Ahad, 2 Mac 2014

Projek Mega Bawah Tanah, kerajaan dituntut beri penjelasan – MRT Watch


Bajet projek mega Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) yang sudah mencecah RM60 bilion dijangka akan terus meningkat berikutan cadangan pembinaan sebuah lagi terowong pengguna MRT antara stesen KL Sentral dan Stesen Muzium Negara.
Difahamkan, kos awal projek terowong pengguna yang dicadangkan ini adalah bernilai RM800 juta tetapi ia telah ditolak oleh kerajaan. Namun demikian, projek yang sama dan lebih berisiko telah dikemukakan kembali kepada kerajaan dengan nilai RM 350 juta.
Pada pertengahan 2013, Gamuda sebagai Project Delivary Partner (PDP) telah memanggil tender untuk memulakan projek tersebut tetapi pada masa yang sama kerajaan masih belum meluluskan projek ini.
Lanjutan daripada itu, pada pertengahan Disember 2013 yang lalu, kerajaan telah menangguhkan projek tersebut atas alasan mahu mengkaji dahulu nilai kos dan aspek-aspek keselamatan projek ini.
Pelbagai persoalan timbul daripada cadangan pembinaan terowong MRT di bawah platform KL Sentral ini.
Antaranya, jarak diantara Stesen KL Sentral ke Stesen Muzium Negara ini adalah sekitar 120m sahaja. Soalanya, adakah berbaloi membuat satu terowong dengan kos RM350 juta hanya untuk sebuah terowong sepanjang itu? Apakah tiada laluan terowong tersebut daripada dibina di bawah platform KL Sentral ke laluan lain yang lebih kos efektif?
Jika diukur nilai kos tersebut, purata nisbah kosnya sekitar RM35 juta untuk setiap sepuluh meter. Apakah nilai ini memberi makna bahawa sistem laluan pengguna MRT itu begitu moden dan cekap?
Jika projek ini dilaksanakan, siapakah yang akan menanggung kos tersebut kelak? Apakah syarikat konsesi akan dapat memberikan kadar caj yang rendah atau berpatutan kepada pengguna (rakyat)?
Jika projek ini diluluskan oleh kerajaan, jelas ia merupaka satu pembaziran yang amat dahsyat oleh kerajaan. Wang pembayar cukai semestinya akan digunakan untuk menampung kos projek ini sedangkan, ia bukanlah projek yang berbaloi untuk rakyat mahupun pelancong.

Anwar nasihat calon timbalan presiden PKR utamakan persahabatan


PKR merupakan sebuah parti terbuka terhadap pertandingan jawatan dalam parti dan mana-mana calon yang berhajat untuk bertanding perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Ketua Umum PKR itu berkata semangat persahabatan dalam parti perlu dikekalkan selain mendukung agenda reformasi yang merupakan salah satu wadah perjuangan.
"Persaingan itu mestilah dalam kerangka persahabatan dan semua agenda menyokong reformasi serta menghalang apa-apa kecaman sengit antara satu sama lain.
"Bila PKR marah betul macam salah ada pertandingan. Tidak boleh kita beri gambaran tidak boleh ada pertandingan," katanya mengulas hasrat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti.
Khalid pada Jumaat mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti April ini sebagai satu tanggungjawab untuk memperbaiki asas parti yang disifatkannya mempunyai kelemahan.

Saya isytihar RM1 bersamaan US$1 jika menang di Kajang, sindir Anwar pada Mahathir


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini sekali lagi menjawab tuduhan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa satu undi kepada dirinya ibarat memberikan undi kepada Amerika Syarikat.
Calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu berseloroh jika beliau menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu maka RM1 akan diisytiharkan bersamaan US$1.
"Ada mendakwa tak boleh beri satu undi kepada Anwar. Satu undi Anwar macam satu undi kepada Amerika.
"Menang sahaja saya, saya isytihar RM1 bersamaan US$1 di Kajang. Saya dah 15 tahun dihamun setiap malam. Siapa ahli politik paling banyak kena maki. Sayalah," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban hari ini.
Pertengahan bulan lalu, Dr Mahathir memberi amaran kepada rakyat supaya tidak memilih Anwar sekiranya tidak mahu melihat Malaysia menjadi kerajaan pro-Amerika Syarikat.
Bekas perdana menteri itu berkata, Malaysia akan menjadi sebuah negara pro-Amerika jika Anwar diberikan peluang berada di tampuk kuasa.

Isu Kassim Ahmad: Anwar akur kehendak Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 1982

KOTA BHARU: Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu.

Ketika itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di bawah ISA.

“Kami sengaja menganjurkan forum tersebut bagi mendengar dari mulut Kassim sendiri mengenai pengalaman berada di bawah ISA.

“PMUM juga menjemput Anwar sebagai panel kerana beliau sebagai presiden Abim. Namun apabila tiba masanya Anwar tidak datang.

“Jadi saya sebagai pengarah program datang mendapatkannya di Yayasan Anda tidak jauh daripada UM. Anwar memberitahu beliau tidak datang kerana Ustaz Fadzil melarang menyertai forum tersebut,” katanya pada ceramah di Guchil Bayam di sini malam tadi.

Husam berkata, beliau dan rakan-rakan keliru dan tidak dapat memahami apa maksud larangan Ustaz Fadzil sehingga terpaksa dipatuhi Anwar.

