Sabtu, 1 Mac 2014

Tak Mahu Penuhkan Saf Yang Kosong Masa Solat - Ustaz Azhar Idrus

JK2PP dinamakan sempena nama Agong

Jambatan Kedua Pulau Pinang
GEORGETOWN - Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
 
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
  
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...
  
"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.
  
Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.

“Malaysia hak Melayu”: Tuntutan ISMA jahil, langgar Perlembagaan


new CEC 16 .12 zairil,siva n jimmy (2)


KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menganggap tuntutan Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai hak Melayu adalah jahil dan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, kenyataan itu bertentangan dengan Perlembagaan yang menekankan semua rakyat Malaysia memiliki hak yang sama.
“Malaysia adalah sebuah persekutuan yang terbina berasaskan Perlembagaan. Itulah ‘kontrak sosial’ negara kita. Kenyataan itu jelas tidak menghormati Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, beliau berkata, ia juga tidak menghormati masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak, yang sememangnya merupakan penduduk asal negeri berkenaan.
Beliau mengulas tuntutan yang dibuat Naib Presiden II ISMA, Abdul Rahman Dali dua hari lalu yang memetik sebuah kajian kononnya genetik Melayu wujud lebih awal daripada genetik Cina dan India di rantau ini.

Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber oleh Macai..!!!

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan,  telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

Aktivis hak asasi bidas gambar dakwa sesi murtad di gereja


Satu perbandingan gambar di laman blog Yu Ren Chung yang menunjukkan beberapa orang Islam hadir satu program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan bukan sesi memurtadkan mereka di sebuah gereja. - Gambar dari www.renchung,com.Satu perbandingan gambar di laman blog Yu Ren Chung yang menunjukkan beberapa orang Islam hadir satu program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan bukan sesi memurtadkan mereka di sebuah gereja. - Gambar dari www.renchung,com.Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.

Khalid lawan Azmin: Terpulang kepada ahli, kata Azizah

PBS - Mansuh atau penambahbaikan

MB : Jangan ambil kira sumbangan peribadi saya kepada parti

MB : Kemenangan PRK Kajang lebih utama dari pertandingan parti

Rafizi Ramli: Zaid Ibrahim Menjadi "Skipper" Kepada UMNO Untuk Ugut Keadilan

Jadilah manusia biasa yang luarbiasa

SHAH ALAM: Dalam usaha memantapkan kepimpinan pemuda PAS di seluruh Malaysia, Akademi Kepimpinan Pemuda Dewan Pemuda PAS mengadakan Seminar Pembangunan Pemimpin Pemuda. Program kepimpinan yang berlangsung di seluruh negara itu dipecahkan mengikut zon.

Zon tengah yang meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak berlangsung di PPAS Shah Alam dan dihadiri seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan pemuda negeri dan kawasan, unit Amal dan Pasti.

Sepanjang program tersebut, peserta berpeluang menimba pengalaman daripada penceramah jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar seperti tokoh korporat, pakar motivasi dan sebagainya.

Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap pengerusi program turut berkongsi pengalaman beliau dan memberikan kata-kata semangat.

“Jadilah manusia biasa yang luarbiasa. Manusia yang luarbiasa ialah yang bekerja atau bertindak secara luarbiasa dan melaksanakan jihad. Salah satu syarat untuk menjadi manusia yang luar biasa seseorang itu mesti banyak membaca,” ujar Ir Khairil Nizam.

Abdul Hadi, pilihan raya kecil dun Kajang membawa mesej besar

Malam tadi buat pertama kali Presiden Pas, Abdul Hadi Awang turun ke gelanggang pilihan raya kecil di Kajang dalam rangka memastikan Pakatan Rakyat menerusi Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti besar bagi melonjakan sokongan rakyat untuk PR ke Putrajaya.


Hadi PRK Kajang penting.
Kehadiran Abdul Hadi itu secara automatik menolak suara-suara sumbang termasuk di kalangan anggota Pas sendiri yang menganggap pilihan raya itu tidak perlu dan membazir. Saya tidak kira kehadiran Abdul Hadi itu hanya sebagai pemanis mulut saja, tetapi ia adalah komitmen serius Pas dalam pilihan raya berkenaan.

Berucap melancarkan jentera pilihan raya pemuda PR, di Taman Mesra Kajang malam tadi, Abdul Hadi berkata pilihan raya kecil Kajang besar makna dan ertinya untuk menyampaikan beberapa mesej kepada kerajaan BN.

