Jumaat, 28 Februari 2014

Khalid to contest PKR Deputy President post

MB Selangor umum tanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

SHAH ALAM 28 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan kepimpinan parti itu.
“Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR,” katanya yang segak bersongkok dan berbaju Melayu krim pada Majlis Kasih Bertaut yang  disambut sorakan gamat penyokongnya.
Antara pimpinan yang hadir ialah Senator Syed Shahrir Syed Mohamud, Pakar Perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari dan bekas pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub.
Penyandang jawatan itu ialah Mohamad Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.
mb1BhkJcMKCEAE9mXKPemilihan pucuk pimpinan PKR diadakan pada 25 April hingga 11 Mei depan mengikut zon.
Pengundian dimulakan dengan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 25 hingga 27 April depan, diikuti negeri Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.
Pemilihan bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.
Hari penamaan calon bagi jawatan peringkat pusat ditetapkan pada 29 Mac manakala 4 April bagi peringkat cabang.
Barisan kepimpinan baharu parti itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei depan.
PKR mempunyai 500,000 ahli berdaftar dan Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Kedah mencatat keahlian tertinggi.

Dulu Tembak, Kini Pengerusi MyWatch Sanjeevan Nyaris Dilanggar

Pengerusi MyWatch Sanjeevan nyaris dilanggarKUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Pemantau Pencegah Jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan nyaris dilanggar individu tidak dikenali yang menaiki kereta di Bahau, Negeri Sembilan dalam kejadian pada petang Jumaat.

Sanjeevan dalam tweetnya mendakwa dia hampir diserang dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil dengan no plat pendaftaran WJH 2664 namun berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku beberapa jam selepas Sanjeevan memuat naik sekeping gambar dari dalam sebuah pusat perjudian haram di Jempol.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Sanjeevan dalam nada sinis turut menyatakan kawasan Jempol tidak mempunyai pusat perjudian haram.

sanjeevan

Dia turut memuat naik sekeping gambar yang didakwanya sarang pelacuran terbesar di Bahau.
Sanjeevan turut mendakwa telah menghubungi pihak Polis respon daripada mereka.

sanjeevan_kancil

Sebelum ini Sanjeevan terselamat daripada cubaan bunuh di Bahau selepas dia ditembak oleh penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran rumahnya.

Dia kemudiannya berada dalam keadaan kritikal dan koma selama 35 hari.

MANA ADA SAMA UMNO TOLAK ISLAM...TOLAK NABI MUHAMMAD SAW... MANA ADA SAMA...TOLAK SATU AYAT = SAMA TOLAK ISLAM...!!!



PBS: Pengumuman Muhyiddin tak senada arahan kementerian

Mohd Nor Izzat Mohd Johari 
SHAH ALAM – Penangguhan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekadar untuk meredakan bahang kepincangan sistem pendidikan itu, kata Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurutnya pengumuman penangguhan serta-merta yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan itu tidak senada dengan arahan terbaru kementerian kepada pihak sekolah.

“Setelah Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penangguhan pelaksanaan PBS serta-merta, semua guru sempat menarik nafas lega.

"Akan tetapi, saya khuatir penangguhan ini sekadar meredakan 'bahang' kepincangan PBS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, KPM cuba mengaburi isu tersebut dengan mengumumkan penangguhan sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

"KPM tetap mahu meneruskan PBS walau apapun. Kenyataan mereka hanya utk kaburi isu ini," katanya.

PR akan berhati-hati terima projek kerajaan BN - Naib Presiden PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - PR menyatakan akan terus mengamalkan prinsip keterbukaan untuk bekerjasama dengan kerajaan BN demi kepentingan rakyat namun masih perlu berhati-hati dalam membuat keputusan.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PR akan terus menerima usaha kerajaan yang dilakukan terhadap rakyat.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan BN juga tidak wajar melakukan sesuatu perkara dengan menggelarkan projek rakyat namun untuk kepentingan politik parti mereka.

"Kita alu-alukan apa juga projek yang dilihat untuk membantu rakyat.

"Namun apa yang kita lihat sekarang ini kerajaan BN pula yang bertindak menyekat bantuan tersebut contoh pembinaan lebuh raya di Kelantan dan sebagainya.

"Kita bagaimanapun perlu meneliti supaya tidak hanya lebih memihak kepada politik BN berbanding rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Rabu lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin PR telah bersetuju menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung krisis air yang melanda negeri itu setelah lima tahun ia ditangguhkan.