Menurutnya hanya selepas tiga hari kemudian beliau dapat memahami larangan Ustaz Fadzil kepada Anwar kerana telah lama mengetahui pendirian songsang Kassim terhadap agama.

“Ustaz Fadzil begitu tinggi bacaan politik kerana lebih awal mengetahui apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu Kassim diberi muka kerana kesesatannya,” ujarnya lagi.

Oleh itu beliau hairan mengapa kerajaan lambat bertindak kerana sudah terbukti Kassim seorang yang sesat kerana tidak mempercayai Nabi Muhammad saw.

Malaysia Kita: Kehidupan PATI......


Anwar sokong MoU air, pinda jika bebankan rakyat


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau tidak menentang perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi air tetapi perlu menyemak secara terperinci perjanjian itu.
Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat.
"Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan.
"Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.
Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

REKOD DUNIA..OH MALAYSIA KU..!!!

ALAMAK SILAU LAH...PINGAT REKOD DUNIA TU....!!!!

PRK Dun Kajang: Kaum India dah lama tolak BN - Manivanan

Cabaran bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy agar Umno BN menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang sebagai referendum untuk membantu masyarakat India adalah sesuatu yang ganjil, tegas Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.
Ini kerana katanya, masyarakat India telah lama menolak Umno BN dan menyedari parti itu tidak mampu untuk menaiktaraf kehidupan mereka.
“Malah, Waythamoorthy sendiri telah meletakkan jawatan dari Kabinet Datuk Sri Najib Razak kurang sebulan lalu kerana Umno BN gagal berperanan sebagai kerajaan yang mengangkat martabat masyarakat India.
“Yang mengejutkan saya ialah mengapa Waytha bersikap tidak masuk akal dengan melontarkan cabaran sebegitu,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Manivanan berkata, tiada gunanya membiarkan Umno BN menabur janji palsu sekali lagi terhadap pengundi di Kajang terutamanya masyarakat India kerana rekod buruk mereka terbukti gagal menangani isu membabitkan kaum itu.

MIC yakin dapat 60% undi masyarakat India di DUN Kajang..!!

MIC yakin memperolehi sekurang-kurangnya 60% daripada undi masyarakat India bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Naib presiden parti Datuk M Saravanan berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan positif diterima parti itu daripada peringkat bawahan.
"Melalui pelbagai pertemuan untuk kita (MIC) dengan masyarakat di sini, kami mendapati bahawa sokongan kepada BN semakin meningkat.
"Kami yakin untuk memperolehi 60% daripada undi masyarakat India," katanya selepas menemui jentera pilihan raya MIC di Kajang hari ini.
Beliau berkata pada pilihan raya umum tahun lepas, kira-kira 40% daripada pengundi masyarakat India di kawasan itu menyokong BN.
DUN Kajang mempunyai 39,278 pengundi berdaftar dengan 4,072 orang (10.3%) daripada mereka adalah terdiri masyarakat India.
Saravanan berkata pemilihan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN juga menambahkan lagi keyakinan parti untuk memperoleh keputusan lebih baik daripada dahulu.
Beliau berkata selain menemui masyarakat India melalui program pembangunan yang dijalankan oleh parti, MIC juga memberi tumpuan kepada kempen dari rumah ke rumah untuk menemui pengundi kaum itu.

Barisan tidak pernah memilih dalam membantu rakyat, kata bakal calon MCA PRK Kajang

"Naib Presiden UMNO kata jangan beri apa-apa peruntukan"
Dasar yang diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat adalah berpandukan kepada keperluan mereka, bukan kerana untuk menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun  hari ini berkata memberi bantuan kepada rakyat sudah menjadi satu norma bagi BN sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun, katanya sesetengah rakyat mendapat gambaran salah (mengenai bantuan yang diberi) dan menganggap BN hanya memberi peruntukan semasa pilihan raya dan ini tidak benar sama sekali.
"Tanpa mengira masa dan tempat, MCA sentiasa berusaha dengan sesungguh hati untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat," kata Chew, yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.
Katanya, wakil rakyat perlu mendengar pendapat rakyat dan menjaga keperluan mereka serta terus berusaha ke arah meningkatkan kemajuan ekonomi, budaya dan sosial di negara ini. – Bernama

MB Selangor: Prospektus saham air diterbit lepas 6 bulan penstrukturan berjaya

KAJANG 2 MAC: Prospektus saham industri air Selangor dijangka diterbitkan dalam jangka masa enam bulan hingga setahun selepas penstrukturan industri air berjaya dimuktamadkan.
Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masa itu diperlukan bagi memberi laluan kepada proses pengambil alihan, penyusunan semula organisasi dan lain-lain kajian dijalankan sebelum Kerajaan Negeri memutuskan harga saham yang akan ditawarkan kepada rakyat.
“Selepas enam bulan hingga setahun penyusunan semula barulah kita boleh keluarkan prospektus untuk pembelian saham.
“Pembeli saham tidak akan berminat nak beli kertas saham sekiranya mereka tak tahu bagaimana pulangannya, asetnya dan sebagainya,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Perdana JMB/MC dan Anugerah K-Star Pangsapuri Selangor di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra di sini, hari ini.
Sebelum sesebuah syarikat menerbitkan saham awam dengan kelulusan Bursa Saham Malaysia dikehendaki mengeluarkan prospektus atau tawaran awam terlebih dahulu.
Ia bertujuan selain memenuhi prosedur bagi membolehkan orang awam berminat membeli saham mengetahui kedudukan kewangan, aktiviti perniagaan, pegangan aset dan pulangan dari pelaburan yang akan dibuat mereka.