Mesej pertama, bahawa demokrasi bukan sahaja setakat memberi peluang kepada pengundi memilih pemimpin, tetapi ia juga merupakan untuk melihat sejauh mana media massa berfungsi mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Media harus diberi kebebasan dan hak demokrasi seluas-luasnya tanpa batas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta memaknakan erti demokrasi," katanya.

Apa yang hendak ditekankan oleh Abdul Hadi setiap pilihan raya atau sistem demokrasi yang diagung-agungkan itu biarlah berjalan betul, tidak tempang, barulah ianya boleh diikhtirafkan sistem ini sempurna dan kerajaan yang dipilih menerusinya merupakan sebuah kerajaan yang halal.

Beliau menarik perhatian dalam hal ini, memandangkan banyak berlaku kecacatan dalam demokrasi dan pilihan raya, yang dimana beliau sering menganologinya sebagai 'bermain' di atas padang yang tidak sama rata.

Spicies Umno And The Gang, Dengar Apa Kata Ketua Wira Perkasam Ni !



Jangan pulak lu orang Spicies Umno And The Gang kata gua membuat FITNAH dengan MENGADA-ADAKAN kata-kata dari Ketua Wira Perkasam diatas, itu adalah kata-kata dari Mulut beliau yang bertanyakan Siapa yang MEMERINTAH Negara Sekarang ?, Dan Siapa Yang MENGKHIANATI Siapa Sehingga TERHAKIS Tujuh Wasiat RAJA-RAJA MELAYU... kah kah kah !.

Apa macam Spices Umno And The Gang, lu orang nampak tak apa yang dikatakan oleh Ketua Wira Perkasam tersebut. Itu bukan gua yang GATAL_GATAL TANGAN menulis, atas sebab itu dari DULU KINI dan SELAMANYA gua katakan kalau Spicies Umno Tidak Berpuas Hati dengan keadaan Suasana Politik Malaysia pada hari ini tu lu orang pergi KENCINGKAN KUBUR-KUBUR Pemimpin Umno Terdahulu... kah kah kah !.
Kerana selama 56 Tahun Negara Malaysia MERDEKA belum ada Parti lain yang Memerintah selain dari Umno And The Gang, belum terjadi yang lagi Negara Malaysia di Perintah oleh Parti yang dikatakan Parti Ajaran Sesat (PAS) juga tidak pernah di Perintah oleh Parti Perkaum Cina DAP. Akhir nya jauh sekali untuk Parti Kencing Rakyat (PKR) menjadi Kerajaan selain dari United Munafikun National Organisations (UMNO)... kah kah kah !.

Debat calon ketua AMK 2014 di Batu Pahat malam ini

Satu majlis debat yang menampilkan tiga calon yang bakal bertanding merebut jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berlangsung di Batu Pahat malam ini.

Tiga calon tersebut ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amiruddin Shari dan Nazree Yunus.

Nik Nazmi merupakan timbalan Speaker DUN Selangor yang juga ADUN Seri Setia, Selangor manakala Amiruddin adalah ADUN Batu Caves. Nazree pula adalah naib ketua AMK.

Mereka akan berhujah mengenai gagasan dan manifesto masing-masing dalam persaingan merebut jawatan ketua AMK Malaysia dalam pemilihan parti kali ini.

Majlis itu bakal dihangatkan dengan kehadiran moderator jemputan, Hishamudin Rais yang merupakan aktivis dan pengkritik politik tanahair.

Malaysia hak Melayu bertentangan ajaran Islam

Amirudin_ShariMalaysia hak Melayu: Pendirian ISMA jumud dan bertentangan dengan ajaran Islam
Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini bertajuk “ISMA mahu dunia iktiraf M’sia hak Melayu” yang diterbitkan pada 27 Februari 2014.
Ternyata, pendirian ISMA yang mahu seluruh dunia mengiktiraf negara Malaysia sebagai warisan Melayu dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman serta tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.
Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut dan ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata tetapi Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.