Media Jepun: Anwar pemimpin berkarisma Asia

dsai_jepun2TOKYO, JEPUN 28 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.
“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.
Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.
“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).
“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut.
Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.
Tambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.
“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.

MOU Air Selangor: Seperti UMNO, PKR juga wujud 'rent seekers' yang ganas..!!

Aspan Alias

Tan Sri Khalid Ibrahim memeterikan MOU dengan kerajaan pusat tanpa memberitahu pimpinan PKR untuk mengelakkan ‘rent seekers’ dari mempengaruhi perjanjian dan urusan untuk menyelesaikan isu air terawat diantara kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kata Khalid beberapa orang pimpinan PR telah menemukan beliau dengan beberapa orang untuk menentukan nilai dan harga aset air di Selangor.
Khalid berkata beliau merupakan ‘investment banker’ yang berpengalaman dan beliau tidak mahu ‘principal’ yang penting di ikuti iaitu untuk menilai aset dahulu baru ditetapkan harganya. Tetapi di sebaliknya mereka (pimpinan PKR) mahukan ditentukan harganya dengan tinggi dahulu baru di buat penilaian mengikut harga yang telah ditetapkan itu.
Menentukan harga dan tentukan nilainya mengikut harga yang dipersetujui itu, merupakan perkara yang sangat selalu kita dengar dan itu merupakan perkara yang selalu dilakukan oleh projek-projek besar dalam kerajaan UMNO. Itu yang menyumbang kepada korupsi yang begitu menular dalam BN. Itu pun yang rakyat marah dan memilih untuk memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PKR dalam pilihanraya dahulu di Selangor.
Tetapi apabila PKR mentadbir, perkara yang sama nampaknya berlaku juga dan itu yang membuatkan Khalid tidak berpuas hati dan melaksanakan apa yang telah terurus dengan kerajaan Persekutuan dengan cepat tanpa memberi tahu parti terlebih dahulu. Zaid Ibrahim, bakal calon bebas, dalam PRK Kajang telah menyebut isu Anwar mahu menjadi MB Selangor untuk mempengaruhi ‘deal air’ yang merupakan satu ‘exercise’ yang begitu besar itu.
Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk merasa yakin terhadap kenyataan beliau (Zaid) yang Anwar juga tidak terlepas dari budaya dalam UMNO itu. Maka tidak salah jika saya katakan beberapa kali dalam blog ini yang Anwar merupakan seorang yang mempunyai DNA yang menebal dalam dirinya. Dalam sejarah Anwar, beliau tidak pernah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh UMNO semasa beliau berada di dalamnya, malahan beliau merupakan ‘proponent’ terbesar dalam pembentukan budaya ‘rent seeking’ ini.
Tetapi malangnya beliau dipecat dan baru lah beliau bercakap dengan nada yang nyaring yang UMNO di saratkan dengan budaya ‘rent seeking’ yang susah untuk dikawal. Tetapi kecenderungan budaya yang sama berlaku dalam PKR, juga nampaknya sangat besar dan ia diakui oleh Menteri Besar dari parti itu sendiri. Saya yakin dengan kata-kata TS Khalid ini kerana beliau merupakan ‘boss’ saya agak banyak tahun  juga, semasa saya berkhidmat dengan sebuah agensi pelaburan kerajaan yang besar dalam mana TS Khalid adalah ketuanya. Budaya kerja dan sikapnya mengenai tindakan yang ‘professional’ tidak pernah diabaikan beliau.
Dalam perjanjian yang ditanda tangani tiga hari yang lepas, Kerajaan Selangor akan mengambil alih semua aset air di Selangor yang dipegang oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat pengeluar air Selangor (Splash) dan Konsortium ABASS (ABASS) dengan harga RM 9.6 billion.

Penyahsenaraian Bernas: Siapa yang mahu Najib lindungi?

