Khamis, 27 Februari 2014

Syria says 175 fighters killed near Damascus


Al Jazeera calls for global support of staff


Forum : Malaysia's New Politic | What Next After GE13 & Party Elections


PRESIDEN PAS FAIL KETEPI PENGHAKIMAN INGKAR


Logo rasmi Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima hari ini telah memutuskan logo rasmi konvenyen tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 8 Mac ini.

Logo tersebut dipilih selepas membuat saringan terhadap hampir 50 penyertaan dalam pertandingan logo Konvensyen yang dibuka sebelum ini.

Pencipta logo yang terpilih ini bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1500 yang akan disampaikan pada hari konvensyen nanti.

"Pemilihan logo tersebut dibuat sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima iaitu ‘Pakatan Membela Rakyat’," kata Zaidy Abdul Talib selaku Pengurus Media & Publisiti konvensyen tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan konvensyen yang kelima dan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah serta penganjur utama.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri dipilih sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen dan dibantu oleh Shuhaimi Shafiei dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2.

Penganjur mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1000 orang perwakilan dari parti-parti Pakatan Rakyat ke konvensyen kali ini.

Langat 2: MB Selangor perlu jelaskan terma MoU dengan Putrajaya

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.
Menurut Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad,  oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.
MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dr Dzulkefly menambah, penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.
"Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?
"Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding'. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat," ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi 'viable'  dan termasuk dalam pakej MoU itu.
"Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor," tegas beliau.

PRK Dun Balingian: Cekapnya SPR ni buat kerja, memang ada ciri-ciri si 'anjing BN' sungguh laa...

Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN'.

mStar melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat.

Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.

Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis. - mStar.  

Hangpa nampak dah betapa 'anjing'nya aksi SPR kali ni. Taib Mahmud belum pun letak jawatan lagi tapi SPR dah sibuk tetap tarikh nak mesyuarat pasai PRK Balingan tu.

Biasanya kalau wakil Rakyat mati sekali pun SPR akan tunggu sampai Speaker DUN keluarkan surat pemakluman rasmi bagitau pasai kekosongan kerusi baru SPR pilih tarikh untuk mesyuarat.

Kalau tengok kes Kajang lagi CELAKA, nampak sangat SPR buat loi ja. Adun Kajang letak jawatan pada 27 Januari, lebih seminggu baru SPR buat mesyuarat pada 5 Februari, selepas 9 hari selepas tu.

Penamaan calon pulak ditetapkan pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac, 55 hari selepas Adun Kajang meletak jawatan. memang la tak salah pasai kalau ikut peraturan PRK boleh dibuat dalam tempoh 60 hari tapi biasanya SPR tak pernah tunggu sampai lama tu.

Aku cukup yakin untuk PRK Balingan pulak SPR takkan ambil masa yang panjang macam PRK Kajang, malah aku dok rasa SPR akan pilih tarikh yang sama dengan tarikh PRK Kajang, hari penamaan calon pada 11 Mac dan hari pengundian pada 23 Mac, cuma 22 hari selepas Taib Mahmud letak jawatan.

Malah aku rasa Taib Mahmud saja pilih masa sekarang untuk letak jawatan pasai nak 'tumpang' tarikh PRKi yang sama dengan PRK Kajang supaya jentera PKR dan Pakatan Rakyat dari semenanjung tak dapat nak tumpu untuk kempen PRK di Balingan.

Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN' pasai Umno sampai sekarang masih gagal nak 'menjajah' Sarawak.