Sokongan Muhyiddin wajar untuk jaya pelan rekonsiliasi Najib, kata DAP


DAP hari ini berkata kejayaan Pelan Rekonsiliasi Nasional (NRP) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bergantung kepada sokongan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Supaya ada kredibiliti (terhadap pelan NRP) dengan harapan agar ia berjaya, Najib mesti mendapatkan sokongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mengisytiharkan bahawa beliau kini 'rakyat Malaysia dulu, Melayu kemudian'," kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar), merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang menganggap dirinya "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian".
Lim turut menyenaraikan lima "insiden" sepanjang bulan lalu yang katanya menimbulkan persoalan sama ada Najib ikhlas dalam menganjurkan perpaduan nasional.
Antaranya, Lim berkata Najib masih gagal menganjurkan sebarang pertemuan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung rekonsiliasi nasional, walaupun sudah 30 hari ia diumumkan iaitu selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 29 Januari lalu.
Lim juga membangkitkan beberapa perkara lain yang menurut beliau menimbulkan tanda tanya tentang keikhlasan NRP, termasuk sikap Najib tidak merayakan Hari Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia awal bulan Februari, sikap polis yang masih belum bertindak ke atas penganjur demonstrasi “sembelih dan tampar” oleh sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menawarkan hadiah tunai bagi sesiapa yang menampar ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, perletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta reaksi marah akhbar Umno Utusan Malaysia terhadap cadangan seorang menteri untuk tidak menyatakan bangsa di borang rasmi.

MB Selangor: Saham air kepada rakyat selepas penstrukturan industri air selesai

SHAH ALAM, 1 MAC : Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.
“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kamu akan kenalkan saham air kepada rakyat.
“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.
Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.

MP PKR: Perjanjian air boleh cecah RM14b

Selangor mungkin akhirnya telah berjaya mendapatkan persetujuan syarikat konsesi swasta untuk menerima tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan perkhidmatan air di negeri itu. Tetapi harganya masih boleh melambung mencecah sehingga RM14 bilion.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam satu taklimat semalam.

"Beliau ( Khalid ) berkata syarikat konsesi air tidak mempunyai
pilihan tetapi terpaksa menerima tawaran sebanyak RM9.65 bilion itu.

" Tetapi apabila saya bertanya lanjut mengenai isu timbangtara antarabangsa, beliau mengakui bahawa klausa tentang timbangtara antarabangsa itu membolehkan syarikat-syarikat konsesi air meminta bayaran tambahan.

" Dan jika penimbangtara memihak kepada syarikat air, maka perjanjian itu boleh melonjak mencecah RM14 bilion," kata Wong dalam satu catatan di Facebook.

Usah bergantung kepada Papa Gomo, kempen kotor, kata PKR kepada Umno@BN

PKR hari ini mendesak Umno supaya tidak lagi bergantung kepada Mohammad Azri Wan Deris, atau juga dikenali sebagai Papa Gomo, setelah blogger pro-Umno itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu berhenti menggunakan khidmat blogger itu tetapi juga perlu menyuburkan politik matang dan rasional selain menghentikan segala bentuk politik kotor.
Azmin berkata demikian sebagai mengulas penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengarahkan Azri membayar RM800,000 kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai ganti rugi memfitnahnya, di samping RM50,000 sebagai kos.
"Kami mengalu-alukan penghakiman semalam sebagai satu isyarat jelas terutamanya kepada Umno dan BN yang selalu menggunakan taktik kotor dan tidak bermoral untuk menjatuhkan pihak lawan.
"Ini dapat dilihat baru-baru ini apabila Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengancam menggunakan 'kempen seks' terhadap calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam penghakimannya, Hakim Rosilah Yop turut mengatakan Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.
Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.
Rosilah membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Pembangkang tidak hadir majlis angkat sumpah Taib sebagai Yang DiPertua Sarawak

Istiadat angkat sumpah bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) sebagai Yang Dipertua Sarawak (TYT) baru yang berlangsung di bangunan Dewan Undangan Negeri, tidak dihadiri oleh pemimpin pembangkang negeri, pagi tadi.
Selain 12 ahli Parlimen DAP yang bertindak tidak hadir di majlis tersebut, tiga lagi rakan seangkatan memberi alasan meninggalkan bangunan itu kerana terpaksa bergegas ke hotel menghadiri mesyuarat penting.
Namun Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How, menafikan memboikot upacara tersebut.
"Pertemuan isu sudah dirancang lama, namun kami menerima surat jemputan Khamis lalu, kita tidak memboikot.
"Kita tidak punya pilihan kerana perjumpaan itu amat penting bagi kami," katanya.
Sementara Pengerusi DAP Sarawak, Ching Chien Jen, mengakui tindakan untuk tidak hadir majlis angkat sumpah adalah sebagai membantah Taib dilantik sebagai TYT.
"Kita tidak menentang perlembagaan, namun kita hanya menolak calon yang dipilih," kata ahli Parlimen Bandar Kuching itu, sambil menambah kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP juga tidak akan menghadiri jamuan yang akan diadakan petang ini.
DAP sebelum ini membantah keras pelantikan Taib sebagai TYT atas dakwaan Taib memgumpul kekayaan selama 33 tahun memerintah melalui hasil korupsi dan penyelewengan kuasa.
Pemimpin parti itu juga menghantar rayuan bantahan kepada Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak meluluskan pelantikan Taib.
Khamis lalu, parti itu juga bertindak memfailkan injunksi bagi membatalkan pelantikan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuching.