Dr Dzulkefly Ahmad

Tawaran Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk membawa Padiberas Nasional Berhad (Bernas) keluar daripada Bursa Malaysia atau “penyahsenaraian” dibuat untuk kali kedua pada 4 Februari lalu. Cubaan pertama dibuat tokoh korporat ini pada bulan Mac 2013.
Peguam Ilustrasi Hikmat, syarikat pemegang saham minoriti yang menyaman Syed Mokhtar, Bernas dan Tradewinds (M) Berhad, mendakwa wujud bukti dalam terma-terma penswastaan serta perjanjian antara kerajaan dan pemilik Bernas asal yang tidak mengizinkan Bernas dimiliki oleh “satu” individu.
Peguam Ilustrasi Hikmat membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah kalah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 27 November, 2013. Ekoran itu, syarikat ini mendapat penangguhan perbicaraan atau “stay of proceeding” atas perbicaraan rayuan mereka Disember lalu.
Mereka juga memohon untuk memberikan bukti-bukti baru dalam rayuan dan Mahkamah Rayuan menetapkan 30 April depan bagi mendengar pengurusan kes atau “case management”.
Ini pastinya akan mengendalakan Bernas untuk dibawa keluar daripada bursa. Andainya kemenangan berpihak kepada Ilustrasi Hikmat, ini akan  menggagalkan sama sekali harapan Syed Mokhtar untuk menjadikan Bernas miliknya. Perhatian para penganalisis rata-rata menumpu kes membabitkan usaha tokoh korporat ini menambah penguasaan empayarnya.
Dalam waktu keghairahan usaha ini wujud satu kepelikan. Setelah gagal meyakinkan pemegang saham menjual saham mereka pada harga RM3.70 seunit Mac lalu, mengapa tokoh koroporat ini masih menawarkan harga yang sama pada cubaan kedua?
Tentunya harga RM3.70 seunit tidak akan mengundang apa-apa respon yang positif daripada kelompok yang sama.
Bezanya beliau dikatakan percaya Bernas melepasi segala gendala perundangan dan dakwa-dakwi pihak pemegang minoriti. Ada juga yang menelah Syed Mokhtar kini lebih yakin, kerana “jaminan” Bernas akan disenarai semula dan pihak-pihak minoriti tertentu diberikan keutamaan memiliki saham Bernas nanti.
Lebih jelas lagi Menteri Pertanian dan Asas Tani (26 November, 2013) membuat pernyataan wujud perjanjian bertulis dengan kerajaan, Bernas ketika disenaraikan semula nanti, berjanji akan memberikan peruntukan 5% saham kepada dua pihak pemegang saham minoriti yakni Nafas (Persatuan Peladng Kebangsaan) dan Nekmat (Persatuan Nelayan Kebangsaan).
Munasabah untuk difahami bahawa kedua-duanya akan mendapat “durian runtuh” kalau Bernas membeli pegangan saham mereka dalam proses “penyahasenaraian”. Mereka mewakili kepentingan petani padi dan pengilang padi yakni Nafas dan golongan nelayan iaitu Nekmat. Kini Nafas dan Nekmat memegang sejumlah 7.13% saham minoriti Bernas.

Tangguh PBS hanya kelegaan sementara - SGMM

KUALA LUMPUR: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini melihat kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penangguhan serta merta pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberikan guru sempat menarik nafas lega.

Namun kata Ketua Gerak Kerja (Penaja) SGMM, Mohd Izzat Mohd Johari, beliau khuatir penangguhan ini sekadar meredakan bahang kepincangan PBS.

"Saya tidak nampak apa yang dilakukan oleh menteri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari penangguhan tersebut.

"Apa yang kita lihat ada usaha dari pihak KPM ingin meneruskan PBS dalam masa terdekat.

"Umum penangguhan, tapi apa kajian yang dilakukan KPM terhadap PBS, kita sendiri tidak tahu," jelas beliau.

Mohd Izzat ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan PBS diterima seluruh masyarakat, berkata: "Idris kena tunjukkan bukti jelas kepada seluruh masyarakat tentang apa yang beliau katakan itu, apa bukti masyarakat terima.

"Hanya sekadar cakap dan tanpa bukti itu suatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Beliau yang kecewa dengan sikap KPM yang tidak mempunyai pendirian tegas dalam soal PBS, sehinggakan seluruh guru di Malaysia berbelah bahagi sama ada hendak meneruskan PBS atau tidak.

"Jika tangguh, akan hadapi masalah lain iaitu pertindanan kerja yang terlalu banyak, malah murid pula akan dibebani banyak kerja.

Fitnah Video Seks: Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf

papagomoKUALA LUMPUR 28 FEB: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.
Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.
” Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)

Taib akan terus berkuasa, pengaruhi keputusan kerajaan Sarawak

KUCHING 28 FEB: Walaupun jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) menghadkan Tan Seri Taib Mahmud dari pemerintahan negeri dan tidak boleh terlibat dalam perniagaan, bekas Ketua Menteri itu dilihat akan mempengaruhi keputusan berkaitan pentadbiran Sarawak.
“Walaupun mengikut perlembagaan dia tidak boleh mentadbir, kuasanya tetap akan lebih daripada Ketua Menteri.
“Secara tidak langsung dia masih lagi ketua, boleh mempengaruhi keputusan dalam pentadbiran negeri,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari,
Kata Nazib, Taib akan menguatkan proksinya melalui perlantikan Ketua Menteri (Adenan Satem) yang baru untuk meneruskan apa yang telah dilakukan selama dia menjadi Ketua Menteri sebelum ini.
“Walaupun jawatan TYT ini hanya sebagai penasihat, bila dia dah ada di atas lebih besar dan tinggi daripada Ketua Menteri, dia masih ada kuasa,” kata Nazib kepada Keadilandaily.
Taib yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri hari ini digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru pada hari Sabtu.
Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian telah menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar bagi memberitahu kekosongan kerusi tersebut.