MAS gantung aktivis kesatuan pekerja, pecat 3 pramugari

Malaysia Airlines (MAS) menggantung khidmat Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman dan memecat tiga pramugari kerana terlibat dalam perhimpunan di Putrajaya pada 27 November tahun lalu.
Mohd Akram yang berkhidmat sebagai Ketua Pramugara MAS selama 25 tahun dengan MAS didakwa melanggar tugasnya kerana menghadiri perhimpunan tersebut dan menggunakan khidmat email syarikat untuk kegunaan kesatuan.
Tiga pramugari yang dipecat pula didakwa atas alasan menghadiri perhimpunan tahun lalu.
"Kesatuan mengutuk sepenuhnya tuduhan palsu dan niat jahat yang dibuat oleh MAS ke atas pekerjanya dan penggantungan tugas Setiausaha Agung Nufam.
"Wujud niat jahat berhubung kes ini," kata Nufam dalam satu kenyataan petang ini.
Selain Mohd Akram dan tiga pramugari yang dipecat, sebanyak 30 Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada ahli anak kapal yang berdaftar dengan kesatuan.
Pada 27 November 2013 lalu, Nufam bersama ahlinya mengadakan satu himpunan di hadapan Kementerian Sumber Manusia untuk menghantar satu memorandum.
Sidang media Nufam semalam. – Gambar Nufam, 27 Februari, 2014. Sidang media Nufam semalam. – Gambar Nufam, 27 Februari, 2014. Nufam mengecam keras tindakan MAS yang disifatkan sebagai cubaan menafikan hak pekerjanya.
"MAS salah guna kuasa sebagai majikan kerana mempersoalkan ahli kesatuan bagi menghadiri perhimpunan aman di Putrajaya.
"Ini tidak masuk akal kerana MAS menafikan hak ahli kesatuan untuk berhimpun dalam perhimpunan anjuran pemimpin kesatuan ataupun ahli kesatuan sendiri," katanya.
Nufam menegaskan ahlinya berhak untuk berhimpun dan ianya selari dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menjamin hak ahli kesatuan untuk berhimpun.
Tindakan tersebut, menurut Nufam, adalah cubaan untuk menutup mulut pengkritik MAS serta menakutkan ahli kesatuan daripada terus menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sebelum ini, Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS, terutamanya hak anak kapal.
Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja.

Rasuah Dan Wang Haram: Ketua polis negara nafi 60 anggota polis disiasat SPRM


Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan tentang siasatan 60 anggota polis itu tidak benar sama sekali. – Gambar fail.Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan tentang siasatan 60 anggota polis itu tidak benar sama sekali. – Gambar fail.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.
"Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau bertanya daripada mana mereka dapat laporan tersebut.
"Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini.
Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati dengan sumber berita mereka.
"Jangan laporkan daripada sumber yang tidak betul, entah tukang kebun mana dia (wartawan) itu jumpa untuk dapatkan cerita yang tidak betul ni," katanya sambil menambah pihaknya menyerahkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut terhadap laporan palsu tersebut.
Mengikut laporan portal itu, kira-kira 60 anggota polis disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Demi Rakyat: S'gor sudah sedia urus sendiri air

Malaysiakini terima anugerah media sosial 2014

NUTP patut bela semua termasuk guru anti-PBS

Sebutan Kes Rayuan Altantuya Didengar Jun Ini

NGO dedah salah laku terbaru Taib Mahmud

Zahid Hamidi presents Social Media 2014 award to Malaysiakini

PBS bermasalah, jangan perjudi masa depan pelajar

Dr Mahathir nafi anti hadis, persoal golongan dakwa diri ulama

Tun Dr Mahathir Mohamad yang diserang dengan tuduhan anti hadis kerana dikatakan menyokong intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad mempertahankan dirinya dengan mempersoalkan apakah umat Islam wajib menerima apa sahaja disampaikan golongan fasih berbahasa Arab walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut mempersoalkan apakah umat Islam perlu mengiktiraf sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama
"Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama," tulis Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.
"Perpecahan umat Islam kepada pelbagai mazhab adalah disebabkan orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan al-Quran tidak menyuruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita."
Menurut Dr Mahathir, umat Islam lemah hari ini kerana ajaran "golongan ulama" ini yang tidak boleh ditegur dan menuntut kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada mereka.
"Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.
"Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang diberi gelaran sama," katanya.
Kassim (gambar) kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya di seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dinaungi Dr Mahathir apabila mendakwa sesetengah ulama di Malaysia meniru sistem "kasta paderi".
"Apa pula dengan orang yang utamakan hadis berbanding firman Allah yang terdapat dalam al-Quran yang kita terima sebagai wahyu daripada Allah. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis.

Macam mana pula kes Michael Chia dengan Menteri-menteri UMNO?

Michael Chia Bersalah Kerana Menipu RM2.5 Juta...!! Kes Rasuah Terhadap Pemimpin Umno Apa Cerita....???