Negarawan Orang: BJ Habibie wakaf tanah 50 hektar untuk universiti..!! Negarawan Malaysia..??

Burhanuddin Jusuf Habibie 
GORONTALO – INDODESIA. Bekas Presiden Indonesia, Burhanuddin Jusuf Habibie mewakafkan tanah miliknya seluas 50 hektar di Kabupaten Bone Bolango, untuk tujuan pembangunan Universiti Negeri Gorontalo (UNG).

"Saya ingin UNG konsisten dan menjadi pusat kebudayaan dan pendidikan di daerah ini. Kampus ini harus menjadi wadah untuk menghasilkan SDM yang memiliki nilai tambah," katanya ketika berucap pada kuliah umum di Auditorium UNG, semalam.

Memetik laporan Antara News, Habibie turut berpesan supaya tanah tersebut dimanfaatkan untuk mengembangkan pendidikan dan kebudayaan di Gorontalo.

Kepada ribuan mahasiswa dan dosen yang menyambutnya, ia berbagi tips menjadi orang yang bermanfaat bagi bangsa dan negara.

"Sains dan Teknologi saja tidak cukup, harus ada iman dan takwa agar menjadi manusia yang mempunyai nilai tambah. Mahasiswa tidak ada bezanya dengan Habibie saat itu," ujar pemimpin yang berjaya menamatkan pengajiannya di Jerman pada usia 28 tahun.

Pelan rekonsiliasi hanya untuk mereka yang terdesak, bukannya untuk rakyat

Aspan Alias

Pandangan sepintas lalu rakyat tentang ‘National Reconciliation Program’ (NRP) itu hanya hayalan, walaupun ia sedang serius dipertimbangkan oleh semua pihak yang sedang berperang politik. Anwar memulakan isu ini pada bulan Januari yang lepas dan Najib memberikan respon yang positif dari sudut bunyi kata-katanya. Tetapi jika ditanya rakan-rakan yang berada dalam UMNO termasuk dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri tidak ada siapa yang tahu. Maka adalah jelas yang ada atau pun tidak program itu, ia hanya diketahui oleh Najib sahaja, dan mungkin seorang dua yang hampir kepada beliau.
DAP yang begitu terkelior dengan program ini mahukan Najib membuka secara terbuka apakah yang telah beliau rancang dan di tulis tentang program ini. Apa yang menyebabkan DAP begitu terkelior dengan program ini tidak dapat diketahui oleh sesiapa.
Tetapi pemerhati politik yang bercakap dengan telus dan terang beranggapan yang DAP sememangnya berkehendakan berada dalam kerajaan kerana parti itu sudah merasakan keseronokan sebagai kerajaan di Pulau Pinang. “DAP has tasted blood, and they want to taste more” kata seorang pensyarah dari Universiti tempatan semasa minum petang dengan saya sehari dua yang lepas. “Now DAP is saying that MCA has no integrity by joining the government, as DAP wants to replace MCA if the NRP succeeds” katanya lagi.
Untuk melaksanakan NRP ini ia memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan bukannya pemimpin yang mengetuai kumpulan yang sedang berperang politik. Tidak mungkin Najib dan Muhyidin boleh melakukannya. Begitu juga bukan Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim melakukannya. Sememangnya yang Anwar berperang politik selama ini ialah untuk berada dalam kerajaan atau kalau boleh beliau hendak mengetuai kerajaan. Anwar begitu ‘frustrated’ dengan Dr Mahathir kerana memecat beliau dari UMNO sedangkan beliau mahu menjadi pemimpin utama diperingkat Presiden dalam parti itu.

