman sebelum PRU14


Yb Tan Kok Wai: Umno mulut manis tapi hati busuk


Yb Iskandar: Pakatan harapan baru rakyat


Kes Anwar jadikan PR lebih kuat


PR akan putuskan calon Kajang esok


PR boikot sidang parlimen 11 Mac


PR rakam doa keselamatan penumpang MAS


Anwar tiup 'semboyan baru' terus 'perangi' BN


Konvensyen Pakatan Rakyat kelima yang berakhir petang ini menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak penyokong Pakatan memperbaharui keazaman mereka bagi terus 'menyerang' BN.

Seruan itu menurutnya adalah satu 'semboyan perang' untuk menamatkan rasuah serta salahguna kuasa selama ini.

"Pakatan Rakyat hari ini siap untuk serangan baru yang lebih kuat dan hebat, serangan yang lebih hebat dan ampuh dan kita akan serang BN.

"Ini adalah semboyan perang! Cukup-cukuplah rasuah, cukup-cukuplah salah guna kuasa," kata Anwar dalam ucapan penggulungannya.

"Kita mesti pertahan hak kita," laung Anwar penuh bersemangat sambil disambut dengan penghormatan berdiri oleh peserta konvensyen yang memenuhi Pusat Konvensyen Setia Alam, petang ini.

Pakatan akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac tanda bantahan terhadap Umno, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini. Beliau berkata ahli Parlimen PR akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini. Beliau berkata ahli Parlimen PR akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Pakatan Rakyat (PR) akan memboikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan sebagai tanda solidariti membantah tindakan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini, berkata, ahli Parlimen pembangkang itu hanya akan menghadiri sidang bersama Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac.
"Saya sendiri akan utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa majlis yang jemput ketua pembangkang, santap dengan Agong, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya tidak terima sebagai tanda membantah kehadiran Ketua Hakim Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail yang hadir sama.
"Buat apa nak suruh senyum hipokrit buat orang yang zalim dan rakus," katanya.
Pada 11 Mac itu, kata Anwar, ketiga-tiga pimpinan daripada DAP, PAS dan PKR akan diarahkan membantah untuk tidak hadir sidang Parlimen sebagai bantahan terhadap kerakusan kuasa, rasuah, sikap untuk terus memperalatkan institusi kerajaan untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka akan hadir untuk penamaan calon dan hadir memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Karpal Singh di mahkamah," katanya.
Anwar berkata, PR tidak lagi akan mengamalkan dasar berlembut dengan BN, sebaliknya akan mempersiapkan perjuangan yang lebih keras terhadap parti pemerintah itu.

Anwar sahkan tidak bertanding PRK Dun Kajang


Anwar akan meneruskan sokongan bagi memastikan PRK Kajang dimenangi calon PKR. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.Anwar akan meneruskan sokongan bagi memastikan PRK Kajang dimenangi calon PKR. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya pada Jumaat.
Dalam ceramahnya di Sungai Chua di Kajang malam tadi, Anwar bagaimanapun memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menarik nafas lega dengan keputusan tersebut.
"Sekarang apa jadi? Dengan keputusan mahkamah, saya tidak boleh tanding.
"Kalau saya tidak boleh tanding, habiskah? Tidak, mereka salah besar. Saya tidak bertanding, tapi wakil saya yang kuat akan bertanding atas nama saya," kata Anwar di hadapan kira-kira lima ribu hadirin di tapak pasar malam Sungai Chua, Kajang.
Anwar juga menggesa penduduk Kajang supaya memilih calon penggantinya.
"Kita kena bagi mesej clear. 11 Mac minta kawan datang masa penamaan calon. 23 Mac saya minta anda semua  ajar orang sombong dan korup.
"Anda semua beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi disambut dengan sorakan.

Umno@BN terus salah guna institusi kehakiman

KUALA LUMPUR: Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan membuktikan Umno-BN terus menyalah guna institusi kehakiman, tegas Sekretariat Pakatan Rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Dato’ Saifuddin Nasution dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, mereka menyifatkan Umno-BN tidak pernah belajar daripada ‘hukuman rakyat’ bermula sejak peristiwa 1998, sehingga mengulangi tindakan terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.
“Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, Umno-BN telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni Umno-BN.
“Walaupun Umno-BN terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman.