Daim kritik Najib selepas kritik Anwar....sebenarnya mereka tu sama sahaja

Aspan Alias

Daim sudah terlalu jauh mengkritik Najib dan cuba menunjukkan bukti-bukti mengikut interpretasi beliau sendiri diatas segala kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri. Sebenarnya baik Daim mahu pun Dr Mahathir, mereka tidak boleh dari segi moralnya mengkritik Najib sedemikian rupa. Yang boleh mengkritik Najib itu adalah orang lain…orang-orang seperti saya dan ramai yang lain kerana kami yang mengkritik ini tidak pernah bertanggungjawab menaikkan Najib sehingga menjadi Perdana Menteri.
Seperti Dr Mahathir, Daim juga merupakan pemimpin yang bersama Dr Mahathir menaikkan semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan Dr  Mahathir yang mereka (Daim, Mahathir) menjadi Perana Menteri itu. Abdullah Badawi dan Najib merupakan pemimpin yang sudah diatur-atur oleh Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semasa mereka ini semuanya sebalok dengan Mahathir dan Daim ini.
Tanpa kemahuan Dr Mahathir dan sokongan Daim semasa itu Abdullah dan Najib tidak mungkin dengan mudah menjadi Perdana Menteri. Sesungguhnya Daim dengan Dr Mahathir itu adalah sama. Mahathir yang 'terkentut-kentut', Daim pula yang 'ke tandas'. Daim itu sendiri tidak akan kemana-mana jika beliau tidak di bawa oleh Dr Mahathir untuk menggantikan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan selepas perhimpunan agung UMNO pada tahun 1984 dahulu.
Kami masih ingat Daim telah menjadi kaya raya selepas hanya beberapa bulan sahaja menjadi Menteri Kewangan. Sebelum itu seperti ramai yang lain menghadapi terlalu banyak masalah perniagaannya. Pendeknya kekayaan beliau sekarang bermula setelah beliau menjadi Menteri Kewangan dan Bendahari Agung UMNO pada tahun 1984 dahulu. Ramai yang tidak tergulung kedalam kumpulan ‘Melayu mudah lupa’ yang di sebut oleh Dr Mahathir suatu ketika dahulu.
Untuk mengingatkan Dr Mahathir dan Daim ini, masih ramai orang melayu atau ahli-ahli UMNO (asal) dahulu tidak lupa-lupa kepada apa-apa yang Daim lakukan untuk dirinya terutamanya selepas sahaja beliau diangkat menjadi Menteri kewangan dahulu. Kita boleh singkap segala kerja yang tidak senonoh yang bertentangan dengan etika kepimpinan sebuah negara demokrsi berparlimen negara kita.
Perlantikan beliau ke dalam kabinet pada Jun 1984 dahulu adalah untuk memudahkan segala niat dan kemahuan peribadi pucuk pimpinan semasa itu mudah diperlakukan. Selagi ada pemimpin seperti Tengku Razaleigh dalam kabinet beliau (Mahathir) selagi itulah beliau susah untuk melakukan sesuka hati beliau dalam kabinet itu.
Maka menggantikan TR dengan Daim itu merupakan tindakan yang menambah ‘expediency’ untuk beliau melakukan apa yang beliau mahukan dan melanggar etika kepimpinan sebuah kerajaan demokrasi itu. Malahan perlantikan beliau sebagai Menteri Kewangan melalui jalan Dewan Negara (senator ship) itu sendiri sudah melanggar etika jika dipandang dari sudut amalan sebuah negara berdemokrasi yang maju. Dalam banyak negara maju perlantikan Menteri Kewangan itu selalunya adalah dari ‘elected representative’.

Taib letak jawatan: Kenapa tiada komentar?

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap  Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.

"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?

"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?

"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.

Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR.

NGO dedahkan Taib Mahmud, anak terlibat perjanjian perniagaan RM6.6 juta


Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara dengan pendedahan pelbagai pihak berkenaan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai ketua menteri Sarawak. - Gambar The Malaysia Insider. 
Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara dengan pendedahan pelbagai pihak berkenaan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai ketua menteri Sarawak. - Gambar The Malaysia Insider.