Ali Tinju mahu adakan senamam punggung di M'kini kerana" Rosmah Sebuk"...!!!



NGO bekas tentera (Ali Tinju Pahlawan Punggung) desak PM pecat Zahid Hamidi


Sikap boros Najib punca kemelut ekonomi, rakyat kena tanggung

SHAH ALAM 2 MAC: Sikap boros diamalkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca kemelut ekonomi dan beban kewangan yang ditanggung rakyat.
Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata perbelanjaan yang berlebih-lebihan menjadi salah satu punca negara dan rakyat terpaksa menangung kemelut ekonomi yang teruk.
Kata Tian, tindakan Najib membayar jutaan ringgit kepada perunding luar negara selain mengeluarkan belanja besar bagi penggunaan pesawat mewah adalah pembaziran.
“Tindakan Najib gemar membazirkan dan menggunakan wang kerajaan sewenangnya, sedangkan rakyat menanggung tekanan ekonomi hasil daripada langkah kerajaan menarik balik subsidi dan menaikkan harga barang.
“Ini akibatnya apabila pentadbiran negara dan kewangan tidak dijalankan secara cekap, pemimpin boros membelanjakan wang rakyat melalui tindakan tidak jelas hasil dan manfaatnya,” kata Tian dipetik Keadilan Daily.
Beliau merujuk laporan portal Indonesia baru-baru ini yang mencatatkan kedudukan Najib Razak dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros.
Najib juga dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Making a big play for Kajang

Crowded field: (From centre front) Anwar is positioning himself as the next Mentri Besar; Chew intends to be a bridge between the people and the government; Herman is the mosquito that stings; Zaid is the proverbial thorn in Anwar’s side.
Crowded field: (From centre front) Anwar is positioning himself as the next Mentri Besar; Chew intends to be a bridge between the people and the government; Herman is the mosquito that stings; Zaid is the proverbial thorn in Anwar’s side.
The Kajang by-election is growing more fascinating by the day especially given that it involves an aspiring Mentri Besar, an underdog, a mosquito and the proverbial thorn in the side.

THOSE who have been watching Chew Mei Fun since her return to politics have been talking about how she has not lost that girlish look.
Time has been quite gentle on her despite all those years in the rough-and-tumble world of politics as well as a serious car accident just months before she lost in the 2008 general election. The MCA politician has put on a little weight but she still looks much younger than her 49 years with her schoolgirl-like hairdo, make-up free face and open smile.
The recognition factor will be important for her in the Kajang by-election where she is the Barisan Nasional candidate. She may have to reintroduce herself to some people, though, because when party leaders went around recently, a sweet old lady had innocently asked MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai whether Chew was his wife.
Chew has been completely out of the political limelight from 2010 until her comeback as MCA vice-president last December. She had kept her word and resigned all her posts – party Wanita chief, Senator and deputy minister – after Datuk Seri Dr Chua Soi Lek won the MCA presidency in 2010.
Kajang used to be a seat that was Barisan’s for the taking but not anymore. Urban sentiments have not shifted much since the general election. Barisan is still up against a tidal surge in urban areas. That was why PKR chose Kajang as the venue to launch Datuk Seri Anwar Ibrahim’s bid for the most powerful position in Selangor.
This is Chew’s first comeback test. But Kajang is more than just voting in a wakil rakyat and everyone can see that she is up against a mountain.
Chew is the underdog against Anwar. It is no joke taking on the man who is campaigning as the next Mentri Besar. Add on his big personality and oratory skills and there is no doubt it is going to be a big struggle for Chew.
But as MCA deputy president Datuk Dr Wee Ka Siong pointed out, Chew has her own plus points. For one, she does not have any of the political and personal baggage that Anwar carries.
“She is a woman of her word. I don’t want to go into details but Mei Fun is everything that Anwar is not,” said Dr Wee, who has been rather strategic about the Kajang campaign. He has not only asked Kajang folk to give Chew a chance to represent them, he has also asked them to think about who they prefer as the Mentri Besar of Selangor – Anwar or Tan Sri Khalid Ibrahim.
In other words, he is suggesting that the Kajang contest is not only between Anwar and Chew but also about choosing between Anwar and Khalid.
He credited Khalid for putting aside political differences for the good of Selangorians, in reference to Wednesday’s water agreement between the state and federal governments that is aimed at solving water supply woes in the Klang Valley,
Anwar has had a fantastic headstart in Kajang. He found the reception so warm that he has stopped pretending he is not after the Mentri Besar’s post.
He has begun talking about what he intends to do for Selangor if he wins and dangled the carrot to make Kajang the best satellite town in Selangor. However, he was astute enough not to promise to solve the traffic jams in Kajang which would take a miracle to resolve.
He even said he wants to win with a majority of 10,000 votes.

