Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus  
BANGI - "Kita perlu ada ilmu supaya kita terus kekal relevan sebab apabila kita bercakap kita ada asas untuk bercakap, di samping itu  ilmu kita juga dapat memberi manfaat kepada orang lain,"  demikian nasihat  Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus hari ini  kepada belia pada Persidangan Kepimpinan Belia di UKM.

Jelasnya pelbagai kenyataan yang menggelikan hatinya  keluar sejak kebelakangan ini, oleh itu beliau menyarankan agar belia sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu agar tidak 'mengikut jejak' langkah tersebut.

"Para belia harus sentiasa mencari ilmu sebanyak mungkin, ambil tahu perkembangan semasa.

"Kerana dengan ilmu kita akan kekal relevan, apabila kita bercakap kita tahu asasnya,ianya juga dapat mengelak kenyataan yang kita keluarkan 'membunuh diri' kita sendiri.

"Kita tahu beza mana baik, mana buruk, tidak mudah taksub dan fikiran kita akan lebih terbuka, ini akan menjadikan kita sentiasa dihormati kerana ilmu yang kita milikinya," katanya pada persidangan tersebut.

Agus berkata demikian kerana merasa terkilan dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan orang besar negara baru-baru ini yang tidak mencerminkan nilai sebenar intelektual mereka.

"Pening saya jadinya, apabila kita kekurangan beras dicadangnya suruh makan ubi kayu.