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendedahkan penglibatan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.
Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan hari ini oleh dua NGO, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)  dua hari sebelum Taib dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan bersara 28 Februari ini.
Taib dan anaknya, Abu Bekir, terlibat dalam perjanjian lumayan dengan syarikat pengurusan sisa Trienekens dengan kerajaan Sarawak pada 1998. Syarikat berpengkalan di Jerman itu juga sebelum ini pernah terlibat dalam kes rasuah pada 1999.
"Trienekens menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan, Sarawak Capital, yang dimiliki anak Taib Mahmud untuk memberikan 'khidmat nasihat' bernilai RM6.6 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian," kata NGO tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Global Witness, penglibatan anak Taib tersebut mempunyai konflik kepentingan.
"Secara faktanya, nilai besar yang dibayar kepada syarikat anak Taib sebagai sebahagian daripada perjanjian kelihatan mempunyai konflik berkepentingan," kata Cynthia Gabriel pada sidang media petang ini.
NGO tersebut mendakwa anak Taib juga turut bersama menandatangani perjanjian persefahaman yang dimerterai antara Sarawak Wastes Management Sdn Bhd sebagai wakil kerajaan Sarawak dengan syarikat Jerman tersebut.
"Ia masih tidak jelas mengapa anak Ketua Menteri Sarawak perlu menjadi saksi dalam perjanjian bernilai besar tersebut antara kerajaan negeri dan firma antarabangsa," katanya lagi.
Global Witness mendakwa pakar perundangannya mendapati perjanjian dengan syarikat milik anak Taib, Sarawak Capital, hanyalah sebuah "perjanjian".

Pemimpin Dan Kerajaan Bermewah: 'S'wak ke-3 bilangan rakyat termiskin'

Pemuda PKR Sarawak mempersoalkan mengapa Sarawak kini di tangga ketiga senarai negeri dengan bilangan penduduk paling miskin selama 33 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri.

Wakilnya, Iswardy Morni berkata ini berlaku walaupun mempunyai RM22 bilion dalam rizab negeri.

Merujuk data Jabatan Statistik, beliau berkata, walaupun Sarawak
di tangga ketiga di belakang Sabah dan Kelantan, bilangan populasinya jauh lebih tinggi.

Ini kerana mengikut bilangan tiga peratus penduduk, bilangannya melebihi 66,000 berbanding Kelantan yang bilangan tiga peratus penduduk miskinnya hanya berjumlah 51,000.

"Rakyat Sarawak bangga Selangor ada simpanan rizab RM3 bilion tapi Sarawak ada RM22 bilion dan masih gagal membantu rakyatnya.

"Jadi saya meminta bakal ketua menteri, Datuk Seri Adenan Satem untuk menjadikan ini satu keutamaan dan tak beri alasan seperti Sarawak terlalu besar," kata Iswardy di ibu pejabat PKR semalam.

Iswardy turut mendesak Baitulmal mendedahkan akaun mereka mengenai negeri Sarawak kepada awam untuk menjelaskan mengapa rakyat miskin negeri itu tidak dibantu.

"Mereka dengan mudah mengutip zakat dari kami, tapi amat perlahan dalam menyampaikan bantuan. Saya nak ingatkan mereka bahawa ini tanggungjawab yang akan dinilai Allah di akhirat," katanya.

Dana Politik Dan Wang Haram: SPRM perlu buka semula siasatan kes RM40 juta Musa Aman!

(Oleh Rafizi Ramli)
Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.
Musa Aman dan Michael Chia
Musa Aman dan Michael Chia
Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.
Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?
Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.
Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

Penyumbang Dana UMNO Sabah, Michael Chia Dihukum Penjara Dan Sebatan

Ahli Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti Umno.

Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Micheal Chia didakwa telah cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing of Commercial Timber di Hutan Simpan Kalabakan, Sabah iaitu:

Dah terlambat, Anwar dah kena checkmate, kata Zaid

Solidariti buat wartawan Al Jazeera

Henti hukum guru lantang tentang PBS, kata Nik Nazmi

Petua Rosmah pilih batik, elakkan tema tsunami, gunung berapi


Tersenarai Dalam 5 Boros Di Dunia, Satu Lagi Alasan Najib Wajar Diganti..!!

Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih "terangkat" lagi.

Sebuah portal berita Indonesia, Merdeka.com dalam laporan terbarunya telah membariskan Perdana Menteri, Najib Razak diantara lima pemimpin dunia yang paling boros. Bersama dalam senarai itu ialah Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlosconi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.

Dengan memetik laporan majalan The Heat, Najib dianggap boros kerana membelanjakan wang yang banyak bagi kos perjananan beliau dan perbelanjaan keluarganya sejak lima tahun lalu, di samping memperuntukan sejumlah besar wang lagi untuk menggaji pelbagai kumpulan konsultan dan penasihat bagi membantu pentadbirannya.