Najib pemimpin boros satu ‘malapetaka’ bagi negara

SHAH ALAM 1 MAC: Laporan sebuah portal berita Indonesia yang membariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai lima pemimpin terboros dunia kerana sering berbelanja mewah disifatkan sebagai satu ‘malapetaka’ bagi negara ini.
Lebih malang lagi, ia berlaku tatkala rakyat sedang berdepan pelbagai keperitan ekoran kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga barang yang melampau, ditambah hutang negara kini mencecah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata keadaan ini akan menjadikan Malaysia tidak lagi dipandang tinggi meskipun negara memiliki pelbagai kemajuan setaraf peringkat antarabangsa.
Katanya negara jiran baik lebih maju mahupun ke belakang berbanding Malaysia pasti mula memandang sinis terhadap pencapaian ‘membanggakan’ ini.
“Malah pelancong datang juga mungkin bukan lagi untuk menikmati keindahan pemandangan dan kesedapan makanan, tetapi lebih berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kemewahan Perdana Menterinya.
“Jika hanya dalam tempoh lima tahun berkuasa sahaja Najib sudah berjaya membariskan namanya dalam ‘kelompok lima terbaik’ ini, pastinya jika diberi lebih masa makanya lebih banyak lagi ‘pencapaian’ mengkagumkan yang mampu dilakukannya atas nama dan kuasa sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu artikel di blog.
Shabudin berkata satu lagi bentuk kelemahan yang ditonjolkan Najib ini diibaratkan sebagai perangsang supaya posisinya sebagai pemimpin tertinggi negara perlu ditukar serta-merta.
Beliau berkata rakyat pada hakikatnya sudah cukup malu dan terhina atas tindakan Najib malah kemungkinan tidak sanggup untuk berdepan pelbagai gelaran lain seperti negara bakal bankrap, hutang paling tinggi dan sebagainya.

Presiden PAS: PRK Kajang mesej jelas PR berjaya satukan pelbagai kaum

segiempattepatPRKKAJANG 1 MAC : Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.
“Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN,” katanya.
Beliau berkata Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.
“Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,” katanya dipetik Harakah Daily.
Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

TS Khalid akui musuh politik daripada kalangan PKR, tetapi ia ‘perkara biasa’


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri.
Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini.
"Saya juga ramai musuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai pergelutan dalaman.
"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.
Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.

MB Selangor: ‘Jangan ambil kira sumbangan peribadi saya kepada parti’

mb1BhkJcMKCEAE9mXKSHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa.
“Jangan ambil kira pemberian saya kerana PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan bertanggungjawab.
“Kalau diambil kira, itu tak berapa ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.
Beliau berkata demikian pada program Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan Bersih, di kediaman rasminya di sini, malam tadi.
Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum.
Antaranya, menyelamat bangunan ibu pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri

PRK Dun Kajang : Kempen Disurau Dan Masjid, Umno BN Derhaka Titah Sultan !


Taib Mahmud benar-benar menjadi “Raja Brooke” di Sarawak

Taib Mahmud benar-benar menjadi “Raja Brooke” di Sarawak. Selepas meletak jawatan sebagai KM, Taib terus pulun jawatan TYT Sarawak.
 