Rosmah Sibuk: Ali Tinju marah Malaysiakini tak 'spin'

NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menjana Keluarga Mawaddah

Kurang 10% hadir sesi dengar bantahan cukai taksiran DBKL


Protes terhadap bantahan kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur yang diadakan penghujung tahun lalu. Gambar fail.Protes terhadap bantahan kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur yang diadakan penghujung tahun lalu. Gambar fail.Tidak sampai 10% daripada 166,000 pemilik hartanah yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, walaupun DBKL mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut yang memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pendapat mereka, namun jumlah yang hadir adalah sedikit.
"Bila kita mengadakan sesi mendengar bantahan itu dan memberi penjelasan, baru mereka faham. Mereka pun lupa dalam 21 tahun harga nilai sewaan di Kuala Lumpur tidak pernah dinaikkan", katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Lorong Seni Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Cubaan Bunuh Dan Langgar: Polis, sindiket jenayah mungkin dalang ancaman- Sanjeevan

KUALA LUMPUR 2 MAC: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan percaya ancaman yang berlaku kepadanya baru-baru ini ada kena mengena dengan pendedahan mengenai sindiket jenayah yang didalangi pegawai polis.
“Saya tak mahu mengesyaki siapa punya angkara semua ini, tapi saya tahu kerja saya ini adalah untuk mendedahkan polis yang terlibat dengan salahguna kuasa, aktiviti jenayah, kes dadah, pelacuran dan banyak lagi.
“Mungkin yang terlibat dalam kes ini adalah polis ataupun sindiket jenayah. Saya tak nak syak sesiapa, itu kerja polis dan mereka perlu siasat,” ujarnya ketika dihubungi.
Terdahulu, Sanjeevan dalam laman Twitternya kelmarin mendakwa beliau nyaris dilanggar dan diserang dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran WJH 2664.
Malaysiakini melaporkan, Sanjeevan mengadu diekori kereta berkenaan selepas memeriksa sebuah pusat maksiat di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, beliau berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku jam 5.30 petang itu.
Susulan itu, Sanjeevan membuat laporan polis jam 5 pagi tadi di Balai Polis Bahau selepas pulang dari menghadiri sebuah program KEADILAN di Batu Pahat, malam tadi.

Politik Air Di Selangor, Siapa Bakal Kuyup?

Sejak Menteri Besar Selangor menandatangani memorandum persefahaman atau MOU secara tergesa-gesa dengan kerajaan Pusat yang menyaksikan pertelingkahan yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu menemui titik penyelesaiannya, gelora politik di negeri paling kaya dan menjadi rebutan antara BN dan PR seolah-olah memasuki gerbang baru yang makin sukar diramalkan.

Ia bukan saja kerana MOU itu ditandatangani secara terburu-buru dan diluar pengetahuan pimpinan PR terutamanya Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Ekonomi negeri itu, malahan ia kemudian disusuli dengan tindakan Khalid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang penyandangnya sedia ada, Azmin Ali.

Dengan pengumuman bertanding itu bukan saja mengesahkan krisis antara Khalid dengan Azmin selama ini tetapi persoalan juga timbul juga ialah apakah Khalid bersedia berundur daripada jawatannya untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini?

Bagaimana jika Khalid selepas ini berkeras mahu kekal sebagai Menteri Besar dan tidak lagi mempedulikan Anwar? Bagaimana dengan masa depan Anwar dan PR jika akhirnya Anwar gagal menjadi Menteri Besar, sedangkan ura-ura itu merupakan langkah yang paling ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU 14?

Dari segi Khalid pula, dengan mengumumkan bertanding jawatan nombor dua itu, ia secara langsung menggambarkan beliau mahu terus kekal sebagai Menteri Besar. Ini kerana jika beliau sudah mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar, buat apa lagi mahu bertanding Timbalan Presiden?

Bagaimanapun di pihak BN, ketakutan terhadap KajangMove yang klimaksnya bertujuan menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar yang dilihat langkah paling praktikal mengekalkan negeri itu di tangan PR dan mencerahkan lagi harapan menawan Putrajaya, tetap tidak berubah. Rata-rata pemimpin BN, melalui komen yang diluahkan lebih memperlihatkan kebimbangan mengenai peluang BN mempertahankan kuasanya dengan gerakan terbaru PR ini.

Dalam hal ini, sementara pimpinan PR berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding keputusan PRU 13 lalu, pimpinan BN pula tidak henti-henti menakutkan rakyat Selangor mengenainya.

Terbaru, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang pernah bergayut dibawah dagu Anwar ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, menasihatkan agar Selangor diselamatkan daripada Ketua Pembangkang itu selepas usahanya untuk menawan Putrajaya sebelum ini menemui kegagalan.

Tanpa menyebut apa sebenarnya yang perlu diselamatkan jika Anwar berjaya menjadi Menteri Besar, yang tersirat daripada kenyataan itu ialah BN akan menjadi semakin tidak selamat kerananya.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad juga berkata, dengan menjadi Menteri Besar Selangor, ia akan menjadi tangga untuk Anwar melangkah ke Putrajaya. Beberapa serangannya terhadap Anwar selepas itu jelas memperlihatkan kebimbangannya, lebih-lebih lagi melihatkan watak Najib yang semakin lemah, tidak bermaya dan semakin dijauhi rakyat.