Negara terjejas di bawah Menteri Kewangan ‘sambilan’

KUALA LUMPUR: Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera, kata Liew Chin Tong.

Jika tidak, kata Ahli Parlimen Kluang itu, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan ‘sambilan’.

Menurutnya, ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

“Amalan Perdana Menteri beperanan sebagai Menteri Kewangan adalah trend yang tidak sihat untuk ekonomi negara,” ujarnya yang Pengarah Pendidikan Politik DAP dalam satu kenyataan, sepertti di bawah.

Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera. Jika tidak, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan “sambilan”. Ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

Dalam masa terdekat, ekonomi Malaysia berkemungkinan berdepan dengan cabaran berikut, terutamanya:

1) Potensi kemelesetan ekonomi

Pelbagai pemotongan subsidi (petrol, elektrik dan lain-lain) serta pengenalan kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menekan permintaan domestik apabila semakin ramai rakyat biasa merungut tentang kenaikan harga.

Permintaan luar tidak mungkin meningkat begitu banyak disebabkan pasaran pekerjaan yang begitu lemah di Eropah dan Amerika Syarikat (dengan itu tidak mampu untuk menggunakan produk kita). Kesannya, berkemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi.

2) Kesan penirusan Pelonggaran Kuantitatif

Tiada seorang pun di dari kerajaan membincangkan secara serius kesan penirusan Pelongaran Kuantitatif oleh Rizab Persekutuan AS ke atas Malaysia.

Adalah besar kemungkinan Dolar AS akan terus meningkat berbanding Ringgit dan pada masa yang sama kadar faedah akan naik. Apa yang menanti perniagaan dan ekonomi Malaysia secara lebih luas sekiranya kejadian itu berlaku?

3) Potensi gelembung hartanah

Musuh sebenar Anwar di Kajang dari PKR, Pakatan bukan BN, kata Kit Siang


Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar. – Gambar fail.Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar. – Gambar fail.Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar).
Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.
"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.
"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.
Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.
"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.
Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
"Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali  seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya," katanya.

Ada yang tidak kena dengan perjanjian air Selangor..??


Sementara itu, terowong pemindahan air Pahang-Selangor pula dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion dengan pelan pembayaran 40 tahun. – 28 Februari, 2014.Sementara itu, terowong pemindahan air Pahang-Selangor pula dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion dengan pelan pembayaran 40 tahun. – 28 Februari, 2014.Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.
Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.
Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA).
Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.
"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.
"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."
"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.
Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."
Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.

MoU tidak terikat di sisi undang-undang, kata pakar perundangan


Pakar perundangan menolak dakwaan timbalan perdana menteri mengatakan perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal.
Pakar perundangan menegaskan MoU bukan sebuah dokumen yang mengikat secara sah di sisi undang-undang dan menyatakan pihak yang menandatangani mungkin masih diperingkat perbincangan.
Peguam, Syahredzan Johan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa MoU hanya mencerminkan niat pihak tertentu untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.
"Ia biasanya ditandatangani apabila mahu bekerjasama tetapi tidak sah mengikat di sisi undang-undang antara satu sama lain," kata Syahredzan.
Merujuk kepada MoU antara Selangor dengan Putrajaya, Syahredzan berkata ia tidak mengikat secara sah disisi undang-undang, maka ia boleh terbatal.
"Bagaimanapun, saya bercakap daripada sudut tidak melihat kandungan MoU yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat.
"Apa yang penting ialah kandungan dokumen itu, bukan labelnya. Sebuah dokumen boleh jadi mengikat disisi undang-undang dan ia boleh lagi dipanggil MoU," kata Syahredzan lagi.
Bagaimanapun, Syahredzan berkata jika dokumen yang ditandatangani diungkapkan sebagai MoU, maka ia tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang.
"Jika kedua-dua pihak memutuskan untuk membatalkan MoU atas apa jua alasan, maka satu pihak lagi tidak boleh mengambil tindakan kerana melanggar MoU itu."
"Saya rasa sebagai contoh MoU yang ditandatangani oleh Selangor dan Putrajaya, ia berkaitan dengan membeli syarikat konsesi air dan mendapatkan kelulusan bagi loji rawatan air Langat 2."
Syahredzan berkata MoU tidak semestinya membolehkan perjanjian tersebut dilaksanakan, memandangkan perjanjian yang lebih mengikut prosedur masih lagi diperlukan.
"Perjanjian mengikut prosedur diperlukan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air, seperti yang dilaporkan," kata Syahredzan.
Satu perjanjian lain juga diperlukan bagi pembinaan projek rawatan air Langat 2.
Seorang hakim bersara juga bersetuju dengan komen Syahredzan yang menegaskan MoU sekadar menunjukkan pihak yang terlibat mungkin masih di peringkat rundingan.

Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR 2014

Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

"Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden," kata Setiausaha Politiknya,  Azman Abidin kepada Malaysiakini.

Jemputan rasmi yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut",  tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking".

Senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua

KUALA LUMPUR: Berikut senarai kawasan terbabit dengan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula Ahad ini sehingga 31 Mac diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.
  
    GOMBAK
    ------
    (ZON 1)
    1. Taman Keramat AU1
    2. Taman Keramat AU2
    3. Taman Keramat AU4
    4. Taman Keramat AU5
    5. Seksyen 10 Wangsa Maju
    6. Villa Wangsa Maju
    7. Bukit Wangsa Mas
    8. Bandar Manjalara
    9. Sunway Harmoni
    10. Sunway SPK
    11. Desa Aman Puri
    12. Taman Industri Ehsan Jaya
    13. Seksyen 5 Wangsa Maju
    14. Seksyen 6 Wangsa Maju
    15. Sebahagian kawasan AU4 Keramat
    16. Taman Bukit Wangsa Mas
  
    (ZON 2)
    1. Kampung Sungai Merali
    2. Kampung Puah
    3. Kampung Padang Balang
    4. Kampung Bandar Dalam
    5. Taman Ibukota
    6. Air Panas Setapak
    7. Taman Setapak
    8. Kampung Lee Kong Chian
    9. Kampung Sungai Mulia
    10. Taman Suria Setapak
    11. Taman Setapak Permai
    12. Kampung Kuantan Gombak
    13. Taman Bukit Maluri
    14. Sektor A Bandar Sri Damansara (SD7-SD13)
    15. Seksyen 1, Wangsa Maju
    16. Seksyen 2, Wangsa Maju
    17. Seksyen 4, Wangsa Maju
    18. Danau Kota (kawasan A)
    19. Jalan Usahawan
    20. Wangsa Melawati
    21. Wangsa Delima
  
    KUALA LUMPUR
    ------------
  
    (ZON 1)

Selangor bantu Syabas tambah lori agih air

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan membantu Syabas melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi kerajaan dalam menambahkan lori-lori tangki atau lori kargo serta pemandu bagi tujuan penghantaran air.

Bukan itu sahaja, kerajaan Selangor juga akan membantu untuk menguruskan penggunaan khidmat Rela dalam membantu Syabas menghantar air melalui lori tangki.

Menurut wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Nor Azmie Diron pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Syabas semalam dan bersetuju dengan langkah catuan air peringkat kedua yang akan berjalan selama sebulan.

"Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Syabas semalam dan kerajaan negeri telah bersetuju dengan plan jadual catuan air ini,"katanya dalam sidang media di oejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sehubungan itu, Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim berkata, pihaknya telah memutuskan supaya pengagihan air berjadual akibat pelepasan dari empangan Selangor dan empangan Klang Gates akan dimulakan pada 2 Mac sehingga 31 Mac 2014.

Catuan air: 2.2 juta lagi rakyat terjejas mulai 2 Mac ini

MoU penstrukturan air kerjasama strategik Kerajaan Pusat dan Selangor


CBS host Bob Simon calls for AJ staff release

Terbaik Di Dunia Mereka...!!


Idris Jusoh..!! Tunjukkan bukti masyarakat mahu PBS

KUALA LUMPUR 28 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) meminta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menunjukkan bukti golongan pendidik dan ibu bapa di negara ini yang mahu meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
“Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh (yang) menyatakan bahawa PBS adalah permintaan masyarakat.
“Saya memohon agar Datuk Seri Idris Jusoh tunjukkan di mana bukti yang dikatakan masyarakat mahu PBS?,” kata Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Ketua Gerak Kerja (Penaja) SGMM.
Idris sebelum ini dilaporkan berkata bahawa, PBS akan diteruskan kerana sistem ini dikehendaki rakyat dan penangguhan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin hanya untuk penambahbaikan.
“Saya kecewa. kerana saat ini seluruh guru di Malaysia berbelah bahagi samada nak teruskan PBS atau tangguh.