Robert Mugabe pula terkenal sebagai pemimpin yang boros terutama dalam meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-90 baru-baru ini, walaupun di ketika sebahagian besar rakyatnya sedang menderita kelaparan dan hidup dibawah paras kemiskinan manakala Berlosconi adalah pemimpin playboy yang gemar bersukaria dan menghabiskan hampir setiap malamnya dengan dikelilingi gadis-gadis jelita di beberapa rumah agam yang dimilikinya.

Netanyahu pula dikenali sebagai pemimpin yang suka membeli perhiasan mahal untuk kediaman dan pejabatnya di mana kos membeli lilin wangi dan bunga saja sudah menelan belanja yang cukup menggemparkann, sementara Jong-Un yang baru beberapa tahun mengambil alih tampuk Korea Utara daripada bapanya adalah juga terkenal dengan kegemaran membeli perhiasan yang mahal-mahal di mana dilaporkan perbelanjaan untuk barangan mahalnya untuk tempoh setahun terakhir ini menyamai dua kali ganda pengeluaran yang dilakukan oleh bapanya dalam tempoh setahun.

Dengan Najib termasuk dalam senarai lima terboros ini dan dibariskan dengan nama-nama yang tidak asing lagi seperti Mugabe, Berlosconi, Netanyahu dan Jong-Un, bermakna Malaysia makin dikenali di peringkat antarabangsa. Najib dengan kehebatannya berbelanja yang cukup "terangkat" itu akhirnya berjaya mengangkat namanya dan juga nama Malaysia untuk lebih dikenali lagi di peringkat global.

Felixia Yeap: Kenapa dengki saya tutup aurat?

Felixia Yeap 
SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.
Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...
"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.
"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.
Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi 'jubir', jurubicara untuk menghuduhkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih 'cerlak' (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi DARI Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.


Terbaru Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan-kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.

Beliau memberi pandangan yang Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. Menurutnya penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi. Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristinasasi.

Daim juga persoal Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.

Selain itu Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik dari mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai kabinet mereka yang cetek pengetahuan, tidak berilmu dan mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huruhara.

Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun kabinetnya pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ianya akan memakan dirinya. Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan saja seorang tokoh ekonomi berpengalaman dari menyertai kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang dia merasakan dia adalah juara ekonomi negara ini.

Gara-gara anggota kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

Guna BR1M beli bekas simpan air

Guna BR1M beli bekas simpan air 
CHERAS - Kos sehingga RM100 antara yang terpaksa dibelanjakan penduduk yang terjejas dengan ketiadaan bekalan air, untuk tujuan membeli kelengkapan penyimpanan bekalan itu.

Dengan catuan air berjadual bermula hari ini, mereka tidak terkecuali membuat simpanan semaksimum mungkin untuk memastikan rutin harian mereka tidak terjejas.

Tinjauan Sinar Harian di flat Taman Desa Baiduri, Cheras, semalam mendapati, rata-rata penduduk bersedia menghadapi catuan air berjadual meskipun terpaksa ‘pejam mata’ berbelanja besar membeli baldi, tong berpenutup dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan mereka menyimpan air.

Penduduk, Ramlah Abd Walad, 57, berkata, wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima Jumaat lalu, dimanfaatkan untuk tujuan itu.

Katanya, krisis air di kawasan itu merupakan pertama kali dihadapi mereka sekeluarga sejak 18 tahun menetap di situ.

“Hampir RM100 digunakan untuk menambah baldi dan bekas air berpenutup di rumah. Bimbang catuan ni lama, kena simpan air banyak. Bekas-bekas ni memudahkan kami, tak payah angkut air setiap hari,” katanya.

‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang....ada ke BN lagi di kajang..??


Chew Mei Fun (tengah) dan Ahmad Maslan (kiri) bersemangat dengan sambutan baik yang diterima semasa sesi  pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat,  Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Chew Mei Fun (tengah) dan Ahmad Maslan (kiri) bersemangat dengan sambutan baik yang diterima semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.
"Anwar pemimpin bertaraf antarabangsa. Beliau terlalu sibuk," katanya kepada penyokong Umno di Sekamat Luar, Kajang, malam tadi dalam ceramah kelompok anjuran BN.

‘Mission Impossible’: Anwar boleh tewas, kata Ahmad Maslan dalam kempen...eh kata tak boleh kempen sebelum penamaan calon..!!!