Walaupun menang di Kajang, pergolakan dalaman akan rugikan Pakatan

Pergolakan dalaman Pakatan Raykat (PR) dipercayai tidak akan menjejaskan peluang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
Namun, para penganalisis memberi amaran sekiranya perbalahan itu dibiarkan, sokongan rakyat di masa hadapan mungkin akan terjejas.
Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa musuh utama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan Barisan Nasional tetapi dari kalangan PR sendiri, para penganalisis berkata peringatan tersebut timbul dari kerisauan mengenai bilangan keluar mengundi yang lebih kecil yang boleh memberi kesan kepada majoriti kemenangan PR.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata PRK Kajang merupakan kerusi selamat bagi PKR yang menjadi tunjang Pakatan, dan BN tidak akan mampu membuat sebarang kejutan.
"Biarpun pendapat (Lim) ada benarnya, saya tidak fikir perbalahan dalaman akan menjejaskan peluang PKR memenangi kerusi tersebut, melainkan keadaan bertambah buruk dan kita melihat kejutan daripada situ.
"Namun, melihat perkembangan semasa dan persaingan yang diberikan BN, saya tidak menjangkakan kejutan di Kajang," katanya.
Kerusi Kajang kosong selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh, sebelum Anwar dilantik menjadi calon. Beliau akan ditentang Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, dan beberapa calon bebas yang lain.
Anwar dan pemimpin PKR lain telah bertungkus lumus memberi penerangan di sebalik apa yang dikenali Rancangan Kajang itu, untuk mempertahankan Selangor dari diambil alih Umno sekiranya parti Melayu itu mengusir Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden.
Amaran Lim dikeluarkan selepas timbul pelbagai muslihat politik melibatkan Pakatan terutama PKR secara terbuka.
Ini termasuk spekulasi bahawa Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rasa tidak puas hati PAS Selangor dengan rancangan menukar MB, dan kritikan PKR terhadap Khalid berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan Putrajaya mengenai pengurusan air.
Menambahkan lagi teka teki adalah apabila Khalid menolak spekulasi tersebut, malah mengumumkan akan mencabar musuhnya Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei nanti.

Selepas Taib, ramai harap Adenan selesai isu rasuah, pembangunan


DAP bersedia untuk bekerjasama dengan Tan Sri Adenan Satem, tetapi tidak bermakna berhenti jadi pembangkang, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen. Gambar fail.DAP bersedia untuk bekerjasama dengan Tan Sri Adenan Satem, tetapi tidak bermakna berhenti jadi pembangkang, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen. Gambar fail.Ketua menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem masih belum melangkah masuk secara rasmi ke pejabatnya, namun pelbagai harapan sudah ditaruhkan kepadanya.
Kepada mereka yang beranggapan Adenan tidak akan bertahan lama dan sekadar pengganti kepada "seseorang", tidak banyak yang diharapkan daripada pemimpin berusia 70 tahun ini.
Namun, pemimpin pembangkang meletakkan harapan agar Adenan "lebih bersih" daripada penyandangnya, seseorang yang boleh bekerjasama dan berusaha membersihkan pentadbiran kerajaan negeri.
DAP berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan ketua menteri baharu bagi membina Sarawak yang lebih adil, menyuburkan demokrasi, ketelusan Parlimen, membasmi kemiskinan, eksploitasi kelas dan membasmi rasuah.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata rakyat perlu maklum bahawa bekerjasama dengan Adenan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri tidak bermakna mereka menghentikan peranan sebagai pembangkang.
"Kami akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang bagi Sarawak yang lebih baik.
"DAP tidak membangkang secara membuta tuli tetapi bertindak dan memegang teguh prinsip politik, kepercayaan, meletakkan kepentingan negeri dan masa depan anak sebagai elemen terpenting," katanya.
Chong berkata, DAP akan terus bersuara dari luar dan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan kerajaan melihat pandangan mereka dan berubah demi kepentingan rakyat.
Katanya, parti itu akan bertemu Adenan secara rasmi bagi menyampaikan pendirian dan mencadangkan perubahan yang diperlukan bagi membolehkan Sarawak menjadi sebuah negeri lebih adil dan saksama.

Pakatan sasar 88% keluar mengundi di Kajang tanda tidak tunduk kepada ekstremis


Lim Kit Siang (dua dari kiri) bersama pemimpin DAP bergambar di depan pusat operasi DAP di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Mac, 2014.Lim Kit Siang (dua dari kiri) bersama pemimpin DAP bergambar di depan pusat operasi DAP di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Mac, 2014.Pakatan Rakyat mensasarkan sejumlah besar iaitu lebih 88% pengundi akan keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sebagai tanda bahawa rakyat Malaysia tidak tunduk kepada ekstremis.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pilihan raya kecil itu adalah penting untuk pengundi Kajang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mahu keamanan dan harmoni serta mengutuk mereka yang cuba mencetuskan kebencian antara kaum dan agama.
“Saya menyeru pengundi yang cintakan negara untuk bersatu pada 23 Mac.
“Mari jadikan penduduk Kajang sebagai wakil kepada 20 juta rakyat Malaysia untuk bercakap dengan jelas bahawa golongan sederhana bersatu untuk keamanan,” katanya selepas menghadiri pelancaran pusat operasi DAP di Kajang, hari ini.

Russia approves use of armed forces in Crimea

Thousands rally in Thai PM stronghold

`Penghibur jalanan' meriahkan Bukit Bintang

PERSPEKTIF : Ahmad Ammar Syahid Di Bumi Turki

PRK Dun Kajang: Pesona Palsu - Herman Tino

Dewa Lucah Kalah Saman..!!!