Kadir Jasin: Najib dan Anwar patut berpakat menentang Dr Mahathir dan Daim..!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.
"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.
"Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.
Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang.
"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.
Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara.
Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.
Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.

Rekod Dunia Lagi: PRU13 di senarai sebagai antara pilihan raya yang punya integriti terendah di dunia...SPR hebat dalam kerja hampeh ini...!!!

Ini adalah hasil daripada satu projek kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh sepasukan penyelidik di Jabatan Perhubungan Kerajaan dan Antarabangsa di University of Sydney dan juga John F. Kennedy School of Government di Universiti Harvard.

Yang mana ianya telah mendedahkan di kebanyakan negara, hari pengundian berakhir dengan pertikaian tentang penipuan undi , rasuah dan daftar-daftar yang cacat.

Di negara-negara seperti Kemboja, Thailand dan Malaysia, sebagai contoh, baru-baru ini pilihan raya berakhir dengan bantahan besar-besaran, aduan pembangkang dan kebuntuan politik.

Kesan dari apa yang dipertikaikan itu ianya melemahkan kesahihan kerajaan dan kepercayaan dan keyakinan orang ramai dalam pilihan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Ni sebahagian dari apa yang the Washington Post laporkan..

Where are the flawed elections?

This annual report evaluates all national parliamentary and presidential contests occurring in 66 countries worldwide holding 73 election from July 1, 2012, to Dec. 31, 2013 (excluding smaller states with a population below 100,000), from Albania to Zimbabwe.

Data is derived from a global survey of 855 election experts. Immediately after each contest, the survey asks domestic and international experts to monitor the quality based on 49 indicators.

These responses are then clustered into eleven stages occurring during the electoral cycle and summed to construct an overall 100-point expert Perception of Electoral Integrity (PEI) index and ranking.

Several major new findings emerge from the EIP research.

~ Headlines often focus on problems occurring on polling day. Yet as figure 1 illustrates, lack of a level playing field in political finance and campaign media was seen by experts as the most serious risk to integrity worldwide.

These problems were found in many countries, with campaign finance the weakest part of the electoral cycle. By contrast, the vote count was seen as least problematic.

Terbaik di dunia. Pujilah..!!


Kes fitnah Papagomo: Anwar dapat gantirugi RM800,000 dan kos RM50,000

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.


"RAKYAT AMBIL SEMUA DARI SAYA"....TAPI SAYA.....!!!

HANYA TINGGAL YANG INI UNTUK BUAT PUSAKA..!!!

FITNAH VIDEO SEKS: MAHKAMAH TINGGI MEMERINTAHKAN PAPAGOMO BAYAR RM800,000 KEPADA ANWAR TIDAK TERMASUK KOS ..!!!

Papagomo telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini supaya membayar RM800,000 tidak termasuk kos kepada DSAI kerana didapati bersalah memfitnah DSAI dalam isu video seks.

Apabila keputusan dibacakan air muka Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris terus pucat lesi mukanya sambil berkata da bukannya papagomo.

BN sedia formula terbaik di Kajang

SHAH ALAM - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mengakui parti itu mempunyai formula sendiri yang  diaturkan untuk menarik pengundi.

Beliau yang juga Naib Presiden MCA berkata, parti telah menyusun strategi terbaik dan menyediakan jentera untuk melakukan persiapan menghadapi PRK tersebut.

“Jentera komponen parti juga sudah mula melakukan persiapan terdiri daripada barisan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Bukan sahaja pengundi Cina mahu ditarik untuk memberi kepercayaan BN, tetapi kaum lain juga amat kami titik beratkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, semua jentera akan melakukan kerja sebaik mungkin demi memastikan pengundi percaya dengan kesungguhan BN kali ini.

“Mesti kerja kuatlah untuk tarik pengundi demi mendapat kemenangan.

"Saya juga ada turun padang untuk bertemu masyarakat sekitar,” katanya.

PRK Dun Kajang: Zaid tak relevan, bakal hilang deposit – Karpal

KUALA LUMPUR: “Zaid Ibrahim tidak relevan. Kita tidak perlu buang terlalu banyak masa, walaupun untuk berbincang mengenainya,” kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berhubung niat bekas menteri Umno itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Beliau berkata demikian pada sesi wawancara Roketkini di pejabat guamannya, di sini, semalam.