Ahmad Maslan berucap semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Ahmad Maslan berucap semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah tamparan besar buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Anwar adalah calon PKR di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi Pakatan Rakyat (PR) manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac depan.
"Kalau Anwar kalah, itu pukulan terhebat kepada beliau," kata Ahmad pada sidang media selepas ceramah kelompok di Sekamat Luar, Kajang malam tadi.

Perjanjian air Selangor akibatkan kenaikan tarif?

Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada. - Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2014. 
Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada. - Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2014.

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.
Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.
"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.
MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut.
Syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Sebuah konsortium akan dibentuk untuk menyelia industri air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang dimiliki kerajaan negeri.
Sebagai ganti, Selangor pula bersetuju meluluskan perintah pembangunan bagi Langat 2 dan memastikan sebarang kelulusan yang perlu akan diberikan dalam masa 30 hari daripada semalam.
Piarapakaran berkata, pusat rawatan Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.

Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai

NOORAZMIR ZAKARIA
Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini. Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.’ Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah.

Konsensus Nasional bukan sertai BN


A Shukur Harun

Konsensus Nasional yang banyak diperkatakan sekarang dilihat mempunyai kewajarannya bahkan sangat mendesak untuk diadakan, memandangkan suasana dan keadaan negara yang berada dalam suasana tidak menentu yang menyebabkan ia sampai kepada tahap krisis berat.
Kewajaran diadakan Konsensus Nasional bukan kerana ia datang daripada cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kerana keadaan yang sangat mendesak. Maka itu apa salahnya pula beliau membawa cadangan tersebut.
Suasana begitu rupa yang ada sekarang disebabkan negara menghadapi masalah ekonomi yang sangat serius akibat perlakuan rasuah, penyelewengan, ketirisan, pembaziran dan pelbagai lagi.
Ia menjadi lebih serius lagi dengan suasana ketegegangam agama dan gejala perkauman yang sangat membimbangkan. Kebelakangan ini tidak ada seharipun yang tidak ada berita mengenai isu perkauman dan fahaman agama sempit dan sudah tentu semuanya ini dilakukan oleh para petualang yang berkepentingan.
Maka itu Konsesus Nasional perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah ini. Membiarkan krisis ini berlanjutan akan mengundang malah petaka kepada negara dan rakyat. Oleh itu, perlu diselesaikan segara melalui Konsensus Nasional, suatu dialog atau persidangan antara semua parti di negara ini.
Konsesus Nasional tidak sama dengan Unity Government (UG) atau Kerajaan Perpaduan yang heboh  suatu masa dulu. Kerajaan Perpaduan (UG) ialah semua parti bergabung dan tidak ada lagi pembangkang.
Semua masalah dibincang di dalam Kerajaan Perpaduan yang di dalamnya ada semua parti politik. Dalam bahasa dan pengertian yang lebih mudah, PAS dan Umno berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Tetapi Konsesus Nasional membawa pengertian bahawa pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama.
Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang di mana kedua-dua terus dengan peranan masing-masing.
Persidangan seperti ini pernah diusahakan melalui Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) pada tahun 90-an. Ketika itu Datuk Mustapha Ali, Tuan Syed Ibrahim dan al-marhum Ustaz Azizan Abd Raazak dan Ir Khalid Samad mewakili PAS menghadiri persidangan tersebut.
Semua parti politik dijemput bersama dan begitu juga beberapa NGO. Mereka membincangkan isu dan masalah ekonomi negara secara bersama tetapi pada ketika yang sama, PAS tetap sebagai pembangkang mengkritik kerajaan BN atas isu penyelewengan dan pengabaian ajaran Islam.
Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa Konsensus Nasional sangat berbeza dengan konsep Kerajaan Perpaduan dan ini mestilah difahami supaya bukan saja untuk mengelakkan salah tafsir, tetapi juga utuk menghindarkan sebarang prejudis dan elemen negatif.
Dalam masa yang sama ia mengelakkan daripada dieksploitasi musuh Pakatan Rakyat (PR). Maka itu hendaknya semua pendukung PR – dalam peringkat apapun – mestilah benar-benar memahaminya. Sebarang kekeliruan akan mengundang akibat yang besar. Tidaklah wajar difikirkan siapa yang mengemukakan Konsensus Nasional itu dalam keadaan sekarang.

Rafizi: Pejabat PM takut terima memorandum macam takut terima bom!

ANWAR IBRAHIM 'KISAH ANAK PERDANA MENTERI'