 

Suara UMNO: 'Langkah Kajang' untuk lepaskan dari tuduhan liwat' - kata Zahid

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusahakan 'langkah Kajang' bagi menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan liwat.

Zaid mendakwa, Anwar – lawannya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu – mahu menjadi menteri besar bagi memperoleh pengaruh, jika pembebasannya daripada tuduhan itu berubah.

“Alasan untuk pilihan raya kecil itu kerana Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai perisai jika dia didapati bersalah.

“Dia mahu menggunakan kedudukan sebagai menteri besar sebagai perisainya,” katanya alam majlis makan malam bersama pengundi Kajang malam tadi.

Satira Ahad: Janji orang politik..


oleh Rashid Anuar
Standfirst:  Di zaman kalah Datuk Ali panggil Datuk Rahman berbincang untuk membawa perubahan pada parti.
downloadDatuk Rahman hairan dengan sikap ketua bahagian. Dahulu di zaman kalah, ketua bahagian mencarinya untuk menjatuhkan Datuk Baharom. Ketika itu Datuk Baharom orang yang menang dalam pilihanraya umum yang menyebabkan Parti Bintang memerintah negeri.
Ketika itu hanya empat calon Parti Waja menang termasuk Pemangku Ketua Bahagian, Datuk Baharom. Haji Hashim Pesuruhjaya Parti Bintang negeri yang jadi MB baru apabila partinya menang 28 kerusi. Maka Parti Waja menjadi parti pembangkang setelah 40 tahun merdeka.
Di zaman kalah ini Datuk Ali panggil Datuk Rahman berbincang untuk membawa perubahan pada parti.
“Kita kena ambil alih bahagian,” kata Datuk Ali di rumahnya. Datuk Ali bekas Exco Kerajaan Negeri yang turut kalah bertanding dalam pilihanraya di DUN Air Hitam.
“Tetapi Pengerusi Perhubungan suruh kekalkan Datuk Baharom kerana dia Adun yang menang (DUN Pasir Semut),“ jawab Datuk Rahman.
“Itu kata pengerusi perhubungan. Biar perwakilan tentukan siapa yang mereka mahu jadi ketua bahagian sama ada saya atau Datuk Baharom,” tingkah Datuk Ali.
“Kamu kena bantu saya Rahman,” tambah Datuk Ali lagi.
“Baiklah kalau kamu kata begitu Ali. Saya ikut saja,” jawab Datuk Rahman yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.
“Kamu tanding timbalan ketua bahagian dan kamu bantulah jentera parti maklum sajalah saya pun bukannya ada duit,” pimta Datuk Ali.
“Okay,” jawab Datuk Rahman. Enam tahun lalu mereka pernah bermusuh apabila Datuk Rahman menentang Datuk Ali bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Datuk Ali yang juga seorang Adun mengalahkan Datuk Rahman dan penyandang jawatan Nordin.
Kini dua musuh berganding bahu menentang Datuk Bakar dan bekas Ketua Pemuda, Nordin.
“Nanti bila kita menang, kamu tanding di DUN Bukit Raja,” kata Datuk Ali. Datuk Rahman tersenyum mendengar kata-kata Datuk Ali.
Berkempen setiap malam

Di mana letaknya maruah rakyat Kajang selepas ugutan UMNO ini?


Air percuma di KL ringankan beban warga kota

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor yang memberikan komitmen untuk memperluas pemberian air percuma kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Bandar, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata langkah itu tentunya menguntungkan warga kota yang kini dihimpit dengan kos kehidupan di bandar yang sangat tinggi.

Katanya, peluang itu lebih cerah apabila kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.

 "Jika (pemberian air percuma) ini berlaku, Tan Sri Khalid menempa suatu lagi kejayaan dengan memastikan penduduk KL juga mampu menikmati kemudahan sama seperti rakyat di negeri Selangor.

"Sememangnya warga KL memerlukan kemudahan-kemudahan seperti ini bagi meringankan bebanan hidup mereka terlebih lagi dengan kenaikan kos hidup," kata beliau dalam satu kenyataan.

Pintasan Putrajaya lemahkan langkah Kajang...!!

Upacara menandatangani memorandum persefahaman penstrukturan semula bekalan air Selangor antara Selangor dan Putrajaya 26 Februari lalu berlangsung dengan sangat sederhana tetapi jelas mesej politiknya.

Majlis yang sepatutnya tidak seberapa besar itu dihadiri sama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis itu jelas menampakkan kejayaan Putrajaya dan Khalid memintas kemungkinan-kemungkinan yang bakal dicetuskan pihak lain sekiranya Khalid tidak lagi menjadi menteri besar.

Majlis yang dikatakan diadakan secara agak tergesa-gesa dan tanpa pengetahuan ramai sebelumnya segera mendapat respons arkitek langkah Kajang, Rafizi Ramli, mewakili kepimpinan PKR yang menunjukkan penentangan terhadap persetujuan itu.

Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin kemudian turut mempersoalkan tindakan Khalid itu, dengan mengaitkannya dengan kemungkinan kos air lebih tinggi dan dilakukan secara terburu-buru, walaupun dinyatakan dengan agak berlapik.

Persetujuan ini sebenarnya telah dicapai selepas rundingan Disember lalu, dan Khalid mengumumkannya Januari lalu. Tawaran kerajaan Selangor akhir tahun lalu pada mulanya tidak dipersetujui, yang kemudian membawa kepada persetujuan baharu, yang dipersetujui pentadbiran Khalid dan Putrajaya.