Malah, katanya lagi, Zaid berkemungkinan besar akan kehilangan wang deposit jika meneruskan niatnya bertanding.

Pada 16 Februari lalu, Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRK itu, dengan alasan untuk mematahkan apa yang dipanggil sebagai ‘langkah Kajang’.

Mengulas lanjut, Karpal berkata lagi, beliau tidak melihat ada sebarang sebab untuk bekas Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di sana.

“Tentunya, kecuali untuk kacau Anwar Ibrahim,” kata ahli politik veteran itu lagi.

Pakatan abai rayuan pertikaian pilihan raya, pilih reformasi, kata ahli Parlimen



Pakatan inginkan SPR menjalankan pengundian lebih adil dan telus bagi memenuhi hak rakyat. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014. 
Pakatan inginkan SPR menjalankan pengundian lebih adil dan telus bagi memenuhi hak rakyat. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.Kegagalan memenangi petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan di mahkamah, Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pertaruhan lebih baik bagi memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri dalam pilihan raya akan datang dengan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan menjalankan persempadanan pilihan raya secara adil, kata peguam bagi tiga parti pembangkang itu.
Mereka mengatakan cubaan mendapatkan keadilan undang-undang dalam petisyen adalah kerja sia-sia, berdasarkan keputusan daripada pendengaran di mahkamah.
Para peguam kanan, yang juga ahli Parlimen berkata, PR perlu memastikan SPR mengendalikan pilihan raya yang adil dan bebas bagi pihak pembangkang dan calon bebas terhadap calon Barisan Nasional (BN).
Apa yang lebih utama, mereka berkata kempen kesedaran yang padu perlu dilancarkan untuk mendidik orang ramai bahawa pilihan raya mesti dimenangi melalui peti undi dan bukan membawanya ke mahkamah disebabkan amalan penipuan dan rasuah.
Sebanyak 58 petisyen difailkan di Semenanjung dan 11 di Sabah dan Sarawak selepas PRU13. Namun, hanya satu didengar kerana merit, tetapi ia akhirnya ditolak.
Respon mereka adalah disebabkan penolakan petisyen mahkamah pilihan raya oleh PAS dan PKR walaupun Mahkamah Persekutuan meremit kes yang melibatkan Bagan Datoh, Tapah, Ketereh, Machang dan Lubuk Merbau ke Mahkamah Pilihan Raya untuk pendengaran kes dengan memanggil para saksi.
Peguam R Sivarasa (gambar) berpendapat, tindakan memfailkan petisyen selepas pilihan raya umum adalah satu pembaziran masa dan wang.
"Para calon atau pengundi yang memfailkan petisyen dikenakan kos yang besar dan ini dilihat sebagai hukuman dikenakan oleh mahkamah,"kata Sivarasa yang juga ahli biro politik PKR kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, PKR berjaya mengumpulkan kira-kira RM1.5 juta sebagai kos bagi dibayar kepada calon BN dan SPR.
Sivarasa berkata, secara purata mahkamah pilihan raya mengenakan kos sebanyak RM80, 000 selepas mendengar bantahan awal berbanding kes sivil biasa yang berjumlah antara RM5,000 dan RM10, 000 sahaja.
Peguam itu juga khuatir orang ramai akan mengambil tidakan lebih radikal pada masa hadapan apabila menyedari bahawa akses kepada keadilan di mahkamah adalah mustahil.
"Apakah kekecewaan orang ramai ke atas keputusan pilihan raya bakal menyebabkan  mereka memilih tindakan menyalahi undang-undang seperti demonstrasi jalanan? "katanya.

Wanita Paling Sebok Didunia: Kesian Rosmah Mansor....

Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, "semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat".

Ucapan Rosmah ini agak menghairankan kerana siapa yang menyuruhnya sibuk-sibuk atau menyibukkan diri menjaga rakyat. Tiada siapa yang memintanya berbuat demikian, bahkan beliau tidak dibayar gaji pun untuk menjaga rakyat. Beliau bukanlah wakil rakyat, menteri atau seumpamanya.

Beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri yang perlu menyokong kerjaya dan menemani suaminya dalam program-program tertentu yang memerlukan kehadirannya. Tetapi ketika Najib ke pejabat, tidak perlulah beliau ke pejabat sama. Tiada siapa yang marah jika ketika Najib ke pejabat, beliau hanya berehat di rumah dan tidak berjumpa rakyat.