Kisah kejayaan dan sumbangan terbesar UMNO

Oleh Ben Nizari

SELALUNYA saya cuma membaca kisah mengenai kebobrokan UMNO. Tentang penyelewengan, penindasan, salah guna kuasa dan sebagainya. Kadang-kadang saya jadi jemu. Dalam fikiran saya, tak akan tidak ada langsung kisah mengenai kejayaan UMNO sebagai parti pemerintah ‘paling berpengalaman’ di dunia.
Disebabkan itu saya terdorong untuk menulis mengenai kejayaan UMNO yang sering saja dilupakan oleh anak-anak Melayu terutamanya. Harap dapatlah membetulkan persepsi terhadap sumbangan UMNO-BN yang sering dilupakan.
Namun sebelum saya pergi lebih jauh, saya optimis punca kepada gejala lupa ini datangnya daripada orang UMNO juga.
Ingat lagi frasa ‘Melayu mudah lupa’?
Dikhabarkan frasa ini merupakan sejenis hipnosis atau subconscious technique yang digunakan seorang pemimpin tertinggi negara pada waktu itu bertujuan mahu melimitasikan daya ingatan dan fikiran anak-anak Malaysia terutamanya Melayu. Apabila frasa ini sering saja dilafazkan anak-anak Melayu itu sendiri maka hasilnya sangat memberangsangkan.
Anak-anak Melayu memang benar-benar sedang lupa. Lupa yang bagaimana?
Lupa bahawasanya Malaysia itu tidak dihuni oleh satu bangsa sahaja, yakni bangsa Melayu. Lupa bahawa kekayaan Malaysia bukannya untuk dimonopoli oleh orang tertentu sahaja. Dan lupa bahawasanya Malaysia ini sebenarnya hak milik kita bersama.
Sumbangan Terbesar UMNO
Hari ini, pemikiran sebahagian besar anak-anak Melayu seolah-olah mengalami fasa kegelapan. Yang ke hadapan menyuarakan pendapat dan menuntut hak sebagai rakyat itu hanya minoriti. Yang minoriti itu juga sibuk dan bertungkus lumus mencari pencerahan.
Bahkan wujud keadaan yang memaksa minoriti bergelut melawan dan berhadapan dengan penindasan aparat. Misal paling mudah apabila baru-baru ini, seorang pencetak T-shirt diburu kerana T-shirtnya didakwa mengancam keselamatan negara. Sama juga halnya dengan seorang penulis novel yang kelima-lima novelnya diharamkan sekaligus, bukan satu, tapi lima.
Anak-anak Melayu yang lain, sebenarnya mereka bukan hidup selesa sangat. Hakikatnya, mereka juga sering naik angin jika segala harga barang asyik naik, jika kerajaan tiba-tiba begitu cekap dan efektif berkempen mengenai pembayaran cukai, jika Pusat Zakat cukup lantang tentang hukum membayar zakat, jika intimidasi dan penindasan yang sering dilakukan rakan-rakan UMNO seperti NGO sembelih ayam tidak mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Jauh di sudut kalbu mereka marah. Namun apa yang mampu dilakukan anak-anak Melayu ini selain menconteng status beremosi di Facebook, Twitter dan sebagainya. Hendak keluar protes nanti dikata gila, hendak melawan nanti ditangkap pula, hendak bersama DAP nanti apa kata keluarga, saudara mara dan orang kampung.
Ini merupakan realiti situasi yang wujud hampir di mana-mana sahaja, baik di bandar apatah lagi di luar bandar. Walaupun keterbukaan minda di dalam proses pemulihan demokrasi ini sedang berlangsung, ia sebenarnya berlangsung dengan pemfasaan yang perlahan.

PRK Dun Kajang: MP PKR tempelak Waythamoorthy

G Manivanan berkata, gesaan pengerusi Hindraf supaya Umno-BN menjadi pilihan raya Kajang sebagai referandum untuk membantu masyarakat India sebagai tidak masuk akal.

PETALING JAYA: Ahli parlimen PKR  Kapar, G Manivanan menempelak bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri,  P. Waythamoorthy yang juga pengerusi Hindraf menggesa Umno-BN menjadikan pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai referandum untuk membantu masyarakat India.
Katanya, masyarakat India telah lama menyedari Umno-BN tidak mampu untuk menaik taraf kehidupan mereka dan hanya menggunakannya sebagai satu slogan retorik setiap kali pilihan raya.
“Malah, Waythamoorthy sendiri telah meletakkan jawatan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak kurang sebulan lalu  kerana kerajaan Umno-BN gagal berperanan sebagai kerajaan yang mengangkat martabat masyarakat India.
“Yang mengejutkan saya ialah mengapa saudara Waytha bersikap tidak masuk akal dengan melontarkan cabaran sebegitu.
“Oleh yang demikian, tidak ada gunanya membiarkan Umno-BN menabur janji palsu sekali lagi terhadap pengundi di Kajang terutamanya masyarakat India kerana rekod buruk mereka  terbukti gagal menangani isu-isu berbangkit masyarakat India selama ini,” kata Manivanan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, Waythamoorthy hanya melontarkan cabaran kosong yang langsung tidak membawa sebarang makna kepada nasib masyarakat India.
Untuk apa mencabar kerajaan yang sememangnya tidak mampu dan tidak mahu, membawa perubahan untuk masyarakat India, tambahnya.
“Waythamoorthy hanya bermain wayang dan membuang masa,” kata beliau lagi.

ONLY $ 1.2 bil & 15th on richest list? NONSENSE, Dr M's son is MUCH RICHER THAN THAT!