Satu lagi tawaran pengambilalihan melibatkan syarikat Gamuda Berhad, yang menawarkan pembelian aset air Selangor dengan nilai RM10.75 bilion.

Langkah Kajang: Jangan Nasi Jadi Bubur

Mengenai sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya. sesiapa pun boleh memasang cita2 menjadi PM.
Anwar kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak morality.
Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa salah nya kita get rid of Khalid?  Jika Azmin suatu masaalah, Azmin pun kena replaced.
We are not in the game on UMNO’s terms.
Tiba2 Khalid jadi UMNO’s angel.
Kita patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang banyak dan lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR bukan?

Perjanjian air Selangor - Putrajaya, apa faedah kepada anda?

Adakah memorandum persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air di Selangor yang mencapai kata sepakat antara Putrajaya dan Shah Alam minggu lalu memberi faedah terbaik kepada rakyat?
MoU itu dijangka mampu mengubah lanskap penswastaan industri air di negeri terkaya dan berpopulasi tinggi di Malaysia itu, dan dilihat penting apabila kerajaan negeri Selangor diberi kuasa mengurus air dari sungai dan empangan di negeri mereka sendiri, sebelum dirawat untuk disalurkan kepada 7 juta pengguna.
MoU itu turut memberi kuasa mengatur jumlah yang perlu dibayar pengguna, dan sama ada pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu boleh diteruskan atau tidak.
Semua ini ditukar dengan lampu hijau oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan untuk projek mega loji rawatan air Langat 2 yang bernilai bilion ringgit.
Dengan pelbagai spekulasi berhubung loji yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan itu, ramai bertanya apakah faedah kepada rakyat Selangor?
Mengimbas masa lalu
Perjanjian adalah satu perdagangan. Kerajaan negeri Selangor mahukan penstrukturan semula air dan kerajaan persekutuan mahu Langat 2 disiapkan.
Dalam satu temubual bersama akhbar milik MCA, The Star yang disiarkan semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjanjian itu memastikan Putrajaya membantu Selangor dalan usaha mengambil alih pengurusan industri air yang kini dipegang oleh empat syarikat.
Empat syarikat itu ialah  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Mengikut beberapa kontrak penswastaan pada 1997, syarikat ini diberi kuasa mengurus rawatan air dan pengagihannya di Selangor.
Seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang arif mengenai kontrak itu berkata, MoU berkenaan membolehkan syarikat berkenaan menetapkan harga air kepada pengguna dan menetapkan keuntungan daripada jualan yang dibuat.
Apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Selangor pada 2008, kerajaan negeri mendapati syarikat berkenaan tidak memainkan peranan sewajarnya, sebaliknya mahu menaikkan harga air.
Di bawah kontrak penswastaan lalu bersama Syabas, kadar air negeri perlu dinaikkan setiap tiga tahun.
Sejak 2009 hingga 2012, kadar itu meningkat di antara 25% dan 37%, atau daripada RM11 bagi setiap 20 meter padu pada 2008, kepada RM18.80 pada 2012.
“Selangor tidak membenarkan Syabas menaikkannya kerana mereka tidak memenuhi kontrak bagi menurunkan harga 'non revenue water' (NRW) kepada 20 sen," kata pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Lebih Sudu Dari Kuah: Utusan Malaysia persoal Anwar sokong Azmin atau Khalid?

Coretan kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memberi tumpuan kepada pemilihan parti PKR, dengan mempersoalkan pendirian ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ada pertandingan di antara dua seteru politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.
"Persoalan lain, siapa yang Anwar akan sokong jika berlaku pertandingan antara Azmin dan Khalid? Jawapannya mudah, Anwar akan memihak kepada Azmin iaitu pemimpin PKR yang paling dipercayainya selain ikatan istimewa bagaikan keluarga.
"Apatah lagi rahsia Anwar cukup banyak di tangan beliau, yang sebahagian kisah sudah diperkatakan umum. Itu sahaja sudah cukup buat Anwar tak keruan," tulis ruang Awang Selamat, yang menyifatkan pengumumam Khalid dua hari lalu akhirnya menyerlahkan "suara panglimanya".
Semalam, Khalid, yang juga menteri besar Selangor, berkata keputusan beliau bertanding untuk jawatan yang disandang Azmin itu adalah untuk membawa perubahan di dalam PKR, sambil menyifatkan dirinya mempunyai kelebihan di samping rekod kerja yang lebih meyakinkan.
"Kekuatan saya sudah tentu pada 'track record' saya yang sangat jujur dan berdedikasi. Paling penting tujuan bertanding adalah untuk membawa pembaharuan," kata Khalid.
Bagi Utusan Malaysia pula, keyakinan Khalid itu ada asasnya, dan peluang ini diperkuatkan lagi dengan sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin lain seperti Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Datuk Saifudin Nasution Ismail  dan Datuk Johari Abdul.

Bangsawan Samseng,Patutkah Di Hormati?


Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.
Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.
Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja.
Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah.Kehendak mereka by hook or by crook mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Kassim Ahmad dan Dr Mahathir

Amin Iskandar@Black

Jika mendengar pandangan Dr Kassim Ahmad pun kita sudah “tidak tahan”, bagaimana agaknya jika satu hari nanti lahir Mansur Al –Hallaj, Ibnu Arabi atau Syekh Siti Jenar di Malaysia?
Sudah pasti rumah mereka akan dibom atau mereka digantung sampai mati.
Begitulah masyarakat Islam terutamanya golongan alim agama apabila berdepan dengan perbezaan pandangan atau pemikiran.
Saya bersetuju dengan pandangan Kassim yang mengatakan terdapat masalah besar di kalangan umat Islam pada ketika ini dan ia menjadi punca mengapa mereka jauh ketinggalan.
Negara-negara Islam ketinggalan jauh ke belakang daripada segi pembangunan ilmu dan kemajuan sedangkan pada ketika Eropah masih berada dalam zaman gelap satu ketika dahulu, ilmuan Islam sudah berada jauh di hadapan.
Ertinya perlu pembaharuan yang besar jika mahu melihat dunia Islam kembali bangkit.
Umat Islam perlu kembali kepada ilmu. Ilmu akan bercambah apabila terdapat perbezaan pandangan.
Apa yang boleh kita banggakan dengan ciptaan atau penemuan terbaru daripada umat Islam pada hari ini? Jus Tok Guru? Ubat kuat seks?
Malah saya sering katakan kepada rakan-rakan ketika berbual di kedai kopi bahawa dunia Islam pada ketika ini sedang berada dalam “zaman gelap”.
Jika kita memerhatikan negara-negara Islam di seluruh dunia, kita akan melihat bagaimana mundurnya mereka dan kebanyakannya terlibat dalam peperangan.
Lebih memedihkan lagi apabila yang berperang adalah di antara satu negara Islam dan negara Islam lain.
Golongan ulama yang memimpin umat Islam pada ketika ini terlalu sibuk dengan perbahasan “halal dan haram” sehinggakan mereka gagal membuktikan Islam itu rahmat kepada seluruh alam .
Apabila orang seperti Kassim mengatakan rambut wanita itu bukan aurat, di sebalik berhujah melawan pandangan bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu, “golongan agama” membuat bising dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap Kassim.

MALAYSIA KITA: BAS KILANG NAK ELAK DARI BAYAR TOL RM1.30 TERPERANGKAP DI LALUAN MOTOSIKAL.

Untuk elak membayar tol, seorang pemandu bas kilang telah cuba menggunakan laluan khas untuk motosikal untuk lepasi rumah tol berkenaan ..

Kerja bodohnya mendatangkan kecelakaan apabila bas tersebut tersepit dan tidak boleh lalu menyebabkan motosikal yang melalui lane berkenaan di lencongkan.

Kejadian berlaku di Tol The Mines Serdang.

Ini macam punya pemandu pun ada.. nak elak bayar RM1.30 sen tetapi terpaksa tanggung kerosakkan ratusan ringgit dan kena denda lagi.

Di bawah Najib, Malaysia tidak progresif agama, kata pemerhati Asia


Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai krisis antara agama dan kaum. Gambar fail.Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai krisis antara agama dan kaum. Gambar fail.Seorang pemerhati Asia yang berpengalaman baru-baru ini membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata Malaysia di bawah pimpinannya bukan tergolong masyarakat progresif seperti yang dapat dilihat dengan peningkatan sentimen keagamaan sempit.
Menulis di dalam edisi terbaru majalah Time, Zoher Abdoolcarim menyifatkan tindakan keras ke atas umat Islam beraliran Syiah di negara ini serta pengharaman penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian sebagai mengancam keadaan sedia ada yang aman.
Dalam makalahnya bertajuk "Losing Faith" (Hilang Kepercayaan), penulis mengingat kembali temuramahnya bersama Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1984.
"Pada masa itu, Malaysia sebuah ekonomi yang sunyi dan berdasarkan pertanian, dan hanya memasuki dekad kedua era perindustrian. Pada masa itu, saya menyangka bahawa Najib yang berpendidikan British itu akan suatu hari memimpin Malaysia dan mengorak langkah ke arah pemodenan.
"Salah satu sangkaan saya tepat - Najib kini perdana menteri - manakala yang lainnya salah. Di bawahnya, Malaysia bukanlah sebuah masyarakat progresif, terutama di bidang kritikal untuk negara itu: agama," tulis Zoher.

Malaysia Kita: Kedai kopi gesek

Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,

Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
FotoSALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.

Strok haba boleh membunuh

CUACA panas melampau bulan lepas mengakibatkan hutan tanah gambur di Penor, Pekan di Pahang mudah terbakar.


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 30 juta orang pada minggu ini perlu berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius.
Suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celsius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Russians split over approval of troops on Ukrainian soil

Crisis Deepens in Ukraine

Kiev residents critical of Russian moves to send troops to Crimea

Pro-Russian rallies in Ukraine: Eastern cities march with flags, chant 'Russia! Russia!'

Sisi remains Egypt's defence minister

Najib, Is perkasa extremist?

Hukum BERSALAM Tak Pandang MATA - Ustaz Azhar Idrus

ssuwehssuwehssuweh! Baca Rukun Qauli Suara Angin - Ustaz Azhar Idrus

Berdosakah Basuh Cawan Masa Ada SEMUT? 'Tunggu Semut Lari' - Ustaz Azhar Idrus

Taubat Makan Tak Bayar - Ustaz Azhar Idrus