Sebagai isteri Perdana Menteri atau bahasa canggihnya, First Lady, bagaimanapun beliau bolehlah mengaktifkan dirinya dalam program-program ringan seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana isteri pemimpin lain di dunia ini. Isteri Presiden Amerika, Michelle Obama misalnya sering terlibat dalam program-program santai seperti bersama kanak-kanak, wanita, menghadiri program kebajikan, pertunjukan fesyen amal dan sebagainya.

Jika ditambah dengan program Permata pun, Rosmah sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Tapi kenapa semua masanya diambil oleh rakyat sampai tiada masa bermain badminton? Adakah Najib menderanya untuk melakukan kerja-kerja bertemu rakyat?

Rosmah sebenarnya tidak perlu mengeluh kerana tiada siapa mewajibkannya melayan rakyat daripada pagi sampai petang dan kemudian bersambung hingga ke malam. Kerja melayan rakyat adalah kerja suaminya, menteri-menteri adan wakil rakyat yang sudah dibayar gaji oleh kerajaan.

Presiden KEADILAN & Pas lancar jentera PRK Pemuda Pakatan Rakyat

pemuda_PRKAJANG 28 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melancarkan bilik gerakan Pemuda Pakatan Rakyat PRK Dewan Undangan Negeri N25, hari ini.
Majlis pelancaran akan bermula pada jam 9 malam bertempat di Padang Rekreasi Taman Mesra, Kajang.
Turut dijangka hadir, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong.
Sayap pemuda Pakatan Rakyat iaitu Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dewan Pemuda Pas dan DAPSY kini telah bersiap sedia menyusun gerak kerja kempen bagi bagi PRK Kajang melalui program penerangan, ceramah, temurapat dan sebagainya.
Anak muda dan orang ramai yang tinggal di Kajang dan kawasan sekitar dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

Putrajaya setuju penstrukturan air Selangor sejam sebelum MoU ditandatangani



Perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya dijangka akan menyelesaikan krisis air kedua-dua belah pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.Perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan Putrajaya dijangka akan menyelesaikan krisis air kedua-dua belah pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.Purtajaya bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air sejam sebelum peristiwa tersebut berlaku.
Menurut pegawai di Pejabat Menteri Besar Selangor, terdapat kekangan masa memaklumkan kepada pihak berkepentingan memandangkan mereka perlu membuat persiapan untuk acara berkenaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bagaimanapun berkata, kandungan MoU berkenaan sudah dimaklumkan kepada wakil rakyat PKR dan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Ia termasuklah RM9.65 bilion ditawarkan kepada empat syarikat konsesi air serta kebenaran Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Satu perkara yang tidak diketahui hanyalah tarikh dan masa acara berkenaan dan apa yang tinggal pada tengahari 26 Februari itu adalah kebenaran Selangor untuk projek Langat 2 diteruskan.
Sumber yang mengetahui berkenaan pertemuan tersebut berkata, sebaik sahaja Kabinet mendapat kepastian projek Langat 2 dapat diteruskan, mereka meneruskan acara menandatangani perjanjian yang dijadualkan jam 1.15 petang pada hari sama di Putrajaya.
Faekah mengesahkan perkara itu dengan berkata: "Semua orang tergesa-gesa dan perkara itu masih belum pasti," katanya ketika dihubungi.
Malah turut difahamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, Putrajaya cuba membantutkan usaha penstrukturan air Selangor.
Ia termasuk penggunaan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 yang memberikan negeri mengambilalih pengurusan air daripada syarikat swasta.
Hanya selepas PR berjaya mengekalkan kuasa di Selangor dengan majoriti lebih besar, Putrajaya mula menukar fikiran dan mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.

MoU penstrukturan air kerjasama strategik Kerajaan Pusat dan Selangor

air-syabas_MB1SHAH ALAM, 27 FEB : Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air yang dimeterai kerajaan pusat dan negeri semalam disifatkan sebagai hari bersejarah kerana ia melibatkan percaturan kerjasama strategik antara dua pihak berbeza ideologi politik.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran, berkata pemeteraian MoU itu menunjukkan perkembangan positif terhadap industri air di Selangor yang akan memberi kepentingan kepada penduduk di negeri itu termasuk Wilayah Persekutuan.
Katanya sesuatu projek yang memberi manfaat kepada rakyat seharusnya dilaksanakan dengan segera tanpa memikirkan ideologi politik antara kedua-dua belah pihak.
“Biarpun sedikit terlewat, namun sekurang-kurangnya ia dapat diselesaikan ketika pelbagai lapisan masyarakat mahu mengetepikan perbezaan politik dan mengutamakan kehendak rakyat,” katanya dalam satu wawancara bersama akhbar Berita Harian.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.