Every few days or so, Dr Mahathir Mohamad, our former Prime Minister, comes out with a new story lamenting the loss of Malay and Muslim power, and complaining how it is in fact the non-Malays or non-Muslims who are the ones that are really running the country.
There are many variants of this argument that he comes out with, such as that the DAP is running the show in Pakatan; or that PKR and PAS leaders have sold out to the DAP; or that the Christians have an ulterior motive in raising the Allah issue and are to be blamed for the rise in tension and resentment in the country.
In his latest skirmish with Muslim orthodox groups in his blog over his support of Kassim Ahmad who has been critical of the ulama class and its over-reliance on the Hadiths, Dr Mahathir has seen it fit to claim that the result of the ongoing schism in the Muslim world between those who are called ulama and the non-ulama is that "therefore Muslims have become weak and they have to beg for support from non-Muslims".
Why must he bring the non-Muslims into this latest controversy if not to stoke more fear and distrust among Muslim of their non-Muslim brothers and sisters. This was no spur of the moment, slip of the tongue or foot in the mouth accident. It was carefully crafted and meant to share with his Malay and Muslim audience at his blog, as well as for reproduction in the other media to “enlighten” the Muslims.
It seems so typical of Dr Mahathir to introduce his brand of racist or religiously bigoted thinking and argument into every controversy in the country, whether or not he is directly involved in it and regardless of whether there is any need or justification. "Pathetic" is the word that some would prefer to use to explain his behavior and conduct. I prefer to use the words "mischievous" and "evil".
Weathiest Malaysians - Why is Datuk Mokhzani so far down the list?
While Dr Mahathir is conspicuous for what he selects to focus his attack on, he is also unmistakable in what he deliberately chooses to ignore. Take for instance the list of the richest Malaysians of which two separate lists have recently appeared.
The first list is compiled by Malaysian Business and the second list by Forbes. In both lists. Datuk Mokhzani Mahathir, the son of the former prime minister has joined the ranks of the country’s richest men or billionaires.

MB Selangor: Perjanjian berat sebelah, Kerajaan Negeri kaji semula

.SHAH ALAM 1 MAC : Bagi memastikan hak rakyat terus terpelihara dan dilindungi, Kerajaan Negeri kini giat menyemak semula perjanjian usahasama syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan pihak swasta yang bersifat berat sebelah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti aset dan tanah milik GLC sebelum mengambil langkah memperbetulkan perjanjian didapati terlibat dalam urusan usahasama tidak adil.
Katanya, jika perlu Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih wajar termasuk merampas semula tanah terlibat dengan usahasama tidak menguntungkan.
“Pengalaman perjanjian usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Nusa Gapurna yang akhirnya menjadi kes mahkamah adalah satu daripada beberapa contoh perjanjian sedang disiasat dan disemak semula.
“Malah untuk PKNS sahaja, terdapat 30 perjanjian usahasama sedang disemak semula,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Israeli politicians demand Al Aqsa control


Kehebatan bangsa Melayu yg dikagumi dunia.......Hidup Melayu Tipu Melayu..!!


Isu Air Selangor: Tiba-tiba Pemimpin BN Puji TS Khalid Ibrahim...!!!

Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.

Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.

Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA).

Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.

"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.

"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."

"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.

Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."

Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.

Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.

Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?

PAS lancar Jentera PRK Dun Kajang, Tiada boikot kata Presiden PAS

Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap dalam pelancaran jentera Pemuda Pakatan Rakyat sempena PrK Kajang.

Hasrat UMNO/BN mau melihat kesatuan dan kesepakatan dalam gagasan Pakatan Rakyat pecah hampa sekali apabila Dato' Seri Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  turun ke Kajang melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat.

Isu saman RM2juta yang di gembar gemburkan seolah-olah berlaku pergeseran besar antara PAS/KEADILAN tidak lebih dari hembusan nafas dalam cawan.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat diTaman Mesra, Kajang .

Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.



Kehadiran semasa pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat PRK Kajang.

USTAZ AZHAR IDRUS ... PEMBERIAN BR1M TIDAK SETIMPAL....!!

KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

Rosmah Bekorban Apa Saja Untuk Rakyat- "Tetapi Jangan Sampai Berbogel"


Jika P Ramlee sanggup berkorban apa saja termasuk harta atau pun nyawa demi kasih yang sejati apa kurangnya isteri PM DS Rosmah yang terpaksa berkorban hobi kesukaannya bermain badminton hanya demi menumpukan masanya untuk rakyat.


Ini termasuk juga hobi nya di dalam bidang fesyen yang juga telah dicuri oleh rakyat. Rosmah juga merungut disebalik pengorbananya yang besar itu masih ramai lagi rakyat yang yang tidak kenang malah menyatakan beliau tidak betul.
Memetik dari lapuran Malaysiakini (pemenang the Best Online Media anugerah dari Zahid Hamidi) melapurkan-

“Everything has been taken away from me, including my time, including my hobbies. I don’t get to play badminton now because I am very busy doing things for the rakyat. If that is still not right then I don’t know what to say” (malaysiakini).

Sesungguhnya rakyat sungguh kejam kepada Rosmah. Apa lagi yang rakyat mahu?