Pakatan Rakyat boikot sidang Parlimen 11 Mac

Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Parlimen pada 11 Mac ini sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman dan solidariti untuk Karpal Singh yang dituduh bawah Akta Hasutan.

Kenyataan bersama dari ketiga-tiga setiausaha agung parti anggota Pakatan, memaklumkan bahawa ahli parlimen Pakatan juga akan bersama calon mereka pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kajang, yang berlangsung pada hari yang sama.

Bagaimanapun, mereka menyatakan ahli Parlimen Pakatan akan menghadiri majlis perasmian sidang Parlimen dan Titah Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung sehari sebelum itu.

Ketetapan tersebut diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini.

"Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana Umno-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.

"Umno-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini," kata mereka dalam satu kenyataan tersebut.

Anwar dakwa ada ‘arahan’ tergesa-gesa hukuman dijatuhkan kepadanya



Anwar Ibrahim memeluk isterinya Datin Seri Wan Azizah dan memberikan sejambak bunga kepada beliau semasa pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Kajang N25, di Prima Saujana, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mac, 2014. 
Anwar Ibrahim memeluk isterinya Datin Seri Wan Azizah dan memberikan sejambak bunga kepada beliau semasa pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Kajang N25, di Prima Saujana, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mac, 2014.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat "arahan" diberikan kepada hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman kepadanya secara tergesa-gesa.
Anwar yang berdepan hukuman penjara lima tahun berkata, situasi semasa hukuman dijatuhkan kepadanya secara jelas menunjukkan wujud campur tangan daripada pihak tertentu.
"Itu kali pertama persidangan Mahkamah Rayuan tanpa pakai jubah.
"Itu kerana ada arahan, you selesaikan semua kes sebelum hari penamaan calon dan mesti halang kemajuan 'Langkah Kajang'," kata Anwar di hadapan kira-kira seribu hadiri di Dataran Saujana Prima, Kajang malam tadi.
Anwar menyifatkan keputusan tersebut membuktikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) bimbang dengan rancangan "Langkah Kajang" yang dicaturkan oleh PKR.
"Langkah Kajang ini sememangnya takutkan mereka," kata Anwar.
Anwar juga membayangkan dalam tempoh dua bulan berkemungkinan akan terpaksa meringkuk dalam penjara sekiranya gagal merayu dalam kes Liwat II selepas keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada pendakwaraya.
"Saya dalam tempoh dua bulan nampak bebas, sebelum itu tak tau sama ada akan dibawa ke Kajang atau Sungai Buloh
"Kita doa, mudah-mudahan tidak begitu. Itu rencana mereka, Najib dan Rosmah, tapi saya percaya doa dan kebangkitan rakyat akan menentukan perubahan," kata beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Anwar juga membidas peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai timbalan pendakwaraya bagi pihak kerajaan sebagai mempunyai motif politik.

23 Mac ini, kita ajar orang korup - Anwar


KAJANG: Ketua Umun PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRK Kajang tetapi mesti memainkan peranan penting untuk negeri Selangor.

Menurut Anwar perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri ketiga-tiga pimpinan parti termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya akan berada di sini (Selangor). Wakil Kajang akan kita umumkan esok (hari ini)," kata Anwar dalam majlis Makan Malam di Sungai Chua malam tadi.

Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan Anwar bersalah dan dikenakan hukuman penjara lima tahun sekaligus beliau tidak layak bertanding dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini.

"Kita kena bagi mesej jelas 11 Mac ini, kawan-kawan datang pada penamaan calon. 23 Mac ini kita bagi ajar orang-orang yang korup! Biar BN ini kita ajar.

"Malam esok Lim Guan Eng bagitahu orang Penang berhimpun supaya Umno BN jangan ingat dia boleh buli rakyat.

"Please, pelase... orang Kajang 'you' ajar ini orang ini 'election' bahawa rakyat boleh fikir dan mahu hak mereka," tegas Anwar sambil diikuti sorakan lebih 5,000 mereka yang hadir.