Beliau dalam ucapannya semasa merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pernah merungut kepada suaminya kerana tidak dapat berpakaian cantik sekarang mungkin juga atas alasan rakyat telah mencuri pakaian cantiknya. 
Tidak mustahil sebelum pilihanraya ke 14 ini Rosmah akan terus melalut, merapu dan mereben. 

Walaubagaimanapun sama-samalah kita berdoa semoga isteri tercinta Perdana Menteri ini tidak sampai ke tahap berbogel kerana menyalahkan rakyat mencuri pakaiannya kelak.
 

 MUMMY ROKIAH

Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya..!! UMNO diambang kejayaan...


Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.
Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.
Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.
Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.
Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.
Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.
Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.
Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.
Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.
Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.
Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.
Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.
Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.

TS Khalid salur kenaikan gaji kepada tabung warisan Selangor (Tawas)


Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.  
Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalurkan keseluruhan kenaikan gaji yang diterimanya baru-baru ini kepada Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).
Perkara itu disahkan pegawai di Pejabat Menteri Besar kepada The Malaysian Insider, yang berkata jumlah yang disumbangkan Khalid adalah RM15,074.85.
"Betul, beliau sumbangkan kenaikan gaji menteri besar kepada tabung Tawas," kata pegawai tersebut ketika dihubungi.
Dokumen berupa surat rasmi berkenaan perkara itu yang diperoleh The Malaysian Insider turut menyatakan perkara sama.
"Saya dengan ini menyumbang semua wang kenaikan gaji tersebut sebanyak RM15,074.85 ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) melalui potongan gaji saya bermula bulan Januari 2014 dan seterusnya," kata surat rasmi Khalid yang diserahkan kepada Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.
Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Surat bertarikh 28 Januari 2014 itu turut menyatakan, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari 2014 meluluskan pemotongan sebanyak RM4,250 sahaja daripada keseluruhan RM29,250 gaji menteri besar.
Melalui sumbangan Khalid itu, beliau hanya menerima gaji asal menteri besar sebanyak RM14,175.15.
Pengumuman kenaikan gaji menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sehingga 300% menimbulkan kontroversi.
Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, Mohamed Azmin Ali, turut mempertikaikan keputusan tersebut, dengan berkata kenaikan berkenaan terlalu besar.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik kenaikan berkenaan.
Khalid berkata kenaikan gaji berkenaan dibahaskan di DUN dan tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana ahli DUN, sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) sebelum ia diluluskan.

Presiden PAS: Kajang medan Pakatan tewaskan BN

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah medan bagi Pakatan Rakyat (PR) menewaskan Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PR bagi menghadapi PRK Kajang malam tadi, Hadi menegaskan dengan keputusan PRK itu akan memberikan mesej kepada BN bahawa rakyat menolak parti kerajaan itu.
"Pilihan raya ini adalah mahkamah rakyat untuk memberi mesej kepada BN. Kepada Putrajaya. Kita berjaya menafikan undi popular BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun mereka memerintah negeri lebih banyak, tetapi kita mempunyai rakyat lebih besar.
“Ini mesej rakyat sebenar. Kita mahu Kajang melonjakkan mesej ini untuk mengatakan bahawa rakyat akan terus mempertahankan rakyat dengan undi yang lebih," kata Hadi di hadapan penduduk Taman Mesra, Kajang dalam kemunculan pertamanya sejak kempen bermula bulan lalu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) semalam bagaimanapun berkata, musuh utama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi kerusi DUN Kajang adalah masalah dalaman PKR dan PR sendiri.
Veteran DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.
"Musuh sebenar di Kajang bukan MCA atau Umno, tetapi dari dalam PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu mensasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej bahawa. Putrajaya menanti perubahan dalam PRU ke-14," kata ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur.
"Dalam PRK Kajang, kekalahan sebenar adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.
Hadi dalam ucapannya berkata, PRK DUN Kajang bukanlah setakat pertandingan antara PR dan BN Kajang, tetapi juga keseluruhan jentera kerajaan pusat.
"Kita bukan sahaja berdepan BN Kajang. Kita berdepan kerajaan pusat, parti komponen BN, dan seluruh jentera BN akan dikerah ke Kajang ini," katanya, dan menyeru rakyat bersatu memastikan kemenangan Anwar di Kajang.
Lim dalam kenyataannya semalam juga menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, 3 juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
Kajang juga jelas Hadi adalah simbol kepada seluruh Malaysia ini yang menyokong PR, sekaligus menunjukkan laluan kepada pembangkang itu untuk ke Putrajaya.